///
See Also: Shutterstock

Search : Laluan News   Page 1    



Tapak luas berhampiran LRT boleh dibangunkan perumahan rakyat – PM - Mygazette - 29/06 8:13 am

"Saya tak fikir perumahan lima bintang, tentunya kedai-kedai tingkat sederhana, rendah untuk manfaat rakyat. "Laluan (Shah Alam) ini antara paling sesak dalam negara





AMK cabar MUDA dedah rakan politik sebelum minta mandat rakyat - Mygazette - 29/06 8:13 am

Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, rakyat berhak mengetahui dengan parti mana MUDA bercadang bekerjasama sekiranya memenangi kerusi yang ditandingi memandangkan parti itu hanya bertanding di empat daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor. Menurut beliau, secara matematik dan realiti politik, MUDA tidak mempunyai laluan untuk membentuk kerajaan negeri secara bersendirian





Piala Dunia 2026: Brazil bakal hadapi laluan berliku - Kosmo - 29/06 8:10 am

Pertemuan itu mengembalikan kenangan pahit skuad Samba yang tewas 2-3 kepada Jepun dalam aksi persahabatan di Tokyo pada Oktober tahun lalu meskipun ... Read more The post Piala Dunia 2026: Brazil bakal hadapi laluan berliku appeared first on Kosmo Digital .





LRT3 perkukuh pengangkutan awam negara - Sinarharian - 29/06 7:30 am

SHAH ALAM - Penantian lebih sedekad berakhir apabila Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Shah Alam mula beroperasi hari ini sekali gus menjadi pemangkin kepada perubahan landskap pengangkutan awam dan ekonomi di koridor barat Lembah Klang.Laluan sepanjang 37.8 kilometer (km) yang menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia, termasuk 2.5km laluan bawah tanah dirasmikan pada Ahad oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.Ketua Laluan Shah Alam, Mohd Ariffin Idris berkata, projek tersebut dijangka memberi manfaat buat kira-kira 2 juta penduduk di Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.Menurut beliau, Laluan Shah Alam dikenali sebagai LRT3 kerana ia merupakan sistem Transit Aliran Ringan (LRT) ketiga dibangunkan di negara ini yang menelan kos sebanyak RM16.63 bilion."Reka bentuk stesen pula diinspirasikan daripada tanjak, sebagai simbol penghargaan terhadap warisan seni dan budaya Malaysia."Untuk kesemua stesen, Laluan Stadium Shah Alam ialah yang terbesar, fasilitinya paling lengkap dan ia menjadi pusat untuk kesemua 20 stesen."Di sepanjang jajaran ini juga, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyasarkan jumlah harian penumpang sekitar 67,000 dalam tahun pertama operasi dan untuk lima tahun akan datang seramai 117,708 orang," katanya.Beliau berkata demikian ketika lawatan pra-pembukaan eksklusif Prasarana bersama media terpilih di Stesen Stadium Shah Alam di sini pada Selasa lalu.Laluan Shah Alam yang menggunapakai 22 unit tren tiga gerabak itu beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari dengan kekerapan lapan minit ketika waktu puncak dan 10 hingga 15 minit di luar waktu puncak.Kemudahan park and ride turut disediakan di enam stesen iaitu di Kayu Ara, Damansara Idaman, Pasar Klang, Seri Andalas, Bandar Bukit Tinggi dan Johan Setia dengan jumlah keseluruhan tempat parkir sebanyak 2,300 petak.TeknologiMohd Ariffin menambah, Laluan Shah Alam mengadaptasi kecanggihan teknologi hijau antaranya sistem penyaman udara tren kenderaan rel ringan (LRV) menggunakan inverter dan penyaman udara pintar bagi mengutamakan aliran pengudaraan baik serta sistem pencahayaan semula jadi untuk meningkatkan kecekapan tenaga.Jelasnya lagi, LRT3 merupakan projek rel pertama di Malaysia menggunakan teknologi 'U-Trough' iaitu komponen blok girder berbentuk U yang dihasilkan secara pra-reka di luar tapak pembinaan, kemudiannya dibawa ke lokasi untuk pemasangan."U-Trough juga dilengkapi dengan penghadang bunyi untuk mengurangkan gangguan bunyi kepada kawasan sekitarnya semasa peringkat operasi," menurutnya.Di samping itu, kata beliau, kemudahan surau, tandas dan laluan mesra orang kurang upaya (OKU) serta tempat duduk khas buat penumpang OKU turut disediakan di setiap gerabak."Satu lagi fakta menarik adalah pemilihan warna di dalam gerabak





Diselamatkan dari pasar malam, si bulus buta ajar erti kasih sayang - Sinarharian - 29/06 7:10 am

SHAH ALAM - Siapa sangka seekor anak kucing yang ditemui berkeliaran di tengah kesibukan pasar malam kini menjadi perhatian ramai apabila videonya di TikTok meraih jutaan tontonan.Pemiliknya, Raihah Nashiera, 25, berkata, dia menemui Tebi ketika anak kucing itu berusia sekitar tiga hingga empat bulan dalam keadaan kurus dan berjalan melawan arus pengunjung di sebuah pasar malam berhampiran rumahnya di Johor Bahru.Menurutnya, pada mulanya dia hanya mengalihkan anak kucing itu ke tepi jalan kerana bimbang dilanggar orang ramai, namun Tebi kembali semula ke tengah laluan yang sesak."Saya pun angkat dia dan apabila tengok mukanya, baru perasan matanya sakit





Ajal pekerja ladang, kereta bertembung trak pikap - Kosmo - 29/06 12:09 am

NILAI – Seorang pekerja ladang maut selepas kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan trak pikap di Batu 10, Jalan Pantai-Jelebu, di sini petang tadi





MUDA mahu bersama siapa selepas PRN Johor? - AMK - Sinarharian - 28/06 10:54 pm

JOHOR BAHRU Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan hala tuju kerjasama politik Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memandangkan parti itu hanya bertanding empat daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Ketua Penerangan AMK, Danish Hairudin berkata, rakyat berhak mengetahui pendirian sebenar MUDA sebelum hari pengundian dan bukannya selepas keputusan pilihan raya diumumkan.Menurutnya, persoalan itu timbul kerana MUDA telah mengumumkan pelbagai cadangan manifesto termasuk memansuhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, namun parti tersebut tidak bertanding dengan jumlah kerusi yang membolehkan mereka membentuk kerajaan."DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan sesebuah kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya 29 kerusi untuk memperoleh majoriti mudah."MUDA pula hanya bertanding empat kerusi. Secara matematik dan realiti politik, MUDA tidak mempunyai laluan untuk mentadbir Johor secara bersendirian





LRT3 Laluan Shah Alam Dilancarkan – Percuma Untuk Sebulan - Amanz - 28/06 9:17 pm

Perkhidmatan LRT laluan Shah Alam telah pun dilancarkan secara rasminya pada hari ini, sekaligus memperluaskan lagi capaian pengangkutan awam yang efisien ke lebih banyak lokasi





‘Tak payah ambil Grab dah’ Netizen teruja LRT3 percuma sebulan - Mypress - 28/06 7:09 pm

SHAH ALAM Pengumuman tambang percuma selama sebulan bagi Laluan Rel Transit 3 (LRT3) Shah Alam disambut positif oleh orang ramai yang melihat kemudahan baharu itu mampu menjimatkan kos perjalanan…





Hari ini Bang Mat hadir menyaksikan Majlis Pelancaran LRT3 Laluan Shah .. - Wrlr - 28/06 7:08 pm

Hari ini Bang Mat hadir menyaksikan Majlis Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim





Kalau terjadi hanya pentas final menemukan Messi-Ronaldo - Sinarharian - 28/06 4:31 pm

HARAPAN peminat bola sepak untuk menyaksikan pertembungan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo di Piala Dunia 2026 kini semakin sukar direalisasikan apabila Argentina dan Portugal berada di laluan berbeza dalam carta kalah mati.Portugal dan Argentina mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya, namun keputusan peringkat kumpulan menyaksikan kedua-duanya tidak lagi berpeluang bertemu di suku akhir seperti yang diharapkan.Portugal menamatkan saingan sebagai naib juara Kumpulan K selepas terikat tanpa jaringan dengan Colombia, manakala Argentina muncul juara Kumpulan J sekali gus meletakkan kedua-dua pasukan di sisi bertentangan carta kejohanan.Situasi itu bermakna satu-satunya peluang untuk menyaksikan pertemuan dua legenda berkenaan hanyalah di perlawanan akhir pada 20 Julai, sekiranya kedua-dua pasukan berjaya melepasi halangan masing-masing.Laluan Portugal bermula menentang Croatia di pusingan 32 terbaik, sebelum berdepan cabaran lebih besar termasuk kemungkinan pertemuan dengan Sepanyol di pusingan 16 terbaik, diikuti laluan suku akhir dan separuh akhir yang berpotensi menemukan mereka dengan pasukan seperti Jerman, Belanda atau Perancis.Argentina pula membuka kempen kalah mati menentang Cape Verde, sebelum dijangka berdepan Australia atau Mesir di pusingan seterusnya.Laluan mereka ke separuh akhir juga tidak kurang getir dengan potensi pertemuan menentang kuasa besar seperti Colombia, Switzerland atau Iran.





285 dikompaun, 11 kenderaan ditunda halang lalu lintas - Careta - 28/06 3:23 pm

Menurut DBKL, tindakan dilaksanakan ke atas kenderaan dan pemandu yang melakukan kesalahan ingkar isyarat lalu lintas, menghalang jalan utama, laluan pejalan kaki, laluan orang kurang upaya (OKU) dan lain-lain kesalahan am





LRT3: 5 stesen tambahan baharu akan dibina - Mygazette - 28/06 3:16 pm

KLANG - Sebanyak lima stesen tambahan baharu LRT3 iaitu di Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanic akan dibina bagi memperluaskan liputan lagi operasi Laluan Shah Alam pada masa hadapan





Tangguh Turap, jangan gadai kelangsungan PKS bagi sistem belum terbukti - Mygazette - 28/06 3:16 pm

Kami tidak mahu melihat satu sistem baharu diluluskan sebelum kerajaan sendiri dapat membuktikan keberkesanannya serta menjelaskan kos sebenar yang bakal ditanggung majikan, katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. Menurut Rajasekaran, masalah tadbir urus yang menjadi alasan kepada pelaksanaan Turap dipercayai hanya melibatkan laluan pengambilan pekerja dari negara sumber tertentu dan bukannya keseluruhan ekosistem pengambilan pekerja asing





Akses awal BUDI Diesel rekod hampir 24,000 transaksi pada hari pertama - Mygazette - 28/06 3:16 pm

"KPDN juga akan menyelaras pelaksanaan subsidi bagi kenderaan persendirian milik syarikat jenis pikap dan jip yang layak, selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 26 Jun 2026," ujar kenyataan tersebut. Kementerian itu berkata, Kerajaan Persekutuan turut bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan bagi memuktamadkan data kumpulan pengguna lain yang bergantung kepada diesel, khususnya di kawasan luar bandar, pedalaman dan laluan sungai, supaya tiada golongan yang memerlukan tercicir daripada bantuan subsidi





Tambang LRT3 Laluan Shah Alam percuma sebulan bermula esok – PM - Mygazette - 28/06 3:16 pm

# Tambang LRT3 Laluan Shah Alam percuma sebulan bermula esok - PM KLANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan inisiatif tambang percuma untuk Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sempena pembukaannya bermula esok selama sebulan hingga 31 Julai depan





Peluang Onn cerah di Senggarang, dapat sokongan pengundi Cina - Mygazette - 28/06 3:16 pm

Beliau berpandangan, rekod perkhidmatan itu menjadi antara faktor yang meningkatkan keyakinan pengundi terhadap calon PH berkenaan. Mengulas peluang Onn di DUN Senggarang, Boon Hai berkata, laluan calon itu dilihat cerah walaupun mengakui wujud sedikit cabaran susulan penyertaan Rashid dalam pertandingan





Buletin Tengah Mabuk Suv, Gwm Lancar Haval H10 Read More - Mekanika - 28/06 3:16 pm

Haval H10 juga merupakan model pertama Haval yang dibangunkan menggunakan**GWM One Platform**, platform baharu yang turut menjadi asas kepada Wey V9X. Pendekatan ini dijangka memberikan keselesaan pemanduan atas jalan raya dan keupayaan meredah laluan yang lebih mencabar





Buletin Volvo Perkenal Strategi Rendahkan Karbon Industri Ev Read More .. - Mekanika - 28/06 3:16 pm

# VOLVO PERKENAL STRATEGI RENDAHKAN KARBON INDUSTRI EV **Volvo Cars bersama China-UK Low Carbon College di bawah Universiti Shanghai Jiao Tong melancarkan laporan pertama di China yang menghuraikan laluan ke arah neutral karbon bagi bahan kenderaan tenaga baharu (NEV), sempena China International Supply Chain Expo (CISCE) keempat.** Laporan tersebut menekankan bahawa kerjasama rantaian bekalan menjadi faktor utama dalam mempercepatkan transformasi hijau industri automotif global





Pengundi Cina nilai prestasi bukan sentimen - Utusan - 28/06 3:01 pm

PETALING JAYA: Landskap politik negara kini berubah khususnya pengundi Cina yang lebih melihat kepada prestasi parti, rekod perkhidmatan dan keupayaan menawarkan penyelesaian terhadap isu dihadapi rakyat. Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, pihaknya justeru itu tidak memandang mudah sokongan pengundi Cina bagi memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor walaupun parti itu diberikan laluan ..





Rencana khas Calon di PRN Johor* - Wrlr - 28/06 2:59 pm

*Dr. Maszlee Malik di Puteri Wangsa: Aset Besar Pakatan Harapan atau Berdepan Laluan Berliku?* Oleh *Shahbudin Embun* *Penganalisis Politik merangkap Pengerusi Biro Politik SEKPUR* Pencalonan Dr





PRN Johor: Amanah desak Pas tarik diri - Utusan - 28/06 2:46 pm

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) mendesak Pas supaya menarik diri daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 sekiranya benar mahu memberi laluan mudah kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah negeri itu





LRT3: Tambang percuma selama sebulan mulai esok - PM - Mkini - 28/06 2:39 pm

Anwar umum tambang percuma itu juga bagi perkhidmatan bas perantara kendalian Prasarana di sepanjang LRT3 Laluan Shah Alam.





Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok - Mypress - 28/06 2:26 pm

KLANG Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam selama sebulan bermula jam 6 pagi esok





My50 diperluas ke laluan Shah Alam mulai 1 Ogos - FMT - 28/06 2:03 pm

Menteri pengangkutan berkata pengguna pas My50 boleh menggunakan laluan Shah Alam selepas tempoh tambang percuma berakhir.





LRT3: Tambang percuma selama sebulan mulai esok -Anwar - Sinarharian - 28/06 1:57 pm

KLANG - Tambang perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam akan diberikan secara percuma selama sebulankepada semua penumpang bermula esok (Isnin) 29 Junhingga 31 Julai ini.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata tambang percuma itu turut diberikan bagi perkhidmatan bas perantara kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di sepanjang Laluan Shah Alam."Bermula 29 Jun iaitu esok hingga 31 Julai tambang perkhidmatan Laluan Shah Alam dan bas perantara sepanjang Laluan Shah Alam akan diberikan secara percuma selama sebulan."Tapi kenapa agaknya laluan ini? Kerana laluan ini yang paling sesak, antara yangpaling sesak dalam negara kita





'Arahan Pas' sokong BN kerana PN tidak mampu tubuh kerajaan Johor - Khaled Nordin - Sinarharian - 28/06 1:53 pm

KLUANG - Arahan Pas supaya ahli dan penyokongnya mengundi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) mencerminkan realiti politik Johor apabila gabungan itu tidak mempunyai laluan mencukupi untuk membentuk kerajaan negeri.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, berdasarkan pencalonan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hanya BN dan Pakatan Harapan (PH) mempunyai keupayaan untuk membentuk kerajaan negeri.Menurut beliau, BN bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PH di 51 kerusi, sementara PN yang diwakili PAS dan Bersatu hanya bertanding di 27 kerusi."Pertama, kalau kita lihat pada hari penamaan calon, hanya ada dua parti sahaja yang mampu membentuk kerajaan negeri iaitu Barisan Nasional yang bertanding di 56 kerusi dan PH."PN pula, Pas bertanding 11 kerusi dan Bersatu 16 kerusi, jumlahnya 27





PM Anwar umum tambang percuma 30 hari, tanda penghargaan Kerajaan Madani - Mydateline - 28/06 1:42 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pemberian tambang percuma selama sebulan untuk perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan bas perantara Laluan Shah Alam bermula ..





Tambang percuma LRT3, bas perantara sebulan mulai esok - FMT - 28/06 1:41 pm

Inisiatif itu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan awam susulan pembukaan rasmi laluan berkenaan.





PM Anwar umum berita gembira, LRT Shah Alam percuma sebulan bermula esok - Harapandaily - 28/06 1:40 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma bagi LRT Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok





Malaysia kenal pasti empat negara pembekal peluru berpandu ganti NSM - Sinarharian - 28/06 1:09 pm

Jadi sekarang banyak negara mengemukakan cadangan untuk menjual peluru berpandu pengganti kepada kita," katanya selepas menghadiri Karnival Hari Keluarga Kita bersama warga Angkatan Tentera Malaysia Zon Selatan di sini, pada Ahad.Menurut beliau, selain keserasian dengan sistem tempur kapal, kementerian turut menilai tempoh penghantaran kerana ia menjadi faktor penting dalam mempercepatkan kesiapsiagaan aset TLDM.Katanya, pengalaman terdahulu menunjukkan tempahan NSM mengambil masa sehingga lapan tahun untuk dibekalkan, justeru kerajaan mahu memilih pembekal yang mampu menghantar sistem itu dalam tempoh lebih singkat."Kalau dia boleh membekalkan, tetapi mengambil masa lapan tahun, itu bukan satu kekuatan. Kita mahu melihat siapa yang boleh menghantar dalam tempoh satu, dua atau tiga tahun," katanya.Beliau berkata, aspek kos turut diberi perhatian bagi memastikan harga yang ditawarkan berpatutan, selain teknologi peluru berpandu yang setanding atau lebih baik daripada NSM.Menurutnya, antara ciri yang dinilai ialah keupayaan peluru berpandu mengelak dikesan radar, menggunakan laluan penerbangan yang sukar dipintas serta mempunyai keupayaan mengenal pasti sasaran secara tepat berdasarkan siluet kapal."Teknologi seperti itu yang kita cari





PM umum perkhidmatan percuma LRT Laluan Shah Alam selama sebulan - Hmetro - 28/06 12:58 am

Klang: Tambang perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam akan diberikan secara percuma selama sebulan kepada semua penumpang bermula esok hingga 31 Julai ini





PRN Johor uji kekuatan sebenar jentera BN, PH - Penganalisis - Sinarharian - 27/06 9:37 pm

JOHOR BAHRU - Pertembungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16tidak akan menggugat kestabilan serta keutuhan kerjasama Kerajaan Perpaduan padaperingkat Persekutuan.Rata-rata penganalisis politik berpendapat, persaingan itu harus dilihat sebagai manifestasi kematangan demokrasi padaperingkat tempatan, memandangkan percaturan politik dalamsesebuah negeri tidak semestinya mencerminkan keretakan hubungan padaperingkat pusat.Pensyarah Kanan Jabatan Sains Sosial Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Nazreena Mohammed Yasin berkata, persaingan itu merupakan ruang bagi setiap parti mengekalkan identiti organisasi masing-masingdan bukannya satu petunjuk kepada kerapuhan hubungan."Kita boleh lihat bahawa kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan lebih berkait dengan aspek pentadbiran dan tadbir urus pada peringkat Persekutuan, manakala PRN memberikan ruang kepada parti-parti untuk mengukur kekuatan serta mengekalkan identiti politik masing-masing."Oleh itu, 'pertandingan' yang berlaku lebih wajar dilihat sebagai sebahagian daripada proses demokrasi dan strategi pilihan raya, bukannya petunjuk bahawa hubungan dalam Kerajaan Perpaduan telah terjejas," katanya kepada Bernama.Nada yang sama dikongsi Pakar Perang Saraf dan Penganalisis Keselamatan serta Politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin yang menganggap perbezaan strategi itu sebagai variasi lazim antara pentadbiran pusat dan politik lokal.Beliau berkata, keadaan itu berpotensi memberikan lonjakan pemikiran baharu kepada masyarakat bahawa kebersamaan elemen federalisme boleh berjalan seiring dengan perbezaan politik setempat untuk menyokong kebaikan pengundi di Johor."Kerjasama padaperingkat Persekutuan itu tidak boleh diganggu-gugat berdasarkan kepada isu-isu yang boleh membawa kepada kepentingan bersama," kata Noor Nirwandy.Sementara itu, Geostrategis, Dr Azmi Hassan pula berkata, pertembungan itu tidak mencerminkan sebarang kekalutan kepimpinan di Putrajaya, sebaliknya bertitik tolak daripada momentum pencapaian BN pada peringkat negeri sebelum ini.Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu berkata, keputusan BN untuk bergerak secara solo di Johor ialahrealiti politik yang diambil kira sejak kemenangan besar gabungan itu pada PRN 2022."Mengambil kira apa yang berlaku ketika Pilihan Raya Umum ke-15, sebab itu BN memilih untuk bergerak solo. Keputusan ini tidak merencatkan hubungan padaperingkat nasional antara BN dan PH."Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi juga mengatakan beliau akan menyokong gabungan Kerajaan Perpaduansehinggalah penggal Parlimen berakhir," katanya.Azmi berpendapat, 14 kerusi yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu akan menjadi medan bersih bagi menguji pengaruh mutlak BN dan PH,manakala 27 kerusi saingan tiga penjuru bakal menjadi penentu kerjasama selepas pilihan raya."Sebanyak 27 kerusi ini saya lihat sebagai penentu sama ada kerajaan campuran antara kedua-dua gabungan ini akan berlaku," katanya.Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, realiti politik Malaysia hari ini membenarkan kerjasama peringkat Persekutuan dan pertembungan strategi negeri berjalan serentak.Beliau berkata, tindakan bertanding padasemua kerusi menunjukkan kedua-dua parti ingin 'berlumba' menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat dengan matlamat membawa kestabilan."Saya yakin selepas pilihan raya kedua-dua gabungan akan menjalinkan kerjasama yang lebih kukuh untuk negeri Johor," katanya.Mengenai "kerusi panas", beliau meramalkan Datuk Onn Hafiz Ghazi di DUN Machap dan Dr Maszlee Malik di DUN Puteri Wangsa mempunyai kelebihan untuk menang, namun penyandang DUN Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal dijangka berdepan jalan berliku."Laluan sukar kepada Dr Sahruddin kerana beliau sebelum ini hanya menang majoriti 700 undi sahaja di kerusi tersebut," katanya.Sebanyak 56 kerusi menjadi rebutan pada PRN kali ini dengan 14 daripadanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 27 kerusi saingan tiga penjuru, 12 kawasan empat penjuru dan tiga kawasan saingan lima penjuru.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal pada 7 Julai, manakala hari pengundian bagi PRN Johor ke-16 adalah pada 11 Julai.- Bernama





Belajar Bukan Sekadar Dalam Kelas Tapi Terus Kenal Dunia Industri, Laluan Ini Jadi Antara Kunci Masa Depan - Siakapkeli - 27/06 7:46 pm

Belajar Bukan Sekadar Dalam Kelas Tapi Terus Kenal Dunia Industri, Laluan Ini Jadi Antara Kunci Masa Depan Bagi kebanyakan pelajar,





Proses penamaan calon di 56 Dun PRN Johor berjalan lancar - Ketua Polis Johor - Sinarharian - 27/06 11:59 am

JOHOR BAHRU Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang berlangsung di 56 pusat penamaan calon di seluruh negeri pada Sabtu berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang boleh mengganggu ketenteraman awam.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, sehingga jam 10 pagi, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian atau provokasi yang boleh menjejaskan kelancaran proses penamaan calon."Sehingga jam 10 pagi, pihak kami tidak menerima sebarang laporan atau kejadian yang boleh mengganggu proses penamaan calon."Dengan erti kata lain, proses penamaan calon di 56 pusat penamaan calon di seluruh negeri Johor berjalan lancar dan tidak berlaku sebarang insiden yang boleh mengganggu perjalanan proses penamaan calon," katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Dato' Onn di sini pada Sabtu.Menurut Ab Rahaman, bagi memastikan kelancaran proses itu, seramai 4,832 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Johor diatur gerak bagi melaksanakan tugas kawalan keselamatan di semua pusat penamaan calon.Beliau berkata, polis turut memberi perhatian terhadap aspek pengurusan trafik memandangkan beberapa laluan utama berhampiran pusat penamaan calon ditutup bagi melancarkan pergerakan calon dan penyokong."Seramai 437 pegawai dan anggota trafik turut diatur gerak untuk memantau aliran trafik serta mengiringi pemimpin dan penyokong parti politik yang hadir."Memang terdapat sedikit kesesakan di beberapa lokasi akibat penutupan jalan, namun ia tidak menjejaskan aliran trafik secara keseluruhan





Pemandu SUV 'lalok' dadah masuk laluan bertentangan, rempuh empat kenderaan - Sinarharian - 27/06 8:10 am

KLANG - Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yangmemandu ke laluan bertentangan dan merempuh empat kenderaan lain di Jalan Sepadu Off Jalan Rantau Panjang di sini pada Jumaatdisahkan positif dadahKetua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi.Menurutnya, kemalangan dipercayai berpunca apabila pemandu X70 berusia lingkungan 30-an itu telah masuk ke laluan arah bertentangan dan melanggar beberapa kenderaan yang diparkir di bahu kiri jalan termasuk sebuah lori foodtruck yang berniaga di lokasi terbabit."Dalam kejadian ini tiada mangsa yang cedera."Kesemua pihak telah tampil membuat laporan polis kecuali penunggang motosikal yang terus beredar di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, ujian saringan air kencing terhadap pemandu X70 didapati positif dadah dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Katanya, kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau dengan cara membahayakan.Jelas beliau, mana-mana individu atau orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan ini boleh tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan."Orang awam boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327," ujarnya.





Cip AI bernilai hampir RM53 juta dirampas - Sinarharian - 26/06 4:35 pm

SEPANG - Kemasukan 72 unit pelayan (server) mengandungi cip kecerdasan buatan (AI) canggih tanpa permit bernilai hampir RM53 juta di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini dibongkar baru-baru ini.Rampasan dilaksanakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA kira-kira jam 4.30 petang, 5 Jun lalu.Pengarah Kastam KLIA, Zulkifli Muhammad berkata, siasatan awal mendapati 'server' tersebut akan dieksport semula ke sebuah sebuah negara di asia.Menurutnya, modus operandi yang dikesan ialah server terbabit diikrar sebagai komponen komputer bagi mengelak dikesan pihak berkuasa."Sindiket juga menggunakan laluan Malaysia sebagai destinasi aktiviti transit bagi memastikan tiada sebarang sekatan semasa pengeksportan server ke destinasi negara seterusnya."Dipercayai server bernilai RM52.92 juta termasuk duti dan cukai terbabit datang dari sebuah negara asia," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kargo di sini pada Jumaat.Turut hadir Pengawal Perdagangan Strategik Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), M Vimala.Zulkifli berkata, kes masih dalam siasatan dan seorang individu telah ditahan untuk tindakan lanjut.Jelasnya, semua server yang mengandungi 'advance AI chip' tersebut disyaki tertakluk kepada transaksi melibatkan barang tidak tersenarai (unlisted items) dan aktiviti terhad (restricted activity) di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010."Mana-mana orang yang berhasrat untuk mengeksport, memindah kapal atau membawa masuk sebagai transit 'advance AI chip' yang telah dikategorikan hendaklah memaklumkan kepada Sekretariat Perdagangan Strategik (STS) MITI sekurang-kurangnya 30 hari sebelum aktiviti tersebut," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010.





Iran ancam kapal lalui Selat Hormuz tanpa kebenaran - Utusan - 26/06 7:30 am

TEHERAN: Pengawal Revolusi Iran memberi amaran terhadap sebarang pelayaran melalui Selat Hormuz tanpa kebenaran akan dianggap sebagai pelanggaran serius dan kapal yang gagal mematuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan. Masa depan Selat Hormuz, laluan penting bagi penghantaran tenaga yang ditutup Iran pada 28 Februari





Semakin merimaskan - Hmetro - 26/06 7:00 am

Hulu Langat: Kawasan Hulu Langat sepanjang laluan dari Batu 9, Cheras hingga ke Sungai Tekali dan Pangsun dikesan menjadi lokasi warga asing terutama Bangladesh, Aceh, Minangkabau, Pakistan, pelarian Rohingya menjalankan pelbagai kegiatan perniagaan hingga merimaskan lebih 60,000 penduduk kawasan itu





KTMB Tawar Tambang Promosi Shuttle Selatan Mulai 28 Jun, Serendah RM3.50 - Careta - 25/06 10:17 pm

Promosi berkenaan melibatkan laluan Kempas BaruPasir Gudang dan KulaiJB Sentral sebagai usaha menggalakkan lebih ramai rakyat menggunakan pengangkutan rel untuk perjalanan harian yang lebih selesa, pantas dan menjimatkan





Banjir kilat, pokok tumbang di beberapa kawasan di ibu kota - Mygazette - 25/06 10:13 pm

# Banjir kilat, pokok tumbang di beberapa kawasan di ibu kota KUALA LUMPUR Beberapa kawasan di ibu kota mengalami banjir kilat dan kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat dan ribut petang tadi. Antara kawasan yang dilaporkan terjejas teruk adalah di Taman Dato Keramat di sini, apabila beberapa pokok bersaiz besar dilaporkan tumbang dan menghalang sepenuhnya laluan kedua-dua arah di kawasan itu





Buletin Npe 2 Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Dijangka Siap 2029 Read More .. - Mekanika - 25/06 10:13 pm

Bagaimanapun, pelaksanaannya bergantung kepada program dan keputusan kerajaan pada masa akan datang, katanya pada Taklimat Khas Projek Sambungan NPE 2 bersama media di sini hari ini. Projek bernilai RM1.7 bilion itu melibatkan pembinaan laluan utama sepanjang 6.4 kilometer dengan keseluruhan jajaran termasuk tanjakan sejauh 15 kilometer yang menghubungkan Plaza Tol Pantai Dalam ke Jalan Istana di Kuala Lumpur





'Bukan sebab anak, lakukan 'kamikaze' demi sedarkan pemimpin' - Puad Zarkashi - Sinarharian - 25/06 8:40 pm

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menegaskan tindakannya keluar parti bukan kerana tidak puas hati anaknya tidak dipilih sebagai calon, sebaliknya keputusan kamikaze tersebut diambil bagi menyedarkan kepimpinan mengenai kelemahan sistem pemilihan calon.Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas bantahannya terhadap proses pemilihan calon tidak mendapat perhatian sehingga menyebabkan beliau tiada pilihan selain mengambil pendirian berkenaan.Mohd Puad mempersoalkan keputusan mengetepikan Ketua Puteri UMNO Johor yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Mersing dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing demi memberi laluan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Endau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor."Itu juga yang berlaku kepada Saudara Azizul Bachok bekas ADUN Tiram





'Jawab, jangan ugut' - Pemuda Pas Kelantan bidas KPT isu 'pintu belakang' IPTA - Sinarharian - 25/06 5:42 pm

KOTA BHARU Pemuda Pas Kelantan menyifatkan tindakan mahu menyaman pihak yang mempersoalkan isu kemasukan pelajar ke universiti awam sebagai langkah yang tidak membantu meredakan kekeliruan rakyat, sebaliknya menimbulkan lebih banyak tanda tanya terhadap ketelusan sistem sedia ada.Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Firdaus Mohamed Nawi berkata, kontroversi yang tercetus susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai kemasukan pelajar ke universiti awam melalui apa yang disebut sebagai 'pintu belakang' sepatutnya dijawab dengan fakta dan data, bukannya ancaman tindakan undang-undang.Menurut beliau, persoalan yang dibangkitkan bukan semata-mata mengenai istilah yang digunakan, sebaliknya menyentuh isu lebih besar berkaitan ketelusan, keadilan dan akses kepada pendidikan tinggi negara."Rakyat berhak mengetahui sama ada wujud saluran kemasukan selain UPU, bagaimana mekanisme itu beroperasi, jumlah pelajar yang diterima melaluinya dan sama ada ia memberi kesan kepada peluang calon lain yang bersaing menerusi sistem merit."Ini bukan fitnah atau cubaan menjatuhkan reputasi institusi pendidikan negara, sebaliknya persoalan yang wajar ditanya oleh mana-mana wakil rakyat yang prihatin terhadap masa depan generasi muda," katanya kepada pemberita pada Khamis.Beliau berkata, universiti awam merupakan institusi yang dibiayai menggunakan wang rakyat dan sewajarnya menjamin peluang pendidikan yang adil kepada semua lapisan masyarakat.Katanya, kebimbangan timbul apabila respons yang diberikan dilihat lebih menjurus kepada tindakan perundangan berbanding penjelasan terperinci yang mampu menjawab segala kekeliruan."Dalam sebuah negara demokrasi yang matang, persoalan awam sepatutnya dijawab menerusi pendedahan angka, statistik, laporan dan fakta yang boleh disemak oleh rakyat."Jika dakwaan itu tidak benar, kementerian hanya perlu mengemukakan bukti yang jelas dan terperinci bagi menafikannya. Sebaliknya, tindakan menggunakan saluran undang-undang terhadap pihak yang membangkitkan isu boleh menimbulkan persepsi bahawa kerajaan lebih berminat mempertahankan imej berbanding menjawab persoalan pokok," katanya.Beliau berkata, keadaan itu juga berpotensi mewujudkan budaya takut bersuara dalam kalangan rakyat dan wakil rakyat yang mahu membangkitkan isu berkepentingan awam.Mohd Firdaus turut menegaskan bahawa kewujudan pelbagai saluran kemasukan ke universiti awam bukan perkara asing, namun persoalan utama adalah sejauh mana saluran tersebut mempengaruhi prinsip meritokrasi serta peluang pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.Katanya, jika benar terdapat laluan tertentu yang memerlukan bayaran lebih tinggi atau hanya boleh diakses oleh kelompok tertentu, maka perkara itu wajar dibahaskan secara terbuka."Dalam keadaan ribuan pelajar cemerlang setiap tahun gagal mendapat tempat dalam program pilihan mereka, adalah lumrah masyarakat mempersoalkan bagaimana tempat di universiti awam diagihkan."Menjawab persoalan itu secara telus akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem pendidikan negara, manakala menutup ruang perbincangan hanya akan menimbulkan lebih banyak syak wasangka," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi mengambil pendekatan lebih terbuka dengan mendedahkan data serta laporan lengkap berhubung sistem kemasukan universiti awam."Tidak timbul soal siapa betul atau siapa salah





Batik Air Perkenal Laluan Penerbangan Terus Kuala LumpurShanghai - Vocket - 25/06 4:18 pm

Batik Air telah mengukuhkan lagi kehadirannya di China dengan pelancaran perkhidmatan terus baharu antara Kuala Lumpur dan Shanghai, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting... The post Batik Air Perkenal Laluan Penerbangan Terus Kuala LumpurShanghai appeared first on VOCKET .





Kawan jadi lawan, UMNO nekad rampas Simpang Jeram daripada Amanah - Mygazette - 25/06 3:38 pm

Menurut Azman, keyakinan mampu untuk merampas kerusi DUN Simpang Jeram itu berlandaskan kepada penerimaan masyarakat di sini selepas berakhirnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram pada September 2023 lalu. Jelas beliau, secara hakikatnya ketika PRK Simpang Jeram itu, kemenangan Nazeri adalah hasil sokongan ahli-ahli UMNO yang pada ketika itu memberi laluan kepada parti Amanah berlandaskan kesepakatan kerajaan perpaduan di peringkat Pusat





Hong tanggung kekalahan Korea Selatan - Utusan - 25/06 3:07 pm

MONTERREY: Pengendali Korea Selatan, Hong Myung-bo mengambil tanggungjawab sepenuhnya selepas tewas 0-1 kepada Afrika Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Dunia 2026, semalam, sekali gus menjejaskan peluang mereka untuk mara ke pusingan seterusnya. Keputusan tersebut menyaksikan Korea Selatan yang sebelum ini memulakan kempen dengan kemenangan ke atas Republik Czech, kini berdepan laluan sukar untuk ..





Gunung Jerai jadi penamat terbaharu LTdL 2026 - Kosmo - 25/06 3:01 pm

PUTRAJAYA Le Tour de Langkawi (LTdL) 2026 bakal menyajikan laluan paling mencabar dalam sejarah penganjurannya apabila buat julung kali menampilkan tiga penamat di puncak bukit sempena sambutan ulang tahun ke-30 perlumbaan berprestij itu





PRN Johor kini jelas memasuki fasa yang lebih serius dan mendebarkan. - Wrlr - 25/06 9:28 am

MB Johor Onn Hafiz dilihat sedang berdepan tekanan hebat dan berterusan daripada isu enggan duduk semeja dengan DAP hinggalah kepada kontroversi pembatalan Hari Felda sehingga dikatakan beliau terpaksa 'menjual airmata' demi simpati. Sejujurnya, UMNO/BN dilihat bakal berdepan laluan yang sukar dalam PRN kali ini





Blok ahli gabungan setuju usul Shahril Mokhtar calon Presiden FAM - Sinarharian - 25/06 8:47 am

SATU blok melibatkan beberapa ahli gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan bersetuju untuk mengusulkan Datuk Seri Shahril Mokhtar sebagai calon Presiden baharu badan induk bola sepak negara pada kongres pemilihan akan datang.Difahamkan, blok berkenaan dibentuk hasil perbincangan dalaman membabitkan beberapa ahli gabungan yang berpendapat kepimpinan baharu diperlukan bagi membawa agenda reformasi dalam pentadbiran FAM, susulan beberapa isu yang dibangkitkan termasuk laporan Quality Audit Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sebelum ini.Antara ahli gabungan yang dikaitkan dengan blok itu ialah Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia serta Persatuan Bolasepak Cina Malaysia.Shahril dilihat menjadi pilihan berdasarkan pengalaman beliau dalam sektor korporat serta penglibatan dalam pengurusan bola sepak tempatan sejak beberapa tahun lalu.Beliau sebelum ini memegang peranan sebagai Timbalan Presiden FAS serta Pengarah Bukan Eksekutif Selangor FC sejak 2017, selain terbabit dalam pelbagai inisiatif transformasi pengurusan dan pembangunan kelab.Dalam sektor korporat, beliau pernah terlibat dalam beberapa projek besar termasuk penstrukturan semula Prasarana Malaysia Berhad serta pelaksanaan projek infrastruktur seperti MRT Laluan 1 dan 2.Kriteria baharu yang menetapkan calon Presiden FAM perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman dalam bola sepak turut dilihat menyumbang kepada pencalonan beliau dalam kalangan blok berkenaan.Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengumuman rasmi dibuat oleh mana-mana pihak berkaitan pencalonan tersebut menjelang kongres pemilihan FAM akan datang.Pada April lalu, Shahril tampil dengan pandangan berani apabila mencadangkan rombakan besar-besaran termasuk pelantikan muka baharu bagi menerajui FAM menjelang Kongres Pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) akan datang.Beliau berkata, sudah tiba masanya badan induk bola sepak negara itu melalui proses 'reset' selepas berdepan pelbagai isu sebelum ini, khususnya membabitkan aspek pentadbiran.Menurutnya, pembaharuan itu perlu melibatkan penyertaan golongan profesional dan korporat bagi memastikan hala tuju bola sepak negara lebih tersusun dan berdaya saing.





Bosnia di ambang sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia - Sinarharian - 25/06 8:30 am

PENJAGA gol Bosnia dan Herzegovina, Nikola Vasilj menyifatkan kemenangan 3-1 ke atas Qatar dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala Dunia 2026 sebagai detik bersejarah yang membawa negaranya semakin hampir melakar pencapaian terbaik dalam sejarah kejohanan itu.Kemenangan di Seattle itu menyaksikan Bosnia menamatkan saingan di tangga ketiga kumpulan dengan empat mata dan kini menunggu keputusan kumpulan lain bagi menentukan sama ada mereka berjaya meraih salah satu tiket ke pusingan 32 terbaik.Sekiranya berjaya mara, ia bakal menjadi kali pertama Bosnia melepasi saingan peringkat kumpulan dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia.Bagi Vasilj, kejayaan itu menjadi lebih bermakna apabila disaksikan puluhan ribu penyokong Bosnia yang membanjiri stadium sehingga mewujudkan suasana seolah-olah mereka beraksi di laman sendiri.Kira-kira 30,000 penyokong Bosnia dilaporkan hadir ke stadium selepas berarak menuju venue perlawanan, sekali gus memberikan suntikan semangat kepada pasukan."Stadium ini tentunya tidak sama seperti di Sarajevo tetapi suasananya sangat menakjubkan."Selepas perlawanan, saya berhenti seketika untuk menikmati suasana di dalam stadium."Pada perlawanan pertama menentang Kanada, kami sudah mempunyai ramai penyokong tetapi dalam dua perlawanan terakhir saya benar-benar kagum dengan jumlah rakyat Bosnia yang hadir."Ia terasa seperti bermain di gelanggang sendiri," katanya.Bosnia layak ke Piala Dunia 2026 menerusi laluan dramatik selepas menewaskan Itali menerusi penentuan penalti pada penghujung Mac lalu.Kejohanan kali ini adalah penampilan kedua mereka di pentas Piala Dunia selepas penampilan sulung pada 2014 yang berakhir di peringkat kumpulan.Vasilj mengakui, pasukannya mungkin tidak mempamerkan aksi terbaik ketika menentang Qatar, namun kemampuan meraih kemenangan dalam perlawanan yang sukar membuktikan karakter sebenar skuad Bosnia."Ini adalah detik bersejarah buat kami jika berjaya mara ke pusingan seterusnya





Dakwa ada yang tak kena dengan UMNO Johor; Mat Maslan harap... - Mygazette - 25/06 8:08 am

Mohd Puad sebelum ini mengumumkan beliau tidak akan mempertahankan DUN Rengit pada PRN Johor kali ini. Bagaimanapun, laporan media yang memetik sumber menyebut syarat Mohd Puad untuk berundur adalah bagi memberi laluan kepada anaknya dicalonkan sebagai ADUN, namun beliau enggan mengesahkan berhubung dakwaan tersebut





Buletin Jetour Zongheng F700 Phev Didedahkan, Jarak Gerak Cecah 1,300km .. - Mekanika - 25/06 8:08 am

Rekaan luaran menampilkan imej agresif dan berkotak dengan gril hadapan besar berbentuk segi empat bersama lampu nyalaan siang LED. Bahagian bampar turut direka khas untuk meningkatkan sudut mendaki ketika melalui laluan mencabar





Perpustakaan ruang inklusif membina potensi mahasiswa autistik - Utusan - 25/06 8:00 am

Namun, bagi sebahagian individu, perpustakaan membawa makna yang lebih besar. Ia bukan sekadar ruang membaca, sebaliknya menjadi tempat membina keyakinan diri, mengembangkan potensi serta membuka laluan kepada impian yang ingin dicapai





Dua anggota polis cedera diserang penagih - Sinarharian - 24/06 5:34 pm

IPOH Dua anggota polis cedera selepas diserang seorang lelaki dipercayai penagih dadah menggunakan pisau dalam satu pemeriksaan di Kampung Sungai Jernih, Ijok, Selama pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, seorang sarjan berusia 44 tahun dan konstabel berusia 27 tahun dilaporkan cedera di beberapa anggota badan termasuk kepala, muka dan lengan.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, sebelum kejadian, pihaknya menerima maklumat mengenai kehadiran seorang lelaki disyaki penagih dadah yang berada di sebuah pondok di tepi rumah tanpa nombor di kampung berkenaan.Menurutnya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama telah menjalankan pemantauan di lokasi sebelum bertindak membuat tangkapan terhadap suspek."Semasa proses tangkapan dijalankan, suspek telah bertindak agresif dengan menyerang pihak polis menggunakan senjata tajam sebelum melarikan diri dari tempat kejadian."Akibat kejadian itu, dua anggota polis mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di hospital. Kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihak polis sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat.Katanya, Op Tutup turut dilaksanakan di laluan keluar masuk sekitar kawasan kejadian bagi mengesan pergerakan suspek."Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.Mohd Alwi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan atau menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Selama di talian 05-8395999 atau mana-mana balai polis berhampiran.





Penuntut IPTS didakwa edar ganja lebih 14 kg di ICQS Bukit Kayu Hitam .. - Mygazette - 24/06 4:00 pm

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Ishvherr Singh, 25, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nor Syaliati Mohd Sobri. Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 14,630.76 gram di sekatan jalan raya Check Point (F), Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam menghala laluan masuk ke Malaysia dari arah Thailand, pada 11.46 pagi 15 Jun lepas





PRN Johor: Amanah Pasir Gudang boikot, tolak pencalonan Sharon Teo di DUN .. - Mygazette - 24/06 4:00 pm

Bagaimanapun, kepimpinan parti tetap memilih calon payung terjun ini yang bukan sahaja tidak dikenali oleh jentera Amanah di kawasan ini malah juga pengundi di sini, katanya dalam sidang akhbar di Taman Cendana di sini hari ini. Haini berkata, ini bukan kali pertama Syed Othman diketepikan sebagai calon di kawasan sama apabila turut memberi laluan kepada calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRN-14





Akhirnya Dibuka! LRT3 Shah Alam Mula Operasi 29 Jun, Ini Senarai Penuh Stesen & Harga Tambang Yang Ramai Tunggu - Siraplimau - 24/06 2:23 pm

Penduduk di sekitar Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang pastinya menantikan pembukaan rasmi laluan baharu ini kerana senarai station LRT3 yang diumumkan bakal memudahkan perjalanan harian ribuan pengguna pengangkutan awam di Lembah Klang





KLIA jadi transit dadah, 653.6 kg bunga ganja dirampas dalam tempoh enam bulan - Polis - Sinarharian - 24/06 1:19 pm

SHAH ALAM - Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus dikesan menjadi antara hab transit utama sindiket pengedaran dadah antarabangsa, dengan rampasan mencecah 653.6 kilogram (kg) bunga ganja dalam tempoh enam bulan tahun ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, trend itu menunjukkan Malaysia kekal sebagai negara transit dalam rantaian pengedaran dadah antarabangsa, khususnya melibatkan sindiket yang menggunakan KLIA sebagai laluan masuk dan keluar."Kita bersama pihak keselamatan KLIA sentiasa melakukan operasi selain memperketatkan pengawasan dan pengimbasan di pintu masuk negara."Semua bunga ganja didapati dibawa masuk negara-negara sekitar ASEAN





Jalan baharu bakal rancakkan ekonomi, atasi masalah trafik - Sinarharian - 24/06 9:45 am

IPOH - Pembinaan jalan sambungan baharu dari Lebuh Meru Raya ke Persimpangan Lebuhraya Ipoh-Lumut di Jelapang dijangka menjadi pemangkin pembangunan ekonomi setempat selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku di kawasan Bandar Meru Raya di sini.Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, projek bernilai RM184.27 juta itu telah bermula sejak Mei lalu dan dijangka siap pada Januari 2029.Menurutnya, laluan sepanjang kira-kira 2.4 kilometer itu akan menghubungkan Lebuh Meru Raya dengan Persimpangan Jelapang yang seterusnya memberi akses lebih mudah ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Ipoh-Lumut."Faedah utama projek ini ialah mengurangkan kesesakan trafik di laluan sedia ada yang kini sempit serta dikelilingi kawasan perindustrian





'Saya akan buat pengumuman penting 27 Jun Ini' - Puad Zarkashi - Sinarharian - 24/06 9:40 am

Perkembangan terkini UMNO Johor merisaukan. Saya tidak akan menoleh belakang walaupun saya hanya insan kerdil," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Mohd Puad berkata, enam hari lalu beliau telah mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Rengit pada PRN Johor atas faktor usia serta mahu memberi laluan kepada pemimpin muda yang terlatih dan berpendidikan."Saya menegaskan, orang muda terlatih dan berpendidikan semestinya diberi peluang





Bas bawa 32 pelajar kolej terbabas - Sinarharian - 24/06 9:40 am

KULIM - Seorang pemandu bas cedera di kepala manakala 32 pelajar kolej terselamat apabila kenderaan dinaiki terbabas dalam kejadian kira-kira 7.35 pagi di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, pemandu bas, berusia 40-an telah dibawa ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.Menurutnya, kesemua 32 pelajar dari sebuah kolej kemahiran di Kulim Hi Tech Park (KHTP) di sini dilaporkan tidak mengalami kecederaan."Mangsa pemandu bas mengalami kecederaan di kepala dan telah dibawa ke hospital, manakala semua pelajar tidak mengalami kecederaan telah dihantar ke kolej menggunakan van," katanya.Beliau berkata, kemalangan berlaku di jalan Lebuh KTC dari Taman KTC1 menghala ke KHTP di mana bas dipercayai terbabas sendiri.Menurutnya, akibat kejadian, bas terbabit telah memasuki laluan bertentangan.Syamsul berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian.





Transisi ekonomi moden fokus baharu Pahang - Sinarharian - 24/06 9:30 am

SHAH ALAM - Seiring perkembangan semasa, Kerajaan Negeri Pahang memasang tekad memfokuskan perihal transisi ekonomi daripada tradisional kepada moden dalam usaha menjana pendapatan lebih hebat di negeri itu.Tumpuan kini diperluaskan kepada projek mega Carbon Capture & Storage (CCS) Southern Hub di Kuantan Port, jaringan pembangunan di tujuh stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pemerkasaan program syarikat pemula, cadangan pembinaan tapak pelancar roket di Pekan, pembukaan kilang baharu di Kuala Lipis serta Gebeng dan sebagainya.Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi dan Inovasi Pahang, Dato Mohamad Nizar Mohamad Najib berkata, perkara sedemikian wajar diambil perhatian serius atas dasar keperluan mempelbagaikan ekonomi, tetapi dalam masa sama tidak meminggirkan industri sedia ada."Bagi saya, kerajaan negeri masih mengekalkan ekonomi tradisional seperti sektor perlombongan, pertanian, kelapa sawit dan lain-lain.Bagaimanapun, apabila ingin melangkah ke hadapan, tak bolehlah bergantung harap kepada industri begitu semata-mata."Ini kerana sampai satu tahap, kerajaan negeri perlu mempelbagaikan ekonomi





Penunggang motosikal wanita cedera dalam nahas 3 kenderaan - Mygazette - 24/06 7:44 am

"Semakan mendapati, mangsa berusia 36 tahun itu dari arah Jalan Kuching menghala ke Bulatan Kepong dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang Toyota Innova yang sedang berhenti untuk memasuki susur masuk ke Bulatan Kepong. "Akibat pelanggaran, mangsa bersama motosikalnya telah tercampak ke lorong kanan jalan sebelum motosikal berkenaan dilanggar oleh van Nissan Urvan yang sedang melalui laluan tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini





Trump bakal serah trofi Piala Dunia, kata Infantino - Sinarharian - 24/06 7:30 am

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka memainkan peranan utama dengan menyerahkan trofi Piala Dunia kepada pasukan juara pada final 20 Julai ini (3 pagi waktu Malaysia) di Stadium New York New Jersey, menurut Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino.Infantino berkata, beliau dan Trump telah membina hubungan rapat menjelang kejohanan tersebut, sekali gus membuka laluan kepada penglibatan istimewa pemimpin berkenaan dalam upacara kemuncak final."Kami akan bersama Presiden AS menikmati perlawanan akhir dan menyerahkan trofi kepada juara, sudah tentu," kata Infantino dalam wawancara bersama Fox and Friends.Apabila ditanya sama ada kedua-duanya akan sama-sama berada di pentas penyerahan trofi, Infantino menjawab: "Sudah tentu, kami sentiasa bersama."Pada 20 Jun lalu, Trump tidak hadir pada perlawanan pembukaan Piala Dunia di laman sendiri sebaliknya diwakili oleh Setiausaha Negara, Marco Rubio.Trump sebelum ini turut melakukan perkara sama ketika final Piala Dunia Kelab di ASyang menyaksikan Chelsea menewaskan Paris Saint-Germain.Dalam aksi tersebut, Trump kekal berada di pentas kemenangan selepas menyerahkan trofi kepada kapten Chelsea, Reece James sebelum situasi itu mencuri perhatian ramai.




Reformasi     >>



Suhaizan cadang Mat Sentol diangkat sebagai Seniman .. - Harapandaily
FOTO BERITA: Program Ziarah Kasih Madani Karyawan Mat Sentol bersama calon N.44 Larkin Suhaizan Kaiat di Jalan Rajawali Larkin, Johor Bahru Johor. 28hb Jun 2026 (Ahad) Calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Larkin, Suhaizan Kaiat, meluangkan masa menziarahi seniman veteran ..
Kroni     >>



‘Goverment in waiting’: Bina imej PAS .. - Harakahdaily
ROMPIN: PAS perlu terus membina imej sebagai sebuah parti yang bersedia untuk mengambil alih pemerintahan negara dengan menampilkan pemikiran, dasar dan kepimpinan yang meyakinkan rakyat. Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, seluruh saf kepimpinan ..
Tabloid     >>



Piala Dunia 2026: Kanada singkir Bafana Bafana - Kosmo
LOS ANGELES – Jaringan masa kecederaan Stephen Eustaquio membantu Kanada cipta sejarah selepas menewaskan Afrika Selatan 1-0 dalam aksi pusingan 32 terbaik saingan Piala Dunia 2026 di Stadium Los Angeles awal pagi tadi. Ketika perlawanan dilihat bakal berlanjutan ke masa tambahan, Eustaquio ..
Tech     >>



This homebrew Apple II skips emulation, does it all in .. - Appleinsider
A project has cloned the Apple II Plus, but instead of using emulation, it goes the harder route by rebuilding Apple's classic computer in hardware. A homebrew Apple II Clone - Image Credit: Simon Boak/Unimplementedtrap.com If someone wants to get the experience of using Apple's vintage ..
World     >>



Iran talks on hold after fighting breaks out and Trump .. - Cnbc
Iran says it targeted U.S. military facilities in Kuwait and Bahrain following U.S. strikes on targets in and around the Strait of Hormuz.
Motor Trend     >>



Motosikal Moto Guzzi Uji Prototaip 500cc – Enjin .. - Mekanika
# MOTO GUZZI UJI PROTOTAIP 500CC - ENJIN 457CC DARI APRILIA **Selepas sekian lama menyepi, nama Moto Guzzi kembali memenuhi laporan media antarabangsa baru-baru ini. ** Ini kerana anak syarikat Piaggio itu dikesan sedang giat mengadakan sesi ujian bagi sebuah prototaip baharu di Eropah. ..