///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Honda City News   Page 1    



Pemandu mabuk, terlibat dadah bakal berdepan hukuman berat – Anthony - Mgazette - 31/03 7:40 am

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dilaporkan berkata, kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta. Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya





Laksana Akta 333, jangan biar rakyat anggap undang-undang lunak – .. - Mgazette - 31/03 7:40 am

Terdahulu, seorang lelaki maut selepas dirempuh pemandu kereta yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang semalam. Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 20-an dari arah Jalan Raya barat menghala ke bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya





Cklamovski tekad tamatkan kemarau kemenangan di Vietnam - Sinarharian - 31/03 7:20 am

SKUAD kebangsaan bertekad menamatkan kemarau kemenangan sejak lebih sedekad lalu di bumi Vietnam apabila menentang pasukan tuan rumah dalam perlawanan terakhir Kumpulan F kempen Kelayakan Piala Asia 2027 malam ini.Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan pertemuan di Stadium Thien Truong, Nam Dinh itu memberi peluang untuk pemainnya menutup kempen dengan keputusan positif sekali gus menamatkan catatan buruk pasukan sejak separuh akhir Piala AFF 2014."Sudah 12 tahun kita tidak menang di tempat lawan menentang Vietnam





Fan dies after fall at Mexico City stadium hosting 2026 World Cup opener - Globalnews - 31/03 1:48 am

After the incident, the Mexico City Prosecutor's Office released a statement saying it's 'investigating the death of a person that occurred on March 28 inside Estadio Banorte.'





48-hour curfew imposed after attack on bar in Nigerian city - BBC - 31/03 12:44 am

The raid led to revenge attacks in Jos, with 22 reported dead so far in one of the most volatile parts of the country.





Uber to acquire Berlin-based chauffeur hailing app to ramp up its luxury travel efforts - Engadget - 31/03 12:38 am

Uber has acquired Blacklane , a Berlin-based startup that offers chauffeur services and bookings through its app, with plans to expand further into the luxury travel industry





Kes langgar sampai mati wajar dituduh membunuh tanpa niat - Peguam - Sinarharian - 30/03 8:13 pm

KUALA LUMPUR Suspek yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, wajar disiasat mengikut Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat berbanding Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Peguam, M Partiben berkata, Seksyen 300(d) berkenaan mentakrifkan perbuatan membunuh apabila seseorang melakukan tindakan yang diketahui amat berbahaya dan berkemungkinan besar menyebabkan kematian.Sementara Seksyen 44(1) itu katanya, melibatkan kes menyebabkan kematian akibat memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Menyentuh kes kemalangan maut membabitkan seorang penunggang motosikal yang terpelanting selepas dilanggar kereta jenis Honda City di Klang, beliau berkata, kesalahan itu masih boleh disabitkan walaupun individu terbabit tidak mempunyai niat khusus untuk membunuh mangsa."Elemen utama Seksyen 300(d) ialah tertuduh mengetahui bahawa tindakannya sangat berbahaya dan berisiko tinggi sehingga boleh meragut nyawa."Peruntukan tersebut juga sering digunakan dalam kes seperti melepaskan tembakan secara melulu ke arah orang ramai."Kebiasaannya, kes seperti ini dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara serta sebatan jika sabit kesalahan," katanya.Berbanding Seksyen 44(1), peguam itu berkata, peruntukan hukuman hanya membabitkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak lebih RM100,000, jika sabit kesalahan.Pada masa sama, Partiben mencadangkan beberapa langkah memperketat penguatkuasaan undang-undang perlu dibuat agar kejadian serupa dapat dielakkan.Katanya, ia termasuk mengenakan denda sehingga RM150,000 dan hukuman penjara sehingga 20 tahun melibatkan kes tertentu.Selain beliau berkata, perintah menggantung lesen memandu sehingga 10 tahun berbanding lima tahun ketika ini, diharap dapat menghalang pesalah mengulangi kesalahan sama.Beliau turut mencadangkan, kerajaan mempertingkatjan penggunaan teknologi pengujian yang lebih canggih, dalam memastikan ketepatan keputusan serta mengelakkan sebarang manipulasi."Ujian darah juga boleh dipertimbangkan walaupun ia lebih invasif, namun perlu dilaksanakan dengan prosedur yang jelas," katanya.Beliau berkata, peningkatan pengawasan melalui kamera litar tertutup (CCTV) serta pelaksanaan sistem demerit juga dilihat mampu membantu pihak berkuasa mengesan dan memantau pesalah berulang.Pada Ahad, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, pads jam 11.40 pagi.Siasatan awal mendapati kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20-an, dipercayai memotong beberapa kenderaan sebelum melanggar motosikal mangsa.Akibat pelanggaran itu, mangsa, lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Justeru, seorang lelaki ditahan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952





'Nampak sangat dia teringin' - Perkongsian lama isteri mangsa pemandu mabuk undang sebak - Sinarharian - 30/03 6:47 pm

(Juga) sabar melayan kerenah isteri ni. Semoga ALLAH limpahkan lagi rezeki buat keluarga kita," tulisnya pada 25 November 2022.Perkongsian itu turut disertakan dengan video memaparkan reaksi gembira Allahyarham Amirul Hafiz ketika menerima hadiah berkenaan.Amirul Hafiz maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an, datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah.





Maut dirempuh pemandu mabuk: MMA gesa dana pampasan diwujudkan - Sinarharian - 30/03 6:46 pm

PUTRAJAYA Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan wujud kegagalan sistemik dalam melindungi kebajikan keluarga mangsa kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh (DUI), meskipun undang-undang sedia ada mengenakan hukuman berat terhadap pesalah.Presidennya, Datuk Dr R Thirunavukarasu, berkata penalti kewangan yang dikenakan ke atas pesalah ketika ini tidak disalurkan secara langsung kepada keluarga mangsa yang terkesan.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan keluarga yang kehilangan pencari nafkah terpaksa berdepan tekanan berganda tanpa sokongan mencukupi."Keluarga yang kehilangan pencari nafkah sering terpaksa mengharungi proses perundangan yang kompleks, pertikaian insurans berpanjangan serta beban kewangan yang besar, selalunya tanpa sokongan mencukupi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau menegaskan Malaysia ketika ini masih tidak mempunyai mekanisme pampasan khusus bagi mangsa DUI, sama ada melibatkan alkohol atau dadah.Jelasnya, situasi tersebut menyebabkan keluarga mangsa seolah-olah gagal dilindungi dua kali, pertama akibat insiden yang meragut nyawa dan kedua oleh sistem yang sepatutnya memberi keadilan."Akibatnya, keluarga mangsa seolah-olah gagal dilindungi dua kali, iaitu pertama oleh insiden tersebut dan kemudian oleh sistem yang sepatutnya menyampaikan keadilan," jelas beliau.Mengulas lanjut, Dr Thirunavukarasu berkata, walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2020 telah memperketatkan hukuman termasuk penjara dan denda tinggi, langkah itu masih belum mencukupi dari sudut perlindungan kepada mangsa.Sehubungan itu, MMA menggesa kerajaan menubuhkan Dana Pampasan Mangsa DUI khusus bagi menyediakan bantuan kewangan segera kepada keluarga terjejas.Selain itu katanya, bantuan guaman mandatori juga perlu disediakan bagi memastikan akses keadilan yang lebih saksama kepada semua pihak.Dalam pada itu, MMA turut menggesa penguatkuasaan lebih agresif melalui pelaksanaan Op Mabuk secara berterusan sepanjang tahun dengan sekatan jalan raya yang tidak dapat dijangka serta berimpak tinggi.Menurut beliau, saringan rutin bukan sahaja perlu melibatkan alkohol, tetapi juga dadah yang boleh menjejaskan keupayaan pemanduan.Mengulas risiko DUI, beliau berkata walaupun statistik rasmi menunjukkan kes pemanduan mabuk menyumbang kurang daripada 0.5 peratus kemalangan maut, setiap kematian yang boleh dicegah tetap tidak boleh diterima."Walaupun satu kematian yang boleh dicegah tidak boleh diterima. Setiap kes mewakili kehilangan nyawa yang tidak dapat diganti serta kemusnahan sebuah keluarga," katanya.Tambah beliau, bukti daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan pemandu mabuk adalah 13 kali lebih berkemungkinan menyebabkan kemalangan.Katanya, risiko itu menjadi lebih tinggi apabila alkohol dan dadah digunakan secara serentak, sekali gus menjadikan DUI sebagai ancaman nyata terhadap keselamatan awam.Dalam masa sama, MMA mencadangkan agar had kandungan alkohol dalam darah (BAC) diturunkan selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), selain mewajibkan program pemulihan kepada pesalah.Beliau turut menegaskan keperluan kempen pendidikan awam berterusan bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya DUI dalam semua bentuk."DUI bukan isu bermusim, sebaliknya risiko nasional berterusan yang memerlukan respons menyeluruh dan terselaras," ujarnya.MMA dalam pada itu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut akibat insiden DUI.Dr Thirunavukarasu berkata, keadilan tidak boleh terhenti pada hukuman semata-mata."Ia mesti merangkumi perlindungan, sokongan dan maruah untuk keluarga yang ditinggalkan," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dilaporkan berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Katanya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa menyebabkan mangsa tercampak di atas kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.





'Bawa RUU pemandu mabuk ke Parlimen' - Shahidan - Sinarharian - 30/03 5:53 pm

SHAH ALAM Sidang Dewan Rakyat akan datang perlu menjadi medan untuk kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang bagi memperketat undang-undang sedia ada berkaitan hukuman berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kematian.Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, selain itu wajar mengambil langkah segera memperkukuh penguatkuasaan tanpa berlengah.Menurutnya, ketika ini Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun hingga maksimum 15 tahun, denda RM50,000 hingga RM100,000 serta penggantungan lesen selama 10 tahun bagi kesalahan tersebut."Nyawa rakyat tidak boleh dikompromi dan tindakan tegas mesti diambil," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang penunggang motosikal maut tercampak selepas dirempuh kereta dipandu seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey memaklumkan, bahawa siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an secara melulu dari arah Jalan Raya Barat ke Bandar Klang sebelum bertindak memotong kenderaan lain sehingga memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal terbabit.Dalam hantaran yang sama, Shahidan turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar."Saya juga berharap agar pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga mangsa."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua mangsa akibat kecuaian ini mendapat pembelaan yang seadilnya, dan keluarga yang ditinggalkan terus dipelihara kebajikannya," ujar beliau.





Lifetime ban for drunk drivers who kill, Selangor Pas proposes - Sinardaily - 30/03 5:40 pm

SHAH ALAM Pas Selangor has proposed stricter action, including lifetime driving bans for individuals convicted of drunk driving that results in death.Its commissioner Ab Halim Tamuri said the measure should be implemented to protect public safety while serving as a strong deterrent to offenders.He said the party viewed seriously the recurring fatal accidents involving drivers under the influence of alcohol, which indicated that existing measures were still insufficient.This situation proves that current laws and enforcement are not sufficiently deterrent.Firmness means little if implementation is lax and inconsistent, he said in a statement on Monday.Halim said although the government has increased penalties for such offences, they have yet to produce a truly effective deterrent effect.As such, Pas Selangor also proposed that compensation be automatically channelled to victims families without the need for lengthy and burdensome civil lawsuits.He added that an approach based on the principle of diyat (blood money) could also be considered as an additional mechanism within the existing legal framework, in line with justice values.At the same time, he suggested establishing a dedicated database to identify individuals with alcohol addiction for better monitoring and more systematic intervention.He said preventive efforts should be strengthened through support measures such as free counselling and rehabilitation programmes to assist those struggling with addiction.Road safety is a shared responsibility and requires firmer, more comprehensive and bold action from the government, he said.On Sunday, Sinar reported that a motorcyclist was killed after being hit by a car driven by an individual under the influence of alcohol and drugs in a three-vehicle crash along Jalan Raya Barat, Klang, at about 11.40am.South Klang police chief ACP Lim Jit Huey said the accident involved a motorcycle and two cars - a Honda City and a Perodua Myvi.





'Arwah keluar beli buku teks Matematik anak' - Isteri mangsa maut dirempuh pemandu mabuk - Sinarharian - 30/03 5:25 pm

LARUT - "Papa keluar dulu, abang long nak sekolah, tak ada buku..."Itu kata-kata terakhir Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, ketika keluar menaiki motosikal untuk membeli buku teks Matematik anaknya sebelum maut dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat dekat Klang, Ahad lalu.Isterinya, Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, arwah sudah beberapa hari menyatakan hasrat untuk membeli buku tersebut kerana bimbang anak sulung mereka yang berusia sembilan tahun tidak dapat mengikuti pembelajaran di sekolah.Menurutnya, pada hari kejadian, arwah memaklumkan mahu ke Seksyen 19, Shah Alam untuk mendapatkan buku berkenaan."Dia kata nak pergi beli buku Matematik abang long sebab buku itu hilang. Dia risau anak tak boleh belajar."Dia memang dah beberapa hari sebut nak pergi beli," katanya dalam nada sebak ketika ditemui di kediaman keluarga di Kampung Repoh, Batu Kurau di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an, datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa, menyebabkan mangsa tercampak ke atas kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.Nor Nadia berkata, komunikasi terakhir mereka berlaku sekitar jam 11.14 pagi apabila beliau menghubungi arwah mengenai barangan yang dihantar ke rumah."Dia jawab lampin pakai buang anak dah sampai dan ada dalam bilik





Pujut rep to serve as Miri mayor until 2027 following extension - BorneoPost - 30/03 5:21 pm

MIRI (March 30): Pujut assemblyman Adam Yii will continue to serve as Miri mayor following the extension from this April 1 until March 31 next year





'Mama...sakitnya papa' - Keluarga mangsa rempuhan pemandu mabuk nekad tuntut keadilan - Sinarharian - 30/03 5:12 pm

Dia bawa motosikal dan duduk di laluan yang betul, tak ada tengok telefon pun. Semua orang tengok video (kemalangan) itu, suami saya tak laju pun," katanya ketika ditemui pemberita di kediaman keluarga di Kampung Repoh, Batu Kurau di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Siasatan awal polis mendapati, pemandu berkenaan memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa menyebabkan mangsa tercampak di atas kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian.Nor Nadia berkata, keluarganya telah dihubungi peguam yang bersedia membantu mereka dalam urusan perundangan.Katanya, merekakini hanya berharap proses undang-undang dapat berjalan dengan adil dan memberi pembelaan sewajarnya kepada mangsa sekali gus bagi memastikan kejadian sama tidak berulang kepada orang lain."Insya-ALLAH, peguam akan jumpa saya dalam masa terdekat untuk bincangkan tindakan lanjut," katanya.Dalam pada itu, beliau menyifatkan hukuman sedia ada terhadap kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol masih belum memadai."Penjara sahaja tidak cukup





Pencuri solo diberkas ketika pecah rumah di pagi 1 Syawal - Mgazette - 30/03 3:59 pm

# Pencuri solo diberkas ketika pecah rumah di pagi 1 Syawal MELAKA Seorang lelaki terpaksa menyambut 1 Syawal di balik tirai besi apabila diberkas polis ketika sedang melakukan jenayah pecah rumah dalam satu operasi khas di Ayer Keroh, di sini, awal pagi 21 Mac lalu





Pemandu mabuk sebabkan kematian penunggang motosikal direman 4 hari - Mgazette - 30/03 3:59 pm

Semalam media melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh seorang lelaki yang memandu dibawha pengaruh alkohol dan positif dadah di Jalan Raya Barat, Klang. Jit Huey melaporkan, siasatan awal mendapati, sebuah Honda City dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an bergerak dari Jalan Raya Barat menuju ke bandar Klang secara melulu dan pada kelajuan tinggi





Pemandu mabuk: Anthony Loke `do something’! – Khairil Nizam - Mgazette - 30/03 3:59 pm

Terdahulu, seorang lelaki maut selepas dirempuh pemandu kereta yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang semalam. Siasatan awal mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 20-an dari arah Jalan Raya barat menghala ke bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya





ACC2026: Sawda pertahan gelaran, Izzah kecewa - Kosmo - 30/03 3:58 pm

KUALA LUMPUR – Atlet berbasikal trek remaja negara, Sawda Hasbullah mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 selepas memenangi acara 1 kilometer (km) ujian masa remaja wanita





Drink-driving death in Malaysia spirals into race-baiting, inflames ethnic tensions - Scmp - 30/03 3:30 pm

A horrific road crash in Malaysias port city of Klang that left a motorcyclist dead on Sunday has spiralled into yet another bout of race-baiting, after what began as a fatal drink-driving investigation. Police said the crash happened at about 11.40am on Jalan Raya Barat, when an allegedly speeding Honda City driven by a local man in his twenties overtook several vehicles, crossed into the opposite lane and struck a motorcycle coming from the other direction





Penyamun ditahan ketika buat kerja di pagi Aidilfitri, miliki 18 rekod jenayah lampau - Sinarharian - 30/03 3:27 pm

MELAKA - Seorang penyamun yang menjadikan pagi Aidilfitri sebagai waktu bekerja untuk melakukan jenayah akhirnya ditahan polis dalam satu operasi di Ayer Keroh, di sini.Suspek lelaki tempatan berusia 46 tahun yang mempunyai 18 rekod jenayah lampau itu ditahan sekitar jam 2 pagi pada 21 Mac lalu ketika dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di kawasan perumahan.Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, tangkapan dibuat hasil risikan dan maklumat awam menerusi operasi Op Petong.Menurutnya, siasatan mendapati suspek bergerak secara solo dan aktif melakukan kegiatan pecah rumah sejak Januari lalu di sekitar Ayer Keroh dan kawasan berhampiran."Hasil tangkapan ini, polis berjaya menyelesaikan lima kes jenayah harta benda di daerah Melaka Tengah yang dilaporkan antara 16 Januari hingga 21 Mac lalu."Modus operandi suspek adalah menyasarkan rumah di kawasan berpagar dan berpengawal yang tidak berpenghuni atau ditinggalkan dalam tempoh tertentu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, suspek akan memanjat tembok sebelum memasuki rumah melalui tingkap bilik air atau tingkap sisi."Suspek turut meletakkan kenderaan jauh dari lokasi rumah mangsa sebelum berjalan kaki melalui kawasan semak bagi mengelakkan dikesan."Hasil tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk telefon bimbit, pakaian, sarung tangan serta sebuah kenderaan jenis Honda Jazz yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah," katanya.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun serta denda atau sebatan jika sabit salah.Tambah beliau, suspek yang tidak bekerja itu kini direman sehingga 2 April bagi membantu siasatan lanjut.Beliau menasihati orang ramai supaya sentiasa memastikan keselamatan rumah terjamin, terutama apabila ditinggalkan tanpa penghuni."Pastikan semua pintu dan tingkap dikunci dengan sempurna serta maklumkan kepada jiran atau pihak berkuasa sekiranya meninggalkan rumah dalam tempoh lama," katanya





Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal tiada rekod lampau - Sinarharian - 30/03 2:41 pm

KLANG Seorang lelaki tempatan yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kemalangan di Jalan Raya Barat di sini, Ahad lalu, disahkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, setakat ini pihaknya sudah merakam tiga keterangan bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan."Tiada rekod lampau, tiga keterangan diambil setakat ini," katanya ringkas pada Isnin.Terdahulu, lelaki berusia 20-an berkenaan direman empat hari bermula Ahad hingga 2 April bagi membantu siasatan lanjut.Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat.Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Rakaman kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.





Pas Selangor cadang tarik lesen seumur hidup pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 30/03 2:41 pm

SHAH ALAM Pas Selangor mencadangkan tindakan lebih tegas termasuk menarik balik lesen memandu seumur hidup terhadap individu yang disabitkan kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian.Pesuruhjayanya, Ab Halim Tamuri berkata, langkah itu wajar dilaksanakan sebagai usaha melindungi keselamatan awam selain memberi pengajaran keras kepada pesalah.Menurutnya, pihaknya memandang serius insiden kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol yang terus berulang sekali gus menunjukkan pendekatan sedia ada masih belum mencukupi."Situasi ini membuktikan undang-undang serta penguatkuasaan ketika ini belum cukup menggerunkan."Ketegasan tidak memberi makna jika pelaksanaannya longgar dan tidak konsisten," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Ab Halim berkata, walaupun kerajaan telah meningkatkan hukuman terhadap kesalahan itu, namun ia dilihat belum mampu memberi kesan pencegahan yang benar-benar berkesan.Sehubungan itu, Pas Selangor turut mencadangkan agar pampasan disalurkan secara automatik kepada keluarga mangsa tanpa perlu melalui proses saman sivil yang panjang dan membebankan.Katanya, pendekatan berasaskan prinsip diyat juga boleh dipertimbangkan sebagai mekanisme tambahan dalam kerangka perundangan sedia ada selaras dengan nilai keadilan.Dalam pada itu, beliau mencadangkan penubuhan pangkalan data khas bagi mengenal pasti individu yang mempunyai ketagihan alkohol bagi tujuan pemantauan dan intervensi lebih sistematik.Tambahnya, usaha pencegahan perlu diperkasakan melalui penyediaan sokongan seperti kaunseling percuma serta program pemulihan bagi membantu individu yang berdepan masalah ketagihan."Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan tindakan lebih tegas, menyeluruh serta berani daripada kerajaan," jelas beliau.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.





Dirempuh pemandu mabuk: Penguatkuasaan, kempen kesedaran terhenti atau masih berjalan? - Sinarharian - 30/03 2:22 pm

SHAH ALAM - Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan (MOT) di bawah pimpinan Anthony Loke digesa mengambil langkah susulan sewajarnya bagi membendung isu pemanduan berbahaya yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga mengakibatkan berlaku kemalangan jalan raya.Naib Presiden MCA, Datuk Ir Lawrence Low berkata, Anthony juga perlu tampil ke hadapan untuk menjawab beberapa persoalan seperti operasi penguatkuasaan serta kempen kesedaran awam mengenai bahaya memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol yang digerakkan pada 2020, dihentikan atau masih berjalan."Adakah tiada penguatkuasaan dijalankan? Adakah kempen kesedaran awam mengenai bahayanya pemanduan dipengaruhi dadah atau alkohol yang digerakkan pada 2020 dihentikan setelah pertukaran kerajaan?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Lawrence dalam masa sama membangkitkan bahawa isu tersebut menjadi keutamaan sewaktu Presiden MCA, Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong menerajui MOT suatu ketika dahulu.Beliau berkata, pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dibuat bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah, khususnya membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45.Jelasnya lagi, ia dibuktikan apabila akta tersebut berjaya diluluskan di Dewan Rakyat, Dewan Negara dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, kemudiannya diwarta serta mula dikuatkuasakan pada 23 Oktober 2020."Bukan itu sahaja, usaha tidak tertumpu kepada hukuman semata-mata, malah turut disusuli pelaksanaan kempen kesedaran secara meluas bagi mendidik masyarakat tentang bahaya memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah serta pemanduan secara melulu."Ini bukanlah isu perkauman kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa dan terkorban disebabkan pemandu mabuk, dipengaruhi dadah serta mereka yang tidak bertanggungjawab memandu secara berbahaya," ujarnya.Lawrence menambah, banyak sesi libat urus diadakan bersama pelbagai pihak termasuk Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) yang berlangsung di MOT pada 23 Jun 2020 semasa proses meminda Akta 333 itu.Menurutnya, MCCBCHST bersetuju perundangan dan pendidikan mesti saling melengkapi bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan yang dipengaruhi dadah atau alkohol hingga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya."Turut ditekankan bahawa memandu dalam keadaan mabuk tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana kepercayaan agama atau bangsa, sebaliknya pindaan Akta 333 adalah demi keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya.Atas dasar itu, pemimpin MCA terbabit menggesa Anthony tampil bagi menjawab segala persoalan berbangkit."Nyawa manusia tiada galang gantinya. Keselamatan pengguna jalan raya tidak patut dipertaruhkan dek kecuaian pihak lain."Tindakan tegas, konsisten dan berterusan daripada MOT serta agensi berkaitan perlu diperkasakan, bukan bersifat reaktif hanya selepas berlakunya tragedi," kata Lawrence lagi.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi Ahad itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Suspek telah direman empat hari bermula Isnin hingga 2 April ini bagi membantu siasatan.





Naik Motor Sejauh 140KM Bersama Dua Anak Demi Pulang Beraya, Pengorbanan Ibu Ini Undang Air Mata - Siraplimau - 30/03 2:14 pm

Demi kasih terhadap ibu bapa di kampung halaman, seorang wanita sanggup meredah perjalanan hampir 140KM dengan menunggang motosikal bersama dua anak kecilnya semata-mata untuk pulang beraya





Pembangkang desak kaji hukuman mati terhadap pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 30/03 1:41 pm

SHAH ALAM - Blok pembangkang mendesak kerajaan supaya mengambil langkah lebih tegas dengan mengkaji pelaksanaan hukuman mati terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, cadangan itu dilihat perlu susulan insiden tragis di Klang pada Ahad yang sekali lagi meragut nyawa tidak berdosa akibat tindakan pemandu di bawah pengaruh alkohol.Menurutnya, kejadian itu bukan sekadar satu kemalangan, tetapi satu bentuk kecuaian melampau yang seharusnya dianggap sebagai jenayah berat terhadap masyarakat.Tegasnya, hukuman sedia ada dilihat masih gagal memberikan kesan pencegahan yang mencukupi apabila insiden seumpama itu terus berulang."Ini membuktikan bahawa pendekatan undang-undang ketika ini tidak lagi memadai untuk menangani isu pemanduan mabuk yang semakin membimbangkan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, cadangan mengkaji pelaksanaan hukuman mati itu bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi sebagai mesej jelas bahawa nyawa manusia tidak boleh dipandang ringan dan sebarang tindakan yang membahayakan orang lain akan berdepan akibat paling berat.Beliau turut menegaskan bahawa apabila seseorang berada di bawah pengaruh alkohol tetapi tetap memilih untuk memandu, undang-undang sewajarnya menganggap individu berkenaan mempunyai niat untuk membunuh kerana tindakannya itu secara nyata berisiko tinggi meragut nyawa orang lain.Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya segera meminda undang-undang sedia ada, termasuk memperketatkan penguatkuasaan serta memperluaskan kesedaran awam mengenai bahaya pemanduan di bawah pengaruh alkohol."Nyawa yang hilang tidak dapat diganti. Sudah tiba masanya tindakan lebih drastik diambil demi melindungi keselamatan rakyat dan memastikan keadilan ditegakkan," tambahnya.Pemandu mabuk langgar orang sampai mati patut dihukum mati - Afnan HamimiSHAH ALAM Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden menegaskan, sudah tiba masa untuk pemandu mabuk yang menyebabkan kematian orang awam di jalan raya dikenakan hukuman mati.Ini kerana katanya, perbuatan memandu dalam keadaan mabuk sehingga meragut nyawa adalah satu tindakan membunuh dengan sengaja."Orang yang mabuk, memandu, langgar orang sampai mati, patut dihukum mati!" katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.Sinar Harian pada Ahad melaporkan, seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu individu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Raya Barat, Klang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey, berkata kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal serta dua kereta iaitu Honda City dan Perodua Myvi.Sementara itu, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin menggesa Menteri Pengangkutan, Anthony Loke supaya segera mengambil tindakan bagi menangani kes berkenaan.Menurutnya, tindakan tegas tanpa kompromi perlu diambil terhadap pesalah yang memandu dalam keadaan mabuk.Beliau yang juga Ketua Portfolio Pengangkutan Perikatan Nasional (PN) berkata, pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol bukan sekadar melanggar undang-undang tetapi turut memberi ancaman kepada nyawa pengguna jalan raya lain."Saya menegaskan bahawa Kerajaan perlu memperkasa pelaksanaan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, khususnya Seksyen 44 dan 45A, dengan mengenakan hukuman yang lebih tegas kepada pesalah pemandu mabuk."Tidak perlu lagi sekadar menggantung lesen, pesalah wajar terus dihitamkan (blacklist) seumur hidup daripada memandu





PEMBELA tawar khidmat guaman pro bono bantu keluarga mangsa pemandu mabuk - Sinarharian - 30/03 1:37 pm

SHAH ALAM Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menawarkan khidmat perundangan secara pro bono kepada keluarga mangsa insiden kematian tragis akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang berlaku baru-baru ini di Jalan Raya Barat, Klang.Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya kejadian tersebut yang disifatkan sebagai kecuaian melampau sehingga meragut nyawa insan tidak berdosa."Bantuan guaman itu meliputi nasihat perundangan, pemantauan prosiding kes serta representasi di mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya."Usaha ini juga bertujuan membantu keluarga mangsa mendapatkan pampasan yang sewajarnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang susulan insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau menegaskan, perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan satu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak."Sebarang bentuk kelonggaran terhadap pelaku hanya akan memberi isyarat salah kepada masyarakat dan membuka ruang kepada lebih banyak tragedi seumpamanya."Minuman memabukkan perlu dikawal dengan lebih tegas, manakala premis yang menyediakannya juga harus bertanggungjawab menghalang pelanggan daripada memandu dalam keadaan mabuk," ujarnya.Tambah beliau, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk memastikan pendakwaan dilakukan secara segera serta hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku."Kegagalan mengambil tindakan sewajarnya boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap keadilan dan keselamatan awam," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun nyawa yang hilang tidak dapat dikembalikan, usaha menegakkan keadilan kepada mangsa dan keluarga perlu diberi keutamaan.Menurutnya, kerajaan juga disaran mempertimbangkan pelaksanaan konsep diyat bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa."PEMBELA boleh dihubungi melalui No 019-3217845 (En Amirul Arib) untuk tindakan lanjut," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa.





Case of illegal proceeds of ex-army chief Hafizuddeain and wife to be tried together - Sinardaily - 30/03 1:33 pm

KUALA LUMPUR - The 11-count case of receiving money from illegal activities involving former Army Chief (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan and his wife, Salwani Anuar @ Kamaruddin will be tried together at the Sessions Court here.Judge Azura Alwi decided this after allowing the application of deputy public prosecutor Mahadi Abdul Jumaat for the cases to be tried together and it was not objected by lawyer Aizul Rohan Anuar who represented Muhammad Hafizuddeain and lawyer Fahmi Abd Moin representing Salwani."The court allowed the prosecution's application for the cases to be tried together and set May 18 for mention of the case for the submission of documents





Pemandu mabuk ragut nyawa: Akmal cadang hukuman mati, penjara seumur hidup dikenakan - Sinarharian - 30/03 1:00 pm

SHAH ALAM - Kerajaan sekali lagi digesa mempertimbangkan cadangan untuk menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati bagi kes melibatkan kematian akibat pemandu mabukKetua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, untuk membolehkan hukuman lebih berat itu dikenakan terhadap pelaku, pendakwaan bagi kes tersebut perlu dibuat di bawah Kanun Keseksaan.Menurutnya, gesaan itu dibuat susulan kemalangan tragis yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal, Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang menjadi satu lagi peringatan mengenai ancaman nyata pemandu mabuk di jalan raya.Kata beliau, hakikatnya, kes tersebut bukan insiden terpencil kerana sudah terlalu kerap rakyat mendengar mengenai nyawa insan tidak bersalah diragut oleh kecuaian pihak yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk."Lebih membimbangkan, kejadian sebegini seolah-olah tidak lagi memberi kesan kepada golongan terbabit, malah dilihat semakin berleluasa."Sejak awal, kita telah mendesak agar hukuman terhadap pemandu mabuk diperketatkan. Walaupun undang-undang sedia ada di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 15 tahun serta denda RM50,000 hingga RM100,000, realitinya ia masih belum cukup kuat untuk mengekang jenayah ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin.Terdahulu, media melaporkan individu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad direman empat hari untuk siasatan lanjut.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, dalam kejadian itu, Amirul Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai dirempuh pemandu mabuk.Kata beliau, siasatan awal mendapati pemandu Honda City dipercayai memandu laju, memotong beberapa kenderaan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa.Mangsa kemudiannya tercampak ke atas sebuah Perodua Myvi serta hasil ujian saringan mendapati pemandu terbabit positif alkohol dan dadah.Justeru, Muhamad Akmal menegaskan, kerajaan perlu mengambil langkah lebih berani dan tegas kerana nyawa manusia tidak boleh terus dipertaruhkan dengan hukuman yang tidak memberi kesan pencegahan yang nyata.Beliau turut mencadangkan agar pampasan mandatori yang signifikan diberikan kepada keluarga mangsa dan wajib ditanggung oleh pelaku.Ujarnya, sekiranya pelaku tidak berkemampuan, mekanisme tanggungan alternatif termasuk penglibatan keluarga pelaku perlu dipertimbangkan secara adil dan berperundangan.Muhamad Akmal juga menyarankan pelaksanaan skim khairat kematian berpusat yang perlu diwajibkan kepada semua pemegang lesen memandu bagi memastikan bantuan segera dapat disalurkan kepada keluarga mangsa tanpa birokrasi yang melambatkan.Tambahnya, jika kesalahan berkaitan dadah dikenakan hukuman berat kerana merosakkan masyarakat, maka perbuatan memandu dalam keadaan mabuk sehingga meragut nyawa juga wajar dipandang dengan keseriusan yang sama.Beliau pada masa sama turut menggesa Menteri Pengangkutan serta semua ahli parlimen tanpa mengira blok politik supaya segera membawa usul dan mengambil tindakan legislatif yang tuntas dalam perkara tersebut."Berapa banyak lagi nyawa tidak bersalah perlu terkorban sebelum kita benar-benar bertindak? Nilai sebuah nyawa itu tidak ternilai."Jangan sampai kita hanya tersedar apabila ia melibatkan orang yang kita sayangi





'Baru bertemu Sabtu, Ahad dia pergi selamanya' - Rakan kongsi kisah pilu pemergian Amirul - Sinarharian - 30/03 12:15 am

Siang bekerja di gudang, malam menyambung mencari pendapatan lebih untuk anak-anak."Sekarang, anak-anaknya kehilangan tempat bergantung," katanya sayu.Dalam pada itu, beliau menyifatkan pemergian Amirul sebagai kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah rakan sekerja."Dia bukan sekadar kawan kerja, tetapi seperti keluarga. Kehilangannya memang sangat terasa," katanya.Illyasa turut menegaskan hukuman setimpal perlu dikenakan terhadap pelaku yang terlibat dalam kejadian ini."Pada saya, kejadian ini berpunca daripada sikap dan kecuaian yang nyata iaitu mabuk dan di bawah pengaruh dadah."Saya harap agar hukuman berat dikenakan terhadap individu yang mengakibatkan rakan saya maut dalam kejadian ini," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang ditunggang mangsa.





Pemandu mabuk, positif dadah rempuh penunggang motosikal direman empat hari - Sinarharian - 30/03 10:54 am

KLANG Individu yang dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Raya Barat pada Ahad direman empat hari untuk siasatan lanjut.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, perintah reman terhadap suspek dibenarkan oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat."Tempoh reman bermula hari ini hingga 2 April bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Kejadian yang turut tular di media sosial itu memaparkan mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jit Huey dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan, pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan.Beliau berkata, tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.Jelas beliau, akibat pelanggaran tersebut, mangsa seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi.Tambah beliau, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.





Fabrizio Romano dakwa United sudah kenal pasti pengganti Casemiro - Sinarharian - 30/03 9:10 am

PAKAR perpindahan Eropah, Fabrizio Romano baru-baru ini berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha Manchester United mendapatkan pemain tengah baharu.The Red Devils dilaporkan kini memberi tumpuan untuk mendapatkan khidmat Sandro Tonali daripada Newcastle United.Menjelang pembukaan jendela perpindahan musim panas, United sudah mula merangka langkah awal dengan memperkukuh posisi tengah bertahan sebagai keutamaan.Situasi ini timbul susulan jangkaan pemergian Casemiro yang bakal meninggalkan kekosongan besar di bahagian tengah pasukan.Menurut Romano, pihak pengurusan United telah menyenarai pendek beberapa nama, dengan Tonali muncul sebagai antara sasaran utama.Menurutnya, pemain itu dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan iaitu masih muda, memiliki kualiti permainan tinggi serta sudah membuktikan kemampuan di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).Gabungan faktor tersebut membuatkan United cukup berminat untuk mendapatkan pemain kebangsaan Itali itu sebagai pengganti ideal kepada Casemiro bagi musim hadapan."Bagaimanapun, usaha mendapatkan Tonali tidak dijangka mudah apabila mereka turut berdepan saingan daripada seteru setempat, Manchester City," katanya.Tambah Romanoo, City juga sedang mencari pemain tengah baharu bagi menggantikan Rodri, dengan Tonali antara nama dalam radar pengurus Pep Guardiola.Namun begitu, United sedikit lega apabila Tonali bukan sasaran utama City





Police probe deadly Klang smash after Honda City driver, allegedly intoxicated, collides head-on with motorcyclist - Malaymail - 30/03 8:55 am

SHAH ALAM, March 30 A motorcyclist was killed after being hit by a driver believed to be under the influence of...



US could have saved Tomahawks if it hadnt hit Minab School, FM spox says amid shortage - Presstv - 30/03 7:47 am

Iran says the US could have saved two more Tomahawks if it had not conducted a missile attack on an Iranian elementary school in the city of Minab.





The Papers: 'Horror on the street' and 'Fears grow over shortages' - BBC - 30/03 7:47 am

Several of Monday's papers lead with images from Derby after a car struck pedestrians in the city centre.





Compensation details for millions of drivers set to be revealed - BBC - 30/03 7:04 am

The City regulator will outline how millions of people can claim compensation for mis-sold car finance.





China’s long-term care insurance system redefines disabled care - BorneoPost - 30/03 6:00 am

BEIJING (March 30): Every few days, Wang Jianya, a villager in Guanhaiwei Township of the city of Ningbo in eastern China, faced the exhausting task of lifting her elderly mother from her bed, transferring her to a wheelchair, and then pushing her to the village entrance to catch a ride to a hospital for a [...] The post China’s long-term care insurance system redefines disabled care appeared first on Borneo Post Online .





RSF attack on Sudans South Kordofan kills at least 14, including children - Aljazeera - 30/03 3:22 am

Sudan Doctors Network said RSF and allies shelled residential areas in the city of Dilling for several hours.



Jupiter's Lightning May Have the Force of Nuclear Weapons - Slashdot - 29/03 10:34 pm

How powerful is Jupiter's lightning? Thick clouds cover the view, notes Science magazine





Lelaki maut motosikal dirempuh pemandu mabuk, khayal dadah - Sinarharian - 29/03 7:37 pm

KLANG - Seorang penunggang motosikal maut dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya."Pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan."Tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, akibat pelanggaran tersebut, mangsa, seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an, tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi."Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah," katanya.Tambah beliau, hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah."Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut





Ford Transit City EV Diperkenal Di Eropah - Careta - 29/03 7:05 pm

Sebenarnya rebadge model JMC dari China Transit City ini dibina hasil kerjasama Ford dengan rakan kongsinya di China, Jiangling Motors Corporation (JMC), dan pada asasnya ia adalah versi rebadge kepada JMC Touring, sebuah van elektrik komersial yang sudah sedia wujud di pasaran China





Artikel Pilihan 10 Kereta Paling Jimat Minyak (ice Vs Mhev Vs Hev Vs Phev) .. - Mekanika - 29/03 7:01 pm

Dengan penggunaan sekitar 5.2 liter bagi setiap 100 kilometer, Vios menawarkan keseimbangan antara keselesaan, prestasi dan penjimatan bahan api, menjadikannya pilihan yang lebih matang untuk kegunaan harian. Angka ini juga adalah setara dengan pesaing rapat Vios iaitu **Honda City 1.5** yang menunjukkan penggunaan bahan api sekitar 5.4-5.6 liter bagi setiap 100km 4





Izzah atur pertemuan bekas juara dunia - Utusan - 29/03 6:37 pm

PETALING JAYA: Ratu trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd





ACC2026: Izzah sambar tiket separuh akhir acara pecut - Kosmo - 29/03 6:22 pm

KUALA LUMPUR – Atlet berbasikal trek sensasi negara, Nurul Izzah Izzati Mohd



China protests US alert over security rules change in Hong Kong - Straitstimes - 29/03 5:42 pm

BEIJING, March 29 - China's top diplomat in Hong Kong has met with the senior U.S





Frosting, sprinkles and layers of fun: Giant cake picnic hits Sydney - BBC - 29/03 5:04 am

Hundreds of bakers head to the city's botanic gardens to share and savour their colourful creations.





Remaja maut kemalangan dua motosikal - Sinarharian - 28/03 8:44 pm

JERTIH - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah motosikal lain di Kampung Telaga Nibong, Hulu Besut di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu mangsa, Muhammad Haziq Azman, 17, yang merupakan pembantu penjual ayam, maut di tempat kejadian manakala penunggang sebuah lagi motosikal mengalami kecederaan ringan."Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila penunggang motosikal Honda EX5 iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun yang dalam perjalanan dari arah Kampung Gong Nering menuju ke Kampung Telaga Nibong, telah memperlahankan kenderaannya dan memberi isyarat untuk membelok ke kanan di simpang tiga jalan."Dalam masa sama mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave 125 datang dari arah belakang dan dipercayai cuba memotong motosikal tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, situasi itu menyebabkan motosikal mangsa telah bergesel dengan motosikal di hadapannya sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar besi paip di tepi jalan.Mohd Rozaime berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan," katanya.





Singapore seizes record Asian pangolin scales disguised as dried fish skin - Scmp - 28/03 5:59 pm

Singapore has seized over 830kg (1,800 lbs) of Asian pangolin scales hidden in a shipment bound for Cambodia, authorities said on Saturday, calling it the largest haul of its kind discovered in the city state



India opens second international airport for Delhi capital region - Straitstimes - 28/03 5:40 pm

The Noida International Airport is in Uttar Pradesh and 75km from the city.





Main Kota Kinabalu roads will close on Monday for TYTs official birthday celebration - Malaymail - 28/03 4:16 pm

KOTA KINABALU, MARCH 28 Several main roads in the city will be closed to facilitate the parade in conjunction wi...





Warga emas maut dalam perjalanan pulang dari kedai runcit - Sinarharian - 28/03 2:29 pm

MARANG Seorang warga emas berusia 80 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Kubang Palas, Bukit Payong di sini pada petang Jumaat.Ketua Polis Daerah Marang, Superintenden Mohd Sofian Redzuan berkata, kejadian kira-kira jam 5.45 petang itu membabitkan dua buah motosikal iaitu jenis Honda C70 dan Modenas Kriss MJ110.Menurutnya, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika mangsa, Muhammad Abdullah, yang menunggang Honda C70 sedang melalui satu selekoh di laluan satu lorong dua hala yang tidak mempunyai garisan putih pembahagi jalan."Difahamkan motosikal yang ditunggang mangsa dari kedai runcit menghala pulang ke rumah, manakala sebuah lagi motosikal dari rumah menghala ke kedai runcit."Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah bertembung secara berhadapan dengan motosikal Modenas Kriss yang datang dari arah bertentangan."Akibat pertembungan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.Mohd Sofian berkata, motosikal Modenas Kriss berkenaan ditunggang oleh seorang remaja lelaki berusia 14 tahun bersama seorang pembonceng kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun."Kedua-dua remaja dan kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut," jelasnya.Menurut beliau, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Syafiq Amsyar Zaharuddin di talian 013-9195738.Tambahnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang turut mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan serta isyarat lalu lintas dan sentiasa berhati-hati semasa memandu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.





Myanmar travellers take to the trains as fuel prices rise - Scmp - 28/03 9:01 am

Myanmars ageing railway stations are bustling with life, crowded with passengers as surging fuel prices due to the Middle East war drive commuters to choose trains over costly planes and cars



Visceral horror: UN rights body condemns US strike on Iranian school - Presstv - 28/03 7:38 am

The UN rights chief has strongly condemned a strike on an Iranian elementary school in the Iranian city of Minab that took placed on the first day of the US-Israeli war of aggression on Iran.



US-Israeli attack kills two in Firouzabad, Iran - Middleeasteye - 28/03 3:21 am

US-Israeli attack kills two in Firouzabad, Iran Two people were killed and two others injured when US-Israeli attacks hit a cement factory in the Iranian city of Firouzabad, the Iranian Students' News Agency is reporting.





Im not shocked: Palestinian activists home targeted in foiled firebombing .. - Middleeasteye - 28/03 2:39 am

Im not shocked: Palestinian activists home targeted in foiled firebombing plot Submitted by Yasmine El-Sabawi on Fri, 03/27/2026 - 16:30 Nerdeen Kiswani told MEE she was informed her life was in danger and how incidents like this shake me to my core Within Our Lifetime founder Nerdeen Kiswani speaks at a rally calling on Israel to stop its invasion of Rafah in Gaza, at Union Square in New York City, on 12 February 2024 (Michael M Santiago/Getty Images via AFP) Off A New Jersey man who allegedly planned to firebomb the home of a prominent Palestinian-American activist was arrested on Thursday and now faces federal charges in a criminal complaint viewed by Middle East Eye





Para trek negara sapu tiga emas - Kosmo - 27/03 10:36 pm

PETALING JAYA Skuad berbasikal trek para negara meneruskan rentak cemerlang apabila meraih tiga pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Velodrom Tagaytay City, Filipina, hari ini





Sarah Ferguson stripped of York freedom over Epstein ties - SUN - 27/03 10:08 pm

Sarah Ferguson loses her Freedom of York honour due to her association with Jeffrey Epstein, following a unanimous city council vote.





Skuad trek para negara sumbang tiga emas di ACC 2026 - Hotfm - 27/03 9:30 pm

Kuala Lumpur: Skuad berbasikal trek para negara mempamerkan aksi cemerlang apabila menggondol tiga pingat emas pada hari ketiga Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2026 di Velodrom Tagaytay City, Filipina, hari ini.





The remarkable return of Roy Hodgson aged 78 - BBC - 27/03 9:24 pm

Roy Hodgson's idea of celebrating 50 years in management is not to sit back reflecting on his career, but instead to return to the dugout at Bristol City.





Engadget Podcast: Can Microsoft fix Windows 11 by dumping AI? - Engadget - 27/03 8:26 pm

It turns out people don't actually love having Copilot shoved into their faces





The Morning After: Sony and Hondas debut EV is dead before it even arrived - Engadget - 27/03 8:15 pm

Honda and Sony announced that they are discontinuing both the Afeela 1 and 2, their electric cars




Reformasi     >>



FACT CHECK Did the US defense secretary declare Islam .. - Mkini
Checks find Hegseth's remarks were quoted inaccurately.
Kroni     >>



Politics : Nurul Izzah Denies Quitting As PKR Deputy .. - Bernama
KUALA LUMPUR, March 30 (Bernama) --Nurul Izzah Anwar has denied claims that she has stepped down as PKR deputy president.
Tabloid     >>



Siapalah Anak Saya Ini, Tak Pernah Terfikir Ada Insan .. - Rotikaya
Ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah meluahkan rasa syukur di atas pertunangan anaknya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Memetik mStar Online, Zarina berkata dia menangis apabila... Baca selanjutnya → The post Siapalah Anak Saya Ini, Tak Pernah Terfikir ..
Tech     >>



50 years of Apple pushing tech forward, for better or .. - Engadget
Over the last 50 years, Apple reimagined personal computers, catalyzed the era of the smartphone, enlarged an iPhone and called it the iPad and garnered a strong position in wearable tech through its Watch series and its AirPods. It also popularized software and services like its App Store, ..
World     >>



US says Trump interested in asking Arab countries to .. - Aljazeera
White House's Karoline Leavitt says passing the conflict's costs off to regional states is 'an idea' Donald Trump has.
Motor Trend     >>



Motosikal Thunder Motorcycle Lancar Fts250 Di Jepun .. - Mekanika
# THUNDER MOTORCYCLE LANCAR FTS250 DI JEPUN - 29HP, 22.5NM **Thunder Motorcycle memperkembangkan tawaran model baharu bagi tahun 2026 dengan memperkenalkan Thunder FTS250 di Tokyo Motorcycle Show 2026.** Model baharu ini bukan sebuah cruiser/chopper seperti Hardtail dan Softail sebaliknya ..