| /// |
|
| Search : Ketua Bahagian News | Page 1 |
|
Mayat lelaki disambar buaya di Sadong Jaya ditemukan - Mgazette - 19/02 8:01 am # Mayat lelaki disambar buaya di Sadong Jaya ditemukan KUCHING -****Lelaki yang dilaporkan hilang selepasdiserang buaya ketika menjala udang di bawah jambatan Sungai Buloh, Sadong Jaya, kira-kira 40 kilometer dari sini semalam ditemukan meninggal dunia |
|
Milikan saham Azam Baki cetus persoalan tatakelola pegawai tinggi kerajaan - Mgazette - 19/02 8:01 am # Milikan saham Azam Baki cetus persoalan tatakelola pegawai tinggi kerajaan KUALA LUMPUR Pendedahan mengenai pemilikan 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Berhad melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menimbulkan persoalan besar terhadap aspek pematuhan tata kelola dan integriti dalam kalangan pegawai tertinggi penguat kuasa undang-undang negara |
|
Wanita Rohingya mati dibunuh suami dikebumi bersama bayi dalam kandungan - Mgazette - 19/02 8:01 am # Wanita Rohingya mati dibunuh suami dikebumi bersama bayi dalam kandungan KOTA TINGGI - Wanita etnik Rohingya yang maut dibunuh suaminya dengan lesung Batu Jumaat lalu selamat dikebumikan bersama-sama bayi dalam kandungannya di Tanah Perkuburan Islam Makam Dagang, Kampung Makam di sini hari ini |
|
Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin ATM di Jinjang - Mgazette - 19/02 8:01 am # Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin ATM di Jinjang KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa cawangan bank di sekitar Jinjang di sini |
|
Lima beranak selamat dikebumikan dalam dua liang lahad Lima beranak .. - Mgazette - 19/02 8:01 am # Lima beranak selamat dikebumikan dalam dua liang lahad KUANTAN - Jenazah lima beranak ditemukan maut dibunuh di Taman Cherating Damai semalam, selamat dikebumikan di di Tanah Perkuburan Islam Cherathing malam ini |
|
Bunga api shoot cake meletup, lelaki putus kaki kiri - Mgazette - 19/02 8:01 am # Bunga api shoot cake meletup, lelaki putus kaki kiri SEGAMAT - Seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri akibat letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini malam tadi |
|
Perlembagaan Bersatu tidak benarkan ahli bubarkan bahagian – Tun .. - Mgazette - 19/02 8:01 am # Perlembagaan Bersatu tidak benarkan ahli bubarkan bahagian - Tun Faisal KUALA LUMPUR Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak memperuntukkan sebarang kuasa kepada mana-mana ahli termasuk ketua bahagian untuk membubarkan mana-mana bahagian parti, tegas Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz |
|
Kuota haji 1447H/2026M sudah penuh - Mgazette - 19/02 8:01 am KUALA LUMPUR Proses tawaran haji bagi musim 1447H/2026M berjalan lebih lancar dengan kuota haji rasmi negara sebanyak 31,600 jemaah telah diisi sepenuhnya lebih awal, sekali gus menyaksikan kadar penangguhan menurun kepada 18 peratus berbanding 50 peratus pada musim lalu |
|
Bersatu Damansara tidak dibubar, usul tidak percaya terhadap ketua .. - Mgazette - 19/02 8:01 am # Bersatu Damansara tidak dibubar, usul tidak percaya terhadap ketua bahagian KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Damansara menafikan berlaku pembubaran seperti yang tular kebelakangan ini |
|
Motosikal Kerjasama Ktm Dan Kiska Design Berakhir Selepas Lebih 30 Tahun .. - Mekanika - 19/02 8:01 am # KERJASAMA KTM DAN KISKA DESIGN BERAKHIR SELEPAS LEBIH 30 TAHUN **KTM dilaporkan sedang membangunkan jabatan rekaan sendiri sekaligus menamatkan kerjasama puluhan tahun dengan firma rekaan terkemuka, KISKA Design.** KTM dan KISKA Design menjalinkan hubungan erat sekian lamanya ekoran sebahagian dari pemilikan firma tersebut adalah milik Pierer Mobility |
|
Pandu Uji Perodua Traz – Suv “toyota” Mampu Milik? Read .. - Mekanika - 19/02 8:01 am Beberapa minggu lepas, ayah penulis bertanya bagaimana untuk menaiktaraf pengendalian Perodua Ativa |
|
Puspakom rangka protokol pemeriksaan EV dan ART - Utusan - 19/02 7:45 am SHAH ALAM: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) merangka protokol bagi pemeriksaan kenderaan elektrik (EV) dan Transit Rapit Autonomi (ART) sebagai persiapan menghadapi teknologi pengangkutan masa depan |
|
Azizul, Ridwan sandaran utama keirin ACC - Utusan - 19/02 7:30 am PETALING JAYA: Dua pelumba pecut utama negara, Datuk Azizulhasni Awang dan Muhammad Ridwan Sahrom bakal menjadi sandaran utama negara dalam acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang dijadual berlangsung di Filipina Mac ini |
|
Suami maut, isteri dan anak cedera nahas dua kenderaan - Sinarharian - 18/02 11:01 pm ALOR SETAR - Seorang lelaki maut manakala isteri dan tiga anaknya cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan di jejambat Jalan Titi Kobah, Pendang pada Selasa.Ketua Polis Daerah PendangSuperintendenRodzi Abu Hassan berkata, kejadian pada kira-kira 11.30 malam itu menyebabkan penumpang hadapan iaitu lelaki berusia 39 tahun maut akibat kecederaan parah dikepala."Sebelum kejadian, MPV dipandu isteri mangsa yang berusia 36 tahun itu dalam perjalanan dari arah Pendang menghala ke Kota Sarang Semut.. |
|
Lelaki maut putus kaki motosikal ditunggang lawan arus bertembung kereta - Sinarharian - 18/02 10:44 pm SIBU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melawan arus dan bertembung dengan kenderaan sebuah kereta di Kilometer 209, Jalan Sibu-Bintulu, pada pagi Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun mengalami putus kaki kiri dan parah di bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi.Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Bonjface Anak Bajai berkata, kemalangan melibatkan Perodua Myvi dan motosikal jenis Yamaha Y15ZR."Hasil siasatan awal, motosikal mangsa sedang bergerak melawan arus menghala ke Sibu Jaya dan bertembung dengan kenderaan yang dipandu seorang lelaki berusia 51 tahun menuju ke pusat bandar."Akibat pertembungan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi manakala pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, kenderaan terlibat mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan, manakala motosikal rosak sepenuhnya."Satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. |
|
Pemancing maut terkena serangan jantung di Pantai Bukit Bubus - Kosmo - 18/02 9:56 pm BESUT – Sekumpulan lelaki yang sedang memancing gempar dengan penemuan mayat lelaki di Pantai Bukit Bubus di sini semalam |
|
Isyarat awal ke Glasgow 2026 - Sinarharian - 18/02 9:53 pm MALAYSIA muncul juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Jemputan 7 Negara 2026 selepas mengungguli kesemua empat acara pada hari terakhir saingan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur |
|
'Alhamdulillah' - Radzi Jidin kongsi foto cetus tanda tanya bertemu Abdul Hadi - Sinarharian - 18/02 9:40 pm SHAH ALAM - Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin yang baharu sahaja dilantik menjalankan tugas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkongsi gambar pertemuan beliau dengan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.Turut kelihatan dalam gambar yang dikongsikan Mohd Radzi ialah Setiausaha Agung Pas merangkap Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan; Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Datuk Razali Idris.Tidak memperincikan lokasi pertemuan dan butiran perbualan, Mohd Radzi memuat naik hantaran tersebut di Facebook dengan kapsyen pendek sahaja."Alhamdulillah," katanya pada Rabu.Sementara itu, Razali turut memuat naik status memaparkan foto pertemuan tersebut di laman Facebooknya."Insya-ALLAH," tulisnya ringkas.Pada Sabtu lalu, Mesyuarat Khas Majlis Pimpinan Tertinggi (MT) Bersatu bersetuju melantik Mohd Radzi dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden.Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia tindakan yang perlu diambil dan pilihan terbaik buat masa ini dalam usaha untuk memulihkan perpaduan dan menyelamatkan parti.Jelas beliau, mesyuarat khas MPT sepakat untuk terus menyokong perjuangan Bersatu, membina semula parti dan memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Kenyataan itu dibuat selepas parti mengadakan Mesyuarat Khas MPT Bersatu di kediaman rasminya di Bukit Damansara. |
|
Suspek pecah skrin mesin ATM dicekup - Sinarharian - 18/02 9:29 pm KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga emas dipercayai terlibat dalam perbuatan khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di beberapa cawangan bank di sekitar Jinjang di sini.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, suspek warga tempatan berusia 65 tahun itu ditahan jam 3.21 petang pada Rabu dan polis merampas sebuah motosikal, sebuah topi keledar, pakaian dan seketul batu yang digunakan dalam jenayah berkenaan."Siasatan awal mendapati suspek memecahkan skrin mesin berkenaan menggunakan objek batu kerana tidak berpuas hati selepas gagal mengeluarkan wang daripada mesin ATM," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, dengan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan lima kes khianat pecah skrin mesin ATM yang dilaporkan sebelum ini.Basri berkata, siasatan lanjut diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan.Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki disyaki terlibat dalam siri kes khianat memecahkan beberapa mesin ATM di sekitar Jinjang dengan anggaran kerugian RM64,000 |
|
'Bersatu Bahagian Damansara tidak pernah dibubarkan' - Sinarharian - 18/02 8:58 pm SHAH ALAM Dakwaan berhubung pembubaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Damansara sepertimana tular kebelakangan ini adalah tidak benar.Setiausaha Bersatu Bahagian Damansara, Aliff Taufid menafikan pembubaran berlaku sambil menegaskan bahawa bahagian itu kekal berfungsi seperti biasa, bahkan ia tidak pernah dibubarkan.Menurutnya, Ketua Bahagian Damansara, Mhd Redzuan Mohd Ali ada menyuarakan hasrat dalam satu mesyuarat khas yang diadakan baru-baru ini agar Bersatu Bahagian Damansara dibubarkan.Bagaimanapun, kata Aliff, cadangan tersebut ditentang keras oleh majoriti Jawatankuasa Bahagian."Jawatankuasa Bahagian turut meminta agar Ketua Bahagian mempertimbangkan untuk meninggalkan parti susulan pendirian tersebut."Namun, beliau masih berhasrat untuk mengekalkan jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan parti akan datang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Aliff menambah, dalam satu perjumpaan Jawatankuasa Bahagian yang dihadiri lebih dua pertiga kepimpinan, satu ketetapan dibuat sebulat suara iaitu menyatakan usul tidak lagi percaya terhadap Mhd Redzuan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Damansara.Justeru kata Aliff, Jawatankuasa Bahagian menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan pucuk pimpinan parti serta memberikan kepercayaan penuh kepada Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Damansara iaitu Muhammad Rais Abu Hasan Ashari untuk memangku jawatan Ketua Bahagian sehingga pemilihan parti akan datang."Saya tegaskan sekali lagi bahawa Bersatu Bahagian Damansara tidak dibubarkan."Jawatankuasa Bahagian kekal seperti sedia ada, hanya tiga individu termasuk penyandang Ketua Bahagian menyokong cadangan pembubaran, selebihnya kepimpinan kekal setia bersama parti."Kenyataan ini dikeluarkan bagi memperjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan kekeliruan dalam kalangan ahli serta masyarakat umum," ujar beliau. |
|
Pemilik ‘dashcam’ diminta bantu kes maut dua beradik - Kosmo - 18/02 8:32 pm REMBAU – Polis meminta pemilik rakaman kamera papan pemuka (dashcam) tampil membantu siasatan kemalangan maut membabitkan dua beradik di Kilometer 19, Jalan Seremban – Tampin, di sini semalam |
|
Berang tak dapat keluarkan wang punca warga emas rosakkan 12 mesin ATM - Kosmo - 18/02 8:20 pm KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga emas diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kes khianat dengan memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar Jinjang, Sentul di sini |
|
Op Bersepadu: 3 peniaga Kunak dikompaun - Thempress - 18/02 6:49 pm KUNAK – Tiga peniaga di sekitar daerah Kunak dikenakan tindakan undang-undang dalam operasi penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna bersama Bahagian Penguatkuasa Kementerian Kesihatan… |
|
Pertimbang semula pemecatan Zainol Fadzi - Bersatu Pasir Salak - Sinarharian - 18/02 6:40 pm IPOH Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Pasir Salak memohon Lembaga Rayuan parti agar mempertimbangkan semula keputusan pemecatan terhadap ketua bahagiannya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Setiausaha Bersatu Bahagian Pasir Salak, Noridayu Ismael berkata, pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin parti berhubung tindakan terhadap Zainol Fadzi.Menurutnya, bagaimanapun permohonan rayuan wajar dipertimbangkan berdasarkan keseluruhan latar belakang serta rekod perjuangan pemimpin berkenaan khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manik."Bersatu Bahagian Pasir Salak menghormati keputusan Lembaga Disiplin parti berhubung tindakan terhadap Datuk Zainol Fadzi Paharudin."Namun demikian, dengan mengambil kira jasa, komitmen serta sumbangan besar yang telah dicurahkan oleh Datuk Zainol Fadzi dalam memperkukuh dan membangunkan parti di Bahagian Pasir Salak, kami dengan penuh rendah hati memohon agar Lembaga Rayuan parti dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, Noridayu menjelaskan seluruh Jawatankuasa Bersatu Bahagian Pasir Salak kekal utuh dan terus komited melaksanakan tanggungjawab seperti biasa bagi memastikan kestabilan organisasi serta kelancaran gerak kerja parti di kawasan berkenaan.Menurutnya, bagi memastikan kesinambungan pentadbiran bahagian, kepimpinan kini dipangku oleh Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pasir Salak, Mohammad Zahid Ahmad Nawawi selaras dengan peruntukan Fasal 19.9 Perlembagaan parti.Mengulas persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), beliau berkata, Bersatu Bahagian Pasir Salak akan memperhebat usaha memperkukuhkan jentera parti di peringkat akar umbi selain menyusun strategi lebih tersasar serta meningkatkan kehadiran bersama rakyat.Katanya, hubungan kerjasama bersama rakan komponen Perikatan Nasional di kawasan Pasir Salak turut akan terus diperkasa bagi memastikan kesepaduan dan kesiapsiagaan menghadapi pilihan raya akan datang.Pada 13 Februari lalu Sinar Harian melaporkan Zainol Fadzi antara 17 pimpinan Bersatu Perak yang dipecat Lembaga Disiplin parti itu kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.Antara wakil rakyat dari Perak yang turut dipecat ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan |
|
Kuota haji diisi sepenuhnya, kadar penangguhan lebih rendah - TH - Sinarharian - 18/02 5:53 pm SHAH ALAM - Proses tawaran haji musim 1447H/2026M berjalan lebih lancar dengan kuota haji yang diperuntukkan sudah diisi sepenuhnya hasil inisiatif penambahbaikan dilaksanakan Lembaga Tabung Haji (TH).Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata, secara keseluruhan sekitar 85,000 permohonan rayuan haji diterima berbanding kuota tahunan sebanyak 31,600."TH telah menerima sekitar 85,000 permohonan rayuan haji bagi musim 1447H berbanding kuota tahunan sebanyak 31,600 |
|
Gotong-royong bersih Tanah Perkuburan Islam Batu Miris erat ukhuwah menjelang Ramadan - Thempress - 18/02 5:49 pm LIMBANG – Semangat kebersamaan jelas terpancar apabila kira-kira 70 penduduk Kampung Patiambun bergotong-royong membersihkan Tanah Perkuburan Islam Batu Miris dalam program yang diadakan pagi tadi |
|
Lelaki maut dibaham buaya, kesan gigitan pada perut mangsa - Thempress - 18/02 5:44 pm SADONG JAYA Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menjala ikan ditemui maut dengan kesan gigitan buaya pada bahagian perut di Sungai Buloh, dekat sini, pada Rabu |
|
Bazar Ramadan di Sabah Trade Centre bermula esok - Thempress - 18/02 5:40 pm KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kanopi kepada 30 penjaja dan peniaga kecil di Bazar Ramadan… |
|
Lelaki putus kaki terkena letupan bunga api malam Tahun Baharu Cina - Sinarharian - 18/02 5:24 pm SEGAMAT - Seorang lelaki cedera parah sehingga putus kaki kiri akibat letupan bunga api di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput di sini malam Selasa.Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, kejadian tersebut berlaku ketika mangsa yang berusia 30-an bermain bunga api itu jam 12.30 tengah malam."Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai bermain bunga api jenis shoot cake 4(D) 16 shot (premium) di hadapan rumahnya sempena Tahun Baharu Cina."Bunga api tersebut meletup dan mangsa cedera parah sehingga kudung kaki kiri."Mangsa kemudian dikejarkan ke Zon Merah Hospital Segamat untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pegawai perubatan mengesahkan mangsa putus kaki kiri bawah lutut dan kini dalam keadaan stabil."Kes disiasat bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali."Pihaknya menasihatkan orang ramai agar bermain bunga api yang dibenarkan di kawasan lapang di samping mengamalkan langkah-langkah keselamatan," ujarnya.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat 07-9324222 atau mana-mana balai polis berhampiran. |
|
Bersatu tidak ketandusan pemimpin - Tun Faisal - Sinarharian - 18/02 4:55 pm Parti ini tidak ketandusan pemimpin. Jika tiada ketua bahagian, masih ada timbalan ketua bahagian."Jika tiada, masih ada naib ketua bahagian dan ahli jawatankuasa yang boleh menggalas tanggungjawab," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Dilaporkan ketika ini lebih 20 bahagian Bersatu dibubarkan susulan krisis yang melanda parti berkenaan.Krisis dalaman parti yang diterajui Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin kian panas selepas Bersatu mengumumkan pemecatan Hamzah dan beberapa pimpinan lain.Bagaimanapun, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil menafikan dakwaan ada beberapa bahagian parti itu terbubar susulan peletakan jawatan ahli jawatankuasanya.Beliau turut menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas, serta bercanggah dengan peraturan dan perlembagaan parti.Sementara itu,menerusi hantaran panjang lebar di media sosialnya, Tun Faisal menegaskan, ketiadaan individu yang didakwa menjadi punca perpecahan dalaman akan membuka ruang kepada lebih ramai pemimpin sedia ada untuk tampil memperkukuh organisasi parti di peringkat akar umbi.Tambahnya, situasi tersebut juga memberi peluang kepada tokoh baharu sama ada dari dalam mahupun luar parti untuk bersama-sama memperjuangkan agenda Bersatu."Selagi duri dalam daging ada, selagi ada api dalam sekam, agak sukar untuk kita ke hadapan |
|
11 ketua bahagian Bersatu Johor letak jawatan - Hotfm - 18/02 4:08 pm Wakil kumpulan berkenaan kata krisis kepimpinan termasuk pemecatan pemimpin menyebabkan kepercayaan ahli terhakis. |
|
11 ketua bahagian Bersatu Johor letak jawatan - FMT - 18/02 4:08 pm Wakil kumpulan berkenaan kata krisis kepimpinan termasuk pemecatan pemimpin menyebabkan kepercayaan ahli terhakis. |
|
JPJ laksana nombor giliran tanpa had di semua pejabatnya - Mgazette - 18/02 3:59 pm # JPJ laksana nombor giliran tanpa had di semua pejabatnya KUALA LUMPUR Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) memutuskan pemberian nombor giliran di semua pejabatnya di seluruh negara dilaksanakan tanpa had sepanjang waktu operasi berkuat kuasa 13 Januari lalu bagi menangani isu nombor giliran habis walaupun kaunter masih dibuka |
|
Siasatan SPRM perlu dipantau badan bebas, Azam wajar direhatkan sementara .. - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Siasatan SPRM perlu dipantau badan bebas, Azam wajar direhatkan sementara Dr Akmal KUALA LUMPUR Jawatankuasa siasatan terhadap kepimpinan tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipantau badan bebas termasuk Jawatankuasa Parlimen dwipartisan atau tribunal bebas berwibawa |
|
Atasi kesesakan di laluan Simpang Renggam ke Johor Bahru – Suraya - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Atasi kesesakan di laluan Simpang Renggam ke Johor Bahru - Suraya JOHOR BAHRU - Kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Utara Selatan antara Simpang Renggam ke Johor Bahru/Johor Bahru ke Simpang Renggam kini mencapai tahap yang sangat membimbangkan |
|
Sumayyah dibedah siasat pada ulang tahun hari jadinya hari ini - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Sumayyah dibedah siasat pada ulang tahun hari jadinya hari ini KUANTAN - Tiada siapa boleh menduga hari ulang tahun keduanya hari ini disambut dengan proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini selepas maut di tangan bapa sendiri semalam |
|
Budak lemas mandi laut ditemui mayatnya terdampar di pantai - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Budak lemas mandi laut ditemui mayatnya terdampar di pantai KOTA TINGGI - Seorang kanak-kanak yang hilang dibawa arus semasa mandi di pantai Tanjung Buloh, Sedili Kecil di sini semalam ditemui mayatnya malam tadi |
|
Dakwa siasatan SPRM intimidasi, Rafizi tuntut Azam digantung segera - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Dakwa siasatan SPRM intimidasi, Rafizi tuntut Azam digantung segera KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya berhubung Program Visi Silikon dan Pelan Peralihan Tenaga Negara (NETR) merupakan satu bentuk intimidasi susulan pendiriannya yang lantang menuntut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki digantung tugas serta-merta |
|
Hampir 200,000 pengguna muat naik aplikasi JustGo Malaysia, guna sistem .. - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Hampir 200,000 pengguna muat naik aplikasi JustGo Malaysia, guna sistem ANPR KUALA LUMPUR - Hampir 200,000 pengguna kini telah memuat turun aplikasi mudah alih JustGo Malaysia bagi Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) berasaskan Pengecaman Nombor Plat Kenderaan Automatik (ANPR) di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) |
|
11 Ketua Bahagian Bersatu Johor umum letak jawatan - Mgazette - 18/02 3:59 pm # 11 Ketua Bahagian Bersatu Johor umum letak jawatan KLUANG - Seramai 11 Ketua Bahagian Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) Johor hari ini mengumumkan perletakan jawatan beramai-ramai kerana kecewa dengan konflik dalaman yang melanda parti itu |
|
Dakwaan 4 bahagian Bersatu dibubar tak berasas, bercanggah Perlembagaan .. - Mgazette - 18/02 3:59 pm Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ibu pejabat Bersatu menerima laporan berhubung beberapa pautan media sosial dan kenyataan media yang mendakwa kononnya empat bahagian berkenaan dibubarkan susulan peletakan jawatan beberapa ahli jawatankuasa bahagian. Menurut beliau, perlembagaan parti tidak memperuntuk kuasa kepada mana-mana ahli termasuk ketua bahagian untuk membubarkan mana-mana bahagian |
|
Polis kesan individu khianat pecahkan skrin mesin ATM - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Polis kesan individu khianat pecahkan skrin mesin ATM KUALA LUMPUR Polis mengesan sekurang-kurangnya lima kejadian khianat membabitkan mesin juruwang automatik (ATM) di sekitar Jinjang dalam tempoh dua hari dengan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan hampir RM64,000 |
|
Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan – Polis - Mgazette - 18/02 3:59 pm # Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan - Polis KUANTAN - Saksi kejadian dalam kes lima sekeluarga maut di kawasan perumahan Cerating Damai, di sini semalam terdengar bunyi pertengkaran sebelum insiden menyayat hati itu berlaku |
|
Bersatu Dungun bubar, ahli mahu hijrah rumah baharu - Utusan - 18/02 3:51 pm DUNGUN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Dungun dibubarkan selepas 1,880 ahli parti itu didakwa mengisytiharkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta. Bekas Ketua Bahagian Bersatu Dungun, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, keputusan itu dibuat menerusi satu perjumpaan dalam mesyuarat khas yang diadakan hari ini |
|
Warga emas maut dilanggar ketika melintas jalan - Utusan - 18/02 3:42 pm ALOR SETAR: Seorang warga emas wanita maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika dia sedang melintas jalan di Lebuhraya Darul Aman berhampiran Istana Anak Bukit, di sini pagi tadi |
|
11 ketua bahagian Bersatu Johor letak jawatan - Mkini - 18/02 3:38 pm Bekas ketua Bersatu Johor Bahru Zulkifli Bujang berkata selepas ini mereka akan bergerak secara berkumpulan, termasuk jika menerima tawaran daripada parti lain. |
|
Skibbe tabik persembahan JDT - Utusan - 18/02 3:32 pm ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Vissel Kobe, Michael Skibbe bersikap ‘gentleman’ walaupun tewas 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan Zon Timur Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, semalam |
|
Bersatu Dungun bubar, mahu ikut Hamzah masuk ‘rumah baharu’ - Kosmo - 18/02 3:23 pm DUNGUN – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Dungun dibubarkan selepas 1,880 ahli dari 13 cawangan mengisytiharkan diri mereka keluar dari parti tersebut berkuat kuasa serta-merta hari ini. Bekas Ketua Bahagian Bersatu, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, pengunduran tersebut turut melibatkan Srikandi, Armada dan Srikandi Muda Bersatu Bahagian terbabit |
|
Anggota bomba lemas semasa mahu selamatkan adik - Utusan - 18/02 3:17 pm BACHOK: Seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang yang hilang semasa cuba menyelamatkan yang mandi di Pantai Kandis, di sini semalam ditemukan lemas hari ini |
|
Suri rumah maut ketika melintas jalan - Sinarharian - 18/02 3:05 pm ALOR SETAR Seorang suri rumah maut dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan dalam kejadian di Lebuhraya Darul Aman, di sini lebih kurang jam 7.30 pagi Rabu.Mangsa, Chin Seow Hua, 68, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dilanggar kereta Proton Saga yang sedang bergerak lurus di lorong kanan jalan berkenaan.Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan awal mendapati pemandu lelaki berusia 29 tahun datang dari arah Taman Sri Gemilang, Mergong menuju ke Jitra, manakala mangsa melintas dari kiri ke kanan jalan."Ketika kejadian, keadaan jalan lurus dan cuaca baik, namun pencahayaan gelap kerana lampu jalan tidak menyala."Difahamkan, mangsa dipercayai melintas jalan secara mengejut di hadapan kenderaan," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, jarak yang terlalu dekat menyebabkan pemandu tidak sempat mengelak sebelum melanggar mangsa, mengakibatkan mangsa melambung dan terjatuh di atas jalan."Kesan seretan brek sepanjang 9.6 meter turut ditemui di lorong kanan jalan |
|
Bersatu tolak dakwaan empat bahagian dibubarkan - Kosmo - 18/02 2:57 pm PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan bahawa empat bahagian parti itu iaitu Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah dibubarkan |
|
Jasad bomba lemas di Pantai Kandis ditemukan - Sinarharian - 18/02 2:47 pm BACHOK Jasad anggota bomba yang dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya di Pantai Kandis, di sini, ditemukan tengah hari Rabu.Mangsa, Ahmad Badrul Naim Ab Wahab, 32, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Pulau Pinang, ditemukan terdampar di pantai kira-kira jam 12.15 tengah hari pada jarak tiga kilometer dari lokasi beliau dipercayai hilang.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Ridhuan Mohamad Ghazali, berkata mayat mangsa ditemukan orang awam sebelum dibawa ke Pos Operasi Bomba (POB)."Mangsa dicam sebagai Ahmad Badrul Naim dan diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Hospital Bachok."Adik lelaki mangsa berusia 21 tahun yang dikhuatiri lemas masih hilang," katanya kepada pemberita pada Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Selasa, Ahmad Badrul Naim cuba menyelamatkan adiknya, Ahmad Nuruddin, 21, yang dilihat terkapai-kapai namun kedua-duanya ditelan ombak.Anak saudara mereka, Mohd Ali Al-Imran Mohd Ezad, 12, yang terbabit dalam kejadian sama, berjaya diselamatkan bapanya, Mohd Ezad Abu Hassan, 40, yang terjun ke laut.Ahmad Ridhuan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kedua pada Rabu digerakkan secara besar-besaran membabitkan 26 anggota bomba termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA)."Selain itu, terdapat bantuan 24 anggota daripada agensi lain termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)."Operasi mengesan Ahmad Nuruddin diteruskan dengan pencarian di sepanjang pesisir pantai sejauh 10 kilometer dari lokasi kejadian," katanya.Sementara itu, keadaan laut dilaporkan bergelora dengan ombak setinggi kira-kira satu meter dan fenomena air pasang besar menyukarkan operasi pencarian termasuk penggunaan bot penyelamat pada waktu malam.Kesemua yang terlibat hadir dalam perkelahan keluarga di pantai itu yang dihadiri kira-kira 20 orang sebelum tragedi berlaku. |
|
Jenazah 5 sekeluarga maut di Cherating dikebumi selepas Zohor - Thempress - 18/02 2:35 pm KUANTAN – Proses bedah siasat tiga daripada lima individu yang ditemukan maut di Taman Cherating Damai semalam, dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini, pagi tadi |
|
1,880 ahli Bersatu Dungun umum keluar parti - Sinarharian - 18/02 2:31 pm DUNGUN - Seramai 1,880 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Dungun mengumumkan keluar parti dan melepaskan semua jawatan mereka berkuat kuasa serta-merta pada Rabu.Bekas Ketua Bersatu Bahagian Dungun, Datuk Abdul Aziz Ismail berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara menerusi satu perjumpaan musyafahah yang melibatkan seluruh jawatankuasa di peringkat bahagian dan cawangan.Menurutnya, tindakan itu turut melibatkan pembubaran jawatankuasa di ketiga-tiga peringkat sayap parti iaitu Armada, Srikandi dan Srikandi Muda."Alhamdulillah, dalam perjumpaan secara musyawarah hari ini, semua jawatankuasa telah bersetuju untuk membubarkan jawatankuasa di ketiga-tiga peringkat."Dengan kehadiran semua kepimpinan pada hari ini, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara bagi menyatakan pendirian kami," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Rabu.Mengulas lanjut, Abdul Aziz menjelaskan bahawa tindakan tersebut melibatkan ahli daripada 13 cawangan aktif yang berada di bawah pentadbiran Bahagian Dungun.Ujarnya, keputusan drastik itu diambil ekoran hilangnya kepercayaan dan sokongan terhadap kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin."Ahli bersama ketua cawangan telah bersetuju bahawa seramai 1,880 ahli akan keluar daripada parti hari ini. Sebelum ini pun, pihak bahagian telah memaklumkan bahawa kami tidak lagi menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin dalam Bersatu," tegasnya.Untuk rekod, sebelum pengumuman ini dibuat, Abdul Aziz merupakan antara sembilan Ketua Bahagian Bersatu yang telah dipecat oleh pucuk pimpinan parti kerana didapati melanggar disiplin parti.Selain beliau, lapan lagi pemimpin yang terlibat dalam pemecatan tersebut ialah Mohd Hassuandi Hamzah (Larut), Yunus Nurdin (Libaran), Ahmad Nasir Mid (Selayang), Ahmad Ishak (Gopeng) dan Kamaruddin Majid (Teluk Intan).Turut tersenarai ialah Datuk Zulkifli Bujang (Johor Bahru), Ramlan Meon (Tangga Batu) serta Mohd Yunus Mhd Yusop (Tapah).Dalam pada itu, Abdul Aziz turut memberi bayangan akan menyertai sebuah wadah politik baharu dalam masa terdekat di bawah kepimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin."Insya-Allah, kami yang diketuai oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin kini bersedia untuk berhijrah ke wadah baharu dan akan menyertai platform tersebut dalam masa terdekat."Pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat sendiri oleh Datuk Seri Hamzah nanti," katanya lagi. |
|
11 bahagian Bersatu Johor umum pembubaran - Harapandaily - 18/02 2:28 pm Bahagian yang terlibat ialah Pontian, Simpang Renggam, Sembrong, Mersing, Johor Bahru, Pengerang, Labis, Tanjung Piai, Sri Gading, Ledang dan Pulai. Pengumuman itu dibuat oleh wakil ketua-ketua bahagian berkenaan |
|
11 Ketua Bahagian Bersatu Johor letak jawatan: Keputusan politik dibuat secara konsensus - Sinarharian - 18/02 2:27 pm KLUANG - Seramai 11 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang mengumumkan peletakan jawatan menegaskan sebarang keputusan mengenai masa depan politik mereka akan dibuat secara konsensus bukannya secara individu.Bekas Ketua Bahagian Bersatu Johor Bahru yang juga bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti, Datuk Zulkifli Bujang memberitahu, mereka akan terus berbakti kepada masyarakat melalui platform-platform lain."Kami percaya untuk bergerak dalam satu kumpulan |
|
Ribut petir, hujan lebat berpanjangan dijangka landa Sabah dan Sarawak - Sinarharian - 18/02 2:17 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan dengan luruan angin monsun dijangka memasuki rantau negara bermula 19 hingga 23 Februari ini.Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip memaklumkan keadaan itu berpotensi mengakibatkan keadaan cuaca yang lebih lembap sekali gus membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa lebih panjang di Sabah dan Sarawak."Keadaan ini turut menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan (LCS) |
|
Bahagian Bersatu dibubarkan? Dakwaan berniat jahat, kata Azmin - Harapandaily - 18/02 2:15 pm Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah menafikan dakwaan bahawa Bersatu bahagian Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah terbubar/ Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sesuatu yang berniat jahat dan bertujuan merosakkan imej Bersatu. “Perlembagaan parti tidak memperuntukkan kuasa kepada mana-mana ahli parti, termasuk ketua bahagian, untuk membubarkan bahagian |
|
'Niat jahat rosakkan imej' - Bersatu nafi empat bahagian terbubar - Mkini - 18/02 1:28 pm Bersatu Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong masih wujud mengikut perlembagaan parti, kata Azmin. |
|
'Reset' langkah permulaan ke arah pembetulan, penambahbaikan - Hamzah - Sinarharian - 18/02 1:18 pm SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin menuntut seluruh pemimpin dan wakil rakyat di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bahagian yang menyertai perjuangan 'Reset' untuk menterjemahkan semangat itu kepada tindakan.Ahli Parlimen Larut itu berkata, 'Reset' merupakan langkah permulaan ke arah pembetulan dan penambahbaikan yang akan menjadi asas kepada pembinaan semula kekuatan kolektif, demi masa hadapan negara lebih jelas serta meyakinkan."Kini tanggungjawab terletak kepada seluruh sahabat seperjuangan tidak kira samada di bahagian, DUN, Parlimen atau di setiap peringkat organisasi untuk menterjemahkan semangat reset kepada tindakan nyata."Kerana akhirnya, 'Reset' perlukan komitmen, amanah dan tanggungjawab yang ikhlas dan jujur |
|
Suspek pecahkan skrin ATM di beberapa bank diburu - Sinarharian - 18/02 1:11 pm KUALA LUMPUR Seorang lelaki diburu polis selepas dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian khianat memecahkan skrin mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sekitar Jinjang sejak Isnin lalu.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima laporan pertama pada 16 Februari kira-kira jam 8.40 pagi.Beliau berkata, laporan dibuat oleh seorang lelaki Melayu berusia 38 tahun yang bekerja sebagai juruteknik ATM di sebuah bank di Jinjang Selatan."Pengadu memaklumkan semasa menjalankan kerja penyelenggaraan, dia mendapati empat skrin mesin ATM telah retak dan disyaki akibat perbuatan khianat oleh individu tidak dikenali."Jumlah kerugian bagi kejadian tersebut dianggarkan kira-kira RM4,000," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Katanya, pada 17 Februari antara jam 12.24 tengah hari hingga 10.16 malam, polis menerima empat lagi laporan berkaitan kejadian sama."Dua kes berlaku di cawangan bank di Jinjang Selatan, manakala masing-masing satu kes dilaporkan di Jinjang Utara melibatkan dua bank berbeza."Jumlah keseluruhan kerugian bagi empat kejadian itu dianggarkan sekitar RM60,000," katanya.Beliau berkata, susulan laporan diterima, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul melancarkan operasi khas bagi mengesan dan menahan suspek.Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, suspek merupakan seorang lelaki yang bangsa masih belum dapat dikenal pasti."Suspek dianggarkan berketinggian kira-kira 165 sentimeter, berbadan sederhana dan berkulit cerah."Ketika kejadian, suspek memakai kemeja lengan pendek warna kelabu, seluar panjang serta selipar hitam," katanya.Basri berkata, suspek juga dipercayai memakai topi keledar warna biru dan menaiki motosikal jenis Honda Wave berwarna biru dengan nombor pendaftaran masih belum dikenal pasti."Siasatan mendapati modus operandi suspek adalah dengan memasuki kawasan kaunter ATM sebelum memecahkan skrin mesin menggunakan objek disyaki batu."Selepas melakukan perbuatan tersebut, suspek akan terus melarikan diri dari lokasi kejadian," katanya.Beliau berkata, setakat ini tiada unsur jenayah lain dikenal pasti berkaitan kejadian tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan kejadian melibatkan seorang lelaki bertindak memecahkan skrin mesin ATM di sebuah premis perbankan dipercayai di sekitar Jinjang |
|
Jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dibedah siasat pada hari lahir - Sinarharian - 18/02 12:48 am KUANTAN - [DIKEMAS KINI] Proses bedah siasat ke atas salah seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki dibunuh dalam kejadian lima sekeluarga maut di Taman Cerating Damai, di sini dilakukan pada hari jadinya yang kedua pada Rabu.Nur Sumayyah Humairah yang dilahirkan pada 18 Februari 2024 antara mangsa yang disyaki dibunuh bapa kandung dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu.Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, proses bedah ke atas mangsa bersama jenazah kakaknya, Saffiyah Humairah, 5 dan nenek mereka, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 56dijangka selesai selepas jam 1 tengah hari.Menurutnya, mayat bapa kanak-kanak terbabit dibedah siasat jam 4 petang semalam manakala ibu mereka, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, dibedah siasat jam 8.30 malam hari yang sama.Semua jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cerating, di sini.Sementara itu, mengulas lanjut kejadian tragis itu, Ashari berkata, keterangan awal saksi kejadian iaitu adik bongsu suspek, dia terdengar bunyi bising orang bertengkar kira-kira jam 7 pagi."Remaja lelaki berusia 15 tahun itu keluar dari biliknya dan mendapati dinding bilik tidur utama yang didiami saspek dan keluarga terdapat kesan percikan darah."Saksi itu juga mendapati ibunya terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebelum menjerit meminta bantuan bapa saudaranya yang berada di belakang kawasan perumahan yang sama," katanya.Ashari berkata, setelah tiba di rumah itu, bapa saudaranya mendapati kesemua mangsa dan saspek berada dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri."Siasatan di tempat kejadian mendapati saspek menikam isteri terlebih dahulu dan kemudian menikam ibunya seterusnya mengelar dua anaknya sebelum menikam diri sendiri."Sebilah pisau berukuran 29 sentimeter turut ditemui di lokasi," katanya. |
|
4 bahagian Bersatu Perak bubar - Sinarharian - 18/02 12:14 am IPOH - Sekurang-kurangnya empat bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perak telah mengumumkan pembubaran masing-masing susulan kemelut dalaman yang melanda parti itu ketika ini.Selepas Bersatu Bahagian Larut, Tapah dan Padang Rengas, Bersatu Bahagian Gopeng pula mengumumkan pembubarannya pada malam Selasa.Timbalan Ketua Bahagian, Mohd Zahari Md Ariffin berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas bahagian yang diadakan pada 17 Februari 2026 melibatkan barisan kepimpinan daripada Pengerusi Tetap hingga ke sayap Srikandi, Armada dan Bersekutu.Menurutnya, tindakan tersebut dibuat selepas pertimbangan mendalam susulan hilangnya kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang diterajui Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin."Kami bersetuju meletakkan jawatan dan mengisytiharkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta."Keputusan ini dibuat khususnya disebabkan hilangnya kepercayaan kami terhadap barisan kepimpinan parti selain beberapa kepincangan dalam membuat keputusan serta hala tuju kepimpinan yang pada pandangan kami tidak lagi selari dengan prinsip dan perjuangan kami," katanya dalam satu kenyataan menerusi rakaman video pada Selasa.Mohd Zahari berkata, susulan peletakan jawatan keseluruhan ahli jawatankuasa tersebut, Bahagian dan semua sayap Bersatu Gopeng secara rasmi terbubar serta-merta.Beliau menegaskan, kenyataan yang dibuat itu adalah secara ikhlas tanpa sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.Sebelum ini Ketua Bersatu Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak antara 17 pemimpin Bersatu yang dipecat Lembaga Disiplin parti itu kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembangaan Bersatu.Selain Ahmad, pemimpin bahagian Bersatu yang dipecat termasuklah, Ketua Bersatu Teluk Intan, Kamaruddin Majid; Ketua Bersatu Bahagian Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Ketua Bersatu Bahagian Tapah, Mhod Yunus Mhd Yusop. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |