///
See Also: ShopeePay Promo (Referral Code 225M4ULL7)

Search : Kemas News   Page 1    



Piala ASEAN 2026: Harimau Malaya tunduk 0-2 kepada Vietnam - Sinarharian - 17/08 12:11 am

HASRAT Harimau Malaya meraih keputusan positif menentang Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Piala ASEAN 2026 tidak kesampaian apabila tewas 0-2 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cherasdi sini malam Ahad.Aksi babak pertama berlangsung hampir seimbang dengan kedua-dua pasukan gagal mencipta sebarang peluang berbahaya sepanjang 30 minit pertama perlawanan.Malaysia kendalian ketua jurulatih interim Tan Cheng Hoe kemudian terlebih dahulu memberikan ancaman, namun percubaan pemain tengah Daryl Sham K. George melambung tinggi susulan situasi bola muntah selepas penjaga gol Vietnam Patrik Le Giang menepis hantaran leret Muhammad Faris Danish Asrul pada minit ke-35.Vietnam kemudian meningkatkan tekanan pada penghujung babak pertama dengan sepakan akrobatik penyerang Nguyen Xuan Son tersasar di sebelah kiri gawang, sebelum percubaan dari luar kotak penalti pemain sayap Nguyen Dinh Bac mudah didakap penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.Skuad 'Naga Emas' akhirnya memecah kebuntuan pada minit kelima masa kecederaan babak pertama menerusi tandukan terbang Xuan Son yang menyudahkan hantaran pemain sayap Truong Tien Anh untuk membawa Vietnam mendahului 1-0 menuju ke bilik persalinan.Kurang seminit selepas babak kedua bersambung, skuad kendalian Kim Sang Sik hampir menggandakan kelebihan, namun sepakan Nguyen Tai Loc dinafikan Muhammad Azri sebelum percubaan susulan Xuan Son dihalang pemain gantian Ahmad Aysar Hadi Mohd Shapri.Vietnam berdepan detik cemas apabila Patrik diperintah keluar padang susulan terjahan terhadap pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh di luar kotak penalti pada minit ke-61, namun pengadil Lutfullin Rustam membatalkan keputusan itu selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR).Muhammad Azri sekali lagi menggagalkan usaha juara tiga kali itu menambah jaringan apabila menangkap kemas tandukan pemain pertahanan Pham Xuan Manh pada minit ke-77 hasil hantaran Tien Anh dari sebelah kanan.Malang menimpa Malaysia pada minit ke-86 apabila Muhammad Faris tertampan bola ke gawang sendiri ketika cuba menghalang hantaran Nguyen Quang Hai, sekali gus memberikan Vietnam kelebihan 2-0.Biarpun ketinggalan dua gol, skuad kebangsaan terus berusaha merapatkan jurang dengan percubaan pemain sayap G





KKDW perkukuh pendidikan awal KEMAS melalui penguasaan teknologi dan agama - Mygazette - 16/08 5:02 pm

# KKDW perkukuh pendidikan awal KEMAS melalui penguasaan teknologi dan agama KUANTAN - Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus memperkukuh transformasi pendidikan awal Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui gabunganpembentukan nilaiagama danpenguasaan teknologi, selaras dengan keperluan generasi masa hadapan





KEMAS perkasa pendidikan kanak-kanak, gabung agama dan teknologi - Sinarharian - 16/08 3:51 pm

BERA- Transformasi pendidikan awal di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) terus diperkukuh dengan menggabungkan pembentukan nilai dan agama bersama penguasaan teknologi selaras dengan keperluan generasi masa hadapan.Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selepas enam dekad, KEMAS perlu memasuki fasa baharu dan terus berevolusi mengikut perubahan zaman tanpa meninggalkan asas pembentukan insan.Menurutnya, perubahan dalam ekosistem pendidikan negara termasuk penurunan umur permulaan persekolahan daripada tujuh kepada enam tahun, menjadikan pendidikan awal melalui Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS semakin penting sebagai asas sebelum kanak-kanak memasuki alam persekolahan formal."Saya mahu pendidikan KEMAS bergerak seiring dengan perkembangan teknologi termasuk melalui peluasan pelaksanaan Kelas Pintar dan penggunaan 'smartboard' di Tabika."Generasi hari ini membesar dalam persekitaran digital justeru pendidikan awal negara tidak boleh terpisah daripada perkembangan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Warga KEMAS Negeri Pahang, di sini pada Ahad.Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Ahmad Zahid berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu terus diperkukuh bagi membantu menyediakan kemudahan teknologi, menaik taraf bangunan serta menambah baik persekitaran pembelajaran di institusi pendidikan awal Kemas.Jelasnya, sepanjang 60 tahun penubuhannya, Taska dan Tabika Kemas telah mendidik kira-kira 8.4 juta kanak-kanak sekali gus mencerminkan sumbangan besar organisasi itu dalam pembangunan pendidikan awal di seluruh negara.Justeru, dalam memperkukuh pendidikan berteraskan agama, beliau turut mencadangkan supaya program hafazan di Tabika Kemas diperluaskan mulai tahun hadapan.Ujarnya, selain hafazan surah-surah dalam Juzuk 30, kanak-kanak KEMAS akan turut dibimbing menghafaz antaranya Surah Yasin, Al-Waqiah, Al-Mulk dan As-Sajdah.Beliau juga mahu guru-guru KEMAS terlebih dahulu menguasai hafazan berkenaan bagi memastikan pelaksanaannya dapat dilakukan secara tersusun dan berkesan.Dalam ucapannya, Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sokongan berterusan terhadap pembangunan KEMAS, termasuk inisiatif berkaitan hak milik dan geran tanah bagi premis Tabika dan Taska sertaperuntukan bagi kerja renovasi dan penambahbaikan premis.Ahmad Zahid dalam pada itu menegaskan bahawa kestabilan politik, kerjasama antara semua peringkat kerajaan serta keberanian melakukan pembaharuan merupakan asas penting bagi memastikan pembangunan pendidikan awal dapat diteruskan secara lebih tersusun dan menyeluruh.Beliau berkata, KEMAS bukan sahaja perlu mempertahankan legasinya, tetapi bersedia membentuk generasi baharu yang kukuh nilai dan jati diri, celik teknologi serta mampu bersaing dalam dunia yang semakin mencabar.Sementara itu, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan kepada KEMAS memandangkan peranannya yang dekat dengan rakyat dan masyarakat di peringkat akar umbi.Beliau menegaskan bahawa kestabilan politik dan pentadbiran merupakan asas penting yang membolehkan kerajaan negeri memperkukuh kedudukan kewangan serta mengembalikan manfaatnya kepada rakyat."Semakin kukuh kestabilan negeri, semakin luas ruang untuk kerajaan negeri melaksanakan bantuan, pembangunan dan kebajikan kepada pelbagailapisan masyarakat," ujarnya.Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menyifatkan KEMAS sebagai sebuah organisasi besar yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat melalui pelbagai program dan aktiviti di peringkat akar umbi.Mantan Perdana Menteri itu turut menyatakan sokongan terhadap usaha kepimpinan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk terus memperkukuh KEMAS supaya kekal relevan serta mampu meneruskan khidmat kepada masyarakat.





PRU16: BN Terengganu sedia bincang kerjasama dengan PN jika ada momentum - Rozi - Sinarharian - 16/08 3:23 pm

KUALA NERUS - Barisan Nasional (BN) Terengganu sedia mengadakan perbincangan berhubung kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) sekiranya wujud momentum ke arah itu.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, setakat ini perkara berkenaan belum dibincangkan secara rasmi di peringkat kepimpinan negeri mahupun pusat.Menurut beliau, BN Terengganu sentiasa terbuka untuk menjalin hubungan kerjasama dengan pelbagai parti politik demi kesejahteraan dan kestabilan negara serta masyarakat."Sekiranya momentum terarah ke situ, kita bersedia dan tidak ada masalah untuk berbincang. Namun buat masa ini, perbincangan rasmi mengenainya belum ada lagi."Hubungan antara BN dan PN di Terengganu juga berada dalam keadaan baik dan tidak pernah mempunyai masalah, cuma dari segi politik masing-masing menjaga peranan masing-masing," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Alpha Gen Talents@Kemas di sini.Sebelum ini, Sinar Harian dalam Wawancara Khas bersama Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Seri Hamzah Zainudin menyatakan BN-PN dilihat berpotensi membentuk kerajaan Persekutuan pada PRU16 sekiranya kerjasama antara dua gabungan itu dapat diperkukuh dan disepakati lebih awal.Jelas beliau, kekuatan parti-parti Melayu dalam BN dan PN mampu disatukan menerusi satu formula yang bukan sekadar berasaskan agihan kerusi, tetapi turut mengambil kira kesepakatan dasar dan agenda lebih besar untuk negara.Dalam pada itu, mengulas mengenai potensi pembentukan gabungan baharu, Rozi menjelaskan sebarang kemungkinan bergantung kepada perbincangan dua hala kelak, sama ada melibatkan BN dan PN mahupun Pakatan Harapan (PH).Katanya, beliau mengakui BN berada pada tahap titik terendah berdasarkan keputusan pilihan raya lalu, namun proses transformasi sedang dilaksanakan di semua peringkat parti merangkumi cawangan, bahagian dan negeri.Jelas beliau, persediaan BN Terengganu untuk menghadapi PRU16 kini sudah mencapai sekitar 85 peratus merangkumi penyusunan jentera serta strategi kepimpinan."Walaupun berada di bawah, apa yang penting kita sedar di mana kedudukan kita dan tahu apa yang perlu dibuat."Kita telah menyusun serta melaksanakan perubahan, terutamanya dalam aspek penerangan dan media sosial di peringkat negeri serta bahagian," katanya.





Sindiket bantu rangkaian komunikasi penipuan tumpas, tiga ditahan - Sinarharian - 16/08 8:52 am

IPOH - Satu sindiket yang membantu rangkaian komunikasi penipuan dalam talian tumpas susulan penahanan tiga lelaki dalam serbuan di sekitar Lembah Klang pada Khamis lalu.Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, serbuan melibatkan lima lokasi di sekitar Petaling Jaya, Kelana Jaya, Hulu Kelang dan Damansara.Menurutnya, ketiga-tiga suspek warga tempatan berusia antara 32 hingga 45 tahun itu dipercayai berperanan menyediakan kemudahan komunikasi bagi melancarkan kegiatan penipuan yang beroperasi dari luar negara."Dalam operasi tersebut, polis turut merampas pelbagai peralatan komunikasi termasuk lapan unit simbox, 11 unit Starlink, 509 keping kad SIM, sebuah komputer riba, dua unit router dan lima telefon bimbit," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, peralatan itu dipercayai digunakan sebagai call gateway bagi menguruskan laluan aliran komunikasi sindiket penipuan sekali gus menyukarkan pihak berkuasa mengesan panggilan yang dibuat.Katanya, kejayaan itu adalah hasil risikan dan siasatan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar susulan satu laporan kes penipuan yang diterima sebelum ini."Kes berkenaan melibatkan seorang penuntut institusi pengajian tinggi berusia 22 tahun yang menjadi mangsa penipuan pada 31 Julai lalu," katanya.Mohd Alwi berkata, dalam kes itu, mangsa pada mulanya menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai wakil syarikat penghantaran dan mendakwa terdapat kiriman parcel mengandungi barangan terlarang atas namanya.Jelas beliau, panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai penguat kuasa yang menuduh mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram."Mangsa telah ditakutkan dengan ancaman tangkapan dan pendakwaan sehingga menyebabkan dia mengikut segala arahan diberikan termasuk memindahkan wang tunai sebanyak RM8,999 ke beberapa akaun yang diberikan suspek."Mangsa turut diarahkan meletakkan barang kemas miliknya melibatkan rantai, cincin, subang dan gelang emas dengan anggaran nilai kira-kira RM20,000 di atas tembok rumah di Kampar, kononnya bagi tujuan siasatan sebelum dipulangkan semula," katanya.Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas wang dan barang kemas tersebut tidak dipulangkan sebelum membuat laporan polis pada 1 Ogos lalu.Kesemua suspek kini direman selama empat hari sehingga 17 Ogos bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.





Polis siasat akaun FB 'Ahmad Mumin,' disyaki sebar kenyataan berunsur hasutan - Sinarharian - 15/08 8:55 pm

KEMAMAN - Polis menyiasat pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Ahmad Mumin' berhubung hantaran mengandungi unsur hasutan dan penghinaan terhadap institusi dirja, kerajaan Malaysia dan agensi kerajaan.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, pihaknya menerima laporan berhubung isu berkenaan daripada seorang lelaki jam 11.14 pagi pada Sabtu.Menurut beliau, siasatan kini dimulakan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM)."Polis akan menyiasat identiti pemilik akaun berkenaan dan seterusnya melaksanakan proses siasatan mengikut saluran undang-undang."Orang ramai dinasihatkan agar bertenang apabila membaca hantaran di mana-mana media sosial, mengesahkan maklumat terlebih dahulu dan sentiasa rasional sewaktu memberikan hujah di ruangan komen."Hantaran berbentuk hasutan yang boleh menimbulkan suasana tegang serta tidak harmoni dalam masyarakat perlu dielakkan sama sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.Dalam pada itu, Mohd Razi turut menepis dakwaan pemilik akaun berkenaan berhubung tindakan polis semasa Operasi Bersepadu yang dijalankan di Pantai Penunjuk, Kijal pada jam 6.30 petang, Jumaat.Jelas beliau, operasi itu dilaksanakan berikutan aduan awam berkaitan kes lumba haram dan gangguan ketenteraman oleh kumpulan motosikal."Tuduhan yang mendakwa polis menendang salah seorang penunggang motosikal adalah tidak berasas dan kebenarannya boleh ditonton menerusi rakaman yang tular di media sosial."Kenyataan tersebut berniat jahat dan direka untuk mencetuskan rasa benci terhadap pihak polis," katanya.Tambah beliau, pihak polis menjalankan siasatan berlandaskan undang-undang sedia ada tanpa memihak kepada mana-mana individu atau kumpulan.Sementara itu, beliau turut memberikan kemas kini berhubung dua kes berasingan di daerah tersebut.Katanya, bagi kes di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang melibatkan mangsa Orang Kurang Upaya (OKU), kesemua lima suspek masih berada dalam tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tataacara Jenayah (KPJ)."Kertas siasatan kini dalam proses untuk dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri."Manakala bagi kes di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, dua lagi suspek masih ditahan reman sehingga 17 Ogos ini bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan," ujarnya.Pada masa sama, Mohd Razi menggesa masyarakat, khususnya di daerah Kemaman supaya sentiasa menyemak kebenaran maklumat daripada pelbagai sumber bagi mengelak sebarang tindakan menyalahi undang-undang.





Helikopter dinaiki 4 individu terbakar ketika berlepas di Lapangan Terbang Subang - Sinarharian - 15/08 2:02 pm

SUBANG [KEMAS KINI] Sebuah helikopter meletup sebelum terbakar ketika berlepas bagi tujuan pengujian enjin selepas menjalani kerja pembaikan di Lapangan Terbang Subang di sini pada Sabtu.Dalam kejadian itu, seorang mangsa dilaporkan cedera dan berada di luar pesawat selepas terkena serpihan, manakala empat lelaki warga Ukraine yang terdiri daripada juruterbang, kru dan pembantu juruterbang (co-pilot) berjaya menyelamatkan diri.Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.30 tengah hari."Seramai lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong digerakkan ke lokasi yang jaraknya sejauh tiga kilometer," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Ashrul Riezal berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi, pihaknya mendapati sebuah helikopter jenis Kamov KA-32 yang nombor pendaftaran dari Ukraine terbakar sepenuhnya."Kerja-kerja pemadaman turut dilakukan pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) bersama anggota bomba yang bertugas bagi mengawal kebakaran," katanya.





Trafik Sistem Tiket F1 GP Bahrain ‘Sesak’, Ini Penjelasan SIC - Vocket - 15/08 1:13 pm

Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengeluarkan kenyataan berhubung kemas kini terkini status penjualan tiket bagi kejohanan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di..





Trafik Sistem Tiket F1 GP Bahrain ‘Sesak’, Ini Penjelasan SIC - Hotfm - 15/08 1:13 pm

Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengeluarkan kenyataan berhubung kemas kini terkini status penjualan tiket bagi kejohanan Formula 1 Gulf Air





Isteri, anak rentung dalam bilik, suami ditemui maut dalam longkang - Sinarharian - 15/08 10:01 am

ROMPIN - [KEMAS KINI] Dua mangsa dalam kebakaran melibatkan dua rumah di Desa Mawar 2, Muadzam Shah di sini pada awal pagi Sabtu ditemui rentung manakala seorang lagi didapati tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia dalam longkang berhampiran.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Kahurolaizam Mokhtar, 42, isterinya, Siti Zaleha Aluha, 31 dan anak lelaki mereka,Muhamad Putra Rayqal, 4.Menurutnya, dua lagi anak pasangan itu, Putra Aliff Haiqal,16 dan Mohamad Putra Haikal,10, selamat apabila sempat lari keluar dari rumah semasa kejadian."Siti Zaleha dan anak lelakinya ditemui rentung selepas terperangkap dalam bilik rumah yang hangus, manakala Mohd Kahurolaizam ditemui dalam longkang di hadapan rumah, dipercayai terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri."Penghuni sebuah lagi rumah yang terbakar iaitu pasangan suami isteri dan empat anak mereka selamat," katanya.Sharif Shai berkata, Balai Polis Muadzam Shah terima panggilan telefon dari Pejabat Gerakan IPD Rompin jam 4.17 pagi yang memaklumkan berhubung kebakaran dua rumah tersebut dan polis tiba di di lokasi kejadian pada jam 4.35 pagi."Sebaik tiba, mendapati anggota bomba bersama sebuah jentera sedang berusaha memadamkan kebakaran





Suspek samun bersenjata kedai serbaneka direman 6 hari - Sinarharian - 14/08 5:30 pm

TANJUNG MALIM - Seorang lelaki diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka di Slim River, bulan lalu.Tangkapan terhadap suspek warga tempatan berusia 25 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di Rawang, Selangor sekitar jam 11.30 malam pada Khamis.Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Khalid Mohamad berkata, laporan kes itu diterima daripada seorang wanita berusia 22 tahun pada 1 Julai lalu yang mendakwa menjadi mangsa samun dalam kejadian kira-kira jam 1.49 pagi."Dalam kejadian tersebut, mangsa disamun oleh dua lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan pisau."Suspek bertindak merampas wang tunai, barang kemas serta dua telefon bimbit milik mangsa dengan kerugian dianggarkan RM4,800," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, hasil serbuan itu, pihak polis turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan bagi membantu siasatan.Tambahnya, suspek telah direman selama enam hari sehingga 19 Ogos ini bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata," katanya.





Inflasi keseluruhan 2026 dijangka antara 1.5 hingga 2.5 peratus - Mygazette - 14/08 3:59 pm

"Walaupun tekanan kos pengeluar meningkat, tekanan tersebut kekal tertumpu pada peringkat huluan, dengan kesan limpahanterhad kepada peringkat pengeluaran seterusnya dan harga pengguna secara meluas sepanjangpada suku berkenaan, katanya. Sementara itu, BNM berkata, inflasi teras mereda terutamanya disebabkan terutamanya oleh penurunan inflasi barang kemas dan jam tangan (23.7 peratus) serta sewa (1.4 peratus)





Kedai emas rugi RM16,000, gelang tangan dilarikan pelanggan - Utusan - 14/08 3:14 pm

KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik kedai emas di Batu Enam, dekat sini kerugian RM16,000 selepas barang kemas dilarikan dua wanita yang menyamar sebagai pelanggan pada kira-kira 12 tengah hari, semalam





Dua pelajar MRSM Alor Gajah dilapor hilang - Sinarharian - 14/08 9:03 am

ALOR GAJAH - [KEMAS KINI] Polis menerima laporan membabitkan dua pelajarTingkatan EmpatMaktab Rendah Sains MARA (MRSM) Alor Gajah, Melaka yang didakwa hilang sejak Selasa lalu.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, pihaknya menerima laporan dibuat oleh guru mengenai kehilangan Siti Nur Aaira Aidi, 16, dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad, 16,pada jam 10.46 malam pada 11 Ogos lalu."Siti Nur Aaira mempunyai ketinggian 157 sentimeter serta berat 50 kilogram, berkulit gelap dan beralamat di Bandar Bukit Mahkota, Kajang, Selangor."Manakala Nur Aisy Humaira mempunyai ketinggian serta berat sama dan berkulit cerah dengan terakhirnya adalah di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kedua-dua individu ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Shahrul Izwan Mohd Suffian di talian 017-8180106 atau melaporkan ke balai polis berhampiranSementara ituPengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat memohon doa dan kerjasama masyarakat agar kedua-dua pelajar berkenaan dapat ditemui serta kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat.*Di pagi Jumaat barakah ini tolong doakan agar dua pelajar MRSM Alor Gajah Siti Nur Aaira Aidi dan Nur Aisy Humaira Mohd Saad yang hilang kembali semula ke pangkuan keluarga masing-masing dengan selamat, " katanya.Berdasarkan maklumat poster penularan kes berkenaan, lokasi terakhir kedua-dua pelajar berkenaan dilihat adalah di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.Siti Nur Aaira dilaporkan terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam, berkulit cerah sederhana atau kacukan, berbadan kurus serta tinggi.Sementara itu, Nur Aisy Humaira pula kali terakhir dilihat berpakaian gelap.Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan kedua-dua remaja berkenaan diminta segera menghubungi talian waris di +60 13-299 4303 (Ibu), +60 19-765 2404 (Ayah), 019-237 0810 (Nisa - Ibu) atau mana-mana balai polis berdekatan.





Peti besi RM200,000 lesap, dua lelaki diberkas - Sinarharian - 14/08 8:42 am

KAMPAR Dua lelaki diberkas selepas dipercayai melarikan peti besi mengandungi wang tunai dan barang kemas bernilai RM200,000 dalam kejadian pecah rumah di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 10 Ogos ketika mangsa keluar bekerja.Menurutnya, mangsa hanya menyedari kejadian tersebut selepas pulang ke rumah dan mendapati kediamannya dalam keadaan berselerak."Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti simpanan yang mengandungi wang tunai serta pelbagai barang kemas telah hilang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, bertindak atas maklumat risikan, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar menjalankan operasi bagi mengesan suspek.Katanya, hasil serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Brinchang, Pahang berjaya menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut."Suspek yang ditahan merupakan seorang lelaki warga Indonesia berusia 35 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun," katanya.Tambah beliau, dalam serbuan tersebut, polis turut merampas pelbagai jenis barang kemas yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes pecah rumah berkenaan."Kedua-dua suspek telah direman selama lima hari sehingga 17 Ogos ini bagi siasat kes di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dan mencuri," katanya.





Hanya Dengan Beberapa Ringgit Sahaja, Ini Caranya Untuk Pastikan Cadar Katil Tampil Kemas Seakan Hotel - Siraplimau - 13/08 5:10 pm

Pernah tak ibu-ibu rasa geram bila baru sahaja siap kemas katil sebelah pagi, tiba-tiba petang nanti cadar sudah berkedut dan terlucut di penjuru tilam? Lagi-lagi kalau ada anak-anak kecil yang suka melompat atas katil





Polis Perak rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM46.32 juta - Mygazette - 13/08 3:45 pm

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,327 kertas siasatan telah dituduh, iaitu pencapaian sebanyak 96 peratus. Bagi sitaan harta pengedar-pengedar dadah, tindakan di bawah Akta Perlucuthakan Harta 1988 terhadap kesemua pengedar-pengedar dadah yang ditangkap telah menghasilkan rampasan pelbagai jenis harta benda termasuk rumah, tanah, barang kemas, kenderaan dan akaun dalam bank bernilai RM4.35 juta, katanya





Google Pixel Buds Pro 2Dikemaskini Dengan Warna dan Ciri Baharu - Amanz - 13/08 7:39 am

Lewat malam semalamGoogle Pixel Buds Pro 2turut menerima kemas kini warna dan ciri baharu serentak dengan pelancaran siri Pixel 11





Lelaki didakwa tunjuk kemaluan di perpustakaan, wang RM390 turut hilang - Sinarharian - 12/08 8:04 pm

ARAU - Seorang pembantu pustakawan wanita mendakwa berdepan pengalaman mencemaskan apabila seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluan ketika dia sedang bertugas di Perpustakaan Desa Padang Siding, di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada jam 12.06 tengah hari.Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa berusia 37 tahun sedang berada di kaunter perpustakaan sebelum didatangi lelaki berkenaan yang masuk dan duduk di sofa berhampiran tempatnya bertugas."Suspek telah masuk ke dalam perpustakaan tersebut dan duduk bersandar di sofa bersebelahan dengan kaunter tempat pengadu bertugas."Suspek dan pengadu sempat berbual sebelum pengadu sedari yang suspek ketika sedang bersandar telah mengeluarkan alat kemaluannya dan mengusap."Panik ekoran kejelikan tersebut, pengadu bertindak keluar daripada perpustakaan dan meminta bantuan rakannya yang juga saksi dan bekerja di Tadika Kemas Padang Siding untuk menghalau suspek," katanya pada Rabu.Jelas Ahmad Mohsin, mangsa bersama saksi kemudiannya kembali ke perpustakaan dan mendapati lelaki berkenaan masih berada di situ sebelum mereka mengarahkannya supaya beredar.Menurutnya, selepas lelaki itu keluar, mangsa membuat pemeriksaan terhadap beg dan dompet miliknya yang diletakkan di bawah kaunter sebelum mendapati wang tunai berjumlah RM390 hilang."Mangsa mengesyaki wang berkenaan diambil lelaki terbabit ketika dia keluar mendapatkan bantuan."Saksi yang berada di lokasi turut mendakwa melihat lelaki berkenaan melakukan perbuatan mengusap kemaluan sebelum dia bersama mangsa menghalaunya keluar dari perpustakaan," ujarnya.Walaubagaimanapun, lelaki berkenaan yang masih belum dikenal pasti dilaporkan memakai pakaian serba hitam termasuk seluar pendek serta menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna kelabu.Menurut Ahmad Mohsin, siasatan awal mendapati perpustakaan berkenaan terletak dalam kawasan Masjid Al-Masyoor Padang Siding dan Tadika Kemas Padang Siding yang terbuka kepada orang awam."Polis sudah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian termasuk mengambil gambar serta melakar rajah kasar lokasi."Rakaman percakapan mangsa dan saksi turut diambil bagi membantu siasatan, manakala suspek masih dikesan," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 380 dan 509 Kanun Keseksaan.





Rekaan Fon Kepala Sonos Ace Ultra Tertiris - Amanz - 12/08 5:00 pm

Ketika orang ramai masih teruja dengan kehadiran fon telinga Sony, muncul pula berita mengenai fon kepala baharu Sonos Ace Ultra yang tertiris secara tidak sengaja oleh pihak Sonos melalui kemas kini di laman winfuture.de





Mahkamah Benar Penangguhan Bersyarat Rosmah Bayar RM67.5 Juta Kepada Syarikat Barang Kemas Lubnan - Siakapkeli - 12/08 4:58 pm

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini memberikan penangguhan pelaksanaan bersyarat kepada Datin Seri Rosmah Mansor bagi pembayaran...





Kemaskini Windows 11 Bulan Ogos Mengaktifkan Ciri Lancarkan Aplikasi Lebih Pantas - Amanz - 12/08 2:44 pm

Low Latency Mode diberikan pada Mei lalu untuk melancarkan aplikasi natif lebih pantas dengan meningkatkan kelajuan CPU untuk seketika. Menerusi kemas kini Windows 11 untuk bulan Ogos yang telah […]





Sindiket pecah rumah warga China tumpas, polis rampas barangan mewah - Sinarharian - 12/08 12:37 am

KUALA LUMPUR - Lima lelaki warga China yang disyaki terlibat dalam kes pecah rumah ditahan secara berasingan di Sri Petaling dan Pudu di sini pada Ahad.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejayaan itu hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras susulan kejadian pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Desa Petaling pada 4 Ogos lalu."Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM6,000 membabitkan kehilangan wang tunai, barangan kemas dan sebuah beg silang berjenama mewah."Bertindak atas maklumat dan risikan, polis melancarkan dua serbuan di kawasan Sri Petaling dan Pudu pada jam kira-kira 9.30 malam, Ahad, serta menahan lima lelaki warga China berusia antara 38 hingga 58 tahun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Fadil berkata, polis turut merampas sebuah kenderaan bersama pelbagai peralatan dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan pecah rumah."Selain itu, polis berjaya menemui semula barangan kes milik pengadu serta pelbagai barangan mewah lain termasuk jam tangan, dompet dan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing berjumlah lebih RM10,000."Siasatan awal mendapati kesemua suspek turut dipercayai terbabit dalam dua kes pecah rumah berasingan yang dilaporkan berlaku di sekitar Cheras," katanya.Menurutnya, kesemua suspek kini direman mulai 10 hingga 13 Ogos bagi membantu siasatan."Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah," katanya.





Rosmah dapat penangguhan bersyarat bayar USD14.6 juta barang kemas - FMT - 12/08 11:34 am

Namun beliau diperintah memasukkan jumlah penghakiman itu dalam akaun bersama dipegang peguam kedua-dua pihak.





Kehilangan 43 barang kemas: Rosmah dapat tangguh bayar RM67.5 juta - Sinarharian - 12/08 10:58 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Datin Seri Rosmah Mansor berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu untuk menangguhkan pembayaran RM67.46 juta berhubung kehilangan 43 barang kemas, kepada syarikat barang kemas, Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan.Pesuruhjaya Kehakiman, Marianne Antoinette Ghani, membenarkan permohonan Rosmah sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan isteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit, mendepositkan jumlah berkenaan ke akaun bersama yang dipegang kedua-dua pihak dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan.Menurutnya, arahan itu bertujuan melindungi hak syarikat berkenaan yang juga plaintif sekiranya Rosmah gagal dalam rayuannya, selain memastikan wang tersebut kekal di Malaysia.Beliau berkata, langkah itu juga membolehkan jumlah berkenaan dikembalikan kepada isteri bekas Perdana Menteri tersebut selaku defendan, sekiranya rayuannya berjaya."Mahkamah membenarkan penangguhan namun bersyarat, iaitu defendan perlu membayar jumlah penghakiman dan dimasukkan ke dalam akaun pihak-pihak bagi mengimbangi hak dengan sebaik-baiknya."Ini akan memastikan keterjaminan plaintif sebagai pihak yang berjaya dalam kes litigasi terdahulu selain mengelakkan prejudis yang disebabkan oleh penangguhan tanpa syarat jika rayuan ditolak."Isu itu juga dapat memastikan hak rayuan defendan tidak akan menjadi sia-sia sekiranya rayuannya dibenarkan, kerana dana penghakiman akan kekal dalam bidang kuasa dan oleh itu mudah diperoleh semula," katanya ketika menyampaikan keputusan dalam prosiding yang dibuat secara dalam talian, Zoom.Pada 10 Jun lalu, Rosmah diperintahkan membayar RM67.46 juta kepada syarikat berkenaan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan beliau bertanggungjawab terhadap kehilangan 43 barang kemas yang diterima secara konsainan pada 2018.Hakim, Datuk Quay Chew Soon, mendapati wujud kes prima facie bahawa Rosmah cuai kerana gagal memulangkan barang kemas tersebut kepada pemiliknya, selain tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah bagi memastikan keselamatannya.Sehubungan itu, mahkamah membenarkan tuntutan Global Royalty dan mengarahkan Rosmah membayar RM67,461,027.37, bersamaan AS$14.5 juta, dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan tersebut.Pada 29 Mac 2023, syarikat berkenaan memfailkan saman terhadap Rosmah dengan mendakwa beliau memberikan gambaran bahawa semua barang kemas terbabit, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, telah dirampas pihak berkuasa Malaysia di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Global Royalty mendakwa hanya satu daripada 44 barang kemas itu berada dalam simpanan polis, manakala baki 43 lagi tidak pernah direkodkan sebagai berada dalam jagaan pihak berkuasa.Syarikat itu turut mendakwa Rosmah cuba meletakkan tanggungjawab kehilangan tersebut kepada Kerajaan Malaysia, sedangkan barang kemas berkenaan sebenarnya tidak dapat dikesan.





AKAR 2026 perkasa pendidikan, kreativiti 482 murid Pulau Pinang - Sinarharian - 12/08 10:55 am

TASEK GELUGOR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan sumbangan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) berjumlah RM48,200 kepada 482 murid di Pulau Pinang.Pengerusi PTPTN, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, sumbangan disampaikan melalui program Jelajah Anugerah Kreatif Aspirasi Reka (AKAR) 2026 bertujuan memperkasa pendidikan dan pembangunan modal insan menerusi kerjasama strategik pelbagai pihak.Menurutnya, lima buah sekolah terpilih membabitkan 482 murid keseluruhan di negeri itu termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Mahat, SK Pengkalan Jaya, SK Tasek Gelugor, SK Lahar Yooi dan SK Sungai Gelugor bermula 6 hingga 8 Ogos."Setiap murid menerima RM100 dalam bentuk akaun Simpan SSPN sebagai galakan memulakan amalan menabung dan persediaan awal kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi pada masa depan."Ia menjadi platform strategik dalam mencungkil bakat dan kreativiti murid, memperkukuh literasi kewangan serta membudayakan amalan menabung sejak usia muda melalui akaun Simpan SSPN," katanya.Beliau berkata demikian ketika hadir ke Siri Jelajah AKAR 2026 di Sekolah Kebangsaan Lahar Yooi di sini pada Sabtu.Hadir sama Presiden Lembaga Pemegang Amanah Yayasan KRU, Datuk Norman Abdul Halim; Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Pulau Pinang, Muhammad Muhsin Abdul Rahman.Menurut Norliza, PTPTN turut menyampaikan hadiah pertandingan mewarna sempena bulan kebangsaan yang dikreditkan ke dalam akaun Simpan SSPN Prime bagi setiap pemenang.Sementara itu, Norman berkata Program AKAR 2026 dilaksanakan Yayasan KRU dengan kerjasama PTPTN, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bertujuan mengasah bakat dan kreativiti generasi muda seiring perkembangan teknologi dan kecerdasan buatan (AI)."Insya-ALLAH tahun hadapan, kita akan laksanakan AKAR 2027 dengan menawarkan pertandingan menghasilkan lagu, penerbitan video, filem pendek, animasi dan sebagainya."Walaupun penggunaan AI boleh memerlukan kreativiti, jadi pertandingan AKAR ini adalah asas untuk mencari bakat baru," katanya.Difahamkan, Jelajah AKAR 2026 merupakan inisiatif berskala nasional bermula 13 Julai hingga 25 September 2026 melibatkan 40 sekolah seluruh negara.Terdahulu, siri jelajah tersebut telah diadakan di Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Selangor, Pahang, Perlis dan Kedah.





Rosmah diberi sebulan bayar RM67.46j ke akaun pemegang taruh - Mkini - 12/08 10:44 am

Jun lalu dia diperintahkan buat bayaran atas kegagalan pulangkan 43 barang kemas milik syarikat terbabit





Radzi cadang tubuh badan khas pantau institusi urus dana rakyat - Mygazette - 12/08 8:16 am

"Ini bagi memastikan kita dapat menyelesaikan kelompongan dalam kewangan Tabung Haji ini sekali dan untuk selama-lamanya. "Daripada situ, kita kukuhkan tadbir urus Tabung Haji dan Insyaallah Tabung Haji dapat bergerak ke hadapan dengan lebih kemas dan tersusun, katanya





Jual emas, dapat tunai segera - Utusan - 12/08 8:09 am

KANGAR: Keperluan mendapatkan wang tunai segera mendorong sebahagian pemilik untuk menjual barangan kemas mereka bagi meringankan beban ditanggung





Naik bas empat jam, janda muda ditangkap khalwat dengan duda di... - Mygazette - 11/08 8:13 am

Pemeriksaan lanjut turut menemukan beg serta pakaian wanita berkenaan di dalam almari, dipercayai dibawa bersama selepas menempuh perjalanan jauh dari Melaka. Keadaan bilik ketika diperiksa juga agak kemas dengan katil masih tersusun, manakala penghawa dingin ditetapkan pada suhu 20 darjah Celsius dan televisyen sedang dipasang





Motosikal Cfmoto Naik Taraf 500sr Voom Di China – 83hp Dengan .. - Mekanika - 11/08 8:13 am

# CFMOTO NAIK TARAF 500SR VOOM DI CHINA - 83HP DENGAN RAM-AIR, 39NM **CFMOTO telah melaksanakan beberapa kemas kini terhadap 500SR VOOM di China termasuk memperkenalkan pilihan warna baharu.** Bagi tahun 2026, 500SR VOOM kini didatangkan dengan pilihan warna Bacheta Red dan Deep Space Grey menggantikan warna Zephyr Blue dan Nebula White





Malaysia sambar tiket final Piala Raja Thai - Sinarharian - 10/08 11:41 pm

SKUAD sepak takraw negara mara ke final Piala Raja Thai 2026 selepas menundukkan Indonesia 2-0 pada separuh akhir acara regu berpasukan lelaki di Fashion Island Mall, Bangkok di sini, malam ini.Kemenangan itu melengkapkan rentak sempurna Malaysia selepas terlebih dahulu menewaskan Vietnam 2-1, sekali gus mengesahkan pertemuan dengan Indonesia bagi perebutan tiket ke final.Berbekalkan momentum berkenaan, skuad negara tampil kemas untuk menamatkan cabaran Indonesia menerusi dua kemenangan berturut-turut, tanpa perlu menurunkan regu ketiga.Regu pertama yang dibarisi Zarif Marican Ibrahim, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Kamarul Ezzad Kamarul Imran membuka tirai dengan kemenangan 15-13, 15-9.Regu negara kemudian terus menekan apabila regu kedua yang menampilkan Muhammad Haziq Hairul Nizam, Hafizul Hayazi Adnan dan Zuleffendi Sumari menundukkan lawan 15-10, 15-8 untuk mengesahkan kemenangan 2-0.Kemenangan itu membawa Malaysia ke perlawanan akhir untuk berdepan tuan rumah Thailand, sekali gus membuka peluang skuad negara memburu kejuaraan pada edisi ke-39 kejohanan berprestij berkenaan.Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung jam 2 petang, esok.





Aplikasi Iman Pro Kini Telah Dimuat-Turun Lebih 1 Juta Kali - Amanz - 10/08 7:40 pm

Setelah dibangunkan secara berseorangan sejak 14 tahun yang lepas, kini aplikasi Iman Pro mencatatkan angka muat-turun melangkaui lebih 1 juta kali. Menariknya mengenai aplikasi ini adalah penawaran antaramuka yang kemas […]





Janda sanggup naik bas empat jam jumpa duda, ditangkap khalwat di hotel - Sinarharian - 10/08 5:20 pm

KLUANG- Seorang wanita sanggup menghabiskan masa kira-kira empat jam menaiki bas ekspres dari Melaka ke Kluang demi bertemu seorang duda, namun pertemuan itu berakhir apabila mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di sini petang Ahad.Wanita berusia 20-an berstatus janda itu dikatakan tiba di Kluang kira-kira jam 6 petang sebelum terus menuju ke hotel untuk bertemu lelaki berusia 30-an yang dikenalinya.Menurut Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), lelaki terbabit yang juga duda anak empat dan bekerja di Kluang sudah terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan dengan menaiki motosikal."Penguat kuasa menjalankan pemeriksaan kira-kira jam 6.40 petang dengan mengetuk pintu bilik sebelum lelaki terbabit membukanya kira-kira lima minit kemudian."Dia memakai baju-T dan seluar panjang sebelum pemeriksaan diteruskan di dalam bilik."Seorang wanita turut ditemukan sedang duduk di atas katil dan berpakaian lengkap," katanya dalam muat naik di Facebook.Jelas JAINJ, kedua-duanya mengaku tidak mempunyai hubungan pernikahan dan memberi alasan hanya bertemu untuk berbual serta berbincang."Apabila ditanya tujuan wanita itu datang dari Melaka, dia memberitahu mahu bertemu lelaki terbabit untuk berbincang."Namun apabila ditanya apa yang dilakukan dalam bilik, kedua-duanya mendakwa hanya berbual dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang melibatkan sentuhan," katanya.Pemeriksaan lanjut turut menemukan beg serta pakaian wanita berkenaan di dalam almari, dipercayai dibawa bersama selepas menempuh perjalanan jauh dari Melaka."Keadaan bilik ketika diperiksa juga agak kemas dengan katil masih tersusun, manakala penghawa dingin ditetapkan pada suhu 20 darjah Celsius dan televisyen sedang dipasang."Pasangan terbabit turut memaklumkan mereka mempunyai hasrat untuk berkahwin," katanya.Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah.





Cuaca Panas: Tiga Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga - Siakapkeli - 10/08 5:00 pm

Cuaca Panas: Tiga Kawasan Pada Tahap Berjaga-Jaga Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan kemas





MATRADE pelawa syarikat tempatan sertai INSP MIHAS 2026 - Sinarharian - 10/08 4:20 pm

KUALA LUMPUR Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat tempatan merebut peluang memperluaskan pasaran antarabangsa dengan mendaftar bagi menyertai International Sourcing Programme (INSP) MIHAS 2026 yang akan berlangsung sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) edisi ke-22 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 23 hingga 26 September depan.Program berkenaan dijangka menerima sambutan menggalakkan apabila lebih 500 pembeli antarabangsa dari 55 pasaran antarabangsa telah mengesahkan penyertaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan MIHAS sebagai antara platform perdagangan halal terbesar dan paling berpengaruh di peringkat global.Kejayaan itu dibina atas pencapaian memberangsangkan INSP MIHAS 2025 yang merekodkan nilai jualan sebanyak RM3.63 bilion, sekali gus menjadi pemangkin kepada peningkatan minat pembeli antarabangsa pada penganjuran tahun ini. INSP MIHAS 2026 merangkumi pelbagai kategori produk dan perkhidmatan termasuk hasil pertanian, pakaian dan aksesori, minuman, pendidikan, tekstil, kasut, francais, cenderamata dan barang kemas, sarung tangan, perkhidmatan kewangan Islam, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), logistik, mesin dan peralatan, pembungkusan, produk berasaskan sawit, produk haiwan peliharaan, farmaseutikal, kelengkapan penjagaan diri dan kosmetik serta makanan sedia dimakan.Selain sektor makanan dan minuman halal yang menjadi tunjang utama, edisi kali ini turut menyaksikan peningkatan minat terhadap sektor perkhidmatan, mencerminkan perkembangan ekosistem industri halal global yang semakin pelbagai





Fon Kepala Sony WH-1000XM4 Mungkin Dilancarkan Semula - Amanz - 10/08 4:09 pm

Hanya prestasi bateri dan rekaannya sahaja ketinggalan jika dibandingkan dengan XM5, XM6 dan 1000X. Tetapi muncul laporan Sony akan melancarkan semula XM4 dengan beberapa kemas kini





Polis buru empat suspek samun rumah di Sungai Buloh - Mygazette - 10/08 8:13 am

# Polis buru empat suspek samun rumah di Sungai Buloh KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan kira-kira empat suspek bertopeng dipercayai terlibat dalam kejadian pecah rumah di sebuah kediaman di Sungai Buloh, hari ini. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kerugian barangan kemas serta kehilangan beberapa doumen penting





Empat suspek bertopeng pecah rumah, barang kemas lesap - Kosmo - 9/08 9:17 pm

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian tersebut. Mangsa mengalami kerugian membabitkan barangan kemas selain kehilangan beberapa dokumen penting





Gol Pavithran bawa Harimau Malaya ke separuh akhir Piala ASEAN 2026 - Sinarharian - 8/08 11:31 pm

SKUAD Harimau Malaya mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Kejuaraan Piala ASEAN 2026 selepas menewaskan Filipina 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cherasmalam ini.Turun dengan misi wajib menang, barisan kendalian ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe mempamerkan aksi bertenaga, disuntik sorakan padu penyokong berbaju hitam kuning yang membanjiri stadium berkapasiti 18,000 penonton itu.Sorakan penyokong tuan rumah bergema pada minit ke-16 apabila hantaran Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal ke dalam kotak penalti disambut tandukan kemas G Pavithran untuk meletakkan Malaysia di depan 1-0.Jaringan itu menyuntik semangat Harimau Malaya untuk terus menguasai permainan, manakala skuad kendalian Carles Cuadrat cuba meningkatkan tekanan bagi memburu gol penyamaan, namun gagal menembusi benteng tuan rumah sehingga tamat babak pertama.Memasuki babak kedua, Filipina tampil lebih agresif dalam usaha menyamakan kedudukan, namun benteng pertahanan Harimau Malaya yang diketuai kapten Paulo Josue kekal kental untuk mengekang setiap asakan lawan.Pavithran hampir menggandakan kelebihan Malaysia pada minit ke-85, namun gagal menyudahkan hantaran leret rakan sepasukan di hadapan gawang selepas gerakannya disekat pertahanan Filipina, Jaime Rosquillo.Keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan Malaysia mengumpul sembilan mata untuk menamatkan saingan Kumpulan B di tempat kedua dan mengesahkan tiket ke separuh akhir bersama juara kumpulan Thailand yang mengumpul 12 mata.Terdahulu, skuad Gajah Perang menewaskan Myanmar 2-0 dalam satu lagi aksi Kumpulan B.Malaysia seterusnya bakal berdepan juara bertahan Vietnam, yang muncul juara Kumpulan A, dalam aksi separuh akhir secara timbal balik yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 19 Ogos ini.- Bernama





Spyshot: Ferrari Purosangue dikesan sedang diuji, varian PHEV? - Careta - 8/08 7:52 am

Walaupun model itu masih mengekalkan bentuk asas Purosangue, penggunaan penyamaran menyeluruh memberi bayangan bahawa Ferrari bukan sekadar melakukan kemas kini kosmetik, perubahan terbesar dipercayai melibatkan aspek mekanikal, khususnya sistem rangkaian kuasa





Kenakan caj RM700, sindiket 'Flying Pasport' tumpas - Sinarharian - 7/08 7:38 pm

JOHOR BAHRU - Taktik mengumpulkan pasport warga asing bagi mewujudkan rekod pergerakan palsu tanpa kehadiran fizikal pemilik dokumen berjaya dibongkar menerusi Op Crack di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah pada Khamis.Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi bermula jam 10 pagi yang dijalankan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bersama JIM Johor itu turut menahan tiga suspek berusia antara 33 hingga 41 tahun.Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil tindakan susulan JIM berdasarkan perkembangan siasatan Op Crack yang dilaksanakan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini."Siasatan mendapati sindiket berkenaan mengumpulkan pasport milik warga asing tanpa memerlukan kehadiran fizikal pemilik dokumen di pintu masuk negara."Salinan muka hadapan pasport kemudian dihantar oleh ejen sindiket menerusi aplikasi WhatsApp kepada individu yang bersekongkol dengan sindiket untuk diimbas bagi mewujudkan rekod pergerakan palsu dalam sistem JIM," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, sindiket itu mengenakan bayaran sebanyak RM700 bagi setiap pasport warga asing yang menggunakan perkhidmatan tersebut."Pasukan operasi turut menyita telefon bimbit, kunci premis, barang kemas, cap keselamatan imigresen serta wang tunai berjumlah RM20,000."Kesemua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(h) Akta Pasport 1966 sebelum dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut," katanya.Menurutnya, JIM akan meneruskan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti rangkaian sindiket terbabit."Tindakan tegas akan diambil bagi membanteras sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara demi memastikan kestabilan dan kemakmuran negara sentiasa terpelihara," katanya.





TH teliti cadangan NGO mengenai RCI - Sinarharian - 7/08 6:23 pm

SHAH ALAM [KEMAS KINI] Lembaga Tabung Haji (TH) akan meneliti segala pandangan dan cadangan yang dikemukakan badan bukan kerajaan (NGO) menerusi memorandum yang diserahkan pada Himpunan Aman Solidariti Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) TH.TH menerusi kenyataan pada Jumaat memaklumkan, pihaknya menghargai tindakan itu kerana ia mencerminkan keprihatinan masyarakat dalam mendukung institusi haji negara serta memelihara kemaslahatan ummah."Kesemua pandangan dan cadangan yang disampaikan akan diteliti oleh pengurusan TH bagi membantu organisasi mencapai hasrat melaksanakan penambahbaikan berterusan untuk kesejahteraan lebih 9.8 juta pendeposit."TH juga menyokong tindakan tegas kerajaan dalam mengambil tindakan sewajarnya berhubung hasil dapatan RCI," menurut kenyataan itu.Dalam pada itu TH memaklumkan, pihaknya telah melaksanakan lebih 75 peratus daripada syor-syor RCI dan terus giat melaksanakan baki penambahbaikan secara keseluruhan.Menurut TH, usaha pemulihan yang dilaksanakan secara berterusan sejak lapan tahun lalu telah membolehkan kedudukan institusi itu semakin mengukuh."Hasilnya juga dapat dilihat dengan kedudukan TH hari ini jauh lebih kukuh berbanding tahun 2018 atas usaha pemulihan berterusan," ujarnya.Terdahulu, Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam menyerahkan memorandum kepada TH dengan mengemukakan 10 tuntutan susulan Laporan RCI berkaitan pengurusan dan operasi institusi berkenaan pada Jumaat.Memorandum itu diserahkan HIKAM yang terdiri daripada Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan gabungan pelbagai NGO Islam.Menerusi kenyataan mereka berkata, memorandum itu dikemukakan sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuhkan TH melalui tatakelola yang penuh integriti, telus dan bertanggungjawab.Menurutnya, usaha tersebut bagi mengembalikan TH mengikut Akta Tabung Haji serta mengutamakan pelaburan dan kebajikan bakal tetamu ALLAH."Antara tuntutan dikemukakan ialah tindakan undang-undang yang segera, tegas dan telus terhadap sebarang salah guna kuasa, pecah amanah, rasuah, penyelewengan, kecuaian atau pelanggaran tatakelola."Kami juga menuntut pemulangan kerugian, aset dan manfaat yang disalahgunakan, selain menyeru supaya isu RCI dan TH tidak dipolitikkan," katanya.Selain itu, mereka menggesa reformasi tatakelola Kerajaan Madani diteruskan, termasuk melalui sistem semak dan imbang, audit bebas, pengawasan Parlimen dan pemantauan berkala terhadap kedudukan kewangan, pelaburan serta operasi TH.Mereka turut memohon semakan menyeluruh terhadap Akta Tabung Haji 1995 dan peraturan berkaitan, selain menjamin kebebasan profesional serta pelantikan anggota lembaga pengarah, pengurusan tertinggi dan pegawai utama berdasarkan merit."Kerajaan dan TH diminta menyediakan pelan tindakan rasmi bagi melaksanakan syor RCI secara terbuka dan berjadual serta menerbitkan laporan kemajuan secara berkala kepada pendeposit dan masyarakat."Kami turut menuntut mekanisme integriti, audit dan perlindungan pemberi maklumat diperkukuhkan serta kepimpinan TH meneruskan tugas dengan penuh amanah dan kewibawaan," katanya.Ujarnya, sebagai tuntutan terakhir, mereka mahu prinsip keadilan ditegakkan dalam semua tindakan susulan laporan RCI serta TH dipelihara sebagai institusi strategik umat Islam.Mereka menegaskan sebarang reformasi besar terhadap struktur, undang-undang atau mandat TH hendaklah melibatkan rundingan dengan ulama, pakar Syariah, ahli ekonomi, pakar kewangan Islam, pendeposit dan pertubuhan masyarakat Islam.





Exco Negeri Sembilan: Spekulasi terjawab, tiada wakil PH atau Bersatu - Ahmad Maslan - Sinarharian - 7/08 5:01 pm

PONTIAN - [KEMAS KINI] Spekulasi kemungkinan wakil Pakatan Harapan (PH) atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menganggotai barisan Exco Kerajaan Negeri Sembilan akhirnya terjawab pada Jumaat.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman berkenaan sekali gus menamatkan segala dakwaan sebelum ini berhubung kemungkinan wujud wakil PH atau Bersatu dalam barisan Exco negeri.Timbalan Menteri Kerja Raya itu berkata, dari sudut logik politik, pelantikan wakil PH atau Bersatu sebagai Exco Negeri Sembilan tidak sepatutnya berlaku kerana kedua-dua parti itu merupakan lawan BN ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor."Apabila senarai sudah dikeluarkan, tamatlah segala tuduhan sebelum ini yang mengatakan ada Exco daripada PH atau Bersatu."Dari segi logik politik, perkara itu memang tidak boleh berlaku kerana ketika kita mengadakan pilihan raya, PH adalah lawan dan bukan kawan," katanya ketika program ziarah di Kampung Parit Keroma Laut di sini pada Jumaat.Sebelum itu, seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) rasmi mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Balairung Seri Istana Besar Seri Menanti.Barisan Exco penggal baharu ini mencuri tumpuan ramai ekoran pelantikan dua ADUN PN iaitu Mohd Fairuz Mohd Isa (Adun Serting) yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan dan Datuk Razali Abu Samah (ADUN Sikamat).Pelantikan itu sekali gus mengesahkan pembentukan kerajaan BN-PN buat julung kalinya di Negeri Sembilan.Dalam perkembangan sama, Ahmad berkata Datuk Seri Jalaludin Alias yang juga Ahli Parlimen Jelebu dan ADUN Pertang meminta supaya namanya tidak disenaraikan sebagai Exco.Katanya, kedudukan Jalaludin yang juga Ahli Parlimen serta pengalaman sebagai bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan mungkin membuka peluang untuk dirinya kembali berkhidmat di peringkat Pusat."Manalah tahu selepas ini beliau ada rezeki di Pusat kerana beliau bekas Timbalan Menteri."Saya cuma menyebut kebarangkalian





Ulasan Samsung Galaxy Z Flip8 Peranti Lipat Kecil Terakhir? - Amanz - 7/08 4:07 pm

Dengan harga mencapai RM6,000, Samsung Galaxy Z Flip8 hadir sebagai telefon lipat katup premium dengan rekaan lebih kemas serta engsel yang dipertingkatkan untuk memberikan pengalaman melipat lebih meyakinkan berbanding generasi terdahulu





Sindiket Flying Pasport tumpas, tiga individu ditahan JIM - Mygazette - 7/08 3:30 pm

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kejayaan itu hasil tindakan susulan JIM berdasarkan perkembangan siasatan Op Crack yang dijalankan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini. Dalam operasi tersebut, pasukan penguat kuasa turut menyita beberapa barangan termasuk telefon bimbit, kunci premis, barang kemas, cap keselamatan imigresen serta wang tunai RM20,000





Abang Kantin All Out Sediakan Menu RMT Penuh Nutrisi, Kemas Dalam Bekas Bertutup Curi Perhatian! - Siraplimau - 7/08 11:51 am

Makanan tersebut turut dibungkus menggunakan bekas bertutup bagi memastikan kebersihan dan memudahkan proses agihan kepada murid. Baca juga: Tak Berkedut Langsung!- Tudung Tertinggal Di Rumah, Suami Jadi Tukang Hantar Selamatkan Isteri Sebelum Masuk Pejabat MENU […] The post Abang Kantin All Out Sediakan Menu RMT Penuh Nutrisi, Kemas Dalam Bekas Bertutup Curi Perhatian! first appeared on SirapLimau.com .





Jolok kelapa guna galah besi punca tiga polis maut terkena renjatan elektrik - Sinarharian - 6/08 8:37 pm

BEAUFORT - [KEMAS KINI] Cubaan menjolok buah kelapa menggunakan galah jenis besi dipercayai punca tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrik di Kampung Weston di sini pada petang Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, kesemua anggota polis bertugas di Balai Polis Weston dikenali sebagai Chiu Teck Siong, 40; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26, disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang.ARTIKEL BERKAITAN:Tiga anggota polis maut terkena renjatan elektrikKatanya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dalam perjalanan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 28 kilometer."Menurut maklumat awal terdapat tiga mangsa merupakan anggota polis terkena renjatan elektrik di lokasi kejadian."Menurut saksi, mangsa menjolok buah kelapa menggunakan penjolok besi dan terkena kabel elektrik."Orang awam yang berada di lokasi bertindak melakukan pemadaman menggunakan dua alat pemadam api jenis serbuk sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Katanya lagi, pasukan bomba kemudian bertindak memasang sawar-sawar dan mengambil maklumat di lokasi kejadian."Pasukan Sabah Electricity berjaya memotong bekalan elektrik di kawasan kejadian dan pasukan bomba serta polis segera mengangkat mangsa."Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.Mohd Pisar berkata, operasi ditamatkan selepas memastikan tiada lagi bahaya di lokasi tersebut.





Baju Tak Bersepah Lagi! Ini 5 ‘Rule’ Kemas Almari Anak Supaya Senang Nak Ambil - Siraplimau - 6/08 6:43 pm

Mak-mak mesti selalu pusing kepala bila tengok almari baju anak, kan? Pagi tadi baru je susun kemas, bila petang atau bila anak nak cari baju kegemaran dia, terus bertukar jadi “tongkang pecah”





Huawei MateBook Fold 2026 Dilancarkan Dengan Cip Lebih Berkuasa - Amanz - 6/08 4:35 pm

Huawei MateBook Fold 2026dilancarkan di China dengan ia adalah kemas kini untuk Huawei MateBook Fold ULTIMATE DESIGN yang dilancarkan tahun lalu





Yuran RM100 Sahaja, 132 Kelas Baharu Tabika Tunas Istimewa Bakal Dibuka Menjelang 2027 - Siraplimau - 6/08 4:14 pm

Kerajaan akan membuka sebanyak 132 kelas baharu Tabika Tunas Istimewa di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) menjelang tahun 2027 bagi memperluaskan akses pendidikan awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh negara





132 kelas baharu Tabika Tunas Istimewa, yuran RM100 - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/08 12:42 am

PUTRAJAYA Sebanyak 132 kelas baharu Tabika Tunas Istimewa di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan dibuka menerusi pembukaan kelas baharu dan kerja-kerja baik pulih bangunan menjelang tahun 2027.Berucap di Perhimpunan Bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu bagi memperluaskan akses pendidikan awal kepada kanak-kanak berkeperluan khas di seluruh negara."Daripada 19 kelas yang sedang beroperasi, KEMAS akan menyediakan sehingga 132 kelas tambahan melalui pembukaan serta baik pulih bangunan."Dengan yuran yang ditetapkan pada kadar RM100, kita mahu perkhidmatan ini terus mampu diakses oleh keluarga."Sasaran kita jelas, iaitu sekurang-kurangnya satu Tabika Tunas Istimewa di setiap daerah menjelang tahun 2027," katanya di sini pada Khamis.Ahmad Zahid yang Menteri KKDW berkata, peluasan Tabika Tunas Istimewa itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan kanak-kanak berkeperluan khas, khususnya di kawasan luar bandar, memperoleh akses kepada pendidikan awal yang berkualiti pada kos yang mampu ditanggung oleh keluarga.Beliau berkata, usaha berkenaan merupakan antara inisiatif yang diputuskan menerusi siri pemukiman, bengkel dan sesi libat urus yang diadakan kementerian bagi memastikan setiap idea dapat diterjemahkan kepada tindakan berimpak tinggi kepada rakyat.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, KKDW turut memberi penekanan kepada pendekatan "engagement before decision", iaitu mendengar pandangan, memahami keperluan serta menyelesaikan sesuatu isu sebelum sesuatu keputusan dilaksanakan.Katanya, pendekatan itu penting bagi memastikan setiap dasar dan program yang diperkenalkan benar-benar memenuhi keperluan rakyat serta memberi impak yang menyeluruh kepada masyarakat desa."Pendekatan saya sentiasa jelas





'Agihan kerusi BN-PN perlu berpaksi realiti politik semasa di Kedah' - Shaiful Hazizy - Sinarharian - 6/08 8:00 am

ALOR SETAR - [KEMAS KINI] Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah lalu tidak seharusnya dijadikan sandaran terhadap formula agihan kerusi antara gabungan persefahaman Barisan Nasional (BN)- Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRN akan datang.Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpendapat, formula agihan kerusi tersebut sebaliknya perlu dinilai berdasarkan keadaan dan realiti semasa politik negeri itu.Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok menjelaskan, ia disebabkan perubahan pantas sentimen politik yang berlaku di mana keputusan PRN lalu tidak seharusnya dijadikan asas perbincangan pengagihan kerusi."Kedua-dua pihak harus berlapang dada menilai dan mengkaji sentimen politik selepas momentum PRN Johor dan Negeri Sembilan





Barang kemas RM67.5 juta hilang, Rosmah enggan bayar ganti rugi - Mkini - 5/08 3:56 pm

Permohonan itu selepas mahkamah putuskan Rosmah bertanggungjawab terhadap kehilangan 43 utas barang kemas milik Global Royalty.





43 barang kemas: Permohonan Rosmah tangguh bayar RM67.5 juta 12 Ogos - Sinarharian - 5/08 2:33 pm

KUALA LUMPUR - Keputusan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk menangguhkan pembayaran RM67.5 juta kepada syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL yang berpangkalan di Lubnan berhubung kehilangan 43 barang kemas ditetapkan di Mahkamah Tinggi di sini pada 12 Ogos.Pesuruhjaya Kehakiman, Marianne Antoinette Ghani menetapkan tarikh itu selepas peguam, M Reza Rahim yang mewakili Rosmah dan peguam, R Venothani hadir bagi pihak Global Royalty, berhujah dalam prosiding yang dijalankan secara dalam talian menerusi Zoom.Semasa prosiding, Marianne berkata, mahkamah cenderung untuk menangguhkan penghakiman dalam perkara tersebut."Kita boleh tetapkan tarikh lain dalam masa seminggu," katanya sebelum menetapkan tarikh berkenaan.Pada 10 Jun lalu, Rosmah diperintahkan membayar jutaan ringgit kepada syarikat barang kemas berkenaan selepas Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa beliau bertanggungjawab terhadap kehilangan 43 barang kemas yang diterima secara konsainan pada 2018.Hakim, Datuk Quay Chew Soon berkata, wujud kes prima facie bahawa Rosmah cuai kerana gagal memulangkan barang kemas berkenaan kepada pemiliknya selain tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai pemegang amanah untuk memastikan keselamatan barang tersebut.Sehubungan itu, mahkamah membenarkan tuntutan syarikat berpangkalan di Lubnan itu dan mengarahkan Rosmah membayar RM67,461,027.37 bersamaan AS$14.5 juta dalam tempoh sebulan bermula tarikh berkenaan.Semasa hujahan, Reza berkata, terdapat keadaan khas yang mewajarkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu rayuan.Menurutnya, tiada keperluan untuk jumlah penghakiman dibayar ke akaun pihak berkepentingan.Beliau berkata, Global Royalty merupakan entiti asing yang berpangkalan di Lubnan, yang tidak disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Penguatkuasaan Penghakiman Timbal Balik 1958 (REJA)."Anak guamnya meragui akan memperoleh semula wang itu daripada Global Royalty jika rayuannya kelak, berjaya."Syarikat berkenaan selaku plaintif mengendalikan perniagaannya di luar negara maka tiada cara yang mungkin untuk kami menyemak kedudukan kewangan mereka," katanya.Sementara itu, Venothani berhujah bahawa Rosmah selaku defendan gagal membuktikan keadaan khas yang mewajarkan penangguhan pelaksanaan itu."Tiada bukti bahawa syarikat itu muflis, tidak dapat membayar balik jumlah penghakiman jika rayuan berjaya."Defendan tidak mengemukakan sebarang bukti bahawa plaintif tidak akan dapat atau tidak mahu membayar balik jumlah penghakiman," katanya.Pada 29 Mac 2023, plaintif memfailkan saman terhadap Rosmah dengan mendakwa beliau memberikan gambaran bahawa semua barang kemas terbabit, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara, telah dirampas pihak berkuasa Malaysia di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.Syarikat itu mendakwa hanya satu daripada 44 barang kemas berkenaan berada dalam simpanan polis manakala baki 43 lagi tidak pernah direkodkan berada dalam jagaan pihak berkuasa.Global Royalty turut mendakwa Rosmah cuba meletakkan tanggungjawab kehilangan tersebut kepada Kerajaan Malaysia sedangkan barang kemas berkenaan sebenarnya tidak dapat dikesan.





Rosmah mohon tangguh bayar USD14.6 juta kepada syarikat barang kemas Lubnan - FMT - 5/08 12:20 am

Peguam Reza Rahim berkata isteri bekas perdana menteri itu meragui boleh mendapatkan semula wang itu daripada Global Royalty Trading SAL, jika rayuannya berjaya.





Setup Workstation Nampak Macam Pinterest? Ini 5 Barang Bawah RM50, Meja Terus Kemas & Aesthetic! - Vocket - 4/08 7:15 pm

Kalau anda selalu singgah Pinterest atau TikTok, mesti pernah nampak video desk setup yang kemas, minimalis dan nampak begitu “clean“





Setup Workstation Nampak Macam Pinterest? Ini 5 Barang Bawah RM50, Meja Terus Kemas & Aesthetic! - Hotfm - 4/08 7:15 pm

Jadi, kalau anda nak upgrade setup workstation tanpa belanja besar?





Op Crack: SPRM tahan 5 lagi pegawai JIM bersubahat godam MyIMMs - Mygazette - 4/08 4:16 pm

Pada operasi tersebut seramai 12 individu telah direman yang terdiri daripada dua pengarah syarikat, tiga warga asing, empat pegawai JIM, dua pegawai Bahagian Teknologi Maklumat JIM dan seorang pegawai polis. Selain itu, SPRM turut menyita harta alih seperti wang tunai bernilai RM186,360; wang tunai Singapore dollar SGD 700 dan barangan kemas bernilai RM 15,700





Dua pelancong cedera dihempap runtuhan struktur bangunan warisan berusia 81 tahun - Sinarharian - 4/08 2:52 pm

GEORGE TOWN - [KEMAS KINI] Dua pelancong warga Sri Lanka cedera dalam kejadian runtuhan struktur bangunan di sebuah premis bangunan warisan di Lebuh Armenian di sini pada Selasa.Kejadian yang dilaporkan pada jam 1.11 petang itu melibatkan runtuhan batu dan kayu dari bahagian rasuk (beam) di tingkat sebuah bangunan Poh Thye Hoe yang berusia lebih 81 tahun.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lebuh Pantai bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan."Jentera tiba di lokasi pada jam 1.17 petang dan mendapati berlaku runtuhan batu serta kayu dari bahagian rasuk di tingkat satu bangunan."Kejadian itu melibatkan dua mangsa warga asing iaitu lelaki berusia 66 tahun dan wanita berusia 55 tahun yang dijadualkan pulang ke negara mereka pada esok




Reformasi     >>



Anwar defends himself, Nurul Izzah tells critics of .. - Mkini
PM says he has always maintained good ties with non-Malays.
Kroni     >>



5 negara Teluk marah Trump perang Iran belum tamat - Utusan
RIYADH: Kemarahan terhadap Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak di lima buah negara Teluk dengan Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Kuwait dan Bahrain kini mula mempersoalkan sama ada Washington masih boleh dipercayai untuk menjamin keselamatan rantau itu. Menurut media AS, rasa ..
Tabloid     >>



PERKESO perkenal MYFutureJobs Ambassador, Oyen jadi .. - Kosmo
MELAKA Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkenalkan MYFutureJobs Ambassador dalam kalangan mahasiswa bagi me ningkatkan kesedaran mengenai peluang kerjaya serta inisiatif MYFutureJobs. Pelancaran duta berkenaan turut memperkenalkan Oyen ..
Tech     >>



Samsung Galaxy Tab S12 series tablets now appear in .. - Gsmarena
The Samsung Galaxy Tab S12 series tablets were recently spotted on Bluetooth SIG's website, as they were Bluetooth-certified. Now those same tablets have appeared in Google Play Console's supported devices list. The Galaxy Tab S12 series consists of two tablets - the Galaxy Tab S12+ and the ..
World     >>



Erdogan says Hamas acted sincerely, criticises Israeli .. - Aljazeera
Erdogan said Hamas has shown all possible sincere solidarity, while Israel continues aggressive attacks on Gaza.
Motor Trend     >>



Motosikal Marshal Moto Xs250, Toughman 800n Lancar .. - Mekanika
# MARSHAL MOTO XS250, TOUGHMAN 800N LANCAR SEPTEMBER INI - DARI RM20K 0MZM Bikes selaku pengedar rasmi jenama seperti Hanway dan SENKE bakal memperluaskan portfolio di Malaysia dengan jenama Marshal Moto. MZM dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa Marshal Moto akan debut di Malaysia pada bulan ..