///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Budi News   Page 1    



Kerajaan perlu jelas kenaikan had BUDI Madani - Harakahdaily - 2/09 10:21 pm

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjelaskan asas keputusan menaikkan had kelayakan bulanan BUDI Madani daripada 200 liter kepada 300 liter, selepas sebelum ini mempertahankan had lebih rendah berdasarkan data penggunaan rakyat.Ketua Penerangan WAWASAN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kenaikan itu tentunya melegakan rakyat yang banyak bergantung kepada kenderaan untuk bekerja, berniaga dan mencari rezeki.Namun […] The post Kerajaan perlu jelas kenaikan had BUDI Madani appeared first on Harakahdaily .





Harga petrol, diesel turun 5 sen bermula esok - Sinarharian - 2/09 6:27 pm

SHAH ALAM - Harga runcit semua produk petroleum tanpa subsidi bagi tempoh 3 September hingga 9 September turun lima sen melibatkan RON97, RON95 serta diesel.Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.25 seliter berbanding RM4.30, RON95 tanpa subsidi pada harga RM3.77 seliter berbanding RM3.82 dan diesel tanpa subsidi pula RM4.67 seliter berbanding RM4.72 sebelum ini.Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 di bawah BUDI Madani RON95 (BUDI95) dan RM2.10 seliter bagi diesel di bawah BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel)."Ini bermakna kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter, bersamaan 47 peratus daripada harga tanpa subsidi."Penerima BUDI Diesel pula terus membayar RM2.10 seliter berbanding harga diesel tanpa subsidi RM4.67 seliter, dengan subsidi kerajaan sebanyak RM2.57 seliter atau 55 peratus daripada harga tanpa subsidi."Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu MOF menjelaskan, penurunan tersebut mencerminkan harga minyak mentah dunia yang diniagakan pada paras lebih rendah bagi sebahagian besar tempoh pengiraan harga Mekanisme Harga Automatik (APM).Namun menurutnya, harga meningkat semula pada penghujung tempoh berikutan peningkatan ketegangan geopolitik di Asia Barat."Walaupun harga minyak mentah brent telah menyederhana daripada paras puncak konflik Asia Barat, pasaran produk petroleum bertapis dunia kekal ketat berikutan gangguan aliran petroleum melalui Selat Hormuz, penyusutan kapasiti penapisan di beberapa negara serta sekatan eksport bahan api."Faktor-faktor ini dijangka terus menyebabkan turun naik harga dalam tempoh terdekat dan kerajaan akan terus melindungi rakyat serta perniagaan daripada kesan ketidaktentuan global, termasuk mengekalkan subsidi bersasar BUDI Madani bagi pengguna layak," jelasnya.





Kenaikan Kuota BUDI95 Lindung Kuasa Beli Isi Rumah - Mydateline - 2/09 5:00 pm

Pengembalian kelayakan asas Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) kepada 300 liter sebulan dapatmeringankan beban kewangan golongan B40 dan M40, sekali gus merangsang pertumbuhan Keluaran Dalam ..





BUDI95: Warganet Teruja Kongsi Kuota Kembali Kepada 300 Liter - Wrlr - 1/09 1:34 pm

Pelaksanaan BUDI95 yang kembali kepada kuota 300 liter sebulan membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan memahami hasrat rakyat





Had kelayakan BUDI MADANI naik semula kepada 300 liter hari ini - Astroawani - 1/09 12:30 am

Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI dinaikkan semula daripada 200 kepada 300 liter bermulahari ini.





MOF: Budi95 and Budi Diesel monthly entitlements back to 300L today - Malaymail - 1/09 12:14 am

KUALA LUMPUR, Sept 1 The basic monthly eligibility limit under Budi Madani has been increased from 200 to 300 li...





Had kelayakan Budi Madani naik semula kepada 300 liter hari ini - Sinarharian - 1/09 11:42 am

KUALA LUMPUR - Had kelayakan asas bulanan Budi Madani dinaikkan semula daripada 200 kepada 300 liter bermula hari ini.Kementerian Kewangan (MOF) menerusi hantaran Facebook memaklumkan, pelarasan itu melibatkan Budi MadaniRON95 (BUDI95) dan Budi MadaniDiesel (Budi Diesel) pada harga subsidi RM1.99 seliter bagi RON95 dan RM2.10 seliter bagi diesel.Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip, kelayakan pula adalah sehingga 400 liter sebulan, termasuk tambahan 100 liter bagi yang layak melalui permohonan."Tiada permohonan semula bagi penerima sedia ada





Peningkatan kuota subsidi bahan api bukti kerajaan dengar rintihan rakyat - Mypress - 1/09 11:30 am

MIRI – Keputusan kerajaan meningkatkan kuota subsidi bahan api menerusi inisiatif BUDI MADANI disifatkan sebagai satu respons positif terhadap kebimbangan rakyat berhubung bebanan kos harian





Pemilik pikap, jip yang layak perlu mohon tambahan 100 liter Budi Diesel - Careta - 1/09 7:35 am

Pemilik yang sudah memperoleh kelulusan bagi tambahan 100 liter sebelum ini pula tidak perlu mengemukakan permohonan baharu





Pengumuman PM beri manfaat pelbagai lapisan pekerja ??? Ramanan - Mygazette - 1/09 7:30 am

Bagi saya sebagai Menteri Sumber Manusia, perkara paling penting ialah bagaimana kekuatan ekonomi negara dapat dirasai oleh pekerja dalam kehidupan seharian mereka, sama ada melalui pengurangan tekanan kos sara hidup, peningkatan kemahiran, peluang menjana pendapatan atau sokongan kepada mereka yang bekerja sendiri, katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Antara langkah diumumkan ialah peningkatan semula kelayakan asas BUDI95 daripada 200 kepada 300 liter sebulan yang bakal memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna





Kuota RON95: `Dia wujudkan, dia turunkan, dia naikkan semula, terima .. - Mygazette - 1/09 7:30 am

# Kuota RON95: `Dia wujudkan, dia turunkan, dia naikkan semula, terima kasih hero Dr Akmal KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mempersoalkan berhubung kajian yang menyatakan kurang satu peratus pengguna dalam sistem Budi Madani RON95 (BUDI95) menggunakan lebih daripada kuota 200 liter sebulan





`Great show!??? PM Anwar puji, hargai sambutan Hari Kebangsaan 2026 - Mygazette - 1/09 7:30 am

Beliau bersalaman dan beramah mesra dengan orang ramai, selain melayani permintaan mereka untuk bergambar, dalam suasana meriah yang menghimpunkan ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat. Seorang daripada kumpulan orang ramai itu, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengembalikan kelayakan asas Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan semasaAmanat Perdana Hari Kebangsaan, semalam





NST Leader: Subsidies are a lifeline, not a bottomless well - NST - 31/08 11:02 pm

TODAY, the reinstatement of the Budi Madani RON95 (Budi95) subsidy quota of 300 litres per Malaysian kicks in, a reprieve for citizens burdened by inflation.





Kelayakan subsidi bahan api kembali 300 liter mulai esok – MoF - Mypress - 31/08 9:34 pm

PUTRAJAYA – Pengguna yang layak menerima subsidi bahan api menerusi BUDI MADANI akan kembali menikmati had kelayakan asas sebanyak 300 liter sebulan mulai esok





Budi Madani: Restored RON95 quota, higher diesel allocation bring relief to motorists, traders - Malaymail - 31/08 7:50 pm

KUALA LUMPUR, Aug 31 The governments decision to restore the assistance quota under the Budi Madani progr...





BUDI Diesel: Pemilik Pikap, Jip Yang Layak Boleh Mohon Tambahan 100 Liter MOF - Siakapkeli - 31/08 6:50 pm

BUDI Diesel: Pemilik Pikap, Jip Yang Layak Boleh Mohon Tambahan 100 Liter MOF Lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pika





Rakyat luah lega, sambut baik pengumuman PMX kembalikan 300 liter - Harapandaily - 31/08 4:38 pm

Pengumuman kerajaan mengembalikan kelayakan asas BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan disambut baik orang ramai





Pemilik pikap, jip layak perlu mohon tambahan 100 liter Budi Diesel - Sinarharian - 31/08 4:29 pm

KUALA LUMPUR - Pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan kelayakan BUDI Diesel sebanyak 100 liter sebulan perlu berbuat demikian menerusi portal Budi Madani.Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan tambahan itu membolehkan jumlah kelayakan bulanan mereka dinaikkandaripada 300 kepada 400 liter pada Selasa.Pemilik yang telah memperoleh kelulusan bagi tambahan 100 liter sebelum ini pula tidak perlu mengemukakan permohonan baharu."Bagi pemilik pikap dan jip yang telah diluluskan tambahan 100 liter sebelum ini, kelayakan mereka akan diselaraskan secara automatik kepada 400 liter mulai 1 Sept2026," menurut kenyataan itu.Permohonan bagi tambahan kelayakan itu boleh dibuat menerusi portal MOF,lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip layak memohon tambahan berkenaan.Sementara itu, had kelayakan asas bulanan Budi Madani akan diselaras semula daripada 200 kepada 300 liter mulai esok seperti diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Amanat Perdana Ambang Merdeka 2026.Pelarasan itu akan dilaksanasecara automatik kepada penerima Budi Madani RON95 (BUDI95) dan Budi Madani Diesel (BUDI Diesel), tertakluk kepada kelayakan masing-masing.Seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga subsidi RM1.99 selitermanakala lebih 700,000 daripada mereka turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.Kenyataan itu memaklumkan bahawa pengembalian had kelayakan bulanan itu mengambil kira pengurusan bekalan yang semakin tersusun, penguatkuasaan lebih tegas, prestasi ekonomi negara yang kukuh dankemampuan kewangan kerajaan





Had kelayakan Budi Madani kembali kepada 300 liter mulai esok - MOF - Sinarharian - 31/08 4:28 pm

SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Kerajaan menetapkan tiga kategori penerima di bawah Program Budi Madani yang akan menikmati peningkatan had kelayakan asas bulanan mulai 1 September.Kementerian Kewangan (MoF) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa had kelayakan yang sebelum ini dikurangkan akan dinaikkan semula selaras dengan keputusan kerajaan untuk memperkukuh sokongan kepada golongan yang layak menerima subsidi bahan api.Menurut kementerian itu, kategori pertama melibatkan penerima Budi Madani RON95 (BUDI95) yang terdiri daripada warganegara Malaysia dengan MyKad dan lesen memandu aktif."Golongan ini akan menikmati had kelayakan sebanyak 300 liter sebulan berbanding 200 liter pada Ogos 2026," menurut kenyataan itu pada Isnin.Bagi kategori kedua, MoF menjelaskan bahawa penerima yang memenuhi syarat asas BUDI95 serta memiliki kenderaan diesel persendirian dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan yang masih aktif turut akan menerima had kelayakan sebanyak 300 liter sebulan.Sementara itu, kategori ketiga melibatkan penerima Budi Madani Diesel (BUDI Diesel) yang telah diluluskan tambahan kuota sebanyak 100 liter sebulan bagi kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan utiliti sukan (jip)."Penerima dalam kategori ini akan menikmati jumlah keseluruhan kelayakan sebanyak 400 liter sebulan berbanding 300 liter sebelum ini."Pemilik pikap dan jip yang layak tetapi belum memohon tambahan tersebut boleh berbuat demikian menerusi portal Budi Madani di www.budimadani.gov.my," katanya.MoF berkata, keputusan mengembalikan had kelayakan bulanan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk pengurusan bekalan yang semakin teratur, penguatkuasaan yang lebih berkesan, prestasi ekonomi negara yang kukuh serta keupayaan kewangan kerajaan.Menurut kementerian itu, langkah berkenaan turut mengambil kira keperluan rakyat yang perlu menempuh perjalanan jauh untuk urusan harian selain membantu peniaga kecil yang bergantung kepada kenderaan sebagai sumber pendapatan."Kerajaan Madani akan terus memastikan subsidi bahan api disalurkan kepada rakyat Malaysia yang layak di samping memperkukuh usaha membendung ketirisan, penyeludupan dan penyalahgunaan," katanya.Dalam kenyataan sama, MoF memaklumkan bahawa seramai 16 juta pengguna kini menikmati petrol RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter.Daripada jumlah tersebut, lebih 700,000 pengguna turut layak menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.





BUDI95: Had kelayakan bulanan kembali kepada 300 liter mulai esok - Mydateline - 31/08 4:00 pm

Had kelayakan asas bulanan BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dinaikkan semula daripada 200 liter kepada 300 liter berkuat kuasa 1 September 2026





'Great show!' - PM puji, hargai sambutan Hari Kebangsaan 2026 - Sinarharian - 31/08 11:42 am

Thank you very much (Persembahan yang hebat, amat hebat! Alhamdulillah, bagus. Terima kasih)," kata beliau ringkas ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di sini pada Isnin.Selesai acara penuh berwarna-warni dan semangat patriotik itu, Anwar turut meluangkan masa menyantuni rakyat yang hadir dengan semangat luar biasa memeriahkan sambutan itu dengan berjalan kaki lebih 500 meter di sekitar kawasan Dataran Putrajaya.Beliau bersalaman dan beramah mesra dengan orang ramai, selain melayani permintaan mereka untuk bergambar, dalam suasana meriah yang menghimpunkan ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat.Seorang daripada kumpulan orang ramai itu, turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengembalikan kelayakan asas Program Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan semasa Amanat Perdana Hari Kebangsaan, semalam."Terima kasih Datuk Seri naikkan BUDI95," kata lelaki itu.Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat tiba pada Hari Kebangsaan yang berlangsung pada jam 8 pagi dan disambut oleh Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Datuk Seri Fahmi Fadzil.Sambutan yang bertemakan "Malaysia Madani: Kesejahteraan Dinikmati" dimulakan dengan istiadat ketenteraan diikuti persembahan pentas dan perarakan warna-warni, yang menggambarkan aspirasi Malaysia Madani sebagai sebuah negara yang mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menghormati kepelbagaian.Acara perarakan dan perbarisan melibatkan penyertaan 10,819 peserta membabitkan 76 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias, 328 aset darat, laut dan udara serta 112 haiwan dalam perkhidmatan, selain 22 unit aset kenderaan elektrik (EV) serta diserikan dengan persembahan grafik manusia di teres.Lebih 100,000 pengunjung hadir menyemarakkan semangat patriotisme dengan ada yang mula berkampung di Dataran Putrajaya sejak petang semalam selain ada juga awal pagi ini mula berpusu-pusu ke lokasi sambutan.Semalam, Anwar ketika menyampaikan Amanat Perdana mengumumkan enam ikhtiar utama kerajaan untuk kesejahteraan rakyat, termasuk mengembalikan kelayakan asas BUDI95 kepada 300 liter sebulan, yang akan memanfaatkan lebih 16 juta pengguna RON95 bersubsidi.Selain itu, Anwar berkata, lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak turut akan menerima BUDI Diesel hingga 400 liter sebulan, yang berkuat kuasa 1 September ini





BUDI95 dikembalikan 300 liter sebulan – PM - Mygazette - 31/08 7:47 am

PUTRAJAYA Kerajaan bersetuju mengembalikan semula kelayakan asas BUDI95 kepada 300 liter sebulan bermula 1 September ini





GKMM sambut baik kuota BUDI95 kembali 300 liter - Mygazette - 31/08 7:47 am

KUALA LUMPUR Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) menyambut baik keputusan kerajaan menaikkan semula kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan mulai 1 September ini





6 ikhtiar bantu rakyat - Utusan - 31/08 7:00 am

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 hari ini membawa khabar gembira buat rakyat apabila kerajaan mengumumkan enam ikhtiar segera bagi memberi manfaat secara langsung dan merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Inisiatif itu termasuk meningkatkan semula kelayakan asas Budi Madani RON95 (BUDI95) daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan yang berkuat kuasa esok





Media practitioners welcome return of 300-litre Budi95 monthly quota - NST - 30/08 9:34 pm

KUALA LUMPUR: The Association of Malaysian Media Clubs (GKMM) has welcomed the governments decision to restore the basic quota under the Budi Madani RON95 (Budi95) programme from 200 litres to 300 litres a month from Sept 1, describing it as a relief for media practitioners.





[INFOGRAFIK] PM umum enam ikhtiar untuk rakyat - Sinarharian - 30/08 8:14 pm

PUTRAJAYA - Kuota asas Budi RON95 Madani (BUDI95) bagi warganegara Malaysia dikembalikan semula kepada 300 liter bagi setiap bulan.Ia merupakan salah satu daripada enam ikhtiar yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026."Belanjawan 2027 akan dibentangkan tidak lama lagi, tetapi biasanya saya akan jawab tunggu belanjawan





Berita Baik, Kerajaan Naikkan Semula Kelayakan BUDI RON95 Kepada 300 Liter Sebulan - Vocket - 30/08 7:42 pm

Kerajaan bersetuju untuk mengembalikan kelayakan asas BUDI RON95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan





Berita Baik, Kerajaan Naikkan Semula Kelayakan BUDI RON95 Kepada 300 Liter Sebulan - Hotfm - 30/08 7:42 pm

Kerajaan bersetuju untuk mengembalikan kelayakan asas BUDI RON95 daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan.





BUDI95 subsidised RON95 petrol quota restored to 300L from 1 September, BUDI Diesel increased to 400L - Soyacincau - 30/08 7:40 pm

If you use more than 200L of RON95 petrol each month, here’s some good news. The government is increasing the monthly subsidised fuel quota under BUDI MADANI, effective 1 September 2026





PM Anwar announces six immediate measures to address people's cost of living - Sinardaily - 30/08 6:14 pm

I understand that the people are still struggling with the cost of living."Therefore, on the eve of National Day, I have had to make efforts, seek solutions and take steps to announce something that can provide temporary relief... for schoolchildren, youths, housewives and mothers, Anwar said when delivering the 2026 National Day Prime Ministers Address at the Putrajaya International Convention Centre (PICC) here today.Also present were Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Communications Minister Datuk Seri Fahmi Fadzil, Cabinet ministers and Chief Secretary to the Government Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.Through the first measure, the Prime Minister said the government had agreed to restore the basic eligibility for the Budi MADANI RON95 (BUDI95) programme from 200 litres to 300 litres per month, enabling more than 16 million users to enjoy subsidised RON95.At the same time, he said more than half a million eligible owners of diesel-powered pickup trucks and four-wheel-drive vehicles would enjoy Budi Diesel of up to 400 litres per month.He also announced that the allocation for the maintenance of all types of schools for 2027 would be increased by 50 per cent from RM1 billion to RM1.5 billion, covering all streams including national schools, Chinese and Tamil national-type schools, religious schools, tahfiz and pondok schools, as well as special education.Anwar, who is also Finance Minister, said he had also instructed the Education Ministry to mobilise efforts at district level to scrutinise infrastructure repair applications so that maintenance work could begin as early as January 2027.The third measure involves the AI for the People programme, which is open to Malaysian youths aged 18 to 30, with 100,000 youths who complete the prescribed modules to receive free subscriptions to AI applications for three months, including IlmuChat, Gemini Enterprise, Wonderclip and MuleRun.For the fourth measure, the Prime Minister said the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) would provide RM1 billion to strengthen the digital efficiency of the public healthcare sector, including the implementation of the Electronic Medical Records (EMR) system and Internet connectivity at 150 hospitals and more than 2,000 public health clinics."The government has also agreed to raise the e-Invoice exemption threshold from RM1 million to RM3 million annually, thereby exempting businesses with annual sales not exceeding RM3 million from the obligation to implement it," he said.In addition, microfinancing facilities would be increased by RM1 billion, bringing the total funding for 2026 from RM5 billion to RM6 billion.Anwar said the government would also introduce the RM200 million Geran Sejahtera MADANI to assist hawkers, small traders, night market traders and mothers running businesses from home."This is the spirit of our unity





Enam ikhtiar Kerajaan Madani bukti suara rakyat didengar AMK - Sinarharian - 30/08 6:08 pm

SHAH ALAM - Enam ikhtiar yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa mesej penting bahawa Kerajaan Madani mendengar, menilai dan bertindak terhadap keperluan rakyat.Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Omar Mokhtar A Manap berkata, pihaknya melihat langkah itu sebagai sebuah pentadbiran yang responsif terhadap realiti kehidupan rakyat.Menurutnya, selepas negara melalui proses pemulihan dan pengukuhan fiskal, kecekapan pentadbiran serta disiplin pengurusan ekonomi perlu terus diterjemahkan kepada manfaat yang boleh dirasai secara langsung oleh rakyat.Katanya, sebahagian ikhtiar itu antara aspirasi dan tuntutan yang dibawa oleh AMK dalam Kongres Nasional PKR baru-baru ini."Ini membuktikan suara anak muda dan akar umbi mempunyai ruang dalam proses pembentukan dasar kerajaan."Kepimpinan Perdana Menteri memperlihatkan reformasi ekonomi dan keprihatinan sosial bukan dua agenda yang terpisah."Ekonomi mesti diperkukuh supaya hasilnya dapat dikembalikan kepada rakyat melalui sekolah yang lebih baik, rawatan cekap, peluang baharu untuk anak muda, bantuan kepada peniaga kecil serta perlindungan tekanan kos kehidupan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan enam ikhtiar bagi meringankan beban rakyat.Antara ikhtiar berkenaan ialah pengembalian kuota asas Budi RON95 Madani (BUDI95) bagi warganegara Malaysia kepada 300 liter sebulan, manakala subsidi Budi Diesel ditetapkan RM400 sebulan.Selain itu, tambahan RM500 juta untuk penyelenggaraan dan pembaikan prasarana sekolah bagi 2027 membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.Kerajaan turut menyediakan program langganan kecerdasan buatan (AI) percuma selama tiga bulan dengan sasaran awal 100,000 belia berumur 18 hingga 30 tahun.Di samping itu, peruntukan RM1 bilion bagi mempercepat pendigitalan sektor kesihatan awam melibatkan 150 hospital dan 2,000 klinik kesihatan.Kerajaan juga menaikkan ambang pengecualian e-Invois dari RM1 juta kepada RM3 juta selain menyediakan RM200 juta Geran Sejahtera Madani untuk kelengkapan peniaga kecil termasuk ibu yang meniaga dari rumah, penjaja serta peniaga pasar malam.Mengulas lanjut, Omar Mokhtar berkata, AMK akan terus memainkan peranan sebagai jambatan antara suara anak muda dengan kerajaan.Jelasnya, jambatan dalam konteks menyampaikan keresahan rakyat secara berani, mengemukakan cadangan konstruktif dan memastikan setiap dasar atau ikhtiar sampai serta mudah difahami."Sempena Hari Kebangsaan 2026, enam ikhtiar tersebut memberikan satu cerita yang wajar dikongsikan."Apabila kerajaan mendengar, rakyat mendapat manfaat





Kuota BUDI95 Kembali Ke 300 Liter Sebulan, BUDI Diesel Sehingga 400 Liter - Amanz - 30/08 5:10 pm

Bermula 1 September, kuota untuk Budi95 kembali semula ke 300 liter sebulan berbanding penyelarasan semula 200 liter yang diperkenalkan pada Jun lalu disebabkan krisis Asia Barat menyebabkan bekalan petroleum berkurangan





Mulai 1 September, BUDI MADANI naik 300 liter, ini antara bantuan baharu diumum Anwar - Mydateline - 30/08 4:38 pm

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa ikhtiar baharu kerajaan bagi menangani kebimbangan rakyat terutama berkaitan kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian





Kuota Budi95 dikembalikan kepada 300 liter - Sinarharian - 30/08 4:23 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kuota asas Budi RON95 Madani (BUDI95) bagi warganegara Malaysia dikembalikan semula kepada 300 liter bagi setiap bulan.Ia merupakan salah satu daripada enam ikhtiar yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026."Belanjawan 2027 akan dibentangkan tidak lama lagi, tetapi biasanya saya akan jawab tunggu belanjawan





Kuota BUDI95 dikembalikan ke 300 liter sebulan - Hmetro - 30/08 3:57 pm

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kuota BUDI MADANI RON95 (BUDI95)dinaikkan daripada 200 liter kepada 300 liter sebulan bermula 1 September ini





Ilmu, adab teras pembentukan generasi hebat Malaysia Anwar - Sinarharian - 28/08 5:22 pm

Kalau dia berilmu, dia membodohkan yang di bawah."Sebab itu kita angkat nilai kemanusiaan. Kita mahu ilmu dan adab digabungkan," katanya ketika menyampaikan ucapan di Sesi Temu Anwar Sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tunku Bainun, di sini pada Jumaat.Turut hadir, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek.Menurut Anwar, kemajuan teknologi seperti teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI) membuka ruang ilmu baharu yang mencabar guru, pensyarah serta pelajar untuk meneroka bidang dan pemikiran baharu.Katanya, dalam usaha melahirkan Malaysia sebagai sebuah negara hebat, aspek ilmu perlu bergerak seiring dengan pembentukan budi pekerti dan nilai kemanusiaan."Kalau negara ini mahu diangkat sebagai negara hebat, saya yakin anak-anak mesti percaya bahawa Malaysia ini negara hebat dan gagah."Daripada mana hebatnya? Darpada ilmu, daripada budi pekerti





Wujud risiko lari, ganggu saksi, pendakwaan mohon jaminan Saravanan RM800,000 - Sinarharian - 28/08 1:01 pm

KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan memohon, Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menetapkan ikat jamin sebanyak RM800,000 terhadap bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, yang berdepan tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.097 juta.Semasa hujahan permohonan jaminan, Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaluddin pada mulanya mencadangkan mahkamah tidak memberikan jaminan kepada Timbalan Presiden MIC berusia 58 tahun itu.Menurutnya, ini kerana kesalahan berkenaan termasuk dalam pertuduhan yang tidak boleh dijamin.Bagaimanapun beliau berkata, sekiranya mahkamah mengguna pakai budi bicara untuk menawarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan kadar itu ditetapkan pada jumlah yang tinggi.Menurutnya, faktor yang perlu dipertimbangkan ialah graviti kesalahan, kedudukan Ahli Parlimen Tapah itu dalam Masyarakat."Ia termasuk risiko tertuduh melarikan diri dan kemungkinan mengganggu atau mempengaruhi saksi pendakwaan."Kedudukannya sebagai seorang ahli politik yang dikenali turut perlu diambil kira kerana kes berprofil tinggi berpotensi mendapat liputan media yang meluas," katanya yang hadir bersama Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib dan P Rubini.Beliau berkata, jumlah jaminan yang dikenakan perlu mencerminkan tahap keseriusan kesalahan yang dipertuduhkan terhadap tertuduh.Menurutnya, jumlah tersebut sangat munasabah dan tidak keterlaluan kerana mengambil kira keseriusan pertuduhan serta hukuman yang diperuntukkan undang-undang.Katanya, jumlah ikat jamin yang dicadangkan adalah munasabah dan tidak keterlaluan memandangkan kesalahan adalah serius membabitkan jutaan ringgit.Selain kadar jaminan itu, beliau turut mencadangkan Pengerusi Yayasan Seniman India itu dikenakan syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, dilarang mengganggu saksi pendakwaan sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga.Katanya, ia termasuk melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali setiap tiga bulan."Jumlah yang dicadangkan itu bukan bersifat menghukum atau keterlaluan, sebaliknya bertujuan memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah sepanjang perbicaraan," katanya.Saravanan dalam kes tersebut diwakili peguam, Datuk Geethan Ram Vincent, Lavinia Raja dan Jeremiah Anand.Selepas mendengar permohonan daripada semua pihak, Hakim, Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM450,000 dengan seorang penjamin warga tempatan."Ia termasuk syarat tambahan melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat sekali setiap tiga bulan dan tidak mengganggu saksi secara langsung atau tidak langsung," katanya yang kemudian menetapkan sebutan semula kes pada 29 September depan.Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, Ahli Parlimen Tapah mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan, menerima suapan masing-masing RM150,000, RM350,000 dan RM597,000 daripada Pengarah Vectica Resources Sdn Bhd, Tan Teck Lim, 65, melalui Allahyarham Syed Amirul Syed Ahmad, 38.Daripada jumlah itu, RM597,000 diterima melalui sekeping cek yang didepositkan ke dalam akaun bank milik Big Seven Ventures Sdn Bhd.Suapan itu didakwa sebagai dorongan dan upah kepada tertuduh, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Sumber Manusia, untuk memberikan kelulusan permohonan 1,000 kuota pekerja asing bagi syarikat TYKB Engineering Sdn Bhd.





BN perlu lebih radikal, berani demi survival politik – Gulam .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm

Selepas pasca PRU-15, BN dengan berat hati dan dilema yang amat sangat meleburkan perjuangan politiknya dengan mengangkat dan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan kerajaan bersama PH dengan 30 Ahli Parlimennya. Ini budi BN yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun yang menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai _PMX_, katanya menerusi satu kenyataan hari ini





Pendakwaan cadangkan Ismail Sabri dijamin setengah juta - Sinarharian - 27/08 12:59 am

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan dalam kes gagal mengisytiharkan wang tunai RM14.7 juta, jutaan mata wang asing serta lima jongkong emas membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis supaya bekas Perdana Menteri itu diberi ikat jamin sebanyak RM500,000.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan pada mulanya tidak mencadangkan pemimpin UMNO berusia 66 tahun itu diberi ikat jamin kerana kesalahan berkenaan termasuk dalam kes yang tidak boleh diberi jaminan.Menurutnya, Ismail Sabri didakwa di bawah kesalahan yang tidak boleh dijamin mengikut Seksyen 388(1) Kanun Tatacara Jenayah.Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya mahkamah mahu menggunakan budi bicara untuk melepaskan tertuduh dengan jaminan, pihaknya memohon kadar itu ditetapkan pada nilai yang tinggi."Mahkamah perlu mengambil kira amaun wang yang terlibat dalam kes ini sangat tinggi iaitu mencecah jutaan ringgit, tidak termasuk jutaan mata wang asing dan beberapa jongkong emas."Yang Arif, disebabkan kesalahan ini membabitkan seorang tokoh politik berprofil tinggi, jadi kami mencadangkan jaminan ditetapkan pada RM500,000 dengan seorang penjamin warganegara Malaysia, termasuk syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.Pada prosiding itu, Farah Ezlin dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin dan Nurul Qistini Qamarul Abrar.Beliau berkata, jumlah wang yang terbabit dalam pertuduhan itu amat besar dan menunjukkan tertuduh mempunyai kemampuan kewangan lebih daripada mencukupi untuk menyediakan jumlah jaminan berkenaan.Menyentuh syarat tambahan itu, beliau berkata, tertuduh mempunyai jaringan hubungan yang luas di peringkat antarabangsa, sekali gus menunjukkan wujud risiko untuk melarikan diri.Katanya, jika dokumen perjalanan antarabangsa itu tidak diserahkan kepada mahkamah, ia akan menyukarkan usaha pihak pendakwaan untuk menjejaki keberadaannya kelak.Pada Khamis, bekas Naib Presiden UMNO itu mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, atas satu pertuduhan tidak mengisytiharkan harta iaitu wang tunai RM14.7 juta, jutaan mata wang asing serta lima jongkong emas, tahun lalu.Mengikut pertuduhan, Ismail Sabri didakwa sengaja memberikan pernyataan bertulis yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 bertarikh 7 Januari 2025.Ia membabitkan kesalahan tidak mengisytiharkan harta di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya pada 7 Februari 2025.Harta itu melibatkan wang tunai RM14,772,150 serta mata wang asing SG$6.1 juta, AS$1.46 juta, CHF3 juta, 12.16 juta, 363 juta, 50,250, NZ$44,600, AE$34.7 juta dan AU$352,850.Ia termasuk lima jongkong emas Petak Suisse Fine Gold seberat satu kilogram setiap satu, selain satu jongkong perak Petak Suisse Fine Silver seberat 100 gram dan satu syiling emas 999 Fine Gold seberat lima gram.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda maksimum RM100,000.Selepas mendengar permohonan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, Suzana membenarkan Ismail Sabri diikat jamin sebanyak RM300,000 dengan seorang penjamin terdiri daripada ahli keluarga.Bagaimanapun, mahkamah tidak membenarkan permohonan pendakwaan supaya pasportnya diserahkan kepada mahkamah.





Harga petrol, diesel tanpa subsidi naik 5 sen - Sinarharian - 26/08 7:37 pm

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi masing-masing naik antara 5 sen seliter bagi tempoh 27 Ogos hingga 2 September ini.Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bagi tempoh berkenaan, harga RON97 ditetapkan pada RM4.30 seliter berbanding RM4.25 seliter, RON95 tanpa subsidi pada harga RM3.82 seliter berbanding RM3.77 dan diesel tanpa subsidi pula ditetapkan pada RM4.72 seliter berbanding RM4.67 sebelum ini.Pada masa sama, harga petroleum bersubsidi kekal pada RM1.99 seliter bagi RON95 di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) dan RM2.10 seliter bagi diesel di bawah BUDI Madani Diesel (BUDI Diesel).Harga bagi Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pula masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter."Kerajaan Madani menanggung subsidi RM1.83 seliter bagi pengguna layak di bawah BUDI95 bersamaan dengan sekitar 48 peratus daripada harga RM1.99 seliter dibayar di pam."Bagi BUDI Diesel, subsidi ditanggung adalah RM2.62 seliter atau 56 peratus daripada harga diesel tanpa subsidi," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Menurut MOF, sekatan trafik di Selat Hormuz yang berterusan terus mengekang bekalan minyak dunia."Selepas 179 hari konflik antara Amerika Syarikat, Israel dan Iran, sekitar 290 juta daripada 400 juta tong minyak yang dipersetujui untuk dilepaskan daripada simpanan kecemasan negara anggota Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) telah disalurkan ke pasaran setakat Julai 2026."Gangguan terhadap kapasiti penapisan di Asia Barat dan Rusia terus mengurangkan bekalan produk petroleum bertapis sekali gus memberi tekanan lebih ketara terhadap harga diesel berbanding petrol," ujarnya lagi.Kementerian itu memberi jaminan Kerajaan Madani akan terus melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global termasuk dengan mengekalkan subsidi bersasar bagi pengguna yang layak.





Tidak waras, lelaki terlepas daripada perintah bela diri Tidak waras, .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

Hakim Nordin ketika menyampaikan keputusan berkata, kes itu mempunyai keadaan berbeza daripada prinsip undang-undang lazim mengenai keperluan tertuduh dipanggil membela diri apabila tiada kes prima facie. Mahkamah berpandangan bahawa ini merupakan kes yang wajar untuk mahkamah menggunakan budi bicaranya bagi membenarkan rayuan dan dalam keadaan ini, pembelaan tidak seharusnya dipanggil





Ahli perniagaan salur RM4.8j kepada Bersatu kerana terhutang budi pada .. - Mygazette - 26/08 4:53 pm

# Ahli perniagaan salur RM4.8j kepada Bersatu kerana terhutang budi pada Muhyiddin KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau tiada motif jahat terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberikan sumbangan wang RM4.8 juta kepada parti itu, lima tahun lalu





Saksi dakwa kontraktor Jana Wibawa diminta sumbang kepada Bersatu - FMT - 26/08 4:39 pm

Ahli perniagaan Azman Yusoff berkata beliau berasa terhutang budi kepada Muhyiddin Yassin kerana membantu kontraktor Bumiputera ketika Covid-19.





Mahkamah Persekutuan putuskan lelaki tidak waras tidak perlu dipanggil bela diri - Sinarharian - 26/08 4:32 pm

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan pada Rabu memutuskan bahawa seorang lelaki berusia 55 tahun yang sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan membunuh bapanya atas alasan tidak warastidak perlu dipanggil membela diri.Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Pang Kar Foong terhadap keputusan Mahkamah Rayuan mengetepikan pembebasannya dan memerintahkan beliaumembela diri atas pertuduhan membunuh bapanya pada 2020.Hakim Nordin ketika menyampaikan keputusan berkata, kes itu mempunyai keadaan berbeza daripada prinsip undang-undang lazim mengenai keperluan tertuduh dipanggil membela diri apabila tiada kes prima facie."Mahkamah berpandangan bahawa ini merupakan kes yang wajar untuk mahkamah menggunakan budi bicaranya bagi membenarkan rayuan dan dalam keadaan ini, pembelaan tidak seharusnya dipanggil."Bagaimanapun, kami akan mengeluarkan perintah supaya tertuduh dalam kes ini ditempatkan dalam jagaan selamat selama diperkenankan Sultan (Perak) mengikut Seksyen 348 Kanun Tatacara Jenayah," katanya.Terdahulu, peguam Gurbachan Singh yang mewakili Kar Foong berkata, anak guamnya mengalami gangguan mental dan tidak siuman dari segiundang-undang mengikutSeksyen 84 Kanun Keseksaan ketika kejadian yang didakwa itu dilakukan.Seksyen 84 memperuntukkan bahawa sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh seseorangakibat ketidakwarasan fikiran, tidak berupaya mengetahui sifat perbuatan itu atau bahawa perbuatan tersebut salah atau bertentangan dengan undang-undang, bukanmerupakan suatu kesalahan."Pegawai penyiasat telah memberikan keterangan dan mengemukakan laporan psikiatri yang dijadikan sandaran oleh Mahkamah Tinggi ketika membebaskan Kar Foong pada akhir kes pendakwaan."Laporan psikiatri itu menyatakan bahawa Kar Foong berada dalam keadaan fikiran tidak waras pada 12 September 2020 dan tidak berupaya mengetahui sifat serta akibat perbuatannya," katanya.Kar Foong, yang membantu bapanya mengusahakan sebuah kedai runcit, didakwa membunuh Pang Ket Tai, 75, di sebuah rumah di Kampung Baru Gunung Rapat, Ipoh, Perak.Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 10.30 pagi hingga 6.30 petang pada 12 September 2020.Menurut laporan psikiatri yang disediakan pakar perunding psikiatri forensik Hospital Bahagia Ulu Kinta,Tanjung Rambutan, Perak, Kar Foong disahkan mengalami gangguan bipolar dengan ciri-ciri psikotik.Laporan itu turut menyatakan bahawa ketika dirawat di wad, Kar Foong mencederakan kedua-dua matanya sendiri dan menjalani pembedahan mata





Sumbang RM4.8 juta untuk balas budi Muhyiddin - Utusan - 26/08 4:16 pm

KUALA LUMPUR: Pengarah sebuah syarikat kontraktor mengesahkan beliau ada membuat pembayaran sebanyak RM4.8 juta kepada Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi membalas budi bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membantunya mendapatkan projek bernilai RM62 juta





'Tiga hadiah wajib PM beri rakyat sempena Hari Kebangsaan' - Mkini - 26/08 11:37 am

Antaranya, kata Ketua Pemuda DAP, Woo Kah Leong, termasuk peningkatan kuota subsidi petrol Budi Madani bulanan kepada 300 liter.





Pekerja hotel tidak mengaku amang seksual kanak-kanak Australia di warung - Sinarharian - 26/08 10:45 am

GEORGE TOWN- Seorang pekerja hotel warga Myanmar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak warga Australia pada minggu lalu.Aung Phyo Win, 30 membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Hakim Juraidah Abbas di Mahkamah Sesyen 1 di sini pada Rabu.Mengikut pertuduhan, tertuduh yang sudah berkahwin didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Warung Penjaja Lorong Baharu di sini jam 9.10 malam pada 20 Ogos lalu.Oleh yang demikian, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebat.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anuarul Hakim Abdul Muen manakala tertuduh diwakili peguam, K Mahendran.Tiada jaminan ditawarkan pihak pendakwaan terhadap tertuduh.Dalam rayuannya, Mahendran memohon budi bicara mahkamah untuk memberi jaminan terhadap tertuduh kerana kuasa jaminan berada di tangan mahkamah."Tertuduh sudah berkahwin dan telah menetap di sini selama empat tahun





JPN Umum Peralihan MyKad Generasi Baharu, Cetakan MyKad Alami Gangguan Sementara Hingga 31 Ogos - Siraplimau - 26/08 9:10 am

Orang ramai yang merancang untuk berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam masa terdekat disaran mengambil perhatian mengenai MyKad Generasi Baharu yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi. Baca juga: RM400 BUDI, PLKN Siri 4 & Banyak Lagi Ini 10 Bantuan Kerajaan & Pengumuman Penting Setakat Minggu Ini! PEMAKLUMAN PERALIHAN MYKAD GENERASI BAHARU Menerusi pemakluman di […] The post JPN Umum Peralihan MyKad Generasi Baharu, Cetakan MyKad Alami Gangguan Sementara Hingga 31 Ogos first appeared on SirapLimau.com .





Bekas operator kilang diarah bela diri bunuh bekas isteri Bekas operator .. - Mygazette - 25/08 7:56 am

Muniandy. Timbalan Pendakwa Raya How May Ling, ketika berhujah dalam rayuan itu, berkata Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Aslam Zainuddin, tidak mempunyai kuasa untuk menawarkan pertuduhan alternatif kerana perkara itu terletak di bawah budi bicara Pendakwa Raya





Strategi Nabi Muhamad SAW kekal menjadi rujukan – PM Strategi Nabi .. - Mygazette - 25/08 7:56 am

Terdahulu Anwar mengenang sirah dan jerih perih Nabi SAW mendirikan pentadbiran baharu di rantau Arab lebih 14 kurun yang lalu. "Selepas usaha islah penat lelah selama sedekad, Madinah yang Baginda suburkan dengan tatanan adil dan ihsan berhasil memaculkan rakyat dengan akal budi dan akhlak yang tinggi





Strategi Rasulullah SAW kekal jadi rujukan dalam usaha islah negara - PM - Sinarharian - 25/08 7:28 am

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan terus berusaha melakukan perubahan dan islah terhadap Malaysia dengan menjadikan strategi Rasulullah SAW dalam mendirikan pentadbiran baharu di rantau Arab lebih 14 kurun lepas sebagai rujukan.Menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Maulidur Rasul, Anwar berkata, tidak mudah membangunkan sebuah negara majmuk di Asia Tenggara pada abad ke-21 dengan segala kemelut dan simpang-siur politiknya namun beliau akan terus berusaha melakukan yang terbaik untuk Malaysia."Keperluan asas harus terjamin dan keamanan nyata amat penting. Iktikad ini menjadi syarat terjaminnya daruriyat dalam Maqasid Syariah seperti yang diungkap Muhammad Imarah."Di Madinatun Nabi yang serba rahmah itu, yang miskin dibantu, yang lemah disantuni, yang berbeza masing-masing diberi ruang."Amalan monopoli disingkir demi pemerataan ekonomi yang lebih saksama, sementara utusan dihantar keluar dengan mesej membina tatanan yang lebih aman dan adil," katanya.Menteri Kewangan itu berkata, beliau sentiasa mendambakan yang terbaik buat seluruh rakyat dan berharap ALLAH SWT terus memberkati Malaysia selain rakyatnya dirahmati dengan kasih sayang serta rezeki yang berkat.Menerusi hantaran sama, Anwar turut berkongsi mengenai sirah dan perit jerih Rasulullah SAW mendirikan pentadbiran baharu di rantau Arab."Selepas usaha islah penat lelah selama sedekad, Madinah yang Baginda suburkan dengan tatanan adil dan ihsan berhasil memaculkan rakyat dengan akal budi dan akhlak yang tinggi."Ternyata paradigma syariah telah merubah sahsiah dan minda mereka dengan kesedaran ketuhanan dan kematangan sosial."Pertembungan tajam Aus dan Khazraj yang sekian lama menggoncang Yathrib dilebur dalam semangat perpaduan Ansar demi kestabilan, menghapus curiga dan kegelisahan kaum yang menghambat kemajuan," katanya.Perdana Menteri turut berkongsi sepotong ayat daripada Surah Quraysh yang bermaksud, "Dia yang memberi makanan bagi menghilangkan kelaparan, dan mengamankan mereka daripada rasa ketakutan."- Bernama





Makin Ramai Anak, Makin Banyak Cuti! Polisi Khas Singapura Ini Buat Netizen Malaysia Jeles & Teringin Nak Rasa - Siraplimau - 24/08 4:56 pm

Justeru, perubahan polisi Cuti Penjagaan Anak yang diumumkan Singapura menarik perhatian apabila jumlah cuti bakal ditentukan berdasarkan bilangan anak dalam keluarga. Baca juga: RM400 BUDI, PLKN Siri 4 & Banyak Lagi […] The post Makin Ramai Anak, Makin Banyak Cuti! Polisi Khas Singapura Ini Buat Netizen Malaysia Jeles & Teringin Nak Rasa first appeared on SirapLimau.com .





Pemilik kenderaan Sabah digesa manfaat dulu tambahan 100 liter BUDI Diesel - FMT - 23/08 12:56 am

Menteri di JPM (Sabah dan Sarawak) Mustapha Sakmud berkata ia bagi membolehkan kerajaan nilai keperluan sebenar dan pertimbang sebarang penambahan kuota.





Peruntukan ahli Parlimen perlu disalur secara adil, tidak harus jadi alat politik kerajaan - Ronald Kiandee - Sinarharian - 19/08 6:59 pm

SHAH ALAM - Peruntukan ahli Parlimen tidak seharusnya dijadikan instrumen politik kerajaan yang boleh diberikan atau dinafikan berdasarkan pihak yang memegang tampuk pemerintahan.Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia perlu menjadi satu hak yang tertakluk kepada peraturan yang jelas, telus dan terpakai secara sama rata kepada semua ahli Parlimen.Menurutnya, jika benar reformasi yang dibawa adalah berasaskan prinsip dan bukan kepentingan politik, maka inilah masanya kerajaan mengambil langkah tuntas untuk berbuat demikian."Jangan jadikan peruntukan rakyat sebagai alat politik. Prinsipnya mudah, peruntukan kepada kawasan Parlimen bukanlah milik peribadi seseorang ahli Parlimen."Sebaliknya, ia adalah wang rakyat yang mesti digunakan untuk kepentingan rakyat dan disalurkan dengan penuh integriti, ketelusan dan keadilan kepada semua kawasan Parlimen tanpa mengira parti atau kedudukan politik wakil rakyat."Jadi, institusikan mekanismenya melalui undang-undang supaya keadilan tidak bergantung kepada siapa yang menjadi kerajaan dan siapa yang menjadi pembangkang," katanya menerusi hantaran Facebook pada Rabu.Tambahnya, isu ini bukanlah baharu memandangkan pihak pembangkang telah menuntut agar peruntukan yang adil diberikan kepada semua ahli Parlimen sejak empat tahun lalu.Jelas Ronald, beliau sendiri bersama rakan-rakan ahli Parlimen Pembangkang daripada Perikatan Nasional (PN) telah membawa perkara ini ke Parlimen."Kami mendesak supaya penyaluran peruntukan ini diinstitusikan melalui satu mekanisme yang adil, jelas dan telus, serta tidak bergantung kepada budi bicara kerajaan atau pertimbangan kepentingan politik semata-mata."Namun, tuntutan dan desakan ahli Parlimen Pembangkang daripada PN sebelum ini bukan sahaja tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan."Malah perkara ini dibiarkan berlarutan selama empat tahun dan disambut dengan pelbagai tohmahan serta retorik politik," ujarnya.Beliau memberitahu, akhirnya isu itu kini datang daripada Ahli Parlimen Kerajaan sendiri, termasuk seorang anggota Jemaah Menteri dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri.Ronald berkata, apabila suara yang sama datang daripada dalam kerajaan sendiri maka ia seharusnya diterjemahkan kepada satu keputusan dan tindakan yang nyata."Sekiranya suara ahli Parlimen Kerajaan sendiri ini juga tidak berhasil membawa perubahan, maka rakyat berhak menilai sama ada agenda reformasi yang sering dilaungkan benar-benar berasaskan prinsip, atau sekadar slogan yang berubah mengikut kedudukan politik," ujarnya.Beliau turut menyeru ahli Parlimen Kerajaan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk turut menyatakan pendirian mereka secara terbuka."Saya dengan ini mengulangi tuntutan yang telah saya kemukakan sejak beberapa tahun lalu agar Kerajaan menyalurkan peruntukan kepada ahli Parlimen Pembangkang secara adil dengan menginstitusikan mekanisme dan ketetapannya melalui satu Rang Undang-Undang," katanya.





Harga petrol, diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos - Sinarharian - 19/08 6:07 pm

Setakat ini, Amerika Syarikat dan Iran masih belum mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian konflik tersebut."Sementara itu, konflik Rusia-Ukraine turut menambah tekanan terhadap bekalan petroleum dunia. Dalam tempoh pengiraan APM, Ukraine telah menyerang sebuah loji penapisan minyak di Rusia yang merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar dunia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Bagaimanapun katanya, harga bahan api bersubsidi bagi pengguna yang layak kekal pada kadar RM1.99 seliter bagi RON95 BUDI95 dan RM2.10 seliter bagi diesel BUDI Diesel.MoF berkata, melalui sistem subsidi bersasar yang disediakan, kerajaan Madani terus melindungi pengguna yang layak daripada kenaikan harga pasaran."Bagi pengguna yang layak di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95), Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter, sekitar 47 peratus daripada harga RON95 tanpa subsidi semasa."Bagi pengguna yang layak di bawah Budi Madani Diesel (BUDI Diesel) pula, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.57 seliter atau 55 peratus daripada harga diesel tanpa subsidi," katanya.Dalam pada itu katanya, selagi konflik di Asia Barat belum mencapai penyelesaian muktamad dan aliran petroleum melalui Selat Hormuz belum kembali normal harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara.Ujar MoF, ketidaktentuan yang berpanjangan juga berisiko memberi kesan lebih mendalam terhadap bekalan produk petroleum di seluruh dunia."Kerajaan Madani bertekad untuk melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global ini sebaik mungkin





Peruntukan Ahli Parlimen, jangan jadikan wang rakyat ???senjata politik??? .. - Mygazette - 19/08 5:11 pm

Katanya, tuntutan supaya peruntukan sama rata diberikan kepada semua Ahli Parlimen bukan perkara baharu kerana pembangkang telah membangkitkan isu itu sejak empat tahun lalu. Saya sendiri bersama rakan-rakan Ahli Parlimen Pembangkang daripada Perikatan Nasional telah membawa perkara ini ke Parlimen dan mendesak supaya penyaluran peruntukan ini diinstitusikan melalui satu mekanisme yang adil, jelas dan telus serta tidak bergantung kepada budi bicara kerajaan atau pertimbangan kepentingan politik semata-mata, katanya di Facebook beliau, hari ini





Buletin Jualan Kenderaan Julai Melonjak 8 Peratus, Maa Jangka Trend .. - Mekanika - 19/08 5:11 pm

Segmen trak pikap mencatatkan kenaikan jualan sekitar 30 peratus berbanding bulan sebelumnya. MAA menjelaskan momentum itu disokong oleh pengumuman subsidi diesel menerusi program Budi Diesel yang berkuat kuasa pada 1 Julai lalu, sekali gus membantu merangsang minat pembeli dalam kategori tersebut





DAP gesa undang-undang khas pastikan peruntukan saksama semua Ahli Parlimen - Mygazette - 19/08 7:43 am

# DAP gesa undang-undang khas pastikan peruntukan saksama semua Ahli Parlimen KUALA LUMPUR - DAP menggesa kerajaan menggubal undang-undang khas bagi menjamin peruntukan kepada semua Ahli Parlimen tanpa diskriminasi berdasarkan kecenderungan politik. Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, kelulusan undang-undang berkenaan akan menghapuskan budi bicara politik dalam proses pemberian peruntukan, selain menjamin ketelusan serta melindungi hak semua pengundi di seluruh negara secara kekal





Tuntut peruntukan sama rata MP sebab DAP bimbang jadi pembangkang selepas .. - Mygazette - 19/08 7:43 am

Terdahulu, media melaporkan gesaan Gobind supaya kerajaan menggubal undang-undang bagi menjamin peruntukan yang saksama kepada semua Ahli Parlimen tanpa diskriminasi berdasarkan kecenderungan politik. Menurut Gobind, kelulusan undang-undang berkenaan akan menghapuskan budi bicara politik dalam proses pemberian peruntukan, selain menjamin ketelusan serta melindungi hak semua pengundi di seluruh negara secara kekal





Syed Saddiq, Bella Astillah kahwin 10 Oktober ini, majlis di menara kedua tertinggi dunia - Sinarharian - 18/08 10:05 pm

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober depan.Video pengumuman eksklusif mengenai tarikh bahagia itu disiarkan secara langsung dalam program MeleTOP di Astro Ria malam ini."Saya terhutang budi kepada mereka yang tak putus-putus berdoa





Gesaan DAP hanya 'wayang', persediaan jadi pembangkang - Wan Saiful - Sinarharian - 18/08 6:33 pm

Tapi ia wayang saja, sebab kalau DAP serius kenapa tak tuntut dari awal?"Dah dekat hujung penggal baru nak berlakon seolah-olah mereka peduli. Padahal sudah lebih tiga tahun mereka zalim dan menafikan hak peruntukan daripada kami wakil rakyat PN," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Terdahulu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo menggesa kerajaan memperkenalkan undang-undang khas bagi menjamin semua anggota parlimen (MP) termasuk daripada barisan pembangkang menerima peruntukan yang sama rata.Menteri Digital itu berkata, reformasi berkenaan perlu dilaksanakan segera dan tidak boleh bergantung semata-mata kepada budi bicara kerajaan.Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan) itu berkata, tuntutan supaya satu akta diwujudkan bagi menjamin peruntukan kepada semua ahli Parlimen bukan didorong keikhlasan menjaga kepentingan rakyat, sebaliknya kepentingan parti itu sendiri."DAP sekarang bimbang mereka jadi pembangkang selepas PRU16, sebab itu baru sekarang dia mahukan akta diwujudkan untuk menjamin peruntukan."Sebenarnya mereka hanya nak sediakan 'jaringan keselamatan' untuk diri sendiri sahaja."Dengan akta yang mereka tuntut ini, mereka rasa mereka boleh terus belanjakan wang negara selepas hilang kerajaan dan jadi pembangkang nanti," katanya lagi.Beliau berkata, pendirian DAP itu mudah dibaca sebagai usaha melindungi kepentingan parti sendiri, bukannya memperjuangkan hak rakyat secara keseluruhan.





DAP desak peruntukan saksama untuk semua ahli Parlimen - Sinarharian - 18/08 2:50 pm

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] DAP menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya segera menyediakan Peruntukan Pembangunan Kawasan (CDF) secara saksama kepada semua ahli Parlimen.Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, pihaknya telah berulang kali menyampaikan perkara berkenaan kepada Perdana Menteri dan berharap beliau mengambil langkah yang perlu untuk melaksanakannya secepat mungkin."Manifesto pilihan raya PH secara jelas menyebut penyediaan peruntukan pembangunan yang saksama kepada semua ahli Parlimen secara menyeluruh."Hal ini berasaskan prinsip bahawa tindakan menahan peruntukan yang saksama menjejaskan mandat demokratik wakil rakyat yang dipilih, dan pengundi di mana-mana kawasan Parlimen tidak sepatutnya didiskriminasi hanya disebabkan oleh pilihan atau pegangan politik mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Dalam pada itu, beliau memuji Anwar atas pengumuman peruntukan tambahan secara terus kepada setiap kawasan Parlimen pada minggu lalu."Walaupun langkah ini sememangnya amat membantu, hal tersebut masih belum menyelesaikan isu teras, iaitu komitmen untuk menyediakan peruntukan yang saksama dan bebas daripada diskriminasi kepada setiap ahli Parlimen," ujarnya lagi.Beliau menambah, DAP turut mendesak agar penggubalan undang-undang dilaksanakan bagi menyokong peruntukan yang saksama kepada semua ahli Parlimen.Gobind berpandangan, kelulusanundang-undang ini akan menghapuskan budi bicara politik dalam proses berkenaan,menjamin ketelusan, serta melindungi hak semua pengundi di seluruh negara secara kekal.Justeru, Gobind menggesa Perdana Menteri untuk mengatasi kelewatan berkenaan dan mengambil langkah ke hadapan dengan menyediakan peruntukan saksama kepada semua ahli Parlimen terlebih dahulu, dan seterusnya menggubal undang-undang menjamin peruntukan kawasan saksama secara kekal bagi setiap ahli Parlimen di Malaysia.




Reformasi     >>



Funding spat brews between Zahid's and Anwar's .. - Mkini
Public dispute began on Monday with the rural and regional development minister venting his frustration.
Kroni     >>



Death toll from Nepal-China flash floods at 1,220, .. - NST
ISLAMABAD: The death toll from last weeks devastating flash floods and mudslides on the China-Nepal border has climbed to 1,220, while nearly 4,762 people, including 844 foreigners, remained missing, Anadolu Ajansi reported, citing the latest official data on Wednesday.
Tabloid     >>



Selepas Lebih Empat Tahun, Yasin Sulaiman Kini .. - Siakapkeli
Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 51, kini dibenarkan pulang ke rumah selepas lebih empat tahun menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. Per...
Tech     >>



Apple CEO John Ternus shares first memo to staff in .. - Mashable
Apple's new CEO John Ternus sent his first staff memo, teasing a big iPhone reveal and thanking Tim Cook for the handoff.
World     >>



Trump suggests renaming Strait of Hormuz as Trump .. - Aljazeera
Despite renewed fighting with Iran and near daily attacks on ships, Trump says Strait of Hormuz is 'under USA control'.
Motor Trend     >>



Toyota Labur RM1.12 Bilion Untuk Pengeluaran Kenderaan .. - Careta
Menurut laporan VietnamNet Global, pelaburan itu melibatkan operasi pengeluaran Toyota di Phuc Yen, wilayah Phu Tho, yang sebelum ini merupakan sebahagian daripada wilayah Vinh Phuc. Pada 28 Ogos lalu, Jawatankuasa Rakyat Wilayah Phu Tho menyerahkan keputusan pindaan dasar pelaburan dan sijil