| /// |
|
| Search : Indera Mahkota News | Page 1 |
|
Bukan mudah PKR rampas Indera Mahkota - Mohd Tarmizi - Sinarharian - 11/04 6:57 pm KUANTAN Perikatan Nasional (PN) Pahang melihat hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meletakkan Setiausaha Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi sebagai calon di Parlimen Indera Mahkota sebagai 'langkah berisiko' buat parti itu.Ketua Penerangannya, Mohd Tarmizi Yahaya berkata, kedudukan PN di kerusi tersebut kekal teguh bersandarkan trend sokongan padu rakyat yang dilihat terus memihak kepada mereka.Menurutnya, kekuatan undi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti di Beserah akan menjadi 'undi bantu' yang sangat signifikan bagi menjamin kemenangan di peringkat Parlimen."Bukan satu perkara mudah untuk PKR merampas kerusi ini kerana kekuatan PN di sini masih tinggi |
|
Ahmad Farhan diamanahkan tawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota - Mgazette - 11/04 7:44 am # Ahmad Farhan diamanahkan tawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota KUANTAN - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Ahmad Farhan Fauzi mengakui beliau telah diamanahkan oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang |
|
Pahang PKR chief's mission: Retake Indera Mahkota for party - Mkini - 11/04 7:00 am Farhan says he was entrusted with the task by Anwar himself. |
|
Ahmad Farhan diamanah presiden PKR tawan kembali Parlimen Indera Mahkota - FMT - 10/04 9:46 pm Kerusi itu pernah dikuasai PKR pada 2008, 2013, dan 2018. |
|
Ahmad Farhan tasked with reclaiming Indera Mahkota for PKR - FMT - 10/04 9:36 pm The Indera Mahkota division chief says he has been entrusted with doing so by party president Anwar Ibrahim. |
|
Ahmad Farhan diamanahkan tawan kerusi Parlimen Indera Mahkota - Sinarharian - 10/04 8:49 pm KUANTAN - Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Ahmad Farhan Fauzi mengakui beliau telah diamanahkan oleh Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.Beliau yang juga setiausaha politik kepada Perdana Menteri berkata, amanah itu adalah satu tanggungjawab besar dan disifatkan sebagai cabaran untuk memastikan kemenangan semula parti di kerusi berkenaan."Kita perlu sedar tanggungjawab ini perlu dipikul bersama |
|
Anwar amanahkan Farhan tawan kembali parlimen Indera Mahkota - Mkini - 10/04 8:32 pm Ahmad Farhan yang juga setiausaha politik PM mengakui amanah Anwar kepadanya itu satu tanggungjawab besar. |
|
Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan - Thempress - 10/04 8:14 pm KUANTAN – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang Datuk Ahmad Farhan Fauzi diamanahkan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menawan kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum… |
|
Empat suspek samun, cubaan pecah masuk kedai dicekup polis - Mgazette - 9/04 7:38 am Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisoner Ashari Abu Samah, kesemua suspek lelaki berusia 35 hingga 44 tahun itu direman selama empat hari sehingga 11 April ini bagi membantu siasatan. "Laporan pertama membabitkan kejadian di kedai menjual perkakas di Bandar Indera Mahkota |
|
Empat suspek kes pecah kedai dicekup - Sinarharian - 8/04 5:58 pm KUANTAN - Empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam dua kes pecah kedai perkakasan di sini membabitkan kerugian lebih RM12,000, dipercayai berlaku sekitar Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, suspek yang bekerja sebagai peniaga dan pekerja kedai besi buruk serta buruh kasar berusia 35 hingga 44 tahun itu ditahan secara berasingan di dua lokasi berbeza sekitar daerah ini Selasa lalu antara jam 11.30 pagi hingga 12.30 tengahari.Menurutnya susulan penahanan kesemua lelaki itu, pihaknya merampas beberapa barang kes termasuk kereta jenis Honda Civic Type-R, kunci kenderaan, telefon, alat pemotong, peti besi dan resit jual beli atas nama salah seorang suspek."Hasil ujian saringan air kencing, kesemua suspek didapati positif dadah," katanya.Jelasnya, tangkapan ke atas suspek itu susulan laporan dua kes pecah kedai perkakasan di Bandar Indera Mahkota dan Jalan Beserah di sini."Kes pertama yang berlaku di sebuah premis di Bandar Indera Mahkota disedari kira-kira jam 9 pagi Isnin lalu selepas salah seorang pekerja mendapati bahagian pintu hadapan terbuka."Pemeriksaan lanjut mendapati tiga peti tunai dan dua unit perakam kamera litar tertutup (CCTV) hilang dengan anggaran kerugian RM 12,390," katanya.Beliau berkata, kes kedua yang berlaku di premis di Jalan Beserah yang disedari petang hari sama."Kejadian disedari kira-kira jam.2.11 petang, semasa salah seorang pekerja berada di kedai melihat pintu besi bahagian belakang diumpil."Semakan CCTV mendapati tiga lelaki cuba memasuki kedai dengan cara memotong pintu besi bahagian belakang kedai sekitar jam 10.50 malam pada Ahad dengan anggaran kerugian RM 350," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 457/511 Kanun Keseksaan."Suspek kini direman selama.empat hari bermula Rabu hingga Sabtu untuk siasatan lanjut ," katanya. |
|
Che Puan Mahkota Khaleeda Johor Titip Rasa Syukur Selamat Lahirkan Cahaya Mata Kelima TMJ - Murai - 7/04 3:00 pm Kerabat Diraja Johor baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor telah selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad |
|
“Mampu kembalikan kredibiliti badan induk” Presiden KLFA Yakin Sentuhan TMJ Diperlukan Untuk ‘Reset’ FAM - Lobakmerah - 6/04 5:43 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah |
|
Agong, Raja Permaisuri dikurniakan cucunda ketujuh - Sinarharian - 6/04 2:14 pm KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dikurniakan cucunda yang ketujuh selepas Che Puan Mahkota Khaleeda Johor, isteri Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, selamat melahirkan seorang puteri pada Ahad (5 April).Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar disertakan pengumuman rasmi Jumaah Majlis DiRaja Johor, puteri itu merupakan anakanda kelima Tunku Mahkota Ismail.Pengumuman Diraja itu dibuat oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli hari ini.Che Puan Mahkota Khaleeda Johor dan puterinya berada dalam keadaan sihat walafiat, menurut kenyataan itu.Jumaah Majlis DiRaja Johor turut menzahirkan doa agar Allah SWT mengurniakan kesihatan, keceriaan dan keberkatan berterusan kepada Kerabat DiRaja Johor.Che Puan Mahkota Khaleeda Johor diijab kabul dengan Tunku Mahkota Ismail di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014.Pasangan diraja itu kini dikurniakan lima cahaya mata iaitu dua putera dan tiga puteri |
|
Agong, Raja Permaisuri Agong timang cucunda ketujuh Agong, Raja Permaisuri .. - Mgazette - 6/04 1:45 pm # Agong, Raja Permaisuri Agong timang cucunda ketujuh KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah selamat menerima cucunda ketujuh baginda |
|
TMJ calon terbaik 'reset' FAM - Hmetro - 6/04 1:11 pm Kuala Lumpur: Di saat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih dalam fasa pemulihan, Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar melihat Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim sebagai figura paling tepat untuk reset hala tuju badan induk itu |
|
Andansura persoal modal dari mana buka Madani Mart - Mgazette - 5/04 3:08 pm # Andansura persoal modal dari mana buka Madani Mart KUANTAN - Pas Pahang mempersoalkan dari mana sumber kewangan Yayasan Madani mendapatkan modal daripada pihak mana bagi membuka Kedai Runcit Harga Rahmah dikenali Madani Mart yang dilancarkan baru-baru ini. Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, pihaknya ingin penjelasan daripada Yayasan Madani mengenai dari mana modal diperoleh bagi membuka cawangan pertama di Indera Mahkota 8, pada Jumaat |
|
Peserta paling tua tamat cabaran Mara Lasak 2.0 - Utusan - 5/04 2:13 pm PEKAN: Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Walid Abu Hassan, 63, membuktikan usia bukan penghalang apabila berjaya menamatkan larian sejauh 15 kilometer dalam program Mara Lasak Pahang 2.0 di Felda Chini, di sini |
|
Anwar jangan mudah koyak, tersinggung ditegur isu kenaikan harga diesel .. - Mgazette - 5/04 8:02 am Pada saya, kenyataan sebegitu seolah-olah kerajaan menghina rakyat, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Pas dan Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota di Seberang Balok, di sini, hari ini |
|
Madani Mart berkonsepkan pelesenan dengan kerjasama usahawan – Fuziah - Mgazette - 5/04 8:02 am Fuziah berkata demikian selepas sesi jelajah mesra di sebuah pasar raya di sini hari ini, semasa diminta mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa inisiatif ituseperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan cawangan pertama MADANI Mart di Indera Mahkota,Kuantan, Pahang |
|
Madani Mart 'copy' KR1M - Pemuda MCA - Sinarharian - 4/04 7:05 pm SHAH ALAM - Pemuda MCA menyifatkan pelaksanaan Madani Mart hanya mengulangi konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini.Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung berkata, inisiatif yang diperkenalkan kerajaan itu dilihat sekadar penjenamaan semula program termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang kini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)."Ketika BN melancarkan KR1M, pemimpin pembangkang daripada Pakatan Harapan (PH) ketika itu mengkritiknya secara keras menyifatkannya sebagai pembaziran dana awam, penyelesaian jangka pendek, serta menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan kronisme."Kini, apabila PH berada dalam kerajaan, konsep yang sama diperkenalkan semula dengan nama baharu. Menukar 'label' tidak mengubahnya menjadi tadbir urus yang baik," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut Yee Fung, model perniagaan itu juga turut berdepan dengan ketidakselarasan dan ketelusan susulan dakwaan bahawa kerajaan tidak menyediakan pembiayaan untuk Madani Mart."Jika kerajaan tidak membiayai program ini, siapakah yang menanggung kosnya? Apakah sumber kepada apa yang disebut sebagai Yayasan Madani? Tidakkah orang ramai berhak mendapat penjelasan yang jelas?"Bagaimanakah Madani Mart boleh menawarkan harga lebih rendah daripada pasaran tanpa subsidi kerajaan? Adakah semua 640 peniaga yang terlibat secara sukarela menanggung kerugian atau mengurangkan keuntungan semata-mata atas dasar tanggungjawab sosial korporat?"Jika ya, berapa lama perkara ini boleh bertahan?," soal beliau.Yee Fung turut menyifatkan mekanisme pelesenan dan pembayaran royalti oleh peniaga berpotensi menjejaskan daya tarikan penyertaan di samping mempersoalkan keperluan mendapatkan bekalan daripada pengedar tertentu."Jika ini bukan sistem francais, mengapa pengedar tertentu diwajibkan? Adakah mereka dipilih melalui tender terbuka? Tanpa proses yang telus, orang ramai tidak dapat diyakinkan bahawa tiada unsur kronisme terlibat."Jika Madani Mart tidak menerima subsidi dan harga ditentukan oleh kuasa pasaran, ia pada asasnya hanyalah sebuah kedai komuniti biasa."Dengan peruncit sedia ada seperti 99 Speedmart, KK Super Mart, Mydin, Jaya Grocer, TF Value-Mart dan Econsave yang telah lama berkhidmat kepada masyarakat, penubuhan satu lagi platform dilihat sebagai berlebihan," ujarnya lagi.Sayap pemuda parti itu turut menggesa kerajaan mendedahkan keseluruhan jumlah perbelanjaan, keadilan sistem dan pelaksanaan tender terbuka jika benar subsidi disediakan untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih murah.Yee Fung berkata, kerajaan wajar mengambil langkah lebih berkesan dalam menangani kos sara hidup dengan memberikan baucar makanan dan rakyat boleh memberi barangan secara bebas daripada rangkaian kedai runcit sedia ada.Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan outlet pertama Madani Mart di Indera Mahkota, Pahang pada Jumaat dan menyasarkan pembukaan sekurang-kurangnya 640 outlet di seluruh negara. |
|
Inisiatif MADANI Mart bakal diperluas ke setiap DUN - Mgazette - 4/04 4:12 pm "Bila tengok sendiri rakyat tersenyum pegang ni, itu yang buat semua usaha berbaloi," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pembukaan kedai runcit MADANI Mart cawangan pertama di negara ini di Indera Mahkota 8, Kuantan |
|
Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia - Sinarharian - 4/04 11:26 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA, Tun Dr Ling Liong Sik, 83, meninggal dunia pagi ini.Perkara itu disahkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ketika dihubungi Bernama hari ini."Kami menerima berita sedih mengenai Tun Dr Ling yang meninggal dunia hari ini |
|
Jualan Rahmah Madani catat 7,277 siri pada suku tahun pertama – .. - Mgazette - 4/04 8:05 am Jumlah tersebut menunjukkan pelaksanaan yang lebih berfokus berbanding tahun sebelumnya. Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Perasmian Madani Mart di Indera Mahkota 8, di sini hari ini yang telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi |
|
Madani Mart tak??ciplak model Kedai Rakyat 1Malaysia – Fuziah - Mgazette - 4/04 8:05 am Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelaksanaan Madani Mart yang turut dijadikan rakan strategik tambahan kepada kira-kira 1,800 rakan strategik sedia ada bagi melaksanakan program Jualan Rahmah. Sementara itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merasmikan outlet pertama Madani Mart di Indera Mahkota di sini hari ini |
|
Kerajaan perkenal kemudahan AI di institusi perintis, sasar 3,000 pelajar - Sinarharian - 3/04 9:25 pm Hubungan yang baik antara saudara-saudara, anak-anak itu penting."Hilangkan rasa benci dan cemuh, memperbodohkan sesama sendiri. Ini semua yang perlu ditunjukkan," katanya.Anwar juga berkata, setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan terbesar untuk pendidikan supaya generasi muda mempunyai kekuatan dan kefahaman tinggi sebagai benteng negara pada masa depan."Pendidikan bukan hanya untuk memperoleh sijil atau ijazah tetapi untuk menjadikan manusia yang boleh berfikir secara positif," ujarnya.Pada himpunan itu, Anwar mengumumkan peruntukan menaik taraf gelanggang futsal di Kampung Bukit Bay Route di sini berjumlah RM600,000.Turut diumumkan peruntukkan RM500,000 bagi kemudahan dewan pembelajaran baharu Pusat Pengajian Islam Ribat Al Mustafa, Sungai Karang di sini untuk pelajar tahfiz.Pada himpunan itu juga, Perdana Menteri menyampaikan cek sebagai simbolik sumbangan kepada pelajar B40 di Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota dan penyampaian sumbangan kepada pelajar dan sekolah cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Pahang 2025. |
|
Indera Mahkota lokasi pertama MADANI Mart, usaha ringankan tekanan kos sara hidup rakyat - Harapandaily - 3/04 6:50 pm MADANI Mart pertama dilancarkan di Indera Mahkota hari ini sebagai sebahagian daripada inisiatif Yayasan MADANI dalam usaha membantu menangani isu bekalan dan harga barangan keperluan rakyat |
|
Minta laksana GST, tukar Madani tax pun tidak apa - Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 3/04 6:44 pm SHAH ALAM Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyindir pelaksanaan inisiatif kedai runcit Madani Mart yang dilihat mempunyai persamaan dengan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ketika diperkenalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.Dr Muhamad Akmal berkata, meskipun inisiatif berkenaan pernah menerima kritikan daripada pembangkang, namun idea sama kini dilihat diteruskan dan diguna pakai kerajaan masa kini.Ujar beliau, kerajaan turut disaran supaya melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)."Tahniah kerajaan BN, idea serta polisi yang bagus dan diteruskan oleh kerajaan hari ini walaupun mereka pernah mengutuk idea tersebut."Seterusnya, minta kerajaan laksanakan semula GST untuk kebaikan ekonomi negara, mungkin boleh tukar nama kepada Madani tax pun tidak apa," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan kedai runcit Madani Mart yang pertama di negara ini melalui cawangan Indera Mahkota 8 (IM8) pada Jumaat.Inisiatif Madani Mart yang diterajui Yayasan Madani itu merupakan strategi Kerajaan Madani dalam memperkukuh kesejahteraan rakyat serta menangani cabaran kos sara hidup secara menyeluruh.Menurut Dr Muhamad Akmal, pihaknya terus memberi sokongan kepada sebarang inisiatif yang memberi manfaat kepada ekonomi rakyat."Yang baik kita akan terus sokong |
|
Anwar Ibrahim Rasmikan Madani Mart Pertama, Usaha Tangani Kos Sara Hidup - Beautifulnara - 3/04 5:33 pm Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Madani Mart pertama di Indera Mahkota 8 sebagai sebahagian inisiatif kerajaan untuk memperkukuh kesejahteraan rakyat dan menangani isu kos sara hidup |
|
PM lancar Madani Mart, sasar 640 premis seluruh negara - Sinarharian - 3/04 4:45 pm KUANTAN Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan kedai runcit MADANI Mart yang pertama di negara ini melalui cawangan Indera Mahkota 8 (IM8) pada Jumaat.Beliau tiba kira-kira jam 3 petang sebelum menyempurnakan majlis perasmian diiringi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr |
|
Tiga ditahan terlibat video wanita mengaku Nabi Muhammad Tiga ditahan .. - Mgazette - 1/04 8:00 am # Tiga ditahan terlibat video wanita mengaku Nabi Muhammad JOHOR BAHRU - Polis menahan dua wanita dan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam hantaran akaun milik wanita mendakwa Ratu Nur Puteri Ratu Balqis yang mendakwa 'dipinjamkan badan oleh malaikat dan turut mengakui dirinya dahulu Nabi Muhammad SAW |
|
Video tular khianat kereta rupanya kes lama - Kosmo - 1/04 3:26 am KAJANG – Polis mengesahkan video tular memaparkan kejadian khianat terhadap sebuah kereta di Bandar Mahkota Cheras di sini sebenarnya merupakan insiden lama yang berlaku tahun lalu |
|
Tiga ditahan kes video Ratu Nur Putri Balqis - Sinarharian - 31/03 10:20 pm JOHOR BAHRU Dua wanita dan seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki memuat naik kandungan berunsur hasutan, fitnah serta menghina agama Islam dan institusi negara menerusi aplikasi TikTok.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video dimuat naik pemilik akaun 'ratunurputribalqis' kira-kira jam 5 petang, Ahad lalu,Menurut beliau, kandungan video tersebut didakwa mengandungi unsur hasutan, fitnah serta penghinaan terhadap agama Islam, Perdana Menteri Malaysia, Institusi Diraja Johor, institusi agama dan Ketua Polis Johor."Antara kandungan video itu termasuk dakwaan bahawa Sultan Johor, Tengku Mahkota Johor dan Perdana Menteri mendapatkan nasihat daripada individu berkenaan, selain memfitnah Sultan Johor menyimpan dokumen pengenalannya serta membuat tuduhan terhadap Jabatan Agama Islam Negeri Johor terlibat salah laku dan rasuah."Video tersebut juga menyatakan solat fardu akan kembali kepada dua rakaat dan solat sunat satu rakaat," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.Menurut Ab Rahaman, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan menahan ketiga-tiga suspek di Taman Saujana di sini pada Selasa.Katanya, hasil semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif.Polis turut membuat beberapa rampasan bagi membantu siasatan."Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 49 tahun itu direman di Mahkamah Majistret Johor Bahru selama empat hari bermula 31 Mac hingga 3 April bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya lagi.Polis Johor turut memberi peringatan tegas kepada orang ramai agar tidak menyentuh isu 3R yang boleh menjejaskan keharmonian negara serta menggesa masyarakat menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa. |
|
Krisis Asia Barat: Johor sedia langkah berdepan tekanan kos sara hidup... - Mgazette - 31/03 3:38 pm # Krisis Asia Barat: Johor sedia langkah berdepan tekanan kos sara hidup - MB JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor akan mengambil langkah awal dan tersusun dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat kesan daripada perang di Asia Barat |
|
Terdesak tiada gaji, Nelson ‘cari’ Tunku Mahkota Ismail - Hotfm - 31/03 12:20 am Kuala Lumpur: Kesempitan hidup yang semakin menghimpit memaksa legenda bola sepak Kedah, Nelson San Martin bertindak berani apabila secara terbuka mencari pemilik Johor Darul Tazim (JDT), Tunku Mahkota Ismail bagi mendapatkan bantuan kewangan termasuk cuba mencari pekerjaan. |
|
Reset bukan sekadar politik, tetapi perjalanan moral, kata Saifuddin - FMT - 27/03 10:00 am Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata gerakan itu berteraskan nilai, pembaharuan institusi dan pembinaan semula negara, bukan kelangsungan politik. |
|
Anwar, Presiden UAE, PM Bahrain bincang konflik Asia Barat - Mgazette - 25/03 8:03 am # Anwar, Presiden UAE, PM Bahrain bincang konflik Asia Barat KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berkesempatan mengadakan perbualan telefon bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan serta Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Salman bin Hamad Al Khalifa |
|
PM Anwar bincang krisis Asia Barat dengan pemimpin Bahrain, UAE - Harapandaily - 24/03 10:52 pm Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau telah mengadakan perbualan telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), sempena sambutan Aidilfitri |
|
Malaysia kekal pendirian pertikaian Asia Barat mesti ditangani melalui jalan damai - Anwar - Sinarharian - 24/03 8:54 pm KUALA LUMPUR - Malaysia kekal berpendirian bahawa segala pertikaian di Asia Barat mesti ditangani melalui jalan damai bagi meredakan ketegangan yang kian meruncing di rantau berkenaan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dialog, diplomasi dan kerjasama erat antara negara adalah satu-satunya jalan bagi meredakan ketegangan dan mengembalikan kestabilan, selaras dengan tuntutan kemanusiaan serta prinsip keadilan sejagat.Beliau menyatakan perkara itu menerusi hantaran di Facebook selepas mengadakan perbualan telefon bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa serta Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan pada Selasa."Saya menzahirkan keprihatinan mendalam terhadap ketegangan yang berlarutan serta implikasinya kepada keselamatan serantau dan kesejahteraan rakyat, di samping menyampaikan takziah atas kehilangan nyawa serta kerosakan harta benda akibat daripada serangan balas yang berlaku," kata beliau.Selain membincangkan isu keselamatan serantau, Anwar berkata, beliau dan kedua-dua pemimpin berkenaan turut saling bertukar ucapan Aidilfitri serta mendoakan kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran buat rakyat di negara masing-masing.Ketegangan serantau terus memuncak sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan bersama terhadap Iran pada 28 Februari lepas.Teheran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, menyebabkan korban jiwa dan kerosakan infrastruktur selain mengganggu pasaran global dan sektor penerbangan |
|
Agong berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor - Kosmo - 22/03 3:25 pm PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Istana Johor di Padang Kawat, Istana Besar Johor, hari ini |
|
Sesak 20 kilometer di PLUS arah selatan akibat kemalangan - Sinarharian - 22/03 2:46 pm SHAH ALAM - Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berdepan kesesakan trafik hampir dua jam susulan kemalangan di Kilometer (KM) 274.1 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, kira-kira jam 9.30 pagi pada Ahad.Menurut Plusline1800880000, kejadian berlaku di lorong paling kanan, sekali gus menyebabkan aliran trafik terganggu, ditambah dengan pertambahan jumlah kenderaan sejak awal pagi.Kesesakan mula dikesan sekitar jam 10 pagi membabitkan laluan dari Bandar Putra Mahkota hingga ke lokasi kejadian sebelum kenderaan terlibat dialihkan ke lorong kecemasan.Insiden itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa |
|
20,000 hadiri majlis sambutan hari raya negeri Perak - Utusan - 21/03 8:56 pm IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Negeri Perak tahun 2026 yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini |
|
Tempahan potret raya di studio laris - Sinarharian - 21/03 9:00 am KUANTAN Meskipun teknologi telefon pintar semakin canggih, khidmat fotografi studio tetap menjadi pilihan apabila ratusan tempahan bagi sesi penggambaran potret raya diterima tahun ini.Trend tersebut membuktikan sebahagian masyarakat masih mendambakan sentuhan jurufoto profesional bagi mengabadikan kenangan keluarga dengan persalinan sedondon serta dandanan istimewa sempena Aidilfitri.Pemilik studio SLP Photo Studio and Video Production, Faiz Ishak, 43, berkata, permintaan tinggi mendorong pihaknya membuka tempahan seawal hari pertama Ramadan bagi memenuhi kehendak pelanggan."Kalau kita tengok, permintaan meningkat dari tahun ke tahun terutama pada malam raya, hari pertama Aidilfitri dan beberapa hari selepas itu."Setakat ini kita sudah terima sekitar 200 tempahan dan dalam sehari lebih 10 keluarga hadir untuk sesi penggambaran di studio."Ada masanya kami terpaksa menangguhkan sambutan raya bagi memenuhi tempahan pelanggan," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Indera Mahkota di sini.Beliau yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang fotografi memberitahu, cabaran utama dalam industri tersebut ialah keperluan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran selaras dengan perkembangan teknologi.Ujar anak jati Klang, Selangor itu, mereka tidak boleh ketinggalan dari segi ilmu bagi memastikan hasil kerja kekal relevan dengan kehendak semasa pelanggan."Kami cuba tingkatkan kualiti dan cipta kelainan yang mampu menarik minat pelanggan mengikut trend semasa."Bila kita ikut perkembangan itu, rasanya untuk bersaing tidak menjadi masalah walaupun ada harga lebih murah di luar sana kerana pelanggan tertarik dengan idea yang kita tawarkan," jelasnya yang mempunyai kira-kira 8 pekerja.Selain sesi di studio, Faiz turut menerima tempahan dari luar daerah termasuk Temerloh dan Jengka, malah ada pelanggan dari Kuala Lumpur yang mendapatkan khidmatnya.Menurutnya, bagi memudahkan pelanggan, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan studio di rumah."Kalau ada permintaan, kita boleh pergi menjalankan sesi penggambaran di rumah pelanggan, tetapi ia bergantung kepada pilihan mereka sendiri."Untuk tujuan itu, kita akan membawa peralatan seperti sistem pencahayaan, latar belakang dan kelengkapan lain bersama pembantu bagi menjalankan sesi fotografi raya," katanya |
|
SUV Audi Q9 Akan Datang Bakal Jadi Model Utama Interim Sementara A8 Berehat Seketika - Piston - 19/03 4:51 pm Model utama Audi A8 akan berehat seketika apabila pengeluaran model semasa berakhir pada tahun 2027 |
|
Johor Regent eyes residential project near Singapore Botanic Gardens - Malaymail - 17/03 6:59 pm SINGAPORE, March 17 The Regent of Johor, Tunku Mahkota Ismail, plans to develop residential properties on his la... |
|
87 syarikat pengendali umrah disiasat MyCC berkait kartel harga - Sinarharian - 17/03 1:23 pm KUANTAN Sebanyak 87 syarikat pengendali umrah disiasat Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kerana disyaki terlibat dalam kartel penetapan harga pakej ke Tanah Suci.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, siasatan dijalankan bagi melindungi pengguna daripada manipulasi harga oleh pihak tidak bertanggungjawab.Menurutnya, amalan kartel berlaku apabila beberapa syarikat berpakat menetapkan harga sehingga menutup persaingan sihat dan menafikan peluang rakyat mendapatkan tawaran lebih kompetitif."Ini bahayanya kartel, sebab itu di bawah KPDN kita ada MyCC, tujuannya untuk melawan amalan ini. Kartel umrah ini adalah salah satu sedang disiasat"Setakat ini, 87 syarikat sedang disiasat dan jumlah ini menunjukkan peningkatan berbanding sebelum ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jualan Rahmah Madani Mega Aidilfitri 2026 dan Agihan Wakalah Zakat Korporat SSM di Perkarangan Masjid Sungai Isap Perdana di sini pada Selasa.Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kamarudin Mohd Daud.Seramai 100 penerima asnaf telah menerima bantuan yang terdiri daripada sumbangan tunai RM200 seorang dan satu set bakul makanan bernilai RM100 daripada SSM Pahang dengan kerjasama Pertubuhan Intelek dan Bestari Indera Mahkota.Mengulas mengenai faktor keselamatan jemaah susulan situasi konflik peperangan di Asia Barat, Fuziah menasihatkan bakal jemaah agar menilai semula kemampuan atau 'istitaah' sebelum merancang perjalanan."Umrah itu bukan ibadah wajib berbanding haji |
|
Bekas pemimpin BERSATU nyatakan hasrat mahu sertai UMNO ??? Saarani - Mgazette - 17/03 8:18 am # Bekas pemimpin BERSATU nyatakan hasrat mahu sertai UMNO Saarani IPOH Beberapa bekas pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di negeri Perak dikatakan antara individu yang telah menyatakan hasrat untuk menyertai semula UMNO susulan inisiatif Rumah Bangsa |
|
UMNO Perak dedah bekas pemimpin Bersatu berminat sertai parti - Sinarharian - 16/03 1:01 pm IPOH UMNO Perak mendedahkan terdapat beberapa bekas pemimpin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilaporkan berminat untuk menyertai UMNO.Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, perkara berkenaan dimaklumkan kepadanya secara lisan, namun setakat ini belum ada permohonan rasmi dikemukakan."Secara lisannya saya dapat beberapa permohonan tapi kita tidak ada kaunter untuk orang mengisi borang |
|
Perak state Aidilfitri open house set for March 21 at Indera Mulia Stadium, all invited - Malaymail - 15/03 9:36 am IPOH, March 15 The Perak state government will hold the state level Hari Raya Aidilfitri Open House at Indera Mu... |
|
Perak to host Aidilfitri open house at Indera Mulia Stadium - SUN - 15/03 8:13 am The Perak state government will hold its annual Aidilfitri open house on March 21 at the Indera Mulia Stadium in Ipoh |
|
Rumah Terbuka Aidilfitri Perak diteruskan, GLC digalak anjur secara bersama - Thempress - 14/03 11:03 pm IPOH Kerajaan Negeri Perak tetap meneruskan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri negeri yang dijadual berlangsung pada Sabtu depan di Stadium Indera Mulia, di sini |
|
12 kereta terbakar di sebuah bengkel kenderaan - Mgazette - 14/03 4:59 pm KUANTAN - Sebanyak 12 kereta pelbagai jenis terbakar di sebuah bengkel di Jalan Gambang, di sini, hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 6.15 pagi tadi sebelum 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota serta Kuantan bergegas ke lokasi kejadian |
|
Bengkel terbakar, tujuh kereta musnah sepenuhnya - Sinarharian - 14/03 11:58 am KUANTAN - Sebanyak 12 kereta pelbagai jenis terbakar di sebuah bengkel di Jalan Gambang, di sini, pada Sabtu.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada jam 6.15 pagi Sabtu sebelum 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota serta Kuantan bergegas ke lokasi kejadian.Beliau berkata, kebakaran melibatkan kereta yang berada di luar bengkel dan tidak melibatkan struktur premis berkenaan."Sebanyak tujuh kereta musnah sepenuhnya manakala lima lagi dianggarkan terbakar 20 peratus," katanya ketika dihubungi.Beliau berkata, tiada mangsa terlibat dalam insiden itu dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan |
|
Raya 2026: PM Anwar Salur Bantuan Kepada Asnaf, Pelajar Di Kuantan - Wrlr - 14/03 11:36 am Ahmad Farhan mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan bantuan kepada penerima dalam Program Sinar Syawal MADANI Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan 2026 pada 13 Mac 2026 |
|
A request for diapers: The moment that moved Johor MB to eradicate poverty - Sinardaily - 14/03 9:00 am JOHOR BAHRU - A surprise visit to the Sultanah Aminah Hospital (HSA) is nothing unusual for Johor Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, but one encounter with a wheelchair-bound woman remains among the most poignant moments of his time leading the state.Her simple request for help to buy disposable diapers left a lasting impression on him and revealed the difficult realities still faced by some members of the Bangsa Johor community."The woman called out to me from a distance |
|
Trump dakwa AS bom sasaran tentera Iran di Pulau Kharg - Utusan - 14/03 8:11 am WASHINGTON: Presiden Donald Trump mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) mengebom sasaran di Pulau Kharg, Iran, yang mengendalikan hampir semua eksport minyak mentah negara, sambil mengancam untuk menyerang infrastruktur minyak di pulau berkenaan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |