///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Gaza News   Page 1    



GSF 2.0: Semua masjid, surau diminta tunaikan solat hajat, Qunut Nazilah - Mygazette - 2/05 8:00 am

Terdahulu,Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata pihaknya masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status keselamatan 175 aktivis GSF2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia, selepas 38 jam diculik oleh rejim Zionis di perairan antarabangsa. Zulkifli berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim konsisten dalam memberikan sokongan penuh terhadap misi GSF 2.0 serta usaha pembebasan Gaza daripada rejim Zionis





178 aktivis GSF 2.0 dipindahkan untuk dihantar pulang ke negara asal - Mygazette - 2/05 8:00 am

# 178 aktivis GSF 2.0 dipindahkan untuk dihantar pulang ke negara asal ATHENS - Aktivis daripada flotila bantuan kemanusiaan yang menuju ke Gaza dan diserang oleh Israel minggu ini sedang dipindahkan ke sebuah lapangan terbang di Crete untuk dihantar pulang ke negara asal masing-masing, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan pada Jumaat





GSF 2.0: 10 rakyat Malaysia ditahan rejim Zionis dibebaskan di Crete - SNCC - Sinarharian - 1/05 10:55 pm

KUALA LUMPUR - Kesemua 10 aktivisGlobal Sumud Flotilla (GSF) 2.0 rakyatMalaysiayang ditahan di perairan antarabangsa berdekatan Kepulauan Crete, Greece pada Khamis telah dibebaskandi Pelabuhan Lerapetra, Crete.Ketua PengarahSumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata,mereka antara 175 aktivis kemanusiaan GSFyang dibawa ke Lapangan Terbang Heraklion dengan bas disediakan pihak Greece.Beliau berkata, SNCC dimaklumkan bahawa Kerajaan Turkiye telah menyediakan sebuah pesawat berkapasiti 160 penumpang bagi membawa pulang 20 aktivis kemanusiaan warganegara itu, selain menawarkan tempat kepada mana-mana aktivis GSF untuk turut menaiki penerbangan berkenaan."Pelepasan penerbangan tersebut dari Lapangan Terbang Heraklion dijangka pada 10.15 malam waktu Malaysia dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada 11.45 malam waktu Malaysia," katanya pada sidang media di sini malam Jumaat.Beliau mengesahkan, 10 aktivis Malaysia yang telah dibebaskanakan terbang ke Istanbul.Sani Araby berkata, SNCC turut menerima laporan bahawa aktivis berdepan provokasi dan serangan fizikal selain dipaksa berada dalam keadaan tidak selesa sehingga berlaku insiden keganasan yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa peserta ketika penahanan.Beliau berkata, dua ahli jawatankuasa induk GSF,Saif Abukeshek dan Thiago Avila masih dalam tahanan pihak rejim, dipercayai bertujuan mengugut dan melumpuhkan misi.Katanya SNCC telah berhubung dengan Kementerian Luar bagi menyelaras urusan perjalanan aktivis Malaysia dari Greece ke Istanbul."Tiga wakil SNCC sudah berada di Istanbul untuk pengurusan dan penilaian," katanya.Selain itu, beliau berkata, keputusan sama ada 10 aktivis Malaysia terlibat akan meneruskan misi atau pulang ke tanah air bergantung kepada status kesihatan dan situasi semasa konsensus SNCC dan GSF.Pada masa sama, beliau berkata, SNCC menggesa rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan serta mendesak pembebasan Thiago dan Saif yang masih ditahan pihak rejim.Beliau turut mengajak rakyat Malaysia terus bersuara menyokong pembebasan Gaza dan Palestin, melaksanakan solat hajat serta Qunut Nazilah selain mempergiat penyebaran maklumat sahih dan advokasi di peringkat nasional serta antarabangsa.Misi GSF 2.0 ialah gabungan maritim antarabangsa dan gerakan mobilisasi global yang komited untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan





Aktivis GSF akan dibawa ke lapangan terbang Greece untuk dihantar pulang - FMT - 1/05 8:19 pm

Flotila GSF dipintas dan diceroboh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika menuju ke Gaza semalam.





'Andai ditawan, saya tak berasa ia satu kerugian' - CEO Kapal - Hmetro - 1/05 8:00 pm

Kuala Lumpur: Apa yang berlaku itu (penahanan rakyat Malaysia dan aktivis) tidak akan mematahkan semangat saya atau buat saya nak berundur selagi belum tiba di Gaza





Greece to repatriate Gaza flotilla activists - FMT - 1/05 7:48 pm

The Israeli foreign ministry said all the flotilla activists are in Greece except Saif Abu Keshek and Thiago Avila, who were taken to Israel for questioning.





Religious affairs minister urges mosques to hold special prayers for abducted Gaza aid flotilla activists - Malaymail - 1/05 7:30 pm

BANGI, May 1 All mosques and surau nationwide have been urged to perform solat hajat and recite Qunut Nazilah fo...





Israel releases all but two activists in Greece after intercepting Gaza aid flotilla - BBC - 1/05 6:12 pm

The Global Sumud Flotilla denounced the interception as "piracy", while Israel's foreign ministry called the flotilla a "PR stunt".





Status keselamatan aktivis GSF 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia belum diketahui - SNCC - Sinarharian - 1/05 4:50 pm

KAJANG - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) memaklumkan masih belum menerima pengesahan rasmi berhubung status keselamatan kesemua aktivis kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 termasuk 10 rakyat Malaysia yang ditahan pasukan tentera Israel di perairan antarabangsa, Khamis lepas.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pihaknya sedang meneliti satu maklumat yang menyatakan kesemua aktivis dijangka bebas pada jam 7 pagi waktu Greece (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini di Pelabuhan Ierapetra, Kepulauan Crete.Bagaimanapun,beliau berkata, status terkini berhubung maklumat itu juga belum dapat disahkan melalui saluran rasmi dan pasukan SNCC di lapangan."Memasuki hari ke-19 misi dan 38 jam selepas penahanan aktivis GSF 2.0 oleh rejim Israel di perairan antarabangsa, SNCC belum menerima pengesahan rasmi mengenai status keselamatan kesemua 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia."Setakat sekarang, sebanyak 21 daripada 22 bot yang kita sahkan, satu dah disabotaj dan mereka terputus hubungan sehinggalah ada kapal yang kita hantar dari Greece untuk tinjau."Kita dapati rejim Zionis mungkin melakukan sabotaj sama kepada kapal-kapal yang ditinggalkan, tetapi kita tidak pergi kepada kefahaman bahawa ia disita. Di pelabuhan di Greece setakat ini, baki keseluruhan kapal yang terselamat sedang berlindung di kawasan perairan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas perkembangan terkini misi GSF 2.0 di Wisma Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Bandar Puteri Bangi di sini,Jumaat.Sebelum ini, SNCC mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara peserta yang terputus hubungan pada hari ke-18 misi GSF 2.0.Sebanyak 22 daripada keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete.Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh Angkatan Pertahanan Israel (IDF).Rakyat Malaysia yang ditahan terdiri daripada wartawan veteran merangkap aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA yang menaiki Arkham lll serta Osman Zolkifli dan Dr Jihan Alya Mohd Nordin (Eros 1).Turut ditahan ialah Mohd Shamsir Mohd Isa (Esplai); Hazwan Hazim Dermawan, Mohd Hanafi Mohd Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman, Norhelmi Ab Ghani (Bianca BCN); Mohd Redzal Amzah (Freia) serta Muhamad Muhzin Zaidi (Marea).Mengulas lanjut, Sani Araby memaklumkan, pihaknya telah berhubung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi jaminan bahawa komitmen berterusan dan maksimum sedang digerakkan bagi membebaskan kesemua tahanan GSF 2.0."SNCC juga dimaklumkan bahawa Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra telah memulakan usaha untuk menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Greece dan sahabat-sahabat negara menerusi diplomasi bagi membantu serta menyelaraskan pembebasan khususnya aktivis Malaysia."Saya difahamkan oleh Wisma Putra bahawa pihak konsul dan lain-lain sedang bersedia di pelabuhan sekiranya semua peserta dibebaskan di Greece, itu yang kita harapkan."Justeru, SNCC mengajak rakyat Malaysia untuk terus memberikan tekanan dan menzahirkan pendirian bagi memahami isu pencabulan ini selain mendalami kerangka besar penzaliman dilakukan rejim Israel terhadap saudara sesama Islam di Gaza serta Palestin," jelasnya lagi.ARTIKEL BERKAITAN:Kapal Tam Tam dirosakkan rejim Zionis, 10 rakyat Malaysia dibawa ke Israel - SNCCGSF: Malaysia berkerjasama dengan negara sahabat, pastikan 10 rakyat dibebaskan rejim Zionis - PMKapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia terputus hubunganGSF: 11 kapal terputus komunikasi, didakwa 7 telah dipintas tentera Israel





Keselamatan rakyat Malaysia dalam GSF keutamaan kerajaan - Anwar - Sinarharian - 1/05 3:40 pm

Ini bukan masuk langgar kawasan Israel lagi, masih kawasan antarabangsa. Demikianlah kezaliman yang berterusan," kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Iman di sini hari ini.Anwar turut mengecam tindakan provokatif Israel yang berterusan melancarkan serangan ke atas beberapa wilayah termasuk Gaza, Lubnan dan Iran, selain sengaja menghalang usaha bantuan kemanusiaan."Dia (Israel) tak puas hati dengan bunuh wanita dan anak-anak, dia tak puas hati menyerang Iran, menyerang Lubnan, menyerang Gaza dan sekarang orang lain nak bantu, bukan bawa senjata (tetapi) bawa makan, minum dan ubatan dan beberapa kelengkapan pakaian," kata Anwar.Perdana Menteri berkata, kerajaan telah menggerakkan usaha diplomatik dengan menghubungi Kementerian Luar serta negara sahabat bagi mencari jalan penyelesaian segera."Mudah-mudahanlah kita sedang ikhtiar





On May Day, Gazas workers find whatever source of income they can - Aljazeera - 1/05 2:21 pm

Gaza's economic collapse leaves workers in perilous jobs, with unemployment soaring amid ongoing devastation.





Infantino tidak faham penderitaan mendalam rakyat Palestin - Sinarharian - 1/05 12:15 am

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA), Jibril Rajoub menegaskan bahawa Presiden FIFA, Gianni Infantino berkemungkinan besar tidak memahami atau tidak menyedari penderitaan mendalam yang sedang dialami oleh rakyat Palestin ketika ini.Kenyataan itu menyusul selepas kejadian pada Kongres FIFA di Vancouver apabila Rajoub enggan berdiri bersebelahan atau berjabat tangan dengan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Israel (IFA), Basim Sheikh Suliman di atas pentas.Infantino dilihat cuba memujuk dengan memegang lengan Rajoub namun Presiden PFA itu tetap dengan pendiriannya susulan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan Israel ke atas penduduk Palestin."Saya rasa Gianni (Infantino) berhak untuk cuba merapatkan jurang dan menyatukan orang ramai, tetapi mungkin beliau tidak faham atau tidak tahu penderitaan mendalam rakyat Palestin," kata Rajoub selepas tamat kongres.Rajoub menegaskan, prinsip sukan harus dihormati, namun beliau tidak boleh berkompromi apabila pihak lawan mewakili entiti yang dianggapnya sebagai penjenayah."Jika pihak lain mewakili seorang penjenayah seperti Bibi (Benjamin Netanyahu) dan bercakap bagi pihaknya seolah-olah beliau itu 'Mother Teresa', bagaimana saya boleh bersalaman atau bergambar dengan lelaki sebegitu?"Sudah tiba masanya untuk memahami bahawa Israel harus dikenakan sekatan. Dasar talam dua muka (double standard) ini harus dihentikan," katanya.Dalam pada itu, Naib Presiden PFA, Susan Shalabi menyifatkan tindakan Infantino yang cuba memaksa pertemuan itu menunjukkan kurangnya pertimbangan terhadap isu sebenar yang diperjuangkan Palestin.Menurut Susan, beliau tidak akan sesekali membiarkan imej pemimpin Palestin digunakan untuk membersihkan jenayah genosid yang sedang berlaku di Gaza."Meletakkan kami dalam posisi untuk bersalaman selepas segala yang diperkatakan seolah-olah menafikan tujuan utama ucapan Jeneral (Rajoub)."Beliau meluangkan masa kira-kira 15 minit menjelaskan kepentingan peraturan dan bagaimana hak persatuan ahli dicabuli, kemudian mereka (FIFA) hanya mahu menyembunyikannya di bawah permaidani dengan sekadar bersalaman? Ia sangat tidak masuk akal," katanya.Sebelum ini, Rajoub dalam ucapannya merayu agar FIFA mengambil tindakan tegas terhadap kelab-kelab Israel yang berpangkalan di penempatan haram Tebing Barat.Bagaimanapun, FIFA bulan lalu memutuskan untuk tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap IFA atau kelab-kelab berkenaan dengan alasan status undang-undang Tebing Barat masih 'belum selesai' di bawah undang-undang antarabangsa.Susulan itu, PFA telah mengemukakan rayuan rasmi kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi mencabar keputusan FIFA yang dianggap berat sebelah itu.





Detained Gaza flotilla activists to be disembarked on Greek coast - Israel minister - Mkini - 1/05 10:13 am

Saar alleges all participants were taken off boats unharmed.





GSF: Hubungan baik Anwar beri ruang usaha diplomatik bantu rakyat Malaysia - Mygazette - 1/05 7:31 am

Hari ini Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan sebanyak 22 kapal flotila yang dinaiki 186 individu telah dipintas, terputus hubungan serta diceroboh secara langsung. Daripada jumlah itu, enam kapal yang ditahan dan diceroboh melibatkan 10 rakyat Malaysia, dengan insiden berlaku kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza di zon pelayaran antarabangsa





GSF: Kerajaan tak akan berdiam diri, PMX minta keluarga aktivis tabah - Mygazette - 1/05 7:31 am

Kita berdoa agar segala urusan dipermudah, mereka dilindungi daripada sebarang malapetaka, dan diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook, malam ini. Tambah Perdana Menteri,rejim Zionis Israel sanggup bertindak bacul dan gila apabila menahan aktivis Global Sumud Flotilla di perairan antarabangsa semata-mata mahu menghentikan misi kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang berdepan penderitaan akibat konflik berpanjangan





Israel intercepts Gaza flotilla near Crete and detains 175 activists - BBC - 1/05 4:34 am

Pro-Palestinian activists say 22 boats carrying aid for Gaza were illegally intercepted in international waters near the Greek island.





RSF condemns kidnapping of three journalists on board Gaza aid flotilla - Aljazeera - 1/05 4:26 am

Among the detained journalists are Al Jazeera correspondent Hafed Mribah and cameraman Mahmut Yavuz





Kementerian Luar kumpul maklumat rakyat Malaysia dalam Flotila Sumud Globalyang dipintas - Sinarharian - 30/04 11:00 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Luar sedang memantau rapi situasi dan aktif mengumpul maklumat mengenai keadaan serta keselamatan semua rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Flotila Sumud Global(GSF), susulan tindakan tentera Israel memintas kapal berkenaan di perairan antarabangsa pada 29 April.Kementerian dalam satu kenyataan pada Khamis mengecam sekeras-kerasnya provokasi serta pemintasan menyalahi undang-undangitu dan menuntut pihak tentera menghentikan segera segala bentuk gangguan terhadap misi kemanusiaan berkenaan bagi memastikan penghantaran bantuan yang selamat tanpa halangan, selain menjamin keselamatan semua aktivis antarabangsa yang terlibat."Malaysia menegaskan bahawa GSF adalah inisiatif kemanusiaan aman yang bertujuan menghantar bekalan perubatan penting dan makanan bagi membantu menstabilkan sistem penjagaan kesihatan yang musnah, serta memberikan bantuan kepada penduduk yang menghadapi genosid dan kebuluran di Gaza," menurut kenyataan itu.Menurut kenyataan itu lagi, tindakan tentera menyekat dan memintas beberapa kapal kemanusiaan merupakan pelanggaran jelas terhadap undang-undang maritim antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.Ia turut menyeru Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan rejim Israel bertanggungjawab atas pelanggaran undang-undang antarabangsa yang berterusan.Malaysia juga mengulangi komitmen tidak berbelah bahagi terhadap perjuangan rakyat Palestin.Menurut laporan, 10 aktivis kemanusiaan Malaysia adalah antara 186 aktivis yang menaiki 22 kapal di bawah misi GSF 2.0 yang telah dipintas dan dinaiki oleh tentera Israel ketika dalam pelayaran ke Gaza.Setakat waktu laporan ini ditulis, Ketua Pengarah Pusat KawalanSumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan bahawa keberadaan 10 rakyat Malaysia yang terlibat masih belum diketahui





Desak tindakan konkrit isu Palestin - Sinarharian - 30/04 10:07 pm

SHAH ALAM - Malaysia terus memperkukuh peranan di pentas antarabangsa apabila menjadi satu-satunya wakil ASEAN menghadiri Kongres Parlimen Global Sumud dan Deklarasi Brussels yang berlangsung di Brussels, baru-baru ini.Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia untuk Palestin, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, penyertaan itu adalah hasil mandat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyuarakan pendirian negara berhubung isu Palestin.Menurutnya, kongres berkenaan menghimpunkan kira-kira 30 penceramah antarabangsa termasuk 18 ahli Parlimen, menteri, timbalan menteri dan wakil eksekutif dari blok Eropah serta Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ."Platform ini bukan sekadar simbolik, tetapi ruang untuk membina momentum sokongan global terhadap Palestin, termasuk dari negara Eropah yang kini semakin lantang mengkritik Israel."Antara hasil utama pertemuan itu ialah Deklarasi Brussels yang menggariskan tindakan lebih konkrit merangkumi aspek politik, perundangan dan gerakan solidariti."Daripada simbolik kepada sistem, solidariti kepada protokol. Kita mahu pastikan usaha ini tidak terhenti pada kenyataan semata-mata," katanya dalam program audio siar bertajuk 'Sokong sumud atau sokong Gaza' yang disiarkan di platform digital Sinar Harian pada Khamis.Dalam pada itu Syed Ibrahim menegaskan, gerakan seperti Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) dilihat antara pendekatan berkesan, namun perlu disertai tindakan lain termasuk di peringkat politik dan perundangan.Menurutnya, Malaysia melalui kerjasama antarabangsa sedang meneroka tindakan undang-undang terhadap pegawai tinggi Israel di mahkamah Perancis atas dakwaan pelanggaran undang-undang kemanusiaan."Cadangan memperkenalkan Akta Genosid Malaysia juga sedang dipertimbangkan bagi membolehkan pendakwaan jenayah perang melalui prinsip bidang kuasa sejagat."Kita mahu mengesyorkan undang-undang di peringkat domestik iaitu enabling legislation yang membolehkan kita membuat pendakwaan jenayah perang di mahkamah Malaysia melalui prinsip bidang kuasa sejagat."Jadi saya mengambil maklum dengan apa yang dicadangkan oleh pengamal undang-undang tempatan dan tentunya ia perlu melalui proses supaya usul ini boleh dibawa ke Parlimen, akta ini boleh didraft dan akhirnya boleh diluluskan di peringkat Dewan Rakyat," ujarnya.Sementara itu mengulas mengenai misi Global Sumud Flotilla 2.0 yang turut diwakili oleh rakyat Malaysia, Syed Ibrahim menasihatkan agar orang ramai tidak terpengaruh dengan spekulasi atau fitnah yang boleh menjejaskan matlamat utama."Kita akan sentiasa berdepan kritikan, tetapi jangan hilang fokus





Communications Ministry pledges vigilance, warns against misinformation as Gaza aid flotilla crisis unfolds - Malaymail - 30/04 8:18 pm

KUALA LUMPUR, April 30 Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil said the government strongly condemns the inte...





Kaukus Palestin Parlimen Malaysia gesa Zionis bebaskan anak kapal GSF 2.0 - Sinarharian - 30/04 8:12 pm

SHAH ALAM - Kaukus Palestin Parlimen Malaysia mengecam tindakan biadab rejim Zionismemintas, menahan dan menculik anak-anak kapal Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 di perairan antarabangsa pada awal pagi Khamis.Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, insiden tersebut jelas mencabuli undang undang antarabangsa di mana ia berlaku ketika 57 kapal GSF termasuk tiga bot pengiring berada berhampiran Kepulauan Crete, Greece, kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza, Palestin.Justeru, kata Syed Ibrahim, pihaknya mendesak supaya Zionis Israel menghentikan tindakan pencabulan dan lanun mereka serta membebaskan kesemua anak kapal yang diculik."Kaukus Palestin Parlimen Malaysia juga meminta rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengutuk tindakan kejam itu."Kami mengusulkan supaya Ahli Parlimen Malaysia dan seluruh dunia bersatu suara mengutuk tindakan melampau pencabulan undang-undang antarabangsa oleh rejim Israel."Kerajaan Malaysia digesa untuk mengambil langkah sewajarnya dengan segera untuk keselamatan anak kapal warga Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan GSF 2.0.Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby memaklumkan, sebanyak 22 dari keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel.Jelasnya lagi, berlaku provokasi di mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata.





GSF: Amirudin hubungi PM, misi bebaskan aktivis Malaysia - Sinarharian - 30/04 6:31 pm

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan segera menghubungi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan keselamatan aktivis Malaysia yang terlibat dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) terus terjamin serta dibebaskan segera.Amirudin berkata, perkara itu juga akan dimaklumkan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi memastikan tindakan segera itu diambil susulan penahanan dan serangan oleh rejim Zionis Israel terhadap aktivis kemanusiaan yang dalam misi menghantar bantuan ke Gaza."Kita ingin memastikan keselamatan para aktivis Malaysia yang menjadi mangsa serangan dan penahanan ini dapat dijamin dan dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Dalam pada itu, Amirudin mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim berkenaan yang didakwa memintas kapal bantuan serta menahan aktivis berhampiran Pulau Crete, Greece, dalam insiden yang disifatkan melanggar undang-undang perairan antarabangsa.Menurutnya, insiden berulang itu memperlihatkan sikap tidak peduli rejim berkenaan terhadap prinsip kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa, selain didakwa terus menerus melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin."Kerajaan Selangor mengecam sekeras-kerasnya serangan, halangan dan penahanan oleh rejim Zionis Israel terhadap aktivis Global Sumud Flotilla yang cuba menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza," katanya.Jelas beliau, tindakan rejim itu juga membuktikan hasrat berterusan untuk meneruskan apa yang disifatkan sebagai genosid terhadap rakyat Palestin sama ada melalui serangan ketenteraan mahupun sekatan bantuan kemanusiaan."Sikap lanun pembunuh ini turut memangsakan penduduk di rantau Asia Barat termasuk rakyat Lebanon yang diusir dari tanah sendiri atau pun penduduk di Iran yang menjadi mangsa pembunuhan," katanya.Sehubungan itu, beliau menggesa agar semua pihak meningkatkan tekanan secara menyeluruh terhadap Israel bagi menghentikan kekejaman berkenaan.Sebelum ini media melaporkan misi pelayaran kemanusiaan berdepan ancaman apabila bot tentera Israel mengepung dan memintas 11 kapal GSF secara tidak sah berhampiran zon mencari dan menyelamat di perairan Greece.Dalam insiden itu, tentera Zionis turut mengancam penculikan dan keganasan.Terdahulu, aktivis kemanusiaan yang juga pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad dipercayai ditahan bersama dua lagi rakyat Malaysia oleh rejim Israel yang memintas kapal mereka, awal pagi Khamis.Difahamkan, kapal dinaiki ZRA adalah Arkham III atau Al-Faluja, manakala dua lagi rakyat Malaysia iaitu Dr Jihan dan Kapten Osman menaiki kapal Eros I.





Enam kapal GSF 2.0 dipintas Israel melibatkan 10 rakyat Malaysia - Mkini - 30/04 5:28 pm

Kedudukan flotila ketika insiden intimidasi berlaku adalah kira-kira 656 batu nautika dari Pantai Gaza, iaitu di zon pelayaran antarabangsa yang sah.





Global Sumud Flotilla 2.0: 10 M'sians on Gaza-bound vessels intercepted by Israeli forces - Mkini - 30/04 5:01 pm

Warning shots fired, activists are uncontactable, says Sani Araby.





Kapal GSF dihalang secara agresif, 10 rakyat Malaysia terputus hubungan - Sinarharian - 30/04 1:23 pm

BANGI - [DIKEMAS KINI] Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 10 rakyat Malaysia antara 186 peserta terputus hubungan pada hari ke-18 misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF) pada Khamis.Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, sebanyak 22 daripada keseluruhan 63 kapal dilaporkan dipintas pihak berkuasa Israel di perairan Mediterranean berhampiran Kepulauan Crete, Greece.Menurut beliau, kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 11 pagi waktu Malaysia apabila kapal-kapal yang berada kira-kira 656 batu nautika dari pantai Gaza dihampiri secara agresif oleh pasukan tentera Israel."SNCC melaporkan berlaku provokasi yang mana Angkatan Pertahanan Israel (IDF) telah melepaskan tembakan amaran ke atas kapal delegasi selain melakukan gangguan frekuensi radio serta mengancam aktivis kemanusiaan yang tidak bersenjata."Enam kapal yang ditahan dan diceroboh melibatkan 10 rakyat Malaysia antaranya Zainal Rashid Ahmad (ZRA), Osman Zulkifli dan Dr Jihan Alya Mohamad Nordin," katanya dalam sidang akhbar khas SNCC di Wisma Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) di Kajang pada Khamis.Dalam insiden itu, kata Sani Araby, pihaknya turut mengesahkan terdapat puluhan dron yang tidak dikenal pasti dan dikesan beroperasi di sekitar kawasan Flotilla."SNCC percaya mereka melakukan pemantauan dan juga gangguan terhadap pergerakan serta komunikasi delegasi GSF."Rakaman audio dan visual yang diperolehi membuktikan pihak IDF menggunakan naratif palsu bagi menjustifikasikan serangan amaran," katanya lagi.Pihaknya menyifatkan serangan itu sebagai provokasi awal bagi mengagalkan misi kemanusiaan berskala besar ke Gaza."Pihak rejim sangat terdesak dan melakukan tindakan pengecut kerana delegasi berada di zon pelayaran antarabangsa yang sah dan dijamin sepenuhnya undang-undang maritim antarabangsa berbanding tahun lepas."Kita yakin dengan ketumbukan seluruh dunia termasuk dari Malaysia telah menyebabkan Zionis merasa goyah dan membuat provokasi awal untuk menghentikan gerakan besar-besaran dalam sejarah."Kalau sampai di kawasan Turki boleh jadi keseluruhan dunia mula bangkit dan menyokong," kata Sani Araby.Beliau berkata, perkembangan terkini misi GSF itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan sokongan terutama dari aspek diplomatik dan keselamatan.Dalam pada itu, SNCC meminta rakyat Malaysia untuk terus mendoakan keselamatan semua peserta misi terutama rakyat Malaysia."Laksanakan solat hajat dan bacaan qunut nazilah bagi memohon perlindungan kepada mereka yang berdepan situasi genting ini."Difahamkan, demontrasi besar-besaran akan dibuat akan dibuat di Eropah yang saya kira tindakan rejim Israel itu satu pencabulan," katanya.Global Sumud Flotilla merupakan gerakan antarabangsa tindakan tanpa kekerasan yang belayar bagi menamatkan sekatan Israel ke atas Gaza serta menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin.





TERKINI: Kapal Dinaiki ZRA Dipintas Tentera Rejim Israel - Wrlr - 30/04 12:49 am

Aktivis kemanusiaan Malaysia, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA ditahan tentera rejim Israel dalam misi GSF2.0 pada 30 April 2026 setelah berlayar dari Barcelona, Sepanyol pada 12 April 2026. KUALA LUMPUR, 30 Apr Aktivis kemanusiaan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA bersama kru kapal dinaiki dilaporkan telah ditahan tentera Israel awal pagi tadi ketika dalam pelayaran ke Gaza dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0



Latest updates on aid vessels bound for Gaza - Middleeasteye - 30/04 8:19 am

Latest updates on aid vessels bound for Gaza Israeli forces are currently storming one of the boats bound for Gaza, as volunteers onboard the vessels alert of disrupted communication





Israel???s friends and foes - Sinchew - 29/04 1:57 pm

The debate, however, reflects a deeper and more profound divide within Korean society. Since Israels war in Gaza in 2023, many Koreans have grown increasingly uneasy about the level of violence inflicted on Palestinian civilians



CBS London bureau chief fired after clashes with Zionist editor over Iran, Gaza coverage: Report - Presstv - 29/04 1:57 pm

CBS News has removed its London bureau chief after clashes with editor-in-chief over the networks coverage of Iran and Gaza, a report says.





Heliza, Hazwani & Ardell Dihantar Pulang Ke Malaysia Ekoran Kapal Rosak - Vocket - 29/04 10:21 am

Walaupun terpaksa akur dengan ujian di tengah lautan, semangat juang tiga srikandi negara yang menyertai pelayaran Global Sumud Flotila (GSF) ke Gaza tidak pernah pudar...





Mountaineer climbs Everest for Palestinian children - Aljazeera - 29/04 5:11 am

Mostafa Salameh, a mountaineer, is on a mission to carry letters from children in Gaza to the top of Mount Everest.





56 kapal GSF mula berlayar dari Itali ke perairan antarabangsa menuju Gaza - Sinarharian - 28/04 6:09 pm

SHAH ALAM - Sebanyak 56 kapal di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) mula belayar keluar dari Pelabuhan Catania, Itali ke perairan antarabangsa menuju ke Gaza dalam satu misi yang bertujuan memecahkan sekatan ke atas wilayah Palestin.Sumud Nusantara Command Center (SNCC) dalam satu kenyataan memaklumkan, bagaimanapun terdapat beberapa buah kapal yang kini sedang menjalani proses teknikal dan pembaikan di Pelabuhan Catania.Menurutnya, kapal-kapal berkenaan akan menyusul dan menyertai semula armada utama sebaik sahaja proses pembaikan disempurnakan."Dalam masa sama, turut melaporkan keseluruhan 36 orang rakyat Malaysia yang terdiri daripada jurutera bot, kapten, pasukan perubatan, kru kapal, penganjur dan peserta kini berada dalam keadaan sihat serta bersemangat tinggi untuk meneruskan fasa pelayaran ini."Pihak urus setia sentiasa memantau tahap keselamatan dan kebajikan semua krew bagi memastikan kelancaran operasi di perairan antarabangsa," ujarnya pada Selasa.SNCC memberitahu, satu penyesuaian tugasan telah dibuat melibatkan tiga orang delegasi Malaysia berikutan beberapa kapal yang telah mengalami kerosakan teruk.Tambah SNCC, delegasi berkenaan melibatkan Nur Heliza Helmi, Nur Hazwani Afiqah Helmi, dan Nurul Hidayah Mohd Amin.Jelasnya, mereka telah selamat tiba di tanah air dan akan memulakan tugas rasmi di pangkalan SNCC Sepang yang kini turut berfungsi sebagai Pangkalan Operasi Serantau melibatkan penyelarasan strategik dari tujuh buah negara."Kami sekali lagi menegaskan komitmen tidak berbelah bahagi dalam menjayakan misi ini dan menggesa rakyat Malaysia untuk terus memberikan sokongan moral serta mendoakan keselamatan seluruh armada Global Sumud Flotilla."Pihak media dan orang awam dinasihatkan agar merujuk kepada SNCC sebagai sumber maklumat sahih bagi mengikuti perkembangan terkini misi," ujarnya.





Malaysia perlu perkukuh daya tahan dalam hadapi krisis global – PM - Mygazette - 27/04 8:04 am

Mengenai perkembangan global, Anwar menekankan landskap geopolitik yang semakin kompleks, terutamanya konflik berlarutan di Asia Barat yang menurut beliau membawa implikasi politik dan ekonomi meluas. Beliau turut mengecam pencerobohan berterusan Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat, dengan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai punca kepada peningkatan krisis kemanusiaan dan serantau, termasuk di Gaza, Lubnan serta kawasan lain



Algorithm of war: How Palantir became Pentagon's indispensable AI arsenal in wars abroad - Presstv - 27/04 8:04 am

American tech giant Palantir now powers US military AI targeting in Ukraine, Gaza, and Iran, with its algorithms driving mass surveillance and indiscriminate killing, prompting Iran to designate the company a legitimate military target.





Lebih 60 kapal Global Sumud Flotilla belayar ke Gaza - FMT - 27/04 7:30 am

GSF berkata flotila itu belayar 'dengan matlamat jelas untuk memecahkan sekatan', mempertahankan hak rakyat Palestin bagi menentukan nasib sendiri dan mendesak koridor kemanusiaan kekal ke Gaza dibuka.





Abbas loyalists sweep Palestinian elections, including some seats in Gaza - Aljazeera - 27/04 12:50 am

Voter turnout in Gaza remained low due to the ongoing impact of the genocide.





Malaysia Perlu Perkukuh Daya Tahan Hadapi Krisis Tenaga Global PM Anwar - Wrlr - 26/04 11:28 pm

Mengenai perkembangan global, Anwar menekankan landskap geopolitik yang semakin kompleks, terutamanya konflik berlarutan di Asia Barat yang menurut beliau membawa implikasi politik dan ekonomi meluas. Beliau turut mengecam pencerobohan berterusan Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat, dengan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai punca kepada peningkatan krisis kemanusiaan dan serantau, termasuk di Gaza, Lubnan serta kawasan lain





Lebih 60 kapal GSF berlayar ke Gaza hari ini - Kosmo - 26/04 11:21 pm

PETALING JAYA – Lebih 60 buah kapal dari Itali dan Sepanyol di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) akan belayar ke Gaza, hari ini dalam satu misi yang bertujuan memecahkan sekatan ke atas wilayah Palestin





Malaysia perlu perkukuh daya tahan dalam hadapi krisis global - PM - Sinarharian - 26/04 11:03 pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu memperkukuh daya tahan bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan ekonomi susulan peningkatan kos global serta gangguan rantaian bekalan.Beliau berkata, meskipun negara dijamin mempunyai bekalan petroleum yang mencukupi untuk beberapa bulan akan datang, cabaran seperti kekurangan diesel dan isu bekalan baja mampu memberi tekanan kepada ekonomi domestik."Saya menyeru komitmen yang lebih kukuh untuk memperkasakan daya tahan bagi menghadapi kemungkinan kemerosotan ekonomi ini, susulan kos yang semakin meningkat serta kemungkinan kekurangan bekalan."Kita (Malaysia) bernasib baik kerana untuk beberapa bulan akan datang kita mempunyai jaminan bekalan petroleum yang mencukupi, namun kita mungkin akan berdepan lebih banyak cabaran berkaitan bekalan diesel dan baja," kata beliau.Anwar berkata demikian ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri 11 yang bertemakan Muslim Unity in Times of Geopolitical Crisis anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini malam ini.Perdana Menteri berkata, kekuatan Malaysia terletak pada perpaduannya sebagai sebuah negara berbilang kaum dan berbilang agama, yang menjadi asas penting dalam berdepan dengan ketidaktentuan global."Kita berbangga untuk menyatakan, Alhamdulillah, di negara berbilang kaum dan berbilang agama seperti Malaysia, wujud semangat perpaduan serta iltizam untuk mempertahankan negara serta berganding bahu dalam menyelesaikan cabaran."Saya tidak percaya ada masalah yang tidak mampu diatasi. Apa yang kita perlukan ialah iltizam dan membina daya tahan yang kukuh dalam kalangan rakyat kita," kata Perdana Menteri.Mengenai perkembangan global, Anwar menekankan landskap geopolitik yang semakin kompleks, terutamanya konflik berlarutan di Asia Barat yang menurut beliau membawa implikasi politik dan ekonomi meluas.Beliau turut mengecam pencerobohan berterusan Israel yang disokong oleh Amerika Syarikat, dengan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai punca kepada peningkatan krisis kemanusiaan dan serantau, termasuk di Gaza, Lubnan serta kawasan lain."Penderitaan di Gaza dan perjuangan Palestin tidak boleh sama sekali dilupakan atau diabaikan





What lies ahead for Gaza after ceasefires in Iran and Lebanon? - Aljazeera - 26/04 9:20 pm

Regional de-escalation may shift focus to Gaza, where deadlock over Hamas weapons, future governance threatens 'truce'.





Lebih 60 kapal Global Sumud Flotilla akan belayar ke Gaza hari ini - Sinarharian - 26/04 8:56 pm

KUALA LUMPUR - Lebih 60 kapal dari Itali dan Sepanyol di bawah Global Sumud Flotilla (GSF), yang kini berlabuh di Pelabuhan Augusta, Itali, akan belayar ke Gaza hari ini dalam satu misi yang bertujuan memecahkan sekatan ke atas wilayah Palestin.Menerusi kenyataan hari ini, GSF memaklumkan flotila berkenaan akan belayar "dengan matlamat yang jelas untuk memecahkan sekatan" serta menegaskan semula hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, di samping mendesak pembukaan koridor kemanusiaan kekal ke Gaza.Menurut GSF, misi tersebut turut bertujuan menggerakkan tindakan antarabangsa yang berterusan serta mendedahkan apa yang disifatkan sebagai penglibatan dalam mengekalkan sekatan terbabit.Dengan merujuk kepada Deklarasi Brussels yang diterima pakai pada Kongres Parlimen pertama GSF pada 22 April lepas, GSF memaklumkan "sekadar kecaman" terhadap Israel dan sekutunya tidak lagi mencukupi memandangkan penjarahan yang berterusan, penutupan laluan darat serta sekatan akses kemanusiaan ke Gaza."Adalah perlu untuk bertindak secara bersepadu dan mengikut pendekatan yang berbeza," menurut GSF sambil menambah satu barisan hadapan antarabangsa perlu dibentuk bagi mencabar apa yang digambarkan sebagai sistem yang mengekalkan sekatan tersebut.GSF memaklumkan usaha seumpama itu termasuk melakukan boikot, tekanan politik di peringkat dalaman, gerakan kesatuan pekerja, mogok umum serta tindakan ketidakpatuhan awam tanpa keganasan sebagai sebahagian daripada strategi bersama untuk mempertahankan hak rakyat untuk menentukan nasib sendiri




Reformasi     >>



From Malaysias book bans to Iran war, Anwars reform .. - Scmp
When Malaysias government announced a ban on two books in mid-April, the move raised eyebrows, with some questioning the intent of Prime Minister Anwar Ibrahims administration and his reformist credentials. The home affairs ministry on April 16 declared that the books one of which was a memoir ..
Kroni     >>



FIFA sahkan Iran kekal beraksi di AS - Utusan
VANCOUVER: Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengesahkan Iran kekal beraksi di Amerika Syarikat (AS) seperti dijadualkan ketika pemimpin bola sepak dunia berhimpun pada Kongres FIFA ke-76. Perkara itu disahkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino yang sebelum ini beberapa kali menyatakan Iran akan tetap ..
Tabloid     >>



Pesara TLDM guna AI untuk ternakan ruminan - Kosmo
TAPAH Berbekalkan minat mendalam dalam dunia penternakan lembu dan kambing selain niat membekalkan stok daging tempatan bermutu kepada pelanggan membuatkan seorang pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan jawatan akhir sebagai laskar kanan nekad menjadikan perniagaan tersebut sebagai teras ..
Tech     >>



AnTuTu results for April are in, iQOO leads the .. - Gsmarena
At the beginning of every month, AnTuTu publishes charts showing us which devices had the best average score the previous month. So now these are available for April. Keep in mind that these are averages, not high scores, and that only benchmarks completed in China count. Without further ado, let's ..
World     >>



US said to be withdrawing 5,000 troops from Germany .. - Aljazeera
President Donald Trump has feuded with European allies over their reluctance to step up support for war on Iran.
Motor Trend     >>



10,000 CCTV DBKL kini mampu cam wajah dan jejak .. - Careta
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud. Menurut Hannah, pelaksanaan sistem ini merupakan sebahagian daripada usaha berskala besar untuk menghubungkan pemantauan,