| /// |
|
| Search : Lembaga Disiplin News | Page 1 |
|
Sayap Bersekutu lebih 30,000 ahli kekal sokong Muhyiddin - Mgazette - 17/02 2:22 pm # Sayap Bersekutu lebih 30,000 ahli kekal sokong Muhyiddin KUALA LUMPUR - Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan lebih 30,000 ahlinya di seluruh negara kekal bersatu dan tidak berbelah bahagi menyokong kepimpinan Presiden Pengasas parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin |
|
Srikandi Bersatu Bukit Gelugor pula bubar jawatankuasa, keluar parti .. - Mgazette - 17/02 2:22 pm # Srikandi Bersatu Bukit Gelugor pula bubar jawatankuasa, keluar parti GEORGE TOWN - Srikandi Bersatu Bahagian Bukit Gelugor mengumumkan pembubaran jawatankuasa sayap wanita itu dan keluar daripada parti berkuat kuasa serta-merta |
|
Jawatankuasa Srikandi Bukit Gelugor Bersatu juga dibubarkan - Sinarharian - 17/02 1:11 pm GEORGE TOWN - Jawatankuasa Srikandi Bahagian Bukit Gelugor, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan pembubaran keseluruhan kepimpinan bahagian itu serta keluar parti berkuat kuasa serta-merta.Ketua Srikandi bahagian berkenaan, Nor Azah Abdul Aziz berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan majoriti pimpinan dan ahli yang menyuarakan hilang kepercayaan terhadap hala tuju serta kepimpinan parti ketika ini.Menurutnya, perkembangan mutakhir parti, termasuk beberapa tindakan disiplin dan pemecatan pimpinan, turut menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli di peringkat akar umbi."Sehubungan itu, barisan Jawatankuasa Srikandi Bahagian Bukit Gelugor secara sebulat suara memutuskan untuk membubarkan jawatankuasa bahagian, meletakkan semua jawatan dalam parti serta keluar daripada keanggotaan parti berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, keputusan tersebut tidak dibuat secara terburu-buru, sebaliknya selepas melalui perbincangan dan penelitian mendalam bagi memastikan perjuangan serta kebajikan ahli terus terpelihara."Kami merakamkan penghargaan kepada kepimpinan parti atas peluang dan ruang yang diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan, namun pendirian kami bahawa wadah perjuangan sedia ada tidak lagi selari dengan aspirasi serta semangat perjuangan di peringkat bahagian," ujarnya.Nor Azah, yang juga Naib Ketua Srikandi Bersatu Pulau Pinang berkata, fokus utama mereka selepas ini adalah memastikan kesinambungan khidmat kepada komuniti setempat terus berjalan.Beliau turut menegaskan komitmen untuk terus berkhidmat kepada masyarakat, khususnya wanita dan rakyat di Bukit Gelugor melalui pendekatan serta platform yang akan dimaklumkan pada masa yang sesuai. |
|
Doa Keburukan dan Qunut Nazilah: Adab, Batasan dan Impak - Mgazette - 17/02 8:27 am # Doa Keburukan dan Qunut Nazilah: Adab, Batasan dan Impak Dalam konteks ajaran Islam, doa bukanlah sekadar rangkaian lafaz yang mampu menenangkan emosi bahkan ia adalah ibadah yang memerlukan adab, disiplin, serta pertanggungjawaban moral |
|
AKPS rampas lebih 61 tan e-waste di Pelabuhan Klang AKPS rampas lebih 61 .. - Mgazette - 17/02 8:27 am # AKPS rampas lebih 61 tan e-waste di Pelabuhan Klang KUALA LUMPUR - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Port Klang berjaya merampas lebih 61.7 tan e-waste selepas menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas 20 buah kontena di tapak pemeriksaan CFs 4, Pelabuhan Klang Barat, pagi tadi |
|
Cubaan eksport bunga ganja, kokain ke Eropah bernilai lebih RM1.4 juta .. - Mgazette - 17/02 8:27 am # Cubaan eksport bunga ganja, kokain ke Eropah bernilai lebih RM1.4 juta gagal SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL) membanteras penyeludupan barangan dan dadah bernilai lebih RM2.5 juta |
|
???Ribut dalam Bersatu bukan biasa-biasa??? ??? Bersatu Kota Melaka .. - Mgazette - 17/02 8:27 am Persoalan sebenar ialah siapa yang masih teguh berdiri, bersatu dan berdisiplin apabila keadaan kembali tenang, katanya. Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti tersebut |
|
Tun M boleh jadi orang tengah damaikan Bersatu – Zaini - Mgazette - 17/02 8:27 am Pada Jumaat lalu, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat dan 16 lagi pemimpin parti itu menerima nasib sama setelah didapati melanggar Perlembagaan Bersatu. Pemecatan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam satu notis makluman bertarikh 13 Februari 2026 |
|
Op Tahun Baharu Cina: Tiga pemandu bas ekspres positif dadah - Sinarharian - 16/02 11:59 pm KOTA BHARU Tiga pemandu bas ekspres dikesan positif dadah jenis methamphetamine manakala tiga bas turut disita dalam Op Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara sejak 9 Februari lalu.Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Datuk Jazmanie Shafawi, berkata, kes dadah dikesan menerusi ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas 381 pemandu dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)."Daripada jumlah itu, tiga pemandu didapati positif dadah jenis methamphetamine."Dua kes dikesan di Seremban, Negeri Sembilan membabitkan pemandu berusia 47 dan 38 tahun, manakala satu lagi berusia 36 tahun di Kuantan, Pahang," katanya pada sidang akhbar sempena Op TBC 2026 di Terminal Bas Lembah Sireh, di sini, pada Isnin.Beliau berkata, kesemua mereka diserahkan kepada AADK untuk tindakan lanjut.Dalam tempoh sama, JPJ turut memeriksa sebanyak 4,242 bas di depoh dan terminal seluruh negara.Hasil pemeriksaan itu, 779 slip pemeriksaan dikeluarkan dengan tiga bas disita kerana ketidakpatuhan terhadap aspek keselamatan dan perundangan."Dua daripada bas yang disita membabitkan pemandu yang tidak memiliki Lesen Vokasional yang sah atau tamat tempoh, manakala sebuah lagi disita kerana cukai jalan tamat tempoh."Kami tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pengendali atau pemandu yang gagal mematuhi syarat keselamatan kerana melibatkan nyawa penumpang," katanya.Beliau berkata, selain pemeriksaan fizikal, JPJ turut melaksanakan operasi penyamaran sebagai penumpang bagi memantau pematuhan pemakaian tali pinggang keselamatan serta tahap disiplin pemandu sepanjang musim perayaan.Op TBC 2026 akan berlangsung hingga 22 Februari ini dengan penglibatan semua JPJ negeri di seluruh negara."Tujuan utama operasi adalah memastikan kelancaran trafik dan keselamatan pengguna jalan raya, selaras dengan tema Pandu Cermat, Sampai Selamat," katanya.Menurut beliau, penguatkuasaan memberi fokus kepada sembilan kesalahan utama yang dikenal pasti sebagai penyumbang kemalangan jalan raya."Tumpuan melibatkan kesalahan seperti melanggar had laju dan lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, tidak memakai tali pinggang atau topi keledar."Selain memotong barisan, guna telefon ketika memandu serta kesalahan berkaitan lebihan dan muatan berbahaya," katanya |
|
Banjir kilat di Ipoh punca trafik perlahan, kenderaan ke Pantai Timur meningkat - Sinarharian - 16/02 9:36 pm KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dilaporkan perlahan di kedua-dua arah berhampiran Ipoh, Perak malam ini susulan kejadian banjir kilat di jajaran berkenaan.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan banjir kilat berlaku di Kilometer 271.8 menyebabkan lorong kiri dan lorong kecemasan arah selatan terhalang."Trafik bergerak perlahan dari Tol Meru ke Ipoh Selatan bagi kedua-dua arah |
|
Bersekutu Bersatu WP dibubar serta-merta - Sinarharian - 16/02 9:10 pm SHAH ALAM - Ketua-ketua Sayap Bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Wilayah Persekutuan mengisytiharkan sayap berkenaan dibubarkan serta-merta.Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Sayap Bersekutu Wilayah Persekutuan, Datuk Simon Suresh V dalam kenyataan bersama lapan lagi Ketua Sayap Bersekutu Bahagian Wilayah Persekutuan.Selain Simon, lapan lagi ketua sayap Bersekutu Bersatu terlibat ialah Datuk Simon Loi Teck Ong (Bukit Bintang); Baskaran Muniandy (Bandar Tun Razak); Nalendran Muniandy (Putrajaya ) dan Gangarderan Raja (Titiwangsa).Turut tandatangan ialah Ketua Sayap Bersekutu Cheras, Moana Rao; Meshach Varunamegam (Batu); Jegatheeswaran Supaiya (Segambut) dan Parthiban Muniandy (Lembah Pantai).Dalam masa sama, mereka turut mengumumkan peletakan jawatan secara sebulat suara daripada keanggotaan parti dan semua jawatan yang disandang berkuat kuasa serta-merta.Menurut Suresh yang juga Ketua Sayap Bersekutu Setiawangsa, segala keputusan tersebut dibuat dengan rela hati, secara kolektif, tanpa sebarang desakan daripada mana mana individu atau kumpulan luar.Jelasnya, perjuangan tidak boleh dikongkong oleh ketakutan kepimpinan yang enggan menerima realiti perubahan."Kami percaya sejarah akan menilai siapa yang benar-benar mempertahankan prinsip dan siapa yang hanya mempertahankan jawatan," ujarnya.Tambah mereka, tindakan memecat Timbalan Presiden Parti Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah satu tindakan yang tidak adil, tidak berhemah serta mencerminkan kegagalan pengurusan krisis dalaman parti.Mereka secara terbuka tidak bersetuju dengan cara Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung, Datuk Seri Azmin Ali, serta Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Mohammed Radzi Manan mengendalikan isu berkenaan."Proses yang berlaku jelas memperlihatkan ketidakmatangan politik dan ketakutan berhadapan cabaran dalaman secara demokratik."Tindakan memecat timbalan presiden serta mana-mana pimpinan yang menyatakan sokongan kepada beliau hanyalah membuktikan betapa rapuh dan lemahnya kepimpinan Muhyiddin dalam mengurus perbezaan pandangan."Ini bukan ciri seorang pemimpin yang berjiwa besar |
|
Megat realistik peluang Malaysia di CAS - Hotfm - 16/02 6:39 pm Kuala Lumpur: Malaysia perlu bersikap realistik dalam menilai peluang di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) apabila kes membabitkan keputusan badan disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dibawa ke pentas perundangan tertinggi sukan dunia itu. |
|
Hanya Bersatu Dungun tolak Muhyiddin di Terengganu - Razali - Sinarharian - 16/02 6:28 pm Sebagai contoh, di Terengganu sahaja bagi bulan Januari dan Februari, kita menerima 290 ahli baharu," ujarnya lagi.Katanya, bagi memastikan ahli memahami situasi sebenar, Bersatu Terengganu akan mengadakan siri penerangan dan jelajah bagi memperincikan kemelut yang berlaku."Mungkin dalam bulan puasa ini kita akan adakan beberapa siri jelajah. Kita mahu bergerak ke hadapan dan tidak lagi memikirkan pihak yang telah dipecat kerana mereka tidak lagi mempunyai kedudukan untuk bercakap mengenai parti."Matlamat kita adalah untuk memerintah negara dan berkhidmat kepada rakyat, bukannya memecah-belahkan parti demi kepentingan peribadi," katanya.Sebelum ini, krisis dalaman parti itu memuncak apabila 17 ahli parti dipecat oleh Lembaga Disiplin melibatkan termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Jumaat lalu, Bersatu dilaporkan memecat 17 ahlinya termasuk beberapa pemimpin Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti merangkumi empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Selain Hamzah yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, turut dipecat ialah Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, Ahli Parlimen Padang Rengas Kapten Azahari Hasan dan Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob.ADUN yang dipecat pula ialah wakil Sungai Manik yang juga Ahli MPT Datuk Zainol Fadzi Paharudin, wakil Bemban dan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Dr Mohd Yadzil Yaakub serta Setiausaha Bersatu Sabah Yunus Nurdin yang juga Ketua Bersatu Libaran.Keahlian mereka ditamatkan kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu namun mereka berhak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat berkenaan dikemukakan. |
|
Masjid daerah Padang Terap dijangka siap Ogos ini - Utusan - 16/02 3:10 pm PADANG TERAP: Setelah hampir tujuh tahun terbengkalai sejak diumumkan pada 2018, pembinaan Masjid Muadzam Shah di Kuala Nerang, di sini menunjukkan sinar baharu apabila pembangunannya mencapai tahap 31 peratus dan dijangka siap pada Ogos ini |
|
Wan Saiful tarik balik rayuan, dakwa wujud hipokrasi dalam PN - Mgazette - 16/02 3:06 pm # Wan Saiful tarik balik rayuan, dakwa wujud hipokrasi dalam PN KUALA LUMPUR Bekas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mengesahkan beliau telah menghantar surat kepada Pengerusi Lembaga Rayuan parti itu bagi menarik balik rayuan yang difailkannya sekali gus menamatkan polemik berhubung tindakannya dalam parti |
|
Pergolakan Bersatu berpotensi jadi permulaan kepada pengakhiran – .. - Mgazette - 16/02 3:06 pm # Pergolakan Bersatu berpotensi jadi permulaan kepada pengakhiran - Tok Him KUALA LUMPUR Pergolakan yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini bukan sesuatu yang mengejutkan dan tidak harus dianggap sebagai kiamat politik |
|
Keputusan disiplin Bersatu perkukuh parti hadapi PRN Johor, PRU-16 - Mgazette - 16/02 3:06 pm # Keputusan disiplin Bersatu perkukuh parti hadapi PRN Johor, PRU-16 KUALA LUMPUR Keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan dibuat sewenang-wenangnya |
|
PKR belum bincang isu Rafizi sertai Himpunan Tangkap Azam Baki –... - Mgazette - 16/02 3:06 pm # PKR belum bincang isu Rafizi sertai Himpunan Tangkap Azam Baki - Fahmi JOHOR BAHRU - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Fuziah Salleh dan Jawatankuasa Disiplin PKR masih belum menerima aduan berkenaan Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyertai Himpunan Tangkap Azam Baki di ibu negara semalam |
|
Op E-CIG Mega: RM8.8 juta nilai produk vape dirampas - Mgazette - 16/02 3:06 pm # Op E-CIG Mega: RM8.8 juta nilai produk vape dirampas KUALA LUMPUR Sejumlah RM8.8 juta nilai rokok elektronik dan cecair vape berjaya dirampas dalam Operasi Bersepadu Mega yang dilaksanakan serentak di 13 negeri pada 10 Februari lalu |
|
Dipecat hari ini, rumah baharu esok, Sanjeevan sindir Hamzah - Mgazette - 16/02 3:06 pm Ahli Parlimen Larut itu berkata, istilah berkenaan tidak semestinya merujuk kepada penubuhan parti baharu, sebaliknya mungkin melibatkan penyertaan dalam parti sedia ada termasuk Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau Pas. Jumaat lalu, Hamzah dipecat keahlian parti berkuat kuasa serta-merta selepas keputusan dibuat oleh Lembaga Disiplin, menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali |
|
PKR berani tak pecat Rafizi, ahli-ahli langgar disiplin parti – Gulam - Mgazette - 16/02 3:06 pm # PKR berani tak pecat Rafizi, ahli-ahli langgar disiplin parti - Gulam KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berani bertindak dengan memecat keahlian bekas timbalan presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli dan lain-lain pimpinannya kerana melanggar etika dan disiplin parti. Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar berkata, Lembaga Disiplin PKR perlu mencontohi Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berani memecat timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kerana melanggar etika parti itu |
|
Buletin BHPetrol Anjur Program Keselamatan Balik Kampung Sempena Tahun .. - Mekanika - 16/02 3:06 pm # BHPETROL ANJUR PROGRAM KESELAMATAN BALIK KAMPUNG SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026 **BHPetrol meneruskan komitmennya terhadap keselamatan pengguna jalan raya dengan menganjurkan Program Keselamatan Balik Kampung sempena Tahun Baru Cina 2026 di stesen BHPetrol Kg Baharu Puchong, di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).** Inisiatif tahunan itu dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemanduan selamat, khususnya ketika musim perayaan |
|
Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu - Sinarharian - 16/02 1:09 pm SHAH ALAM - Selepas bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bertindak menarik balik rayuan pemecatan yang dikenakan terhadapnya pagi tadi, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut mengambil langkah sama berkuat kuasa serta-merta.Bagaimanapun, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Bersatu itu tidak menyatakan penjelasan berhubung tindakan tersebut."Dengan penarikan ini, saya memohon agar Lembaga Rayuan mengambil maklum dan seterusnya menghentikan segala prosiding atau pertimbangan lanjut berkaitan rayuan saya," katanya menerusi sepucuk surat yang dialamatkan kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu, pada Isnin.Pada 6 Januari lalu, Ahli Parlimen Indera Mahkota itu dilapor mengesahkan menerima surat daripada Lembaga Tatatertib Bersatu berhubung pemecatan beliau susulan melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti yang tidak memperincikan kesalahan khusus dilakukannya.Pada 27 Oktober lalu, Saifuddin dan bekas Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli digugurkan jawatan masing-masing sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang dan Perlis.Jawatan pengerusi bagi kedua-dua negeri itu kini disandang oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN Pahang), manakala Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN Perlis). |
|
'Dah lama tahu cerita, sebab itu saya keluar awal' - MP Bukit Gantang - Sinarharian - 16/02 12:45 am Sokonglah Perdana Menteri, bagi peruntukan untuk bangunkan kawasan."Kita buat perkhidmatan. ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) bantu, STeP (Sekretariat Usahawan Negeri Perak) bantu, semua agensi kerajaan bantu sebab kita sokong Perdana Menteri," katanya.Pada 13 Februari lalu, Lembaga Disiplin Bersatu memecat 17 ahlinya termasuk empat ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).Mereka yang dipecat ialah Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang merupakan Ahli Parlimen Larut; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Kapten Azahari Hasan dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.Dua ADUN yang dipecat ialah Datuk Zainol Fadzi Paharudin (Sungai Manik, Perak) dan Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban, Melaka) yang juga Ketua Pembangkang negeri itu. |
|
154 premis vape diserbu, rampasan cecah RM8.876 juta - Sinarharian - 16/02 11:56 am KUALA LUMPUR Sebanyak 154 premis yang menjalankan perniagaan rokok elektronik atau vape diserbu dalam Op E-Cig Mega yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negara pada 10 Februari lalu, dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM8.876 juta.Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Fisol Salleh berkata, isu penjualan dan pengedaran vape merupakan masalah serius yang melibatkan kemasukan, pengilangan serta penjualan produk tanpa kelulusan dan lesen sah pihak berkuasa."Aktiviti ini bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, malah mendatangkan ancaman kepada kesihatan awam, khususnya dalam kalangan remaja dan pelajar, selain menyebabkan kehilangan hasil cukai negara," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini pada Isnin.Turut hadir, Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Zulhizzam Abdullah dan Ketua Pegawai Siasatan, Sektor Siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Azhar Husin.Fisol berkata, Op E-Cig Mega dilancarkan secara bersepadu di 13 negeri dengan sasaran 154 lokasi, melibatkan Sabah, Kuala Lumpur, Sarawak, Johor, Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Melaka."Nilai keseluruhan rampasan direkodkan sebanyak RM8.876 juta melibatkan cecair vape, peranti dan pelbagai barangan berkaitan."Dalam tempoh sama, keberhasilan hasil kerajaan direkodkan sebanyak RM330,200 antaranya pengeluaran saman oleh KKM," katanya.Menurutnya, seramai 2,140 pegawai dan anggota polis termasuk KKM, LHDN, pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup terlibat dalam operasi itu.Beliau berkata, seramai 181 individu telah diperiksa dan empat daripadanya ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita, termasuk dua warga tempatan serta dua warga asing dari Indonesia dan Bangladesh atas pelbagai kesalahan."Kes disiasat mengikut beberapa peruntukan undang-undang termasuk Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, Undang-Undang Kecil Perlesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, Akta Imigresen 1959/63, Akta Cukai Pendapatan 1967 serta Kanun Keseksaan."Operasi seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi mengekang penjualan dan pengedaran rokok elektronik secara haram," ujarnya. |
|
Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan Bersatu - Sinarharian - 16/02 11:31 am Inilah perkara yang dia tulis dalam suratnya kepada Presiden-Presiden parti dalam PN."Inilah hipokrasi Muhyiddin dan penjilatnya," katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin. Sebelum ini, Lembaga Disiplin Bersatu memecat keahlian Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi susulan pelanggaran perlembagaan dan kod etika parti.Selain Wan Saiful, tiga pemimpin Bersatu lain yang dipanggil ialah Ketua Bahagian Ampang, Mohd Isa Saidi; Ketua Bahagian Sepang, Datuk Suhaimi Mohd Ghazali; dan Ketua Bahagian Ipoh Timor, Muhammad Fadhli Ismail.Mereka didakwa terlibat dalam pengumpulan SD dalam kalangan ketua bahagian Bersatu di seluruh negara bagi mengusulkan perbincangan mengenai langkah transisi kepimpinan parti kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Pada Jumaat, Hamzah dilaporkan dipecat daripada keahlian Bersatu berkuat kuasa serta-merta menerusi Notis Pemecatan Keahlian bertarikh 13 Februari 2026.Wan Saiful turut berkongsikan salinan surat rasmi yang diserahkan kepada lembaga rayuan parti yang bertarikh pada Ahad.Berdasarkan surat tersebut, beliau mendakwa bahawa agenda Bersatu kini telah lari daripada perjuangan asalnya iaitu demi kesejahteraan rakyat."Saya berpandangan bahawa Bersatu sudah tidak ada masa depan kerana Muhyiddin selaku presiden merelakan diri untuk dipengaruhi dan dikuasai oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali."Ini menyebabkan Bersatu lari jauh daripada agenda rakyat kepada hanya memperjuangkan agenda dan cita-cita peribadi."Maka dengan itu saya menarik balik rayuan berkuat kuasa serta-merta," ujarnya |
|
Wan Saiful selar hipokrasi Mahiaddin dan ‘penjilatnya’ - Harapandaily - 16/02 10:39 am Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menarik balik rayuannya kepada Lembaga Rayuan Bersatu kerana melihat parti pembangkang itu mengamalkan hipokrasi terhadap ahlinya |
|
Krisis Bersatu uji legitimasi Presiden - Sinarharian - 16/02 9:20 am SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhadapan kemerosotan beransur-ansur menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya gagal melakukan transformasi dan menstabilkan struktur parti.Penganalisis politik, Mujibu Abd Muis berkata, Bersatu perlu beralih daripada model parti berasaskan personaliti kepada organisasi yang lebih berinstitusi dengan proses dalaman dan kepimpinan kolektif yang lebih tersusun.Menurut beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai Presiden yang sah dari sudut perlembagaan parti, namun kedudukannya dilihat berdepan tekanan politik susulan peralihan sokongan dalam kalangan ahli Parlimen parti itu."Dalam politik, keabsahan tidak hanya diukur melalui Perlembagaan tetapi melalui sokongan yang nyata |
|
Tubuhkan badan siasat bebas siasat kaitan MMAG dan Azam -Rafizi - Mgazette - 16/02 8:23 am # Tubuhkan badan siasat bebas siasat kaitan MMAG dan Azam -Rafizi KUALA LUMPUR Datuk Seri Rafizi Ramli menggesa satu siasatan bebas ditubuhkan susulan dakwaan serius membabitkan MMAG Holdings Berhad yang sebelum ini didakwa disiasat kerana pengubahan wang haram serta isu kerugian modal syarikat berkenaan, selain kaitan pemilikan saham oleh Tan Sri Azam Baki Azam Bakar |
|
Krisis Bersatu: ‘Biarkan dia orang bergaduh dahulu,’ kata Anwar - Mgazette - 16/02 8:22 am Yang turut hadir ialah Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Setiausaha MPN PKR Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar. Kelmarin, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti tersebut |
|
Bersatu Lembah Pantai dibubarkan serta-merta - Mgazette - 16/02 8:22 am KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Lembah Pantai dibubarkan serta-merta, hasil mesyuarat yang dipengerusikan Ketuanya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin petang semalam |
|
Sokongan Mas Ermieyati terhadap Hamzah atas kapasiti peribadi, tak wakili .. - Mgazette - 16/02 8:22 am # Sokongan Mas Ermieyati terhadap Hamzah atas kapasiti peribadi, tak wakili Srikandi Bersatu KUALA LUMPUR Sokongan Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin terhadap bekas timbalan presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah atas kapasiti peribadi beliau, bukan mewakili pendirian sayap parti itu |
|
Tak wajar salahkan ahli Pas dalam kemelut politik di Perlis –... - Mgazette - 16/02 8:22 am # Tak wajar salahkan ahli Pas dalam kemelut politik di Perlis - Mahfuz KUALA LUMPUR Surat terbuka Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang seolah-olah menyalahkan ahli-ahli parti itu dalam kemelut politik di Perlis disifatkan menimbulkan kehairanan dan tanda tanya dalam kalangan pemerhati politik |
|
Zulkifli persoal ketelusan, integriti Bersatu - Mgazette - 16/02 8:22 am JOHOR BAHRU Bekas Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Johor Bahru, Datuk Zulkifli Bujang mendakwa pemecatannya daripada keahlian dibuat tanpa melalui proses disiplin yang telus serta adil. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) itu berkata, keputusan pemecatan tersebut dimaklumkan lewat petang Khamis menerusi sepucuk surat yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp oleh Lembaga Disiplin parti |
|
Beberapa ahli Parlimen Bersatu Kelantan dalam radar - Sinarharian - 16/02 7:53 am KOTA BHARU Beberapa ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan berada dalam radar kerana kehadiran mereka dalam program anjuran individu yang dikenakan tindakan disiplin oleh parti.Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor bagaimanapun menegaskan sebarang tindakan disiplin terhadap mana-mana wakil rakyat adalah di bawah bidang kuasa pucuk pimpinan pusat."Beberapa ahli Parlimen Bersatu Kelantan ini menjadi perhatian di semua radar, bukan radar negeri sahaja bahkan radar pusat juga."Mereka ini sewajarnya menjangkakan tindakan yang bakal diambil tapi terserah kepada pihak Lembaga Disiplin," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Makan Malam Apresiasi Pemain Industri Pelancongan dan Penggiat Seni Tahun 2025 di sebuah hotel di sini pada Ahad.Kemelut dalaman parti itu memuncak dengan 17 pemimpin dipecat termasuk Timbalan Pengerusi Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin pada Jumaat.Sebelum ini, 19 ahli Parlimen membabitkan mereka daripada Bersatu sertayang sudah dipecat keahlian menghadiri Taklimat Hala Tuju dan Reset Politik bersama Hamzah di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) pada Sabtu.Mereka ialah Ahli Parlimen Kangar, Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu, Ketereh, Tanah Merah dan Machang."Selain itu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Tasek Gelugor, Gerik, Padang Rengas, Lumut, Indera Mahkota, Rompin, Sabak Bernam, Sungai Besar, Masjid Tanah, Mersing dan Larut.Ahli Parlimen Bersatu, Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh) terbabit sebelum ini juga mengesahkan beliau antara yang menandatangani akuan bersumpah (SD) mendesak Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin berundur.Kamarudin berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana ahli untuk bersama atau terlibat dalam perjumpaan berkait dengan individu yang sudah dipecat itu seperti mana peringatan tegas oleh pucuk pimpinan pusat."Setiausaha Agung mengeluarkan kenyataan bahawa ahli tidak boleh terlibat dalam sebarang perjumpaan atau perhimpunan yang dianjurkan oleh individu dipecat Lembaga Disiplin."Jika ada penglibatan, mereka boleh dianggap melanggar Perlembagaan parti dan tertakluk kepada tindakan disiplin," katanya. |
|
Arab Saudi Perkenal Syarat Baharu Haji 2026, Bakal Jemaah Perlu Bayar Dam Awal Kalau Nak Visa Haji LULUS - Siraplimau - 16/02 7:42 am Selain menyambut Ramadan, bakal jemaah haji tahun 2026 perlu ambil perhatian penting ini |
|
Kemalangan, pertambahan kenderaan punca trafik perlahan malam ini - LLM - Sinarharian - 15/02 9:58 pm KUALA LUMPUR - Beberapa jajaran utama lebuh raya di seluruh negara dilaporkan masih bergerak perlahan setakat jam 9 malam ini berikutan insiden kemalangan dan pertambahan jumlah kenderaan.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E2, trafik perlahan dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale dan Senawang ke Pedas Linggi akibat kemalangan di KM253.6."Bagi arah selatan di jajaran E1 pula, kesesakan dilaporkan dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar ekoran kemalangan di KM232.3, manakala dari arah utara trafik perlahan melibatkan jajaran Kuala Kangsar ke Changkat Jering serta Juru ke Seberang Jaya."Selain itu, aliran trafik turut dikesan perlahan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dari Puchong Utama ke Puchong Intan serta Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) melibatkan jajaran IOI Putrajaya dan Persiaran Utara ke Hospital Serdang," katanya ketika dihubungi hari ini.Secara keseluruhan, trend aliran trafik hari ini dilaporkan tidak terlalu sesak seperti semalam dan dijangka keadaan akan bertambah baik selepas tengah malam.LLM menjangkakan aliran trafik di semua lebuh raya utama akan kembali lancar selepas jam 11.59 malam ini susulan berakhirnya tempoh pemberian diskaun tol 50 peratus oleh kerajaan.Pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya sentiasa fokus pada pemanduan, menjaga jarak selamat serta berwaspada terhadap sebarang halangan di hadapan."Bagi penunggang motosikal, pastikan anda sentiasa berhati-hati terutamanya di kawasan yang diaktifkan sebagai laluan Smart Lane bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," jelasnya.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik |
|
Trafik sesak di lebuh raya utama, jumlah kenderaan meningkat - Sinarharian - 15/02 7:23 pm KUALA LUMPUR - Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dilaporkan sesak setakat jam 6 petang ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, bagi laluan PLUS (E1) menghala ke utara, trafik sesak dari Bukit Beruntung ke Bukit Tagar, Gopeng ke Simpang Pulai, Terowong Menora ke Kuala Kangsar serta Changkat Jering ke Taiping Utara."Bagi arah selatan pula, trafik dilaporkan perlahan dari Jawi ke Bandar Baharu serta Sungkai ke Slim River."Di PLUS (E2), aliran trafik turut perlahan dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar serta dari Bandar Baru Nilai ke Bandar Ainsdale berikutan kemalangan di Kilometer 277 yang menghalang lorong kanan," katanya ketika dihubungi hari ini.Selain itu, kesesakan turut dilaporkan di Lebuhraya KLK melibatkan laluan dari Gombak ke Genting Sempah serta dari Lanchang menghala ke Bentong.Sementara itu, LLM menjangkakan jumlah kenderaan di semua lebuh raya utama akan terus meningkat sehingga lewat malam ini berikutan orang ramai mengambil peluang menikmati diskaun tol sebanyak 50 peratus yang ditawarkan kerajaan."Memandangkan diskaun tol berakhir 11.59 malam ini, kami menjangkakan trafik terus meningkat sehingga lewat malam, khususnya di jajaran PLUS E1, E2 dan Lebuhraya KLK," katanya.Kerajaan sebelum ini mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, bermula 12.01 tengah malam, 14 Februari dan berakhir pada 11.59 malam, hari ini.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine di 1-800-88-0000, laman X @plustrafik, talian LLM di 1-800-88-7752 atau laman X @llmtrafik |
|
Krisis Bersatu: 'Biar mereka bergaduh dahulu' - Anwar - Sinarharian - 15/02 4:31 pm JOHOR BAHRU - "Biarkan mereka bergaduh dahulu."Demikian kata Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai krisis dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini termasuk pemecatan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Sebelum itu, Anwar hadir Majlis Perjumpaan Presiden PKR bersama PKR Johor di Pulai Spring Resort, di sini pada Ahad.Hadir sama, Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Setiausaha MPN PKR Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar.Jumaat lalu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata, keputusan itu diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti tersebut.Hamzah dilaporkan tidak hadir selepas dipanggil hadir ke prosiding bersama Lembaga Disiplin parti itu dijadual berlangsung di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya.Lembaga Disiplin Bersatu dalam notis panggilan sebelum ini memaklumkan Hamzah dipanggil terkait isu kritikan dan serangan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yasin serta rundingan membabitkan presiden parti dalam Perikatan Nasional (PN).Sebelum ini, pelbagai desakan daripada pemimpin parti itu mahu supaya keahlian Hamzah dipecat selepas didakwa menjadi dalang kepada gerakan menggesa pengunduran Muhyiddin.Hamzah yang juga ketua pembangkang Parlimen turut didakwa terbabit dalam gerakan mengumpul akuan bersumpah (SD) bagi mengambil alih dan menukar kepimpinan Bersatu ketika ini.Ditanya mengenai keperluan ketua pembangkang Parlimen, Anwar enggan memberikan komen sebelum menaiki kereta untuk bergerak ke program seterusnya di Pontian.Ditanya mengenai perjumpaan dengan PKR Negeri Johor, Anwar berkata, ia bertujuan bagi menyampaikan amanat gerak kerja yang akan digerakkan menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada tahun ini."(Setiap cabang) Perlu kerja kuat, kerja kuat sebagai satu pasukan," katanya. |
|
Ke mana Hamzah lepas dipecat? Jadi ahli Pas atau balik kepada UMNO? - Harapandaily - 15/02 1:52 pm OLEH JASON YEW : ? Pemecatan Hamzah Zainudin bukan sekadar isu disiplin, tetapi kemuncak perang saudara dalam Bersatu antara kem Tan Sri Mahiaddin Md Yassin dan kem Hamzah |
|
Bersatu Larut pula umum bubar serta-merta - Sinarharian - 15/02 1:28 pm KUALA LUMPUR - Bersatu Bahagian Larut mengumumkan pembubaran bahagian itu berkuat kuasa serta-merta.Menerusi rakaman yang disiarkan di Facebook rasmi Bersatu, kepemimpinan Bersatu Larut menyatakan tindakan itu dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin.Timbalan Ketua Bersatu, Larut Mohd Noh Md Daud berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima mandat penuh daripada kepimpinan pelbagai peringkat di bahagian berkenaan."Sebanyak 48 cawangan di bawah Bersatu Bahagian Larut mengisytiharkan pembubaran bahagian itu kerana hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan parti yang diterajui Muhyiddin."Keputusan ini turut diperkuat dengan pemecatan Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua Bersatu Larut Mohd Hassundi Hamzah," katanya.Terdahulu, dalam siaran berasingan, Bersatu Lembah Pantai turut mengumumkan pembubaran bahagian itu.Ketuanya, Datuk Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, keputusan pembubaran itu dibuat tanpa sebarang paksaan dan surat pemakluman mengenainya akan dihantar ke ibu pejabat Bersatu."Kami berterima kasih kepada Bersatu atas peluang yang diberikan dan insya-ALLAH akan terus menyumbang kepada rakyat setempat melalui cara tersendiri termasuk menerusi NGO (pertubuhan bukan kerajaan)."Semoga terus maju jaya dan kami memohon maaf |
|
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026 - Siakapkeli - 15/02 1:10 pm Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026 Kuala Lumpur, 15 Februari 2026: Lembaga Tabung Haji memaklumkan bahawa Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa setiap bakal jemaah haji |
|
Arab Saudi tetapkan bayaran dam sebagai pra syarat visa haji - Sinarharian - 15/02 12:41 am SHAH ALAM - Kerajaan Arab Saudi menetapkan setiap bakal jemaah haji melaksanakan haji Tamattuk dan Qiran perlu membuat bayaran dam sebagai pra syarat proses pengeluaran visa haji mulai musim Haji 1447H/2026M.Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan, bayaran dam lebih awal terbabit perlu dilakukan kepada The Kingdom of Saudi Arabia Project for Utilisation of Hady & Adahi (ADAHI)Menurutnya, TH akan menguruskan pembayaran dam kepada ADAHI bagi pihak jemaah, manakala jumlah bayaran ditetapkan bagi musim haji itu adalah RM810 bagi seekor kibas."Bayaran dam perlu ditunaikan setiap jemaah mengikut jenis ibadat haji dipilih |
|
Sumber bekalan asas stabil, mencukupi -KPKM - Mgazette - 15/02 7:54 am KUALA LUMPUR -Sumber pengeluaran bekalan barangan makanan asas seperti telur, daging ayam, daging lembu, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan di seluruh negara adalah stabil dan mencukupi |
|
Aliran trafik beberapa lebuh raya terkawal - Mgazette - 15/02 7:54 am KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan terkawal walaupun jumlah kenderaan semakin bertambah setakat 6.30 petang ini, menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan minggu depan |
|
Tindakan disiplin, pecat perlu untuk selamatkan Bersatu – Muhyiddin - Mgazette - 15/02 7:54 am # Tindakan disiplin, pecat perlu untuk selamatkan Bersatu - Muhyiddin KUALA LUMPUR - Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan tindakan disiplin termasuklah pemecatan terhadap beberapa pemimpin parti adalah langkah yang perlu diambil bagi menyelamatkan dan memperkukuhkan parti tersebut daripada terus disabotaj dari dalam |
|
Saya dipecat, tidak akan merayu sama sekali – Hamzah - Mgazette - 15/02 7:54 am Saya penentang nombor satu Presiden (Bersatu)," ujarnya. Semalam, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pemecatan Hamzah diputuskan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti |
|
Pecat 17 pemimpin bukan langkah terlalu keras, masih ada hak merayu .. - Mgazette - 15/02 7:54 am Dalam Bersatu, kita ada mekanisme yang jelas, katanya kepada media selepas Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) di sini, hari ini. Azmin menegaskan keputusan Lembaga Disiplin dibuat berdasarkan aduan serta bukti yang dikemukakan, selain melalui proses siasatan yang teratur |
|
Mas Ermieyati diminta tidak hadir berucap pada sesi reset politik - Mgazette - 15/02 7:54 am Sementara itu, Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, Hamzah dipecat meskipun beliau sudah menghantar notis memohon penangguhan prosiding Lembaga Disiplin |
|
Sokong Hamzah, tolak Muhyiddin berpaksikan tuntutan agama – Wan .. - Mgazette - 15/02 7:54 am # Sokong Hamzah, tolak Muhyiddin berpaksikan tuntutan agama - Wan Fayhsal KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mendakwa keputusannya memilih untuk menyokong Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan menolak Tan Sri Muhyiddin Yassin berpaksikan tuntutan agama serta amanah kepimpinan yang dipikul. Beliau yang digantung keahliannya dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum dipecat berkata, beliau sama sekali tidak menyesal dan kecewa menerima keputusan yang dibuat oleh lembaga disiplin parti |
|
Sehari selepas dipecat, Hamzah atur taklimat reset politik - Mgazette - 15/02 7:54 am Dalam jemputan kepada media, taklimat tersebut turut melibatkan beberapa ahli Parlimen, ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu. Semalam, Hamzah dipecat keahlian partinya serta-merta hasil keputusan Lembaga Disiplin seiring Fasal 22.5 perlembagaan parti |
|
Sanjeevan pertikai dakwaan ahli Bersekutu keluar beramai-ramai - Mgazette - 15/02 7:54 am Semua mesti ikut perlembagaan, ujarnya. Mengulas tindakan disiplin yang diambil terhadap beberapa pemimpin parti semalam, Sanjeevan menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan lembaga disiplin |
|
Noh Omar letak jawatan Ahli MPT Bersatu, persoal tindakan Lembaga Disiplin - Mgazette - 15/02 7:54 am # Noh Omar letak jawatan Ahli MPT Bersatu, persoal tindakan Lembaga Disiplin KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Noh Omar, hari ini mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta-merta susulan rasa kecewa terhadap apa yang berlaku dalam parti itu |
|
Dana, disiplin, kurang politik kunci julang olahraga - Utusan - 15/02 7:30 am Mukadimah Nama Nazmizan Mohamad tidak perlu diperkenalkan kepada peminat olahraga tanah air |
|
Bersatu Lembah Pantai bubar serta-merta - Sinarharian - 14/02 11:41 pm SHAH ALAM Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Lembah Pantai sebulat suara bersetuju untuk membubarkan bahagian itu berkuat kuasa serta-merta.Ketuanya, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan olehnya bersama barisan pimpinan bahagian tersebut."Dalam mesyuarat tersebut, saya telah memberikan ruang sepenuhnya kepada semua pihak untuk menyuarakan pandangan."Majoriti kepimpinan bahagian telah menghadiri Program Reset anjuran Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee sebagai solidariti dan Deklarasi bersama Datuk Seri Hamzah Zainudin, yang memperlihatkan sokongan luar biasa daripada kepimpinan dan akar umbi parti di seluruh negara."Saya telah membuat pertimbangan yang menyeluruh, berlandaskan akal dan tanggungjawab perjuangan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu merangkap Ketua Pembangkang dipecat keahliannya berkuat kuasa pada Jumaat.Susulan itu, Hamzah memaklumkan satu taklimat berkaitan hala tuju dan reset politik akan diadakan pada Sabtu, yang turut melibatkan beberapa ahli Parlimen, ketua bahagian dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu.Seramai 19 Ahli Parlimen Bersatu dilaporkan menghadiri taklimat itu, yang mana wakil rakyat berkenaan terdiri daripada mereka yang tidak dipecat dan yang telah dipecat daripada parti tersebut.Ujar Muhamad Muqharabbin, keputusan itu bukan dibuat atas kepentingan peribadi, sebaliknya bagi memastikan kesinambungan perjuangan yang berprinsip dan berpaksikan kekuatan rakyat.Menurutnya, kehadiran luar biasa pada program taklimat berkenaan membuktikan kepimpinan tidak boleh dibina melalui paksaan, tetapi melalui khidmat dan keikhlasan mendekati ahli."Kehadiran ini bukan sekadar angka, tetapi satu manifestasi keyakinan, kesetiaan dan iltizam bersama untuk terus mara dalam satu saf perjuangan yang kukuh, tersusun dan berjiwa rakyat."Walaupun berdepan tekanan dan ugutan tindakan disiplin, para pemimpin dan ahli tetap hadir memberikan sokongan."Ini membuktikan bahawa Datuk Seri Hamzah bukan sekadar pemimpin organisasi, tetapi seorang tokoh yang benar-benar berakar dalam perjuangan parti, dihormati dan disayangi oleh seluruh lapisan ahli," ujarnya.Kata beliau, keputusan tersebut adalah langkah terbaik bagi meneruskan perjuangan politik yang lebih besar demi membina kekuatan yang berpaksikan rakyat dan mempertahankan maruah serta masa depan negara."Tidak perlu menjadi penjilat, tetapi parti dibenci rakyat |
|
Krisis Bersatu: Perebutan keabsahan uji keutuhan parti - Sinarharian - 14/02 9:18 pm KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam selepas 16 Ahli Parlimen Bersatu menyatakan sokongan terbuka terhadap gesaan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin segera meletakkan jawatan sebagai Presiden, kemelut dalaman parti itu memasuki episod lebih genting apabila Lembaga Disiplin parti berkenaan memecat Timbalan Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Bukan Hamzah sahaja, malah 16 lagi ahli termasuk tiga Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut menerima nasib sama dan keadaan itu menunjukkan pendekatan kompromi bukan lagi pilihan bagi menyelesaikan krisis dalaman Bersatu.Selepas episod pemecatan beramai-ramai itu, krisis terus memuncak apabila hari ini Hamzah dan Muhyiddin mengadakan pertemuan berasingan bersama penyokong masing-masing, sekali gus memperlihatkan pertembungan kuasa dalam Bersatu semakin parah.Muhyiddin dalam kenyataan selepas pertemuan dengan penyokongnya berkata tindakan disiplin terhadap beberapa ahli Bersatu, termasuk pemimpin kanannya, adalah pilihan terbaik pada masa ini bagi memastikan parti terus stabil dan kukuh.Hamzah pula berkata, beliau tidak akan merayu terhadap pemecatannya dan akan menjadi Ahli Parlimen Bebas, menganggap dirinya sebagai "a freeman" dan tidak lagi terikat untuk melakukan perkara yang tidak disukainya.Pemerhati politik melihat krisis yang melanda Bersatu itu sebagai indikator jelas kewujudan perebutan keabsahan antara dua kem besar dalam parti, yang berpotensi membawa kepada perpecahan serta menjejaskan keyakinan pengundi menjelang pilihan raya negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Bagi Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian, pergolakan ini bukan sekadar krisis dalaman biasa dan tindakan disiplin yang diambil Bersatu perlu dibaca sebagai usaha menegaskan siapa yang masih memegang kuasa formal dalam parti."Ini bukan sekadar pertemuan biasa |
|
Aliran trafik terkawal, kenderaan bertambah di lebuh raya utama petang ini - Sinarharian - 14/02 7:32 pm KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan terkawal walaupun jumlah kenderaan semakin bertambah setakat jam 6.30 petang ini, menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan Ramadan minggu depan.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik masih terkawal di sekitar Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 serta Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala Johor.Beliau berkata, terdapat pertambahan trafik di Gombak ke Genting Sempah dan laluan masuk ke ibu negara, iaitu Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar dan Senai ke Kulai."Aliran trafik perlahan dilaporkan di Terowong Menora ke kawasan Rehat dan Rawat Sungai Perak, Bandar Baharu ke Jawi dan Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua |
|
Patah tumbuh, hilang berganti - Pengerusi Bersatu Kelantan - Sinarharian - 14/02 6:28 pm KOTA BHARU Pemecatan 17 pemimpin oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan tidak melemahkan parti itu.Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, kekuatan parti bukan semata-mata bergantung kepada jumlah ahli atau wakil rakyat, sebaliknya bersandar kepada ahli yang kuat bekerja sehingga membawa kemenangan dalam pilihan raya."Lazimnya orang fikir parti kuat kerana bilangan yang ramai, tetapi di negara ini tidak ada mana-mana parti yang menang kerana undi daripada ahlinya sahaja, sebaliknya menang kerana mendapat undi daripada luar parti."Ya, jumlah ahli Parlimen berkurang, tetapi tidak mengubah keadaan. Bersatu masih kuat, patah tumbuh, hilang berganti, itu perkara biasa," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Kelantan di Gelanggang Seni di sini pada Sabtu.Beliau mengulas sama ada tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin kanan termasuk bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan menjejaskan kekuatan parti.Pada Jumaat, Hamzah termasuk 17 pemimpin Bersatu dipecat keahlian mereka oleh Lembaga Disiplin parti itu.Mengulas lanjut Kamarudin berkata, keputusan yang dibuat Lembaga Disiplin adalah berdasarkan peruntukan Perlembagaan parti selepas proses siasatan dan pendengaran dijalankan."Kami mempertahankan Lembaga Disiplin sebagai badan bebas dan tidak boleh dipengaruhi |
|
Terengganu cari gol awal di Cheras - Sinarharian - 14/02 5:58 pm PEMANGKU ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tengku Hazman Raja Hassan mahu anak buahnya berusaha mendapatkan gol awal pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC), di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras petang esok.Pengendali berusia 49 tahun itu berkata, pertemuan kedua pastinya lebih sukar kerana TFC gagal membawa sebarang bekalan ke tempat lawan apabila sekadar seri 1-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) tempoh hari.Justeru, beliau berkata, gol awal mampu memberi kelegaan dan suntikan semangat agar skuad Penyu meneruskan momentum positif hingga ke akhir minit perlawanan."Bermain pada sebelah petang di bawah cuaca panas, pemain juga perlu bijak mengawal tempo, bermain dengan penuh disiplin, ikut perancangan dan elak kesilapan mudah yang boleh mengakibatkan kita dihukum."Paling penting fokus |
|
Noh umum letak jawatan ahli MPT Bersatu - Sinarharian - 14/02 5:39 pm KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Noh Omar mengumumkan peletakkan jawatan beliau berkuat kuasa serta merta pada Sabtu.Noh berkata, pendirian itu dibuat susulan kecewa dengan tindakan Lembaga Disiplin yang didakwa tidak menghormati keputusan mesyuarat MPT Bersatu yang berlangsung pada 12 Januari lalu.Ujar beliau, mesyuarat berkenaan diadakan bagi membincangkan mengenai penangguhan semua tindakan disiplin ke atas ahli Bersatu."MPT telah pun buat keputusan bahawa semua tindakan disiplin hendak ditangguhkan, jadi persoalannya mengapa Lembaga Disiplin terus mengambil tindakan kepada ahli-ahli Bersatu?"Apa guna MPT parti bermesyuarat tetapi keputusan MPT tidak dihormati oleh lembaga disiplin?"Oleh kerana Lembaga Disiplin mengambil tindakan tidak menghormati keputusan MPT, maka saya umumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Bersatu mulai hari ini," katanya menerusi hantaran video di Facebook pada Sabtu.Menurut Noh, dalam usaha mengembalikan perpaduan dalam Bersatu, mesyuarat pengukuhan parti turut diadakan sebanyak tiga kali sebelum ini."Kita telah pun merancang bagaimana cara hendak mengembalikan perpaduan parti Bersatu, tetapi sebelum ia dilaksanakan, tiba-tiba Lembaga Disiplin telah mengambil tindakan."Sepatutnya tindakan disiplin tidak boleh diambil kepada ahli parti yang telah membuat kenyataan sebelum mesyuarat MPT," ujarnya.Bekas Pengerusi UMNO Selangor itu turut menyatakan kekecewaan terhadap tindakan disiplin yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah."Saya pernah menasihati Saifuddin yang hendak mengadakan program jelajah di Pahang dan beliau setuju batalkan program tersebut."Malangnya, Saifuddin telah dipecat |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |