///
See Also: Shutterstock

Search : Ketua Hakim News   Page 1    



Bina Puri jual kepentingan Lebuhraya LATAR, RM77 juta - Careta - 20/02 7:58 am

Cadangan pelupusan itu dijangka akan menghasilkan keuntungan pro forma sekali saja atas pelupusan kira-kira RM74.9 juta





Honda, Nissan dan Mitsubishi Teruskan Perbincangan Kerjasama Selepas Pelan Penggabungan Mega Gagal - Careta - 20/02 7:58 am

Gambar awal rundingan awal Nissan, Mitsubishi dan Honda, kegagalan gabungan ini menyebabkan CEO Nissan Makoto Uchida letak jawatan pada April 2025 dan di gantikan dengan Ivan Espinosa Nissan Terbuka Kepada Pelbagai Rakan Strategik Ketua Pegawai Eksekutif Nissan menegaskan bahawa syarikat itu





Lelaki dalam video tular dera budak perempuan sudah dituduh di mahkamah... - Mgazette - 20/02 7:52 am

# Lelaki dalam video tular dera budak perempuan sudah dituduh di mahkamah - Polis KUALA LUMPUR Lelaki yang tular di dalam video yang dikaitkan dengan kejadian dera terhadap seorang kanak-kanak perempuan sudah dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember tahun lalu





Taktik ???bertudung & beg tangan???: Suspek pecah rumah di Shah .. - Mgazette - 20/02 7:52 am

# Taktik bertudung & beg tangan: Suspek pecah rumah di Shah Alam diburu polis KUALA LUMPUR Seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai wanita dengan memakai tudung serta membawa beg tangan sebelum memecah masuk sebuah rumah di Seksyen 7, dekat Shah Alam, semalam





Jenazah Tun Abdul Hamid akan dikebumikan di Putrajaya - Mgazette - 20/02 7:52 am

# Jenazah Tun Abdul Hamid akan dikebumikan di Putrajaya KUALA LUMPUR - Jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad telah dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz, dekat Cheras di sini petang ini





Integriti pegawai SPRM perlu dipertahan daripada tuduhan tak berasas .. - Mgazette - 20/02 7:51 am

# Integriti pegawai SPRM perlu dipertahan daripada tuduhan tak berasas - Ishak KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus terus berfungsi sebagai sebuah institusi bebas dan profesional dalam memerangi rasuah tanpa tekanan politik atau persepsi yang dibentuk melalui polemik media





Era saman jutaan ringgit berakhir, mahkamah kurangkan pampasan KJ kepada .. - Mgazette - 20/02 7:51 am

# Era saman jutaan ringgit berakhir, mahkamah kurangkan pampasan KJ kepada RM830,000 PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengurangkan jumlah pampasan yang diperoleh bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, daripada RM2.5 juta kepada RM830,000 dalam kes fitnah terhadap pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi





Rompak mata wang kripto: Polis sahkan 12 pegawai, anggota ditahan - Mgazette - 20/02 7:51 am

# Rompak mata wang kripto: Polis sahkan 12 pegawai, anggota ditahan KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan seramai 12 pegawai dan anggota pasukan keselamatan sedang disiasat berhubung dakwaan penglibatan dalam kes rompakan berkumpulan membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto





Jenazah Tun Abdul Hamid selamat disemadikan - Mgazette - 20/02 7:51 am

PUTRAJAYA Jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, selamat dikebumikan tepat jam 5.50 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, petang tadi





Polis rampas dadah bernilai RM21 juta, dua sindiket tumpas - Mgazette - 20/02 7:51 am

# Polis rampas dadah bernilai RM21 juta, dua sindiket tumpas SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia berjaya menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah untuk pasaran tempatan dan antarabangsa dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM21 juta





Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah, bahagian terbubar .. - Mgazette - 20/02 7:51 am

# Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah, bahagian terbubar KUALA LUMPUR Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin, mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta susulan dakwaan hilang kepercayaan terhadap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin





PN gesa RCI ditubuh siasat dakwaan perjanjian mega RM1.1 bilion - Mgazette - 20/02 7:51 am

# PN gesa RCI ditubuh siasat dakwaan perjanjian mega RM1.1 bilion KUALA LUMPUR - Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan menubuhkan segera sebuah Jawatankuasa Khas Siasatan bertaraf Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diketuai bekas hakim mahkamah atasan untuk menyiasat dakwaan perjanjian mega antara Kerajaan Pusat dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai sebanyak RM1.1 bilion





PM Anwar sertai solat jenazah Tun Abdul Hamid Mohamad - Mgazette - 20/02 7:51 am

Anwar tiba kira-kira jam 4.50 petang terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan peguam, Datuk Zulkifli Noordin, sebelum menyertai saf jemaah bagi solat jenazah Allahyarham. Turut berdiri sebaris sebagai makmum ialah Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin serta bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed





Buletin Volkswagen Rancang ‘cut Cost’ Lagi Selepas 35,000 .. - Mekanika - 20/02 7:51 am

# VOLKSWAGEN RANCANG 'CUT COST' LAGI SELEPAS 35,000 PEKERJA TERJEJAS **Volkswagen Group nampaknya bakal meneruskan langkah penjimatan besar-besaran apabila dilaporkan sedang merancang pemotongan kos sehingga 20 peratus merentasi semua jenama di bawah kumpulannya.** Menurut laporan Manager Magazin, sasaran pengurangan perbelanjaan itu mahu dicapai sebelum akhir 2028, sekali gus menjadikannya antara usaha pembersihan kewangan paling drastik pernah dilakukan syarikat automotif gergasi Jerman itu





Padang tiruan ‘ikat’ kaki Inter Milan - Utusan - 20/02 7:30 am

BODO, Norway: Ketua jurulatih Inter Milan, Cristian Chivu menegaskan pasukannya tidak akan berselindung di sebalik isu padang tiruan selepas tewas 1-3 kepada Bodo/Glimt pada aksi pertama play-off Liga Juara-Juara, semalam





Empat strategi kemasukan berganda murid tahun satu - Utusan - 20/02 7:00 am

PUTRAJAYA: Penambahan jumlah guru dan bilik darjah antara empat strategi persediaan Kementerian Pendidikan bagi menerima kemasukan berganda murid tahun satu melibatkan kanak-kanak usia enam dan tujuh tahun pada sesi persekolahan 2027





Rosenior tegas tiada tempat untuk perkauman dalam bola sepak - Hotfm - 20/02 6:57 am

London: Ketua jurulatih Chelsea, Liam Rosenior menegaskan individu yang didapati bersalah melakukan perkauman tidak sepatutnya berada dalam sukan ini susulan dakwaan penderaan berunsur perkauman terhadap bintang Real Madrid, Vinicius Junior.





Hamzah sertai rumah baharu minggu depan - Utusan - 20/02 6:50 am

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama 16 Ahli Parlimen Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyertai parti politik lain atau rumah baharu pada minggu depan





Rumah kuarters guru di Langkawi terbakar - Kosmo - 19/02 11:06 pm

LANGKAWI – Sebuah rumah berkembar di kuarters guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putera di sini terbakar dalam kejadian malam ini





Bot karam: Mayat lelaki warga emas ditemukan terdampar di pantai - Sinarharian - 19/02 11:03 pm

PAPAR - Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di perairan Pantai Manis, sejak empat hari lalu, ditemukan meninggal dunia di Pantai Kampung Sangkabok, Menumbok, pada Khamis.Mayat Saimon Ongit, 60, ditemukan oleh orang awam terdampar di pantai tersebut dan ditular di media sosial.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Rozlan Osman berkata, pihaknya dimaklumkan penemuan mayat tersebut oleh ahli keluarga sendiri."Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari keempat dimulakan di kawasan pesisir pantai Kampung Bundusan dan Muara Pengalat sejauh empat kilometer dengan menaiki bot."Pada jam 3.20 petang, ahli keluarga memaklumkan kepada pasukan penyelamat bahawa mangsa telah ditemui selepas menerima laporan orang awam melalui aplikasi TikTok," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Rozlan berkata, mayat tersebut ditemukan di kawasan kira-kira 71 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang."Ahli keluarga kemudian membuat pengecaman dan mengesahkan ia adalah mangsa yang dilaporkan hilang."Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Sinar Harian pada Selasa lalu melaporkan mangsa bersama rakannya keluar memukat ikan namun bot yang mereka naiki karam di perairan tersebut.Dalam kejadian itu, rakannya Primus Ujim, 52, dilaporkan selamat selepas terapung di tengah laut manakala mangsa dikhuatiri lemas.





Anwar ziarah jenazah bekas Ketua Hakim Negara - Thempress - 19/02 9:45 pm

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyertai solat jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Allahyarham Tun Abdul Hamid Mohamad di Musolla Taman Selatan, Presint 20, di sini, petang tadi





Badan Peguam berkabung atas pemergian Abdul Hamid - FMT - 19/02 8:00 pm

Penghakiman bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad, dikaji kerana ketepatan dan keterusterangannya, kata Presiden Ezri Abdul Wahab.





Jenazah Abdul Hamid selamat dikebumi - Sinarharian - 19/02 7:01 pm

PUTRAJAYA Jenazah bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, di sini jam 5.50 petang Khamis.Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Musolla Taman Selatan Presint 20, Putrajaya, selepas waktu solat Asar dengan diimamkan Imam Masjid Mahmudiah Presint 18, Rafuwan Putra Affendi.Bacaan talkin turut dibacakan dihadapan 200 hadirin termasuk ahli keluarga.Terdahulu, jenazah dimandikan dan disolatkan di Musolla Taman Selatan.Antara yang hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan bekas Peguam Negara Tan Sri Ghani Patail.Turut kelihatan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Wahid Omar; bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.Abdul Hamid,84, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di samping isterinya, Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan anak-anak pada Khamis.Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada Disember 2007 hingga Oktober 2008





Mas Ermieyati letak jawatan Ketua Bersatu Masjid Tanah - Sinarharian - 19/02 6:58 pm

SHAH ALAM - Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang merupakan pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Masjid Tanah pada Khamis.Peletakan jawatan itu dibuat bersama 39 lagi ahli jawatankuasa bahagian terbabit, menurut bekas Setiausaha Bahagian, Shahrul Azhar Amir."Pertemuan yang dihadiri ahli jawatankuasa bahagian, ketua-ketua sayap serta ketua-ketua cawangan selama dua jam ini berlangsung dengan baik dan ketua bahagian telah memberikan penjelasan tentang perkembangan terkini konflik politik Bersatu."Mesyuarat ini merakamkan secara sebulat suara tentang pendirian Bersatu Masjid Tanah bahawa tindakan ini dibuat atas faktor kehilangan kepercayaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu."Dengan peletakan jawatan kami ini, maka dimaklumkan bahawasanya Jawatankuasa Bersatu Bahagian Masjid Tanah terbubar secara rasmi," katanya dalam kenyataan.Mas Ermieyati yang juga Ketua Srikandi Bersatu mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi sejurus berita peletakan jawatan tersebar.Pada Sabtu lalu, ahli Parlimen Masjid Tanah itu hadir ke majlis 'reset' politik bagi menyokong Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang dipecat keahliannya dalam Bersatu pada Jumaat.Hamzah turut mendakwa disokong 18 daripada 25 ahli Parlimen Bersatu.Difahamkan, kehadiran Mas Ermieyati ke perhimpunan pertemuan digerakkan pasca pemecatan Hamzah menyebabkan dirinya berada dalam radar pimpinan Bersatu.





Mas Ermieyati letak jawatan ketua Bersatu Masjid Tanah - Mkini - 19/02 6:56 pm

Turut meletakkan jawatan adalah barisan kepimpinan utama dan sayap bahagian itu.





Mahkamah kurangkan bayaran saman Abu Syafiq kepada KJ daripada RM2.5 juta kepada RM830,000 - Harapandaily - 19/02 6:53 pm

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi atau dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq untuk mengurangkan jumlah ganti rugi sebanyak RM2.5 juta yang perlu dibayar kepada bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Mohamed Zaini Mazlan bersetuju mengurangkan jumlah ganti rugi tersebut kepada RM830,000





Hilang empat hari, Muhd Safuan ditemui tidak bermaya - Sinarharian - 19/02 6:49 pm

KUALA KRAI - Seorang lelaki yang dilapor hilang telah ditemui pada Khamis kira-kira 15 kilometer (km) dari lokasi terakhir dia dikesan hilang pada Isnin di Kampung Kandek, Dabong di sini.Mangsa, Muhd Safuan Che Mood, 38, ditemui oleh seorang pekerja ladang sawit dalam keadaan letih dan tidak bermaya sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong, Pegawai Bomba Tinggi II Zaimi Samat berkata, laporan kehilangan lelaki terbabit diterima pihaknya pada Rabu selepas ahli keluarga memaklumkan bahawa mangsa tidak pulang ke rumah sejak Isnin kira-kira jam 11.30 malam."Anggota digerakkan segera ke lokasi dan operasi pencarian dijalankan bersama penduduk kampung di laluan yang biasa dilalui mangsa."SAR (operasi mencari dan menyelamat) kemudiannya diperluaskan dengan penglibatan Unit K9 Bomba, selain kerjasama pelbagai agensi termasuk polis, APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) serta orang awam," katanya pada Khamis.Menurut beliau, operasi SAR pada hari Khamis membabitkan lebih 30 anggota dan pegawai daripada pelbagai agensi, dengan pencarian dibahagikan kepada beberapa pasukan meliputi kawasan sungai, hutan dan berbukit.Ujarnya, pasukan A menggunakan bot untuk pencarian di sungai manakala pasukan B menumpukan kawasan hutan bersama anjing pengesan dan pasukan C melakukan pencarian di kawasan berbukit, juga dibantu Unit K9."Walaupun berdepan cabaran liputan komunikasi yang terhad di kawasan operasi, pasukan SAR terus menjalankan pencarian secara berperingkat dan tersusun."Lelaki terbabit akhirnya ditemui sekitar jam 5.20 petang oleh pekerja ladang sawit, sebelum disahkan oleh ahli keluarga





Rakyat patuh jadi mangsa, penceroboh diberi kelebihan? - Harakahdaily - 19/02 6:20 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan dituntut menangani isu pencerobohan tanah yang semakin membarah di negara ini secara adil, tegas dan mengikut lunas undang-undang tanpa sebarang elemen intimidasi, gesa Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh





Hamzah kekal Ketua Pembangkang? Keputusan pada Mesyuarat Ahli Parlimen PN - Thempress - 19/02 6:20 pm

PUTRAJAYA – Keputusan sama ada bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dikekalkan atau digantikan dari jawatan Ketua Pembangkang akan diputuskan menerusi Mesyuarat Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN)





'Jangan bercakap soal prinsip kalau rekod sendiri bercanggah' - Ibrahim Ali - Sinarharian - 19/02 6:18 pm

SHAH ALAM - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki Malaysia tidak boleh dihukum berdasarkan sentimen atau dorongan politik disifatkan sebagai nampak baik di atas kertas.Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Ibrahim Ali berkata, dalam politik, perkara itu hanya boleh dinilai sendiri oleh rakyat dan berdasarkan rekod pemimpin."Jangan bercakap soal prinsip kalau rekod sendiri bercanggah."Rakyat bukan lupa





Mas Ermieyati letak jawatan ketua Bersatu Masjid Tanah - FMT - 19/02 5:56 pm

Turut meletak jawatan barisan AJK Masjid Tanah, ketua sayap dan semua ketua cawangan kerana hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin Yassin.





Semua AJK Bersatu Padang Serai letak jawatan - Thempress - 19/02 5:43 pm

BAGAN SERAI – Semua Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Bagan Serai mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta, pada Rabu





PM sertai solat jenazah Tun Abdul Hamid - Sinarharian - 19/02 5:31 pm

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Musolla Taman Selatan Presint 20 bagi menziarahi jenazah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.Beliau tiba jam 4.50 petang disambut oleh salah seorang ahli keluarga terdekat sebelum menyertai solat asar dan solat sunat jenazah.Hampir 200 ahli keluarga dan kenalan hadir bagi memberi penghormatan terakhir.Antara kenamaan yang turut hadir Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh; bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin.Abdul Hamid, 84, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di samping isterinya, Toh Puan Hamidah Choong Abdullah dan anak-anak pada Khamis.Abdul Hamid dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman pada 1 Mei 1990, Hakim Mahkamah Tinggi pada 1992, Hakim Mahkamah Rayuan pada 1 September 2000 dan Hakim Mahkamah Persekutuan pada 1 Ogos 2003.Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada Disember 2007 hingga Oktober 2008.





Bapa Tiri Tular D*ra Anak Dah Ditahan Polis - Lobakmerah - 19/02 5:22 pm

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah





Wanita disamun ketika buang sampah, enam suspek diberkas - Sinarharian - 19/02 5:19 pm

SHAH ALAM Seorang wanita menempuh detik cemas apabila disamun beberapa individu bersenjatakan pisau dalam kejadian di lorong berhampiran Jalan Plumbum, Seksyen 7 di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang merupakan warga Indonesia dikatakan sedang berjalan kaki seorang diri untuk membuang sampah di kawasan berhampiran tempat tinggalnya sebelum didatangi sekumpulan individu menaiki sebuah Perodua Axia berwarna merah.Bagaimanapun, tindakan kesemua suspek itu mengundang padah apabila mereka diberkas polis pada hari sama.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.19 petang."Hasil siasatan awal mendapati beg tangan mangsa telah disamun oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan pisau."Mangsa yang ketika itu berjalan kaki seorang diri untuk membuang sampah telah didatangi suspek yang menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah sebelum beg tangannya diragut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan pegawai serta anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam telah menjalankan operasi susulan pada hari sama."Pada jam lebih kurang 9 malam, polis berjaya menahan lima lelaki dan seorang wanita tempatan yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut."Turut dirampas sebuah kenderaan yang dipercayai digunakan semasa kejadian bagi membantu siasatan lanjut," katanya.Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Sabri Abd Rani di talian 017-2892628 bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan kejadian melibatkan seorang wanita yang disamun sekumpulan individu dipercayai bersenjatakan pisau di kawasan perumahan di Shah Alam





Pemergian Abdul Hamid suatu kehilangan besar, kata ketua hakim negara - FMT - 19/02 5:13 pm

Pemergian bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad, dirasai warga kehakiman, kata Wan Ahmad Farid Wan Salleh.





Kumpulan gangster edar dadah kecundang - Sinarharian - 19/02 4:56 pm

SHAH ALAM - Kumpulan gangster yang terlibat sindiket pengedaran dadah sejak Julai tahun lalu di sekitar Lembah Klang kecundang selepas lima individu termasuk ketuanya diberkas 12 Februari lalu.Serbuan Op Bena hasil maklumat dan risikan itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menerusi empat serbuan berasingan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, serbuan pertama di kawasan perumahan berdekatan Bandar Saujana Putra, Kuala Langat berjaya menahan seorang lelaki dalam Toyota Alphard dengan rampasan 110 bungkusan plastik disyaki berisi dadah methamphetamine seberat kira-kira 114.60 kilogram (kg).Menurutnya, serbuan kedua di tempat sama turut menahan seorang lelaki dalam kereta Toyota Vios beserta penemuan 22 bungkusan plastik disyaki methamphetamine seberat 22.87 kg."Susulan itu, seorang lagi suspek lelaki telah ditahan di bangunan di Jalan Choo Cheng Khay, Kuala Lumpur."Pemeriksaan di bawah tangga bangunan itu menemui dua bagasi yang mengandungi pelbagai jenis dadah iaitu 500 katrij disyaki berisi MDMA, empat bungkusan plastik seberat 4.16 kg disyaki methamphetamine, 25 bungkusan heroin (10.18 kg), sebungkus ganja (542 gram), sebungkus ekstasi (344 gram) serta 1,060 aluminium foil berisi pil disyaki eramin 5," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.Tambahnya, dua lagi suspek termasuk seorang wanita pula ditahan dalam sebuah kereta jenis Mercedes Benz di Petaling Jaya.Katanya, nilai rampasan dadah dianggarkan berjumlah RM8.4 juta.Katanya lagi, suspek pertama dan kedua berperanan sebagai runner, manakala suspek ketiga ialah ahli sindiket."Suspek keempat pula berperanan sebagai ketua sindiket dan suspek kelima merupakan kekasihnya," ujarnya.Menurut Hussein, modus operandi sindiket ialah menyembunyikan dadah di dalam kenderaan yang ditinggalkan di lokasi ditetapkan sebelum pembeli hadir mengambil bekalan terbabit.Dedah beliau, siasatan mendapati kumpulan ini pernah disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) selain kes bunuh, khianat dengan api, mendatangkan cedera parah serta ugutan."Mereka terlibat dalam gangsterisme di sekitar Lembah Klang khususnya daerah Klang





Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia - Harapandaily - 19/02 4:39 pm

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 83 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), tengah hari tadi





Beri ruang proses siasatan isu pemilikan saham Azam Baki - Persatuan Bekas Pegawai SPRM - Sinarharian - 19/02 4:39 pm

KUALA LUMPUR Semua pihak perlu memberi ruang kepada proses siasatan berhubung isu pemilikan saham melibatkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.Persatuan Bekas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PBPSPRM) menerusi kenyataan memaklumkan isu berkenaan wajar diteliti melalui mekanisme siasatan yang telah ditubuhkan kerajaan tanpa sebarang prejudis."Malaysia berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang





Ganti rugi Ustaz Abu Syafiq fitnah KJ dikurangkan daripada RM2.5 juta kepada RM830,000 - Sinarharian - 19/02 4:27 pm

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq yang diperintah membayar ganti rugi RM2.5 juta kerana memfitnah bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis mengurangkan jumlah itu kepada RM830,000.Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Mohamed Zaini Mazlan memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan dikemukakan Abu Syafiq atau nama penuhnya Mohd Rasyiq Mohd Alwi, 46, berhubung jumlah ganti rugi berkenaan.Mohamed Zaini berkata, rayuan ini memberi tumpuan kepada kuantum ganti rugi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes fitnah yang melibatkan seorang Menteri Kesihatan.Menurutnya, Mahkamah Tinggi pada mulanya menganugerahkan ganti rugi am sebanyak RM2 juta namun ia dianggap berlebihan, maka Mahkamah Rayuan mengurangkannya kepada RM500,000."Ganti rugi teruk sebanyak RM250,000 dikekalkan kerana kenyataan fitnah itu bersifat serius dan berpotensi memberi impak kepada orang awam, semasa pandemik Covid-19 lalu."Bagi ganti rugi teladan pula, mahkamah mengurangkan jumlah itu daripada RM250,000 kepada RM80,000."Susulan itu, jumlah ganti rugi yang diberikan kepada responden (Khairy) ialah RM830,000," katanya yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Shahril Mohd Salleh.Semasa membaca keputusan sebulat suara, Mohamed Zaini berkata, panel bersetuju dengan Mahkamah Tinggi bahawa kenyataan fitnah itu adalah serius.Katanya, dakwaan tersebut membayangkan ketidakjujuran, penipuan dan pemalsuan rekod vaksinasi terhadap responden, yang ketika itu Menteri Kesihatan.Beliau berkata, terdapat lapan penerbitan berbeza dan mahkamah berpendapat bahawa responden berhak mendapat ganti rugi untuk setiap penerbitan.Bagaimanapun katanya, apabila menilai kuantum, beberapa faktor memerlukan pelarasan yang teliti.Menurutnya, ganti rugi am bertujuan mengimbangi, malah era untuk menerima ganti rugi jutaan ringgit telah berlalu dan bukan untuk memperkayakan.Dalam pada itu beliau berkata, perayu menonjolkan dirinya sebagai seorang pendakwah agama, maka dia berdepan tanggungjawab yang lebih tinggi jika membuat sebarang kenyataan awam."Ini kerana masyarakat memberikan kepercayaan, rasa hormat, dan penghormatan moral yang tinggi kepada individu yang memegang gelaran agama terutama pengikutnya."Memilih untuk menerbitkan dakwaan yang tidak disahkan, palsu,dan memfitnah terhadap responden, bukan sahaja menyalahgunakan kedudukan kuasa moralnya malah mengeksploitasi kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat kepada tokoh-tokoh agama," katanya.Pada 18 April 2025, Mahkamah Tinggi memerintahkan penceramah itu membayar RM2.5 juta kerana memfitnah Khairy.Hakim, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas membenarkan saman yang dikemukakan Khairy, 50, terhadap Abu Syafiq, atau nama penuhnya Mohd Rasyiq Mohd Alwi, 45.Semasa prosiding, hakim berkata, Khairy selaku plaintif layak menerima ganti rugi am berjumlah RM2 juta, iaitu masing-masing RM250,000 bagi setiap lapan kenyataan fitnah.Menurutnya, baki RM500,000 lagi ialah ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk, menjadikan jumlah keseluruhan RM2.5 juta.Khairy telah memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Rasyiq dan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam selaku defendan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari 2022.Saman itu dibuat susulan tulisan dalam talian antara 20 Oktober 2021 hingga 10 Januari 2022 berkaitan program vaksinasi Covid-19 kerajaan.Saman tersebut difailkan melalui tetuan Rashid Zulkifli selepas defendan enggan mematuhi tuntutan Khairy antaranya supaya dakwaan-dakwaan mereka dipadam pada 16 Januari 2022.Menurut laporan, Khairy menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam serta permohonan maaf di media sosial dan beberapa portal berita.Dalam pada itu, Mohd Rasyiq menerusi satu hantaran berasingan sebelum itu turut menyatakan bahawa dia akan memadam semua hantaran dan video vaksin berkait dengan bekas Ahli Parlimen Rembau itu.Bagaimanapun pada 15 April 2024, kes saman terhadap Lokman diselesaikan secara baik apabila beliau bersetuju untuk memohon maaf kepada Khairy dalam tempoh 30 hari selain membayar pampasan.Dalam prosiding tersebut Khairy tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili peguam, Abdul Rashid Ismail sementara Abu Syafiq yang memakai kot berwarna hitam diwakili peguam, Lejerod Limpuong





Pemergian Tun Abdul Hamid kehilangan besar buat institusi kehakiman - Sinarharian - 19/02 4:14 pm

PUTRAJAYA Pemergian bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang kembali ke rahmatullah pada Khamis merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga kehakiman.Ketua Hakim Negara, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, Badan Kehakiman Malaysia merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham pada hari pertama Ramadan tahun ini.Beliau mewakili Badan Kehakiman menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan tersebut."Allahyarham memberi sumbangan besar kepada institusi kehakiman sepanjang perkhidmatannya selaku Ketua Hakim Negara bermula 1 November 2007 hingga 17 Oktober 2008."Sesungguhnya kepulangannya ke rahmatullah merupakan satu kehilangan besar buat warga kehakiman khasnya dan negara amnya," katanya dalam satu kenyataan media Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia pada Khamis.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Allahyarham meninggal dunia pada usia 84 tahun di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia.Perkara itu disahkan keluarga Allahyarham dan proses pengebumian dijangka dilaksanakan selepas solat Asar.Allahyarham dikenali atas sumbangannya dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus badan kehakiman negara sepanjang kerjaya perundangannya.Beliau dilahirkan pada 18 April 1942 di Kampung Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang





Suspek dera anak tiri dalam video tular sudah didakwa di mahkamah - Polis - Sinarharian - 19/02 4:09 pm

KUALA LUMPUR Seorang lelaki yang didakwa mendera anak tirinya menerusi video tular baru-baru ini telah ditahan polis dan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember tahun lalu.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video tular di media sosial Threads pada 19 Februari 2026 yang dimuat naik oleh pemilik akaun capricedaddycap.Beliau berkata, video berdurasi dua minit itu memaparkan seorang lelaki bertindak memukul, mengasari dan menendang seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun selain mengarahkannya berlari berulang kali."Semakan mendapati, pihak polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu lebih awal iaitu pada 19 Disember 2025 jam 1.48 petang daripada seorang wanita berusia 27 tahun yang juga ibu kepada mangsa."Pengadu memaklumkan telah melihat beberapa rakaman video menunjukkan suspek melakukan penderaan mental dan fizikal terhadap anaknya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, kejadian dipercayai berlaku di sebuah kediaman serta sekitar kawasan Setapak.Susulan laporan diterima, katanya, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001."Pada 20 Disember 2025, pihak polis telah menahan seorang lelaki Melayu berusia 32 tahun yang merupakan suami pengadu dan ayah tiri kepada mangsa bagi membantu siasatan."Suspek kemudiannya telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 26 Disember 2025," katanya.Fadil berkata, orang ramai disarankan agar segera membuat laporan polis sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes penderaan, khususnya membabitkan kanak-kanak."Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak memukul, menendang serta mengarahkan seorang kanak-kanak berlari berulang kali dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Setapak.





12 pegawai, anggota polis disiasat kes rompakan berkumpulan mata wang kripto - Sinarharian - 19/02 3:48 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seramai 12 anggota dan pegawai polis disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kes samun membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto daripada sekumpulan warga China baru-baru ini.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, berkata laporan diterima pihaknya pada jam 2.07 petang, 6 Februari lalu."Tindakan segera diambil dan seramai 12 anggota polis telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan."Kes masih dalam siasatan dan Polis Selangor menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang terlibat dalam aktiviti jenayah," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambahnya, orang ramai diminta memberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan dan tidak membuat sebarang spekulasi.Difahamkan, mereka yang ditahan masing-masing terdiri daripada seorang berpangkat asisten superintenden, inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.Sebelum itu, media tempatan melaporkan sepasukan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah menyerbu sebuah banglo dua tingkat di Country Heights, Kajang, pada 5 Februari lalu selepas disyaki terdapat aktiviti penipuan dalam talian yang dikaitkan dengan sindiket di Kemboja.Bagaimanapun, dikatakan tiada bukti kegiatan jenayah ditemukan di lokasi terbabit.Mangsa kemudian dikatakan diugut akan ditahan dan dikenakan tindakan imigresen kecuali membayar RM400,000 kepada polis terbabit.Selepas rundingan, anggota polis terbabit didakwa bersetuju menerima bayaran 50,000 USDT (mata wang kripto) yang dipindahkan ke alamat dompet kripto yang diberikan.Penahanan dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang juru ukur pasaran warga China berusia 31 tahun yang mendakwa dia dan tujuh rakannya dipaksa memindahkan mata wang kripto terbabit.Tangkapan kesemua 12 anggota itu dilakukan selepas beberapa hari laporan dibuat.





PN gesa kerajaan tubuh RCI siasat perjanjian mega RM1.1 bilion - Sinarharian - 19/02 3:47 pm

SHAH ALAM Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan segera menubuhkan Jawatankuasa Khas Siasatan bertaraf Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang diketuai seorang bekas hakim mahkamah atasan bagi menyiasat perjanjian mega antara kerajaan pusat dengan sebuah syarikat asing bernilai RM1.1 bilion.Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah tegas dan segera perlu diambil sekiranya kerajaan benar-benar serius serta komited dalam usaha memerangi rasuah dan salah laku sehingga ke akar umbi."Kerajaan tidak boleh berdiam diri atau berlindung di sebalik prosedur dan retorik semata-mata





Perlu JK Siasatan Khas: Angka RM1.1 bilion bukan kecil - Harakahdaily - 19/02 3:45 pm

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menggesa kerajaan menubuhkan segera sebuah Jawatankuasa Khas Siasatan bertaraf Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat perjanjian mega dianggarkan bernilai RM1.1 bilion yang kini dalam siasatan





Lagi ketua bahagian Bersatu umum letak jawatan - FMT - 19/02 3:39 pm

Bukit Gantang, Bagan Serai dan Bintulu kini masuk senarai Bersatu bahagian yang didakwa bubar.





PAS rakam takziah pemergian Tun Abdul Hamid - Harakahdaily - 19/02 3:10 pm

KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan ucapan dukacita dan takziah kepada seluruh keluarga mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad yang meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini.Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, ucapan takziah itu ditujukan kepada seluruh keluarga Allahyarham atas pemergian tokoh berkenaan.Semoga roh Almarhum ditempatkan dalam […] The post PAS rakam takziah pemergian Tun Abdul Hamid appeared first on Harakahdaily .





Ahmad Farid, Badan Kehakiman Malaysia ucap takziah kehilangan Tun Abdul .. - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Ahmad Farid, Badan Kehakiman Malaysia ucap takziah kehilangan Tun Abdul Hamid KUALA LUMPUR Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili Badan Kehakiman Malaysia dan seluruh warga kerjanya mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Tun Abdul Hamid Mohamad yang meninggal dunia hari ini





Jasad adik anggota bomba ditemukan terdampar di pantai - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Jasad adik anggota bomba ditemukan terdampar di pantai KUALA LUMPUR - Jasad Ahmad Nuruddin Ab





Kembalikan media sebagai tiang perpaduan negara – PTVM - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Kembalikan media sebagai tiang perpaduan negara - PTVM KUALA LUMPUR - Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) menyeru kerajaan mengembalikan semula peranan media sebagai tiang perpaduan negara





Pekerja swasta rugi lebih RM600,000 diperdaya pelaburan saham .. - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Pekerja swasta rugi lebih RM600,000 diperdaya pelaburan saham 'Bookmap Malaysia' KUANTAN - Seorang pekerja swasta kerugian RM636,123.06 kerana terpedaya tawaran pelaburan saham tidak wujud melalui Facebook





Malaysia rekod perdagangan bersejarah RM3 trilion 2025 - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Malaysia rekod perdagangan bersejarah RM3 trilion 2025 Sektor perkhidmatan catat lebih dagangan selepas 13 tahun KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan jumlah perdagangan barangan melebihi RM3 bilion buat kali pertama dan bersejarah tahun lalu, sekali gus mencerminkan daya tahan ekonomi yang luar biasa





Tun Abdul Hamid meninggal dunia Tun Abdul Hamid meninggal dunia - Mgazette - 19/02 2:46 pm

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini





Kastam Pahang gagalkan cubaan seludup 8 kontena e-waste bernilai RM2.15 .. - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Kastam Pahang gagalkan cubaan seludup 8 kontena e-waste bernilai RM2.15 juta KLANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup sisa elektronik (e-waste) dari luar negara membabitkan rampasan lapan kontena bernilai kira-kira RM2.15 juta dalam satu operasi di Pelabuhan Klang, Selangor, awal bulan ini





Rakyat menilai rekod, bukan kata-kata – Ibrahim Rakyat menilai .. - Mgazette - 19/02 2:46 pm

KUALA LUMPUR Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dihukum berdasarkan sentimen atau dorongan politik akan ditentukan oleh rakyat yang menilai rekod, bukan dengan kata-kata, kata Datuk Dr Ibrahim Ali





Azam Baki tidak boleh dihukum berdasarkan sentimen dan dorongan politik - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Azam Baki tidak boleh dihukum berdasarkan sentimen dan dorongan politik KUALA LUMPUR - Isu membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mesti disiasat berlandaskan undang-undang, bukannya digerakkan oleh sentimen atau persepsi semata-mata





Umum bubar bahagian hanya gimik politik ??? MPT Bersatu - Mgazette - 19/02 2:46 pm

# Umum bubar bahagian hanya gimik politik MPT Bersatu KUALA LUMPUR - Pengumuman pembubaran oleh kepimpinan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan lebih bersifat gimik politik





Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 - Perangkaan - Sinarharian - 19/02 2:37 pm

KUALA LUMPUR - Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ia didorong oleh empat kumpulan, didahului oleh penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan yang meningkat 6.6 peratus berbanding 5.7 peratus pada Disember 2025.Ini diikuti oleh pendidikan yang menokok 3.2 peratus (Disember 2025: 2.8 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain yang meningkat 1.2 peratus (Disember 2025: 0.9 peratus) dan rekreasi, sukan dan budaya naik 0.9 peratus (Disember 2025: 0.8 peratus).Minuman beralkohol dan tembakau (2.5 peratus) serta kumpulan makanan dan minuman (1.5 peratus) mencatatkan kenaikan, peningkatan yang sama dicatatkan bulan sebelumnya, katanya.DOSM berkata, kira-kira 62 peratus barangan (355 daripada 573) mencatatkan kenaikan harga, di mana 346 barangan (97.5 peratus) meningkat sebanyak 10 peratus atau kurang.Hanya sembilan barangan menyaksikan peningkatan lebih daripada 10 peratus pada Januari 2026, manakala baki 173 barangan (30.2 peratus) mencatatkan penurunan, harga 45 barangan kekal tidak berubah.Purata harga petrol tanpa plumbum RON97 pada Januari 2026 adalah RM3.11 seliter, lebih rendah daripada RM3.24 seliter dicatatkan pada Disember 2025, katanya."Sementara itu, purata harga diesel di Semenanjung Malaysia adalah RM2.89 seliter berbanding RM3.03 seliter pada Disember 2025 (Januari 2025: RM3.06 seliter)





Bekas ketua hakim Tun Hamid kembali ke rahmatullah - Mkini - 19/02 2:33 pm

Bekas ketua hakim negara meninggal dunia pada usia 83 tahun.





Polis, Jabatan Alam Sekitar serbu kilang proses sisa plastik - Utusan - 19/02 2:24 pm

SEREMBAN: Sebuah premis yang memproses sisa plastik di satu kawasan industri di Senawang dekat sini diserbu anggota polis dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam Op Hazard E-Waste pada Isnin lalu





Pakai tudung, bawa beg tangan sebelum pecah rumah - Sinarharian - 19/02 2:22 pm

SHAH ALAM - Seorang individu bertindak menyamar sebagai wanita dengan memakai tudung serta membawa beg tangan sebelum dipercayai memecah masuk sebuah rumah di kawasan Pusat Komersial Seksyen 7, di sini, pada Rabu.Bagaimanapun tindakan suspek itu terbongkar apabila aksinya itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, kejadian itu tular di media sosial sebelum satu laporan polis dibuat mangsa pada jam 7.20 malam, 18 Februari lalu.Beliau berkata, mangsa merupakan seorang wanita Melayu berusia lingkungan 20-an yang juga pelajar sebuah universiti awam tempatan serta penyewa rumah di unit berkenaan bersama rakan-rakannya."Mangsa memaklumkan kali terakhir meninggalkan rumah tersebut pada 17 Februari lalu untuk pulang bercuti di kampung."Bagaimanapun pada 18 Februari, kira-kira jam 6.30 petang, selepas pulang bercuti, mangsa mendapati pintu masuk utama rumahnya terbuka dan keadaan dalam rumah berselerak dipercayai telah dimasuki individu tidak dikenali," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Katanya, siasatan awal berdasarkan semakan CCTV mendapati seorang lelaki telah memecah masuk ke dalam rumah berkenaan pada jam 9.26 pagi, 18 Februari lalu ketika tiada penghuni di rumah.Ujarnya, suspek dipercayai menyamar sebagai wanita bagi mengelakkan perbuatannya disyaki penduduk lain di kawasan tersebut."Siasatan mendapati suspek memakai pakaian perempuan dengan memakai tudung dan membawa beg tangan ketika melakukan jenayah berkenaan."Taktik penyamaran itu dipercayai digunakan bagi memperdaya penghuni lain dan mengaburi mata orang ramai di kawasan komersial tersebut," katanya.Beliau berkata, bagaimanapun dalam kejadian itu tiada sebarang kerugian atau kehilangan barang berharga dilaporkan."Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan."Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034 bagi membantu siasatan," katanya.Tambahnya, orang ramai terutamanya penduduk kawasan sekitar dinasihatkan agar memaklumkan kepada jiran atau pihak polis sendiri di balai berdekatan sekiranya meninggalkan rumah untuk bercuti.





Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid meninggal dunia - Kosmo - 19/02 2:21 pm

PETALING JAYA – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia pada usia 84 tahun, hari ini





Inflasi Malaysia naik 1.6 peratus, Kelantan paling rendah – DOSM - Harakahdaily - 19/02 2:20 pm

KUALA LUMPUR: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengumumkan kadar inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks mencatatkan peningkatan sebanyak 135.7 berbanding 133.6 pada tempoh sama tahun sebelumnya, dengan negeri Kelantan mencatat Kelantan mencatat inflasi terendah iaitu 0.3 peratus





[VIDEO] Lelaki bertudung pecah rumah pelajar universiti - Kosmo - 19/02 2:15 pm

SHAH ALAM – Taktik licik seorang lelaki menyamar sebagai wanita termasuk bertudung bagi memecah masuk rumah sewa pelajar universiti awam di Seksyen 7, terbongkar selepas aksinya berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV)




Reformasi     >>



Dugaan hari pertama Ramadan, khemah peniaga bazar .. - Harapandaily
Dugaan hari pertama Ramadan apabila bazar terpanjang di Bandar Tasik Puteri, dekat Rawang rosak akibat hujan lebat dan angin kencang petang semalam. Video keadaan bazar yang agak kucar kacir dengan beberapa khemah peniaga diterbangkan angin, berlegar di media sosial. Jualan makanan dan minuman ..
Kroni     >>



Former chief justice Tun Abdul Hamid dies at 83 - Star
KUALA LUMPUR:The nation's fifth chief justice, Tun Abdul Hamid Mohamad (pic), 83, passed away at Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yesterday. Read full story
Tabloid     >>



Paru-Paru Kanan Anak Collapse, Amyza Aznan Mohon Doa .. - Rotikaya
Pelakon Amyza Aznan berkongsikan mengenai keadaan anaknya, Andre Mikhail serta memaklumkan paru-paru bahagian kanan Andre collapse susulan saiz tumor semakin membesar. Menerusi hantaran di Insta Story, Amyza berkata prosedur untuk... Baca selanjutnya → The post Paru-Paru Kanan Anak ..
Tech     >>



Rivian rolls out an Apple Watch app with vehicle .. - Engadget
Rivian suggests that vehicle owners can leave their phone at home (or perhaps in a glove box) and instead control some aspects of their EV using a new Apple Watch app . With a tap of your watch, you can unlock and lock the doors, sound the alarm and vent the windows. After the digital key is set ..
World     >>



Epstein files: Former prince Andrew released by .. - Cnbc
President Donald Trump said the arrest of Andrew Mountbatten-Windsor, the brother of King Charles III, was "very sad" and "so bad for the royal family."
Motor Trend     >>



Motosikal Qjmotor Srt 450 Rx Pesaing Baharu Adv Segmen .. - Mekanika
# QJMOTOR SRT 450 RX PESAING BAHARU ADV SEGMEN 450CC - 47HP, 41NM **Motosikal adventure segmen 500cc kini semakin popular dipasaran global ekoran menawarkan ciri motosikal ADV yang lengkap namun dengan harga yang mesra poket.** Segmen ini rata-rata didominasi motosikal dari China dan India ..