///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Dun News   Page 1    



Mazda CX-5 generasi ketiga dilancarkan di Malaysia, CBU Jepun bermula RM169,900 - Careta - 8/10 8:16 am

Dihasilkan di kilang Mazda di Hiroshima, model baharu ini membawa perubahan pada reka bentuk, ruang kabin, kelengkapan digital dan teknologi keselamatan. CX-5 telah mencatatkan jualan melebihi lima juta unit di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada 2012





DUN Sarawak dijangka dibubar November, selepas belanjawan negeri – .. - Mygazette - 8/10 8:13 am

# DUN Sarawak dijangka dibubar November, selepas belanjawan negeri - Abdul Karim KUCHING - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan pada November atau dua minggu selepas Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan





98 sampel anjing diambil, tiada kes positif rabies di Kubang Pasu - Mygazette - 8/10 8:13 am

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kedah Dr Shaharul Akmar Talib berkata dalam tempoh itu, tiada kes positif rabies dilaporkan hasil persampelan berkenaan. Beliau berkataoperasi survelan itu dilaksanakan dalam radius 10 kilometer dari titik wabak susulan pengesahan kes rabies membabitkan seorang lelaki berusia 31 tahun dari Kubang Pasu yang meninggal dunia pada 27 Sept lepas





Kes pelajar maut: 2 remaja didakwa esok - Mygazette - 8/10 8:13 am

Sebelum ini,Alzafny berkata sebanyak 69 keterangan direkodkan selain lima pelajartampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek tersebut. Pada 25 Sept,mangsa yangberusia 14 tahundikejarkanke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia





Motosikal Ini Apa Kami Tahu Tentang Triumph Street Triple 798 Serba .. - Mekanika - 8/10 8:13 am

# INI APA KAMI TAHU TENTANG TRIUMPH STREET TRIPLE 798 SERBA BAHARU **Baru-baru ini Triumph Motorcycles telah pun memperkenalkan Bonneville T40 dan T40 Black secara rasmi untuk pasaran global. Model terbaru dari keluarga 400cc itu akan mula masuk pasaran dunia pada 2027.** Bagaimanapun, di samping pelancaran baby Bonneville itu, Triumph turut mendedahkan Street Triple 798 terbaru yang akan dilancarkan pada 17 November nanti





Suami isteri maut kemalangan - Sinarharian - 8/10 7:39 am

PETALING JAYA - Pasangan suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Jalan Sungai Buloh susur masuk ke Sierramas di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan itu pada jam 3.50 petang."Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar jam 2.50 petang."Motosikal ditunggang pasangan dari Selayang ke Sungai Buloh itu dipercayai hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 30-an," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Shamsudin berkata, penunggang motosikal berusia 30-an bersama isterinya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Pemandu lori berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bagi siasatan lanjut termasuk menjalani ujian saringan awal air kencing."Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas pemandu lori adalah negatif," katanya.Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Saksi yang melihat atau berada di tempat kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Maslina Musa di talian 013-4025834 bagi membantu siasatan," katanya.Terdahulu beberapa hantaran tular di media sosial memaparkan kemalangan membabitkan pasangan itu.Mangsa wanita dikatakan bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Selayang.Susulan itu Hospital Selayang dalam satu hantaran di Facebook mengesahkan Jururawat Terlatih Jabatan Kecemasan dan Trauma, Noor Athirah Yaacob meninggal dunia pada Rabu.





DUN Sarawak mungkin bubar November, kata Karim - FMT - 8/10 7:23 am

Menteri Sarawak itu berkata jarang kerajaan negeri akan membiarkan DUN terbubar sendiri.





DUN Sarawak Dijangka Dibubar November, Selepas Belanjawan Negeri - Abdul Karim - Siakapkeli - 7/10 11:48 pm

DUN Sarawak dijangka dibubarkan pada November atau dua minggu selepas Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan, menurut Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.





DUN Sarawak dijangka dibubar November, selepas belanjawan negeri - Abdul Karim - Astroawani - 7/10 11:26 pm

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan pada November atau dua minggu selepas Belanjawan Sarawak 2027 diluluskan.





Zii Jia kembali menemui rentak - Sinarharian - 7/10 10:27 pm

PEMAIN profesional negara, Lee Zii Jia kembali mencatat kemenangan apabila menewaskan wakil China, Dong Tian Yao untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Artik di Energia Areena, Vantaa, Finland sebentar tadi.Zii Jia yang bermula dari pusingan kelayakan semalam, menundukkan pemain ranking ke-40 dunia tersebut 21-18, 21-14 dalam tempoh kurang sejam.Kemenangan tersebut hadir selepas Zii Jia terkandas pada pusingan pertama dalam dua kejohanan sebelum ini, sekali gus memberikan suntikan keyakinan buat pemain berusia 28 tahun itu.Dia bagaimanapun terpaksa bekerja keras pada set pembukaan apabila Tian Yao memberikan saingan sengit sebelum Zii Jia mula mengawal permainan dan meningkatkan tekanan.Selepas memperoleh kelebihan pada set pertama, Zii Jia tampil lebih kemas dan agresif pada set kedua untuk memastikan kemenangan straight set.Bekas juara Seluruh England itu kini berpeluang meneruskan momentum berkenaan apabila dijadualkan bertemu pemain Taiwan, Su Li Yang pada pusingan kedua esok.Li Yang terlebih dahulu menempah tiket ke pusingan kedua selepas menewaskan rakan senegaranya, Lin Chun Yi 21-17, 21-6.





Harimau Malaya lonjak tiga anak tangga ke ranking 133 dunia - Astroawani - 7/10 10:00 pm

Skuad Harimau Malaya melonjak tiga anak tangga untuk menduduki ranking ke-133 dunia dalam kemas kini terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) hari ini.





RON97, RON95 tanpa subsidi naik 15 sen, diesel kekal - Sinarharian - 7/10 8:41 pm

SHAH ALAM - Harga runcit RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing naik 15 sen seliter, manakala diesel tanpa subsidi dikekalkan bagi tempoh 8 Oktober hingga 14 Oktober 2026.Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, harga baharu RON97 ditetapkan pada RM5.15 seliter, RON95 tanpa subsidi RM4.67 seliter dan diesel tanpa subsidi RM5.27 seliter, berkuat kuasa mulai Khamis.Menurut MoF, walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi."Tekanan harga kini semakin tertumpu pada produk petroleum bertapis





Harimau Malaya lonjak tiga anak tangga ke-133 dunia - Hotfm - 7/10 8:41 pm

Kuala Lumpur: Persembahan positif yang ditampilkan Harimau Malaya pada kempen Piala ASEAN FIFA membuahkan hasil 'manis-manis' apabila membantu skuad negara melonjak tiga anak tangga ke kedudukan ke-133 dunia menerusi kemas kini terbaharu ranking FIFA, hari ini.





Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik 15 sen - Astroawani - 7/10 8:30 pm

Kenaikan itu berlaku ketika harga minyak mentah dunia kekal tinggi, dengan harga minyak mentah Brent berlegar sekitar AS$100 setong sepanjang tempoh pengiraan berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).





PRN Melaka: BN Perak gerak jentera di DUN Paya Rumput, Sungai Udang - Sinarharian - 7/10 7:42 pm

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak menghantar jentera bagi membantu memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.Dua kawasan berkenaan yang terletak dalam Parlimen Tangga Batu, sebelum ini disenaraikan antara kawasan tumpuan dalam PRN yang dijadualkan pada 14 November.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penugasan itu merupakan arahan daripada ibu pejabat BN dengan Perak diberikan tanggungjawab membantu kempen parti di kedua-dua DUN berkenaan."Kita dah dapat arahan daripada BN Pusat





Harga runcit RON97, RON95 tanpa subsidi naik 15 sen - FMT - 7/10 7:27 pm

Walaupun aliran minyak mentah dari Asia Barat semakin pulih, harga minyak mentah dunia kekal tinggi.





Ibu Zara Qairina nafi dakwaan anak tiri, tidak pernah abaikan, maki atau label 'anak haram' - Sinarharian - 7/10 5:56 pm

Kalau dia melakukan kesalahan saya cuma menegur dia seperti emak-emak lain yang menegur anaknya memandangkan dia berada di rumah saya."Saya huraikan sikit, dengan kehidupan masa lalunya yang terabai oleh emaknya sendiri yang seperti yang diceritakan oleh ibu Mahathir, ketika menyerahkan Malianah."Saya tidak pernah mengata 'kau anak haram' dengan Malianah. Saya tidak mahu mengulas lanjut sebab itu hal peribadi mereka," katanya.Noraidah dalam pada itu turut menafikan dakwaan bahawa dia pernah tidak mengambil Malianah selepas tamat persekolahan sehingga anak tirinya itu terpaksa dihantar pulang ke rumah oleh seorang lelaki, selain menafikan dakwaan dia ketika itu sedang membaca novel dan tidak mengambil berat mengenai keselamatan Malianah."Yang pertama, saya tidak suka membaca novel dan ketika dia mendakwa saya tidak mengambilnya itu tidak pernah," jelasnya.Bagaimanapun, Noraidah mengakui pernah memaklumkan kepada Mahathir mengenai Malianah yang tidak pergi ke sekolah KAFA, namun menjelaskan ia berlaku selepas anak tirinya itu mengadu sakit perut ketika hendak dihantar ke sekolah."Itu betul, sebab waktu saya beri tahu saya mahu hantar Malianah ke sekolah KAFA, di dalam kereta dia kata dia sakit perut, lepas itu dia hentak-hentak kaki di dalam kereta."Dia kata dia sakit perut kan dan menangis, saya bawa dia ke rumah jiran yang telah memberikannya minyak panas (ubat) di perutnya dan selepas itu saya tidak jadi menghantarnya ke sekolah."Saya memang ceritakan dengan Mahathir mengenai anaknya yang tidak mahu ke sekolah," katanya.Sebelum itu, dalam inkues tersebut, Malianah merupakan saksi ke-81 yang hadir memberi keterangan dalam prosiding di mana dia pernah tinggal bersama Noraidah selama kira-kira tujuh bulan di Sipitang.Lagi artikel berkaitan:Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara QairinaKes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun KeseksaanIbu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - SaifuddinKes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - SaifuddinTiada cover up, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - SaifuddinInkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini[KRONOLOGI] Kes kematian Zara QairinaKes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polisGelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara QairinaKes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIPKes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman





Ibu tolak naratif Zara Qairina mengalami tekanan emosi berpunca daripada dirinya - Sinarharian - 7/10 5:49 pm

Saya cuba menahan sabarlah tetapi hilang juga sabar saya menjawab juga di Facebook, jawapan saya biasanya begini lah, 'kamu kenalkah saya siapa yang kamu tahu sangat ni?' Begitu saja saya jawab," katanya.Katanya, sehingga kini masih terdapat pihak yang mempertikaikan keputusannya membawa kes berkenaan ke mahkamah, namun dia memilih untuk tidak lagi mengikuti perkara tersebut bagi menjaga emosinya."Saya sebenarnya tidak berapa membaca akan cerita begitu. Memang ada antaranya tu mungkin mereka tidak mahu orang awam memberi sokongan kepada saya supaya saya ini lemah semangat, kemudian saya ni mungkin tidak membawa kes ke mahkamah," katanya.Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa dirinya menjadi punca tekanan emosi Zara Qairina walaupun audio perbualan serta beberapa video yang menunjukkan hubungan rapat mereka telah dikemukakan dalam prosiding inkues, Noraidah berkata, naratif mengenai diari dan masalah keluarga Zara turut tersebar sejak sebelum inkues bermula."Memang ada segelintir penulis di Facebook masih lagi bercerita pasal diari, diari tidak pandai habis," katanya.Lagi artikel berkaitan:Lima remaja bawah 18 tahun akan didakwa kes buli Zara QairinaKes Zara Qairina: Peguam desak pertuduhan Seksyen 507D(2) Kanun KeseksaanIbu Zara Qairina dua kali tolak bedah siasat, mahu segera kebumi anak - SaifuddinKes Zara Qairina: Wujud elemen buli, pengabaian dan gangguan seksual - SaifuddinTiada cover up, polis serah kertas siasatan Zara Qairina kepada AGC - SaifuddinInkues kes Zara Qairina bermula 3 September ini[KRONOLOGI] Kes kematian Zara QairinaKes Zara Qairina: JIPS akan ambil keterangan tiga pegawai kanan polisGelombang 'Justice for Zara Qairina' tersebar ke seluruh dunia'Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat' - Ibu Zara QairinaKes Zara Qairina: Polis nafi pembabitan VVIPKes Zara Qairina: Ini 13 intipati penting didedahkan Pengarah JSJ Bukit Aman





Pelajar maut di asrama: Dua remaja didakwa esok - Sinarharian - 7/10 5:36 pm

SEREMBAN - Dua remaja lelaki berusia 16 tahun akan didakwa di Mahkamah Kuala Pilah, esok berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 September lepas.Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, dua pelajar tingkatan empat itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan."Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan arahan tuduh kedua-dua suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan."Mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, pada 9.30 pagi esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Sebelum ini, Alzafny berkata, sebanyak 69 keterangan direkodkan selain lima pelajar tampil mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek tersebut.Pada 25 September, mangsa yang berusia 14 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sebelum disahkan meninggal dunia





'Dua bulan, dua emas' - Sinarharian - 7/10 5:11 pm

KEJAYAAN Datuk Mohd Azizulhasni Awang meraih emas di Sukan Komanwel Glasgow Julai lalu dan Sukan Asia Aichi-Nagoya dalam tempoh kira-kira dua bulan mencipta satu pencapaian luar biasa buat jaguh berbasikal trek negara itu.Lebih istimewa, pelumba berusia 38 tahun itu mendapati hanya empat atlet Malaysia sebelum ini pernah meraih emas di kedua-dua temasya berkenaan dalam tahun yang sama.Mereka ialah Datuk Ng Boon Bee, Datuk Punch Gunalan, gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan legenda skuasy negara, Datuk Nicol David.Azizulhasni berkata, pencapaian itu mempunyai nilai tersendiri kerana bukan mudah untuk seseorang atlet mengekalkan prestasi di tahap tertinggi apabila dua temasya besar berlangsung dalam jarak masa yang begitu dekat."Saya melihat pencapaian ini sebagai sesuatu yang luar biasa. Bukan mudah untuk mengekalkan prestasi pada tahap tertinggi bagi dua kejohanan besar yang jaraknya hanya kira-kira 60 hari," katanya menerusi perkongsian di Facebook.Menurutnya, pengurusan periodisasi latihan menjadi antara cabaran terbesar selepas kejayaan di Glasgow bagi memastikan prestasi dapat dikekalkan sehingga Sukan Asia."Antara perkara paling mencabar ialah bagaimana untuk mengekalkan tahap prestasi selepas kejayaan di Glasgow dan pada masa sama memastikan badan bersedia untuk kembali ke tahap kemuncak di Sukan Asia," katanya.Beliau berkata, pencapaian itu bagaimanapun tidak akan terhasil tanpa perancangan rapi, disiplin serta kerja keras sepanjang tempoh persiapan."Saya sentiasa bersikap optimis dan terus bekerja keras untuk memastikan semua matlamat yang ditetapkan dapat dicapai demi merealisasikan emas untuk negara," katanya.Kejayaan tersebut turut memperlihatkan kemampuan Azizulhasni menentang faktor usia apabila masih mampu bersaing dan menewaskan pelumba yang jauh lebih muda di pentas tertinggi.Bagi pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, pencapaian berkenaan bukan sekadar menambah koleksi pingat, sebaliknya menjadi bukti bahawa perancangan, disiplin dan kepercayaan terhadap kemampuan diri mampu menghasilkan sesuatu yang luar biasa.Azizulhasni akan meneruskan misi di Shanghai bagi menghadapi Kejohanan Dunia selepas melalui musim yang sekali lagi membuktikan dirinya masih mampu berada dalam kelompok terbaik dunia.





KPDN lancar dua inisiatif pembiayaan harta intelek melalui MyIPO - Sinarharian - 7/10 5:07 pm

KUALA LUMPUR - [KEMAS KINI] Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) melancarkan dua inisiatif baharu bagi menyokong reformasi Pembiayaan Berteraskan Harta Intelek negara.Inisiatif berkenaan dilancarkan sempena Persidangan dan Pameran Kebangsaan Pengkomersialan Harta Intelek (IP CONFEX) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu selaras dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) yang antara lain meletakkan inovasi dan pengkomersialan harta intelek sebagai enjin pertumbuhan ekonomi baharu negara.Menurutnya, inisiatif pertama ialah Dana Pembiayaan Penilaian Harta Intelek dengan peruntukan perintis sebanyak RM1 juta.Dana itu, jelasnya, disediakan bagi membantu menampung kos perkhidmatan penilaian harta intelek secara profesional untuk syarikat tempatan terpilih."Melalui penilaian yang sistematik dan diiktiraf, aset tidak ketara milik syarikat melibatkan harta intelek dapat diberikan nilai secara rasmi bagi menyokong urusan pembiayaan perbankan, pelesenan dan pelaburan."Langkah itu penting khususnya kepada syarikat pemula (start-up) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berasaskan teknologi yang memiliki aset harta intelek bernilai, tetapi berdepan kesukaran mendapatkan pembiayaan perbankan kerana tidak mempunyai cagaran fizikal tradisional," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sementara itu, inisiatif kedua ialah pengenalan Modul Penilaian Harta Intelek yang pertama di Malaysia.Jelasnya, modul berkenaan akan menjadi asas kepada pembentukan piawaian penilaian yang lebih seragam, selain menyokong usaha melatih tenaga pakar penilai harta intelek tempatan yang bertauliah dan dikawal selia secara berstruktur."Kedua-dua inisiatif itu saling melengkapi dalam membangunkan ekosistem Pembiayaan Berteraskan Harta Intelek yang lebih tersusun."Dana pembiayaan akan membantu syarikat mendapatkan perkhidmatan penilaian, manakala modul yang diperkenalkan akan memperkukuh kapasiti, kepakaran dan piawaian dalam melaksanakan proses penilaian berkenaan," katanya.Armizan berkata, langkah itu juga bertepatan dengan pelan transformasi strategik lima tahun (2025-2030) melalui MyIPO NEXTGEN yang memfokuskan transisi harta intelek daripada sekadar instrumen perlindungan undang-undang kepada antara aset strategik memacu ekonomi negara."Usaha itu diharapkan dapat merapatkan jurang pembiayaan yang dihadapi syarikat pemula dan PKS berasaskan teknologi."Ia juga membantu memastikan hasil penyelidikan dan pembangunan tempatan tidak hanya terhenti di makmal, sebaliknya dapat dinilai, dikomersialkan dan dimanfaatkan untuk menjana pertumbuhan ekonomi," katanya.IP CONFEX 2026 julung kalinya dianjurkan pada 6 hingga 7 Oktober itu menghimpunkan lebih 500 peserta merangkumi pemain industri, institusi kewangan, penyelidik, inovator serta agensi kerajaan.Program itu turut menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara MyIPO dengan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), Universiti Multimedia (MMU), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) serta Persatuan Pemasang dan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MASAAM).Kerjasama strategik itu akan memperkukuh jaringan MyIPO dengan organisasi antarabangsa dan tempatan, institusi pendidikan, agensi pembangunan perdagangan dan keusahawanan serta pemain industri.Kerjasama berkenaan juga menyokong perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti dan usaha memperluas pengkomersialan harta intelek tempatan.Menurut Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), nilai aset tak ketara dunia melonjak 13 kali ganda dalam tempoh 25 tahun, mencecah paras tertinggi AS$80 trilion.Malah, lebih 90 peratus daripada nilai syarikat terkemuka dalam indeks S&P 500 kini disokong oleh kekuatan aset tak ketara termasuk harta intelek.





Sunnah Rasulullah panduan hadapi cabaran AI, konflik dunia, titah Raja Muda Perlis - FMT - 7/10 4:59 pm

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah perkembangan teknologi, jenayah siber dan ketidakstabilan sosial menuntut masyarakat kembali meneliti pendekatan Rasulullah SAW.





PRN Melaka: SPR perluas sistem OCR-VA ke semua 28 DUN - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# PRN Melaka: SPR perluas sistem OCR-VA ke semua 28 DUN MELAKA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperluaskan pelaksanaan projek rintis Sistem Pengecaman Aksara Optik Kehadiran Pengundi(OCR-VA) sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16





Malaysia semakin ketinggalan, diplomat perlu diperkasa segera ??? Mohamad - Mygazette - 7/10 4:58 pm

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Program Diploma in Diplomacy (DiD) 2026 di sini, hari ini. Mohamad berkata, Malaysia tidak boleh terus berada dalam zon selesa kerana perubahan landskap geopolitik dan geoekonomi dunia serta perkembangan teknologi yang pantas menuntut pendekatan diplomasi yang lebih dinamik





Selama 12 hari dalam tahanan, keluarga hanya tahu selepas Noorizwan .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Selama 12 hari dalam tahanan, keluarga hanya tahu selepas Noorizwan meninggal - Nooranis PETALING JAYA - Walaupun abang saya salah, walaupun abang saya jahat, kenapa diperlakukan sebegini? Itu persoalan adik kepada tahanan yang meninggal dunia, Noorizwan Zulkefly, 42, ketika meluahkan kekecewaan terhadap cara keluarganya dimaklumkan mengenai kematian mangsa baru-baru ini





Hilux terjunam gaung 100 meter, pemandu maut ditemui dua hari kemudian - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Hilux terjunam gaung 100 meter, pemandu maut ditemui dua hari kemudian GUA MUSANG Seorang lelaki warga tempatan maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat, di sini





Bersatu mahu sokong Kerajaan Selangor, tapi tuntutan .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Bersatu mahu sokong Kerajaan Selangor, tapi tuntutan 'keterlaluan'? SHAH ALAM - Hasrat 11 Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bersatu Selangor untuk memeterai perjanjian kerjasama (CSA) dengan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Amirudin Shari masih belum dapat dimuktamadkan apabila beberapa tuntutan yang dikemukakan parti itu didakwa melebihi jangkaan





Dipukul hingga mati – LFL mahu kematian tahanan IPD Cheras .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

Peguam keluarga mangsa, N. Surendran berkata, tuntutan itu dibuat susulan penemuan kecederaan serius pada tubuh Noorizwan Zulkefly, 42, yang meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) pada 1 Oktober lalu





BN terbuka untuk ???cross-swap??? kerusi dengan rakan strategik BN terbuka .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

Cuma penyerahan itu belum lagi dibuatkan kajian dan analisis dari semua sudut pandangan untuk saya membuat penilaian, katanya. PRN Melaka Ke-16 akan menyaksikan 28 kerusi DUN dipertandingkan, dengan BN sebelum ini memenangi 21 kerusi pada PRN 2021, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi





Kes bunuh pelajar wanita: JPPKK sahkan mangsa pelajar POLISAS - Mygazette - 7/10 4:58 pm

# Kes bunuh pelajar wanita: JPPKK sahkan mangsa pelajar POLISAS KUANTAN Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang pelajar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) yang meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri pagi Selasa





Zara Qairina pernah mengadu dibuli, dilabel ???pick me??? pelajar senior .. - Mygazette - 7/10 4:58 pm

Ibunya, Noraidah Lamat, 46, ketika memberi keterangan pada prosiding inkues hari ini berkata anaknya mula menulis dalam beberapa buku catatan sekitar 2021 atas galakkan seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Pantai, Sipitang bagi membantu memperbaiki dan mencantikkan tulisan tangannya. Zara mempunyai beberapa buku dan setiap satu dikaitkan dengan kawan tertentu dan kandungannya banyak berkisar tentang persahabatan dan pengalaman bersama kawan-kawan tersebut, katanya ketika membaca penyataan saksi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan hari ini





Penantian tapak ritual masyarakat Hindu Melaka akhirnya terlaksana - Mygazette - 7/10 4:58 pm

Saya amat gembira kerajaan negeri telah memperuntukkan sebidang tanah seluas 10,000 kaki persegi untuk kita membina tiga tempat ritual bagi masyarakat India. Ritual ini perlu dilaksanakan mengikut agama Hindu, 16 hari selepas seseorang meninggal dunia, katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Peletakan Batu Asas Ritual Terakhir Masyarakat India di kawasan tambak laut Banda Hilir, di sini, hari ini





Hakim Danish mahu bangkit di Mandalika - Sinarharian - 7/10 4:57 pm

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli bertekad melupakan episod sukar di Jepun dan bangkit dengan aksi lebih kompetitif pada Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, hujung minggu ini.Pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menjadikan pengalaman di Motegi sebagai pengajaran untuk memperbaiki prestasi pada pusingan kedua siri jelajah Asia Kejuaraan Dunia Moto3 2026.Hakim Danish mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlumbaan di Mandalika selepas berdepan tiga insiden kemalangan pada GP Jepun minggu lalu."Saya mahu melupakan sepenuhnya episod kemalangan di Jepun





Ibu Zara Qairina nafi anak pernah tulis mahu cederakan diri, tamatkan riwayat - Sinarharian - 7/10 4:55 pm

KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner, di sini bahawa dia tidak pernah membaca buku catatan atau diari anaknya yang kandungannya menjurus kepada mencederakan diri atau mengambil nyawanya sendiri.Noraidah Lamat, 46, berkata, penulisan Zara Qairina sejak di sekolah rendah lebih cenderung kepada persahabatan dan rakan-rakan."Tidak pernah, penulisannya semasa dari sekolah rendah lebih cenderung kepada kawan-kawan, persahabatan," katanya ketika memberi keterangan dalam inkues kematian Zara Qairina.Noraidah turut memberitahu bahawa anaknya mempunyai lima buku catatan, namun buku berkenaan bukan diari dan akhirnya dibuang selepas tidak lagi digunakan."Bila dia sudah tidak mahu, dia letak bersepah-sepah dan akhirnya buku itu akhirnya dibuang begitu saja," katanya.Sementara itu, ketika disoal peguam Shahlan Jufri mengenai 15 helai kertas tulisan tangan ditemui seorang guru, Noraidah berkata, dia tidak pernah melihat kertas berkenaan ketika Zara Qairina masih hidup."Tidak pernah, saya tidak pernah melihat





Peluang berniaga tanpa dibebani kos sewa tapak memberi rezeki besar kepada .. - Wrlr - 7/10 4:52 pm

Laksasa.my misalnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada KUSKOP kerana memilih mereka memperkenalkan produk tempatan kepada pengunjung F1. Terbelohaa pula berterima kasih kepada kementerian dan Amanah Ikhtiar Malaysia kerana memberikan peluang menyertai acara besar bertaraf dunia sambil menyediakan tapak secara percuma kepada usahawan





STL pacu pembangunan sepak takraw akar umbi - Sinarharian - 7/10 4:52 pm

KEJAYAAN skuad sepak takraw negara meraih pingat emas dan perak pada Sukan Asia Aichi-Nagoya baru-baru ini membuktikan pembangunan sukan itu berada pada landasan tepat.Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, perkembangan berkenaan dilihat semakin positif apabila prestasi sepak takraw negara terus meningkat tanpa menunjukkan kemerosotan.Beliau berkata, penganjuran Liga Sepak Takraw (STL) 2026 yang memasuki edisi ke-12 menjadi antara platform penting dalam usaha mencungkil bakat baharu dari peringkat akar umbi.Menurutnya, pembangunan sesebuah sukan perlu bermula dari bawah dengan menyediakan pertandingan yang mampu memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pemain."Jadi kita lihat pembangunan atlet atau pembangunan sesebuah sukan itu perlu bermula daripada akar umbi itu sendiri."Tidak lain tidak bukan bagaimana kita ingin mencungkil bakat baharu itu adalah dengan penganjuran program-program seperti ini," katanya sempena pelancaran kejohanan itu di Kuala Lumpur pada malam Selasa.Mohammed Taufiq turut menghargai komitmen Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam aspek pembangunan jurulatih, kebajikan atlet serta usaha memperkukuh sukan berkenaan.Katanya, kejayaan sepak takraw negara bukan hanya bergantung kepada atlet, sebaliknya memerlukan kerjasama persatuan, kerajaan dan semua pihak yang terbabit dalam pembangunan sukan."Kejayaan menamatkan kemarau 36 tahun pingat emas pada Sukan Asia, mengakhiri kemarau 34 tahun di Sukan SEA 2025 serta kejayaan pada Piala Dunia Sepak Takraw menunjukkan momentum positif yang perlu dikekalkan," katanya.Beliau juga berpuas hati dengan perkembangan sepak takraw negara yang disifatkannya terus meningkat dan berharap momentum berkenaan dapat dikekalkan."Saya harap kepimpinan PSM di bawah Datuk Mohd Sumali Reduan akan terus maju untuk masa akan datang khususnya bagi menghadapi Sukan SEA 2027, yang mana kita menjadi tuan rumah," katanya.Beliau berharap PSM terus memperkukuh pembangunan sepak takraw negara bagi memastikan sukan itu terus menyumbang kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia.





Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri Abdul Karim - Mypress - 7/10 4:49 pm

KUCHING–Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak berkemungkinan dibubarkan selepas selesai persidangan belanjawan negeri bulan ini, namun keputusan mengenainya kekal menjadi hak prerogatif Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg





Beasley beri penghargaan terbuka buat Hannah Yeoh - Sinarharian - 7/10 4:45 pm

PENGARAH Teknikal skuad berbasikal Malaysia, John Beasley menyifatkan Hannah Yeoh sebagai antara Menteri Belia dan Sukan terbaik yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang 21 tahun dalam pembangunan sukan berbasikal negara.Beasley berkata, pengalaman lebih dua dekad berkhidmat untuk Malaysia menyaksikan beliau bekerja di bawah dua Menteri Belia dan Sukan yang disifatkannya benar-benar cemerlang, dengan Hannah adalah salah seorang daripadanya.Beliau mengakui berasa sedih apabila mengetahui Hannah tidak lagi menerajui portfolio berkenaan, namun pada masa sama gembira apabila bekas menteri itu diberi peluang memikul tanggungjawab penting yang baharu.Menurutnya, kejayaan Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya baru-baru ini juga wajar dikaitkan dengan individu yang membantu mewujudkan persekitaran dan momentum positif sebelum temasya berkenaan."Saya ingin mengucapkan terima kasih secara peribadi dan terbuka kepada anda atas komitmen terhadap kecemerlangan, kejujuran, visi dan paling penting, keprihatinan tulen yang anda tunjukkan terhadap atlet serta mereka yang bekerja di belakang mereka," katanya menerusi catatan di Facebook.Jurulatih dari Australia itu akan meninggalkan skuad berbasikal kebangsaan pada 31 Oktober ini dan akan menyertai Jepun.Beasley berkata, pendekatan kepimpinan Hannah turut memberi keyakinan kepada jurulatih dan pegawai sokongan untuk melaksanakan tugas masing-masing dengan lebih baik."Anda membuatkan jurulatih berasa dihargai. Perkara itu lebih penting daripada apa yang kadangkala disedari oleh orang ramai," katanya.Beliau menambah, apabila jurulatih dan pasukan sokongan diberikan hala tuju jelas, kepercayaan serta kepimpinan yang kukuh, ia membantu mereka memberikan komitmen lebih tinggi demi kepentingan atlet.Beasley turut menyifatkan Hannah sebagai pemimpin yang mempunyai pendekatan tegas, namun pada masa sama mempunyai keinginan tulen untuk melakukan perubahan bermakna dalam sukan negara."Di sebalik pendekatan tanpa kompromi itu, terdapat keinginan sebenar untuk membawa perubahan bermakna dan meninggalkan sukan Malaysia dalam keadaan lebih baik berbanding ketika anda mula memegang portfolio itu," katanya.Beliau percaya Hannah berjaya mencapai matlamat berkenaan sepanjang tempoh menerajui Kementerian Belia dan Sukan, sekali gus meninggalkan kesan yang akan terus dirasai dalam kalangan mereka yang terbabit dalam pembangunan atlet.Beasley berkata, sekiranya Hannah masih menerajui sukan negara, beliau mungkin masih kekal memberikan sepenuh perhatian kepada usaha membangunkan atlet Malaysia bertaraf dunia serta memperkukuh sistem prestasi tinggi untuk generasi seterusnya."Saya sering terfikir bahawa jika anda masih menerajui sukan Malaysia, mungkin saya tidak akan pergi ke mana-mana





Allahu, pengikutnya letak sebaris terus muka beliau dengan Tok Alim orang .. - Wrlr - 7/10 4:43 pm

Tak boleh begitu. Rosak disiplin dunia para ilmuan





Gaji Pekerja Malaysia Naik Lebih Cepat Daripada Produktiviti - Bank Dunia - Siakapkeli - 7/10 4:38 pm

Bank Dunia melaporkan gaji pekerja Malaysia naik lebih cepat berbanding produktiviti, sambil menekankan keperluan memperkukuh produktiviti firma, kem...





PSM sasar sebanyak mungkin emas Sukan SEA 2027 - Sinarharian - 7/10 4:21 pm

PERSEKUTUAN Sepaktakraw Malaysia (PSM) menyasarkan untuk meraih sebanyak mungkin pingat emas dalam acara sepak takraw lelaki pada Sukan SEA 2027 di Malaysia.Presidennya, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, kelebihan selaku tuan rumah mampu memberi suntikan kepada barisan Golden Tigers untuk meneruskan rentak kecemerlangan yang dipamerkan kebelakangan ini, termasuk pada Sukan SEA Thailand 2025 dan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun."Tahun depan Sukan SEA di dalam negara, sudah pasti satu cabaran yang besar buat kita sebagai tuan rumah, terutamanya untuk mengekalkan kejuaraan."Namun kita percaya bermain di laman sendiri dengan penonton yang ramai nanti, akan memberikan nilai tambah yang besar untuk kita cuba mendapatkan sebanyak mungkin pingat emas di Sukan SEA pada tahun depan," katanya.Beliau ditemui media sempena pelancaran Liga Sepak Takraw (STL) 2026 di Kuala Lumpur pada malam Selasa.Malaysia sebelum ini melakar kejayaan sensasi membawa pulang dua emas dari Sukan SEA Thailand 2025 menerusi acara regu berpasukan lelaki dan regu lelaki.Momentum kecemerlangan itu diteruskan skuad negara dengan menjuarai acara regu berpasukan lelaki pada Piala Dunia Sepak Takraw 2026 di sini pada Mei lepas, sebelum menamatkan kemarau 36 tahun untuk meraih pingat emas regu berpasukan lelaki pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 bulan lepas.Mohd Sumali turut mencadangkan untuk Malaysia mempertandingkan empat acara sepak takraw pada temasya sukan dwitahunan itu iaitu regu berpasukan, regu, beregu dan quadrant.Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan tersebut masih tertakluk kepada keputusan akhir perbincangan bersama penganjur manakala pemilihan pemain akan turut dinilai berdasarkan prestasi dan kesesuaian mereka.Dalam usaha meningkatkan peluang meraih emas, beliau berkata, Malaysia juga perlu memberi perhatian lebih kepada acara quadrant yang kini semakin menjadi tumpuan negara pesaing seperti Indonesia dan Myanmar.Katanya pemilihan pemain yang sesuai serta aspek taktikal dan strategi perlu diberi perhatian khusus bagi memastikan Malaysia mampu memberikan saingan dalam acara berkenaan.Sukan SEA 2027 akan berlangsung di Sarawak, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur bermula 18 hingga 29 September





Solidariti Palestin tidak boleh bermusim - Harakahdaily - 7/10 4:16 pm

KOTA BHARU: Solidariti umat Islam terhadap Palestin tidak seharusnya bersifat bermusim atau hanya digerakkan ketika penderitaan rakyat Gaza kembali menjadi perhatian utama dunia





Perbicaraan bela diri kes bunuh Nhaveen ditangguh esok - Sinarharian - 7/10 4:14 pm

Ragesuthan, 27, S. Gokulan, 27, dan dua lagi individu yang merupakan remaja ketika kejadian, untuk membela diri atas pertuduhan membunuh Nhaveen.Keputusan itu dibuat selepas mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepaskan dan membebaskan mereka pada 3 Oktober 2023.Panel hakim turut mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk peringkat pembelaan.Keempat-empat tertuduh juga diperintah membela diri atas pertuduhan mencederakan rakan Nhaveen iaitu T Previin berhampiran Pusat Pembelajaran Karpal Singh di Jalan Kaki Bukit, Gelugor, antara 11 malam hingga 12 tengah malam, 9 Jun 2017.Nhaveen meninggal dunia pada 15 Jun 2017 selepas enam hari dirawat di Hospital Pulau Pinang akibat kecederaan parah yang dialaminya dalam kejadian berkenaan





SOL jenama sulung HealthTech, susulan tranformasi Astaka Holdings - Kosmo - 7/10 4:10 pm

PETALING JAYA – Astaka Holdings Limited (Astaka Holdings) telah melancarkan SOL, jenama HealthTech yang memfokuskan kepada penciptaan persekitaran dalaman yang lebih bersih dan sihat melalui nanoteknologi yang diaktifkan cahaya. SOL adalah produk pertama syarikat yang disifatkan sebagai Cahaya Perlindungan Aktif Pertama di Dunia, iaitu sebahagian daripada rangkaian produk yang lebih meluas untuk memenuhi keperluan pasaran ..





PRN MELAKA - 31 Oktober 2026 Hari Penamaan Calon 10 November 2026 Hari .. - Wrlr - 7/10 2:49 pm

PRN Melaka: SPR hari mengundi 14 November, calon mula berentap 31 Oktober Harapandaily October 7, 2026 Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kini memasuki fasa rasmi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November 2026 sebagai hari pengundian, manakala 31 Oktober ditetapkan sebagai hari penamaan calon. Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, mengumumkan tarikh berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16 hari ini





Cemburu Teman Wanita Jumpa Lelaki Lain, Remaja 19 Tahun Disyaki Cekik Kekasih Hingga M*ut - Siraplimau - 7/10 2:44 pm

Perasaan cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki berusia 19 tahun disyaki mencekik kekasihnya hingga meninggal dunia di sebuah bilik sewa di Jalan Air Putih 2, di sini, semalam





Kadar Pengangguran Malaysia Cuma 2.9 Peratus, Tetapi Ramai Graduan Bekerja Di Bawah Kelayakan - Siakapkeli - 7/10 2:20 pm

Laporan Bank Dunia merekodkan kadar pengangguran Malaysia turun kepada 2.9 peratus pada suku keempat 2025, namun lebih satu pertig...





PRN Melaka: SPR hari mengundi 14 November, calon mula berentap 31 Oktober - Harapandaily - 7/10 12:58 am

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 kini memasuki fasa rasmi selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November 2026 sebagai hari pengundian, manakala 31 Oktober ditetapkan sebagai hari penamaan calon. Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, mengumumkan tarikh berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka ke-16 hari..





Lengan Berbalut Wayar Dan Jarum, Tun Mahathir Tak Lelah Ziarah Pusara Tun Hasmah- Hebatnya Cinta Beliau Pada Isteri” - Beautifulnara - 7/10 12:56 am

Rata-rata netizen mendoakan agar Dr Mahathir terus kuat selepas kehilangan isteri yang bersamanya sejak 1956. Tun Siti Hasmah meninggal dunia pada 28 September […] The post Lengan Berbalut Wayar Dan Jarum, Tun Mahathir Tak Lelah Ziarah Pusara Tun Hasmah- Hebatnya Cinta Beliau Pada Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi .





Keselamatan sekolah perlu diperkukuh, tiada kompromi - Ahli Parlimen Tumpat - Sinarharian - 7/10 12:36 am

SHAH ALAM Kerajaan perlu mengambil langkah tegas, menyeluruh dan berasaskan akauntabiliti bagi memperkukuh keselamatan di semua sekolah dan asrama susulan beberapa tragedi yang melibatkan pelajar.Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi berkata, langkah tersebut termasuk melaksanakan audit keselamatan secara menyeluruh, memperkukuh sistem pelaporan dan amaran keselamatan serta meningkatkan koordinasi antara agensi berkaitan.Menurutnya, rentetan insiden buli, gangguan, pergaduhan, kemalangan, keganasan dan kecederaan yang melibatkan kanak-kanak serta remaja di premis pendidikan wajar dilihat sebagai isu keselamatan yang serius dan bersifat sistemik."Kita tidak boleh terus menguruskan setiap kejadian sebagai insiden terpencil tanpa menilai kelemahan sistem secara menyeluruh."Sekolah ialah institusi yang bukan sahaja mendidik dan memupuk nilai kasih sayang, tetapi juga mesti mempunyai keupayaan untuk mengesan, mencegah serta melindungi warganya melalui sistem amaran awal, saluran pelaporan yang berkesan dan tindakan pantas."Kita telah mempunyai undang-undang khusus berkaitan buli, garis panduan serta SOP





Kutipan cukai negara naik sembilan peratus kepada RM129.6 bilion - Sinarharian - 7/10 11:51 am

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kutipan hasil cukai negara sehingga Jun tahun ini meningkat sebanyak 9 peratus iaitu RM129.6 bilion berbanding RM119.1 bilion bagi tempoh yang sama pada 2025.Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, peningkatan itu didorong oleh sumbangan kutipan cukai pendapatan syarikat yang lebih tinggi serta cukai jualan dan perkhidmatan (SST), khususnya daripada sektor makanan dan minuman, perkhidmatan insurans serta logistik."Bagi tahun 2026, pertumbuhan ekonomi Malaysia merekodkan prestasi yang lebih baik pada suku kedua sebanyak 6 peratus berbanding suku pertama sebanyak 5.4 peratus, meskipun negara berdepan dengan kejutan rantaian bekalan global yang menjejaskan ekonomi dunia."Pencapaian suku kedua ini menjadikan pertumbuhan separuh pertama tahun 2026 sebanyak 5.7 peratus, sekali gus meletakkan ekonomi Malaysia pada landasan yang kukuh untuk mencapai unjuran pertumbuhan antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus bagi tahun 2026," katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah keseluruhan kutipan cukai negara bagi tahun semasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, Malaysia turut mencatatkan lebihan dagangan berjumlah RM84 bilion iaitu lonjakan ketara sebanyak 449.2 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu.Jelasnya, sasaran kutipan hasil cukai bagi keseluruhan tahun ini ialah RM343.1 bilion."Pertumbuhan ekonomi makro yang stabil dijangka terus memberi kesan positif kepada peningkatan kutipan cukai," katanya.Tambah beliau, langkah reformasi percukaian bersasar turut berperanan untuk memastikan mekanisme kutipan hasil yang lebih efektif dan menjadi asas dalam membina kepercayaan pelabur, kestabilan ekonomi serta daya saing negara pada masa akan datang.





'Satu dunia berterima kasih kepada Messi'- Neymar - Sinarharian - 7/10 11:49 am

NEYMAR tampil menitipkan penghormatan penuh emosi buat sahabat baiknya, Lionel Messi yang menutup tirai karier antarabangsa bersama Argentina.Messi membuat penampilan terakhirnya bersama skuad Albiceleste ketika berdepan Benin dalam aksi persahabatan di Stadium Monumental, Buenos Aires pada Rabu."Bukan Argentina sahaja yang berterima kasih kepada kamu, tetapi seluruh dunia berterima kasih atas segala yang telah kamu lakukan untuk bola sepak."Terima kasih kerana membuatkan saya lebih mencintai bola sepak





'Zara pernah mengadu dibuli di asrama' - Ibu - Sinarharian - 7/10 11:06 am

KOTA KINABALU - Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini pada Rabu bahawa anak tunggalnya itu pernah mengadu mengenai kejadian buli, gangguan dan layanan tidak menyenangkan daripada pelajar lain ketika tinggal di asrama.Saksi ke-82 prosiding inkues itu, Noraidah Lamat, 46, berkata, Zara Qairina sering berkongsi perkara berkenaan ketika menghubunginya atau sewaktu pulang ke rumah.Menurutnya, Zara Qairina pernah memaklumkan terdapat pelajar senior yang tidak menyukainya, selain mendakwa pernah digelar dan dijerit di dewan makan.Noraidah berkata, berdasarkan cerita anaknya, situasi itu dipercayai berpunca daripada rasa cemburu segelintir pelajar selepas terdapat pelajar lelaki senior yang meminatinya.Beliau turut memberitahu mahkamah bahawa pada Jun 2025, seorang pelajar senior Tingkatan Empat pernah mengumpulkan beberapa pelajar di musolla untuk memberi teguran tanpa kehadiran warden.Dalam keterangannya, Noraidah turut mendakwa seorang guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) pernah memintanya supaya tidak menularkan kejadian yang menimpa Zara Qairina.Katanya, guru berkenaan memaklumkan pihak atasan melarang pihak sekolah memberikan maklumat berhubung kematian Zara Qairina kerana kes masih dalam siasatan polis.Noraidah juga mendakwa pernah dinasihatkan oleh pengetua sekolah supaya tidak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.Selain itu, beliau berkata, pihak sekolah tidak pernah memaklumkan kepadanya mengenai siasatan dalaman berhubung kejadian pada 15 Julai 2025 dan hanya mengetahui perkara itu menerusi prosiding inkues.Menurutnya, beliau turut menyerahkan surat rasmi kepada pihak sekolah bagi mendapatkan maklumat awal mengenai kejadian yang menimpa anaknya, namun tidak menerima sebarang jawapan.Katanya, keadaan itu menyebabkan beliau menggunakan media sosial bagi mendapatkan maklumat mengenai apa yang sebenarnya berlaku kepada Zara Qairina.Noraidah turut menceritakan detik menerima panggilan telefon pada kira-kira jam 4.37 pagi, 16 Julai 2025 daripada seorang ustaz yang memaklumkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan "mengampai" di lantai asrama sebelum dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1), Kota Kinabalu.Beliau berkata, sebaik tiba di hospital kira-kira jam 9 pagi, beliau melihat Zara Qairina berada di zon merah dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada kepala dan kaki.Menurutnya, seorang guru kaunseling dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kemudian memaklumkan bahawa Zara Qairina ditidurkan, bergantung kepada mesin bantuan pernafasan dan mengalami kerosakan otak yang teruk selepas otaknya tidak menerima oksigen selama lebih dua jam.Sepanjang anaknya dirawat, Noraidah berkata, beliau dimaklumkan bahawa Zara Qairina dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama, semua pelajar telah tidur pada jam 11 malam dan tiada saksi mata yang melihat kejadian tersebut.Bagaimanapun, katanya, guru-guru yang ditemuinya tidak dapat memberikan penjelasan lanjut berhubung apa yang berlaku kepada Zara Qairina.Zara Qairina kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 17 Julai 2025 kira-kira jam 1.07 petang.





Ronaldo akhirnya bersuara, janji jadi punca tinggalkan skuad Portugal - Sinarharian - 7/10 11:05 am

CRISTIANO Ronaldo akhirnya tampil mendedahkan secara terperinci punca sebenar tindakannya meninggalkan kem Portugal selepas berlaku keretakan hubungan dengan ketua jurulatih, Jorge Jesus.Bintang berusia 39 tahun itu mendakwa Jesus memungkiri janji berhubung perancangan minit permainan selain gagal menunaikan persetujuan untuk menjelaskan perkara tersebut secara terbuka kepada media.Ronaldo berkata, selepas Piala Dunia 2026, beliau pada awalnya bersedia untuk meneruskan khidmat bersama Portugal selepas dipujuk Presiden Persekutuan Bolasepak Portugal (FPF).Malah, katanya, Jesus turut membentangkan pelan khusus mengenai peranannya dalam pasukan termasuk janji untuk diturunkan pada perlawanan pertama dan terakhir selain pengurusan kecergasan menerusi tiga atau empat pertukaran pemain setiap perlawanan.Namun, perancangan itu mula berubah apabila Jesus memintanya beraksi menentang Norway sedangkan Ronaldo sebelum itu dijadualkan hanya bermain pada perlawanan berikutnya di Estadio do Dragao."Dia memberitahu saya supaya bersedia kerana saya akan bermain selama 30 minit."Semua orang tahu apa yang berlaku selepas itu





Pekerja Makmal Maut Misteri: WHO Dedah Status Sebenar Wabak Di Rusia - Vocket - 7/10 11:02 am

Tiada jangkitan wabak dikesan dalam kalangan kontak rapat kepada seorang pekerja makmal anti-wabak di Siberia, Rusia yang meninggal dunia minggu lalu, selepas 60 peratus daripada..





Air mata iringi perpisahan Messi - Sinarharian - 7/10 10:49 am

LIONEL Messi menutup tirai karier antarabangsa selama 21 tahun dengan penuh emosi apabila membuat penampilan terakhir bersama Argentina di hadapan ribuan penyokong di Stadium Monumental, Buenos Aires pada Rabu.Dalam perlawanan yang cukup istimewa itu, Messi melengkapkan malam perpisahannya dengan jaringan ke-126 di pentas antarabangsa ketika membantu Argentina menewaskan Benin 3-0.Pemain berusia 39 tahun itu yang melakukan penampilan antarabangsa ke-208 turut mencipta bantuan gol untuk Nicolas Otamendi membuka tirai jaringan, sebelum Nico Paz menambah satu lagi gol buat juara dunia itu.Namun, keputusan perlawanan seakan menjadi perkara sampingan apabila seluruh perhatian tertumpu kepada penghormatan terakhir buat legenda Argentina berkenaan.Sebelum perlawanan bermula, Messi dilihat mengesat air mata ketika bas yang membawa skuad Argentina menuju ke stadium dikerumuni penyokong yang mahu memberikan penghormatan buat kapten mereka.Lebih menyentuh hati, Messi memasuki padang bersama tiga anaknya, manakala isterinya, Antonela Roccuzzo, dan ibunya, Celia Cuccittini, turut hadir menyaksikan detik bersejarah itu dari ruang VIP.Jersi gergasi Argentina dengan perkataan Gracias (Terima Kasih) dan nombor 10 milik Messi turut dibentangkan di tengah padang sebelum sepak mula, disambut sorakan gemuruh kira-kira 85,000 penyokong.Air mata Messi kembali bergenang ketika lagu kebangsaan Argentina dinyanyikan bersama veteran Perang Falklands, Fabio Santana.Permainan kemudian dihentikan pada minit ke-10 sebagai simbolik kepada nombor ikonik yang dipakai Messi, dengan seluruh stadium memberikan tepukan gemuruh selama seminit sebagai penghormatan kepada pemain yang pernah mewarnai Barcelona dan Paris Saint-Germain itu.Messi melengkapkan malam terakhirnya dengan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-71.Selepas wisel penamat, pertunjukan dron menerangi langit Stadium Monumental dengan memaparkan wajah Messi serta ucapan penghargaan terhadap pemenang lapan kali Ballon dOr itu.Messi sebelum ini mengakui sudah memberikan segala-galanya untuk Argentina dan merasakan sudah tiba masanya generasi baharu diberi peluang."Saya sudah memberikan segala-galanya dan tiada apa lagi yang mampu saya berikan





Djokovic raih gelaran ke-102 di Beijing - Sinarharian - 7/10 10:41 am

NOVAK Djokovic menambah satu lagi trofi dalam koleksi kariernya apabila dinobatkan sebagai juara Terbuka China selepas Alex de Minaur terpaksa menarik diri pada final.Djokovic terlebih dahulu menguasai set pembukaan menerusi tie-break 7-6 (7/3) sebelum De Minaur, yang ketinggalan dalam set kedua, mengambil keputusan untuk menamatkan perlawanannya lebih awal.Kejayaan tersebut menyaksikan pemain Serbia berusia 39 tahun itu merekodkan gelaran ke-102 sepanjang kariernya selain meneruskan rekod sempurna di Beijing dengan 34 kemenangan.Ia juga merupakan kejuaraan pertamanya di ibu negara China itu sejak 2015 dan yang ketujuh secara keseluruhan."Saya sentiasa mahu membayangkan diri saya menjulang trofi, khususnya di sini, di Beijing. Namun, saya juga sedar bahawa realitinya sedikit berbeza pada hari ini," kata Djokovic ketika upacara penyampaian trofi pada Selasa.Pemain nombor sembilan dunia itu dilihat bergelut dengan kecederaan apabila kembali ke gelanggang dengan paha kirinya berbalut selepas mendapatkan rawatan.Sebelum itu, kedua-dua pemain turut menerima rawatan perubatan selepas set pertama yang berlangsung sengit dan melebihi sejam."Saya tidak berasa begitu baik





LibreOffice Menekankan Tidak Akan Menambah Ciri AI Pada Perisian Pejabat Mereka - Amanz - 7/10 10:18 am

LibreOffice merupakan salah satu perisian pejabat yang membolehkan pengguna membangunkan sejumlah dokumen, dan beroperasi sebagai alternatif kepada Microsoft Office. Ia dibangunkan secara sumber terbuka, dan turut digunakan oleh ramai pengguna seluruh dunia





Nasi Sudah Jadi Bubur, Kahf Akhirnya Tampil Minta Maaf Selepas Konten ‘Beda Level’ Dihentam Netizen - Vocket - 7/10 10:04 am

Bila sudah tersilap langkah, kata maaf selalunya menjadi ubat pertama yang dicari. Namun dalam dunia media sosial hari ini, pemadam digital tidak semudah itu dapat..





Ibu Zara Qairina tiba di Mahkamah Koroner, dijangka beri keterangan kematian anak - Sinarharian - 7/10 9:18 am

KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat tiba di Mahkamah Koroner di sini pada Rabu bagi memberikan keterangan berhubung kematian anaknya itu.Noraidah dijadualkan tampil sebagai saksi ke-82 dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina yang bersambung jam 9 pagi di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.Sebelum itu, prosiding pada Selasa menyaksikan anak tirinya, Malianah Mahathir, 25, tampil sebagai saksi ke-81 untuk memberikan keterangan di mahkamah sama.ARTIKEL BERKAITAN:Kakak tiri Zara Qairina dedah tangkap layar pertikaian dengan ibu tiriKakak tiri Zara Qairina dakwa ada pihak cuba pengaruhi keterangannyaKeterangan Malianah antara lain menyentuh pengalamannya tinggal bersama Noraidah selama kira-kira tujuh bulan dan dakwaannya pernah didekati beberapa individu daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba mempengaruhinya berhubung keterangannya dalam inkues.Inkues kematian Zara Qairina sebelum ini telah mendengar keterangan daripada saksi kanak-kanak, pakar serta individu yang mempunyai kaitan dengan remaja berkenaan.Noraidah diwakili pasukan peguam iaitu Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.Inkues dikendalikan pasukan pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus.Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.Peguam bagi pelajar A yang dikaitkan dengan kematian Zara Qairina ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bangunan bawah asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI), di sini.





Saya Kena Kuat, Sentiasa Di Sisi Suami – Pesanan Terakhir Tun Dr Hasmah Buat Bella Astillah - Rotikaya - 7/10 9:15 am

Pelakon Bella Astillah berkata dia dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkesempatan menerima nasihat bermakna daripada Allahyarhamah Tun Dr Hasmah tiga hari sebelum beliau meninggal dunia





Tuchel tabik kebangkitan England - Hotfm - 7/10 8:23 am

London: Thomas Tuchel memuji kebangkitan England selepas kekecewaan tersingkir dari Piala Dunia, apabila skuad kendaliannya meledak 14 gol dalam empat perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara.





Dua hari suami hilang, 'live location' bawa penemuan mayat - Sinarharian - 7/10 8:20 am

GUA MUSANG - Dua hari dicari keluarga dan rakan sekerja, seorang lelaki berusia 60 tahun akhirnya ditemui maut selepas pikap jenis Toyota Hilux dipandunya dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dasar gaung sedalam kira-kira 100 meter di Jalan Ladang Pos Pulat di sini.Lebih memilukan, lokasi terakhir 'live location' mangsa pada petang Ahad membawa rakan sekerjanya ke kawasan berkenaan, sebelum mereka menemukan pikap tersebut tersadai jauh di bawah cerun pada Selasa.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, kemalangan dipercayai berlaku pada Ahad, dua hari sebelum mangsa dan kenderaannya ditemukan.Menurut beliau, berdasarkan maklumat daripada isteri mangsa, 'live location' lelaki itu kali terakhir dikesan di sekitar kawasan kejadian pada petang berkenaan."Pada Selasa, rakan sekerja mangsa pergi ke lokasi terakhir 'live location' berkenaan bagi mencari mangsa sebelum menemukan Toyota Hilux miliknya berada di bawah cerun."Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang memandu kenderaan itu sebelum terbabas ke dalam gaung ketika menuruni bukit," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Choon Foo memberitahu, tiada individu dipercayai menyaksikan kejadian itu menyebabkan kemalangan berkenaan tidak disedari orang awam sehingga kenderaan mangsa ditemukan.Ujarnya, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian dan disahkan meninggal dunia."Mayat mangsa kemudian dibawa naik dari lokasi kejadian dengan bantuan anggota JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat," katanya.Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Tambahnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan serta keadaan yang membawa kepada kejadian tersebut."Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 09-912 1222," katanya.





Lelaki maut langgar lori berhenti dekat Tol Pagoh Lelaki maut langgar lori .. - Mygazette - 7/10 7:58 am

"Kemalangan berlaku semasa mangsa berusia 21 tahun dalam perjalanan dari Seremban ke Johor Bahru hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori yang berhenti di bahu kiri jalan berhampiran susur keluar Tol Pagoh. "Akibat kemalangan tersebut, mangsa cedera parah di bahagian kepala dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan," katanya dalam satu kenyataan





Polis kesan waris mangsa kemalangan maut di Kota Kinabalu - Mygazette - 7/10 7:58 am

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal dari arah Karamunsing menuju ke Inanam dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan. Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2.31 pagi





DAP Negeri Sembilan mahu Exco baharu segera dilantik - Mygazette - 7/10 7:58 am

Yang penting, pentadbiran negeri perlu berjalan dan rakyat tidak boleh menjadi mangsa kepada keadaan ini, tegasnya. Dalam pada itu, Arul Kumar turut membangkitkan persoalan mengenai persediaan Belanjawan 2027 Negeri Sembilan yang perlu melalui proses perbincangan dan kelulusan kerajaan negeri sebelum dibentangkan di DUN





PRN Melaka: UMNO masih tunggu senarai calon dari bahagian PRN Melaka: UMNO .. - Mygazette - 7/10 7:58 am

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek Melaka International Cruise Terminal (MICT) di Melaka Gateway, Pulau Melaka di sini, hari ini. Sebelum ini, UMNO Melaka meminta enam bahagiannya mengemukakan sekurang-kurangnya tiga nama bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk dipertimbangkan menghadapi PRN




Reformasi     >>



Sultan Pahang gesa hentikan pembakaran terbuka di .. - Mkini
Al-Sultan Abdullah seru rakyat berdoa ke hadrat Allah supaya turunkan hujan redakan jerebu.
Kroni     >>



Trump to give Musk top US science medal - NST
WASHINGTON: President Donald Trump will present close ally Elon Musk and other tech bosses with the top US scientific award at a ceremony on Thursday, the White House said.
Tabloid     >>



Tinggalkan ATM demi ayah - Hmetro
Kuala Lumpur: Demi menjaga bapanya yang menghidap jantung koronari, Muhammad Ridhuan Abdul Malik sanggup berkorban melepaskan kerjaya tentera yang menjadi impiannya sejak kecil selepas 12 tahun berkhidmat. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



This new app promises to bring Netflix to Android Auto - Androidauthority
Would you watch Netflix in your car? This new Android Auto app wants to make it possible.
World     >>



How genocide in Gaza followed Bosnias painful pattern - Aljazeera
Three years into Israels war on Gaza, we examine patterns that echo the Srebrenica genocide in Bosnia and Herzegovina.
Motor Trend     >>



MyEG Dan Zetrix Kekal Digantung Selagi Tunggakan RM314 .. - Careta
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan pembayaran perlu dibuat sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasi berkenaan boleh dipertimbangkan. Laporan The Star - Pay up, Loke reminds MyEG, Zetrix, pada 7 Oktober 2026, memetik penegasan beliau ketika ditemui ..