| /// |
|
| Search : Machang News | Page 1 |
|
41 pil kuda ditemukan dalam kereta rempuh trak askar - Mgazette - 14/12 8:16 am # 41 pil kuda ditemukan dalam kereta rempuh trak askar MACHANG - Sejumlah 41 pil berwarna kemerahan disyaki pil kuda ditemukan dalam kereta yang merempuh trak tentera di Kilometer 37.8, Jalan Kota Bharu-Kuala Kerai dekat Bukit Belah, di sini sehingga menyebabkan kematian seorang askar, kelmarin |
|
Pelajar UiTM Machang maut dirempuh motosikal dipercayai pakai fon putik di telinga - Utusan - 14/12 8:04 am MACHANG: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang di sini yang maut selepas dirempuh sebuah motosikal di dalam kampus di sini semalam dipercayai memakai fon putik atau earbuds di telinga di semasa melintas jalan |
|
Pelajar UiTM maut dilanggar motosikal semasa melintas dipercayai pakai earbuds - Sinarharian - 14/12 7:56 am MACHANG - Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang di sini maut dilanggar sebuah motosikal dipercayai memakai 'earbuds' atau fon putik di telinga semasa melintas di kawasan kampus universiti terbabit pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa turut dipercayai melintas secara melulu semasa kejadian, bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan."Mangsa yang berumur 19 tahun merupakan pelajar semester tiga Fakulti Pengurusan dan Perniagaan didakwa leka semasa melintas kerana ada 'earbuds' di telinga."Pihak polis tidak menolak dakwaan ini dan ada saksi nampak mangsa melulu melintas dan siasatan masih berjalan," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa yang berasal dari Terengganu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.Ujarnya, pihak polis menerima makluman berhubung kejadian itu pada jam 6.40 petang hasil laporan orang awam.Ahmad Shafiki memberitahu, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika sebuah motosikal yang ditunggang pelajar lelaki berusia 20 tahun dalam perjalanan dari pintu utama UiTM Machang menghala ke asrama."Setiba di lokasi kejadian, semasa motosikal sedang mendaki bukit, seorang pejalan kaki dipercayai tiba-tiba melintas jalan secara mengejut."Penunggang motosikal cuba mengelak ke kiri, namun berlaku perlanggaran dengan pejalan kaki terbabit," katanya.Tambah beliau, akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh di atas pembahagi jalan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ujarnya, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Machang untuk tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang di talian 09-9751222," katanya. |
|
Pelajar maut dirempuh motosikal di kampus UiTM Machang - Sinarharian - 13/12 11:50 pm KOTA BHARU - Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang maut selepas dilanggar sebuah motosikal di kawasan kampus berkenaan, petang Sabtu.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan itu daripada orang awam pada jam 6.40 petang dan mangsa yang berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Siasatan mendapati kemalangan berlaku pada jam 6.20 petang ketika penunggang motosikal dari arah pintu utama universiti itu dalam perjalanan pulang ke asrama."Setibanya di lokasi kejadian, ketika motosikal sedang mendaki bukit, seorang pejalan kaki dipercayai telah melintas jalan secara mengejut yang menyebabkan penunggang motosikal mengelak ke kiri sebelum berlaku perlanggaran," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata akibat perlanggaran itu, pejalan kaki berkenaan terjatuh ke atas pembahagi jalan dan cedera pada bahagian kepala.Ahmad Shafiki berkata, mayat dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Machang untuk bedah siasat manakala kemalangan disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, katanya diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Khairulanwar Adam melalui talian 011-10085165 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang 09-9751222 |
|
Pelajar UiTM Machang maut dirempuh motosikal dalam kampus - Kosmo - 13/12 11:49 pm MACHANG – Seorang pelajar perempuan yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Machang, di sini maut selepas dirempuh sebuah motosikal semasa melintas jalan di dalam kampus tersebut, hari ini |
|
Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Di Kampus UiTM Machang - Siakapkeli - 13/12 11:29 pm Pelajar Maut Dirempuh Motosikal Di Kampus UiTM Machang KOTA BHARU, 13 Dis (Bernama) — Seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Machang maut selepas dilanggar sebuah motosikal di kawasan kampus berkenaan, petang tadi |
|
Rempuh trak tentera: Pemandu Proton Wira bawah pengaruh dadah, polis temukan pil kuda - Sinarharian - 13/12 3:58 pm MACHANG - Polis tidak menolak dakwaan pemandu kenderaan jenis Proton Wira yang dipercayai merempuh trak tentera sehingga menyebabkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut berada di bawah pengaruh dadah semasa hari kejadian pada Khamis lalu.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, dakwaan tersebut dikukuhkan apabila pihak polis menemui 41 biji pil kemerahan disyaki dadah jenis kuda di dalam kenderaan berkenaan."Sebelum kejadian, ada saksi melihat kereta itu dipandu dalam keadaan terhuyung hayang masuk kanan kiri jalan."Ujian air kencing tidak dapat dilakukan kerana pemandu berusia 34 tahun itu berada dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Pakar USM (Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia)," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Menurutnya, tangkapan dibuat tetapi diberi jaminan polis memandang pemandu sedang kritikal di hospital.Tambahnya, penganggur itu merupakan bekas banduan dan baru keluar penjara pada 4 Disember lalu.Ahmad Shafiki memberitahu, lelaki yang berasal dari RKT Sungai Asap di Gua Musang itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik, serta dua kes jenayah termasuk liwat."Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya, 1952 dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, 1987."Kami dimaklumkan lelaki itu mengalami kecederaan kritikal terutamanya pada bahagian kepala, badan dan patah kedua-dua belah kaki," katanya.Sinar Harian pada Khamis melaporkan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang orang awam dalam kemalangan membabitkan sebuah trak lima tan tentera dan sebuah Proton Wira di Kampung Bukit Belah, di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 6.51 petang itu, kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai bertembung dengan trak tentera sebelum salah seorang anggota ATM disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). |
|
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh negara hingga 5 petang - MetMalaysia - Sinarharian - 13/12 3:10 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat disertai angin kencang yang dijangka berlaku di semua negeri hingga 5 petangini.Jabatan itu dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, keadaan cuaca berkenaan diramal melanda seluruh negeri Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka danWilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan.Keadaan sama juga diramal berlaku diKedah (Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu),Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim).Selain itu, cuaca sama turut dialami Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) danPahang (Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin).Amaran itu turut dikeluarkan untuk Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi)."Di Sarawak melibatkan kawasanKapit (Kapit), Bintulu dan Miri (Subis) manakala di Sabah pula diPedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat," menurut kenyataan itu |
|
MAF sergeant killed in Machang crash laid to rest with military honours - Malaymail - 12/12 8:00 pm KOTA BHARU, Dec 12 The remains of a Malaysian Armed Forces (MAF) personnel who was killed in a collision involvi... |
|
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga Selasa - MetMalaysia - Sinarharian - 12/12 3:09 pm KUALA LUMPUR - Hujan berterusan diramal melanda beberapa kawasan di lima negeri iaitu Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor pada esok dan Ahad yang dijangka berlaku hingga Selasa depan.Menurut amaran tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 1 tengah hari tadi, hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak bermula esok hingga 16 Disember melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.Keadaan cuaca sama dijangka melanda seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan, iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari dari Ahad ini."Hujan berterusan juga diramal berlaku mulai Ahad hingga Selasa di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang," menurut amaran itu.Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama melibatkan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Khamis depan.Jabatan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan terlibat dalam tempoh berkenaan."Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Kenaikan Paras Laut di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi tempoh Sabtu hingga Isnin.Menurut MetMalaysia, keadaan itu berisiko menyebabkan limpahan air laut di pesisir pantai, khususnya di kawasan rendah dan terdedah |
|
Hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pantai Timur hingga Selasa - Sinarharian - 12/12 3:09 pm KUALA LUMPUR - Hujan berterusan diramal melanda beberapa kawasan di Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Johor pada esok dan Ahad yang dijangka berlaku hingga Selasa depan.Menurut amaran tahap waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 1 tengah hari tadi, hujan berterusan dijangka berlaku di Sarawak bermula esok hingga 16 Disember melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.Keadaan cuaca sama dijangka melanda seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan, iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh selama tiga hari dari Ahad ini."Hujan berterusan juga diramal berlaku mulai Ahad hingga Selasa di Johor membabitkan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi serta Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang," menurut amaran itu.Dalam kenyataan berasingan, MetMalaysia mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora Kategori Pertama melibatkan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan hingga Khamis depan.Jabatan itu memaklumkan angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan terlibat dalam tempoh berkenaan."Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Kenaikan Paras Laut di perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan bagi tempoh Sabtu hingga Isnin.Menurut MetMalaysia, keadaan itu berisiko menyebabkan limpahan air laut di pesisir pantai, khususnya di kawasan rendah dan terdedah |
|
Failed attempt to overtake to blame for fatal Machang crash, say cops - FMT - 12/12 10:58 am Police say the armed forces truck carrying Fahmey Darus, who died at the scene, had the right of way on the lane it was in. |
|
Police: Machang crash that killed soldier occurred when Proton Wira veered into army truck lane - Malaymail - 12/12 10:01 am MACHANG, Dec 12 The Proton Wira crash that killed a Malaysian soldier yesterday happened when the car,... |
|
Proton Wira gagal memotong kenderaan lain punca bertembung trak tentera - Polis - Sinarharian - 12/12 9:07 am MACHANG Tindakan seorang pemandu Proton Wira yang cuba memotong kenderaan di hadapannya lalu merempuh sebuah trak tentera dari arah bertentangan dipercayai menjadi punca kemalangan yang mengorbankan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Khamis.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.35 petang di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dekat Bukit Belah itu turut menyebabkan tiga lagi anggota ATM termasuk pemandu Proton Wira mengalami kecederaan."Siasatan awal mendapati trak tiga tan jenis Hicom Handalan milik ATM yang membawa empat anggota sedang dalam perjalanan pulang dari Tanah Merah ke Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas."Ketika tiba di lokasi kejadian, Proton Wira dari arah Kota Bharu dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya sebelum masuk ke laluan bertentangan."Laluan itu merupakan laluan sah milik trak ATM |
|
Seorang anggota tentera maut, empat lagi cedera dalam kemalangan di .. - Mgazette - 12/12 7:34 am # Seorang anggota tentera maut, empat lagi cedera dalam kemalangan di Machang KOTA BHARU - Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lori lima tan ATM dengan sebuah kereta Proton Wira, di Kampung Bukit Belah, Machang petang tadi |
|
Seorang anggota tentera maut, 4 cedera trak bertembung Proton Wira - Sinarharian - 11/12 7:59 pm MACHANG - Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala empat lagi cedera termasuk seorang orang awam dalam kemalangan membabitkan sebuah trak lima tan dan Proton Wira di Kampung Bukit Belah di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 6.51 petang itu, kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai bertembung dengan trak tentera sebelum salah seorang anggota ATM meninggal dunia di lokasi.Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fadzil Musa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang sebelum bergegas ke lokasi dengan sebuah jentera bersama enam anggota.Menurut beliau, setibanya di lokasi pada jam 6.58 petang, pasukannya mendapati pemandu Proton Wira, tersepit dan cedera parah."Manakala tiga lagi anggota ATM turut mengalami kecederaan."Kesemua mangsa yang cedera berjaya dikeluarkan dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita.Ujar beliau, mangsa yang meninggal dunia di lokasi disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). |
|
4 lelaki dipercayai tekong darat didakwa seludup 8 warga Myanmar - FMT - 11/12 4:15 pm Mereka didakwa menyeludup warga Myanmar itu di sebuah pasar raya di Kuala Krai dan di hadapan sebuah rumah teres di Machang, Kelantan. |
|
14 Ketua Bahagian Bersatu Perak nafi desak Muhyiddin letak jawatan - Mgazette - 11/12 3:31 pm Kemelut dalaman ini berakar umbi sejak Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu September lalu susulan isu surat layang yang mendakwa wujud usaha menjatuhkan Muhyiddin serta pencalonan Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri ke-11. Tidak hanya itu, pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal serta Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang dipanggil Lembaga Disiplin untuk siasatan dilihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa |
|
Hujan Lebat Di 2 Negeri Hingga Tengah Hari - Siakapkeli - 11/12 10:32 am Hujan Lebat Di 2 Negeri Hingga Tengah Hari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di dua negeri hingga 12 tengah hari. Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata hujan lebat akan berlaku di negeri Kelantan iaitu membabitkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir […] The post Hujan Lebat Di 2 Negeri Hingga Tengah Hari appeared first on Siakap Keli . |
|
Tindakan Kabinet campuri urusan Dewan Rakyat luar biasa Takiyuddin - Sinarharian - 6/12 8:02 am Itu persoalan yang masih belum terjawab."Saya rasa isu ini bukan besar sangat, isu biasa sahaja. Dari dulu ramai kena gantung, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan terbaharu Ahli Parlimen Machang.. |
|
Pandu Uji 1227km Bersama Chery Tiggo 8 Phev. Berani Rekemen Bro Read More .. - Mekanika - 4/12 3:32 pm Apabila tiba di Sungai Tong iaitu kawasan popular banjir, jantung berdegup kencang sedikit disebabkan kelihatan air sungai sudah penuh dan ada rumah yang susah dinaiki air Tapi nasib menyebelahi kami, jalan masih boleh dilalui seperti biasa. Perjalanan diteruskan ke daerah Besut, terus merentasi sempadan negeri KelantanTerengganu, dan konvoi berhenti seketika di stesen petrolBHP Machang untuk penukaran pemandu |
|
Suami tikam isteri sempat ambil anak dari sekolah sebelum serah diri - Sinarharian - 1/12 5:38 pm TANAH MERAH - Seorang suami yang dipercayai menikam isterinya sehingga maut sempat mengambil anaknya dari sekolah sebelum menyerahkan diri di Balai Polis Gual Ipoh di sini pada Isnin.Suspek yang berusia 63 tahun itu dikatakan berbuat demikian menggunakan senjata tajam pada kira-kira jam 10 pagi di ruangan dapur rumah mereka di Kampung Paku, Gual Periok di sini.Mangsa, Mastura Abdullah, 40, merupakan isteri ketiga suspek dan mempunyai dua anak berusia 10 serta 12 tahun.Adik mangsa, Mohd Jony, 30, berkata, kakaknya yang bekerja sebagai tukang masak itu baru tiba di kampung jam 8 pagi dari Selayang, Selangor dengan menaiki lori sepupu."Kakak sampai di rumah dalam jam 9 pagi, selepas diambil adik bongsu kami di sebuah stesen minyak di Machang."Sepupu menurunkan dia di sana |
|
Mangsa banjir di lima negeri terus meningkat malam ini - Sinarharian - 28/11 10:25 pm KUALA LUMPUR - Situasi banjir di lima negeri, iaitu Terengganu, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Perak terus menyaksikan peningkatan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) manakala Perlis, Kelantan dan Kedah menunjukkan penurunan, setakat malam ini.Di TERENGGANU jumlah mangsa banjir meningkat kepada 8,909 orang daripada 2,742 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 6,335 orang daripada 1,913 keluarga petang tadi, dan ditempatkan di 119 PPS yang dibuka di Kemaman, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Dungun, Hulu Terengganu dan Besut.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Supt Afandi Husin berkata beberapa jalan di bandar raya Kuala Terengganu, iaitu Jalan Kamaruddin-Jalan Batu Burok dan Jalan Pengadang Akar-Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu-Wisma Darul Iman ditutup kepada kenderaan ringan.Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,542 orang daripada 973 keluarga berbanding 3,125 orang daripada 838 keluarga yang direkodkan pada sebelah petang.Menurut laman web Infobencana JKM, sebanyak 27 PPS dibuka merangkumi lima daerah, iaitu Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,705 orang daripada 538 keluarga berbanding 1,066 orang daripada 333 keluarga petang tadi.Menurut Infobencana JKM, daerah Kuantan merekodkan jumlah tertinggi, iaitu 639 orang daripada 218 keluarga yang ditempatkan di 11 PPS, diikuti Maran dengan 403 orang (97 keluarga) di tujuh PPS, Raub, 336 orang (102 keluarga) di 17 PPS dan 327 orang (121 keluarga) di 12 PPS di Lipis.Di PERAK, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 6,429 orang daripada 1,980 keluarga yang berlindung di 47 PPS di enam daerah, berbanding 5,503 orang daripada 1,663 keluarga petang tadi.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan daerah Manjung kekal dengan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2, 260 orang daripada 686 keluarga.Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 313 orang daripada 127 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 156 mangsa daripada 47 keluarga petang tadi dengan kesemua mereka ditempatkan di tujuh PPS.Ayer Limau, SK Ayer Jernih, Balai Raya Seri Jeram dan SK Belimbing Dalam, manakala di Melaka Tengah terdiri PPS SK Krubong dan SK Taman Merdeka.Sementara itu, di PERLIS jumlah mangsa semakin berkurangan kepada 7,116 orang berbanding 7,345 pada sebelah petang, dengan kesemua ditempatkan di 24 PPS yang beroperasi di Padang Besar, Kangar dan Arau.Di KELANTAN pula menyaksikan penurunan jumlah mangsa kepada 3,448 orang daripada 1,273 keluarga malam ini berbanding 3,484 orang sebelum ini, dan ditempatkan di 19 PPS di Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang dan Gua Musang.Sementara itu, menurut Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air di beberapa sungai utama di Kelantan terus menunjukkan bacaan melepasi tahap bahaya, amaran dan waspada setakat 8.15 malam ini, iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang; Sungai Kusial di Kusial Baru, Tanah Merah; Sungai Galas di Limau Kasturi, Gua Musang ; dan Sungai Kelantan di Kuala Krai.Di KEDAH, jumlah mangsa menurun kepada 3,758 orang daripada 1,193 keluarga setakat 8 malam ini berbanding 4,280 orang daripada 1,367 keluarga, petang tadi.Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, kesemua mangsa dari Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena masih berlindung di 18 PPS.Sementara itu, di MELAKA jumlah mangsa banjir bertambah kepada 232 orang daripada 74 keluarga, berbanding 20 orang daripada empat keluarga petang tadi, dengan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka dalam kenyataan memaklumkan, PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Masjid Tanah dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang Masjid Ar Rashidin di Alor Gajah.Turut dibuka ialah PPS Dewan Japerun Ayer Limau, SK Ayer Jernih, Balai Raya Seri Jeram dan SK Belimbing Dalam, manakala di Melaka Tengah terdiri PPS SK Krubong dan SK Taman Merdeka |
|
Banjir: Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Selangor, Negeri sembilan dan Pahang meningkat petang ini - Sinarharian - 28/11 5:34 pm KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang terus meningkat petang ini manakala bilangan mangsa di Perak, Kedah, Perlis dan Kelantan merekodkan penurunan.Di TERENGGANU, jumlah mangsa meningkat kepada 6,335 orang daripada 1,913 keluarga petang ini, berbanding 5,009 orang daripada 1,488 keluarga tengah hari tadi.Sebanyak 96 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di lapan daerah terjejas, iaitu Kemaman, Marang, Setiu, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut.Berdasarkan maklumat di aplikasi MyPublic Infobanjir, paras air di 11 sungai di Terengganu telah melepasi paras bahaya antaranya Sungai Dungun di Kuala Jengai, Dungun, Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan di Marang, Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu, Sungai Telemong di Kuala Ping (F1) di Hulu Terengganu dan Sungai Besut di Jambatan Keruak (F2), Besut.Di SELANGOR, jumlah mangsa menunjukkan pertambahan kepada 3,125 orang daripada 838 keluarga petang ini berbanding 2,904 mangsa melibatkan 770 keluarga tengah hari tadi, yang kini berlindung di 21 PPS membabitkan lima daerah, iaitu Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan Kuala Langat.Di NEGERI SEMBILAN, jumlah mangsa bertambah kepada 156 orang daripada 47 keluarga petang ini, berbanding 117 mangsa daripada 30 keluarga tengah hari tadi yang berlindung di empat PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Jimah Lama di Lukut, Balai Raya Permatang Pasir di Linggi, Port Dickson, SK Jijan di Labu, Seremban dan SK Undang Johol, Kuala Pilah. -Di PAHANG, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,066 orang daripada 333 keluarga berbanding 952 orang daripada 301 orang tengah hari tadi.Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kuantan merekodkan 401 orang daripada 127 keluarga yang ditempatkan di lapan PPS, manakala 289 orang (82 keluarga) ditempatkan di enam PPS di Maran, 253 orang (84 keluarga) di 11 PPS di Raub dan 123 orang (40 keluarga) di tujuh PPS di Lipis.Infopublic Banjir pula melaporkan tiga sungai telah melepasi tahap bahaya, iaitu Sungai Luit di Kampung Subuh, Maran mencatatkan 28.44 meter (m), Sungai Pahang di Kuala Tembeling, Bentong (99.72 m) dan Sungai Kuantan di Bukit Kenau di sini (21.77 m).Sementara itu, di PERAK, jumlah mangsa petang ini berkurangan kepada 5,503 orang daripada 1,663 keluarga berbanding 5,844 orang daripada 1,766 keluarga tengah hari tadi, yang masih berlindung di 46 PPS di Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah, Bagan Datuk, Larut, Matang dan Selama, serta Muallim.Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan daerah Manjung kekal dengan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 2,273 orang daripada 689 keluarga yang masih ditempatkan di 18 PPS.Di KEDAH, jumlah mangsa menurun kepada 4,280 orang daripada 1,367 keluarga petang ini, berbanding 4,486 orang daripada 1,443 keluarga tengah hari tadi yang masih berlindung di 21 PPS di tiga daerah terjejas, iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena.Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, Kubang Pasu masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,286 orang daripada 771 keluarga berlindung di 13 PPS, diikuti Kota Setar 1,934 orang (577 keluarga) di enam PPS dan 60 orang (19 keluarga) ditempatkan di dua PPS di Pokok Sena.Laman rasmi Infopublic Banjir memaklumkan empat sungai di Kedah telah melepasi tahap bahaya, iaitu Sungai Anak Bukit 3.15 m, Sungai Padang Terap di Kepala Batas (3.82 m), Sungai Bata (10.863 m) dan Sungai Baru (2.074 m).Di PERLIS, bilangan mangsa turut menunjukkan penurunan kepada 7,345 orang petang ini berbanding 7,526 orang tengah hari tadi yang ditempatkan di 24 PPS di Padang Besar, Kangar dan Arau.Mangsa banjir di KELANTAN juga menurun kepada 3,484 orang daripada 1,259 keluarga petang ini, berbanding 4,767 orang pada tengah hari tadi, yang berlindung di 30 PPS melibatkan lapan jajahan terjejas, iaitu Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Bachok, Kuala Krai dan Gua Musang.Selain itu, beberapa sungai utama di Kelantan mencatatkan peningkatan ketara paras air pada petang ini apabila sebahagiannya melepasi tahap bahaya sekali gus meningkatkan risiko limpahan air di kawasan rendah sekitar negeri itu.Menurut Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kelantan, paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang direkodkan pada 10.84 m melepasi paras bahaya 9.00 m, manakala di Sungai Kelantan beberapa stesen berada pada paras berisiko, dengan Kuala Krai merekodkan 22.45 m, melepasi tahap amaran 22.50 m dan Tualang mencatat 30.15 m, menghampiri paras bahaya 34.00 m.Dalam pada itu, Melaka turut terjejas banjir apabila empat PPS dibuka di daerah Alor Gajah pada Jumaat.Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka, sebuah PPS di SK Masjid Tanahdibuka pada 12 tengah hari tadi,menempatkan 20 orang daripada empat keluarga.Tiga lagi PPS, iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Jelatang Masjid Ar Rashidin dibuka pada 2 petang, Dewan Japerun Ayer Limau (2.45 petang) dan SK Ayer Jernih (3.30 petang) masih dalam proses pendaftaran mangsa."Penambahan PPS yang dibuka ekoran kawasan terjejas banjir di daerah Alor Gajah semakin bertambah dan sehingga kini sebanyak 13 lokasi dilaporkan dinaiki air susulan hujan lebat," menurutkenyataan itu.Lokasi terjejas banjirialah Taman Masjid Tanah Ria, Pekan Masjid Tanah, Ramuan China Besar, Kampung Paya Lebar, Kampung Ayer Molek Kuala Linggi, Taman Seri Bayu 2, Bukit Balai, Kampung Gadek, Kampung Jeram, Pengkalan Balak, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Keramat Leban dan Kampung Ayer Molek |
|
Tropical storm Senyar: Landslides, fallen trees in Seremban, Port Dickson - Sinardaily - 28/11 4:20 pm KUALA LUMPUR - Seremban and Port Dickson in Negeri Sembilan are among the areas affected by Tropical Storm Senyar which was detected entering the waters of the Straits of Melaka since 3.30 pm yesterday and caused continuous heavy rain, strong winds and rough seas.Following the storm early this morning, the state Fire and Rescue Department (JBPM) Operations Centre reported landslides and several fallen trees in the Seremban and Port Dickson areas.According to the report, a landslide occurred in a residential area at around 3.55am this morning at Jalan Bukit Berlian 2, Taman Bukit Berlian, Seremban."Six residents have been evacuated from their homes and monitoring work is still underway," the statement said.Meanwhile, a 61-year-old motorcyclist was reported injured after hitting a fallen tree near AEON Seremban 2, at around 3.10 am this morning and the victim was taken to the Tuanku Jaafar Hospital for treatment. It was also reported that a Proton Saga car was hit by a fallen tree in the Ehsan Sea View Hotel area, Port Dickson, but there were no casualties.Meanwhile, the number of flood victims in Selangor, Terengganu, Pahang, Perlis and Perak recorded an increase as of 8am this morning while Kelantan and Perlis recorded a decrease, while Negeri Sembilan was also hit by floods this morning.In TERENGGANU, the number of flood victims increased again to 4,191 people from 1,274 families in 60 temporary evacuation centres (PPS) as of 8 am this morning, compared to 3,667 people from 1,245 families last night.Based on the Social Welfare Department (JKM) Disaster Information website, Marang district recorded the highest number of victims, namely 1,305 people (367 families) in nine PPS, followed by Kemaman with 1,219 people (323 families) in 13 PPS and Setiu with 1,105 people (393 families) in 21 PPS.In addition, in Kuala Terengganu, 227 people (98 families) were placed in two PPS; followed by Dungun with 197 people (45 families) in six PPS; Besut with 74 people (30 families) in six PPS and Hulu Terengganu with 64 people (18 families) in three PPS.Meanwhile, according to the publicinfobanjir.water.gov.my website, the water level at five stations, namely Sungai Dungun in Kuala Jengai, Dungun; Sungai Tebak in Jambatan Tebak, Kemaman; Sungai Tumpat in Kampung Baru, Kemasik, Kemaman; Sungai Chalok at Chalok Bridge, Setiu and Sungai Setiu at Kampung Bukit, Setiu have exceeded the danger level.In addition, two stations including Sungai Setiu at Kampung Besut, Setiu and Sungai Marang at Pengkalan Berangan Bridge, Marang have exceeded the warning level.In KEDAH, the number of flood victims increased further to 4,543 people from 1,454 families as of 8 am this morning compared to 4,272 people from 1,412 families last night.According to the Kedah State Disaster Management Committee (JPBN), all the victims from the Kubang Pasu, Kota Setar and Pokok Sena districts have been placed in 22 PPS.Kubang Pasu District recorded the highest number of victims with 2,499 people from 843 families taking shelter in 14 PPS, followed by Kota Setar with 1,928 people (576 families) placed in six PPS and 116 people (35 families) taking shelter in two PPS in the Pokok Sena district.The same situation also occurred in PERAK when the number of flood victims increased again to 5,861 victims from 1,776 families who are still taking shelter in 45 PPS compared to 5,351 people from 1,637 families last night.The Perak JPBN secretariat informed that Manjung district remained with the highest number of victims, namely 2,270 people from 687 families still placed in 18 PPS.The number of flood victims in the Hilir Perak district continued to increase to 1,635 people from 502 families who were placed in 10 PPS while the Perak Tengah district recorded a total of 1,418 victims from 407 families.The Bagan Datuk district recorded a total of 396 victims and Larut, Matang and Selama a total of 117 people and 25 victims are still taking shelter in two PPS in Muallim.In SELANGOR, the number of flood victims increased to 2,718 people from 719 families this morning compared to 2,603 victims involving 691 families last night.According to the JKM Infobencana website, a total of 16 PPS are still open involving three districts, namely Klang, Kuala Selangor and Sabak Bernam.In Sepang, several areas in Kampung Salak Sepang and Kampung Chingchang were flooded following continuous rain since yesterday.Assistant Director of the Selangor JBPM Operations Division Ahmad Mukhlis Mukhtar said eight personnel were deployed to monitor the flood situation in Kampung Salak Sepang.Selangor JBPM also said they were also carrying out monitoring in risky areas in Sepang such as Kampung Labu Lanjut, Pintu Kunci Air Labu Lanjut and Kampung Pinang Sebatang.In PAHANG, the number of flood victims increased to 486 people from 160 families compared to 63 people from 18 families last night.According to JKM's Infobencana, Kuantan became the latest district to be hit by floods with a total of 212 people from 73 families who were placed in seven PPS, while 202 people (66 families) were placed in eight PPS in Raub District and 72 people (21 families) took shelter in four PPS in Lipis District.In NEGERI SEMBILAN, continuous rain since the evening until early this morning has caused flooding in several areas around Port Dickson and two PPS have been opened.State Civil Defence Force (APM) director Lt Col (PA) Mohd Nazri Mes Kam said that as of 7.30 this morning, a total of 28 victims involving four families had been evacuated to the Sekolah Kebangsaan Jimah Lama PPS and the Permatang Pasir Public Hall."The situation is currently under control and we are still collecting more detailed information from relevant parties regarding the incident," he told Bernama today.Meanwhile in KELANTAN, flood victims are decreasing, namely 6,318 victims from 2,308 families this morning compared to 7,849 victims last night who have now been evacuated to 40 PPS throughout Kelantan.According to the Kelantan Civil Defence Force (APM) secretariat, Tumpat recorded the highest number of victims with 3,581 people from 1,360 families, followed by Bachok with 1,458 victims (460 families) and Pasir Mas with 217 victims (111 families).Other districts affected are Machang (450 victims, 172 families), Tanah Merah (312 victims, 102 families), Kuala Krai (222 victims, 75 families) and Gua Musang (100 victims, 28 families) |
|
Mangsa banjir di Selangor, Pahang meningkat malam ini - Mgazette - 28/11 7:40 am Menurut Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Tumpat kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 3,937 orang daripada 1,520 keluarga, diikuti Bachok (1,485 mangsa, 464 keluarga) serta Kota Bharu (1,093 mangsa, 421 keluarga). Lima daerah lain yang turut terjejas ialah Pasir Mas (158 mangsa, 89 keluarga), Machang (485 mangsa, 186 keluarga), Tanah Merah (341 mangsa, 113 keluarga), Kuala Krai (250 mangsa, 85 keluarga) dan Gua Musang (100 mangsa, 28 keluarga) |
|
Mangsa banjir Selangor, Pahang meningkat malam ini - Sinarharian - 28/11 12:14 am KUALA LUMPUR - Banjir di tujuh negeri tidak banyak berubah dengan hanya Selangor dan Pahang mencatat sedikit peningkatan malam ini.Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 2,603 mangsa daripada 691 keluarga berbanding 2,467 mangsa (654 keluarga) direkodkan pada petang tadi.Menurut laman web Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 15 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka membabitkan tiga daerah iaitu Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.Di PAHANG, jumlah mangsa banjir juga sedikit meningkat kepada 63 orang daripada 18 keluarga, berbanding 21 orang daripada lapan keluarga pada petang tadi.Menurut Infobencana JKM, 33 mangsa (12 keluarga) yang terlibat ditempatkan di tiga PPS di Daerah Lipis manakala 30 mangsa (6 keluarga) ditempatkan di enam PPS di Daerah Raub.Di PERLIS jumlah mangsa banjir tidak banyak berubah iaitu 7,624 orang setakat malam ini berbanding 7,622 mangsa pada sebelah petang.Berdasarkan data Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis, kesemua mangsa banjir itu masih berada di 24 PPS melibatkan kawasan Padang Besar, Arau dan Kangar.Keadaan yang sama turut direkodkan di KEDAH dengan 4,272 orang (1,412 keluarga) mangsa ditempatkan di 21 PPS malam ini berbanding 4,270 orang daripada 1,442 keluarga petang tadi.Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, daerah Kubang Pasu mencatat jumlah mangsa tertinggi dengan 2,481 orang daripada 859 keluarga berlindung di 14 PPS, diikuti Kota Setar 1,726 orang (523 keluarga) ditempatkan di lima PPS serta 65 orang (30 keluarga) ditempatkan di dua PPS di daerah Pokok Sena.Sementara itu, cuaca yang baik pada sebelah petang di KELANTAN menyaksikan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 7,849 mangsa daripada 2,906 keluarga (52 PPS) di lapan jajahan terjejas banjir berbanding 9,187 mangsa banjir petang tadi.Menurut Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Tumpat kekal mencatat jumlah mangsa tertinggi iaitu 3,937 orang daripada 1,520 keluarga, diikuti Bachok (1,485 mangsa, 464 keluarga) serta Kota Bharu (1,093 mangsa, 421 keluarga).Lima daerah lain yang turut terjejas ialah Pasir Mas (158 mangsa, 89 keluarga), Machang (485 mangsa, 186 keluarga), Tanah Merah (341 mangsa, 113 keluarga), Kuala Krai (250 mangsa, 85 keluarga) dan Gua Musang (100 mangsa, 28 keluarga).TERENGGANU turut merekodkan penurunan mangsa banjir kepada 3,667 orang (1,150 keluarga) malam ini berbanding 4,111 orang (1,245 keluarga) petang tadi.Berdasarkan laman web InfoBencana JKM, sebanyak 53 PPS dibuka di tujuh daerah dengan Marang merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,454 orang (406 keluarga) di sembilan PPS.Ia diikuti Setiu iaitu 1,108 orang (396 keluarga) di 21 PPS, Kemaman 602 orang (172 keluarga) di sembilan PPS, Kuala Terengganu 187 orang (87 keluarga) di sebuah PPS, Dungun 156 orang (35 keluarga) di lima PPS, Besut 107 orang (37 keluarga) di enam PPS dan Hulu Terengganu 60 orang (17 keluarga) di dua PPS.Di PERAK Sekretariat JPBN negeri memaklumkan PPS SJKC Manong di Kuala Kangsar yang menempatkan 71 mangsa daripada 36 keluarga ditutup dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.Ini menjadikan jumlah mangsa banjir di negeri itu menurun malam ini menyaksikan 5,455 orang (1,651 keluarga) masih menetap di keseluruhan 45 PPS di enam daerah berbanding 5,689 orang (1,749) petang tadi.Daerah Manjung kekal dengan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,185 orang daripada 678 keluarga masih ditempatkan di 18 PPS manakala Perak Tengah pula merekodkan 1,373 orang, Hilir Perak (1,356), Bagan Datuk (407), Muallim (19) serta Larut, Matang dan Selama (115) |
|
Jumlah mangsa terus meningkat, Terengganu kembali dilanda banjir - Mgazette - 26/11 3:36 pm # Jumlah mangsa terus meningkat, Terengganu kembali dilanda banjir KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kebanyakan negeri pada pagi ini terus meningkat, dengan Terengganu kembali dilanda bencana itu, manakala hanya Pahang mencatatkan penurunan. **KELANTAN**kekal sebagai negeri paling terjejas, dengan mangsa banjir kembalimeningkatkepada 9,615 orang daripada 3,643 keluarga pagi ini berbanding9,337 orang malam tadi selepas empat lagi jajahan, iaitu Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang mula dilanda banjir awal pagi ini, menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat |
|
Tular surat PM kepada penduduk Sabah, Ahmad Fayhsal sifatkan lucu, ajaib - Mgazette - 26/11 3:36 pm # Tular surat PM kepada penduduk Sabah, Ahmad Fayhsal sifatkan lucu, ajaib KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkongsi berkenaan surat yang kini sedang tular di dalam laman media sosial kononnya diutuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada penduduk Sabah |
|
Lebih 25,000 mangsa banjir di tujuh negeri, Kelantan paling tinggi - Sinarharian - 26/11 2:51 pm SHAH ALAM - Mangsa banjir di tujuh negeri bertambah kepada 3,084 menjadikan jumlah terkini seramai 25,243 orang setakat jam 2.04 petang ini.Berdasarkan maklumat di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) lapan negeri yang sebelum ini di laporkan terjejas banjir kini menurun kepada tujuh negeri iaitu Selangor, Terengganu, Kedah, Perlis, Kelantan, Perak dan Pahang.Sebanyak 197 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan 8,881 keluarga dengan negeri Kelantan merekodkan mangsa tertinggi iaitu 10,414 melibatkan 3,980 keluarga ditempatkan di 63 PPS di sembilan daerah terjejas.Daerah yang terjejas iaitu Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Gua Musang dan Pasir Mas.Seterusnya Perak mencatatkan 4, 617 mangsa dengan 1,498 keluarga terjejas di lapan daerah iaitu Bagan Datuk, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Larut, Matang dan Selama, Muallim, Kuala Kangsar serta Batang Padang yang kini ditempatkan di 45 PSS.Kedah pula merekodkan 3,534 mangsa membabitkan 1,304 keluarga di tiga daerah di Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena dengan 20 PPS dibuka setakat ini.Dalam pada itu, di Terengganu sebanyak 32 PPS dibuka membabitkan 2,298 mangsa dengan 741 keluarga ditempatkan selepas enam daerah terjejas di Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Dungun, Hulu Terengganu.Sementara itu di Selangor seramai 2,299 mangsa direkodkan membabitkan 585 mangsa ditempatakan di 21 PSS susulan tujuh daerah terjejas banjir di Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam, Shah Alam, Hulu Langat, Sepang dan Hulu Selangor.Perlis mencatatkan 2,062 mangsa membabitkan 765 keluarga di tiga daerah iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau yang terjajas dan telah ditempatkan di 15 PSS.Selain itu seramai 19 mangsa direkodkan di Pahang yang hanya melibatkan satu daerah yang terjejas iaitu Lipis membabitkan lapan keluarga. |
|
Jumlah mangsa terus meningkat, Terengganu kembali dilanda banjir - Sinarharian - 26/11 11:26 am KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kebanyakan negeri pada pagi Rabu terus meningkat, dengan Terengganu kembali dilanda bencana itu, manakala hanya Pahang mencatatkan penurunan.KELANTAN kekal sebagai negeri paling terjejas, dengan mangsa banjir kembali meningkat kepada 9,615 orang daripada 3,643 keluarga pagi ini berbanding 9,337 orang malam tadi selepas empat lagi jajahan, iaitu Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang mula dilanda banjir awal pagi ini, menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.Infopublic Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran memaklumkan paras air di beberapa sungai utama di Kelantan kekal tinggi dengan beberapa stesen merekodkan bacaan melepasi tahap waspada, amaran dan bahaya setakat 8.30 pagi ini.Di PERLIS, jumlah mangsa banjir mengalami peningkatan menjadi 6,087 orang setakat pagi ini dengan penambahan tiga lagi PPS berbanding 5,244 mangsa yang berada di 17 PPS malam tadi.Berdasarkan data Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perlis, kesemua mangsa banjir melibatkan kawasan Padang Besar, Arau dan Kangar itu kini ditempatkan di 20 PPS setakat pukul 8 pagi ini.Di KEDAH, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,049 orang daripada 1,021 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,629 orang daripada 543 keluarga dari Kubang Pasu dan Kota Setar yang ditempatkan di 17 PPS.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan daerah Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 2,247 orang daripada 783 keluarga dan ditempatkan di 15 PPS manakala Kota Setar, seramai 802 orang daripada 238 keluarga ditempatkan di dua PPS.Sementara itu, laman web rasmi Public Banjir memaklumkan 10 sungai di Kedah telah melepasi tahap bahaya antaranya Sungai Anak Bukit dengan 3.37 meter (m), Sungai Padang Terap (4.55m), Sungai Perik (14.53m), Sungai Bata (11.2m) dan Wang Tepus (10.339m).Di SELANGOR, jumlah mangsa juga meningkat kepada 2,970 individu daripada 799 keluarga berbanding 2,773 individu membabitkan 749 keluarga malam tadi dengan jumlah PPS kekal 23 di tujuh daerah terbabit banjir.Semakan di Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor menunjukkan hanya tiga sungai melepasi paras bahaya iaitu di Jambatan SKC Hulu Selangor (19.67m), pekan Meru, Klang (4.42m) dan Pintu Air Ijok, Kuala Selangor (4.21m)Sementara di TERENGGANU, banjir kembali melanda negeri itu melibatkan dua daerah, Marang dan Besut dengan membabitkan sebanyak 153 mangsa daripada 45 keluarga yang dipindahkan ke 10 PPS setakat 8 pagi ini.Berdasarkan laman sesawang InfoBencana Jabatan Masyarakat (JKM), sebanyak 63 mangsa daripada 16 keluarga dari daerah Marang ditempatkan di lima PPS, manakala di Besut pula, sebanyak 90 mangsa daripada 29 keluarga turut berlindung di lima PPS.Laman sesawang Public Banjir menunjukkan paras air Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu dan Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut telah melepasi tahap waspada.Di PULAU PINANG, mangsa banjir kekal 50 orang daripada 11 keluarga di satu-satunya PPS yang masih aktif di Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), menurut Pusat Kawalan Bencana Negara yang dikemas kini setakat 6 pagi tadi.Di PAHANG, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Raub Samasuddin Kambade berkata seramai 23 mangsa daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Balairaya Kampung Ulu Sungai, Raub sejak semalam telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pagi ini berikutan banjir pulih sepenuhnya.Menurut Infobencana JKM, seramai 19 mangsa daripada lapan keluarga masih kekal berlindung di PPS Dewan Seberguna Dato Omar Kuala Medang, Lipis.Sementara itu di SABAH, jurucakap Jabatan Kerja Raya Sabah memaklumkan bahawa dua kejadian cerun runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Bukit Bendera Upper, Kota Kinabalu, iaitu di kilometer 0.850 berhampiran Bayshore Condominium dan kilometer 2.550, akibat hujan lebat berterusan.Berikutan itu, Tanda Mara Peringatan (TMP) telah dipasang di kedua-dua lokasi dan pemantauan dijalankan secara berterusan |
|
Mangsa banjir catat 22,159 orang di lapan negeri - Sinarharian - 26/11 10:59 am SHAH ALAM Jumlah mangsa banjir di lapan negeri meningkat kepada 22,159 orang daripada 7,751 keluarga yang kini ditempatkan di 178 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pagi Rabu.Berdasarkan maklumat di laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 10.12 pagi, lapan negeri terjejas ialah Selangor, Perlis, Kelantan, Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.Kelantan mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 9,780 orang dengan 58 PPS dibuka di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Tanah Merah, Kuala Krai, Machang, Gua Musang dan Jeli.Di Perak, seramai 4,233 mangsa ditempatkan di 43 PPS yang melibatkan lapan daerah iaitu Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Muallim, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar serta Batang Padang.Kedah pula merekodkan 2,922 mangsa membabitkan 1,062 keluarga yang dipindahkan ke 19 PPS di kawasan terjejas iaitu Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena.Sementara itu, Selangor mencatatkan 2,641 mangsa daripada 717 keluarga di 23 PPS susulan banjir di tujuh daerah iaitu Kuala Selangor, Klang, Sabak Bernam, Shah Alam, Hulu Langat, Sepang dan Hulu Selangor.Di Perlis, sebanyak 1,770 mangsa daripada 624 keluarga direkodkan di tiga kawasan terjejas iaitu Kangar, Padang Besar dan Arau.Manakala di Terengganu, 786 mangsa dipindahkan, sementara Pahang mencatatkan 19 mangsa dan Pulau Pinang lapan orang, masing-masing membabitkan daerah Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Besut, Dungun, Hulu Terengganu (Terengganu), Lipis (Pahang) dan Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang). |
|
MetMalaysia issues continuous rain warning in Kelantan, Terengganu - Sinardaily - 25/11 3:33 pm KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) today issued a Continuous Rain Warning (Danger) expected to persist until tomorrow, affecting several districts in Kelantan and Besut in Terengganu.In a statement, MetMalaysia said the affected districts in Kelantan are Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok and Pasir Puteh, while the same warning also covers Besut in Terengganu.In addition, a Continuous Rain Warning (Severe) has been issued until Nov 26 for the entire states of Perlis, Kedah and Penang, as well as several areas in Perak (Kerian, Larut, Matang and Selama), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang and Kuala Krai) and Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun and Kemaman).At the Alert level, several districts in Perak (Hulu Perak, Manjung), Kelantan (Gua Musang) and Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut and Kuantan) are expected to experience continuous rain during the same period.Members of the public can obtain the latest weather information via the myCuaca website and app, as well as MetMalaysias official social media channels |
|
Amaran bahaya hujan berterusan di Kelantan, Terengganu - MetMalaysia - Sinarharian - 25/11 3:17 pm KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasamengeluarkan amaran hujan berterusan(bahaya) yang dijangka berterusan sehingga esok, membabitkan beberapa daerah di Kelantan dan Besut di Terengganu.Menurut kenyataan MetMalaysia, daerah terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh manakala Besut di Terengganu turut berada dalam amaran sama.Selain itu, Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan sehingga 26 November ini bagi seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinangserta beberapa kawasan di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama).Ia termasuk Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) serta Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).Bagi tahap waspada, beberapa daerah di Perak (Hulu Perak, Manjung), Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Jerantut serta Kuantan) dijangka mengalami hujan berterusan dalam tempoh sama.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca, serta media sosial rasmi MetMalaysia |
|
Hujan berterusan tahap bahaya diramal landa empat negeri hingga Rabu ini - MetMalaysia - Sinarharian - 24/11 5:27 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) yang dijangka berterusan hingga 26 November (Rabu) melibatkan Perlis, beberapa daerah di Kedah, Kelantan dan Besut di Terengganu.Menurut kenyataan MET Malaysia pada Isnin, kawasan di Kedah yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik, manakala di Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.Sementara itu, amaran Hujan Berterusan (Buruk) turut dikeluarkan hingga tarikh sama bagi beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan dan Terengganu.Bagi tahap Waspada, beberapa daerah di Perak, Pahang dan Selangor dijangka mengalami hujan berterusan hingga 24 dan 26 November.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web dan aplikasi myCuaca serta media sosial rasmi MET Malaysia.Pertanyaan lanjut boleh dibuat melalui talian hotline 1-300-22-1638 |
|
Hujan lebat tahap bahaya diramal melanda empat negeri hingga Rabu ini - Mgazette - 24/11 4:20 pm # Hujan lebat tahap bahaya diramal melanda empat negeri hingga Rabu ini KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di empat negeri sehingga hari Rabu, 26 November 2025. Ramalan itu dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh) dan Terengganu (Besut) |
|
MetMalaysia keluarkan amaran hujan tahap bahaya di empat negeri hingga .. - Mgazette - 24/11 7:36 am Manakala amaran hujan berterusan (buruk) berkuat kuasa sehingga tempoh sama melibatkan Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik & Baling) dan Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang & Muallim). Selain itu, Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang & Kuala Krai) dan Terengganu: Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang & Dungun; dan Sabah Bernam, Selangor |
|
Hujan sangat lebat dijangka berterusan di empat negeri hingga Selasa - Sinarharian - 23/11 5:18 pm SHAH ALAM Selain lima daerah di Kelantan, beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak turut dijangka mengalami hujan sangat lebat berterusan (tahap bahaya) sehingga Selasa, menurut amaran terkini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).MetMalaysia dalam kemas kini dikeluarkan pada 4.15 petang Ahad memaklumkan, kawasan terlibat ialah seluruh Pulau Pinang; Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala di Perak membabitkan Kerian, Larut Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk serta Hilir Perak."Amaran hujan lebat berterusan (tahap buruk) pula membabitkan Perlis; Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling (Kedah) serta Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim (Perak)."Selain itu, kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan, selain Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu serta Sabak Bernam, Selangor," katanya dalam kenyataan.Bagi amaran hujan berterusan (tahap waspada), MetMalaysia memaklumkan daerah yang terkesan hingga 24 November (Isnin) ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh di Pahang, selain beberapa daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak."Untuk tahap waspada yang berkuat kuasa hingga 26 November (Rabu) pula melibatkan Gua Musang di Kelantan dan Kemaman di Terengganu."Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui portal rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca, platform media sosial rasmi atau menghubungi talian hotline 1-300-22-1638," jelas kenyataan itu lagi.Terdahulu, MetMalaysia pada jam 11 pagi turut melaporkan bahawa kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan dijangka terus mengalami hujan sangat lebat berterusan sehingga Selasa. |
|
Mangsa banjir 3 negeri cecah 2,054 orang - Mgazette - 23/11 3:19 pm Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan sehingga esok. Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) untuk tempoh sama manakala situasi serupa diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu sehingga Rabu |
|
Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000, NADMA arah siap siaga... - Mgazette - 23/11 3:19 pm Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan bermula hari ini hingga 24 Nov. Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) untuk tempoh sama, manakala situasi serupa diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu hingga 26 Nov |
|
MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan, tahap bahaya di .. - Mgazette - 23/11 3:19 pm Manakala amaran buruk - hujan lebat berterusan sehingga tempoh sama turut dikeluarkan di Perlis; Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling. Selain itu di Hulu Perak (Perak); Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai) dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun |
|
Lima daerah di Kelantan diramal hujan lebat tahap bahaya hingga Selasa - Sinarharian - 23/11 12:13 am SHAH ALAM - Lima daerah di Kelantan diramal berdepan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa ini.Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat 11 pagi ini, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh."Amaran hujan lebat berterusan (tahap buruk) pula membabitkan Perlis; Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling (Kedah) serta Hulu Perak (Perak)."Selain itu, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai (Kelantan) serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun (Terengganu), juga hingga Selasa ini (25 November)," katanya pada Ahad.Bagi amaran hujan berterusan (tahap waspada), MetMalaysia turut memaklumkan daerah yang terkesan hingga 24 November (Isnin) ialah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah); Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim."Untuk amaran tahap waspada hingga 26 November (Rabu) pula melibatkan kawasan Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu."Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan platform media sosial rasmi kami."Talian 'hotline' MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut," ujar kenyataan itu lagi. |
|
Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000 orang - Sinarharian - 22/11 10:59 pm KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang manakala di Terengganu tidak berubah setakat jam 8 malam ini.Di KELANTAN, kesemua mangsa melibatkan penduduk di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat yang berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).PPS di Kota Bharu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, SK Parang Puting dan SK Sering; SK Pengkalan Kubor 2 dan SK Seri Tumpat 2 di Tumpat manakala SK Pauh Sembilan dan SK Jelawat di Bachok.Tinjauan Bernama di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini malam ini mendapati sebahagian laluan utama di kawasan kampus telah dinaiki air hingga paras lutut.Selain itu, menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima lembangan sungai utama di negeri itu berisiko berdepan peningkatan paras air sekiranya hujan lebat berterusan.Ia melibatkan Jajahan Pasir Mas iaitu Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kelantan), Pasir Puteh - Lembangan Sungai Semerak (Sungai Semerak dan Sungai Buaya Ikat), Kota Bharu - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kemasin dan Sungai Kelantan)."Bachok iaitu Lembangan Sungai Semerak (Sungai Kemasin dan Sungai Semerak), Kuala Krai - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Lebir) dan Tumpat - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Golok dan Sungai Kelantan)," menurut kenyataan itu.Sementara di TERENGGANU, situasi banjir gelombang pertama di negeri itu tidak berubah sejak petang tadi dengan jumlah mangsa kekal 276 orang berlindung di PPS Masjid Kampung, Pulau Redang.Di KUALA LUMPUR, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan operasi bencana yang mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan.Arahan itu dikeluarkan berikutan amaran hujan berterusan peringkat buruk dan waspada yang melibatkan enam negeri, dengan tumpuan terhadap kawasan berisiko tinggi.Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan bermula hari ini hingga 24 November.Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) untuk tempoh sama, manakala situasi serupa diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu hingga 26 November |
|
Rayuan gantung, pecat ahli Bersatu perlu segera diselesaikan - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 22/11 8:49 am KOTA BHARU Rayuan penggantungan dan pemecatan beberapa pemimpin susulan kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didesak supaya segera diselesaikan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan disiplin itu menimbulkan rasa kecewa kerana individu terbabit adalah pemimpin yang dipilih oleh akar umbi untuk membawa suara parti serta gabungan Perikatan Nasional (PN).Beliau berkata, perbezaan pendapat yang disuarakan tidak seharusnya dilihat sebagai tindakan biadab, sebaliknya teguran dalaman yang perlu diberi perhatian bagi mengukuhkan lagi Bersatu dan PN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).Menurutnya, sebaik selepas selesai PRN Sabah, perbincangan secara ikhlas antara Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin mesti dimulakan |
|
MPs slam emergency app failures, lives at risk, system in chaos - Sinardaily - 20/11 3:53 pm SHAH ALAM A new multi-ministerial emergency response system has been sharply branded "stupid" and potentially life-jeopardising by an Opposition lawmaker, who accused the government of failing to conduct essential testing before a nationwide launch.Machang MP Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal demanded a national audit, arguing the flawed rollout which allegedly bypassed dry runs and beta releases was symptomatic of deeper governmental delivery failures that put citizens' lives at risk.He said proof of concept appeared poorly executed, with insufficient trial runs or beta testing before full deployment.There should have been a trial run in a limited location, for example for a month, to assess the effectiveness of the app and the system.Public feedback during this period could then inform whether its ready for a wider release |
|
Hujan berterusan: Kelantan berisiko alami banjir hingga 21 November - Mgazette - 19/11 3:09 pm Tanah Merah pula dijangka berdepan risiko di Lembangan Sungai Golok dan Kelantan. Di jajahan Machang dan Kuala Krai, risiko banjir melibatkan Lembangan Sungai Kelantan, sementara Jeli membabitkan Lembangan Sungai Golok dan Kelantan |
|
18 Ahli Parlimen Bersatu beri sokongan kepada Muhyiddin - Mgazette - 19/11 3:09 pm Sebelum pertemuan malam tadi, seramai 16 Ahli Parlimen Bersatu telah menandatangani sepucuk surat bertarikh 23 Oktober lalu yang diserahkan kepada Muhyiddin bagi menyatakan kebimbangan serius terhadap polemik dalaman parti. Surat itu menegaskan bahawa pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama satu penggal, adalah langkah yang tidak bijak |
|
Kediaman Muhyiddin jadi tumpuan malam ini - Sinarharian - 18/11 9:52 pm KUALA LUMPUR [KEMAS KINI] Kediaman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara menjadi tumpuan malam ini susulan pertemuan melibatkan Ahli Parlimen parti itu.Antara yang hadir ialah Datuk Khlir Mohd Nor (Parlimen Merbok), Mohd Nazri Abu Hassan (Parlimen Grik), Fathul Huzir Ayob (Parlimen Gerik), Komander Nordin Ahmad Ismail (Bersara, Parlimen Lumut), dan Datuk Azman Nasrudin (Parlimen Padang Serai).Turut hadir ialah Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (Parlimen Langkawi), Kapten Azahari Hasan (Parlimen Padang Rengas), Dr. Mohd Radzi Md Jidin (Parlimen Putrajaya), Datuk Seri Hamzah Zainudin (Parlimen Larut) dan Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (Parlimen Masjid Tanah).Zakri Hassan (Parlimen Kangar) dan Datuk Wira Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Parlimen Kubang Pasu) juga antara yang hadir.Sebelum ini, media melaporkan tular sebuah draf dokumen dalaman bertarikh 10 November 2025 yang didakwa sebagai surat sulit kepimpinan Bersatu, mencadangkan tindakan segera diambil bagi mendamaikan dan memulihkan kesejahteraan parti.Dokumen tanpa kepala surat rasmi itu turut menyarankan agar DrmMohd Radzi menggantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang.Namun, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan bahawa parti itu belum menerima sebarang maklumat daripada rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) berhubung surat cadangan pertukaran jawatan Ketua Pembangkang tersebut.Sebelum pertemuan malam ini, seramai 16 Ahli Parlimen Bersatu telah menandatangani sepucuk surat bertarikh 23 Oktober lalu yang diserahkan kepada Muhyiddin bagi menyatakan kebimbangan serius terhadap polemik dalaman parti.Surat itu menegaskan bahawa pemecatan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama satu penggal, adalah langkah yang tidak bijak.Mereka juga berpendapat hukuman tersebut tidak kena pada masanya dan boleh mengganggu momentum sokongan rakyat terhadap pembentangan Gagasan Belanjawan PN oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Selain itu, mereka menentang keputusan parti memanggil Hamzah ke Lembaga Disiplin kerana dianggap tidak masuk akal.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, salah seorang yang menandatangani surat itu, mengesahkan bahawa dokumen berkenaan telah dihantarnya sendiri kepada Muhyiddin di Parlimen pada 27 Oktober lalu.Beliau berkata, Muhyiddin telah membaca surat tersebut dan memberikan maklum balas.Difahamkan, Ahli Parlimen Sungai Besar, Tanah Merah, Saratok dan Indera Mahkota tidak hadir dalam pertemuan malam ini.Sementara itu, satu perhimpunan penyokong Hamzah yang dijangka berlangsung di luar kediaman Muhyiddin tidak berlangsung seperti yang digembar-gemburkan menerusi media sosial. |
|
Kelantan diramal banjir bermula esok - Kosmo - 18/11 9:44 pm PETALING JAYA – Beberapa jajahan di negeri Kelantan diramal berisiko mengalami banjir bermula 19 hingga 21 November ini susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam. Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dalam kenyataan berkata, potensi banjir itu dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan jajahan Kuala Krai, Jeli, Bachok, Machang, Pasir .. |
|
Tiada agenda tukar Hamzah dengan Radzi Jidin - MP Gerik - Sinarharian - 18/11 6:18 pm Itu cuma 'hearsay'.""Tak logik agenda hendak buang Timbalan Presiden. Siapa yang hendak buang itu?" tegasnya.Fathul Huzir juga memaklumkan hampir semua ahli Parlimen Bersatu dijangka hadir kecuali Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee yang kini sedang bertanding sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dan dua lagi wakil rakyat yang kini berdepan tindakan disiplin iaitu Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan serta Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.Beliau turut menjangkakan bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bakal hadir walaupun Ahli Parlimen Indera Mahkota itu telah dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Bersatu baru-baru ini.Bukit Damansara dijangka menjadi tumpuan malam Selasa susulan laporan bahawa jamuan makan malam dianjurkan di kediaman Muhyiddin.Pada masa sama, mesej mengenai kemungkinan diadakan program himpunan mempertahankan nasib Hamzah turut berlegar dalam kumpulan WhatsApp parti.Bagaimanapun, Fathul Huzir menegaskan perkara itu tidak ada kena-mengena dengan kehadiran wakil rakyat Bersatu.Hamzah sendiri turut menafikan wujud agenda tertentu mengaitkan majlis pertemuan dengan Presiden Bersatu dengan krisis dalaman parti itu ketika ini."Eh, presiden parti panggil mesyuarat dengan ahli Parlimen itu biasa |
|
Thunderstorms in eight states until 5pm today - Sinardaily - 18/11 3:27 pm KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds in eight states until 5pm today.It said in a statement that such weather would be experienced in Perlis, Kedah and Penang, and several areas in Perak - Kerian, Larut, Matang and Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung and Kinta.Similar weather conditions are forecast in Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang and Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun and Kemaman) and Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut and Kuantan).The areas affected in Sarawak are Kuching, Samarahan (Samarahan and Asajaya), Sri Aman, Mukah (Daro), Kapit (Song and Bukit Mabong), Miri (Marudi) and Limbang.Warnings are issued when there are clear signs that indicate thunderstorms with rain intensity exceeding 20 mm per hour that occurred or expected to occur.Thunderstorm warning is a short period warning that not exceeding six hours for a single issue |
|
Dua lelaki termasuk pesara bomba maut kemalangan - Sinarharian - 16/11 9:50 pm MACHANG Dua lelaki termasuk seorang pesara bomba maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 4.4 Jalan MachangPasir Puteh, berhampiran Stesen Minyak Petronas Sungai Emas, di sini pada Ahad.Dalam kejadian kira-kira jam 4.25 petang itu, mangsa yang terkorban ialah Mokhtar Mohd Nor, 67, yang memandu Perodua Kelisa serta penunggang motosikal Yamaha Y15ZR, Mohamad Fahimi Mohd Daud @ Mohd Hanafi, 34.Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang Mohamad Fahimi datang dari arah Pasir Puteh menuju ke Machang melalui jalan lurus."Sebaik tiba di lokasi, kereta yang dipandu warga emas berkenaan dipercayai keluar dari simpang di sebelah kiri untuk masuk ke simpang kanan."Penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambahnya, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Kami meminta saksi atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan," katanya.Maklumat boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di talian 09-975 1222. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |