| /// |
|
| Search : Ketua Pemuda News | Page 1 |
|
KPM tidak wajibkan murid pakai tali leher - Mgazette - 30/12 4:26 pm KUALA LUMPUR -Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi mewajibkan pemakaian tali leher bagi semua pelajar sekolah |
|
Serah kad ATM kepada ‘polis’, pesara rugi RM750,000 - Mgazette - 30/12 4:26 pm # Serah kad ATM kepada 'polis', pesara rugi RM750,000 KOTA TINGGI - Seorang pesara berputih mata apabila wang simpanan RM750,000 'hangus' akibat diperdaya sindiket penipuan telefon atau _phone scam_ yang menyamar sebagai pegawai polis |
|
Pemandu lori ais ditahan terbabit 16 kes pecah pejabat, rumah - Mgazette - 30/12 4:26 pm # Pemandu lori ais ditahan terbabit 16 kes pecah pejabat, rumah PONTIAN Polis menahan seorang pemandu lori ais yang terlibat dengan 16 kes pecah masuk pejabat dan satu kes pecah rumah di enam daerah sepanjang tahun ini |
|
Sarah Nabihah tidak balik rumah sejak Jumaat lalu - Mgazette - 30/12 4:26 pm # Sarah Nabihah tidak balik rumah sejak Jumaat lalu KUALA LUMPUR - Polis sedang mencari seorang remaja perempuan berumur 16 tahun yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu |
|
UMS, Jakim meterai MoU perkasa pendidikan tahfiz - Mgazette - 30/12 4:26 pm BAGAN DATUK Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai usaha pemerkasaan pendidikan tahfiz negara menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sempena Himpunan Huffaz 2025 dan Simfoni Dakwah Nusantara baru-baru ini |
|
Tindakan Muhyiddin nafikan tohmahan jahat kemaruk kuasa – Asyraf - Mgazette - 30/12 4:26 pm # Tindakan Muhyiddin nafikan tohmahan jahat kemaruk kuasa - Asyraf KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan pengorbanan besar kali kedua apabila sanggup melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ketika berada di puncak kuasa demi meredakan kerancuan politik semasa |
|
Jaga amanah Pengerusi PN dengan baik, jangan `sub??? kepada parti lain ??? .. - Mgazette - 30/12 4:26 pm Jika diberikan rezeki, dapat mengangkat PN menjadi kerajaan sesegera mungkin, kataya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini. Terdahulu, Tun Faisal berkata, beliau mengamati kenyataan yang dibuat pemimpin Pas khususnya Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden susulan krisis politik di Perlis yang disifatkan agak kasar dari segi bahasa dan nada |
|
Pas ada calon pengganti Pengerusi PN – Fadhli - Mgazette - 30/12 4:25 pm KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yakin parti itu mampu menampilkan calon untuk menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai Pengerusi baharu, susulan peletakan jawatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin |
|
Semua termasuk Hamzah wajar letak jawatan dalam PN -Aktivis Semua termasuk .. - Mgazette - 30/12 4:25 pm # Semua termasuk Hamzah wajar letak jawatan dalam PN -Aktivis KUALA LUMPUR Semua pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di peringkat nasional atau negeri yang dilantik Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar meletakkan jawatan dalam Perikatan Nasional (PN) demi adab berorganisasi dan setiakawan politik |
|
Tindakan Muhyiddin berjiwa besar, sangat dihormati ??? Afnan Hamimi - Mgazette - 30/12 4:25 pm # Tindakan Muhyiddin berjiwa besar, sangat dihormati Afnan Hamimi KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menyifatkan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) sebagai berjiwa besar dan sangat dihormati |
|
Suspek pukul pekerja restoran dituduh 8 Januari – KP Serdang - Mgazette - 30/12 4:25 pm # Suspek pukul pekerja restoran dituduh 8 Januari - KP Serdang SERDANG - Suspek pergaduhan di Serdang Raya yang mengakibatkan seorang pekerja restoran makanan segera cedera dipukul baru-baru ini akan dituduh 8 Januari ini |
|
PN milik bersama, bukan hak mutlak satu parti - Mgazette - 30/12 4:25 pm "Biarpun semua parti komponen boleh menyatakan pandangan, namun pendirian Perikatan Nasional harus diputuskan secara konsensus bersama semua parti-parti komponen," kata mereka. Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Armada Bersatu Malaysia, Muhammad Hilman Idham; Ketua Pemuda Nasional Gerakan, Lee Boon Shian dan Ketua Pemuda Kebangsaan MIPP, Justin Prabakaran |
|
Sudah sampai masanya Pas nilai semula hubungan dengan Bersatu – Sukri - Mgazette - 30/12 4:25 pm # Sudah sampai masanya Pas nilai semula hubungan dengan Bersatu - Sukri KUALA LUMPUR Pemimpin Pas Pusat perlu melakukan penilaian menyeluruh dan berani terhadap hubungan politik bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kerangka Perikatan Nasional (PN). Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, penilaian itu bukan didorong oleh emosi atau kepentingan sempit, tetapi berdasarkan realiti politik semasa serta maslahat jangka panjang parti dan rakyat |
|
Rapuhnya kepercayaan sesama komponen PN – AMK Johor - Mgazette - 30/12 4:25 pm # Rapuhnya kepercayaan sesama komponen PN - AMK Johor JOHOR BAHRU - Krisis kepimpinan dan ketidaktentuan hala tuju yang melanda Perikatan Nasional (PN) di peringkat Pusat sekarang ini kini didakwa turut menular ke peringkat negeri, |
|
Buletin Bomba: Elak Risiko Kebakaran, Pengecas Ev Wajib Daripada Pembekal .. - Mekanika - 30/12 4:25 pm # BOMBA: ELAK RISIKO KEBAKARAN, PENGECAS EV WAJIB DARIPADA PEMBEKAL DIIKTIRAF **Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menasihatkan pemilik kenderaan elektrik (EV) supaya hanya menggunakan pengecas yang dibekalkan oleh pembekal bertauliah dan mematuhi piawaian keselamatan ditetapkan.** Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, semua peralatan pengecasan EV perlu diperoleh daripada pembekal yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) serta memenuhi spesifikasi keselamatan tertentu bagi mengelakkan risiko kebakaran |
|
Buletin Halang Laluan, Tiga Kereta ‘disagat’ Treler Read More .. - Mekanika - 30/12 4:25 pm **Tindakan pemilik tiga kereta yang meletakkan kenderaan di bahu jalan mengundang padah apabila kenderaan mereka disagat sebuah treler yang gagal melepasi selekoh dalam kejadian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, pada Ahad.** Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.30 petang hingga 6.30 petang |
|
Kes lelaki dipukul di Banting: Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Peguam Negara - Sinarharian - 30/12 4:21 pm SERDANG Polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes seorang anggota pasukan keselamatan yang didakwa memukul seorang pemuda di Banting pada bulan lalu kepada Pejabat Peguam Negara.Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kertas siasatan berkenaan telah dirujuk kepada Bukit Aman dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu lalu."Kita masih menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara berhubung kertas siasatan tersebut."Saya memberi jaminan bahawa siasatan terhadap kes ini dijalankan secara telus," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada Selasa.Pada 23 Disember lalu, media melaporkan bahawa polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki warga tempatan dipukul oleh individu dipercayai anggota polis, di sebuah rumah di Kampung Sungai Ingat, Banting.Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintenden Mohd Sufian Amin berkata, pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa yang mendakwa menerima satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi tiga minit, memaparkan anaknya ditampar oleh individu yang memperkenalkan diri sebagai polis.Menurut laporan itu, anak pengadu ditampar beberapa kali kononnya bagi tujuan mencari barang bukti, dan bapa pengadu juga memaklumkan menyaksikan kejadian tersebut.Pelupusan Barang Kes Bernilai RM3.5 JutaDalam perkembangan berasingan, Muhamad Farid memaklumkan bahawa sebanyak 283,872 kotak rokok, 53,691 tin dan botol minuman keras, 178 unit barang kes perjudian, 353 unit mesin bitcoin, dan pelbagai barangan kes lain bernilai RM3.5 juta telah dilupuskan pada majlis berkenaan.Katanya, pelupusan itu melibatkan 673 kertas siasatan dari tahun 2010 hingga tahun ini. |
|
Kes pekerja restoran makanan segera dipukul: Suspek akan didakwa 8 Januari - Sinarharian - 30/12 4:06 pm SERDANG Kertas siasatan berhubung kes seorang pekerja restoran makanan segera yang dipukul oleh seorang wanita akibat perselisihan berkaitan urusan perniagaan di TikTok telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya telah menerima arahan untuk mendakwa suspek di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 8 Januari ini."Suspek kini berada di luar negara dan kita akan mendakwanya pada 8 Januari ini sebaik sahaja dia pulang ke tanah air," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada Selasa.Pada 18 Disember lalu, media melaporkan bahawa kejadian berlaku di sebuah premis makanan segera di Serdang Raya pada jam 4 petang, 8 Disember.Menurut Muhamad Farid, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 45 tahun sedang bekerja apabila didatangi tujuh individu terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita.Mangsa mendakwa suspek yang berusia 40 tahun dan dikenali melalui platform TikTok telah menyerangnya dengan menumbuk muka sebelah kiri sebanyak lima kali.Akibat serangan itu, mangsa mengalami bengkak pada pipi kiri dan luka kecil di bahagian dalam bibir.Beliau berkata, suspek telah dipanggil untuk memberi keterangan sebelum ini dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. |
|
Mahiaddin letak jawatan, Pas alu-alukan - Harapandaily - 30/12 4:05 pm Ketua Penerangan Pas Fadhli Shaari menyambut baik keputusan peletakan jawatan pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Mahiaddin Yassin hari ini |
|
Pinjaman RM25,000 tak dapat, simpanan RM395,240 pula lesap - Kosmo - 30/12 4:01 pm DUNGUN – Seorang wanita terkedu permohonan pinjaman peribadi telau membuatnya terjerat dengan sindiket penipuan atau ‘scammer’ sehingga kerugian RM395,240 |
|
Konvensyen Khas Pemuda UMNO diteruskan – Dr. Muhamad Akmal - Kosmo - 30/12 3:48 pm PETALING JAYA – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr |
|
Lelaki cuba bunuh doktor ada rekod jenayah, positif ganja - Sinarharian - 30/12 3:35 pm BUKIT MERTAJAM Lelaki yang direman selama lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan membunuh seorang doktor disahkan mempunyai satu rekod jenayah lampau dan didapati positif ganja.Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, selain suspek berusia 31 tahun itu, isterinya yang berusia 23 tahun turut disahkan positif ganja."Polis menerima laporan berhubung insiden berkenaan pada jam 3.43 pagi, 29 Disember lalu."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sehari lebih awal, kira-kira jam 11.30 malam, ketika mangsa bersama isterinya sedang memandu menuju ke arah Penang Sentral," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Tambah beliau, ketika tiba di Plaza Tol Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Perai, kenderaan mangsa yang dipandu isterinya mengalami masalah di lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) apabila palang tol gagal dibuka."Mangsa kemudian turun dari kenderaan untuk meminta pemandu sebuah kenderaan jenis Proton X50 yang berada di belakang supaya mengundurkan kenderaan bagi memberi ruang kepada mereka."Namun, suspek dipercayai bertindak menengking mangsa sebelum memecut kenderaannya lalu merempuh mangsa serta bahagian belakang kenderaan tersebut |
|
Yemen isytihar darurat ketika konflik pemisah memuncak - Utusan - 30/12 3:30 pm RIYADH: Ketua Majlis Kepimpinan Presiden Yemen mengisytiharkan darurat dan membatalkan perjanjian keselamatan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas kumpulan pemisah yang disokong Abu Dhabi merampas kawasan wilayah yang luas |
|
226 anggota trafik kawal lalu lintas sempena Sambutan Tahun Baharu - Utusan - 30/12 3:27 pm KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Trafik, Kuala Lumpur akan menugaskan seramai 226 anggota trafik bagi mengawal lalu lintas di sekitar kawasan tumpuan ibu negara sempena sambutan malam Tahun Baharu |
|
PN Johor masih stabil, peletakan jawatan Dr Sahruddin tidak jejas parti - Sinarharian - 30/12 3:24 pm JOHOR BAHRU Peletakan jawatan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor tidak menjejaskan kestabilan parti di peringkat negeri.Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru, Zulkifli Bujang berkata, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan di negeri ini masih kekal bersama dalam gabungan tersebut."Jentera tiga parti utama ini kekal bersatu padu, aktif mendampingi rakyat, dan bersedia memperkukuhkan kedudukan PN sebagai alternatif politik yang kuat dan prihatin."Dengan kerjasama semua pihak, PN Johor diyakini akan bangkit lebih mantap demi kepentingan rakyat negeri ini pada masa hadapan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, PN memenangi tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Endau (Alwiyah Talib Bersatu), Bukit Kepong (Datuk Dr Sahruddin Jamal Bersatu) dan Maharani (Abdul Aziz Talib Pas).Sementara itu, pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Bersatu memenangi dua kerusi Parlimen di Johor, iaitu Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Mersing (Islahuddin Abas).Menjawab dakwaan kononnya PN Johor kini berada dalam keadaan rapuh susulan peletakan jawatan pengerusinya, Zulkifli menafikan perkara tersebut."Tidak sama sekali |
|
PRK Kinabatangan: Miha diumum calon BN DUN Lamag - Sinarharian - 30/12 3:18 pm Saya tak boleh buat keputusan. Yang sebetulnya telah berbincang dengan dia (Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) kita beri pandangan dan dia terima, rasional keputusan tersebut," katanya.Sebelum ini, BN turut mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar sebagai calon bagi Parlimen Kinabatangan.Mohd Naim, 31, merupakan anak kepada penyandang kedua-dua kerusi tersebut, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin yang meninggal dunia pada 5 Disember lalu akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.PRK diadakan bagi mengisi kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi tersebutdan ditetapkan pada 24 Januari 2026. |
|
Ancaman iklim kakis jeti negara - Sinarharian - 30/12 3:17 pm PERUBAHAN iklim bukan lagi isu masa hadapan |
|
Papa Zola The Movie catat kutipan RM43 juta - Sinarharian - 30/12 3:01 pm PAPA Zola The Movie terus menguasai pawagam tempatan dengan kutipan terkini sebanyak RM43 juta, mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem animasi Malaysia paling berjaya dalam sejarah perfileman negara.Populariti filem animasi ini, yang digelar fenomena "Papa Zola Fever", turut mencetuskan pelbagai inisiatif impak sosial, termasuk tayangan khas dan program "belanja wayang" yang dianjurkan oleh pengaruh media sosial tempatan untuk membolehkan lebih ramai keluarga dan komuniti terpilih menikmati filem tersebut.Antara pengaruh media sosial yang terlibat ialah Ashhhrap, Xavier Naxa, Cikgu Marviza, Miera Faera, Bella Park dan Zuhan Hamzah, yang usaha mereka mencerminkan nilai teras filem ini iaitu kebersamaan, kegembiraan dan sokongan komuniti.Pengarah dan penulis Papa Zola The Movie, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Abd Razak berkata filem ini telah menjadi platform bermakna bagi keluarga meluangkan masa berkualiti bersama sepanjang cuti sekolah."Semasa cuti sekolah, Papa Zola The Movie menjadi ruang untuk keluarga berkumpul dan mencipta kenangan bermakna bersama |
|
Sambutan Tahun Baharu: 226 anggota trafik kawal lalu lintas sekitar ibu negara - Sinarharian - 30/12 2:58 pm KUALA LUMPUR Seramai 226 anggota trafik akan ditugaskan khusus bagi mengawal aliran lalu lintas di sekitar kawasan tumpuan ibu negara sempena sambutan malam Tahun Baharu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan orang awam sepanjang acara berlangsung."Penugasan ini adalah antara persiapan utama yang dirangka bagi mengawal situasi lalu lintas di lokasi-lokasi tumpuan sekitar Kuala Lumpur."Keseluruhan kekuatan operasi melibatkan hampir 300 anggota termasuk pasukan sokongan, dengan fokus utama memastikan suasana sambutan kekal selamat, terkawal dan lancar," katanya pada Selasa.Beliau menegaskan bahawa pihaknya memberi keutamaan kepada aspek keselamatan pengguna jalan raya serta ketenteraman awam."Tumpuan penguatkuasaan akan diberikan terhadap pencegahan aktiviti samseng jalanan, pemanduan berbahaya dan pelanggaran undang-undang lalu lintas yang boleh mengancam keselamatan orang ramai."Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan tindakan berbahaya di jalan raya," tegasnya.Mohd Zamzuri turut mengingatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal, mematuhi arahan anggota yang bertugas serta mengamalkan sikap bertolak ansur bagi mengelakkan kesesakan dan sebarang insiden tidak diingini."Selain itu, pengguna jalan raya digalakkan menyelesaikan saman tertunggak dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri dan pengguna lain," ujarnya. |
|
Muhyiddin tetap akan dikenang atas jasa, prestasi PM8 - Harakahdaily - 30/12 2:26 pm KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan peletakan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa 1 Januari ini sebagai langkah memperkukuhkan lagi gabungan itu. Ketua Pemuda PAS Kalaysia, Ustaz Afnan Hamimi Dato Taib Azamudden berkata, degala jasa dan khidmat bakti pemimpin itu selama memimpin PN dan Malaysia sebelum ini tetap akan […] The post Muhyiddin tetap akan dikenang atas jasa, prestasi PM8 appeared first on Harakahdaily . |
|
Serah kad ATM kepada 'polis', pesara rugi RM750,000 - Sinarharian - 30/12 2:18 pm KOTA TINGGI - Seorang pesara wanita tidak lena tidur apabila wang simpanannya berjumlah RM750,000 lesap akibat diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan mendakwa dia terlibat dalam penggubahan wang haram.Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, mangsa yang 60 tahun memaklumkan kejadian tersebut telah berlaku sejak September lalu."Mangsa dihubungi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan memaklumkan bahawa namanya terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram."Suspek kemudiannya mengarahkan mangsa menyerahkan dua keping kad ATM kononnya bagi tujuan membersihkan nama mangsa daripada tuduhan berkenaan."Mangsa turut dijanjikan bahawa wang tersebut akan dipulangkan selepas siasatan selesai," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Selasa.Bagaimanapun katanya, mangsa mula menyedari dirinya ditipu apabila mendapati terdapat pengeluaran wang dari akaunnya hingga mencecah RM750,000."Mangsa mendakwa suspek juga tidak memulangkan semula wang berhubung penyelesaian kes tuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atas mangsa," katanya.Tambah Yusof, warga emas berkenaan kemudiannya membuat laporan polis pada Isnin.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu."Polis Daerah Kota Tinggi menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah percaya dengan penyampaian maklumat sertamengelirukan."Dapatkan maklumat berkaitan modus operasi jenayah komersil terkini dengan mengikuti laman sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Facebook, Instagram dan TikTok."Orang ramai juga diminta menyemaknombor akaun sebelum melakukan sebarang transaksi kepada orang yang tidak dikenali melalui perkhidmatan 'Semak Mule' yang tersedia dalam talian serta memuat turun aplikasi 'whoscall' bgi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan atau menghubungi National Camp Response Centre (NSRC) di talian 997 segera sebagai tindakan awal menyekat pengeluaran wang keluar dari akaun suspek," katanya. |
|
Mayat terapung dalam tasik - Sinarharian - 30/12 2:06 pm TAIPING - Seorang wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan terapung di tebing tasik Taman Tasik Taiping di sini pada Selasa.Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.01 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikerahkan ke lokasi kejadian.Menurutnya, anggota yang tiba mendapati mangsa berusia 73 tahun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tasik."Ketua Operasi telah melaksanakan size-up awal dan mengarahkan anggota menjalankan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan tali bagi mengeluarkan mangsa dari kawasan tasik," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.Operasi disertai enam anggota itu tamat pada jam 9.55 pagi. |
|
Sarah Nabihah hilang sejak Jumaat lalu - Sinarharian - 30/12 1:41 pm SUBANG JAYA Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Sarah Nabihah Abdul Rahin pada jam 12.48 tengah malam Isnin."Berdasarkan maklumat, Sarah Nabihah dilaporkan kali terakhir dilihat di sebuah rumah di USJ 2/4 di sini."Remaja itu berketinggian kira-kira 155 sentimeter, kulit cerah, hidung mancung, rambut panjang warna perang dan bibir tebal," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai remaja terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7222."Maklumat juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Norhapizah Zulkapli di talian 017-234 0141 bagi membantu siasatan," katanya. |
|
Kes letupan IED: Ayang stabil tapi masih lemah, siasatan diteruskan - Sinarharian - 30/12 1:26 pm SEREMBAN - Suspek lelaki dikenali sebagai 'Ayang' yang ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kejadian letupan di kawasan Desa Palma, Nilai pada 22 Disember lalu masih berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, lelaki berusia 62 tahun itu yang kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban bagaimanapun berada dalam keadaan stabil."Seperti dalam laporan media yang saya buat sebelum ini, suspek ketika ditahan sememangnya berada dalam keadaan tidak bermaya dan telah menerima rawatan di zon merah HTJ."Saya difahamkan dia kini telah dipindahkan ke wad dan keadaannya stabil, namun tidak bermaya kerana kecederaannya dikategorikan sebagai serius," katanya ketika ditemuipemberita selepas Majlis Peluncuran Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini pada Selasa.Menurutnya, pasukan penyiasat sentiasa berada di hospital bagi mendapatkan keterangan daripada suspek dengan melihat kepada kesesuaian keadaannya.Tambah beliau, pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan termasuk sama ada suspek bertindak secara bersendirian atau mempunyai kaitan dengan individu lain."Bagaimanapun, setakat ini berdasarkan penemuan di lokasi kejadian, rakaman percakapan saksi serta fakta bahawa suspek ditemui bersembunyi di kawasan terpencil jauh dari orang awam, kita masih berpegang yang suspek bergerak secara bersendirian."Namun, siasatan masih lagi berjalan dan semua kemungkinan lain tidak diketepikan motif kejadian juga masih dalam siasatan," katanya.Sebelum ini media melaporkan suspek ditahan di Batang Benar, Nilai pada 4.15 petang, Sabtu lalu dengan kesan melecur pada muka, badan, tangan serta kaki dan direman selama seminggu hingga 3 Januari depan.Suspek dipercayai mempunyai pengetahuan teknikal dan kemahiran khusus dalam pembuatan bahan letupan.Dalam kes terbabit, dia dipercayai bergerak secara sendirian dan tiada kaitan dengan mana-mana kumpulan pengganas atau gengsterisme.Sementara itu berkenaan Pasukan Tindak Balas Bencana yang ditubuhkan, beliau berkata, sebagai permulaan, pasukan itu terdiri daripada empat anggota dan seorang pegawai dari IPK Negeri Sembilan.Jelasnya, walaupun terdapat agensi utama yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja menyelamat, pihak polis juga perlu bertindak cepat apabila berlakunya sesuatu bencana."Ini masih di peringkat permulaan dan kita akan melihat kepada keperluan kejadian bencana yang berlaku untuk menambah jumlah keanggotaan."Anggota pasukan ini dipilih secara khas dan mereka ini telah menerima latihan asas menyelamat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),"katanya. |
|
PAS digesa nilai semula kerjasama dengan Bersatu - FMT - 30/12 1:07 pm Pemuda PAS Selangor berkata penilaian itu demi maslahat jangka panjang parti dan mengembalikan keyakinan rakyat. |
|
Kes gaduh Pasar Melor: 10 termasuk empat beranak disambung reman - Sinarharian - 30/12 1:00 pm KOTA BHARU Tempoh reman 10 individu termasuk empat beranak yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan berhampiran Pasar Awam Melor, disambung reman tiga hari di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.Perintah dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid lima lelaki dan lima wanita berusia yang berusia lingkungan 20 hingga 50-an.Tempoh reman lanjutan tersebut berkuat kuasa bermula Rabu hingga Jumaat ini.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, lanjutan reman berkenaan bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh secara beramai-ramai di tempat awam."Mereka sebelum ini ditahan Sabtu lepas dan direman empat hari serta disambung tiga hari lagi," katanya.Sementara itu, Mahkamah Majistret sama pada Isnin turut membenarkan dua beradik wanita berusia 28 dan 30 tahun yang ditahan pada Jumaat lepas, disambung reman tiga hari hingga Khamis bagi membantu siasatan kes sama.Sebelum ini, polis menahan seramai 12 individu terbabit selepas terlibat pergaduhan kira-kira jam 2.30 petang Khamis lalu.Dalam kejadian itu, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada seluruh bahagian badan.Rakaman video kejadian turut tular di media sosial memaparkan pergaduahan yang pada awalnya melibatkan dua wanita sebelum beberapa individu lain termasuk lelaki dan wanita dipercayai ahli keluarga masing-masing campur tangan |
|
Konsensus PN: Dulu patut keluar pendirian macam ini, kata ketua Pemuda PAS - FMT - 30/12 12:34 am Ketua Pemuda Afnan Hamimi Taib Azamudden setuju setiap keputusan perlu dibuat secara konsensus, susulan gesaan sayap Bersatu, Gerakan, dan MIPP. |
|
Bekas bintang Arsenal, City pimpin Caen - Hotfm - 30/12 12:13 am Caen: Bekas bintang Arsenal dan Manchester City, Gael Clichy, dilantik sebagai ketua jurulatih kelab divisyen ketiga Perancis, Caen. |
|
Sembilan individu ditahan kes gaduh di Lukut, 4 cedera - Sinarharian - 30/12 12:05 am SEREMBAN Polis menahan sembilan individu bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di Lukut, Port Dickson yang mengakibatkan empat mangsa cedera, termasuk seorang kanak-kanak, pada 27 Disember lalu.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30-an itu ditahan di sekitar daerah Port Dickson.Menurutnya, dua suspek pertama ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian, diikuti penahanan seorang lagi suspek berhampiran lokasi kejadian pada keesokan harinya."Hari berikutnya, seramai enam suspek utama telah ditahan, manakala seorang lagi suspek masih diburu bagi membantu siasatan."Sebahagian daripada suspek yang ditahan didapati mempunyai rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Pasukan Tindak Balas Bencana Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kontinjen Negeri Sembilan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, di sini, pada Selasa.Mengulas mengenai keadaan mangsa, Alzafny memaklumkan bahawa empat individu mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut, termasuk seorang lelaki yang dilaporkan cedera parah akibat diserang dan kini menerima rawatan rapi."Seorang kanak-kanak yang turut cedera sedang dirawat di hospital dan keadaannya dilaporkan stabil."Kanak-kanak itu merupakan anak kepada salah seorang mangsa," katanya.Menurut beliau, kesemua mangsa bukan daripada satu keluarga namun saling mengenali dan berada berhampiran lokasi kejadian untuk makan.Bagaimanapun, katanya, motif sebenar kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326/427 Kanun Keseksaan.Sebelum ini, tular satu video memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang bergaduh di kawasan deretan kedai di Lukut.Turut tular ialah gambar seorang lelaki berlumuran darah dipercayai akibat ditetak dengan parang.Selain itu, beliau turut memaklumkan satu lagi kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki dan seorang wanita berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Nilai pada 28 Disember lalu."Kejadian itu berlaku sekitar jam 1 pagi dan kesemua individu berusia dalam lingkungan 20-an yang terlibat telah ditahan dalam tempoh 24 jam."Siasatan awal mendapati kejadian pergaduhan berpunca apabila sepasang kekasih yang berada di lokasi telah diganggu oleh beberapa suspek yang berada dalam keadaan mabuk," katanya.Tambahnya, pergaduhan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan penggunaan senjata tajam, sebaliknya hanya menggunakan kerusi.Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata atau objek berbahaya. |
|
Perlu nilai semula hubungan politik dengan BERSATU - Harakahdaily - 30/12 12:03 am DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor berpandangan bahawa sudah sampai masanya PAS melakukan penilaian menyeluruh dan berani terhadap hubungan politik bersama BERSATU dalam kerangka Perikatan Nasional |
|
Keputusan Muhyiddin letak jawatan perlu dibuat secara konsensus Pemuda PN - Sinarharian - 30/12 11:45 am SHAH ALAM Sebarang keputusan yang dibuat atas nama Perikatan Nasional (PN) perlu dirujuk dan diputuskan melalui Majlis Tertinggi gabungan selaras dengan peruntukan Fasal 13 Perlembagaan PN.Dalam kenyataan bersama, Ketua-ketua Pemuda parti komponen menegaskan, tiada mana-mana parti mempunyai hak mutlak untuk membuat keputusan secara unilateral, termasuk berkaitan perkembangan semasa kepimpinan gabungan itu."Pemuda PN turut menggesa semua kepimpinan di setiap peringkat agar mengamalkan politik hikmah, bijaksana serta memelihara adab dan etika dalam gabungan bagi merealisasikan agenda lebih besar demi kesejahteraan rakyat serta masa depan Malaysia," menurut kenyataan itu pada Selasa.Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama oleh Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Hilman Idham; Ketua Pemuda Nasional Gerakan, Lee Boon Shian dan Ketua Pemuda Kebangsaan MIPP, Justin Prabakaran.Sebelum ini Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi gabungan itu, berkuat kuasa 1 Januari ini.Bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan PN atas sokongan kepada beliau sepanjang memimpin gabungan terbabit.Terdahulu wujud beberapa desakan daripada Pas termasuk oleh Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mahu jawatan Pengerusi PN diberi kepada Pas.Kemelut hubungan antara Pas dan Bersatu semakin ketara selepas berlaku pergolakan politik di Perlis yang menyaksikan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang dari Pas, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.Rentetan itu, ADUN Kuala Perlis dari Bersatu, Abu Bakar Hamzah dilantik menggangikan Mohd Shukri sebagai Menteri Besar yang baharu. |
|
Muhyiddin Yaasin Letak Jawatan, Tiga Sayap Pemuda Mahu MT Perikatan Nasional Dirujuk! - Ohmedia - 30/12 11:39 am Isu Muhyiddin letak jawatan hangat diperkatakan |
|
Muhyiddin undur: Patut bincang dulu, kata Pemuda PN - Mkini - 30/12 11:39 am Sebarang pendirian atas nama PN bukan hak mutlak mana-mana parti komponen, kata Pemuda Bersatu, Gerakan dan MIPP. |
|
'Keputusan Muhyiddin tidak lagi memilih jalan sukar adalah tepat' - Sinarharian - 30/12 11:36 am SHAH ALAM Keputusan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak lagi meneruskan 'jalan yang sukar' dengan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai langkah yang tepat buat dirinya.Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata, keputusan berkenaan menunjukkan bekas Perdana Menteri itu telah membuat pilihan yang terbaik."Akhirnya Tan Sri Muhyiddin membuat keputusan yang tepat dan terbaik untuk dirinya."Beliau tidak lagi memilih jalan yang sukar," katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.Terdahulu, Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.Sehubungan itu, Marzuki turut mendoakan agar ALLAH SWT memberikan ganjaran atas segala jasa beliau serta mempermudahkan segala urusannya.Pandangan sama turut disuarakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Razali Idris yang menyifatkan tindakan Pengerusi PN terbabit adalah satu keputusan tepat."Ahmadullah |
|
Sahruddin beri laluan kepimpinan baharu terajui PN Johor - FMT - 30/12 11:36 am Pengumuman ketua Bersatu Johor itu menyusul tindakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan pengerusi PN. |
|
Ketua Penerangan PAS Beri Bayangan Tidak Semestinya Hadi Awang Dilantik Jadi Pengerusi PN - Lobakmerah - 30/12 11:19 am Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), PAS memberi bayangan bahawa pemimpin parti itu yang bakal menerajui perikatan berkenaan tidak semestinya diwakili Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang |
|
Selepas Muhyiddin letak jawatan, ketua Pemuda Bersatu, Gerakan, MIPP mahu MT PN dirujuk - FMT - 30/12 11:18 am Hilman Idham, Lee Boon Shian, dan Justin Prabakaran kata sebarang keputusan atau pendirian atas nama PN bukan hak mutlak mana-mana parti. |
|
Ahmad Fadhli yakin pemimpin Pas mampu terajui PN, calon tak semestinya Hadi Awang? - Mdateline - 30/12 11:00 am Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari yakin bahawa pemimpin daripada parti itu mampu menerajui Perikatan Nasional (PN) susulan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan perletakan .. |
|
Sahruddin pula umum undur pengerusi PN Johor - FMT - 30/12 10:59 am Pengumuman ketua Bersatu Johor itu dibuat selepas Muhyiddin Yassin meletak jawatan Pengerusi PN. |
|
Andai tersinggung, Afnan mohon maaf pada Muhyiddin - Mkini - 30/12 10:41 am "Tiada langsung isu peribadi, melainkan hanya menyuarakan ketegasan untuk kebaikan kita bersama di dalam sebuah kapal," kata ketua Pemuda PAS itu. |
|
Tindakan Muhyiddin berjiwa besar, sangat dihormati - Afnan Hamimi - Sinarharian - 30/12 10:24 am SHAH ALAM Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai berjiwa besar dan sangat dihormati.Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, segala jasa dan khidmat bakti bekas Perdana Menteri itu sepanjang memimpin PN dan negara sebelum ini akan terus dikenang dan diingati oleh rakyat.Beliau berkata, kepimpinan Muhyiddin ketika negara berdepan wabak Covid-19 merupakan antara sumbangan terbesar yang tidak boleh dipadamkan daripada sejarah negara."Terima kasih, Tan Sri |
|
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN - Sinarharian - 30/12 9:03 am KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN).Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa."Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026."Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kepimpinan PN yang telah lama memberikan sokongan kepada saya selama saya memimpin PN sejak penubuhannya lima tahun lalu," katanya.Muhyiddin turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN dan parti-parti dianggotai.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mengesahkan Muhyiddin telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai ketua gabungan itu.Beliau berpandangan keputusan Muhyiddin berundur sebagai Pengerusi PN merupakan tindakan yang bijak dan tepat dalam situasi PN memerlukan momentum baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)."Saya yakin Pas akan menampilkan calon dari parti ini untuk menerajui Perikatan Nasional sebagai Pengerusi yang baru."Tidak semestinya Presiden Parti tetapi seorang individu yang diyakini boleh menggembleng kekuatan parti-parti yang ada di bawah Perikatan Nasional," katanya.Beliau berkata, rombakan pastinya akan dilakukan terhadap organisasi PN bagi memberikan fokus yang lebih kepada gerak kerja selepas ini."Tahniah Tan Sri Muhyidin Yasin atas sikap terbuka beliau |
|
Pas adakan mesyuarat tentukan hala tuju hubungan dengan Bersatu - Sinarharian - 30/12 8:30 am Dalam sejarah, Pas sering dikhianati, bukan sebaliknya. Jika mahu belajar setia, belajarlah dengan Pas," ujarnya.Ketika ditanya mengenai pelawaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh agar Pas bekerjasama semula dengan UMNO untuk menghidupkan MN, Khairul Nadzir menjelaskan bahawa Pas mahukan lebih daripada sekadar MN."Kita mahukan penyatuan ummah secara menyeluruh, melibatkan parti-parti kebangsaan yang berpaksikan perjuangan Melayu-Islam dan kemerdekaan sejak dahulu hingga kini."Penyatuan ummah ini telah disebut sebanyak tiga kali oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau di tiga siri muktamar yang lepas," jelasnya. |
|
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN? - Utusan - 30/12 8:28 am PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa 1 Januari ini |
|
Kecederaan parah pada muka punca warga emas maut - Mgazette - 30/12 8:26 am GEORGE TOWN - Kematian seorang warga emas selepas kereta dipandunya tertusuk sebatang besi dalam kemalangan di Jalan Thean Teik Ayer Itam di sini hari ini, disahkan berpunca kecederaan di bahagian muka yang konsisten dengan kemalangan jalan raya |
|
Polis jalankan siasatan lanjut kes lelaki cederakan bekas isteri, anak .. - Mgazette - 30/12 8:26 am # Polis jalankan siasatan lanjut kes lelaki cederakan bekas isteri, anak KUALA LUMPUR - Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga susulan kes seorang lelaki mencederakan bekas isteri dan anaknya di Taman Sientex, Kundang Jaya, Kundang, semalam |
|
Pemancing hilang sejak Sabtu lalu, SAR ditangguhkan - Mgazette - 30/12 8:26 am # Pemancing hilang sejak Sabtu lalu, SAR ditangguhkan BUKIT MERTAJAM - Operasi mencari seorang pemuda yang dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang ketika memancing di Ban Sungai Belanak, Juru di sini, ditangguhkan selepas tiga hari pencarian tanpa sebarang petunjuk |
|
Perkhidmatan Ekspres Selatan laluan Gemas-JB Sentral-Gemas tamat 1 Januari .. - Mgazette - 30/12 8:26 am # Perkhidmatan Ekspres Selatan laluan Gemas-JB Sentral-Gemas tamat 1 Januari 2026 JOHOR BAHRU - Perkhidmatan tren Ekspres Selatan bagi laluan Gemas JB Sentral-Gemas akan ditamatkan berkuat kuasa pada 1 Januari 2026 |
|
Tuntut wang RM100,000 punca pergaduhan di Mount Austin - Mgazette - 30/12 8:26 am # Tuntut wang RM100,000 punca pergaduhan di Mount Austin JOHOR BAHRU - Pergaduhan sekumpulan lelaki bersenjata di Taman Mount Austin di sini kelmarin berpunca rasa tidak puas hati kerana gagal menuntut wang sebanyak RM100,000 |
|
MB Perlis baharu umum potong gaji peribadi RM3,000, Exco baharu RM1,500 - Mgazette - 30/12 8:26 am # MB Perlis baharu umum potong gaji peribadi RM3,000, Exco baharu RM1,500 KANGAR - Menteri Besar Perlis baharu Abu Bakar Hamzah mengumumkan pemotongan gajinya sebanyak RM3,000 setiap bulan sebagai antara usaha mengurangkan bebanan kewangan kerajaan negeri |
|
Beg, motosikal warga emas lesap ketika berada dalam masjid - Mgazette - 30/12 8:26 am # Beg, motosikal warga emas lesap ketika berada dalam masjid GEORGE TOWN - Seorang warga emas kerugian kira-kira RM1,500 apabila beg dan motosikal miliknya dicuri ketika dia berada dalam sebuah masjid di Batu Uban di sini, semalam |
|
Dua maut, enam cedera MPV terbabas - Mgazette - 30/12 8:26 am DUNGUN - Dua lelaki termasuk seorang warga Pakistan maut manakala enam lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas di Kilometer 3, Jalan Paka-Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat sini hari ini |
|
Tiada istilah setia kawan dalam Bersatu ??? Aiman Athirah - Mgazette - 30/12 8:26 am Aiman Athirah merujuk kepada kenyataan yang dibuat beberapa pemimpin Pas susulan konflik politik di Perlis dengan ada yang menilai tindakan Bersatu seolah-olah seperti `kawan makan kawan'. Dalam perkembangan berasingan, Aiman Athirah yang juga Ahli Parlimen Sepang berkata, beliau memandang serius apabila isu titah adendum dan kelemahan Perikatan Nasional (PN) di Perlis diambil kesempatan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |