| /// |
|
| Search : Kastam News | Page 1 |
|
Kastam Pahang rampas 5.13kg serbuk etomidate diiimport dari India - Mygazette - 5/11 2:52 pm # Kastam Pahang rampas 5.13kg serbuk etomidate diiimport dari India KUANTAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya merampas 5.13 kilogram (kg) serbuk _etomidate_ di sebuah premis pusat penghantaran barangan di Shah Alam, Selangor ketika pemeriksaan dijalankan kira-kira jam 12.05 pagi, 3 September lalu |
|
Akauntan didakwa lakukan hubungan seks guna jari - Mygazette - 5/11 2:52 pm Tertuduh, Then Zi Quan, 34, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan seorang wanita berusia 25 tahun tanpa kerelaannya di sebuah unit kediaman di Ideal Residency, Jalan Lembah, Kampung Kastam di sini, jam 4.15 petang pada 24 Ogos 2025 |
|
Kastam rampas 5.13 kg serbuk disyaki etomidate - Kosmo - 5/11 2:34 pm KUANTAN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang menggagalkan cubaan menyeludup masuk 5.13 kilogram serbuk putih dipercayai etomidate yang dianggarkan bernilai RM769,500 dalam satu serbuan di sebuah pusat kurier di Shah Alam, Selangor pada awal September lalu |
|
Serbuk putih Etomidate RM769,500 diseludup guna khidmat kurier - Sinarharian - 5/11 1:25 pm KUANTAN Sebanyak 5.13 kilogram (kg) serbuk putih disyaki etomidate bernilai RM769,500 dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang dalam pemeriksaan terhadap satu bungkusan di sebuah pusat khidmat kurier di Shah Alam, Selangor pada 3 September lalu.Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, kes itu merupakan rampasan pertama bahan berkenaan direkodkan selrpas pemeriksaan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kuantan di lokasi terbabit pada jam 12.05 pagi.Menurutnya, bungkusan lut sinar mengandungi serbuk putih dipercayai Etomidate berkenaan tidak mempunyai nama penerima, sebaliknya hanya tertera alamat sebuah kedai."Siasatan awal mendapati bahan itu dipercayai berasal dari India, dibawa ke China dan seterusnya memasuki Malaysia sebelum dikesan di sebuah pusat khidmat kurier di Shah Alam, Selangor."Serbuk putih yang disyaki etomidate adalah bahan larangan bersyarat di bawah Akta Kastam 1967," katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar kejayaan JKDM menggagalkan cubaan import dan pengedaran serbuk etomidate, rokok dan minuman keras tidak berkastam melalui tiga serbuan berasingan di Selangor, Pulau Pinang serta Pahang di pekarangan pejabat JKDM di sini pada Khamis.Beliau menambah, modus operandi menggunakan perkhidmatan syarikat penghantaran barang untuk mengedarkan barang larangan bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak berkuasa.Ujarnya, kes tersebut masih dalam siasatan bagi mendapatkan pengesahan analisis kimia dan mengesan individu."Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967, selain melibatkan peruntukan di bawah Akta Racun 1952," jelasnya.Ditanya mengenai kegunaan bahan itu, Mohd Asri berkata, etomidate lazimnya digunakan sebagai ubat bius, namun turut dipercayai diproses menjadi cecair untuk campuran vape.Menurutnya, pengimportan bahan berkenaan memerlukan kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Beliau tidak menolak kemungkinan serbuk itu turut digunakan dalam penghasilan cecair 'mushroom' atau lebih dikenali sebagai 'piu-piu' yang dikaitkan dengan penggunaan vape dalam kalangan remaja."Kemungkiman tersebut masih belum dapat dipastikan sehingga keputusan analisis kimia diperoleh JKDM Pahang, " Jelasnya.Dalam perkembangan berasingan, Mohd Asri berkata, pihaknya berjaya merampas sejumlah rokok seludup dan minuman keras dalam serbuan di Sungai Jawi, Pulau Pinang pada 8 September lalu.Menurutnya, dalam serbuan jam 3 pagi itu, pihaknya menemui 400,000 batang rokok putih dianggarkan bernilai RM32,000.Beliau menambah, nilai duti dan cukai bagi rampasan itu dianggarkan sekitar RM276,000."Dalam serbuan sama kita menemui 6,504 tin minuman keras pelbagai jenama bernilai RM22,342.32 dengan nilai cukai dan duti lebih RM95,000."Semua rokok putih itu dipercayai diseludup dari Vietnam, manakala minuman keras itu pula dari Indonesia," katanya yang maklumat disiasat mengikut Akta Kastam 1967.Mengulas tindakan penguatkuasaan secara keseluruhan, Mohd Asri berkata, JKDM Pahang merekodkan rampasan pelbagai barangan termasuk rokok, minuman keras, mercun dan kenderaan bernilai RM16.97 juta dari Januari hingga pertengahan Oktober tahun ini.Dalam tempoh sama, sebanyak 191 kertas siasatan dibuka dengan 38 individu ditahan."Kita menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan kepada JKDM menerusi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau pejabat kastam berhampiran," katanya. |
|
Akauntan tidak mengaku melakukan perbuatan bertentangan aturan tabii - Sinarharian - 5/11 12:28 am GEORGE TOWN Seorang akauntan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan selepas didakwa melakukan perbuatan bertentangan aturan tabii terhadap seorang wanita tanpa kerelaannya tahun lalu.Bagaimanapun, tertuduh, Then Zi Quan, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon di Mahkamah Sesyen 2 pada Khamis.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa berusia 25 tahun di sebuah unit kediaman di Ideal Residency, Jalan Lembah, Kampung Kastam kira-kira jam 4.15 petang pada 24 Ogos 2025.Dia didakwa memasukkan jari ke dalam kemaluan wanita berkenaan tanpa persetujuannya.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya M Darrshini, manakala tertuduh diwakili peguam K Mahendran bersama M Sharmila.Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan memohon jaminan sebanyak RM30,000 selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan serta melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.Bagaimanapun, pihak pembelaan memohon jumlah jaminan dikurangkan.Mahendran dalam rayuannya berkata, anak guamnya yang masih bujang bekerja sebagai akauntan dengan pendapatan bulanan kira-kira RM2,000 selain menanggung kedua-dua ibu bapanya.Beliau turut memaklumkan bahawa tertuduh pernah diberikan jaminan polis pada Ogos tahun lalu dan sentiasa memberikan kerjasama sepanjang siasatan dijalankan.Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Irwan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta mematuhi syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.Mahkamah kemudian menetapkan 14 Disember depan untuk serahan dokumen kes. |
|
Dua lelaki tipu, guna dokumen palsu urusan cukai kosmetik - Sinarharian - 5/11 11:53 am GEORGE TOWN Dua lelaki didakwa menipu dan menggunakan dokumen palsu dalam urusan pengisytiharan barangan import kosmetik sebuah syarikat sehingga menyebabkan perbezaan bayaran cukai lebih RM29,000.Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen 2 di sini pada Khamis.Tertuduh pertama, Zul Akmal Ab Suhukor, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.Mengikut pertuduhan, Zul Akmal didakwa memperdaya Pengurus Syarikat Hairos Destiny Sdn Bhd, Muhamad Aliff Syafi Irtiza dengan meminta mangsa memindahkan wang berjumlah RM13,000 ke akaun Maybank milik syarikat First Global Freight & Logistics yang dimiliki tertuduh.Wang berkenaan didakwa kononnya untuk dibayar kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bagi mengurangkan cukai barangan import kosmetik.Perbuatan itu didakwa dilakukan antara Ogos hingga September 2024 di Pejabat Flexi-Van Logistics Sdn Bhd, Menara Northam, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini.Zul Akmal didakwa mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 417 kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan |
|
Kastam patahkan cubaan seludup ketamin, bunga ganja bernilai RM2.24 juta - Sinarharian - 5/11 10:11 am SHAH ALAM - Cubaan menyeludup dadah jenis ketamin dan bunga ganja bernilai lebih RM2.24 juta digagalkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menerusi dua operasi berasingan di Selangor dan Kelantan baru-baru ini.Dalam operasi pertama pada 13 Ogos lalu, sebanyak 44.501 kilogram ketamin bernilai RM2.22 juta dirampas hasil pemeriksaan terhadap tiga kotak kurier import di sebuah pusat mel syarikat kurier sekitar Sepang.Pengarah JKDM Selangor, Noraidah Ishak berkata, pemeriksaan menerusi Operasi Mekong Dragon VII itu menemukan keseluruhan 44.501 kilogram dadah disyaki ketamin yang disembunyikan dalam 44 bungkusan plastik.Menurutnya, pemeriksaan terhadap kotak pertama menemukan 15 bungkusan plastik mengandungi 15.265 kilogram ketamin, manakala kotak kedua mengandungi 15 bungkusan seberat 15.236 kilogram."Turut ditemukan dalam kotak ketiga ialah 14 bungkusan plastik yang disyaki mengandungi ketamin seberat 14 kilogram."Keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan bernilai RM2,225,050," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, modus operandi sindiket dipercayai menggunakan dokumen pengikraran air waybill yang mengandungi maklumat tidak benar bagi mengelak kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa."Kotak pertama dan kedua diikrarkan sebagai barangan perubatan termasuk pembalut mampatan elastik, fabrik tidak steril, stetoskop dan alat pernafasan, manakala kotak ketiga diikrarkan sebagai penapis udara marin plastik."Dagangan berkenaan dipercayai diimport dari sebuah negara di benua Eropah dengan alamat penerima di sekitar Sepang, Selangor," katanya.Dalam kes berasingan, Noraidah berkata, pihaknya turut merampas 0.286 kilogram bunga ganja bernilai RM22,880 menerusi Operasi Shieldgate di sekitar daerah Jeli, Kelantan pada 13 Oktober lalu.Noraidah berkata, rampasan itu dilakukan selepas anggota penguat kuasa mengekori sebuah motosikal tanpa nombor pendaftaran yang ditunggang dalam keadaan mencurigakan.Menurutnya, penunggang motosikal terbabit bertindak melarikan diri sebaik menyedari diekori sehingga mencetuskan aksi kejar-mengejar sebelum berjaya meloloskan diri melalui jalan sempit."Ketika melarikan diri, suspek mencampakkan satu bungkusan plastik berwarna hijau di tepi jalan."Pemeriksaan terhadap bungkusan itu menemukan bahan disyaki bunga ganja seberat 0.286 kilogram," katanya.Beliau berkata, suspek dipercayai menggunakan motosikal tanpa nombor pendaftaran bagi mengelak dikesan pihak berkuasa dan memudahkannya melarikan diri sekiranya kegiatan itu diketahui.Ujarnya, keseluruhan rampasan bagi kedua-dua kes berkenaan berjumlah 44.787 kilogram dengan anggaran nilai RM2,247,930."Kesemua barang kes telah disita dan dibawa ke Pejabat Kastam Pelabuhan Utara untuk siasatan lanjut."Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. |
|
Sorok rokok seludup dalam kandang kambing - Sinarharian - 5/11 9:50 am TUMPAT Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar taktik menyembunyikan rokok tidak bercukai di dalam kandang kambing selepas menyerbu tempat tersebut di Kampung Berlian, Palekbang di sini pada Rabu.Serbuan kira-kira jam 10 malam itu membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dipercayai terbabit dalam kegiatan penjualan rokok tidak bercukai sejak lapan tahun lalu.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, dalam operasi berkenaan, anggota Task Force Batalion 7 PGA Kuantan menemui 18,000 batang rokok putih dipercayai tidak bercukai dianggarkan bernilai RM33,660.Menurutnya, pemeriksaan dilakukan selepas pasukan operasi menerima maklumat sebelum menyerbu kandang kambing berkenaan."Ketika tiba di lokasi, seorang lelaki tampil mengaku sebagai pemilik kambing sebelum pemeriksaan menyeluruh dilakukan di sekitar kawasan itu."Pemeriksaan kemudian menemukan beberapa kotak berwarna coklat dan bungkusan plastik lutsinar mengandungi karton rokok putih yang disembunyikan di bawah sebuah kandang kambing tidak digunakan," katanya kepada pemberita pada Khamis.Beliau berkata, lelaki terbabit ditahan dan kesemua rokok berkenaan dirampas untuk tindakan lanjut.Katanya, hasil soal siasat awal mendapati suspek yang bekerja sebagai peniaga mengaku sudah menjalankan perniagaan rokok tidak bercukai selama lapan tahun dan pernah ditangkap sebelum ini."Suspek turut memaklumkan memperoleh bekalan daripada seorang lelaki dikenali sebagai Tan yang dipercayai berpengkalan di Wakaf Bharu."Dia juga mengaku membuat tempahan kira-kira dua peti rokok seminggu, bergantung kepada permintaan," katanya.Ahmad Radzi memberitahu, suspek dan rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk siasatan lanjut.Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. |
|
Kotak kurier diikrarkan barangan perubatan, rupanya berisi 44.501kg ketamin - Mygazette - 5/11 6:59 am # Kotak kurier diikrarkan barangan perubatan, rupanya berisi 44.501kg ketamin KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan dua cubaan penyeludupan dadah menerusi operasi berasingan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2.24 juta |
|
Dadah RM2.24 juta dirampas di Sepang, Jeli - Kosmo - 4/11 9:12 pm SHAH ALAM – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis ketamin dan bunga ganja bernilai lebih RM2.24 juta dalam dua operasi di Sepang dan Kelantan pada Ogos serta bulan lalu |
|
Minuman keras mewah guna setem cukai rendah, rampasan 370 botol - Sinarharian - 4/11 3:32 pm KUALA LUMPUR - Kegiatan menyeleweng setem cukai bagi mengelak pembayaran duti eksais pada kadar sebenar terbongkar selepas pihak berkuasa merampas 370 botol minuman keras pelbagai jenama mewah bernilai RM702,566,11 pada Selasa.Sepasukan anggota dan pegawai Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman melaksanakan Operasi Taring Alpha 2 di sebuah gudang di Selangor dan premis perniagaan di Kuala Lumpur pada jam 11.40 pagi.Komander WCB/PSK, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, seramai lima individu telah diperiksa dalam serbuan itu."Daripada jumlah itu, seramai empat individu ditahan membabitkan tiga lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mohd Zaki berkata, pihaknya turut bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam operasi tersebut."Hasil operasi itu, pihak Kastam menyita 73 kotak mengandungi 370 botol minuman keras pelbagai jenama dengan anggaran nilai keseluruhan RM702,566.11," katanya.Menurutnya, pemeriksaan awal di premis pertama menggunakan peralatan SICPA AIR mendapati terdapat minuman keras berjenama mewah yang disyaki menggunakan setem cukai atau pelekat Kastam dengan nilai duti eksais lebih rendah daripada yang sepatutnya dikenakan."Modus operandi itu dipercayai membabitkan kegiatan penyelewengan setem cukai bagi mengelak pembayaran duti eksais pada kadar sebenar, sekali gus berpotensi menyebabkan ketirisan hasil pendapatan negara," katanya.Beliau berkata, pemeriksaan di premis kedua mendapati semua setem cukai pada botol minuman keras telah diperiksa dan disahkan lengkap oleh pegawai Kastam."Tiada kesalahan dikesan dan tiada rampasan dilakukan di premis berkenaan," katanya.Menurutnya, kesemua individu yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c), Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963."Pihak Kastam pula menjalankan siasatan berkaitan kesalahan di bawah Seksyen 133(1)(c) Akta Kastam 1967."Barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Kastam WPKL untuk disimpan di stor Kastam bagi tindakan dan siasatan lanjut," katanya.Mohd Zaki berkata, kejayaan operasi itu membuktikan komitmen berterusan WCB/PSK dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguat kuasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan, penyelewengan dan ketirisan hasil negara. |
|
Pendedahan Kastam wajar dorong SPRM bertindak, kata pemain industri - FMT - 4/11 11:40 am SPRM digesa bertindak termasuk terhadap laporan berkaitan percanggahan dokumen dan pergerakan kargo petroleum, Jun lalu. |
|
Artikel Pilihan Cara Licik Ev China Elak Cukai 35.3% Ke Eropah Read More .. - Mekanika - 30/10 3:08 pm Di bawah peraturan EU, tarif tambahan anti-subsidi dikenakan terhadap EV bateri baharu yang berasal dari China dengan kadar tambahan tertinggi mencapai 35.3 peratus. Apabila digabungkan dengan duti import biasa sebanyak 10 peratus, jumlah beban tarif bagi sesetengah model boleh mencecah sekitar 45.3 peratus daripada nilai kastam kenderaan |
|
JKDM kutip hasil RM70.15 bilion setakat September - Astroawani - 29/10 8:45 pm Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan kutipan hasil sebanyak RM70.15 bilion hingga 30 Sept lepas, meningkat 23.06 peratus atau RM13.145 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas. |
|
Kastam catat kutipan hasil RM70.15 bilion hingga September - Sinarharian - 29/10 2:42 pm AYER KEROH Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM70.15 bilion sehingga 30 September lalu, melebihi sasaran RM62.09 bilion yang ditetapkan bagi tempoh tersebut.Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Amran Ahmad berkata, kutipan itu mencapai 112.98 peratus daripada sasaran, selain meningkat 23.06 peratus atau RM13.145 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu."Berdasarkan prestasi kutipan semasa yang memberangsangkan ini, JKDM yakin berada pada landasan yang kukuh untuk mencapai, malah berpotensi melepasi sasaran kutipan hasil sebanyak RM80 bilion yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bagi tahun ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Mengarak Gencana Diraja Kastam sempena ulang tahun ke-63 penganugerahan gelaran Diraja kepada JKDM di sini pada Khamis.Amran berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen dan kesungguhan seluruh warga JKDM dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan."Namun, kecemerlangan sesebuah institusi bukan hanya diukur melalui angka kutipan, tetapi juga melalui cara amanah tersebut dilaksanakan secara cekap, telus, adil dan berintegriti," katanya.Menurutnya, seiring dengan perubahan landskap perdagangan global, JKDM perlu terus memperkukuh keupayaan organisasi melalui risikan, analisis risiko dan penggunaan teknologi yang lebih berkesan."Pemodenan sistem dan proses kerja serta perkongsian data juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dan penguatkuasaan kekal cekap, pantas dan berkesan," ujarnya.Mengulas lanjut, Amran berkata, gelaran 'Diraja' bukan sekadar satu kebanggaan yang diwarisi, sebaliknya amanah besar yang perlu dipelihara menerusi mutu perkhidmatan, disiplin dan integriti setiap warga jabatan."Setiap keputusan yang dibuat, tindakan yang dilaksanakan dan perkhidmatan yang diberikan mencerminkan kewibawaan nama Diraja yang kita junjung," katanya.Istiadat berkenaan turut menyaksikan perarakan Gencana Diraja, perbarisan Kawalan Kehormatan Kastam yang diiringi Pancaragam JKDM serta pemeriksaan baris kawalan kehormatan.Gencana Diraja yang diarak melambangkan identiti, maruah dan kesinambungan amanah yang dipikul seluruh warga JKDM dalam berkhidmat kepada Raja, negara dan rakyat. |
|
Mesin pengimbas berteknologi baharu digunakan di ICQ Bukit Chagar - Mygazette - 29/10 8:10 am # Mesin pengimbas berteknologi baharu digunakan di ICQ Bukit Chagar JOHOR BAHRU - Mesin pengimbas berteknologi baharu akan digunakan di Kompleks Imigresen Kastam dan kuaratin (ICQ), Bukit Chagar, Johor Bahru apabila Rapid Transit System Link (RTS Link) Johor Bahru-Singapura beroperasi awal tahun depan |
|
JKDM rampas bunga ganja, ketamin bernilai lebih RM1 juta di KLIA - Astroawani - 28/10 5:50 pm Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup dadah jenis bunga ganja dan ketamin seberat 16.39 kilogram (kg) bernilai RM1.03 juta. |
|
Kastam Gagalkan Cubaan Transit Server Cip AI Termaju Hampir RM49.5 Juta Di KLIA - Siakapkeli - 28/10 5:00 pm SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menggagalkan cubaan transit 30 unit server m... |
|
Kastam gagalkan cubaan transit server cip AI hampir RM49.5 juta di KLIA - FMT - 28/10 4:01 pm Pengarah Kastam KLIA Aspalila AG Tuah berkata rampasan dilakukan hasil pemeriksaan rapi ke atas sebuah gudang di Zon Perdagangan Bebas pada 15 Okt lepas. |
|
Kastam rampas dadah bernilai lebih RM1 juta, sita dua Mini Cooper - Mygazette - 28/10 3:30 pm # Kastam rampas dadah bernilai lebih RM1 juta, sita dua Mini Cooper SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas dadah jenis bunga ganja dan ketamin bernilai lebih RM1 juta serta menyita dua kereta Mini Cooper S dalam tiga kes berasingan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sekitar Sepang |
|
Suami isteri diberkas bawa wang tunai RM2.9 juta, S$300,000 ke Singapura .. - Mygazette - 28/10 3:30 pm # Suami isteri diberkas bawa wang tunai RM2.9 juta, S$300,000 ke Singapura tanpa isytihar JOHOR BAHRU - Cubaan pasangan suami isteri membawa want tunai berjumlah RM1.97 juta dan S$300,000 ke Singapura tanpa diisytiharkan gagal apabila ditahan dalam pemeriksaan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini semalam |
|
Kastam rampas 30 server cip AI bernilai RM49.5 juta - Mygazette - 28/10 3:30 pm # Kastam rampas 30 server cip AI bernilai RM49.5 juta SEPANG - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 30 unit server yang mengandungi cip kecerdasan buatan (AI) bernilai hampir RM49.5 juta termasuk cukai dipercayai dibawa masuk ke Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dieksport semula ke negara Asia lain |
|
Kastam Malaysia Patahkan Percubaan Seludup Cip AI Bernilai RM 49.5 Juta Menerusi KLIA - Amanz - 28/10 3:03 pm Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas cip kecerdasan buatan (AI) canggih bernilai kira-kira RM49.5 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan ini menurut laporan Reuters |
|
Helah seludup dadah guna alamat palsu, ikrar permainan - Sinarharian - 28/10 2:03 pm SEPANG - Taktik lapuk penyeludupan dadah jenis bunga ganja dan ketamin bernilai RM1.03 juta menggunakan perkhidmatan parcel serta kargo selain alamat penghantaran palsu ditumpaskan dalam kes berasingan baru-baru ini.Rampasan dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pemeriksaan rutin.Pengarah Kastam KLIA, Aspalila AG Tuah berkata, bagi kes pertama pada 12 Oktober, tujuh bungkusan kotak disyaki berisi bunga ganja seberat 7.280 kilogram (kg) dirampas di Pos Malaysia International Hub KLIA.Menurutnya, kesemua bungkusan itu dipercayai hendak dieksport ke salah sebuah negara Eropah."Bunga ganja bernilai RM582,400 itu cuba dibawa keluar menggunakan perkhidmatan parcel dan disembunyikan di dalam plastik kedap udara serta kotak yang diikrar sebagai kasut dan permainan kanak-kanak," katanya dalam sidang akhbar di Kompleks Kastam Kargo KLIA di sini pada Rabu.Kes kedua pada 9 Oktober, dadah jenis ketamin seberat 9.114 kg bernilai RM455,700 dalam satu bungkusan kotak dirampas salah sebuah Pengendali Terminal Kargo (CTO) Zon Perdagangan Bebas KLIA.Aspalila berkata, dadah itu diletakkan dalam sembilan bungkusan aluminium."Ketamin ini cuba dibawa masuk menggunakan khidmat kargo dan diikrar sebagai sepana paip dan kotak peralatan," ujarnya.Dedahnya, kedua-dua kes ini dikesan menggunakan alamat penerima dan pengirim palsu dan tidak lengkap sebagai salah satu modus operandi sindiket.Dalam kes berlainan, kata beliau, dua kereta jenis Mini Cooper S bernilai RM334,620 termasuk duti dan cukai dirampas di sekitar Sepang pada 14 September lalu kerana dipercayai diseludup masuk tanpa permit import yang sah selain menggunakan nombor pendaftaran palsu."Pemeriksaan kenderaan itu didapati tidak mempunyai rekod pendaftaran di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," ujarnya. |
|
Zon Perdagangan Bebas KLIA jadi transit seludup server cip AI canggih - Sinarharian - 28/10 1:39 pm SEPANG - Taktik menjadikan Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai lokasi transit bagi membawa masuk 30 unit pelayan (server) yang mengandungi cip kecerdasan buatan (AI) canggih, dipercayai berpotensi digunakan dalam pembangunan senjata, dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA, baru-baru ini.Kes itu direkodkan pada 15 Oktober lalu, membabitkan keseluruhan barangan bernilai RM49.5 juta termasuk cukai.Pengarah Kastam KLIA, Aspalila AG Tuah berkata, siasatan mendapati 30 unit pelayan itu dibawa masuk ke Zon Perdagangan Bebas KLIA dari salah sebuah negara Asia menggunakan satu 'Air Waybill'."Siasatan awal juga mendapati server itu akan dieksport semula ke salah sebuah negara di Asia."Barangan itu dibawa masuk dengan diikrar sebagai komponen elektronik bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam Kargo KLIA di sini, Rabu.Aspalila berkata, sindiket terbabitmenggunakan Malaysia sebagai lokasi transit bagi memastikan tiada sekatan ketika pelayan berkenaan dieksport ke negara destinasi seterusnya.Katanya, kes masih dalam siasatan dan syarikat pengendali penghantaran barang dagangan telah dipanggil untuk membantu siasatan.Beliau berkata, ini merupakan kes kelima pada tahun ini dengan nilai rampasan melebihi RM100 juta dan dipercayai melibatkan sindiket yang sama."Mana-mana individu yang berhasrat untuk mengeksport, memindah kapal atau membawa masuk sebagai transit cip AI canggih yang telah dikategorikan hendaklah memaklumkan kepada Sekretariat Perdagangan Strategik (STS), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Perdagangan Strategik 2010. |
|
Dua lelaki ditahan bantu siasatan rampasan dadah di premis kurier - Sinarharian - 27/10 7:47 pm RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di sini bagi membantu siasatan berhubung rampasan dadah di sebuah premis kurier pada Sabtu.Kedua-dua suspek masing-masing berusia 27 dan 30 tahun itu ditahan dalam Op Taring Wawasan pada Isnin dan awal pagi Selasa.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek pertama berusia 27 tahun ditahan di tepi jalan Taman Bakti kira-kira jam 7.30 malam."Suspek memaklumkan bahawa seorang wanita warga Thailand memintanya membantu menghantar bungkusan yang diambil di pangkalan haram Gergaji."Suspek mendakwa meminta bantuan seorang individu lain yang tinggal di Kedai Lama Rantau Panjang untuk membawa bungkusan itu ke sebuah syarikat kurier bagi urusan penghantaran," katanya kepada pemberita pada Selasa.Sebelum itu media melaporkan pada Ahad, cubaan menyeludup dadah menggunakan perkhidmatan kurier dipatahkan PGA selepas merampas tujuh parcel mengandungi ganja, bunga ganja dan rokok elektronik berisi minyak kanabis.Rampasan jam 1.30 petang itu dilakukan menerusi Op Taring Wawasan melibatkan tiga kilogram (kg), bunga ganja (56 gram) dan 10 kotak rokok elektronik mengandungi minyak kanabis.Menurut beliau, suspek pertama memaklumkan menerima upah RM200 bagi urusan berkenaan.Ahmad Radzi memberitahu, susulan itu, seorang lagi suspek telah ditahan di tempat letak kereta Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang pada jam 2 pagi, Selasa.Ujarnya, suspek kedua memaklumkan bahawa dia dihubungi individu dikenali sebagai Bulan, iaitu suspek pertama, untuk membantu menghantar bungkusan ke premis kurier berkenaan."Dalam serbuan itu, PGA turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Camry yang dianggarkan bernilai RM50,000 |
|
AKPS bakal dilengkapi aset, teknologi dan inovasi baharu – Saifuddin - Mygazette - 27/10 4:00 pm Menurut Saifuddin Nasution, Malaysia berdepan cabaran besar untuk mengawal kemasukan dadah berikutan panjang sempadan darat dan laut kira-kira 4,000 kilometer selain kawasan maritim seluas 600,000 kilometer persegi. Beliau berkata, kerajaan sedang melaksanakan pengisian anggota AKPS menerusi pengambilan baharu, bekas anggota tentera serta penempatan anggota daripada agensi sedia ada termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia |
|
Pegawai AKPS dibunuh suami: ‘Keluarga suspek masih belum jumpa kami’ - Kosmo - 26/10 4:19 pm SEREMBAN Abang sulung Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, hadir di Mahkamah Seremban, hari ini bagi mengikuti prosiding kes kematian adiknya yang dipercayai dibunuh suami sendiri di Kompleks Perumahan Penjawat Awam, Nilai, 15 Oktober lalu. Amran Ibrahim, 59, berkata, keluarganya bersyukur kerana segala urusan menguruskan jenazah Allahyarham dipermudahkan dengan bantuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi .. |
|
Usia dua tahun AKPS pamer taring, rampasan cecah RM322.74 juta - Sinarharian - 26/10 1:31 pm SEPANG - Biar pun Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) baharu beroperasi pada kadar kekuatan awal, agensi itu membuktikan kejayaan luar biasa apabila ketirisan hasil negara bernilai RM322.74 juta tahun ini setakat Oktober berjaya diselamatkan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini sekali gus lonjakan empat kali ganda berbanding tahun lalu.Menurutnya, pencapaian ini membuktikan bahawa AKPS bukan sekadar instrumen penguatkuasaan undang-undang, tetapi adalah benteng fiskal negara."Penubuhan AKPS dua tahun lalu berakar umbi daripada wawasan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meruntuhkan amalan kerja secara silo dan membina benteng kedaulatan negara yang moden, bersepadu dan berintegriti di bawah satu chain of command berteraskan semangat Single Border Agency (SBA)."Dalam tempoh singkat ini, kita telah menganalisis dan menilai keberkesanan pengoperasian agensi ini menerusi pendekatan berfasa serta mengambil kira tahap ancaman semasa dan kesediaan sumber manuaia dan logistik," katanya menerusi ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman.Beliau berkata, ketangkasan dan kecekapan AKPS telah diuji susulan insiden penahanan seorang juruterbang di Jakarta pada 28 Julai lalu.Katanya, bertindak pantas atas keputusan Jemaah Menteri pada 5 Ogos dan kelulusan 17 syor keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hasil Memorandum Bersama KDN dan Kementerian Pengangkutan pada 19 Ogos, kerajaan menetapkan Pelan Tindakan Penambahbaikan dan Mitigasi Keselamatan berteraskan tiga komponen utama iaitu Keselamatan Penerbangan, Keselamatan Negara dan Sempadan serta Keselamatan Fizikal dan Perlindungan.Tambahnya, dalam pelan ini, AKPS telah diberi kepercayaan penuh sebagai agensi peneraju bagi Teras Keselamatan Negara dan Sempadan untuk melaksanakan tiga syor utama di bawah seliaannya."Pertama, pelaksanaan saringan bersasar berasaskan risiko merangkumi prosedur pemeriksaan tambahan khusus terhadap penerbangan, penumpang, kru serta bagasi yang dikenal pasti berprofil risiko tinggi."Kedua, pengukuhan Unit Anjing Pengesan (K9) dengan mempertingkatkan keupayaan K9 sebagai pelengkap saringan bagi mengesan bahan terlarang yang sukar dikesan oleh mesin pengimbas biasa."Ketiga ialah penyelarasan risikan antara agensi di mana AKPS bertindak sebagai hab peneraju perkongsian maklumat risikan bersama agensi sahabat secara pantas dan berkesan," ujarnya.Menerusi majlis itu, AKPS turut memperkenalkan logo baharuSelain itu, AKPS juga memperkenalkan hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit KLIA bertujuan membantu pengembara yang baru sampai dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu disediakan semasa ketibaan di negara ini.Dalam ucapan itu juga, kejayaan yang dilakar AKPS sepanjang dua tahun ini tidak mungkin tercapai secara bersendirian."Ia merupakan hasil sinergi utuh merentas kementerian dan agensi rakan, termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Kementerian Kesihatan Malaysia," ujarnya. |
|
U Mobile Dan MRT Corp Menandatangani MoU Untuk Memperkenalkan IBC Di Kompleks ICQC Johor - Amanz - 23/10 12:26 am U Mobile, syarikat telekomunikasi tempatan dan pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman untuk memperkenalkan sambungan dalam bangunan (In Building Connectivitiy) yang akan memperhebatkan sambungan rangkaian 5G dalam Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQC) di Bukit Chagar, Johor Bahru |
|
Lelaki ditahan bersama barangan elektrik seludup RM1.33 juta - FMT - 22/10 5:50 pm Pengarah Kastam Kuala Lumpur Wan Norizan Wan Daud berkata pihak terbabit menggunakan invois pembelian tempatan bagi mengaburi asal-usul barangan import itu. |
|
Taktik licik guna invois tempatan, gudang simpan barang elektrik haram diserbu - Sinarharian - 22/10 3:33 pm KUALA LUMPUR - Menyeludup barangan elektrik import tanpa kelulusan sebelum menjualnya kepada pengedar menggunakan invois pembelian tempatan antara taktik dibongkarkan menerusi serbuan di sebuah gudang persendirian di Bukit Belimbing, Seri Kembangan baru-baru ini.Serbuan dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kuala Lumpur (WPKL) itu merampas 9,286 unit barangan elektrik pelbagai jenis dan fungsi yang dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan (CoA) daripada Suruhanjaya Tenaga serta kelulusan SIRIM Berhad (SIRIM).Pengarah Kastam Kuala Lumpur, Wan Norizan Wan Daud berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk duti import dan cukai dianggarkan berjumlah RM1.33 juta.Menurutnya, nilai barangan yang disita dianggarkan RM1.01 juta, manakala duti import dan cukai yang terlibat berjumlah RM323,904."Pemeriksaan mendapati barangan elektrik berkenaan dipercayai tidak mempunyai Perakuan Kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga dan SIRIM."Dokumen kelulusan yang sah bagi barangan terbabit juga gagal dikemukakan ketika serbuan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, serbuan itu dilaksanakan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan JKDM WPKL berdasarkan maklumat risikan daripada Ibu Pejabat JKDM."Seorang lelaki warga tempatan berusia lingkungan 60-an yang merupakan pengurus gudang berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan."JKDM sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan pemilik barangan elektrik berkenaan untuk tindakan selanjutnya," katanya.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967."Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam di talian 1-800-88-8855 atau pejabat kastam terdekat dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," katanya. |
|
Pemilik bengkel mengaku tidak bersalah gagal bayar cukai - Sinarharian - 22/10 1:27 pm IPOH - Seorang pemilik bengkel lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis atas lapan pertuduhan gagal menjelaskan cukai barang dan perkhidmatan serta penalti berjumlah lebih RM271,000.Look Pek Kong, 48, sebagai orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.Mengikut pertuduhan, lelaki terbabit yang merupakan orang kena cukai di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 didakwa melakukan kesalahan gagal membayar cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar untuk lapan tempoh cukai terlibat seperti ditetapkan pada Ketua Pengarah Kastam.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak di sini dengan jumlah tunggakan cukai dan penalti bagi tujuh tempoh bercukai terbabit ialah RM271,875.33.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 41(7) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dan boleh dihukum di bawah Seksyen dan Akta yang sama.Jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.Dalam pada itu, Pek Kong turut berdepan dua lagi pertuduhan masing-masing di bawah Seksyen 165 (4) akta yang sama kerana gagal mengemukakan dokumen yang diminta oleh pegawai kastam dan Seksyen 57(4) Akta Cukai Perkhidmatan 2018 kerana gagal mengemukakan mengemukakan dokumen yang diminta oleh pegawai kastam.Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa JKDM, Nur Amalina Ahmad Nazeri dan Ar Junadi Jamaludidn manakala OKS tiadk diwakili peguam.Mahkamah membenar jaminan sebanyak RM8,000 terhadap OKS dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 November sebagai sebutan semula kes. |
|
Arahan ketatkan semakan bil muatan elak ketirisan hasil, kata ahli akademik - FMT - 22/10 11:33 am Madzli Harun berkata Kastam membuat langkah penting dengan mewajibkan maklumat bil muatan tepat dan lengkap. |
|
Penugasan unit K9 di KLIA bermula Isnin - MAHB - Sinarharian - 21/10 4:34 pm PUTRAJAYA - Penugasan unit anjing pengesan (K9) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan bermula Isnin ini, susulan peningkatan pemantauan disebabkan beberapa kes penyeludupan dadah rentas negara baru-baru ini, yang dikesan dari lapangan terbang itu.Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd, Datuk Mohd Izani Ghani berkata, penugasan itu merangkumi kawasan tumpuan penumpang seperti balai pelepasan, balai ketibaan dan kawasan pemeriksaan kastam bagi membolehkan pengesanan awal barangan terlarang serta potensi ancaman keselamatan berkaitan dengan penerbangan tertentu.Beliau berkata, penugasan K9 juga diperluas ke kawasan pengendalian dan pengasingan bagasi bagi memperketat pemeriksaan terhadap bagasi daftar masuk sebelum dimuatkan ke dalam pesawat atau dihantar ke karusel tuntutan bagasi."Pendekatan keselamatan berlapis ini bermatlamat memperkukuh kawalan di kawasan tumpuan penumpang dan operasi dalaman lapangan terbang, sekali gus melengkapi langkah keselamatan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.Mohd Izani berkata, fasa percubaan akan dilaksanakan bagi menilai keberkesanan lokasi penugasan ditetapkan serta mengenal pasti keperluan untuk menyesuaikan aliran pergerakan penumpang dan jadual operasi unit berkenaan.Beliau berkata, KLIA akan menyelaraskan urusan operasi bersama-sama agensi berkaitan termasuk penyediaan prosedur operasi standard (SOP), penetapan laluan akses khusus bagi unit K9 dan pengendaliannya serta penyediaan kemudahan sokongan yang bersesuaian di dalam terminal bagi memastikan kelancaran operasi."Kerjasama ini akan membolehkan anggota Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) kami terus menumpukan perhatian kepada tanggungjawab utama mereka dalam memastikan keselamatan pengguna dan kemudahan lapangan terbang."Kami akan terus memberikan sokongan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta unit K9 bagi memastikan KLIA kekal sebagai lapangan terbang yang selamat, selesa dan bersih untuk semua," katanya.Sebelum ini, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, polis telah meningkatkan rondaan unit K9 yang sebelum ini dijalankan secara berkala bagi memperketat kawalan keselamatan di lapangan terbang itu susulan beberapa insiden keselamatan yang berlaku sejak kebelakangan ini.Usaha itu dilakukan susulan perhatian orang ramai terhadap prosedur pemeriksaan di pintu masuk antarabangsa utama negara, berikutan penahanan beberapa rakyat Malaysia di luar negara kerana membawa bahan narkotik terlarang.Pada 10 Oktober, pegawai kastam Jepun di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo menahan lima rakyat Malaysia terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 19 hingga 26 tahun selepas menemukan kira-kira lima kilogram kokain bernilai 120 juta yen atau RM3.1 juta yang disembunyikan dalam pelapik kasut yang telah dilubangkan.Bukit Aman mengesahkan kumpulan berkenaan berlepas dari KLIA Terminal 2 dan dipercayai berperanan sebagai keldai dadah dengan bayaran RM8,000 seorang.Pada Julai lepas, seorang juruterbang syarikat penerbangan komersial warga Malaysia berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, selepas lebih 70,000 pil ekstasi seberat kira-kira 26 kilogram serta satu peket methamphetamine ditemukan di dalam bagasinya.Keperluan untuk memperketat langkah keselamatan di lapangan terbang semakin mendesak selepas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan, semalam mendedahkan sindiket dadah antarabangsa sedang mengubah taktik bagi mengelak dikesan di lapangan terbang.Beliau berkata, antara modus operandi digunakan ialah membuat tempahan penerbangan pada saat akhir bagi keldai dadah atau sengaja memilih penerbangan pada waktu puncak di KLIA untuk mengambil kesempatan daripada kesesakan penumpang |
|
Rokok haram: Penguatkuasaan perlu sampai ke kedai runcit - Sinarharian - 19/10 5:27 pm KUALA LUMPUR Peningkatan peruntukan penguatkuasaan menerusi Belanjawan 2027 perlu dimanfaatkan untuk mempergiat pemeriksaan di premis perniagaan runcit bagi membanteras penjualan rokok haram yang masih berleluasa dan mudah didapati.Bekas Ketua Polis Sarawak, Datuk Dr Yusoff Nook, berkata penambahan sumber kepada agensi penguatkuasaan mampu meningkatkan keberkesanan operasi, khususnya menerusi pemeriksaan berulang dan tindakan tegas terhadap premis yang terlibat dalam kegiatan haram.Beliau berkata Belanjawan 2027 memperuntukkan RM1.1 bilion bagi memperkukuh operasi agensi penguatkuasaan, termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).Katanya, peruntukan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) turut meningkat kepada RM490 juta berbanding RM37 juta pada tahun ini."Sepanjang berkhidmat dalam bidang penguatkuasaan, saya dapat melihat sendiri bahawa keberkesanan operasi bergantung pada sumber yang mencukupi, termasuk pegawai di lapangan, kenderaan, risikan serta keupayaan untuk kembali memeriksa premis yang sama secara berulang kali."Kerajaan wajar diberikan pengiktirafan kerana meletakkan penguatkuasaan sebagai salah satu keutamaan dalam Belanjawan 2027," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Menurut pakar jenayah ekonomi itu, peningkatan peruntukan berkenaan melengkapkan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Oktober supaya operasi bersepadu dilaksanakan di seluruh negara bagi membanteras perniagaan haram yang dikendalikan oleh warga asing.Operasi berkenaan melibatkan kerjasama polis, Kastam, KPDN, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen.Yusoff turut menyambut baik tindakan JKDM mempergiat operasi terhadap premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing, selain langkah memperketat kawalan sehingga lesen perniagaan pemilik tempatan boleh dibatalkan sekiranya mereka didapati menyewakan premis kepada warga asing untuk menjalankan kegiatan haram.Beliau berkata tindakan terhadap pemilik premis penting bagi memastikan mereka turut bertanggungjawab sekiranya premis masing-masing digunakan untuk aktiviti yang menyalahi undang-undang.Mengulas isu penjualan rokok haram, Yusoff berkata kegiatan itu perlu ditangani dengan lebih tegas kerana produk berkenaan masih mudah diperoleh di kedai runcit di seluruh negara."Rokok haram bukan dijual secara tersembunyi |
|
Allahyarham Norhazwani rajin, kerap kerja lebih masa – AKPS - Mygazette - 18/10 3:57 pm Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS SAC Datuk Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, yang baru menyertai agensi itu 1 Julai lepas selepas bertukar daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, menunjukkan prestasi kerja yang baik sepanjang berkhidmat |
|
Allahyarham Norhazwani pegawai yang rajin, kerap kerja lebih masa - AKPS - Sinarharian - 18/10 11:21 am TUMPAT - Pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang ditemukan maut di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Nilai, Negeri Sembilan, Khamis lepas, disifatkan sebagai seorang yang rajin dan komited terhadap tugas.Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS SAC Datuk Mohd Nasaruddin M. Nasir berkata Allahyarham Norhazwani Ibrahim, 35, yang baru menyertai agensi itu 1 Julai lepas selepas bertukar daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, menunjukkan prestasi kerja yang baik sepanjang berkhidmat."Allahyarham kerap melakukan kerja lebih masa |
|
Pegawai AKPS maut: Suasana pilu, tangisan dua anak iringi kepulangan jenazah Norhazwani - Sinarharian - 18/10 8:59 am Khairuddin, 6, dan Noralisa Amara, 5, mengiringi kepulangan jenazah ibu mereka yang dipercayai dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan, Khamis lalu.Lebih menyayat hati, kedua-dua kanak-kanak itu menangis sambil meronta-ronta dan enggan keluar dari bilik walaupun dipujuk ibu saudara mereka, Marliza Ibrahim, 48, yang turut menjaga mereka sejak kecil.Jenazah Allahyarham dibawa dari Masjid Kuarters KLIA Nilai, Negeri Sembilan, sebelum tiba di rumah keluarganya di Kampung Banjir, Telaga Lanas, Pengkalan Kubor, kira-kira jam 1 pagi. Jenazah kemudian disolatkan buat kali kedua sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Pengkalan Kubor untuk dikebumikan pada jam 1.50 pagi.Lebih 200 orang, termasuk ahli keluarga, kakitangan AKPS, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan penduduk setempat, hadir mengiringi pengebumian Allahyarham.Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AKPS, SAC Datuk Mohd |
|
Perkukuh integriti, banteras ketirisan - Hmetro - 18/10 7:01 am Menyebut nama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), mungkin masih ada yang membayangkan pegawai memeriksa barangan di pintu masuk negara atau mengutip cukai daripada pedagang |
|
Kronologi Pegawai Kastam Maut Dipercayai Ditik*m Suami, Rupanya Dalam Proses Cerai & Anak Belum Tahu Ibu Sudah Tiada - Siraplimau - 16/10 5:57 pm Kes kematian seorang pegawai kastam, Norhazwani Ibrahim, 35, di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Nilai, pada Khamis 15 Oktober telah mengejutkan keluarga mangsa selepas dia dipercayai dibunuh suaminya sendiri |
|
Perselisihan faham punca pegawai AKPS ditikam suami - Mygazette - 16/10 2:43 pm Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan(AKPS) berkuat kuasa 1 Julai, katanya dalam kenyataan di sini hari ini |
|
Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami - Mygazette - 16/10 2:43 pm # Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami NILAI - Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi |
|
Kes pegawai kastam dipercayai dibunuh: Adik mahu bercerai - Abang - Hmetro - 16/10 2:42 pm Tumpat: Seorang pegawai kastam berusia 35 tahun yang dipercayai dibunuh suaminya di kediaman mereka di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam, dalam proses memohon perceraian, menurut keluarganya |
|
Pegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampas - Sinarharian - 16/10 2:29 pm SEREMBAN Seorang lelaki hadir menyerah diri di balai polis selepas dipercayai menikam isterinya sehingga maut di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam Jumaat.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam.Menurutnya, seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri."Pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan."Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.Alzafny berkata, punca kejadian dipercayai akibat perselisihan rumah tangga.Menurutnya, suami mangsa yang berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis. |
|
Perselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - Polis - Sinarharian - 16/10 12:38 am SEREMBAN - Punca seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi ialah akibat perselisihan rumah tangga.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 malam semalam, selepas seorang lelaki tempatan menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya.Beliau berkata, pemeriksaan awal Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman dan sebilah pisau serta beberapa barang kes lain dirampas bagi membantu siasatan."Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri."Mangsa ialah pegawai kastam yang telah bertukar ke skim perkhidmatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Beliau berkata, pasukan perubatan Klinik Kesihatan Nilai mengesahkan kematian mangsa.Alzafny berkata, suami mangsa berusia lingkungan 30-an direman hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis.- Bernama |
|
“Suami Baru Keluar Penjara Kerana Dadah, Tidak Bekerja” – Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibun*h Dalam Proses Cerai - Beautifulnara - 16/10 9:17 am Keluarga seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Norhazwani Ibrahim, 35, sukar menerima berita kematiannya selepas mangsa dipercayai dibunuh suaminya di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam KLIA pada malam Khamis memetik Sinar Harian |
|
Pegawai kastam mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsa - Astroawani - 16/10 7:50 am Abang Norhazwani terkejut adiknya dipercayai dibunuh suami ketika proses perceraian; keluarga menyerahkan siasatan kepada polis. |
|
Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami - Astroawani - 16/10 5:10 am Pegawai JKDM ditemukan maut dipercayai dibunuh suami di Kuarters KLIA; suspek menyerah diri, polis siasat motif kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Pegawai kastam maut dibunuh suami - Utusan - 16/10 2:15 am SEREMBAN:Seorang wanita yang juga pegawai kastam ditemukan maut selepas dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit kuarters kakitangan kerajaan di Nilai di sini malam tadi |
|
Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami - Sinarharian - 16/10 1:07 am NILAI - Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira 8.30 malam.ARTIKEL BERKAITAN:Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suami"Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya |
|
[UPDATE] Polis sahkan pegawai kastam maut dipercayai dibunuh suami - Hmetro - 16/10 12:46 am Nilai: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi |
|
[VIDEO] Suami serah diri di balai selepas bunuh isteri - Kosmo - 16/10 12:44 am NILAI Tindakan seorang suami yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, dekat sini membongkar kejadian tragis pembunuhan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berlaku di sebuah unit Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi |
|
Suspek bunuh isteri dibawa ke lokasi kejadian - Kosmo - 16/10 12:12 am NILAI Seorang lelaki yang merupakan suami serta suspek kes pembunuhan seorang pegawai kastam dibawa ke lokasi kejadian di sebuah unit Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini sebentar tadi |
|
Dadah lebih 1 tan bernilai RM161.6 juta dirampas termasuk ditinggalkan di kawasan kubur - Sinarharian - 15/10 1:31 pm NILAI Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas lebih satu tan pelbagai jenis dadah bernilai RM161.667 juta menerusi empat operasi berasingan dalam tempoh dua minggu termasuk rampasan yang dilakukan di kawasan perkuburan.Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Amran Ahmad berkata, rampasan terbesar dalam tempoh tersebut membabitkan 1,200.458 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis termasuk methamphetamine, ganja, heroin dan kokain dalam operasi yang dijalankan sepanjang September hingga Oktober tahun ini.Menurut beliau, antara rampasan yang dilakukan ialah dadah seberat 460.31kg bernilai RM23.015 juta yang ditemukan ditinggalkan di sebuah pondok dalam kawasan Perkuburan Siam Jejawi, Arau Perlis pada 10 Oktober lalu."Bertindak atas maklumat risikan, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Perlis melakukan pemeriksaan ke atas sebuah pondok di kawasan perkuburan berkenaan dan menemukan 17 kotak berwarna coklat yang ditinggalkan di dalam pondok tersebut."Hasil pemeriksaan mendapati kotak berkenaan mengandungi 228 bungkusan pelbagai warna yang disyaki dadah jenis methamphetamine," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JKDM di sini pada Khamis.Beliau berkata, sindiket dipercayai menggunakan pondok terbiar di kawasan perkuburan sebagai lokasi penyimpanan sementara dadah bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa.Selain itu, katanya, rampasan terbesar dari segi nilai membabitkan dadah bernilai RM123.87 juta di Pusat Kargo Pos Acceptant Advance, Bangunan MASKargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 12 Oktober lalu."Pemeriksaan terhadap sebuah kotak kayu yang diikrarkan mengandungi Hande Screw Air Compressor mendapati ia berisi guni yang mengandungi serbuk putih disyaki heroin seberat 161kg dan kokain seberat 246.65kg."Dalam operasi itu, dua lelaki tempatan berusia 27 dan 47 tahun yang dipercayai bertindak sebagai ejen ditahan bagi membantu siasatan," katanya.Dalam operasi pada 26 September lalu, Amran berkata, sebanyak 293.60kg methamphetamine bernilai RM14.68 juta dirampas di Bay Eksport Pos Aviation, Kargo Village, KLIA.Menurut beliau, pemeriksaan dilakukan hasil maklumat risikan terhadap 16 kotak yang diikrarkan sebagai barangan tidak berbahaya."Hasil pemeriksaan mendapati empat kotak mengandungi alat ganti kenderaan, manakala 12 kotak lagi mengandungi 285 bungkusan plastik berisi serbuk kristal putih yang disyaki methamphetamine."Modus operandi sindiket adalah dengan menyembunyikan dadah berkenaan di dalam kotak dagangan untuk dihantar ke Australia," katanya.Sementara itu, JKDM Pulau Pinang turut merampas 33kg ganja bernilai RM99,000 yang disembunyikan di bawah sebuah jeti haram terbiar berhampiran Jalan Dato Ali, Sungai Perlis pada 1 Oktober lalu.Beliau berkata, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan. |
|
2 MP PH cabar Rosol kemuka bukti dakwaan menteri terima RM9.5... - Mygazette - 15/10 7:29 am Sebab negara kita ini ada undang-undang. Negara kita ini ada polis, ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), ada kastam |
|
Rakyat Malaysia di Riyadh dalam keadaan selamat - Mohamad Hasan - Sinarharian - 14/10 2:53 pm PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Riyadh, Arab Saudi, dilaporkan berada dalam keadaan selamat, susulan ketegangan yang masih berlarutan di negara itu.Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, laporan harian yang diterima daripada Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan rakyat Malaysia di kedua-dua bandar berkenaan berada dalam keadaan baik."Laporan setiap hari saya terima daripada kedutaan kita di Riyadh dan juga di Jeddah, konsul kita di Jeddah, menyatakan bahawa keadaan rakyat Malaysia semua okey."Pekerja-pekerja rakyat Malaysia di situ semua okey," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Projek Pemasangan Sistem Fotovolta Suria oleh Kementerian Kerja Raya kepada Kementerian Luar (KLN) dan tiga lagi premis kerajaan, di sini hari ini.Mohamad berkata, pihak kedutaan sentiasa berhubung dengan rakyat Malaysia yang berada di bandar itu bagi memastikan keselamatan mereka.Beliau turut menasihatkan rakyat Malaysia di Arab Saudi supaya mengelakkan kawasan awam dan lokasi strategik yang berpotensi menjadi sasaran serangan."Seboleh mungkin mereka duduk di rumah dan kita menggunakan e-Konsular untuk mereka dapat berhubung," katanya.Mohamad berkata, beberapa rakyat Malaysia di Jeddah turut dilaporkan terkandas buat sementara waktu, susulan pembatalan penerbangan pulang berikutan gangguan operasi syarikat penerbangan Malaysia dan antarabangsa.Beliau berkata, situasi keselamatan di Arab Saudi masih belum reda, susulan satu lagi serangan yang dilaporkan berlaku semalam.Serangan itu dilaporkan menyasarkan kompleks Aramco, syarikat minyak Arab Saudi yang mengendalikan kemudahan penapisan dan pengeluaran minyak berskala besar.Sehubungan dengan itu, Mohamad menasihatkan rakyat Malaysia yang tidak mempunyai keperluan mendesak supaya menjadualkan semula perjalanan ke Arab Saudi sehingga keadaan keselamatan bertambah baik.Dalam perkembangan berasingan, Mohamad berkata, kementerian hanya dapat menyediakan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang ditahan di Jepun berkaitan kes dadah, manakala proses perundangan tertakluk kepada bidang kuasa pihak berkuasa negara itu.Beliau berkata, Jepun mengamalkan dasar kerahsiaan bagi melindungi privasi individu yang ditahan, justeru lawatan konsular tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya tanpa kebenaran individu berkenaan."Kita tidak boleh sewenang-wenang keluarga suruh kita lawat tanpa ada kebenaran daripada orang yang ditahan."Jika keluarga mahu kita adakan lawatan konsular untuk melihat kebajikan ataupun apa-apa yang perlu, minta supaya keluarga meminta kepada orang yang ditahan tersebut ataupun mereka yang terlibat tersebut membuat permohonan bertulis kepada pihak pihak berkuasa di Jepun," katanya.Terdahulu, media melaporkan empat lelaki dan seorang wanita warga Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, Jepun, selepas disyaki cuba menyeludup kira-kira lima kilogram kokain bernilai 120 juta yen (RM3.1 juta) yang disembunyikan di bawah pelapik kasut, Sabtu lepas.Kumpulan itu dipercayai membawa dadah berkenaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang sebelum kegiatan mereka terbongkar ketika pemeriksaan kastam sejurus tiba di Jepun |
|
5 rakyat Malaysia ditahan seludup kokain RM3.2 juta dalam kasut: JSJN Bukit Aman dihantar ke Jepun - Sinarharian - 14/10 10:15 am SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman akan menghantar pasukan siasatan ke Jepun bagi menjalankan siasatan berhubung penahanan lima rakyat Malaysia selepas disyaki cuba menyeludup kokain melalui Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini bagi mendapatkan maklumat berhubung penahanan berkenaan termasuk rangkaian sindiket dadah Malaysia dan antarabangsa.Menurutnya, JSJN telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa Jepun berkaitan penahanan dua lelaki dan tiga wanita warga Malaysia itu."Pihak Berkuasa Kastam Jepun telah menjumpai dadah jenis kokain seberat lima kilogram (kg) yang disembunyikan di dalam pelapik kasut yang dipakai oleh kesemua suspek."Hasil semakan JSJN terhadap rekod perjalanan mendapati seramai enam warga Malaysia telah berlepas bersama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 ke Lapangan Terbang Haneda pada 9 Oktober 2026 bagi tujuan melancong."Pada 10 Oktober 2026, lima daripada mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa Jepun manakala seorang lagi tidak ditahan dan telah pulang ke Malaysia," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Rabu.Beliau berkata, JSJN juga telah mengenal pasti kesemua suspek yang ditahan termasuk individu yang telah pulang ke Malaysia berumur lingkungan 19 tahun hingga 26 tahun.Jelasnya, lima daripada mereka berasal dari Sarawak."Semakan rekod kesemuanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau," ujarnya.Tambahnya, pihak berkuasa Jepun sedang menjalankan siasatan berhubung punca bekalan dadah diperoleh termasuk ahli sindiket yang terlibat serta sindiket rangkaian penyeludupan dadah antarabangsa.Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada terhadap pelawaan untuk bercuti, khususnya jika diminta membawa beg atau barangan milik orang lain ke luar negara."Jangan menerima atau membawa barangan yang tidak diketahui kandungannya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |