| /// |
|
| Search : Eksekutif News | Page 1 |
|
SPRM tunggu Isa Samad sihat sebelum sambung rakam keterangan - Mygazette - 26/09 8:16 am Dalam perkembangan berkaitan, Abd Halim mengesahkan dua individu yang disiasat dalam penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) berkaitan FELDA akan dituduh minggu hadapan. Dua individu itu ialah bekas pengurus besar Felda dan bekas ketua pegawai eksekutif Felda Investment Committee (FIC) |
|
PNB sasar RM15 bilion pelaburan aset hijau menjelang 2030 - Mygazette - 26/09 8:16 am Ia merangkumi inisiatif pembangunan bakat, biasiswa, pelaburan dalam komuniti, celik kewangan, pemeliharaan warisan dan pelaburan sosial berimpak. Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata, kemampanan telah menjadi sebahagian penting dalam pelaksanaan mandat institusi itu |
|
Kuasa pilih, turunkan Yang di-Pertuan Besar prerogatif kami - Mygazette - 26/09 8:16 am "Janganlah bertindak lebih sudu daripada kuah dan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Janganlah menimbulkan huru-hara di dalam Negeri Kami melalui agensi-agensi Kerajaan Persekutuan yang menyebabkan lumpuhnya pentadbiran Eksekutif Kerajaan Negeri Sembilan |
|
Buletin Tesla Siar Imej Acah Roadster Baharu, Semi Pula Curi Tumpuan Read .. - Mekanika - 26/09 8:16 am # TESLA SIAR IMEJ ACAH ROADSTER BAHARU, SEMI PULA CURI TUMPUAN **Tesla sekali lagi menghangatkan perhatian peminat automotif apabila menyiarkan imej acah terbaharu bagi Roadster generasi kedua yang dijadual diperkenalkan secara rasmi pada 1 Oktober ini di Waco, Texas.** Imej ringkas itu hanya memperlihatkan jalur lampu LED penuh di bahagian hadapan, tanpa mendedahkan reka bentuk keseluruhan atau sebarang maklumat teknikal mengenai kereta sport elektrik berprestasi tinggi tersebut. Walaupun penampilan Roadster terus menjadi tanda tanya, perbincangan mengenai model itu semakin rancak susulan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, yang sebelum ini membayangkan penggunaan teknologi pendorong berasaskan sistem SpaceX |
|
Tengku Zafrul persoal status penggantungan SUK, Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan - Sinarharian - 25/09 8:31 pm SHAH ALAM - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan sama ada keputusan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Penasihat Undang-Undang Negeri itu sudah ditarik balik atau sebaliknya.Penasihat Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kenyataan terbaharu Ismail bahawa kedudukan kedua-dua pegawai itu perlu diselesaikan melalui proses undang-undang dan pentadbiran masih belum menjawab persoalan utama mengenai status keputusan penggantungan yang diumumkan pada 22 September lalu.Tengku Zafrul berpandangan, mandat rakyat lebih dua per tiga dan hak eksekutif kerajaan negeri yang berulang kali disebut oleh Ismail tidak memberikannya kuasa yang tidak diperuntukkan undang-undang."Apakah keputusan penggantungan sudah ditarik balik? Kalau belum, apa gunanya 'mengambil maklum' bahawa kuasa tersebut terletak pada pihak lain, tetapi keputusan yang dibuat tanpa kuasa masih mahu dikekalkan?"Menang besar bukan bermakna boleh bertindak sesuka hati," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Mesyuarat Khas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Negeri Sembilan menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta.Ismail memaklumkan, keputusan itu dibuat secara sebulat suara dalam mesyuarat khas MMKN Negeri Sembilan.Susulan penggantungan itu, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Masri Razali dinamakan untuk menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan Negeri hingga penyandangbaharu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Tugas memberikan nasihat perundangan pula dilaksanakan oleh Fahmi Adilah, peguam bela dan peguam cara sehingga Penasihat Undang-Undang baharu dinamakan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Mengulas lanjut, Tengku Zafrul turut meminta Ismail menjelaskan sama ada terdapat dakwaan salah laku terhadap Mohd Zafir dan Muzalmah, proses tatatertib diguna pakai serta pihak berkuasa yang membuat keputusan berkenaan.Beliau berkata,penjawat awam perlu diberi ruang untuk memberikan nasihat berdasarkan undang-undang, termasuk jika pandangannya sukar diterima pemimpin politik."Jangan lemparkan bayangan bahawa dua pegawai kanan tidak profesional atau tidak neutral tanpa menyatakan kesalahan mereka |
|
MTEM tuntut kerajaan tangguh perubahan syarat ekuiti Bumiputera - Sinarharian - 25/09 6:18 pm SHAH ALAM - Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menuntut kerajaan menangguhkan pelaksanaan perubahan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS).Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Syahnis Salleh berkata, penangguhan itu perlu sehingga satu mekanisme lebih kukuh diwujudkan bagi menjamin pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam sektor berkenaan.Menurutnya, pemansuhan sesuatu instrumen dasar yang memberi ruang kepada pemilikan Bumiputera tidak boleh dibuat tanpa penjelasan jelas mengenai mekanisme gantian untuk memastikan pemilikan dan penguasaan ekonomi Bumiputera terus diperkukuh."Pendidikan bukan sekadar sektor sosial |
|
Isa Samad jalani pembedahan mata, SPRM tangguh rakaman keterangan - Sinarharian - 25/09 5:49 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan proses rakaman keterangan terhadap Datuk Seri Isa Samad, berikutan bekas Pengerusi FELDA itu menjalani pembedahan mata di Hospital Serdang.Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman memaklumkan, proses berkenaan akan bersambung selepas veteran politik itu pulih sepenuhnya."Sepatutnya (keterangan) diambil semalam dan hari ini, tetapi terpaksa tangguh dahulu memandangkan beliau tidak sihat."Apabila sudah sihat, kami akan sambung. Banyak lagi hendak dirakam daripada beliau," katanya demikian di sidang akhbar Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan di sini pada Jumaat.Isa,76, kini menjalani hukuman penjara enam tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2026 mengembalikan sabitan dan hukuman terhadapnya atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3.09 juta.Pertuduhan itu berkaitan penerimaan suapan melalui bekas pegawai khasnya, Muhammad Zahid Md Arip, daripada bekas Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB), Ikhwan Zaidel, sebagai dorongan untuk membantu meluluskan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, Sarawak, oleh Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) pada harga RM160 juta.Dalam perkembangan sama, SPRM memaklumkan tujuh kes membabitkan agensi itu disiasat pihaknya.Ujar Abd Halim, Jabatan Peguam Negara telah memberikan izin untuk mendakwa dua individu iaitu bekas pengurus besar FELDA dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Investment Corporation.Menurutnya, bekas pengurus besar FELDA berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK), manakala bekas Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Investment Corporation pula menghadapi dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 KK.Pertuduhan terhadap kedua-dua individu berkenaan dijadualkan masing-masing pada 29 dan 30 September ini. |
|
UDA kenal pasti aset untuk diberi nafas baharu - Sinarharian - 25/09 5:23 pm Saya ingat ini projek swasta yang baharu. Saya diberitahu, ini sebenarnya aset UDA."Saya bangga, bangunan yang sudah lebih 40 tahun ini sekarang menjadi tempat baharu untuk orang datang makan, lepak dan pada masa sama membuka peluang kepada usahawan untuk berniaga," katanya ketika berucap dalam sesi lawatan ke Chinatown 1974 pada Khamis.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud; Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad, Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali serta Pengarah Urusan Menara Rezeki Sdn Bhd, Datuk Seri Saiful Nizam Mohd Yusoff.Steven memaklumkan, bangunan berkenaan sebelum ini tidak dihuni selama kira-kira lima tahun susulan pandemik Covid-19 sebelum diberi nafas baharu menerusi usaha UDA bersama Menara Rezeki selaku pengendali utama.Menurutnya, pengaktifan semula aset itu bukan sahaja menyediakan ruang perniagaan kepada usahawan tempatan, malah memberi manfaat kepada kawasan sekitarnya menerusi tarikan pelancong, peningkatan nilai aset serta peluang pekerjaan dan keusahawanan."Jangan sampai aset yang sudah lama menjadi tired asset |
|
IPS: Pemansuhan 30% ekuiti Bumiputera tak seharusnya dibuat tanpa .. - Mygazette - 25/09 3:15 pm # IPS: Pemansuhan 30% ekuiti Bumiputera tak seharusnya dibuat tanpa penjelasan KUALA LUMPUR Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) membidas keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tidak lagi mewajibkan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS). Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Syahnis Salleh berkata, pemansuhan instrumen dasar yang memberi ruang kepada pemilikan Bumiputera tidak seharusnya dibuat tanpa penjelasan mengenai mekanisme gantian bagi memastikan pemilikan dan penguasaan ekonomi Bumiputera terus diperkukuh |
|
Tiada sekatan jalan raya di Wisma Negeri, lalu lintas lancar - Mygazette - 25/09 3:15 pm # Tiada sekatan jalan raya di Wisma Negeri, lalu lintas lancar SEREMBAN - Tiada sekatan jalan raya dilaksanakan pihak polis di sekitar Wisma Negeri di sini, meskipun lokasi berkenaan menjadi tumpuan susulan kemelut perlembagaan Negeri Sembilan yang membabitkan hubungan antara pihak eksekutif dan Istana Negeri |
|
Buletin Zeekr Malaysia Perluas Rangkaian Di Lembah Klang, Jalin Kerjasama .. - Mekanika - 25/09 3:15 pm Menurutnya, pengalaman luas EON dalam operasi runcit automotif dan pengurusan pelanggan akan membantu mengukuhkan lagi kedudukan Zeekr dalam segmen EV premium yang semakin berkembang di negara ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad, Akkbar Danial berkata, pihaknya komited untuk membangunkan ekosistem yang mampu menggabungkan teknologi serta inovasi Zeekr dengan standard perkhidmatan pelanggan |
|
Bekas COO TH didakwa lagi atas pertuduhan terima kos ubah suai rumah RM8,882.77 - Sinarharian - 25/09 10:42 am Mahkamah Sesyen Shah Alam juga telah menetapkan 25 Nov untuk sebutan kes."Oleh itu, pihak pendakwaan memohon supaya kes di mahkamah ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan secara bersama, kerana ia melibatkan saksi dan kertas siasatan sama," katanya.Peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang mewakili Adi Azuan berkata pihaknya tidak membantah permohonan pendakwaan supaya kes di mahkamah ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan secara bersama."Saya sahkan tertuduh sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan. Oleh itu, mohon mahkamah mengguna pakai jaminan dan syarat jaminan di mahkamah berkenaan untuk kes ini," katanya.Hakim Suzana membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama, selain menggunakan pakai wang jaminan dan syarat jaminan ditetapkan sebelum ini.Semalam, Adi Azuan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menerima benda berharga iaitu kos pengubahsuaian tiga buah rumah berjumlah RM302,499.27.Susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kepada umum berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji, menyaksikan tujuh individu didakwa di mahkamah, setakat hari ini.Mereka termasuk bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, bekas Pengerusi TH Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn Bhd Nasahruddin Ahmad serta Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Datuk Azmi Ahmad.Laporan RCI TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat |
|
Pengampunan tetap pengampunan - Denyutreformasi - 25/09 9:00 am Kanun Tatacara Jenayah pula memperuntukkan mahkamah tidak mempunyai kewajipan untuk terus mengawasi pelaksanaan hukuman selepas ia dijatuhkan. Selepas seseorang dijatuhi hukuman, tahanan itu berada di bawah jagaan pihak eksekutif |
|
Bekas pengurus Petronas pernah jumpa pegawai Petros sebelum hadir temu .. - Mygazette - 25/09 8:00 am # Bekas pengurus Petronas pernah jumpa pegawai Petros sebelum hadir temu duga - Saksi KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bekas Pengurus Petronas Mohd Khairul Akmal Mohd Jasni pernah bertemu dengan seorang pegawai kanan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) sebelum menghadiri temu duga di syarikat itu pada 2024. Saksi kelima pendakwaan, yang juga bekas pekerja Petronas dan kenalan rapat tertuduh berkata, pertemuan itu berlaku sebelum Mohd Khairul Akmal ditemu duga oleh Ketua Pegawai Kewangan Petros Mohd Azha Abdul Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutif Petros Datuk Janin Girie di Pejabat Petros di Kuching, Sarawak |
|
Krisis N. Sembilan: Kerajaan negeri seru pihak terlibat segera cari .. - Mygazette - 25/09 8:00 am Apa jua keputusan muktamad yang dibuat secara sah oleh institusi yang mempunyai bidang kuasa menurut adat dan Undang-Undang Tubuh akan dihormati oleh Kerajaan Negeri, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, sebagai sebuah kerajaan yang diberikan mandat rakyat dan memegang amanah kuasa eksekutif berperlembagaan, kerajaan negeri akan terus mentadbir negeri itu, menjaga kepentingan rakyat dan mempertahankan keluhuran undang-undang |
|
Jabatan Penjara perlu terima kritikan demi keselamatan banduan – .. - Mygazette - 25/09 8:00 am # Jabatan Penjara perlu terima kritikan demi keselamatan banduan - Suaram KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia perlu menerima kritikan dan memastikan mekanisme pemantauan serta akauntabiliti dilaksanakan bagi menjamin keselamatan individu di bawah jagaannya. Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Azura Nasron berkata, pihaknya mengambil maklum penafian Jabatan Penjara Malaysia terhadap dakwaan penyanyi Yasin Sulaiman mengenai kewujudan hierarki, pengaruh wang dan akses kepada dadah dalam penjara |
|
Selesaikan isu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ikut saluran sah .. - Mygazette - 25/09 8:00 am Menurut beliau, Malaysia dibina atas kerangka Raja Berperlembagaan yang menetapkan setiap institusi mempunyai bidang kuasa serta batas masing-masing yang perlu dihormati. "Kuasa eksekutif tidak boleh digunakan untuk mengambil alih peranan yang diperuntukkan kepada institusi lain |
|
Johor perkukuh bakat digital menerusi pendekatan DEMP 2025???2030 - Mygazette - 25/09 8:00 am Muhammad Naqib Md Ghazali melakukan lawatan ke negeri tersebut hari ini. Delegasi tersebut menerima taklimat dan perkongsian daripada Ketua Pegawai Eksekutif Digital Penang, Ts Ng Kwang Ming bersama-sama pasukannya mengenai pelaksanaan DEMP 20252030 |
|
Adibah mahu rakyat Malaysia jatuh cinta dengan buku - Utusan - 25/09 8:00 am ADAKAH rakyat Malaysia benar-benar mencintai buku atau sekadar memilih bahan bacaan yang memenuhi minat masing-masing? Persoalan itu menjadi antara cabaran dalam usaha membentuk budaya membaca. Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), ADIBAH OMAR, impian merealisasikan sasaran Rakyat Malaysia Membaca 2030 memerlukan usaha berterusan dan ekosistem perbukuan yang kukuh |
|
Karnival Saya & MAGGI raikan cita rasa, momen rakyat Malaysia - Sinarharian - 24/09 9:47 pm KUALA LUMPUR - Karnival Saya & MAGGI yang berlangsung di Raintree Plaza, The Exchange TRX, meraikan pelbagai momen kehidupan rakyat Malaysia menerusi hidangan, aktiviti komuniti dan persembahan muzik.Karnival yang berlangsung selama empat hari bermula 17 September hingga 20 September itu menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat dalam suasana sambutan Hari Malaysia.Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI Malaysia dan Singapura, Ivy Tan berkata, setiap rakyat Malaysia mempunyai cara tersendiri menikmati MAGGI, manakala setiap momen menjadi lebih bermakna dengan insan yang menjadi sebahagian daripadanya."Sejak beberapa generasi, masyarakat Malaysia telah menjadikan MAGGI sebahagian daripada kehidupan mereka."Menerusi Karnival Saya & MAGGI, kami ingin meraikan hubungan ini dengan mengajak orang ramai menikmati hidangan, mengeratkan silaturahim dan mencipta kenangan baharu bersama."Jenama ini berkembang bersama rakyat Malaysia dan menjadi sebahagian daripada kehidupan di rumah serta masakan keluarga merentasi generasi," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.Menurut beliau, sambutan karnival yang berlangsung sehari lebih awal pada 16 September itu dimulakan dengan acara pratonton bersempena ketibaan peserta Keretapi Sarong di lokasi karnival yang menjadi lokasi akhir mereka.Sepanjang penganjuran, keluarga, petani tempatan, usahawan makanan dan rakan komuniti turut hadir bersama beberapa personaliti terkenal termasuk Chef Naem Ramli, Ain Edruce, Kamal Adli, Aedy Ashraf, Nabila Razali, Fiza Sabjahan dan Emily Lim."Di ruang makanan Rasa-Rasa MAGGI, usahawan makanan tempatan menyajikan pelbagai hidangan menggunakan produk jenama ini berlandaskan empat tema."Pilihan Kegemaran Bersama MAGGI menampilkan hidangan kegemaran ramai dengan sentuhan tersendiri setiap peniaga manakala Kreasi Eksklusif Bersama MAGGI mengetengahkan hidangan istimewa yang diolah khas untuk karnival berkenaan."Cita Rasa Negeri Bersama MAGGI pula mengetengahkan cita rasa asli dari pelbagai negeri di Malaysia manakala Kenali Potensi Diri: Program MAGGI Wanita Cukup Berani memperkenalkan usahawan wanita yang berkongsi kisah dan keistimewaan masakan mereka," menurutnya.Antara yang mengambil bahagian dalam acara berkenaan ialah Ida Faizura Megat Muhaiyadin atau lebih dikenali sebagai Jua daripada Juas Cook and Bake, yang memperkenalkan hidangan ciptaannya di ruang makanan tersebut.Selain itu, pengunjung berpeluang mengenali bahan-bahan dan individu di sebalik hidangan kegemaran mereka menerusi pelbagai aktiviti.Di Kari Kegemaran Malaysia, pengunjung menguji deria sambil mengenali 12 rempah ratus yang menghasilkan cita rasa MAGGI kari, manakala 'Dari Ladang ke Hidangan Keluarga' memperkenalkan hasil tanaman tempatan serta petani dan komuniti yang mengusahakannya.Menerusi Dapur MAGGI Saya, pengunjung pula membawa pulang idea praktikal untuk menyediakan hidangan yang lazat dan seimbang di rumah.Sepanjang karnival, pengunjung turut berkongsi momen #SayaDanMAGGI masing-masing dan menebus barangan daripada koleksi eksklusif MAGGI. |
|
Bekas pengurus Petronas jumpa pegawai kanan Petros sebelum temu duga - Saksi - Sinarharian - 24/09 8:09 pm KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen pada Khamis diberitahu bekas Pengurus Petronas, Mohd Khairul Akmal Mohd Jasni pernah bertemu dengan seorang pegawai kanan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) sebelum menghadiri temu duga di syarikat itu pada 2024.Saksi kelima pendakwaan, yang juga bekas pekerja Petronas dan kenalan rapat tertuduh, berkata pertemuan itu berlaku sebelum Mohd Khairul Akmal ditemu duga oleh Ketua Pegawai Kewangan Petros Mohd Azha Abdul Jalil dan Ketua Pegawai Eksekutif Petros Datuk Janin Girie di Pejabat Petros di Kuching, Sarawak."Dia pernah berjumpa dengan Mohd Azha di KLGCC sebelum temu duga itu tetapi saya tidak pasti bila tarikhnya," kata saksi berkenaan ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Radzuan pada perbicaraan kes Mohd Khairul Akmal, yang berdepan pertuduhan cuba mendedahkan maklumat rasmi atau sulit berkaitan satu laporan kepada Petros pada Jun 2024.Saksi itu berkata, Mohd Khairul Akmal memohon jawatan sebagai Head of Upstream Finance di Petros pada 2024 ketika beliau memegang jawatan Manager Business Planning Performance Review (BPPR) Upstream di Petronas.Ketika ditanya Noor Syafina sama ada kedua-dua jawatan memiliki persamaan dari segi skop tugas, saksi itu menjawab, "Ada yang sama".Noor Syafina: Sepanjang pengetahuan anda, adakah anda tahu berapa tangga gaji untuk jawatan di Petros ini?Saksi: Saya tak berapa ingat tapi dia pernah tanya saya juga berapa gaji yang patutnya dia minta, dan saya ada beri nasihat kepada dia saya ada beri cadangan berapa dia patut minta daripada Petros pada masa itu.Bagaimanapun, saksi itu berkata beliau tidak ingat cadangan yang diberikan.Saksi itu berkata, berdasarkan Kod Etika Petronas, semua petugas perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum berkongsi sebarang maklumat sensitif seperti e-mel berkait dengan syarikat.Mohd Khairul Akmal, 41, didakwa cuba mendedahkan maklumat berkaitan dokumen "Q1 2024 Upstream Business Performance Operational & Financial" kepada Petros, yang diperoleh ketika menjalankan tugas sebagai Pengurus Prestasi Unit Perniagaan Petronas, di sebuah kondominium di Jalan Pinang di sini antara jam 3.19 petang hingga 3.21 petang 8 Jun 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 203A(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Perbicaraan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid bersambung esok |
|
Sasar Malaysia sebagai hab protein halal Asia Pasifik - Sinarharian - 24/09 6:45 pm Fasa kedua ialah pembukaan kilang dengan menggunakan teknologi yang dibawa dari Arab Saudi."Untuk membawa masuk produk, prosesnya dijangka mengambil masa kira-kira setahun. Jadi, paling awal pun sekitar penghujung tahun depan, insyaALLAH kita boleh mula melihat hasil daripada kerjasama ini."Bagi pembukaan kilang pula, jangka masanya sekitar tiga hingga empat tahun akan datang."Namun, penting untuk ditegaskan bahawa kerjasama ini bukan hanya tertumpu kepada Malaysia, tetapi juga sebagai platform untuk berkembang ke seluruh pasaran Asia Tenggara," katanya ditemui pemberita selepas Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026, di sini, pada Khamis.MoU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif TWM, Dennis Foo dan Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat Tanmiah Food Company, Samer Alsourani.Tanmiah antara pengeluar ayam dan makanan bersepadu terkemuka Arab Saudi yang tersenarai di Bursa Saudi.Farhan menambah, sebelum ini, TWM lebih dikenali dalam produk komoditi seperti beras, gula, tepung, roti dan makanan asas lain dan kerjasama tersebut merupakan langkah pertama syarikat memasuki segmen baharu iaitu pasaran protein."Ada satu perkara yang menarik mengenai pasaran Arab Saudi |
|
MIHAS 2026 catat lonjakan bermakna - Sinarharian - 24/09 6:40 pm KUALA LUMPUR - Penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2026 yang memasuki tahun ke-22 mencatatkan lonjakan bermakna sejak penubuhannya pada 2004.Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perubahan berkenaan dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah penyertaan pempamer, pembukaan reruai serta penglibatan pemain industri halal tempatan dan antarabangsa.Menurut beliau, cetusan idea daripada bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi itu terbukti berkesan apabila industri halal Malaysia semakin mendapat pengiktirafan, termasuk di peringkat global."Alhamdulillah MIHAS sudah memasuki tahun penganjuran ke-22, satu perjalanan yang amat panjang sejak diperkenalkan pada 2004."Cetusan idea daripada Allahyarham Tun Abdullah. Beliau yang berpandangan jauh melihat halal bakal berkembang satu hari nanti menjadi industri yang diiktiraf di seluruh dunia dan ia terbukti hari ini."Kita dapat lihat MIHAS yang dahulunya cuma mendirikan sekitar 500 reruai pameran dengan RM350 juta jualan, kini mempunyai lebih 2,000 reruai dan janaan pendapatan hampir RM5 bilion pada MIHAS ke-21," katanya.Beliau berkata demikian ketika sesi lawatan ke reruai pavilion tempatan dan antarabangsa pada hari kedua MIHAS 2026 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini pada Khamis.Sesi berkenaan turut disertai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Naib Canselor Universiti Antarabangsa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (UniMAIWP), Profesor Dr Mohd Afandi Salleh.Reezal Merican yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam berkata, penambahan jumlah penyertaan dalam industri halal sememangnya satu perkembangan yang wajar diraikan dan dibanggakan oleh pemain industri perdagangan luar di bawah MATRADE."Bagi kami, jenama MIHAS sudah dikenali di seluruh dunia dan berada pada tahap yang cukup berprestij."Ditambah pula, MIHAS pernah meraih pengiktirafan Guinness World Record sebagai Pameran Perdagangan Halal Dengan Kehadiran Terbanyak, melebihi 38,000 pengunjung pada 2023 dengan jualan mencecah RM4.3 bilion," ujarnya.MIHAS membuka tirai dari 23 hingga 26 September menerusi program utamanya, 'International Sourcing Programme' (INSP) yang menghubungkan kira-kira 450 pembeli antarabangsa dengan 600 pengeksport Malaysia.Program berkenaan memudah cara lebih 4,000 pertemuan perniagaan yang dijadualkan antara pengeksport tempatan dan pembeli antarabangsa dari 58 ekonomi, termasuk 50 pembeli premium terdiri daripada pelbagai syarikat global terkemuka.Berlangsung selama empat hari, MIHAS 2026 dijangka menarik lebih 50,000 pengunjung dari 45 negara serta menghimpunkan 1,700 syarikat, 2,400 reruai dan menyasarkan jualan melebihi RM5 bilion.Dianjurkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dengan seliaan MATRADE, acara berkenaan menghimpunkan pemain industri halal tempatan serta antarabangsa di bawah satu bumbung. |
|
Strategi 'comeback' SMK Bercham buah hasil, bawa hasrat Jelajah TV PSS x Malaysia100 - Sinarharian - 24/09 5:13 pm Kami juga amat terhutang budi kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara yang banyak membantu kebitaraan sekolah," katanya.SK Panudahan bukti keupayaan sekolah pedalamanSementara itu, kekurangan kemudahan di sekolah pedalaman bukan penghalang untuk menyerlahkan potensi diri, sebaliknya menjadi pembakar semangat buat Sekolah Kebangsaan (SK) Panudahan Kudat, Sabah hingga dinobatkan Johan Kategori Video TV PSS Terbaik (Sekolah Rendah) pada Festival TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026.Guru Penyelaras PSS SK Panudahan, Mohd Khairul Azree Mohd Darawi berkata, rahsia kejayaan pasukan TV PSS 'Ramisan' sekolah itu adalah dengan mengetengahkan realiti dan kisah kehidupan seharian di sekolah pedalaman."Kami mahu ketengahkan cerita sekolah pedalaman mengenai bagaimana kami melalui hari-hari yang penuh dengan kekurangan jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di bandar."Dari kekurangan itulah kami mahu tonjolkan bahawa kami juga mampu bersaing bersama sekolah-sekolah hebat di bandar. Kekurangan itu bukan satu halangan, sebaliknya kami berjuang bersama-sama," katanya ketika ditemui pada majlis kemuncak festival berkenaan di Hotel Premiere, Bukit Tinggi di sini.Mohd Khairul Azree yang dibantu seorang lagi guru penyelaras, Mohamad Harith Janius berkata, walaupun berdepan kekangan, sokongan penuh daripada Guru Besar SK Panudahan, Palajuman Mongangkim menjadi pendorong utama kejayaan mereka.Beliau berkata, secara keseluruhan kru TV PSS sekolah itu dianggotai seramai 10 murid, namun hanya empat orang murid dipilih mewakili sekolah ke festival berkenaan iaitu Enelyvia (Tahun 5) serta Oliver, Elverdo dan Deashea yang kesemuanya murid Tahun 6."Walaupun dari segi kuantiti kami kurang, kami mahu memberikan kualiti yang terbaik," katanya.Kejayaan cemerlang SK Panudahan itu sekali gus membuktikan sokongan padu dan kesungguhan warga sekolah pedalaman mampu membuahkan hasil membanggakan di peringkat kebangsaan.Festival anjuran Sinar Bestari dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Kementerian Pendidikan (KPM) itu berlangsung di Hotel Premiere, Bukit Tinggi di sini dari 22 hingga 25 September 2026 dengan menghimpunkan lebih 40 murid dan guru daripada 30 sekolah di seluruh negara.Kemuncak majlis yang bertemakan 'Kemanusiaan, Kemasyarakatan dan Hormat-menghormati' itu diserikan dengan keberangkatan Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj bersama Datin Hezeita Mohd Hafidz.Majlis kemuncak itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin, Pengarah BSTP, Aniza Kamarulzaman, serta wakil rakan strategik utama program, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).PAAB merupakan rakan strategik Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026, manakala penganjuran turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk GGR Motor Sdn Bhd, Nemo Manja Fragrance, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Ablefarm, Samudra Food, Sasbadi dan LAMA.Penganjuran festival ini terus memperkukuh peranan TV PSS sebagai platform pendidikan yang menggabungkan kreativiti, komunikasi, teknologi dan nilai kemanusiaan dalam melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing.Senarai keputusan: Kategori video TV PSS terbaik (Sekolah Rendah)Sekolah Kebangsaan (SK) Panudahan, Sabah dinobatkan sebagai Johan Kategori Video TV PSS Terbaik bagi kategori sekolah rendah.Naib Johan disandang SK Putrajaya Presint 5(1), Wilayah Persekutuan Putrajaya, manakala SK Bukit Gambir, Pulau Pinang meraih tempat Ketiga.Tempat Keempat dan Kelima masing-masing dimenangi SK Bandar Jerantut, Pahang dan SK Long Lapok, Sarawak.Kategori video TV PSS terbaik (Sekolah Menengah)Bagi kategori sekolah menengah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bercham, Perak muncul sebagai Johan Kategori Video TV PSS Terbaik.Kedudukan Naib Johan diraih SMK Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan, manakala tempat Ketiga menjadi milik SMK Agama Haji Mohd Yassin, Johor.SMK Putrajaya Presint 9(2), Wilayah Persekutuan Putrajaya menduduki tempat Keempat, diikuti SMK Pendidikan Khas Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di tempat Kelima.Kategori Guru TV PSS TerbaikBagi Kategori Guru TV PSS Terbaik, wakil SMK Bercham, Perak mengungguli persaingan di tempat Pertama (Johan).Tempat Naib Johan dimenangi wakil SMK Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan, manakala tempat Ketiga diraih wakil SMK Dato' Razali Ismail, Terengganu.Tempat Keempat disandang wakil SMK Seri Pekan, Pahang, manakala tempat Kelima diraih wakil SMK Rancha-Rancha, Wilayah Persekutuan Labuan. |
|
Jelajah TV PSS Sinar Bestari x Malaysia100 ke seluruh negara - Sinarharian - 24/09 4:32 pm KLANG - Sinar Karangkraf mencadangkan penganjuran Jelajah TV PSS Sinar Bestari x Malaysia100 ke seluruh negara bersempena kempen sambutan menuju 100 Tahun Kemerdekaan Negara pada 2057.Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, inisiatif itu bertujuan memberi ruang kepada murid berkongsi kisah mengenai Malaysia menerusi perspektif mereka sendiri pada 2027 nanti."Langkah ini diambil memandangkan anak-anak hari ini bakal menjadi pemimpin dan ahli profesional yang akan mencorakkan masa depan negara."Justeru, kita perlu bermula hari ini tentang perjalanan hari esok," katanya ketika berucap pada Majlis Kemuncak Festival TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026 di Hotel Premiere, Bukit Tinggi di sini pada Khamis.Majlis itu dirasmikan Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj.Turut hadir, Datin Hezeita Mohd Hafidz; Pengarah Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), Aniza Kamarulzaman serta wakil rakan strategik utama program, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).PAAB merupakan rakan strategik Festival TV PSS Sinar Bestari Peringkat Kebangsaan 2026, manakala penganjuran program itu turut mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk GGR Motor Sdn Bhd, Nemo Manja Fragrance, Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Ablefarm, Samudra Food, Sasbadi dan LAMA.Penganjuran festival berkenaan terus memperkukuh peranan TV PSS sebagai platform pendidikan yang menggabungkan kreativiti, komunikasi, teknologi dan nilai kemanusiaan dalam melahirkan generasi masa depan yang berdaya saing.Mengulas Festival TV PSS Sinar Bestari 2026 yang bertemakan Kemanusiaan, Kemasyarakatan dan Hormat-menghormati, Farah berkata, tema itu amat bertepatan dengan perkembangan dunia media ketika ini.Menurutnya, walaupun teknologi berkembang pesat dan kandungan media semakin mudah dihasilkan, nilai kemanusiaan serta kemasyarakatan tidak boleh diketepikan."TV PSS bukan sekadar platform membina kemahiran teknikal, tetapi juga ruang untuk membina keyakinan, bakat serta menyerlahkan potensi murid untuk menyampaikan cerita yang memberi manfaat kepada masyarakat," katanya.Sementara itu, Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaizi ketika berucap menyifatkan festival berkenaan sebagai platform amat bermakna dalam mencungkil bakat, menyerlahkan kreativiti dan membina keyakinan diri murid.Beliau berkata, kesungguhan dan semangat yang dipamerkan sepanjang festival itu amat membanggakan dan wajar dijadikan inspirasi untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan."Semoga segala ilmu, pengalaman dan persahabatan yang terjalin sepanjang program ini menjadi bekalan berharga dalam membentuk generasi yang berilmu, berkemahiran, serta mampu menyumbang kepada agama, bangsa dan negara," katanya.Beliau turut menyampaikan ucapan tahniah dan syabas kepada semua murid, guru, pegawai pendidikan, pasukan Sinar Bestari serta seluruh pihak yang menjayakan program berkenaan.Festival anjuran Sinar Bestari dengan kerjasama Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan (KPM) itu berlangsung dari 22 hingga 25 September, menghimpunkan lebih 40 murid serta guru daripada 30 sekolah di seluruh negara.Festival turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan, tayangan video khas, persembahan silat dan nyanyian artis jemputan, Nabila Razali. |
|
Krisis N. Sembilan: Pentadbiran semasa bukan punca, diwarisi kerajaan .. - Mygazette - 24/09 4:07 pm Kedua-duanya mempunyai kedudukan, fungsi dan bidang kuasa masing-masing di sisi Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh. Tidak boleh mana-mana pihak menggunakan pertikaian institusi sebagai alasan untuk melumpuhkan pentadbiran negeri, menghalang keputusan eksekutif yang sah ataupun menjejaskan keupayaan Kerajaan Negeri memberikan perkhidmatan kepada rakyat |
|
Rapid KL sedia bas perantara percuma sempena perlumbaan Litar Antarabangsa .. - Mygazette - 24/09 4:07 pm Waktu operasi perkhidmatan adalah dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam sepanjang 2 hingga 4 Oktober 2026. Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn |
|
Bekas CEO, penjawat awam ditahan SPRM berkaitan lombong emas - Sinarharian - 24/09 3:55 pm KOTA KINABALU - Seorang penjawat awam dan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta serta menerima rasuah kira-kira RM18,000 sebagai balasan memudahkan operasi perlombongan emas sebuah syarikat di negeri ini.Kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kota Kinabalu, kira-kira jam 10 pagi, Rabu.Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara2024 dan 2025.Mereka jugadipercayai menerima wang rasuah secara tunai.Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) dan 17 (b) Akta SPRM 2009."Kedua-dua suspek akan dituduh pada Isnin depan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu," katanya. |
|
Dari 2012 Hingga Jadi Gergasi Asia Tenggara, Visi Tunku Mahkota Ismail Dibongkar Dalam Dokumentari 76 Minit - Beautifulnara - 24/09 3:39 pm Platform tersebut diwujudkan bagi memberi peluang kepada penyokong menyaksikan pelbagai kandungan eksklusif di sebalik tabir skuad Harimau Selatan menerusi laman web jdtplus.com. Advertisement View this post on Instagram Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia, berkata JDT+ akan […] The post Dari 2012 Hingga Jadi Gergasi Asia Tenggara, Visi Tunku Mahkota Ismail Dibongkar Dalam Dokumentari 76 Minit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
Malaysia Airlines meterai tiga MoU, perkukuh momentum di China - Sinarharian - 24/09 2:59 pm SHANGHAI - Malaysia Airlines terus memperkukuh momentum pertumbuhan di China menerusi pemeteraian tiga Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Huawei, Weixin Pay dan TravelSky Technology Limited, sekali gus memperluas kehadiran digital serta memudahkan pengalaman perjalanan pengguna dari negara itu.Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Kapten Nasaruddin A Bakar berkata, kerjasama yang dimeterai bersempena China Trade Gala di Shanghai Selasa lalu meliputi platform digital, penglibatan pelanggan dan pengedaran, selain menyokong integrasi lebih mendalam dengan ekosistem yang banyak digunakan pengguna China.Menerusi kerjasama itu, beliau berkata, pelancong China bakal mempunyai akses lebih mudah untuk mendapatkan maklumat berkaitan perjalanan, mencari serta menempah perkhidmatan Malaysia Airlines dan berinteraksi dengan syarikat penerbangan berkenaan menerusi saluran digital yang biasa digunakan."Langkah berkenaan dilihat selari dengan peningkatan permintaan terhadap perjalanan antara China dan Malaysia, dengan Malaysia Airlines merekodkan lebih 600,000 penumpang menerusi perkhidmatan China pada separuh pertama 2026," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Ujar beliau, jumlah itu meningkat 27 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, manakala faktor muatan purata direkodkan sebanyak 84 peratus."Momentum berkenaan dijangka berterusan sepanjang musim cuti Minggu Emas China apabila Malaysia Airlines menjangkakan membawa lebih 52,000 penumpang bagi penerbangan pergi dan balik China antara 26 September hingga 11 Oktober ini."Angka itu mewakili peningkatan 21 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus mencerminkan permintaan yang terus berkembang terhadap perjalanan antara kedua-dua negara," jelasnya.Nasaruddin berkata, China merupakan pasaran pertumbuhan keutamaan bagi Malaysia Airlines, dengan peluasan rangkaian kepada sembilan pintu masuk mencerminkan keyakinan syarikat terhadap potensi jangka panjang pasaran itu."China adalah pasaran pertumbuhan keutamaan bagi Malaysia Airlines dan peluasan rangkaian kami kepada sembilan pintu masuk mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi jangka panjangnya."Perkembangan yang kita raikan ini dapat dicapai hasil kepercayaan pelanggan serta kerjasama erat kerajaan, sektor perdagangan pelancongan, korporat dan rakan kongsi industri," katanya.Jelas beliau, ketika MAG memasuki fasa pertumbuhan seterusnya menerusi Pelan Perniagaan Jangka Panjang 3.0 (LTBP3.0), syarikat akan terus meletakkan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk ke Asia dan destinasi di luar rantau itu.Menurutnya, Malaysia Airlines turut memberi tumpuan kepada pelaburan dalam rangkaian, pesawat, keupayaan operasi serta kerjasama tempatan yang relevan bagi memenuhi keperluan pelancong China pada skala lebih besar.Pada 2026, Malaysia Airlines memulihkan semula penerbangan harian ke Chengdu selain memperkenalkan penerbangan harian baharu ke Shenzhen dan Changsha.Penambahan itu memperluas capaian syarikat penerbangan berkenaan merangkumi China Barat, Greater Bay Area dan China Tengah.Malaysia Airlines kini menyediakan perkhidmatan ke sembilan pintu masuk di China, selain destinasi sedia ada termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, Xiamen, Hong Kong dan Taipei.Rangkaian berkenaan turut bakal diperluas menerusi syarikat penerbangan saudaranya, Firefly yang merancang memulakan penerbangan harian antara Kuala Lumpur dan Kunming, tertakluk kepada kelulusan kawal selia.Laluan menggunakan pesawat Boeing 737-800 itu akan mewujudkan hubungan terus baharu antara Yunnan dan Malaysia, selain menyokong perjalanan bagi tujuan percutian, perniagaan, pendidikan dan kebudayaan.Dalam pada itu, Kuala Lumpur terus memainkan peranan penting sebagai hab yang menghubungkan pelancong China dengan destinasi di Malaysia, ASEAN, Asia Selatan, Australia dan New Zealand.Menerusi inisiatif seperti program Bonus Side Trip, Malaysia Airlines turut memberi peluang kepada penumpang yang transit di Kuala Lumpur untuk meneroka lebih banyak destinasi di Malaysia sebagai sebahagian daripada perjalanan mereka.Perkembangan rangkaian serta kerjasama digital itu turut menyokong aspirasi Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan nasional dalam menjayakan Visit Malaysia 2026, khususnya usaha mengalu-alukan lebih ramai pelancong China ke negara ini.Dengan peluasan rangkaian, peningkatan permintaan dan integrasi dengan platform digital yang dekat dengan pengguna China, Malaysia Airlines terus mengukuhkan hubungan perjalanan antara China, Malaysia dan rantau lebih luas. |
|
Siapa sebenarnya yang berniat jahat dalam kemelut PN? - Wrlr - 24/09 2:40 pm Namun sebelum menuding jari kepada pihak luar, kronologi hubungan Pas dan Bersatu sejak tahun lalu wajar diperhatikan. Menurut Sheikh Omar Ali, Ahli Dewan Negara dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, bibit perebutan kepimpinan PN sudah kelihatan sejak Muktamar Pas ke-71 pada September 2025 apabila parti itu secara terbuka menyatakan hasrat memimpin gabungan tersebut |
|
Dulu ditahan kini membela, bekas pemimpin Bersih selar guna AMLA tekan aktivis - Mkini - 24/09 1:10 pm Kali ini, Mandeep berada di sana untuk memberikan sokongan moral kepada Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Hariri Abdul Hadi dan Pengarah Kewangan, Dobby Chew, yang ditahan di balai polis berkenaan. |
|
Siapa sebenarnya yang berniat jahat dalam kemelut PN? - Harapandaily - 24/09 1:01 pm Namun sebelum menuding jari kepada pihak luar, kronologi hubungan Pas dan Bersatu sejak tahun lalu wajar diperhatikan. Menurut Sheikh Omar Ali, Ahli Dewan Negara dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, bibit.. |
|
Kenapa Loke? Dia Tidak Ada Salah Anwar Minta Pertimbang Semula Peletakan .. - Denyutreformasi - 24/09 9:56 am Mengulas keputusan pengampunan itu, Anwar berkata perkara tersebut serta pandangan berkaitan telah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, termasuk pendirian tegas Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan. Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kuasa eksekutif mempunyai batas di bawah Perlembagaan Persekutuan dan keputusan muktamad berkaitan pengampunan terletak dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong |
|
Dari Pahang ke seluruh negara, ATM perluas wakaf tunai menjelang 2030 - Mygazette - 24/09 8:06 am Di Pahang sahaja, inisiatif itu menyasarkan penyertaan 2,000 pewakaf baharu dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini daripada kira-kira 8,150 anggota ATM beragama Islam membabitkan 31 pasukan. Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZW Pahang), Dr Mohd Azmi Othman berkata, sasaran berkenaan dibuat menerusi kempen satu anggota, satu wakaf sebagai usaha melonjakkan penyertaan warga ATM dalam wakaf tunai |
|
Kerajaan Madani didakwa guna AMLA sekat kebebasan bersuara - Mygazette - 24/09 8:06 am # Kerajaan Madani didakwa guna AMLA sekat kebebasan bersuara JOHOR BAHRU - Kerajaan Madani tidak harus menjadikan siasatan dan penahanan terhadap mereka yang lantang bersuara atau tidak sehaluan sebagai alat bagi menimbulkan rasa takut atau menyekat ruang advokasi kepentingan awam. Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Rahmat Amran mendakwa, Kerajaan Madani menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 untuk menyekat kebebasan bersuara |
|
Anthony Loke kekal pendirian letak jawatan, serah surat sekembali dari .. - Mygazette - 24/09 8:06 am Beliau berkata menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan. Loke mengumumkan hasrat meletak jawatan Kabinet selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 Sept lepas |
|
Peletakan jawatan Loke, PM tidak mahu gopoh buat keputusan - Mygazette - 24/09 8:06 am # Peletakan jawatan Loke, PM tidak mahu gopoh buat keputusan SHANGHAI - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan gopoh dalam membuat keputusan berhubung hasrat Setiausaha Agung DAP Anthony Loke meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. "Saya beri ruang, saya tak mahu berburu-buru dan gopoh kerana saya hormat keputusan dia," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau masih belum mempunyai kesempatan untuk berbincang dan mendengar penjelasan Loke mengenai hasrat meletak jawatan, yang dibuat sebaik selesai mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sabtu lepas |
|
PM Anwar Minta Loke Pertimbang Semula Hasrat Letak Jawatan - Wrlr - 23/09 8:48 pm Anwar berkata, isu dan pandangan berkaitan perkara itu sudah disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, termasuk pendirian tegas Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar dalam mesyuarat lembaga pengampunan. Bagaimanapun, beliau mengingatkan semua pihak mengenai keterbatasan kuasa eksekutif di bawah Perlembagaan Persekutuan kerana keputusan muktamad adalah dalam bidang kuasa Agong |
|
Pitch Your Idea buka ruang angkat karya ke adaptasi drama, filem - Sinarharian - 23/09 7:06 pm SHAH ALAM - Daripada sekadar menulis di atas kertas atau membiarkan idea terperam begitu sahaja, Festival Novel Malaysia 2026 anjuran Grup Buku Karangkraf (GBK) membuka ruang kepada penulis dan orang awam untuk mengetengahkan buah fikiran masing-masing menerusi sesi Pitch Your Idea.Penganjuran julung kali di Malaysia itu menghimpunkan lebih 20 syarikat penerbitan dan rumah produksi di bawah satu bumbung, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang pada hari pertama festival yang berlangsung di Auditorium Karangkraf, di sini.Ketua Unit Novel dan Editor Perolehan GBK, Shahida Md Khasim berkata, ilham untuk mengadakan sesi sedemikian datang daripada Ketua Pegawai Eksekutif GBK, Firdaus Hussamuddin.Menurut Shahida, idea, skrip dan jalan cerita yang dipersembahkan berpotensi untuk diadaptasi menjadi drama atau filem sekiranya penerbit atau pemilik stesen televisyen berpuas hati."Orang awam yang mempunyai skrip menarik atau penulis yang sudah menerbitkan buku tetapi mahu karyanya diangkat menjadi drama televisyen, drama pendek mahupun filem, boleh datang ke sesi Pitch Your Idea kerana rumah produksi dan syarikat penerbitan termasuk Novel Karangkraf sedia menawarkan konsultasi."Kami memang menggalakkan sesiapa yang mempunyai idea atau jalan cerita menarik untuk datang kerana ini antara usaha Karangkraf dan rakan kongsi lain bagi merancakkan lagi industri penerbitan, di samping mengangkat karya-karya berkualiti."Apa salahnya karya yang bagus dikembangkan lagi ke skrin televisyen |
|
'Keputusan sudah dibuat - Anthony kekal pendirian letak jawatan - Sinarharian - 23/09 6:48 pm HANGZHOU - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, beliau kekal dengan pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.Ahli Parlimen Seremban itu berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan itu sekembalinya ke tanah air dari China."Keputusan sudah dibuat, akan serahkan (surat peletakan jawatan) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sekembalinya ke tanah air," katanya ringkas ketika ditemui pemberita setibanya di Hangzhou hari ini.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan meneruskan hasrat mengundurkan diri daripada Kabinet.Anthony ketika ini mengiringi Perdana Menteri yang mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou atas jemputan kerajaan China.Anthony sebelum ini mengumumkan akan meletakkan jawatan Menteri Pengangkutan susulan isu pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan.Anthony mengumumkan hasrat meletak jawatan Kabinet selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 19 September lepas.Perdana Menteri semasa bercakap kepada media Malaysia dalam perjalanan dari Shanghai ke Hangzhou menaiki kereta api berkelajuan tinggi berharap Loke mempertimbangkan keputusan beliau itu dan tiada pihak menekan DAP supaya keluar Kerajaan Perpaduan.Anwar juga berkata, beliau mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan gopoh dalam membuat keputusan berhubung hasrat Anthony |
|
Peletakan jawatan Anthony: 'Saya tidak mahu gopoh buat keputusan' - Anwar - Sinarharian - 23/09 5:31 pm SHANGHAI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengambil pendekatan untuk tidak terburu-buru dan gopoh dalam membuat keputusan berhubung hasrat Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke meletak jawatan sebagai Menteri Pengangkutan."Saya beri ruang, saya tak mahu berburu-buru dan gopoh kerana saya hormat keputusan dia," katanya sambil menjelaskan bahawa beliau masih belum mempunyai kesempatan untuk berbincang dan mendengar penjelasan Anthony mengenai hasrat meletak jawatan, yang dibuat sebaik selesai mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Sabtu lepas.Anwar sebelum ini berkata, beliau telah dimaklumkan sendiri oleh Anthony mengenai isu peletakan jawatan itu dan memahami bahawa keputusan tersebut dibuat susulan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Sementara itu, Perdana Menteri berkata, DAP tidak seharusnya tunduk kepada tekanan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik supaya parti itu berundur semata-mata mahu melihat Kerajaan Perpaduan menjadi tidak stabil.Sambil mempertahankan tindakan parti komponen itu, Anwar mempersoalkan cubaan pihak tertentu menuding jari dan mendesak DAP menarik diri daripada pentadbiran kerajaan jika Setiausaha Agung DAP berkenaan meletak jawatan."Ada orang kata, kenapa Anthony Loke? Patut semua DAP keluar |
|
BERSAMA kecam penahanan ahli Mandiri, tuntut asas AMLA didedah - Mygazette - 23/09 5:15 pm # BERSAMA kecam penahanan ahli Mandiri, tuntut asas AMLA didedah KUALA LUMPUR Kumpulan Kerja Hak Asasi Manusia BERSAMA mengecam penahanan Pengarah Eksekutif NGO Mandiri, Amir Hadi dan Pengarah Kewangan, Dobby Chew di bawah Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Pengganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) |
|
Reformasi diuji ketika pengkritiknya bersuara, PH sudah seperti kerajaan .. - Mygazette - 23/09 5:15 pm # Reformasi diuji ketika pengkritiknya bersuara, PH sudah seperti kerajaan BN - Ainie JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyifatkan penahanan Pengarah Eksekutif pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mandiri, Amir Hariri Abdul Hadi dan pengarah kewangannya, Dobby Chew semalam sebagai satu bentuk intimidasi |
|
Buletin Perodua, Bank Rakyat Perkenal Kad KREDIT-i Khas Untuk Pemilik .. - Mekanika - 23/09 5:15 pm Menariknya, kad tersebut hadir dengan dua pilihan rekaan eksklusif yang diinspirasikan daripada model konsep Perodua QV-E serta watak TIRA yang diperkenalkan menerusi kandungan animasi dalam aplikasi P-Circle Perodua. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pelancaran produk itu menjadi satu detik penting buat syarikat kerana ia merupakan kerjasama pertama Perodua dengan institusi perbankan bagi pengeluaran Kad Kredit-i |
|
Wakaf tunai ATM diperluas seluruh negara menjelang 2030 - Sinarharian - 23/09 4:13 pm KUANTAN - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan memperluaskan inisiatif wakaf tunai ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menjelang 2030.Ketua Pengarah Bahagian Kerohanian Islam (BKI) ATM, Mejar Jeneral Datuk Mohd Rashidi Bujal berkata, Pahang menjadi negeri perintis inisiatif tersebut sebelum pelaksanaan berkenaan diperluaskan secara berperingkat."Sebenarnya di negeri-negeri lain kita belum buat lagi, tetapi dalam proses kita akan buat di seluruh kem dan pasukan keselamatan ATM."Seluruh negeri kita akan jelajahi bagi memberikan penerangan dan penjelasan kepada pegawai serta anggota di negeri-negeri tersebut mengenai perkara itu."Kalau ikut saya, tempoh untuk kita selesaikan usaha ini adalah sehingga 2030," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Wakalah Zakat dan Pelancaran Wakaf Tunai ATM Negeri Pahang di sebuah hotel di sini pada Rabu.Majlis berkenaan diadakan dengan kerjasama Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang (PKZW Pahang), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta BKI ATM.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PKZW Pahang, Dr Mohd Azmi Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, Datuk Ahmad Hairi Hussain.Mengulas lanjut, Mohd Rashidi berkata, program berkenaan merupakan kerjasama kali kedua antara ATM dan PKZW Pahang.Ujarnya, kerjasama kali ini turut memperkenalkan pelaksanaan wakaf tunai selain usaha meningkatkan penyertaan anggota dan pegawai dalam menunaikan zakat."Kali ini kita bukan sahaja menambah bilangan anggota dan pegawai untuk menunaikan zakat, malahan kita lancarkan lagi satu program baharu iaitu wakaf tunai," katanya.Mohd Rashidi turut memberitahu, pulangan wakalah zakat yang diterima daripada pusat zakat negeri akan disalurkan semula kepada Tabung Kebajikan ATM bagi membiayai program kebajikan dan kerohanian warga tentera.Sementara itu, Dr Mohd Azmi Othman berkata, pihaknya menyasarkan 2,000 pewakaf baharu dalam kalangan anggota ATM di Pahang menerusi wakaf tunai dalam tempoh tiga bulan terakhir tahun ini.Menurutnya, sasaran berkenaan membabitkan kira-kira 8,150 anggota ATM beragama Islam daripada 31 pasukan di negeri ini."Alhamdulillah pada hari ini kita melaksanakan kempen zakat dan wakaf bagi membuat lonjakan dalam tempoh tiga bulan terakhir pada tahun ini kerana kita berhasrat agar semua anggota di Pahang ini satu anggota, satu wakaf," katanya.Beliau memberitahu, kempen berkenaan turut akan diserapkan menerusi program kem kerohanian sedia ada yang menerima geran berkaitan bagi memperluaskan penyertaan dalam kalangan anggota ATM."Kami akan masuk mensasarkan pada geran yang telah diberikan seperti kem kerohanian |
|
'Anthony Loke betul mahu berhenti atau drama?' - Fadhli Shaari - Sinarharian - 23/09 2:55 pm SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir Anthony Loke yang masih meneruskan tugas rasmi sebagai Menteri Pengangkutan meskipun telah mengumumkan hasratnya untuk meletakkan jawatan.Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, walaupun masih sah sebagai menteri selagi peletakan jawatannya belum berkuat kuasa, tindakan itu menimbulkan persoalan dari sudut tatakelola."Apabila seorang menteri sudah mengumumkan mahu berundur atas dasar prinsip, sewajarnya tindakannya selepas itu turut menggambarkan bahawa beliau sedang menuju pintu keluar."Urusan rutin dan perkara mendesak tentulah perlu diteruskan, tetapi keputusan atau komitmen baharu yang mempunyai kesan selepas beliau berundur sepatutnya dibuat dengan lebih berhati hati."Kalau tidak mendesak, apa salahnya diserahkan kepada pengganti?," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sabtu lalu, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAPmengumumkan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai reaksi parti terhadap keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Keputusan itu dibuat selepas cadangan peletakan jawatan berkenaan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, sekiranya mahu berundur atas prinsip, Anthony perlu lakukannya dengan teratur dengan urusan besar diserahkan kepada pengganti."Mungkin selepas ini kita perlu memahami bahawa perkataan 'resign' dalam politik mempunyai maksud yang agak fleksibel."Umum hendak berhenti dahulu, teruskan lawatan rasmi, bermesyuarat, tandatangan MoU, selesaikan jadual, kemudian balik baru urus soal berhenti."Rajin memang rajin, cuma kalau sudah hendak keluar rumah, pelik juga kalau sempat tambah perabot baharu sebelum serahkan kunci," katanya lagi.Dalam kenyataan sama, beliau turut mempersoalkan kelulusan terhadap projek pengangkutan melibatkan Laluan Transkit Aliran Ringan (LRT), pembesaran lapangan terbang, pelabuhan dan lain-lain bernilai RM21 bilion untuk Pulau Pinang."RM21 bilion untuk Pulau Pinang sahaja memang angka yang besar |
|
Penahanan pimpinan NGO Mandiri, jangan jadikan kritikan sebagai kesalahan- ADUN Semambu - Sinarharian - 23/09 1:39 pm KUANTAN - Pihak berkuasa perlu segera menjelaskan hasil siasatan dan mengemukakan bukti berkaitan susulan penahanan dua pimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mandiri kepada umum.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Chan Chun Kuang berkata, walaupun polis mempunyai hak dan tanggungjawab menjalankan siasatan, tindakan itu tidak boleh bertukar menjadi intimidasi terhadap aktivis, NGO atau mana-mana pihak hanya kerana mereka bersuara, mengkritik atau mempersoalkan kerajaan.Menurutnya, negara ini memerlukan masyarakat sivil yang berani bersuara, menuntut ketelusan dan mempersoalkan tindakan pihak berkuasa."Mereka mengkritik kerajaan, membangkitkan isu kepentingan awam dan menuntut akauntabiliti maka peranan sebegini tidak sepatutnya dilihat sebagai ancaman tetapi sebahagian mekanisme semak dan imbang dalam sebuah demokrasi."Jika setiap kritikan terhadap pihak berkuasa akhirnya membawa kepada siasatan atau penahanan, tindakan itu hanya akan mewujudkan budaya takut bersuara dalam kalangan anak muda," katanya melalui kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Hariri Abdul Hadi dan Pengarah Kewangannya, Dobby Chew ditahan polis pada Selasa bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.Kedua-duanya ditahan selepas hadir di pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini.Susulan itu, Chun Kuang mengingatkan kerajaan hari ini supaya tidak mengulangi budaya pemerintahan yang pernah ditentang ketika menjadi pembangkang dahulu."Ketika berada di luar kerajaan, kita sendiri pernah memperjuangkan kebebasan bersuara, hak berhimpun, kebebasan masyarakat sivil dan hak rakyat untuk mempersoalkan kerajaan."Prinsip demokrasi itu tidak sepatutnya berubah atau bergantung kepada siapa yang sedang memegang kuasa," ujarnya.Beliau berkata, NGO itu terlibat dalam aktivisme berkaitan kepentingan awam namun pimpinan mereka dikenakan tindakan penguatkuasaan."Mandiri juga bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan sebelum ini telah hadir sendiri umendapatkan penjelasan mengenai asas siasatan."Justeru itu, pihak berkuasa mempunyai tanggungjawab memastikan tidak berlaku persepsi bahawa institusi negara digunakan untuk menghukum atau menakutkan pihak yang mengkritik kerajaan malah persoalan ini perlu dijawab berdasarkan fakta dan bukti, bukannya dibiarkan menjadi tanda tanya kepada masyarakat," ujarnya.Menurutnya, Malaysia yang lebih baik memerlukan kerajaan yang kuat dan pada masa yang sama memerlukan masyarakat sivil yang bebas untuk menegur kerajaan."Kita mahu sebuah negara yang undang-undangnya ditegakkan tanpa pilih kasih, bukan untuk menakutkan mereka yang bersuara," katanya. |
|
FWD Malaysia, GivingHub komited bantu celik kewangan, saringan Kesihatan - Sinarharian - 23/09 9:30 am KUALA LUMPUR - FWD Malaysia memperkukuhkan komitmennya terhadap pembangunan komuniti menerusi kerjasama dengan organisasi impak sosial tempatan, GivingHub, bagi melaksanakan program yang memanfaatkan 170 keluarga yang berpendapatan rendah melalui bengkel celik kewangan serta serta saringan kesihatan dan sesi konsultansi kanser.Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, Aman Chowla,, berkata, sempena ulang tahun ke-13 FWD, inisiatif ini mencerminkan komitmen kami untuk terus berkhidmat kepada komuniti yang telah memberikan kepercayaan kepada kami selama ini.Ujar beliau, FWD percaya bahawa mewujudkan impak yang bermakna melangkaui sekadar menyediakan perlindungan |
|
IAME Siri Asia: Malaysia jadi pilihan pelumba antarabangsa - Sinarharian - 23/09 7:15 am MALAYSIA terus mencuri perhatian komuniti permotoran antarabangsa apabila IAME Siri Asia 2026 merekodkan penyertaan tertinggi sepanjang penganjurannya di rantau ini.Pengarah Eksekutif Kinex Private Limited dan IAME Siri Asia, Daniel Ling berkata, kelebihan Malaysia bukan sekadar kos penganjuran yang kompetitif, malah suasana, layanan masyarakat, makanan dan kualiti litar turut menjadi tarikan."Apa yang saya dengar daripada komuniti setakat ini ialah mereka memang menyukai Malaysia kerana rakyatnya mesra, makanan, suasana dan litar juga sangat baik," katanya ketika ditemui media di LYL International Karting Circuit, Sungai Long, Cheras.Pusingan Keenam IAME Siri Asia 2026 merekodkan 122 pelumba berdaftar, mengatasi 119 pelumba pada pusingan sebelumnya, sekali gus menjadi angka penyertaan tertinggi bagi satu jenama dalam siri berkenaan di rantau ini.Menurut Daniel, kesanggupan pelumba luar negara menanggung kos lebih tinggi untuk beraksi di Malaysia menunjukkan faktor pengalaman dan penerimaan komuniti tempatan turut memainkan peranan."Mereka sebenarnya membayar lebih untuk datang berlumba di sini, tetapi mereka sanggup berbuat demikian kerana berasa dialu-alukan, gembira dan menjadi sebahagian daripada negara serta komuniti yang menakjubkan ini," katanya.Beliau berkata, pengalaman positif itu turut dirasai pasukan dari Australia yang menyifatkan suasana di paddock Malaysia berbeza daripada pengalaman mereka ketika menyertai perlumbaan di negara sendiri.Bagi memastikan pelumba antarabangsa tidak berdepan kesukaran, penganjur turut menyediakan kemudahan berkaitan penginapan, pasukan tempatan, urusan kastam serta pengangkutan logistik dari gudang ke litar.Dalam masa sama, sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Tourism Malaysia dilihat membantu mengukuhkan kedudukan IAME Siri Asia, selain membuka ruang untuk Malaysia muncul sebagai hab sukan permotoran serantau."Mulai tahun depan, kami mahu mengembangkan arena sukan permotoran di Malaysia dengan mewujudkan Kinex Motorsport di negara ini, membawa segala operasi kembali ke Malaysia dan menjadikannya hab serta ibu pejabat operasi kami," katanya.Dari aspek pembangunan bakat, IAME Siri Asia menyediakan laluan berperingkat menerusi Kinex Rising Stars Academy, IAME Straits Cup dan akademi menggunakan kereta formula bagi memberi pendedahan lebih luas kepada pelumba muda.Antara bakat yang pernah melalui siri berkenaan termasuk Bianca Bustamante, Yvan David, Christian Ho dan pelumba negara, Putera Adam, sebelum mereka mengembangkan karier dalam perlumbaan formula serta GT.Selain pembangunan sukan, penganjuran IAME Siri Asia turut memberi kesan kepada sektor pelancongan apabila Daniel menganggarkan kira-kira RM15 juta dibawa masuk ke Malaysia menerusi inisiatif Visit Malaysia 2026 sepanjang beberapa pusingan tahun ini, berdasarkan kira-kira 500 penyertaan termasuk kehadiran mekanik, ahli keluarga dan penyokong. |
|
Satu platform parkir seluruh Terengganu mudahkan rakyat - Harakahdaily - 22/09 11:45 pm KUALA TERENGGANU: Sistem parkir yang berbeza antara pihak berkuasa tempatan (PBT) di Terengganu wajar diselaraskan menerusi satu platform bersepadu bagi memudahkan urusan rakyat ketika bergerak dari satu daerah ke daerah lain. Pegawai Eksekutif Strategi, Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), Mohd Eikhwan M Ali berkata, perbezaan sistem, kaedah pembayaran dan prosedur parkir antara PBT ketika […] The post Satu platform parkir seluruh Terengganu mudahkan rakyat appeared first on Harakahdaily . |
|
IAME Siri Asia sasar Malaysia jadi hab pembangunan bakat - Kosmo - 22/09 11:01 pm MALAYSIA berpotensi muncul sebagai hab pembangunan pelumba empat roda di rantau Asia apabila IAME Siri Asia merangka laluan lebih menyeluruh bagi membimbing bakat muda dari peringkatakar umbi hingga ke pentas profesional. Pengarah Eksekutif Kinex Private Limited dan IAME Series Asia, Daniel Ling berkata, usaha berkenaan selari dengan perancangan pihaknya untuk membawa lebih banyak program pembangunan .. |
|
Bukit Aman siasat Mandiri di bawah AMLATFPUAA - Sinarharian - 22/09 9:21 pm KUALA LUMPUR - Dua individu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Mandiri ditahan polis pada Selasa.Mereka ialah Pengarah Eksekutif Mandiri, Amir Hariri Abdul Hadi dan Pengarah Kewangannya, Dobby Chew bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.Kes itu disiasat oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urusetia Ketua Polis Negara Bukit Aman.Sinar Harian difahamkan kedua-dua individu itu akan direman pada Rabu di Lokap Jinjang, Kuala Lumpur.Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.Sinar Harian sedang mendapatkan pengesahan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia.Media sebelum itu melaporkan kenyataan pengasas bersama Mandiri, Mohammad Alshatri Abdullah bahawa kedua-dua individu terbabit ditahan selepas hadir ke balai polis untuk memberi keterangan.Kedua-dua individu tersebut sebelum ini dilarang ke luar negara selain akaun bank mereka dibekukan. |
|
Bubar Parlimen, bukan DUN Negeri Sembilan – Fadhli - Mygazette - 22/09 3:03 pm Perdana Menteri baharu nanti akan mainkan peranan lebih baik dalam menyelesaikan kemelut di N9, katanya sambal meminta gesaan tersebut dihentikan. Semalam,Parti Amanah mendesak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi merungkai kemelut politik negeri yang didakwa semakin kronik sehingga berlaku pertembungan antara pihak Eksekutif dan Istana |
|
Buletin Proton Capital Dilancar,??tawar Proses Lebih Mudah Read More .. - Mekanika - 22/09 3:03 pm Selain itu, pilihan pembiayaan patuh Syariah dijangka diperkenalkan seawal November depan, tertakluk kepada kelulusan dan syarat yang ditetapkan. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Capital, Song Tao berkata, syarikat itu komited menyediakan penyelesaian pembiayaan yang bertanggungjawab dan disesuaikan mengikut keperluan pelanggan |
|
JDT lancar platform penstriman JDT+, tampil dua dokumentari eksklusif - Utusan - 22/09 2:23 pm ISKANDAR PUTERI: Kelab Bola Sepak Johor Darul Tazim (JDT) bakal melancarkan platform penstriman digital rasmi dikenali sebagai JDT+ bagi memberi peluang kepada penyokong menyaksikan liputan eksklusif di sebalik tabir skuad Harimau Selatan pada 22 Oktober depan. Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia berkata, platform yang boleh diakses menerusi laman web jdtplus.com itu bakal menampilkan dua .. |
|
Malaysia terus jadi pilihan pelumba IAME Siri Asia - Utusan - 22/09 2:20 pm HULU LANGAT: Malaysia terus mencuri perhatian pelumba antarabangsa apabila IAME Siri Asia merekodkan jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarah penganjuran siri itu di rantau ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan negara sebagai destinasi perlumbaan pilihan. Pengarah Eksekutif Kinex Private Limited dan IAME Siri Asia, Daniel Ling berkata, daya tarikan Malaysia bukan hanya terletak pada kos penyertaan yang .. |
|
KAFA cari calon Presiden, kongres disasar Disember - Sinarharian - 22/09 2:16 pm PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini mencari calon untuk mengisi kerusi Presiden yang masih kosong menjelang kongres pemilihan semula dijangka pada Disember ini.Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman berkata, ia susulan kepimpinan sebelumnya iaitu bekas Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah dan bekas Timbalan Presiden, Datuk Azman Ismail, masing-masing menarik diri."Sekarang jawatan itu terbuka kepada sesiapa sahaja warganegara Malaysia."Kami amat mengalu-alukan mana-mana tokoh bola sepak di negara ini untuk bertanding," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini pada Selasa.Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini menggantung keahlian KAFA susulan isu kesahihan Kongres KAFA ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif bagi penggal 2024 hingga 2028.Keputusan mengadakan kongres dan pemilihan semula ini adalah perkembangan positif daripada pertemuan antara Kafa, Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan FAM pada 12 Jun lalu.Husin berkata, hasrat pihaknya untuk mengadakan kongres semula sebelum September terpaksa ditangguhkan bagi memberi ruang kepada pelaksanaan Kongres Luar Biasa FAM dan tarikh baharu akan dibincangkan bersama FAM dalam masa terdekat.Dalam pada itu, beliau memberitahu, KAFA turut menyeru agar hali-ahli gabungannya mengemas kini dan membuat semakan status persatuan masing-masing dengan PJS bagi memastikan kelayakan mengundi pada kongres serta pemilihan semula nanti.Katanya, seruan ini dibuat susulan pihaknya turut dimaklumkan oleh FAM bahawa antara punca kongres dan pemilihan sebelum ini dibatalkan adalah berpunca daripada ahli gabungan Kafa sendiri."Kongres dan pemilihan semula adalah ruang terbaik untuk memperbetulkan kesilapan."Kami sudahpun serahkan surat rasmi kepada FAM untuk memohon bantuan mereka menentukan status masing-masing dengan PJS, siapa yang patut hadir ke kongres dan terlibat dalam pemilihan," ujarnya. |
|
Tampil jika majikan tidak carum Perkeso, identiti dilindungi - Kosmo - 22/09 2:09 pm KUALA LUMPUR – Pekerja gig yang tidak didaftarkan atau tidak menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diminta tampil membuat aduan bagi memastikan hak mereka terhadap perlindungan keselamatan sosial terjamin. Timbalan Ketua Eksekutif Operasi Perkeso, Azirruan Arifin berkata, pekerja gig yang mendapati diri mereka tidak dilindungi atau tidak didaftarkan oleh majikan, boleh membuat aduan di mana-mana .. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |