| /// |
|
| Search : Api News | Page 1 |
|
Artikel Pilihan California Lulus Peraturan Baru Tayar Gantian Kereta Read .. - Mekanika - 24/08 3:57 pm Sebaliknya, tayar dengan _rolling resistance_ lebih rendah memerlukan tenaga yang lebih sedikit untuk bergerak. Pada kenderaan enjin pembakaran dalaman, keadaan ini boleh membantu mengurangkan penggunaan bahan api, manakala bagi kenderaan elektrik, ia berpotensi membantu mengurangkan penggunaan elektrik dan meningkatkan jarak perjalanan |
|
Buletin Mg 07 Rasmi Di Pasaran China Dengan Jarak Pemanduan Sehingga .. - Mekanika - 24/08 3:57 pm Penampilan sporty turut diserlahkan melalui pemegang pintu separa tersembunyi, pintu tanpa bingkai, rim dua tona serta angkup brek berwarna kuning. Di belakang, sedan ini dilengkapi lampu belakang penuh serta spoiler elektrik boleh laras lima peringkat |
|
Sarawak leads haze misery as Serian hits 194, unhealthy API spreads to Selangor, Kedah, Penang - Malaymail - 24/08 11:47 am KUALA LUMPUR, Aug 24 Ten areas in four states recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 10am t... |
|
Haze: 10 areas in four states record unhealthy API readings this morning - Sinardaily - 24/08 11:23 am KUALA LUMPUR - Ten areas in four states recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 10 am today, with Serian, Sarawak recording the highest reading, nearing the very unhealthy level.According to data from the Air Pollutant Index Management System (APIMS) portal, Sarawak was the worst-affected state, with five areas recording readings above 100, including the Serian district police headquarters (IPD), which recorded an API reading of 194.Other areas in the state that recorded unhealthy air quality were Kuching (176), Samarahan (172), Sri Aman (158) and Bintulu (125).The other five areas recording unhealthy API levels were Johan Setia (160) and Kuala Selangor (101) in Selangor; Sungai Petani (155) and Alor Setar (152) in Kedah; and Minden in Penang (130).A further 58 areas nationwide recorded moderate air quality.An API reading of zero to 50 indicates good air quality, 51 to 100 moderate, 101 to 200 unhealthy, 201 to 300 very unhealthy, and readings above 300 hazardous.API data is released hourly based on readings recorded at 68 air quality monitoring stations nationwide |
|
Lelaki melecur dalam kebakaran tiga rumah setinggan - Sinarharian - 24/08 7:58 am KUALA LUMPUR Seorang lelaki melecur pada badan dan kaki dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah setinggan di Kampung Kasipillay Sentul di sini, awal pagi Isnin.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mangsa berusia 26 tahun itu kemudian dihantar ke zon merah, Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan lanjut."Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran rumah itu melalui talian NG999 pada jam 1.15 pagi."Seramai 28 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul serta bantuan BBP Hang Tuah dan BBP Gombak Selatan bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ahmad Mukhlis berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan tiga rumah setinggan separuh kekal (bangunan kelas C)."Kebakaran mengakibatkan 100 peratus kemusnahan terhadap struktur yang terlibat. Api telah berjaya dikawal sepenuhnya, punca kebakaran masih dalam siasatan Unit Forensik," ujarnya. |
|
Merangkak keluar rumah terbakar selamatkan ibu, tiga anak asuhan - Mygazette - 23/08 5:52 pm kami dengar ada bunyi meletup di depan rumah. Mulanya tak endah tapi apabila bunyi kali kelima, saya jenguk keluar tengok api sudah marak |
|
Motosikal Cyclone Rt5 Dan Rt2s Tiba Di Pengedar – Dari Rm13,888 Read .. - Mekanika - 23/08 5:52 pm Bagaimanapun, RT5 hadir dengan ciri yang lebih unik dan premium termasuk penghadang angin, cermin sisi dan toungkat tengah elektronik. Selain itu, tangki bahan api pada RT5 juga lebih besar dengan 18L sementara RT2S pula adalah 12.6L |
|
'Rumah saya bergegar' - Sinarharian - 23/08 4:11 pm RANTAU PANJANG - Bunyi dentuman kuat disusuli gegaran pada rumah mengejutkan sesetengah penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia - Thailand di sini pada Sabtu malam, sehingga ada yang menyangka berlaku letupan di kawasan berhampiran.Penduduk di Lubok Jong di sini, Mohd Izwan Azra Mohd Baharum, 39, berkata, gegaran itu dirasai dua kali antara jam 9.30 hingga 10 malam, ketika dia sedang menonton perlawanan bola sepak di rumah."Gegaran itu sangat kuat sehingga rumah saya turut bergegar. Bunyi pula seperti letupan bom, saya dengar tiga kali," katanya kepada Sinar Harian.Menurutnya, ia bukan kali pertama rumahnya bergegar disebabkan letupan bom di negara jiran kerana insiden sebelum ini berlaku pada 2023, ketika sebuah kilang mercun dan bunga api meletup.Ujarnya, selepas terkejut dengan kejadian itu dia memeriksa media sosial dan ramai yang berkongsi hantaran terdapat beberapa kejadian letupan berlaku di negara jiran.Baginya, ia sudah biasa berlaku bagaimanapun letupan serta gegaran pada malam tadi cukup kuat dibandingkan kejadian sebelumnya.Sementara itu Rizal Mat, 43, yang kebetulan berada di Pekan Golok, Thailand kerana urusan keluarga dikejutkan dengan letupan yang berlaku berhampiran kawasan berkenaan."Oleh kerana keadaan ini sudah biasa berlaku di sini, saya hanya mengikut arahan pihak berkuasa dan bertenang."Pagi tadi seawal jam 7 saya sudah kembali ke Rantau Panjang |
|
Health Ministry reports surge in respiratory illnesses as several areas hit unhealthy API levels - Malaymail - 23/08 2:48 pm KUALA SELANGOR, Aug 23 The Ministry of Health (MOH) has recorded a sharp increase in asthma and upper respirator... |
|
Schools in 10 Sarawak districts to resume classes tomorrow as API improves - Malaymail - 23/08 12:40 am KUCHING, Aug 23 All primary and secondary schools under the 10 District Education Offices (PPDs) in Sarawak will... |
|
7 areas in 4 states record unhealthy API readings - FMT - 23/08 10:53 am The air pollutant index reading in Serian, Sarawak, this morning topped 194, just below the very unhealthy level. |
|
Lelaki melecur, restoran hotel musnah terbakar - Sinarharian - 22/08 8:41 pm SEMPORNA - Seorang lelaki melecur di bahagian lengan dalam kebakaran yang melibatkan sebuah restoran di sebuah hotel di sini tengah hari Sabtu.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Zainal Sinsian berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari sebelum tiba di lokasi pada 12.52 tengah hari."Sewaktu tiba di lokasi, sebuah restoran terbakar dan musnah sepenuhnya, manakala bangunan hotel turut 20 peratus terbakar akibat bahang api |
|
'Api marak sampai bumbung, kami merangkak selamatkan tiga anak asuhan' - Sinarharian - 22/08 2:31 pm KUANTAN "Kami keluar secara merangkak sebab api sudah marak sampai atas bumbung."Demikian kata Nurul Nazira Mohd Yusof, 21, bersama ibunya, Saedah Ibrahim, 61, selepas rumah yang didiami mereka di Kampung Pandan 1 di sini terbakar dalam kejadian kira-kira jam 4 petang pada Khamis.Menurutnya, situasi menjadi lebih cemas apabila tiga anak asuhan yang ketakutan berlari masuk dan bersembunyi di dalam bilik tidurnya selepas mendengar bunyi letupan."Masa itu saya cuba tarik keluar tetapi mereka tidak mahu sebab memang sentiasa rasa selamat bila dalam bilik."Bilik saya di bahagian depan dekat dengan pintu keluar, jadi saya mengangkat dua kanak-kanak dan ibu menarik seorang lagi."Kami keluar secara merangkak sebab api sudah marak sampai atas bumbung sebab rumah kayu, jadi api itu cepat sangat," katanya pada Sabtu.Mengimbas kembali mengenai kejadian tersebut, pembantu klinik itu memberitahu ketika kejadian dia bersama ibu sedang makan di ruang tamu sambil menyuap tiga anak asuhan ibunya sebelum terdengar bunyi seperti letupan."Saya tanya ibu bunyi apa tapi dia tidak tahu |
|
H200 AI GPUs finally reach China under case-by-case import licenses, but it's already too late for Nvidia homemade chips corner the China market as country seeks semiconductor independence - Tomshardware - 21/08 7:40 pm Most of each company's U.S.-licensed allowance, understood to be up to 100,000 units apiece, must stay outside the mainland. |
|
Empat perompak bersenjata larikan barang kemas RM500,000 - Sinarharian - 21/08 7:31 pm KUANTAN - [KEMAS KINI] Empat lelaki bersenjatakan parang dan objek seperti 'pump gun' melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM500,000 dalam kejadian samun berkawan di sebuah kedai emas di Taman Pandan Damai, di sini, pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang sebelum polis menerima laporan 13 minit kemudian.Menurutnya, kesemua suspek dipercayai memakai pelindung muka semasa melakukan rompakan."Siasatan awal mendapati kejadian melibatkan empat lelaki membawa senjata termasuk sebilah parang dan objek disyaki senjata api jenis pump gun."Kesemua suspek dipercayai melarikan sejumlah barang kemas sebelum meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki dua motosikal," katanya.Ashari berkata,anggaran awal nilai kerugian kira-kira RM500,000 namun jumlah sebenar masih dalam proses pengesahan."Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan |
|
California Perketat Piawaian Tayar Gantian Mulai 2029 - Careta - 21/08 5:44 pm Secara mudah, semakin tinggi rintangan sesebuah tayar ketika bergolek, semakin banyak tenaga diperlukan untuk menggerakkan kenderaan. Keadaan ini bukan sahaja boleh meningkatkan penggunaan bahan api, malah turut mengurangkan jarak perjalanan bagi kenderaan elektrik (EV) |
|
Jual diesel subsidi tanpa lesen, PNK Sungai Besar didenda RM320,000 - Sinarharian - 21/08 5:23 pm KUALA SELANGOR Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Besar (PNKSB) didenda RM320,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tiga pertuduhan berkaitan penjualan diesel secara borong tanpa lesen yang sah, dua tahun lalu.Hakim, Nurul Mardhiah Mohammed Redza memutuskan demikian selepas wakil persatuan berkenaan selaku orang kena saman (OKS) mengaku bersalah dalam dua kes berasingan pada 5 Mac dan 30 Julai 2024 di premis berbeza sekitar Sungai Besar dan Sekinchan.Dalam kes pertama, PNKSB berdepan dua pertuduhan iaitu berurusan dengan barang kawalan, diesel, secara borong tanpa lesen sah mengikut Peraturan 3(1) serta gagal mematuhi syarat lesen runcit seperti diperuntukkan di bawah Peraturan 13(2), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.Bagi pertuduhan kedua, persatuan itu didapati bersalah menjalankan aktiviti penjualan diesel secara borong tanpa lesen sah, sekali lagi mengikut peraturan sama.Bagi kes pertama, mahkamah mengenakan denda RM80,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan RM160,000 sementara denda RM160,000 bagi kes kedua.Berdasarkan kenyataan media, Siasatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor mendapati persatuan berkenaan memiliki lesen untuk menjual diesel secara runcit kepada nelayan.Bagaimanapun katanya, OKS membenarkan sebuah syarikat yang tidak mempunyai lesen berkaitan mengurus operasi penjualan bahan api itu.Perbuatan tersebut bercanggah dengan syarat lesen runcit barang kawalan berjadual yang menetapkan bekalan diesel hendaklah dijual terus kepada bot nelayan tempatan yang berdaftar.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya KPDN Selangor, Norhashimah Hashim, manakala PNKSB diwakili peguam bela yang dilantik.Menurut KPDN Selangor, tindakan berurusan dengan barang kawalan secara borong tanpa lesen borong yang sah merupakan kesalahan serius di bawah Peraturan 3(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.Kesalahan berkenaan boleh dihukum mengikut Seksyen 22(2), Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 2015), yang memperuntukkan denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya bagi pertubuhan perbadanan.KPDN Selangor menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap pemegang lesen atau persatuan yang melanggar syarat ditetapkan, selain menyalahgunakan kemudahan subsidi yang sepatutnya dinikmati golongan sasar.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penyelewengan barang kawalan atau salah laku dalam urus niaga boleh menyalurkan aduan lengkap kepada KPDN menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000, Pusat Panggilan 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my atau aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN. |
|
Saya merangkak bawah api, perlahan-lahan keluar ikut pintu depan - Harakahdaily - 21/08 5:22 pm KUANTAN: Dua buah rumah di Kampung Pandan Satu, Kuantan, musnah sekelip mata dalam kebakaran yang berlaku kira-kira jam 4 petang, semalam. Dalam kejadian itu, sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila api sudah marak di bahagian hadapan rumah ketika ibu, seorang anak perempuan serta tiga anak asuhan berusia antara satu hingga tiga tahun berada di dalam […] The post Saya merangkak bawah api, perlahan-lahan keluar ikut pintu depan appeared first on Harakahdaily . |
|
Ada Apa Dalam Reaktor Nuklear? Kenali Bahan 'Jantung' Dan 'Perisai' - Siakapkeli - 21/08 5:05 pm Artikel ini menerangkan peranan bahan nuklear dan bahan struktur dalam reaktor, termasuk bahan api, kelongsong, kebuk tekanan serta piawaian keselamatan bagi operasi loji tenaga nuklear. |
|
Persatuan nelayan mengaku salah seleweng diesel, didenda RM320,000 - FMT - 21/08 3:53 pm Persatuan dari Sungai Besar itu membenarkan pihak ketiga untuk menguruskan operasi penjualan bahan api kepada nelayan. |
|
Serian API hits Very Unhealthy level of 241 as Sarawak air quality worsens - Malaymail - 21/08 9:56 am SERIAN, Aug 21 Air quality here is still at a very unhealthy level with the monitoring station at the Serian Dis... |
|
Tiga rentung: Nurul Asyiqin patah balik, redah api cuba selamatkan nenek dan bapa saudara - Sinarharian - 21/08 8:57 am KOTA KINABALU - Tindakan seorang wanita berpatah balik memasuki rumah yang sedang terbakar demi menyelamatkan nenek dan bapa saudaranya berakhir tragedi apabila ketiga-tiga mereka ditemukan rentung dalam kejadian di Kampung Darau, Manggatal di sini pada awal pagi Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, suami wanita terbabit Stanley@Mohd Hairi Taopit, 34, sempat menyelamatkan diri, namun melecur di bahagian badan sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.Difahamkan, isterinya, Nurul Asyiqin Alinor, 29, masuk semula ke dalam rumah untuk menyelamatkan neneknya Loupin Adow, 67, dan bapa saudaranya, Azman Maduin, 50.Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka gagal keluar sebelum seorang ditemukan rentung di dalam bilik, manakala dua lagi berhampiran pintu keluar menuju ke tangga.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Noor Sherriyana Bohari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.43 pagi.Katanya, seramai 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer dari BBP Lintas."Kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis tidak kekal yang musnah 100 peratus."Operasi pemadaman dijalankan menggunakan sumber air dari tangki jentera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 2.10 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Menurutnya, pemeriksaan lanjut di lokasi menemukan tiga mangsa dalam keadaan rentung, manakala seorang lagi mengalami kecederaan akibat melecur."Menurut maklumat awal, kesemua mereka mempunyai hubungan kekeluargaan |
|
Tiga rentung: Nurul patah balik demi selamatkan nenek, bapa saudara - Hmetro - 21/08 8:19 am Kota Kinabalu: Dia sudah berjaya menyelamatkan diri, namun menyedari nenek dan bapa saudaranya masih berada di dalam rumah menyebabkan Nurul Asyiqin Alinor nekad meredah api untuk menyelamatkan mereka |
|
Belanjawan 2027: PM rasai getir hidup M40, enam teras intervensi bantuan boleh dipertimbang - Penganalisis - Sinarharian - 21/08 8:00 am KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan peluang pada Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan Oktober ini untuk membantu golongan M40 terutama dalam aspek mengatasi kepayahan akibat kos sara hidup bandar tinggi dan komitmen hutang besar.Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Salwani Arbak berkata, pastinya, Perdana Menteri juga memahami keperitan dan kepayahan golongan M40 kerana mereka mendapat kelayakan bantuan kerajaan yang terhad berbanding golongan B40 sedangkan terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi di bandar-bandar besar.Jelasnya, golongan M40 di bandar sering digambarkan sebagai kelas sandwich, mereka menghadapi tekanan kewangan tinggi, tetapi kerap terlepas daripada bantuan bersasar yang dikhususkan untuk golongan B40."Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, pendapatan isi rumah M40 dalam lingkungan RM7,000 sehingga RM10,000 tidak lagi sepadan dengan kos perumahan, pengangkutan, dan penjagaan anak yang semakin membebankan."Pendapatan isi rumah sehingga RM13,000 di bandar besar kini boleh dikategorikan sebagai M40 atau mengalami tekanan kewangan yang serius akibat kos hidup yang tinggi."Kerajaan telah menyatakan niat untuk memberi tumpuan khusus kepada golongan M40 dalam Belanjawan 2027 |
|
Reverse-Lookup Service Exposed Millions of Photos of People's Faces - Slashdot - 21/08 1:05 am Accidental data exposures create risk for any personal information, but particularly for sensitive and unchangeable biometric data like face images. [...] In addition to the face data, ClarityCheck had also misconfigured its APIs such that its website URLs could be manipulated to reveal data about people simply by entering names; anyone using any consumer browser could have done this |
|
Polis buru suspek cubaan samun kedai emas di Klang - SUN - 20/08 11:03 pm Polis Klang Selatan sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes cubaan samun bersenjata api di sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, Klang. |
|
SK hynix will pay staff $50,000 apiece according to a tentative agreement with disgruntled workers $1.79 billion potential profit pool will be split between cash and stock grants - Tomshardware - 20/08 9:15 pm SK hynix removes 10% operating profit cap for employee profit-sharing program; union agrees to get bonuses in cash and stock. |
|
Polis buru geng cuba samun kedai emas - Sinarharian - 20/08 6:32 pm KLANG - Polis giat memburu kumpulan geng terbabit cubaan samun kedai emas di Jalan Tengku Kelana, di sini pada Khamis.Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi."Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan semasa cubaan samun berkumpulan."Kes juga disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 iaitu menunjukkan senjata api semasa cubaan melakukan samun," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Tambahnya, polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan.Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohamad Sulaimi Alawi @ Shaari di talian 014-5719405, Bilik Gerakan IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai berdekatan.Sebelum itu tular rakaman video kes terbabit memaparkan dua lelaki bertopi keledar cuba memecahkan rak kaca barang kemas dipercayai menggunakan penukul.Selain itu, dua lelaki lagi menunggu di luar premis menaiki motosikal.Tidak beberapa lama kemudian empat lelaki terbabit terus beredar dari lokasi terbabit. |
|
Six Sarawak areas hit Unhealthy air levels as API readings spike - Malaymail - 20/08 10:17 am KUALA LUMPUR, Aug 20 Six areas in Sarawak recorded Air Pollutant Index (API) readings at an unhealthy level as o... |
|
First Nvidia H200 shipments reach China, ByteDance and Tencent take deliveries as Beijing loosens its import block most licensed chips must stay in Hong Kong, which can't power them - Tomshardware - 19/08 6:37 pm Beijing wants most of each company's U.S.-licensed allowance, which the FT puts at up to 100,000 units apiece, kept off the mainland. |
|
Harga petrol, diesel tanpa subsidi naik mulai 20 Ogos - Sinarharian - 19/08 6:07 pm Setakat ini, Amerika Syarikat dan Iran masih belum mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian konflik tersebut."Sementara itu, konflik Rusia-Ukraine turut menambah tekanan terhadap bekalan petroleum dunia. Dalam tempoh pengiraan APM, Ukraine telah menyerang sebuah loji penapisan minyak di Rusia yang merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar dunia," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Bagaimanapun katanya, harga bahan api bersubsidi bagi pengguna yang layak kekal pada kadar RM1.99 seliter bagi RON95 BUDI95 dan RM2.10 seliter bagi diesel BUDI Diesel.MoF berkata, melalui sistem subsidi bersasar yang disediakan, kerajaan Madani terus melindungi pengguna yang layak daripada kenaikan harga pasaran."Bagi pengguna yang layak di bawah Budi Madani RON95 (BUDI95), Kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM1.78 seliter, sekitar 47 peratus daripada harga RON95 tanpa subsidi semasa."Bagi pengguna yang layak di bawah Budi Madani Diesel (BUDI Diesel) pula, kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM2.57 seliter atau 55 peratus daripada harga diesel tanpa subsidi," katanya.Dalam pada itu katanya, selagi konflik di Asia Barat belum mencapai penyelesaian muktamad dan aliran petroleum melalui Selat Hormuz belum kembali normal harga produk petroleum dijangka terus mengalami turun naik ketara.Ujar MoF, ketidaktentuan yang berpanjangan juga berisiko memberi kesan lebih mendalam terhadap bekalan produk petroleum di seluruh dunia."Kerajaan Madani bertekad untuk melindungi rakyat dan perniagaan daripada tempias keruncingan global ini sebaik mungkin |
|
Serian tops Sarawaks unhealthy API readings as seven areas exceed 100 at 4pm - Malaymail - 19/08 5:24 pm KUALA LUMPUR, Aug 19 Seven areas in Sarawak recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 4pm toda... |
|
Buletin Toyota Raikan 60 Tahun Corolla Dengan Edisi Khas Baharu – .. - Mekanika - 19/08 5:11 pm Di ruang kabin, perubahan dilakukan lebih sederhana namun tetap menampilkan elemen eksklusif. Antaranya termasuk tempat duduk sport berwarna hitam dan merah, sistem infotainmen Toyota Audio Multimedia bersaiz 10.5-inci, pelapik pintu dengan logo ulang tahun ke-60 serta karpet lantai khas yang membawa tema sama |
|
28 rumah musnah dijilat api di Pulau Nunuyan Laut - Mypress - 19/08 1:52 pm SANDAKAN – Sebanyak 28 rumah atas air musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Pulau Nunuyan Laut, di sini, awal pagi Rabu |
|
28 rumah atas air musnah terbakar - Sinarharian - 19/08 9:46 am SANDAKAN - Angin kuat dan api merebak pantas menyebabkan sebanyak 28 rumah di perkampungan atas air musnah terbakar dalam kejadian di Pulau Nunuyan Laut, di sini pada awal pagi Rabu.Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun menyebabkan lebih 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.50 pagi.Menurutnya, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi yang terletak sejauh 18 kilometer dari BBP Sandakan."Menurut maklumat awal yang diterima daripada pemanggil, kebakaran dipercayai melibatkan lebih daripada 10 rumah."Pasukan bomba telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman dan penyelamatan," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, bagi memastikan akses ke lokasi dapat dilakukan dengan segera, pihak bomba telah menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi mendapatkan bantuan penyediaan bot untuk membawa anggota serta peralatan operasi ke tempat kejadian."Jarak perjalanan dari balai bomba ke Jeti Maritim adalah sejauh 6.1 kilometer, manakala jarak dari Jeti Maritim ke lokasi kejadian adalah kira-kira 12 kilometer."Sebaik tiba, sebanyak 28 buah rumah jenis tidak kekal telah musnah sepenuhnya, namun setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut," katanya.Jimmy berkata, pasukannya menjalankan operasi memadam kebakaran menggunakan sumber air terbuka dari air laut."Operasi turut berdepan cabaran cuaca berangin kuat yang menyukarkan pergerakan pasukan ke lokasi kejadian dan menyebabkan api merebak dengan cepat dari sebuah rumah ke rumah yang lain."Kebakaran akhirnya berjaya dikawal pada jam 5.45 pagi dan pasukan bomba turut berjaya menyelamatkan sebanyak 162 rumah daripada turut terjejas," katanya.Beliau berkata, pasukan bomba kini meneruskan kerja-kerja pemadaman dan pemantauan bagi memastikan kebakaran dipadamkan sepenuhnya serta mengelakkan risiko kebakaran merebak ke kawasan berhampiran."Maklumat lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya. |
|
Motosikal Skuter 250cc Terpantas Di Malaysia Ada Versi Terbaru – .. - Mekanika - 19/08 7:43 am MODA mendakwa winglet tersebut menyumbang kepada aliran angin yang lebih terurus lantas menyokong kestabilan jentera pada kelajuan tinggi.Cermin sisi yang sebelum ini ditempatkan di bahagian panel hadan kini dipindahkan ke bahagian handlbear. Menurut MODA, suspensi belakang juga telah dipertingkat sekaligus menyumbang kepada tunggangan yang lebih stabil.Namun, kapasiti tangki bahan api kekal dengan 13 liter |
|
Artikel Pilihan Enjin Volkswagen 1.5 eTSI Evo 2: 3 Lapis Sistem Dalam 1 .. - Mekanika - 19/08 7:43 am # ENJIN VOLKSWAGEN 1.5 eTSI EVO 2: 3 LAPIS SISTEM DALAM 1 ENJIN Volkswagen meneruskan pendekatan tersendiri dalam menghasilkan rangkaian kuasa yang bukan sahaja menawarkan prestasi mencukupi, tetapi pada masa sama mampu mengurangkan penggunaan bahan api dalam keadaan pemanduan sebenar |
|
Cursor Launches 'Origin' Code Hosting Platform As GitHub Alternative - Slashdot - 19/08 7:00 am VentureBeat reports: Cursor began rolling out Origin, its own code hosting platform, to paid users on Monday morning. Roughly three and a half hours later, GitHub's status page lit up with what became a six-hour-and-forty-two-minute global degradation -- error rates near 20% across pull requests, issues and the API, and near 50% on archive and raw file downloads, according to GitHub's incident log |
|
640 anggota AKPS ditempatkan di Kompleks ICQ Bukit Cagar?? - Mygazette - 18/08 3:53 pm Dalam tempoh tiga bulan itu, kita akan melihat aliran penumpang, membuat simulasi dan membiasakan anggota dengan sistem serta bangunan ini. Kita juga akan menguji kekerapan dan konsistensi perkhidmatan kereta api termasuk kestabilan mesin seperti mesin pengimbas dan sistem berkaitan, katanya |
|
Pemandu lori tangki hempap Bezza tak mengaku salah sebabkan dua kematian - Mygazette - 18/08 3:53 pm Beliau turut menetapkan tarikh 1 Oktober 2026 bagi sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam. Terdahulu, dalam kejadian menyayat hati kira-kira 4 petang, Jumaat lalu, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12, terbunuh selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter bahan api |
|
MAHA 2026 meriahkan sambutan 31 Ogos, bunga api menanti pengunjung di MAEPS! - Mydateline - 18/08 2:15 pm Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 bukan sekadar acara untuk pemain industri pertanian, malah turut sesuai dijadikan destinasi keluarga sempena cuti sekolah dan .. |
|
Tegur, larang hisap puntung rokok cetus perselisihan faham di taman permainan - Polis - Sinarharian - 18/08 11:51 am PAPAR - Teguran dan larangan menghisap puntung rokok dipercayai menjadi punca seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikerumuni beberapa individu dalam kejadian di sebuah taman permainan di daerah ini, baru-baru ini.Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Heryan Mohd Tahir berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 14 Ogos lalu selepas rakaman video memaparkan kejadian berkenaan tular di media sosial.Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di sebuah taman permainan dan membabitkan mangsa bersama beberapa individu lain berusia antara 13 hingga 18 tahun."Siasatan mendapati berlaku perselisihan selepas mangsa dipercayai cuba menghisap puntung rokok walaupun telah ditegur dan dilarang oleh individu-individu berkenaan."Dalam kejadian itu, mangsa kemudiannya dipegang oleh beberapa individu, manakala seorang lagi dipercayai menyalakan pemetik api ke arah mangsa dengan tujuan menakutkannya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, sebahagian kejadian itu dirakam menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman berkenaan dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp dan kemudiannya tersebar di media sosial.Bagaimanapun katanya, mangsa disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal dalam kejadian tersebut."Walaupun keluarga yang terlibat pada peringkat awal telah menyelesaikan perkara berkenaan secara baik, pihak polis meneruskan siasatan selepas menerima permintaan supaya tindakan lanjut diambil berhubung kejadian tersebut."Kes disiasat mengikut Seksyen 352 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah selain daripada atas bangkitan marah yang berat dan mengejut serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah."Polis sedang melengkapkan siasatan termasuk merakam percakapan pengadu, mangsa, saksi serta individu-individu yang terlibat, selain menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian dan mendapatkan bahan bukti berkaitan," katanya.Dalam pada itu, Heryan berkata, pihaknya memandang serius sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan bahaya, ketakutan atau kecederaan kepada kanak-kanak walaupun perbuatan itu dikatakan dilakukan atas alasan bergurau, menakutkan atau mendidik.Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat tidak tepat atau terus berkongsi rakaman video berkenaan, khususnya kerana kes itu membabitkan kanak-kanak dan masih dalam siasatan."Ibu bapa dan penjaga diharap sentiasa memantau pergaulan serta aktiviti anak-anak, termasuk penggunaan media sosial dan pendedahan kepada tabiat merokok dalam kalangan golongan bawah umur."Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan kebajikan dan keselamatan kanak-kanak terus terpelihara," katanya.Sebelum itu, tular satu video berdurasi 14 saat memaparkan seorang kanak-kanak dikerumuni sekumpulan kanak-kanak lain dan diugut menggunakan pemetik api. |
|
Unhealthy air alert: Johan Setia in Klang hits API 157 - Malaymail - 18/08 9:49 am KUALA LUMPUR, Aug 18 Air quality in Johan Setia, Klang dipped to an unhealthy level this morning, with the area... |
|
Motosikal Pratonton Lambretta J200 Di Malaysia – Harga Bawah Rm18k? .. - Mekanika - 18/08 8:07 am Menggerakan J200 adalah enjin satu silinder 174.5cc SOHC 4-valve dan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 16.8hp pada 8,500rpm dan 15.5Nm pada 6,500rpm. Walaupun mengekalkan imej retro yang diilhamkan model terdahulu namun J200 masih dilengkapi ciri moden antaranya meter TFT, pencahayaan LED penuh dan dual-channel ABS yang didatangkan secara standard |
|
Pemandu lori tangki akan didakwa esok - Sinarharian - 17/08 11:49 pm KUANTAN - Pemandu lori tangki bahan api yang terbabit dalam kemalangan maut mengorbankan dua beranak di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, di Kampung Lebak, Jumaat lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret Temerloh esok.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berusia 37 tahun itu akan dituduh selepas tempoh remannya selama empat hari berakhir."Lelaki berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut."Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan didenda hingga RM50,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun," katanya pada Isnin.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahunKereta dihempap lori tangki sebelum terbakar, pemandu dan penumpang disyaki rentung'Isteri dan anak saya meninggal dunia' - Luahan pilu suami mangsa kereta terbakar dihempap lori tangkiDalam kejadian pada Jumaat lalu, Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Nuafal Saifulnizam, 12, maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter bahan api.Insiden itu menyebabkan mereka terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui rentung manakala pemandu lori hanya cedera ringan.Jenazah kedua-dua mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin. |
|
Isuzu D-Max Sahut Cabaran Keliling Semenanjung Malaysia Dengan 1 Tangki Penuh - Careta - 17/08 10:17 pm Menariknya, cabaran ini bukan sekadar mahu melihat sejauh mana D-Max mampu bergerak dengan satu tangki bahan api, malah pada masa sama menjadi ujian terhadap keupayaan enjin turbo diesel 2.2 liter terbaharu dalam keadaan pemanduan sebenar |
|
2.8 hektar hutan berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah .. - Mygazette - 17/08 10:11 pm Ashrul Riezal berkata setakat 8.30 malamoperasi pemadaman mencapai 60 peratus dan masih diteruskan secara berperingkat. Pasukan bomba sedang memadam tompokan api menggunakan sumber air daripada pili bomba Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta bantuan lori tangki air, selain melaksanakan_fire break_bagi mengekang kebakaran daripada merebak, katanya |
|
Artikel Pilihan Gwm Ora 5 Hev Tampil Dengan 223 Ps & 476nm. 1100km .. - Mekanika - 17/08 10:11 pm Reka bentuk ORA 5 HEV turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila model ini dinamakan sebagai pemenang 2025 Design of the Year di London Design Awards. GWM ORA 5 HEV menjadi kenderaan produksi pertama yang menerima anugerah tertinggi tersebut, dengan penilaian berdasarkan penampilannya, tetapi turut mengambil kira gabungan aspek estetika, fungsi dan pengalaman pengguna |
|
‘Spot’ api kebakaran hutan di Shah Alam dipadam - Utusan - 17/08 9:38 pm SHAH ALAM: Sehingga pukul 8.40 malam, operasi pemadaman kebakaran hutan bukit di kawasan seluas kira-kira 2.8 hektar berdekatan Persiaran Masjid, Seksyen 14, di sini masih dilakukan bagi memastikan api tidak merebak |
|
Hutan bukit 2.8 hektar terbakar berhampiran Masjid Negeri Shah Alam - Sinarharian - 17/08 9:05 pm SHAH ALAM - Kebakaran hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini berjaya dikawal daripada merebak.Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.01 tengah hari Isnin sebelum jentera tiba di lokasi empat minit kemudian."Kebakaran membabitkan kawasan hutan bukit, bagaimanapun tidak membabitkan sebarang struktur atau mangsa."Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan dengan menggunakan firebeater, pam air jentera serta sumber air daripada pili bomba milik Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan tangki air," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Menurut Ashrul Riezal, kira-kira 60 peratus kawasan terbakar sudah dipadamkan setakat ini, manakala pasukan bomba turut melakukan fire break bagi menghalang api daripada merebak ke kawasan lain."Operasi membabitkan seramai 10 anggota bomba dan masih menjalankan kerja-kerja pemadaman termasuk memadam spot api yang masih ada di lokasi."Operasi pemadaman masih berlangsung oleh pasukan keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam," tambah beliau. |
|
Kereta terbakar dihempap lori tangki: Jenazah ibu, anak selamat dikebumikan - Sinarharian - 17/08 4:11 pm TEMERLOH Jenazah ibu dan anak yang maut dalam tragedi kereta terbakar dihempap lori tangki di Jalan Temerloh-Triang, Jumaat lalu selamat dikebumikan dalam dua liang lahad bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sanggang di sini pada Isnin.Van yang membawa jenazah Nur Fatima Syuhada Abdullah, 39, dan anaknya, Muhamad Fattah Aisy Naufal Saifulnizam, 12, tiba di pekarangan tanah perkuburan berkenaan kira-kira jam 2 petang.Suasana pilu mengiringi upacara pengebumian yang dihadiri ratusan penduduk termasuk keluarga terdekat sebelum kedua-dua jenazah selamat dikebumikan kira-kira jam 2.30 petang.Suami mangsa, Saifulnizam Sulaiman, 39, turut berada di tanah perkuburan dan dilihat gagal menahan kesedihan selepas selesai pengebumian isteri serta anaknya.Dia turut ditenangkan ahli keluarga yang berada di sisi sepanjang proses pengebumian dua insan tersayang itu.Terdahulu, jenazah Nur Fatima Syuhada dan Muhamad Fattah Aisy Naufal dibawa ke Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Kampung Sanggang dari Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS).Kedua-dua jenazah dituntut keluarga pada jam 10 pagi selepas pengesahan identiti dibuat melalui perbandingan sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bersama waris dengan bantuan Jabatan Kimia di Kuala Lumpur.Pengesahan itu dilakukan susulan keadaan fizikal mangsa yang sukar dikenali akibat terbakar dalam kejadian berkenaan.Jenazah kemudiannya melalui proses tayamum dan dikafankan di Unit Forensik HOHSAS sebelum dibawa ke masjid bagi urusan selanjutnya.Dalam kejadian petang Jumaat lalu, dua beranak terbabit terkorban akibat kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki terbabit yang bermuatan 32,000 liter bahan api manakala pemandu lori hanya cedera ringan.Insiden itu menyebabkan mereka terperangkap di dalam kenderaan sebelum ditemui rentung.Sementara itu, pemandu lori tangki terbabit kini direman selama empat hari sehingga 18 Ogos bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala saringan ujian air kencing terhadap lelaki berkenaan didapati negatif dadah. |
|
“Kalau Teruskan, Aina Abdul Jadi Ahli Neraka…” -Pempengaruh Tareq Fit - Beautifulnara - 17/08 1:44 pm Persembahan Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) terus menjadi bualan netizen selepas konsep pentasnya yang sarat dengan elemen visual berwarna merah dan efek api mencuri perhatian ramai |
|
Hampir 1,000 gempa bumi susulan di Flores - Mygazette - 17/08 7:55 am Abdul Muhari berkata usaha kecemasan tertumpu kepada membantu mangsa, menyediakan bekalan asas dan menilai kerosakan kediaman, manakala pihak berkuasa berusaha memulihkan akses serta perkhidmatan penting. Beliau berkata jalan yang terjejas akibat tanah runtuh di Reok, Manggarai kini boleh dilalui lori tangki bahan api, manakala bekalan elektrik telah dipulihkan di beberapa kawasan yang terjejas akibat gangguan bekalan |
|
Three towns choke on unhealthy API, Serian tops list as haze blankets Malaysia - Malaymail - 16/08 6:27 pm KUALA LUMPUR, Aug 16 Three areas, including two in Sarawak, recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) reading... |
|
4 suspek kes penemuan mayat dibungkus, dililit jaring didakwa esok - Mygazette - 16/08 4:19 pm # 4 suspek kes penemuan mayat dibungkus, dililit jaring didakwa esok JOHOR BAHRU - Empat lelaki dipercayai terlibat kes bunuh susulan penemuan mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja, Batu Pahat, 3 Ogos lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, seorang daripada empat suspek berkenaan akan dituduh kemudian di Mahkamah Majistret Kluang kerana memiliki senjata api |
|
12 maut selepas bas dari Poland terbalik di Hungary - Mygazette - 16/08 4:19 pm Dua kren kemudian digunakan untuk mengangkat bas tersebut keluar dari parit, menurut agensi pengurusan bencana itu. Kemalangan berkenaan merupakan kemalangan jalan raya paling buruk di Hungary sejak sebuah kereta api melanggar bas pelancong dari Jerman di Siofok pada 2003, yang mengorbankan 33 orang |
|
New South Wales lancar skim beli balik senjata api - Utusan - 16/08 4:14 pm SYDNEY: New South Wales (NSW), negeri paling ramai penduduk di Australia akan melancarkan skim membeli balik senjata api pada akhir tahun ini, menjadikannya negeri pertama yang menawarkan bayaran tunai sebagai pertukaran senjata api susulan serangan pengganas di Bondi Beach |
|
Bunuh, lilit mayat dengan jaring: Empat lelaki akan didakwa esok - Sinarharian - 16/08 3:10 pm JOHOR BAHRU - Empat individu dipercayai terlibat kes bunuh susulan penemuan mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat 3 Ogos lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, seorang daripada empat suspek ini akan dituduh kemudian di Mahkamah Majistret Kluang kerana memiliki senjata api.Menurutnya, pendakwaan dilakukan selepas kertas siasatan lengkap dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, pada Khamis."Empat suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh manakala suspek yang memiliki senjata api didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971."Seorang lagi suspek dibebaskan dan akan jadi saksi pendakwaan dengan bon jaminan memgikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.Ab Rahaman berkata, keseluruhannya, lima suspek ditangkap pada 3 Ogos melibatkan tiga lelaki tempatan berusia 26 hingga 40 tahun."Susulan daripada itu, dua lagi lelaki tempatan berusia 33 dan 34 tahun ditangkap keesokannya sekali gus membawa kepada penemuan serta rampasan sepucuk pistol di sebuah rumah di Yong Peng, Batu Pahat pada 9 Ogos," katanya.3 Ogos lalu, satu mayat yang dibungkus dan dililit dengan jaring ditemui di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Raja Batu Pahat jam 12.30 tengahari oleh orang awam.Hasil siasatan, tangan dan kaki diikat dengan pita pelekat dan terdapat kesan luka di bahagian pinggang serta lengan mangsa.Semakan lanjut mendapati, mangsa merupakan orang hilang seperti laporan diterima daripada seorang isteri yang memaklumkan kehilangan suaminya di Mutiara Rini, Iskandar Puteri, jam 10.09 malam, 29 Julai lalu. |
|
QInsiden Helikopter Ka-32S terbakar di WMSA - ada yang nak kaitkan dengan .. - Wrlr - 16/08 2:54 pm EGR fail on ground. Senang cerita, ni heli sewa untuk padam api, parking lama kat sini, bukan heli spy |
|
Sarawak skies turn grey, DOE warns haze plumes from Kalimantan push API into danger zone - Malaymail - 16/08 2:18 pm KUALA LUMPUR, Aug 16 Three areas in Sarawak recorded unhealthy Air Pollutant Index (API) readings as of 11am tod... |
|
Anak sulung nampak ibu peluk adik di penjuru bilik - Mygazette - 15/08 9:26 pm Namun, tragedi yang berlaku sekitar jam 4 pagi itu menyebabkan ibu dan bapanya, Mohd Kahurolaizam Mokhtar, 42 dan ibu, Siti Zaleha Aluha, 31 serta adik bongsunya Muhamad Putra Raykal, 4, meninggal dunia. Menceritakan detik sebelum kejadian, Putra Aliff Haikal memberitahu, dia dikejutkan oleh suara ayahnya yang menyuruh dia menyelamatkan adiknya berikutan api mula marak dalam rumah yang baru seminggu didiami mereka |
|
Dua beranak maut: Pemandu lori tangki direman - Sinarharian - 15/08 2:16 pm KUANTAN - Pemandu lori tangki yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan dua individu maut di Kilometer 9, Jalan Temerloh-Triang, dekat Kampung Lebak semalam, direman selama empat hari.Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, lelaki berumur 37 tahun itu direman hingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.ARTIKEL BERKAITAN: Nahas lori tangki dan kereta: Mangsa rentung dipercayai wanita dan anak lelaki 12 tahunKereta dihempap lori tangki sebelum terbakar, pemandu dan penumpang disyaki rentung'Isteri dan anak saya meninggal dunia' - Luahan pilu suami mangsa kereta terbakar dihempap lori tangki"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap pemandu berkenaan mendapati lelaki itu negatif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, dua beranak dipercayai ibu dan anak terkorban akibat kereta dinaiki mereka dihempap lori tangki terbabit yang bermuatan 32,000 liter bahan api.Pengesahan identiti kedua-dua mangsa akan dijalankan melalui perbandingan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) waris dengan bantuan Jabatan Kimia.Sebelum ini, Mohd Nasyim dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati lori tangki berkenaan dari Seremban, Negeri Sembilan menghala ke Temerloh itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan serta menghempap kereta terbabit sebelum kedua-dua kenderaan terbakar |
|
Tiga beranak maut: 'Api terlalu marak, saya nampak mak peluk adik' - Sinarharian - 15/08 2:16 pm ROMPIN - "Saya terjaga selepas dengar suara ayah jerit minta selamatkan adik. Terkejut bila nampak api, lalu kami yang ketika itu tidur di ruang tamu segera berlari keluar selamatkan diri."Selepas selamatkan adik, saya cuma masuk untuk selamatkan mak dan seorang lagi adik yang berada dalam bilik, tapi dah terlambat, api sudah terlalu marak," demikian kata Putra Aliff Haiqal Mohd Kahurolaizam,16.Dia dan adiknya, Mohamad Putra Haikal,10, terselamat dalam kebakaran dua rumah yang meragut nyawa tiga ahli keluarganya dalam kejadian di Desa Mawar 2, Muadzam Shah di sini pada awal pagi Sabtu.Lebih memilukan, ibu, Siti Zaleha Aluha, 31, dan adik lelaki mereka, Muhamad Putra Rayqal, 4, ditemui rentung selepas terperangkap dalam bilik yang hangus terbakar.Ayah mereka, Mohd Kahurolaizam Mokhtar, 42, yang melecur sempat keluar namun ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang di hadapan rumah sebelum disahkan meninggal dunia.Remaja yang tidak bersekolah itu memberitahu, semasa cuba keluar selamatkan diri, dia sempat melihat ibunya memeluk adik dalam bilik sambil berpelukan bertutup selimut."Ayah cuba selamat mereka namun gagal sebelum dia tendang papan dinding menyelamatkan diri."Saya ingat dia (ayah) selamat tapi jiran ditemuinya melecur dan tidak sedarkan diri dalam longkang sebelum meninggal dunia," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi awal pagi: Identiti tiga beranak maut dikenal pasti - PolisIsteri, anak rentung dalam bilik, suami ditemui maut dalam longkangTragedi awal pagi, tiga sekeluarga mautCeritanya lagi, mereka sekeluarga baru berpindah ke rumah sewa itu kira-kira seminggu lalu."Malam tadi kami sempat makan malam bersama berlaukkan ketam masak lemak |
|
Kes gaduh: Polis rakam keterangan lima individu - Sinarharian - 15/08 1:47 pm SHAH ALAM - Lima individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes pergaduhan menggunakan senjata hingga mencederakan seorang lelaki di Jalan Bukit Kemuning, Batu 8 Sri Muda di sini pada Khamis.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya juga telah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan."Kita telah merakam keterangan lima individu, selain itu polis turut meneliti rakaman CCTV di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan."Dua suspek yang disyaki tetlibat dalam kes itu telah dikenal pasti," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.Pada Jumaat, media melaporkan polis memburu dua suspek lelaki dipercayai terbabit kes pergaduhan itu.Sarudin dilaporkan berkata, siasatan mendapati sekumpulan lelaki menggunakan sebilah parang dan objek menyerupai pistol berhampiran kawasan terbabit kira-kira jam 11 pagi.Mangsa memaklumkan, dia diserang dua lelaki sehingga parah pada tangan kirinya akibat ditetak menggunakan sebilah parang dan kini mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata serta Seksyen 8 Akta Senjata 1960 kerana memiliki objek menyerupai senjata api. |
|
Tragedi awal pagi: Identiti tiga beranak maut dikenal pasti - Polis - Sinarharian - 15/08 1:23 pm ROMPIN Identiti tiga sekeluarga maut dalam kebakaran sebuah rumah di Desa Mawar 2, Muadzam Shah, awal pagi tadi sudah dikenal pasti.Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mangsa ialah Mohd Kahurolaizam Mokhtar, 42, isterinya, Siti Zaleha Aluha, 31, serta anak bongsu mereka, Muhamad Putra Rayqal, 4.Beliau berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu mengorbankan Mohd Kahurolaizam yang mengalami kecederaan akibat kebakaran dan meninggal dunia di hadapan rumah.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi awal pagi, tiga sekeluarga mautIsteri, anak rentung dalam bilik, suami ditemui maut dalam longkang"Manakala isteri serta anak bongsu mangsa ditemui rentung di dalam sebuah bilik."Dua lagi anak lelaki pasangan itu masing-masing berusia 10 dan 16 tahun terselamat dalam kejadian," katanya menerusi kenyataan.Dalam pada itu, sebuah rumah yang terletak bersebelahan kediaman mangsa turut terbakar.Menurut Sharif Shai, rumah berkenaan dihuni seorang lelaki berusia 35 tahun bersama isterinya dan empat anak mereka.Bagaimanapun, kesemua penghuni rumah terbabit berjaya menyelamatkan diri.Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nordin Pauzi berkata, siasatan awal mendapati api dipercayai bermula dari sebuah bilik di rumah mangsa.Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran, termasuk memeriksa sistem pendawaian elektrik di kediaman berkenaan."Antara fokus siasatan ialah sistem pendawaian elektrik di kediaman mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.Nordin berkata, kebakaran turut memusnahkan sebuah motosikal dan sebuah kereta milik mangsa. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |