| /// |
|
| Search : Bahasa Melayu News | Page 1 |
|
Higher Education DG: SPM remains the baseline for public varsity entry; .. - Sinchew - 16/05 8:04 am Dr Azlinda reiterated that allowing UEC holders to apply for four specific Chinese-centric majors with SPM passes in Malay and History is not an official recognition of the certificate. "Due to the nature of these courses, the Ministry will use the candidates' Chinese language proficiency (from the UEC) as an admission criterion, in addition to their SPM grades in Bahasa Melayu and History," she said |
|
UEC: Negara tak boleh korbankan falsafah pendidikan kebangsaan atas nama .. - Mygazette - 16/05 8:04 am Menurut beliau, apabila seorang tokoh pendidikan sendiri mula menyuarakan kebimbangan terhadap perkembangan semasa dasar kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), ia memberi isyarat bahawa berlaku perubahan besar yang tidak boleh dipandang ringan. Hakikatnya, ujar beliau yang juga peguam, Dasar Pendidikan Kebangsaan dibina atas tujuan yang jelas iaitu membentuk perpaduan nasional, memartabatkan bahasa Melayu serta memastikan semua sistem pendidikan bergerak dalam satu kerangka negara bangsa yang sama |
|
Samakan lepasan tahfiz dengan UEC pengkhianatan terhadap sistem pendidikan .. - Mygazette - 16/05 8:04 am Tegas beliau, tindakan mengaitkan isu itu dengan lepasan tahfiz seolah-olah memberikan laluan khas kepada mereka adalah satu penipuan fakta dan cubaan untuk memperdaya rakyat serta mencabar prinsip pendidikan negara. Ujarnya, pelajar tahfiz bukan sahaja menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama Islam, malah turut mempelajari mata pelajaran akademik seperti Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Matematik; Sains; Sejarah; Pendidikan Islam; Pendidikan Syariah Islamiyah; Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, serta Tasawwur Islam |
|
UEC: Jangan jadi ???hero??? bermusim, Pas sendiri pernah buka ruang .. - Mygazette - 16/05 8:04 am Menurut Danish, keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu juga bukan pengiktirafan terbuka seperti yang cuba dimainkan sesetengah pihak. Katanya, pemegang UEC masih perlu memenuhi syarat ketat termasuk wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia selain tertakluk kepada syarat universiti dan kelulusan Senat Universiti |
|
UEC: Bukan keputusan UMNO semata-mata – Nurulhidayah - Mygazette - 16/05 8:04 am Lebih penting, katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bagan Datuk, ramai sengaja menutup fakta bahawa UEC sahaja masih tidak diiktiraf secara automatik untuk semua kemasukan IPTA. Syarat asas tetap wujud iaitu PERLU ada kredit Bahasa Melayu, perlu lulus Sejarah, dan hanya program tertentu sahaja dibuka berdasarkan syarat merit universiti |
|
Terima UEC sukarkan lagi perpaduan kaum ??? Isham Jalil - Mygazette - 16/05 8:04 am # Terima UEC sukarkan lagi perpaduan kaum Isham Jalil KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil menyifatkan keputusan membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan lebih menyukarkan perpaduan kaum di negara ini |
|
UEC: Dong Zong kecewa, sifatkan persetujuan sekadar langkah separuh hati - Mygazette - 16/05 8:04 am Menurutnya, berdasarkan pengumuman Jabatan Pendidikan Tinggi, terdapat dua mekanisme berbeza bagi pelajar UEC yang memohon kemasukan ke universiti awam. Dakwanya, pemegang UEC yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh dibenarkan memohon semua program pengajian melalui sistem UPUOnline, manakala pelajar yang hanya mengambil dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM pula dihadkan kepada empat program pengajian yang berkaitan dengan bahasa Cina sahaja |
|
Iktiraf UEC mungkin untuk pastikan sokongan berterusan DAP kepada Kerajaan .. - Mygazette - 16/05 8:04 am Sebaliknya, ujar beliau, kajian yang menyeluruh mesti terlebih dahulu dibuat untuk mengkaji kesan dasar itu terhadap masa depan sistem pendidikan negara. Katanya, ini termasuk implikasi terhadap kedudukan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, perpaduan nasional dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa |
|
Raja payung negara, jangan dijadikan alat politik - Utusan - 16/05 8:00 am MUTAKHIR ini, institusi raja-raja Melayu yang menjadi tonggak serampang dua mata penyatuan rakyat dan kestabilan negara kembali menjadi bahan perdebatan terbuka di media sosial dan pentas politik |
|
UMNO iktiraf UEC sejak 2018 - PKR - Sinarharian - 16/05 12:31 am SHAH ALAM Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan bahawa UMNO pernah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) pada tahun 2018.Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Keadilan, Amidi Abdul Manan berkata, kebenaran untuk lulusan UEC melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) dibuat oleh kerajaan ketika itu."Bersungguh-sungguh pihak Pas memainkan naratif Kerajaan Madani tunduk dengan kehendak DAP untuk menutup serangan kepada Setiausaha Majlis Syura Dewan Ulama Pas, Nik Zawawi."Namun satu fakta yang kita perlu sedari, kebenaran untuk lulusan UEC melanjutkan pengajian ke IPTA dibuat pada tahun 2018 oleh parti Melayu terbesar iaitu UMNO," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau mendakwa Barisan Nasional (BN) yang diterajui Datuk Seri Najib Razak ketika itu amat terdesak untuk mendapatkan undi kaum Cina dengan mengembalikan MCA sebagai parti pilihan.Tambah Amidi, UMNO turut bersetuju untuk melanjutkan pajakan 99 tahun kepada sebuah Sekolah Menengah Persendirian (SMP) Chung Hwa, Kuala Lumpur."Operasi sebuah universiti swasta dari Tanah Besar Cina juga mendapat kelulusan ketika negara diterajui oleh parti Melayu terbesar pada tahun 2018."Menteri Pendidikan Tinggi ketika itu juga datang dari parti UMNO iaitu Datuk Seri Idris Jusoh."Namun apakan daya, walau sebegitu hebat tawaran yang diletakkan dalam manifesto BN ketika itu, UMNO/BN akhirnya terpaksa meninggalkan Putrajaya," katanya lagi.Ujar beliau, UMNO perlu memberikan justifikasi terhadap keputusan yang pernah dibuat itu selaku parti mewakili Melayu.Pada Khamis, kerajaan bersetuju membuka laluan kemasukan ke IPTA kepada pelajar lepasan sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC/UEC) bagi mengikuti program pengajian tertentu.Langkah itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan daripada pelbagai pihak terutama dalam kalangan pembangkang. |
|
Kaji semula pengiktirafan sijil UEC - Muhyiddin - Sinarharian - 15/05 11:01 pm SHAH ALAM Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyifatkan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai "hadiah paling buruk" sempena sambutan Hari Guru tahun ini.Beliau mendakwa tindakan itu merupakan pengkhianatan terhadap usaha guru-guru yang komited menjayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Menurutnya, pengiktirafan untuk kemasukan ke semua program ijazah di IPTA itu akan memberikan implikasi besar terhadap sistem pendidikan negara."Pelajar warganegara Malaysia sebelum ini secara umumnya layak dipertimbangkan kemasukan ke program ijazah di IPTA melalui saluran Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), program asasi dan matrikulasi yang sukatan matapelajaran dan peperiksaannya ditadbir oleh badan kerajaan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Awam."Dengan pengiktirafan sijil UEC, terdapat satu lagi saluran bagi kemasukan ke IPTA yang sukatan matapelajaran dan peperiksaannya ditadbir sepenuhnya oleh sebuah badan bukan kerajaan yang piawaiannya tidak dikawal oleh mana-mana badan kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Muhyiddin berkata, tiada mana-mana badan kerajaan membuat penilaian jaminan kualiti, pengauditan sukatan matapelajaran, proses pengajaran dan pembelajaran, peperiksaan dan pemarkahan UEC."Keadaan ini akan mewujudkan dwi-standard dalam penilaian permohonan kemasukan pelajar warganegara Malaysia ke IPTA yang melibatkan dua saluran kemasukan berbeza dengan standard yang berbeza," katanya lagi.Bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan itu berkata, kajian oleh Kementerian Pendidikan ketika di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapati sukatan matapelajaran dan peperiksaan UEC tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan."Ketika itu, saya telah mencadangkan kepada Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) supaya Kementerian Pendidikan menjalankan kajian menyeluruh terhadap sistem pendidikan persendirian Cina termasuk sukatan matapelajaran dan pentadbiran peperiksaan UEC sebelum kerajaan menimbangkan pengiktirafan sijil UEC."Namun, cadangan saya tersebut tidak dipersetujui oleh Dong Zong dan kerajaan membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf sijil UEC," katanya.Beliau berpandangan keputusan kerajaan Madani mengiktiraf sijil UEC dibuat secara tergesa-gesa dan dipercayai mempunyai tujuan politik untuk memastikan sokongan berterusan parti DAP terhadap kerajaan campuran hari ini."Saya ingin mengingatkan bahawa keputusan dasar yang penting tidak boleh dibuat atas pertimbangan politik semata-mata sebaliknya kajian menyeluruh mestilah terlebih dahulu dibuat untuk mengkaji kesan dasar ini terhadap masa depan sistem pendidikan negara."Perkara ini termasuk implikasi terhadap kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, perpaduan nasional dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara-bangsa," ujarnya.Muhyiddin turut mengingatkan bahawa pendidikan bukan semata-mata medium untuk melahirkan modal insan bagi pembangunan negara tetapi juga alat pembinaan dan penyatuan negara bangsa. |
|
UEC: Langkah awal rintis pengiktirafan, perlu semakan semula - Pemuda Pas - Sinarharian - 15/05 10:11 pm SHAH ALAM - Keputusan Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) hanya suatu langkah awal untuk merintis pengiktirafan sistem pendidikan itu dalam negara.Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Mohd Hafez Sabri berkata, pihaknya membantah keputusan berkenaan walaupun calon aliran tersebut diwajibkan mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang diperakui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai syarat dan kemasukan dipertimbangkan hanya untuk mengikuti program tertentu di IPTA."Hal ini juga jelas bercanggah dengan pendirian Perdana Menteri sebelum ini |
|
Bukannya isu Melayu tergadai, PN beri laluan kepada UEC tiada pula bantah - Harapandaily - 15/05 9:32 pm Oleh JAMZURI ARDANI Politik Malaysia didominasikan oleh sentimen, bukan fakta |
|
'Pelik, kenapa bantah? Anthony Loke pertahan perluasan akses UEC ke IPTA - Sinarharian - 15/05 8:33 pm KUALA LUMPUR - Tindakan pihak pembangkang yang mempertikaikan usaha memperluas akses pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia adalah sesuatu yang pelik, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.Beliau berkata, keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membenarkan kemasukan calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke program tertentu di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), adalah sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk memastikan pendidikan bersifat inklusif.Anthony berkata, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk membuka lebih banyak peluang kepada lepasan sistem pendidikan di luar Kementerian Pendidikan (KPM)."Ini komitmen kerajaan untuk memberikan laluan kepada lepasan sistem pendidikan di luar KPM untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA |
|
UEC Results Will Count For Admissions at UPM, UM And UPSI But Only For These Four Courses - Rakyatpost - 15/05 8:32 pm To qualify, applicants must have obtained a credit in Bahasa Melayu and a pass in History in the SPM; the application starts on 30 June. |
|
What is UEC and why is it so controversial in Malaysia? Explained - Sinardaily - 15/05 8:06 pm SHAH ALAM - The Unified Examination Certificate (UEC) has once again become talk of the town after Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim confirmed that the Cabinet had approved new admission pathways for graduates from Chinese Private Secondary Schools (SMPC) or holders of the UEC into Malaysias public universities.However, Anwar stressed that all students, regardless of their stream of study, must still meet the national requirement of passing the Bahasa Melayu and History subjects at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level.While supporters described it as a step toward inclusivity and equal educational opportunities, critics raised concerns about national education standards and the role of Bahasa Melayu.For many Malaysians, however, the UEC remains poorly understood despite being debated for decades.So what exactly is the UEC, who takes it and why has it become one of Malaysias most politically sensitive education issues?What is the UEC?The UEC is a standardised examination mainly taken by students studying in Chinese Independent High Schools in Malaysia.These schools are also commonly referred to as Chinese Private Secondary Schools (SMPC).Unlike national secondary schools, Chinese Independent High Schools operate independently and mainly use Mandarin as the medium of instruction.The UEC examination is administered by Dong Zong, also known as the United Chinese School Committees Association of Malaysia.The examination was first introduced in 1975 and has been conducted for nearly 50 years.Today, there are around 60 Chinese Independent High Schools across Malaysia.Why do Chinese Independent High Schools exist?To understand the UEC, it is important to first understand Malaysias education history.After independence, the government introduced the Education Act 1961 as part of efforts to standardise the national education system.Chinese secondary schools at the time were encouraged to convert into English-medium national schools in order to receive government funding and recognition.While many schools accepted the transition, some chose to remain independent to preserve Chinese-medium education and their existing education system.These schools eventually became known as Chinese Independent High Schools.Because they were no longer fully part of the national education system, students from these schools needed their own standardised examination system.This led to the creation of the UEC.What subjects do UEC students study?Many people mistakenly assume that UEC students only study Chinese language subjects.In reality, students take a wide range of academic subjects similar to those offered in other secondary schools.These include mathematics, science, commerce, arts, literature and languages |
|
Ti Lian Ker: UEC approval same as BNs past offer, now weaponised to corner Perikatan Nasional - Sinardaily - 15/05 7:47 pm SHAH ALAM - The governments decision to approve public university admission pathways for Unified Examination Certificate (UEC) holders is a calculated political maneuver designed to outmaneuver the Opposition and reshape the country's electoral battlefield, says MCA's Datuk Seri Ti Lian Ker.Responding to Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims announcement that the Cabinet has greenlit the entry of Chinese Private Secondary School (SMPC) graduates into public institutions, Ti asserted that the long-standing UEC issue has never been purely about education policy.Instead, he said it has always been deeply tied to political positioning, identity management and electoral strategy.By tying the approval to compulsory passes in Bahasa Melayu (BM) and History at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level, he argued that the current administration is attempting to neutralise a historical grievance among Chinese education groups.Simultaneously, he said they are framing the move within a narrative of "national integration" to maintain necessary safeguards.The strategy behind this move follows a clear, four-pronged political blueprint, said Ti."First, it offers limited recognition and distinct pathways to UEC students."Second, it maintains Malay-centric safeguards through the mandatory SPM BM and History requirements."Third, it presents the policy to the public as an "inclusive but controlled" compromise."Finally, it forces political opponents into a difficult, highly reactive corner," he told Sinar Daily.Ti pointed out a striking political irony in the current discourse, revealing that the exact terms of approval now being executed by the Unity government were previously offered by former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak under the Barisan Nasional (BN) administration.At the time, he said those identical conditions were rejected and heavily objected to by the DAP and Chinese educationalists.Ti observed that not many people are going to split hairs or recall that DAP objected to the very same terms of approval proposed by BN before |
|
'KPT tidak iktiraf sukatan pelajaran UEC, sekadar beri laluan' - Sinarharian - 15/05 7:39 pm PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tetap tidak mengiktiraf sukatan pelajaran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Ketua Pengarah KPT, Datuk Azlinda Azman.Beliau berkata, sebaliknya KPT sekadar memberi laluan kepada lepasan sijil itu untuk mengikuti kursus tertentu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Azlinda berkata, pihak universiti juga akan menilai syarat-syarat dan kriteria pelajar berkelulusan UEC yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA."Sekali lagi saya tekankan, ini bukan soal pengiktirafan sllyabus (sukatan pelajaran) UEC, yang penting kita memberi laluan tersebut," katanya semasa sidang media di sini hari ini.Azlinda turut menegaskan, Senat Universiti tidak akan berkompromi dalam menentukan kualiti dan standard permohonan yang akan dibuka pada 30 Jun depan untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).Jelasnya, semua permohonan kemasukan ke IPTA akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik, serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti."Tiada siapa yang boleh campur tangan, jadi mereka (Senat Universiti) ada kriterianya," katanya.Pada masa sama beliau turut menjelaskan hanya tiga universiti yang dibuka untuk permohonan lulusan UEC dengan melibatkan empat program.Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).Manakala program yang dibuka ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Bahasa Cina dengan Pendidikan.Tambahnya, KPT juga masih belum berhasrat memperluas ke program lain sebaliknya hanya menumpukan kepada empat program berkenaan sahaja.Semalam, KPT mengumumkan selain SMPC lepasan sekolah, institusi tahfiz turut berpeluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Keputusan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Azlina turut mengesahkan keputusan Kabinet adalah keputusan dasar yang tidak perlu dibawa ke Parlimen |
|
UEC admission to public universities highly restructured, not 'open-door' recognition, says AMK - Sinardaily - 15/05 7:21 pm SHAH ALAM The Higher Education Ministrys decision on the admission of Unified Examination Certificate (UEC) holders into public universities and higher education institutions, also known as IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), is not a blanket "open-door" recognition as claimed by certain parties.Angkatan Muda Keadilan (AMK) Information Chief Danish Hairudin said this reality is being intentionally concealed by several political leaders who are playing up sentiments, accusing the government of betraying the national education system."The government's decision today is highly limited, strictly controlled and still imposes stringent conditions on UEC holders. They must pass Bahasa Melayu and History under the Malaysian Examination Board."They cannot simply enter any IPTA course they like, such as Medicine or Engineering |
|
'Iktiraf UEC buka pintu malapetaka buat masa depan negara' - Dewan Ulamak Pas - Sinarharian - 15/05 6:51 pm SHAH ALAM - Sebarang bentuk pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) adalah bercanggah dengan semangat Dasar Pendidikan Kebangsaan dan bakal membuka pintu malapetaka buat masa depan negara.Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP), Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, oleh itu kerajaan digesa untuk segera bertegas dan menghentikan agenda mengarut pengiktirafan UEC ini.Menurutnya, dalam masa sama semua pihak tidak boleh berdiam diri melihat sistem pendidikan negara dan masa depan anak bangsa dirosakkan oleh percaturan politik yang sempit."Jika kerajaan tetap berdegil melaksanakan agenda dari pihak-pihak tertentu, satu gerakan selaras undang-undang mesti diambil terhadap keputusan yang membelakangkan perlembagaan ini."Pengumuman kelulusan Kabinet pada hari Khamis yang lalu jelas membuktikan pentadbiran ini tidak bertegas, tidak mempunyai hala tuju dasar yang jelas dan hanya membuat keputusan secara semberono."Tindakan cuba menyelitkan dan mencampuradukkan pengiktirafan UEC bersama-sama dengan lepasan institusi tahfiz adalah satu helah kosmetik yang sangat dangkal," katanya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), atau UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Tambah Mohd Nor, hakikatnya, sistem pendidikan yang bersifat 'multipolar' atau pelbagai aliran terbukti telah gagal menjadi medium penyatuan.Jelasnya, realiti pada hari ini, perpaduan rakyat gagal dipupuk dari rebung, manakala kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penyatuan terus gagal diperkasa di sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan."Hal ini secara langsung terus melebarkan jurang sosial dan menggagalkan usaha asimilasi serta penyatuan rakyat berbilang kaum di negara ini."Langkah mengiktiraf sistem yang meminggirkan dasar kebangsaan pastinya membawa mafsadah (kerosakan) yang jauh lebih besar kepada kerukunan hidup bermasyarakat dan kelestarian identiti negara berbanding sedikit manfaat politik yang cuba diraih oleh pihak tertentu," ulasnya. |
|
Kemasukan lepasan UEC ke IPTA bukan secara 'pintu terbuka' AMK - Sinarharian - 15/05 6:50 pm SHAH ALAM Keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah pengiktirafan penuh secara 'pintu terbuka' seperti didakwa pihak tertentu.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, hakikat itu cuba disembunyikan beberapa pemimpin yang memainkan sentimen kononnya kerajaan sedang melakukan pengkhianatan terhadap sistem pendidikan negara."Keputusan kerajaan hari ini sangat terhad, sangat terkawal dan masih meletakkan syarat ketat kepada pemegang UEC. Mereka wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia."Mereka juga bukan boleh masuk sesuka hati ke semua kursus IPTA seperti Perubatan atau Kejuruteraan |
|
'Kekalkan kemasukan IPTA wajib guna SPM tidak kira pelajar UEC atau tahfiz' - Dr Akmal Saleh - Sinarharian - 15/05 5:41 pm SHAH ALAM - Kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu kekal berasaskan kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tanpa pengecualian kepada mana-mana aliran pendidikan termasuk lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dan institusi tahfiz.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, semua pelajar wajib mengambil SPM sebagai syarat utama kemasukan ke IPTA."Kekalkan kemasukkan ke IPTA dengan menggunakan SPM sahaja! Tidak kira pelajar UEC ataupun tahfiz |
|
Dong Zong kecewa syarat kemasukan pelajar UEC ke universiti awam, dakwa banyak sekatan - Sinarharian - 15/05 5:25 pm SHAH ALAM - Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kecewa dengan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung kemasukan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke universiti awam yang didakwa masih samar dan mengandungi pelbagai sekatan.Dong Zong dalam satu kenyataan berkata, terdapat dua mekanisme berbeza bagi pelajar UEC yang memohon kemasukan ke universiti awam."Pemegang UEC yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) penuh dibenarkan memohon semua program pengajian melalui sistem UPUOnline."Sebaliknya, pelajar yang hanya mengambil dan lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM pula dihadkan kepada empat program pengajian yang berkaitan dengan bahasa Cina sahaja."Mengapakah wujud perbezaan yang begitu ketara dalam pemilihan program pengajian bagi pelajar SMPC yang sama-sama memiliki sijil UEC? Apakah rasional di sebalik penetapan dua standard yang berbeza ini?" ujarnya pada Jumaat.Tambah kenyataan itu, KPT juga belum menjelaskan secara terperinci kaedah pengiraan merit serta tarikh permohonan dibuka, yang jelas menunjukkan pendekatan tergesa-gesa dan kurang teliti."Pendekatan yang hanya membenarkan pemegang UEC dengan kelayakan SPM Bahasa Melayu dan Sejarah memasuki bidang pengajian tertentu bukan sahaja menyekat kebebasan pelajar dalam merancang laluan pendidikan mereka, malah turut mengehadkan peluang perkembangan diri dan potensi masa depan mereka," ulasnya.Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan, mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke IPTA untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan."SPM tetap wajib walaupun dia (pelajar) belajar aliran itu |
|
IPTA admission pathways for SMPC/UEC approved by Cabinet - PM Anwar - Sinardaily - 15/05 5:04 pm SEREMBAN - Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today confirmed that the Cabinet has approved the new admission pathways for graduates from Chinese Private Secondary School (SMPC) or holders of the Unified Examination Certificate (UEC) into public universities.He said all students, regardless of their schooling stream, must meet the basic requirement of passing Bahasa Melayu and History subjects at the Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) level."The Cabinet decision on SMPC/UEC comes with the condition that students pass Bahasa Melayu and History subjects in SPM |
|
Himpunan Daulat Tuanku bukan sekat suara Adun DAP, kata Pemuda PAS Selangor - Hotfm - 15/05 4:54 pm Ketuanya Sukri Omar berkata kebebasan bersuara bukan lesen abai adab terhadap institusi raja Melayu. |
|
Himpunan Daulat Tuanku bukan sekat suara Adun DAP, kata Pemuda PAS Selangor - FMT - 15/05 4:54 pm Ketuanya Sukri Omar berkata kebebasan bersuara bukan lesen abai adab terhadap institusi raja Melayu. |
|
Bagi Pelajar Bukan Aliran Kebangsaan, Subjek Sejarah & BM Kekal Syarat WAJIB Untuk Masuk IPTA – KPT - Siraplimau - 15/05 4:33 pm Terkini, kerajaan menegaskan bahawa subjek Sejarah dan Bahasa Melayu masih kekal sebagai syarat wajib untuk pelajar daripada sekolah bukan aliran kebangsaan yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) |
|
Pelajar laluan luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA tetap terima subsidi kerajaan - KPT - Sinarharian - 15/05 4:28 pm PUTRAJAYA [DIKEMAS KINI] Pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan yang diterima masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menerusi laluan khas tetap akan menerima subsidi kerajaan seperti pelajar lain.Tegas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Azlinda Azman, pelajar terbabit akan mengikuti pengajian menerusi saluran perdana dan bukannya kategori komersial."Apabila mereka masuk kepada program ini, ia dianggap sebagai saluran perdana |
|
Pintu IPTA dilonggarkan demi undi – Fadhli Shari - Mygazette - 15/05 3:06 pm Namun beliau menyifatkan, ada perkara halus yang tidak disedari iaitu sistem merit yang diperlukan untuk lepasan SPM masuk IPTA. "Sistem merit ni adalah seperti berikut; Markah Akademik: 90 peratus; markah Koko : 10 peratus; markah akademik 90 peratus pula dipecahkan kepada; "40 peratus peratus: Subjek Teras (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik); 30 peratus: Subjek Pakej (Pakej Aliran STEM A/B/C atau Sastera), 10 peratus: Subjek Terbaik (Baki subjek terbaik)," katanya |
|
UEC: Keputusan politik yang salah, buka ‘pintu lebih besar’ .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm # UEC: Keputusan politik yang salah, buka 'pintu lebih besar' - Pakar KUALA LUMPUR Keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) disifatkan sebagai satu keputusan politik yang perlu dikaji semula kerana dibimbangi boleh menjejaskan dasar nasional |
|
UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm # UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain - Sukri KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik permainan persepsi dengan menggunakan aliran tahfiz untuk membenarkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) |
|
Pemuda UMNO Selangor nekad sertai Himpunan Mega Daulat Tuanku, Sabtu ini - Mygazette - 15/05 3:06 pm # Pemuda UMNO Selangor nekad sertai Himpunan Mega Daulat Tuanku, Sabtu ini SHAH ALAM Badan Perhubungan Pemuda UMNO Selangor bersama 22 Bahagian akan menyertai Himpunan Mega Daulat Tuanku sebagai tanda solidariti kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini, pada Sabtu |
|
Perkasa bantah cadangan jasa DAP dimasukkan dalam silibus sejarah - Mygazette - 15/05 3:06 pm # Perkasa bantah cadangan jasa DAP dimasukkan dalam silibus sejarah KUALA LUMPUR Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan cadangan supaya jasa parti politik dimasukkan ke dalam silibus mata pelajaran sejarah sebagai tindakan tidak sensitif, tidak matang dan berunsur propaganda politik yang boleh mencemarkan objektif sistem pendidikan negara |
|
UEC: Kerajaan tak harus tunduk tekanan politik -Perkasa - Mygazette - 15/05 3:06 pm Tambah beliau, UEC juga bertunjangkan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar utama, manakala kandungan kurikulum yang tidak mengikut standard Kurikulum Kebangsaan. Pengiktirafan kepada sijil tersebut katanya, adalah tidak adil bagi pelajar yang telah bertungkus-lumus memenuhi standard kebangsaan, khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah |
|
UMNO sudah iktiraf UEC sejak 2018 – Amidi - Mygazette - 15/05 3:06 pm KUALA LUMPUR Isu panas berhubung peluang lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah dijadikan isu politik terutamanya Pas yang dilihat bersungguh-sungguh memainkan naratif kerajaan Madani tunduk kehendak DAP, kata Amidi Abdul Manan |
|
UEC: SPM tetap wajib, perlu lulus Sejarah dan BM -Zambry - Mygazette - 15/05 3:06 pm # UEC: SPM tetap wajib, perlu lulus Sejarah dan BM -Zambry PUTRAJAYA - Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan |
|
Keputusan benar lepasan UEC ke IPTA diputus Kabinet, kata PM - FMT - 15/05 2:48 pm Anwar Ibrahim berkata semua pelajar tanpa mengira aliran sekolah mesti memenuhi syarat asas lulus bahasa Melayu dan sejarah pada peringkat SPM. |
|
Armada Bersatu bantah pengiktirafan UEC, dakwa kerajaan langgar dasar pendidikan - Sinarharian - 15/05 2:38 pm SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membantah sebarang kecenderungan kerajaan ke arah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana mendakwa langkah itu boleh menjejaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Exco Armada Bersatu, Muhammad Airil Fitri Jalalludin dalam satu kenyataan memandang serius dan melahirkan rasa dukacita terhadap kerajaan yang didakwa semakin lunak membuka ruang ke arah pengiktirafan UEC.Menurutnya, perkara yang menyentuh asas kenegaraan tidak boleh dijadikan bahan tawar-menawar politik demi memenuhi tekanan pihak tertentu.Beliau berkata, sejarah negara dibina atas persefahaman besar melibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan yang disifatkan sebagai tiang seri pembentukan Malaysia sejak merdeka."Rakyat berhak mempersoalkan pendirian kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sekiranya terdapat kecenderungan melonggarkan prinsip berkenaan."Armada Bersatu Malaysia tidak pernah menolak kepelbagaian pendidikan mahupun hak masyarakat untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing."Namun kerajaan harus sedar, khususnya Menteri Kementerian Pengajian Tinggi daripada UMNO, bahawa isu ini bukan sekadar isu akademik, sebaliknya melibatkan identiti nasional, integrasi rakyat dan masa depan pembinaan negara bangsa," katanya dalam kenyataan itu pada Jumaat.Muhammad Airil Fitri yang juga Ketua Biro Graduan Muda, Mahasiswa dan Undi 18 berkata, kerajaan dilihat terlalu ghairah mahu dilihat progresif sehingga terlupa bahawa sesebuah negara dibina berasaskan prinsip yang perlu dipertahankan.Sehubungan itu, Armada berpandangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) perlu terus diperkasakan sebagai arus perdana pendidikan nasional tanpa mewujudkan ruang yang boleh mencairkan dasar sedia ada.Tambahnya, kerajaan juga perlu kekal tegas mempertahankan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru yang boleh memberi implikasi jangka panjang terhadap keharmonian serta identiti negara. |
|
Jangan politikkan, UEC diiktiraf dengan syarat wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah - Mypress - 15/05 2:34 pm Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael SEREMBAN Beberapa perincian berhubung pelaksanaan kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) masih diperhalusi kerajaan |
|
UEC: BM, Sejarah kekal jadi syarat wajib lulus untuk masuk IPTA - Harapandaily - 15/05 2:29 pm Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) |
|
UEC bukan keputusan seorang menteri, apatah lagi Umno semata-mata - Mkini - 15/05 1:41 pm Exco Wanita Umno itu tolak manipulasi dalam isu UEC di sekolah Cina sehingga partinya dituduh mengkhianati Melayu. |
|
Sejarah, Bahasa Melayu kekal syarat wajib ke IPTA - Zambry - Sinarharian - 15/05 1:25 pm PUTRAJAYA - Mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kekal menjadi syarat wajib bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk untuk pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia turut terpakai kepada keputusan mesyuarat Jemaah Menteri semalam, yang mempersetujui beberapa ketetapan berkaitan laluan kemasukan pelajar daripada aliran sekolah atau institusi tahfiz, sekolah swasta dan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) untuk mengikuti program pengajian di IPTA."SPM tetap wajib walaupun dia (pelajar) belajar aliran itu |
|
Trend Guna Perkataan ‘Doh & Anjay’ Makin Merisaukan, Penceramah Minta Ibu Ayah Pantau Anak Sekarang! - Siraplimau - 15/05 1:20 pm Penggunaan bahasa kasar dalam kalangan kanak-kanak hari ini semakin membimbangkan terutamanya dengan pengaruh media sosial yang pantas menyebarkan pelbagai istilah dan slang viral |
|
'Tahfiz dijadikan wayang politik lindung isu UEC' - Mohamed Sukri - Sinarharian - 15/05 12:23 am SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendakwa pengumuman kerajaan mengenai peluang lepasan tahfiz memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hanyalah wayang politik persepsi bagi mengurangkan sensitiviti isu berkaitan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).Ketua Pemudanya, Mohamed Sukri Omar berkata, aliran tahfiz tidak pernah berdepan masalah besar untuk melanjutkan pengajian ke IPTA kerana pelajar tahfiz turut menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti pelajar lain.Menurutnya, ramai lepasan tahfiz sebelum ini berjaya menyambung pengajian ke IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melalui saluran biasa serta menjadi profesional dalam pelbagai bidang."Jadi kenapa tiba-tiba perlu keluar kenyataan khas kononnya lepasan tahfiz kini berpeluang masuk ke IPTA?"Rakyat boleh membaca apa yang sedang berlaku |
|
Calon UEC wajib lulus BM, Sejarah - Mat Sabu - Sinarharian - 15/05 12:19 am KLANG - Calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang ingin melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) perlu memenuhi syarat utama iaitu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, syarat itu ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi membolehkan lepasan UEC mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Menurutnya, calon UEC yang memenuhi syarat berkenaan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi di universiti awam."Secara umumnya, bila calon UEC ambil mata pelajaran Sejarah dan Bahasa Melayu serta lulus, mereka boleh diterima masuk ke IPTA," katanya ketika ditemui selepas Peluncuran Tuaian Nanas di Projek Rintis Pintar Parlimen Kota Raja di sini pada Jumaat.Pada Rabu, media melaporkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Dalam perkembangan lain, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makananberkata, bekalan beras negara berada dalam keadaan stabil sehingga penghujung tahun ini.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat pembelian panik kerana stok bekalan masih mencukupi."Bekalan beras berada dalam keadaan stabil buat masa ini sehingga hujung tahun ini, cuma jangan beli banyak-banyak, beli seperti biasa," tambah beliau. |
|
UEC diterima di IPTA tidak sepatutnya dipolitikkan - Anwar - Sinarharian - 15/05 12:19 am SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Keputusan Kabinet membenarkan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sepatutnya dipolitikkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jemaah Menteri."Dunia sekarang, semuanya nak kaitkan dengan politik. Kenyataan telah dikeluarkan semalam (Khamis) bahawa Kabinet bersetuju dengan syarat pemegang UEC perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah."Jadi, kita beri ruang walaupun mungkin memerlukan beberapa kursus perguruan kerana sebelum ini perkara itu tidak dipersetujui |
|
UEC tidak diiktiraf secara automatik, ikut syarat ketat IPTA Nurulhidayah - Sinarharian - 15/05 12:11 am SHAH ALAM - Isu berkaitan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sering dimanipulasi sehingga mengaitkan UMNO dengan tuduhan 'mengkhianati bangsa Melayu', sedangkan banyak pihak didakwa tidak memahami fakta sebenar serta proses penggubalan dasar kerajaan.Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, keputusan berkaitan kemasukan lepasan UEC ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan dibuat secara individu oleh mana-mana menteri, apatah lagi oleh UMNO semata-mata.Menurut beliau, semua keputusan dasar pendidikan negara perlu melalui proses kelulusan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri dan dipersetujui secara kolektif oleh kerajaan."Walaupun Menteri Pengajian Tinggi datang daripada UMNO, segala keputusan dasar dibuat secara bersama dalam Kabinet," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.Dalam masa sama, beliau menegaskan, UEC masih tidak diiktiraf secara automatik untuk semua kemasukan ke IPTA.Jelasnya, syarat asas tetap dikenakan termasuk keperluan kredit Bahasa Melayu serta lulus mata pelajaran Sejarah, selain hanya program tertentu dibuka berdasarkan syarat merit universiti."Untuk kebanyakan program kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain, syarat akademik tetap ketat dan tertakluk kepada keputusan senat universiti," jelasnya lagi.Beliau turut menyifatkan naratif kononnya lepasan UEC kini bebas memasuki IPTA tanpa syarat sebagai tidak tepat dan bersifat manipulasi politik.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga membuka ruang kepada lepasan tahfiz serta aliran pendidikan lain untuk melanjutkan pengajian, yang menunjukkan pendekatan lebih inklusif tanpa mengetepikan identiti nasional."Jangan kerana kebencian politik, semua perkara dijadikan bahan membakar sentimen kaum dan memfitnah parti tertentu," katanya.Beliau turut mengingatkan bahawa setiap pihak perlu memahami struktur kerajaan sebelum membuat penilaian terhadap sesuatu isu dasar negara. |
|
GPMS Perak bantah pengiktirafan KPT terhadap UEC - Sinarharian - 15/05 9:41 am IPOH Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak membantah sebarang bentuk pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) termasuk langkah terbaharu kerajaan yang membuka ruang kemasukan lepasan sijil itu ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Pengerusinya, Faizal Haramaini berkata, walaupun keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) itu dilihat terhad kepada bidang seperti Pengajian Bahasa Cina dan Linguistik Cina ia dibimbangi menjadi titik permulaan kepada pengiktirafan lebih meluas pada masa depan.Menurutnya, dalam konteks dasar awam sesuatu kelonggaran yang diberikan secara terhad hari ini berpotensi menjadi asas kepada tuntutan lebih besar pada masa akan datang."Jika hari ini dibuka ruang untuk satu jurusan esok mungkin timbul desakan supaya ia diperluaskan kepada jurusan lain pula."Akhirnya sedikit demi sedikit garis pemisah antara sistem pendidikan kebangsaan dan sistem peperiksaan persendirian akan menjadi semakin kabur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Faizal berkata, sejak awal kewujudannya UEC merupakan peperiksaan persendirian bagi sekolah yang memilih berada di luar sistem pendidikan kebangsaan serta tidak tertakluk di bawah kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.Katanya, sistem itu juga tidak dibina berasaskan kerangka pendidikan nasional dan tidak menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama seperti yang termaktub dalam asas pendidikan negara."Justeru apabila IPTA mula membuka pintu kepada lepasan UEC walaupun secara terhad ia memberi isyarat bahawa negara mula menerima peperiksaan persendirian ke dalam institusi awam."Keadaan ini secara tidak langsung membuka ruang kepada proses normalisasi UEC," katanya yang juga Pengerusi Biro Pendidikan GPMS Gopeng.Tambah beliau, bantahan terhadap pengiktirafan UEC bukan bertujuan menafikan peluang pendidikan kepada pelajarnya kerana lepasan sijil itu telah lama mempunyai laluan ke universiti luar negara, kolej swasta serta sektor pekerjaan antarabangsa.Jelas Faizal, isu sebenar ialah mempertahankan prinsip Dasar Pendidikan Negara yang berteraskan sistem arus perdana melalui Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).Dalam pada itu, beliau turut menggesa Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir meneliti semula keputusan berkenaan kerana dikhuatiri memberi implikasi jangka panjang terhadap sistem pendidikan negara."Malaysia sudah mempunyai sistem pendidikan kebangsaan sendiri yang dibina atas semangat Perlembagaan, Bahasa Kebangsaan dan identiti nasional."Atas rasa tanggungjawab terhadap masa depan negara, GPMS Perak kekal dengan pendirian menolak UEC secara total," katanya.Pada Rabu, media melaporakan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA |
|
DHPP sandaran PAS kerana Gerakan kian tak relevan, kata penganalisis - FMT - 15/05 8:00 am Azmil Tayeb berkata PAS sedar Gerakan tidak lagi mampu menarik sokongan pengundi bukan Melayu bagi mengukuhkan kedudukan PN. |
|
Pemuda UMNO Selangor sahkan akan hadir Himpunan Daulat Tuanku - Mygazette - 15/05 7:48 am # Pemuda UMNO Selangor sahkan akan hadir Himpunan Daulat Tuanku KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO Selangor mengesahkan akan turut hadir ke Himpunan Daulat Tuanku yang akan diadakan di Shah Alam pada 16 Mei ini |
|
Lebih 10 MP, ADUN pembangkang ???intai??? Rumah Bangsa UMNO – .. - Mygazette - 15/05 7:48 am # Lebih 10 MP, ADUN pembangkang intai Rumah Bangsa UMNO - Asyraf Wajdi KUALA LUMPUR Kira-kira lebih 10 ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok pembangkang telah menyatakan minat untuk menyertai Rumah Bangsa di bawah inisiatif UMNO sekali gus mencetuskan perhatian dalam landskap politik semasa |
|
Lepasan tahfiz, UEC dipertimbang masuk program pengajian tertentu di IPTA - Mygazette - 15/05 7:48 am Permohonan juga tertakluk kepada syarat am dan syarat khas program yang ditetapkan universiti melalui proses pemilihan berdasarkan meritokrasi, menurut kenyataan hari ini. KPT berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri turut bersetuju supaya calon daripada aliran terbabit yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dikendalikan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta diperakui KPM, boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program tertentu di IPTA |
|
UMNO serik kerjasama dengan Pas, Muafakat Nasional sukar dilaksanakan - Puad Zarkashi - Sinarharian - 14/05 7:35 pm SHAH ALAM - Kerjasama antara UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) sukar untuk dilaksanakan walaupun ramai ahli akar umbi mahukan perkara tersebut berlaku.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana pengalaman pahit bersama Pas menyebabkan UMNO serik untuk bekerjasama semula dengan parti itu.Dakwanya, Pas mempunyai sifat iri hati terhadap UMNO."Memang betul cakap Shahidan Kassim |
|
Pindaan Akta Mara: Ahli Majlis tidak boleh pegang lebih dua jawatankuasa - Sinarharian - 14/05 5:52 pm KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara)1996 akan menetapkan Ahli Majlis tidak boleh menganggotai lebih daripada dua jawatankuasa di institusi yang berusia 60 tahun itu pada masa akan datang.Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usaha itu dibuat sebagai langkah pembaharuan bagi menangani konflik kepentingan."Dalam peruntukan baharu ini kita spesifikkan maksimumkan dua sahaja jawatankuasa yang (Ahli Majlis) lembaga boleh berada."Contohnya, Tan Sri Muhammad Ibrahim pengerusikan jawatankuasa pelaburan, dia boleh berada mungkin satu lagi jawatankuasa lain tapi dia tidak boleh berada dalam jawatankuasa yang hampir sama."Perkara itu (hadkan keanggotaan dalam jawatankuasa) diberikan perincian dalam akta itu," katanya menjawab soalan dikemukakan wakil badan bukan kerajaan (NGO) ketika sesi Konsultasi Awam RUU Mara 2026 di sini pada Khamis.Asyraf Wajdi dalam masa sama memberi jaminan, pindaan akta berkenaan juga akanterus memelihara hak orang Melayu dan bumiputera, meskipun berlaku perubahan kepimpinan serta tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan.Ujarnya, langkah itu termasuk cadangan untuk meletakkan akta berkenaan secara jelas di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai hak istimewa, kedudukan dan kepentingan Melayu serta bumiputera."Dalam akta ini, kita akan pertimbangkan untuk meletakkannya di bawah Perkara 153 |
|
Penduduk Malaysia meningkat kepada 34.4 juta, lelaki atasi wanita - Mkini - 14/05 5:06 pm Mengikut etnik, Melayu menyumbang 58.3 peratus daripada jumlah penduduk pada S1 2026 berbanding 58.2 peratus pada S1 2025. |
|
Lupakan persengketaan, ikhlaskan niat demi agama, bangsa - Akmal - Sinarharian - 14/05 4:45 pm SHAH ALAM - Cadangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya UMNO dan Pas kembali bermuzakarah disifatkan sebagai langkah positif yang perlu disambut dengan hati terbuka demi kepentingan agama, bangsa dan masa depan negara.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi satu hantaran di media sosial beliau, menegaskan betapa pentingnya untuk semua pihak mengetepikan perbezaan demi kepentingan yang lebih besar iaitu agama, bangsa dan tanah air.Beliau menyeru agar segala persengketaan yang berlaku sebelum ini dilupakan bagi memberi laluan kepadapenyatuan yang lebih bermakna."Lupakan persengketaan, ikhlaskan niat demi agama bangsa dan tanah air |
|
Jangan sewenangnya lafaz ???tak halal??? cukai untuk B40 – Mufti .. - Mygazette - 14/05 3:46 pm # Jangan sewenangnya lafaz tak halal cukai untuk B40 - Mufti Pulau Pinang GEORGE TOWN - Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman menasihatkan masyarakat supaya tidak terlalu mudah menggunakan ungkapan `tidak halal' ketika membincangkan isu cukai dan subsidi kerajaan yang sedang hangat diperdebatkan di media sosial susulan semakan semula subsidi petrol Budi Madani RON95 (BUDI95) bagi golongan T20 |
|
Cleaner charged with murder of elderly man - Sinardaily - 14/05 2:57 pm MANJUNG A cleaner is charged in the Magistrates Court today with the murder of an elderly man during a robbery at the victims house last week.M |
|
Penduduk Malaysia meningkat kepada 34.4 juta, kadar pertumbuhan lebih perlahan - DOSM - Sinarharian - 14/05 2:38 pm PUTRAJAYA -Penduduk Malaysia pada suku pertama (S1) 2026 dianggarkan berjumlah 34.4 juta berbanding 34.2 juta dalamtempoh sama tahun lepas, dengan kadar pertumbuhan lebih perlahan iaitu 0.5 peratus, menurut laporan perangkaan demografi bagi S1 tahun ini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Khamis.Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penduduk lelaki meningkat kepada 18.0 juta daripada 17.9 juta pada S1 2026manakala perempuan meningkat kepada 16.3 juta daripada 16.2 juta bagi tempoh yang sama setahun lepas."Nisbah jantina ialah 110 lelaki bagi setiap 100 perempuan, manakala nisbah jantina bagi warganegara ialah 102 |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |