![]() |
/// |
|
Search : Kepala Batas News | Page 1 |
Bukan sekadar biadab, penyerang anak Rafizi pengecut – Mahfuz - Mgazette - 17/08 7:33 am # Bukan sekadar biadab, penyerang anak Rafizi pengecut - Mahfuz KUALA LUMPUR Parti Amanah Negara (Amanah) mengecam sekeras-kerasnya serangan terhadap anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang bukan sahaja biadab, bahkan berbentuk jenayah buli dan pengecut |
Blooming in full glory again - Star - 17/08 7:00 am KEPALA BATAS: Where have all the bunga raya gone? Once a familiar sight in home gardens, Malaysia's national flower is becoming less common in neighbourhoods across the country |
Isu Jalur Gemilang: Pas nasihat UMNO, DAP kembali kepada prinsip Rukun Negara - Sinarharian - 17/08 12:00 am SHAH ALAM Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan arahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke supaya laporan polis dibuat terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Salleh berhubung himpunan di Kepala Batas sebagai tindakan berlebih-lebihan, janggal dan berpotensi memburukkan keadaan.Takiyuddin berkata, sebagai parti dalam gabungan kerajaan di peringkat pusat dan negeri, DAP serta UMNO sepatutnya mencari jalan damai secara dalaman tanpa melibatkan pihak luar, termasuk polis atau orang awam dengan naratif yang tidak sihat."Pas percaya kedua-dua pihak hendaklah menghormati dan menyokong proses rasmi siasatan polis yang sedang berjalan tanpa menambah tekanan tidak perlu."Kegagalan berbuat demikian hanya akan membawa kita hanyut, malah boleh menjerumus kepada masalah berisiko lebih besar," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Ahli Parlimen Kota Bharu itu menambah, tindakan tidak berhemah oleh satu pihak akan mengundang tindak balas serupa atau lebih buruk.Menurutnya, isu asal hanya melibatkan seorang individu yang memasang Jalur Gemilang secara terbalik, namun telah diperbesarkan dengan alasan serta motif politik masing-masing."Suasana tidak selesa ini berpunca daripada tindakan seorang individu yang kini sudah dalam siasatan polis |
'Justice for Faris, Zara' bergema di Kota Bharu - Sinarharian - 16/08 10:08 pm KOTA BHARU Lebih 1,000 orang hadir melaungkan "Justice for Faris, Zara" bagi menyatakan solidariti menuntut pembelaan atas kematian pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman dan pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada Sabtu.Perhimpunan aman yang bermula kira-kira jam 8.40 malam itu didahului dengan solat Isyak berjemaah diikuti solat hajat dan bacaan doa untuk kedua-dua Allahyarham.Turut hadir, ibu bapa Wan Ahmad Faris iaitu Ruhani Hussin, 70, dan Wan Abdul Rahman Wan Yaacob, 79, yang kelihatan tenang sepanjang perhimpunan.Ahli keluarga Allahyarham turut berpakaian putih sebagai lambang keadilan dan keamanan sambil membawa sepanduk bertulis 'Justice For Faris, Zara' serta mengenakan lilitan putih pada kepala sebagai tanda solidariti.Wan Abdul Rahman berkata, himpunan itu dianjurkan untuk menuntut keadilan selain memastikan siasatan dijalankan secara telus oleh pihak berkuasa."Kami sekeluarga amat terharu dengan kehadiran ribuan rakyat malam ini."Ia bukti perjuangan menuntut keadilan untuk Wan Ahmad Faris, bukan perjuangan keluarga semata-mata, tetapi juga suara masyarakat," katanya ketika ditemui pada perhimpunan aman tersebut.Menurutnya, himpunan itu bukan bertujuan politik dan bukan untuk menjatuhkan atau menghina mana-mana pihak."Fokus kami hanyalah keadilan untuk arwah dan semua pihak lain yang menuntut hak," katanya.Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut berada di lokasi bagi mengawal keselamatan sepanjang himpunan berlangsung.Allahyarham Wan Ahmad Faris, pelajar tahfiz sebuah sekolah agama di Kok Lanas, ditemui mati tergantung di tandas asrama pada Disember 2013.Pada awalnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, namun pada Jun 2016, Mahkamah Koroner Kota Bharu memutuskan kematian itu berpunca daripada perbuatan individu tidak dikenali, sekali gus menolak kemungkinan bunuh diri.Susulan itu, keluarga Allahyarham memfailkan saman sivil terhadap kerajaan Persekutuan, Ketua Polis Negara dan pegawai penyiasat atas dakwaan kecuaian serta pelanggaran tanggungjawab, selain menuntut ganti rugi umum, khas dan lain-lain. |
Pemandu lori maut dalam letupan tangki semasa kerja kimpalan - SUN - 16/08 9:06 pm SEREMBAN: Seorang pemandu lori maut manakala pembantu bengkel cedera ringan selepas sebuah lori tangki meletup ketika kerja kimpalan di sebuah bengkel Batu 6, Kuala Sawah, Rantau di sini hari ini |
Jalur Gemilang: Jangan ambil sikap vigilante, serah kepada pihak berkuasa - Fahmi - SUN - 16/08 8:00 pm KUALA LUMPUR : Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil sikap vigilante atau bertindak di luar batas undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berkaitan Jalur Gemilang |
Tangki lori meletup: Pemandu maut, pembantu bengkel cedera - Sinarharian - 16/08 7:10 pm SEREMBAN - Seorang pemandu lori maut manakala pembantu bengkel cedera selepas berlaku letupan ketika kerja kimpalan dilakukan di atas tangki lori di bengkel Kampung Belangkan Kuala Sawah di sini pada Sabtu.Mangsa yang maut ialah N Jayagobinath, 33, manakala mangsa cedera dikenal pasti Suhardi Labeddu, 40.Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Syazwan Saidy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.23 tengah hari sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau digerakkan ke lokasi kejadian."Setibanya kami di lokasi pada jam 1.36 tengah hari, didapati berlaku letupan melibatkan lori tangki kosong mengandungi sisa bahan kimia jenis Hexane yang sedang menjalani kerja kimpalan di bahagian injap atas."Saksi memaklumkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa berada di atas lori tangki tersebut untuk menjalankan kerja-kerja kimpalan sebelum berlaku letupan secara tiba-tiba menyebabkan mereka tercampak hampir tiga meter ke udara dan hampir mengenai bumbung bengkel," katanya menerusi kenyataan.Syazwan berkata, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) oleh ambulans manakala pemandu lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan parah di bahagian kepala."Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat."Pasukan Khas Bahan Berbahaya (Hazmat) dari BBP Seremban 2 turut dikerahkan ke lokasi bagi melakukan pengesanan bahan kimia berbahaya di kawasan bengkel dan lori tangki terbabit."Bacaan yang diperoleh menunjukkan 0.0 LEL, menandakan kawasan berada dalam keadaan selamat," ujar beliau.Tambah beliau, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.15 petang |
Jalur Gemilang: Jangan ambil sikap 'vigilante', serah kepada pihak berkuasa - Fahmi - Sinarharian - 16/08 6:14 pm KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil sikap 'vigilante' atau bertindak di luar batas undang-undang terhadap mana-mana pihak yang melakukan kesalahan berkaitan Jalur Gemilang.Beliau berkata, semua urusan siasatan, pendakwaan dan keputusan kes perlu diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berwibawa, susulan peringatan dikeluarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam."Jangan kita bertindak menjadi polis, peguam dan hakim (kerana) itu salah, jadi serah kepada pihak polis untuk siasat, serah kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa dan serah kepada mahkamah untuk buat keputusan," katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Melayu di sini pada Sabtu.Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Kementerian Komunikasi, Nik Kamaruzaman Nik Husin; Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johan dan Pengarah IPG Kampus Bahasa Melayu Kuala Lumpur, Dr Masitah Mohammad Yusof.Fahmi berkata, beliau difahamkan terdapat individu yang telah dipanggil oleh pihak polis susulan tindakan berarak kononnya untuk 'mengajar' pihak tertentu, namun tindakan lanjut akan diserahkan kepada pihak berkuasa.Dalam pada itu, beliau turut mengajak rakyat Malaysia memainkan peranan dalam membetulkan semula sebarang kesilapan berkaitan Jalur Gemilang tanpa sebarang tindakan provokasi."Sebagai rakyat Malaysia, kita juga boleh mainkan peranan |
Jangan hilang fokus, Jalur Gemilang bendera kita bersama ??? Anthony Loke - Mgazette - 16/08 3:10 pm Hari kebangsaan ini sepatutnya menyatupadukan rakyat Malaysia dan mengingatkan kepada kita bahawa kecintaan kepada negara perlulah dalam naluri dan kehidupan kita, katanya berucap Program Kibarkan Jalur Gemilang Komuniti Pelabuhan Klang di sini, hari ini. Sebelum ini, media melaporkan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Port Dickson, Negeri Sembilan dan kedai logam di Kepala Batas, Pulau Pinang baru-baru ini |
Bawalah UMNO keluar DAP Akmal, mari kita lawan bersama – Aleef - Mgazette - 16/08 3:10 pm Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof berkata, tiada gunanya lagi Dr Akmal bersama DAP dalam Kerajaan Madani sekiranya terus dihina kerana mempertahankan maruah negara dan Jalur Gemilang. Menurutnya, ketika ADUN Merlimau itu ditekan DAP, pemimpin pembangkang termasuk Armada Bersatu, Pemuda PAS dan Perikatan Nasional (PN) berada dengannya termasuk melalui himpunan di Kepala Batas, Khamis lalu |
Ketua pemuda Umno mahu apa sebenarnya? - Msomelayu - 16/08 1:56 pm Perjuangan isu bendera ini seperti dibuat secara selektif apabila kesalahan sama dilakukan Pemuda Umno Terangganu dan Pasti Pas dan lain-lain tidak ditentang dan diancam demikian rupa. Tidak seperti kekhilafan pekedai di Bertam, Kepala Batas itu, beliau sampai menganjurkan himpunan untuk menyegolahkan pemasang bendera tersebut |
Tindakan tidak boleh dikenakan kepada Dr Akmal saja - Tok Mat - Sinarharian - 16/08 1:22 pm Kita tidak mahu perkara ini menjadi satu saingan luar kawalan."Saya harap semua pihak bertenang. Dr Akmal telah dipanggil oleh pihak polis untuk memberi keterangan," katanya selepas menyempurnakan perasmian serentak Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di Hotel Royal Chulan di sini pada Sabtu.Mengulas tindakan ADUN Merlimau itu mengadakan perarakan di Kepala Batas, Pulau Pinang Khamis lalu, Mohamad berpandangan Dr Akmal hadir bukan untuk mencetuskan huru-hara, tetapi dengan misi damai namun telah diprovokasi dan bernasib baik tiada perkara buruk berlaku ketika itu.Beliau menegaskan, sebagai sebuah negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua pihak wajib menghormati peraturan sedia ada dan tindakan undang-undang perlu dikuatkuasakan tanpa memilih bulu."Undang-undang berkenaan pemasangan bendera telah pun ada |
Terjebak cosplay gara-gara dandanan rambut - Utusan - 16/08 10:30 am KIRA-kira sedekad lalu, kelibat ninja popular, Naruto Uzumaki, pernah mencuri perhatian warga Sibu, Sarawak |
Akmal Saleh questioned by police over Kepala Batas assembly - SUN - 16/08 10:05 am Akmal himself assured reporters of his commitment to assisting police in the probe. The investigation relates to an assembly held in Kepala Batas, Penang, last Thursday |
PM Anwar Arah Tindakan Tegas Terhadap Tokoh Menghasut, Gugat Keamanan - Wrlr - 16/08 10:05 am Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 15 Ogos 2025. Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, yang mengetuai program Solidariti Jalur Gemilang di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam diarahkan polis memberi keterangan di IPD Dang Wangi, malam ini |
Muhamad Akmal dirakam keterangan dua jam, hampir 80 soalan ditanya - Utusan - 16/08 9:50 am Muhamad Akmal Saleh malam tadi berlangsung selama dua jam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, bagi memberi keterangan berhubung demonstrasi di Kepala Batas, Pulau Pinang kelmarin berkait isu Jalur Gemilang |
Umno Youth chief faces sedition and threat probes after Kepala Batas .. - Malaymail - 16/08 9:03 am KUALA LUMPUR, Aug 16 Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh completed giving his statement at the Dang Wa... |
Akmal Saleh selesai beri keterangan di IPD Dang Wangi - SUN - 16/08 8:24 am KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh telah selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 1.25 pagi tadi. Beliau disiasat berhubung perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis lepas |
Akmal Saleh selesai beri keterangan di IPD Dang Wangi Akmal Saleh selesai .. - Mgazette - 16/08 8:13 am # Akmal Saleh selesai beri keterangan di IPD Dang Wangi KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh selesai memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 1.25 pagi tadi berhubung perhimpunan di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis lepas |
Akmal Saleh gives statement to police at Dang Wangi station - Star - 16/08 8:11 am KUALA LUMPUR: Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh completed giving his statement at the Dang Wangi District Police Headquarters (IPD) here at 1.25am on Saturday (Aug 16) over the assembly in Kepala Batas, Penang on Thursday |
Akmal gives statement to police over Kepala Batas assembly - FMT - 16/08 7:54 am The Umno Youth chief is facing an investigation under the Sedition Act, according to his lawyer. |
Akmal Saleh gives statement to police at Dang Wangi station - NST - 16/08 2:30 am KUALA LUMPUR: Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh completed giving his statement at the Dang Wangi district police headquarters here at 1.25am today over the assembly in Kepala Batas, Penang last Thursday |
Polis siasat video tular berunsur benci Akmal Saleh - Sinarharian - 15/08 8:38 pm GEORGE TOWN Polis menerima dua laporan berhubung satu pautan video di Facebook menggunakan nama Akmal Saleh (Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh) yang tular baru-baru ini, dipercayai mengandungi kenyataan berunsur kebencian (hate content).Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, laporan pertama diterima di Bukit Mertajam pada 12 Ogos lalu.Tambahnya, setakat ini dua laporan polis diterima daripada orang awam di negeri ini dan kedua-duanya disiasat di bawah peruntukan undang-undang yang sama.Menurutnya, kandungan video itu dipercayai boleh menimbulkan kegusaran masyarakat setempat serta menggugat ketenteraman awam."Berikutan itu, siasatan dimulakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan."Siasatan awal dijalankan oleh Polis Pulau Pinang sebelum kes diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada 15 Ogos," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Terdahulu, Muhamad Akmal di dalam Facebooknya telah menyatakan niat untuk datang ke Pulau Pinang pada petang Khamis bagi melihat bendera besar dan menikmati nasi kandar.Muhamad Akmal berkata demikian selepas Polis Pulau Pinang menasihati orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dijadualkan di Bertam, Kepala Batas, bagi menjaga keselamatan penduduk setempat dan ketenteraman awam.Sementara itu, pada Khamis, Muhamad Akmal mengetuai Perhimpunan Solidariti Jalur Gemilang Tanah Tumpahnya Darahku yang dihadiri kira-kira 500 ahli UMNO, Pas dan Bersatu di Bertam, Kepala Batas.Menurutnya, perhimpunan itu diadakan sebagai tanda solidariti dan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.Bagaimanapun, perhimpunan tersebut menjadi kecoh apabila sekumpulan individu diketuai Peguam dan Pengarah Lawyers For Liberty Malaysia, Zaid Malek, memegang beberapa kad antaranya bertulis "Jangan Bersikap Zionist" dan "Jangan Buli".Namun, tiada tangkapan atau insiden tidak diingini berlaku selepas perhimpunan itu bersurai kira-kira setengah jam berkumpul di kawasan berkenaan. |
Jika ini harga perlu dibayar, saya rela lawan - Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 15/08 5:43 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan kesediaannya untuk hadir ke Ibu Balai Polis (IPD) Dang Wangi pada malam ini bagi memberi keterangan berhubung perarakan dan demonstrasi di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.Dr Muhamad Akmal berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut ketika dihubungi oleh pegawai penyiasat daripada IPD Bukit Aman."Saya telah dihubungi oleh pegawai penyiasat dari Bukit Aman untuk hadir memberikan keterangan pada malam ini jam 11 malam di IPD Dang Wangi Kuala lumpur."Saya akan beri kerjasama sebaik mungkin kepada pihak polis."Jika ini harga yang perlu saya bayar untuk pertahankan maruah negara ini, saya rela dan akan lawan habis-habisan," katanya menerusi perkongsian video di Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kira-kira 500 ahli dari UMNO, Pas dan Bersatu mengadakan Perhimpunan Solidariti Jalur Gemilang Tanah Tumpahnya Darahku di Bertam, Kepala Batas sebagai tanda solidariti dan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.Pada Jumaat, Sayap Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara diarahkan untuk membuat laporan polis terhadap Dr Muhamad Akmal berhubung perarakan di depan sebuah kedai logam di Kepala Batas, Pulau Pinang.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, laporan terbabit dibuat di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan. |
Papar Jalur Gemilang secara tidak wajar boleh dikenakan tindakan undang-undang - AGC - Sinarharian - 15/08 4:57 pm KUALA LUMPUR - Sebarang kesalahan berkaitan pemasangan atau pemaparan Jalur Gemilang secara tidak wajar yang menimbulkan kekeliruan, salah faham atau kegusaran awam boleh dikenakan tindakan undang-undang.Jabatan Peguam Negara (AGC), dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa semua pihak perlu bertanggungjawab untuk menghormati bendera Malaysia sebagai simbol kedaulatan negara serta mematuhi undang-undang dan garis panduan yang berkuat kuasa berkaitan penggunaannya."AGC memandang serius sebarang perbuatan memaparkan, mengibarkan atau memasang bendera Malaysia secara tidak teratur atau tidak mengikut tatacara yang sepatutnya," menurut kenyataan itu.AGC memaklumkan antara kejadian yang telah dilaporkan termasuk pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik di sebuah kedai di Kepala Batas, Pulau Pinang; pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson, Negeri Sembilan; pemaparan bendera Malaysia yang tidak lengkap dalam buku laporan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024; serta pemaparan bendera tidak lengkap dalam akaun media sosial rasmi milik beberapa akhbar tempatan.Sementara itu, AGC turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengambil tindakan sendiri terhadap mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam perbuatan tersebut."Ia termasuk menyerbu premis pihak disyaki, menularkan maklumat peribadi atau membuat tuduhan melulu di media sosial, mencetuskan provokasi atau ugutan terhadap individu atau organisasi terlibat, serta mengambil alih peranan pihak berkuasa seperti mengarah penurunan bendera atau menyita bahan terlibat tanpa kuasa undang-undang."Segala aduan atau maklumat berkaitan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang," menurut kenyataan itu lagi |
Penang DAPSY calls for cutting political ties with Umno youth chief over extreme conduct - Sinardaily - 15/08 4:57 pm GEORGE TOWN The Penang DAP Socialist Youth (DAPSY) has urged both DAP and national-level DAPSY to completely end political cooperation with Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, citing his alleged extreme political behaviour and threats to national harmony.In a statement on Friday, Penang DAPSY claimed that Dr Akmals recent actions pose a serious violation of the countrys laws and contradict the Unity Governments commitment to diversity.Dr Akmals action of openly threatening the prosecutor and subsequently organising a gathering is a serious violation of the countrys laws.This behaviour contradicts the stance of the Unity Government that embraces diversity and deliberately fuels racial sentiments, thereby undermining public confidence in the governments ability to maintain national stability, it said on Friday.The Youth wing also criticised Dr Akmal for allegedly downplaying past incidents, including when Umno Youth Terengganu and Pas used the wrong version of the national flag.They further accused him of stoking racial hatred in line with the oppositions political narrative.Although Umno is part of the Unity Government, he seems to be a tool of Perikatan Nasional to create problems and disrupt the governments administration, the statement added.Penang DAPSY stressed that any breaches of the Flag Act should be addressed by authorities and not used as political leverage.The patriotism slogan often championed by Akmal is nothing more than cheap political capital for personal gain."When politicians are allowed to act outside the framework of the law while inciting racial hatred, Malaysia will become a country that frightens its own people, it said.The group reaffirmed its commitment to defending the rule of law, dignity, and safety of every Malaysian citizen.The call came after a 500-strong crowd from Umno, Pas and Bersatu, led by Dr Akmal, marched during the Jalur Gemilang Solidarity Gathering Tanah Tumpahnya Darahku in Kepala Batas ahead of National Day.The march turned tense when another group, led by Lawyers for Liberty Malaysia Director Zaid Malek, displayed placards reading Dont Be a Zionist and Dont Bully.No arrests or incidents were reported after the gathering dispersed.Meanwhile, Dr Akmal said that any move to sever ties with him should not be viewed in isolation from the organisation he represents.Cutting ties with me means cutting ties with Umno Youth, which means cutting ties with Umno |
'Cutting ties with me means cutting ties with Umno' - Dr Akmal - Sinardaily - 15/08 4:49 pm Ok. Bring it on, he said in a Facebook post on Friday.The statement from Penang DAP Youth came after Dr Akmal led a protest outside a hardware shop in Kepala Batas, Penang.The protest was prompted by a viral video of the shop owner displaying the Malaysian flag, Jalur Gemilang, upside down.Observers state that Dr Akmals bold remarks serve as a clear warning that any political action against him could strain the relationship between DAP and Umno, especially within the Unity Government. |
Isu Jalur Gemilang, jangan seperti meludah ke muka sendiri – Fadhli .. - Mgazette - 15/08 3:39 pm "Ini kerana yang menunggang akhirnya rebah dan yang terlalu mengacau kuah, hilang manis hidangannya," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sebelum itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mengetuai perarakan dan demonstrasi di hadapan sebuah kedai logam di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis lalu |
Kepala retak ditolak rakan, Aisyah Sofia selamat jalani pendarahan - Mgazette - 15/08 3:39 pm # Kepala retak ditolak rakan, Aisyah Sofia selamat jalani pendarahan JOHOR BAHRU Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang mengalami pendarahan di kepala dipercayai akibat terjatuh selepas ditolak rakan di sekolah sudah selamat menjalani pembedahan |
Himpunan Jalur Gemilang adalah taktik politik murahan – Yeo Bee Yin - Mgazette - 15/08 3:39 pm # Himpunan Jalur Gemilang adalah taktik politik murahan - Yeo Bee Yin KUALA LUMPUR - Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin menyifatkan perhimpunan mengibarkan Jalur Gemilang yang dianjurkan Pemuda UMNO di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam sebagai tindakan politik murahan bertujuan menimbulkan kebencian dalam kalangan rakyat |
Pesara kerani sekolah mengaku tidak bersalah rogol cucu saudara - Mgazette - 15/08 3:39 pm Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia sembilan tahun. Did didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Permatang Kerai Besar, Kepala Batas di sini, antara 2022 hingga 2023 |
Anthony arah DAPSY buat laporan polis terhadap Akmal - Mgazette - 15/08 3:39 pm # Anthony arah DAPSY buat laporan polis terhadap Akmal KUALA LUMPUR DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh yang mengetuai perarakan dan demonstrasi di depan sebuah kedai logam di Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam |
DAPSY desak polis ambil tindakan terhadap Dr Akmal - Utusan - 15/08 3:19 pm SEREMBAN : Sayap Pemuda DAP (DAPSY) menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh susulan tindakannya mengetuai perarakan dan demonstrasi di hadapan sebuah premis logam di Kepala Batas, Pulau Pinang semalam |
Murid prasekolah retak kepala ditolak rakan, jalani pembedahan 7 jam - Astroawani - 15/08 3:10 pm Seorang murid perempuan prasekolah yang mengalami keretakan dan pendarahan di kepala dipercayai terjatuh akibat ditolak rakan di sebuah sekolah di negeri ini pada Isnin lepas. |
Murid prasekolah cedera ditolak rakan jalani pembedahan lebih 7 jam - Mkini - 15/08 2:57 pm Murid perempuan berkenaan yang mengalami keretakan dan pendarahan di kepala selamat menjalani pembedahan. |
DAPSY gesa Dr Akmal Salleh dikenakan tindakan kerana cabar undang-undang - Sinarharian - 15/08 2:12 pm SEREMBAN - Sayap Pemuda DAP (DAPSY) menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mengetuai perarakan dan demonstrasi di hadapan sebuah kedai logam di Kepala Batas, Pulau Pinang Khamis lalu.Setiausaha Kebangsaan DAPSY, Lim Chun Weng berkata, satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban 2 bersama Naib Pengerusi DAPSY Negeri Sembilan, G Annun Nancy berhubung insiden itu.Menurutnya, tindakan Dr Akmal itu tidak wajar dan jelas mencabar undang-undang selepas tetap meneruskan himpunan itu walaupun telah diberi amaran oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang."Malaysia adalah negara yang mengutamakan kedaulatan undang-undang dan tiada siapa yang berada di atas undang-undang."DAP mematuhi arahan dan memilih untuk mengedarkan bendera lebih awal bagi mengelakkan pelanggaran undang-undang tetapi Akmal tetap meneruskan perhimpunan walaupun telah diberi amaran polis," katanya di IPD Seremban 2 pada Jumaat.Chun Weng berkata, tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau tersebut bukan sahaja menjejaskan premis perniagaan terbabit malah menyebabkan kegusaran dalam kalangan peniaga sekitar.Tambah beliau, tindakan itu juga boleh diklasifikasikan sebagai buli dan ugutan terhadap peniaga, walaupun pemilik kedai telah memohon maaf dan siasatan masih dijalankan."Kami percaya perbuatan itu telah melanggar peraturan seperti Seksyen 503 (menakutkan secara jenayah), 504 (mengeluarkan kenyataan mengaibkan dengan niat membangkitkan kekacauan), dan 505 (kenyataan yang boleh mendatangkan khianat awam)."Kami harap tindakan serius diambil terhadap Akmal kerana sebagai seorang penggubal undang-undang, beliau sepatutnya lebih memahami dan menghormati undang-undang," tegasnya.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook sebelum ini meminta DAPSY seluruh negara membuat laporan polis terhadap Akmal di atas tindakannya ituUjarnya, DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan Akmal mengetuai perarakan dan demonstrasi itu walaupun amaran polis untuk tidak berbuat demikian.Pada Khamis, kira-kira 500 ahli dari UMNO, Pas dan Bersatu dilaporkan mengadakan Perhimpunan Solidariti Jalur Gemilang Tanah Tumpahnya Darahku di Bertam, Kepala Batas, sebagai tanda solidariti dan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.Kumpulan yang diketuai Dr Muhamad Akmal itu berkumpul di tapak Pasar Malam Pekan Kepala Batas sebelum berarak sehingga ke Jalan Bertam Perdana.End |
Murid prasekolah cedera ditolak rakan dirawat di HSA Johor - SUN - 15/08 2:07 pm JOHOR BAHRU : Seorang murid perempuan prasekolah mengalami keretakan dan pendarahan di kepala selepas dipercayai terjatuh akibat ditolak rakan di sebuah sekolah di negeri ini |
DAPSY Pulau Pinang gesa putus kerjasama politik dengan Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 15/08 2:02 pm GEORGE TOWN - Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang menggesa DAP dan DAPSY Kebangsaan memutuskan semua bentuk hubungan kerjasama politik dengan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.DAPSY Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, gelagat Muhamad Akmal yang didakwa semakin melampau dalam berpolitik kini menjadi ancaman kepada keharmonian nasional dan kedaulatan undang-undang."Tindakan Akmal yang secara terbuka mengugut pendakwa raya dan mengadakan himpunan susulan adalah pencabulan serius terhadap undang-undang negara."Perbuatan ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Perpaduan yang meraikan kepelbagaian dan secara sengaja merancakkan sentimen perkauman, sekali gus menjejaskan keyakinan rakyat terhadap keupayaan kerajaan menjaga kestabilan negara," katanya pada Jumaat.DAPSY Pulau Pinang turut membangkitkan isu apabila Pemuda UMNO Terengganu dan Pas sebelum ini menggunakan versi bendera yang salah, namun Muhamad Akmal didakwa memandang ringan perkara tersebut.DAPSY Pulau Pinang juga menyifatkan tindakan Muhamad Akmal dalam isu bendera kali ini berbaur kebencian terhadap kaum lain, selari dengan naratif perkauman pembangkang."Walaupun UMNO sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, beliau seolah-olah menjadi alat Perikatan Nasional untuk mencipta masalah dan menggugat pentadbiran kerajaan," katanya.Menurut DAPSY Pulau Pinang, pelanggaran Akta Bendera sepatutnya disiasat pihak berkuasa, bukannya dijadikan alasan untuk ahli politik bertindak sebagai polis moral dan bersikap samseng."Slogan patriotisme yang sering dilaungkan Muhamad Akmal hanya modal politik murahan demi kepentingan peribadi."Apabila ahli politik dibenarkan bertindak di luar kerangka undang-undang sambil menghasut kebencian kaum, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang menakutkan rakyatnya sendiri," katanya.Sehubungan itu, DAPSY Pulau Pinang menegaskan akan terus mempertahankan kedaulatan undang-undang, maruah dan keselamatan setiap rakyat Malaysia.Terdahulu, kira-kira 500 ahli dari UMNO, Pas dan Bersatu mengadakan Perhimpunan Solidariti Jalur Gemilang Tanah Tumpahnya Darahku di Bertam, Kepala Batas, sebagai tanda solidariti dan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.Kumpulan tersebut yang diketuai Muhamad Akmal berkumpul di tapak Pasar Malam Pekan Kepala Batas sebelum berarak sehingga ke Jalan Bertam Perdana.Mereka berarak kira-kira 15 minit sambil mengibarkan Jalur Gemilang dan melaungkan "pertahan Jalur Gemilang".Bagaimanapun, perhimpunan itu menjadi kecoh apabila sekumpulan individu yang diketuai peguam dan Pengarah Lawyers for Liberty Malaysia, Zaid Malek, memegang beberapa kad antaranya bertulis "Jangan Bersikap Zionist" dan "Jangan Buli".Namun, tiada tangkapan atau insiden tidak diingini berlaku selepas perhimpunan itu bersurai kira-kira setengah jam berkumpul di kawasan berkenaan. |
Warga emas tidak mengaku rogol cucu saudara - Sinarharian - 15/08 1:44 pm BUTTERWORTH - Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol cucu saudaranya antara tahun 2022 hingga 2023.Tertuduh, 67, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.Mengikut pertuduhan, warga emas yang juga pesara kerani sekolah itu didakwa merogol kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia sembilan tahun.Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Permatang Kerai Besar, Kepala Batas, antara 2022 hingga 2023.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed manakala tertuduh diwakili peguam Yazid Khairul Azman dan Ismat Arif Abu Hassan.Ketika prosiding, Muhammad Rifaie tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh berikutan hubungan tertuduh sebagai datuk saudara mangsa selain kediaman mereka berhampiran yang boleh menimbulkan risiko gangguan terhadap mangsa.Bagaimanapun, peguamnya memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya adalah duda yang kehilangan isteri, mempunyai empat orang anak, selain mengalami masalah kesihatan seperti sesak nafas yang memerlukan rawatan berkala di hospital dan masalah pendengaran.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu lapor diri di balai polis setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa termasuk saksi pendakwaan sehingga kes selesaiKes ditetapkan pada 24 September depan untuk sebutan semula untuk laporan perubatan. |
DAPSY diarah buat laporan polis terhadap Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 15/08 12:40 am SHAH ALAM - Sayap Pemuda DAP (DAPSY) di seluruh negara diarahkan untuk membuat laporan polis terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berhubung perarakan dan demonstrasi di depan sebuah kedai logam di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, laporan terbabit dibuat di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan iaitu menakutkan secara jenayah, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, laporan polis turut dilakukan di bawah seksyen-seksyen baharu untuk menangani buli iaitu Seksyen 507B Kanun Keseksaan dan 507C Kanun Keseksaan."DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan Muhamad Akmal Saleh mengetuai perarakan dan demonstrasi itu walaupun amaran dari Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Pulau Pinang telah diberikan supaya tidak ada sebarang perhimpunan diadakan."Tindakan tersebut merupakan satu bentuk buli dan ugutan terhadap peniaga tersebut walaupun siasatan masih dijalankan dan beliau telah memohon maaf terhadap kesilapan pemasangan bendera," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Pada Khamis, kira-kira 500 ahli dari UMNO, Pas dan Bersatu dilaporkan mengadakan Perhimpunan Solidariti Jalur Gemilang Tanah Tumpahnya Darahku di Bertam, Kepala Batas, sebagai tanda solidariti dan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.Kumpulan yang diketuai Muhamad Akmal itu berkumpul di tapak Pasar Malam Pekan Kepala Batas sebelum berarak sehingga ke Jalan Bertam Perdana.Anthony Loke berkata, tindakan Muhamad Akmal tidak mengendahkan amaran pihak polis juga adalah satu perbuatan mencabar kedaulatan undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kegusaran peniaga-peniaga di sekitar kawasan tersebut sehingga mereka terpaksa menutup perniagaan mereka lebih awal.Beliau turut berpandangan, perbuatan seperti itu adalah melampaui batas undang-undang dan norma masyarakat berbilang kaum di Malaysia, sekali gus hukuman setimpal perlu dijatuhkan terhadap perbuatan melampau seperti itu."Saya sekali lagi menegaskan bahawa Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara wajib dikibarkan dengan betul dan penuh penghormatan |
Pembantu kedai makan didakwa rogol remaja 14 tahun - Sinarharian - 15/08 12:38 am BUTTERWORTH - [DIKEMAS KINI] Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada 1 Ogos lalu.Mohamad Yusri Hafiez Yahya, 22, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah merogol remaja perempuan berkenaan di sebuah rumah di Bandar Putra Bertam, Kepala Batas di sini pada jam 2 pagi.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Rifaie Mohamed manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Ketika prosiding, Muhammad Rifaie tidak menawarkan sebarang jaminan dengan mengambil kira hubungan tertuduh yang merupakan kawan kepada mangsa."Bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan saya mencadangkan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis," katanya.Dalam rayuan, tertuduh memaklumkan kepada mahkamah yang dia hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM1,500 sebulan selain perlu menanggung ibu bapa.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM9,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu lapor diri di balai polis setiap bulan dan tidak mengganggu mangsa termasuk saksi pendakwaan.Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 24 September depan bagi mendapatkan laporan perubatan. |
'Putus hubungan dengan saya bermakna putus hubungan dengan UMNO' - Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 15/08 12:27 am Ok. Bring it on," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Pemuda DAP Pulau Pinang menyeru kepimpinan parti itu memutuskan hubungan politik dengan Dr Muhamad Akmal susulan tindakan Ketua Pemuda UMNO itu yang didakwa bersifat provokasi.Perkara tersebut dikeluarkan sehari selepas Dr Muhamad Akmal mengetuai protes di hadapan sebuah kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang, selepas pemilik premis terbabit dirakam menggantung Jalur Gemilang secara terbalik.Kenyataan berani Dr Muhamad Akmal dilihat sebagai isyarat bahawa sebarang tindakan terhadap dirinya akan memberi implikasi kepada hubungan politik antara DAP dan UMNO secara keseluruhan, khususnya dalam konteks kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan. |
Wanita China serang pegawai kaunter imigresen direman 4 hari - Sinarharian - 15/08 11:42 am SEPANG - Seorang wanita warga China direman empat hari untuk siasatan kes mencederakan pegawai kaunter imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, reman suspek bermula pada Khamis."Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam), Seksyen 332 Kanun Keseksaan (mencederakan penjawat awam) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam)."Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes terbabit yang boleh mengganggu siasatan pihak polis," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan tindakan biadab seorang wanita China berusia 31 tahun yang bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen semasa pemeriksaan pelepasan di KLIA Terminal 1 pada Rabu.Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dilaporkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.40 malam apabila empat warga China terdiri daripada dua dewasa dan dua kanak-kanak hadir untuk pemeriksaan pelepasan imigresen.Pegawai kaunter mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod pergerakan masuk dan telah merujuk kepada Penyelia Pasukan untuk semakan lanjut.Bagaimanapun, wanita dewasa tersebut tidak berpuas hati apabila diminta memberi laluan kepada penumpang lain sementara semakan dibuat.Suspek kemudian memaki hamun pegawai dengan perkataan kesat sebelum menarik tudung pegawai dan menolak kepalanya dengan kuat ke arah tiang di hadapan kaunter.Akibat serangan itu, pegawai mengalami bengkak di sekitar mata kiri, sakit kepala dan lenguh badan, sebelum dirujuk ke Hospital Cyberjaya untuk rawatan dan laporan perubatan. |
DAP orders nationwide police reports, accuses Umno Youth of scaring off local traders and subverting law with Kepala Batas protest - BorneoPost - 15/08 11:35 am KUALA LUMPUR (Aug 15): The DAP today condemned Umno Youth chief Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh for leading a march and demonstration in front of a hardware shop in Kepala Batas yesterday, despite police warnings against holding gatherings |
NGO: Serangan terhadap anak Rafizi tunjuk peningkatan intimidasi politik - Mkini - 15/08 9:43 am Projek Sama berkata ia menunjukkan ada pihak sanggup melampaui batas, termasuk menyerang kanak-kanak. |
DAP P. Pinang gesa polis ambil tindakan terhadap Dr Akmal - Mgazette - 15/08 7:40 am # DAP P. Pinang gesa polis ambil tindakan terhadap Dr Akmal KEPALA BATAS DAP Pulau Pinang menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamamd Akmal Salleh berhubung perarakan yang diketuainya di diadakan di Taman Bertam Permata di sini hari ini |
Lebih 500 pemuda parti politik berarak pertahan Jalur Gemilang di Bertam - Mgazette - 15/08 7:40 am # Lebih 500 pemuda parti politik berarak pertahan Jalur Gemilang di Bertam KEPALA BATAS - Lebih 500 anak muda mewakili Pergerakan Pemuda UMNO, Armada Bersatu dan Pas hari ini berarak bersama mengibarkan Jalur Gemilang sejauh 1.4 kilometer sebagai simbol perpaduan mempertahankan maruah bendera negara |
Elderly woman found dead in Penang home - NST - 14/08 11:27 pm KEPALA BATAS: A 72-year-old woman was found dead inside her home in Kampung Gurun, Penaga, near here this evening after firefighters were called to access a locked room |
Tajuddin kecam Akmal 'samseng perkauman' - Mkini - 14/08 10:13 pm Makna merdeka hampir mati, luah ahli akademik itu kesal demo Pemuda Umno, Bersatu isu bendera terbalik di Kepala Batas. |
DAP gesa polis ambil tindakan tegas terhadap perarakan Akmal Saleh - Sinarharian - 14/08 9:55 pm GEORGE TOWN DAP Pulau Pinang menggesa pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, susulan penganjuran perarakan di Kepala Batas pada Khamis yang didakwa melanggar arahan pihak berkuasa.Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong berkata, tindakan Muhamad Akmal yang mengetuai perarakan tersebut bukan sahaja mengingkari arahan polis, malah disifatkan sebagai provokasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam."Ini jelas satu pelanggaran undang-undang |
Sim calls for cops to act against Akmal for defying order - FMT - 14/08 9:15 pm The Penang DAP chairman calls the Umno Youth protest in Kepala Batas this evening provocative and says DAP will file a police report. |
Anak Rafizi diserang: Jenayah yang keji, melampau batas - Izzah - Mkini - 14/08 8:49 pm Keselamatan kanak-kanak dan keluarga tidak boleh sekali-kali dijadikan alat untuk memberi tekanan atau tawar-menawar, katanya. |
500 sertai Perhimpunan Solidariti Jalur Gemilang di Bertam - Sinarharian - 14/08 8:15 pm KEPALA BATAS - [DIKEMAS KINI] Kira-kira 500 ahli daripada UMNO, Pas dan Bersatu mengadakan Perhimpunan Solidariti Jalur Gemilang Tanah Tumpahnya Darahku di Bertam sebagai tanda solidariti dan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan.Kumpulan yang diketuai Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh itu berkumpul di tapak Pasar Malam Pekan Kepala Batas dan berarak sehingga ke Jalan Bertam Perdana.Mereka berarak kira-kira 15 minit sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan melaungkan "Pertahan Jalur Gemilang".Ramai anggota polis termasuk beberapa kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) berada di lokasi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku perkara tidak diingini.Muhamad Akmal berkata, beliau berharap pemilik kedai perkakasan yang dikatakan memasang Jalur Gemilang secara terbalik di premisnya segera didakwa di mahkamah."Kes sudah disiasat oleh polis, kertas siasatan telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada 11 Ogos lalu |
Wanita China cederakan pegawai imigresen KLIA ditahan - SUN - 14/08 8:14 pm PUTRAJAYA : Seorang wanita warga China ditahan kerana mencederakan pegawai imigresen semasa pemeriksaan perlepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 |
Isu MP Pas ajak bertumbuk: Tindakan fizikal sudah melampaui batas, segala bukti diteliti - Harapandaily - 14/08 5:18 pm Tindakan melampaui batas Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang mencabar RSN Rayer (PH-Jelutong) untuk bertumbuk semasa sidang Dewan Rakyat semalam akhirnya akan ditentukan pada Isnin, 18 Ogos ini |
Speaker siasat dakwaan MP Pendang ajak bertumbuk di Parlimen - Sinarharian - 14/08 4:19 pm KUALA LUMPUR - Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul akan memutuskan tindakan ke atas Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) berhubung dakwaan mencabar Ahli Parlimen lain bertumbuk di luar Parlimen.Johari berkata, beliau telah mengarahkan bukti video dan audio dari Parlimen diserahkan kepadanya untuk diteliti."Saya telah mengarahkan semua unit dalam Parlimen termasuk unit video, audio untuk memberikan saya bukti."Kalau ada bukti menunjukan bahawa perlakuan tersebut terjadi ataupun tindakan untuk menyerang jadi, saya akan mengambil tindakan tegas kali ini."Sebab anda boleh bercakap saya biarkan, saya tak mati (tutup) pun suara anda guna mikrofon |
Jalur Gemilang Terbalik: Polis nasihat himpunan hari ini dibatalkan - Mgazette - 14/08 3:34 pm # Jalur Gemilang Terbalik: Polis nasihat himpunan hari ini dibatalkan KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan semua pihak yang terlibat untuk membatalkan perhimpunan berhubung isu pemasangan Jalur Gemilang terbalik yang dijadualkan diadakan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang, hari ini |
Businesses near flag incident store close early ahead of planned gathering - NST - 14/08 3:28 pm KEPALA BATAS: Around 10 shops along Jalan Bertam Permata have closed early today as a precautionary measure ahead of a planned gathering linked to a recent national flag incident |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |