///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Gerakan News   Page 1    



Isu pelarian: BAM dan GEGAR mahu tindakan, bukan retorik - Mygazette - 11/06 7:35 am

# Isu pelarian: BAM dan GEGAR mahu tindakan, bukan retorik KUALA LUMPUR Batalion Anak Muda (BAM) dan Gerakan Guaman Rakyat (GEGAR) menggesa Kerajaan Madani mengambil tindakan lebih tegas dan tersusun dalam menguruskan isu pelarian di negara ini demi menjaga keselamatan awam, kestabilan pasaran buruh serta kepentingan negara





Warisan tetap utuh walaupun beberapa bekas pemimpinnya tinggalkan parti .. - Mygazette - 11/06 7:35 am

Menurut Mohd Shafie, kekuatan sebenar Warisan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu sebaliknya terletak pada ahli-ahli biasa, sukarelawan akar umbi dan rakyat Sabah yang terus percaya kepada perjuangan yang bersih serta berprinsip. Beliau turut menyifatkan perkembangan terkini itu sebagai satu proses pembersihan semula jadi dalam sesebuah gerakan politik





Mana bukti ada komplot ???tebuk atap??? di N. Sembilan? – Bibi... - Mygazette - 11/06 7:35 am

# Mana bukti ada komplot tebuk atap di N. Sembilan? - Bibi Sharliza SEREMBAN - Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid mencabar mana-mana pihak yang mendakwa wujud gerakan tebuk atap melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO negeri itu





Presiden, barisan tertinggi Siswa Bersatu letak jawatan, sertai Gerakan .. - Mygazette - 11/06 7:35 am

# Presiden, barisan tertinggi Siswa Bersatu letak jawatan, sertai Gerakan RESET KUALA LUMPUR Presiden Siswa Bersatu Malaysia bersama tiga lagi pemimpin tertinggi sayap mahasiswa itu mengumumkan peletakan jawatan daripada semua jawatan dalam Siswa Bersatu dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta, sekaligus menamatkan keahlian mereka dalam parti





Kesediaan Pas buka kerjasama pelbagai parti bukti mampu pimpin negara - Mygazette - 11/06 7:35 am

Pas tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangannya semata-mata untuk mendapatkan kuasa. "Rekod parti itu menunjukkan Pas mampu berdiri sendiri sebagai sebuah gerakan politik yang mempunyai akar umbi kukuh, jentera tersusun dan sokongan yang meluas," katanya dalam kenyataan hari ini





Hamzah dijangka buat pengumuman penting Sabtu ini - Sinarharian - 11/06 7:00 am

SHAH ALAM - Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dijangka membuat pengumuman penting berhubung masa depan politik beliau.Dinamakan Konvensyen 'Reset' Malaysia, acara itu bakal berlangsung di Tapak Ekspo Kota Harmoni, Tanah Merah, Kelantan pada Sabtu ini jam 12.30 tengah hari.Hamzah berkata, setiap negara akan sampai ke satu titik yang mana rakyat perlu memilih untuk terus berpecah atau kembali semula ke titik asas iaitu 'Reset'."Reset sekarang untuk masa hadapan," katanya ringkas pada Rabu.Sebelum ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan memaklumkan, penyokong Hamzah dijangka berhimpun bagi mengetahui hala tuju politik baharu di bawah pimpinan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.Beliau dalam masa sama menganggarkan, jumlah kehadiran kali ini lebih tinggi iaitu sekitar 10,000 orang.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memberi bayangan bahawa pengumuman mengenai sebuah parti politik baharu untuk menghadapi pilihan raya akan dilakukan semasa atau tidak lama selepas persidangan tersebut."Kami semua menyokong Hamzah. Keahlian dalam parti baharu ini hanya diumumkan selepas pengumuman rasmi mengenai penubuhan parti berkenaan," ujarnya.Pada 14 Februari lalu, Hamzah melancarkan gerakan Reset bersama beberapa Ahli Parlimen dan penyokong akar umbi, sehari selepas beliau dipecat serta keahliannya digugurkan daripada Bersatu.Beliau juga menyatakan kesediaan untuk memimpin Reset berasaskan satu konsensus nasional baharu.Tanpa parti baharu, Hamzah yang kini duduk bersebelahan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat akan kembali bersidang sebagai Ahli Parlimen Bebas bersama wakil rakyat lain yang dipecat.





UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga - Mypress - 10/06 8:04 pm

ALOR SETAR Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga bagi mengurangkan beban…





BAM, GEGAR kemuka enam cadangan urus isu pelarian kepada kerajaan - Sinarharian - 10/06 6:44 pm

SHAH ALAM Batalion Anak Muda (BAM) dan Gerakan Guaman Rakyat (GEGAR) mengemukakan enam cadangan kepada Kabinet bagi memperkukuhkan pengurusan isu pelarian di negara ini yang didakwa masih berdepan pelbagai kelemahan dari segi kawalan, pemantauan dan penempatan semula.Menerusi satu kenyataan bersama, BAM dan GEGAR berkata, cadangan pertama ialah kerajaan perlu melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang mengikat disebabkan ketika ini pelarian bergerak bebas di seluruh negara tanpa sistem pemantauan yang berkesan dan tanpa rekod pergerakan yang dikemas kini."Kerajaan hendaklah dengan segera mewujudkan mekanisme kawalan pergerakan yang komprehensif





'Tunjuk bukti ADUN UMNO sertai komplot jatuhkan kerajaan Negeri Sembilan' - Bibi Sharliza - Sinarharian - 10/06 5:31 pm

SEREMBAN - Dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional(BN) Negeri Sembilan mengatur gerakan politik untuk menjatuhkan kerajaan negeri ini adalah tidak benar.Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, sekiranya benar terdapat perjumpaan atau komplot seperti yang didakwa, ia perlulah dikemukakan sebagai bukti kepada rakyat."Jika tiada bukti, hentikan segera budaya politik fitnah, spekulasi dan penyebaran maklumat palsu yang hanya mengeruhkan keadaan serta menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi demokrasi."Sebagai salah seorang ADUN BN dan KetuaWanita UMNO Negeri Sembilan, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular kononnya terdapat ADUN-ADUN UMNO Negeri Sembilan yang telah menghadiri satu perjumpaan di sebuah hotel di Kuala Lumpur bagi merancang gerakan politik untuk menjatuhkan kerajaan negeri,"katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, dakwaan tersebut dilihat sebagai cubaan terdesak untuk mencetuskan persepsi politik serta mengalihkan perhatian rakyat daripada krisis institusi, adat dan perlembagaan yang sedang melanda negeri ini ketika ini.Tambahnya, lebih membimbangkan, dakwaan berkenaan kini cuba diperkuatkan dengan penyebaran pelbagai cerita dan dokumen yang kononnya membuktikan wujudnya komplot politik melibatkan ADUN UMNO."Namun sehingga hari ini, tiada sebarang bukti yang sah, jelas dan boleh disahkan pernah dikemukakan kepada rakyat bagi menyokong tuduhan tersebut."Saya menolak sekeras-kerasnya cubaan mengaitkan ADUN-ADUN UMNO Negeri Sembilan dengan dakwaan kononnya wujud gerakan menjatuhkan kerajaan atau usaha 'tebuk atap',"katanya.Beliau yang juga ADUN Juasseh turut menyifatkan tuduhan terbabit bukan sahaja tidak bertanggungjawab, malah memperlihatkan usaha terancang untuk membina persepsi politik tanpa sebarang asas yang kukuh.Lebih membimbangkan ujar Bibi Sharliza, dakwaan itu timbul ketika rakyat sedang menuntut penjelasan dan penyelesaian terhadap isu sebenar yang melibatkan institusi adat dan perlembagaan negeri."Masih ada pihak yang memilih untuk bermain dengan naratif politik bagi menutup kelemahan dan kegagalan sendiri."Politik yang matang seharusnya berteraskan fakta dan kebenaran, bukannya khabar angin yang sengaja direka untuk mengelirukan rakyat sedangkan mereka mahukan jawapan terhadap isu sebenar yang sedang berlaku,"katanya.Tambahnya, rakyat mahu melihat kepimpinan yang bertanggungjawab dan berani menyelesaikan masalah, bukannya terus menuding jari serta mencipta musuh politik khayalan bagi menutup kegagalan pentadbiran.Tegasnya, Wanita UMNO Negeri Sembilan berpendirian bahawa rakyat berhak mendapat fakta, bukannya persepsi."Negeri Sembilan memerlukan penyelesaian, bukannya spekulasi





Kepimpinan Siswa Bersatu letak jawatan, sokong gerakan 'Reset' - Sinarharian - 10/06 5:14 pm

SHAH ALAM - Sekumpulan pemimpin tertinggi dalam Siswa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan peletakan kesemua jawatan yang dipegangnya, berkuat kuasa serta-merta.Presiden Siswa Bersatu, Ameer Hazeem Mohd Zaky berkata, keputusan yang dibuat secara kolektif itu bukan tindakan melulu.Sebaliknya, menurut beliau, ia ketetapan yang diambil setelah memerhati dan menganalisis keadaan baik di dalam parti mahupun gabungan secara menyeluruh."Dengan peletakan jawatan melalui kenyataan ini juga, keahlian kami turut terhenti."Justeru, kami menyatakan kesediaan untuk bersama dengan gerakan 'Reset' yang akan membawa nafas baharu kepada negara."Perkara ini selaras Gagasan Konsensus Nasional yang akan ditonjolkan kepada rakyat Malaysia tidak lama lagi," katanya pada Rabu.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan bersama Naib Presiden Siswa Bersatu, Muhammad Hakim Mohd Helmy; Setiausaha Agung Siswa Bersatu, Wan Amir Hakim Wan Mohd Asdi dan Bendahari Kehormatnya, Sarah Hannani Ahmad Fikri.Ameer Hazeem berpandangan, pihaknya tetap berpegang kepada keyakinan bahawa penyatuan ummah merupakan asas penting dalam memperkukuh kestabilan politik dan memperjuangkan kebajikan rakyat.Bagaimanapun, jelasnya, terdapat perbezaan yang semakin ketara antara pendirian tersebut dengan hala tuju semasa parti."Setelah melalui pertimbangan mendalam, kami mengambil keputusan untuk berundur dan meneruskan perjuangan melalui wadah yang kami rasakan lebih selari dengan prinsip tersebut."Kami tetap berterima kasih kepada parti atas segala peluang diberikan dan mendoakan yang terbaik untuk Bersatu," ujarnya.Pada Isnin, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu.Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.Menurut beliau, mesyuarat turut memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah mengenai kerjasama politik parti itu atas prinsip penyatuan ummah.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari pada Selasa pula mendedahkan bahawa tindakan Bersatu menentang kemasukan parti lain dalam PN menjadi punca hubungan politik dengan Pas ditamatkan.Susulan itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya terus kekal berada dalam PN dan memperkukuhkan teras perjuangannya sebagai parti pengasas gabungan.Ahli Parlimen Pagoh itu menjelaskan, fokus utama ketika ini memastikan agenda prihatin yang diperjuangkan PN terus diperkasakan meskipun sudah tidak lagi bekerjasama dengan Pas.ARTIKEL BERKAITAN:Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli





Selepas singkir Bersatu, Pas kuasai medsos PN : Hantaran ‘bukan tuan rumah’ cetus tanda tanya? - Harapandaily - 10/06 5:00 pm

Di tengah-tengah kemelut hubungan antara Pas dan Bersatu, satu hantaran di laman Facebook rasmi Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan “Gerakan dan MIPP bukan tetamu





BERSATU wajar salahkan diri sendiri gagal kerjasama politik - Harakahdaily - 10/06 4:54 pm

Sebaliknya, mereka perlu berani melihat cermin dan menilai kelemahan sendiri yang semakin hari semakin terserlah di hadapan rakyat. Antara episod paling sukar dilupakan ialah krisis politik di Perlis yang menyaksikan gerakan […] The post BERSATU wajar salahkan diri sendiri gagal kerjasama politik appeared first on Harakahdaily .





Who really owns PN? - Sinardaily - 10/06 4:24 pm

It is unlikely that both parties can remain in PN after their political ties have been severed."In the end, either Pas or Bersatu will have to leave or be removed from the coalition," he told Sinar on Tuesday.Zuhdi said attention is now focused on the upcoming PN Supreme Council meeting, which is expected to be held soon to determine the position of both parties.Based on PN's constitution, he said the Supreme Council has the authority to expel any component party if necessary."That meeting will determine PN's future. Whether Pas or Bersatu is removed, the decision will determine who controls PN going forward," he said.Although Pas and Bersatu hold the greatest influence within the coalition, Zuhdi believes Gerakan and Malaysian Indian People's Party (MIPP) could play a crucial role."If Gerakan and MIPP back one side, they could determine which party continues to dominate PN," he said.At the same time, he acknowledged that Bersatu has its own argument for defending its position, given that PN was established through the initiative of Muhyiddin Yassin.According to him, that historical factor may be one reason Bersatu leaders are demanding that the PN chairman's post be returned to Muhyiddin."One of PN's key founders was Muhyiddin himself





Hantaran PAS, Gerakan dan MIPP bukan tetamu di FB PN cetus persoalan - FMT - 10/06 4:19 pm

Hantaran di Facebook rasmi PN turut menyatakan Bersatu bukan tuan rumah.





Kepimpinan Siswa Bersatu umum keluar parti, sedia sertai Gerakan Reset - FMT - 10/06 3:34 pm

Peletakkan jawatan itu diketuai Presiden Ameer Hazeem Mohd Zaky serta beberapa pimpinan lain.





UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya - Belia 4B Kedah - Sinarharian - 10/06 3:09 pm

ALOR SETAR Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga bagi mengurangkan beban yang ditanggung masyarakat tempatan.Pengerusinya, Muhammad Najib Taib berkata, langkah itu perlu diberi perhatian segera memandangkan Kedah sebagai negeri sempadan antara yang paling terkesan dengan kehadiran pelarian Rohingya dari aspek sosial dan ekonomi.Menurut beliau, walaupun pihaknya tidak menafikan dasar kemanusiaan yang diamalkan negara, keselamatan rakyat, kedaulatan undang-undang dan peluang ekonomi golongan muda tempatan tidak boleh diketepikan."UNHCR perlu mempercepatkan urusan penempatan semula pelarian ini ke negara ketiga dan tidak membiarkan beban tersebut terus ditanggung oleh komuniti setempat."Kita tidak menafikan dasar kemanusiaan, namun keselamatan rakyat Kedah, kedaulatan undang-undang dan peluang ekonomi anak muda tempatan tidak boleh dikompromi sama sekali," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, kedudukan geografi Kedah sebagai negeri sempadan dan pintu masuk utara negara menyebabkan negeri itu menjadi antara lokasi yang menerima kesan langsung daripada isu kebanjiran warga asing berkenaan.Sehubungan itu, Gerakan Belia 4B Kedah turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak berkuasa bagi menangani isu tersebut secara menyeluruh.Antaranya ialah memperketatkan kawalan di sempadan darat serta perairan Langkawi dan Kuala Kedah bagi mengekang kemasukan pelarian baharu.Selain itu, pertubuhan berkenaan turut mendesak pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan terhadap premis perniagaan yang didakwa diusahakan secara tidak sah oleh pelarian Rohingya bagi melindungi kepentingan ekonomi usahawan tempatan.Muhammad Najib turut meminta pihak polis meningkatkan rondaan di kawasan yang mempunyai penempatan padat warga asing bagi menangani sebarang isu keselamatan dan gangguan terhadap masyarakat setempat.Terdahulu, Sinar Harian melaporkan jumlah etnik Rohingya di Malaysia yang berdaftar dengan UNHCR meningkat kepada kira-kira 126,144 orang setakat Februari 2026 berbanding sekitar 10,000 orang kira-kira tiga dekad lalu.



Kedudukan PN: Pas, Gerakan, MIPP adakan musyawarah minggu ini ??? Annuar... - Mygazette - 10/06 3:02 pm





Gerakan akan terus main peranan perkukuh PN ??? Dominic - Mygazette - 10/06 3:02 pm

# Gerakan akan terus main peranan perkukuh PN Dominic KUALA LUMPUR Parti Gerakan Rakyat (Gerakan) akan terus memainkan peranan yang membina dalam memperkukuhkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan politik yang inklusif dan boleh diterima oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama





Kedudukan PN ditentukan minggu ini - Annuar Musa - Sinarharian - 10/06 2:06 pm

SHAH ALAM - Pas memutuskan untuk memberhentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) demi kebaikan bersama, setelah pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan hubungan tersebut gagal membuahkan hasil.Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa menegaskan, keputusan drastik itu setakat ini hanya melibatkan hubungan muafakat antara kedua-dua parti berkenaan secara khusus, dan sama sekali tidak melibatkan status Perikatan Nasional (PN).Menurut beliau, kedudukan masa depan gabungan PN akan dibincangkan bersama oleh parti-parti komponen yang lain, khususnya Pas, Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), dan Parti Kesejahteraan India Malaysia (MIPP)."Perbincangan mengenai perkara ini (kedudukan PN) akan dilakukan dalam minggu ini juga," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Annuar berkata, Pas kekal komited kepada agenda politik kerjasama pelbagai kaum serta pendekatan politik matang dan sejahtera.Beliau turut menzahirkan penghargaan Pas terhadap sikap positif yang ditunjukkan oleh Gerakan dan MIPP dalam konteks gabungan PN, sambil menyifatkan kedua-dua parti tersebut mempunyai peranan besar yang boleh dimainkan dalam landskap politik negara.Mengulas lanjut mengenai langkah ke hadapan gabungan itu, Annuar menegaskan bahawa Pas akan memastikan sebarang tindakan susulan dalam PN wajib bersandarkan kepada Perlembagaan PN.Tegasnya, keputusan tidak boleh dibuat berdasarkan sikap merasakan diri lebih unggul oleh mana-mana individu atau mana-mana satu parti secara bersendirian.Sehubungan itu, satu majlis musyawarah yang melibatkan pimpinan Pas, Gerakan, dan MIPP telah pun diatur untuk disegerakan dalam masa terdekat.ARTIKEL BERKAITAN: Pas putus hubungan politik dengan Bersatu serta-mertaPas perjelas punca putus hubungan dengan Bersatu'Tenang, sabar dulu' - RazaliTun Faisal namakan siapa dikatakan kem ulama tidak bersetuju - Ahmad Fadhli





Pas menyokong Bersatu di Perlis sehingga PN membuat keputusan - Shahidan - Sinarharian - 10/06 1:11 pm

Namun di Perlis sekarang, kerajaan adalah di bawah PN yang majoriti kerusinya dimiliki Pas dan Pas menyokong Bersatu di Perlis."Sehingga PN membuat apa-apa keputusan, pentadbiran Perlis berterusan seperti biasa dan keutamaan kita adalah kebajikan rakyat. Rakyat adalah keutamaan kami," katanya ketika mengulas perkembangan politik semasa pada Rabu.Shahidan yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Perlis berkata, segala usaha membantu rakyat akan diteruskan walaupun berlaku perubahan dalam hubungan politik di peringkat nasional."Walau apa pun politik yang berlaku, usaha membantu rakyat dan menjaga kebajikan rakyat akan diteruskan, insya-Allah," ujarnya.Pada Isnin, Pas Pusat mengumumkan keputusan menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu berkuat kuasa serta-merta selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa terhadap hubungan kedua-dua parti.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, mesyuarat tersebut turut memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulama pada 2 Jun lalu berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah mengenai kerjasama politik parti itu berasaskan prinsip penyatuan ummah.Susulan keputusan berkenaan, Pas memaklumkan akan meneroka bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya baharu demi penyatuan ummah bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pas dan Bersatu merupakan dua komponen utama yang membentuk PN sejak tahun 2020 sebelum disertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada Februari 2021.





PN milik mutlak siapa? - Sinarharian - 10/06 12:37 am

Tidak mungkin kedua-dua parti kekal berada dalam PN selepas hubungan politik mereka diputuskan."Pada akhirnya, sama ada Pas atau Bersatu perlu keluar atau dikeluarkan daripada gabungan itu," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.Zuhdi berkata, tumpuan kini terarah kepada mesyuarat Majlis Tertinggi PN yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat bagi menentukan kedudukan kedua-dua parti.Berdasarkan perlembagaan PN, katanya, Majlis Tertinggi mempunyai kuasa untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen sekiranya perlu."Mesyuarat itu akan menjadi penentu masa depan PN. Sama ada Pas atau Bersatu yang tersingkir, keputusan itu akan menentukan siapa menguasai PN selepas ini," ujarnya.Walaupun Pas dan Bersatu mempunyai pengaruh terbesar dalam gabungan itu, Zuhdi melihat Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) berpotensi memainkan peranan penting."Jika Gerakan dan MIPP menyokong satu pihak, maka mereka boleh menentukan parti mana yang kekal menguasai PN," katanya.Dalam masa sama, beliau mengakui Bersatu mempunyai hujah tersendiri untuk mempertahankan kedudukannya memandangkan PN diasaskan hasil inisiatif Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurutnya, faktor sejarah itu mungkin menjadi antara sebab pemimpin Bersatu menuntut jawatan Pengerusi PN dikembalikan kepada Muhyiddin."Antara pengasas utama PN ialah Muhyiddin sendiri





PAS beri isyarat akan terus kuasai PN - Mkini - 10/06 12:31 am

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Annuar Musa berkata, satu musyawarah antara PAS bersama Gerakan dan MIPP sudah diatur dan disegerakan.





Pas-Bersatu split part of bigger play to recast PN around Hamzah's faction? - Sinardaily - 10/06 10:44 am

That rejection is believed to be one of the factors that further strained relations between the two sides, he said.Hisommudin said the next dispute will likely focus on ownership and control of PN.I anticipate a battle over who truly owns PN. Once they have parted ways, they cannot continue living in the same house.Pas could potentially use its position as PN chairman to secure the support of Gerakan and Malaysian Indian People's Party (MIPP) in order to remove Bersatu from the coalition, he said.Hisommudin suggested that parliamentary and state seats previously allocated to Bersatu could eventually be handed to Hamzah's faction to contest under the PN banner in the next general election.However, he noted that a major unanswered question remained Hamzah's official status, as his group currently lacked a registered political party that could formally become a component of PN.Beyond strengthening ties with Hamzah's camp, Hisommudin said Pas might also explore the possibility of reopening cooperation with Umno through a broader agenda of Malay-Muslim unity.Nevertheless, he said the proposal has yet to gain significant support among Umno's top leadership.Meanwhile, Professor Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid, holder of the Malaysian Studies Chair at the University of Victoria in New Zealand said Pas now has greater freedom to pursue political partnerships that best serve its interests.If Pas chooses Hamzah's group, it would not carry the historical baggage associated with Umno and Pas would have the opportunity to become the core party leading the Malay-Muslim narrative.At this point, a reset may be the more pragmatic option for Pas





Annuar Musa: PAS to meet with Perikatan components, sans Bersatu, on coalition direction this week - Malaymail - 10/06 9:59 am

KUALA LUMPUR, June 10 PAS will discuss Perikatan Nasionals (PN) position with Gerakan and the Malaysian I...





PAS bincang segera nasib PN dengan Gerakan, MIPP - FMT - 10/06 9:16 am

Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata setiap keputusan akan dibuat ikut perlembagaan gabungan bukannya secara individu atau oleh satu parti.





PN to hold talks this week on coalitions direction - FMT - 10/06 9:12 am

PN information chief Annuar Musa says a meeting involving PAS, Gerakan, and the Malaysian Indian Peoples Party has been arranged.





Pas may leave or be expelled from PN after split with Bersatu - Analysts - Sinardaily - 10/06 8:34 am

KUALA LUMPUR - Pas may either leave or be expelled from the Perikatan Nasional (PN) coalition, after deciding to end its political cooperation with Bersatu, according to a political analyst.Director of the Faculty of Social Sciences and Humanities at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Campus, Associate Professor Dr Mazlan Ali said Pas could not determine PNs direction on its own, as the coalition also comprises Bersatu, Gerakan and the Malaysian Indian People's Party (MIPP)."Pas represents only one voice





Pas putus hubungan Bersatu, Gerakan tunggu penjelasan rasmi - Dominic - Sinarharian - 9/06 7:26 pm

SHAH ALAM - Parti Gerakan Rakyat Malaysia akan menunggu penjelasan rasmi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas berhubung kemelut politik antara kedua-dua parti itu sebelum mengulas lebih lanjut perkara tersebut.Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau berkata, buat masa ini semua parti dalam Perikatan Nasional (PN) kekal fokus terhadap tanggungjawab yang lebih besar memandangkan Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan semakin hampir.Menurutnya, apatah lah lagi landskap politik negara yang terus berkembang menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang."Kami menghormati peranan serta sumbangan kedua-dua parti, Pas dan Bersatu dalam PN."Gerakan akan terus memainkan peranankonstruktif dalam memperkukuh PN sebagai sebuah gabungan yang dapat diterima oleh rakyat Malaysia daripada semua kaum dan agama, sambil menjunjung kestabilan politik, kepimpinan berprinsip serta mengutamakan kepentingan rakyat mengatasi segala-galanya," ujarnya kepada Sinar Harian.Sebelum ini, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan hari ini bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.





Tak puas hati disaman, lelaki maki polis sambil rakam video - Sinarharian - 9/06 6:54 pm

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki merakam video sambil mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis kerana tidak berpuas hati disaman atas kesalahan lalu lintas membawa padah apabila dia ditahan pada Selasa.Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Basri Sagoni berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.24 pagi Isnin ketika anggota polis sedang menjalankan rondaan serta penguatkuasaan lalu lintas."Anggota terbabit telah mengeluarkan saman terhadap sebuah kenderaan jenis Proton Preve kerana melakukan kesalahan lalu lintas."Semasa tindakan penguatkuasaan dijalankan, pemilik kenderaan berkenaan yang merupakan seorang lelaki tempatan telah menghampiri anggota polis sambil merakam video menggunakan telefon bimbit," katanya dalam kenyataan pada SelasaBasri berkata, lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kesat serta melakukan provokasi terhadap anggota polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saman yang dikenakan."Susulan laporan polis yang diterima, satu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955."Hasil maklumat dan siasatan yang dijalankan, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan di sebuah premis perniagaan di Jalan Dato Senu di sini kira-kira jam 2.36 pagi tadi," katanya.Beliau berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Infinix bersama kad sim yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes yang disiasat."Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku merakam video anggota polis yang sedang bertugas itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan penguatkuasaan yang diambil terhadapnya," katanyaMenurutnya, suspek telah direman selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis bagi membantu siasatan lanjut."Hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan ke atas suspek didapati negatif," katanya.Basri berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang boleh mengganggu siasatan polis."Sebarang bentuk penghinaan, ugutan, gangguan atau tindakan yang menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukannya."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.





Gerakan, MIPP avoid weighing in on PAS-Bersatu split - Mkini - 9/06 6:53 pm

Lau urges coalition partners to focus on upcoming polls.





Gerakan tunggu penjelasan lanjut PAS dan Bersatu - Mkini - 9/06 6:09 pm

Gerakan akan menunggu penjelasan rasmi lanjut sebelum membuat sebarang komen.





Gerakan komited perkukuh PN, tunggu penjelasan PAS, Bersatu - FMT - 9/06 5:59 pm

Gerakan ingatkan semua pihak berkenaan bahawa sekarang masa untuk tumpu kepada 'tanggungjawab lebih besar'.





Tamat kerjasama dengan Bersatu: Pas mungkin keluar atau dikeluarkan dari PN - Penganalisis - Sinarharian - 9/06 5:57 pm

KUALA LUMPUR - Pasberkemungkinan keluar atau dikeluarkan daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu, demikian menurut penganalisis politik.Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, Pastidak boleh menentukan hala tuju PN secara bersendirian kerana gabungan politik itu turut dianggotai Bersatu, Gerakan serta Parti Rakyat India Malaysia (MIPP)."Pashanya mewakili satu suara sahaja..





Gerakan stays committed to PN - FMT - 9/06 5:43 pm

Gerakan president Dominic Lau says the party will continue to play a constructive role in strengthening Perikatan Nasional.





Cerai Bersatu: Pemuda Pas Pahang teguh bersama keputusan pucuk pimpinan - Mygazette - 9/06 4:22 pm

# Cerai Bersatu: Pemuda Pas Pahang teguh bersama keputusan pucuk pimpinan KUANTAN Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan Pas Pusat menghentikan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ketua Pemuda Dewan Pemuda Pas (DPP) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sebagai sebuah gerakan Islam yang berteraskan prinsip syura, Pemuda Pas Pahang yakin keputusan berkenaan dibuat dengan mengambil kira kepentingan perjuangan Islam, penyatuan ummah dan masa depan rakyat Malaysia





Dua wanita maut tercampak, Myvi rempuh lori rosak - Sinarharian - 9/06 12:43 am

KUCHING - Dua wanita maut manakala seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan kereta Perodua Myvi dan sebuah lori yang dipercayai mengalami kerosakan di Jambatan Batang Sadong, Simunjan pada jam 6.30 pagi ini.Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan dua mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan akibat kemalangan itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).Menurut kenyataan itu, pemandu Perodua Myvi pula mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut."Pasukan bomba bertindak mengangkat kedua-dua mangsa ke tempat yang selamat sebelum menyerahkan mereka kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.Pasukan bomba turut menjalankan kerja pembersihan sisa tumpahan minyak dan serpihan kemalangan di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan pada 9.29 pagi





Kritikan kepada DAP bukan bermaksud mengkritik masyarakat Cina - BN Johor - Sinarharian - 9/06 11:37 am

JOHOR BAHRU -Kritikan terhadap DAP atau pendirian politik yang diambil terhadap parti itu tidak boleh disamakan dengan penolakan terhadap masyarakat Cina.Setiausaha Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, dakwaan mengaitkan pendirian Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai tindakan meminggirkan kaum Cina adalah tidak berasas dan bersifat memutarbelitkan fakta politik.Menurutnya, DAP hanyalah sebuah parti politik manakala masyarakat Cina terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pegangan politik, termasuk yang menyokong parti-parti lain seperti MCA, Gerakan, PKR, calon Bebas serta BN sendiri."DAP bukan kaum Cina dan kaum Cina bukan DAP





Tak serik, lelaki ditahan lagi simpan 300 bungkus air ketum - Sinarharian - 9/06 8:16 am

ROMPIN - Kegiatan seorang lelaki warga Indonesia menyimpan bekalan air ketum terbongkar apabila polis merampas 300 bungkus minuman itu bernilai RM3,000 dalam serbuan di Kampung Tekek, Pulau Tioman, awal pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, suspek berusia 54 tahun yang merupakan pemastautin tetap ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi."Semakan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan sama pada tahun 2024."Penahanan dan rampasan ini adalah hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Operasi tersebut dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin bersama Unit MARTEK Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Tanjung Gemok.Sharif Shai berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.Beliau menambah, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah dan penyalahgunaan air ketum."Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah termasuk kesalahan berkaitan air ketum yang disenaraikan sebagai racun dan bahan psikotropik di sisi undang-undang."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah dan dadah diminta menyalurkannya kepada Bilik Gerakan IPD Rompin di talian 09-4145222 bagi membantu usaha membanteras aktiviti tersebut," katanya.





Kerajaan perlu ambil langkah menyeluruh isu Rohingya – Parameswaran - Mygazette - 8/06 10:22 pm

# Kerajaan perlu ambil langkah menyeluruh isu Rohingya - Parameswaran KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil langkah lebih tegas dan menyeluruh dalam menangani isu komuniti Rohingya yang menimbulkan keresahan rakyat termasuk masalah sosial dan keselamatan yang semakin kerap dibangkitkan sejak kebelakangan ini. Naib Presiden Gerakan, Datuk G Parameswaran berkata, walaupun Malaysia selama ini terkenal sebagai negara yang prihatin terhadap aspek kemanusiaan, kepentingan rakyat tempatan dan kedaulatan negara tidak boleh diketepikan





Malay politics shift: Pas strong enough to go solo, says analyst - Sinardaily - 8/06 8:45 pm

SHAH ALAM Pas may no longer require Malay-Muslim political partners to maintain its electoral strength, as the partys ideological positioning is already resonating with an increasingly conservative Malay-Muslim electorate, according to a political analyst.Political analyst Dr Oh Ei Sun said Pas' current political identity is sufficient to sustain and even expand its support base, suggesting that additional alliances may offer limited strategic value.I dont think Pas needs any Malay-Muslim partner. Its own conservative, religiously inspired brand is more than enough to attract an enlarging Malay-Muslim electoral ground that is becoming increasingly conservative and religiously inspired, he said.He added that instead of strengthening Pas appeal, such partnerships could potentially dilute its political messaging and weaken its electoral positioning among core voters.Having such a partner would actually detract from its electoral credentials, he said.Dr Oh further suggested that Pas could still cooperate with smaller non-Malay-based parties in a limited capacity, particularly in the form of symbolic representation rather than core decision-making roles.It can bring along a few non-Malay parties Gerakan for example as decorative coattails, to be made senators and placed at unimportant ministry or even no ministerial portfolio at all, when it comes to power after the next general election, he said.His remarks come amid ongoing speculation about the future of political alignments within the opposition bloc, particularly Perikatan Nasional (PN), where Pas currently plays a central role alongside Bersatu.Tensions within PN have been increasingly scrutinised following internal disagreements over leadership direction and seat negotiations, as well as broader questions over whether Malay-based coalitions still require multi-party arrangements to remain electorally competitive.Pas, which has steadily expanded its parliamentary presence in recent elections, has also benefited from a shifting political landscape where identity politics and religious conservatism continue to play a significant role in voter behaviour.





Kebakaran Pejabat MCA Yong Peng jejas persiapan hadapi PRN Johor - Sinarharian - 7/06 1:14 pm

BATU PAHAT - Kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 peratus Pejabat MCA di Yong Peng semalam bukan sahaja mengakibatkan kerugian harta benda, malah menjejaskan persiapan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon berkata, pihaknya kini mempertimbangkan untuk mencari lokasi sementara bagi meneruskan operasi dan persiapan pilihan raya selepas siasatan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selesai dijalankan."Ini akan memberi kesan kepada pihak MCA kerana bangunan ini telah lama menjadi bilik gerakan parti





Permohonan UPKO sertai GRS dipertimbang dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi - Armizan - Sinarharian - 7/06 12:55 am

KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Permohonan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan dibawa untuk dipertimbangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan tersebut.Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ketika ini pihaknya sedang membuat kertas pertimbangan untuk dibentangkan dalam mesyuarat tersebut pada 18 Jun ini."UPKO telah mengemukakan permohonan rasmi menjadi salah satu parti dalam GRS pada 29 Mei lalu dan permohonan diserahkan kepada Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor oleh Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick."Sebagai Setiausaha Agung GRS, saya sedang melaksanakan sesi libat urus dengan pengurusan UPKO untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi saya menyediakan kertas pertimbangan untuk diangkat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang djadualkan pada 18 Jun ini."Saya sedang berusaha memastikan kertas pertimbangan itu dapat dibentangkan supaya keputusan dapat dibuat dalam mesyuarat tersebut," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Ahad.Beliau sebelum itu diminta mengulas mengenai perkembanga berkaitan permohonan UPKO yang ingin menyertai GRS baru-baru ini.Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata, pihaknya melihat hasrat UPKO itu sebagai perkembangan positif dalam usaha menggabungkan parti-parti tempatan di bawah satu payung di Sabah."Kita melihat dua perkara, keikhlasan pihak UPKO iaitu sejak pasca Pilihan Raya Negeri (PRN) DUN Sabah yang lalu, UPKO secara sukarela telah memberikan sokongan kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji sebagai Ketua Menteri."Selain itu, UPKO bukan parti baharu, mereka mempunyai legasi perjuangan yang panjang dalam konteks memelihara hak dan kepentingan negeri."Paling penting, UPKO perlu komited dan berpegang kepada empat teras perjuangan GRS: Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, dan Sabah United. Jadi, saya sedang kumpulkan maklumat seperti jumlah cawangan, bahagian, dan keahlian UPKO untuk penilaian Majlis Tertinggi," katanya.Ditanya mengenai syarat utama untuk parti tempatan menyertai GRS, Ahli Parlimen Papar itu berkata, paling utama sudah tentu berpegang kepada empat teras yang disebutkan sebelum ini."Selain itu, ia mestilah parti tempatan yang mempunyai sokongan rakyat, dilihat dari segi kerusi yang dimenangi, undi yang diterima, dan sejarah parti itu sendiri."Kita mahu parti yang boleh memberikan nilai signifikan kepada gerakan GRS, bukan sekadar 'parti penumpang'





Lelaki Pakistan, isteri dicekup edar rokok seludup - Utusan - 7/06 7:25 am

BACHOK: Seorang lelaki warganegara Pakistan dan isteri dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas disyaki menyimpan serta mengedar rokok seludup dalam serbuan di Kampung Binjai Manis, Jalan Beris Kubor Besar di sini kelmarin





'Terima kasih, minta maaf menyusahkan rakyat Malaysia' - Jaslinda - Sinarharian - 6/06 8:57 pm

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini sejak 23 Mei lalu mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan dirinya.Ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh di sini, beliau turut menzahirkan ucapan maaf atas kehilangannya itu dalam tempoh lama sehingga membawa kepada gerakan operasi mencari dan menyelamat secara besar-besaran.ARTIKEL BERKAITAN: Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Terima kasih





Rafizi jadikan Pandan titik mula gerakan 'sukarelawan Bersama' - Mkini - 6/06 8:45 pm

Walaupun agak berdebar pada mulanya, Rafizi berkata, sambutan yang diterima daripada penduduk Pandan melebihi jangkaan





Bersama spoiler PRN Johor, PH perlu strategi berkesan - Penganalisis - Wrlr - 6/06 2:46 pm

Penganalisis politik, Shahbudin Embun (gambar) berkata, walaupun peluang kemenangan Bersama dilihat tipis, kehadiran mereka boleh memberi kesan tertentu terhadap landskap politik negeri berkenaan. "Kemasukan Bersama bukanlah satu gerakan politik biasa tetapi satu percaturan strategik yang berpotensi menjadi the spoiler paling berbahaya dalam PRN Johor," katanya dalam satu kenyataan





PRU16: Pas intai kerjasama lebih besar libatkan UMNO, parti Melayu - Sinarharian - 6/06 9:23 am

JELI - Pas melihat keperluan untuk melakukan penjajaran semula politik Melayu-Islam menerusi usaha penyatuan lebih besar melibatkan pelbagai parti politik di negara ini bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Pusat, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Muhammad Fauzi berkata, usaha tersebut sedang diteliti termasuk kemungkinan kerjasama dengan UMNO serta beberapa parti Melayu lain dalam kerangka lebih luas.Menurutnya, antara yang sedang diperhalusi termasuk parti seperti Pejuang, Berjasa serta kumpulan politik tertentu yang dikaitkan dengan gerakan Reset oleh bekas Timbalan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin."Kami nak kaji balik hubungan dengan UMNO dan dengan parti-parti kecil yang lain."Perlu satukan kekuatan untuk berdepan pilihan raya umum akan datang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kawasan Jeli Kali Ke-44 di Ayer Lanas di sini pada Jumaat.Beliau berkata, Pas berpandangan penyatuan politik Melayu-Islam perlu diperkukuh bagi memastikan kekuatan blok tersebut lebih tersusun dan stabil.Tambah beliau, sebarang keputusan muktamad bagaimanapun akan ditentukan oleh kepimpinan tertinggi parti melalui mesyuarat rasmi.Sementara itu, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin turut mengakui pihaknya berasa dikhianati oleh sesetengah parti komponen Perikatan Nasional (PN) dalam beberapa keadaan, khususnya melibatkan keputusan politik yang didakwa dibuat tanpa perbincangan bersama dalam mesyuarat gabungan PN.Beliau berkata, perkara itu antara yang akan dibawa ke perbincangan kepimpinan tertinggi parti dalam mesyuarat Majlis Syura Ulamak Pas yang dijadualkan berlangsung pada 8 Jun ini, bagi meneliti semula beberapa perkara berkaitan hubungan dalam gabungan berkenaan."Apabila ada keputusan yang dibuat tanpa dimaklumkan dalam mesyuarat, itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kita," katanya.Beliau bagaimanapun menegaskan Pas akan terus menghormati apa jua keputusan kepimpinan parti berhubung kedudukan dan hala tuju kerjasama politik pada masa akan datang.





SAR Jaslinda: Faktor keselamatan halang penglibatan orang awam – .. - Mygazette - 6/06 7:32 am

Berdasarkan poster yang dimuat naik di laman Facebook MGP Perak itu, Muzafar berkata SAR pendaki wanita,Jaslinda Saludin, 49,membabitkan orang awam yang dijadualkan esok telah dibatalkan berikutan isu keselamatan. Muzafar berkata kebimbangan itu turut dikongsi pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan Perhutanan negeri yang bersetuju supaya penyertaan dalam operasi dikawal bagi mengelakkan risiko kemalangan





HIMPIT 2026 wadah ledak semangat juang anak muda - Harakahdaily - 6/06 6:22 am

Negeri sifar pembangkang ini bersiap dengan kesiapsiagaan yang menyala untuk terus mempertahankan kemenangan bagi memerintah untuk penggal ketiga. Gerakan Islam ini semakin membesar keahliannya, meranum dengan bakat-bakat baru, anak-anak muda berpendidikan dan menerima […] The post HIMPIT 2026 wadah ledak semangat juang anak muda appeared first on Harakahdaily .





Dua tahun beroperasi, stor pengumpulan petrol untuk diseludup ke Thailand diserbu - Sinarharian - 5/06 10:21 pm

TUMPAT - Kegiatan sebuah stor haram yang menjadi pusat pengumpulan petrol sebelum dijual ke Thailand sejak dua tahun lalu terbongkar apabila enam individu ditahan dalam serbuan di Pengkalan Kubor di sini pada Khamis.Serbuan menerusi Op Taring Wawasan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa bersama anggota Pos PK 5 Kompeni C dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kota Bharu itu turut membawa kepada rampasan bernilai RM104,748.60 membabitkan petrol, wang tunai serta empat kenderaan.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pihaknya bertindak hasil maklumat risikan berhubung aktiviti penyeludupan petrol di sebuah stor di pangkalan haram Tualang, Pengkalan Kubor.Menurut beliau, pemerhatian selama kira-kira 30 minit mendapati beberapa kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero memasuki stor berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum pasukan serbuan bertindak menyerbu premis itu."Ketika serbuan, anggota mendapati tiga lelaki sedang menyedut petrol dari tangki kenderaan ke dalam tong plastik, manakala seorang wanita dan dua lelaki lain berada di dalam serta sekitar stor tersebut."Hasil pemeriksaan menemukan 255 liter petrol, tiga hos getah, sebuah pam angin, wang tunai RM3,650 dan empat kenderaan yang dipercayai digunakan dalam kegiatan itu," katanya kepada pemberita pada Jumaat.Ujar beliau, siasatan awal mendapati empat suspek berusia antara 25 hingga 40 tahun berperanan membeli petrol dari stesen minyak sekitar Tumpat sebelum menjualnya kepada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun yang dipercayai menjadi pembeli utama di stor berkenaan.Menurutnya, suspek terbabit dipercayai menjalankan kegiatan tersebut sejak dua tahun lalu dengan stor berkenaan disewa pada kadar RM400 sebulan."Suspek membeli petrol pada harga RM4.20 seliter sebelum menjualnya semula ke Thailand





SAR Jaslinda: Faktor keselamatan halang penglibatan orang awam - PMGM - Sinarharian - 5/06 3:49 pm

IPOH -Penglibatan orang awam serta individu bukan anggota Malim Gunung Perhutanan (MGP) tidak dibenarkan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di kawasan Gunung Batu Putih diTapah, disebabkan faktor keselamatan.Pengerusi Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Muzafar Mohamad berkata, keputusan itu dibuatmemandangkan laluan Trans Beratih yang menjadi fokus pencarian merupakan trek baharu yang tidak diketahui ramai, termasuk dalam kalangan sebahagian anggota MGP sendiri."Ramai yang tidak menyedari bahawa bukan semua anggota MGP mengetahui laluan tersebut kerana trek itu baru dibuka, ia bukan laluan biasa pendaki. Jadi risiko keselamatan diutamakan."Jika orang awam yang tidak mempunyai pengalaman atau kemahiran memasuki kawasan itu secara beramai-ramai, kita bimbang lebih banyak insiden atau tragedi berlaku berbanding petunjuk baharu yang diperoleh," katanya ketika dihubungi Bernama mengulas pengumuman tersebut yang dimuat naik menerusi Facebook MGP Perak.Berdasarkan poster yang dimuat naik di laman Facebook MGP Perak itu, Muzafar berkata, SAR pendaki wanita,Jaslinda Saludin, 49,membabitkan orang awam yang dijadualkan esok telah dibatalkan berikutan isu keselamatan.Muzafar berkata, kebimbangan itu turut dikongsi pihak polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan Perhutanan negeri yang bersetuju supaya penyertaan dalam operasi dikawal bagi mengelakkan risiko kemalangan."Perjalanan ke lokasi terakhir mangsa dipercayai beradamelalui laluan sebelah Perak yang mengambil masa sekurang-kurangnya dua hari setengah untuk berjalan kaki, sekali gus menjadikan operasi pencarian amat mencabar.ARTIKEL BERKAITAN :Jaslinda tinggal nota di puncak Gunung Batu Putih'Ibu lasak dan berani' - Keluarga yakin Jaslinda mampu bertahanKronologi kehilangan JaslindaPasukan SAR bermalam di puncak, operasi jejak Jaslinda dipergiatPasukan SAR jumpa botol air, bungkusan milik JaslindaOps Gunung Batu Putih: Jaslinda mungkin tersasar, pencarian diteruskanOps Gunung Batu Putih: Operasi ditangguhkan, pencarian esok fokus Gunung Rayu"Dalam operasi sebelum ini, pasukan SAR turutmenggunakan pengangkutan helikopter untuk menghantar anggota ke lokasi pencarian kerana jarak yang terlalu jauh dan sukar diakses," katanya.Mengulas mengenai pendekatan baharu operasi, Muzafar berkata, MGP Perak sedang menyelaraskan usaha dengan rakan-rakan daripada MGP Pahang yang merancang memasuki kawasan pencarian melalui laluan Pos Titom di Pahang yang disifatkan lebih dekat ke puncak Gunung Batu Putih."Bagaimanapun, usaha itu masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan termasuk pegawai daerah dan Jabatan Perhutanan di negeri berkenaan."Sebelum ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Team Pelindung di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama komuniti Orang Asli di Pos Lenjang dan Pos Titom telah beberapa kali menjalankan pencarian di sebelah Pahang, termasuk memasang kamera perangkap serta menelusuri laluan berkemungkinan digunakan mangsa," katanya.Selain itu, beliau juga mencadangkan orang ramai yang ingin membantu supaya menyalurkan sumbangan secara terus kepada komuniti Orang Asli di kawasan sekitar Pos Titom dan Pos Lenjang di Pahang yang terlibat membantu usaha pencarian, memandangkan dana operasi dikendalikan di Perak ketika ini mencukupi."Penglibatan masyarakat setempat khususnya masyarakat Orang Asli amat penting kerana mereka mempunyai pengetahuan mengenai kawasan hutan dan telah banyak membantu usaha pencarian sejak awal operasi dijalankan," katanya.Operasi SAR Jaslinda kini diteruskan secara bersasar dalam skala kecil yang diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan menumpukan kawasan yang dikenal pasti mempunyai potensi petunjuk baharu berhubung kehilangan mangsa





From Umno and Gerakan to DAP: Skudai’s revolving-door seat - Sinchew - 5/06 3:24 pm

From Umno and Gerakan to DAP: Skudai's revolving-door seat The sudden and unannounced retirement of Skudai assemblywoman Marina Ibrahim from politics continues to be played up





Warga asing didakwa aktif dalam penjualan rokok seludup - MAMBA - Sinarharian - 5/06 1:34 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Persatuan Perniagaan Mikro Malaysia (MAMBA) menggesa pihak berkuasa memperhebatkan penguatkuasaan terhadap aktiviti penjualan rokok seludup yang semakin berleluasa, khususnya melibatkan warga asing yang didakwa aktif dalam kegiatan berkenaan.Gesaan itu dibuat susulan dapatan satu tinjauan yang menunjukkan 68.8 peratus pembeli rokok seludup mengenal pasti penjual sebagai warga asing, manakala 75 peratus responden berpendapat produk berkenaan mudah diperoleh di pasaran.Presiden MAMBA, Tan Peng Beng berkata, dapatan itu mengesahkan aduan yang telah lama dibangkitkan oleh ahli-ahli persatuan di seluruh negara mengenai penglibatan warga asing dalam perdagangan rokok seludup."Warga asing didapati terlibat secara aktif dalam penjualan rokok seludup di kawasan kejiranan dan lokasi yang sama di mana peniaga mikro tempatan menjalankan perniagaan."Kini kita mempunyai data yang mengesahkan perkara itu dan ia memerlukan tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas serta berterusan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Menurut beliau, keadaan itu bukan sahaja menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga yang mematuhi undang-undang, malah menyebabkan kerugian kewangan yang ketara.Katanya, peniaga sah terpaksa menanggung kos operasi, cukai dan lesen perniagaan, sedangkan penjual rokok seludup menawarkan produk serupa pada harga jauh lebih rendah tanpa mematuhi sebarang peraturan."Ini bukan soal persaingan perniagaan. Ia adalah satu bentuk ketidakadilan yang menjejaskan sumber pendapatan peniaga yang beroperasi secara sah," katanya.Dalam masa sama, Tan mengingatkan warga asing yang terlibat supaya tidak memandang ringan implikasi undang-undang kerana penjualan rokok seludup merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh membawa kepada tindakan tegas termasuk penahanan, pembatalan permit kerja dan pengusiran dari negara ini.Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan pihak berkuasa membuktikan aktiviti tersebut sentiasa dipantau.Awal bulan ini, seorang warga Indonesia ditahan dalam serbuan di Kampung Indah, Selayang Baru selepas anggota Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 389 karton rokok seludup bernilai kira-kira RM95,000 yang dipercayai disimpan untuk tujuan pengedaran."Apabila tiga daripada empat pengguna menyatakan rokok seludup mudah diperoleh, ia menunjukkan rangkaian pengedarannya juga mudah dikenal pasti."Persoalannya bukan sama ada pihak berkuasa akan bertindak, tetapi bila tindakan itu akan diambil," katanya.Tan berkata, kesan perdagangan rokok seludup terhadap perniagaan mikro semakin membimbangkan kerana setiap pembelian yang dibuat daripada penjual haram menyebabkan peniaga sah kehilangan pelanggan dan pendapatan.Menurut beliau, apabila keadaan itu berlaku secara berterusan kepada ribuan perniagaan di seluruh negara, ia boleh menjejaskan aliran tunai, meningkatkan tekanan kos operasi dan akhirnya menyebabkan sesetengah perniagaan terpaksa gulung tikar.Pada masa sama, beliau berkata perdagangan tembakau haram turut memberi kesan besar kepada negara apabila Malaysia dianggarkan kehilangan kira-kira RM11.5 bilion hasil kerajaan dalam tempoh dua tahun, selain merekodkan kadar penguasaan pasaran rokok seludup tertinggi dalam kalangan negara ASEAN-6.Tinjauan sama turut mendapati 87 peratus responden menyokong hukuman yang lebih berat terhadap individu yang terlibat dalam perdagangan rokok seludup.Sehubungan itu, MAMBA menyeru agar penguatkuasaan di peringkat runcit diperkukuh melalui tindakan pendakwaan terhadap pesalah berulang serta pendekatan sifar toleransi terhadap mana-mana pihak yang terlibat, termasuk majikan atau individu yang melindungi aktiviti berkenaan."Ahli-ahli MAMBA berharap usaha penguatkuasaan yang konsisten dan berterusan dapat diteruskan demi melindungi perniagaan sah serta memastikan persaingan yang adil dalam pasaran," katanya.INFO:- 68.8% penjual rokok seludup dikenal pasti sebagai warga asing.- Malaysia rugi RM11.5 bilion akibat perdagangan tembakau haram.- MAMBA gesa hukuman lebih berat terhadap penjual rokok seludup.- Peniaga mikro tempatan terjejas akibat persaingan tidak adil.





Reset bukan untuk selamatkan karier politik, kata Saifuddin - FMT - 5/06 10:00 am

Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata gerakan diketuai Hamzah Zainudin bertujuan membina semula budaya politik negara berasaskan integriti dan perjuangan.





Lari lintang-pukang tinggalkan 1.3 tan beras - Sinarharian - 4/06 9:07 pm

TUMPAT - Sekumpulan penyeludup lari lintang-pukang menaiki bot ke Thailand dengan meninggalkan 1.3 tan beras seludup selepas diserbu di sebuah pangkalan haram di Kampung Simpangan di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya merampas pelbagai jenis beras bernilai RM36,665.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, ketika rondaan dijalankan berhampiran pangkalan haram berkenaan, anggota melihat beberapa lelaki sedang memunggah guni beras dari sebuah bot ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero."Bagaimanapun, semua suspek telah meloloskan diri ke Thailand





Peruntukan rakyat bukan dana politik, Chean Chung dan Wong Chen perlu... - Mygazette - 4/06 3:59 pm

# Peruntukan rakyat bukan dana politik, Chean Chung dan Wong Chen perlu tanggung akibat sendiri - Bryan PETALING JAYA - Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mempertahankan tindakan menyekat akses portal MyKhas kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen sambil menegaskan langkah itu bukan hukuman politik. Sebaliknya, langkah itu adalah akibat daripada pendirian serta tindakan kedua-dua wakil rakyat berkenaan yang didakwa memilih untuk bersama gerakan politik yang menentang kerajaan





Gerakan `Reset??? terbuka dengan cadangan penyatuan ummah pada PRN Johor .. - Mygazette - 4/06 3:59 pm

# Gerakan `Reset terbuka dengan cadangan penyatuan ummah pada PRN Johor Wan Saiful KUALA LUMPUR - Johor berpeluang menjadi negeri terkehadapan di Semenanjung untuk menyemarakkan amalan federalisme di Malaysia, seperti yang wujud di Sarawak





Johor boleh jadi model penyatuan politik Melayu - Wan Saiful - Sinarharian - 4/06 3:15 pm

SHAH ALAM - Johor berpotensi menjadi negeri terkehadapan di Semenanjung dalam menyemarakkan amalan federalisme serta menjadi model penyatuan politik Melayu di negara ini.Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, sistem federalisme yang diamalkan Malaysia membenarkan kepelbagaian susunan politik di peringkat negeri tanpa terikat sepenuhnya kepada jajaran politik di peringkat Persekutuan.Menurutnya, amalan itu dapat dilihat di beberapa negara lain termasuk Jerman yang mempunyai susunan kerajaan negeri berbeza daripada kerajaan Persekutuan, selain turut berlaku di Malaysia apabila Gabungan Parti Sarawak (GPS) menjadi sebahagian kerajaan Persekutuan tetapi Pakatan Harapan (PH) kekal sebagai pembangkang di Sarawak."Ini menunjukkan federalisme membenarkan kombinasi berbeza-beza di setiap negeri dan susun atur Persekutuan tidak mengekang susun atur negeri," ujarnya dalam satu kenyataan pada Khamis.Wan Saiful berkata, Johor mempunyai peluang untuk melakar pendekatan baharu dengan membentuk kerjasama politik berasaskan penyatuan parti-parti Melayu sambil mendapat sokongan masyarakat bukan Melayu yang tidak ekstrem.Ujarnya, usaha itu mampu menjadi cerminan kepada semangat sebenar yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan serta mewujudkan model politik yang boleh dicontohi negeri-negeri lain.Beliau turut menyambut baik cadangan yang dikemukakan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Presiden Sekretariat Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa supaya penyusunan baharu politik Melayu dimulakan di Johor.Menurutnya, beliau yakin Gerakan RESET juga terbuka terhadap cadangan berkenaan dan melihat Johor sebagai lokasi yang sesuai untuk memulakan usaha penyatuan itu."Alangkah baiknya jika gabungan UMNO, Pas dan RESET dapat membentuk kerajaan negeri Johor, seterusnya menjadikan Johor sebagai model untuk Malaysia secara keseluruhan," ujarnya.Beliau berkata, isu penggunaan logo dan nama parti bukan halangan besar kerana ia hanya membabitkan aspek teknikal yang boleh diselesaikan sekiranya semua pihak bersetuju mengenai prinsip penyatuan.Jelasnya, Malaysia sebelum ini sudah menyaksikan kerjasama politik yang membolehkan calon daripada satu parti menggunakan logo parti lain atas dasar persefahaman politik."Atas dasar penyatuan, tidak mustahil satu logo yang sama digunakan oleh semua calon walaupun datang daripada parti berbeza atau diwujudkan logo baharu untuk gabungan baharu," ujarnya.Wan Saiful berkata, kerjasama politik di Johor juga tidak semestinya menjejaskan hubungan parti-parti terbabit di peringkat Persekutuan kerana kepelbagaian susunan pentadbiran adalah antara ciri utama sistem federalisme.Beliau turut berpandangan bahawa parti yang meremehkan agenda penyatuan Melayu tidak wajar diberi sokongan, manakala parti yang semakin cenderung kepada PH atas kepentingan tertentu juga perlu ditolak."Johor boleh melakar sejarah melalui pilihan raya negeri ini





Ahli Parlimen sokong muafakat Umno-PAS, cadang masukkan gerakan Hamzah - FMT - 4/06 2:45 pm

Wan Saiful Wan Jan berkata konsep federalisme membenarkan penjajaran politik berbeza di peringkat pusat dan negeri sambil merujuk DAP sebagai pembangkang Sarawak.





Taktik simpan ketum dalam hutan terbongkar, dua lelaki dicekup PGA - Sinarharian - 4/06 8:50 am

PASIR MAS - Taktik dua lelaki menyembunyikan ratusan bungkusan air ketum di dalam hutan berhampiran Jalan Pintasan Pasir Mas di sini terbongkar apabila mereka diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan pada Rabu.Dalam operasi kira-kira jam 6.05 petang itu, kedua-dua suspek berusia 26 dan 36 tahun cuba melarikan diri ke arah kawasan hutan sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, namun berjaya ditahan.Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan awal ke atas sebuah kereta Perodua Kelisa dan motosikal yang digunakan suspek menemukan sembilan bungkusan air ketum.Menurut beliau, hasil soal siasat serta dipandu arah oleh kedua-dua suspek membawa kepada penemuan stor simpanan air ketum yang disembunyikan di dalam kawasan hutan berhampiran lokasi serbuan."Anggota menemui satu tong ais dan tiga kotak polisterin yang mengandungi keseluruhan 312 bungkusan air ketum."Turut dirampas sebuah kereta Perodua Kelisa dan motosikal Honda yang dipercayai digunakan dalam kegiatan tersebut," katanya kepada pemberita pada Khamis.Ujar beliau, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM23,220.Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mula terlibat dalam kegiatan memproses dan menjual air ketum sejak Mac tahun lalu."Kita percaya pelanggan akan datang sendiri ke lokasi terbabit pada sebelah petang untuk mendapatkan bekalan air ketum dengan harga RM10 bagi setiap bungkusan."Bekalan daun ketum pula dipercayai diperoleh daripada seorang pembekal tempatan," katanya.Menurut beliau, kedua-dua suspek yang ditahan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.




Reformasi     >>



Penduduk gantung kain rentang cari MP Tumpat, ADUN .. - Harapandaily
Beberapa kain rentang yang dipercayai dipasang oleh penduduk di sekitar Pengkalan Kubor, Tumpat tular selepas dimuat naik salah seorang penduduk yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap keadaan jalan di daerah itu. Difahamkan, warga penduduk telah pun menuntut selama lima tahun supaya jalan ..
Kroni     >>



P. Pinang lancar pakej pelancongan durian di Hong Kong - Utusan
GEORGE TOWN: Keenakan durian Pulau Pinang kini dijadikan produk pelancongan antarabangsa apabila kerajaan negeri melancarkan pakej pelancongan durian rasmi pertama di Hong Kong untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri itu. Pelancaran pakej pelancongan durian Pulau Pinang itu ..
Tabloid     >>



Kajian Menunjukkan Majoriti Rakyat Amerika Syarikat .. - Vocket
Walaupun Piala Dunia FIFA sering dianggap sebagai acara sukan terbesar di dunia, suasana menjelang edisi 2026 di Amerika Syarikat menunjukkan gambaran yang agak berbeza. Amerika... The post Kajian Menunjukkan Majoriti Rakyat Amerika Syarikat Tidak Peduli Tentang Piala Dunia appeared first on ..
Tech     >>



Fewer iPhone users are updating to iOS 26 than they .. - Appleinsider
The iOS 26 update has the second-worst adoption rate of all iOS releases since 2015, falling behind both iOS 18 and iOS 8. iOS 18 (left) adoption rates were better than those of iOS 26 (right). Though all eyes might be on iOS 27 and its AI-infused Siri , which debuted at WWDC , the software has ..
World     >>



Trump vows to 'hit Iran hard' as he pivots from .. - Middleeasteye
Trump vows to 'hit Iran hard' as he pivots from de-escalation Submitted by Sean Mathews on Wed, 06/10/2026 - 18:14 The US president said Iran is playing the US for 'suckers' as he laments inability to reach Iran deal on his terms US President Donald Trump speaks during a 'Secure America Act' ..
Motor Trend     >>



JPJ Perhebat Ops Motosikal Ekstrem, Hampir 39,000 .. - Careta
Menurut Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Dato Muhammad Kifli Ma Hassan, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas perlu diteruskan memandangkan lebih 60 peratus kemalangan maut di Malaysia melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Beliau berkata, sehingga Mei 2026, sebanyak 252,118 notis