///
See Also: Shutterstock

Search : Bachok News   Page 1    



Mangsa banjir 3 negeri cecah 2,054 orang - Mgazette - 23/11 3:19 pm

Menurut laman web Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), sehingga pukul 10 pagi, seramai 1,565 orang di Kelantan, 264 orang di Terengganu manakala 225 orang di Kedah. Kesemuanya berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) manakala daerah yang terjejas ialah Tumpat, Bachok dan Kota Bharu di Kelantan, Kuala Nerus di Terengganu dan Kulim di Kedah





Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000, NADMA arah siap siaga... - Mgazette - 23/11 3:19 pm

# Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000, NADMA arah siap siaga bencana dipertingkat KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang manakala di Terengganu tidak berubah setakat 8 malam ini. Di KELANTAN, kesemua mangsa melibatkan penduduk di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat yang berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS)





MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan, tahap bahaya di .. - Mgazette - 23/11 3:19 pm

# MetMalaysia keluarkan amaran hujan lebat berterusan, tahap bahaya di Kelantan KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat sangat lebat berterusan melibatkan kawasan-kawasan tertentu di beberapa negeri antara 24 hingga 26 November. Di Kelantan, amaran hujan bahaya diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh sehingga 25 November ini





Mangsa banjir di enam negeri terus meningkat, Kelantan paling tinggi - Sinarharian - 23/11 2:09 pm

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir di enam negeri terus merekodkan peningkatan kepada 5,053 orang dengan Kelantan mencatatkan jumlah paling tinggi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 1.40 tengah hari Ahad.Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 4,421 mangsa daripada 1,702 keluarga dipindahkan di empat daerah di Kelantan berbanding 1,970 mangsa yang direkodkan pada jam 9.56 pagi.Ia membabitkan 2,273 orang di Tumpat, Kota Bharu (1,079), Bachok (975 orang) dan Pasir Puteh (tujuh orang).Mangsa ditempatkan di 22 PPS melibatkan 11 di Kota Bharu, Tumpat (enam), Bachok (empat) dan Pasir Puteh (sebuah).Mangsa banjir di Terengganu pula bertambah kepada 548 orang daripada 139 keluarga di dua daerah iaitu Kuala Nerus dan Besut.Daripada jumlah itu, seramai 342 mangsa berlindung di sebuah PPS di Kuala Nerus manakala 213 mangsa pula ditempatkan di dua PPS di Besut.Di Kedah pula seramai 40 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di daerah Kulim.Sementara itu, Perlis dan Pulau Pinang masing-masing turut merekodkan pengaktifan dua dan sebuah PPS namun jumlah mangsa yang dipindahkan sedang dikemas kini.Terdahulu, lima daerah di Kelantan diramal berdepan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa ini.Kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, setakat jam 11 pagi Ahad, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.





Banjir Kelantan: Mangsa terus meningkat, empat daerah terjejas - Harapandaily - 23/11 2:07 pm

Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,591 orang sehingga jam 2 petang ini, menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Semua mangsa banjir membabitkan 1,741 keluarga kini ditempatkan di 22 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Pasir Puteh merekodkan daerah terbaharu dilanda banjir selepas Bachok, Kota Bharu dan Tumpat





JPN Daerah Bachok, Tumpat tutup operasi akibat banjir - Sinarharian - 23/11 12:22 am

KOTA BHARU - Hujan lebat sejak Sabtu menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bachok dan Tumpat terpaksa menutup operasinya pada Ahad.Tindakan itu susulan rumah kakitangan agensi itu ditenggelami banjir menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan tugas.Pengarah Jabatan Pendaftaran negeri, Halimatusaadiah Ramli berkata, operasi di kedua-dua pejabat itu ditutup pada Ahad sahaja."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya ketika dihubungi pada Ahad.Menurut beliau, operasi di kedua-dua pejabat itu terpaksa ditutup selepas laluan masuk ke pejabat tersebut turut dinaiki air.Halimatusaadiah berkata, orang ramai diminta mengunjungi Pejabat JPN berdekatan atau menghubungi talian 09-7441717 atau 09-7482793.





Lima daerah di Kelantan diramal hujan lebat tahap bahaya hingga Selasa - Sinarharian - 23/11 12:13 am

SHAH ALAM - Lima daerah di Kelantan diramal berdepan hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya hingga Selasa ini.Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat 11 pagi ini, daerah terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh."Amaran hujan lebat berterusan (tahap buruk) pula membabitkan Perlis; Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling (Kedah) serta Hulu Perak (Perak)."Selain itu, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai (Kelantan) serta Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun (Terengganu), juga hingga Selasa ini (25 November)," katanya pada Ahad.Bagi amaran hujan berterusan (tahap waspada), MetMalaysia turut memaklumkan daerah yang terkesan hingga 24 November (Isnin) ialah Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah); Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim."Untuk amaran tahap waspada hingga 26 November (Rabu) pula melibatkan kawasan Gua Musang, Kelantan dan Kemaman, Terengganu."Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan platform media sosial rasmi kami."Talian 'hotline' MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan lanjut," ujar kenyataan itu lagi.





MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan, Kelantan Dijangka Paling Teruk Terjejas - Lobakmerah - 23/11 12:07 am

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa daerah di Kelantan, dengan hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga Selasa, 25 November 2025. Amaran itu membabitkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh





'Kami tak dapat pergi kerja, beli barang dapur' - Sinarharian - 23/11 10:49 am

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,717 orang setakat pagi Ahad melibatkan 688 keluarga yang kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga jajahan.Jajahan terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu dan Bachok dengan Tumpat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 700 orang, diikuti Bachok (584) dan Kota Bharu (433).Tinjauan Sinar Harian pada Ahad sekitar jam 10 pagi di sini, mendapati situasi banjir yang semakin memburuk turut menjejaskan urusan harian penduduk termasuk ke tempat kerja dan membeli barang keperluan.Nik Hasmayati Abu Seman, 48, dari Melor berkata, dia terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kota Bharu selepas laluan di Kampung Seribong di sini dinaiki air sedalam kira-kira 0.4 meter."Semalam (Sabtu) sekitar jam 4 petang, laluan di sini masih boleh dilalui





MTL: Kedah negeri terbaharu dilanda banjir - Sinarharian - 23/11 10:10 am

KUALA LUMPUR - Kedah menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir, selepas Kelantan dan Terengganu, sekali gus merekodkan jumlah keseluruhan mangsa yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga buah negeri itu sebanyak 2,112 mangsa pagi ini.Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah dalam kenyataan memaklumkan, kesemua 225 mangsa daripada 66 keluarga dari daerah Kulim ditempatkan di PPS Masjid Al-Muhtadin Sungai Seluang, Surau Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Naga Lilit dan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik."Mukim yang terlibat ialah Sungai Seluang dan mangsa adalah dari Kampung Siam, Kampung Bukit Sarang Ayam, Kampung Paya Serdang, Kampung Titi Tok Aris dan Kampung Padang Cina," menurut kenyataan itu hari ini.Sementara itu, mangsa banjir di KELANTAN mencatat peningkatan kepada 1,623 orang pagi ini berbanding 1,170 orang malam tadi melibatkan tiga jajahan yang terjejas susulan hujan lebat berterusan tahap waspada sejak Jumaat lepas.Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan ekoran itu, 12 PPS kini beroperasi di Kota Bharu, Tumpat dan Bachok.PPS yang terlibat di Kota Bharu ialah SK Sering, SK Raja Sakti, SK Tapang, SK Parang Puting, SK Islah, SK Seribong, dan SK Sabak, manakala di Tumpat melibatkan SK Seri Tumpat 2 dan SK Pengkalan Kubor 2, selain tiga PPS di Bachok, iaitu SK Sembilan Pauh, SK Jelawat dan SK Pa'Pura.Di TERENGGANU, situasi banjir menunjukkan sedikit penurunan jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS berbanding malam tadi.Menurut laman web info bencana JKM, sebanyak 264 mangsa daripada 87 keluarga dari Kampung Baru, Pulau Redang masih berlindung di PPS Masjid Kampung Pulau Redang di Kuala Nerus berbanding 276 mangsa malam tadi.Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di tujuh negeri setakat 1 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri terlibat ialah Perak membabitkan kawasan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub).Turut terlibat ialah kawasan Sabak Bernam dan Hulu Selangor di Selangor; Port Dickson, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan; Tangkak dan Muar di Johor, serta Melaka.Amaran itu turut melibatkan kawasan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat di Sabah.- Bernama





Mangsa banjir di Kelantan meningkat lebih 1,000 orang - Sinarharian - 22/11 10:59 pm

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,170 orang manakala di Terengganu tidak berubah setakat jam 8 malam ini.Di KELANTAN, kesemua mangsa melibatkan penduduk di Kota Bharu, Bachok dan Tumpat yang berlindung di lapan pusat pemindahan sementara (PPS).PPS di Kota Bharu melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Sakti, Sekolah Kebangsaan (SK) Tapang, SK Parang Puting dan SK Sering; SK Pengkalan Kubor 2 dan SK Seri Tumpat 2 di Tumpat manakala SK Pauh Sembilan dan SK Jelawat di Bachok.Tinjauan Bernama di Universiti Malaysia Kelantan Kampus Kota, Pengkalan Chepa, di sini malam ini mendapati sebahagian laluan utama di kawasan kampus telah dinaiki air hingga paras lutut.Selain itu, menurut kenyataan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), lima lembangan sungai utama di negeri itu berisiko berdepan peningkatan paras air sekiranya hujan lebat berterusan.Ia melibatkan Jajahan Pasir Mas iaitu Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kelantan), Pasir Puteh - Lembangan Sungai Semerak (Sungai Semerak dan Sungai Buaya Ikat), Kota Bharu - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Kemasin dan Sungai Kelantan)."Bachok iaitu Lembangan Sungai Semerak (Sungai Kemasin dan Sungai Semerak), Kuala Krai - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Lebir) dan Tumpat - Lembangan Sungai Kelantan (Sungai Golok dan Sungai Kelantan)," menurut kenyataan itu.Sementara di TERENGGANU, situasi banjir gelombang pertama di negeri itu tidak berubah sejak petang tadi dengan jumlah mangsa kekal 276 orang berlindung di PPS Masjid Kampung, Pulau Redang.Di KUALA LUMPUR, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengeluarkan notis kesiapsiagaan operasi bencana yang mengarahkan pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dan daerah selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan.Arahan itu dikeluarkan berikutan amaran hujan berterusan peringkat buruk dan waspada yang melibatkan enam negeri, dengan tumpuan terhadap kawasan berisiko tinggi.Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat buruk di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan bermula hari ini hingga 24 November.Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) untuk tempoh sama, manakala situasi serupa diramal di Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) dan Terengganu hingga 26 November



Bachok flood evacuees triple to 148 as alert-level rain continues - Malaymail - 22/11 7:56 pm

KOTA BHARU, Nov 22 The number of flood victims at the two Temporary Relief Centres (PPS) in Bachok has risen to...





Jumlah mangsa banjir di Bachok meningkat 148 - FMT - 22/11 6:53 pm

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mangsa yang terdiri daripada 51 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara.





Mangsa banjir di Bachok meningkat kepada 148 orang petang ini - Sinarharian - 22/11 6:10 pm

KOTA BHARU - Mangsa banjir di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Bachok meningkat kepada 148 orang daripada 51 keluarga, petang ini.Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS terbabit ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan, Tawang dan SK Jelawat."Dua PPS tambahan turut dibuka iaitu di SK Tapang di Kota Bharu dan SK Pengkalan Kubor 2 di Tumpat, namun setakat ini belum menempatkan sebarang mangsa banjir," menurut InfoBencana JKM.Semalam, Bernama melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini





Bachok daerah pertama di Kelantan dilanda banjir - Sinarharian - 22/11 12:47 am

BACHOK - Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) kali ini selepas hujan berterusan sejak dua hari lalu memaksa penduduk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Pauh Sembilan pada Jumaat.Seramai 38 mangsa daripada 11 keluarga dari Taman Budi di sini menjadi kumpulan pertama dipindahkan oleh anggota keselamatan ke PPS bermula kira-kira jam 10 malam selepas kawasan penempatan mereka dinaiki air setinggi 0.5 meter.Jumlah itu terus meningkat menjelang tengah hari, apabila pihak berkuasa mengesahkan 43 mangsa daripada 12 keluarga kini ditempatkan di PPS berkenaan.Pengerusi Pengurusan Bencana Jajahan Bachok, Mohd Zaki Yusoff berkata, kawasan Taman Budi terbabit antara hotspot banjir yang sering menjadi tumpuan khusus setiap kali MTL melanda.Beliau berkata, operasi penyelamatan berjalan lancar berikutan Pengurusan Bencana Peringkat Jajahan (PPOB) Bachok berada dalam tahap kesiapsiagaan tinggi sepanjang MTL."Kami sudah beberapa kali melaksanakan simulasi banjir dan operasi PPS menjadikan pemindahan mangsa bermula malam tadi hingga pagi ini berjalan lancar."Mangsa di PPS akan dapat makan tiga kali sehari mengikut prosedur operasi PPS bermula sarapan, makan tengah hari dan makan malam pada jam 6 petang," katanya selepas melawat mangsa banjir di PPS berkenaan.Beliau menjelaskan, untuk musim banjir 20252026, sebanyak 22 PPS diluluskan dalam Mesyuarat Pengurusan Bencana Peringkat Jajahan Bachok dan PPS SK Pauh Sembilan menjadi lokasi pertama diaktifkan.Sementara itu Mohd Zaki berkata, hari pertama penempatan mangsa dikategorikan sebagai tempoh bertenang, manakala aktiviti pemulihan emosi dan sokongan psikososial akan dilaksanakan oleh kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sekiranya mangsa masih berada di PPS pada hari berikutnya.Dalam pada itu, katanya, operasi melibatkan kerjasama pelbagai agensi termasuk Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok, Angkatan Pertahanan Awam, polis, tentera, Kementerian Kesihatan, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan."Operasi berjalan lancar melalui pemindahan menggunakan kenderaan pacuan empat roda serta lori polis," katanya.





Hujan berterusan: Kelantan berisiko alami banjir hingga 21 November - Mgazette - 19/11 3:09 pm

Antara jajahan terbabit ialah Tumpat yang melibatkan Lembangan Sungai Golok, Lembangan Sungai Kelantan dan Lembangan Sungai Pengkalan Nangka; Pasir Mas (Lembangan Sungai Golok dan Lembangan Sungai Kelantan); serta Kota Bharu yang meliputi Lembangan Sungai Kelantan, Pengkalan Datu, Kemasin dan Pengkalan Chepa. Bagi Pasir Puteh, kawasan berisiko melibatkan Lembangan Sungai Kelantan dan Sungai Semerak manakala Bachok meliputi Lembangan Sungai Kemasin dan Semerak





Monkey business: Two men plead not guilty to alleged macaque abuse in .. - Malaymail - 19/11 1:00 pm

BACHOK, Nov 19 Two men were charged in the Magistrates Court here today with abusing a macaque by hitting...





Kelantan diramal banjir bermula esok - Kosmo - 18/11 9:44 pm

PETALING JAYA – Beberapa jajahan di negeri Kelantan diramal berisiko mengalami banjir bermula 19 hingga 21 November ini susulan Amaran Hujan Berterusan (Waspada) yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) semalam. Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) dalam kenyataan berkata, potensi banjir itu dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan jajahan Kuala Krai, Jeli, Bachok, Machang, Pasir ..





Thunderstorms in eight states until 5pm today - Sinardaily - 18/11 3:27 pm

KUALA LUMPUR - The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning of thunderstorms, heavy rain and strong winds in eight states until 5pm today.It said in a statement that such weather would be experienced in Perlis, Kedah and Penang, and several areas in Perak - Kerian, Larut, Matang and Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung and Kinta.Similar weather conditions are forecast in Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang and Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun and Kemaman) and Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut and Kuantan).The areas affected in Sarawak are Kuching, Samarahan (Samarahan and Asajaya), Sri Aman, Mukah (Daro), Kapit (Song and Bukit Mabong), Miri (Marudi) and Limbang.Warnings are issued when there are clear signs that indicate thunderstorms with rain intensity exceeding 20 mm per hour that occurred or expected to occur.Thunderstorm warning is a short period warning that not exceeding six hours for a single issue





Ejen insurans parah dibelasah jiran menang saman RM461,600 - Kosmo - 18/11 3:17 pm

KOTA BHARU – Seorang ejen insurans menerima ganti rugi sebanyak RM461,600 apabila menang saman terhadap jiran iaitu dua beranak yang bertindak memukulnya sehingga mengalami gegaran otak dan patah tangan selepas mengalihkan batu bata yang diletakkan mereka di tengah jalan di Perupok, Bachok dekat sini, tiga tahun lalu





Perkhidmatan awam hadapi defisit integriti, persepsi negatif - KPPA - Sinarharian - 18/11 2:51 pm

BACHOK - Perkhidmatan Awam kini berdepan defisit integriti dan persepsi negatif walaupun tindakan pengesanan dan pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semakin agresif, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.Beliau berkata, data menunjukkan persepsi global terhadap tahap rasuah di Malaysia masih statik, justeru kerajaan perlu memperkukuh tadbir urus serta mengadakan langkah pencegahan di peringkat agensi dan kepimpinan."Bagi menangani isu ini, kerajaan telah memperkenalkan dua instrumen baharu





Penganggur didakwa atas tiga pertuduhan samun, rompak, miliki senjata - Mgazette - 18/11 7:52 am

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebatan, jika sabit kesalahan. Ramizu juga didakwa merompak seutas rantai emas milik seorang warga emas Asmah Deraman, 70, di Kedai Gunong, Bachok pada 7.05 pagi, 21 September lepas





Warga emas tinggal sendirian ditemukan meninggal dunia dalam rumah - Mgazette - 17/11 7:58 am

# Warga emas tinggal sendirian ditemukan meninggal dunia dalam rumah KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Jinta Murni, Kampung Pauh Lima, Bachok, hari ini





Video tular aniaya beruk, dua individu dicekup - Mgazette - 16/11 8:02 am

KUALA LUMPUR - Dua individu dicekup Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bachok susulan penularan rakaman video yang memaparkan tindakan seorang lelaki memukul seekor beruk





2 lelaki ditahan disyaki dera beruk - FMT - 15/11 4:45 pm

Ketua Polis Bachok Mohamad Ismail Jamaluddin berkata suspek berusia 24 dan 28 tahun itu direman empat hari hingga Selasa ini.





Two men arrested over viral macaque abuse video in Bachok - Malaymail - 15/11 4:13 pm

KOTA BHARU, Nov 15 Police have arrested two men, aged 24 and 28, to assist in the investigation into the abuse o...





Dua lelaki tampar, hempas beruk ditahan polis - Sinarharian - 15/11 3:01 pm

BACHOK Seorang lelaki yang dipercayai individu dalam video tular menampar dan menghempas seekor beruk jantan telah ditahan polis bersama seorang lagi rakannya yang merakam kejadian terbabit.Kedua-dua suspek berusia 24 dan 28 tahun itu ditahan pada jam 10 malam Jumaat dalam serbuan di kawasan Jelawang, di sini susulan aduan orang ramai selepas rakaman tersebut mencetuskan kemarahan warganet dan pertubuhan kebajikan haiwan.Kedua-duanya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu pada Sabtu bagi permohonan reman.Mahkamah kemudiannya membenarkan perintah reman selama empat hari hingga Selasa ini terhadap kedua-dua suspek, yang dikeluarkan oleh Majistret Amin Rashidi Ramli.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamluddin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tangkapan terbabit.Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 berkaitan perbuatan mendera atau menyakiti haiwan, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penyebaran kandungan jelik di media sosial.Sebelum ini, media melaporkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dipaparkan dalam rakaman berdurasi satu minit 45 saat yang dikongsikan di laman Facebook Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia sejak Jumaat, sekali gus mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.





Amaran hujan lebat, ribut petir di 11 negeri - MetMalaysia - Sinarharian - 14/11 4:01 pm

SHAH ALAM Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berterusan sehingga jam 6 petang ini, melibatkan 11 negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.Menurut MetMalaysia, negeri-negeri yang terlibat termasuk Perlis dan Kedah membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.Di Perak, amaran merangkumi Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar, manakala di Kelantan, kawasan yang terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.Untuk Pahang, ribut petir dijangka berlaku di Pekan, sementara di Selangor, kawasan terlibat termasuk Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.Di Negeri Sembilan, amaran tersebut melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala di Johor, kawasan dijangka terkesan ialah Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru





Tujuh tahun terlantar selepas lahirkan anak sulung, isteri akhirnya pergi' - Sinarharian - 13/11 7:37 pm

BACHOK - "Abang halalkan makan minum, ampunkan dosa dan reda ayang pergi."Demikian kata-kata terakhir yang dibisikkan Muhammad Saiful Sudin, 35, kepada isteri, Nor Fadillah Che Par, 34, yang menghembuskan nafas di sisinya setelah tujuh tahun terlantar sakit akibat lumpuh seluruh badan selepas melahirkan anak sulung mereka, Mohd Syahmi yang kini berusia tujuh tahun.Menurutnya, isteri tercinta menghembuskan nafas terakhir jam 9 pagi pada Rabu di Hospital Bachok di sini akibat kerosakan buah pinggang tahap tiga, jangkitan kuman pada paru-paru, hati rosak serta jantung lemah selepas mengalami demam beberapa hari lalu.Dia berkata, awalnya Nor Fadillah hanya demam biasa sehinggalah dia mengalami sesak nafas pada Selasa dan dibawa ke hospital jam 11 malam untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaannya yang sakit terlantar."Sebelum itu, doktor memaklumkan isteri perlu ditidurkan, namun kerana tidak ingin mengambil risiko oleh kerana dia telah lama terlantar sakit sebelum ini maka ia tidak diteruskan."Sehinggalah jam 2 pagi keadaan isteri stabil dan pada jam 8.30 pagi tadi selepas memberinya minum susu, dia hanya merenung wajah saya."Saya cakap.....ayang tidurlah





Lapan tahun lawan kanser, pensyarah kini genggam PhD - Utusan - 12/11 7:40 am

BACHOK: Lapan tahun melawan kanser termasuk menulis tesis di atas katil selepas menjalani rawatan kemoterapi di hospital bukan penghalang kepada seorang pensyarah yang menghidap kanser payudara menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD)





Enam negeri diramal hujan lebat, ribut petir - Sinarharian - 8/11 6:24 pm

SHAH ALAM - Enam negeri diramal berdepan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 8 malam ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat ialah Kedah di daerah Yan, Pendang dan Kuala Muda manakala Perak di Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar."Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) manakala Terengganu (Besut dan Setiu) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi)."Di Sarawak pula negeri yang dijangka mengalami hujan lebat ialah Kapit," kata MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Laporan cuaca itu dikeluarkan MetMalaysia pada jam 5.45 petang tadi.Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.Ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.



ART 2025: Syarikat Amerika tak kena SST, cukai digital? - Harakahdaily - 6/11 7:42 pm

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Amerika Syarikat menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) 26 Oktober lalu dilihat bertentangan tujuan asal pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) berkata, beliau memetik kandungan perjanjian Malaysia hendaklah mengecualikan eksport barangan pertanian dan hasil laut dari negara itu dikenakan cukai […] Sila log in atau langgan untuk akses sepenuhnya The post ART 2025: Syarikat Amerika tak kena SST, cukai digital? appeared first on Harakahdaily .



Bekas tentera mengaku tak bersalah, hadapi 2 pertuduhan rogol remaja di Bachok - Mdateline - 6/11 4:00 pm

Seorang bekas anggota tentera dihadapkan dengan dua pertuduhan merogol di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini melibatkan mangsa remaja perempuan bawah umur di Bachok, Kelantan ..



PGA rampas 598 biji pil yaba, lelaki ditahan - Mgazette - 6/11 3:14 pm

"Pemeriksaan menemukan satu bungkusan plastik mengandungi 598 biji pil yaba (kuda) dengan nilai anggaran RM13,970 termasuk motosikal yang digunakan." katanya dalam kenyataan, hari ini. Menurut kenyataan itu, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis _methamphetamine._ Suspek kini diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952



Bayi baru lahir ditemui dalam rumah belum siap di Bachok Bayi baru lahir ditemui dalam rumah belum siap di Bachok - SUN - 5/11 7:48 am



Bayi ditemui dalam rumah belum siap di Bachok - Mgazette - 5/11 7:43 am

BACHOK - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Gunong di sini hari ini



Syahir sanggah Anwar kata LNG dari AS sudah lama - Harakahdaily - 4/11 10:08 pm

KUALA LUMPUR: Perjanjian baharu antara Kerajaan Malaysia dan Amerika Syarikat yang mewajibkan PETRONAS membeli gas asli cecair (LNG) dari negara itu bernilai sekurang-kurangnya RM10 bilion setahun telah menjejaskan prinsip kebebasan komersial syarikat minyak dan gas negara itu. Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menegaskan bahawa, kenyataan Perdana Menteri di Parlimen hari ini bahawa pembelian […] The post Syahir sanggah Anwar kata LNG dari AS sudah lama appeared first on Harakahdaily .



Bayi ditemui dalam rumah belum siap di Bachok - Astroawani - 4/11 6:42 pm

Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui di sebuah rumah yang masih dalam pembinaan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan Pak Badol, Gunong hari ini.



FIFA tolak rayuan FAM: MP pembangkang gesa Saifuddin, Hannah letak jawatan - Mgazette - 4/11 3:13 pm

# FIFA tolak rayuan FAM: MP pembangkang gesa Saifuddin, Hannah letak jawatan KUALA LUMPUR Seorang ahli Parlimen pembangkang menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berundur secara terhormat susulan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung dakwaan pemalsuan dokumen kelayakan tujuh pemain warisan. Menurut Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman, ia selaras dengan prinsip Malaysia Madani yang berpaksikan maruah dan integriti



Bayi baru lahir ditinggalkan di bangunan sedang dibina - Sinarharian - 4/11 3:11 pm

BACHOK Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di sebuah bangunan dalam pembinaan berhampiran sebuah sekolah menengah di Gunong di sini pada Selasa.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamluddin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada Klinik Kesihatan Mahligai pada sekitar jam 8.45 pagi.Menurutnya, maklumat awal mendapati bayi berkenaan ditemui orang awam dalam keadaan tanpa pakaian dan hanya dibaluti sehelai kain berwarna hijau dalam rumah yang masih dalam pembinaan."Pemeriksaan awal doktor mendapati bayi lelaki itu tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal, namun terdapat kesan kemerahan pada bahagian muka dan disyaki baru dilahirkan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, bayi itu kemudiannya dibawa ke Wad Nilam 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.Mohamad Ismail berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab meninggalkan bayi tersebut."Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana meninggalkan anak dengan niat untuk menyembunyikan kelahiran," jelasnya.Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Nurul Aida Jaffar di talian 014-2714926 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.



Ingatkan kucing, rupanya bayi ditinggal di banglo dalam pembinaan - Kosmo - 4/11 2:46 pm

BACHOK – Seorang pemilik bengkel tidak menyangka pergerakan objek yang kelihatan seperti seekor kucing rupa-rupanya seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di kawasan pintu sebuah rumah banglo dua tingkat yang sedang dalam pembinaan di Kampung Pak Badol, di sini hari ini



Jumpa bayi baru lahir lengkap bertali pusat di banglo dalam pembinaan - Utusan - 4/11 2:44 pm

BACHOK: Seorang pemilik bengkel terkejut selepas menjumpai seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di kawasan pintu sebuah rumah banglo dua tingkat yang sedang dalam pembinaan di Kampung Pak Badol, di sini, hari ini



Keputusan FIFA: Gesa gantung tugas Menteri KDN, KBS - Harakahdaily - 4/11 2:36 pm

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menggesa supaya Menteri Dalam Negeri (KDN) serta Menteri Belia dan Sukan (KBS) digantung tugas susulan keputusan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menolak rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)



Lima tahun derita 103 murid Kampung Perigi Acheh berakhir - Mgazette - 31/10 7:51 am

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sekolah Kebangsaan Perigi Acheh di Kampung Perigi Acheh di sini hari ini. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tiram, Azizul Bachok dan Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad



Nelayan hanyut di perairan Kemasin ditemui selamat - Mgazette - 29/10 2:46 pm

# Nelayan hanyut di perairan Kemasin ditemui selamat KUALA LUMPUR - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas bot fiber miliknya mengalami kerosakan enjin dan hanyut di perairan Pantai Kemasin, Bachok, semalam, ditemui selamat pagi tadi



Hilang di Tumpat, nelayan ditemukan selamat di Bachok - Sinarharian - 28/10 9:24 pm

TUMPAT - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Pantai Haji Nik Mat di sini ditemukan selamat berhampiran muara Pantai Senok, Bachok pada Selasa.Mangsa, Isa Ismail, 67, ditemukan pada jam 10.30 pagi.Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada anak mangsa, Mohd Zainudin Ismail berhubung kehilangan ayahnya selepas keluar menangkap ikan di perairan Pulau Pantai Haji Nik Mat, Palekbang pada Isnin."Warga emas berkenaan dilaporkan telah keluar menangkap ikan pada jam 7.30 pagi."Mangsa menghubungi anaknya dan memaklumkan bahawa enjin bot miliknya tidak dapat dihidupkan," katanya dalam satu kenyataan.Menurut beliau, mangsa bagaimanaun telah terputus hubungan pada jam 6 petang dengan lokasi terakhir dikenal pasti di sekitar Pantai Senok.Ujarnya, susulan itu gerakan mencari dan menyelamat (SAR) telah digerakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan serta Pasukan Polis Marin di sekitar perairan Tumpat hingga Bachok.Mohd Khairi memberitahu, mangsa kemudian telah ditemukan selamat pada jam 10.30 pagi berhampiran Muara Pantai Senok."Mangsa menzahirkan penghargaan kepada semua agensi penyelamat dan komuniti setempat atas kerjasama yang diberikan dalam misi pencarian tersebut," katanya.



Bersatu Kelantan sah terima arahan larangan sekongkol individu dihukum parti - Sinarharian - 27/10 8:00 pm

KOTA BHARU Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan mengesahkan menerima arahan dalaman yang melarang ahli bersekongkol atau berhubung dengan mana-mana individu yang dikenakan tindakan disiplin oleh Lembaga Disiplin parti.Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, surat pekeliling Setiausaha Agung Bilangan 3 Tahun 2025 yang ditandatangani Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Sabtu lalu diterima melalui saluran rasmi parti pada petang Ahad.Menurut beliau, arahan tersebut telah dimaklumkan kepada semua peringkat pimpinan dan ahli melalui rangkaian dalaman Bersatu negeri."Bersatu Kelantan menerima arahan tersebut dan telah memaklumkannya melalui saluran dalaman parti."Ahli-ahli di Kelantan faham maksud arahan itu dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk mematuhi ketetapan bagi menjaga disiplin serta kesetiaan terhadap perjuangan," katanya ketika ditemui pada Anugerah Seni Negeri Kelantan 2025 di sebuah hotel di sini pada Isnin.Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Rosnan Abdul Rahman.Kamarudin dalam pada itu menyatakan sokongan penuh terhadap arahan tersebut yang disifatkan sebagai satu peringatan tegas kepada seluruh ahli mengenai kepentingan menjaga disiplin, etika dan tatakelakuan dalam organisasi politik."Arahan ini mengingatkan ahli supaya tidak terlibat dalam tindakan yang boleh menjejaskan imej dan perpaduan parti," jelasnya.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan bahawa jumlah keahlian Bersatu di Kelantan kini dianggarkan melebihi 50,000 orang dengan bahagian Bachok mencatatkan keahlian tertinggi iaitu lebih 5,000 ahli.Terdahulu, surat pekeliling tersebut menyatakan bahawa setiap ahli mempunyai tanggungjawab mendukung matlamat dan tujuan parti, serta melaksanakan dasar-dasar parti selaras dengan Fasal 9.1 Perlembagaan Bersatu.Ia juga menyatakan bahawa menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana ahli parti bersubahat dengan pihak luar termasuk mereka yang telah dijatuhkan hukuman, untuk menghasut ahli parti atau mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan nama baik serta maruah parti, kerana perbuatan tersebut bercanggah dengan Fasal 22.1(f) Perlembagaan Bersatu.



Undang tetamu beli, rupanya kita yang labur: Siapa untung? - Harakahdaily - 27/10 2:52 pm

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman menegaskan, Sidang Kemuncak ASEAN perlu menjadi platform yang membawa manfaat ekonomi bersama kepada negara anggota, bukan sekadar menguntungkan pihak luar



Syahir saran kekayaan ASEAN dikembang, dikongsi bersama - Sinarharian - 27/10 12:43 am

SHAH ALAM Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman menyarankan agar kekayaan dan manfaat ekonomi ASEAN dikongsi secara seimbang demi kebaikan bersama seluruh komuniti serantau.Menurutnya, kekayaan dan peluang pelaburan di rantau ASEAN perlu dikembangkan bersama agar manfaatnya tidak hanya tertumpu kepada negara tertentu."Dengan populasi lebih 700 juta, biarlah kekayaan ASEAN sama-sama dikembangkan, sama-sama dikongsikan, supaya kenduri besar di Kuala Lumpur membawa limpahan kebaikan kepada seluruh komuniti ASEAN."Di penghujung Sidang ASEAN, kita nilaikan bersama, berapa jumlah perdagangan dan pelaburan masuk dan sesama ASEAN berbanding jumlah perdagangan dan pelaburan keluar ASEAN," katanya menerusi satu hantaran pada Isnin.Beliau turut memberi peringatan agar keseimbangan dalam hubungan perdagangan serantau diberi perhatian serius."Kita undang tetamu dengan harapan tetamu beli produk kita, melabur di tempat kita



Ganjaran RM5,000 kesan jentolak dicuri - Sinarharian - 26/10 4:30 pm

KOTA BHARU Pemilik sebuah jentolak menawarkan ganjaran RM5,000 kepada orang ramai yang dapat membantu menjejaki jentera berat dicuri sekumpulan lelaki di Tiong di sini pada awal pagi Sabtu.Dalam kejadian kira-kira antara jam 4 pagi hingga 5 pagi itu, dua jentera berat yang disewa oleh Sarisi Muhammadi, 45, suami kepada pengusaha kedai makan, Noor Mala Saleh, 47, telah dicuri oleh lima lelaki yang menaiki sebuah kereta jenis Nissan Sentra dan sebuah motosikal Honda.Menurut Noor Mala, salah satu jentera terbabit telah ditemui semula selepas ditinggalkan oleh perompak di Pauh Lima, Bachok akibat tayar bocor, manakala sebuah lagi masih belum ditemukan.Katanya, kejadian itu disedari ketika suaminya ke lokasi untuk menyerahkan kunci kepada pekerja bagi menjalankan kerja memandu jentolak."Sampai saja lokasi, tak nampak dua jentolak yang diletakkan di depan kedai."Lapan tahun parkir di situ, tak pernah jadi apa-apa, tapi pagi itu sangat terkejut bila dua jentolak hilang," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, jentera berkenaan disewa suaminya sejak sekian lama dan menjadi sumber pendapatan utama mereka melalui upah kerja penyodokan, meratakan serta mengangkut batu dan tanah.Menurutnya, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kumpulan suspek datang dua kali ke lokasi tersebut, masing-masing untuk melarikan jentolak pertama pada jam 4 pagi dan kembali semula pada jam 5 pagi bagi melarikan jentolak kedua."Jentolak pertama tayarnya pancit, sebab itu ditinggalkan di tepi jalan sebelum mereka datang semula untuk melarikan jentolak kedua."Dalam CCTV nampak seorang suspek masuk ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin sebelum seorang lagi memandu dan melarikan jentera," katanya.Beliau menambah, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pengkalan Chepa."Mana-mana individu yang menjumpai atau memberikan maklumat tepat mengenai jentolak bernombor pendaftaran DBN 1889 akan diberi ganjaran RM5,000," katanya.



Rafizi serang Pas untuk selamatkan kedudukan politik Rafizi serang Pas .. - Mgazette - 26/10 3:26 pm

# Rafizi serang Pas untuk selamatkan kedudukan politik KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman mendakwa bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli menjadikan Pas sebagai sasaran untuk menghidupkan semula pengaruh politiknya selepas ditolak oleh partinya sendiri




Reformasi     >>



Mengapa PM Anwar pilih Ethiopia? - Harapandaily
Oleh LEE KHAI LOON Terus-terang, ramai rakyat Malaysia mungkin tidak pernah terfikir pun pasal Ethiopia. Nama Addis Ababa iaitu ibu negara Ethiopia pun mungkin ada yang baru dengar hari ini. Dan kalau kenal pun, mungkin hanya sebab kopi Ethiopia yang padu. Tetapi semasa saya menyertai rombongan rasmi bersama PMX di ..
Kroni     >>



Redang, Perhentian hit by sudden floods, hundreds .. - Star
KUALA TERENGGANU: Continuous heavy rain and a high tide phenomenon have caused flooding in Pulau Redang and Pulau Perhentian, forcing the evacuation of residents to temporary relief centres. Read full story
Tabloid     >>



Wanita & Keluarga Hampir Keluar, Namun Terkandas .. - Siakapkeli
Wanita & Keluarga Hampir Keluar, Namun Terkandas Semula Dalam Perjalanan Ke Danok Kawasan tumpuan pelancong di Hatyai, Thailand dilanda banjir susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Orang ramai termasuk rakyat Malaysia yang bercuti di sana berkongsi mengenai keadaan banjir itu di media ..
Tech     >>



A decision about breaking up Google's adtech monopoly .. - Engadget
Google made its final arguments in a longstanding case against the US Department of Justice on whether it has to split up its ad tech practices. However, the judge presiding over the case may be looking to wrap up the case before Google has a chance to appeal, according to a report from ..
World     >>



How the West has thrown Ukraine under the bus - Tehrantimes
TEHRAN Nearly 1,370 days into the RussiaUkraine war, President Donald Trumps 28-point peace plan has laid bare the contradictions of Western policy. For years, the United States and Europe encouraged Ukraine to confront Russia, promising NATO membership and protection. Now, as the war drags on, those ..
Motor Trend     >>



Honda’s Upcoming Tech Prioritises Joy Of Driving .. - Piston
Electric cars, hybrids or plug-in hybrids? That seems to be the golden question for all car makers these days, doesnt it? And while some car makers have thrown their weight behind EVs, some have adopted a wait and see approach. This cautious approach seems to have paid off as car makers who ..