| /// |
|
| Search : Lembaga Pengampunan Wilayah News | Page 1 |
|
Tindakan Anthony Loke didakwa untuk jaga kelangsungan DAP - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Tindakan Anthony Loke didakwa untuk jaga kelangsungan DAP KUALA LUMPUR - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Antony Loke menawarkan peletakan jawatan dalam Kabinet, didakwa sebagai tindakan hipokrasi untuk menjaga kelangsungan parti |
|
Cadangan gubal Akta Tahanan Rumah sasar tahanan reman, bukan kes jenayah... - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Cadangan gubal Akta Tahanan Rumah sasar tahanan reman, bukan kes jenayah berat KUALA LUMPUR Cadangan menggubal Akta Tahanan Rumah yang dibawa sejak 2024 bertujuan untuk menangani kesesakan penjara, khususnya membabitkan tahanan reman yang masih menunggu proses perbicaraan |
|
Balai polis bergerak ditempatkan berhampiran rumah Najib mulai esok Balai .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Balai polis bergerak ditempatkan berhampiran rumah Najib mulai esok KUALA LUMPUR - Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran satu daripada kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mulai esok |
|
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB yang sedang .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB yang sedang berjalan - SPRM KAJANG - Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yangdihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak kekal tidak berubah walaupun bekas perdana menteri itu diberikan pengampunan bersyarat, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman |
|
Pegawai Penjara di kediaman Najib, proses pewartaan tahanan rumah jadi .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pegawai Penjara di kediaman Najib, proses pewartaan tahanan rumah jadi perhatian KUALA LUMPUR Kehadiran beberapa pegawai Jabatan Penjara Malaysia di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, di sini pagi tadi mencetuskan perhatian susulan keputusan membolehkan beliau menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah |
|
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan susulan pengampunan Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan susulan pengampunan Najib KUALA LUMPUR Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Pemimpin DAP hadir mesyuarat tergempar susulan pengampunan bersyarat Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm Anthony Loke tiba kira-kira jam 2.54 petang, disusuli Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo; Setiausaha Pengelola parti, Khoo Poay Tiong; Bendahari, Ngeh Koo Ham danNaib Presiden Kebangsaan yang juga Ketua Wanita, Teo Nie Ching. Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh yang merupakan anggota Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan |
|
Pengampunan Najib beri ???bola tanggung??? kepada PH dalam PRU-16 - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pengampunan Najib beri bola tanggung kepada PH dalam PRU-16 JOHOR BAHRU - Pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak memberi 'bola tanggung' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) |
|
Jangan terbeban dengan saya – Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm KUALA LUMPUR Datuk Seri Najib Razak tidak mahu mana-mana pihak, termasuk parti, ahli dan penyokongnya serta orang ramai, berasa terbeban atau terikat dengan sebarang kewajipan atas namanya dalam menghulurkan sokongan dan bantuan |
|
Tahanan rumah Najib: ???Hanya pengecut guna tuduhan hasutan???- Amira - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Tahanan rumah Najib: Hanya pengecut guna tuduhan hasutan- Amira JOHOR BAHRU Kritikan dan rasa tidak puas hati rakyat terhadap layanan diterima Datuk Seri Najib Razak yang mendapat pengampunan diraja tidak boleh disekat dengan mengaitkannya sebagai satu hasutan terhadap institusi diraja |
|
Jabatan Penjara tunggu surat rasmi keputusan Lembaga Pengampunan – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Jabatan Penjara tunggu surat rasmi keputusan Lembaga Pengampunan - Saifuddin KULIM - Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu surat rasmi pemakluman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengenai pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Tahanan rumah Najib: Jangan double standard – Hairi - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Tahanan rumah Najib: Jangan double standard - Hairi JOHOR BAHRU - Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pusat, Mohd Hairi Mad Shah menafikan dakwaan Tabung Solidariti Najib Razak adalah jarum halus UMNO untuk menghalalkan rasuah |
|
Zaid persoal ketegasan Putrajaya tangani isu N. Sembilan, pengampunan - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Zaid persoal ketegasan Putrajaya tangani isu N |
|
“Kalau tak setuju, kenapa seorang sahaja, itupun sekadar tawar .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # "Kalau tak setuju, kenapa seorang sahaja, itupun sekadar tawar 'letak jawatan?" Fadhli KUALA LUMPUR Keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menimbulkan persoalan mengenai pendirian keseluruhan parti itu terhadap keputusan berkenaan |
|
Pengampunan Najib: Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pengampunan Najib: Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik - Ahmad Zahid JAKARTA - Hubungan antara parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan kekal baik susulan keputusan Lembaga Pengampunan melibatkanbekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
Jabatan Penjara belum terima arahan rasmi tahanan rumah Najib - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Jabatan Penjara belum terima arahan rasmi tahanan rumah Najib KUALA LUMPUR Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan baki hukuman secara tahanan di rumah ditentukan |
|
UMNO tidak jadikan isu Najib untuk raih sokongan menang pilihan raya?? - Mygazette - 20/09 2:51 pm # UMNO tidak jadikan isu Najib untuk raih sokongan menang pilihan raya KOTA TINGGI - UMNO tidak menjadikan isu pengampunan bersyarat Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sebagai modal politik untuk mendapatkan mandat rakyat dalam pilihan raya akan datang |
|
Sesiapa sahaja boleh ulas keadaan politik menjelang PRN Melaka – .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Sesiapa sahaja boleh ulas keadaan politik menjelang PRN Melaka - Ab Rauf MELAKA Ketua Menteri Melaka, uDatk Seri Ab Rauf Yusoh menerima pandangan sesiapa sahaja yang mahu mengulas mengenai keadaan politik Melaka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) susulan perkembangan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak |
|
Pelbagai penjajaran politik tidak mustahil berlaku – Fahmi Pelbagai .. - Mygazette - 20/09 2:51 pm # Pelbagai penjajaran politik tidak mustahil berlaku - Fahmi KUALA PILAH - Dinamika politik semasa memungkinkan berlaku pelbagai penjajaran politik, termasuk mengambil kira keunikan landskap politik setiap negeri |
|
Henti politikkan isu tahanan rumah Najib – Mohamed Khaled - Kosmo - 20/09 2:24 pm KOTA TINGGI – Isu tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak tidak wajar dipolitikkan mana-mana pihak memandangkan keputusan berkenaan berada di bawah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim |
|
Ahmad Zahid sepatutnya letak jawatan, bukan Anthony Loke - Naib Pengerusi DAP Johor - Sinarharian - 20/09 2:17 pm KOTA TINGGI Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berpandangan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sepatutnya meletakkan jawatan berbanding Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.Beliau berkata, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri didakwa telah memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.Menurutnya, Ahmad Zahid juga dilihat mempertikaikan beberapa dasar kerajaan termasuk Budi Madani RON95 (BUDI95), sedangkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) merupakan sebahagian daripada Kabinet yang membuat keputusan berkaitan dasar berkenaan."Sebenarnya ramai yang tidak setuju sewaktu mesyuarat CEC |
|
Jabatan Penjara bersedia laksana keputusan Lembaga Pengampunan - SUN - 20/09 2:04 pm Jabatan Penjara Malaysia bersedia laksanakan arahan rasmi berhubung pengampunan bersyarat dan tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Kesan Pengampunan 'House Arrest' Najib Razak - OutSyed - 20/09 1:24 pm Kesan politik daripada House Arrest ini bergantung pada beberapa faktor yang berasingan: status undang-undang sabitan Najib, persepsi awam terhadap kerajaan perpaduan, serta pertimbangan pilihan raya oleh UMNO, DAP, PKR dan sekutu-sekutu berpotensi mereka |
|
Anthony Loke letak jawatan, Pas dan UMNO pula bagaimana? - Mypress - 20/09 1:22 pm KEPUTUSAN Anthony Loke untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Razak menimbulkan persoalan mengenai tindakan yang boleh diambil seseorang menteri apabila tidak… |
|
Tahanan rumah Najib: Balai polis bergerak ditempatkan bermula esok, bantu kawal proses pulang - Sinarharian - 20/09 1:12 pm KUALA LUMPUR - Sebuah balai polis bergerak akan ditempatkan berhampiran satu daripada kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mulai esok.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penempatan balai bergerak di bawah tanggungjawab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul itu, dijadualkan bermula jam 7 pagi di kediaman Najib di Langgak Duta, di sini.Beliau berkata, penempatan balai bergerak itu bukan bertujuan mengawal Najib secara 24 jam, sebaliknya bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan beliau sekiranya proses pemindahan dari penjara ke kediaman berkenaan dilaksanakan."Ia untuk kawalan semasa proses kembalinya beliau sahaja (jika kediaman ini dipilih) bagi menjaga keselamatan pemberita luar dan dalam negara, jiran-jiran serta mengelakkan kesesakan jalan raya dan kehadiran penyokong."Ia bukan tugas yang diarahkan untuk kawalan Datuk Seri Najib, tetapi untuk kawalan keselamatan semasa proses pemindahan beliau selepas membayar denda, dari penjara ke rumah," katanya ketika dihubungi media pada Ahad.Mengenai status kediaman berkenaan sebagai lokasi tahanan rumah Najib, Anuar Bakri berkata, pihaknya belum menerima sebarang pengesahan rasmi berhubung perkara itu."Saya tidak boleh beri pengesahan sebab saya pun tidak dapat apa-apa maklumat, tetapi satu daripada rumah rasmi Datuk Seri Najib di bawah tanggungjawab saya."Terdapat kemungkinan kediaman lain milik Datuk Seri Najib turut berada dalam pertimbangan, namun perkara itu belum dapat dipastikan," katanya.Mengulas pihak yang bertanggungjawab mengawasi sekiranya Najib menjalani tahanan rumah, Anuar Bakri berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, tanggungjawab berkenaan adalah di bawah Jabatan Penjara Malaysia dan bukan PDRM.Empat pegawai Jabatan Penjara telah hadir ke kediaman berkenaan semalam bagi menjalankan pemeriksaan dan penilaian." PDRM hanya memudah cara pergerakan Datuk Seri Najib untuk masuk dan pada masa sama menjaga keselamatan pemberita," katanya.Anuar Bakri berkata, penempatan anggota polis ketika proses berkenaan dijangka melibatkan seorang penyelia bersama dua anggota, selain dibantu unit kereta peronda (MPV).Semalam, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) tahanan rumah Najib akan memperincikan, antara lain aspek lawatan, kawalan dan pemantauan pergerakan bekas Perdana Menteri itu selepas surat rasmi berkaitan diterima.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd |
|
Jangan guna alasan kebebasan berkarya untuk hina Rukun Negara: YRN - Sinarharian - 20/09 1:07 pm SHAH ALAM Yayasan Rukun Negara memandang serius sebuah pementasan yang tular di media sosial kerana kandungannya didapati secara terang-terangan mempersendakan prinsip-prinsip Rukun Negara, selain menyentuh isu sensitif membabitkan kaum, agama dan institusi diraja (3R).Ketua Lembaga Penasihat Yayasan Rukun Negara YRN), Datuk Dr |
|
Najib Kekal Dipenjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Dibayar - Peguam - Siakapkeli - 20/09 12:47 am Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang ditetapkan di bawah pengampunan bersyarat dibayar kepada |
|
Najib Kekal Di Penjara Kajang Hingga Denda RM50 Juta Dibayar Peguam - Beautifulnara - 20/09 12:39 am Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyaratnya dibayar kepada mahkamah |
|
Jabatan Penjara tunggu surat rasmi berkaitan tahanan rumah Najib - Sinarharian - 20/09 12:29 am KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan dapat ditentukan.Jabatan Penjara Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih menunggu pemakluman rasmi berhubung keputusan itu."Selaras dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 19 September 2026, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu pemakluman rasmi secara bertulis berhubung keputusan tersebut sebelum sebarang tindakan lanjut bagi melaksanakan keputusan berkenaan dapat ditentukan," menurut kenyataan itu pada Ahad.Pada Jumaat, media melaporkan Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Menurut kenyataan sama, berdasarkan makluman Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat terhadap Najib.Keputusan itu membenarkan baki hukuman dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat ditetapkan termasuk pembayaran denda RM50 juta.Jabatan Penjara turut menjelaskan, sebarang pemakluman dan dokumen rasmi berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan akan disampaikan melalui saluran rasmi sewajarnya sebelum dikemukakan kepada jabatan itu untuk tindakan selanjutnya."Jabatan Penjara Malaysia sentiasa bersedia untuk melaksanakan sebarang arahan rasmi yang diterima daripada pihak berkuasa yang berkenaan, selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan penjara serta tatacara dan prosedur yang sedang berkuat kuasa."Jabatan ini akan melaksanakan sebarang keputusan dan arahan yang diterima secara teratur, profesional dan berintegriti, selaras dengan peruntukan undang-undang serta ketetapan pihak berkuasa yang berkenaan," katanyaSehubungan itu, jabatan berkenaan menyeru semua pihak supaya merujuk sumber rasmi dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai pelaksanaan keputusan tersebut. |
|
Pengampunan Najib bukan bola tanggung, penyatuan Melayu isu berbeza - Khaled Nordin - Sinarharian - 20/09 12:29 am KOTA TINGGI - Keputusan pengampunan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak wajar dijadikan bola tanggung politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan berkenaan perlu difahami sebagai pengampunan bersyarat dan bukannya pengampunan penuh."Soal pengampunan ini bukan perkara baharu, banyak kes pengampunan telah dilakukan sama ada kes seseorang dihukum mati, dihukum penjara seumur hidup dan sebagainya."Tidak wajar mana-mana pihak dipertikaikan kerana merupakan kuasa serta hak mutlak Yang di-Pertuan Agong."Sama ada isu Najib ini, dijadikan alasan untuk mendapatkan mandat rakyat, saya rasa dalam pilihan raya ada isu-isu lain yang lebih besar," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kota Tinggi di Dewan Besar Felda Air Tawar 2, dekat sini pada Ahad.Sebelum ini, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak memberi 'bola tanggung' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Jelas Hassan lagi, dari segi politik, Najib kini betul-betul menjadi beban kepada UMNO dan juga Pas.Dalam pada itu, Mohamed Khaled menegaskan isu pengampunan Najib tidak mempunyai kaitan dengan soal pilihan raya atau usaha penyatuan orang Melayu kerana kedua-duanya merupakan perkara berbeza.Katanya, isu penyatuan Melayu perlu dilihat dari sudut kedudukan dan kuasa politik orang Melayu yang didakwa semakin terhakis akibat perpecahan antara parti politik Melayu."Soal pilihan raya itu soal lain |
|
ULASAN Pengampunan Najib beri bola tanggung pada PH - Mkini - 20/09 11:54 am Dari segi politik, Najib Razak kini betul-betul menjadi beban kepada Umno dan juga PAS. |
|
Najib kekal di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayar - Sinarharian - 20/09 11:45 am SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal berada di Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta dibayar kepada mahkamah.Perkara itu dimaklumkan peguam bela dan peguamcara Najib, Tetuan Shafee & Co |
|
Nas agama bukan lesen memutihkan tafsiran politik - Mypress - 20/09 11:26 am PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi artikel ‘Negara Menjadi Habuan Kerana Menjatuhkan Kuasa Besar Islam |
|
'Mengapa Anthony Loke letak jawatan menteri, bukan Hannah, Kor Ming?' - Wong Chen - Sinarharian - 20/09 11:22 am SHAH ALAM - Tindakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan isu pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan persoalan dalam kalangan orang ramai.Perkara itu dibangkitkan bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang mempersoalkan mengapa Anthony tampil mengambil tanggungjawab berkenaan dengan menawarkan diri untuk berundur.Menurut beliau, persoalan utama yang timbul ialah mengapa Anthony menawarkan diri untuk meletakkan jawatan, sedangkan terdapat pemimpin lain yang turut dikaitkan dengan isu berkenaan tetapi tidak mengambil tindakan sama."Pada asasnya, orang ramai mempersoalkan mengapa Anthony Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan, sedangkan Hannah Yeoh yang menganggotai Lembaga Pengampunan tidak menawarkan diri untuk berundur."Begitu juga Nga Kor Ming, yang sebelum ini secara terbuka menyatakan kemungkinan beliau akan meletakkan jawatan sekiranya Najib 'dibebaskan', juga tidak menawarkan diri untuk berundur |
|
PAS guna isu Najib dekati Umno - Denyutreformasi - 20/09 11:10 am PETALING JAYA: Pendirian PAS menyambut baik pengampunan bersyarat Najib Razak mencetuskan tafsiran berbeza dalam kalangan penganalisis mengenai kesannya terhadap usaha merapatkan hubungan dengan Umno |
|
AEI Capital teroka kerjasama RM60 juta dengan UMK - Sinarharian - 20/09 10:52 am GENTING HIGHLANDS AEI Capital Group meneroka potensi kerjasama strategik jangka panjang bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Yayasan Sayang Malaysia yang dianggarkan bernilai RM60 juta.Presiden AEI Capital Group, John Tan berkata, daripada jumlah tersebut, RM10 juta untuk dana kebajikan pelajar UMK menerusi Yayasan Sayang Malaysia bagi tempoh 10 tahun.Menurutnya, peruntukan itu antaranya melibatkan Biasiswa AEI untuk pelajar prasiswazah UMK berprestasi Kelas Pertama, Anugerah Kecemerlangan Akademik AEI-UMK, program latihan industri, pementoran, pembangunan kepimpinan serta pembangunan kerjaya."Manakala RM50 juta lagi dicadangkan sebagai potensi modal pertumbuhan bagi syarikat peringkat pertumbuhan yang diasaskan alumni UMK melalui cadangan AEI-UMK Growth Capital Initiative."Inisiatif itu bertujuan membuka akses kepada modal pertumbuhan selain jaringan industri, pelabur dan rakan strategik bagi membantu syarikat alumni mengembangkan operasi, pasaran, teknologi, kapasiti serta pengantarabangsaan," katanya kepada pemberita selepas selesai Kejohanan Golf Amal UMK 2026 di sini pada Sabtu.Program yang julung kali dianjurkan itu menerima tajaan utama daripada AEI Capital Group selain tajaan korporat Agrobank dan DXN Berhad, sekali gus memperlihatkan penglibatan sektor korporat dalam menyokong agenda kebajikan serta pembangunan pelajar UMK.Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra turut berkenan berangkat merasmi dan menyertai kejohanan amal berkenaan.Baginda yang juga Pro-Canselor UMK dan Penaung Golf Amal UMK 2026 turut berkenan melakukan pukulan mula (tee-off) pada jam 8.30 pagi.Seramai 60 peserta terdiri daripada wakil industri, alumni, pengurusan tertinggi universiti dan rakan strategik UMK menyertai program berkenaan.Turut hadir, Yang Menjalankan Fungsi Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Datuk Dr Mohd Zabri Yusoff; Naib Canselor UMK, Datuk Profesor Dr Arham Abdullah; serta Pengerusi dan Pemegang Amanah Yayasan Sayang Malaysia, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim.John berkata, AEI Capital Group yang merupakan kumpulan pelaburan berpangkalan di Asia dengan fokus global percaya pihaknya mampu membantu UMK merealisasikan agenda strategiknya sebagai universiti yang memberi fokus utama kepada bidang keusahawanan.Beliau berkata, AEI Capital Group yang diasaskannya 12 tahun lalu bermula dengan aset di bawah pengurusan (AUM) berjumlah AS$5 juta (kira-kira RM20.4 juta), sebelum berkembang kepada lebih AS$9 bilion (kira-kira RM36.7 bilion) AUM ketika ini."Ini semua kerana bukan sahaja pertumbuhan kumpulan pelaburan kami, tetapi juga pertumbuhan bersama syarikat yang kami laburkan di seluruh Asia."Kami tahu apa maksud pertumbuhan kerana kami ialah firma modal pertumbuhan yang boleh memberikan sokongan yang hebat dan strategik," katanya.Mengulas mengenai cadangan peruntukan RM50 juta itu, John berkata, pihaknya berharap dapat membantu syarikat pemula UMK yang sudah berada pada peringkat pembangunan untuk berkembang ke tahap lebih jauh."Kami berharap dapat membawa syarikat pemula UMK yang sudah berada pada tahap pembangunan untuk pergi lebih jauh dan membangunkan lebih banyak syarikat yang dibangunkan oleh UMK," katanya.Menurutnya, pengalaman AEI Capital Group di seluruh Asia juga boleh dimanfaatkan bagi membantu usahawan membangunkan syarikat berteraskan model perniagaan inovatif serta mempunyai pandangan global.Katanya, kerjasama itu turut dilihat mampu menyokong agenda strategik negara dalam melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berupaya menembusi pasaran serantau dan global.John berkata, penyertaan AEI Capital Group sebagai penaja platinum Program Golf Amal UMK 2026 menjadi titik permulaan kepada hubungan jangka panjang antara kedua-dua pihak."Selepas acara ini, kami akan melawat UMK untuk mengadakan perbincangan lebih mendalam mengenai pelaksanaan agenda strategik ini."Ini ialah golf amal pertama bagi UMK, jadi inilah permulaan kepada hubungan yang panjang," katanya.Sementara itu, Arham berkata, penganjuran Golf Amal UMK 2026 menjadi platform untuk memperkukuh jaringan strategik antara UMK, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor korporat dalam menyokong kebajikan serta pembangunan pelajar.Katanya, UMK turut menyatakan hasrat untuk meneruskan penganjuran program golf amal itu pada tahun hadapan susulan sambutan menggalakkan daripada pihak industri. |
|
Industri sawit perlu hasil, bukan sekadar aspirasi - Harakahdaily - 20/09 7:51 am KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dicadangkan mewujudkan PALMS 2030 National Scorecard yang diterbitkan kepada umum setiap tahun |
|
Jangan alih keputusan pengampunan kepada PM, kata Tengku Zafrul - FMT - 19/09 11:05 pm Penasihat kanan politik PM tolak dakwaan kononnya Anwar Ibrahim bertanggungjawab atas keputusan beri pengampunan kepada Najib Razak. |
|
Wanita DAP gesa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan didedahkan - FMT - 19/09 9:22 pm Teo Nie Ching berkata, rakyat berhak dapat penjelasan penuh berhubung 'pertimbangan serta proses' bawa kepada keputusan pengampunan bersyarat Najib Razak. |
|
Wanita DAP gesa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan didedahkan - Hotfm - 19/09 9:22 pm Teo Nie Ching berkata, rakyat berhak dapat penjelasan penuh berhubung 'pertimbangan serta proses' bawa kepada keputusan pengampunan bersyarat Najib Razak. |
|
Pengampunan Najib: PH Perlu Ofensif Sekarang! - Wrlr - 19/09 8:59 pm 27 minutes ago Sudah jelas Pengampunan yang diberikan oleh Yang diPertuan Agong kepada Najib Razak di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan telah memudaratkan Umno mulai sekarang dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang |
|
Pengampunan Najib beri bola tanggung kepada PH dalam PRU16 - Hassan Karim - Sinarharian - 19/09 7:58 pm JOHOR BAHRU - Pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi 'bola tanggung' kepada Pakatan Harapan (PH) dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, hanya sehari selepas pengampunan itu diberikan, jelas kelihatan keputusan berkenaan telah memudaratkan UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang."Pilihan Raya Negeri Melaka yang akan berlangsung tidak lama lagi adalah satu medan tempur yang kecil |
|
Wanita PKR dakwa Tabung Solidariti Najib jarum halus UMNO halalkan rasuah - Sinarharian - 19/09 7:35 pm SHAH ALAM Tabung Solidariti Najib Razak yang diwujudkan bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membayar denda RM50 juta didakwa sebagai jarum halus UMNO untuk menghalalkan rasuah.Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Loh Ker Chean berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada UMNO sedang melazimkan budaya bahawa rasuah boleh dimaafkan apabila melibatkan pemimpin yang disokong."Jika seorang pemimpin yang disabitkan kesalahan boleh mendapat sokongan kewangan sebuah parti untuk membantu membayar hukuman kewangannya, kita perlu bertanya adakah kita sedang membina budaya membenci rasuah atau budaya memaafkan rasuah apabila pelakunya ialah pemimpin yang kita sokong?"Dalam negara yang mahu membina budaya integriti, kesalahan rasuah tidak sepatutnya dinilai berdasarkan niat atau populariti seseorang tetapi berdasarkan undang-undang dan prinsip akauntabiliti," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Pada Jumaat, UMNO melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi mengumpul RM50 juta untuk membantu bekas Presiden UMNO itu melunaskan denda yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat diterimanya.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, kutipan tabung berkenaan sudah mencecah RM1 juta pada jam 9.30 pagi Sabtu.Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkannya menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta syarat ditetapkan.Najib menjalani hukuman selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.Mengulas lanjut, Ker Chean berkata, tindakan mengumpul dana itu turut menimbulkan persoalan mengenai mesej yang dihantar kepada generasi muda dalam usaha negara membina budaya integriti dan antirasuah.Menurutnya, solidariti parti tidak seharusnya mengatasi kepentingan membina institusi serta budaya antirasuah, biarpun parti politik berhak membantu ahli atau pemimpin masing-masing dalam batas undang-undang."Parti politik juga mempunyai tanggungjawab moral kepada masyarakat untuk menunjukkan bahawa penyalahgunaan kuasa mempunyai akibat, tanpa mengira siapa pelakunya atau sebesar mana sumbangan politiknya."Kalau benar kita mahu Malaysia bebas rasuah, prinsipnya mesti mudah, jangan lazimkan rasuah hanya kerana pelakunya daripada kelompok kita sendiri," katanya. |
|
Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan - Sinarharian - 19/09 6:39 pm KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai reaksi parti terhadap keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas cadangan peletakan jawatan berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP di sini pada Sabtu.Menurutnya, pada masa sama, anggota Kabinet dan Timbalan Menteri daripada DAP serta mereka yang memegang jawatan lain dalam kerajaan akan kekal dalam jawatan masing-masing buat sementara waktu bagi memastikan kestabilan politik terjamin."Justeru itu, CEC telah pun membuat keputusan |
|
Loke letak jawatan susulan pengampunan Najib - Mkini - 19/09 6:36 pm Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang berlangsung selama tiga jam di ibu pejabat parti itu di ibu negara hari ini. |
|
Jabatan Penjara Tunggu Surat Rasmi Keputusan Lembaga Pengampunan – Saifuddin - Mydateline - 19/09 6:00 pm Jabatan Penjara Malaysia masih menunggu surat rasmi pemakluman berhubung keputusan Lembaga Pengampunan mengenai pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Tahanan rumah Najib: Jangan pertikai kuasa Agong - UMNO Kedah - Sinarharian - 19/09 5:23 pm ALOR SETAR - UMNO Kedah mengingatkan semua pihak supaya tidak mempertikaikan kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan di rumah.Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan berkenaan tidak seharusnya dijadikan polemik kerana dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang dan kuasa yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong.Menurutnya, Yang diPertuan Agong telah melaksanakan kuasa budi bicara dan kuasa prerogatif Baginda di bawah Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan."Pertama sekali, UMNO Negeri Kedah dengan penuh takzim merafak sembah menjunjung kasih, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas limpah ihsan, kebijaksanaan dan budi bicara Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas perkenan Tuanku memutuskan perkara besar berkaitan Datuk Seri Najib."Keputusan yang diperkenankan oleh Tuanku itu kami terima dengan penuh rasa syukur, rendah hati dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Yang di-Pertuan Agong serta sistem Perlembagaan dan undang-undang negara"."Pada masa yang sama saya nak ingatkan bahawa jangan ada pihak yang cuba bermain sentimen dengan membuat kenyataan yang menidakkan kuasa Prerogatif Tuanku Agong yang sememangnya dibuat atas jalur undang-undang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Pada Jumaat, media melaporkan Najib mendapat pengampunan bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Jelas Mahdzir, perkara berkenaan perlu diterima dengan terbuka oleh semua pihak dan rakyat kerana kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut mengingatkan supaya isu berkenaan tidak dibangkitkan sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat."Jangan kerana pihak yang menerima keistimewaan itu bukan di pihak kita, kita terus menolak dan mempertikaikan keputusan tersebut tetapi menyokong penuh tanpa pertikai apabila melibatkan pihak yang disokong," ujarnya.Dalam pada itu, beliau berkata, perkara itu juga tidak seharusnya dimanipulasi bagi meraih populariti atau sokongan undi menjelang mana-mana pilihan raya.Menurutnya, Perkara tersebut perlu diterima secara berlapang dada oleh semua pihak dan seluruh lapisan rakyat jelata."Saya menyeru supaya perkara tersebut tidak dimanipulasi demi untuk meraih populariti atau sokongan dalam bentuk undi dalam mana-mana pilihan raya nanti dan jangan juga dijadikan modal untuk berkempen sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat," katanya.Sementara itu, Mahdzir berkata UMNO Kedah turut melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak di semua peringkat bahagian UMNO di negeri itu.Katanya, tabung berkenaan diwujudkan sebagai tanda sokongan kepada bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu bagi membantu melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya. |
|
Kian Ming gesa DAP beri 'kata dua' kepada Anwar singkirkan UMNO daripada Kabinet - Sinarharian - 19/09 4:44 pm SHAH ALAM - DAP digesa memberi kata dua kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan UMNO daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan sebelum mesyuarat pada Rabu depan.Cadangan itu dikemukakan sebagai tindak balas terhadap keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah selepas pengampunan bersyarat diberikan.Bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming berkata, langkah berkenaan akan menunjukkan kesungguhan Pakatan Harapan (PH) khususnya DAP dalam menyatakan ketidaksetujuan terhadap pendirian UMNO yang memohon pengampunan untuk Najib, selain mengumpul dana bagi membayar denda RM50 juta bekas Ahli Parlimen Pekan itu.Menurut bekas ahli DAP itu, cadangan tersebut turut mengambil kira cabaran yang pernah dibuat Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya Anwar menyingkirkan anggota Kabinet daripada parti itu."Tanpa sokongan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan andaian parti itu menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan, masih memungkinkan untuk Belanjawan 2027 diluluskan dalam persidangan Parlimen hujung tahun yang akan datang memandangkan Kerajaan Perpaduan masih mempunyai majoriti kecil di Dewan Rakyat."Tetapi Anwar perlu segera melantik pengganti kepada tujuh anggota Kabinet daripada UMNO dan memastikan mereka memahami tugas masing-masing dengan cepat supaya mereka boleh membentang dan membahaskan belanjawan bagi kementerian masing-masing."Memberi kata dua sedemikian kepada Anwar akan lebih masuk akal bagi DAP berbanding pengumuman bahawa ia akan meletakkan jawatan daripada kerajaan sebagai akibat daripada tahanan rumah Najib," katanya menerusi pandangan yang dikongsikan di media sosial pada Sabtu.Tambah Kian Ming, kata dua berkenaan perlu disertai ancaman yang boleh dipercayai dengan DAP mesti menyatakan akan meletakkan jawatan daripada Kabinet sebelum mesyuarat Kabinet pada 23 September sekiranya Anwar enggan menggugurkan UMNO.Selain itu, beliau turut mencadangkan DAP mempertimbangkan untuk menarik balik sokongan 40 ahli Parlimennya terhadap Kerajaan Perpaduan sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi.Bagaimanapun beliau berkata, penarikan sokongan berkenaan merupakan langkah lebih berisiko kerana ia boleh membawa kepada pembubaran Parlimen sekiranya BN turut menarik balik sokongan 30 Ahli Parlimennya."Jika isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan tahanan rumah Najib benar-benar merupakan satu garis merah bagi DAP, maka adalah munasabah bagi parti itu bukan sahaja meninggalkan Kabinet, malah menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan sekiranya Anwar tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut," katanya.DAP dijadual mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hari ini bagi menentukan pendirian dan tindakan susulan parti berhubung pengampunan bersyarat Najib. |
|
KDN belum terima makluman rasmi pengampunan bersyarat Najib - FMT - 19/09 4:37 pm Saifuddin Nasution Ismail berkata, kementeriannya tidak dapat buat persiapan sewajarnya selagi belum terima perincian. |
|
Hubungan parti Kerajaan Perpaduan kekal baik - Ahmad Zahid - Sinarharian - 19/09 4:21 pm JAKARTA - Hubungan antara parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan kekal baik selepas keputusan Lembaga Pengampunan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam menguruskan hal ehwal kerajaan semua pihak bertindak secara profesional dengan keputusan Jemaah Menteri dibuat secara kolektif."Hubungan peribadi setakat ini Alhamdulillah cukup baik dan sebagai anggota di dalam Kerajaan Perpaduan, prinsip ketatasusilaan itu tetap kami jaga selagi kami berada di dalam Kerajaan Perpaduan Malaysia," katanya dalam sidang akhbar pada Sabtu.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib dengan membenarkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu yang diputuskan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya di Istana Negara, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta serta pematuhan syarat ditetapkan sepanjang tempoh tahanan di rumah.Susulan perkembangan tersebut pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri itu untuk menjalani baki hukuman secara tahanan rumah tidak menjejaskan ketegasan kerajaan dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa.Jelasnya, semua kes rasuah termasuk melibatkan Najib yang masih berjalan, perlu diteruskan mengikut proses dan landasan undang-undang.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, keputusan Lembaga Pengampunan berhubung Najib yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong adalah terikat dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan."Apa yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan, yang diputuskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong adalah keputusan yang terikat dengan beberapa klausa di dalam Perlembagaan Malaysia |
|
Tahanan rumah Najib: KDN masih tunggu surat rasmi Lembaga Pengampunan - Sinarharian - 19/09 4:13 pm KULIM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara masih menunggu surat rasmi Lembaga Pengampunan berhubung keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman melalui tahanan rumah.Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya perlu menerima dan meneliti surat berkenaan terlebih dahulu sebelum menentukan tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada."Di KDN, di mana Jabatan Penjara di bawahnya, pertama kita akan menunggu surat rasmi memaklumkan kepada kita tentang keputusan oleh Lembaga Pengampunan semalam."Sekarang ini kita belum terima apa-apa |
|
Malaysia dapat lampu hijau bantu Indonesia padam kebakaran - Sinarharian - 19/09 3:50 pm JAKARTA - Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menerima tawaran Malaysia untuk membantu negara tersebut menangani kebakaran terbuka yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keizinan tersebut dizahirkan Prabowo sewaktu pertemuan selama dua jam di kediaman beliau pada Jumaat.Menurutnya, tawaran tersebut bukan sekadar usaha jangka pendek bagi memadamkan kebakaran, sebaliknya turut melibatkan perancangan jangka panjang bagi memastikan masalah jerebu akibat kebakaran hutan dan tanah tidak berulang."Persetujuan itu dicapai hasil perbincangan dengan Presiden Prabowo, termasuk mengenai langkah proaktif yang perlu dilaksanakan bagi menangani kebakaran bukan sahaja di Kalimantan, malah di Sumatera dan beberapa wilayah lain di Indonesia" katanya dalam satu sidang akhbar pada Sabtu.Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat diterima, sebanyak 1,426 titik panas direkodkan di Kalimantan, sekali gus memerlukan tindakan berterusan dan pendekatan jangka panjang bagi mengurangkan risiko kebakaran serta pencemaran jerebu.Menurut beliau, Presiden Prabowo turut memaklumkan bahawa tindakan perundangan diambil terhadap 95 syarikat yang didapati terlibat dalam kebakaran secara terbuka di kawasan berkenaan di Kalimantan.Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata, Malaysia menyambut baik langkah diambil kerajaan Indonesia termasuk usaha pemadaman yang sedang dijalankan dengan bantuan beberapa negara sahabat."Bagi Malaysia, tentunya kita menyambut baik langkah-langkah yang telah dilakukan dan usaha pemadaman yang berterusan juga telah mendapat bantuan daripada beberapa negara sahabat Indonesia."Tentunya Malaysia sebagai negara jiran yang terdekat tidak akan terlepas daripada menyantuni masalah ini dan terus memberikan kerjasama," ujarnya.Ditanya mengenai 95 syarikat didapati terlibat dalam kebakaran terbuka di Kalimantan melibatkan syarikat dari Malaysia.Ahmad Zahid berkata, tiada maklumat mengenainya diberikan setakat ini dan pihak Indonesia sedang meneliti sekiranya terdapat penglibatan dari Malaysia."Syarikat-syarikat itu didaftarkan atas nama syarikat yang didaftarkan di Indonesia, mungkin dari segi pemegang saham terdapat beberapa jumlah yang kecil syarikat-syarikat berkenaan dimiliki oleh pemegang saham daripada Malaysia," katanya. |
|
Mana kompas moral parti Melayu-Islam, soal Mujahid - FMT - 19/09 3:49 pm Timbalan presiden Amanah bidas Umno dan PAS rai pengampunan bersyarat Najib Razak, yang masih disabit bersalah rasuah. |
|
Anthony tiba di ibu pejabat DAP, CEC bincang isu pengampunan Najib - Sinarharian - 19/09 3:27 pm KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loketiba di ibu pejabat parti itu di Pudu di sini kira-kira jam 2.50 petang tadi.Beliau tiba untuk mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang dijadualkan membincangkan pendirian parti berhubung keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menteri Pengangkutan itu tiba ketika petugas media sudah berkumpul di hadapan pintu masuk pejabat berkenaan sejak kira-kira jam 2.30 petang.Turut kelihatan di ibu pejabat berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Menteri Digital, Gobind Singh Deo.Hannah dan Kor Ming dilaporkan tiba kira-kira 10 minit selepas Anthony.Pada Jumaat, Anthony memaklumkan CEC DAP akan bermesyuarat bagi membincangkan serta memutuskan pendirian dan tindakan susulan parti berhubung keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Keputusan itu dibuat selepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta. |
|
PH bersedia bertanding di Melaka - Fuziah - Sinarharian - 19/09 3:07 pm KUANTAN Pakatan Harapan (PH) bersedia bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka meskipun belum ada ketetapan mengenai kerjasama dengan mana-mana parti.Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pendirian parti itu jelas untuk terus berdepan pihak lawan pada pilihan raya berkenaan."Kita belum ada ketetapan berkenaan PRN Melaka, namun bagi Keadilan (PKR), prinsip kita tetap lawan tetap lawan."Jadi kita bersedia mendepani apa jua keadaan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Madani Kita di Dewan Serbaguna Sungai Isap Damai di sini pada Sabtu.Fuziah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan PH bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRN Melaka.Mengulas khabar angin mengenai kemungkinan PH bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), beliau berkata, perkara itu belum boleh dipastikan selagi tiada pengumuman rasmi."Perkara berdasarkan khabar angin tidak boleh dijadikan sandaran |
|
Mujahid persoal kompas moral UMNO, Pas dalam isu Najib - Sinarharian - 19/09 3:06 pm KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mempersoalkan kompas moral politik Melayu susulan sikap UMNO dan Pas yang menurutnya meraikan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai satu kemenangan.Beliau berkata, beliau menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib, namun sangat bimbang dengan sikap UMNO dan Pas yang meraikan keputusan berkenaan sebagai satu kemenangan."Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh UMNO dan Pas?"Najib bukan dibebaskan daripada sabitan |
|
Jabatan Penjara akan perincikan SOP tahanan rumah Najib - Sinarharian - 19/09 2:44 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara dijangka mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pelaksanaan tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat.Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, SOP berkenaan akan memperincikan aspek lawatan, kawalan serta pemantauan pergerakan bekas Perdana Menteri itu."Saya difahamkan akan ada SOP yang dikeluarkan bagi tujuan tahanan rumah," katanya kepada Astro Awanidi sini pada Sabtu.Mengulas lanjut, Mohd Dusuki berkata, Najib perlu menjelaskan denda RM50 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum proses tahanan rumah boleh diteruskan.Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Jumaat berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan yang dipengerusikan Seri Paduka Baginda pada Jumaat.Najib, 73, sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022.Sabitan yang sedang dijalani beliau membabitkan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, manakala kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dalam proses perbicaraan dan rayuan.Pada 11 September lalu, media melaporkan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat bagi mempertimbangkan, antara lain, permohonan Najib untuk mendapatkan pengampunan berhubung sabitan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.Bagaimanapun, lembaga itu kemudian menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke mesyuarat akan datang.Pada Julai 2020, Najib disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International dan didenda RM210 juta serta dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.Hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.Namun, pada 2 Februari 2024, Urusetia Lembaga Pengampunan hukuman penjara Najib dikurangkan 50 peratus daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong dan turut dianggotai Peguam Negara, menteri yang bertanggungjawab terhadap Wilayah Persekutuan serta tiga anggota lain yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda |
|
Dua kenderaan Jabatan Penjara dilihat memasuki kediaman Najib - Sinarharian - 19/09 2:40 pm KUALA LUMPUR - Dua kenderaan berlogo Jabatan Penjara Malaysia dilihat memasuki pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta, di sini hari ini.Berdasarkan tinjauan, beberapa pegawai daripada jabatan berkenaan dilihat memeriksa kawasan sekitar kediaman itu selama kira-kira 15 minit sebelum kembali memasuki premis berkenaan.Bagaimanapun, tujuan kehadiran beberapa pegawai jabatan berkenaan yang tiba di kediaman itu kira-kira 9.40 pagi tadi masih belum dapat dipastikan.Usaha media mendapatkan pengesahan terperinci mengenai pergerakan itu bagaimanapun tidak berhasil apabila Pegawai Khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar enggan mengulas ketika ditemui di luar kediaman berkenaan.Kediaman bekas Perdana Menteri itu menjadi perhatian, dengan pengamal media "berkampung" di lokasi berkenaan bagi melaporkan sebarang perkembangan terbaharu rentetan pengumuman pengampunan bersyarat ke atas Najib, semalam.Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, tertakluk sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri memaklumkan perintah itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-64 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang diadakan di Istana Negara.Bekas Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 atas sabitan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd |
|
MACC gives Abdul Azeez and family one month to declare assets - Sinardaily - 19/09 2:30 pm KAJANG - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has issued a notice to former Lembaga Tabung Haji (TH) chairman Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim and his family, requiring them to declare their assets within a month.Chief commissioner Datuk Seri Abd Halim Aman said MACC served the notice on Abdul Azeez and his family members, including his children, this week in accordance with the law."Specific forms have been provided to them to declare and report their assets to MACC, and they have one month to complete the process, he said at a press conference here today.Abdul Azeez was charged at the Kuala Lumpur Sessions Court on Sept 9 under Section 23 of the MACC Act.The anti-corruption body has charged six individuals over eight issues arising from its investigation into the findings of the Royal Commission of Inquiry into TH, while five other investigation papers remain ongoing |
|
2,000 peluang pekerjaan tersedia di Festival Mega LINDUNGu - Sinarharian - 19/09 2:10 pm KOTA DAMANSARA - Sebanyak 2,000 peluang pekerjaan dengan gaji antara RM2,000 hingga RM12,000 ditawarkan menerusi penganjuran Festival Mega iLINDUNGu: Kesuma Bersama Rakyat di Strand Mall, di sini dari 18 hingga 20 September ini.Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, ia membabitkan kira-kira 25 majikan yang menyertai festival tersebut melalui pelaksanaan program MYFutureJobs.Menurut beliau, fokus Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) jelas iaitu memberikan peluang pekerjaan selain menyediakan akses kepada perlindungan sosial dan penyelesaian yang boleh memberi kesan secara langsung terhadap kehidupan pekerja."Rakyat yang datang bukan sekadar mendapatkan maklumat, tetapi kita mahu mereka pulang dengan peluang pekerjaan dan akses perlindungan sosial serta jalan penyelesaian."Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan atau mahu meningkatkan kerjaya, rebut peluang ini."Kita membawa majikan dan peluang pekerjaan terus kepada rakyat," katanya ketika merasmikan Festival Mega iLINDUNGu di sini pada Sabtu.Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kesuma, Dr Mohd Shaharin Umar; Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.Sebanyak RM48,000 disalurkan kepada 400 penerima di bawah Parlimen Sungai Buloh menerusi LINDUNG Kasih Suri Rumah.Tidak cuma itu, syarikat penyedia perkhidmatan e-hailing dan p-hailing seperti Foodpanda menyumbang RM1 juta; Grab RM500,000 serta Haloje Delivery RM14,412.40 menjadikan keseluruhan sumbangan berjumlah RM1,514,412.40.Sumbangan tersebut dijangka memanfaatkan 500 pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing di negara ini.Festival Mega iLINDUNGu turut menyediakan kaunter khas Opt-In LINDUNG 24 Jam, membolehkan pekerja yang sebelum ini memilih untuk tidak meneruskan perlindungan berkenaan mendaftar semula secara terus.Majikan berpeluang menikmati diskaun sehingga 80 peratus bagi Faedah Caruman Lewat Bayar (FCLB), manakala pengunjung boleh membuat semakan caruman, mendapatkan khidmat nasihat berkaitan faedah serta mendaftar skim PERKESO.Festival tersebut turut memperkukuh aspirasi Kesuma Bersama Rakyat dengan menghimpunkan 11 agensi dan jabatan di bawah kementerian, termasuk Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).Mengulas lanjut, Ramanan berpendapat bahawa perlindungan sosial bukan perkara yang boleh diambil ringan kerana ia jaringan keselamatan penting apabila berlaku kejadian luar jangka."Di sebalik setiap 'rider' dan pemandu, ada keluarga yang bergantung kepada pendapatan mereka."Sebab itulah perlindungan sosial bukan perkara diambil ringan |
|
Usah campur urusan Sabah dan Sarawak, ketua penerangan PAS diberitahu - FMT - 19/09 1:19 pm Naib Presiden Gagasan Rakyat Masiung Banah berkata Ahmad Fadhli Shaari cuba tiup politik permusuhan dua wilayah Borneo itu dengan kerajaan persekutuan. |
|
Pengampunan Najib tak ubah status kes 1MDB, kata SPRM - FMT - 19/09 12:58 am SPRM berkata setiap kes perlu dikendalikan secara berasingan mengikut isu dan siasatan yang terlibat. |
|
Isu baja Kedah: Mat Sabu beri keterangan SPRM 30 minit - Sinarharian - 19/09 12:55 am MELAKA - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu kelewatan pengagihan bekalan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di Kedah.Mohamad mengesahkan beliau hadir selepas dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan berhubung perkara berkenaan."Oh, tak ada |
|
Tahanan rumah Najib: Bersatu desak kerajaan umum semua syarat - Sinarharian - 19/09 12:53 am SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak kerajaan mengumumkan secara terperinci semua syarat yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak susulan pengampunan bersyarat yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penjelasan itu penting bagi memastikan pelaksanaan keputusan berkenaan dibuat secara telus dan tidak menimbulkan persoalan dalam kalangan rakyat.Menurutnya, perincian tersebut diperlukan bagi mengelakkan keresahan dan kemarahan rakyat yang boleh memberi kesan terhadap keyakinan kepada sistem perundangan negara."Bagi menjamin ketelusan dalam pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan, semua syarat yang dikenakan ke atas Najib termasuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hendaklah dinyatakan secara terperinci dan diumumkan kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, Najib mendapat pengampunan bersyarat dengan baki hukuman penjara dijalani secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028.Keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 yang diadakan pada Jumaat.Menurut Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, pengampunan bersyarat itu tertakluk kepada Najib membayar denda RM50 juta.Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, Bersatu menghormati Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa memberi ampun, menunda atau melegakan hukuman, serta menegaskan kuasa itu terpakai kepada semua banduan yang berhak memohon pengampunan melalui proses undang-undang.Namun, dalam masa sama, Bersatu turut memahami kemusykilan yang timbul dalam kalangan rakyat berhubung prinsip kesaksamaan di sisi undang-undang.Jelasnya, rakyat berhak mendapat keyakinan bahawa kedudukan, pengaruh atau latar belakang seseorang tidak mewujudkan piawaian pelaksanaan hukuman yang berbeza daripada yang terpakai kepada rakyat biasa."Kerajaan wajar menjelaskan kerangka undang-undang, tatacara dan kriteria yang akan digunakan bagi pelaksanaan tahanan di rumah, termasuk sama ada keistimewaan yang sama boleh dipertimbangkan secara adil kepada banduan lain yang memenuhi kriteria yang ditetapkan."Penjelasan ini penting supaya tidak timbul persepsi bahawa terdapat satu bentuk layanan bagi golongan bangsawan, berpengaruh dan satu lagi bagi rakyat biasa," katanya.Selain itu, Bersatu menegaskan bahawa individu yang didapati bersalah oleh sistem kehakiman hendaklah dihukum mengikut peruntukan undang-undang dan Perlembagaan negara.Tegasnya lagi, Bersatu sentiasa berpegang kepada prinsip negara hukum, menegakkan prinsip keadilan dan hukuman yang dijatuhkan kepada seseorang adalah saksama tanpa membezakan kerana darjat dan pangkat."Bersatu tuntas dalam perjuangan menentang kleptokrasi, amalan rasuah dan salah guna kuasa."Inilah prinsip perjuangan Bersatu yang akan kekal menjadi asas perjuangan kami," katanya. |
|
Tabung Solidariti Najib sudah cecah RM1 juta - Sinarharian - 19/09 12:48 am SHAH ALAM - Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan bagi membantu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melunaskan denda RM50 juta kini mencecah RM1 juta.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah berkenaan dicatatkan pada jam 9.30 pagi Sabtu selepas tabung tersebut dilancarkan pada Jumaat."Alhamdulillah! Pagi ini (setakat) jam 9.30 pagi, Tabung Solidariti Najib Razak sudah mencecah RM1 juta |
|
Desak singkir Umno dari Kabinet atas pengampunan Najib, DAP diberitahu - FMT - 19/09 12:14 am Penganalisis dan bekas ahli DAP Ong Kian Ming mengingatkan Umno bahawa skandal 1MDB antara sebab utama kejatuhannya pada 2018. |
|
Kes 1MDB Najib tetap diteruskan - SPRM - Sinarharian - 19/09 11:39 am KAJANG - Status kes rasuah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak masih diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) walaupun bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan bersyarat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, status siasatan kes berkenaan kekal seperti sedia ada dan tidak berubah buat masa ini.Menurutnya, setiap kes perlu dikendalikan secara berasingan berdasarkan isu dan skop siasatan yang berkaitan."Setakat yang kita lihat, kes yang masih tertangguh kekal seperti sedia ada |
|
'This is Malaysia' - Pas desak tindakan tegas terhadap pementasan hina Rukun Negara - Sinarharian - 19/09 11:28 am SHAH ALAM - Pihak berkuasa digesa supaya segera mengenal pasti penganjur, semua individu, lokasi sebenar pementasan dan kewarganegaraan mereka terlibat dalam pementasan kontroversi yang didakwa mempersendakan Rukun Negara.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, usaha ini penting untuk menentukan tindakan undang-undang yang boleh diambil.Menurutnya, jika pementasan tersebut dilakukan di luar Malaysia dan melibatkan rakyat negara ini, Peguam Negara perlu menentukan undang undang yang mempunyai bidang kuasa terhadap perbuatan tersebut."Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga perlu menyiasat aspek penyebaran kandungan tersebut kepada khalayak Malaysia."Seksyen 4 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 mempunyai peruntukan mengenai pemakaian wilayah dan luar wilayah Akta tersebut, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh undang undang," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung video pementasan yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, negara serta Rukun Negara itu.Menurut Aaron, siasatan hendaklah mempertimbangkan semua peruntukan undang-undang yang berkaitan termasuk Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, sekiranya pementasan tersebut benar berlangsung di London dan membabitkan rakyat Malaysia, Wisma Putra serta Suruhanjaya Tinggi Malaysia di United Kingdom (UK) perlu mendapatkan fakta lengkap berhubung penganjur, individu terlibat dan status kewarganegaraan mereka."Kerajaan juga perlu menyiasat sama ada terdapat sebarang geran, pembiayaan atau sokongan daripada mana-mana agensi kerajaan Malaysia terhadap pementasan berkenaan."Jika terbukti terdapat warganegara Malaysia yang terlibat, dan mereka memperoleh kewarganegaraan melalui kategori yang tertakluk kepada Perkara 25(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, saya mendesak kerajaan mengambil tindakan pelucutan kewarganegaraan sekiranya perbuatan atau percakapan mereka memenuhi ambang yang ditetapkan oleh Perlembagaan, iaitu telah menunjukkan diri mereka sebagai "disloyal or disaffected towards the Federation"," katanya.Tambah beliau, kerajaan tidak seharusnya takut untuk menggunakan undang-undang sedia ada sekiranya syarat yang ditetapkan itu dipenuhi.Ujarnya lagi, Rukun Negara bukanlah bahan persendaan, ianya diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 susulan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai falsafah kebangsaan untuk membina perpaduan dan kehidupan bernegara."Kebebasan berkarya bukan kebebasan daripada undang undang |
|
Kertas siasatan KLVC libat dua bekas pegawai kanan Felda dirujuk kepada AGC minggu depan - SPRM - Sinarharian - 19/09 11:14 am KAJANG - Kertas siasatan membabitkan dua individu iaitu bekas Pengarah Besar Felda dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) berhubung penyelewengan pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) dijangka dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu depan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, kedua-dua mereka sebelum ini ditahan pada 6 September lalu sebelum direman antara lima hingga tujuh hari bagi membantu siasatan.Menurutnya, siasatan terhadap projek berkenaan telah selesai dan pihaknya akan mengemukakan cadangan pertuduhan terhadap kedua-dua individu terbabit."Kami telah menyelesaikan penyiasatan terhadap projek KLVC dan kami akan memperakukan pertuduhan terhadap kedua-dua individu terbabit," katanya kepada pemberita pada Program Menembak SPRM Bersama Media di Penjara Kajang di sini, Sabtu.Abd Halim berkata, SPRM akan mendapatkan keizinan daripada AGC berhubung tindakan lanjut termasuk aspek pendakwaan.Katanya, pihaknya dijangka bertemu dan membentangkan kertas siasatan kepada AGC pada minggu depan."Seandainya mendapat keizinan AGC, maka minggu selepas daripada itu akan dituduh."Tapi ingin difahami di sini iaitu pihak SPRM hanya mencadangkan sahaja hasil penyiasatan, tetapi sama ada untuk menuduh atau pun sebaliknya adalah kuasa Peguam Negara," katanya.Beliauberkata, seramai 30 saksi telah dirakam keterangan sepanjang siasatan berkaitan projek KLVC.Menurutnya, saksi yang dipanggil terdiri daripada ahli lembaga pengarah, pihak pengurusan Felda dan FIC, penasihat undang-undang, jurunilai, firma guaman serta pihak berkaitan lain.Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pasukan penyiasat SPRM masih menjalankan tindakan mengumpul dokumen berkaitan, termasuk dokumen yang berada di luar negara.Beliau berharapsemua pihak memberikan ruang kepada SPRM untuk menjalankan siasatan secara bebas, adil serta profesional berlandaskan Rules of Law."Ini penting kerana terdapat proses yang memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk dari luar negara yang semestinya akan mengambil masa untuk kami mendapatkan maklum balas yang dikehendaki."Namun cabaran tersebut tidak sesekali melemahkan semangat dan komitmen kami bagi mencari jawapan serta kebenaran demi kepentingan negara," ujarnya. |
|
Abdul Azeez, keluarga diarah isytihar harta dalam tempoh sebulan - SPRM - Sinarharian - 19/09 10:50 am KAJANG - Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya diminta mengisytihar harta dalam tempoh sebulan.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, notis pengisytiharan tersebut telah diserahkan kepada Abdul Azeez mengikut peruntukan undang-undang.Menurutnya, ini bagi pihak terbabit membuat pengisytiharan dan pelaporan harta kepada SPRM"Pengisytiharan itu perlu dibuat dalam tempoh sebulan dan sekiranya tempoh itu tidak mencukupi, kita akan memberi lanjutan."Pengisytiharan harta ini diberi kepada bekas pengerusi itu dan keluarga termasuk anak-anaknya," katanya kepada pemberita dalam Program Menembak SPRM Bersama Media di Penjara Kajang di sini pada Sabtu.Abdul Azeez sebelum itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 September lalu, atas satu pertuduhan menggunakan kedudukan berkaitan pelaburan RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad, 12 tahun lalu.Abdul Azeez membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azura Alwi.Mengikut pertuduhan, ahli politik berusia 60 tahun itu didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Pengerusi Lembaga TH, telah menggunakan kedudukannya untuk suapan.Ia membabitkan jawatan Pengerusi Putrajaya Perdana Berhad dengan remunirasi sebanyak RM690,000 setahun serta kemudahan satu kereta jenis BMW 7 Series termasuk seorang pemandu tetap.Abdul Azeez sebelum ini direman selama tujuh hari, bermula 27 Ogos hingga 2 September, bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM.Siasatan itu susulan pendedahan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji. |
|
Isu baja Kedah: Mat Sabu antara 37 saksi direkod keterangan - SPRM - Sinarharian - 19/09 10:16 am KAJANG - Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu antara 37 saksi yang direkod keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan isu kelewatan pengagihan bekalan Baja Sebatian Tambahan (Baja Padi 3) kepada pesawah di Kedah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, keterangan Mohamad Sabu dirakam pada 16 September lalu di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Seramai 37 orang saksi telah dipanggil bagi dirakam kenyataan mereka yang merangkumi Menteri KPKM selain Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Isham Ishak yang telah dirakam keterangan pada 15 September lalu juga di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya."Seramai 29 individu lagi terdiri daripada Lembaga Perolehan KPKM; Jawatankuasa Penilai Tender Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA); Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan penerima baja di PPK serta kakitangan MADA," katanya kepada pemberita dalam Program Menembak SPRM Bersama Media di Penjara Kajang di sini pada Sabtu.Tambah beliau, selain itu lapan lagi individu lagi merupakan pekerja-pekerja Syarikat Taaveekun Manufacturing Sdn Bhd (TMSB), Syarikat Sinergi Perdana Sdn Bhd serta Permodalan Risda Berhad.Abd Halim berkata, siasatan awal mendapati antara kegagalan pembekalan baja mengikut jadual berpunca daripada keupayaan modal syarikat yang terhad hingga menjejaskan proses bekalan baja tersebut dilaksanakan dalam tempoh yang sepatutnya.Jelasnya, setakat ini, fokus siasatan adalah di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen secara curang atau tidak jujur."Selain itu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 juga turut dilihat sekiranya berlaku," katanya.Beliau berkata, pasukan siasatan kini sedang giat melakukan analisa ke atas penyata akaun bank serta dokumen kewangan dan lejar syarikat bagi tahun 2023 hingga 2025, menyemak pengesahan Baki Kemudahan Kredit (JBKK) bernilai RM22.07 juta serta membuat perbandingan Sijil Analisa Makmal (COA) dengan laporan makmal berkaitan."Selain itu, siasatan juga turut memberikan tumpuan kepada aspek kelemahan tatakelola yang menjadi antara lain punca isu kelewatan pembekalan baja itu."Hasil dapatan kelemahan tatakelola itu akan dijadikan asas penambahbaikan sistem dan prosedur agensi yang berkenaan," katanya.Menurut Abd Halim, berdasarkan penemuan awal siasatan, seorang Pengarah Urusan syarikat telah ditahan pada 12 September lalu dan direman empat hari sehingga 16 September."Individu tersebut telah dibebaskan dengan jaminan SPRM," katanya.SPRM Kedah sebelum ini menerima aduan daripada Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PESAWAH) pada 26 Ogos lalu sebelum satu kertas siasatan dibuka bagi menyiasat aduan tersebut berhubung kelewatan pembekalan baja yang dilantik KPKM untuk memenuhi keperluan kawasan MADA berkeluasan 100,000 hektar. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |