| /// |
|
| Search : Gabungan Rakyat News | Page 1 |
|
Stronger ringgit spurs more Malaysians to buy foreign currency - Sinchew - 18/11 3:19 pm ByDivya Theresa Ravi and R |
|
BUDI95: Tiada isu pengguna tunggu lama, berbaris panjang isi petrol .. - Mgazette - 18/11 3:19 pm # BUDI95: Tiada isu pengguna tunggu lama, berbaris panjang isi petrol KUALA LUMPUR - Tiada isu pengguna terpaksa menunggu dan berbaris panjang untuk mengisi petrol di stesen sepanjang pelaksanaan Budi Madani RON95 (BUDI95) |
|
Kerajaan tak boleh arah peruncit jual barang harga Rahmah sepanjang masa - Mgazette - 18/11 3:19 pm # Kerajaan tak boleh arah peruncit jual barang harga Rahmah sepanjang masa KUALA LUMPUR - Potongan harga 10 hingga 30 peratus barangan yang dijual pada Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) tidak boleh dilaksanakan di pasaran biasa |
|
Empat RUU reformasi institusi dibentang tahun depan – PM - Mgazette - 18/11 3:19 pm # Empat RUU reformasi institusi dibentang tahun depan - PM KUALA LUMPUR - Empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan reformasi institusi iaitu Ombudsman, kebebasan maklumat (FOI), pendanaan politik serta pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka akan dibentang di Parlimen tahun depan |
|
Johor catat RM91.1 bilion jumlah pelaburan, tertinggi di Malaysia - Mgazette - 18/11 3:19 pm # Johor catat RM91.1 bilion jumlah pelaburan, tertinggi di Malaysia JOHOR BAHRU - Johor sekali lagi mencatat kejayaan apabila muncul negeri tertinggi pelaburannya di Malaysia berjumlah RM91.1 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2025 |
|
Video Rasuah: Saya Sendiri Menonton, Hujahnya Kuat Tapi Harus Lalui .. - Mgazette - 18/11 3:19 pm # Video Rasuah: Saya Sendiri Menonton, Hujahnya Kuat Tapi Harus Lalui Siasatan, Sabar Pasir Mas - PMX Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil memberikan penjelasan tegas ketika menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berhubung isu rasuah |
|
Isu rasuah Sabah: Pendakwaan perlu bukti kukuh, tak boleh hanya kerana .. - Mgazette - 18/11 3:19 pm "Apa yang PM harus lakukan? Beri arahan kukuh jangan kecualikan sesiapa tapi bukti yang kuat tapi belum ditutup kes mereka itu maklumat yang sampai kepada saya," ujarnya. Sebagai rekod, ahli perniagaan, Albert Tei yang menyiarkan beberapa video mendakwa pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menerima rasuah baru-baru ini dilaporkan telah menyerahkan lebih 300 halaman dokumen kepada SPRM |
|
PM tegur secara keras setiausaha politiknya isu beri surat sokongan .. - Mgazette - 18/11 3:19 pm # PM tegur secara keras setiausaha politiknya isu beri surat sokongan kontraktor KUALA LUMPUR - Perdana Menteri sudah menegur secara tegas kepada setiausaha politiknya yang dikatakan memberikan surat sokongan kontraktor terhadap projek hospital pada tahun lalu |
|
Buletin Lhdn Bongkar Kartel Kenderaan Mewah Elak Cukai Rm70 Juta Read More .. - Mekanika - 18/11 3:19 pm # LHDN BONGKAR KARTEL KENDERAAN MEWAH ELAK CUKAI RM70 JUTA **Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) membongkar ketidakpatuhan cukai sebuah syarikat yang disyaki terbabit dalam rangkaian kartel jual beli kenderaan mewah, dengan kegagalan melaporkan pendapatan sebenar daripada transaksi jualan dianggarkan sekitar RM70 juta.** LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya melaksanakan operasi penguatkuasaan terhadap syarikat berkenaan, membabitkan premis perniagaan, kediaman pengarah syarikat dan sebuah firma juruaudit di Lembah Klang semalam |
|
Buletin Gwm Pamer Teknologi Hibrid Pintar Di Gate 2025, Umum Gwm Wey G9 .. - Mekanika - 18/11 3:19 pm # GWM PAMER TEKNOLOGI HIBRID PINTAR DI GATE 2025, UMUM GWM WEY G9 TIBA AWAL 2026 **GWM Malaysia mengukuhkan komitmennya terhadap mobiliti pintar dan lestari menerusi penyertaan di Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025, sambil meraikan ulang tahun ketiganya di pasaran tempatan.** Seiring pengembangan operasinya, GWM memperluas program lokalisasi dengan bekerjasama bersama vendor tempatan dalam penghasilan modul tempat duduk, wayar litar, sub-rangka, trim pintu dan bateri |
|
Politics : Sabah Polls: PH Candidate To Strengthen Federal-Sabah Ties - Sim - Bernama - 18/11 3:19 pm KOTA KINABALU, Nov 18 (Bernama)-- Pakatan Harapan (PH) candidate for the 17th Sabah state election, Datuk Chan Foong Hin, is expected to strengthen ties between the Federal and Sabah governments, particularly through the implementation of the 2025 Gig Workers Act, which was passed by the Dewan Rakyat last September. |
|
“Sakit hati kami..” – MP pembangkang berang isu menantu Pagoh - Mdateline - 18/11 3:09 pm Persidangan dewan rakyat hari ini kecoh lagi apabila isu menantu Pagoh dibangkitkan lagi di dalam dewan |
|
Dewan Rakyat kecoh, isu menantu Muhyiddin dibangkitkan lagi - Utusan - 18/11 3:05 pm KUALA LUMPUR: Suasana Dewan Rakyat hari ini kecoh lagi dengan isu berkaitan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibangkitkan seorang ahli Parlimen kerajaan |
|
Penyasaran subsidi beri lebih banyak bantuan untuk rakyat - Utusan - 18/11 2:53 pm KUALA LUMPUR: Penjimatan dana yang diperoleh melalui penyasaran subsidi membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana bagi inisiatif bantuan rakyat |
|
Suzuki Fronx Hybrid Serba Baharu Dilancarkan di Malaysia - Piston - 18/11 2:51 pm Naza Eastern Motors rasmi memperkenalkan Suzuki Fronx Hybrid untuk pasaran Malaysia, menandakan kemasukan yang lebih yakin jenama itu dalam segmen SUV kompak tempatan |
|
Perkhidmatan awam hadapi defisit integriti, persepsi negatif - KPPA - Sinarharian - 18/11 2:51 pm BACHOK - Perkhidmatan Awam kini berdepan defisit integriti dan persepsi negatif walaupun tindakan pengesanan dan pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semakin agresif, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.Beliau berkata, data menunjukkan persepsi global terhadap tahap rasuah di Malaysia masih statik, justeru kerajaan perlu memperkukuh tadbir urus serta mengadakan langkah pencegahan di peringkat agensi dan kepimpinan."Bagi menangani isu ini, kerajaan telah memperkenalkan dua instrumen baharu |
|
PH akur keputusan SPR kekalkan nama calon DUN Silam - Sinarharian - 18/11 2:51 pm SANDAKAN - Pakatan Harapan (PH) menerima keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan nama Abdul Halim Sidek Gulam Hassan dalam senarai calon bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan peruntukan undang-undang, nama calon yang telah disahkan bertanding tidak boleh dikeluarkan daripada kertas undi.Beliau menjelaskan bahawa PKR telah menghentikan semua gerak kerja kempen di DUN berkenaan."Apabila kita kata tarik diri, maknanya semua operasi kempen dihentikan |
|
Dewan Rakyat kecoh isu 'menantu Pagoh' - Sinarharian - 18/11 2:37 pm KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat pada Selasa kecoh seketika dengan isu menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilapor lari ke luar negara selepas ia dibangkitkan seorang ahli Parlimen kerajaan.Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) ketika mengajukan soalan tambahan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan terhadap mereka yang didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun melarikan diri ke luar negara."Sebagai contoh, anak menantu Pagoh (Muhyiddin) yang terbabit dalam kes rasuah |
|
PRN Sabah: SPR sahkan calon PH kekal atas kertas undi DUN Silam - Sinarharian - 18/11 2:31 pm KOTA KINABALU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam, Abdul Halim Sidek Gulam Hassan kekal sebagai bertanding meskipun menyatakan hasrat menarik diri selepas hari penamaan calon.Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya mengambil maklum hasrat penarikan diri itu namun menegaskan bahawa ia tidak dibenarkan menurut peraturan sedia ada.Beliau berkata, mengikut Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, tiada seorang calon pun boleh menarik pencalonannya selepas 10 pagi hari penamaan."Justeru, Abdul Halim kekal tersenarai dalam kertas undi bagi bahagian pilihan raya berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Pada hari penamaan calon Sabtu lepas, DUN Silam menyaksikan pertandingan sembilan penjuru membabitkan 28,261 pengundi.Antara calon bertanding Sharif Musa Sharif Mabul daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Mizma Appehdullah (Gabungan Rakyat Sabah - GRS), Datuk Mohammad Yusof Apdal (Warisan), Borkes @ Balkis Kalinggalan (Perikatan Nasional - PN), Amat Kawoh @ Abd Rahman (Bebas), Mohammad Enriquez (Parti Damai Sabah - SPP), Brahim Bisel (Parti Impian Sabah - PIS) dan Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin (Parti Kebangsaan Sabah - PKS)Susulan penarikan diri Abdul Halim, PH kini bertanding di 21 kerusi DUN.INFON62: SILAM: SABAH: 28,2611 |
|
Budi95 implementation running smoothly, Parliament told - Star - 18/11 2:27 pm KUALA LUMPUR: There have been no reports of long queues at petrol stations since the targeted subsidy rationalisation programme, Budi95, began in stages in September, the Dewan Rakyat heard on Tuesday (Nov 18) |
|
Sg Kreh tercemar: Janji tak ditunai, penduduk tertekan - Harakahdaily - 18/11 2:18 pm GEORGE TOWN: Mohd Sobri Salleh (PNPermatang Berangan) membangkitkan isu pencemaran najis babi dan bau busuk di Sungai Kreh yang berpunca daripada ladang ternakan babi di Kampung Selamat |
|
Dua RUU di bawah Kementerian Kewangan dibentang untuk bacaan kali pertama - Sinarharian - 18/11 2:10 pm KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2025 dan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Selasa.Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying ketika membentangkan RUU itu berkata, bacaan kali kedua akan dibuat pada sesi persidangan kali ini.RUU Kewangan 2025 yang dicadangkan ini bertujuan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169), Akta Setem 1949 (Akta 378), Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445) dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (Akta 543).RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 bertujuan mengadakan peruntukan bagi langkah-langkah pelaksanaan pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai dengan meminda Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Akta 169), Akta Setem 1949 (Akta 378), Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 (Akta 445) dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967 (Akta 543).Kedua-dua RUU ini tidak akan melibatkan kerajaan dalam apa-apa perbelanjaan wang tambahan |
|
Dasar ekonomi dan pengurusan berhemat perkukuh ringgit ke tahap tertinggi - Thempress - 18/11 2:08 pm PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa peningkatan nilai ringgit yang kini muncul sebagai antara yang terbaik di Asia didorong oleh gabungan disiplin fiskal, pengurusan ekonomi yang lebih tersusun… |
|
Ini bukti kemiskinan negeri Selangor makin kritikal - Harakahdaily - 18/11 2:07 pm SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor digesa tidak terlalu berbangga dengan pelbagai slogan kemajuan sedangkan realiti jurang pendapatan dan kadar kemiskinan rakyat di negeri ini semakin meruncing saban tahun |
|
Masalah teknikal NG999 membimbangkan, bebankan perkhidmatan kecemasan - Sinarharian - 18/11 2:05 pm SHAH ALAM - Masalah teknikal yang membelenggu sistem panggilan kecemasan Next Generation Emergency Services (NG999) yang baru beroperasi Sabtu lalu, dibimbangi menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan nyawa rakyat sekiranya tidak ditangani segera.Menurut Ahli Dewan Negara, Dr A Lingeshwaran, pihaknya menerima pelbagai maklum balas daripada orang awam yang mengesahkan bahawa sistem itu tidak berfungsi dengan baik.Tambahnya, operasi perkhidmatan ambulans menerima kesan hingga membebankan perkhidmatan kecemasan di seluruh negara."Saya telah dihubungi oleh beberapa perkhidmatan ambulans milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memaklumkan bahawa mereka kini menerima panggilan kecemasan secara langsung tanpa henti."Ini jelas menandakan kegagalan NG999 untuk menguruskan dan mengkoordinasikan panggilan kecemasan menyebabkan NGO ini terpaksa mengambil alih bebanan sistem nasional."Selain itu, terdapat insiden yang mana dua ambulans kerajaan dihantar ke kes yang sama sekali gus menunjukkan kelemahan koordinasi yang serius, pembaziran sumber tenaga serta menyebabkan kelewatan untuk respon kes kecemasan lain," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Selasa.Lingeshwaran berkata, kerajaan perlu bertindak segera melaksanakan pembetulan bagi memulihkan kembali fungsi NG999 demi melindungi keselamatan dan kesejahteraan rakyat."Berikan penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai punca kegagalan ini dan langkah-langkah yang diambil untuk memastikan ia tidak berulang selain melakukan audit menyeluruh ke atas infrastruktur dan operasi NG999 bagi mengenal pasti kelemahannya."Orang ramai yang menggunakan Sistem NG999 sejak Sabtu lalu untuk berkongsi pengalaman kerana maklum balas rakyat adalah penting untuk kami mendesak penambahbaikan yang lebih bertanggungjawab," katanya. |
|
PM tegur keras setiausaha politiknya isu beri surat sokongan kontraktor hospital - Sinarharian - 18/11 2:03 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan telah menegur tindakan setiausaha politiknya berhubung pemberian surat sokongan kontraktor terhadap projek hospital tahun lalu.Ahli Parlimen Tambun itu menjelaskan, peraturan dan prinsip kerajaan sememangnya tidak membolehkan tindakan sedemikian dilakukan."(Berkenaan) sokongan setiausaha politik saya, saya telah memberi teguran yang keras kerana peraturan tidak membolehkan kita lakukan (surat sokongan)."Kalau ada surat daripada saya, maksimum (arahan) 'sila teliti' |
|
ECRL: Duit pusat, kredit negeri Propaganda murahan tunggang projek Persekutuan - Thempress - 18/11 1:54 pm Ketika rakyat Terengganu masih menunggu air takungan penuh, tarif air naik, premium tanah yang naik tiba-tiba dan bantuan rakyat yang makin mengecil, tiba-tiba muncul satu poster rasmi Kerajaan Negeri dengan… |
|
Perjanjian ART tak halang Malaysia jalin perdagangan, berunding dengan negara lain - PM - Sinarharian - 18/11 1:37 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perjanjian Timbal Balas Amerika Syarikat-Malaysia (ART) tidak menghalang Malaysia daripada mengadakan rundingan atau perdagangan dengan mana-mana negara, termasuk China.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, meskipun terdapat dakwaan bahawa ART mengehadkan ruang Malaysia dalam membuat keputusan dasar ekonomi, perdagangan dan pelaburan, perkara itu adalah tidak benar.Beliau menjelaskan Malaysia kekal bebas bekerjasama dengan mana-mana rakan strategi, termasuk dalam sektor sensitif seperti nadir bumi, semikonduktor dan kewangan melibatkan penggunaan mata wang tempatan."Saya setuju bahawa tekanan Amerika Syarikat (AS) itu relatif lebih besar |
|
PH tanding atas dasar lunas janji, kekalkan rekod prestasi - Nurul Izzah - Sinarharian - 18/11 1:24 pm KOTA KINABALU - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bertanding atas dasar melunaskan janji serta mengekalkan kesinambungan momentum berdasarkan rekod prestasi kerjasama kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah.Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pendekatan tersebut lebih penting daripada menawarkan pelbagai janji baharu kerana rakyat berhak menilai kemampuan PH melalui tindakan serta hasil kerja yang telah digerakkan."Penting untuk kita bercakap berdasarkan pencapaian, bukan menawarkan bulan, bintang atau cakerawala, tetapi lebih kepada concrete realisation," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Ziarah Tunai Janji di Kampung Dambai, Inanam, bersama calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam, Datuk Peto Galim pada Selasa.Nurul Izzah, yang juga Pengarah Pilihan Raya Bersama PKR berkata, antara bukti prestasi PH adalah tindakan pantas membantu mangsa kebakaran di kampung berkenaan dengan menyediakan tapak kediaman baharu selain menggerakkan usaha menggazetkan Kampung Kionsom sebagai kampung tradisi."Langkah yang cepat, tuntas untuk menyediakan tapak kediaman yang telah hangus dan ini bukannya mudah |
|
Malaysia gesa masyarakat antarabangsa tamatkan konflik di Gaza - Sinarharian - 18/11 1:03 pm PUTRAJAYA - Malaysia menyifatkan kelulusan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Isnin sebagai satu perkembangan positif dalam usaha menamatkan konflik di Gaza.Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan resolusi tersebut menyokong Pelan Komprehensif bagi Menamatkan Konflik Gaza yang diumumkan pada 8 Oktober lalu di Sharm El-Sheikh, Mesir."Keputusan Majlis Keselamatan PBB itu akan membuka laluan kepada penubuhan Lembaga Keamanan dan Pasukan Penstabilan Antarabangsa bagi memudahkan proses pembinaan semula, pemulihan ekonomi serta usaha penyahtenteraan di Gaza."Keamanan berkekalan di Palestin dan serantau hanya dapat dicapai melalui penyelesaian inklusif dan komprehensif," menurut kenyataan itu pada Selasa.Dalam pada itu, Malaysia turut menggesa Majlis Keselamatan PBB memastikan pelaksanaan segera resolusi tersebut bagi merealisasikan hak rakyat Palestin termasuk hak kenegaraan, kedaulatan dan keutuhan wilayah serta menjamin hak pulang kepada pelarian Palestin.Tambah kenyataan itu, Malaysia akan terus menyokong segala usaha berlandaskan undang-undang antarabangsa dan prinsip yang termaktub dalam Piagam PBB ke arah merealisasikan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berasaskan persempadanan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. |
|
No govt assets used in Sabah election campaign - Anwar - Sinardaily - 18/11 1:02 pm KUALA LUMPUR - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has stressed that no government assets were used in any programme during the 17th Sabah state election campaign.In fact, he said the use of official facilities, such as government vehicles, was solely for security reasons."There were no government programmes in Sabah |
|
Empat RUU reformasi institusi dibentang tahun depan - Anwar - Sinarharian - 18/11 12:38 am KUALA LUMPUR - Empat rang undang-undang (RUU) berkaitan reformasi institusi melibatkan Ombudsman, kebebasan maklumat (FOI), pendanaan politik serta pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu pindaan terhadap Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 melibatkan perlindungan dan insentif kepada pemberi maklumat juga akan dibentangkan."Keempat-empat RUU tersebut sedang melalui proses libat urus antaranya dengan Parlimen, Majlis Peguam dan pihak-pihak berkepentingan lain sebelum dimuktamadkan."Ada yang dijangka dibentangkan awal tahun manakala sebahagiannya (dibentang) pertengahan tahun depan," katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Selasa.Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) mengenai perkembangan terkini reformasi institusi perundangan melalui penggubalan RUU tersebut dalam usaha meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI).Sementara itu Anwar menjelaskan, pemantauan terhadap pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 dijalankan secara berkala dengan beberapa cadangan langkah diberi perhatian.Menurutnya, cadangan tersebut melibatkan pemberian insentif cukai kepada agensi yang menyertai program antirasuah secara berkesan.Inisiatif tersebut ujarnya, turut melibatkan penetapan pemberian elaun kepada saksi yang bersedia memberi kerjasama dengan kerajaan."Setakat ini, terdapat kejayaan yang bermakna |
|
Disiplin fiskal, pengurusan ekonomi teratur dorong ringgit jadi mata wang terbaik Asia - PM - Sinarharian - 18/11 12:21 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Disiplin fiskal dan pengurusan ekonomi negara yang teratur mendorong ringgit mencatatkan prestasi terbaik di seluruh Asia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, pengukuhan ringgit berbanding dolar AS amat menyakinkan, yang meningkat sebanyak 8.2 peratus sehingga 14 November lepas."Jika dari segi domestik, tentunya kerana dasar yang dilaksanakan dari awal, iaitu penyasaran subsidi (apabila) penggunaan dana untuk memberikan subsidi tidak memberikan faedah langsung kepada rakyat |
|
Mengaku rakyat Malaysia tapi tak tahu nyanyi lagu Negaraku - Sinarharian - 18/11 12:05 am PELABUHAN KLANG Helah seorang wanita warga India menyamar sebagai rakyat tempatan terbongkar apabila gagal menyanyikan lagu Negaraku ketika diminta berbuat demikian dalam Ops Sapu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pangsapuri Pendamar B di sini pada Rabu.Wanita berusia lingkungan 30-an itu awalnya mendakwa dirinya warga tempatan, namun terdiam ketika diminta menyambung rangkap pertama lagu kebangsaan sebelum menangis dan merayu supaya dilepaskan.Suasana ketika serbuan turut menjadi kecoh apabila beberapa pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba melarikan diri, termasuk seorang lelaki yang nekad terjun dari tingkap tingkat satu tetapi berjaya ditahan tidak jauh dari lokasi.Selain itu terdapat beberapa warga asing yang bertindak bersembunyi di bilik air, mematikan lampu rumah serta melarikan diri menggunakan tangga kecemasan bagi mengelak diperiksa.Penduduk di kawasan itu sebelum ini mendakwa jumlah warga asing meningkat sejak beberapa tahun lalu sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.Dakwa penduduk, warga asing sebelum ini turut dipercayai membuang sampah dari tingkat atas sehingga mencemarkan kawasan perumahan.Serbuan turut membongkar sebuah unit rumah sewa yang dijadikan lokasi penagihan dadah membabitkan dua wanita warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan.Lelaki itu didakwa cuba melupuskan bahan dipercayai dadah sebaik menyedari kehadiran pasukan operasi, namun tindakannya disedari sebelum dia ditahan.Timbalan Ketua Pengarah Operasi JIM, Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, operasi dijalankan bermula jam 8.30 malam itu disertai 78 pegawai JIM Selangor."Operasi melibatkan pemeriksaan seramai 285 individu, daripada jumlah itu, seramai 95 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan melibatkan warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal, berusia 16 hingga 50 tahun melibatkan 70 lelaki dan 25 wanita."Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, pemegang kad yang tidak diiktiraf dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen," katanya dalam sidang akhbar di lokasi pada Rabu.Katanya, hasil operasi menunjukkan kawasan itu memang menjadi tumpuan warga asing tanpa dokumen sah."Semua individu ditahan dibawa ke Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut."Operasi ini dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warga asing yang melanggar undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007," katanya.Tambahnya, operasi penguatkuasaan seumpamanya akan diteruskan di lokasi panas yang dikenal pasti menempatkan warga asing tanpa dokumen sah."Orang ramai dan majikan diingatkan supaya tidak melindungi PATI atau mereka boleh berhadapan dengan tindakan undang-undang."Sekiranya mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu penguatkuasaan, salurkan kepada JIM," katanya. |
|
Siasatan kes rasuah ADUN Sabah belum dipadam, ditutup - PM - Sinarharian - 18/11 11:35 am KUALA LUMPUR - Siasatan berhubung video kes rasuah yang dikaitkan dengan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah masih belum ditutup atau dipadam.Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya kerajaan melindungi sesetengah pihak yang terlibat dalam kes rasuah berkenaan."Saya sendiri menonton (video yang tersebar) dan anggap video itu hujahnya kuat untuk disiasat dan pihak yang menyiasat adalah SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)."Menurut keterangan SPRM, (kes itu) sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara |
|
'Tak perlu guna alasan Mara tak tolong bumiputera' - Asyraf Wajdi - Sinarharian - 18/11 11:25 am SHAH ALAM - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan peminjam untuk tidak terus menggunakan alasan 'Mara tak tolong bumiputera'.Beliau berpandangan, disebabkan ingin membantu lebih ramai kaum Melayu dan bumiputera yang memerlukan, Mara mesti mengambil pendekatan tegas terhadap golongan peminjam culas membuat bayaran balik pinjaman."Tiada kompromi dengan peminjam-peminjam culas |
|
Siapa dinosaur perintah Sabah 30 tahun, soal calon GRS - FMT - 18/11 10:58 am Calon GRS di Kunak Norazlinah Arif berkata kerajaan negeri pimpinan gabungan itu sedang bina semula Sabah pasca pemerintahan BN. |
|
PRN Sabah: Anwar tegaskan guna kenderaan rasmi atas pertimbangan keselamatan - Sinarharian - 18/11 10:51 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah melibatkan jentera atau kemudahan kerajaan.Namun beliau menjelaskan, keperluan penggunaan kenderaan rasmi kerajaan bukan pilihan, sebaliknya kewajipan keselamatan."Tidak ada program di Sabah melibatkan program kerajaan dan kempen saya semuanya kempen atas nama parti |
|
Sabahans demand real solutions as road, water and electricity problems persist for decades - Sinardaily - 18/11 10:42 am SANDAKAN Sabahans are becoming increasingly vocal about the persistent three-in-one issues of roads, water and electricity that continue to disrupt their daily lives, despite repeated promises of solutions during every election season.For Abd Rashid Salleh, 44, the condition of Sabahs roads remains far from satisfactory, especially the routes he frequently uses from Kudat to Pitas and Kudat to Sandakan.From the past until now, the situation is almost the same |
|
Media Indonesia lapor Malaysia ada senjata rahsia buatkan ringgit begitu .. - Wrlr - 18/11 10:40 am SITI NUR ZAWANI November 18, 2025 Pengukuhan nilai ringgit minggu lalu menarik perhatian negara jiran yang mengupas faktor di sebalik kekuatan mata wang Malaysia |
|
Keputusan MIC tidak jejas sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Sathia - Sinarharian - 18/11 10:25 am SHAH ALAM - Keputusan sama ada MIC kekal atau keluar daripada Barisan Nasional (BN) tidak memberi kesan besar terhadap hala tuju politik semasa termasuk Kerajaan Perpaduan.Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Selangor, Dr Sathia Prakash berkata, perkara paling utama pada ketika ini adalah memastikan sokongan pengundi diberikan kepada parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana negara memerlukan kepimpinan yang stabil dan berwibawa."Apa yang lebih penting, khususnya dari sudut pandang JPRN Selangor adalah kita memilih PKR (Parti Keadilan Rakyat) dipimpin Perdana Menteri."Pada ketika ini, tidak ada tokoh lain yang lebih layak memimpin negara selain Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Beliau menegaskan, tumpuan utama perlu diberikan kepada usaha memperkukuh mandat Perdana Menteri, memandangkan kepimpinan Anwar disifatkan paling konsisten, stabil dan berorientasikan rakyat.Katanya, sebarang percaturan politik oleh mana-mana parti tidak harus mengalih perhatian daripada matlamat memastikan Malaysia terus mara ke hadapan di bawah kepimpinan yang komited terhadap agenda reformasi, perpaduan dan tadbir urus baik."Keutamaan kita ialah memastikan Malaysia tidak tersasar daripada landasan pembaharuan yang sedang dibawa."Perdana Menteri telah membuktikan komitmennya dalam menerajui negara tanpa meminggirkan mana-mana pihak, sama ada dari Sabah, Sarawak atau Semenanjung," katanya.Sathia berkata, adalah penting rakyat khususnya di Sabah memahami kepentingan untuk terus berada sebaris menyokong kepimpinan Perdana Menteri demi kesinambungan pembangunan nasional.Sebelum ini, Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan keluar atau kekal dalam Barisan Nasional (BN).Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ketiga-tiga usul termasuk keluar daripada BN telah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).Jelas beliau, perwakilan setiap negeri berhak mengusulkan perkara tersebut, namun keputusannya perlu diteliti CWC terlebih dahulu. |
|
Lelaki China disyaki cuba seludup ketamin lebih RM300,000 di KLIA - Sinarharian - 18/11 10:21 am SEPANG Tindakan seorang lelaki warga China menyembunyikan dadah dalam ruangan rahsia dua bagasi miliknya terbongkar selepas ditahan pasukan penguat kuasa di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal (KLIA2) baru-baru ini.Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Zulkifli Muhammad berkata, tangkapan dilakukan pada 28 Oktober lalu.Menurutnya, taktik itu terbongkar selepas imbasan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) LTAKL mengesan imej mencurigakan dalam bagasi yang dibawa suspek."Pemeriksaan lanjut menemui beberapa bungkusan plastik lut sinar mengandungi serbuk disyaki ketamin yang dibalut dengan pembalut aluminium sebelum ditutup menggunakan papan dan disorokkan di bahagian dalam pelapik kain kedua-dua bagasi berkenaan."Keseluruhan rampasan dadah itu dianggarkan seberat 6,884 gram dengan nilai lebih RM344,000," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Zulkifli berkata, suspek dan barang kes seterusnya diserahkan kepada Bahagian Penguatkuasaan JKDM LTAKL untuk siasatan lanjut."Ketamin berkenaan disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Bahagian III, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) akta sama."Orang ramai diingatkan tidak terlibat dalam aktiviti penyeludupan kerana ia bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah mengancam keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat," katanya.Katanya, orang awam turut diminta menyalurkan maklumat berkaitan sebarang kegiatan penyeludupan melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat. |
|
Jurang pembangunan di bandar dan luar bandar Sabah berbeza - Sinarharian - 18/11 10:20 am SHAH ALAM - Jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar di Sabah masih ketara dan memerlukan perhatian serius apabila kemudahan asas seperti air bersih, elektrik, jalan raya dan akses internet didapati tidak seimbang di sesetengah lokasi.Profesor Sosiologi Politik Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Novel Lyndon berkata, masalah paling mendesak ketika ini adalah isu asas seperti air bersih, bekalan elektrik stabil serta jalan tidak berturap di kawasan pedalaman.Beliau menambah, pembangunan di Sabah masih tidak seimbang kerana kawasan pedalaman berdepan kekurangan ketara walaupun bandar-bandar utama seperti Kota Kinabalu menunjukkan kemajuan lebih baik."Keadaan di bandar dan luar bandar khususnya pedalaman berbeza sebab masih ada jalan-jalan tertentu yang perlu diturap, manakala di kawasan pedalaman, gangguan elektrik dan sebagainya masih berlaku."Jadi, pembangunan itu ada jurang besar antara bandar dan luar bandar khususnya kawasan pedalaman di Sabah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Mengulas tahap pembangunan semasa, Novel menjelaskan bahawa kadar pembangunan di pedalaman tidak mencapai 60 peratus, jauh lebih rendah berbanding kawasan bandar yang melebihi 80 peratus.Namun Novel juga tidak menolak bahawa keadaan pembangunan Sabah ketika ini adalah lebih baik dan bertambah maju berbanding kira-kira lima tahun dahulu.Beliau turut berpandangan, pembangunan di Sabah sebenarnya tetap berjalan walaupun agak lambat, namun masalah utama ialah aspek pemantauan projek.Kongsinya lagi, keluasan negeri Sabah dan penempatan penduduk yang berselerak menjadikan kos pembangunan lebih tinggi berbanding negeri lain.Justeru, beliau juga menekankan keperluan meningkatkan penglibatan masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta dalam penyampaian pembangunan agar tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata."Dengan adanya suara daripada rakyat, NGO dan pihak swasta, itu boleh mempercepatkan lagi proses pembangunan berbanding hanya menunggu bantuan kerajaan," katanya. |
|
Santuni MADANI perkukuh komuniti Kampung Spang Loi - Sinarharian - 18/11 10:20 am SEGAMAT - Penduduk Kampung Spang Loi di sini, menerima suntikan baharu menerusi pelbagai program pembangunan komuniti apabila pelbagai projek di bawah Program Santuni MADANI yang dilaksanakan di kampung itu.Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Dr K Nagulendran berkata, peluang yang diberikan kerajaan melalui program itu menjadi pemangkin kepada usaha merapatkan hubungan pemimpin dan rakyat."Perdana Menteri telah memberi ruang kepada KBS untuk berkhidmat lebih dekat dengan rakyat melalui Program Satu Pemimpin Satu Kampung atau Santuni MADANI, satu inisiatif signifi kan yang mencerminkan visi kepimpinan tertinggi negara dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin, agensi kerajaan dan komuniti setempat."Program ini bukan sekadar peluang saya berbakti kepada daerah Segamat, tetapi melambangkan usaha kerajaan MADANI menyantuni masyarakat dengan pendekatan empati, keprihatinan dan tanggungjawab sosial," katanya pada penyerahan Program Santuni MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Spang Loi, di sini, pada Sabtu.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Datuk Zahri Sarip yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Johor.Nagulendran menegaskan program tersebut bukan sahaja menumpukan usaha menaik taraf kemudahan fi zikal, tetapi memastikan suara masyarakat luar bandar didengari secara langsung melalui pendekatan turun padang."Saya difahamkan bahawa melalui pelaksanaan program ini, beberapa projek dan program telah dilaksanakan di Kampung Spang Loi."Antaranya termasuk usaha membaik pulih taman permainan kanak-kanak, membaik pulih gelanggang badminton, membekal peralatan sukan, meningkatkan keceriaan stor SK Spang Loi, membaik pulih rumah penduduk serta pelaksanaan pelbagai program komuniti dan sukan yang melibatkan penyertaan secara aktif masyarakat di kampung ini."Saya juga lihat pintu gerbang kampung ini telah diberi nafas baharu apabila melintas masuk sebentar tadi dan difahamkan ia juga merupakan sebahagian daripada projek di bawah Santuni MADANI," ujarnya.Tambah Nagulendran, pem bangunan desa harus bergerak seiring dengan pengukuhan perpaduan dan penglibatan belia dalam aktiviti komuniti."Semoga hubungan antara KBS dan komuniti Kampung Spang Loi akan terus kukuh meskipun selepas tamat program ini."Kita harus jadikan kampung ini sebagai contoh kampung yang makmur dan melahirkan generasi belia yang berdaya saing," katanya lagi. |
|
Kartel dadah eksploitasi kelemahan kawalan - Sinarharian - 18/11 10:10 am PUTRAJAYA - Malaysia terus menjadi lokasi transit pilihan kartel dadah antarabangsa berikutan gabungan faktor geografi dan kelemahan dalam sistem kawal selia pintu masuk negara.Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, kedudukan perairan negara yang luas dan terbuka menjadikan penyeludupan melalui laluan laut lebih mudah, sekali gus dimanfaatkan sindiket besar sejak bertahun-tahun."Pertamanya, urusan nak bawa masuk dadah itu mudah kerana negara kita dikelilingi laut terbuka," katanya.Beliau turut menjelaskan bahawa kelemahan penguatkuasaan dalam semakan kontena menyumbang kepada kecenderungan Malaysia dijadikan negara transit, memandangkan deklarasi barang tidak disahkan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa."Orang itu isytihar barang lain, tetapi penguat kuasa tidak buat pemeriksaan |
|
LRT 3 Dalam Fasa Akhir Ujian, Dijangka Mula Beroperasi Hujung Tahun - Lobakmerah - 18/11 10:04 am Perkhidmatan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekitarnya disasarkan untuk mula beroperasi menjelang akhir tahun ini, iaitu pada 31 Disember 2025 |
|
Menteri basuh MP desak buat ‘soft landing’, tidak akan kompromi kenderaan lebih muatan - Harapandaily - 18/11 9:38 am Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kecewa dengan segelintir Ahli Parlimen yang meminta kementerian itu untuk melonggarkan penguatkuasaan ke atas kenderaan berat lebih muatan |
|
Transformasi tadbir urus dan kewangan lonjak prestasi PAIP - Sinarharian - 18/11 9:30 am SHAH ALAM - Transformasi tersusun yang dilaksanakan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) bermula lima tahun lalu berjaya menyelesaikan sebahagian besar isu bekalan air yang membelenggu rakyat di negeri berkenaan.Ia dibuktikan apabila penyelesaian masalah bekalan air di Pahang ketika ini mencapai tahap 80 peratus, sekali gus melancarkan sasaran kerajaan negeri untuk menyelesaikan 90 peratus isu tersebut menjelang akhir tahun 2026.Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Dato Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata, kejayaan itu terhasil melalui proses transformasi bermula di peringkat tadbir urus, menangani kawasan tekanan air rendah dan paip bocor serta meningkatkan loji atau tangki baharu."Alhamdulillah, setakat ini kita telah berjaya selesaikan 70 sehingga 80 peratus isu membabitkan air |
|
In Dewan Rakyat today: Status of National Anti-Corruption Strategy and Socso for gig workers take centre stage - Malaymail - 18/11 8:44 am KUALA LUMPUR, Nov 18 The current status of the National Anti-Corruption Strategy (NACS) 2024-2028, which is bein... |
|
Isu legasi tiga serangkai di Sabah tidak bersandar kepada manifesto semata-mata - Sinarharian - 18/11 8:40 am KOTA KINABALU - Isu tiga serangkai yang sering dibangkitkan bukan sekadar bergantung kepada manifesto semata-mata, sebaliknya ia telah pun melalui pelaksanaan daripada pelbagai projek penyelesaian masalah secara berterusan.Calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Darau, Datuk Mohamed Razali Razi menegaskan usaha menangani isu berkenaan sudah pun berjalan dengan kemajuan nyata dapat dilihat di pelbagai lokasi."Tiga serangkai itu, jangan lihat pada manifesto sahaja |
|
GRS tawar kestabilan sebenar, elak Sabah bergolak, kata Hajiji - FMT - 18/11 8:30 am Hajiji Noor berkata GRS menyatupadukan parti yang menstabilkan Sabah dan melaksanakan pelbagai dasar konsisten untuk rakyat. |
|
Tiga serangkai beri kesan, beban kepada rakyat Sabah - Sinarharian - 18/11 8:20 am KOTA KINABALU - Isu tiga serangkai dilihat berkait rapat dengan masalah ekonomi yang akhirnya memberi kesan dan beban kepada rakyat Sabah sejak sekian lama.Pengerusi Jalinan Qaseh Sabah, Datuk Marsya @ Norhaizah Abu Bakar berkata, sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang bekerja rapat dengan akar umbi, pihaknya melihat isu tiga serangkai sebagai cabaran sosial yang memberi kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat."Kami melihat kemiskinan di Sabah sebagai kemiskinan struktural bukan sekadar kemiskinan disebabkan pendapatan rendah tetapi ketidaksamaan pembangunan antara daerah."Kawasan pedalaman, pulau dan pinggir bandar masih tertinggal dari segi infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik dan akses jalan raya yang sempurna," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Katanya, disebabkan itu, ramai penduduk terutama di kawasan luar bandar terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tinggi."Contohnya, dengan keadaan jalan raya yang teruk, sukar untuk mereka mendapatkan perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan ke bandar bagi urusan perniagaan."Akibatnya, kos perjalanan yang tinggi mengekalkan mereka dalam kitaran miskin kerana ada harga yang perlu dibayar setiap kali melakukan perjalanan tersebut," katanya.Beliau menggesa supaya kerajaan memberi lebih tumpuan kepada menaik taraf pembangunan industri setempat supaya dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat. |
|
Status pelaksanaan NACS 2024-2028 antara tumpuan Dewan Rakyat - Sinarharian - 18/11 8:08 am KUALA LUMPUR - Status terkini pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028 melalui lima teras yang digariskan akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) akan mengajukan perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.Pada sesi soal jawab lisan pula, Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) meminta Menteri Digital menyatakan sama ada kementerian bercadang mewujudkan satu super aplikasi yang merangkumi semua aplikasi agensi kerajaan seperti MyBorderPass dan MyJPJ yang hanya boleh diakses melalui MyDigital ID.Selain itu, Zakri Hassan (PN-Kangar) bertanya kepada Menteri Pendidikan mengenai langkah kementerian memperkukuh program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di sekolah menengah dan kolej vokasional supaya selari dengan keperluan industri semasa khususnya dalam bidang teknologi hijau dan digital.Datuk Seri M Saravanan (BN-Tapah) pula meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan langkah konkrit kementerian memastikan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diwajibkan dan dipotong secara automatik bagi pekerja gig oleh penyedia platform, serta bagaimana mekanisme penguatkuasaan akan dilaksanakan untuk memastikan kepatuhan.Sementara itu, dua rang undang-undang (RUU) akan dibentangkan untuk bacaan kali pertama iaitu RUU Kewangan 2025 serta RUU Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025.Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan menyambung semula perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa |
|
Dewan Rakyat lulus RUU Perbekalan 2026 KKR, Sabah dapat peruntukan paling tinggi - Careta - 18/11 8:01 am Timbalan menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, ketika menggulung perbahasan berkata, KKR menerima peruntukan sebanyak RM9.607 bilion untuk 357 projek bagi tahun hadapan, meningkat berbanding RM9.327 bilion pada tahun sebelumnya |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |