![]() |
/// |
|
Search : Kampong Bharu News | Page 1 |
Two teenagers killed in three-vehicle crash near Tumpat petrol station - SUN - 20/09 7:02 pm TUMPAT : Two teenage boys died after the motorcycle they were riding crashed in an accident involving three vehicles near the Petron Petrol Station at Wakaf King in Tumpat |
Interstate marriages boost Kelantan tourism during school holidays - SUN - 20/09 6:27 pm KOTA BHARU : Interstate marriages involving Kelantanese and partners from other states have become a key driver of tourism in the state, particularly during school holidays |
Kelantans tourism thrives as interstate marriages fuel holiday visits and .. - Malaymail - 20/09 6:23 pm KOTA BHARU, Sept 20 The phenomenon of interstate marriages involving Kelantanese and partners from other states... |
Dua sahabat maut, motosikal terbabas bertembung MPV - Sinarharian - 20/09 3:38 pm TUMPAT - Dua sahabat maut selepas motosikal jenis Yamaha Ego SI yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora di Wakaf King di sini pada Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, Muhammad Hakif Dani Muhammad Nakman, 15, meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala manakala rakannya, Mohamad Ikram Pakarudin Yusri, 15, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tumpat.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian kedua-dua pelajar Tingkatan Tiga itu menaiki motosikal dari arah Tumpat ke Kota Bharu."Setibanya di hadapan Stesen Minyak Petron Wakaf King motosikal yang dinaiki dua sahabat ini dikatakan terlanggar pada bahagian belakang sebuah motosikal lain yang ingin membelok ke kanan untuk masuk ke stesen minyak berkenaan."Akibat pelanggaran itu motosikal yang dinaiki mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah MPV," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Menurut beliau, mangsa yang merupakan penunggangmotosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.Ujarnya, manakala mangsa kedua iaitu pembonceng motosikal dikejarkan ke Hospital Tumpat dan disahkan meninggal dunia semasa sedang dirawat di wad kecemasan.Mohd Khairi memberitahu, bagaimanapun penunggang motosikal kedua bertindakmeninggalkan lokasi kemalangan dan pihak polis kini sedang giat mengesan individu terbabit bagi membantu siasatan."Siasatan berkaitan kemalangan ini dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang melihat kemalangan ini diminta tampil hadir untuk membantu siasatan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat atau boleh menghubungi talian 09 - 7257222," katanya. |
'Jika menang banyak kerusi, PM milik kami' - Pas Kelantan - Sinarharian - 20/09 2:13 pm KOTA BHARU Pas Kelantan berpendapat parti itu wajar diberi jawatan Perdana Menteri sekiranya menang lebih banyak kerusi Parlimen berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.Setiausaha Pas negeri, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, walaupun tidak menamakan tokoh tertentu, parti itu telah menggariskan ciri-ciri pemimpin yang layak untuk memegang jawatan Perdana Menteri."Bagi saya, elok kita fokus kepada kerja-kerja kemenangan untuk PRU16 nanti |
Courier plot busted: 450,000 yaba pills worth RM1.8m seized in Sungai Golok - Malaymail - 20/09 1:53 pm KOTA BHARU, Sept 20 Thai authorities foiled an attempt to smuggle 450,000 yaba pills worth 13.5 million baht (RM... |
Kerajaan negeri sentiasa bantu siasatan kes Wan Ahmad Faris - Exco - Sinarharian - 20/09 1:39 pm KOTA BHARU - Wakil Kerajaan Kelantan sudah acap kali berjumpa dengan keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman yang ditemukan mati tergantung dalam tandas asrama pada Disember 2013 bagi memberikan kerjasama kepada proses siasatan.Perkara itu diakui sendiri oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Datuk Wan Roslan Wan Hamat selepas diminta mengulas perkembangan terkini kes berkenaan.Menurut beliau, kerajaan negeri tidak pernah berkompromi atau cuba melindungi mana-mana pihak dalam siasatan kes kematian pelajar berkenaan."Nak guru atau pelajar untuk bantu siasatan kita bagi |
Tanah mendap Jalan Gua Musang-Kota Bharu: Jambatan Bailey akan dipasang - Careta - 20/09 7:43 am Katanya, pemasangan jambatan itu dijangka mengambil masa seminggu dan laluan berkenaan akan dibuka kepada pengguna selepas kerja-kerja pemasangan selesai |
Warta Kampong Bharu sebagai tapak warisan dunia UNESCO - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 19/09 6:34 pm SHAH ALAM - Kampung Melayu, Kampong Bharu dan Kampung Adat perlu diwartakan sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), demikian saranan ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.Beliau berkata, ketiga-tiga kampung tersebut bukan sekadar penempatan fizikal, malah menjadi nadi identiti bangsa dan permulaan kepada akar umbi budaya, seni bina, tradisi, adat resam serta sistem kemasyarakatan orang Melayu.Menurutnya, langkah mengiktiraf statusnya ke peringkat UNESCO satu momen bersejarah yang bukan sahaja melindungi warisan daripada ancaman pembangunan tidak terkawal, bahkan meletakkannya dalam peta dunia sebagai khazanah sejagat."Saya dengan penuh takzim dan rendah diri menjunjung kasih titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj baru-baru ini yang menekankan kepentingan mempertahankan warisan bangsa serta kesinambungan tradisi negeri."Dalam semangat mendaulatkan kurniaan nenda Baginda iaitu Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah Almarhum Raja Muda Musa yang sejak awal meletakkan asas pengiktirafan kawasan Kampong Bharu serta kampung tradisional Melayu, maka usul ini dikemukakan."Ini supaya Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera untuk mewartakan kawasan tersebut sebagai tapak warisan dunia UNESCO," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Sultan Sharafuddin bertitah agar isu pembangunan semula tanah di Kampong Bharu dikendalikan dengan teliti, berhemah dan mengutamakan kepentingan orang Melayu.Baginda bertitah, tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring peredaran zaman, namun syarat-syaratnya perlu jelas dan berpihak kepada orang Melayu.Wan Ahmad Fayhsal menambah, perkara berkenaan tidak boleh dilihat dari perspektif nilai estetika atau pelancongan semata-mata, sebaliknya tanggungjawab moral dan amanah untuk mempertahankan legasi warisan yang dikurniakan oleh nenda Sultan Selangor.Justeru, beliau memaklumkan, pihaknya telah mengemukakan usul cadangan pewartaan Kampung Melayu, Kampong Bharu dan Kampung Adat sebagai tapak warisan dunia UNESCO kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul."Dengan itu, Dewan Rakyat didesak mengambil ketetapan supaya kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Jabatan Warisan Negara (JWN) dan agensi berkaitan segera menggerakkan usaha membuat permohonan rasmi kepada UNESCO."Ini di samping memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri dan institusi tradisi di seluruh negara," ujarnya. |
Program NUR@PETRA bantu PMKS jimat kos, galak amalan cekap tenaga - Astroawani - 19/09 6:12 pm SEDA Malaysia menyertai Program Jelajah Jiwa SME 2025 di Mydin Tunjong, Kota Bharu, Kelantan pada 29 hingga 30 Ogos 2025 bagi mempromosikan kategori terbaharu iaitu NUR@PMKS. |
Isu Kg Sungai Baru: Tadbir urus lemah, penduduk tak faham risiko - Mgazette - 19/09 4:23 pm # Isu Kg Sungai Baru: Tadbir urus lemah, penduduk tak faham risiko SEPANG Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berpendapat isu pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini berpunca daripada tiada perancangan strategik yang teliti selain urus tadbir yang lemah |
Sekolah bukan ‘penjara, GPMS bidas KPM - Utusan - 19/09 3:44 pm KOTA BHARU: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membidas cadangan Kementerian Pendidikan untuk menempatkan anggota polis bantuan di sekolah dalam usaha membendung gejala buli |
Palapes cadet death investigation ongoing, full report to AGC soon - SUN - 19/09 3:35 pm KOTA BHARU: Police investigations into the death of Reserve Officers Training Unit cadet Syamsul Haris Shamsudin are currently ongoing according to Inspector-General of Police Datuk Seri Mohd Khalid Ismail |
Kawalan sempadan Kelantan-Thailand diperkukuh halang penyeludupan - SUN - 19/09 3:14 pm KOTA BHARU : Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberikan jaminan bahawa kawalan di sempadan Kelantan-Thailand akan terus diperkukuhkan bagi mengekang kegiatan penyeludupan |
PDRM strengthens Kelantan-Thailand border control to combat smuggling - SUN - 19/09 2:59 pm KOTA BHARU: The Royal Malaysia Police will continue strengthening border control measures at the Kelantan-Thailand border to combat smuggling activities |
Police to strengthen Kelantan-Thai border security to fight smuggling, .. - Malaymail - 19/09 2:37 pm KOTA BHARU, Sept 19 The Royal Malaysia Police (PDRM) assures that border control at the Kelantan-Thailand b... |
Roboh pangkalan haram mampu bendung penyeludupan di Kelantan - KPN - Sinarharian - 19/09 2:05 pm KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini mampu dibendung apabila kerja-kerja merobohkan pangkalan haram dilakukan tidak lama lagi.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya turut menuntut kerjasama semua agensi dalam membantu membanteras kegiatan haram itu."Sekarang ini penguatkuasaan oleh Polis Kelantan begitu ketat dan banyak isu-isu yang telah diselesaikan," katanya katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.Sebelum itu beliau merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-17 Sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 di sini.Media pada 18 Ogos lalu melaporkan sebanyak 212 pangkalan haram sepanjang Sungai Golok telah dikenal pasti untuk dirobohkan dalam operasi bersepadu pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama agensi keselamatan.Menurut Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, langkah itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan bagi mengekang kegiatan penyeludupan serta memastikan kawalan sempadan lebih terjamin.Empat jajahan yang terlibat ialah Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah dan Jeli yang akan menubuhkan pasukan khas diketuai Pejabat Daerah dan dianggotai pelbagai pihak termasuk PTG, PBT, PGA, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). |
Empat fakta tepis dakwaan UMNO di Wilayah Persekutuan dilayan seperti 'anak pungut' - Sinarharian - 19/09 12:36 am SHAH ALAM - Pegawai khas kepada Menteri Wilayah Persekutuan mengemukakan empat fakta bagi menafikan dakwaan UMNO Bahagian Batu bahawa parti itu dilayan seperti 'anak pungut'.Setiausaha Politiknya, Nor Azrina Surip berkata, pelaksanaan dasar dan program kerajaan di Wilayah Persekutuan realitinya turut melibatkan UMNO meskipun ia tidak dizahirkan dalam bentuk program politik kepartian.Menurut beliau, pelantikan politik di agensi strategik Wilayah Persekutuan turut melibatkan wakil Barisan Nasional (BN)."Beberapa pimpinan UMNO dan BN dilantik ke dalam agensi utama seperti Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPj), Perbadanan Labuan dan Yayasan Wilayah Persekutuan, hasil rundingan dalaman kerajaan."Pelantikan itu dibuat secara merit dan melalui proses tapisan yang telus maka, adalah tidak adil untuk menyatakan seolah-olah tiada ruang langsung diperuntukkan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.Nor Azrina berkata, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan adalah ahli tetap Majlis Menteri Wilayah."Majlis itu merupakan forum tertinggi dasar yang dipengerusikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa bagi menentukan hala tuju pembangunan Wilayah Persekutuan."Selain itu, dalam memahami keperluan representasi seimbang dalam konteks kerajaan, menteri telah mengarahkan semakan semula garis panduan pelantikan Majlis Perwakilan Penduduk (MPPWP) agar kuota minimum untuk wakil BN diperuntukkan di setiap subzon," katanya.Tambah beliau, peruntukan khas menteri terbuka kepada semua tanpa mengira fahaman politik."Tidak sedikit pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diketuai aktivis UMNO termasuklah UMNO Bahagian Batu tidak terkecuali daripada menerima peruntukan khas program komuniti, selagi cadangan yang dikemukakan menepati syarat dan membawa manfaat kepada masyarakat."Prinsip keterbukaan dan keadilan sosial inilah yang menjadi teras pendekatan Kerajaan Madani," katanya.Nor Azrina berkata, perjuangan dalam memastikan manfaat kepada rakyat perlu diutamakan berbanding perjuangan individu."Tidaklah wajar sekiranya hanya kerana perjuangan individu seperti Persatuan Penjaja pimpinan Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim yang tidak dapat menguruskan Bazar Ramadan tahun ini dijadikan alasan untuk menafikan hakikat yang sebenar."Kita semua mempunyai tanggungjawab kolektif untuk membina keyakinan rakyat terhadap kestabilan dan keberkesanan kerajaan dan sekiranya ada kekeliruan atau ruang penambahbaikan, saluran rasmi sentiasa terbuka," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan UMNO Bahagian Batu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan komponen Pakatan Harapan (PH) di peringkat Parlimen Batu dan Wilayah Persekutuan susulan isu pelantikan dalam Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).Gulam Muszaffar menegaskan, tindakan tersebut dibuat bagi mempertahankan hak seperti yang termaktub dalam pekeliling rasmi DBKL yang dikeluarkan Dr Zaliha. |
Laporan lengkap kematian Syamsul Haris diserah kepada AGC dalam masa terdekat -KPN - Sinarharian - 19/09 12:14 am KOTA BHARU - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyerahkan laporan lengkap berhubung kematian pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, ketika ini proses siasatan sedang berjalan dan pihaknya memerlukan sedikit masa."Hal ini kerana siasatan itu melibatkan pelbagai pihak dan agensi," katanya semasa sidang akhbar pada Jumaat.Sebelum itu beliau merasmikan Perhimpunan Pegawai Awam PDRM Ke-17 Sempena Peringatan Hari Polis Ke-218 di sini.Menurut beliau, pada masa sama PDRM mahu satu tindakan yang lebih baik dalam proses siasatan supaya ia menjadi lebih sempurna.Ujarnya, PDRM memberi jaminan ia akan diselesaikan dalam masa terdekat."Hal ini kerana banyak perkara yang perlu kita (PDRM) perlu siasat |
Titah Sultan Selangor martabat bangsa Melayu - Sinarharian - 19/09 8:45 am SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah agar isu pembangunan semula tanah di Kampong Bharu, Kuala Lumpur dikendalikan dengan teliti serta berhemah dengan keutamaan diberikan kepada kepentingan orang Melayu.Baginda bertitah, tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman namun syarat-syaratnya perlu jelas dan berpihak kepada orang Melayu.Menurut baginda, Kampong Bharu ditubuhkan pada 1899 dan diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu untuk tujuan pertanian hasil kurniaan Sultan Selangor ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 sebagai rizab Malay Agricultural Settlement (MAS).Sultan Sharafuddin turut mengimbas susur galur sejarah serta peristiwa penting orang Melayu yang berlaku di Kampong Bharu yang harus dipelihara kerana ia mempunyai ikatan rapat dengan keluarga diraja Selangor.Gesaan Sultan Selangor dilihat untuk memartabatkan bangsa Melayu dalam menghadapi arus pembangunan yang semakin pesat merupakan satu langkah penting dalam memastikan bangsa Melayu terus relevan dan dihormati di negara sendiri.Titah baginda ini adalah satu panggilan kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya pemimpin Melayu, untuk bersama-sama menjaga kelangsungan dan martabat bangsa Melayu agar mereka terus berjaya di dalam landskap yang lebih global dan moden.Titah baginda juga menekankan pentingnya martabat bangsa Melayu di tengah-tengah kemajuan dan pembangunan yang sedang berlangsung, merupakan satu gesaan yang mendalam dan penuh makna.Baginda menzahirkan keprihatinan terhadap isu-isu yang berhubung dengan nasib serta kelangsungan orang Melayu terutamanya dalam konteks pembangunan Kampong Bharu yang telah lama menjadi pusat warisan budaya dan sejarah bangsa Melayu.Gesaan baginda untuk memartabatkan bangsa Melayu bermakna mengembalikan keunggulan budaya, bahasa, dan nilai-nilai tradisional Melayu yang pernah menjadi teras kepada identiti negara.Kampong Bharu, sebagai contoh, menjadi lambang penting kepada jati diri Melayu yang seharusnya dipelihara dengan penuh integriti tanpa terbiar terpinggir dalam arus pembangunan.Dalam konteks pembangunan, Sultan Selangor menunjukkan keprihatinan terhadap risiko yang dihadapi oleh Kampong Bharu dan kawasan sekitarnya yang sedang melalui proses transformasi pesat.Sering kali, projek pembangunan yang berlaku hanya memberi penekanan kepada keuntungan ekonomi semata-mata, tanpa mengambil kira aspek sosial dan budaya yang lebih mendalam.Baginda menegaskan bahawa martabat bangsa Melayu harus dijaga dengan seimbang dalam setiap perancangan pembangunan.Pembangunan yang mampan bukan sahaja berfokus kepada infrastruktur fizikal, tetapi juga kepada pelestarian warisan dan kelangsungan sosial masyarakat setempat.Selain daripada aspek budaya dan ekonomi, gesaan Sultan Selangor juga mempunyai implikasi yang besar terhadap perpaduan dan keharmonian sosial negara.Justeru, seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama, perlulah saling menghormati dan bekerjasama dalam memelihara nilai-nilai murni yang menjadi tunjang kepada keharmonian negara.Titah Sultan Selangor juga seperti mengingatkan pemimpin-pemimpin Melayu agar terus berpegang kepada amanah rakyat dan menjaga kepentingan bangsa.Pemimpin Melayu harus menjadi contoh teladan dalam menguruskan urusan masyarakat, sentiasa bersikap adil dan tidak terpengaruh dengan kepentingan peribadi atau golongan tertentu.Tanggungjawab ini sangat besar, terutamanya dalam memastikan hak-hak orang Melayu terus dihormati di semua peringkat. |
Seramai 54 tukang urut warga asing ditahan, tiga pusat refleksologi JB... - Mgazette - 19/09 7:52 am # Seramai 54 tukang urut warga asing ditahan, tiga pusat refleksologi JB diserbu KUALA LUMPUR - Seramai 54 tukang urut warga asing dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam satu operasi khas di tiga premis pusat urut dan refleksologi di sekitar Johor Bharu, Johor semalam |
Keputusan mesti berpaksi kesejahteraan rakyat, PM sambut baik titah Sultan .. - Mgazette - 19/09 7:52 am Menyambut baik titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Anwar yang juga Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara berkata, kerajaan berpegang teguh setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat. "Alhamdulillah, saya menyambut baik kenyataan DYMM Sultan Selangor berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampong Bharu |
PM sambut baik titah Sultan Selangor mengenai hala tuju Kampong Bharu - Sinarharian - 18/09 6:05 pm SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik kenyataan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berhubung latar sejarah, masa depan dan hala tuju kawasan Kampong Bharu.Anwar berkata, pandangan itu selari dengan pendirian Kerajaan Madani yang teguh menekankan keperluan menghargai warisan sejarah serta merangka pembangunan yang adil dan seimbang.Menurutnya, kerajaan berpegang teguh bahawa setiap keputusan mesti berpaksi pada aspek kesejahteraan rakyat serta kelangsungan identiti masyarakat."Alhamdulillah, saya menyambut baik kenyataan Sultan Selangor."Sebagai Pengerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara, saya tetap beriltizam memastikan pembangunan benar-benar membawa manfaat kepada rakyat tanpa mengorbankan maruah, hak dan sejarah yang merupakan kepentingan nasional," katanya menerusi laman Facebook pada Khamis.Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah agar isu pembangunan semula tanah di Kampong Bharu, Kuala Lumpur dikendalikan dengan teliti serta berhemah dengan keutamaan diberikan kepada kepentingan orang Melayu.Baginda bertitah, tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya perlu jelas dan berpihak kepada orang Melayu.Menurut baginda, Kampong Bharu ditubuhkan pada 1899 dan diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu untuk tujuan pertanian hasil kurniaan Sultan Selangor ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 sebagai rizab Malay Agricultural Settlement (MAS).Sultan Sharafuddin turut mengimbas susur galur sejarah serta peristiwa penting orang Melayu yang berlaku di Kampong Bharu yang harus dipelihara kerana ia mempunyai ikatan rapat dengan keluarga diraja Selangor. |
Titah Sultan Selangor perlihat keprihatinan keresahan rakyat - Hamzah - Sinarharian - 18/09 5:04 pm SHAH ALAM Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj jelas memperlihatkan keprihatinan baginda terhadap keresahan serta suara hati rakyat dalam isu yang melingkari pembangunan Kampung Bharu, khususnya dalam konteks kelangsungan dan maruah orang Melayu.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, titah baginda agar isu pembangunan semula tanah di Kampung Bharu, Kuala Lumpur dikendalikan dengan teliti serta berhemah dengan keutamaan diberikan kepada kepentingan orang Melayu adalah selari dengan pendirian ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN)."Kami telah suarakan secara tegas bahawa sebarang pembangunan di Kampung Bharu harus mengambil kira kepentingan serta mengekalkan demografi asal penduduk di sana."Saya menjunjung kasih ke atas titah Sultan Sharafuddin yang menegaskan bahawa sebarang keputusan atau usaha pembangunan di Kampung Bharu mesti mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan jangka masa panjang," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Sultan Selangor bertitah tiada halangan sekiranya kawasan Kampung Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya perlu jelas dan berpihak kepada orang Melayu. |
Belanjawan 2026: KKM cadang tambah baik wad kelas 3, pertimbang elaun petugas - Sinarharian - 18/09 4:08 pm KOTA BHARU - Lebih enam cadangan berimpak besar telah dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober depan.Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, Datuk Seri Zahrul Hakim berkata antara cadangan itu, peruntukan tambahan bagi meningkatkan fasiliti di wad Kelas 3 dan elaun tambahan kepada petugas kesihatan di kawasan pedalaman, termasuk pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat."Untuk belanjawan 2026, KKM telah mengadakan beberapa siri libat urus bersama pihak berkepentingan dan berjumpa Kementerian Kewangan (MOF) untuk memohon peruntukan tambahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Persidangan Perwakilan Dwitahunan Ke-27 dan Mesyuarat Exco kali Ke-132 Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia di sini hari ini.Zahrul berkata, cadangan peruntukan tambahan bagi meningkatkan keselesaan pesakit wad di Kelas 3 itu, selaras dengan aspirasi MADANI untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik dan selesa kepada rakyat."Selain itu, cadangan tambahan elaun untuk petugas kesihatan di kawasan pedalaman juga diharap dapat dipertimbangkan oleh MOF, walaupun implikasi peruntukan berkenaan adalah besar."Kita harap dapat diberi pertimbangan untuk kenaikan elaun bagi mengalakkan petugas KKM yang berada di kawasan pedalaman |
Kampung Baru simbol kebangkitan orang Melayu sejak 1900 -Sultan Selangor .. - Mgazette - 18/09 3:33 pm Baginda menjelaskan, tiada halangan untuk membangunkan kawasan Kampung Baru seiringperedaran zaman namun syarat-syaratnya mestilah jelas dan berpihak kepada orang Melayu. Sebab itu, Beta mahu dalam setiap butir pertimbangan yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan hal ini, sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampong Bharu harus diambil kira, katanya dalam satu kenyataan hari ini |
Handle Kampung Sungai Baru issue carefully, prioritise interests of the Malays - Sultan Sharafuddin - SUN - 18/09 3:16 pm KUALA LUMPUR : The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, has decreed that the redevelopment of Kampung Sungai Baru in Kuala Lumpur must be handled carefully and wisely, with utmost respect and priority placed on the interests of the Malays. In a statement issued today, His Royal Highness said that while there is no objection to modernising Kampong Bharu, also known as Kampung Baru, in line with the times, any redevelopment plans must come with clear conditions that prioritise and protect the Malay rights |
Kementerian Kesihatan tunggu ‘hadiah besar’ Belanjawan 2026 - Utusan - 18/09 3:12 pm KOTA BHARU: Kementerian Kesihatan (KKM) berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat mengumumkan khabar gembira buat mereka semasa pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen, pada 10 Oktober ini |
Kendalikan isu tanah kampung baru secara teliti, utama kepentingan orang Melayu - Sultan Selangor - SUN - 18/09 2:36 pm KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar isu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru di sini dikendalikan secara teliti dan berhemah dengan keutamaan harus diberikan kepada kepentingan orang Melayu. Baginda bertitah tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu, juga dikenali sebagai Kampung Baru, hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman namun syarat-syaratnya harus jelas serta berpihak kepada orang Melayu |
In Kelantan, man pleads guilty to sexually assaulting six-year-old girl .. - Malaymail - 18/09 1:28 pm KUALA LUMPUR, Sept 18 A man wearing a cartoon costume pleaded guilty at the Sessions Court in Kota Bharu on Thur... |
Isu Kampung Bharu: 'Utamakan kepentingan orang Melayu' - Sultan Selangor - Astroawani - 18/09 12:50 am Sultan Selangor mahu pembangunan semula tanah di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur dilaksanakan secara teliti dengan mengutamakan kepentingan Melayu. |
Pembangunan Kampong Bharu perlu utamakan kepentingan Melayu - Sultan Selangor - Sinarharian - 18/09 12:47 am KLANG - [DIKEMAS KINI] Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah agar isu pembangunan semula tanah di Kampong Bharu, Kuala Lumpur dikendalikan dengan teliti serta berhemah dengan keutamaan diberikan kepada kepentingan orang Melayu.Baginda bertitah, tiada halangan sekiranya kawasan Kampong Bharu hendak dibangunkan seiring dengan peredaran zaman, namun syarat-syaratnya perlu jelas dan berpihak kepada orang Melayu."Beta mahu dalam setiap butir pertimbangan yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan mengenai hal ini, sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampong Bharu harus diambil kira," titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah pada Khamis.Menurut baginda, Kampong Bharu ditubuhkan pada 1899 dan diiktiraf sebagai penempatan masyarakat Melayu untuk tujuan pertanian hasil kurniaan Sultan Selangor ke-5, Almarhum Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor bertarikh 12 Januari 1900 sebagai rizab Malay Agricultural Settlement (MAS).Sultan Sharafuddin turut mengimbas susur galur sejarah serta peristiwa penting orang Melayu yang berlaku di Kampong Bharu yang harus dipelihara kerana ia mempunyai ikatan rapat dengan keluarga diraja Selangor.Baginda sendiri pernah menetap dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Raja Muda di Kampong Bharu ketika ayahanda baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menjadi Raja Muda Selangor.Malah, ayahanda kepada Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin juga lahir dan membesar di Kampong Bharu.Sebagai nadi pembangunan Kuala Lumpur pada suatu ketika, Kampong Bharu turut menjadi lokasi bersejarah penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) apabila Kongres Melayu SeMalaya 1946 berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman."Semasa tragedi 13 Mei 1969, Kelab Sultan Sulaiman dijadikan tempat perlindungan orang Melayu."Padang kelab itu juga pernah digunakan sebagai tempat latihan pasukan bola sepak Selangor sebelum wujudnya Stadium Merdeka."Kini, bangunan warisan Kelab Sultan Sulaiman masih menjadi hak milik Kerajaan Negeri Selangor," titah baginda.Sultan Sharafuddin bertitah, sebelum Kuala Lumpur diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan, kediaman rasmi Dato Menteri Besar Selangor dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor juga berada di Kampong Bharu.Lebih nostalgik, Masjid Jamek Kampong Bharu yang dirasmikan Sultan Selangor ke-6, Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah juga kekal di lokasi sedia ada dan tidak boleh dipindahkan."Sesungguhnya, Kampong Bharu adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900."Maka, sebarang keputusan atau usaha-usaha pembangunan di Kampong Bharu harus mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk waktu ini dan juga jangka masa panjang," titah baginda |
Pas jangan jaga tepi kain orang, selesaikan isu rakyat sendiri – .. - Mgazette - 18/09 7:57 am # Pas jangan jaga tepi kain orang, selesaikan isu rakyat sendiri - Khalid KUALA LUMPUR- Pas hentikan jaga tepi kain orang, sedangkan kain sendiri sudah naik sampai seluar dalam masih tidak sedar, kata Khalid Abdul Samad yang meminta parti itu tidak mencampuri isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, di sini |
PGA tampal notis roboh 54 jeti haram di Tumpat, Pasir Mas - Sinarharian - 17/09 6:32 pm KOTA BHARU - Pasukan Gerakan Am (PGA) memulakan gerakan menampal notis perobohan pangkalan haram di 54 lokasi sekitar jajahan Tumpat dan Pasir Mas sejak tiga minggu lalu.Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, daripada jumlah itu 44 notis ditampal di Tumpat manakala selebihnya di Pasir Mas."Notis berkenaan ditampal bagi memberi peringatan kepada penduduk."Ia dilakukan dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan bersama PGA, MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan Majlis Daerah," katanya kepada pemberita pada Rabu.Menurut beliau, notis perobohan itu dilaksanakan mengikut Seksyen 426A Kanun Tanah Negara 1965.Ujarnya, tiada notis ditampal di jajahan Jeli dan Tanah Merah kerana jeti di kawasan itu tidak berstruktur dan mesyuarat akan diadakan terlebih dahulu sebelum proses perobohan dilaksanakan.Media sebelum ini melaporkan sebanyak 153 daripada 212 jeti pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula dari Pengkalan Kubor hingga Rantau Panjang dikenal pasti didirikan di atas tanah kerajaan manakala 59 jeti lain di atas tanah milik individu. |
Kampung Sungai Baru owners to receive homes worth RM884k to RM8.1m as part .. - Malaymail - 17/09 5:49 pm KUALA LUMPUR, Sept 17 The Kampong Bharu Development Corporation (PKB) today said the developers joint-ven... |
Four Myanmar nationals nabbed for suspected murder of countryman - Star - 17/09 4:22 pm KOTA BHARU: Police have arrested four Myanmar nationals, including a married couple, on suspicion of murdering their countryman in a workers' quarters near the Sonchong farm in Gua Musang on Wednesday (Sept 17) |
Four Myanmar nationals arrested for murder of countryman in Kelantan - SUN - 17/09 4:09 pm KOTA BHARU : Police have arrested four Myanmar nationals including a married couple for the suspected murder of their countryman at workers quarters near Sonchong farm in Gua Musang |
Empat warga Myanmar ditahan disyaki bunuh rakan senegara di Gua Musang - SUN - 17/09 3:14 pm KOTA BHARU : Empat warga Myanmar termasuk pasangan suami isteri ditahan kerana disyaki membunuh rakan senegara di sebuah rumah kongsi dekat kebun Sonchong, Gua Musang pada Rabu lepas |
Lelaki dibunuh gara-gara peluk isteri rakan - Sinarharian - 17/09 3:04 pm KOTA BHARU - Angkara cemburu isteri dipeluk rakan, seorang suami ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh lelaki warga Myanmar di sebuah rumah kongsi kebun di Sonchong, Gua Musang pada 10 September lalu.Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah seorang wanita yang merupakan isteri suspek serta dua lagi rakannya berusia 30 hingga 46 tahun.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki terbabit mengaku membunuh rakannya disebabkan cemburu."Pada Selasa lebih kurang jam 7.30 pagi serbuan telah dilakukan di sebuah rumah kongsi."Hasil daripada serbuan itu tiga lelaki dan seorang wanita warga Myanmar telah ditahan,"katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.Menurut beliau, turut dirampas ialah sebilah parang tebas berhulu kayu, enam unit telefon, sehelai baju dan seluar.Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati kesemua tangkapan gagal mengemukakan sebaraang dokumen perjalanan yang sah.Sebelum itu pada 10 September lalu lebih kurang jam 10 pagi satu kejadian bunuh telah berlaku di sebuah rumah kongsi di Sonchong, Gua Musang melibatkan seoraang lelaki warga Myanmar ditemui ada kesan kelar pada leher dan bahagian dada kiri. |
Tiga beranak ditahan bersama pil kuda, daun ketum RM1.6 juta - Sinarharian - 17/09 2:58 pm KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun serta ibu dan kakaknya ditahan bersama pil kuda, daun ketum bernilai RM1.6 juta di sebuah rumah di Desa Rahmat, Mukim Pauh Panji di sini pada 10 September lalu.Serbuan jam 12.20 tengah hari itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dan sebanyak 108,000 biji pil kuda serta 37 kilogram (kg) daun ketum dirampas.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, remaja lelaki terbabit dipercayai dalang sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan aktif sejak Mei lalu."Kami dapati suspek yang merupakan penganggur belum sempat menikmati kemewahan daripada pengedaran dadah tersebut kerana hanya memiliki motosikal jenis Honda yang turut disita semasa serbuan."Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan rumahnya sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum dipasarkan," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Rabu.Menurut beliau, saringan ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga beranak ini yang berausia 19 hingga 60 tahun adalah negatif.Ujarnya, semakan mendapati kesemua mereka juga tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau."Kesemua suspek direman selama 14 hari sehingga 24 September ini |
Pas tak layak campur tangan isu Kampung Sungai Baru - Khalid Samad - Sinarharian - 17/09 2:31 pm KUALA LUMPUR Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyifatkan Pas tidak layak mencampuri isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur kerana parti itu sendiri didakwanya gagal menyelesaikan masalah tanah rakyat di Kelantan.Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa pemimpin yang menyatakan sokongan terhadap penduduk Kampung Sungai Baru selain kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa kerajaan boleh membatalkan penggunaan Akta Pengambilan Tanah 1960."Dia ingat undang-undang ni macam main TikTok ke? Main catur pun tak boleh tarik-tarik |
Tukang cuci mengaku salah miliki pistol, 36 butir peluru - Sinarharian - 17/09 10:45 am KOTA BHARU - Seorang tukang cuci di sebuah resort mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu terhadap dua pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 36 butir peluru hidup di rumahnya di Kampung Paloh, Pintu Geng pada 6 September lalu.Tertuduh Azhar Anual, 50, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa miliki sepucuk pistol jenis Glock 26 Gen4 Austria dan memiliki 36 butir peluru hidup tanpa lesen atau permit senjata.Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Paloh, Pintu Geng pada jam 5 pagi, 6 September lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan sebat hingga enam kali.Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 pula memperuntukkan penjara hingga tujuh tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan 21 Oktober ini sebagai tarikh fakta serta hukuman dan tertuduh tidak ditawarkan jaminan. |
70 penduduk Felda Chiku dipindahkan ke PPS akibat banjir Gua Musang - SUN - 17/09 10:15 am KOTA BHARU : Kira-kira 70 penduduk Felda Chiku 1 dan 2 di Gua Musang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara malam ini selepas kawasan tersebut dilanda banjir |
Perbadanan Kg Bharu sahkan penduduk cari pemaju untuk pembangunan - Mdateline - 17/09 10:00 am Perbadanan Pembangunan Kampung Baru menyenaraikan beberapa soalan dan jawapan mengenai latar belakang projek Pembangunan Kampung Sungai Baru yang agak menjadi kontroversi kini |
JKR mohon peruntukan Kerajaan Persekutuan baik pulih segera jalan Kota Bharu-Gua Musang - Careta - 17/09 7:51 am Katanya, sebelum ini hanya satu lorong ditutup susulan kejadian runtuhan pembentung yang berlaku beberapa minggu lalu |
Orang Asli hilang ketika mandi sungai ditemui lemas - Mgazette - 17/09 7:44 am # Orang Asli hilang ketika mandi sungai ditemui lemas KUALA LUMPUR - Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang selepas dipercayai lemas ketika mandi bersama rakannya di Sungai Cherandong dekat Kampung Orang Asli Buloh Telur, Kuala Kubu Baharu, ditemui pagi tadi |
Bengang laluan dihalang, lelaki pecah cermin kedai makan guna topi keledar - Sinarharian - 17/09 12:00 am KOTA BHARU Gara-gara tidak berpuas hati apabila laluannya dihalang sebuah kereta, seorang lelaki bertindak memecahkan cermin almari makanan di sebuah kedai makan menggunakan topi keledar dalam kejadian di Kampung Landak, Pengkalan Chepa, di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pemilik kedai makan berusia 25 tahun kira-kira jam 7.19 malam."Satu rakaman video kejadian itu turut dimuat naik pemilik akaun Facebook Imran Bard sehingga tular di media sosial pada Selasa."Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek apabila kereta pengadu dikatakan menghalang laluannya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut beliau, suspek yang berusia 36 tahun itu kemudian bertindak memecahkan cermin almari makanan menggunakan topi keledar di kedai makan terbabit.Tambahnya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu berjaya menahan lelaki terbabit kira-kira jam 1 pagi pada Rabu."Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu untuk permohonan reman |
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Cherandong - Astroawani - 16/09 8:15 pm Lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang di Sungai Cherandong, Kuala Kubu Bharu sejak awal pagi semalam, ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini. |
Polis ingatkan orang ramai elak laluan haram ke Thailand meski kesesakan - SUN - 16/09 8:08 pm KOTA BHARU : Orang ramai diingatkan agar tidak menggunakan laluan haram untuk ke Thailand meskipun berlaku kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor serta Bukit Bunga |
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Cherandong selepas operasi SAR - SUN - 16/09 8:07 pm KUALA LUMPUR : Seorang lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang di Sungai Cherandong, Kuala Kubu Bharu telah ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat |
Logo, calon PM perlu bincang dalam Majlis Tertinggi PN - Takiyuddin - Sinarharian - 16/09 7:11 pm ALOR SETAR - Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) menetapkan bahawa sebarang keputusan penting termasuk penggunaan logo pilihan raya dan pelantikan calon Perdana Menteri hanya boleh dibuat melalui Majlis Tertinggi PN.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kenyataan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cadangan menggunakan logo PN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang disifatkan mendahului proses tersebut."Dalam PN tidak ada besar kecil, tidak ada abang besar |
Lelaki Orang Asli hilang ditemukan lemas di Sungai Cherandong - Sinarharian - 16/09 6:59 pm KUALA LUMPUR - Lelaki Orang Asli yang dilaporkan hilang di Sungai Cherandong, Kuala Kubu Bharu sejak awal pagi semalam, ditemukan lemas oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat Norizan Deris, 47, ditemukan pada 10.53 pagi dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok di dalam air."Lokasi penemuan adalah berhampiran tapak perkhemahan Rimba Bayu, kira-kira 300 meter dari lokasi asal mangsa dipercayai terjatuh," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Ahmad Mukhlis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 2.36 pagi semalam sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi kejadian pada 2.50 pagi."Operasi SAR yang turut dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Shah Alam, Pelabuhan Klang dan KLIA, dijalankan di sepanjang persisiran sungai dengan radius pencarian hingga enam kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang," katanya.Tambahnya, operasi pada hari pertama telah ditangguhkan pada 7 malam semalam berikutan faktor cuaca dan penglihatan yang terhad, sebelum disambung semula pagi ini.Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut |
Kelantan police: Use legal routes to Thailand or face RM10,000 fine - Malaymail - 16/09 6:50 pm KOTA BHARU, Sept 16 The public has been reminded not to use illegal routes to enter Thailand despite congestion... |
All eyes on Sanum and Chery as elephants take centre stage in Kelantans .. - Malaymail - 16/09 2:31 pm KOTA BHARU, Sept 16 A spectacular parade featuring two gentle elephants, Sanum and Chery, stole the spotlight du... |
Jalan Kota Bahru-Gua Musang retak teruk, JKR mohon peruntukan Kerajaan Persekutuan - Mdateline - 16/09 12:57 am Jalan raya utama yang menghubungkan Kota Bharu-Gua Musang di antara jejambat Machang dan Simpang Tiga Kemuning terpaksa ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan ekoran mengalami keretakan .. |
Full closure of Kota BharuGua Musang road as cracks worsen, JKR seeks federal funds for urgent repair works - Malaymail - 16/09 12:29 am KOTA BHARU, Sept 16 The Kelantan Public Works Department (JKR) has applied for federal funding to carry out urgen... |
Lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas di Sungai Cherandong - Mgazette - 16/09 7:51 am # Lelaki Orang Asli dikhuatiri lemas di Sungai Cherandong HULU SELANGOR - Seorang lelaki Orang Asli berusia 47 tahun dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Cherandong, Kampung Orang Asli Buloh Telur, Kuala Kubu Bharu di sini awal pagi tadi |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |