| /// |
|
| Search : Allahyarham Amirul Hafiz News | Page 1 |
|
Krisis Asia Barat: Johor sedia langkah berdepan tekanan kos sara hidup... - Mgazette - 31/03 3:38 pm # Krisis Asia Barat: Johor sedia langkah berdepan tekanan kos sara hidup - MB JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor akan mengambil langkah awal dan tersusun dalam menghadapi tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat kesan daripada perang di Asia Barat |
|
Pemandu mabuk sebabkan kematian boleh dituduh kesalahan membunuh – .. - Mgazette - 31/03 3:37 pm # Pemandu mabuk sebabkan kematian boleh dituduh kesalahan membunuh - Peguam KUALA LUMPUR Individu mabuk yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan mangsa lain maut boleh dituduh membunuh berdasarkan peruntukkan Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan |
|
???Arwah buat dua kerja untuk menyara keluarga??? ??? Ibu Amirul Hafiz - Mgazette - 31/03 3:37 pm Tidak sangka dia tinggalkan kami dalam waktu singkat, katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Repoh di Batu Kurau, dekat sini, semalam. Isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar, Nor Nadia Abdul Majid, 32, bersama tiga anaknya, Muhammad Aqif Amsyar, 9, Muhammad Afif Izz Rayqal, 7 dan Nur Humaira, 2, menunjukkan gambar mereka sekeluarga ketika ditemui di kediaman keluarga arwah di Kampung Repoh di Batu Kurau, Larut |
|
Buletin Cadang Pinda Akta 333, Wajibkan Pemandu Mabuk Bayar Ganti Rugi ??? .. - Mekanika - 31/03 3:37 pm # CADANG PINDA AKTA 333, WAJIBKAN PEMANDU MABUK BAYAR GANTI RUGI ANTHONY LOKE **Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, selain daripada hukuman penjara yang dikenakan.** Menterinya, Anthony Loke berkata langkah itu selaras pendirian kerajaan yang tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah kerana ia jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain |
|
Lelaki bunuh jiran dipenjara 35 tahun, 12 sebatan - Sinarharian - 31/03 1:50 pm KLANG - Bekas pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 35 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah didapati bersalah membunuh jirannya, empat tahun lepas.Hakim Norliza Othman turut menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun terhadap S Panirselvam, 42, kerana mencederakan seorang lagi jiran wanitanya.Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu serentak bermula dari tarikh tangkap pada 13 Disember 2022.Bagi pertuduhan pertama, Panirselvam didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafiz Abdullah, 52, di hadapan sebuah rumah di Jalan Tepi Sungai, di sini antara 10.30 pagi hingga 11 pagi, 13 Disember 2022.Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa dengan sengaja menyebabkan cedera parah ke atas Ng Hui Can, 46, dengan parang yang mungkin menyebabkan kematian di lokasi dan waktu yang sama.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aqilah Ahmad Fuad memohon mahkamah menjatuhkan hukuman mati kerana perbuatan membunuh satu kesalahan yang amat serius."Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mahkamah boleh lihat bagaimana sendiri si mati dan mangsa ditetak berulang kali oleh OKT (Orang Kena Tuduh) menggunakan parang sehingga menyebabkan kecederaan yang membawa maut kepada si mati dan juga kecederaan parah kepada mangsa."Walaupun si mati ketika itu sudah tidak berdaya untuk menyelamatkan dirinya, OKT masih lagi menetak si mati menggunakan parangnya dan kejadian ini menjadikan perbuatan OKT lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh mahkamah," katanya.Peguam Zamri Ibrahim yang mewakili tertuduh merayu mahkamah mengurangkan hukuman kerana anak guamnya telah menyesali perbuatan yang melampaui batas itu |
|
Lelaki bunuh jiran dipenjara 35 tahun, 12 sebatan - Mkini - 31/03 1:47 pm Panirselvam didakwa menyebabkan kematian Muhammad Hafiz Abdullah, 52 dengan ditetak berulang kali menggunakan parang. |
|
Bekas penyelaras DUN didakwa kemuka dokumen palsu - Sinarharian - 31/03 12:26 am ALOR SETAR - Seorang bekas penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu mengenai laporan perbelanjaan berjumlah lebih RM33,000, dua tahun lepas.Faizal Zailan, 45, didakwa mengemukakan dokumen Laporan Perbelanjaan Peruntukan Kerajaan B02 bagi November hingga Disember 2023 Penyelaras DUN Bakar Arang bertarikh 1 Januari 2024 berjumlah RM33,850 kepada Pembantu Tadbir Kewangan, DUN dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.Dia yang telah digugurkan daripada jawatan itu didakwa mempunyai sebab mempercayai dokumen tersebut mengandungi butir matan palsu mengenai Ringkasan Laporan Peruntukan Khas Perbelanjaan Peruntukan Penyelaras DUN 2023, Penyelaras DUN Bakar Arang, dengan senarai penerima bantuan peruntukan berkenaan tidak menerima wang itu.Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Penyelaras DUN Bakar Arang, Sungai Petani pada 7 Januari 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama yang memperuntukan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah terlibat atau RM10,000, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.Pegawai Pendakwa SPRM Kedah, Mohd Zulfadli Azharudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Faizal.Peguam Mohd Amirul Ramli memohon jaminan lebih rendah memandangkan anak guamnya tidak lagi bertugas di Pejabat Penyelaras DUN itu dan menjalankan perniagaan sendiri dengan pendapatan tidak tetap serta menanggung isteri dan anak berusia setahun.Hakim N Priscilla Hemamalini menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes pada 11 Mei |
|
Amanah cadang hukuman sebat pemandu mabuk sebabkan kematian - Sinarharian - 31/03 11:47 am SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) mencadangkan agar hukuman sebat dikenakan ke atas pemandu mabuk menyebabkan kematian, bagi mencerminkan keseriusan jenayah berkenaan setaraf dengan kesalahan berat lain.Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, walaupun kerajaan telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan meningkatkan tempoh penjara sehingga 20 tahun, kes kemalangan maut melibatkan pemandu di bawah pengaruh alkohol dilihat masih berleluasa.Menurutnya, peruntukan di bawah Seksyen 44(1) akta itu yang menetapkan hukuman penjara 10 hingga 15 tahun bagi kesalahan pertama serta 15 hingga 20 tahun bagi kesalahan kedua, masih belum memadai sebagai langkah pencegahan yang efektif."Hukuman sebat biasanya dikenakan ke atas kesalahan jenayah serius seperti rogol, rompak dan dadah. Sudah sampai masanya kerajaan menganggap kesalahan kematian akibat pemandu mabuk juga sebagai satu kesalahan jenayah serius," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.Cadangan tersebut dikemukakan susulan insiden kemalangan maut yang menimpa Allahyarham Amirul Hafiz Omar semalam, yang disyaki dilanggar oleh seorang pemandu mabuk.Selain itu, Amanah turut menggesa kerajaan mempertimbangkan mekanisme pampasan segera yang setimpal, sama ada dibayar oleh pesalah atau melalui keluarga mangsa, selain tuntutan insurans sedia ada bagi meringankan beban ditanggung.Parti itu juga mencadangkan pindaan Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi membolehkan pembatalan lesen memandu dilakukan serta-merta ke atas individu yang ditahan di bawah pengaruh alkohol.Dalam pada itu, Muhammad Faiz menegaskan keperluan kawalan lebih ketat terhadap jualan minuman beralkohol, termasuk melibatkan kategori pembeli dan premis jualan.Beliau mencadangkan agar larangan menjual atau menghidangkan minuman beralkohol di tempat terbuka dikuatkuasakan, selain meletakkan tanggungjawab kepada premis untuk memastikan pelanggan tidak memandu sendiri selepas mengambil alkohol."Premis jualan boleh dikenakan satu kesalahan sekiranya menjual atau menyediakan minuman beralkohol kepada mereka yang memandu sendiri," ujarnya.Terdahulu, Amanah turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz dan menyifatkan kehilangan nyawa akibat kecuaian itu sebagai satu tragedi yang amat membebankan keluarga mangsa. |
|
Memandu mabuk satu jenayah besar, bercanggah Maqasid Syariah - Mufti WP - Sinarharian - 31/03 10:15 am SHAH ALAM - Semua pihak perlu memainkan peranan membanteras gejala pemanduan dalam keadaan mabuk termasuk melalui penguatkuasaan undang-undang, pendidikan masyarakat dan kesedaran individu.Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil berkata, ia kerana perbuatan tersebut merupakan satu jenayah besar di sisi syarak dan undang-undang negara, malah bercanggah dengan prinsip Maqasid Syariah yang menekankan pemeliharaan nyawa, akal serta kesejahteraan masyarakat.Ujarnya, pengambilan arak juga adalah haram secara qati dalam Islam, menunjukkan bahawa agama memelihara akal manusia daripada sebarang unsur yang merosakkan."Perbuatan memandu dalam keadaan mabuk merupakan satu bentuk kesalahan yang berat dan melampaui batas sehingga boleh mengundang kehilangan nyawa."Meskipun tiada niat untuk membunuh, tindakan mengambil alkohol dan seterusnya memandu dalam keadaan hilang pertimbangan akal jelas menunjukkan sikap cuai yang tinggi, sama ada dalam bentuk melampaui batas mahupun sengaja."Keadaan ini tetap menuntut pertanggungjawaban di sisi syarak kerana ia melibatkan pencerobohan terhadap hak keselamatan dan nyawa orang lain," katanya dalam Tinta Mufti Bil 98/2026 menerusi laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada Selasa.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurut Ahmad Fauwaz, dalam isu tersebut, aspek syarak dan perundangan mempunyai kaitan dan tujuannya sama iaitu menjaga nyawa serta kemaslahatan umum.Kata beliau, pengharaman arak dalam Islam bertujuan untuk memelihara kesucian agama daripada sebarang unsur yang melalaikan dan merosakkan hubungan manusia dengan ALLAH SWT."Lebih daripada itu, arak juga merosakkan fungsi akal, sehingga menyebabkan hilang keupayaan seseorang untuk membezakan antara baik dan buruk."Selain itu, kemalangan jalan raya yang berpunca daripada pemandu mabuk bukan sahaja mengancam nyawa, bahkan turut membawa kepada kerugian harta benda sama ada melibatkan kenderaan, kemudahan awam mahupun harta milik individu lain," ujarnya.Ujar beliau, kehilangan nyawa akibat kemalangan berkenaan turut memberi kesan terhadap institusi kekeluargaan, termasuk kehilangan tempat bergantung, gangguan emosi dan terjejasnya kesinambungan keturunan."Oleh yang demikian, perbuatan memandu dalam keadaan mabuk jelas bertentangan dengan keseluruhan kerangka Maqasid Syariah bahkan juga bertentangan dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan."Keberadaan pemandu jenis ini bukan hanya menyusahkan individu lain dan negara bahkan mereka boleh dianggap sebagai penjenayah jalan raya," kata beliau |
|
Pemandu mabuk bakal wajib bayar ganti rugi selain dipenjara - Wrlr - 31/03 8:59 am Harapandaily March 30, 2026 Pemandu bawah pengaruh alkohol bakal diwajibkan membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain dikenakan hukuman penjara |
|
Hadkan jualan, naikkan harga minuman keras - Sinarharian - 31/03 8:13 am IPOH Kerajaan digesa mempertimbangkan langkah mengehadkan jualan serta menaikkan harga minuman keras bagi mengurangkan kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol yang semakin membimbangkan.Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, R Sharvin berkata, sudah tiba masanya tindakan lebih tegas diambil berikutan banyak nyawa terkorban akibat kecuaian pemandu mabuk dan individu di bawah pengaruh dadah.Menurutnya, insiden terbaharu yang tular hanyalah sebahagian daripada rentetan tragedi yang berulang melibatkan kehilangan nyawa serta memberi kesan besar kepada keluarga mangsa."Realitinya, terlalu banyak nyawa telah terkorban. Setiap tragedi bukan sahaja meragut satu nyawa tetapi turut memusnahkan kehidupan sebuah keluarga."Keadaan ini juga menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Sharvin berkata, antara langkah yang boleh dipertimbangkan ialah mengehadkan jumlah premis yang menjual minuman beralkohol."Antara langkah yang perlu dipertimbangkan ialah mengehadkan jumlah kedai yang menjual minuman beralkohol serta mengawal penjualannya dengan lebih ketat."Selain itu, peningkatan harga minuman alkohol juga boleh menjadi salah satu mekanisme untuk mengurangkan akses mudah dan pembelian berlebihan dalam kalangan pengguna," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menegaskan keperluan untuk memperketatkan undang-undang terhadap pemandu mabuk, termasuk mengenakan hukuman lebih berat terutama jika melibatkan kehilangan nyawa.Tambah beliau, isu keselamatan nyawa rakyat tidak boleh dipandang ringan dan memerlukan tindakan segera daripada semua pihak bagi memastikan tragedi seumpama itu tidak terus berulang.Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri berkata, Malaysia disaran memperkenalkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap pemandu mabuk bagi memberi pengajaran serta mengurangkan kes kemalangan maut yang semakin membimbangkan.Uajar beliau, undang-undang sedia ada di negara ini dilihat masih lemah berbanding negara lain seperti Taiwan yang mengenakan hukuman lebih keras terhadap pesalah.Menurutnya, di Taiwan, pemandu mabuk yang menyebabkan kematian boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati, manakala di Malaysia hanya melibatkan hukuman penjara dan denda."Hukuman yang ada ketika ini masih terlalu ringan, malah pesalah juga boleh membuat rayuan untuk meringankan hukuman, sedangkan perbuatan mereka telah meragut nyawa insan tidak berdosa."Situasi ini menimbulkan persoalan mengenai keadilan kepada mangsa dan keluarga yang terpaksa menanggung kehilangan orang tersayang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Hafez berkata, kesan terhadap keluarga mangsa amat besar, khususnya apabila mangsa merupakan punca utama pendapatan keluarga.beliau menegaskan kerajaan tidak boleh terus bersikap defensif atau berlengah dalam memperketatkan undang-undang berkaitan kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol."Bayangkan penderitaan isteri yang kehilangan suami dan anak-anak yang kehilangan ayah buat selama-lamanya akibat kecuaian pemandu mabuk."Lebih menyedihkan apabila keluarga tersebut hilang tempat bergantung, sekali gus menambah beban kehidupan mereka," ujarnya.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu, sebarang kompromi dalam kes melibatkan kehilangan nyawa adalah kegagalan dalam melindungi rakyat.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta |
|
Isteri Mangsa Pemandu Mabuk Kongsi Momen Hadiahkan Motosikal & Sifat Amirul Hafiz Undang Sebak Jaga Keluarga Tanpa Mengeluh - Siraplimau - 31/03 8:02 am Motosikal yang ditunggang Allahyarham Amirul Hafiz Omar, mangsa kemalangan maut akibat dirempuh pemandu mabuk pada Ahad, difahamkan merupakan hadiah istimewa daripada isterinya kira-kira tiga tahun lalu |
|
???Saya hilang tempat bergantung??? ??? Isteri Amirul Hafiz nekad tuntut .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Saya hilang tempat bergantung Isteri Amirul Hafiz nekad tuntut keadilan LARUT Keluarga kepada penunggang motosikal yang maut akibat dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, di Selangor semalam nekad mahu mengambil tindakan undang-undang bagi menuntut keadilan buat arwah. Isteri Allahyarham Amirul Hafiz Omar, Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, keputusan itu juga dibuat sebagai suatu pembelaan buat tiga anaknya, Muhammad Aqif Amsyar, 9; Muhammad Afif Izz Rayqal, 7 dan Nur Humaira, 2, yang kini kehilangan bapa tersayang |
|
Johor bentang pelan hadapi kesan konflik Asia Barat terhadap ekonomi, .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Johor bentang pelan hadapi kesan konflik Asia Barat terhadap ekonomi, pelaburan JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan membentangkan pelan jangka pendek dan panjang bagi berdepan situasi semasa susulan konflik di Asia Barat termasuk kesannya terhadap sektor ekonomi dan pelaburan di negeri ini |
|
Pemandu mabuk, terlibat dadah bakal berdepan hukuman berat – Anthony - Mgazette - 31/03 7:40 am # Pemandu mabuk, terlibat dadah bakal berdepan hukuman berat - Anthony KUALA LUMPUR Kerajaan memberi amaran keras tiada ruang kompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah susulan kemalangan maut yang meragut nyawa Amirul Hafiz Omar di Jalan Raya Barat, Klang semalam |
|
Diyat perlu diteliti lindungi hak waris mangsa kemalangan – Zulkifli .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Diyat perlu diteliti lindungi hak waris mangsa kemalangan - Zulkifli KUALA LUMPUR - Mekanisme diyat, iaitu pampasan berasaskan syariah wajar diteliti sebagai instrumen keadilan kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut dalam kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor semalam |
|
Laksana Akta 333, jangan biar rakyat anggap undang-undang lunak – .. - Mgazette - 31/03 7:40 am # Laksana Akta 333, jangan biar rakyat anggap undang-undang lunak - Choo Seong KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan digesa untuk melaksanakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) (Pindaan 2020) sepenuhnya bagi mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah (DUI) khususnya melibatkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 |
|
Zulkifli moots diyat for drink-driving victims family - FMT - 30/03 11:03 pm The religious affairs minister says the rights of Amirul Hafiz Omars bereaved family cannot be overlooked. |
|
Syariah-based 'diyat' proposed as justice mechanism for drink-driving victim's family - Sinardaily - 30/03 10:18 pm KUALA LUMPUR - The diyat mechanism as a Syariah-based compensation should be explored as an instrument of justice for the family of Amirul Hafiz Omar, who was killed in a suspected drink-driving crash at Jalan Raya Barat, Klang, Selangor, yesterday, says Minister in the Prime Ministers Department (Religious Affairs) Dr Zulkifli Hasan.He said the rights of the victims heirs must not be overlooked and that the diyat approach should be given due consideration to ensure justice and proper protection for the bereaved family."I strongly condemn the tragic incident in Klang, which claimed the life of a father, Amirul Hafiz Omar, due to a driver believed to be intoxicated and positive for drugs |
|
'Siang kerja di gudang, malam kerja penghantaran' - Rakan dedah arwah Amirul gigih sara tiga anak - Sinarharian - 30/03 10:14 pm KLANG "Dia tak pernah berkira tenaga, ringan tulang dan sentiasa mempermudahkan urusan orang lain."Demikian luahan pilu rakan sekerja kepada Amirul Hafiz Omar, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Raya Barat di sini pada Ahad.Rakan sekerja mangsa, Illyasa Saipuzzaman berkata, pemergian Amirul bukan sahaja mengejutkan, malah meninggalkan kekosongan besar selepas lebih sedekad mereka bekerja bersama.Menurutnya, arwah dikenali sebagai seorang yang peramah, rajin membantu dan sentiasa mengukir senyuman."Kami bekerja bersama kira-kira 11 tahun |
|
'Diyat perlu diteliti lindungi hak waris mangsa kemalangan' - Zulkifli - Sinarharian - 30/03 10:02 pm KUALA LUMPUR - Mekanisme diyat, iaitu pampasan berasaskan syariah wajar diteliti sebagai instrumen keadilan kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut dalam kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang, Selangor semalam.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, hak waris mangsa tidak boleh diabaikan dan pendekatan diyat perlu diberi perhatian bagi memastikan keadilan serta perlindungan sewajarnya kepada keluarga waris."Saya mengecam sekeras-kerasnya insiden tragik di Klang yang meragut nyawa seorang bapa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar akibat pemandu dipercayai mabuk dan positif dadah |
|
Kes pemandu mabuk: AMANAH syor hukuman sebat, batal lesen serta-merta - Harapandaily - 30/03 8:24 pm Parti Amanah Negara (AMANAH) mencadangkan hukuman sebat diperkenalkan sebagai tambahan kepada hukuman sedia ada terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian, susulan insiden tragis yang meragut nyawa seorang mangsa semalam. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, pihaknya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang maut dalam kemalangan jalan raya dipercayai akibat dilanggar pemandu.. |
|
Pemandu mabuk: Pampasan setimpal perlu diberikan kepada keluarga mangsa - Young Syefura - Sinarharian - 30/03 7:43 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menyokong supaya pampasan yang setimpal diberikan kepada keluarga mangsa bagi kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk.Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu berkata, beliau bersetuju dengan cadangan untuk pindaan undang-undang berkaitan kesalahan pemandu mabuk itu.Katanya, selain itu perlu juga ada penguatkuasaan ketat di sekitar kawasan yang berisiko tinggi atau hotspot."Perkara ini (bersifat) rentas kementerian, (jadi) perlu ada penyelarasan penuh antara kementerian bagi menangani perkara ini daripada terus berulang," katanya dalam hantaran di platform Threads pada Isnin.Terdahulu, pelbagai pihak terutamanya pemimpin kerajaan dan pembangkang tampil mendesak undang-undang dipinda bagi membolehkan hukuman lebih berat termasuk hukuman mati dan penjara seumur hidup dikenakan terhadap pelaku kes pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah.Malah, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah kes kemalangan maut membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain hukuman penjara.Ujarnya, langkah itu antara usaha memperkukuh undang-undang terhadap pemandu bawah pengaruh alkohol dan dadah.Pada Ahad media melaporkan, seorang penunggang motosikal Allahyarham Amirul Hafiz Omar maut dirempuh kereta dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Mengulas lanjut, Young Syefura menegaskan, meskipun pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dilaksanakan sebelum ini, kes pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian dan kecederaan masih berlaku sehingga kini."Berdasarkan data terkini selepas pindaan akta berkenaan, sebanyak 2,306 kes direkodkan pada 2022, diikuti 1,989 kes pada 2023 dan 1,589 kes pada 2024 |
|
Amirul maut ketika keluar beli buku matematik abang long - Mkini - 30/03 7:00 pm Dia kata nak pergi beli buku matematik abang long sebab buku itu hilang. |
|
'Nampak sangat dia teringin' - Perkongsian lama isteri mangsa pemandu mabuk undang sebak - Sinarharian - 30/03 6:47 pm SHAH ALAM - Perkongsian lama isteri kepada penunggang motosikal yang maut akibat dilanggar pemandu mabuk kembali tular di media sosial sehingga mengundang sebak dalam netizen.Hantaran yang dimuat naik pada tahun 2022 oleh Nor Nadia memaparkan momen dia menghadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 kepada suaminya, Allahyarham Amirul Hafiz Omar.Dalam perkongsian tersebut, wanita itu meluahkan perasaan terhadap sikap suaminya yang disifatkan bertanggungjawab terhadap keluarga."Isteri ni dah lama perasan, setiap malam sebelum tidur mesti skrol gambar motosikal lepas tu save (simpan) |
|
Maut dirempuh pemandu mabuk: MMA gesa dana pampasan diwujudkan - Sinarharian - 30/03 6:46 pm PUTRAJAYA Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan wujud kegagalan sistemik dalam melindungi kebajikan keluarga mangsa kemalangan akibat pemanduan di bawah pengaruh (DUI), meskipun undang-undang sedia ada mengenakan hukuman berat terhadap pesalah.Presidennya, Datuk Dr R Thirunavukarasu, berkata penalti kewangan yang dikenakan ke atas pesalah ketika ini tidak disalurkan secara langsung kepada keluarga mangsa yang terkesan.Menurutnya, keadaan itu menyebabkan keluarga yang kehilangan pencari nafkah terpaksa berdepan tekanan berganda tanpa sokongan mencukupi."Keluarga yang kehilangan pencari nafkah sering terpaksa mengharungi proses perundangan yang kompleks, pertikaian insurans berpanjangan serta beban kewangan yang besar, selalunya tanpa sokongan mencukupi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau menegaskan Malaysia ketika ini masih tidak mempunyai mekanisme pampasan khusus bagi mangsa DUI, sama ada melibatkan alkohol atau dadah.Jelasnya, situasi tersebut menyebabkan keluarga mangsa seolah-olah gagal dilindungi dua kali, pertama akibat insiden yang meragut nyawa dan kedua oleh sistem yang sepatutnya memberi keadilan."Akibatnya, keluarga mangsa seolah-olah gagal dilindungi dua kali, iaitu pertama oleh insiden tersebut dan kemudian oleh sistem yang sepatutnya menyampaikan keadilan," jelas beliau.Mengulas lanjut, Dr Thirunavukarasu berkata, walaupun pindaan Akta Pengangkutan Jalan 2020 telah memperketatkan hukuman termasuk penjara dan denda tinggi, langkah itu masih belum mencukupi dari sudut perlindungan kepada mangsa.Sehubungan itu, MMA menggesa kerajaan menubuhkan Dana Pampasan Mangsa DUI khusus bagi menyediakan bantuan kewangan segera kepada keluarga terjejas.Selain itu katanya, bantuan guaman mandatori juga perlu disediakan bagi memastikan akses keadilan yang lebih saksama kepada semua pihak.Dalam pada itu, MMA turut menggesa penguatkuasaan lebih agresif melalui pelaksanaan Op Mabuk secara berterusan sepanjang tahun dengan sekatan jalan raya yang tidak dapat dijangka serta berimpak tinggi.Menurut beliau, saringan rutin bukan sahaja perlu melibatkan alkohol, tetapi juga dadah yang boleh menjejaskan keupayaan pemanduan.Mengulas risiko DUI, beliau berkata walaupun statistik rasmi menunjukkan kes pemanduan mabuk menyumbang kurang daripada 0.5 peratus kemalangan maut, setiap kematian yang boleh dicegah tetap tidak boleh diterima."Walaupun satu kematian yang boleh dicegah tidak boleh diterima. Setiap kes mewakili kehilangan nyawa yang tidak dapat diganti serta kemusnahan sebuah keluarga," katanya.Tambah beliau, bukti daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan pemandu mabuk adalah 13 kali lebih berkemungkinan menyebabkan kemalangan.Katanya, risiko itu menjadi lebih tinggi apabila alkohol dan dadah digunakan secara serentak, sekali gus menjadikan DUI sebagai ancaman nyata terhadap keselamatan awam.Dalam masa sama, MMA mencadangkan agar had kandungan alkohol dalam darah (BAC) diturunkan selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), selain mewajibkan program pemulihan kepada pesalah.Beliau turut menegaskan keperluan kempen pendidikan awam berterusan bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya DUI dalam semua bentuk."DUI bukan isu bermusim, sebaliknya risiko nasional berterusan yang memerlukan respons menyeluruh dan terselaras," ujarnya.MMA dalam pada itu merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, yang maut akibat insiden DUI.Dr Thirunavukarasu berkata, keadilan tidak boleh terhenti pada hukuman semata-mata."Ia mesti merangkumi perlindungan, sokongan dan maruah untuk keluarga yang ditinggalkan," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang pada Ahad.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey dilaporkan berkata, kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Katanya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa menyebabkan mangsa tercampak di atas kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian. |
|
Prison is not enough: Widow vows legal action after husband killed in Klang crash involving suspected drunk driver - Malaymail - 30/03 6:44 pm LARUT, March 30 The widow of Amirul Hafiz Omar, 33, who was killed after being hit by a driver believed to be un... |
|
Kes pemandu mabuk: Laksana Akta 333, pastikan hukuman lebih berat - Pemuda MCA - Sinarharian - 30/03 6:07 pm SHAH ALAM - Insiden seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh pemandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah semalam, sekali gus mencetuskan desakan agar tindakan lebih tegas diambil bagi membendung kemalangan seumpama itu.Mangsa, Amirul Hafiz Omar maut akibat dirempuh pemandu di bawah pengaruh bahan terlarang alam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang, pada Ahad.Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong menggesa Kementerian Pengangkutan (MOT) melaksanakan sepenuhnya Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) pindaan 2020, khususnya Seksyen 41 hingga Seksyen 45 bagi memastikan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah."Pelaksanaan tegas akta itu bukan sahaja mampu mengurangkan angka kemalangan, malah membantu Kerajaan Madani mengelak tanggapan negatif masyarakat terhadap sistem perundangan negara."Keadilan mesti ditegakkan dan dilihat ditegakkan bagi memberi iktibar dan kesedaran kepada orang ramai |
|
'Bawa RUU pemandu mabuk ke Parlimen' - Shahidan - Sinarharian - 30/03 5:53 pm SHAH ALAM Sidang Dewan Rakyat akan datang perlu menjadi medan untuk kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang bagi memperketat undang-undang sedia ada berkaitan hukuman berat terhadap pemandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah yang menyebabkan kematian.Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, selain itu wajar mengambil langkah segera memperkukuh penguatkuasaan tanpa berlengah.Menurutnya, ketika ini Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun hingga maksimum 15 tahun, denda RM50,000 hingga RM100,000 serta penggantungan lesen selama 10 tahun bagi kesalahan tersebut."Nyawa rakyat tidak boleh dikompromi dan tindakan tegas mesti diambil," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sinar Harian pada Ahad melaporkan seorang penunggang motosikal maut tercampak selepas dirempuh kereta dipandu seorang individu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey memaklumkan, bahawa siasatan awal mendapati kereta Honda City dipandu lelaki berusia lingkungan 20-an secara melulu dari arah Jalan Raya Barat ke Bandar Klang sebelum bertindak memotong kenderaan lain sehingga memasuki laluan bertentangan lalu merempuh motosikal terbabit.Dalam hantaran yang sama, Shahidan turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar."Saya juga berharap agar pihak kerajaan dapat menyalurkan bantuan serta sokongan sewajarnya kepada keluarga mangsa."Marilah kita bersama-sama mendoakan agar semua mangsa akibat kecuaian ini mendapat pembelaan yang seadilnya, dan keluarga yang ditinggalkan terus dipelihara kebajikannya," ujar beliau. |
|
MOT cadang pinda akta pengangkutan wajibkan pesalah mabuk bayar ganti rugi - Mkini - 30/03 5:36 pm Menterinya Anthony Loke juga rakam ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang terlibat dalam nahas tragis. |
|
'Arwah keluar beli buku teks Matematik anak' - Isteri mangsa maut dirempuh pemandu mabuk - Sinarharian - 30/03 5:25 pm LARUT - "Papa keluar dulu, abang long nak sekolah, tak ada buku..."Itu kata-kata terakhir Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, ketika keluar menaiki motosikal untuk membeli buku teks Matematik anaknya sebelum maut dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat dekat Klang, Ahad lalu.Isterinya, Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, arwah sudah beberapa hari menyatakan hasrat untuk membeli buku tersebut kerana bimbang anak sulung mereka yang berusia sembilan tahun tidak dapat mengikuti pembelajaran di sekolah.Menurutnya, pada hari kejadian, arwah memaklumkan mahu ke Seksyen 19, Shah Alam untuk mendapatkan buku berkenaan."Dia kata nak pergi beli buku Matematik abang long sebab buku itu hilang |
|
'Mama...sakitnya papa' - Keluarga mangsa rempuhan pemandu mabuk nekad tuntut keadilan - Sinarharian - 30/03 5:12 pm LARUT - Keluarga Amirul Hafiz Omar, 33, mangsa kemalangan maut akibat dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat dekat Klang, Ahad lalu nekad mahu menuntut keadilan.Isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid, 32, berkata, tindakan undang-undang akan diambil bagi menuntut pembelaan sewajarnya buat arwah suaminya serta masa depan tiga anak mereka."Saya akan lawan demi keadilan semua terutama anak-anak."Suami saya tidak bersalah |
|
MOT cadang pinda Akta 333 wajibkan pesalah di bawah pengaruh alkohol bayar ganti rugi - Sinarharian - 30/03 5:06 pm KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan pesalah membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa, selain daripada hukuman penjara yang dikenakan.Menterinya, Anthony Loke berkata, langkah ini selaras dengan pendirian kerajaan yang tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah kerana ia jelas membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain."Pindaan undang-undang yang memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap pesalah telah diluluskan di Dewan Rakyat dan berkuat kuasa pada Oktober 2020," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut Akta 333 mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun, serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika disabitkan kesalahan.Bagi kesalahan berulang, hukuman adalah lebih berat, iaitu penjara tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta denda antara RM100,000 hingga RM150,000."Justeru, MOT menggesa Polis Diraja Malaysia untuk menyegerakan siasatan kes kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Klang semalam secara menyeluruh agar kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan pendakwaan, seterusnya berharap agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat terhadap pesalah sekiranya didapati bersalah," katanya.Dalam pada itu, MOT turut merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Amirul Hafiz Omar yang terlibat dalam nahas tragis berkenaan dan menyifatkan kehilangannya amat menyayat hati dan merupakan satu bentuk kecuaian jenayah yang tidak boleh diterima sama sekali.Semalam, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Lim Jit Huey memaklumkan seorang penunggang motosikal maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat di Klang.Insiden yang berlaku kira-kira jam 11.40 pagi itu mengakibatkan mangsa tercampak ke atas bumbung kereta lain dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Rakaman video kemalangan itu turut tular di media sosial yang memaparkan sebuah kereta dipandu laju memotong garisan berkembar dan merempuh sebuah motosikal sehingga mengakibatkan penunggangnya melambung sebelum tercampak ke atas kenderaan lain |
|
'Saya mahu keadilan untuk arwah suami dan anak-anak' - Isteri penunggang .. - Hmetro - 30/03 4:27 pm Larut: Saya mahukan keadilan untuk suami dan anak-anak |
|
Anak Bung Moktar, Musa, Hajiji bergelar Datuk - Mgazette - 30/03 3:59 pm KUALA LUMPUR - Tiga anak pemimpin tertinggi di Sabah menerima pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman hari ini |
|
Pemandu Mabuk: Beri Pampasan Kepada Keluarga Si Mati #MGFlash - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Pemandu Mabuk: Beri Pampasan Kepada Keluarga Si Mati #MGFlash Desakan supaya undang-undang membabitkan kes kematian membabitkan pemandu mabuk diperketatkan terus berkumandang susulan kematian tragis penunggang motosikal, Amirul Hafiz Omar, semalam |
|
PRN Johor: Pas pertahan DUN Maharani, hasrat rampas DUN Simpang Jeram - Mgazette - 30/03 3:59 pm # PRN Johor: Pas pertahan DUN Maharani, hasrat rampas DUN Simpang Jeram JOHOR BAHRU - Pas Johor akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan berhasrat merampas kerusi DUN Simpang Jeram daripada Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang |
|
Nahas pemandu mabuk: Hukuman lunak hantar mesej salah kepada masyarakat .. - Mgazette - 30/03 3:59 pm # Nahas pemandu mabuk: Hukuman lunak hantar mesej salah kepada masyarakat - Pembela KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) tampil menawarkan khidmat perundangan secara percuma (pro bono) kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang menjadi mangsa nahas pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang, semalam |
|
Pemandu mabuk: Anthony Loke `do something’! – Khairil Nizam - Mgazette - 30/03 3:59 pm Jelasnya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook perlu segera mengambil tindakan drastik bagi memastikan keadilan ditegakkan buat mangsa dan keluarga mereka. Dalam pada itu, Khairil Nizam turut merujuk kejadian kemalangan disebabkan pemandu mabuk melibatkan mangsa, Allahyarham Amirul Hafiz yang dilaporkan maut ketika dalam perjalanan keluar mencari rezeki untuk isteri dan anak-anaknya semalam |
|
Pemuda PAS tawar bantuan mangsa pemandu mabuk - Harakahdaily - 30/03 1:44 pm KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menawarkan khidmat guaman secara sukarela bagi membantu keluarga seorang penunggang motosikal yang maut, Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 30-an, dipercayai dirempuh pemandu mabuk |
|
PEMBELA tawar khidmat guaman pro bono bantu keluarga mangsa pemandu mabuk - Sinarharian - 30/03 1:37 pm SHAH ALAM Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menawarkan khidmat perundangan secara pro bono kepada keluarga mangsa insiden kematian tragis akibat dilanggar oleh pemandu mabuk yang berlaku baru-baru ini di Jalan Raya Barat, Klang.Presidennya, Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya kejadian tersebut yang disifatkan sebagai kecuaian melampau sehingga meragut nyawa insan tidak berdosa."Bantuan guaman itu meliputi nasihat perundangan, pemantauan prosiding kes serta representasi di mahkamah bagi memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya."Usaha ini juga bertujuan membantu keluarga mangsa mendapatkan pampasan yang sewajarnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang susulan insiden tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau menegaskan, perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol merupakan satu jenayah serius yang tidak boleh dipandang ringan oleh mana-mana pihak."Sebarang bentuk kelonggaran terhadap pelaku hanya akan memberi isyarat salah kepada masyarakat dan membuka ruang kepada lebih banyak tragedi seumpamanya."Minuman memabukkan perlu dikawal dengan lebih tegas, manakala premis yang menyediakannya juga harus bertanggungjawab menghalang pelanggan daripada memandu dalam keadaan mabuk," ujarnya.Tambah beliau, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas termasuk memastikan pendakwaan dilakukan secara segera serta hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku."Kegagalan mengambil tindakan sewajarnya boleh dianggap sebagai pengkhianatan terhadap keadilan dan keselamatan awam," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun nyawa yang hilang tidak dapat dikembalikan, usaha menegakkan keadilan kepada mangsa dan keluarga perlu diberi keutamaan.Menurutnya, kerajaan juga disaran mempertimbangkan pelaksanaan konsep diyat bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa."PEMBELA boleh dihubungi melalui No 019-3217845 (En Amirul Arib) untuk tindakan lanjut," katanya.Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu, Amirul Hafiz Omar maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta di Jalan Raya Barat.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan dua buah kereta.Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.Jelasnya, pemandu berkenaan dipercayai memotong beberapa kenderaan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal ditunggang mangsa. |
|
Mangsa pemandu mabuk buat 2 kerja sara keluarga - Hmetro - 30/03 1:26 pm Kuala Lumpur: Arwah kuat bekerja, siang dia bekerja di gudang, malam dia jadi penghantar sambilan, kata Illyasa Saipuzzaman rakan kepada Amirul Hafiz Omar, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu mabuk di Jalan Raya Barat, Klang dekat sini semalam |
|
Pemandu mabuk ragut nyawa: Akmal cadang hukuman mati, penjara seumur hidup dikenakan - Sinarharian - 30/03 1:00 pm SHAH ALAM - Kerajaan sekali lagi digesa mempertimbangkan cadangan untuk menjatuhkan hukuman lebih berat termasuk penjara seumur hidup atau hukuman mati bagi kes melibatkan kematian akibat pemandu mabukKetua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, untuk membolehkan hukuman lebih berat itu dikenakan terhadap pelaku, pendakwaan bagi kes tersebut perlu dibuat di bawah Kanun Keseksaan.Menurutnya, gesaan itu dibuat susulan kemalangan tragis yang meragut nyawa seorang penunggang motosikal, Allahyarham Amirul Hafiz Omar yang menjadi satu lagi peringatan mengenai ancaman nyata pemandu mabuk di jalan raya.Kata beliau, hakikatnya, kes tersebut bukan insiden terpencil kerana sudah terlalu kerap rakyat mendengar mengenai nyawa insan tidak bersalah diragut oleh kecuaian pihak yang memilih untuk memandu dalam keadaan mabuk."Lebih membimbangkan, kejadian sebegini seolah-olah tidak lagi memberi kesan kepada golongan terbabit, malah dilihat semakin berleluasa."Sejak awal, kita telah mendesak agar hukuman terhadap pemandu mabuk diperketatkan |
|
'Baru bertemu Sabtu, Ahad dia pergi selamanya' - Rakan kongsi kisah pilu pemergian Amirul - Sinarharian - 30/03 12:15 am KLANG - "Dia tidak pernah berkira tenaga, ringan tulang dan sering mempermudahkan urusan orang lain."Itu luahan pilu seorang rakan sekerja kepada Amirul Hafiz Omar, penunggang motosikal yang maut dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Raya Barat di sini pada Ahad.Rakan sekerja mangsa, Illyasa Saipuzzaman berkata, pemergian Amirul bukan sahaja mengejutkan, malah meninggalkan kekosongan besar buat mereka yang sudah lebih sedekad bekerja bersama.Menurutnya, arwah merupakan seorang yang ringan tulang, peramah dan sentiasa mengukir senyuman."Kami sudah bekerja bersama kira-kira 11 tahun, dia seorang yang sangat membantu |
|
Remaja dilaporkan hilang, berada di rumah ibu saudara - Sinarharian - 30/03 10:15 am AMPANG Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak Rabu lalu, berada di rumah ibu saudaranya di Pasir Mas, Kelantan.Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, ibu bapa mangsa telah dimaklumkan mengenai keberadaan Nur Sofea Haton Abdul Hafiz dan segera mengambil anak mereka."Susulan penemuan berkenaan, remaja terbabit kini telah dikeluarkan daripada senarai orang hilang," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Pada Khamis, media melaporkan polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan remaja terbabit yang dilaporkan hilang.Khairul Anuar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang mendakwa anak perempuannya hilang dari rumah di Bandar Baru Ampang pada jam 8 malam.Pengadu membuat pemeriksaan di dalam rumah sebelum mendapati remaja itu telah keluar dengan membawa beg pakaian.Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dengan keluarga. |
|
KJ serah kepada pucuk pimpinan permohonan masuk semula UMNO - Mgazette - 29/03 7:01 pm # KJ serah kepada pucuk pimpinan permohonan masuk semula UMNO PONTIAN Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan permohonannya kembali menyertai parti berkenaan |
|
Spekulasi bertanding di JB atau Muar: KJ mahu jadi ahli biasa... - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Spekulasi bertanding di JB atau Muar: KJ mahu jadi ahli biasa terlebih dahulu PONTIAN Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak mahu terburu-buru untuk bertanding di Parlimen Johor Bahru atau Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti |
|
Selaras subsidi RON95: Rakyat anggap langkah kerajaan realistik - Mgazette - 29/03 7:01 pm # Selaras subsidi RON95: Rakyat anggap langkah kerajaan realistik KUALA LUMPUR Penyelarasan sementara kelayakan penggunaan subsidi BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan berkuat kuasa 1 April ini dilihat sebagai langkah realistik kerajaan menangani tekanan ekonomi semasa meskipun masih memberi cabaran kepada segelintir rakyat |
|
Rindu, sakit ini, saya bawa sampai mati Amyza Adnan - Utusan - 29/03 5:30 pm SUKAR tapi reda, itulah yang dilalui pelakon, Amyza Adnan apabila anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail dipanggil pulang ke pangkuan Illahi akibat kanser paru-paru beberapa bulan sebelum lebaran |
|
Nelayan hilang ditemukan lemas - Sinarharian - 29/03 12:33 am MERSING - Seorang nelayan yang dilaporkan hilang pada Sabtu ditemukan lemas di pesisiran pantai berhampiran Tanjung Rhu di sini, awal pagi Ahad.Pegawai Bomba Kanan II, Ikmal Hafiz Shamsudin berkata, lelaki berusia 41 tahun itu dijumpai oleh orang awam pada jam 1.45 pagi."Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Pada Sabtu, bomba menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada jam 8.36 malam dan sebuah Light Fire Rescue Tender serta satu utiliti dengan kekuatan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing digegaskan ke lokasi kejadian.Pasukan Keluaran Operasi kemudian membuat pencarian di pesisir pantai berhampiran dengan kawasan Tanjung Rhu bersama-sama penduduk kampung.Operasi tamat sepenuhnya pada jam 2 pagi |
|
As Cambodias scam crackdown deadline looms, criminal gangs flee - Scmp - 29/03 10:00 am Young, naive and now sleeping rough on a plastic sheet outside their embassy in Phnom Penh, Indonesians Abdul* and Hafiz* are among the expendable human resources of Southeast Asias scam trade |
|
78 pesalah buang sampah jalani hukuman - Sinarharian - 29/03 7:30 am YAN Seramai 78 pesalah yang diarahkan mahkamah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) telah melaksanakan hukuman tersebut secara serentak di enam negeri pada Sabtu.Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Khalid Mohamed berkata, pelaksanaan PKM siri ketiga itu melibatkan negeri Kedah seramai 21 orang, Perlis (lima), Wilayah Persekutuan (26), Pahang (12), Negeri Sembilan (sembilan) dan Johor (lima).Menurutnya, antara lokasi terlibat di Pantai Murni, Yan; Dataran Sena, Kangar; Dataran Merdeka, Kuala Lumpur; Taman Tasik Bandar, Temerloh; Bandar Prima Senawang serta Kampung Senibong, Johor Bahru."Melalui penglibatan langsung ini, mereka dapat memahami perbuatan membuang sampah secara tidak bertanggungjawab memberi kesan kepada kesejahteraan masyarakat dan kualiti ruang awam."Ia juga diharapkan dapat memupuk disiplin serta kesedaran berterusan dalam menjaga kebersihan," katanya dalam sidang akhbar di Pantai Murni di sini.Jelas Khalid, pendekatan tersebut dilaksanakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) sebagai sebahagian daripada strategi bersepadu bagi membanteras amalan pembuangan sampah kecil di kawasan awam.Menurutnya, pelaksanaan PKM bukan sekadar hukuman sebaliknya bertujuan memberi kesedaran kepada pesalah mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran."Sepanjang pelaksanaan program, pesalah terlibat menjalankan kerja-kerja pembersihan secara menyeluruh termasuk di laluan pejalan kaki, jalan awam, sistem saliran, tandas awam serta kawasan pantai," ujarnya.Tambah beliau, bagi memastikan kelancaran dan keselamatan, SWCorp turut mendapatkan khidmat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) susulan keadaan cuaca panas dan tidak menentu ketika ini.Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah turut menempatkan petugas di lokasi pelaksanaan bagi memantau aspek kesihatan dan kebajikan peserta sepanjang program berlangsung."Bagi kesinambungan seterusnya pula, PKM siri keempat dijadualkan melibatkan lima pesalah di Perlis pada Ahad, diikuti PKM siri kelima membabitkan enam pesalah pada Isnin |
|
KJ serah kepada pucuk pimpinan UMNO tentukan permohonan kembali - Sinarharian - 28/03 6:40 pm PONTIAN Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada permohonannya kembali menyertai parti itu diterima atau sebaliknya.Menurut Khairy, surat permohonan telah dihantar pada 16 Mac lalu, namun beliau tidak mahu mendahului keputusan yang akan dibuat oleh kepimpinan tertinggi parti."Surat permohonan sudah diserahkan, sama ada diterima atau tidak, itu saya tidak pasti."Saya serah kepada pihak UMNO untuk putuskan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Mohd Sumali Reduan di Jalan Parit Ismail, Benut pada Sabtu.Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.Mengulas spekulasi beliau bakal bertanding di Johor termasuk di kawasan Johor Bahru atau Muar, Khairy menegaskan keutamaannya ketika ini hanyalah untuk kembali sebagai ahli biasa."Saya minta jadi ahli biasa dahulu |
|
Nyawa jadi taruhan - Sinarharian - 28/03 10:20 am KUALA LUMPUR Terlibat operasi sulit menumpaskan kumpulan perompak bank, kes pembunuhan dan geng kongsi gelap menjadi pengalaman bernilai bekas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan (B) Alan Finian Lopez sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam pasukan keramat itu.Menceritakan kembali pengalaman itu, Alan, 61, berkata, beliau menyertai PDRM pada 5 April 1987 selepas menjalani latihan rekrut di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur selama enam bulan.Menurut Alan, dengan pangkat Konstabel, beliau kemudian ditugaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru."Penglibatan saya dalam Cawangan Jenayah bermula pada tahun 1992 selepas diarahkan Pegawai Turus D9 Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor ketika itu DSP A Paramasivam untuk melakukan satu tugasan sulit."Saya diminta laksanakan kerja under cover selama beberapa bulan untuk mengintip beberapa kumpulan penjenayah bersenjata api di Johor Bahru."Setelah melaksanakan tugasan itu, saya diserapkan menyertai bahagian D9 JSJ Johor," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini.Tambah Alan, dari situ beliau diajar dan dididik Paramasivam cara menangani kes jenayah berat.Katanya, tugas pertama selepas menyertai D9 IPK Johor ialah kes pembunuhan seorang lelaki tempatan yang mayatnya ditemui dalam keadaan terbakar dalam sebuah bilik hotel di Johor Bahru.Katanya, seorang wanita mendakwa sebagai isteri kepada mangsa terbabit membuat tuntutan insurans berhubung kematian itu, namun yang berlaku sebenarnya lelaki itu ialah individu tidak dikenali dan bukan suami wanita terbabit."Bila kami menyiasat secara detail kita dapat maklumat lelaki yang mati itu bukan suami wanita ini."Kemudian, saya diarahkan untuk membuat risikan selama beberapa bulan dan berjaya mengesan wanita ini dengan sekumpulan lelaki yang mencurigai di sebuah restoran dan lelaki yang didakwa mati itu juga ada ketika perjumpaan mereka."Bertindak atas maklumat, pasukan serbuan telah menyerbu restoran terbabit dan menangkap kumpulan itu," ujarnya.Katanya lagi, serbuan susulan di beberapa buah kediaman membongkar kumpulan terbabit dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes pemalsuan kad kredit antarabangsa apabila penemuan peralatan memalsukan kad kredit, sejumlah wang tunai serta barang kemas.Kata anak jati Melaka itu, seramai sembilan individu melibatkan warga tempatan, Singapura dan Hong Kong diberkas."Siasatan juga mendapati mayat lelaki yang ditemui itu ialah seorang penagih dadah," ujarnya.Selain itu, menceritakan pengalaman terlibat dalam operasi sepanjang tahun 1992 hingga 2005 di IPK Johor, hasil maklumat beliau pihak JSJ IPK Johor berjaya membuat rampasan 18 senjata api.Jelasnya, kebanyakan operasi yang dijalankan melibatkan penjenayah bersenjata api hardcore yang ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan polis di lokasi kejadian."Ada di antara penjenayah terbabit berjaya ditangkap dan dituduh."Ada antara kumpulan ini melakukan samun rumah dan samun bersenjata api di bank dan kedai emas," ujarnya.Surat penghargaan nyalakan semangatMenurut Alan, pertama kali menerima surat penghargaan pada 6 Mac 1993 daripada Ketua Polis Johor ketika itu, Datuk Ismail Che Rus di atas kejayaan dalam menumpaskan sindiket antarabangsa yang melakukan satu pembunuhan dan pemalsuan kad kredit."Pada 1994, saya dianugerahkan surat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Mohd Noor dan sekali lagi pada 2006 oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan."Penghargaan-penghargaan yang diterima ini atas didikan pegawai saya sebelum ini yang banyak memberi tunjuk ajar."Saya bangga dapat bekerja di bawah beberapa pegawai legend serta berpengalaman seperti Tan Sri Razarudin Husain (mantan Ketua Polis Negara), Datuk A Paramasivam (bekas Timbalan Ketua Polis Perak), Datuk Seri Abdul Rahim Jaafar (bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman), Datuk Abdul Rashid Harun (bekas Ketua Pesuruhjaya Sabah),"Tidak dilupakan juga Datuk Zulkiflli Abdullah, Datuk Jaafar Mohd Yusuf, SAC (B) Rupeah Abd Wahid dan DCP Hoo Chuan Huat (kini Timbalan Ketua Polis Johor)," katanya.Jelas Alan, cabaran membanteras jenayah pada waktu dahulu berbeza dengan hari ini dari segi teknologi khususnya.Tambahnya, kebelakangan ini terdapat banyak tuduhan negatif polis apabila penjenayah bersenjata ditembak mati."Saya pernah bersama pasukan beberapa kali terlibat dalam situasi getir berbalas tembakan dengan penjenayah."Polis hanya akan melepaskan tembakan jika nyawa mereka atau orang awam terancam," ujarnya.Jelas Alan, beliau mengambil cabaran menyertai Sang Saka Biru kerana dorongan bapa saudara, Allahyarham Aloysious Lopez Abdullah yang juga pesara polis.Sebagai rekod, pada tahun 2024, Alan telah menerima kenaikan pangkat Sarjan Mejar dengan menjawat tugas sebagai Ketua Polis Balai Bukit Gambir, namun terpaksa ditolak disebabkan komitmen keluarga.Alan bersara dengan pangkat Sarjan di IPK Kuala Lumpur pada bulan Ogos tahun lalu. |
|
Meninggal dunia beberapa jam sebelum majlis pertunangan - Sinarharian - 28/03 9:20 am KUALA TERENGGANU Hasrat seorang lelaki untuk mengikat tali pertunangan pada Jumaat berakhir dengan tragedi memilukan apabila dia maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kampung Duyong, di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Mohamad Shahrin Mohd, 33, yang bekerja sabagai nelayan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum merempuh penghadang jalan.Bakal tunang mangsa, Ain Sofea Aminu Nansar, 25, meluahkan rasa terkilan dan tidak menyangka pertemuan mereka petang Khamis merupakan kali terakhir dia menatap wajah insan tersayang itu.Lebih menyedihkan, Ain Sofea sempat menghantar sepasang baju buat Allahyarham untuk dipakai pada majlis istimewa mereka yang sepatutnya berlangsung semalam."Apakan daya, ALLAH lebih menyayanginya |
|
'Maaf ibu, abang tak mampu bagi lebih' - Ina Naim menitis air mata - Sinarharian - 27/03 5:15 pm PENYANYI Ina Naim menerima kejutan manis daripada anak sulungnya, Hadie Elfardie yang menghadiahkan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini.Menerusi satu hantaran di laman sosial TikTok, Ina atau nama penuhnya Nordiana Mohd Naim terharu dan menitiskan air mata menerima pemberian daripada Hadie.Pada ruangan kapsyen, Hadie menitipkan ucapan hari lahir buat Ina sambil memohon maaf kerana tidak dapat memberikan hadiah mewah buat ibunya."Minta maaf ibu, abang tak mampu bagi lebih |
|
Bidang teologi, keagamaan dan pengajian agama UIAM antara terbaik dunia - Mgazette - 26/03 4:11 pm # Bidang teologi, keagamaan dan pengajian agama UIAM antara terbaik dunia KUALA LUMPUR - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) meraih pencapaian yang membanggakan apabila tersenarai dalam 25 universiti terbaik dunia bagi bidang Teologi, Keagamaan dan Pengajian Agama dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings (WUR) bagi penawaran kursus 2026 |
|
Remaja perempuan 13 tahun dilaporkan hilang di Ampang - Mgazette - 26/03 4:11 pm # Remaja perempuan 13 tahun dilaporkan hilang di Ampang AMPANG JAYA Seorang remaja perempuan, Nur Sofea Haton Abdul Hafiz dilaporkan hilang dari kediamannya di Bandar Baru Ampang, di sini, semalam |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |