///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Kdn News   Page 1    



Status Shuhaily belum dimuktamadkan – KDN - Mygazette - 28/10 3:30 pm

KUALA LUMPUR Status perkhidmatan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) masih belum dimuktamadkan, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN)





Any decision on Mohd Shuhaily's position to be submitted to King after consultation with AGC - IGP - Sinardaily - 28/10 2:04 pm

SHAH ALAM - The position of Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain is being reviewed in consultation with the Attorney-Generals Chambers (AGC) before any decision is submitted to the Yang di-Pertuan Agong, said Inspector-General of Police Tan Sri Mohd Khalid Ismail.He said the matter had also been brought to the Police Force Commission after Mohd Shuhaily was charged in court with injuring two police personnel."His assignment at AKPS is for a two-year term, similar to a contract that requires the consent of the Yang di-Pertuan Agong, he told reporters after attending the 2026 National Conference on Bureaucratic Red Tape Reform here today, which was also attended by Chief Secretary to the Government Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Mohd Khalid said any proposal concerning a change to Mohd Shuhailys term of assignment or action against him must take into account the AGCs legal advice and obtain the consent of the Yang di-Pertuan Agong.He said the Royal Malaysia Police would be responsible for Mohd Shuhaily as he is a police officer seconded to serve at AKPS.As of now, Mohd Shuhaily remains in service at AKPS.Meanwhile, the Home Ministry (KDN) said the service matters of Mohd Shuhaily are still being finalised."KDN will ensure that the matter is handled in an orderly manner in accordance with the applicable rules and procedures, KDN said in a statement today.The ministry said it took note of and appreciated public views regarding the service matters of Mohd Shuhaily.The ministry also stressed that ensuring continuity of operations and the smooth execution of AKPS duties were among its priorities in managing the service matters of its officers.According to KDN, AKPS, which has entered its second year since its establishment, plays an important role in strengthening the management of the countrys border control and protection.In this regard, the ministry will continue to prioritise border security, the smooth flow of operations, protection of national revenue, as well as integrity and discipline."KDNs priority is to ensure that AKPS remains capable of carrying out its role optimally to safeguard the countrys security and sovereignty, the statement said.On Oct 21, Mohd Shuhaily pleaded not guilty at the Sepang Magistrates Court to two charges of voluntarily causing hurt to police personnel Faiz Saman and Ekmal Sofwan Dirman at Kuala Lumpur International Airport on Sept 28.The court set Nov 25 for mention of the case and the submission of documents





Urusan Perkhidmatan Mohd Shuhaily Sebagai KP AKPS Masih Dalam Proses Dimuktamadkan - KDN - Siakapkeli - 28/10 1:27 pm

Urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, masih dalam proses untuk dimuktamadkan...





Kedudukan Mohd Shuhaily dirujuk kepada AGC sebelum dipersembahkan kepada Agong - KPN - Sinarharian - 28/10 1:17 pm

SHAH ALAM - Kedudukan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain sedang diteliti dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelumkeputusan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, perkara itu turut dibangkitkan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan bagi tindakan selanjutnya."Penugasan beliau di AKPS adalah untuk tempoh dua tahun (dan)ia seperti kontrak yang memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada pemberita selepasPersidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026 di sini pada Rabu.Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Mohd Khalid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertanggungjawab terhadap Mohd Shuhaily kerana beliau ialah pegawai polis yang dipinjamkan untuk berkhidmat di AKPS.Setakat ini, Mohd Shuhaily masih berkhidmat di AKPS.Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi kenyataan memaklumkan urusan perkhidmatan Mohd Shuhailymasih dalam proses untuk dimuktamadkan bagi memastikan ia dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa.Kementerian itu juga menegaskan bahawa kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas AKPS menjadi antara keutamaan dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawainya.KDN memaklumkan AKPS yang baru memasuki tahun kedua penubuhannya memainkan peranan penting dalam memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara."Kementerian akan terus memberikan keutamaan kepada aspek keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin."Keutamaan KDN adalah untuk memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara," menurut kenyataan itu.Pada 21 Oktober, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah diMahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September





Urusan perkhidmatan Mohd Shuhaily sebagai KP AKPS akan dimuktamadkan - KDN - Sinarharian - 28/10 12:34 am

PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Urusan perkhidmatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang sebelum ini berdepan dengan dua pertuduhan di mahkamah sesyen, masih dalam proses untuk dimuktamadkan.Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil perhatian dan menghargai pandangan masyarakat berhubung urusan perkhidmatan pegawai berkenaan."KDN akan memastikan urusan tersebut dilaksanakan secara teratur mengikut peraturan dan tatacara yang berkuat kuasa," katanya pada Rabu.Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily didakwa atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan memohon untuk dibicarakan.Dalam pada itu, KDN menegaskan keutamaan kementerian adalah memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum bagi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara."Secara umumnya, penubuhan AKPS yang baru mencecah tahun kedua ini adalah untuk memperkukuh pengurusan kawalan dan perlindungan sempadan negara."Sebagai agensi penting yang berpegang teguh pada pengukuhan keselamatan sempadan, kelancaran urusan, perlindungan hasil negara serta integriti dan disiplin, keutamaan KDN adalah akan memastikan AKPS terus berupaya melaksanakan peranannya secara optimum demi menjamin keselamatan serta kedaulatan negara."Dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan pegawai, KDN turut memberikan perhatian kepada kesinambungan operasi dan kelancaran pelaksanaan tugas di AKPS," ujarnya.Kedudukan Mohd Shuhaily sebagai orang nombor satu agensi itu menjadi tanda tanya apabila beliau tidak hadir pada majlis Majlis Sambutan Hari Sambutan Ulang Tahun Ke-2 AKPS yang berlangsung di sebuah hotel, di Sepang baru- baru ini.Malah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang sepatutnya merasmikan sambutan itu diwakili Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr Awang Alik Jeman untuk menyempurnakan majlis berkenaan.





DPP asas kerajaan tentukan tindakan terhadap pelarian - KDN - Astroawani - 28/10 11:20 am

Program DPP menjadi asas kerajaan menentukan status pelarian, pemantauan, penghantaran pulang atau penempatan semula ke negara ketiga.





DPP asas kerajaan tentukan tindakan terhadap pelarian - KDN - Sinarharian - 28/10 11:16 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Pendaftaran dan penentuan status pelarian menerusi program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) menjadi asas untuk kerajaan menentukan tindakan bersesuaian termasuk penghantaran pulang apabila keadaan mengizinkan atau penempatan semula ke negara ketiga.Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkanmekanisme itu juga membolehkan kerajaan mengurus keberadaan sementara pelarian danmempertimbangkan akses kepada kemudahan yang dibenarkan berdasarkan status serta maklumat daripada proses pendaftaran.KDN memaklumkan DPP dilaksanakan secara berfasa sejak 1 Januari2026 bermula dengan individu di depot tahanan imigresen sebelum diperluas kepada individu dalam komunititermasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan mereka yang mendakwa diri sebagai pelarian atau pemohon suaka."Proses ini melibatkan pendaftaran maklumat peribadi, pengambilan data biometrik, semakan latar belakang, tapisan keselamatan dan penentuan status pelarian oleh kerajaan."Pemegang kad UNHCR tidak secara automatik diperakui sebagai pelarian oleh kerajaan hanya berdasarkan pemilikan kad itu, sebaliknya individu yang melepasi proses penentuan status dan tapisan keselamatan di bawah DPP sahaja akan diperakui," menurut KDNdalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.KDN menjawab soalan P Prabakaran (PH-Batu) mengenai langkah kerajaan dalam memastikan pemegang kad UNHCR di Malaysia dapat dikenal pasti, dipantau dan diurus secara berkesanselaras dengan undang-undang negara.KDN memaklumkanmaklumat menerusi program itu akan menjadi pangkalan data rasmi kerajaan bagi mengenal pasti identiti, status dan keberadaan golongan tersebut selain membolehkan pemantauan serta penyelarasan tindakan agensi berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih dan boleh disahkan.Kementerian itujuga menegaskanpelaksanaan DPP tidak memberikan kewarganegaraan, taraf pemastautin tetap atau hak untuk menetap secara kekal di Malaysia.Ia sebaliknya bertujuan memastikan pengenalpastian, pemantauan dan pengurusan pelarian serta pemohon suaka berada di bawah kawalan kerajaan.Dalam jawapan berasingan, KDN memaklumkan pemegang Kad DPP akan diberikan akses bersyarat kepada sektor pekerjaan formal bagi mengelakkan mereka terjerumus ke dalam ekonomi gelap (shadow economy)atau dieksploitasi sindiket.Kebenaran bekerja itu juga sebagai pengganti padakemasukan pekerja asing baharu dari luar negara, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 untuk mengurangkan kebergantungan ekonomi negara terhadap pekerja asing."Kemahiran dan pengalaman bekerja yang dimiliki pemegang DPP akan membuka peluang lebih baik untuk mendapat penempatan ke negara ketiga melalui laluan pelengkap (complementary pathway)," menurut kementerian itu menerusi jawapan kepada soalanV





2,097 pegawai, anggota polis ditangkap berkaitan dadah, samun dan rasuah sejak 2021 - Sinarharian - 28/10 10:54 am

KUALA LUMPUR - Sebanyak2,097 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditangkap berkaitan kesalahan dadah, samun dan rasuah bagi tempoh dari 2021 hingga Ogos 2026, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).Kementerian itu memaklumkan jumlah berkenaan merangkumi 1,551 orang bagi kesalahan dadah, 64 orang bagi kesalahan samun dan 482 orang yang ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Bagi kesalahan dadah, kesemua tangkapan dibuat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan 357 orang ditangkap pada 2021, diikuti 248 (2022), 245 (2023), 310 (2024), 256 (2025) dan 135 orang bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini."Bagi kesalahan samun pula, 10 orang ditangkap masing-masing pada2021, 2022,2025 dan lapan bulan pertama tahun ini, manakala 11 individu pada 2023 dan 13 orang pada 2024."Tangkapan warga PDRM oleh SPRM pula melibatkan 77 orang pada 2021, 86 orang (2022), 129 orang (2023), 53 orang (2024), 87 orang (2025) dan 50 orang bagi Januari hingga Ogos tahun ini," menurut KDN dalam jawapan bertulis di portal Parlimen.Kementerian itu menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai jumlah anggota polis yang ditangkap kerana kesalahan dadah, samun dan rasuah sejak 2021, sertastatus siasatan terhadap 12 anggota polis yang disyaki merompak kira-kira RM200,000 mata wang kripto daripada sekumpulan warga China di Country Heights, Kajang pada 5 Februari lepas.Berhubung status siasatan terhadap 12 anggota polis itu, KDN memaklumkan PDRM telah membuka kertas siasatan dan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan





Jenayah korporat: Tiada pegawai SPRM dipanggil bantu siasatan - KDN - Astroawani - 28/10 10:35 am

KDN memaklumkan tiada pegawai SPRM dikenal pasti terlibat dalam Op Viking setakat ini, dengan 70 individu dirakam keterangan dan aset bernilai ratusan juta ringgit disita.





Jenayah korporat: Tiada pegawai SPRM dipanggil bantu siasatan - KDN - Sinarharian - 28/10 10:34 am

KUALA LUMPUR - Tiada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikenal pasti terlibat atau dipanggil untuk membantu siasatan jenayah korporat menerusiOpViking setakat ini, menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).Kementerian itu memaklumkan perkara berkenaan berdasarkan latar belakang dan identiti saksi yang telah dipanggil untuk dirakam percakapan."Setakat 25 September lepas,70 individu telah dipanggil untuk dirakam keterangan





Corporate crime: No MACC officers identified in Op Viking probe so far - KDN - Sinardaily - 28/10 10:28 am

KUALA LUMPUR - No officers from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) have been identified as being involved in, or summoned to assist with, the corporate crime investigation under Op Viking so far, according to the Home Ministry (KDN).In a written reply posted on the Parliament portal, the ministry said this was based on the backgrounds and identities of witnesses whose statements had been recorded."As of Sept 25, 70 individuals had been summoned to have their statements recorded





ANALISIS SG4 sasar KDNK RM723 bilon, tetapi prestasi empat negeri belum cecah pertumbuhan 7 peratus - Harapandaily - 27/10 12:09 am

Pengerusi SG4 Group... The post ANALISIS SG4 sasar KDNK RM723 bilon, tetapi prestasi empat negeri belum cecah pertumbuhan 7 peratus appeared first on Harapan Daily .





Kalkulator sudah sampai 2050, projek masih di papan render - Mypress - 27/10 11:44 am

ANGKA RM723.75 bilion menjelang 2050 memang menarik perhatian. Daripada KDNK gabungan sekitar RM133.4 bilion pada 2025, empat negeri





Dari tiga terbawah, Pahang kini catat KDNK keempat terbaik negara - Sinarharian - 26/10 11:36 pm

KUALA LIPIS - Pahang melonjak daripada kelompok tiga negeri terbawah kepada kedudukan keempat terbaik negara dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekali gus membuktikan keupayaan negeri itu memacu pertumbuhan ekonomi.Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pencapaian itu menunjukkan perkembangan positif ekonomi negeri yang turut didorong peningkatan aktiviti ekonomi, kehadiran pelancong dan kemasukan pelabur setiap tahun.Menurutnya, kedudukan Pahang kini berada di belakang Pulau Pinang, Selangor dan Johor, dengan pertumbuhan KDNK negeri itu sebanyak 5.3 peratus, mengatasi paras nasional 5.1 peratus."Semua negeri di Malaysia ini, Negeri Pahang menduduki tempat yang keempat teratas





SG4 mahu formula agihan pembangunan lebih adil - Sinarharian - 26/10 10:11 pm

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu memperkukuh kerjasama bagi memastikan agihan peruntukan pembangunan lebih telus, konsisten dan tidak dipengaruhi sentimen politik.Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan setiap negeri mempunyai peluang yang adil untuk menikmati manfaat pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.Beliau berkata, satu Formula Penyamaan Fiskal dan Pembangunan Antara Negeri dicadangkan bagi memastikan peruntukan pembangunan dilaksanakan secara lebih saksama.Menurutnya, kejayaan ekonomi tidak seharusnya dinilai berdasarkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), pelaburan dan eksport semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira kesannya terhadap kehidupan rakyat."Pertumbuhan KDNK, pelaburan dan eksport memang penting tetapi semuanya kurang bermakna jika keluarga masih terbeban dengan sewa rumah, harga makanan dan kos pengangkutan."Ukuran sebenar kejayaan bukan sekadar sejauh mana ekonomi berkembang, tetapi sejauh mana pertumbuhan itu memperbaiki kehidupan rakyat kita," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan Forum Perniagaan dan Ekonomi SG4 di sini.SG4 merupakan gabungan empat negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis yang berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi serantau menerusi kekuatan sektor ekonomi masing-masing.Ahmad Samsuri berkata, Terengganu mempunyai asas kukuh dalam industri minyak, gas dan maritim, Kelantan dalam sektor pertanian serta industri halal, Kedah dalam industri semikonduktor, manakala Perlis berpotensi dalam perdagangan rentas sempadan dan tenaga boleh baharu.Beliau turut menyatakan bahawa kira-kira 70 peratus sumber nadir bumi negara terletak di rantau berkenaan, sekali gus membuka peluang untuk membangunkan industri hiliran bernilai tinggi.Katanya, matlamat SG4 bukan sekadar mengeksport bahan mentah, sebaliknya membangunkan rantaian industri yang mampu meningkatkan nilai ekonomi dan mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat.Dalam pada itu, beliau mencadangkan penubuhan Hab Kewangan Islam SG4 bagi menghubungkan modal patuh Syariah dengan projek tenaga, infrastruktur serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).Menurutnya, langkah itu berpotensi memperluas akses pembiayaan dan menyokong pelaksanaan projek pembangunan yang mampu merangsang pertumbuhan ekonomi di empat negeri berkenaan.Ahmad Samsuri berkata, usaha membangunkan potensi SG4 perlu berpaksikan dua prinsip utama iaitu keadilan dan keupayaan.Jelasnya, keadilan bermaksud setiap komuniti, wilayah dan generasi mempunyai peluang sebenar untuk menikmati kemajuan negara, manakala keupayaan memerlukan institusi kukuh, infrastruktur yang boleh diharap, tenaga kerja mahir, akses pembiayaan dan tadbir urus berkesan.Beliau menegaskan, kerjasama yang lebih erat antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri menjadi asas penting untuk merealisasikan matlamat tersebut."Melalui kerjasama yang ikhlas dan praktikal, saya yakin SG4 mampu membantu membina Malaysia yang lebih adil dan lebih kuat, iaitu Malaysia yang meluaskan peluang, meningkatkan pendapatan isi rumah dan menjamin kemakmuran yang mampan untuk generasi akan datang," katanya.





Usia dua tahun AKPS pamer taring, rampasan cecah RM322.74 juta - Sinarharian - 26/10 1:31 pm

SEPANG - Biar pun Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) baharu beroperasi pada kadar kekuatan awal, agensi itu membuktikan kejayaan luar biasa apabila ketirisan hasil negara bernilai RM322.74 juta tahun ini setakat Oktober berjaya diselamatkan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini sekali gus lonjakan empat kali ganda berbanding tahun lalu.Menurutnya, pencapaian ini membuktikan bahawa AKPS bukan sekadar instrumen penguatkuasaan undang-undang, tetapi adalah benteng fiskal negara."Penubuhan AKPS dua tahun lalu berakar umbi daripada wawasan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meruntuhkan amalan kerja secara silo dan membina benteng kedaulatan negara yang moden, bersepadu dan berintegriti di bawah satu chain of command berteraskan semangat Single Border Agency (SBA)."Dalam tempoh singkat ini, kita telah menganalisis dan menilai keberkesanan pengoperasian agensi ini menerusi pendekatan berfasa serta mengambil kira tahap ancaman semasa dan kesediaan sumber manuaia dan logistik," katanya menerusi ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Dr Awang Alik Jeman.Beliau berkata, ketangkasan dan kecekapan AKPS telah diuji susulan insiden penahanan seorang juruterbang di Jakarta pada 28 Julai lalu.Katanya, bertindak pantas atas keputusan Jemaah Menteri pada 5 Ogos dan kelulusan 17 syor keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hasil Memorandum Bersama KDN dan Kementerian Pengangkutan pada 19 Ogos, kerajaan menetapkan Pelan Tindakan Penambahbaikan dan Mitigasi Keselamatan berteraskan tiga komponen utama iaitu Keselamatan Penerbangan, Keselamatan Negara dan Sempadan serta Keselamatan Fizikal dan Perlindungan.Tambahnya, dalam pelan ini, AKPS telah diberi kepercayaan penuh sebagai agensi peneraju bagi Teras Keselamatan Negara dan Sempadan untuk melaksanakan tiga syor utama di bawah seliaannya."Pertama, pelaksanaan saringan bersasar berasaskan risiko merangkumi prosedur pemeriksaan tambahan khusus terhadap penerbangan, penumpang, kru serta bagasi yang dikenal pasti berprofil risiko tinggi."Kedua, pengukuhan Unit Anjing Pengesan (K9) dengan mempertingkatkan keupayaan K9 sebagai pelengkap saringan bagi mengesan bahan terlarang yang sukar dikesan oleh mesin pengimbas biasa."Ketiga ialah penyelarasan risikan antara agensi di mana AKPS bertindak sebagai hab peneraju perkongsian maklumat risikan bersama agensi sahabat secara pantas dan berkesan," ujarnya.Menerusi majlis itu, AKPS turut memperkenalkan logo baharuSelain itu, AKPS juga memperkenalkan hologram yang akan ditempatkan di bangunan satelit KLIA bertujuan membantu pengembara yang baru sampai dalam mendapatkan maklumat-maklumat yang perlu disediakan semasa ketibaan di negara ini.Dalam ucapan itu juga, kejayaan yang dilakar AKPS sepanjang dua tahun ini tidak mungkin tercapai secara bersendirian."Ia merupakan hasil sinergi utuh merentas kementerian dan agensi rakan, termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Kementerian Kesihatan Malaysia," ujarnya.





JPPM, menteri KDN rayu keputusan gantung pembatalan pendaftaran PN - FMT - 23/10 1:50 pm

Menurut notis rayuan, ketua pengarah JPPM dan menteri KDN tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi.





PDRM tunggu arahan AGC berhubung siasatan dakwaan Ismail dipaksa .. - Mygazette - 22/10 8:50 am

# PDRM tunggu arahan AGC berhubung siasatan dakwaan Ismail dipaksa tandatangani proklamasi KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menungguarahan lanjut daripadaJabatan Peguam Negara (AGC) berhubungsiasatan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi. Kementerian Dalam Negeri (KDN)dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan kertas siasatan dirujuk kepada AGCpada 29 Sept lepasuntuk penelitian dan arahan lanjut





PDRM tunggu arahan AGC berhubung siasatan dakwaan Ismail dipaksa tandatangani Proklamasi - Sinarharian - 21/10 10:45 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung siasatan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi.Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen memaklumkan kertas siasatan dirujuk kepada AGC pada 29 Sept lepas untuk penelitian dan arahan lanjut.Menurut kementerian itu, tindakan atau siasatan lanjut oleh PDRM bergantung pada hasil penelitian dan arahan AGC."PDRM akan mengambil tindakan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa dan KDN memberi jaminan bahawa siasatan dijalankan secara profesional, telus dan berlandaskan undang-undang tanpa memihak kepada mana-mana pihak," katanya.Kementerian itu menjawab pertanyaan Cha Ke Chin (PH-Rasah) yang ingin tahu perkembangan siasatan laporan polis yang dibuat Ismail pada 8 Sept lepas serta tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pihak terlibat.KDN memaklumkan empat individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan sejak laporan itu dibuat.Pada 9 September lepas, Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi bagi memecat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.Sementara itu, kerajaan menyasarkan pendaftaran semua pelarian di bawah sistem domestik Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) dapat diselesaikan menjelang 31 Disember 2029.KDN memaklumkan sebanyak 4,010 individu telah didaftarkan dalam fasa pertama program itu setakat Jun lepas, sejak pelaksanaannya pada 1 Jan 2026 dan daripada jumlah itu, 4,008 adalah warga Myanmar manakala masing-masing seorang warga Sudan serta Syria.Kementerian itu memaklumkan bahawa 400 individu telah dipindahkan ke Pusat Pengasingan Khas Pelarian dan Pemohon Suaka di Bidor, Perak untuk menjalani proses penentuan status manakala status pelarian bagi 78 orang diluluskan.Menurut KDN, fasa kedua DPP akan melibatkan pendaftaran individu di luar depot termasuk pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) dan individu yang mendakwa sebagai pelarian."Berdasarkan perancangan yang telah diumumkan, fasa ini dijadualkan bermula pada separuh kedua tahun ini dengan sasaran keseluruhan proses pendaftaran diselesaikan pada 31 Disember 2029."Pelaksanaan ini merangkumi pengumpulan maklumat peribadi dan biometrik, tapisan keselamatan serta proses penentuan dan pengesahan status oleh kerajaan," menurut kementerian berkenaan.KDN memaklumkan perkara itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) yang meminta kementerian berkenaan menyatakan status terkini pelaksanaan DPP, dan sejauh mana program tersebut dapat meredakan keresahan rakyat mengenai kebanjiran warga asing di Malaysia





PN akan cabar pembatalan, rayu Menteri KDN - Harakahdaily - 21/10 2:30 pm

KUBANG KERIAN: Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari bagi mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) membatalkan pendaftaran gabungan itu pada 20 Oktober. Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, gabungan itu juga akan meneruskan tindakan di mahkamah bagi mencabar pembatalan berkenaan yang dibuat ketika prosiding […] The post PN akan cabar pembatalan, rayu Menteri KDN appeared first on Harakahdaily .





Shuhaily to continue AKPS duties until informed otherwise - Lawyer - Sinardaily - 21/10 2:07 pm

SEPANG - Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) director-general Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain will continue performing his duties as usual until informed otherwise, lawyer Datuk Rosal Azimin Ahmad said.Rosal Azimin, who is representing Shuhaily, said any decision regarding the AKPS director-generals position would be subject to administrative procedures and the relevant provisions of the Home Ministry (KDN) or the Public Service Department (JPA)."As a civil servant, I believe he will continue to perform his duties until informed otherwise by the KDN, JPA or the relevant authorities, in accordance with the usual civil service procedures, he told reporters after court proceedings involving Mohd Shuhaily here today.Rosal Azimin said Mohd Shuhaily had completed the bail process, with bail set at RM1,500 for each charge, and the case would be mentioned again at the Sepang Magistrates Court on Nov 25.He urged all parties to refrain from speculation while court proceedings were ongoing and to respect the principle that a person is innocent until proven guilty."We cannot say much about the case





'Shuhaily tugas macam biasa di AKPS sampai arahan sebaliknya' - Mkini - 21/10 2:04 pm

"Sama ada oleh KDN, JPA dan sebagainya ikut (tatacara) proses penjawat awam biasa, kata peguam mewakili KP AKPS itu.





Mohd Shuhaily masih bertugas seperti biasa - Peguam - Astroawani - 21/10 11:50 am

Sebagai penjawat awam, Mohd Shuhaily tetap akan bertugas sehinggalah diberitahu sebaliknyasama ada oleh KDN, JPA dan sebagainya ikut (tatacara) proses penjawat awam biasa, kata Rosal Azimin Ahmad.





PN kemuka rayuan kepada KDN dalam beberapa hari - Takiyuddin - Sinarharian - 21/10 12:00 am

KOTA BHARU Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh terdekat berhubung pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu antara pilihan yang sedang diteliti selain meneruskan tindakan perundangan bagi mencabar keputusan tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: 'Parti itu sentiasa menikam belakang' - Takiyuddin dakwa Bersatu punca pendaftaran PN dibatalkan"Akta Pertubuhan 1966 membenarkan untuk mengemukakan rayuan kepada menteri dalam tempoh 30 hari selepas keputusan RoSdibuat."Rayuan itu sedang disediakan dan dijangka dikemukakan dalam tempoh beberapa hari ini kepada Menteri Dalam Negeri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ceramah Jelajah Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) Kelantan 2026 di Pasir Tumboh di sini pada Selasa.Menurutnya, keputusan berhubung rayuan berkenaan terletak di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri dan bersifat muktamad.Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, PN juga berhasrat meneruskan prosiding mahkamah pada 22 Oktober ini bagi mencabar tindakan pembatalan pendaftaran berkenaan.Beliau berkata, tindakan RoS membatalkan pendaftaran PN ketika permohonan semakan kehakiman masih berjalan menimbulkan persoalan kerana kes itu sepatutnya didengar di mahkamah."Peguam kami akan hujah di mahkamah bahawa tindakan yang dibuat, pembatalan ini adalah tidak mengikut undang-undang."Itu kita akan hujah di mahkamah," katanya.Takiyuddin menjelaskan, rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dan prosiding mahkamah merupakan dua proses berbeza yang akan diteruskan pihaknya.Beliau turut mempersoalkan tindakan pembatalan itu dibuat sebelum mahkamah mendengar permohonan PN berkaitan pertikaian berkenaan."Ini seolah-olah tidak menghormati prosiding mahkamah," katanya.





Rayer gesa menteri KDN campur tangan kes kematian Noorizwan - FMT - 19/10 3:57 pm

Ahli Parlimen Jelutong juga gesa pegawai penyiasat dan anggota polis terlibat dalam kes kematian dalam tahanan itu digantung tugas.





Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan Rohingya - Sinarharian - 18/10 3:38 pm

KOTA BHARU - Polis Kelantan membuka dua kertas siasatan berhubung isu tular membabitkan seorang aktivis media sosial dan komuniti Rohingya di negeri ini serta menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan.Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, setakat ini pihaknya telah membuka dua kertas siasatan berkaitan isu berkenaan, iaitu di bawah Seksyen 341/268 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan.Menurut beliau, pihaknya memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Yusoff memberitahu, sebanyak 199 kes jenayah membabitkan pelarian Rohingya direkodkan di seluruh negara bagi tempoh 2022 hingga Ogos 2026.Jelasnya, angka berkenaan merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail."Pada masa sama, pelaksanaan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) bertujuan merekodkan identiti serta data biometrik pelarian secara sistematik."Langkah itu juga bagi membantu pihak berkuasa menjalankan tapisan keselamatan dan mengesahkan identiti individu yang berdaftar," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau menegaskan, pihaknya akan meneruskan siasatan secara profesional serta mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang.Tambahnya, orang ramai turut diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, sebaliknya memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan."PDRM komited memelihara ketenteraman awam, menegakkan undang-undang dan memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara," katanya.





Nak tanya la, PAS dah jadi kerajaan 36 tahun di Kelantan wat nate apo? .. - Wrlr - 18/10 10:09 am

Pondok mereka tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik dan bekalan air diambil dari pergi yang berdekatan.. Majlis penyerahan hari ini 17 Oktober telah disempurnakan oleh Menteri KDN Dato Seri Saifuddin, KSU KDN Dato Awang Alik dan Ketua Pengarah JPN Dato Badrul di SK Jambu Lawar Machang Kelantan.





Depot imigresen sesak susulan operasi berterusan PATI - Mygazette - 18/10 8:22 am

"Individu yang ditahan terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan, menggunakan pas yang telah tamat tempoh, menyalahgunakan pas yang dikeluarkan atau individu berstatus pelarian, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian DalamNegeri (KDN) Tahun 2026 di sini hari ini





184 individu diperiksa, enam warga asing ditahan dalam operasi di Batu... - Mygazette - 18/10 8:22 am

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, , enam lelaki warga asing itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. Menurutnya, KDN pula mengambil tindakan berkaitan kesalahan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986





Kesalahan penerbitan, binaan tanpa izin antara dikesan dalam kes serbuan dua premis - Sinarharian - 17/10 6:04 pm

GOMBAK Kesalahan berkaitan penerbitan, pembinaan tanpa kebenaran dan aspek keselamatan kebakaran antara dikesan dalam serbuan di dua premis di Kampung Nahkoda dan Taman Laksamana, Batu Caves di sini pada Jumaat.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, operasi menerusi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu membabitkan seramai 207 anggota daripada enam agensi penguat kuasa.Menurutnya, operasi berkenaan bertujuan menjalankan pemeriksaan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan tempatan yang berkuat kuasa."Pemeriksaan di kedua-dua lokasi membabitkan seramai 184 individu."Seramai enam lelaki warga asing ditahan oleh JIM kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kegiatan mencurigakan di dua premis di Kampung Nakhoda dan Kampung Laksamana di sini membawa kepada penahanan enam warga Pakistan dalam operasi bersepadu pada Jumaat.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, seramai 76 individu diperiksa dalam operasi yang dijalankan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu.Menurutnya, kesemua individu berkenaan dibawa dan dikumpulkan pihak polis untuk pemeriksaan awal sebelum semakan dokumen dilakukan.Sementara itu, Shazeli berkata, operasi itu membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), JIM, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).Menurutnya, KDN mengambil tindakan berkaitan kesalahan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986."ROS pula merampas dokumen dan bahan berkaitan untuk semakan lanjut, manakala MPS mengambil tindakan terhadap kesalahan pelesenan perniagaan dan pembinaan tanpa kebenaran."Tindakan termasuk pengeluaran notis serta sitaan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan," katanya.Shazeli berkata, pemeriksaan JBPM turut mengenal pasti ketidakpatuhan aspek keselamatan kebakaran, termasuk kekurangan alat pemadam api dan kemudahan pelepasan kecemasan bangunan.Jelasnya, tindakan lanjut diambil oleh agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing."Secara keseluruhannya, operasi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini."Polis akan terus memperkukuh kerjasama dengan agensi penguat kuasa berkaitan bagi memastikan undang-undang dan peraturan dipatuhi demi memelihara keselamatan serta ketenteraman awam," katanya.





Kawalan di sempadan Kelantan dilaksanakan 24 jam - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 17/10 4:52 pm

MACHANG - Polis melaksanakan kawalan 24 jam di semua sempadan Kelantan bagi membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, arahan itu diberikan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat bagi memastikan kawalan fizikal dilaksanakan secara berterusan."Antara langkah yang diambil ialah memusnahkan jeti haram serta menguatkuasakan undang-undang terhadap individu yang merentas sempadan tanpa dokumen sah," katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2026 di sini, pada Sabtu.Bagaimanapun, langkah penguatkuasaan itu tidak semestinya dapat menghapuskan sepenuhnya kegiatan jenayah rentas sempadan kerana ia membabitkan rangkaian jenayah terancang yang telah bertapak sejak sekian lama.Justeru, Saifuddin Nasution berkata, usaha membanteras kegiatan berkenaan memerlukan kerjasama semua pihak dan tidak boleh bergantung kepada KDN serta polis semata-mata.Sementara itu, diminta mengulas mengenai kes melibatkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, beliau berkata, polis sedang melengkapkan beberapa aspek dalam kertas siasatan berhubung insiden itu selepas Jabatan Peguam Negara meminta penambahbaikan sebelum keputusan lanjut dibuat.Saifuddin Nasution berkata, kertas siasatan itu telah diserahkan kepada AGC dalam tempoh seminggu selepas insiden berkenaan.Beliau berkata, AGC kemudian meminta polis melengkapkan beberapa aspek siasatan bagi memastikan maklumat dan keterangan yang dikumpulkan mencukupi untuk pertimbangan lanjut.Kertas siasatan berkenaan merangkumi kenyataan saksi dan maklumat yang dikumpulkan sepanjang proses siasatan.Beliau berkata, AGC boleh mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk dilengkapkan sekiranya terdapat maklumat tambahan yang diperlukan sebelum keputusan dibuat.Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilapor berkata, siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan tubuh kepada orang lain.Mohd Khalid berkata, setakat ini sebanyak 25 saksi dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung kejadian yang berlaku pada 28 Sept lepas.Sebelum ini, media melaporkan Mohd Shuhaily menyerahkan kepada kerajaan berhubung tindakan yang mungkin dikenakan susulan video tular yang memaparkan dirinya memarahi seorang individu di KLIA Terminal 1.Mohd Shuhaily berkata, perkara berkenaan telah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri dan beliau bersedia menerima sebarang keputusan berhubung isu itu





Pulau Carey dijangka jana RM4.7 bilion KDNK, 115,000 peluang kerja - Sinarharian - 17/10 4:46 pm

SHAH ALAM Pembangunan Bandar Pelabuhan Maritim Nasional dan Zon Ekonomi Khas Pulau Carey berpotensi menyumbang sehingga RM4.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) serta mewujudkan kira-kira 115,000 peluang pekerjaan menjelang 2045.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, pembangunan strategik berkenaan diluluskan secara prinsip oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 12 Oktober lalu.Menurutnya, pembangunan Pulau Carey berpotensi memperkukuh kedudukan Selangor dan Malaysia sebagai hab maritim serantau serta merangsang pertumbuhan ekonomi yang membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat."Pembangunan strategik Pulau Carey ini berpotensi memperkukuh kedudukan Selangor dan Malaysia sebagai hab maritim serantau, di samping merangsang pertumbuhan ekonomi serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat ketika Pelabuhan Klang kini telah berjaya menduduki tempat 10 teratas dunia," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pelan induk pembangunan Pulau Carey memberi tumpuan kepada pembangunan Bandar Pelabuhan Maritim Nasional serta Zon Ekonomi Khas Pulau Carey atau Carey Islands Port Special Economic Zone (CIPSEZ).Katanya, pembangunan berkenaan melibatkan kawasan pelabuhan seluas 2,500 ekar dengan tambahan kapasiti pengendalian sebanyak 42 juta Unit Setara Dua Puluh Kaki (TEU) kontena dan 38 juta tan kargo konvensional."Menurut Lloyds List One Hundred Ports 2026, Pelabuhan Klang kini berada dalam kelompok 10 pelabuhan kontena tersibuk di dunia."Dengan pembangunan Terminal Ketiga di Pulau Carey, kerajaan Madani berhasrat untuk terus meningkatkan kapasiti, kecekapan dan daya saing pelabuhan negara, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab maritim utama di peringkat global," katanya.Kor Ming memberitahu, kawasan pembangunan itu turut mempunyai akses strategik melalui Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jalan Pulau Carey, Persiaran Pulau Lumut, Lebuhraya Pulau Indah dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).Kemudahan berkenaan penting bagi menyokong pergerakan barangan, aktiviti logistik serta hubungan antara kawasan pelabuhan dengan pusat ekonomi di sekitarnya.Pada masa sama, beliau menyarankan Kerajaan Negeri Selangor dan pihak berkuasa tempatan (PBT), terutama Majlis Perbandaran Kuala Langat, menyelaraskan zon guna tanah berkaitan pembangunan Pulau Carey ke dalam Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030."Penyelarasan perancangan guna tanah secara berfasa amat penting bagi memastikan pembangunan Pulau Carey dilaksanakan secara terancang, tersusun dan selaras dengan hala tuju pembangunan negeri serta keperluan infrastruktur dan persekitaran setempat," katanya.





Depot imigresen sesak susulan operasi berterusan perangi pendatang asing - Saifuddin - Sinarharian - 17/10 4:01 pm

MACHANG - Depot imigresen negara berdepan tekanan kapasiti susulan operasi penguatkuasaan terhadap pendatang tanpa izin yang dilaksanakan setiap hari, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Beliau berkata, kapasiti keseluruhan depot imigresen adalah kira-kira 20,000 orang, namun kemasukan individu yang ditahan menerusi operasi berterusan menyebabkan kemudahan berkenaan berdepan kesesakan."Hasil operasi berterusan itu, Jabatan Imigresen telah membangunkan pemetaan kawasan tumpuan warga asing berdasarkan pengumpulan dan analisis data bagi mengenal pasti lokasi mereka tinggal, menginap atau berkumpul."Individu yang ditahan terdiri daripada mereka yang tidak mempunyai dokumen perjalanan, menggunakan pas yang telah tamat tempoh, menyalahgunakan pas yang dikeluarkan atau individu berstatus pelarian," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2026 di sini pada Sabtu.Saifuddin Nasution berkata, tindakan terhadap setiap kategori perlu mengambil kira status dan kedudukan undang-undang masing-masing, dengan operasi turut melibatkan agensi penguatkuasaan lain serta pihak berkuasa tempatan.Sementara itu, beliau berkata, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dikenal pasti sebagai empat negeri yang mencatatkan kadar penglibatan dalam kes dadah melebihi ambang nasional berdasarkan kadar bagi setiap 100,000 penduduk.Beliau berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan data daripada empat sumber dengan menggunakan kaedah pengiraan yang merujuk kepada piawaian antarabangsa."Daerah Pendang di Kedah mencatatkan kadar tertinggi di negara ini, diikuti Kuala Krai di tempat kedua





Jenazah pegawai AKPS selesai bedah siasat, dibawa pulang ke Tumpat - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 17/10 2:53 pm

MACHANG - Jenazah pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dipercayai dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan, telah selesai menjalani bedah siasat pagi tadi sebelum dibawa pulang ke Tumpat untuk urusan pengebumian.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jenazah mangsa dibawa melalui jalan darat dan dijangka tiba di Tumpat malam ini.Beliau berkata, suspek yang disyaki terlibat dalam kejadian berkenaan baru keluar dari penjara selepas menjalani hukuman berkaitan kes dadah."Mangsa meninggalkan dua anak masing-masing berusia lima dan enam tahun yang kini dijaga oleh kakaknya," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2026, di sini hari ini.Pada Khamis lepas, seorang pegawai AKPS ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan pada 8.30 malam itu.ARTIKEL BERKAITAN: Penjawat awam maut dipercayai dibunuh suamiPolis sahkan pegawai AKPS maut dipercayai dibunuh suamiPegawai kerajaan mati dipercayai dibunuh suami dalam proses cerai - Abang mangsaPerselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai AKPS maut ditikam suami - PolisPegawai AKPS maut: Suami serah diri ke balai polis selepas tikam isteri, pisau dirampasPegawai AKPS maut: Suspek sempat telefon abang ipar beritahu isterinya sudah tiadaPegawai AKPS dibunuh: Dua anak mangsa minta buat panggilan video, mahu bercakap dengan ibu mereka - KakakSementara itu, Kampung Gosong di sini, menerima peruntukan RM500,000 bagi menaik taraf kemudahan awam dan kediaman penduduk menerusi program Kampung Angkat MADANI yang dilaksanakan KDN.Saifuddin Nasution berkata, antara kemudahan yang dinaik taraf ialah masjid, surau, tandas, tempat berwuduk dan kawasan perkuburan, selain kerja membaik pulih 14 rumah penduduk.Beliau berkata, kerja naik taraf rumah itu dilaksanakan dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia, selain melibatkan 10 individu di bawah seliaan Jabatan Penjara dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).Dalam perkembangan berkaitan, Sekolah Kebangsaan Jambul Lawar menerima peruntukan RM100,000 bagi menaik taraf kemudahan sekolah termasuk siling, tandas, bekalan air, makmal komputer dan pondok pengawal.Beliau berkata, sekolah itu turut dilengkapi kemudahan pembelajaran digital menerusi pemasangan papan pintar bagi meningkatkan interaksi murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, seramai 82 penduduk kampung dan 54 pelajar menerima bantuan zakat yang diagihkan menerusi wakalah zakat syarikat PBLT Sdn Bhd





'Jangan ingat rakyat bodoh' - Lip Eng berang jawapan KDN isu bendera terbalik - Mkini - 16/10 12:08 am

"Adakah tindakan polis dipengaruhi oleh status individu yang terlibat?" soalnya.





IMF jangka KDNK Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026 disokong .. - Wrlr - 16/10 8:30 am

BERNAMA October 15, 2026 Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus pada 2026 sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)





Akta belum siap, Najib sudah dapat perintah tahanan rumah, Mahfuz persoal KDN - Harapandaily - 16/10 8:00 am

Menurut Mahfuz, kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa akta berkenaan belum dimuktamadkan menimbulkan persoalan yang... The post Akta belum siap, Najib sudah dapat perintah tahanan rumah, Mahfuz persoal KDN appeared first on Harapan Daily .





IMF ramal pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2% pada 2026, 4.7% pada 2027 - Mygazette - 16/10 7:17 am

# IMF ramal pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2% pada 2026, 4.7% pada 2027 KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus pada 2026 sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)





Tahanan rumah Najib: KDN, Penjara perlu perjelas asas undang-undang diguna .. - Mygazette - 16/10 7:17 am

# Tahanan rumah Najib: KDN, Penjara perlu perjelas asas undang-undang diguna pakai - Mahfuz KUALA LUMPUR Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara Malaysia perlu menjelaskan asas undang-undang yang membolehkan pelaksanaan tahanah rumah dilaksanakan di negara ini





IMF jangka KDNK Malaysia berkembang 5.2 peratus pada 2026 disokong pelaburan pusat data - Harapandaily - 15/10 10:20 pm

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka berkembang 5.2 peratus pada 2026 sebelum menyederhana kepada 4.7 peratus pada 2027, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi serantau, menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)





6,363 permohonan kewarganegaraan masih dalam pertimbangan - KDN - Astroawani - 15/10 6:28 pm

Sebanyak 6,363 permohonan kewarganegaraan masih dalam proses pertimbangan bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 30 September lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.





KDN perlu perjelas asas undang-undang tahanan rumah Najib - Utusan - 15/10 3:51 pm

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara perlu menjelaskan asas undang-undang yang diguna pakai bagi pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak





Ekonomi Sabah berkembang 5.1%, KDNK cecah RM88.8 billion - FMT - 14/10 6:17 pm

Nilai pertumbuhan ekonomi ini prestasi terbaik negeri itu dalam tempoh 6 tahun, menurut Ketua Menteri Hajiji Noor.





KDN dapatkan maklumat tepat kes rakyat Malaysia ditahan bawa dadah di... - Mygazette - 14/10 7:55 am

# KDN dapatkan maklumat tepat kes rakyat Malaysia ditahan bawa dadah di Jepun SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berhubung dengan pihak berkuasa Jepun bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung insiden penahanan rakyat Malaysia yang dipercayai terbabit dalam kes dadah di negara itu





KDN dapatkan maklumat tepat insiden rakyat Malaysia ditahan bawa dadah di Jepun - Astroawani - 13/10 8:55 pm

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berhubung dengan pihak berkuasa Jepun bagi mendapatkan maklumat tepat berhubung insiden penahanan rakyat Malaysia yang dipercayai terbabit dalam kes dadah di negara itu.





Penyeludupan kokain RM3.1 juta di Jepun: KDN minta JSJN dapatkan maklumat rasmi - Mkini - 13/10 7:04 pm

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Hussein Omar Khan untuk bertindak segera bagi memastikan perkar





5 rakyat Malaysia ditahan seludup kokain: KDN dapatkan maklumat pihak berkuasa Jepun - Sinarharian - 13/10 6:59 pm

SUNGAI PETANI - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Jepun berhubung penahanan lima rakyat Malaysia disyaki cuba menyeludup dadah jenis kokain di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkembangan terkini kes terbabit akan dimaklumkan sebaik sahaja maklumat lengkap diperoleh."Saya telah pun meminta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Hussein Omar Khan menghubungi pihak Jepun supaya kita mendapat maklumat yang tepat berkenaan dengan insiden ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika Townhall Madani bersama Menteri Dalam Negeri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun selepas disyaki cuba menyeludup kokain yang disembunyikan di bawah pelapik kasut masing-masing.Menurut laporan NHK World Japan, empat daripada lima suspek mengaku terhadap dakwaan berkenaan, manakala seorang lagi menafikannya.Saifuddin Nasution berkata, langkah itu selari dengan pendekatan yang diambil dalam insiden penahanan pembantu juruterbang Malaysia di Jakarta beberapa bulan lepas dan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah daripada sebuah jet peribadi di Laos yang pada awalnya didakwa dari negara ini.Dalam pada itu, menurutnya, pelaksanaan 17 syor penambahbaikan menerusi Memorandum Bersama KDN dan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang diluluskan Jemaah Menteri bagi memperkukuhkan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan pintu masuk negara akan diteruskan seperti dirancang.Beliau berkata, pelaksanaan syor berkenaan dibahagikan kepada tiga fasa, dengan fasa pertama memberi tumpuan kepada destinasi yang dikenal pasti sebagai kawasan berisiko tinggi atau hotspot."Sebab kita ada tiga fasa, fasa pertama adalah destinasi yang kita anggap sebagai hotspot, dalam senarai asal kita, hotspot itu tak termasuk Tokyo apa semua ini."Kawasan hotspot atau destinasi hotspot maksudnya kita adakan pemeriksaan fizikal 100 peratus kepala hingga kaki dan juga pemeriksaan bagasi pun 100 peratus," katanya.





Wujud SOP mohon warganegara anak dewasa, KDN diberitahu - Hotfm - 13/10 6:45 pm

Teresa Kok (PH-Seputeh) berkata ibu warga emas yang ingin kembali ke Malaysia bersama anak dewasa berdepan cabaran struktur dan pentadbiran.





Wujud SOP mohon warganegara anak dewasa, KDN diberitahu - FMT - 13/10 6:45 pm

Teresa Kok (PH-Seputeh) berkata ibu warga emas yang ingin kembali ke Malaysia bersama anak dewasa berdepan cabaran struktur dan pentadbiran.





Defisit semakin mengecil walau hutang negara meningkat, ini yang .. - Wrlr - 13/10 2:08 pm

Melalui Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 (FRA 2023), kerajaan memperkukuh kerangka disiplin dan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan awam. Berdasarkan trend 5 tahun terdahulu, nisbah defisit fiskal menurun daripada 6.4% KDNK pada 2021 kepada 5.5% pada 2022, 5.0% pada 2023, 4.3% pada 2024, 3.7% pada 2025 dan 3.6% pada 2026



Menteri KDN, IGP What Are You Not Doing? 5 Malaysians held in Tokyo over cocaine smuggling attempt !! - OutSyed - 13/10 10:30 am

Because of a few bearded monkeys the rest of the world had to suffer so much inconvenience. Hello Menteri KDN, your gomen has less than 12 - 24 months to survive





Pekerja Malaysia hanya nikmati 34 peratus pendapatan negara berbanding 50 peratus di Korea Selatan, Taiwan Prof Ulung - Astroawani - 12/10 9:00 pm

Pampasan pekerja hanya menyumbang 33.9 peratus kepada KDNK Malaysia pada 2025



Isu gaji minimum ini pernah dimainkan oleh salah sebuah parti. Mereka .. - Wrlr - 12/10 3:00 pm

Semua pihak akan dapat manfaat. Inilah rahsia mengapa KDNK negara berkembang dengan pesat kebelakangan ini



Dari Imigresen Hingga Elaun RELA: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Menerusi Peruntukan RM22 Bilion KDN - Lobakmerah - 12/10 11:49 am

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Bila sebut tentang Belanjawan 2027, mesti ramai antara kita yang nak tahu apa manfaatnya kepada rakyat, kan? Daripada bantuan kewangan untuk meringankan beban kehidupan seharian hinggalah usaha memperkukuh keselamatan negara, Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membawa pelbagai inisiatif yang turut melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN)



RM22 Bilion Untuk KDN, Saifuddin Garis Keutamaan Keselamatan Negara Dan Kebajikan Anggota - Rotikaya - 10/10 5:10 pm

Perkara itu antara yang mendapat perhatian dalam Belanjawan 2027... Baca selanjutnya → The post RM22 Bilion Untuk KDN, Saifuddin Garis Keutamaan Keselamatan Negara Dan Kebajikan Anggota appeared first on ROTIKAYA .



Belanjawan 2027: PDRM pastikan setiap peruntukan, inisiatif dimanfaatkan .. - Mygazette - 10/10 8:11 am

Sebagai institusi yang diamanahkan untuk memelihara keamanan dan ketenteraman awam, PDRM akan terus melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesionalisme dan integriti bagi memastikan keselamatan negara sentiasa terpelihara, seiring dengan aspirasi pembangunan negara dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia, katanya dalam kenyataan malam ini. Menerusi pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini, peruntukan sebanyak RM22 bilion diberikan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), di samping penyediaan RM7.1 bilion bagi pembelian dan penyelenggaraan aset pasukan keselamatan termasuk PDRM dan badan beruniform di bawah KDN



“Malaysia Tidak Akan Wujud Tanpa Indonesia” – Pelakon Negara Seberang Ini Bersuara Mengenai Isu Boikot Produk Kahf - Beautifulnara - 8/10 1:56 pm

Artis Indonesia, Boy Hamzah, tampil mengulas isu tersebut dan membuat dakwaan kontroversi mengenai kewujudan Malaysia. Netizen Malaysia menjawab isu itu dengan penjelasan mengenai PPP, KDNK dan kuasa beli



Naikkan pendapatan rakyat sebelum pertimbang GST - Faiz Ahmad - Sinarharian - 8/10 12:12 am

SHAH ALAM Kerajaan perlu memastikan pendapatan rakyat dipertingkatkan terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), meskipun sistem berkenaan dilihat lebih berkesan dalam menambah hasil negara.Pencipta Kandungan Ekonomi, Faiz Ahmad berkata, GST mempunyai kelebihan dari segi keberkesanan kutipan berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), namun pelaksanaannya perlu mengambil kira kemampuan rakyat menanggung beban cukai."Kalau kita laksanakan sekarang, memang hasil kita boleh bertambah, tetapi kerajaan mungkin masih berhati-hati kerana pendapatan rakyat rata-rata perlu naik dahulu."Kalau boleh, kita jangan lihat satu sistem itu sebagai 100 peratus sempurna kerana kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Edisi 490 bertajuk Belanjawan 2027: Gula-Gula Pilihan Raya atau Remedi Rancangan Malaysia? yang dihoskan oleh Ismail Adnan di Studio F Karangkraf pada Rabu.Beliau menjelaskan, GST dan SST mempunyai pendekatan berbeza kerana mekanisme sedia ada membolehkan kerajaan menentukan golongan yang dikenakan cukai serta kumpulan yang perlu dilindungi.Dalam masa sama, sistem percukaian perlu bergerak seiring dengan usaha memperkukuh pendapatan rakyat, termasuk melalui pelaksanaan dasar gaji progresif.Faiz berkata, kerajaan mempunyai ruang menerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) untuk memberi tekanan pasaran yang lebih baik terhadap struktur upah."Dasar gaji progresif itu peruntukannya masih sangat minimum, jadi kita perlu fikir bagaimana nak jadikan dasar ini lebih berkesan kepada golongan pekerja," katanya.Dalam pada itu, beliau berpandangan sasaran menaikkan gaji minimum perlu mengambil kira kemampuan majikan, terutama perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang mungkin berdepan kekangan menanggung peningkatan kos pekerja secara mendadak.Menurut pencipta kandungan ekonomi itu, kerajaan boleh membantu majikan kurang berkemampuan menerusi program bersyarat melibatkan latihan dan peningkatan produktiviti sebelum insentif diberikan bagi menyokong kenaikan pendapatan pekerja."Kalau kita paksa semua majikan menaikkan gaji pada kadar yang sama, ada syarikat yang mungkin tidak mampu bertahan, terutama PMKS."Bantuan itu boleh diberikan berdasarkan syarat tertentu supaya majikan dapat memperbaiki keupayaan terlebih dahulu sebelum menerima sokongan kewangan," katanya.Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi perlu diterjemahkan kepada peningkatan taraf kehidupan rakyat supaya manfaat pembangunan tidak hanya tertumpu kepada peningkatan saiz Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara.Menurutnya, peningkatan KDNK perlu disertai pertumbuhan pendapatan golongan berpendapatan rendah supaya manfaat ekonomi dapat dirasai secara lebih menyeluruh."Kalau KDNK kita naik tetapi pendapatan di peringkat bawah tidak bergerak seiring, kita belum boleh kata pertumbuhan itu benar-benar dirasai semua," katanya.



Presiden Myanmar Tiba Di Malaysia, Isu Hantar Pulang Agenda Utama - Wrlr - 7/10 2:47 pm

Suasana program penghantaran pulang fasa pertama melibatkan 1,476 tahanan warga Myanmar dengan menggunakan tiga kapal termasuk sebuah kapal hospital milik Tentera Laut Myanmar di Lumut pada 29 September 2026. Foto KDN Menyambut ketibaan pemimpin Myanmar itu di lapangan terbang berkenaan ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani selaku menteri pengiring



NIISe akan peroleh data masa nyata dari Interpol, polis, LHDN, PTPTN - FMT - 6/10 11:56 pm

Perkongsian data tersebut akan bantu Jabatan Imigresen saring pengembara yang keluar masuk negara, kata menteri KDN.



NIISe akan peroleh data masa nyata dari Interpol, polis, LHDN, PTPTN - Hotfm - 6/10 11:56 pm

Perkongsian data tersebut akan bantu Jabatan Imigresen saring pengembara yang keluar masuk negara, kata menteri KDN.



Undang-undang sukan perlu relevan dengan zaman - Harakahdaily - 6/10 6:52 pm

KUALA LUMPUR: Pembangunan sukan negara bukan sahaja perlu dikemaskinikan undang-undangnya tetapi yang lebih besar adalah berkaitan ekosistem untuk membina generasi yang akan datang. Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) berkata, berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, nilai ditambah kasar industri sukan pada tahun 2024 mencapai RM24.1 bilion bersamaan 1.3 peratus KDNK negara



Ekonomi Kreatif Jadi Fokus Kementerian Komunikasi Dalam Cadangan Belanjawan 2027 – Fahmi Fadzil - Beautifulnara - 6/10 5:03 pm

Bidang yang diberi perhatian merangkumi filem, animasi, muzik serta seni dan budaya. Industri kebudayaan dan kreatif menyumbang 6.8% kepada KDNK pada 2024, bernilai RM130.7 bilion




Reformasi     >>



Bekas anggota polis pula muncul mahukan keadilan lepas .. - Harapandaily
Ketika Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (APKS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berdepan pertuduhan mencederakan dua anggota polis bulan lalu, muncul pula satu lagi dakwaan bahawa beliau pernah mengasari seorang bekas anggota berpangkat rendah di Hilir ..
Kroni     >>



Maybank perluas pembayaran QR rentas sempadan ke lima .. - Utusan
PETALING JAYA: Maybank memperluas kemudahan pembayaran kod QR rentas sempadan menerusi aplikasi MAE ke lima pasaran baharu iaitu China, Korea Selatan, Hong Kong, Filipina dan Laos melalui integrasi dengan Alipay+. Integrasi itu membolehkan pelanggan Maybank membuat pembayaran kod QR ..
Tabloid     >>



Empat pendera amah Indonesia didakwa di Mahkamah Pulau .. - Kosmo
SHAH ALAM – Empat individu yang mendera amah Indonesia sehingga melecur di seluruh badan di Tanjong Sepat, Kuala Langat sebelum ini didakwa di Mahkamah Pulau Pinang, hari ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pertuduhan itu selepas polis mendapat kebenaran daripada ..
Tech     >>



This Android brand put a 10,000mAh battery in its .. - Androidauthority
Flagship phones from Samsung and Google really ought to have batteries larger than just 5,000mAh.
World     >>



President Lula calls Bolsonaros Brazil exit shameful - Aljazeera
President Lula da Silva criticised Flavio Bolsonaro for leaving Brazil amid reports he was headed to the US.
Motor Trend     >>



Buletin Isuzu D-max Dan Mu-x 2027 Debut Di Thailand, .. - Mekanika
# ISUZU D-MAX DAN MU-X 2027 DEBUT DI THAILAND, HADIR DENGAN ENJIN 2.2L TWIN TURBO **Isuzu memperkenalkan versi kemas kini bagi pikap D-Max dan SUV MU-X 2027 di Thailand, dengan perubahan pada reka bentuk luaran serta penawaran enjin diesel dwi-turbo baharu yang menghasilkan kuasa dan tork ..