| /// |
|
| Search : Ketua Polis News | Page 1 |
|
Komuniti OKU digalak manfaat perjalanan percuma menerusi Pas Rapid Mesra .. - Mygazette - 19/08 5:12 pm # Komuniti OKU digalak manfaat perjalanan percuma menerusi Pas Rapid Mesra KUALA LUMPUR Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menggalakkan komuniti orang kurang upaya (OKU) yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam kendaliannya, termasuk Laluan Shah Alam, mendapatkan Pas Rapid Mesra bagi menikmati perjalanan percuma di seluruh rangkaian perkhidmatannya |
|
Nahas 3 beranak dirempuh lori JIM KL, polis peroleh rakaman CCTV... - Mygazette - 19/08 5:12 pm # Nahas 3 beranak dirempuh lori JIM KL, polis peroleh rakaman CCTV - Fadil KUALA LUMPUR - Polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk siasatan berhubung kemalangan maut tiga beranak dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya juga ketika ini sedang berusaha mendapatkan rakaman dari pelbagai sudut bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden berkenaan |
|
Polis siasat kemungkinan kebakaran bengkel kenderaan bermotifkan hapus .. - Mygazette - 19/08 5:12 pm # Polis siasat kemungkinan kebakaran bengkel kenderaan bermotifkan hapus bukti SHAH ALAM Polis sedang menyiasat kejadian kebakaran sebuah bengkel kenderaan di Kampung Bukit Kapar, Klang berkemungkinan bermotifkan cubaan menghapuskan bukti kegiatan meleraikan dan menjual komponen kenderaan yang dipercayai dicuri. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, siasatan terhadap aspek itu turut dilakukan bagi menentukan sama ada ia merupakan usaha melupuskan bahan bukti |
|
2 lelaki pelarian Myanmar tak mengaku ceroboh kediaman, mencuri - Mygazette - 19/08 5:12 pm # 2 lelaki pelarian Myanmar tak mengaku ceroboh kediaman, mencuri MUAR - Dua lelaki etnik Rohingya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menceroboh kediaman dan mencuri jam tangan pada Mei hingga Julai lalu |
|
Pemeriksaan balas tunjuk Shahrol, Jho Low yang berpakat, bukan Najib .. - Mygazette - 19/08 5:12 pm # Pemeriksaan balas tunjuk Shahrol, Jho Low yang berpakat, bukan Najib - Shafee KUALA LUMPUR - Pemeriksaan balas yang dijalankan peguam GK Ganesan terhadap Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi semalam didakwa menunjukkan wujudnya persoalan mengenai hubungan antara bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low |
|
Kes dua pelajar MRSM hilang masih disiasat – Asyraf - Mygazette - 19/08 5:12 pm # Kes dua pelajar MRSM hilang masih disiasat - Asyraf KUALA LUMPUR - Kes dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah yang ditemukan selepas dilaporkan hilang sebelum ini masih dalam siasatan polis untuk tindakan lanjut |
|
6 sindiket tumpas, dadah RM37.5 juta dirampas dalam tempoh 14 hari - Mygazette - 19/08 5:12 pm # 6 sindiket tumpas, dadah RM37.5 juta dirampas dalam tempoh 14 hari SHAH ALAM Enam sindiket pengedaran dadah pelbagai jenis bernilai RM37.5 juta berjaya ditumpaskan menerusi enam siri serbuan di sekitar Lembah Klang dan Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara 4 hingga 17 Ogos lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, operasi berkenaan membawa kepada rampasan 96.151 kilogram (kg) bunga ganja, 408.637kg syabu, 87.984kg heroin base dan 7.725kg kokain |
|
JAIS beri amaran tegas, tiada kompromi kes amang seksual di sekolah agama - Mygazette - 19/08 5:12 pm # JAIS beri amaran tegas, tiada kompromi kes amang seksual di sekolah agama SHAH ALAM Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi jaminan tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam insiden amang seksual melibatkan guru dan pelajar sekolah agama |
|
Bekas CEO Bank Didakwa Tipu Pegawai Kanan, Lepaskan Bayaran RM139.89 Juta - Mygazette - 19/08 5:12 pm # Bekas CEO Bank Didakwa Tipu Pegawai Kanan, Lepaskan Bayaran RM139.89 Juta Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bank berdepan pertuduhan menipu selepas didakwa memperdayakan seorang pegawai kanan institusi kewangan itu sehingga menyebabkan pembayaran berjumlah RM139.89 juta dilepaskan kepada sebuah syarikat tahun lalu. |
|
Gabung GST dan SST, jangan jadikan rakyat, peniaga bahan eksperimen ??? .. - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Gabung GST dan SST, jangan jadikan rakyat, peniaga bahan eksperimen Wan Fayhsal KUALA LUMPUR Kerajaan perlu menjelaskan dengan terang bentuk sebenar sistem percukaian yang menggabungkan elemen Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) |
|
Bendera terbalik: Isunya bukan kadar denda tapi mengapa masih berulang? - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Bendera terbalik: Isunya bukan kadar denda tapi mengapa masih berulang? JOHOR BAHRU - Isu Jalur Gemilang dan bendera Johor dipasang terbalik di sebuah kilang di Kulai tidak seharusnya dijadikan bahan provokasi yang merosakkan keharmonian masyarakat |
|
Bagaimana Shahrol boleh dipercayai selepas akui kelirukan mahkamah, PAC? .. - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Bagaimana Shahrol boleh dipercayai selepas akui kelirukan mahkamah, PAC? - Shafee KUALA LUMPUR Bagaimana Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi boleh dipercayai sebagai saksi sekiranya beliau sendiri mengakui telah mengelirukan Mahkamah dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebanyak empat kali? Persoalan itu dibangkitkan peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah susulan pemeriksaan balas terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu dalam prosiding saman sivil 1MDB hari ini |
|
3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dipercayai sedang bercuti di ibu negara - Mygazette - 19/08 5:11 pm # 3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dipercayai sedang bercuti di ibu negara KUALA LUMPUR - Tiga beranak yang maut termasuk seorang wanita yang cedera selepas dirempuh sebuah lori milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, awal pagi tadi dipercayai sedang bercuti di ibu negara |
|
Identiti 3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dikenal pasti – Zamzuri - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Identiti 3 beranak maut dirempuh lori JIM KL dikenal pasti - Zamzuri KUALA LUMPUR - Identiti tiga beranak yang maut dirempuh sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi sudah dikenal pasti |
|
Tiga beranak maut dirempuh lori: JIM siasat pematuhan SOP - Mygazette - 19/08 5:11 pm # Tiga beranak maut dirempuh lori: JIM siasat pematuhan SOP KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya bagi menjalankan siasatan berhubung kemalangan maut membabitkan tiga beranak dirempuh sebuah lori jabatan itu di Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi |
|
Buletin Denza Buka ???markas??? Di Milan, Cabar Bmw Dan Audi Di Kubu .. - Mekanika - 19/08 5:11 pm # DENZA BUKA MARKAS DI MILAN, CABAR BMW DAN AUDI DI KUBU MEREKA SENDIRI **Denza bersedia memperkukuhkan kedudukannya dalam pasaran premium Eropah menerusi pendekatan rekaan yang lebih dekat dengan cita rasa pengguna benua itu, apabila syarikat induknya, BYD, membuka pusat reka bentuk baharu di Milan, Itali.** Langkah tersebut diumumkan oleh Ketua Reka Bentuk BYD, Wolfgang Egger, yang sebelum ini pernah berkhidmat dengan beberapa jenama premium terkenal termasuk Alfa Romeo, Audi dan Lamborghini |
|
Kes rogol wanita OKU: Lima suspek termasuk tiga lelaki Rohingya masih direman - Sinarharian - 19/08 5:01 pm KUALA TERENGGANU - Siasatan berhubung kes rogol membabitkan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini masih berjalan dan kini berada pada peringkat akhir untuk dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP).Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, kesemua lima suspek warga Myanmar yang ditahan kini masih berada di bawah perintah reman sehingga 30 Ogos ini bagi membantu siasatan."Pada awalnya kita menjalankan siasatan mengikut kes rogol, namun suspek ditangkap semula bawah Akta Imigresen atas kekhuatiran mereka tidak melaporkan diri sekiranya dibebaskan dengan jaminan."Kita jangka kertas siasatan ini dapat dilengkapkan dan diserahkan kepada pihak DPP untuk tindakan serta arahan lanjut dalam masa terdekat atau minggu ini sebelum tempoh reman berakhir dan setakat ini tiada tangkapan baharu dibuat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan kepada pesakit kronik, rumah kebajikan serta Perkep kontinjen Terengganu sempena program amal konvoi 'charity ride' PDRM bersama Ipoh Superbike Club di sini pada Rabu.Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima lelaki warga Myanmar berikutan kes serangan seksual terhadap seorang wanita OKU intelektual berusia 23 tahun di Kemaman, Terengganu.Tiga suspek awal etnik Rohingya ditahan pada awal Ogos dan tempoh reman mereka kemudiannya disambung, manakala dua lagi lelaki warga Myanmar ditahan bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. |
|
MARA perhalusi SOP "outing" susulan kes pelajar MRSM hilang - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 19/08 4:36 pm KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) pergerakan pelajar bagi aktiviti "outing" susulan kes dua pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dilaporkan hilang baru-baru ini.Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kes kehilangan dua pelajar tingkatan empat MRSM Alor Gajah, Melaka pada 11 Ogos lepas merupakan kes terpencil dan ia tidak sewajarnya dijadikan asas untuk mewujudkan peraturan yang boleh menjejaskan aktiviti serta program di MRSM."Sepatutnya perkara ini kes terpencil yang bagi saya tidak boleh kita jadikan satu (perkara) konklusif untuk kita membuat satu peraturan yang akhirnya merencatkan segala aktiviti dan program yang selama ini berjalan dengan baik di MRSM."Pelajar ini pun perlukan proses pematangan |
|
Padah promosi ikan larangan di TikTok - Sinarharian - 19/08 4:35 pm SHAH ALAM - Aktiviti mempromosikan ikan yang disyaki spesies larangan menerusi platform media sosial TikTok membongkarkan penemuan 92 ekor ikan berkenaan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Kajang pada Selasa.Pengarah Jabatan Perikanan (DOF) Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata, risikan dan pemantauan dilakukan susulan pengesanan aktiviti mempromosikan ikan yang dipercayai merupakan spesies larangan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import, dsb., bagi Ikan) (Pindaan) 2024.Menurutnya, hasil risikan mendapati seorang pengguna TikTok dipercayai terlibat mempromosikan beberapa jenis ikan larangan, antaranya Peacock Bass, Amazon Redtail Catfish, Tiger Shovelnose Catfish dan Gar."Pemantauan lanjut berjaya mengenal pasti alamat kediaman individu berkenaan sebelum pemeriksaan dijalankan pada 18 Ogos 2026."Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa akuarium di dalam kediaman berkenaan yang mengandungi ikan disyaki daripada spesies ikan larangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Noraisyah berkata, keseluruhan 92 ekor ikan pelbagai saiz bernilai kira-kira RM2,000 disita untuk tujuan siasatan."Jumlah ikan yang disita terdiri daripada 54 ekor Gar, 24 ekor Peacock Bass, sembilan ekor Amazon Redtail Catfish dan lima ekor Tiger Shovelnose Catfish."Kesemua ikan berkenaan dihantar ke Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut," katanya.Beliau berkata, individu yang dikenal pasti sebagai pemilik serta pengguna akaun TikTok berkenaan turut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang bagi membantu siasatan."Jabatan Perikanan Negeri Selangor akan menjalankan siasatan lanjut berhubung sumber, pemilikan serta aktiviti promosi dan penjualan ikan berkenaan."Tindakan penguatkuasaan selanjutnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.Dalam pada itu, Noraisyah menasihatkan orang ramai supaya tidak mengimport, menjual, memelihara, mempamer atau menyimpan ikan hidup yang tersenarai sebagai spesies larangan tanpa kebenaran. |
|
Tiga lelaki parah ditikam jiran - Sinarharian - 19/08 4:31 pm PENAMPANG - Teguran terhadap bunyi bising motosikal dipercayai menjadi punca tiga lelaki parah selepas diserang menggunakan pisau dalam satu pergaduhan di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek berusia 37 tahun bertindak mencederakan tiga mangsa berusia antara 35 hingga 40 tahun.Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan yang berlaku ketika sekumpulan individu sedang berkumpul dan bermain karom."Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila suspek yang juga jiran mangsa melalui kawasan berkenaan dengan menunggang motosikal yang menghasilkan bunyi enjin kuat."Teguran oleh salah seorang mangsa kemudian mencetuskan pertengkaran sebelum keadaan bertukar menjadi pergaduhan."Dalam kejadian itu, ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan pada bahagian badan dan tangan akibat dicederakan menggunakan pisau," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Sammy berkata, semua mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Menurutnya, susulan kejadian itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang bersama anggota Balai Polis Putatan berjaya menahan suspek pada jam 10 malam di sebuah kampung di Putatan."Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku secara spontan akibat salah faham dan rasa tidak puas hati suspek selepas ditegur berhubung bunyi motosikalnya."Pemeriksaan turut mendapati tiada rekod perselisihan atau dendam terdahulu antara suspek dengan mangsa," katanya.Beliau berkata, penahanan suspek membolehkan polis melengkapkan tindakan awal dalam usaha menyelesaikan kes berkenaan."Siasatan lanjut masih diteruskan, termasuk mengambil keterangan beberapa saksi dan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi melengkapkan kertas siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut," katanya.Dalam pada itu, Sammy menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau memuat naik sebarang imej dan video berkaitan kejadian di media sosial kerana tindakan itu boleh mengganggu siasatan serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat. |
|
Kematian guru di Hulu Selangor, polis siasat elemen tekanan - Mkini - 19/08 4:30 pm Ketua Polis Selangor Shazeli Kahar berkata kes belum selesai, dan masih ramai yang perlu dipanggil untuk mendapatkan pengesahan. |
|
Konvoi Amal santuni 11 anggota, warga PDRM Kontinjen Terengganu - Utusan - 19/08 4:27 pm KUALA TERENGGANU: Program Konvoi Amal Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Superbikers Club (ISBC) menyantuni 11 anggota dan warga PDRM Kontinjen Terengganu yang memerlukan bantuan menerusi sumbangan kebajikan. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd |
|
13 hari ditutup, Gunung Bromo kembali terima pelancong esok - Utusan - 19/08 4:26 pm SURABAYA: Aktiviti pelancongan di kawasan Gunung Bromo, Jawa Timur, akan dibuka semula esok selepas operasi menangani kebakaran hutan dan tanah di kawasan berkenaan selesai |
|
CCTV pelbagai sudut diteliti siasat nahas maut lori JIM – KP KL - Kosmo - 19/08 4:17 pm KUALA LUMPUR – Polis sedang meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari pelbagai sudut bagi merungkai kejadian kemalangan maut membabitkan lori Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di Jalan Sultan Ismail, di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya sudah memperoleh rakaman CCTV dan sedang mendapatkan rakaman tambahan bagi membantu .. |
|
'Lampu isyarat merah, tetapi kenderaan tetap melintas' - Keluarga mahu keadilan buat arwah tiga beranak - Sinarharian - 19/08 4:16 pm KAMPAR - Ahli keluarga kepada tiga beranak yang maut dalam nahas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur awal pagi Rabu berharap siasatan dijalankan secara telus bagi memastikan keadilan buat mangsa.Abang ipar kepada Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, Mohd Nadzri Razali, 69, berkata, keluarga masih terkejut dengan kejadian itu dan mahu semua aspek disiasat secara menyeluruh."Saya harap siasatan dibuat sepenuhnya |
|
Tekanan antara aspek siasatan kes kematian guru di Hulu Selangor - FMT - 19/08 4:15 pm Polis Selangor telah merakam percakapan pelbagai individu termasuk rakan sekerja wanita itu untuk bantu siasatan. |
|
Tekanan antara aspek siasatan kes kematian guru di Hulu Selangor - Hotfm - 19/08 4:15 pm Polis Selangor telah merakam percakapan pelbagai individu termasuk rakan sekerja wanita itu untuk bantu siasatan. |
|
Tawaran kerja media sosial perangkap warga asing jadi keldai dadah - Sinarharian - 19/08 4:13 pm SHAH ALAM - Beberapa warga asing yang terperangkap umpan sindiket untuk dijadikan keldai dadah ditahan dalam siri operasi baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati sebahagian suspek warga asing itu menerima tawaran pekerjaan daripada individu tidak dikenali menerusi aplikasi media sosial sebelum diminta datang ke Malaysia.Menurutnya, mereka kemudian diarahkan mengambil dan membawa bagasi ke negara tertentu tanpa mengetahui kandungan sebenar di dalamnya."Mereka mendapat tawaran daripada individu tidak dikenali untuk datang ke Malaysia sebelum diminta mengambil dan membawa bagasi ke negara lain."Umpan awal adalah tawaran pekerjaan menerusi media sosial dan ada antara mereka yang mendakwa tidak mengetahui bagasi dibawa mengandungi dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini pada Rabu.Shazeli berkata, dalam enam siri operasi antara 4 hingga 17 Ogos lalu, polis menahan 12 suspek berusia antara 22 hingga 54 tahun, termasuk sembilan warga asing.Katanya, semakan awal mendapati sembilan warga asing terbabit dipercayai memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial dan disyaki berperanan sebagai keldai dadah."Suspek yang ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) itu baru tiba dari luar negara ke Malaysia |
|
Dua kenalan antara diberkas, dadah RM37.5 juta dirampas - Sinarharian - 19/08 4:10 pm SHAH ALAM - Dua kenalan antara 12 individu yang diberkas menerusi enam siri operasi pengedaran dadah di sekitar Lembah Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dari 4 hingga 17 Ogos lalu.Dalam operasi itu, polis merampas pelbagai jenis dadah keseluruhan bernilai kira-kira RM37.5 juta yang dipercayai mampu menampung penggunaan sehingga dua juta individu pada satu-satu masa.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, dua kenalan berkenaan masing-masing lelaki dan wanita tempatan berusia 33 dan 28 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah premis kediaman di Ampang pada 17 Ogos.Menurutnya, pemeriksaan di premis itu menemukan 243 bungkusan plastik disyaki mengandungi syabu seberat 252.7 kilogram serta 234 bungkusan kertas berminyak mengandungi bahan disyaki heroin base seberat kira-kira 88 kilogram."Nilai keseluruhan rampasan bagi kes ini dianggarkan RM19.7 juta |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Warga JIM Kuala Lumpur ziarah keluarga mangsa - Sinarharian - 19/08 3:44 pm KUALA LUMPUR - Suasana pilu menyelubungi keluarga tiga beranak yang maut dalam kemalangan selepas menerima kehadiran Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur yang hadir menziarahi keluarga mangsa di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Kehadiran itu diketuai Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamsha Injau.Tinjauan Sinar Harian mendapati kehadiran warga JIM Kuala Lumpur terdiri daripada pegawai lelaki dan wanita itu dilihat kira-kira jam 1 petang.Ziarah itu selesai kira-kira jam 2.20 petang dalam keadaan yang harmoni.Sebelum itu lebih 10 petugas media berada di pekarangan luar IPFN HKL seawal jam 10 pagi bagi mendapatkan perkembangan terkini insiden terbabit.Sinar Harian difahamkan jenazah tiga beranak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak dalam satu liang lahad.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanTiga maut dilanggar lori imigresen: Polis tahan pemandu lori, pemandu keretaTiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - PolisTiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat sebelum dirempuh - PolisTiga van jenazah kelihatan tiba pada jam 1.45 petang dipercayai bagi membawa kesemua mangsa ke Kampar.Beberapa ahli keluarga mangsa turut kelihatan hadir bagi menunggu proses bedah siasat selesai.Tiga sekeluarga itu maut selepas dipercayai dilanggar lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, kira-kira jam 1 pagi Rabu.Mereka yang maut dikenal pasti sebagai Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlim, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini sedang dirawat di HKL. |
|
Isu patung rumah ibadat dirosakkan, hentikan sentimen kaum - Young Syefura - Sinarharian - 19/08 3:34 pm KUANTAN - Semua pihak diminta menghormati undang-undang dan tidak memainkan sentimen perkauman berhubung kejadian struktur patung sebuah rumah ibadat bukan Islam di Bukit Tinggi, Bentong yang didakwa dirosakkan baru-baru ini.Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman tegaskan, sebagai rakyat, semua perlu ada rasa tanggungjawab dan patuhi undang-undang malah beliau sendiri tidak bersetuju dengan pencerobohan haram atau apa istilah sekalipun.Bagaimanapun menurutnya, dalam isu itu difahamkan tanah yang dimaksudkan milik persendirian, bukan tanah milik kerajaan negeri mahupun persekutuan."Sudah-sudah memainkan sentimen sebegini, jika ianya pencerobohan haram maka ambil tindakan sewajarnya."Sekiranya ianya tindakan vandalisme, mereka yang terlibat juga akan dikenakan tindakan undang-undang," katanya melalui kenyataan di Facebooknya.Kenyataan itu dipercayai susulan maklum balas pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung terhadap ketegasan beliau menolak perbuatan vandalisme ke atas rumah ibadat di Bukit Tinggi itu dalam kenyataannya sebelum ini.Firdaus melalui kenyataan di Facebooknya bersetuju dengan pendirian pemimpin DAP itu bahawa tindakan merosakkan berhala atau tempat sembahan orang lain tidak boleh diterima.Pada masa sama, Firdaus mempersoalkan mengapa pihak yang didakwa menceroboh tanah dan membina kuil secara haram tidak turut dikenakan tindakan undang-undang sekiranya benar berlaku pelanggaran undang-undang.Beliau turut menyatakan pelaku yang merosakkan berhala perlu diburu dan dikenakan tindakan sewajarnya, namun pihak yang didakwa menceroboh tanah serta membina kuil berkenaan juga perlu berdepan tindakan sekiranya kesalahan tersebut dapat dibuktikan.Isu berkenaan mendapat perhatian selepas kejadian kerosakan berhala di lokasi terbabit tular di media sosial dan laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut.Sementara itu, Young Syefura berterima kasih atas maklum balas pendakwah bebas tersebut bagaimanapun katanya, sebagai rakyat sepatutnya menyampaikan mesej yang baik bukan memainkan sentimen dan propaganda membenci sesama kaum."Jika dalam Islam juga ada menyebut hormat menghormati agama lain, kenapa sekarang kita melakukan sebaliknya?," soalnya. |
|
Firdaus Wong Cadang Polis Tahan Pihak Bina Kuil Tanpa Kebenaran, Bukan Hanya Pelaku Vandalisme - Siakapkeli - 19/08 3:19 pm Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mencadangkan pihak polis turut mengambil tindakan terhadap individu yang didakwa membina kuil tanpa kebenaran, selain men... |
|
Pelajar berisiko hilang pendengaran akibat buli, polis tahan senior - FMT - 19/08 3:11 pm Suspek berusia 17 tahun ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapkan. |
|
Kes amang seksual: JAIS sedia lihat semula status pendaftaran sekolah - Exco - Sinarharian - 19/08 3:10 pm SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersedia mengambil tindakan sewajarnya terhadap kes amang seksual membabitkan guru dan pelajar termasuk melihat semula status pendaftaran sekolah terbabit.Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, tindakan itu akan dilaksanakan selaras dengan undang-undang sedia ada sekiranya perkara itu mempunyai kaitan dengan bidang kuasa JAIS."Saya yakin JAIS akan mengambil tindakan yang wajar selaras dengan undang-undang sedia ada jika perkara ini berkaitan, termasuk melihat semula status pendaftaran sekolah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mengulas lanjut, Mohammad Fahmi menjelaskan, pentadbiran negeri kesal terhadap insiden amang seksual songsang terutama melibatkan sekolah agama.Menurutnya, perkara itu lebih mendukacitakan kerana sekolah agama sepatutnya menjadi tempat selamat kepada pelajar, manakala guru bukan sahaja berperanan sebagai pendidik, tetapi juga penjaga kepada pelajar yang sedang membesar dari aspek fizikal, akal dan emosi."Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat rapi kes ini dan individu yang disyaki mendapat hukuman setimpal.Mohammad Fahmi berkata, JAIS sebelum ini sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mengekang potensi kelakuan tidak bermoral membabitkan guru dan pelajar.Katanya, pihak pengurusan sekolah perlu mengambil tindakan tegas dan melaksanakan polisi tidak berkompromi bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak terus berlaku."JAIS sentiasa terbuka menerima sebarang aduan daripada pelajar atau mana-mana pihak sekiranya terdapat elemen, potensi atau tanda berkaitan kemungkinan berlaku insiden gangguan atau amang seksual di sekolah atau asrama."Tindakan undang-undang yang wajar akan segera diambil dan tiada kompromi kepada mana-mana pesalah kerana sekolah harus menjadi tempat selamat kepada anak-anak kita," tambah beliau. |
|
Nahas Lori Imigresen Ragut Tiga Nyawa, JIM Jalankan Siasatan Dalaman - Rotikaya - 19/08 3:04 pm Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menjalankan siasatan dalaman susulan kemalangan membabitkan kenderaan jabatan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang mengorbankan tiga sekeluarga awal pagi Rabu |
|
Polis siasat dakwaan bengkel terbakar tutup bukti sindiket lerai kenderaan - Sinarharian - 19/08 2:50 pm SHAH ALAM - Polis menjalankan siasatan berkaitan dakwaan sebuah bengkel melerai dan menjual komponen kenderaan yang sebelum ini dikaitkan dengan sindiket didalangi warga asing di Kampung Bukit Kapar, Klang yang terbakar bagi menutup bukti.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya turut melihat aspek kebakaran premis berkenaan sebagai sebahagian daripada siasatan bagi mengenal pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan usaha menghapuskan bukti."Setakat ini kita sedang lihat ke arah aspek tersebut juga, mungkin kaedah untuk melupuskan keterangan-keterangan yang berkaitan."Jangan bimbang, perkara itu kita sedang siasat," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 20-an bagi membantu siasatan susulan penemuan sebuah van jenazah dipercayai dicuri di sebuah bengkel kenderaan terpakai di Bukit Kapar kira-kira jam 7.20 malam pada 7 Ogos lalu.Malah, seramai 20 warga asing terdiri daripada 19 lelaki dan seorang wanita turut ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di Jalan Kapar pada jam 4.30 petang, 12 Ogos lalu.Serbuan itu membongkar kegiatan dipercayai melibatkan sindiket melerai dan menjual kenderaan curi, termasuk membabitkan kehilangan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) milik sebuah syarikat pengurusan jenazah.Penahanan warga Indonesia dalam serbuan berkenaan turut membongkar dakwaan penglibatan sindiket dalam pengurusan penyediaan rumah penampungan bagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menunggu untuk dihantar pulang ke negara asal.Dalam pada itu, Shazeli berkata, pihaknya ketika ini belum dapat mengesahkan kewujudan sindiket berkenaan kerana hanya dua warga Pakistan ditahan setakat ini."Buat masa ini, nak dikatakan sindiket saya tidak berapa yakin sebab hanya dua orang sahaja warga Pakistan yang ditangkap iaitu seorang dikatakan sebagai pemilik dan seorang sebagai pekerja kepada pemilik tersebut."Namun, kita juga tidak boleh menafikan berkemungkinan wujud tetapi sindiket itu mungkin di luar, jadi, premis tersebut mungkin dijadikan salah satu tempat untuk sindiket lain meleraikan kenderaan terbabit," katanya.Shazeli berkata, siasatan masih dijalankan dan kedua-dua suspek masih ditahan bagi membantu siasatan."Selain daripada dua orang itu, belum ada tangkapan lain setakat ini," katanya.Ujarnya, polis turut menyiasat pemilik tanah yang disewakan kepada warga asing bagi menjalankan aktiviti di premis berkenaan."Kita sedang siasat pemilik tanah, kenapa boleh menyewakan kepada warga asing," katanya. |
|
Kes anjing mati: Polis terima arahan pertuduhan - Mkini - 19/08 2:45 pm Ketua Polis Selangor berkata arahan diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. |
|
Tekanan antara aspek siasatan kematian guru di sekolah - Sinarharian - 19/08 2:45 pm SHAH ALAM - Tekanan antara aspek siasatan yang dijalankan melibatkan kes seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam satu kejadian di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor, Khamis lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan masih dijalankan meskipun kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).Menurutnya, polis telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga, pegawai perubatan serta rakan-rakan mangsa bagi membantu siasatan."Walaupun kes SDR, SDR itu sendiri adalah salah satu bentuk siasatan kerana ia tidak melibatkan rumusan sebagai satu kesalahan jenayah."Siasatan masih dijalankan dan keterangan telah diambil daripada ahli keluarga, pihak pegawai perubatan serta rakan-rakan yang berkaitan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada Rabu.Sebelum ini, media melaporkan seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah Hulu Selangor pada Khamis.Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai SDR dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar yang membawa kepada kematian mangsa.Shazeli berkata, polis masih belum memuktamadkan siasatan dan akan terus mengambil keterangan daripada individu yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan."Siasatan belum sampai ke penghujungnya |
|
Kes buli Shah Alam diklasifikasi pergaduhan - JPN Selangor - Sinarharian - 19/08 2:28 pm KLANG - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor mengklasifikasikan kejadian pelajar di sebuah sekolah di Shah Alam yang dilaporkan kes buli sebelum ini sebagai pergaduhan.Pengarahnya, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan menyeluruh dengan mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak terbabit."Memang ada berlaku kes itu di sekolah berkenaan, tetapi kita sudah melakukan proses mediasi dengan ibu bapa serta menjalankan siasatan secara menyeluruh."Berdasarkan dapatan awal setakat ini, ia sebenarnya pergaduhan dan bukan buli," katanya ketika ditemui selepas Majlis Aspirasi Pendidikan Yayasan MBI 2026 di sini pada Rabu.Sinar Harian pada Selasa melaporkan, seorang ibu, Nurhaswaty Zamani, 43, mendakwa anaknya, Adryz Adrian, 15, mengalami kecederaan pada kepala dan telinga selepas dipercayai menjadi mangsa buli serta serangan di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.Nurhaswaty meluahkan kebimbangan selepas anak tunggalnya itu dilaporkan berdepan risiko kehilangan pendengaran susulan kecederaan dialaminya.Mengulas lanjut, Wan Nor Ashikin menjelaskan, pihak sekolah turut mengambil pendekatan segera dengan mengarahkan pengetua menziarahi pelajar terbabit selain mendapatkan khidmat kaunselor bagi memberi sokongan dan semangat.Katanya, pihak Nazir turut terbabit dalam proses siasatan berhubung kejadian berkenaan."Bagi pihak kami, siasatan dan proses itu masih berjalan, selain sudah menyerahkan perkara ini kepada polis untuk siasatan dan tidak mahu mengganggu siasatan pihak berkuasa."Pada masa sama, apa yang dilakukan ibu bapa termasuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang adalah hak mereka," katanya.Wan Nor Ashikin berkata, JPN Selangor memandang serius aspek keselamatan dan kebajikan pelajar serta akan terus melakukan penambahbaikan sekiranya terdapat sebarang kelemahan di sekolah.Beliau berkata, pihak sekolah juga mempunyai jadual pemeriksaan mengejut sebagai antara langkah pencegahan, namun ia tidak boleh dilakukan setiap hari kerana perlu mengambil kira masa pengajaran dan pembelajaran."Guru kita semua komited menjalankan tugas, malah saya sendiri selalu turun ke sekolah dan melihat apa yang mereka lakukan."Namun, perkara yang berlaku kadang-kadang di luar kawalan dan dugaan kita |
|
Tiga beranak maut dilanggar lori imigresen: 'Arwah tidak sempat ziarah ibu di Semenyih' - Sinarharian - 19/08 2:10 pm KUALA LUMPUR - "Arwah sempat hubungi kakaknya pada jam 10.30 malam dan beritahu sudah sampai Kuala Lumpur."Itu perkongsian Zaid Darfis, 39, anak saudara kepada Allahyarham Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, yang terlibat dalam kemalangan maut bersama dua anaknya, Siti Nor Sazlin, 25, serta Siti Darwisyah Auni, 12.Menurut Zaid, dia dimaklumkan keluarga Allahyarham tiba di Kuala Lumpur pada Selasa untuk menziarahi ibunya di Semenyih."Arwah sempat hubungi kakak beritahu sudah sampai di Kuala Lumpur."Saya hanya mengetahui kejadian (kemalangan) ini selepas mentua telefon kira-kira jam 7.30 pagi tadi."Memang terkejut.. |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat untuk melintas jalan - Polis - Sinarharian - 19/08 2:08 pm KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan empat sekeluarga yang terbabit dalam kemalangan melibatkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di sini berada di kawasan selamat untuk melintas jalan ketika kejadian berlaku.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dapatan awal itu diperoleh hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dirakam ketika insiden berkenaan.Menurutnya, polis telah memperoleh beberapa rakaman CCTV dan sedang mendapatkan rakaman tambahan dari pelbagai sudut bagi melengkapkan siasatan."Berdasarkan siasatan dan pengamatan rakaman CCTV semasa kejadian, kedudukan keluarga itu berada adalah di kawasan selamat untuk melintas jalan namun mereka dirempuh lori JIM."Kita juga cuba mendapatkan CCTV dari setiap sudut kerana di Kuala Lumpur kita dilengkapi dengan CCTV yang mencukupi dan saya rasa ia memadai untuk mendapatkan gambaran mengenai keadaan kejadian itu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanBeliau berkata, polis turut menahan pemandu lori JIM terbabit serta pemandu sebuah kereta Proton Saga yang terlibat dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan.Katanya, permohonan reman terhadap kedua-dua pemandu berkenaan telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi Rabu, empat sekeluarga dilaporkan berada di pembahagi jalan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Ismail dari arah Medan Tuanku menghala ke Jalan Chow Kit.Pada masa sama, sebuah lori JIM yang datang dari arah Wisma FGV dipercayai memasuki Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika lampu isyarat di laluannya masih merah walaupun lampu beacon dan siren diaktifkan.Lori berkenaan kemudian dilanggar sebuah Proton Saga yang datang dari arah Chow Kit menuju ke Maju Junction sebelum hilang kawalan dan terbabas.Akibat rempuhan itu, lori terbabit melanggar empat pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang sedang berhenti di persimpangan berkenaan.Kemalangan tersebut mengorbankan tiga ahli keluarga iaitu seorang lelaki berusia 53 tahun serta dua anak perempuannya berusia 25 dan 12 tahun.Isteri mangsa yang berusia 55 tahun pula mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Ketika kejadian, lori JIM berkenaan dilaporkan dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Kes Anjing Rocky: Jangan pecah keamanan, hadir dengan tertib -KP Selangor - Sinarharian - 19/08 2:07 pm SHAH ALAM - Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan sebarang perhimpunan atau tunjuk perasaan berkaitan kes kematian anjing dikenali sebagai Rocky yang dijadualkan dibawa ke Mahkamah Klang pada Khamis.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, orang ramai perlu memberi kepercayaan kepada pihak berkuasa dan membiarkan proses perundangan berjalan selepas siasatan berkaitan kes itu selesai dijalankan."Saya menasihatkan supaya tidak perlulah diperbesarkan isu ini sehingga nak diadakan sebarang perhimpunan ataupun tunjuk perasaan."Daripada aspek perundangan, siasatan telah dijalankan dan kita telah kenal pasti siapa pihak-pihak yang bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor komited menjalankan siasatan secara adil tanpa memihak kepada mana-mana pihak."Siasatan yang kami jalankan ini telah membawa kepada arahan pertuduhan esok |
|
Isu pasang bendera terbalik tidak boleh dianggap kesilapan tidak disengajakan - Sinarharian - 19/08 2:02 pm JOHOR BAHRU - Isu pemasangan terbalik Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor di sebuah kilang di Kulai, Johor tidak boleh dianggap sebagai kesilapan yang tidak disengajakan malah tidak boleh ditoleransi.Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Malaysia, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, tiada ruang untuk cuai, lalai atau jahil berhubung simbol Malaysia seperti Jalur Gemilang, lagu Negaraku, jata negara dan Rukun Negara.Menurutnya, beliau kesal dengan insiden yang masih berulang malah menganggap ada pihak tertentu yang masih menunjukkan sikap kurang menghormati simbol-simbol kebangsaan negara seperti sengaja melakukan tindakan yang menghina atau tidak menghormatinya."Jalur Gemilang, lagu kebangsaan, lambang negara serta semua simbol lain yang mewakili Malaysia adalah kebanggaan bagi setiap rakyat Malaysia |
|
Rakyat Malaysia disyaki scammer ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat - Mypress - 19/08 2:01 pm KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah drastik menghantar pasukan khas ke Islamabad, Pakistan berikutan laporan penahanan beberapa rakyat Malaysia yang disyaki menjadi dalang sindiket penipuan dalam talian… |
|
Kes anjing mati: Pertuduhan esok, polis nasihat jangan buat perhimpunan - Hmetro - 19/08 2:00 pm Shah Alam: Polis sudah mendapat arahan pertuduhan bagi kes seekor anjing yang mati ketika operasi tangkapan di Pelabuhan Klang, baru-baru ini |
|
NGO lapor polis hantaran berunsur fitnah, dakwa calar imej Pasti - Sinarharian - 19/08 1:55 pm KUALA TERENGGANU Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa memuat naik hantaran berunsur fitnah dan unsur keganasan melampau yang menjejaskan imej Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).Setiausaha Pertubuhan Peduli Ummah Terengganu, Syed Abdul Rahman Syed Hasan, 31, berkata, laporan dibuat jam 11.49 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada Rabu.Menurut, beliau menyedari hantaran berkenaan ketika berada di Bandar Kuala Terengganu pada jam 9.30 malam, Selasa."Pemilik akaun Facebook tersebut dimuat naik gambar bertulis 'Kerajaan Selangor wajib mengharamkan semua pusat Pasti sebelum Pas menjadi kerajaan dan ISISkan Selangor'."Selain itu, kenyataan tersebut turut mendakwa terdapat 'parasit Pas' yang membiak di Selangor serta menuduh Pasti sebagai sekolah haram dan tidak berdaftar sehingga melahirkan ramai anak pengganas," katanya.Mengulas lanjut, Syed Abdul Rahman yang juga merupakan bekas alumni Pasti menyifatkan kenyataan sedemikian sebagai amat serius, melampau dan boleh menimbulkan persepsi negatif serta ketakutan dalam kalangan masyarakat.Ujarnya, dakwaan mengaitkan institusi pendidikan kanak-kanak tersebut dengan unsur ekstremisme dan keganasan adalah sesuatu yang tidak berasas sama sekali."Sepanjang pengalaman saya menerima pendidikan di Pasti, perkara yang diajar hanyalah hafalan doa, hadis, asas agama, akhlak serta nilai-nilai kehidupan |
|
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut - Mypress - 19/08 1:52 pm SANDAKAN – Sebanyak 28 rumah atas air musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, awal pagi Rabu |
|
Pengurus Mesir, Hossam Hassan Pengsan Tengok 2 Isteri Bergaduh - Vocket - 19/08 1:47 pm Ketua Jurulatih Mesir, Hossam Hassan, dilaporkan pengsan selepas dua isterinya terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel |
|
Suspek bakar pekerja nombor ramalan diberkas - FMT - 19/08 1:45 pm Suspek berusia 59 tahun itu mengenali mangsa dengan polis syak dendam peribadi menjurus perlakuan itu. |
|
Warga Vietnam ditahan, dadah bernilai RM8.3 juta dirampas - Sinarharian - 19/08 1:44 pm KUALA LUMPUR - Sebuah kondominium di Brickfields di sini dipercayai dijadikan tempat penyimpanan serta pengedaran dadah terbongkar selepas polis merampas hampir 80 kilogram (kg) metamfetamina dan 30 kg ekstasi dalam serbuan pada 9 Ogos lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata operasi kendalian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur itu turut menahan seorang lelaki warga asing berusia 36 tahun."Susulan tangkapan itu, polis menjalankan serbuan lanjut di sebuah premis berkaitan sebelum menemukan sejumlah dadah yang dipercayai untuk tujuan pengedaran tempatan."Premis berkenaan dipercayai digunakan sebagai tempat menyimpan dan mengedar dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini pada Rabu.Fadil berkata, suspek merupakan warga Vietnam, namun memiliki pasport Kanada."Suspek yang tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama 11 hari sehingga 20 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.Beliau berkata, polis turut menyita sebuah Proton X50 bernilai kira-kira RM85,000 di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988."Siasatan turut menjurus kepada usaha mengenal pasti pembekal, orang tengah dan pihak lain yang mempunyai kaitan dengan rangkaian pengedaran berkenaan."Pembekal dipercayai dari luar kawasan Kuala Lumpur dan tindakan risikan sedang dijalankan bagi mengenal pasti pembekal serta individu lain yang terlibat," katanya. |
|
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin membuka .. - Wrlr - 19/08 1:41 pm Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dilihat semakin membuka ruang untuk membincangkan kemungkinan kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin hampir |
|
Ancaman sebenar orang Melayu adalah dadah dan kemiskinan - Wrlr - 19/08 1:39 pm Naib Presiden PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ancaman sebenar terhadap Melayu adalah apabila mereka terus dibelenggu kemiskinan dan gejala penagihan dadah yang serius |
|
Ejek-mengejek dipercayai punca remaja 15 tahun dipukul di sekolah - Sinarharian - 19/08 1:38 pm SHAH ALAM - Ejek-mengejek dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dipukul di sebuah sekolah menengah di sini sehingga berisiko mengalami masalah pendengaran.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berpunca daripada aktiviti ejek-mengejek antara pelajar yang berlaku sebelum ini."Menurut keterangan yang ada sehingga kini, puncanya adalah berkaitan dengan aktiviti ejek-mengejek yang berlaku sebelum ini antara kenalan satu sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang ibu, Nurhaswaty Zamani, 43, mendakwa anak tunggalnya, Adryz Adrian, 15, mengalami kecederaan pada kepala dan telinga selepas dipercayai menjadi mangsa buli serta dipukul di sebuah sekolah menengah di Shah Alam.Mangsa didakwa mengalami gangguan pendengaran selepas kejadian dan berdepan risiko kehilangan pendengaran, selain menerima rawatan serta pemeriksaan susulan.Menurutnya, polis telah membuka kertas siasatan selepas menerima laporan daripada pengadu dan mangsa."Setakat ini, kita telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pengadu dan juga mangsa."Siasatan masih dijalankan, rakaman percakapan serta keterangan telah diambil dan seorang suspek telah ditangkap serta direman sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara kertas siasatan dilengkapkan," katanya.Shazeli berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan masing-masing berkaitan ugutan serta menyebabkan kecederaan.Beliau berkata, suspek berusia 17 tahun itu ditahan di sekolah berkenaan dan merupakan pelajar di sekolah sama dengan mangsa."Satu suspek sahaja telah ditahan untuk membantu siasatan."Suspek berusia 17 tahun dan kita tidak boleh mengulas banyak kerana semua ini melibatkan individu bawah umur," katanya.Dalam pada itu, Shazeli berkata, polis masih menunggu laporan rasmi pegawai perubatan bagi mengetahui tahap kecederaan dialami mangsa."Siasatan masih berjalan dan kita perlu menunggu laporan rasmi daripada pegawai perubatan," katanya.Beliau berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya. |
|
Kes anjing Rocky: Polis terima arahan pertuduhan daripada TPR - Sinarharian - 19/08 1:37 pm SHAH ALAM - Polis telah menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk menjalankan pertuduhan berkaitan kes kematian anjing dikenali sebagai Rocky.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Klang pada Khamis."Insya-ALLAH, esok dijangka akan diadakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Klang."Saya mohon rakan media merujuk kepada pihak mahkamah di Klang untuk mendapatkan waktu sebenar bagi menjalankan pertuduhan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman susulan insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama Rocky akan didakwa di mahkamah.Kes berkenaan mendapat perhatian selepas video berkaitan insiden penangkapan Rocky di Taman Telok Gedong Indah, Klang pada 29 Julai lalu tular di media sosial.Menurutnya, pertuduhan itu dijangka bukan sahaja membabitkan pihak polis, malah agensi penguat kuasa lain turut akan menjalankan pertuduhan berkaitan isu berkenaan.Bagaimanapun, Shazeli tidak mengulas lanjut sama ada pertuduhan itu membabitkan lelaki dan wanita yang sebelum ini dikaitkan dengan kes berkenaan.Beliau turut enggan mendedahkan seksyen serta peruntukan undang-undang yang akan digunakan dan meminta perkara itu dirujuk di mahkamah pada Khamis."Saya mencadangkan kepada rakan media untuk tunggu dan dapatkan maklumat di mahkamah esok," katanya. |
|
Tiga maut dilanggar lori imigresen: Identiti mangsa dikenal pasti - Polis - Sinarharian - 19/08 1:33 pm KUALA LUMPUR - Identiti tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan dengan sebuah lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail, di sini telah dikenal pasti pada Rabu.Mereka ialah Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, bersama dua anak perempuannya, Siti Nor Sazlin, 25 dan Siti Darwisyah Auni, 12,Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, yang turut menjadi mangsa dalam kejadian itu kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan difahamkan dalam keadaan stabil.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, keluarga mangsa terlibat itu menetap di Kampar, Perak.ARTIKEL BERKAITAN: Tiga sekeluarga maut dilanggar lori imigresenAnwar arah JIM siasat segera kemalangan lori imigresenTiga maut dilanggar lori imigresen: JIM serah siasatan kepada polisTiga sekeluarga maut asal Perak, dipercayai sedang bercuti di KLTiga beranak maut: JIM laksana siasatan dalaman aspek pematuhan prosedur pengoperasian kenderaanKatanya, pemandu lori JIM berusia 43 tahun serta pemandu Proton Saga berusia 50 tahun telah direman sehari untuk membantu siasatan."Dua individu itu direman sehari bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.Kejadian kira-kira jam 1 pagi di persimpangan lampu isyarat Maju Junction itu melibatkan kemalangan sebuah lori Isuzu Black Maria milik JIM Kuala Lumpur, dua buah kereta dan empat orang pejalan kaki.Lori tanpa penumpang berkenaan sedang dalam perjalanan dari Pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi tujuan mengambil Orang Kena Tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.Lori tersebut dipercayai telah memasuki persimpangan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna merah dalam keadaan lampu beacon dan siren diaktifkan.Pada masa yang sama, sebuah Proton Saga yang dipandu lelaki Melayu berusia 50 tahun melalui persimpangan berkenaan ketika lampu isyarat di laluannya berwarna hijau.Pemandu Proton Saga terbabit dipercayai tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran dengan lori berkenaan di tengah persimpangan.Akibat perlanggaran tersebut, lori berkenaan telah hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar empat orang pejalan kaki yang merupakan satu keluarga serta sebuah kenderaan Inokom Matrix yang dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berhenti di persimpangan lampu isyarat ketika kejadian.Tiga dilaporkan maut, manakala seorang wanita berusia 55 tahun cedera telah dihantar ke Zon Merah Hospital Kuala Lumpur (HKL). |
|
Wawasan Johor sokong siasatan telus isu Jalur Gemilang terbalik - Sinarharian - 19/08 1:33 pm JOHOR BAHRU - Parti Wawasan Negara Negeri Johor menyokong siasatan yang telus, adil dan tegas berasaskan undang-undang susulan isu pemasangan Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor secara terbalik di sebuah kilang di Kulai seperti yang tular di media sosial pada Isnin.Penyelaras Majlis Perhubungan Negeri Johor Parti Wawasan Negara, Datuk Zulkifli Bujang, berkata isu berkenaan tidak boleh dikompromi dan perlu dijadikan peringatan bahawa setiap pihak yang mengibarkan bendera wajib mengetahui tatacara pemasangan dan memahami nilai lambangnya.Menurutnya, pihaknya tidak memandang ringan isu tersebut memandangkan Jalur Gemilang dan bendera negeri Johor memiliki kehormatan, maruah dan kedaulatan."Sampai bila kecuaian ini mahu terus dianggap kesilapan atau kekeliruan? Malaysia sudah mencapai kemerdekaan selama 69 tahun."Denda atau hukuman bukan persoalan, tetapi kejadian yang menyentuh lambang kedaulatan negara dan maruah negeri masih berulang, malah dianggap kesalahan kecil," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Ulas Zulkifli, bagaimanapun, seorang pemimpin veteran DAP berpandangan bahawa denda antara RM200 hingga RM1,000 sudah memadai dan tindakan menutup premis tersebut disifatkan keterlaluan.Justeru, katanya, setiap premis, organisasi dan individu bertanggungjawab memastikan kedua-dua bendera dipasang dengan betul supaya nilai kedaulatannya dihormati dengan sewajarnya."Patriotisme bukan sekadar mengibarkan bendera, tetapi merupakan kesediaan untuk memahami, menghormati dan mempertahankan kedaulatan, maruah serta keharmonian negara," ulasnya.Terdahulu, polis menahan seorang lelaki warga Nepal dan seorang wanita tempatan kerana memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang alat ganti di Pusat Perindustrian Indahpura pada Isnin.Beberapa keping gambar memaparkan kedua-dua bendera yang dipasang terbalik itu tular di media sosial, sekali gus mencetuskan kemarahan orang ramai.Susulan itu, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menutup serta-merta operasi kilang berkenaan pada hari yang sama.Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, dilaporkan berkata tindakan itu diambil bagi memastikan pihak pengurusan syarikat bertanggungjawab sepenuhnya atas kecuaian yang menjejaskan simbol kedaulatan dan maruah negara. |
|
Premis sorok minyak masak peket bersubsidi diserbu - Sinarharian - 19/08 1:32 pm ALOR SETAR - Sebuah premis mengumpul minyak masak terpakai di sini diserbu penguat kuasa pada Selasa kerana memiliki 1,823 kilogram (kg) minyak masak peket bersubsidi.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, kesemua minyak masak peket itu dianggarkan bernilai RM5,457.50 disita untuk tindakan lanjut.Menurutnya, semasa pemeriksaan, seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis gagal mengemukakan dokumen berkaitan seperti diminta."Lelaki terbabit gagal mengemukakan permit untuk menyimpan atau lesen menjual barang kawalan berjadual, menyebabkannya ditahan bagi membantu siasatan."Siasatan awal turut melihat kemungkinan minyak masak peket bersubsidi itu disorok untuk dikumpulkan dan dijadikan minyak masak terpakai di mana harganya lebih tinggi," katanya pada Rabu.Muhammad Nizam berkata, serbuan pada jam 12 tengah hari itu dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang mengesyaki berlaku penyelewengan minyak masak peket bersubsidi satu kilogram.Katanya, pemilik premis dilepaskan dengan jaminan polis selepas selesai proses rakaman percakapan dan dokumentasi.Jelasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan atau menyeleweng barang kawalan bersubsidi demi mendapatkan keuntungan.Kes disiasat bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |