![]() |
/// |
|
Search : Titah Adendum News | Page 1 |
12/07 4:36 pm | Pemuda MCA mohon titah adendum terhadap Najib dilaksana - Mgazette |
| Titah adendum: Akauntabiliti di tangan PM ??? Mohd Puad - Mgazette |
Agong berjalan 3.2km tinjau Jalan Gallagher, tegur masalah sampah dan longkang tersumbat - Sinarharian - 12/07 4:26 pm SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan meninjau tahap kebersihan kawasan sekitar Jalan Gallagher di ibu kota dengan berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer (km).Berdasarkan hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda turut menegur keadaan longkang yang tersumbat dan sampah sarap yang dibuang merata-rata di pinggir jalan.Menerusi tinjauan mengejut itu juga, baginda bertitah agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan serta-merta bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan selamat."Pembuangan sampah sarap di tepi jalan bukan sahaja menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan penghuni di kawasan sekitarnya."Begitu juga saya melihat terdapat dahan pokok besar di atas jalan raya yang boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, khususnya penunggang motosikal pada waktu malam," titah baginda.Turut mengiringi Sultan Ibrahim ketika sesi berjalan kaki tersebut ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Azmi Rohani; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; dan beberapa kakitangan. |
Cadangan tahanan rumah untuk Najib tidak munasabah - MP Kepong - Sinarharian - 12/07 3:47 pm SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng menyifatkan cadangan agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah sebagai tidak munasabah dan wajar ditolak secara tegas.Menurut beliau, permintaan sedemikian mencabar prinsip keadilan dan menimbulkan persepsi wujudnya layanan istimewa terhadap tokoh politik yang berpengaruh."Najib telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah tertinggi negara dalam kes salah guna dana awam."Jika individu yang terlibat dalam skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara diberikan keistimewaan tahanan rumah, apakah mesej yang kita sampaikan kepada rakyat biasa, penjawat awam dan pemimpin lain?"Adakah undang-undang hanya tegas kepada golongan yang tidak berpengaruh dan tiada jawatan?" katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Lip Eng berkata, sabitan jenayah perlu dihormati dan dilaksanakan mengikut keputusan mahkamah tanpa sebarang kelonggaran luar biasa.Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh menjadi negara yang mengamalkan undang-undang dua darjat."Kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan secara saksama, berintegriti dan konsisten terhadap semua tanpa pengecualian," tegasnya.Sebelum ini, media melaporkan bahawa AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi.Terdahulu, UMNO dilaporkan mengemukakan cadangan agar bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menjalani hukuman secara tahanan rumah, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat dan pemerhati undang-undang. |
Pemuda UMNO Pahang desak Titah Adendum terhadap Najib dilaksana segera - Sinarharian - 12/07 3:30 pm KUANTAN - Pemuda UMNO Pahang berpandangan adalah wajar segala perintah dalam Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan segera selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan kewujudan dokumen tersebut.Ketua Pemudanya, Mohd Kamil Ibrahim berkata, pengakuan ini sekali gus mengesahkan bahawa titah tersebut benar-benar wujud dan bukan sekadar hear say."Sejak hari pertama lagi, kita konsisten dan lantang memperjuangkan agar Titah Adendum ini tidak dinafikan serta menuntut supaya keadilan terhadap Najib ditegakkan sepenuhnya."Perjuangan ini berteraskan prinsip kebenaran dan penghormatan terhadap Institusi Diraja yang menjadi lambang kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan satu kenyataan pada Sabtu.Mohd Kamil berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menggesa agar keadilan diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu tanpa sebarang lengah.Jelasnya, pendirian tegas itu selaras dengan usaha menjunjung kedaulatan undang-undang serta menghormati Institusi Diraja.Mohd Kamil menambah, pihak mahu semua pihak termasuk AGC dan mahkamah."Kerajaan juga perlu menjunjung prinsip pengasingan kuasa dan menghormati kuasa, kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Kami akan terus istiqamah memperjuangkan keadilan dan menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama mempertahankan prinsip keadilan serta institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi tiang seri negara," katanya. |
Titah Adendum: Prosiding di mahkamah wajar dihentikan - Mohamed Fatmi - Astroawani - 12/07 11:30 am Mohamed Fatmi gesa kerajaan Perdana Menteri dan Jabatan Penjara Malaysia mengambil tindakan segera bagi melaksanakan Titah Adendum itu. |
Titah Adendum: UMNO Kelantan harap Najib dapat keadilan - Sinarharian - 12/07 10:20 am KOTA BHARU UMNO Kelantan memohon agar pelaksanaan baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, disegerakan bagi membuktikan proses perundangan yang telus dan adil.Permintaan tersebut dibuat susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) yang dilaporkan pada Jumaat.Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pihaknya bersyukur dengan perkembangan itu dan berdoa agar Najib mendapat keadilan sepenuhnya."Ia sekali gus dapat menangkis tanggapan negatif oleh rakyat sebelum ini," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.Ahmad Jazlan turut memaklumkan bahawa UMNO Kelantan memohon agar semua prosiding pendakwaan dihentikan selari dengan keabsahan Titah Adendum tersebut.Sebelum ini, media melaporkan bahawa AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, menyatakan bahawa AGC mempersoalkan prosedur pengemukaan titah tersebut sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi |
Titah Adendum: Afidavit saya adalah benar, bukan 'hear say' Wan Rosdy - Sinarharian - 12/07 10:17 am KUANTAN - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersyukur apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) mengakui kewujudan Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, pengakuan tersebut membuktikan bahawa afidavit yang dikemukakannya kepada mahkamah sebelum ini adalah benar."Ini sekali lagi mengesahkan afidavit yang saya kemukakan kepada pihak mahkamah bahawa saya mengetahui kewujudan titah ini adalah benar dan bukan bersifat hear say."Memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan Titah Adendum ini, adalah wajar prosiding ini dihentikan dan titah tersebut dilaksanakan," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada malam Jumaat.Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menegaskan bahawa AGC, mahkamah dan semua pihak yang terlibat khususnya kerajaan perlu menjunjung prinsip pengasingan kuasa.Katanya, ini termasuk menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Saya secara peribadi dan juga mewakili rakyat Negeri Pahang berdoa agar Datuk Sri Najib mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam Titah Adendum tersebut."Kepada ALLAH kami berserah," katanya.Pada Rabu, AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang didakwa membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC hanya mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian titah itu wujud, namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi |
Beri ruang kepada mahkamah selesaikan isu titah adendum, kata pakar perlembagaan - Mdateline - 12/07 8:28 am Mahkamah perlu diberikan ruang untuk menjalankan fungsinya bagi menentukan titah adendun boleh dilaksanakan oleh kerajaan atau tidak, kata pakar perlembagaan |
Titah Adendum: PM hormati pandangan UMNO namun terserah mahkamah Titah .. - Mgazette - 11/07 5:05 pm # Titah Adendum: PM hormati pandangan UMNO namun terserah mahkamah KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati pandangan UMNO berhubung pengesahan kewujudan Titah Adendum melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najiib Tun Razak oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) |
UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan - Mgazette - 11/07 5:05 pm # UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan KUALA LUMPUR - UMNO memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar titah tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak dapat dilaksanakan susulan pengesahan kewujudan titah berkenaan yang dibuat Peguam Negara, kelmarin |
Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM - Sinarharian - 11/07 4:06 pm PUTRAJAYA - Kerajaan menghormati pandangan semua pihak berkaitan Titah Adendum, namun menegaskan dokumen itu tertakluk kepada proses mahkamah, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau bagaimanapun berkata buat masa ini proses berkenaan masih dalam urusan mahkamah."Titah Adendum ini urusan mahkamah sekarang, tak ada masalah |
Titah adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - Anwar - Mkini - 11/07 4:03 pm Perdana menteri bagaimanapun berkata buat masa ini proses berkenaan masih dalam urusan mahkamah. |
Titah Adendum: Hormati semua pandangan, terserah kepada mahkamah - PM Anwar - Astroawani - 11/07 3:40 pm Kerajaan menghormati pandangan beberapa pihak yang mahu Titah Adendum terhadap Datuk Seri Najib Razak dilaksanakan. |
Umno rayu ihsan Agong untuk Najib ditahan di rumah - Mkini - 11/07 11:27 am Kata Umno, sudah sah titah tambahan itu wujud melalui pengakuan peguam pada 9 Julai lalu |
[VIDEO] Titah Adendum sah, UMNO mohon tahanan rumah Najib dilaksana - Sinarharian - 11/07 9:56 am SHAH ALAM UMNO merakamkan rasa syukur kepada ALLAH SWT susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu sekali gus memperakui titah bagi penahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak."UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan."Semoga dengan limpah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Najib dapat menikmati keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu |
UMNO mohon titah tahanan rumah Najib dilaksana ikut Perlembagaan - Asyraf Wajdi - Astroawani - 11/07 9:10 am UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan. |
Isu pelantikan hakim: PN saran Anwar ambil cuti, lantik PM interim - Mgazette - 11/07 7:48 am # Isu pelantikan hakim: PN saran Anwar ambil cuti, lantik PM interim KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) menyarankan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti dan seorang Perdana Menteri Interim dilantik untuk menjalankan tanggungjawab khususnya di bawah Perkara 122B |
ABIM gesa semua pihak junjung titah Istana Negara - Sinarharian - 10/07 8:15 pm SHAH ALAM - Semua pihak digesa menjunjung kasih titah Istana Negara dan semangat Perlembagaan dengan memastikan pelantikan hakim dilaksanakan secara profesional serta bebas daripada tekanan politik.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, titah berkenaan amat bertepatan dengan suasana semasa yang menyaksikan kegusaran masyarakat terhadap kemungkinan berlakunya campur tangan politik dalam sistem perundangan negara."Penegasan terhadap prinsip semak dan imbang merupakan lambang ketegasan institusi Raja Berperlembagaan dalam menjamin kebebasan badan kehakiman."ABIM percaya pemimpin yang memahami Perlembagaan dengan mendalam akan sentiasa menjunjung prinsip pemisahan kuasa dan menjauhi campur tangan politik dalam urusan badan kehakiman serta memastikan semua proses pelantikan dilaksanakan secara telus dan berintegriti," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataannya berkata, pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Tambah kenyataan itu, mengikut Perkara 1228 Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.Ahmad Fahmi turut mengulangi pendirian bahawa sebarang pelantikan terutamanya bagi jawatan tertinggi kehakiman mestilah menepati kehendak Perlembagaan, mengutamakan merit dan kekananan serta mengelakkan sebarang bentuk konflik kepentingan."Sebarang usaha untuk mempolitikkan pelantikan hakim bukan sahaja mencemar keluhuran Perlembagaan, malah merosakkan keyakinan umum terhadap institusi keadilan," menurutnya.Kata beliau, dalam semangat tersebut, ABIM menyambut baik titah Istana Negara yang menekankan agar pelantikan hakim tidak dipolitikkan dan hendaklah ditangani secara cermat serta berintegriti.Beliau memberitahu, titah itu merupakan garis panduan moral dan perlembagaan amat penting dalam memastikan kebebasan dan integriti institusi kehakiman negara terus terpelihara.Dalam pada itu, Ahmad Fahmi turut menggesa supaya kerajaan terus komited kepada prinsip reformasi institusi, termasuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)."Antara lain, institusi Parlimen digerakkan untuk meneliti semula mekanisme pelantikan hakim, agar lebih telus, demokratik dan selari dengan prinsip pemisahan kuasa dalam sistem Raja Berperlembagaan," ujarnya lagi.Beliau menambah, semua pelantikan hakim dibuat berasaskan integriti, kekananan serta kelayakan profesional demi menegakkan keadilan dan mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara. |
Hamzah saran Anwar ambil cuti - Sinarharian - 10/07 7:56 pm SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti bagi menghilangkan prejudis terhadap proses pelantikan hakim baharu.Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata, dalam masa sama langkah itu dapat menepis persepsi umum yang mengaitkan beliau terlibat dalam menentukan kumpulan hakim berkenaan.Menurutnya, dalam tempoh cuti Anwar, seorang Perdana Menteri Interim boleh dilantik bagi menjalankan tanggungjawab menguruskan negara, khususnya di bawah Perkara 122B."Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga integriti, kebebasan dan kemuliaan institusi kehakiman negara."Perikatan Nasional (PN) menjunjung kasih ke atas titah Istana Negara yang mahukan isu pelantikan hakim ditangani dengan cermat dan berintegiriti, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Istana Negara menegaskan pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Katanya dalam satu kenyataan, mengikut Perkara 1228 Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.Tambah Hamzah, memang jelas Perkara 122B menyebut bahawa pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja."Pun begitu, dalam keadaan Perdana Menteri hari ini mempunyai konflik kepentingan peribadi adalah munasabah serta wajar untuk pelbagai pihak merasa curiga tentang wujudnya campur tangan politik dalam soal pelantikan hakim."Selain itu, beliau sendiri berdepan dengan beberapa saman sivil di mahkamah," ujarnya. |
Jika Najib pun dinafikan, apalah nasib rakyat biasa - Ketua Pemuda UMNO Pahang - Sinarharian - 10/07 9:30 am KUANTAN "Jika hak seorang pemimpin negara pun boleh dinafikan, tidak mustahil rakyat marhaen akan terus dipinggirkan dan dizalimi tanpa pembelaan."Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim yang mengecam tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana dikatakan lambat mengakui kewujudan Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya, tindakan AGC menafikan dan gagal mengakui lebih awal kewujudan titah itu bukan sahaja mengecewakan, malah mencerminkan kegagalan besar sebagai penjaga utama undang-undang negara."Perkara sepenting ini tidak seharusnya mengambil masa setahun untuk diakui, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan titah daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang institusinya wajib dihormati dan dipelihara dalam kerangka Raja Berperlembagaan."Sikap mendiamkan diri, berdolak-dalik dan berlindung di sebalik alasan teknikal hanyalah cubaan untuk mengelak daripada menjunjung kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.Beliau menjelaskan ini bukan kesilapan biasa tetapi satu bentuk pengkhianatan terhadap kedaulatan undang-undang dan penghinaan terhadap institusi diraja.Tegasnya, AGC sepatutnya menjadi lambang keadilan dan bukan menjadi alat untuk melengahkan atau menyembunyikan kebenaran."Kelewatan dan sikap tidak telus ini menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan membuka ruang kepada pelbagai persepsi negatif bahawa undang-undang hanya ditegakkan apabila ia menguntungkan pihak tertentu," katanya.Menurut Kamil, keadaan itu menimbulkan kebimbangan jika perkara sebegini boleh berlaku terhadap seorang bekas Perdana Menteri, maka apalah nasib rakyat biasa.Tambah beliau, kesan daripada kegagalan ini amat serius kerana institusi undang-undang dan kehakiman dilihat berat sebelah dan tidak lagi bebas."Kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan semakin terhakis."Malah kedaulatan Raja-Raja Melayu tercabar akibat kegagalan penjawat awam menjunjung titah dan negara berisiko berdepan krisis perlembagaan yang lebih besar pada masa hadapan," katanya.Beliau menegaskan tindakan AGC ini adalah satu amaran bahawa sistem sedang pincang dan mereka tidak boleh terus bersembunyi di sebalik alasan teknikal apabila maruah institusi dan kepercayaan rakyat menjadi taruhan."Kami menuntut AGC tampil memberi penjelasan secara terbuka kepada rakyat dan mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan ini."Sekiranya mereka tidak mampu menjunjung Perlembagaan dan menghormati titah Raja, maka mereka yang ada dalam AGC ini tidak layak memegang jawatan setinggi itu."Jangan biarkan negara ini rosak hanya kerana segelintir yang memilih untuk tunduk kepada tekanan, bukan kepada kebenaran," katanya.Pada Rabu, AGC memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi |
AGC gagal akui Titah Adendum lebih awal satu pengkhianatan ??? Pemuda UMNO .. - Mgazette - 10/07 7:42 am # AGC gagal akui Titah Adendum lebih awal satu pengkhianatan Pemuda UMNO Pahang KUANTAN - Pergerakan Pemuda UMNO Pahang mengecam tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang didakwa lambat mengakui kewujudan Titah Adendum berhubung Datuk Seri Najib Razak |
Armada Johor terdesak, kehabisan modal politik - Mgazette - 10/07 7:42 am JOHOR BAHRU Kenyataan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Johor tentang titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenaan masalah bekalan air, gaji minimum dan Hospital Pasir Gudang di negeri ini dianggap sebagai dangkal dan biadab |
Peralat titah satu bentuk pengkhianatan – Syed Hussien - Mgazette - 10/07 7:42 am # Peralat titah satu bentuk pengkhianatan - Syed Hussien JOHOR BAHRU Tindakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Johor, Alias Rasman yang didakwa memanipulasi titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail adalah satu bentuk pengkhianatan dan jauh menyimpang daripada mesej asal yang baginda maksudkan |
Pastikan institusi diraja bebas daripada jadi alat politik – .. - Mgazette - 10/07 7:42 am # Pastikan institusi diraja bebas daripada jadi alat politik - Faezuddin JOHOR BAHRU Menjadikan titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor sebagai hujah untuk menyerang kerajaan adalah tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati baginda sebagai payung negeri |
TMJ titah KKM segerakan isu kekurangan petugas hospital - Thempress - 9/07 10:40 pm JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menitahkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mencari penyelesaian segera berhubung isu dihadapi tiga buah hospital di negeri ini |
Titah adendum: Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan AG - Mkini - 9/07 4:02 pm Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya Hasnah Mohammed Hashim. |
Titah adendum: Rayuan Peguam Negara disambung hari ini - Mgazette - 9/07 3:13 pm # Titah adendum: Rayuan Peguam Negara disambung hari ini PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menyambung pendengaran rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Datuk Seri Najib Razak memulakan semakan kehakiman mencabar titah adendum |
Titah TMJ cerminan kelemahan urus tadbir kerajaan-Armada Johor - Mgazette - 9/07 3:13 pm # Titah TMJ cerminan kelemahan urus tadbir kerajaan-Armada Johor JOHOR BAHRU - Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenaan masalah bekalan air, gaji minimum dan Hospital Pasir Gudang disiafatkan sebagai satu teguran kepada kerajaan yang semakin selesa di tampuk kuasa dan gagal mengurus kebajikan rakyat |
AGC akui kewujudan titah adendum namun pertikai cara dikemuka di mahkamah - Mgazette - 9/07 3:13 pm # AGC akui kewujudan titah adendum namun pertikai cara dikemuka di mahkamah PUTRAJAYA - Titah adendum yang menjadi perkara yang dipertikaikan dalam semakan kehakiman Datuk Seri Najib Razak diakui kewujudannya oleh Jabatan Peguam Negara (AGC), demikian Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu |
Jangan putar belit titah TMJ, cukuplah tunggang institusi diraja – .. - Mgazette - 9/07 3:13 pm # Jangan putar belit titah TMJ, cukuplah tunggang institusi diraja - Aswad JOHOR BAHRU - Titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenaan masalah bekalan air, gaji minimum dan Hospital Pasir Gudang di negeri ini tidak wajar diputar belit untuk kepentingan politik sempit |
AGC tidak pertikai Titah Adendum, hanya pertikai cara dokumen dikemukakan - Sinarharian - 9/07 3:02 pm PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Peguam Negara (AGC) memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi, maka kami bersandarkan kepada hujahan bertulis yang telah difailkan sebelum ini dan menyerahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.Sementara itu peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata, AGC tidak boleh menyatakan titah berkenaan sebagai spekulatif ketika di peringkat kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman."Kami ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ia sesungguhnya tragedi terhadap kami kerana tanggungjawab untuk bersikap jujur, terbuka dan telus, bukan di pihak kami kerana kami sentiasa berterus terang selama ini."Sudah menjadi tanggungjawab Peguam Negara untuk mengesahkan atau menafikan kewujudan Titah Adendum itu pada peringkat permohonan mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman, jika mereka membantah kewujudannya," katanyaBeliau berkata, persoalan sama ada Titah Adendum tidak diperoleh dengan usaha wajar yang munasabah ketika prosiding di Mahkamah Tinggi tidak relevan kerana pembuat afidavit bagi pihak responden jelas mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mendapatkan salinan titah terbabit kerana kerahsiaannya pada masa itu.Sebelum itu, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim meminta kepastian mengenai pendirian AGC kerana agensi itu tidak mempertikai kewujudan titah tersebut.Beliau yang bersidang bersama Hakim-hakim, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah berkata, sekiranya mahkamah mengetahui berpendirian AGC, panel tidak perlu menjawab persoalan undang-undang yang dikemukakan untuk memasukkan titah itu sebagai bukti tambahan dalam pendengaran semakan kehakiman.Selepas dimaklumkan mengenai pendirian AGC dalam prosiding rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, beliau memaklumkan tarikh bagi keputusan permohonan itu akan dimaklumkan pada tarikh lain.Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu.Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurm, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur serta merta untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, sebelum beliau merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib, termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti. |
AGC tidak pertikai kewujudan Titah Adendum Najib, namun pertikai cara dokumen dikemuka - Astroawani - 9/07 2:52 pm AGC membantah cara dokumen berkenaan dikemukakan dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi sebelum ini. |
Tidak pertikai Titah Adendum wujud, pertikai cara dikemukakan - Utusan - 9/07 2:47 pm PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini memaklumkan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum tersebut sebaliknya mempertikaikan cara dokumen terbabit dikemukakan ke mahkamah untuk diterima sebagai bukti baharu |
Tangani masalah bekalan air, gaji minimum dan Hospital Pasir Gudang-TMJ - Mgazette - 9/07 7:35 am # Tangani masalah bekalan air, gaji minimum dan Hospital Pasir Gudang-TMJ JOHOR BAHRU Johor mensasarkan pembinaan infrastruktur air mentah 2,000 juta liter sehari (JLH) yang mampu menampung keperluan air di seluruh negeri sehingga tahun 2060 |
AKPS perkukuh operasi sempadan melalui kolaborasi agensi - SUN - 8/07 6:58 pm SEPANG : Kolaborasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dengan agensi penguat kuasa lain terus diperkukuh bagi memastikan operasi sempadan lebih berkesan |
Polis sahkan terima laporan video palsu guna wajah Sultan Pahang - Mgazette - 8/07 3:51 pm # Polis sahkan terima laporan video palsu guna wajah Sultan Pahang PEKAN - Polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung penyebaran video yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) wajah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini |
Selangor luluskan RUU cegah pelantikan individu ekstrem, liberal, .. - Mgazette - 8/07 8:24 am # Selangor luluskan RUU cegah pelantikan individu ekstrem, liberal, menyeleweng daripada ASWJ KUALA LUMPUR - Selangor meluluskan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2025 atau RUU 2025 dalam Mesyuarat kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri, hari ini Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Salehuddin Saidin berkata, tujuan utama pindaan tersebut adalah untuk mencegah pelantikan individu berpandangan ekstrem, liberal atau cenderung kepada fahaman yang menyeleweng daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah |
MAIS komited perkukuh pentadbiran Islam berpandukan Ahli Sunnah Wal Jamaah - SUN - 7/07 8:42 pm SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertekad memastikan pentadbiran Islam di negeri ini terus berpegang kepada prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah serta bebas daripada pengaruh ajaran menyimpang |
Keputusan saman fitnah Rosmah isu ilmu hitam, kes Najib antara menarik minggu ini - Sinarharian - 7/07 11:00 am KUALA LUMPUR Keputusan taksiran ganti rugi dalam kes saman fitnah RM1 juta oleh Datin Seri Rosmah Mansor terhadap seorang pemilik akaun TikTok, yang mendakwa isteri bekas Perdana Menteri itu mengamalkan ilmu hitam, antara yang menarik di Mahkamah Tinggi di sini minggu ini.Selain itu, hujahan Titah Adendum membabitkan suami Rosmah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pendengaran semakan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony, turut dijadualkan di Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan di Putrajaya.Bukan itu sahaja, Najib, 72, juga hadir ke Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bagi hujahan saman SRC International Sdn Bhd.Dalam pada itu, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan dalam kes komital ke atas bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil dan hujahan berkaitan permohonan semakan balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Naimah Abdul Khalid.Pada Isnin, Najib yang diwakili peguam-peguam akan berhujah di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin berhubung saman SRC sebanyak AS$1.18 bilion.Pada 7 Mei 2021, SRC di bawah pengurusan baharunya memfailkan saman terhadap bekas Ahli Parlimen Pekan serta bekas-bekas pengarah syarikat itu.Mereka ialah Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohammed Azhar Osman Khairuddin, Nik Faisal Ariff Kamil, Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Tan Sri Ismee Ismail.Syarikat itu juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami berjumlah RM42 juta.Bagaimanapun, syarikat itu menggugurkan keenam-enam nama daripada saman tersebut dan hanya mengekalkan Najib sebagai defendan.SRC mendakwa Najib telah menyalah guna kuasanya dan memperoleh manfaat peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan.Najib adalah Penasihat Emeritus SRC dari 1 Mei 2012 hingga 4 Mac 2019.SRC, yang kini dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan selain faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Pada Selasa pula, Hakim, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh dijangka membacakan keputusan taksiran ganti rugi, saman fitnah RM1 juta oleh Rosmah berhubung isu ilmu hitam.Ia selepas mahkamah membenarkan permohonan Rosmah, 74, kerana Ku Muhammad Hilmie gagal memasukkan memorandum kehadiran bagi menjawab saman pada tarikh yang ditetapkan.Pada 19 September 2023, Rosmah selaku plaintif menuntut ganti rugi itu daripada Ku Muhammad Hilmie berhubung dakwaan fitnah terbabit.Beliau menamakan lelaki yang mempunyai 1,584 pengikut itu sebagai defendan kerana didakwa memuat naik satu rakaman video di akaun TikTok menggunakan nama 'CEO Heelmie Fighter' yang mengandungi kenyataan tidak benar pada 22 Mac tahun sama.Sementara bagi kes Titah Adendum, panel tiga hakim menetapkan Rabu ini untuk menyambung hujahan di Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman Najib ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.Pada 6 Januari lalu, mahkamah membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari 2024.Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC berjumlah RM42 juta.Peguam Negara berjaya mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan itu pada 28 April lalu, dan mahkamah menetapkan hujahan dijalankan pada 1 dan 2 Julai kemudian disambung 9 Julai.Pada hari sama, panel hakim Mahkamah Rayuan akan mendengar permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 terhadap bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony.Ia berhubung kesalahan memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), 11 tahun lepas.Berdasarkan notis usul, Peter, 54, memohon mahkamah mengkaji semula dan mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 4 Mac lepas di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.Selain itu, Peter turut memohon pembatalan waran mempenjarakan yang dikeluarkan Penjara Kajang terhadap beliau serta apa-apa perintah berbangkit bagi memastikan keadilan kes tersebut.Pada 4 Mac lepas, Mahkamah Rayuan memerintahkan Peter menjalani hukuman penjara tiga tahun selepas menolak rayuan akhirnya terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Mei 2022.Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd didakwa memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu dengan niat menipu.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014, yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan.Pada Jumaat pula, Mahkamah Tinggi di sini akan menyambung hujahan berkaitan permohonan semakan Naimah untuk merujuk persoalan undang-undang mengenai kesahihan pertuduhan gagal mengisytiharkan harta yang dihadapinya.Hakim, K Muniandy akan mendengar hujahan daripada peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar pada 13 Jun lalu bahawa Mahkamah Sesyen tersalah tanggapan daripada segi undang-undang ketika menolak permohonan Naimah untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke Mahkamah Tinggi.Persoalan itu antara lain menyentuh isu perlembagaan antaranya hak individu untuk tidak dipaksa mengemukakan keterangan yang boleh digunakan untuk mensabitkannya dalam suatu prosiding.Naimah memohon Mahkamah Tinggi menggunakan budi bicaranya untuk memanggil dan memeriksa rekod prosiding, mengenai ketepatan, kesahihan atau kewajaran dapatan dan perintah yang direkodkan oleh Mahkamah Sesyen.Sementara itu, Selasa ini, Mahkamah Tinggi pada Jumaat akan membuat keputusan berhubung permohonan Peguam Negara supaya Isham dikenakan tindakan sama ada dipenjara atau didenda kerana menghina mahkamah.Pada 4 Mac tahun lepas, mahkamah telah membenarkan permohonan Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham dan dalam permohonan ex-parte pada 28 Disember 2023, Peguam Negara turut memohon mahkamah untuk memenjarakan atau mengenakan denda ke atas Isham.Pada 30 Mei lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam berkata, kenyataan Isham yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, mengenai perbicaraan dan rayuan Najib mempunyai risiko nyata yang boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan.Menurutnya, Isham atau nama sebenarnya Hizatul Isham Abdul Jalil telah memalukan badan kehakiman dengan mempersoalkan keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi berhubung kes SRC dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Sementara itu, peguam Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mewakili Isham berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah |
UMNO Pandan lulus usul desak titah adendum dilaksanakan segera - Mgazette - 7/07 7:38 am # UMNO Pandan lulus usul desak titah adendum dilaksanakan segera KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan digesa supaya melaksanakan dengan segera perintah Titah Adendum membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak |
Video palsu AI guna imej Sultan Pahang tawar bantuan - jangan terpedaya - SUN - 6/07 9:11 pm KUANTAN : Istana Pahang menegaskan bahawa video menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajah menyerupai Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menawarkan bantuan kepada rakyat adalah palsu |
Pelaksanaan Titah Adendum tak akan ubah senario politik - Utusan - 6/07 4:01 pm KUALA SELANGOR: Pelaksanaan Titah Adendum bagi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani hukuman tahanan rumah tidak akan mengubah senario politik negara ini |
Titah adendum, komital Isham Jalil antara kes kepentingan awam minggu .. - Mgazette - 6/07 3:58 pm # Titah adendum, komital Isham Jalil antara kes kepentingan awam minggu depan KUALA LUMPUR - Kompleks Istana Kehakiman, Putrajaya dan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur terus 'sibuk' dengan kes-kes kepentingan awam minggu depan |
'Najib berhak diadili ikut perlembagaan' - Noh Omar - Sinarharian - 6/07 3:38 pm TANJONG KARANG Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Noh Omar menegaskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak perlu dilihat sebagai rakyat biasa yang berhak mendapat keadilan mengikut perlembagaan, bukan semata-mata sebagai bekas Perdana Menteri.Beliau berkata, tindakan kerajaan meneruskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan seolah-olah menafikan hak asasi Najib sebagai rakyat biasa, walaupun telah menerima pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong."Jangan pandang beliau hanya sebagai bekas Perdana Menteri, sebaliknya sebagai rakyat Malaysia yang telah melalui proses undang-undang dan diberikan pengampunan oleh Agong."Kenapa hak dia sebagai rakyat tidak dihormati? Mengapa titah Agong seolah-olah tidak dilaksanakan?" katanya ketika ditemui selepas Persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjong Karang di sini pada Ahad.Noh memberitahu, kerajaan digesa agar tidak mempermainkan kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam isu terbabit, apatah lagi pengampunan sudah diberikan secara rasmi."Kalau dulu semua berebut nak dekat dengan Agong, kenapa sekarang bila Agong sudah titah, keputusan Mahkamah Rayuan pun dah keluar, tapi kerajaan masih nak rayu?"Ini bukan soal undang-undang lagi, ini soal menghormati institusi, jangan sampai rakyat hilang kepercayaan pada sistem," katanya.Sehubungan itu, katanya, isu itu bukan sekadar soal politik atau kedudukan Najib sebagai tokoh negara, tetapi melibatkan beberapa persoalan penting yang membabitkan prinsip keadilan dan kedaulatan negara."Kalau perkara ini tidak dihormati, kita sebenarnya sedang mencabar sistem Raja Berperlembagaan yang jadi asas negara," tegas beliau.Noh turut membandingkan isu itu dengan kes kalimah Allah yang sebelum ini ditarik balik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan."Masa kes kalimah ALLAH, rayuan boleh dihentikan, tapi kenapa dalam kes Najib masih diteruskan?"Ini yang mengundang persoalan adakah ini soal prinsip, atau ada tangan-tangan politik?" katanya.Noh turut menyatakan rasa terharu apabila dipilih sebagai saksi dalam kes Najib meskipun tidak lagi menganggotai UMNO kerana percaya perjuangan beliau bukan demi parti, tetapi untuk keadilan."Saya bukan ahli UMNO, tapi Najib tetap percaya saya sebab pegang pada prinsip keadilan mesti ditegakkan untuk semua, tak kira siapa," kata Noh.Noh menjelaskan, tahanan di rumah bukanlah satu pembebasan, sebaliknya masih dalam ruang pelaksanaan hukuman yang lebih berperikemanusiaan seperti diamalkan di negara-negara lain."Beri ruang Najib jalani hukuman di rumah, beliau bukan lari daripada hukuman, tapi sudah diberi pengampunan dan pertimbangan khas oleh Agong," katanya.Noh turut menyeru pemimpin UMNO dalam kerajaan untuk berani bersuara mempertahankan prinsip Perlembagaan dan menghentikan rayuan terhadap isu addendum."Kalau UMNO masih punya jiwa perjuangan, ini masanya untuk buktikan tidak tunduk kepada tekanan politik," tambah beliau. |
Selangor digesa contohi Pahang haramkan vape - Harakahdaily - 6/07 2:43 pm KUALA LUMPUR: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menggesa Kerajaan Selangor agar mencontohi ketegasan yang ditunjukkan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Kerajaan Pahang dalam menangani isu penggunaan vape |
Sultan Abdullah sokong haramkan vape, perkukuh kawalan sempadan - SUN - 3/07 10:38 am KUALA LUMPUR: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menekankan kepentingan memperkukuh kawalan sempadan negara bagi menangani isu penyeludupan dadah yang semakin meruncing |
Jakim, MKI perlu anjur MWU bagi menyatupadukan umat Islam - Mgazette - 3/07 7:48 am # Jakim, MKI perlu anjur MWU bagi menyatupadukan umat Islam GEORGE TOWN Persatuan Qaryah-Qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang (PQQMNPP) mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) menganjurkan konvensyen atau Murtaqo Wehdatul Ummah (MWU) peringkat nasional bagi menyatupadukan umat Islam |
Najib dan anaknya tidak kemuka bukti kewujudan titah adendum – .. - Mgazette - 3/07 7:48 am # Najib dan anaknya tidak kemuka bukti kewujudan titah adendum - Peguam Negara PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya Datuk Mohamad Nizar tidak mengemukakan bukti munasabah berkaitan kewujudan titah adendum, walhal berpeluang berbuat demikian di peringkat permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi |
Peguam Negara ada segala peluang sahkan titah adendum – Shafee - Mgazette - 3/07 7:48 am # Peguam Negara ada segala peluang sahkan titah adendum - Shafee PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini diberitahu, Peguam Negara mempunyai segala peluang untuk mengesahkan titah adendum yang dikeluarkan terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana dokumen itu diserahkan terus kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) |
AG: Najib gagal tunjuk usaha wajar dapatkan titah adendum - Mkini - 2/07 8:43 pm Dia (Najib) yang mendakwa kewujudan dokumen tersebut perlu membuktikannya, katanya semasa prosiding di Mahkamah Persekutuan. |
JDT sasar pentas Piala Dunia Kelab - Luis Garcia - Sinarharian - 2/07 4:59 pm KELAB bola sepak Johor Darul Tazim (JDT) menyasarkan pencapaian lebih gemilang di pentas antarabangsa, termasuk dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Piala Dunia Kelab FIFA, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik kelab Tunku Mahkota, Ismail Sultan Ibrahim.Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia berkata, titah Tunku Mahkota Johor itu menjadi pendorong utama kepada Harimau Selatan untuk terus memperkukuh prestasi serta mengangkat nama Johor dan Malaysia di persada bola sepak Asia dan dunia."Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail menitahkan agar kami memaksimumkan potensi serta berbangga mengibarkan bendera Johor dan Malaysia lebih tinggi di pentas antarabangsa, sama ada di dalam mahupun luar padang," katanya menerusi kenyataan di laman rasmi Facebook JDT pada Rabu.Garcia berkata, sejak 2019, JDT kekal sebagai satu-satunya wakil Malaysia dalam ACLE dan telah memainkan peranan penting menyumbang mata ranking bagi 'AFC Member Association', sekali gus membuka lebih banyak ruang kepada kelab tempatan untuk menyertai kejohanan Asia."Untuk terus mara ke hadapan, kami bukan sahaja perlu mengekalkan prestasi semasa, malah menyasarkan pencapaian lebih tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan datang |
'Teguran pendakwah bukan hasutan ' - Pemuda Pas Selangor - Sinarharian - 2/07 4:53 pm SHAH ALAM Pemuda Pas Selangor menegaskan bahawa teguran oleh pendakwah terhadap pemerintah dalam hal-hal hukum hakam agama tidak boleh dianggap sebagai satu bentuk kebencian atau jenayah.Ketuanya, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya memandang serius kenyataan rasmi Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah pada Rabu yang memberi peringatan kepada pemegang tauliah agama di negeri ini.Dakwanya, kenyataan itu bukan sahaja membawa mesej yang mengelirukan, malah boleh mencetuskan persepsi bahawa tauliah agama sedang dijadikan alat tekanan terhadap pendakwah yang menyampaikan kebenaran berdasarkan nas dan panduan syarak."Teguran terhadap pemerintah dalam perkara hukum hakam agama bukanlah satu jenayah, apatah lagi satu bentuk kebencian |
Bantahan awal Najib ditolak, rayuan Peguam Negara didengar esok - Mgazette - 2/07 7:57 am # Bantahan awal Najib ditolak, rayuan Peguam Negara didengar esok PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan rayuan Peguam Negara terhadap keputusan terdahulu berkaitan titah adendum |
Najib gagal bantah AG merayu kes titah adendum - Mkini - 1/07 3:46 pm Panel menetapkan esok untuk mendengar rayuan AG yang mengemukakan tujuh persoalan bagi diputuskan mahkamah tertinggi negara. |
Sultan Selangor berkenan jenamakan semula UPM Kampus Bintulu kepada UPM Sarawak - Sinarharian - 30/06 6:25 pm KLANG - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menjenamakan semula Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu diSarawak kepada UPM Sarawak (UPMS).Baginda bertitah penjenamaan semula itu dibuat sebagai langkah strategik UPM dalam mengembangkan peranannyasempena 50 tahun penubuhan universiti berkenaan, yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia,di Sarawak."Beta amat berbangga dengan pencapaianuniversiti ini yang bukan sahaja menjadi pusat kecemerlangan dalam bidang pertanian, perhutanan dan keterjaminan makanantetapi juga muncul sebagai pemangkin pembangunan negara terutamadi Sarawak serta menjadi institusi berdaya saing di rantau Borneo dan antarabangsa."Beta berharapusaha dan komitmen UPM ini dapatditeruskan untuk membangunkan bakat dan kepakaran bagi kemajuan sosioekonomi negaraterutamadi Sarawak melalui Pelan TindakanKeterjaminan Makanan UPM yang telah dibangunkan," titah baginda pada Majlis Pengisytiharan UPMS di sini pada Isnin.Mengiringi baginda pada majlis itu ialah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.Turut hadirYang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.Sementara itu, Abang Johari dalam ucapannya berkata, pemerkasaan UPMS selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030)khususnya dalam sektor pertanian, perhutanandan tenaga boleh baharu.Beliau berkata, antara inisiatif UPMS yang membanggakan ialah pelaksanaan projek AgriHub@Gedong yang merupakan hasil kerjasama strategik universiti itu dengan Pejabat Premier Sarawak."Projek ini bertujuan menerajui transformasi kegiatan penanaman padi di Lubok Punggor, Gedongdan merupakan titik permulaan penting dalam usaha membangunkan Sarawak sebagai hab pengeluaran padi berimpak tinggi di peringkat nasional," katanya.Abang Johari berkata, selaras dengan komitmen Sarawak terhadap pendidikan tinggi dan penyelidikan strategik,Sekolah Veterinar dan Sains Haiwan (SVAS) akan ditubuhdengan kerjasamaUPMS dalam menyokong aspirasi Keterjaminan Makanan."Penubuhan sekolah ini bakal membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Sarawak untuk melanjutkan pengajian dalam bidang veterinarsekali gus memperkukuh kelestarian industri ternakan serta peningkatan tahap kesihatan haiwan di Sarawak," katanya yang turutmenzahirkan komitmen kerajaan negeri untuk menyalurkan dana bagi memastikan kemampanan SVAS |
Adendum: Mahkamah Persekutuan dengar 7 persoalan undang-undang Selasa ini - Mgazette - 30/06 7:41 am # Adendum: Mahkamah Persekutuan dengar 7 persoalan undang-undang Selasa ini KUALA LUMPUR - Rayuan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar berkaitan titah adendum melibatkan Datuk Seri Najib Razak, akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada Selasa dan Rabu ini |
Elak ulas setiap perkara ikut fahaman politik, kaum - Saifuddin Nasution - Sinarharian - 28/06 8:43 pm BALING - Semua pihak diingatkan agar tidak mengulas setiap perkara mengikut fahaman politik dan kaca mata perkauman, termasuk berkaitan pelantikan dalam bidang ketenteraan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua keputusan pelantikan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat berdasarkan merit, disiplin dan melalui proses yang panjang.Menurutnya, situasi yang berlaku ketika ini tidak pernah terjadi pada era 90-an, apabila semua pegawai yang dilantik bekerja dengan penuh harmoni tanpa mengira kaum dan latar belakang."Baru-baru ini, apabila seorang individu dinaikkan pangkat mendapat dua bintang, timbul pula kenyataan spekulatif."Gambaran yang diberikan seolah-olah jika keadaan ini berterusan, suatu hari nanti Perdana Menteri Malaysia pun akan (berbangsa) Cina," katanya selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Empangan Sabo di Kampung Iboi, Kupang, pada Sabtu.Saifuddin Nasution berkata, perkara seumpama perlu dielakkan kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum."Tidak semua perkara perlu diulas dari kaca mata perkauman, lebih-lebih lagi institusi ketenteraan yang lebih mengetahui proses kenaikan pangkat dengan tapisan serta penilaian melalui Majlis Angkatan Tentera," katanya.Sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Steven Sim membidas Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad, yang mempertikai pelantikan Datuk Johny Lim Kean Seng sebagai Leftenan Jeneral dalam ATM.Steven menyifatkan kenyataan Zaharuddin sebagai penghinaan kepada kebijaksanaan ATM dan Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera yang memperkenankan pelantikan tersebut.Dalan pada itu, Saifuddin Nasution menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang mengingatkan semua pihak agar tidak mempergunakan agama untuk kepentingan politik."Titah sempena Sambutan Maal Hijrah 1447H itu turut menitipkan pesanan agar tiada pihak cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia, yang amat berbeza dengan penghayatan Islam itu sendiri," katanya. |
Agong ingatkan jangan ada campur tangan politik dalam perolehan pertahanan - Mkini - 28/06 3:58 pm Pucuk pimpinan ATM hendaklah sentiasa amanah dan tidak terlibat dalam sebarang perlakuan rasuah, titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. |
ATM perlu bersedia dilengkapi teknologi pertahanan terkini - Agong - Sinarharian - 28/06 11:08 am KUALA LUMPUR - Landskap politik global yang semakin mencabar dan tidak menentu ketika ini menuntut Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu sentiasa bersedia dan dilengkapi teknologi pertahanan terkini untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah peperangan antara Iran dan Israel serta konflik berpanjangan di Gaza, jelas menunjukkan undang-undang antarabangsa juga tidak mampu untuk memelihara keamanan dunia."Adalah penting bagi Angkatan Tentera Malaysia untuk sentiasa bersedia dan dilengkapi dengan teknologi pertahanan terkini bagi menghadapi sebarang kemungkinan |
Jangan politikkan agama untuk peribadi, tapi mengislamkan politik demi .. - Mgazette - 27/06 5:00 pm # Jangan politikkan agama untuk peribadi, tapi mengislamkan politik demi kepentingan negara - Agong KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu menghormati Perlembagaan dengan tidak menghidupkan permusuhan atas nama kaum atau agama yang boleh menggugat keamanan negara |
Agong ingatkan jangan politikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi - SUN - 27/06 1:03 pm KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menyeru semua pemimpin masyarakat supaya tidak memanipulasi agama Islam untuk kepentingan politik peribadi |
Jangan politikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi - Agong - Sinarharian - 27/06 12:14 am KUALA LUMPUR Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini menzahirkan peringatan tegas kepada pemimpin masyarakat agar tidak menjadikan agama Islam sebagai alat politik demi kepentingan peribadi.Sultan Ibrahim bertitah bahawa urus tadbir kerajaan mestilah mengikut landasan syariat Islam, bukannya berdasarkan kefahaman sekular atau liberal."Saya ingin mengingatkan agar pemimpin masyarakat tidak mempolitikkan agama Islam untuk kepentingan peribadi |
Titah Yang di-Pertuan Agong sempena Maal Hijrah 1447 H - Astroawani - 27/06 11:10 am Islam harus dijadikan cara hidup yang hakiki melalui amalan, adab dan akhlak yang mulia, bukan sekadar penampilan luaran atau pakaian yang kelihatan Islamik semata-mata. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |