///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Kia News   Page 1    



Pesawat hadapi masalah ‘nose landing gear’ semasa mendarat di .. - Mgazette - 24/06 7:55 am

# Pesawat hadapi masalah 'nose landing gear' semasa mendarat di KIA - TUDM KUALA LUMPUR - Pesawat CN235-220M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pagi ini akibat masalah 'nose landing gear' (komponen pendaratan hadapan)





Kes dera mati kanak-kanak diklasifikasi bunuh, ibu kandung, bapa tiri .. - Mgazette - 24/06 7:55 am

"Ya, kedua-dua pasangan suami isteri ini akan direman esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ringkas ketika dihubungi MalaysiaGazette di sini malam ini. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana kes masih dalam siasatan





Sokongan terhadap PM Anwar meningkat kepada 55 peratus - Merdeka Center - SUN - 23/06 9:46 pm

KUALA LUMPUR : Tinjauan oleh Merdeka Center mendapati majoriti pengundi Malaysia memberikan penarafan positif sebanyak 55 peratus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini berbanding 43 peratus pada Jun 2024. Organisasi bebas itu, yang memfokus kepada penyelidikan pendapat umum dan analisis sosioekonomi, memaklumkan tinjauan ke atas 1,208 pengundi berdaftar menunjukkan rakyat Malaysia mula merasakan bahawa negara kini semakin stabil dengan ketidakstabilan politik kian mereda dan Anwar memimpin kerajaan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen





Sokongan terhadap PM meningkat kepada 55 peratus - Merdeka Center - Sinarharian - 23/06 9:37 pm

KUALA LUMPUR - Tinjauan oleh Merdeka Center mendapati majoriti pengundi Malaysia memberikan penarafan positif sebanyak 55 peratus kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun ini berbanding 43 peratus pada Jun 2024.Organisasi bebas itu yang memfokus kepada penyelidikan pendapat umum dan analisis sosioekonomi, memaklumkan tinjauan ke atas 1,208 pengundi berdaftar menunjukkan rakyat Malaysia mula merasakan bahawa negara kini semakin stabil dengan ketidakstabilan politik kian mereda dan Anwar memimpin kerajaan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen."Reformasi institusi seperti Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dihidupkan semula juga memberi isyarat kembalinya tadbir urus yang berprinsip," menurutnya dalam kenyataan hari ini.Menurut Merdeka Center, kekecewaan rakyat terhadap kos sara hidup juga semakin berkurangan susulan peningkatan gaji minimum oleh kerajaan kepada RM1,700 beserta bantuan tunai semasa perayaan kepada penjawat awam serta subsidi minyak yang berterusan ketika inflasi berada di tahap terendah dalam tempoh tiga tahun iaitu 1.4 peratus pada Mac 2025 dan pertumbuhan ekonomi mencecah 4.4 peratus pada suku pertama."Walaupun tinjauan masih menunjukkan bahawa kebimbangan utama rakyat ialah ekonomi, ketiadaan kejutan pada harga diesel meskipun berlaku penarikan subsidi minyak pada 2024 telah membantu mengurangkan sentimen ini," katanya.Merdeka Center memaklumkan Anwar juga telah meningkatkan profil global Malaysia dengan menjadi tuan rumah kepada Presiden China Xi Jinping dan mempengerusikan ASEAN pada 2025."Perjanjian pelaburan baharu, kerjasama perdagangan dan kepimpinan dalam inisiatif Selatan Global telah memperkukuh imej beliau di dalam negara," katanya.Pada masa sama, pusat itu menyatakan bahawa penarafan Kerajaan Persekutuan turut meningkat kepada 50 peratus pada Mei 2025 berbanding 40 peratus pada Jun 2024.Ia memaklumkan tahap ketidakpuasan terhadap Kerajaan Persekutuan pula berkurangan kepada 48 peratus berbanding 58 peratus pada tahun sebelumnya."Jurang yang tipis antara positif dan negatif sebahagian besarnya adalah didorong oleh kebimbangan berterusan mengenai tekanan terhadap kos sara hidup dan terdapat sedikit kegusaran tentang pemotongan subsidi yang dijadual dilaksana dalam masa terdekat," menurut kenyataan itu.Menurut Merdeka Center, jumlah pengundi yang ditinjau yang berpandangan bahawa negara menuju ke arah yang salah merosot kepada 50 peratus berbanding 61 peratus pada tahun sebelumnya manakala jumlah pengundi yang berpendapat negara berada di landasan betul meningkat kepada 43 peratus berbanding 29 peratus pada Jun 2024."Alasan utama yang mendorong pandangan negatif ini ialah hala tuju ekonomi negara dan prestasi semasa pentadbiran kerajaan," katanya.Tinjauan itu dilakukan antara 12 dan 23 Mei lepas untuk melihat persepsi pengundi terhadap pembangunan semasa ketika Kerajaan MADANI memasuki pertengahan penggal pentadbirannya.Responden, yang terdiri daripada 52 peratus Melayu, 29 peratus Cina, tujuh peratus India, enam peratus Bumiputera Islam serta enam peratus Bumiputera Bukan Islam dari Sabah dan Sarawak, mencerminkan profil pengundi di negara ini, telah ditemu bual melalui telefon talian tetap serta mudah alih





Ibu kandung, bapa tiri kanak-kanak maut disyaki didera direman esok - Sinarharian - 23/06 8:53 pm

MELAKA Wanita warga Indonesia yang juga ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan yang maut dipercayai akibat didera akan direman bersama bapa tiri mangsa di Mahkamah Majistret di sini, pada pagi Selasa.Sumber berkata, pasangan berusia dalam lingkungan 30-an yang telah ditahan polis itu akan direman pada jam 9 pagi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai akibat didera oleh bapa tiri.Menurut sumber, insiden yang menimpa kanak-kanak malang itu terbongkar selepas polis menerima panggilan daripada sebuah hospital swasta sekitar jam 9.45 pagi."Difahamkan pihak hospital memaklumkan terdapat kesan yang disyaki akibat dera selepas mangsa dihantar oleh bapa tirinya untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri."Lebih menyedihkan, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami patah kaki serta kesan lebam di kepala dan badan," katanya.Tambahnya, mangsa yang berada dalam keadaan parah dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan.





RMAF CN-235 skids at Kuching Airport due to gear issue - SUN - 23/06 8:32 pm

KUALA LUMPUR: The Royal Malaysian Air Force (RMAF) CN-235 transport aircraft that skidded while landing at Kuching International Airport (KIA) this morning experienced a nose landing gear issue





Kemalangan pesawat TUDM: CN-235 alami masalah nose landing gear - SUN - 23/06 7:29 pm

KUALA LUMPUR : Pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pagi tadi dilaporkan mengalami masalah nose landing gear





Kemalangan pesawat TUDM: CN-235 alami masalah nose landing gear' - Sinarharian - 23/06 6:39 pm

KUALA LUMPUR - Pesawat pengangkut jenis CN-235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada pagi tadi dilaporkan mengalami masalah nose landing gear'.Bahagian Perhubungan Awam TUDM menerusi kenyataan hari ini mengesahkan berlaku kemalangan melibatkan pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 11.15 pagi, seperti yang tular di media sosial."Pesawat dari No 1 Skuadron Pangkalan Udara Kuching itu telah mengalami masalah nose landing gear' semasa melakukan pendaratan ketika selesai melaksanakan tugasan penerbangan logistik dari Labuan dan Kota Kinabalu."Kesemua anak kapal serta penumpang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan





Kementerian Pengangkutan Sarawak pantau rapi insiden pesawat tergelincir di KIA - SUN - 23/06 5:57 pm

KUCHING : Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang memantau keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) susulan insiden sebuah pesawat tentera tergelincir di landasan dalam kejadian pagi tadi, hingga menyebabkan semua operasi penerbangan tergendala sementara waktu





Kementerian Pengangkutan Sarawak pantau insiden pesawat TUDM tergelincir di KIA - Sinarharian - 23/06 5:20 pm

KUCHING - Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang memantau keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) susulan insiden sebuah pesawat tentera tergelincir di landasan dalam kejadian pagi tadi, hingga menyebabkan semua operasi penerbangan tergendala sementara waktu.Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah menguruskan kerja pemindahan pesawat serta pembersihan landasan secepat mungkin."Kami memantau situasi ini dan bekerjasama dengan semua pihak berkaitan untuk memastikan landasan dapat dibersihkan segera bagi membolehkan semua penerbangan yang terjejas dapat disambung semula dengan selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau menasihati penumpang untuk menyemak status penerbangan dengan syarikat penerbangan masing-masingKejadian berlaku pada jam 11.30 pagi apabila pesawat pengangkut jenis CN-235 milik TUDM tergelincir ketika mendarat hingga menyebabkan semua operasi penerbangan komersial dihentikan sementara dan laluan beberapa penerbangan domestik terpaksa diubah sebagai langkah keselamatan.Terdahulu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusi laman Facebook memaklumkan berikutan insiden itu, landasan di KIA ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pesawat milik TUDM dan pembersihan landasan dijalankan.Notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan itu berterusan hingga 3 petang tadi, dan sepanjang tempoh penutupan landasan, semua operasi penerbangan di lapangan terbang itu telah terjejas.Pihak lapangan terbang akan memberikan maklumat sebaik landasan diisytiharkan selamat dan dibuka semula untuk operasi penerbangan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)





Landasan KIA ditutup sementara selepas pesawat TUDM tergelincir - Sinarharian - 23/06 4:01 pm

KUALA LUMPUR - Batik Air adalah antara syarikat penerbangan yang terjejas oleh penutupan sementara landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) hari ini selepas sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tergelincir.Jurucakap Batik Air mengesahkan bahawa syarikat penerbangan itu mengalami kelewatan tetapi tidak ada pembatalan."Setakat apa yang saya dimaklumkan, penerbangan kami terjejas oleh kejadian itu





Pesawat TUDM terkandas, KIA ditutup sehingga 3 petang Pesawat TUDM .. - Mgazette - 23/06 3:44 pm

# Pesawat TUDM terkandas, KIA ditutup sehingga 3 petang KUALA LUMPUR - Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ditutup sementara bagi memudahkan pemindahan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan terkandas, jam 11.30 pagi tadi serta kerja-kerja pembersihan landasan





Flight delays at Kuching Airport after RMAF jet incident forces runway closure - Sinardaily - 23/06 3:37 pm

KUALA LUMPUR - Batik Air is among the airlines affected by a temporary runway closure at Kuching International Airport (KIA) today, following a runway excursion involving a Royal Malaysian Air Force (RMAF) aircraft.A Batik Air spokesperson confirmed that the airline experienced delays but no cancellations."As per my information, our flight was affected by the incident





Operasi penerbangan di KIA pulih selepas penutupan sementara - Astroawani - 23/06 2:59 pm

Malaysia Airports memaklumkan operasi penerbangan kini disambung semula seperti biasa.





Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ditutup susulan insiden berkaitan pesawat - SUN - 23/06 2:25 pm

KUALA LUMPUR : Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini ditutup untuk memudahkan pemindahan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerja-kerja pembersihan landasan berikutan insiden berkaitan pesawat pada 11.30 pagi ini





Landasan di KIA ditutup susulan insiden berkaitan pesawat - Sinarharian - 23/06 2:18 pm

KUALA LUMPUR - Landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kini ditutup untuk memudahkan pemindahan sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerja-kerja pembersihan landasan berikutan insiden berkaitan pesawat pada 11.30 pagi Isnin.Menurut Malaysia Airports Holdings Bhd, Notis kepada Juruterbang (NOTAM) telah dikeluarkan dan penutupan dijangka berterusan sehingga 3 petang ini."Semasa tempoh penutupan ini, semua operasi penerbangan di KIA akan terjejas





Pesawat TUDM tergelincir, landasan utama KIA ditutup sementara - Astroawani - 23/06 2:15 pm

Penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja pemindahan pesawat terbabit serta pembersihan landasan dijalankan pihak berkuasa.





Bapa tunggal didakwa miliki pistol tiruan, 30 butir peluru - Sinarharian - 23/06 12:22 am

MELAKA Seorang bapa tunggal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin, atas tiga pertuduhan memiliki sepucuk pistol tiruan dan 30 butir peluru ball bearing, dua minggu lalu.Bagaimanapun, tertuduh yang merupakan bapa kepada seorang anak orang kurang upaya (OKU), Tan Soo Kian, 43, mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.Berdasarkan dua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, dia didapati telah memiliki sepucuk pistol tiruan jenama Pietro Beretta Gardone VT buatan Itali bernombor siri E202265Z dan 30 butir peluru ball bearing yang digunakan bagi tujuan menyalahi undang-undang.Pendakwaan bagi pertuduhan itu dijalankan mengikut Seksyen 33 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali, dan hendaklah dikenakan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.Tertuduh juga berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin tingkap kereta sehingga menyebabkan penama Tan Wei Kuan, 36, mengalami kerugian sebanyak RM500.Kesemua kesalahan itu dilakukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Johor, Taman Semabok, Semabok, di sini, kira-kira jam 12.24 tengah malam, pada 8 Jun lalu.Timbalan Pendakwa Raya, Farah Nabihah Sofian, mencadangkan jaminan sebanyak RM30,000 bagi kesemua tiga pertuduhan tersebut.Peguam Saravanan Rajandran yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah sebanyak RM4,000 bagi kesemua pertuduhan kerana anak guamnya hanya berniaga dalam talian serta menjaga dua anak kembar berusia 14 tahun termasuk seorang OKU.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM4,000 serta syarat tambahan untuk melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 28 Julai depan untuk serahan dokumen.



Is America Finally Improving Its Electric Car Chargers? - Slashdot - 23/06 10:12 am

When connected to chargers of 350 kilowatts or more, including those at Ionna and Electrify America, another fast-charging network, a Hyundai Ioniq 5 can fill its electric "tank" from 10% to 80% in 18 minutes... Some models from BMW, Hyundai and Kia have also enabled a national "Plug and Charge" standard that lets car owners begin charging their vehicles at Ionna stalls without first having to use a smartphone app or swipe a credit card, eliminating a step that sometimes results in errors





90 per cent of medical expenses covered in prenatal insurance claim .. - Sinchew - 22/06 5:31 pm

90 per cent of medical expenses covered in prenatal insurance claim following appeal PETALING JAYA: An accountant receives RM208, 331.04 in insurance claims to cover medical expenses of her child following her appeal in a prenatal insurance dispute. The sum is approximately 90 per cent of medical expenses of the original claim, said Ng Kian Nam, a lawyer acting for the accountant, Chin Pou Xiang





Seah Kian Peng nominated for re-election as Speaker of Parliament - Indept - 22/06 7:30 am

SINGAPORE: Mr Seah Kian Peng will be nominated for re-election as Speaker of Parliament when the House reconvenes on Sep 5, the Prime Ministers Office (PMO) announced on Jun 20





Peranan wartawan semakin penting, berkata benar walau pahit -Zambry .. - Mgazette - 21/06 7:42 am

# Peranan wartawan semakin penting, berkata benar walau pahit -Zambry KUALA LUMPUR - Fungsi wartawan sebagai pembentang seluruh kebenaran kini menjadi kian mencabar





Kia K5 2026 dan K8 2026 diperkenal di Korea, sedan kekal relevan! - Careta - 20/06 3:56 pm

Terbaru Kia mengumumkan pelancaran sedanK5 dan K8 untuk tahun model 2026 buat pelanggan di Korea





Risiko kesihatan berkait vape dan tembakau kian naik - Harakahdaily - 20/06 3:38 pm

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa kerajaan mengkaji semula dasar kawalan tembakau susulan pembatalan elemen Generational End Game (GEG) dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Faizzuddin Mohd Zai berkata, langkah itu penting bagi memastikan dasar kesihatan awam negara kekal progresif, menjimatkan dana negara dan […] The post Risiko kesihatan berkait vape dan tembakau kian naik appeared first on Harakahdaily .





Hutang negara konsisten turun, ringgit kian stabil di bawah Kerajaan MADANI - Thempress - 20/06 2:46 pm

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan kekal dengan komitmen dalam mengurangkan jumlah hutang negara, selaras dengan pendekatan reformasi fiskal di bawah Kerangka Ekonomi MADANI yang sedang dilaksanakan





Defisit fiskal berkurang, hutang negara turun RM20 bilion sejak 2022 - PM - Sinarharian - 20/06 2:08 pm

Biarlah, kita boleh hulur kepada rakyat dan kalau tidak begini, keyakinan (pelabur) tidak ada."Bagi saya, yang pertama ialah tanggungjawab kepimpinan dan pengurusan ekonomi untuk melaksanakan dasar yang kita yakin baik. Itu yang penting."Keduanya, dengan ada keyakinan, (boleh) menyelesaikan banyak masalah soal hasil negara, peluang pekerjaan dan pembangunan keseluruhannya," kata beliau pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.Anwar berkata, jumlah hutang juga kian menurun daripada RM100 bilion pada 2022 kepada RM85 bilion pada 2024 dan unjuran sebanyak RM80 bilion pada tahun ini."Ini maknanya, sejak kita ambil alih, kita telah menurunkan hutang sebanyak RM20 bilion," kata beliau.Dalam pada itu, Anwar turut menolak dakwaan bahawa kerajaan terlalu memberi penekanan terhadap isu pengurangan hutang sehingga menjejaskan kebajikan rakyat.Beliau berkata penyelesaian hutang negara tidak boleh dilakukan secara mendadak kerana ia memerlukan masa dan kesabaran.





Kerajaan komited kurangkan defisit fiskal negara - PM Anwar - SUN - 20/06 1:44 pm

Keduanya, dengan ada keyakinan, (boleh) menyelesaikan banyak masalah soal hasil negara, peluang pekerjaan dan pembangunan keseluruhannya, kata beliau pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini. Anwar berkata jumlah hutang juga kian menurun daripada RM100 bilion pada 2022 kepada RM85 bilion pada 2024 dan unjuran sebanyak RM80 bilion pada tahun ini





Ringgit mengukuh, hutang negara menurun - PM - Sinarharian - 20/06 11:01 am

PUTRAJAYA - Ringgit Malaysia terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila menjadi antara mata wang berprestasi terbaik di Asia, selari dengan usaha kerajaan mengukuhkan pentadbiran serta mengurus kewangan negara dengan baik.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengukuhan nilai ringgit jelas menunjukkan keyakinan pelabur terhadap pelaksanaan pembaharuan Ekonomi Madani yang digerakkan kerajaan ketika ini."Setakat 18 Jun lalu, ringgit mengukuh 5.2 peratus ketimbang dolar Amerika Syarikat selain turut mengatasi mata wang utama dan serantau lain."Ia peningkatan 6.3 peratus ketimbang rupiah Indonesia, renminbi China (3.6 peratus), peso Filipina (3.2 peratus), dolar Australia (0.6 peratus) dan baht Thailand (0.1 peratus)," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini pada Jumaat.Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan pencapaian itu adalah hasil kerjasama erat semua agensi di bawah Kementerian Kewangan, bukan semata-mata usaha menteri semasa."Pencapaian itu bukan sahaja melibatkan Menteri Kewangan sahaja, tetapi bagaimana Perbendaharaan mengatur semua agensi terlibat selain mengharapkan momentum itu dikekalkan," ujarnya.Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, usaha reformasi fiskal yang dilaksanakan turut mendapat pengiktirafan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)."IMF melalui Misi Artikel IV, 2025 turut memuji komitmen Malaysia dalam melaksanakan reformasi fiskal dengan menyifatkan pelaksanaan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA) 2023 sebagai tonggak penting reformasi fiskal negara," katanya.Beliau memaklumkan, pengurusan fiskal yang baik telah membolehkan kerajaan mengawal pertumbuhan hutang negara dengan berkesan."Kerajaan juga telah mengawal pertumbuhan hutang negara yang mana jumlah hutang baharu kian menurun daripada RM100 bilion (2022) kepada RM85 bilion (2024) dan unjuran tahun ini RM80 bilion."Maknanya, sejak kita ambil alih, kita sudah turun hutang RM20 bilion," katanya.Menurut Anwar, prestasi pentadbiran kerajaan secara keseluruhannya terus menunjukkan pengukuhan dan diurus dengan baik berdasarkan beberapa pencapaian ekonomi dan daya saing negara."menerusi data World Competitiveness Ranking 2025 dikeluarkan IMD minggu lalu, Malaysia kini berada di kedudukan ke-23 di dunia, melonjak 11 anak tangga ketimbang tangga ke-34 tahun lalu."Ini pencapaian terbaik sejak tahun 2020





Kementerian Pertahanan sedia bantu bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran - SUN - 19/06 8:13 pm

KUALA LUMPUR : Kementerian Pertahanan bersiap siaga untuk melaksanakan sebarang arahan kerajaan berhubung misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran susulan ketegangan yang kian memuncak antara negara itu dan Israel





Sindiket e-waste kian licik, JAS bongkar taktik baharu seludup sisa - Sinarharian - 19/06 6:33 pm

KUALA LUMPUR Tidak memasang alat kawalan pencemaran antara taktik dikesan dilakukan oleh pemilik premis yang memproses sisa elektronik (e-waste) secara haram di negara ini.Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Rosli Zul berkata, siasatan awal mendapati kilang-kilang terbabit beroperasi dengan kos rendah kerana menerima bahan mentah secara percuma atau dibayar oleh pihak tertentu.Beliau berkata, pemilik kilang kemudian menjual semula hasil proses dengan harga pasaran tinggi."Tindakan memproses e-waste tanpa alat kawalan menyebabkan bahan toksik terlepas ke alam sekitar dan ini memberi kesan kepada kesihatan awam serta alam sekitar."JAS sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam menangani isu ini, termasuk memberi latihan kepada mereka untuk mengenal pasti bahan-bahan e-waste yang cuba diseludup masuk," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Khamis.Beliau berkata, semakan mendapati Malaysia menjadi antara negara sasaran sindiket untuk menghantar sisa elektronik secara haram, termasuk dari negara Eropah."Setakat ini, lebih 600 kontena e-waste berjaya dikesan di Pelabuhan Klang dan bahan itu dibawa masuk atas nama barangan kitar semula."Pelbagai taktik licik dan mengelirukan digunakan oleh sindiket untuk menjalankan kegiatan haram ini," katanya.Dalam pada itu, Rosli berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan terhadap tujuh premis berlesen yang dipercayai memproses sisa elektronik atau e-waste yang dibawa masuk dari luar negara secara tidak sah.Menurutnya, siasatan melibatkan 57 premis dalam Operasi Bersepadu Hazard 2.0, dan tujuh daripadanya dikenal pasti memiliki lesen sah untuk memproses buangan terjadual dalam negara."Siasatan mendapati tujuh premis ini diberi lesen untuk memproses e-waste tempatan, namun bahan yang diterima menyerupai sisa yang dipercayai berasal dari luar negara."Siasatan lanjut sedang dijalankan dan tindakan susulan akan diambil," katanya.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan bahawa 453 individu termasuk 392 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Hazard 2.0 yang dilaksanakan di seluruh negara pada 16 Jun lalu





Kementerian Pertahanan sedia bantu bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran - Astroawani - 19/06 6:03 pm

Kementerian Pertahanan bersiap siaga untuk melaksanakan sebarang arahan kerajaan berhubung misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran susulan ketegangan yang kian memuncak antara negara itu dan Isr





Kementerian Pertahanan sedia bantu bawa pulang rakyat Malaysia dari Iran - Sinarharian - 19/06 5:01 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan bersiap siaga untuk melaksanakan sebarang arahan kerajaan berhubung misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Iran susulan ketegangan yang kian memuncak antara negara itu dan Israel.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, urusan berkenaan lazimnya dikendalikan oleh Kementerian Luar termasuk pertimbangan terhadap aspek keselamatan dan kaedah yang sesuai kerana tidak semua pesawat boleh memasuki ruang udara negara itu."Kita belum ada terima arahan mengenai perkara itu, yang biasanya dikelolakan oleh Kementerian Luar dan bagaimana cara..





Polis siasat video bas pandu melulu di Jalan Duta-Mont Kiara - Sinarharian - 19/06 3:14 pm

KUALA LUMPUR Polis sedang menjalankan siasatan berhubung video tular melibatkan sebuah bas yang dipercayai dipandu secara melulu sehingga hampir menyebabkan kemalangan di Jalan DutaMont Kiara, di sini pada Rabu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, semakan terhadap video tular tersebut mendapati tiada laporan polis dibuat setakat ini berhubung kejadian itu."Pemandu kedua-dua kenderaan sedang dikesan untuk siasatan dan tindakan selanjutnya."Setakat ini, tiada laporan diterima berhubung kejadian ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Terdahulu, tular satu video di media sosial yang memaparkan sebuah bas didakwa menukar lorong secara tiba-tiba sehingga hampir menyebabkan kemalangan.Kejadian berkenaan dipercayai dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan, sebelum video tersebut menjadi tular di media sosial.Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap insiden tersebut.Menurut mereka, tindakan pemandu bas itu jelas membahayakan keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain





We’d Love To See the Kia EV6 Facelift In Malaysia - DSF - 19/06 11:55 am

The Kia EV6 underwent a global facelift earlier this year, but there’s no telling if it’s coming here





Buletin Honda Super Ev Bakal Masuk Pasaran Eropah? Read More - Mekanika - 18/06 4:31 pm

Berbeza dengan N-One yang menggunakan enjin petrol 658cc, Super EV ini tampak lebih moden dan berani. Fender besar dan bentuk keseluruhan menyerupai Honda e memberi petunjuk bahawa ini mungkin sebuah model elektrik sepenuhnya dalam segmen A, segmen sama seperti Hyundai i10, Kia Picanto, dan Volkswagen up! yang kini sudah tiada





TUDM di landasan kukuh perkasa keupayaan dan kesiapsiagaan - Sinarharian - 18/06 11:31 am

KUANTAN- Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kini berada di landasan kukuh dalam memperkasa keupayaan dan kesiapsiagaan sebagai benteng utama pertahanan ruang udara negara.Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, cabaran keselamatan masa kini menuntut TUDM tampil sebagai sebuah organisasi yang proaktif, fleksibel dan berorientasikan masa hadapan.Menurutnya, pendekatan itu selaras dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM, iaitu CAP55 yang menjadi panduan strategik ke arah pembentukan angkatan udara bersifat modular, efisien, berkeupayaan tinggi dan saling terhubung."Hari ini, kita berdepan landskap keselamatan yang kian kompleks, merangkumi konfl ik konvensional, ancaman tidak simetrik, serangan siber, peperangan kognitif serta kemunculan teknologi disruptif."Oleh itu, saya tegaskan bahawa CAP55 bukan sekadar pelan penggantian aset, sebaliknya ia merupakan pelan transformatif menyeluruh melibatkan penstrukturan organisasi, integrasi sistem peperangan bersepadu, pengukuhan latihan, keupayaan logistik pintar serta pengoperasian berasaskan konsep multi-domain operations," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TUDM ke-67 di Pangkalan Udara Kuantan, di sini pada Isnin.Mohd Asghar Khan memberitahu, pelan tersebut merupakan agenda jangka panjang untuk generasi akan datang."CAP55 bukan untuk saya dan kepimpinan yang ada sekarang, tetapi untuk perwira serta perajurit masa depan yang akan menggalas amanah mempertahankan ruang udara negara."Alhamdulillah, TUDM hari ini berada di landasan kukuh sebagai benteng pertahanan negara, hasil sumbangan semua generasi sejak 1958."Kita akan terus mara ke hadapan dalam usaha peningkatan keupayaan dan kekal bersiap siaga demi kedaulatan tanah air tercinta," katanya.Mohd Asghar Khan memaklumkan kekuatan sebenar TUDM bukan hanya terletak pada keupayaan aset dan teknologinya, tetapi juga pada komitmen dan semangat warganya yang sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara."TUDM kini berada di landasan yang kukuh dalam melaksanakan fungsi dan peranannya sebagai benteng pertahanan negara."Ini merupakan hasil sumbangan bakti seluruh kepimpinan dan warganya sejak tahun 1958 sehingga kini," katanya.Mohd Asghar Khan menambah, TUDM juga perlu memberi tumpuan kepada pemerkasaan modal insan sebagai teras utama dalam mendepani cabaran masa depan."Kita harus melahirkan juruterbang mahir, jurutera berinovasi, pakar siber strategik dan pemimpin yang berani membuat keputusan dalam situasi tidak menentu," katanya.Beliau berkata, transformasi fi zikal dan teknikal perlu seiring dengan tadbir urus berintegriti serta pengurusan sumber yang efisien."Saya mahu seluruh warga TUDM memastikan perbelanjaan berhemah, ketelusan dalam pelaksanaan projek dan menolak sebarang bentuk penyelewengan," tegasnya.Mengulas mengenai pengurusan keselamatan, beliau mengingatkan disiplin adalah tiang kecemerlangan operasi dan segala latihan serta operasi perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan."Kita tidak boleh berkompromi dalam pengurusan keselamatan," katanya.Dalam masa sama, beliau turut memberi penekanan terhadap aspek kebajikan warga TUDM, termasuk kesejahteraan fizikal, mental dan keluarga."Prinsip work-life balance perlu diberi perhatian agar warga kita kekal bermotivasi, fokus dan sejahtera."Prasarana tempat tinggal dan kemudahan kerja yang baik bukan sahaja meningkatkan moral, tetapi turut menyumbang kepada keberkesanan tugas serta kesejahteraan jangka panjang anggota dan keluarga mereka," katanya.Tiga emas inovasi dunia, diiktiraf pasukan terbaik LIMA25Sementara itu, Mohd Asghar Khan berkata, TUDM juga menerima tiga pingat emas di Seoul International Invention Fair (SIIF) membuktikan keupayaannya, bukan hanya unggul di ruang angkasa, tetapi turut mencipta nama di pentas inovasi dunia.Lebih membanggakan, TUDM turut diiktiraf sebagai pasukan inovasi terbaik sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA25), hasil persembahan pembukaan yang memukau serta pameran teknologi berimpak tinggi.Mohd Asghar Khan berkata, pencapaian itu membuktikan TUDM bukan sahaja pengguna teknologi, malah pencipta penyelesaian ketenteraan bernilai strategik."Inilah manifestasi keupayaan intelektual warga TUDM, kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa dokongan padu daripada seluruh lapisan kepimpinan, para panglima, komander dan ketua-ketua formasi yang sentiasa mempercayai serta menyokong usaha inovasi warga kita."Saya mahu legasi ini diteruskan, para Inovator kita bukan sekadar penyumbang idea tetapi aset strategik TUDM yang wajar dipelihara dan dihargai," katanya.Beliau berkata, sepanjang lebih enam dekad, TUDM bukan sahaja telah melalui satu perjalanan penuh cabaran tetapi membanggakan





Kia becomes the latest car giant to offer in-car Netflix and as a father with young kids, I'm fully on board with the idea - Techradar - 18/06 3:00 am

Kia introduces premium entertainment services to its cars, but they come at a price





Konflik Iran-Israel: Trump tinggalkan Sidang Kemuncak G7 lebih awal - Mkini - 17/06 11:19 am

GLOBAL Presiden AS juga gesa orang awam di Tehran segera berpindah susulan konflik yang kian memuncak





Heres Kias new small, affordable electric car: The 2026 EV4 sedan - Arstechnica - 16/06 9:01 pm

The sedan goes on sale in the US toward the end of this year.





Kia EV4 Review: Price, Specs, Availability - Wired - 16/06 9:00 pm

On a mission to deliver an EV with long range but at low cost, Kia has high ambitions for this uniquely styled sedan.





Usaha meramal tarikh kiamat adalah tidak wajar - Pejabat Mufti WP - Sinarharian - 16/06 3:46 pm

SHAH ALAM Usaha meramal tarikh kiamat secara pasti adalah tidak wajar kerana ia merupakan satu bentuk pelanggaran terhadap batasan ilmu manusia dan penyimpangan daripada petunjuk wahyu.Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan berkata, Islam menegaskan bahawa waktu berlakunya kiamat adalah ilmu ghaib yang hanya diketahui oleh ALLAH SWT.Menurutnya, isu-isu akhir zaman yang disampaikan tanpa panduan wahyu dan disiplin ilmu yang tepat bukan sahaja membuka ruang kepada kekeliruan akidah, malah turut menjejaskan matlamat utama syariah."Matlamat tersebut antaranya adalah pemeliharaan agama, akal, nyawa, harta dan keselamatan sosial





AGC fail notis rayuan pembebasan Yusoff Rawther - Mgazette - 16/06 3:44 pm

Pada 12 Jun lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes_prima facie_di akhir pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan





Buletin Toyota Venza Baharu Muncul 2027 Dengan Gaya Coupe Yang Menggiurkan .. - Mekanika - 16/06 3:44 pm

# TOYOTA VENZA BAHARU MUNCUL 2027 DENGAN GAYA COUPE YANG MENGGIURKAN **Toyota dilaporkan sedang merancang kejutan besar dalam barisan SUV kompaknya dengan kemunculan semula model Venza generasi baharu yang dijangka dilancarkan pada tahun 2027.** Model ini bakal menjadi alternatif bergaya coupe kepada RAV4, sekali gus memperkukuhkan kedudukannya dalam segmen yang kian kompetitif





SRG.OG turn focus to MSC title defence - SUN - 16/06 2:13 pm

They were willing to go the extra mile, put in more effort, and this is the reward they have earned, he said. Yesterday, SRG.OG became the first team to complete an MPLMY championship hat-trick after defeating Homebois 4-0 in the grand final at Stadium Juara, Bukit Kiara.





AGC fail notis rayuan kes Yusoff Rawther - Sinarharian - 16/06 1:30 pm

SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan dan membebaskan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther pada 12 Jun lalu.AGC dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, rayuan difailkan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Muhammed Yusoff tanpa dipanggil untuk membela diri di akhir kes pendakwaan bagi dua pertuduhan iaitu mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan."Pertuduhan tersebut dibuat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 [Akta 206]."Setelah mempertimbangkan keputusan Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, AGC telah memfailkan notis rayuan pada Isnin bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan tersebut," katanya.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu pada 12 Jun lalu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.Pada 12 September 2024, Muhammed Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam kenderaan yang dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.Beliau juga berdepan pertuduhan memiliki dua pucuk pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara, Kuala Lumpur, pada jam 9.25 pagi, hari yang sama.Menurut AGC, Seksyen 39B(2) Akta 234 memperuntukkan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada 12 sebatan."Seksyen 36(1) Akta 206 pula memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali," ujar kenyataan itu.





Selebriti akan didakwa kes seksual antara 9 kes menarik minggu ini - Sinarharian - 16/06 11:23 am

KUALA LUMPUR Pendakwaan terhadap seorang selebriti yang disiasat kes amang seksual menjadi antara sembilan kes yang menarik perhatian ramai, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dan Istana Kehakiman di Putrajaya sepanjang minggu ini.Bagi kes seksual, penyanyi berkenaan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Selasa selepas memperoleh arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor pada Jumaat.Pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.Sebelum ini, media melaporkan suspek ditahan polis bagi membantu siasatan kes amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.Sementara itu, perbicaraan saman dikemukakan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin ditukar kepada pengurusan kes.Mahkamah Tinggi kemudian menetapkan 30 September ini untuk pengurusan kes seterusnya.Ia selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Anwar, 78, untuk menangguhkan kes terbabit.Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memerintahkan semua prosiding termasuk perbicaraan saman di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara sehingga perbicaraan penuh penangguhan didengar dan diputuskan pada 21 Julai ini di mahkamah sama.Mahkamah Tinggi sebelum ini menjadualkan perbicaraan itu bermula pada 16 hingga 19 Jun dan 23 hingga 25 bulan sama.Tidak ketinggalan di Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat akan berlangsung tiga kes pengubahan wang haram (AMLA) sebanyak RM27 juta dana SRC International Sdn Bhd membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Pada prosiding itu, Hakim, K Muniandy akan memutuskan sama ada bekas Ahli Parlimen Pekan itu, diberi perintah dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atau meneruskan kes tersebut dengan perbicaraan.Pada Rabu minggu lalu, Najib yang akan menyambut kelahiran ke-72 minggu depan, gagal dalam permohonannya untuk menggugurkan itu.Ia selepas pihak pendakwaan memaklumkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi yang dikemukakan pada 31 Julai 2023.Dalam prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul memohon mahkamah menetapkan tarikh lain bagi perbicaraan kes tersebut.Bagaimanapun ia dibantah oleh peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dengan alasan, kes berkenaan telah berlanjutan sejak 2019.Katanya, penangguhan sudah menjangkau enam tahun, maka DNAA merupakan jalan terbaik untuk anak guamnya.Selain itu di Mahkamah Rayuan turut menjadualkan keputusan rayuan SIS Forum (Malaysia) untuk mencabar fatwa dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam, akan diketahui Khamis ini.Tarikh keputusan itu diberikan kepada pihak-pihak menerusi e-mel oleh Mahkamah Persekutuan pada 20 Mei lalu.Selain Jawatankuasa Fatwa, turut dinamakan sebagai responden dalam rayuan itu ialah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor.Pada 21 Ogos 2023, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada SIS Forum dan pengasasnya, Zainah Mahfoozah Anwar untuk meneruskan rayuan mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada tahun sama, yang menolak rayuan SIS Forum untuk membatalkan fatwa itu.Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan fatwa yang disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bukanlah keputusan muktamad dan dengan itu tidak boleh dicabar melalui permohonan semakan kehakiman.SIS Forum dan Zainah merayu kepada Mahkamah Rayuan selepas mereka tidak berjaya dalam usaha di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan fatwa berkenaan.Permohonan semakan kehakiman mereka ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 27 Ogos 2019.Fatwa itu yang diwartakan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada 31 Julai 2014, mengisytiharkan bahawa SIS Forum, individu dan kumpulan yang mengamalkan fahaman liberalisme serta pluralisme sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.Fatwa itu juga mengarahkan mana-mana penerbitan yang mengandungi pandangan liberal dan plural hendaklah diharamkan serta dirampas selain meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menapis laman sesawang sosial yang bercanggah dengan ajaran Islam serta hukum syarak.Pada Rabu ini, Mahkamah Persekutuan akan memutuskan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar Public Bank Bhd kepada lima pihak terbabit pada 18 Jun ini.Ia selepas Mahkamah Persekutuan, menolak rayuan akhir Public Bank untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh National Feedlot Corporation (NFCorp) dan empat yang lain.Perkara itu berhubung dakwaan kebocoran maklumat sulit akaun bank mereka, 13 tahun lalu.Selain itu, Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan Isnin untuk sebutan kes cuba mendedahkan dokumen sulit berkaitan prestasi operasi dan kewangan syarikat minyak nasional itu kepada Syarikat Petroleum Sarawak (Petros), Jun tahun lepas.Ia membabitkan seorang bekas pengurus di Petronas, Mohd Khairul Akmal Mohd Jasni, 40, yang didakwa atas satu pertuduhan cuba melakukan pendedahan maklumat iaitu satu dokumen bertajuk "Q1 2024 Upstream Business Performance Operational & Financial" kepada Petros.Ia berhubung dokumen telah diperoleh ketika menjalankan tugas sebagai Pengurus Prestasi Unit Perniagaan Petronas, di sebuah unit kondominium di Jalan Pinang, di sini, antara 3.19 petang dan 3.21 petang, 8 Jun 2024.Setelah ditangguhkan beberapa kali, kes seorang anak yang mengaku membunuh ibu bapanya di Kampung Sungai Penchala, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, pada Rabu.Hakim, Muniandy menangguhkan keputusan ke minggu ini, selepas pihak pendakwaan memberitahu, terdapat beberapa barang kes membabitkan tertuduh, Afendi Muhammad Agus @ Muhamed Ali, 44, belum dikemukakan kepada mahkamah.Mengikut dua pertuduhan itu, dia didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian ke atas pesara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Muhammad Agus @ Muhamed Ali Omar, 82, dan suri rumah, Darlisma Njatu Saleh, 72.Kesalahan didakwa dilakukan di rumah mangsa, di Kampung Sungai Penchala, Jalan Penchala Hilir, di sini, pada jam 7.10 dan 7.20 malam, 9 Disember 2023.Pada Rabu ini juga, Mahkamah Persekutuan dijadualkan untuk mendengar rayuan sabitan, hukuman penjara lapan tahun dab dua sebatan terhadap bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong berkait kes merogol pembantu rumahnya.Pada 27 Julai 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak, Datuk Abdul Wahab Mohamed mendapati Paul bersalah atas tuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia berusia 23 tahun di bilik rumahnya di daerah tersebut, antara jam 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai 2019.Susulan itu, dia yang merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Perak dihukum penjara 13 tahun serta dua sebatan.Bagaimanapun, hukuman penjara itu dikurangkan kepada lapan tahun, oleh Mahkamah Rayuan di sini pada 1 Mac tahun lalu.Bagaimanapun, panel tiga hakim mengekalkan hukuman dua sebatan ke atas Paul, 54.Dalam pada itu, Mahkamah Rayuan di sini menetapkan Selasa untuk pengurusan kes rayuan Sports Toto Malaysia dan beberapa pihak lain berhubung keputusan yang menolak permohonan mereka menghidupkan semula perniagaan perjudian di Perlis.Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan mereka dengan alasan permohonan itu gagal mengenal pasti sebarang keputusan rasmi yang boleh disemak secara kehakiman.Hakim, Arik Sanusi Yeop Johari berkata, pemohon tidak menunjukkan sebarang keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri yang diterajui Perikatan Nasional yang menjejaskan mata pencarian mereka.Di Kangar, pemohon-pemohon itu ialah Yong Foo Mei, 54, Ene (Penang) Sdn Bhd, Leong Jenn Kiang, 62; Chin Soo Shian, 54; CH Santha, 37; Yip Kok Chyuan, 54 dan Stm Lottery Sdn BHD (dahulu dikenali sebagai Sports Toto Malaysia Sdn Bhd selaku pemohon-pemohon.Mereka memohon untuk membatalkan keputusan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) yang enggan memperbaharui lesen premis perniagaan mereka, yang menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan operasi perniagaan loteri.Mereka berhujah bahawa hal ehwal berkaitan pengeluaran lesen perjudian adalah di bawah bidang kuasa undang-undang persekutuan.Justeru, mereka menyifatkan keputusan pihak berkuasa negeri sebagai tidak rasional, melebihi kuasa yang diperuntukkan kepada majlis perbandaran dan kerajaan negeri, serta bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.





SRG.OG dalam kelas tersendiri - Sinarharian - 15/06 9:45 pm

PASUKAN e-sukan Selangor Red Giants (SRG.OG) membuktikan dalam kelas tersendiri apabila melengkapkan hatrik selepas dinobatkan juara Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad.Kejayaan tersebut diraih selepas gandingan pemain yang terdiri daripada Kramm, Sekys, Stormie, Innocent dan Yums mengalahkan Homebois 4-0 dalam aksi Grand Finals di Stadium Juara, Bukit Kiara.Biarpun tewas, Homebois tetap mengiringi SRG.OG ke saingan pertengahan musim Piala Dunia Esukan di Riyadh, Arab Saudi bulan depan.Ketua jurulatih SRG.OG, Michael Angelo Bocado berkata, pasukan telah melakukan persiapan yang sangat baik termasuk mengorbankan cuti Hari Raya Aidiladha minggu lalu."Saya gembira dengan prestasi pemain kerana ia adalah ganjaran terbaik di atas usaha keras mereka."Saya perlu memberi pujian kepada pemain-pemain dan staf kejurulatihan kerana terdapat cuti (Hari Raya Aidiladha) minggu lepas."Namun mereka memilih untuk mengorbankan masa cuti bagi memastikan kami dapat mencapai matlamat ini," katanya.Kemenangan tersebut menyaksikan SRG.OG terus mencipta sejarah dalam MPL dengan menjadi pasukan pertama yang memenangi tiga gelaran liga berturut-turut.





Kia Bakal Lancar Varian Trak Elektrik untuk PV5? - Careta - 15/06 4:08 pm

PBV Kia dibina menggunakan platform EV ultra fleksibel E-GMP.S milik Hyundai, yang boleh disesuaikan untuk pelbagai kegunaan





PDRM tunggu penghakiman penuh, akan teliti kelompangan – Razarudin .. - Mgazette - 14/06 8:05 am

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan. Muhammed Yusoff turut didakwa atas satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September 2024, mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.- MalaysiaGazette Ia melibatkan kenderaan dua buah van putih dan dua buah lagi kereta jenis Grand Livina dan Honda City malah kelihantan Pasukan Taktikal SPRM itu hadir dengan lengkap bersenjata





Kembalikan adab dalam komunikasi - Utusan - 14/06 8:00 am

DALAM masyarakat Malaysia yang kaya dengan adat dan budaya, nilai menghormati golongan dewasa dan warga emas merupakan tunjang keharmonian sosial. Namun, dewasa ini, nilai tersebut kian terhakis dalam kalangan kanak-kanak dan remaja





Elak buat kenyataan spekulatif, fitnah berhubung kes Yusoff Rawther -AGC - Mgazette - 13/06 3:25 pm

Semalam, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes_prima facie_di akhir pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan





Kes Yusoff Rawther akan disiasat ke akar umbi apabila Kerajaan Perpaduan .. - Mgazette - 13/06 3:25 pm

Semalam Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes_prima facie_di akhir pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan





Kes Yusoff Rawther bukti kebobrokan kuasa – Muhyiddin - Mgazette - 13/06 3:25 pm

Mahkamah Tinggi semalam melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik ahli politik, Muhammed Yusoff tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes_prima facie_di akhir pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan





Buletin Renate Noessler Terajui Vpcm, Cipta Sejarah Sebagai Pengarah .. - Mekanika - 13/06 3:25 pm

Saya amat berbesar hati dengan amanah yang diberikan dan komited untuk bekerjasama rapat dengan pelanggan, pengedar serta rakan niaga di Malaysia. Kami akan terus menumpukan usaha untuk memberikan pengalaman pelanggan yang terbaik, di samping memperkukuh kedudukan Volkswagen dan Audi dalam landskap automotif yang kian mencabar, kata Renate





Tukang cuci tidak mengaku amang seksual anak teman wanita - Sinarharian - 13/06 3:06 pm

MELAKA - Seorang tukang cuci didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat, atas tiga tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kepada teman wanitanya yang berusia 15 tahun.Tertuduh Tay Kok Seng, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Haderiah Siri dan Rohatul Akmar Abdullah.Pertuduhan di hadapan Hakim Haderiah, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun, pada 19 November tahun lalu.Dua lagi pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sama pada 19 dan 20 November 2024.Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik tidur di sebuah rumah di Taman Cheng Bestari, di sini, kira-kira jam 7.30 malam.Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebat bagi setiap pertuduhan, sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim dan Wardah Ishhar memohon hukuman setimpal serta syarat tambahan supaya tertuduh tidak mendekati mangsa kerana sebelum ini mereka tinggal bersama.Peguam Quek Kia Ping yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan tertuduh hanya bekerja sebagai tukang cuci dengan pendapatan sekitar RM3,000 serta menyara dua anak yang masih bersekolah.Hujah, Kia Ping lagi tertuduh yang sebelum ini tinggal bersama mangsa sejak tiga tahun lalu kini telah tinggal berasingan dengan jarak sekitar 10 kilometer.Sementara itu, Hakim Haderiah membenarkan jaminan sebanyak RM8,000 bagi satu pertuduhan di hadapannya dan Rohatul Akmar membenarkan jaminan RM20,000 bagi dua lagi pertuduhan.Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melapor diri setiap bulan di balai polis berdekatan selain dilarang mendekati mangsa dan berada sekurang-kurangnya 20 kilometer dengan mangsa.Mahkamah juga menetapkan 21 Julai depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.





Bermaz dakwa kebanjiran kereta China di Malaysia sebabkan untung suku ke-4 jatuh sehingga 76.51% - Paultan - 13/06 10:22 am

Pengedar jenama Mazda dan Kia di Malaysia iaitu Bermaz Auto Berhad mencatatkan keuntungan hanya RM21.2 juta pada suku ke-4 Tahun Kewangan 2025 (S4TK2025) yang berakhir 30 April lalu, atau jatuh sehingga 76.51% berbanding RM90.2 juta yang dicatatkan tempoh sama tahun sebelumnya





Untung bersih Bermaz Auto merosot, jualan Mazda dan Kia berkurangan - Careta - 13/06 7:38 am

Dalam satu kenyataan Bernama, BAuto menjelaskan prestasi jualannya banyak terkesan susulan kemasukan berterusan kenderaan buatan China yang ditawarkan pada harga yang sangat kompetitif di pasaran tempatan





Guru, anak maut ditikam - SUN - 12/06 5:14 pm

Abang suspek cuba meleraikan pergelutan itu, namun dia juga ditikam manakala anak lelaki bongsu berusia 13 tahun cedera terkena senjata tajam itu ketika cuba membantu, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka di Ayer Keroh di sini. Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Leow Kian Heong





Polis gagal ambil keterangan Yusoff Rawther dakwaan diperangkap - Hakim - Sinarharian - 12/06 5:03 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memberitahu bahawa, kegagalan pihak polis menyiasat dakwaan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther telah diperangkap, sama ada bersifat benar atau palsu, telah memprejudiskan haknya untuk mendapat perbicaraan yang adil.Ketika membaca keputusan penghakiman, Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata, dakwaan itu dibuat ketika rakaman percakapan Yusoff, 32, pada 8 September 2024 iaitu dua hari selepas ditangkap.Katanya, pemuda itu turut membuat rakaman kedua pada 10 September tahun sama, iaitu empat hari kemudian.Beliau berkata, tertuduh menyatakan versinya bahawa dia telah dijebak, maka pihak polis mempunyai masa yang mencukupi untuk menyemak perkara tersebut."Beban terletak pada pihak pendakwaan untuk menyemak sama ada dakwaan pada dua rakaman itu benar atau palsu tetapi kegagalan dua polis membuat siasatan bagi mengesahkan versi itu memprejudiskan hak tertuduh," katanya.Selain itu hakim ini berkata, tidak dinafikan senjata dan dadah tersebut ditemui dalam kereta yang didaftarkan atas nama Yusoff, kunci dan alat kawalan jauh kenderaan itu berada dalam milikannya serta kad pengenalannya berada dalam kereta jenis Nissan Teana itu.Bagaimanapun beliau berkata, keterangan itu tidak boleh membawa kepada kesimpulan yang munasabah bahawa tertuduh mempunyai kawalan eksklusif ke atas kereta termasuk dua pistol dan dadah tersebut.Katanya, ia termasuk isu bahawa tertuduh telah ditahan di luar kenderaan, alat kawalan jauh dan kunci manual kenderaan berkenaan tidak boleh membuka pintu pemandu Nissan Teana tersebut."Berdasarkan faktor itu dan ketiadaan keterangan lain, maka saya mendapati tertuduh tidak mempunyai kawalan eksklusif ke atas semua barang larangan berkenaan," katanya.Pada Khamis, Yusoff dilepaskan dan dibebaskan (DNA) tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, di Mahkamah Tinggi di sini.Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pemuda tersebut.Pada 12 September 2024, Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Dia juga didakwa atas satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September tahun sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pada 12 November tahun sama, Mahkamah Majistret membenarkan kes mengedar dadah jenis kanabis membabitkan Yusoff dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Dalam kes berkenaan, tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman





Keputusan kes Yusoff Rawther bukti mahkamah benteng keadilan rakyat .. - Mgazette - 12/06 4:29 pm

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan. Pada waktu itu, beliau turut berdepan satu lagi pertuduhan berasingan kerana memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara pada pukul 9.25 pagi, hari yang sama




Reformasi     >>



YOURSAY Anwar doesnt deserve a second term - Mkini
If Anwar remains, PKR and Harapan are doomed.
Kroni     >>



Iran ready to respond again in case of any further .. - Star
(Reuters) -Iran's Foreign Minister Abbas Araqchi said on Monday that Tehran's attack on U.S military base al-Udeid in Qatar came in response to the U.S. "aggression against Iran's territorial integrity and sovereignty." Read full story
Tabloid     >>



Iran serang pangkalan AS di Qatar - Hmetro
Tehran: Iran mengumumkan ia melancarkan peluru berpandu di pangkalan Amerika Syarikat (AS) di Qatar pada Isnin sebagai tindakan balas terhadap serangan Amerika ke atas kemudahan nuklear utama, dengan Presiden AS Donald Trump mengetepikan tindak balas sebagai "sangat lemah" dan berkata, kini masa untuk berdamai. New ..
Tech     >>



Is the Galaxy Z Fold or Flip ready to be an Ultra? .. - Techradar
Samsung has just announced that its next Galaxy Unpacked is set for July 9, 2025, and we're expecting the Galaxy Fold 7, Galaxy Z Flip 7, and a new Galaxy Watch.
World     >>



U.S. intel found Iran did not move nuclear material .. - Cnbc
President Trump said air strikes on Fordo and two other facilities at Natanz and Isfahan, "completely obliterated" Iran's major nuclear enrichment sites.
Motor Trend     >>



Spyshot: Lexus LFR Supercar Diuji di California - Careta
Gambar yang dikongsikan oleh wartawan automotif Jonny Lieberman menunjukkan LFR sedang diuji bersama Mercedes-AMG GT generasi terdahulu dan Toyota Sequoia, dipercayai bertindak sebagai kenderaan sokongan. Ini memberi petunjuk bahawa Lexus sedang melakukan ujian penanda aras terhadap AMG GT,