| /// |
|
| Search : Belia News | Page 1 |
|
Manfaatkan kuasa belia – Anwar - Mgazette - 21/11 7:38 am ADDIS ABABA - Gelombang protes oleh Generasi Z (Gen Z) di seluruh dunia baru-baru ini merupakan seruan untuk kerajaan memanfaatkan kuasa belia dan mengiktiraf penglibatan penting mereka dalam proses politik |
|
Jika kalah lagi di CAS, FAM berdepan denda, penggantungan lebih tinggi .. - Mgazette - 21/11 7:38 am # Jika kalah lagi di CAS, FAM berdepan denda, penggantungan lebih tinggi - Hannah KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh dikenakan hukuman lebih tinggi oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sekiranya kes yang dibawatidak berjaya di peringkat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS). Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, FIFA ketika melalui jawatankuasa rayuan memutuskan untuk mengekalkan keputusan asal iaitu mengenakan denda RM1.8 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) |
|
FAM berisiko digantung jika ada campur tangan kerajaan - Utusan - 21/11 7:10 am PETALING JAYA: Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengingatkan kerajaan Malaysia agar tidak campur tangan dalam kemelut melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor Paul John menjelaskan tindakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengeluarkan kenyataan atau cuba campur tangan bakal mendatangkan risiko dan hukuman lebih berat kepada .. |
|
KBS Tahan Dana FAM, Hannah Yeoh Beri Amaran Tegas - Ohmedia - 21/11 5:21 am Kecoh isu pemalsuan dokumen pemain warisan! Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menegaskan tiada dana tambahan akan diberikan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sehingga semua kemelut diselesaikan sepenuhnya |
|
Manfaatkan kuasa belia - PM - Sinarharian - 20/11 10:44 pm ADDIS ABABA - Gelombang protes oleh Generasi Z (Gen Z) di seluruh dunia baru-baru ini merupakan seruan untuk kerajaan memanfaatkan kuasa belia dan mengiktiraf penglibatan penting mereka dalam proses politik.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, di mana-mana termasuk di Malaysia, belia merupakan pakar alatan digital dan penggunaan teknologi iaitu mereka boleh memacu agenda untuk penyertaan demokrasi yang lebih besar dan mendesak ketelusan serta akauntabiliti daripada pihak yang berkuasa."Gelombang protes Gen Z baru-baru ini di beberapa negara menunjukkan dengan jelas bahawa kehendak belia tidak lagi kecil dan keutamaan mereka terhadap tadbir urus yang baik telah meningkat."Kebimbangan mereka juga merangkumi perubahan iklim, ketidaksamaan ekonomi dan pencabulan hak asasi manusia," katanya pada Forum Belia Afro-Malaysia di sini.Menurut Anwar, desakan golongan muda terhadap inisiatif dasar untuk memacu perubahan dalam bidang-bidang berkenaan adalah sesuatu yang mencetuskan inspirasi.Sehubungan itu, beliau berkata peranan belia dalam dialog global membantu menggalakkan persefahaman merentasi budaya dan memperkukuh kerjasama antarabangsa."Belia ialah penggerak perubahan dan masyarakat perlu memanfaatkan tenaga, kreativiti dan semangat mereka."Fenomena global ini patut menjadi seruan (wake-up call) kepada kerajaan di seluruh dunia untuk menambah baik cara sesuatu urusan dijalankan dan memenuhi keperluan belia dengan cara yang lebih bermakna," katanya.Anwar berkata, dengan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai defisit kepercayaan pada institusi, maklumat palsu digital dan penyertaan politik tidak seimbang, belia tampil sebagai pejuang ketelusan, tanggungjawab awam dan penggubalan dasar yang inklusif."Menerusi saluran serantau seperti mekanisme Dialog Belia ASEAN dan Wakil Belia Kesatuan Afrika, kumpulan itu telah pun mengadakan perbincangan mengenai penyertaan pilihan raya, antirasuah dan keterangkuman sosial."Meningkatkan kerjasama ASEAN-AU, seperti menerusi perkongsian antara parlimen belia, bukan sahaja akan melengkapkan pemimpin muda dengan pandangan berbeza tetapi juga menyuntik legitimasi dan tenaga baharu ke dalam proses tadbir urus serantau," katanya.Bertajuk: "Perkongsian Belia untuk Kemakmuran Bersama," forum anjuran bersama Majlis Belia Ethiopia, Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Malaysia itu melibatkan 250 peserta.Turut hadir Menteri Wanita dan Hal Ehwal Sosial Ethiopia Ergoge Tesfaye, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa dan Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia Mohd Afandi Abu Bakar.Ethiopia merupakan persinggahan pertama Anwar dalam lawatannya ke benua Afrika.Lawatan tiga hari Anwar bermula 18 November lepas ke negara yang mendapat jolokan "Horn of Africa" itu, berakhir hari ini.Dari Addis Ababa, perdana menteri akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan, mulai hari ini hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, sebelum ke Nairobi, Kenya, pada 23-24 November |
|
Isu Pemain Warisan: Dana Kerajaan Tidak Boleh Diguna Untuk Proses Rayuan Di CAS - Siakapkeli - 20/11 10:09 pm Isu Pemain Warisan: Dana Kerajaan Tidak Boleh Diguna Untuk Proses Rayuan Di CAS KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Dana kerajaan yang diperuntukkan kepada pasukan bola sepak kebangsaan tidak boleh digunakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk proses rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes pemain warisan Harimau Malaya. Menteri Belia dan Sukan Hannah […] The post Isu Pemain Warisan: Dana Kerajaan Tidak Boleh Diguna Untuk Proses Rayuan Di CAS appeared first on Siakap Keli . |
|
Hubungan ASEAN, Kesatuan Afrika perlu maju melangkaui simbolisme - Anwar - Sinarharian - 20/11 10:06 pm ADDIS ABABA - Hubungan ASEAN dan Kesatuan Afrika perlu bergerak maju melangkaui simbolisme dan dibentuk menerusi kerjasama tulen yang berpaksikan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata, walaupun rangka kerja serta inisiatif sedia ada sudah memadai untuk dijadikan asas, kedua-dua rantau sebaliknya perlu lebih proaktif dalam usaha mewujudkan mekanisme berlandaskan kepentingan bersama yang berteraskan pengalaman masing-masing dalam aspek seperti ketahanan, pembaharuan dan pemulihan."Dalam senario semasa realiti geopolitik yang mendesak kita untuk merombak semula pendekatan strategik, saya lebih mengenang semangat yang membawa kepada pengisytiharan kerjasama antarabangsa dan diterima pakai pada Persidangan Asia-Afrika di Bandung, Indonesia, tujuh dekad lepas yang meletakkan asas ideologi bagi Gerakan Berkecuali, kata beliau ketika berucap pada Forum Belia Afro-Malaysia di sini, hari ini.Sehubungan itu, Anwar yang juga atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi ASEAN berkata, tiba masanya bagi Kesatuan Afrika dan ASEAN untuk bertindak menyuntik nafas baharu terhadap semangat berkenaan bagi memeterai kerjasama padu baharu yang saling menguntungkan serta kemakmuran bersama -- bukan sekadar slogan mudah tetapi menjadi aspirasi yang boleh direalisasikan.Pada masa sama, beliau turut menekankan kepentingan bagi komuniti Selatan Global untuk bersatu dalam mengharungi tempoh mencabar pada masa ini."Secara kolektif, tidak kiralah sama ada di Afrika, Asia, Amerika Tengah dan Selatan serta pelusuk lain dunia, kita tidak pernah berdepan satu peluang untuk membentuk semula peranan yang diletakkan dalam aturan global."Kita perlukan banyak kepimpinan yang lebih mewakili serta saksama dalam struktur serantau dan global yang sedang terbentuk pada masa ini."Kepimpinan yang berasaskan kerjasama dan bertanggungjawab kepada semua pihak berkepentingan dan bukan setakat golongan berkuasa dan kaya."Inilah perbincangan kita di beberapa bahagian Asia dengan rakan-rakan berpendirian sama di Eropah, Pasifik dan Amerika Selatan...malah saya yakin ini akan lengkap menerusi penglibatan Afrika, kata Anwar.Bertemakan "Youth Partnership for Shared Prosperity, (Kerjasama Belia bagi Kemakmuran Bersama), forum ini adalah anjuran bersama Majlis Belia Ethiopia, Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Malaysia dan dihadiri oleh 250 peserta.Acara itu turut dihadiri Menteri Wanita dan Hal Ehwal Sosial Ethiopia Ergoge Tesfaye; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa serta Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia Mohd Afandi Abu Bakar.Ethiopia merupakan destinasi pertama dalam rangka lawatan Perdana Menteri ke benua Afrika.Lawatan tiga hari Anwar yang bermula pada 18 November ke wilayah diberi julukan "Horn of Africa, berakhir hari ini selain menjadi lawatan pertama oleh seorang Perdana Menteri Malaysia.Dari Addis Ababa, beliau akan meneruskan lawatan kerja ke Johannesburg, Afrika Selatan mulai hari ini hingga 23 November bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20 dan seterusnya lawatan rasmi ke Nairobi, Kenya, pada 23 hingga 24 November.- Bernama |
|
Isu pemain warisan: Dana kerajaan tidak boleh diguna untuk proses rayuan di CAS - Sinarharian - 20/11 8:58 pm KUALA LUMPUR - Dana kerajaan yang diperuntukkan kepada pasukan bola sepak kebangsaan tidak boleh digunakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk proses rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung kes pemain warisan Harimau Malaya.Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kerajaan telah menyalurkan geran RM15 juta bagi menyokong persiapan skuad utama dan pasukan bawah 23 tahun untuk layak ke Piala Asia termasuk pembayaran elaun, gaji jurulatih dan latihan."Dana ini tidak dibenarkan untuk FAM gunakan bagi proses-proses rayuan."Jadi, kalau FAM nak pergi ke CAS, FAM kena bersedia untuk menanggung belanja," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.Beliau turut menegaskan kerajaan tidak akan menyalurkan sebarang dana tambahan bagi pasukan kebangsaan sehingga siasatan dan penambahbaikan pengurusan FAM selesai.Selain itu, Hannah berkata, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menilai cadangan penambahbaikan termasuk memastikan setiap permohonan naturalisasi pemain dirujuk kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi memastikan program pembangunan atlet tempatan terus diberikan keutamaan.Sebelum ini, Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dilapor berkata, FAM akan memulakan proses untuk membawa kes dokumentasi tujuh pemain warisan negara ke CAS bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan serta mempertahankan integriti proses kelayakan pemain yang telah ditetapkan kerajaan dan badan berkaitan.Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, pencapaian atlet negara dalam sukan lain termasuk badminton, wushu, tenpin boling dan boling padang pada tahun ini amat membanggakan."Untuk 2025, kita lahirkan banyak juara dunia antaranya beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (badminton)."Kalau kita terus memberikan sokongan kepada atlet dan mendapat latihan dan pendedahan mencukupi, saya yakin prestasi mereka akan terus meningkat," katanya.Dewan Rakyat kemudiannya meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM1,182,924,500 bagi KBS dalam Belanjawan 2026, dengan lebih suara bersetuju.Persidangan bersambung Isnin |
|
Ini sebabnya KBS cadang henti sementara dana FAM - Harapandaily - 20/11 8:36 pm Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya tiada dana tambahan disalurkan buat sementara waktu kepada pasukan bola sepak kebangsaan sehingga keyakinan pulih dengan pentadbiran FAM |
|
Calon GRS Silam janji wujud lebih banyak peluang kerja untuk belia Sabah - FMT - 20/11 8:15 pm Mizma Appehdullah berkata peluang pekerjaan itu akan diwujudkan di Silam dan Lahad Datu amnya jika GRS diberi mandat pada PRN Sabah. |
|
FAM berhak rayu walau risiko hukuman lebih berat, kata menteri - FMT - 20/11 8:03 pm Menteri belia dan sukan berkata FAM berdepan hukuman termasuk denda lebih tinggi dan penggantungan lebih lama jika rayuan CAS gagal. |
|
Langkah berani GRS calonkan 11 muka baharu bertanding PRN Sabah - Sinarharian - 20/11 6:04 pm SHAH ALAM Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil langkah berani, matang dan luar kebiasaan ke arah mewujudkan iklim politik baharu di negeri itu apabila menampilkan 11 calon muka baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, keputusan itu menunjukkan GRS membuka ruang luas dengan memberi kepercayaan kepada pemimpin pelapis untukMenurut beliau, tindakan tersebut jarang dilakukan parti politik kerana lazimnya calon berpengalaman lebih diberi keutamaan, namun GRS membuktikan mereka bersedia melakukan perubahan yang tidak terikat dengan kepentingan kelompok tertentu.Ujarnya, langkah mengetengahkan generasi baharu turut membuktikan GRS tidak mengalami defisit pelapis, sebaliknya menunjukkan parti itu sentiasa bergerak seiring arus perubahan dan keperluan politik semasa."Penyertaan calon baharu ini ialah perubahan pendekatan yang tidak terikat dengan kem atau pemimpin lama dalam parti |
|
PSA jadi lokasi pertama jelajah Rakan Muda Turun Kampus 2025 - Mgazette - 20/11 8:12 am # PSA jadi lokasi pertama jelajah Rakan Muda Turun Kampus 2025 KUALA LUMPUR - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menjadi politeknik pertama dipilih sebagai lokasi siri jelajah Program Rakan Muda Turun Kampus (RMTK) 2025 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) |
|
Alfian mahu kembalikan kerusi Pantai Dalit kepada BN - Mgazette - 20/11 8:12 am Alfian berkata, kempennya lebih berfokus pada isu-isu akar umbi yang memerlukan penyelesaian segera, berbanding populariti peribadi. Antara isu utama yang diangkat adalah kelembapan ekonomi belia, ketiadaan peluang pekerjaan yang berkualiti dan keperluan untuk meningkatkan infrastruktur asas |
|
Salleh Keruak mahu pentadbiran kerajaan tempatan tidak dipolitikkan - Mgazette - 20/11 8:12 am Nampak kecil tapi impaknya sangat besar, katanya kepada MalaysiaGazette menerusi program SKOP MG. Beliau berkata, proses lantikan Ketua Kampung ini perlu dikembalikan kepada hak masyarakat setempat melalui proses pemilihan yang telus |
|
Popular Tapi Bahaya: KBS Hentikan Trend Pertarungan Kanak-Kanak - Rotikaya - 19/11 7:27 pm Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan atlet kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam acara sukan tempur full-contact tanpa perlindungan keselamatan |
|
Isu pemalsuan dokumen pemain warisan: KBS, KDN bertindak secara bersama - Sinarharian - 19/11 6:56 pm KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menyatakan komitmen untuk bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mengambil langkah wajar berhubung isu pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan skuad kebangsaan, selepas meneliti alasan bertulis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, KBS mengikuti rapat perkembangan kes ini dan peranan KDN adalah kritikal memandangkan aspek jenayah berada di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan."Untuk aspek itu adalah di bawah bidang kuasa KDN jadi kita serahkan kepada kementerian itu dan saya telah menghubungi Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) tetapi belum dapat lagi maklum balas |
|
Harimau Kumbang diperbaiki secara berperingkat - Sinarharian - 19/11 6:24 pm KERAJAAN Pulau Pinang melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan prestasi kelab Liga Malaysia (Liga-M), Penang FC yang kini berada pada tahap kurang memuaskan dapat dipulihkan secara berperingkat.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, antara yang dilaksanakan termasuk meningkatkan intensiti latihan, analisis taktikal secara lebih terperinci dan menambah baik struktur teknikal pasukan Harimau Kumbang itu."Langkah penstrukturan pemain juga sedang dilaksanakan secara profesional termasuk melepaskan pemain import dari Malawi, Limbikani Oscar Mzava sejak Julai lalu dengan posisinya digantikan pemain antarabangsa Filipina, OJ Porteria bagi memastikan pasukan kekal kompetitif."Pengurusan juga masih memberikan ruang dan tempoh yang sewajarnya kepada pemain import dari Korea Selatan Lim Inkyu untuk mencapai tahap kecergasan optimum seperti yang ditetapkan oleh pasukan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Pembangunan 2026 (Belanjawan Negeri 2026) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Rabu.Daniel berkata keputusan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha penambahbaikan berterusan bagi memastikan prestasi keseluruhan pasukan berada pada tahap terbaik.Mengakui kedudukan Harimau Kumbang yang masih mencabar dengan hanya mencatatkan satu kemenangan daripada lapan perlawanan saingan Liga Super musim ini, beliau berkata kerajaan negeri sentiasa komited untuk terus meningkatkan prestasi dan kedudukan pasukan itu |
|
PRN Sabah: Hajiji yakin GRS menang lebih 37 kerusi, dapat 'simple majority' - Sinarharian - 19/11 5:34 pm BEAUFORT Ketua Menteri merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor yakin gabungan itu mampu memperoleh majoriti mudah dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).Beliau berkata, keyakinan itu bukan sahaja melibatkan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dan Klias, tetapi turut merangkumi keseluruhan 55 kerusi yang ditandingi GRS."Memang lebih banyaklah dan kita yakin kita boleh mempertahankan kerajaan ini |
|
Romansa beri perhatian keperluan pusat aktiviti belia, dewan serbaguna di Segama - Thempress - 19/11 3:11 pm LAHAD DATU – Pusat belia dan dewan serbaguna antara kemudahan penting yang diberi perhatian oleh calon Pakatan Harapan (PH) Segama, Romansa Lamin sekiranya mendapat kepercayaan penuh masyarakat Segama |
|
PRU16: Penentu halatuju negara – Putra - Mgazette - 19/11 3:09 pm Menurut Ibrahim, Perikatan Nasional (PN) kini muncul sebagai alternatif paling diyakini rakyat kerana mempunyai struktur kepimpinan yang stabil serta rekod tadbir urus yang meyakinkan. Beliau memuji keberanian Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara berada pada saat paling genting serta peranan moral Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam mempertahankan prinsip perjuangan |
|
Motosikal Rasmi: Qjmotor Atx 250 X Diumumkan Untuk Pasaran Malaysia .. - Mekanika - 19/11 3:09 pm Menariknya, kedua-dua varian hadir dengan engine guard dan fog lamp secara standard namun varian X dilengkapi dengan rim spoke (lidi) serta top box manakala versi standard menawarkan rim sukan.ABS dan traction control juga didatangkan secara standard. RASMI: HARGA QJMOTOR SRK 250 RD DIUMUMKAN - RM21,888 PROTON PERKASA BELIA DALAM BIDANG EV MELALUI KERJASAMA UNIVERSITI |
|
Buletin Proton Perkasa Belia Dalam Bidang Ev Melalui Kerjasama Universiti .. - Mekanika - 19/11 3:09 pm # PROTON PERKASA BELIA DALAM BIDANG EV MELALUI KERJASAMA UNIVERSITI **PROTON terus menunjukkan komitmen terhadap pembangunan bakat muda negara apabila PRO-NET, anak syarikatnya yang memfokuskan kepada kenderaan elektrik, menyertai penganjuran Proton Business Case Challenge 2025.** Proton Business Case Challenge 2025 adalah sebuah pertandingan nasional yang menghimpunkan mahasiswa dari seluruh negara untuk menilai daya analitis, kreativiti dan kefahaman mereka terhadap industri automotif masa depan |
|
Latihan TVET diperluas kepada belia autistik melalui konvoi amal - Kosmo - 19/11 2:27 pm KUALA LUMPUR – Pembangunan dan latihan kepada kanak-kanak dan belia autistik mampu membekalkan kemahiran berdikari termasuk menjana pendapatan sendiri dan berintegrasi bersama komuniti |
|
Perkasa keusahawanan wanita, kemahiran belia antara tawaran BN Tanjung Batu - Thempress - 19/11 1:26 pm TAWAU – Barisan Nasional (BN) Tanjung Batu menampilkan tawaran yang menekankan pemerkasaan ekonomi rakyat setempat dengan fokus khas kepada keusahawanan wanita serta latihan kemahiran untuk golongan belia |
|
Perjanjian dengan negara lain tidak jejas hubungan Malaysia-China - Ahmad Zahid - Sinarharian - 19/11 12:13 am KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tindakan pemeteraian perjanjian dengan mana-mana negara lain tidak akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan China yang terus utuh, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, Malaysia juga akan terus mengusahakan kerjasama dengan China, ASEAN serta diaspora global bagi menyemarakkan inovasi, menarik pelaburan serta membuka peluang bagi rakyat negara terbabit.Berucap pada majlis perasmian Sidang Kemuncak Global Ekonomi dan Teknologi China (GCET 2025) pada Rabu, Ahmad Zahid juga menegaskan bahawa kerjasama juga kekal menjadi aset paling kukuh bagi Malaysia dalam mengharungi realiti perubahan dunia."(Sehubungan itu), Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing...usah bimbang mengenai sebarang perjanjian yang dimeterai dengan mana-mana negara."Hubungan Malaysia dengan China kekal utuh |
|
Bantuan Latihan Perantis, RM200 Sebulan Untuk Belia - Siakapkeli - 19/11 11:50 am Bantuan Latihan Perantis (BLP) RM200 Sebulan Untuk Latihan Kemahiran Belia Dalam dunia pekerjaan hari ini, kemahiran yang tepat menjadi kunci utama untuk seseorang bersaing dan membina masa depan yang lebih stabil |
|
Bajet 2026: Cantik di kertas, tempang di lapangan - Harakahdaily - 18/11 11:10 pm GEORGE TOWN: Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff (PNSungai Dua) menyifatkan bahawa bajet yang dibentang kerajaan negeri belum cukup memadai untuk menyelesaikan masalah pokok sedang membelenggu rakyat. Beliau membangkitkan isu-isu besar yang menyentuh masa depan belia, wanita, alam sekitar dan rakyat marhaen di maja menurut Ketua Pembangkang itu, pembangunan belia sering disebut dalam bajet saban tahun tetapi […] The post Bajet 2026: Cantik di kertas, tempang di lapangan appeared first on Harakahdaily . |
|
BAM terbuka cadangan RTG pemain negara, profesional berlatih bersama - Sinarharian - 18/11 10:05 pm PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) secara dasar terbuka terhadap cadangan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) yang mahu pemain di bawah naungan mereka dan pemain profesional menjalani latihan bersama.Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, cadangan itu pernah dimaklumkan kepada badan induk itu sebelum ini, namun masih memerlukan penelitian lanjut pihaknya."Kami perlu berbincang dengan pihak jurulatih di sini dan juga mungkin berbincang dengan Datuk Stuart Ramalingam (Koordinator RTG) untuk kami lihat secara terperinci apa yang dimaksudkan berlatih bersama," katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini pada Selasa.Pada Isnin, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan Jawatankuasa RTG mencadangkan pemain badminton di bawah BAM menjalani latihan bersama pemain profesional yang disenaraikan dalam program itu, dijangka bermula awal tahun depan.Hannah berkata, cadangan itu bagi mewujudkan persaingan kompetitif antara pemain di bawah BAM dan mereka yang bergerak secara profesional disenaraikan dalam RTG.Kenny berkata, cadangan Jawatankuasa RTG bukanlah perkara baharu, malah kedua-dua wakil kebangsaan dan profesional pernah berlatih bersama sewaktu negara dilanda pandemik Covid-19 sebelum ini.Pada masa sama beliau yakin pengumuman Hannah juga mampu membawa kebaikan menyeluruh buat sukan badminton negara.Berdasarkan senarai terkini RTG, wakil badminton negara tersenarai di bawah BAM adalah dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, beregu wanita Pearly Tan-M |
|
KBS digesa tidak campur tangan isu FAMFIFA - Sinarharian - 18/11 8:40 pm KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) digesa supaya tidak mencampuri kemelut membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bairpun isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan turut dikaitkan dengan beberapa agensi kerajaan.Pemerhati sukan tanah air Datuk Christopher Raj berkata tindakan disiplin terhadap FAM dan pemain terlibat adalah urusan FIFA, justeru sebarang penglibatan kerajaan walaupun atas alasan penyelarasan antara agensi tetap dianggap melanggar prinsip autonomi bola sepak seperti ditetapkan badan induk itu."Lebih baik menteri mahupun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak campur tangan kerana jika FIFA mengesan ada campur tangan, FAM boleh digantung dan ia akan menjejaskan seluruh entiti yang terkait di bawah badan induk sukan itu."Tidak boleh ada arahan, permintaan membuat keputusan atau cadangan kerana banyak contoh negara sudah menerima hukuman penggantungan termasuk Bangladesh pada 2017, setelah seorang menteri meminta exco persatuan bola sepak mereka meletak jawatan, malah Pakistan juga menerima padah pada 2017 sehingga 2024," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Larangan itu sejajar dengan amaran FIFA bahawa mana-mana negara yang membenarkan pengaruh kerajaan dalam keputusan bola sepak boleh dikenakan penggantungan serta-merta, sekali gus menjejaskan penyertaan skuad kebangsaan dalam semua kejohanan rasmi.Dalam kes melibatkan pemalsuan dokumen, perkara itu tertakluk di bawah Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA, yang hanya boleh ditangani melalui sistem perundangan sukan antarabangsa dan bukannya mekanisme pentadbiran kerajaan.FAM sebelum itu membuat keputusan untuk meneruskan proses rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS), susulan laporan terbaharu FIFA berkaitan skandal kelayakan pemain negara yang menyebabkan tujuh pemain digantung |
|
Kerja orang luar dapat, Noorudin mahu belia setempat pacu industri pelancongan di Bugaya - FMT - 18/11 10:30 am Calon GRS di Bugaya Noorudin Abdul Hussin berkata belia kawasan itu mengeluh peluang kerja diisi bukan kalangan masyarakat tempatan. |
|
Santuni MADANI perkukuh komuniti Kampung Spang Loi - Sinarharian - 18/11 10:20 am SEGAMAT - Penduduk Kampung Spang Loi di sini, menerima suntikan baharu menerusi pelbagai program pembangunan komuniti apabila pelbagai projek di bawah Program Santuni MADANI yang dilaksanakan di kampung itu.Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Dr K Nagulendran berkata, peluang yang diberikan kerajaan melalui program itu menjadi pemangkin kepada usaha merapatkan hubungan pemimpin dan rakyat."Perdana Menteri telah memberi ruang kepada KBS untuk berkhidmat lebih dekat dengan rakyat melalui Program Satu Pemimpin Satu Kampung atau Santuni MADANI, satu inisiatif signifi kan yang mencerminkan visi kepimpinan tertinggi negara dalam memperkukuh hubungan antara pemimpin, agensi kerajaan dan komuniti setempat."Program ini bukan sekadar peluang saya berbakti kepada daerah Segamat, tetapi melambangkan usaha kerajaan MADANI menyantuni masyarakat dengan pendekatan empati, keprihatinan dan tanggungjawab sosial," katanya pada penyerahan Program Santuni MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Spang Loi, di sini, pada Sabtu.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Datuk Zahri Sarip yang juga Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri Johor.Nagulendran menegaskan program tersebut bukan sahaja menumpukan usaha menaik taraf kemudahan fi zikal, tetapi memastikan suara masyarakat luar bandar didengari secara langsung melalui pendekatan turun padang."Saya difahamkan bahawa melalui pelaksanaan program ini, beberapa projek dan program telah dilaksanakan di Kampung Spang Loi."Antaranya termasuk usaha membaik pulih taman permainan kanak-kanak, membaik pulih gelanggang badminton, membekal peralatan sukan, meningkatkan keceriaan stor SK Spang Loi, membaik pulih rumah penduduk serta pelaksanaan pelbagai program komuniti dan sukan yang melibatkan penyertaan secara aktif masyarakat di kampung ini."Saya juga lihat pintu gerbang kampung ini telah diberi nafas baharu apabila melintas masuk sebentar tadi dan difahamkan ia juga merupakan sebahagian daripada projek di bawah Santuni MADANI," ujarnya.Tambah Nagulendran, pem bangunan desa harus bergerak seiring dengan pengukuhan perpaduan dan penglibatan belia dalam aktiviti komuniti."Semoga hubungan antara KBS dan komuniti Kampung Spang Loi akan terus kukuh meskipun selepas tamat program ini."Kita harus jadikan kampung ini sebagai contoh kampung yang makmur dan melahirkan generasi belia yang berdaya saing," katanya lagi. |
|
MCA fokus PRN Sabah, belum masa bincang kedudukan dalam BN - Sinarharian - 18/11 7:20 am Jadi belum lagi kita ada masa hendak untuk berbincang perkara itu. Bukan sekarang."Kita semua menumpukan perhatian dan berada di Sabah ketika ini," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan MCA mengenai kedudukan parti itu dalam BN dan masa depannya selepas perkembangan terbaharu yang melibatkan MIC.Pada Ahad, Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-79 memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan keluar atau kekal dalam Barisan Nasional (BN).Bagaimanapun, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran berkata, ketiga-tiga usul termasuk keluar daripada BN telah diterima dan diserahkan kepada pimpinan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC).Terdahulu, beliau ketika ucapan dasar memberitahu MIC tidak lagi dihormati sebagai salah sebuah komponen parti dalam BN, tidak kira sebagai adik-beradik mahupun rakan sekutu.Vigneswaran turut berpendapat bahawa sekiranya MIC ingin bangkit bermaruah, parti tersebut mesti memperbaharui perjuangan bermula daripada golongan belia.Tambah Sin Woon lagi, semua kepimpinan parti kini berada di Sabah dan digerakkan sepenuhnya untuk persiapan menghadapi PRN berkenaan.Beliau turut mengulangi pendirian tumpuan parti itu adalah lebih kepada PRN ketika ini, sekali gus akan melakukan terbaik untuk membantu pilihan raya itu. |
|
Anwar lakukan lawatan bersejarah ke Ethiopia, perkukuh hubungan dengan Kesatuan Afrika - Sinarharian - 17/11 11:09 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan bersejarah ke Ethiopia ketika Malaysia berusaha untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan benua Afrika melalui ibu pejabat Kesatuan Afrika di ibu kota negara itu, Addis Ababa.Kesatuan Afrika yang ditubuhkan pada Julai 2002 dan dianggotai 55 negara merupakan suara perwakilan benua itu di pentas global dengan fungsi antara lainnya untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa.Lawatan Anwar bermula 18 November ke negara yang mendapat jolokan "Horn of Africa" itu merupakan julung kali bagi Perdana Menteri Malaysia selain merupakan lawatan balas susulan kunjungan rasmi Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali ke Malaysia pada Oktober tahun lepas."Lawatan itu bertepatan dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik yang terjalin sejak Januari 1965 dan dijangka dapat membuka ruang bagi meraih peluang dan kerjasama dalam pelbagai sektor antara Malaysia dan Ethiopia," kata Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Ethiopia Mohd Afandi Abu Bakar menerusi taklimat yang diadakan secara maya pada Isnin dari Addis Ababa.Anwar yang juga Menteri Kewangan, diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Zaliha Mustafa, pegawai kanan kerajaan yang lain serta delegasi perniagaan.Lawatan itu juga bersempena dengan pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada 23 September 2025, sekali gus menekankan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Ethiopia.Beliau berkata ia juga menjadi pemangkin untuk meneroka peluang kerjasama baharu dalam pelbagai bidang kepentingan bersama, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan hubungan antara rakyat.Pembukaan semula Kedutaan Malaysia di Addis Ababa, serta dengan adanya ibu pejabat Kesatuan Afrika, juga akan menyediakan peluang kepada negara untuk memperkukuh hubungannya dengan Kesatuan Afrika.Di Addis Ababa, Anwar akan diberi sambutan rasmi di Istana Negara yang dihadiri Dr Abiy Ahmed dan kemudiannya kedua-dua pemimpin akan mengadakan pertemuan dua hala.Mohd Afandi berkata kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu kepentingan bersama seperti meningkatkan hubungan dua hala serta memupuk hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih kukuh."Mereka juga dijangka membincangkan pengukuhan kerjasama dalam bidang seperti pertanian, komoditi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan pergerakan sesama rakyat," katanya.Sejumlah besar perjanjian serta memorandum persefahaman (MoU) juga dijangka dimeterai antara kedua-dua negara termasuk MoU dalam kerjasama kesihatan, perjanjian perkhidmatan udara dan pelancongan.Perjanjian lain termasuk dokumen kolaborasi antara Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur dan Pentadbiran Bandaraya Addis Ababa yang akan menyelaraskan mekanisme untuk dialog strategik bagi menyediakan ruang kerjasama jangka panjang antara kedua-dua negara.Anwar juga dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Ethiopia Taye Atske Selassie dan bertemu dengan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika, Mahmoud Ali Youssouf yang berasal dari Djibouti.Perdana Menteri juga dijadualkan menyampaikan syarahan khas bertemakan Menghubungkan Peradaban, Membina Masa Hadapan: Memperkukuh Kerjasama Afro-Malaysia demi Kemakmuran Bersama kepada Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Ethiopia.Ethiopia, negara dilingkungi daratan yang paling ramai penduduknya di dunia, disenaraikan sebagai rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia di benua Afrika pada 2023.Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Ethiopia bernilai RM446.8 juta, dengan eksport dari Malaysia ke Ethiopia bernilai RM358.6 juta, peningkatan 24.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.Eksport Malaysia ke Ethiopia terdiri daripada produk elektrik dan elektronik, minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit, kimia dan produk kimia serta tekstil, pakaian dan kasut.Pada 2023, imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia.Ethiopia merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan Anwar ke Afrika.Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula 20 hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20.Kemudiannya beliau akan meneruskan rangka lawatan ke Nairobi, Kenya, dari 23 hingga 24 November, sebelum pulang ke tanah air |
|
Selangor FC akan rayu FAM - Kosmo - 17/11 3:58 pm Hukuman itu susulan insiden membabitkan penyokong pada Piala FA menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium MBPJ, 29 Oktober lalu. Exco Belia dan Sukan Selangor, Mohd |
|
Pemain BAM, Pro bakal jalani latihan bersama demi emas Olimpik - Kosmo - 17/11 3:41 pm KUALA LUMPUR Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa pemain badminton profesional dan pemain di bawah Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang berada dalam program Road to Gold (RTG) menjalani sesi ‘sparring’ bersama demi memburu kilauan emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) |
|
Bung Moktar sedar jadi sasaran utama lawan untuk lihat BN tumbang di Sabah - Sinarharian - 17/11 12:12 am KOTA KINABALU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin sedar beliau kini menjadi sasaran beberapa pihak yang mahu melihatnya dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 |
|
Pengangguran belia berpendidikan tinggi Korea Selatan capai paras tertinggi Pengangguran belia berpendidikan tinggi Korea Selatan capai paras tertinggi - SUN - 17/11 8:03 am |
|
'Tidak sepatutnya pertikai MIC teroka jajaran baharu politik'- Vigneswaran - Sinarharian - 16/11 2:42 pm SHAH ALAM - Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran menyelar kritikan yang dilemparkan segelintir pihak terhadap parti itu hanya kerana cuba meneroka jajaran baharu politik di luar Barisan Nasional (BN), terutamanya dengan Pas.Beliau berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pernah bekerjasama dengan Pas di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang kini bubar, manakala UMNO membentuk Muafakat Nasional (MN) bersama Pas, tetapi kemudiannya turut gagal.Justeru katanya, tindakan MIC yang hanya mempertimbangkan untuk berhubung dengan Pas tidak sepatutnya dijadikan isu kerana parti-parti sebelum ini juga berbuat perkara sama."Apabila PR ingin bekerjasama dengan Pas, ia dipuji sebagai reformasi |
|
MIC bincang masa depan dalam BN hari ini - Sinarharian - 16/11 11:14 am SHAH ALAM [KEMAS KINI] Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran meminta ahli parti itu untuk berbincang dan membuat keputusan sama ada mahu keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada Perhimpunan Agung Tahunan parti tersebut.Jelas beliau, MIC perlu membuat keputusan penting itu kerana tidak lagi dihormati sebagai salah sebuah komponen dalam BN, tidak kira sebagai adik-beradik mahupun rakan sekutu.Vigneswaran turut berpendapat bahawa sekiranya MIC ingin bangkit bermaruah, parti tersebut mesti memperbaharui perjuangan bermula daripada golongan belia."Mengapa yang lain telah meninggalkan BN, tetapi kita masih bersama mereka dan dalam hati kita, bolehkah MIC benar-benar berjaya membawa BN hari ini mencerminkan perikatan yang asal?"Bukan perikatan pada nama, tetapi perikatan berdasarkan tujuan, kepercayaan dan kerjasama tulen yang membina negara ini."Jika ini ketentuan takdir, maka kita bukan melarikan diri daripada sejarah, sebaliknya kembali kepada sejarah |
|
Belanjawan P.Pinang bersifat progresif – AMK - Mgazette - 16/11 8:03 am Selain itu, penekanan kepada peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta pengukuhan ekosistem industri strategik memastikan Pulau Pinang kekal sebagai peneraju ekonomi negara, katanya dalam kenyataan media hari ini. Tambah beliau, usaha menggalakkan penyertaan rakyat, terutamanya golongan belia, dalam penggubalan dasar dan pembangunan sosial sejajar dengan aspirasi demokrasi matang |
|
PRN Sabah: Empat Timbalan Menteri Persekutuan bersaing rebut kerusi DUN - Sinarharian - 15/11 6:30 pm KOTA KINABALU - Empat Timbalan Menteri Persekutuan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang turut menyaksikan 596 calon bersaing merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang mewakili Barisan Nasional (BN) berdepan saingan lima penjuru di DUN Sook.Arthur, 43, yang juga Ahli Parlimen Pensiangan itu mencabar penyandang kerusi DUN iaitu bekas Timbalan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Ellron Angin, 66, juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah yang menang kerusi itu dengan majoriti 1,232 undi pada PRN lepas.Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah pula mencabar penyandang DUN Tanjung Aru Datuk Junz Wong, 46, dalam saingan sembilan penjuru.Chan, 46, mewakili Pakatan Harapan (PH) berdepan dengan Wong yang juga Naib Presiden Warisan, telah memenangi DUN itu dengan majoriti 3,147 undi.Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin pula berdepan penyandang kerusi DUN Bongawan iaitu Naib Presiden Warisan Dr Daud Yusof, 64, yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,802 undi dalam persaingan sembilan penjuru.Mohamad, 52, juga Ahli Parlimen Kimanis turut berdepan pemimpin berpengalaman Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman, 71, yang bertanding di DUN itu di bawah tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Mohammad Yusof Apdal juga Ahli Parlimen Lahad Datu pula berdepan pertandingan lapan penjuru di DUN Silam mewakili Warisan.Pada PRN lepas, DUN Silam dimenangi Dumi Pg Masdal daripada Warisan dengan meraih majoriti 1,542 undi namun beliau tidak bertanding kali ini.Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, 42, juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mempertahankan DUN Kadamaian dalam saingan lapan penjuru untuk DUN yang dimenanginya pada PRN lepas dengan majoriti 3,459 undi.Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRN Sabah pada 29 November manakala undi awal pada 25 November - Bernama |
|
'Saya akan turun ke Sabah bantu kawan lama' - KJ - Sinarharian - 15/11 3:47 pm KUALA LUMPUR Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengesahkan bahawa beliau bakal turun ke Sabah bagi membantu menggerakkan kempen calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah, meskipun status kemasukan semula dirinya ke dalam UMNO masih menjadi tanda tanya.Bekas Menteri Kesihatan itu berkata, kedatangannya ke Sabah adalah atas jemputan rakan seperjuangan yang pernah bersama beliau dalam Pemuda UMNO dan Barisan Nasional (BN)."Ya, saya akan turun (ke Sabah) |
|
Hubungan hati ke hati penting rangkul belia – KP JKOM - Thempress - 15/11 10:12 am USAHA mendekati golongan belia tidak boleh bergantung sepenuhnya pada pengaruh media sosial, sebaliknya mesti disokong dengan hubungan hati ke hati atau personal touch bagi memastikan mesej dan gerakan akar umbi… |
|
Pilihan Kita, Wajah Sabah Esok, Dokumentari Khas Terbitan RTM - Murai - 14/11 7:30 pm Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 menjadi medan penting untuk memastikan pembangunan, ekonomi, dan masa depan Sabah selari dengan aspirasi rakyat. Demokrasi yang terbuka memberi peluang kepada semua pengundi termasuk golongan veteran, belia, pemimpin masyarakat, pekerja, dan usahawan untuk menyuarakan pendapat dan memilih kepimpinan yang mampu membawa Sabah ke […] The post Pilihan Kita, Wajah Sabah Esok, Dokumentari Khas Terbitan RTM appeared first on Murai MY . |
|
Selangor civil servants receive three months' salary bonus - Sinardaily - 14/11 7:30 pm SHAH ALAM - The Selangor state government today announced a Special Financial Incentive (BKK) of three months salary for civil servants in the state.Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari said the incentive was a token of appreciation and aimed to motivate civil servants who have worked together to develop Selangor."BKK of one-and-a-half months salary has been channelled early this year, while the second BKK of another one-and-a-half months, or a minimum of RM1,000 will be channelled on Dec 18, 2025, he said during the Selangor Budget 2026 that was tabled at the Selangor state assembly here today.Amirudin said community leaders (MPKK), relations officers of Kampung Baru, Bagan, and Tersusun, Indian Community chiefs, Wanita Berdaya supervisors and Penggerak Belia Selangor will receive one-month allowances."Mosque staff will receive RM500 from donations of the state government via Menteri Besar (Incorporated), he added |
|
FIM lahir tenaga mahir kulinari unggul - Sinarharian - 14/11 8:20 am KUALA LUMPUR Majlis Konvokesyen Institut Makanan Malaysia (FIM) 2025 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menyaksikan seramai 350 graduan menerima diploma dan sijil dalam pelbagai bidang kulinari dan hospitaliti.Penasihat FIM, Cef Moh Jo berkata, majlis berprestij itu bukan sekadar meraikan kejayaan akademik para pelajar, sebaliknya mencerminkan komitmen FIM dalam melahirkan tenaga mahir berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan industri makanan dan hospitaliti negara."Tahniah kepada semua graduan kerana berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang. FIM akan terus memainkan peranan membentuk generasi baharu cef dan profesional industri makanan bertaraf antarabangsa," ujarnya ketika berucap pada majlis berkenaan.Tumpuan utama konvokesyen kali ini terarah kepada graduan Program Biasiswa Chefmuda Mahsuri, hasil kerjasama strategik antara FIM dan Mahsuri Dagang Sdn Bhd yang membuka peluang kepada belia berbakat daripada pelbagai latar belakang mengikuti latihan kulinari profesional secara tajaan penuh.Menurut Pengarah Bersekutu Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang Sdn Bhd, Mohd Jazri Ikmal Hijaz, program itu bermula pada 2022 dengan lima peserta dan kini telah menaja 25 pelajar keseluruhannya."Dua graduan kumpulan terdahulu hadir hari ini, termasuk pelajar terbaik program |
|
Belanjawan lebihan tetapi rakyat Johor masih tak rasa manfaatnya - Mgazette - 14/11 7:46 am Perkara kedua, Johor dilaporkan berjaya menarik pelaburan bernilai RM218 bilion dalam tempoh tiga tahun setengah. Namun, persoalan penting ialah sejauh mana peluang pekerjaan ini benar-benar dimanfaatkan oleh anak muda Johor sendiri? Ramai belia masih terpaksa mencari pekerjaan di luar negeri kerana gaji rendah dan kekurangan peluang di sektor berkemahiran tinggi, ujarnya |
|
PN Johor persoal belanjawan surplus, rakyat masih belum rasa limpahan kekayaan negeri - Sinarharian - 13/11 9:47 pm JOHOR BAHRU Blok Pengimbang Perikatan Nasional (PN) Johor mempersoalkan sejauh mana Belanjawan Johor 2026 mampu memberi manfaat kepada rakyat, meskipun kerajaan negeri mengumumkan belanjawan surplus berjumlah RM2.55 bilion.Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, walaupun Johor mencatat pertumbuhan ekonomi tertinggi di Malaysia sebanyak 6.4 peratus, hakikatnya ramai rakyat negeri itu masih berdepan tekanan kos sara hidup dan tidak merasai limpahan hasil kekayaan negeri."Surplus dan pertumbuhan ekonomi tidak bermakna jika rakyat biasa tidak merasai limpahan hasil negeri."Ramai masih bergelut dengan gaji rendah, peluang kerja terhad dan jurang pembangunan yang besar antara bandar serta luar bandar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, banyak inisiatif kebajikan diumumkan kerajaan negeri termasuk Bantuan Kasih Johor (BKJ), namun langkah itu hanya bersifat jangka pendek dan tidak menyelesaikan akar masalah ekonomi rakyat."Pendekatan yang terlalu bergantung kepada bantuan tunai one-off tidak akan memperkukuh ekonomi rakyat secara berterusan."Kerajaan negeri perlu menumpukan kepada dasar pemberdayaan seperti latihan kemahiran, pembangunan keusahawanan dan penyediaan peluang pekerjaan agar rakyat mampu berdikari," jelasnya.Dr Sahruddin yang jugak ADUN Bukit Kepong turut mempersoalkan sejauh mana pelaburan besar bernilai RM218 bilion yang berjaya dibawa masuk ke Johor benar-benar memberi manfaat kepada anak muda tempatan."Persoalannya, adakah peluang pekerjaan daripada pelaburan ini dimanfaatkan oleh anak Johor sendiri?"Ramai belia terpaksa keluar bekerja di negeri lain kerana tawaran gaji di Johor masih rendah dan tidak kompetitif," katanya lagi.Beliau turut menegaskan, keperluan ketelusan dalam pengurusan perbelanjaan negeri agar setiap sen wang rakyat dibelanjakan secara berhemah dan berimpak."Sebahagian besar peruntukan nampaknya lebih tertumpu kepada aktiviti pentadbiran dan promosi imej kerajaan."Rakyat berhak tahu ke mana wang negeri dibelanjakan dan bagaimana impaknya kepada kesejahteraan mereka," tegasnya.Dalam masa sama, beliau menyambut baik peruntukan untuk pendidikan dan pembangunan modal insan seperti Johor Skills dan Kolej Universiti YPJ, namun mengingatkan agar isu kebolehpasaran graduan diberi keutamaan."Dasar pendidikan negeri perlu disesuaikan dengan keperluan pasaran semasa, terutama dalam sektor teknologi, logistik dan ekonomi digital," ujarnya.Beliau menegaskan, Blok Pengimbang akan terus memainkan peranan semak dan imbang secara konstruktif bagi memastikan kekayaan negeri benar-benar dinikmati oleh semua lapisan rakyat."Kekayaan Johor adalah milik rakyat Johor |
|
PRN Sabah: Anifah, Pandikar calon 'winnable, calon muda untuk kekal seimbang - Sinarharian - 13/11 10:42 am Itu yang lebih penting, bukan jumlah muka baharu atau calon muda semata-mata, tetapi perkhidmatan mereka kepada rakyat," katanya.Mengenai keputusan GRS mengekalkan tokoh berpengalaman seperti Anifah dan Pandikar, Mohamed Razali berkata pemilihan itu dibuat berdasarkan keyakinan terhadap kebolehmenangan mereka."Itu semua calon yang berpotensi menang. Mereka melalui proses penilaian baharu dan kepimpinan yakin mereka boleh memenangi kerusi masing-masing," jelasnya.Ditanya mengenai kemungkinan wujudnya sabotaj di kerusi yang tidak dikekalkan penyandang, termasuk perubahan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pintasan, beliau mengakui perkara itu tidak mustahil berlaku, namun GRS memilih untuk menumpukan perhatian kepada matlamat utama."Dalam politik, kita tidak boleh jangka, apa sahaja boleh berlaku |
|
Kolej komuniti perkasa PSH - Sinarharian - 13/11 9:30 am PUTRAJAYA Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus menjadi platform penting dalam memperkasa pengetahuan dan kemahiran rakyat di seluruh negara.Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Wan Marina Wan Mohd Nowalid berkata, program PSH yang mula dilaksanakan sejak tahun 2002, kini mencatatkan sebanyak 4,109,398 penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat sehingga Oktober 2025."Jumlah penyertaan ini adalah hasil daripada penganjuran 197,167 program PSH meliputi 22 bidang kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dijalankan di 106 buah kolej komuniti di seluruh negara," ujarnya kepada Sinar Harian.Menurut beliau, antara bidang paling mendapat sambutan ialah katering dan sajian, komputer dan teknologi maklumat, perniagaan dan keusahawanan, teknologi elektrik serta kulinari dan pastri."Sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat membuktikan PSH berada pada landasan tepat dalam memperkasa ilmu, kemahiran dan kompetensi rakyat sekali gus meningkatkan kualiti kehidupan mereka," ujarnya.Wan Marina menjelaskan, PSH merupakan kursus pendek yang dibangunkan dengan konsep fleksibel berasaskan anyone (sesiapa sahaja), anywhere (di mana-mana) dan anytime (pada bila-bila masa), yang memberi peluang kepada semua rakyat tanpa mengira umur, kaum atau latar belakang ekonomi dan pendidikan menyertai PSH.Beliau berkata, program itu juga memberi tumpuan kepada enam kumpulan fokus utama iaitu belia, warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), golongan B40 dan masyarakat Orang Asli."Selain itu, penyertaan pelajar tahfiz, sekolah pondok, suri rumah serta kakitangan awam juga amat digalakkan sebagai nilai tambah dalam bidang TVET," ujarnya lagi.Wan Marina berkata, program PSH boleh diadakan pada hari bekerja atau hujung minggu mengikut persetujuan antara pihak kolej komuniti dan peserta, manakala kadar bayaran kursus pula ditetapkan berdasarkan bidang serta tempoh yang diikuti dengan bayaran berpatutan."Melangkah ke hadapan, PSH pada tahun ini diperkasakan lagi melalui pelaksanaan Micro-Credentials (MC) atau pentauliahan mikro yang membolehkan komuniti melanjutkan pengajian melalui laluan Akreditasi Pengalaman Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL)," jelasnya.Beliau berkata, inisiatif itu turut membuka akses pendidikan kepada komuniti yang kurang atau tiada syarat kelayakan bagi menyambung pengajian melalui pentauliahan mikro yang dapat meningkatkan kelayakan akademik."Sebagai contoh, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak layak mengikuti program pengajian sepenuh masa boleh mengikuti PSH melalui laluan pentauliahan mikro ini," ujarnya.Tambahnya, usaha itu selaras dengan hasrat KPT untuk memperkasa peranan kolej komuniti sebagai institusi TVET terbaik dalam memberi peluang kedua kepada masyarakat |
|
Rasional keputusan tidak rayu pemberian khas Sabah tumpuan Dewan Rakyat hari ini - Sinarharian - 13/11 8:18 am KUALA LUMPUR - Rasional Kerajaan Persekutuan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas 40 peratus hasil kepada Sabah antara perkara dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanyakan Perdana Menteri mengenai perkara itu selain ingin mengetahui implikasi keputusan berkenaan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus persidangan bermula pada jam 10 pagi.Pada sesi sama, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) bertanyakan Menteri Dalam Negeri berhubung keputusan mahkamah terkait Amri Che Mat serta Paderi Raymond Koh dan apakah langkah seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan, khususnya menyentuh prosedur operasi standard (SOP) dan kewibawaan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) pula bertanyakan Perdana Menteri mengenai cabaran utama dihadapi kampung-kampung tradisi di Kuala Lumpur di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) termasuk dari segi pemilikan tanah, kemudahan asas, kepadatan dan tekanan pembangunan.Beliau juga ingin tahu apakah pendekatan strategik kerajaan bagi memastikan identiti dan kesinambungan kampung-kampung berkenaan dapat dikekalkan.Turut menarik perhatian, soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PH-Bandar Tun Razak) kepada Perdana Menteri mengenai sejauh mana keberkesanan dasar perancangan bandar yang menetapkan dua petak parkir bagi setiap unit kediaman, mampu menangani isu kesesakan parkir di kawasan perumahan khususnya di Kuala Lumpur yang semakin padat.Selain itu, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan status terkini persediaan kontinjen Malaysia bagi menghadapi Sukan SEA 2025 di Thailand termasuk jumlah atlet dan jurulatih serta apakah sasaran keseluruhan pingat yang ditetapkan kementerian.Selepas sesi soal jawab, mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan menyambung semula perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini.- Bernama |
|
Sindiket antarabangsa semakin agresif perdaya rakyat Malaysia jadi keldai dadah - Sinarharian - 12/11 6:38 pm KUALA LUMPUR Sindiket antarabangsa dikesan semakin agresif mempergunakan rakyat Malaysia sebagai keldai dadah apabila menjadikan golongan belia, pencari kerja, pelajar dan individu berpendapatan tidak stabil sebagai sasaran utama bagi menjalankan aktiviti penyeludupan dadah ke luar negara.Taktik licik itu menyumbang kepada peningkatan ketara kes sepanjang tahun 2025 dengan seramai 55 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan penyeludupan dadah antara Januari hingga September tahun ini.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, daripada jumlah itu, 50 merupakan lelaki manakala lima lagi perempuan yang ditahan di pelbagai negara termasuk Belgium, Kemboja, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Laos, Macau, Singapura, Taiwan dan Thailand."Peningkatan ini menunjukkan sindiket dadah antarabangsa semakin giat merekrut mangsa baharu melalui pelbagai helah termasuk tawaran kerja palsu dan perjalanan percuma."Sindiket sanggup mengeksploitasi sesiapa sahaja tanpa mengira umur atau latar belakang dengan menjanjikan kerja mudah, upah lumayan serta tiket penerbangan percuma, namun hakikatnya mangsa dijadikan pembawa dadah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurutnya, sindiket berkenaan menawarkan bayaran antara RM1,000 hingga RM10,000, selain menjanjikan kemudahan penginapan serta pekerjaan kononnya mudah tanpa memerlukan pengalaman."Semua tawaran itu sebenarnya hanya umpan untuk memperdaya mangsa membawa bagasi atau bungkusan yang diseludup dadah."Siasatan mendapati sindiket menggunakan pelbagai modus operandi termasuk menyembunyikan dadah dalam bagasi, barangan peribadi, perabot kecil, makanan, peralatan elektronik serta melalui perkhidmatan kurier antarabangsa," jelasnya.Tambahnya, kaedah menyembunyikan dadah di dalam badan juga masih digunakan dalam beberapa laluan penerbangan berisiko tinggi."Destinasi utama penyeludupan oleh keldai dadah ini termasuk United Kingdom, beberapa negara Eropah dan Asia Timur, dengan lapangan terbang serantau dijadikan transit bagi mengelak pengawasan ketat di pintu keluar utama negara."Antara jenis dadah yang sering dibawa ialah methamphetamine (syabu), MDMA (ecstasy), ganja dan kokain, bergantung kepada permintaan pasaran antarabangsa serta laluan pengedaran," katanya.Hussein berkata, walaupun pihak berkuasa sudah berkali-kali memberi amaran, masih ramai yang terpedaya dengan janji manis sindiket yang menjanjikan peluang pekerjaan mewah di luar negara."Orang ramai perlu sedar bahawa alasan tidak tahu kandungan bagasi tidak diterima di kebanyakan negara."Ramai rakyat Malaysia kini berdepan hukuman berat termasuk penjara seumur hidup dan hukuman mati kerana menjadi keldai dadah," tegasnya.Beliau turut mengingatkan orang awam supaya berhati-hati terhadap tawaran kerja atau perjalanan yang mencurigakan, terutama apabila diminta membawa barangan milik individu tidak dikenali."JSJN memandang serius peningkatan kegiatan ini dan akan terus bekerjasama dengan agensi penguat kuasa antarabangsa bagi menumpaskan rangkaian sindiket yang mempergunakan rakyat Malaysia."Kami menyeru masyarakat supaya segera menyalurkan maklumat berkaitan penyalahgunaan atau pengedaran dadah kepada JSJN melalui talian hotline 012-208 7222," katanya. |
|
55 rakyat Malaysia disyaki keldai dadah ditahan di 16 negara - Sinarharian - 12/11 6:18 pm KUALA LUMPUR - Sebanyak55 warganegara Malaysia ditahan di luar negara sejak Januari hingga September lepas kerana disyaki terlibat sebagai 'keldai dadah'.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, 50 daripadanya adalah lelaki manakalabakinya wanita."Mereka ditahandi 16 negaraiaitu 10 individu di Indonesia;Singapura (sembilan);Kemboja dan Taiwan masing-masing enam; Thailand (lima);Belgium, Laos danMacau masing-masing tiga;Hong Kong dan Korea Selatan masing-masing dua sertamasing-masing satu di Filipina, Jepun, Jordan, Maghribi, Myanmar dan Norway," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, JSJN Bukit Aman memandang serius peningkatan kegiatan penyeludupan dadah yang menggunakan orang awam sebagai 'keldai dadah'sepanjang tahun ini."Hasil pemantauan JSJN mendapati sindiket dadah akan sentiasa mencari mangsa baharu dan sanggup mengeksploitasi sesiapa sahaja tanpa mengira umurpekerjaan atau latar belakang."Sindiket turut dikesan merekrut mangsa melalui media sosial dan iklan kerja palsudengan menyasarkan golongan belia, pencari kerja, pelajar serta individu berpendapatan tidak stabil," ujarnya.Mangsa katanya, dijanjikan upah lumayan antara RM1,000 hingga RM10,000, termasuk tawaran tiket penerbangan dan penginapan bagi melaksanakan kerja mudah tanpa memerlukan sebarang pengalaman."Semua tawaran ini hanyalah umpan bagi memperdayakan mangsa membawa bagasi atau bungkusan yang sebenarnya mengandungi dadah berbahaya," katanya.Hussein berkata, sindiket kini menggunakan pelbagai modus operandi, antaranya menyembunyikan dadah dalam bagasi, barangan peribadi, perabot kecil, makanan, peralatan elektronik dan menggunakan perkhidmatan kurier, selain menggunakan kaedah body packing dalam laluan tertentu.Beliau berkata, destinasi utama penyeludupan ialah United Kingdom, negara Eropah tertentu dan beberapa negara Asia Timur, seiring peningkatan penggunaan lapangan terbang serantau sebagai transit."Antara dadah yang lazim dibawa ialah methamphetamine (syabu), MDMA (ekstasi), ganja dan kokain, bergantung kepada laluan serta permintaan pasaran," katanya.Sehubungan dengan itu, beliau menggesa orang ramai agar sentiasa berwaspada, tidak mudah terperdaya dengan tawaran palsu dan segera melaporkan sebarang tawaran meragukan kepada pihak polis."Orang ramai juga diingatkan bahawa alasan 'tidak tahu kandungan bagasi' tidak diterima oleh kebanyakan negara yang mempunyai undang-undang dadah yang sangat tegas, termasuk hukuman mati dan penjara," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyalahgunaan atau pengedaran dadah boleh menyalurkannya menerusi talian hotline JSJN 012-2087222 |
|
PRN Sabah: STAR umum 29 daripada 40 calon - Sinarharian - 12/11 5:54 pm PENAMPANG - Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengumumkan seramai 29 daripada 40 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) kali ini.Presidennya, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, baki calon selebihnya akan diumumkan dalam masa terdekat selepas proses penilaian akhir diselesaikan sepenuhnya."Kita baru saja selesai mengumumkan 29 calon. Walaupun kita akan bertanding di sekitar 40 kerusi, proses pemilihan masih berjalan dan akan disiapkan dalam sehari dua ini."Kebanyakannya merupakan muka baharu, kecuali saya sendiri dan dalam senarai itu turut melibatkan calon wanita serta golongan belia," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengumuman calon STAR di Sokid Villa di sini pada Rabu.Jeffrey menjelaskan penilaian calon dibuat berdasarkan tiga kriteria utama iaitu calon yang bersih, berpotensi untuk menang dan mampu berkhidmat kepada rakyat."Kriteria pertama ialah mereka tidak mempunyai sebarang masalah |
|
PRN Sabah: Fairuz dakwa DUN Pintasan sepatutnya milik beliau, bertukar saat akhir - Sinarharian - 12/11 3:39 pm KOTA KINABALU - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Datuk Fairuz Renddan mendakwa beliau pada awalnya dimaklumkan bakal mempertahankan kerusi miliknya, namun keputusan itu berubah saat akhir.Walaupun keputusan berkenaan mengejutkan, beliau menerimanya dengan hati terbuka kerana menghormati keputusan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor."Semalam saya dihubungi oleh Presiden, mengatakan saya adalah calon di kawasan tersebut, alhamdulillah tapi saat-saat akhir, dihubungi semula dan bertukar |
|
Klinik pickleball anjuran KBS di Kampung Angkat MADANI mendapat sambutan ramai - Sinarharian - 12/11 9:30 am HULU LANGAT - Klinik Pickleball Serve and Smash anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi program Kampung Angkat MADANI (KAM) 2025 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Dusun Tua mencuri tumpuan apabila menerima penyertaan luar biasa.Penyelaras program, Sazali Abdul Samad berkata, pada awalnya penganjur hanya menyasarkan 50 peserta, namun sambutan amat menggalakkan apabila semua peralatan permainan habis digunakan.Katanya, sambutan itu turut disertai pelajar IKTBN dan penduduk Kampung Sungai Lui serta kawasan sekitar yang hadir memeriahkan program berkenaan."Sambutan ini membuktikan sukan pickleball semakin diterima masyarakat termasuk di luar bandar dan berpotensi menjadi sukan rakyat," katanya ketika ditemui Sinar Harian.Menurutnya, objektif utama program itu ialah memperkenalkan sukan pickleball kepada semua lapisan masyarakat."Ia bukan sukan elit tetapi aktiviti riadah sosial yang boleh bermain seisi keluarga," katanya.Sazali berkata, hampir semua sembilan daerah di Selangor kini sudah mempunyai kemudahan gelanggang pickleball hasil inisiatif menukar gelanggang tenis lama kepada kemudahan baharu itu."Bukan sahaja pihak swasta, malah majlis perbandaran juga sudah mula membuka gelanggang pickleball," katanya.Sementara itu, peserta berusia 13 tahun, Muhammad Aidil Sabli, berkata, dia teruja selepas pertama kali mencuba sukan berkenaan."Mula-mula susah nak ambil bola, tapi lama-lama jadi senang dan seronok sebab tak penat, boleh main secara beregu," katanya.Peserta lain, Fitrah Nur Syifa Abdullah, 9, berkata, pada mulanya dia kekok, namun semakin seronok selepas berjaya memukul bola dengan betul."Jurulatih menegur saya sebab tidak fokus, tetapi saya cuba sampai jadi dan sekarang dah boleh main lebih baik," katanya.Selain klinik pickleball, Program KAM turut dimeriahkan dengan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh IKTBN Dusun Tua yang berjaya menyelenggara van jenazah, sistem penghawa dingin dan elektrik di Masjid Ar Rahman Sungai Lui.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 20 Sungai Lui, Mohd Ramdan Kamso, berkata, pihaknya berterima kasih kepada IKTBN Dusun Tua atas usaha membantu penduduk setempat."Sekarang masjid dah kembali sejuk, jemaah pun selesa, memang nampak perbezaan besar selepas kerja selenggara oleh pelajar dan tenaga pengajar IKTBN," katanya.Beliau berkata, inisiatif itu mem buktikan pelaksanaan program KAM oleh KBS benar-benar memberi impak di peringkat akar umbi. |
|
Nilai ekonomi berpaksikan al-Quran - Sinarharian - 12/11 8:20 am SHAH ALAM World #QuranConvention 2025 (WQC2025) yang bakal berlangsung pada 6 hingga 7 Disember ini di Perdana Hall MITI, Kuala Lumpur mengangkat tema Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges sebagai platform memperkasa pemimpin menerusi pendekatan ekonomi berasaskan wahyu.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, edisi WQC2025 kali ini mengekalkan Pengasas Institut Bayinnah, Ustaz Nouman Ali Khan selaku pengarah dan penceramah utama.Menurutnya, penganjuran kali ini memberi tumpuan kepada ketua jabatan, agensi, institusi dan universiti bagi memperkukuh kefahaman kepimpinan terhadap nilai ekonomi berpaksikan al-Quran.Marhaini berkata, setiap peserta akan mendapat naskhah al-Quran (Amazing) keluaran Karangkraf secara percuma bagi memudahkan rujukan sepanjang konvensyen berkenaan berlangsung."WQC2025 berteraskan konsep From Revelation to Innovation iaitu transformasi daripada wahyu kepada nilai dan seterusnya kepada tindakan serta inovasi berasaskan al-Quran," katanya.Marhaini menjelaskan, konsep itu selaras dengan semangat Surah al-Saff yang menyeru umat agar berdiri teguh dalam perjuangan.Maka tahun ini, WQC2025 membangunkan empat tunjang utama sebagai asas kukuh penyusunan semula ekonomi dan masyarakat Islam.Antara inisiatif utama ialah #saf12movement yang turut berinspirasikan Surah Al-Araf:160 yang menggambarkan 12 mata air sebagai simbol 12 kluster rezeki."Kluster itu termasuk bidang kesihatan, belia, pembangunan wanita, keselamatan makanan, teknologi, fintech, kejuruteraan dan penyelidikan Qurani, selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).Beliau berkata, WQC2025 mahu mengalihkan tumpuan daripada sistem kapitalisme semata-mata kepada ekonomi yang berteraskan nilai dan keadilan, dengan berpandukan sirah Rasulullah SAW dalam menangani sekatan ekonomi di Makkah dan Madinah.Dari segi penyertaan, beliau memaklumkan kerajaan negeri Selangor akan menghantar delegasi terbesar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menjadi tuan rumah dan penaja lokasi WQC2025.Antara barisan penceramah yang hadir termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Oxford Intellect, Dr Imran Alvi; Pengarah Urusan Dagang NeXchange Bhd, Tan Sri Syed Zainal Abidin dengan program akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dengan kehadiran Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.Penyertaan masih dibuka kepada orang ramai dan mereka yang berminat untuk menyertai WQC2025 boleh layari www.worldquranconvention.com. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |