| /// |
|
| Search : Sultan Selangor News | Page 1 |
|
Putra Heights: Laporan semakan siasatan jawatankuasa bebas dikemuka kepada .. - Mygazette - 17/05 8:04 am # Putra Heights: Laporan semakan siasatan jawatankuasa bebas dikemuka kepada Pusat MB Selangor JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Selangor telah mengemukakan laporan semakan siasatan insiden letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya yang diperoleh daripada Jawatankuasa Bebas kepada kerajaan Persekutuan, pada bulan lepas |
|
`Tiada apa yang berubah jika saya patuh undang-undang??? – Tamim .. - Mygazette - 17/05 8:04 am # `Tiada apa yang berubah jika saya patuh undang-undang - Tamim Dahri KUALA LUMPUR Aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak mengesahkan beliau tidak akan hadir ke Mahkamah Majistret Langkawi hari ini bagi berdepan pertuduhan berkaitan kes provokasi agama yang dikenakan terhadapnya |
|
Tanding solo: BN ambil manfaat dalam Kerajaan Perpaduan, jarak diri pada... - Mygazette - 17/05 8:04 am # Tanding solo: BN ambil manfaat dalam Kerajaan Perpaduan, jarak diri pada PRN PH Johor KUALA LUMPUR Pakatan Harapan (PH) Johor sudah menjangkakan keputusan Barisan Nasional (BN) negeri itu untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang |
|
Wujudkan RUU Akta Kedaulatan Raja, cegah penghinaan institusi diraja ??? .. - Mygazette - 17/05 8:04 am Beliau berkata demikian ketika membacakan Pengisytiharan 16 Mei 2026 dalam Himpunan Daulat Tuanku di luar pekarangan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, petang tadi. Terdahulu perhimpunan aman itu dimulakan dengan penyerahan Memorandum Sembah Taat Setia kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan, kira-kira jam 4 petang tadi |
|
Weng San tak layak jadi Speaker, `berambus’ dari Dewan Negeri .. - Mygazette - 17/05 8:04 am # Weng San tak layak jadi Speaker, `berambus' dari Dewan Negeri Selangor - Dr Afif SHAH ALAM Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Dr Afif Bahardin mendakwa ketidakharmonian yang berlaku di Selangor ketika ini bukan berpunca daripada pihak pembangkang, sebaliknya dicetuskan oleh wakil dalam kerajaan negeri sendiri. Beliau mempersoalkan kenyataan ADUN Seri Kembangan, Wong Sie Ki yang menyentuh soal `kesamarataan' sehingga menimbulkan persepsi bahawa titah Sultan Selangor berkaitan larangan penternakan babi boleh dipersoalkan |
|
Wakil rakyat DAP ???tak reti bahasa??? punca Himpunan Daulat Tuanku .. - Mygazette - 17/05 8:04 am Ini simbolik, mesti kemuliaan dewan ini dijaga, katanya kepada pemberita selepas Himpunan Mega Daulat Tuanku di luar pekarangan bangunan SUK Selangor, di sini, hari ini. Jumaat lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal dengan pendirian baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini |
|
Kerajaan Madani jangan segan guna dasar PN, tukar nama pun tak apa ??? .. - Mygazette - 17/05 8:04 am # Kerajaan Madani jangan segan guna dasar PN, tukar nama pun tak apa Radzi Jidin SHAH ALAM Kerajaan Madani digesa agar mengetepikan ego politik dan tidak segan untuk mengguna pakai semula dasar serta formula bantuan yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini dalam mendepani krisis ekonomi semasa |
|
Pemuda Pas, UMNO Selangor sedia teruskan kerjasama pertahan 3R - Mygazette - 17/05 8:04 am # Pemuda Pas, UMNO Selangor sedia teruskan kerjasama pertahan 3R SHAH ALAM Dewan Pemuda PAS Selangor memberi bayangan akan terus menjalinkan kerjasama dengan Pemuda UMNO Selangor dalam isu melibatkan kepentingan Islam, Melayu serta mempertahankan institusi diraja Selangor |
|
'Kita sekarang dalam tempoh edah, PRU16 dah tak lama' - Radzi Jidin - Sinarharian - 17/05 7:35 am SHAH ALAM - Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin membayangkan bahawa Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) berkemungkinan besar akan diadakan lebih awal dan tidak akan menunggu sehingga ke penghujung penggal.Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, landskap politik negara kini boleh diibaratkan sedang berada dalam tempoh 'edah' atau fasa persediaan akhir sebelum pembubaran Parlimen dilakukan."Kita sekarang ini berada dalam edah dalam tempoh untuk Pilihan Raya Umum ke-16 |
|
Adun Bersatu label Umno hipokrit sertai Himpunan Daulat Tuanku - FMT - 17/05 12:05 am Adun Taman Medan cabar Umno Selangor keluar kerajaan negeri jika benar mahu mempertahankan rakyat dan institusi diraja. |
|
Kerusi terbang lagi, mesyuarat PKR Kuala Selangor kecoh - Sinarharian - 16/05 9:48 pm SHAH ALAM -Kekecohan berlaku selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor pada Sabtu dipercayai berpunca daripada pertikaian mengenai usul undi tidak percaya terhadap Ketua Cabangnya, M Sivabalan.Memetik portal Free Malaysia Today (FMT),Sivabalan berkata, insiden kira-kira 20 minit itu tercetus apabila sekumpulan individu kembali ke dewan bagi menuntut penjelasan mengapa usul undi tidak percaya terhadapnya tidak dibenarkan untuk dibahas atau diundi.Menurut beliau, usul tersebut telah diterima, namun ia perlu dirujuk kepada pimpinan pusat untuk pertimbangan lanjut."Mereka mahu bahas dan bincangkan (usul) |
|
Some 5,000 attend rally in solidarity with Selangor sultan - FMT - 16/05 9:14 pm Umno and PAS leaders were among the participants of the rally held in response to DAP's remarks on pig farming. |
|
PH Johor sudah jangka BN bergerak solo - Sinarharian - 16/05 8:56 pm JOHOR BAHRU Pakatan Harapan (PH) Johor sudah menjangkakan keputusan Barisan Nasional (BN) Johor untuk bertanding secara solo di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.Dalam kenyataan bersama pimpinan PH Johor terdiri daripada Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching, PH Johor menegaskan mereka sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan politik di negeri ini."Dalam sebuah demokrasi matang, parti politik bebas membuat keputusan sama ada untuk bekerjasama atau berlawan dengan mana-mana pihak |
|
Report on Putra Heights blast sent to federal govt, says Selangor MB - FMT - 16/05 8:27 pm Amirudin Shari says the report would be released to the public after the state government obtains permission from the federal government. |
|
Selangor submits independent panel report on Putra Heights gas pipeline blast to federal govt, says MB - Malaymail - 16/05 8:18 pm JOHOR BAHRU, May 16 The Selangor State Government has submitted the investigation report on the gas pipeline exp... |
|
5,000 sertai Himpunan Daulat Tuanku di Shah Alam - FMT - 16/05 8:15 pm Peserta berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap institusi diraja dan Sultan Selangor susulan kontroversi penternakan babi. |
|
Alasan kejar untung, 41 lori lebih muatan disita - Sinarharian - 16/05 5:58 pm SEPANG -Degil membawa muatan berlebihan, 41 lori disita hasil pemeriksaan terhadap 194,318 kenderaan menerusi operasi khas kenderaan berat di seluruh Selangor sejak Januari lalu.Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Menhat berkata,statistik setakat Jumaat menunjukkan tindakan turut diambil ke atas 11,431 lori, manakala 1,595 daripadanya dikenakan arahan timbang.Menurutnya, tindakan sitaan ke atas 41 lori diambil mengikut Seksyen 80 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010."Antara kesalahan yang direkodkan ialah membawa lebih muatan, membawa muatan yang tidak dibenarkan serta kesalahan-kesalahan lain yang melanggar syarat lesen pengendali."Selain itu, tidak menyelenggara kenderaan dengan baik, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada insurans serta tiada Lesen Vokasional dan Lesen Memandu Kompeten (CDL)," katanya kepada pemberita ketika Op Lebih Muatan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil di sini pada Sabtu.Beliau berkata, fokus utama operasi itu adalah terhadap kenderaan yang melanggar had muatan dibenarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 57(1) APAD serta Kaedah 89 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959.Menurut beliau, kebiasaan pemandu lori yang membawa lebihan muatan akan memberi alasan mahu mendapatkan untung lebih.Selain itu, katanya, JPJ turut mengesan penglibatan tonto dalam isu lebih muatan ini.Dalam operasi pada Sabtu, sebanyak 132 kenderaan berat diperiksa dan 30 kenderaan dikenakan tindakan, termasuk 10 kes tiada lesen memandu, 10 tiada lesen GDL, 52 kesalahan teknikal, tiga lebih muatan dan lima kesalahan lain.Notis yang dikeluarkan termasuk 81 Notis P22, 50 Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1), dan 52 Notis Arah Periksa Kenderaan di bawah Seksyen 61.Ahmad Kamarunzaman menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, dan tindakan penguatkuasaan di bawah Op Lebih Muatan akan terus diperkasa secara berterusan demi keselamatan jalan raya, kesejahteraan orang awam dan kelestarian sistem pengangkutan negara."Orang ramai turut diseru agar menyalurkan aduan berkaitan kesalahan melibatkan kenderaan perdagangan secara terus atau masa nyata (realtime) melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau e-mel ke aduantrafik@jpj.gov.my berserta butiran lengkap aduan bagi tindakan lanjut pihak jabatan," ujarnya. |
|
Aisha Retno dipilih jadi Puteri Gunung Ledang - Sinarharian - 16/05 5:04 pm PENYANYI dan komposer, Aisha Retno diumumkan sebagai salah seorang pelakon utama yang bakal membawakan watak Gusti Putri Retno Dumilah dalam pementasan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang (PGLM) 2026.Pengumuman tersebut dibuat menerusi hantaran di akaun Instagram rasmi PGLM, @pglthemusical, pada tengah hari Sabtu sekali gus menjawab teka-teki yang dinantikan peminat teater berkenaan.Menurut kenyataan dimuat naik, pihak produksi mahu memastikan legasi Puteri Gunung Ledang terus relevan untuk generasi baharu menerusi pendekatan berbeza bagi pementasan terbaharu itu."Buat pertama kali, dua puteri dan dua Bayan akan menghidupkan dunia Puteri Gunung Ledang."Keputusan ini dibuat dengan penuh teliti dan kasih sayang demi memastikan kesinambungan watak ikonik ini terus hidup dalam hati penonton," menurut kenyataan itu.Produksi berkenaan turut menyifatkan Aisha sebagai seorang artis yang memiliki suara penuh penghayatan serta aura lembut tetapi kuat untuk menggalas watak legenda tersebut.Pada masa sama, pihak produksi memaklumkan seorang lagi pelakon yang akan membawa watak Gusti Putri Retno Dumilah dijadual diumumkan pada jam 6 petang hari sama.Sebelum ini, Mimi Fly dan Nadia Aqilah diumumkan memegang watak Bayan, manakala Luqman Hafidz diberi kepercayaan membawa watak Sultan Melaka dan Yusuf Hashim sebagai Gusti Adipati.PGLM 2026 tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang serta dua pemegang watak Bayan. |
|
Klang hit-and-run leaves two sisters dead and 17-year-old boy injured - Malaymail - 16/05 4:02 pm KUALA LUMPUR, May 16 A family walk to dinner in Bandar Baru Klang, Selangor ended in the death of two women and... |
|
Mesyuarat PKR Kuala Selangor kecoh kerana usul undi tak percaya - FMT - 16/05 4:00 pm Ketua Cabang M Sivabalan berkata mesyuarat itu sah dan usul terhadapnya akan dirujuk kepada kepimpinan parti. |
|
Melee breaks out over no-confidence motion after Kuala Selangor PKR meeting - FMT - 16/05 3:41 pm Division chief M Sivabalan says the meeting was valid and the motion against him would be referred to the party leadership. |
|
Ageing parents deserve more than institutional care - Sinchew - 16/05 3:25 pm Ageing parents deserve more than institutional care Proposals to introduce laws requiring children to support their aging parents are featured in the media recently |
|
19 muzium dibuka percuma sempena Hari Muzium Antarabangsa 2026 - Mygazette - 16/05 3:25 pm # 19 muzium dibuka percuma sempena Hari Muzium Antarabangsa 2026 KUALA LUMPUR Sebanyak 19 muzium di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia (JMM) akan dibuka secara percuma kepada seluruh warganegara Malaysia pada 18 Mei ini sempena Sambutan Hari Muzium Antarabangsa 2026 |
|
Ahmad Samsuri dilantik Ketua Pembangkang, PN setuju kerjasama pilihan raya .. - Mygazette - 16/05 3:25 pm # Ahmad Samsuri dilantik Ketua Pembangkang, PN setuju kerjasama pilihan raya dengan parti tertentu KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pembangkang bagi menggantikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) |
|
YDPA, RPA harap kebajikan guru diperkasa, bidang perguruan kekal dihormati - Mygazette - 16/05 3:25 pm # YDPA, RPA harap kebajikan guru diperkasa, bidang perguruan kekal dihormati KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di negara ini atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa |
|
Ahmad Samsuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang - Sinarharian - 16/05 2:53 pm SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Teka-teki mengenai siapakah yang bakal mengetuai blok pembangkang di Parlimen akhirnya terjawab apabila Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baharu menggantikan penyandangnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin.Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Kali Ke-2 yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Sabtu.Menurutnya, mesyuarat berkenaan dipengerusikan sendiri oleh Ahmad Samsuri selaku Pengerusi PN dan dihadiri semua Ahli Majlis Tertinggi daripada parti-parti anggota."Mesyuarat telah bersetuju untuk melantik Ahmad Samsuri untuk menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang."PN juga bersetuju secara prinsip untuk menerima kerjasama pilihan raya atau electoral pact bersama parti-parti tertentu yang mempunyai keserasian perjuangan dan kepentingan bersama dengan gabungan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 13 Februari lalu.Pemecatan itu mencetuskan persoalan mengenai kedudukannya sebagai Ketua Pembangkang.Dalam mesyuarat sama, Takiyuddin memaklumkan, PN turut memutuskan pelantikan Pengerusi PN bagi setiap negeri iaitu Datuk Seri Shahidan Kassim bagi Perlis, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (Kedah) dan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai (Pulau Pinang),"Antara lain Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perak), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Selangor), Datuk Dr Sahruddin Jamal (Johor), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang), Datuk Dr Alias Razak (Terengganu) dan Datuk Ahmad Yakob (Kelantan)," ujarnya lagi.Menurutnya, mesyuarat tersebut memutuskan Datuk Dr Mohd Radzi Jidin memegang jawatan Pengerusi PN bagi Melaka dan Wilayah Persekutuan, manakala jawatan Pengerusi PN Negeri Sembilan pula ditangguhkan buat sementara waktu."Bagi Sabah, PN melantik Datuk Dr Aliakbar Gulasan, manakala Sarawak diterajui Jaziri Alkaf Abdillah Suffian," kongsi beliau lagi.Dalam pada itu, Takiyuddin berkata, mesyuarat turut membincangkan beberapa isu semasa yang menjadi perhatian rakyat dan kepentingan negara."PN akan terus memainkan peranan sebagai suara semak dan imbang yang bertanggungjawab, konstruktif dan berprinsip demi memastikan kepentingan rakyat serta masa depan negara sentiasa diutamakan," menurutnya. |
|
Kerajaan struktur semula TVET, fokus bidang teknologi tinggi - Sinarharian - 16/05 2:32 pm IPOH - Kerajaan telah melaksanakan penstrukturan semula kurikulum Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi TVET 2.0 yang akan dilancarkan bulan depan bagi memberi fokus kepada bidang berteknologi tinggi selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan masa depan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu dibuat susulan kejayaan pelaksanaan TVET sedia ada dengan penambahbaikan terhadap kandungan kurikulum baharu.Menurutnya, TVET 2.0 akan memberi penekanan kepada bidang baharu seperti robotik, Internet Pelbagai Benda (IoT), kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh diperbaharui."Di dalam TVET 2.0 ini kita akan memberikan tumpuan kepada kurikulum atau mata pelajaran yang menumpukan kepada TVET."Ertinya, di samping mengekalkan kursus-kursus tradisional yang ada, kita akan memperkasa dalam bidang robotik, IoT, AI, dan renewable energy serta bidang-bidang lain yang sangat-sangat diperlukan oleh pasaran," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Jelajah AIM TVET Negeri Perak di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini pada Sabtu.Ahmad Zahid berkata, penstrukturan itu turut membuka peluang lebih luas kepada pekerja gig termasuk penghantar makanan, penghantar barangan, pekerja industri perfileman serta sektor seni dan kebudayaan untuk meningkatkan kemahiran masing-masing.Menurutnya, sektor animasi turut diberi perhatian khusus memandangkan permintaan tinggi daripada syarikat antarabangsa yang kini banyak menawarkan kerja subkontrak kepada syarikat tempatan.Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata, kerajaan sedang meneliti cadangan penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dan penggubalan Akta TVET bagi memperkukuh ekosistem pendidikan kemahiran negara.Jelas beliau, Majlis TVET sedia ada berpotensi dinaik taraf kepada Suruhanjaya TVET Negara sekiranya mendapat kelulusan Kabinet seterusnya memperluaskan bidang kuasanya."Kita sedang mengadakan sesi libat urus dalam kalangan 12 kementerian yang dikoordinasikan di bawah Majlis TVET Negara dan kita juga akan pergi ke negeri-negeri untuk mendapat maklum balas."Sesi libat urus ini penting untuk mendapatkan maklum balas bagi mencari kaedah bagaimanakah akta dan suruhanjaya ini akan dapat memacu pembangunan TVET bukan hanya untuk tahun 2030 tetapi melepasi tahun 2050," katanya.Menyentuh mengenai laluan pelajar tahfiz ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Ahmad Zahid berkata, kerajaan mahu melahirkan lebih ramai huffaz profesional dalam pelbagai bidang.Jelasnya, lulusan tahfiz tidak hanya tertumpu dalam bidang Syariah dan Usuluddin tetapi bidang-bidang lain tanpa meninggalkan penguasaan al-Quran. |
|
[KRONOLOGI] Kes bunuh, bakar kekasih hamil - Sinarharian - 16/05 2:10 pm KES bunuh dan bakar seorang wanita hamil empat bulan di Sungai Besar pada Mei 2023 kembali menjadi perhatian apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 14 Mei lalu menggantikan hukuman gantung terhadap Muhammad Fakrul Aiman Sajali kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan.Kes berprofil tinggi itu mendapat perhatian ramai selepas mangsa, Nur Anisah Abdul Wahab, 21, ditemukan dalam keadaan terbakar di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sabak Bernam.Berikut kronologi kes bunuh dan bakar kekasih hamil tersebut:23 Mei 2023 (8 pagi)- Mayat seorang pelayan restoran yang hamil empat bulan ditemui dalam keadaan terbakar oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor |
|
Selangor launches Bantuan Rahmah Insan Istimewa to expand support for PwDs, says state exco - Malaymail - 16/05 1:47 pm SHAH ALAM, May 16 The Selangor government today launched the Bantuan Rahmah Insan Istimewa Selangor (BRAIS) 2026... |
|
King and Queen pay tribute to teachers for shaping Malaysias future generations - Malaymail - 16/05 10:20 am KUALA LUMPUR, May 16 Their Majesties Sultan Ibrahim and Raja Zarith Sofiah, King and Queen of Malaysia, today ex... |
|
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat Hari Guru - Sinarharian - 16/05 9:48 am KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di negara ini atas jasa dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak bangsa.Menerusi hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda juga menzahirkan penghargaan kepada guru-guru yang menjadi tunjang penting dalam membentuk generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing demi masa depan negara."Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan penghargaan atas pengorbanan, kesabaran dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu serta memupuk nilai murni kepada anak bangsa," menurut hantaran itu.Sempena sambutan Hari Guru hari ini, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar kebajikan warga pendidik terus diperkasakan serta dipertingkatkan demi memastikan bidang perguruan kekal dihormati dan mampu melahirkan generasi rakyat Malaysia yang cemerlang.Sambutan Hari Guru tahun ini bertemakan Guru Bitara, Nadi Negara |
|
Jururawat maut langgar treler rosak di lorong kecemasan - Sinarharian - 16/05 8:09 am SHAH ALAM Seorang jururawat lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar belakang treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 3.8 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), dekat sini, pagi Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, lelaki berusia 30-an yang bertugas di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7 pagi."Siasatan awal mendapati treler tanpa muatan yang datang dari arah Seafield menuju ke Bukit Jelutong itu berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami tayar pecah."Sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia lingkungan 30-an dari arah sama dipercayai telah melanggar bahagian kanan belakang treler berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ramsay berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875," katanya. |
|
Higher Education DG: SPM remains the baseline for public varsity entry; .. - Sinchew - 16/05 8:04 am Higher Education DG: SPM remains the baseline for public varsity entry; UEC still not fully recognised |
|
Polis nafi wujud unsur aniaya, kematian anggota semasa kawad akibat .. - Mygazette - 16/05 8:04 am # Polis nafi wujud unsur aniaya, kematian anggota semasa kawad akibat serangan jantung KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan tidak berasas berhubung kematian seorang anggotanya semasa menjalani sesi latihan kawad tambahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Rabu lalu kononnya mempunyai unsur penganiayaan |
|
Polis buru individu curi beg sandang di premis Top Baker - Mygazette - 16/05 8:04 am # Polis buru individu curi beg sandang di premis Top Baker KUALA LUMPUR - Polis giat mengesan individu dipercayai mencuri beg sandang milik seorang lelaki di kawasan premis Top Baker, di kawasan Perindustrian Sg Puloh, Klang Selangor |
|
KPT lancar PTK-IPT 2026-2030 perkasa ekosistem keusahawanan - Mygazette - 16/05 8:04 am # KPT lancar PTK-IPT 2026-2030 perkasa ekosistem keusahawanan KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini melancarkan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi (PTK-IPT) 2026-2030 untuk mewujudkan ekosistem keusahawanan IPT yang mampan, inklusif dan berimpak tinggi bagi melahirkan usahawan holistik bertaraf global |
|
UEC: Jangan jadi ???hero??? bermusim, Pas sendiri pernah buka ruang .. - Mygazette - 16/05 8:04 am # UEC: Jangan jadi hero bermusim, Pas sendiri pernah buka ruang - AMK KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan polemik berhubung pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ketika ini lebih dipenuhi retorik politik berbanding fakta sebenar dasar pendidikan negara |
|
MetMalaysia keluar amaran ribut petir hingga 1 pagi - Sinarharian - 15/05 10:41 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) malam ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa negeri di Semenanjung serta kawasan di Sarawak dan Sabah hingga 1 pagi esok.METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terlibat di Kedah ialah Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim serta Bandar Baharu selain seluruh Pulau Pinang dan Perak.Turut terlibat Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan; Hulu Terengganu di Terengganu serta Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin di Pahang.Di Selangor, amaran tertumpu di Sabak Bernam dan Hulu Selangor.Kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Miri dan Limbang manakala di Sabah melibatkan Nabawan selain beberapa kawasan Pantai Barat termasuk Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud |
|
Kes bunuh: Permohonan tangguh pelaksanaan hukuman, jaminan dua bekas pelajar ditolak - Sinarharian - 15/05 8:35 pm PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan dua bekas pelajar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan memberikan jaminan sementara menunggu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati mereka bersalah atas pertuduhan membunuh serta memerintahkan mereka ditahan di bawah perkenan Sultan Perak.Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, yang mempengerusikan panel tiga hakim, berkata alasan yang dikemukakan oleh kedua-dua pemohon tidak terjumlah kepada keadaan khusus atau luar biasa bagi mewajarkan pemberian jaminan.Turut bersidang Datuk Ong Chee Kwan dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun.Kedua-dua remaja disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Taiping pada 13 Jan lepas bagi kesalahan membunuh adik lelaki tertuduh kedua yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di Taman Gleenview, Kamunting, Taiping, Perak antara 3 petang hingga 6 petang pada 5 Julai 2019.Mahkamah Tinggi memerintahkan mereka ditahan atas perkenan Sultan Perak mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001.Remaja lelaki itu berumur 15 tahun manakala remaja perempuan 14 tahun ketika kejadian dan kini mereka masing-masing berusia 22 serta 21 tahun.Sebelum ini, mereka dibenarkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan dua penjamin, tertakluk kepada beberapa syarat termasuk perlu melapor diri di balai polis dua kali seminggu serta sekatan pergerakan dan perjalanan.Pada prosiding hari ini, peguam Ahmad Faazil Rahman Saiful Jaafar Sadik yang mewakili remaja lelaki memohon penangguhan pelaksanaan hukuman dan jaminan atas alasan anak guamnya sedang mengikuti pengajian dalam bidang pentadbiran perniagaan serta telah memperoleh diploma.Beliau berkata pemohon berhasrat untuk meneruskan pengajiannya serta mendapatkan ijazah, dan penahanan berterusan akan memaksa remaja itu berhenti belajar.Peguam Nur Aida Md Zainuddin, yang mewakili remaja perempuan dengan dibantu oleh SK Loges Kesavan, pula berkata anak guamnya sudah berkahwin dan kini menyusukan anak yang berumur dua tahun.Beliau berkata susulan penahanan anak guamnya selepas sabitan, kanak-kanak itu dijaga oleh ibu bapa remaja perempuan tersebut namun disebabkan masalah kesihatan, kini dia dijaga oleh ibu dan bapa saudaranya, sambil menambah bahawa suami serta bapa saudara pemohon bersedia menjadi penjamin.Nur Aida turut memaklumkan bahawa tarikh pengurusan kes itu belum ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir membantah kedua-dua permohonan atas alasan tiada keadaan khas yang wujud untuk membolehkan jaminan diberikan.Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Md Nurdin dalam alasan penghakimannya berkata bukti menunjukkan perbuatan itu telah dirancang lebih awal oleh pelaku dengan niat untuk menyerang dan melumpuhkan mangsa sebelum memukulnya sehingga mati.Berdasarkan fakta kes, jasad mangsa yang dibungkus dalam plastik telah ditemukan di pintu belakang rumah seorang jiran dengan keadaan kedua-dua tangannya terikat.Pakar patologi forensik memberi keterangan bahawa punca kematian mangsa ialah pendarahan berlebihan akibat tikaman pada leher |
|
'KPT tidak iktiraf sukatan pelajaran UEC, sekadar beri laluan' - Sinarharian - 15/05 7:39 pm PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tetap tidak mengiktiraf sukatan pelajaran Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Ketua Pengarah KPT, Datuk Azlinda Azman.Beliau berkata, sebaliknya KPT sekadar memberi laluan kepada lepasan sijil itu untuk mengikuti kursus tertentu di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).Azlinda berkata, pihak universiti juga akan menilai syarat-syarat dan kriteria pelajar berkelulusan UEC yang memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA."Sekali lagi saya tekankan, ini bukan soal pengiktirafan sllyabus (sukatan pelajaran) UEC, yang penting kita memberi laluan tersebut," katanya semasa sidang media di sini hari ini.Azlinda turut menegaskan, Senat Universiti tidak akan berkompromi dalam menentukan kualiti dan standard permohonan yang akan dibuka pada 30 Jun depan untuk pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).Jelasnya, semua permohonan kemasukan ke IPTA akan diproses berdasarkan prinsip meritokrasi, syarat kelayakan akademik, serta tertakluk kepada penilaian dan keputusan Senat Universiti."Tiada siapa yang boleh campur tangan, jadi mereka (Senat Universiti) ada kriterianya," katanya.Pada masa sama beliau turut menjelaskan hanya tiga universiti yang dibuka untuk permohonan lulusan UEC dengan melibatkan empat program.Antara universiti yang terlibat ialah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM).Manakala program yang dibuka ialah Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina dan Bahasa Cina dengan Pendidikan.Tambahnya, KPT juga masih belum berhasrat memperluas ke program lain sebaliknya hanya menumpukan kepada empat program berkenaan sahaja.Semalam, KPT mengumumkan selain SMPC lepasan sekolah, institusi tahfiz turut berpeluang mengikuti beberapa program tertentu yang dikenal pasti di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Keputusan tersebut dibuat berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Azlina turut mengesahkan keputusan Kabinet adalah keputusan dasar yang tidak perlu dibawa ke Parlimen |
|
UEC admission to public universities highly restructured, not 'open-door' recognition, says AMK - Sinardaily - 15/05 7:21 pm SHAH ALAM The Higher Education Ministrys decision on the admission of Unified Examination Certificate (UEC) holders into public universities and higher education institutions, also known as IPTA (Institusi Pengajian Tinggi Awam), is not a blanket "open-door" recognition as claimed by certain parties.Angkatan Muda Keadilan (AMK) Information Chief Danish Hairudin said this reality is being intentionally concealed by several political leaders who are playing up sentiments, accusing the government of betraying the national education system."The government's decision today is highly limited, strictly controlled and still imposes stringent conditions on UEC holders |
|
Wan Saiful dakwa PN sukar serang isu UEC kerana pendirian Azmin - FMT - 15/05 7:12 pm Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata timbalan setiausaha agung PN itu pernah mengiktiraf UEC ketika menjadi menteri besar Selangor. |
|
Kemasukan lepasan UEC ke IPTA bukan secara 'pintu terbuka' AMK - Sinarharian - 15/05 6:50 pm SHAH ALAM Keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah pengiktirafan penuh secara 'pintu terbuka' seperti didakwa pihak tertentu.Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin berkata, hakikat itu cuba disembunyikan beberapa pemimpin yang memainkan sentimen kononnya kerajaan sedang melakukan pengkhianatan terhadap sistem pendidikan negara."Keputusan kerajaan hari ini sangat terhad, sangat terkawal dan masih meletakkan syarat ketat kepada pemegang UEC |
|
Selangor perkasa pembangunan sukan pickleball daripada peringkat sekolah - Sinarharian - 15/05 6:32 pm SHAH ALAM - Kerajaan Negeri Selangor melancarkan Program Pembangunan Sukan Pickleball Negeri Selangor atau Picklespark 2026/2027 yang menyasarkan penglibatan murid sekolah sebagai usaha memperkasakan sukan itu.Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri, Mohd Najwan Halimi berkata inisiatif strategik itu akan dilaksanakan di lima zon seluruh negeri dalam tempoh 12 bulan bagi memperkenalkan sukan tersebut sebagai aktiviti pembangunan komuniti yang lebih berstruktur."Kita melihat sukan pickleball mempunyai perkembangan sangat agresif melibatkan setiap lapisan masyarakat namun pada peringkat sekolah ia belum mempunyai pendekatan terancang untuk pelajar serta guru."Justeru, kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri amat penting untuk kita ke sekolah bagi memperkenalkan sukan ini dan memastikan murid mendapat pendedahan awal yang sewajarnya," katanya.Mohd Najwan berkata demikian selepas melancarkan program itu yang mendapat kerjasama Fakulti Sains Sukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor dan PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) di Pickleball Playground, Jalan Padang Jawa di sini hari ini.Beliau berkata, kerajaan negeri memperuntukkan RM500,000 bagi tujuan itu memandangkan Selangor negeri pertama yang membangunkan bakat dalam sukan itu secara sistematik bermula daripada peringkat sekolah."Kita menyasarkan penyertaan 100 guru di seluruh negeri untuk diberikan latihan asas kejurulatihan dan elemen teknikal berkaitan pertandingan supaya mereka boleh membentuk pasukan di sekolah masing-masing."Pendedahan diberikan merangkumi teknik permainan serta pengenalan alatan sukan agar jangkauan pembangunan ini dapat diperluas melalui kejohanan peringkat daerah dan negeri dalam tempoh setahun ini," katanya.Dalam pada itu, Mohd Najwan berkata, program itu turut menyasarkan penyertaan 500 murid berusia 10 hingga 15 tahun dari zon yang telah dilengkapi kemudahan gelanggang dengan peserta berpotensi akan dikenal pasti untuk digilap menjadi atlet negeri.Beliau berkata, inisiatif itu juga bertujuan mempromosikan pickleball sebagai sukan kompetitif yang inklusif dan mudah diakses sekali gus menyokong ekosistem mampan sejajar dengan aspirasi melahirkan masyarakat sihat dan aktif.Model pembangunan yang ingin diterapkan kepada sukan pickleball itu menurut beliau serupa dengan kejayaan e-sukan di Selangor yang bermula dari 2015 dan kini sudah mencapai tahap matang dan mampu berdiri sendiri.Mohd Najwan berkata, kerajaan negeri optimis jelajah zon dan penganjuran pertandingan yang dirancang mampu melahirkan bakat baharu yang berkualiti dari institusi pendidikan di Selangor untuk sukan pickleball dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.- Bernama |
|
Polis nafi dakwaan penganiayaan dalam kematian anggota semasa kawad - Sinarharian - 15/05 6:18 pm SEPANG - [DIKEMAS KINI] Polis menyangkal dakwaan insiden kematian seorang anggota polis semasa menjalani sesi latihan kawad tambahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini Rabu lalu, mempunyai unsur penganiayaan.Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Mior Mohd Nor Azuan Aliaberkata, kejadian berlaku di pekarangan padang kawad IPD Sepang kira-kira jam 4 petang."Berdasarkan laporan bedah siasat dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, punca kematian disahkan akibat penyakit jantung (coronary atherosclerosis)."Penjelasan terperinci mengenai perkara ini telah disampaikan secara bersemuka oleh pakar patologi forensik kepada ahli keluarga allahyarham," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, pihak IPD Sepang menyangkal dakwaan tidak berasas yang mengatakan bahawa insiden ini mempunyai unsur penganiayaan.Bagaimanapun, kata Mior Mohd Nor Azuan, satu jawatankuasa penyiasat (CE) tetap ditubuhkan bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut prosedur operasi standard (SOP) secara profesional dan telus bagi memastikan setiap aspek diteliti sepenuhnya.Tambahnya, jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Mahmudiah, Bukit Keteri, Perlis pada jam 11 pagi, Khamis."Allahyarham merupakan anggota berusia 37 tahun bertugas di Balai Polis Dato' Abu Bakar Baginda," ujarnya.Katanya lagi, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi tidak sahih demi menjaga kebajikan serta menghormati sensitiviti keluarga Allahyarham."Seluruh warga IPD Sepang merakamkan ucapan takziah kepad keluarga atas kehilangan ini," ujarnya.Sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam satu perkongsian di laman Facebook rasmi beliau menzahirkan kesedihan di atas pemergian Allahyarham Koperal Khairil Idzhar Rodzi."Allahyarham Koperal Khairil Idzhar telah berkhidmat mencurahkan bakti kepada agama, bangsa dan negara dan sesungguhnya pemergian ini adalah satu kehilangan besar buat warga Polis Diraja Malaysia (PDRM)."Salam takziah saya titipkan buat keluarga Allahyarham, semoga ALLAH SWT memberi mereka semua ketabahan menghadapi dugaan ini dan dipermudahkan segala urusan," katanya. |
|
Amaran ribut petir hampir seluruh negara - Sinarharian - 15/05 5:37 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan hampir kesemua negeri di Semenanjung serta beberapa bahagian di Sabah dan Sarawak hingga 9 malam ini.MetMalaysia memaklumkan keadaan cuaca diramal melanda Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka manakala di utara, kawasan terjejas ialah Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, seluruh Pulau Pinang serta sebahagian besar Perak termasuk Kuala Kangsar, Kinta dan Hilir Perak.Cuaca sama turut dialami di Pantai Timur merangkumi Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, manakala Terengganu melibatkan Besut, Setiu serta Dungun.Pahang pula menyaksikan hampir kesemua daerah terkesan termasuk Cameron Highlands, Raub, Kuantan dan Rompin.Bagi Johor, amaran sama dikeluarkan bagi kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.Di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.Sabah pula melibatkan kawasan di Pedalaman, Pantai Barat dan Sandakan (Tongod), selain Wilayah Persekutuan Labuan |
|
Ribut petir, hujan lebat di Kuala Lumpur, Putrajaya dan sembilan negeri - Sinarharian - 15/05 5:04 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan sembilan negeri sehingga jam 6 petang ini.MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat di Perak ialah Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang serta Mualim; Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Bera dan Rompin); dan Selangor.Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Kulai).Sementara itu di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Mukah), Kapit serta Bintulu.Di Sabah pula, amaran dikeluarkan bagi kawasan Pedalaman melibatkan Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan selain Pantai Barat, Tawau serta Sandakan (Telupid dan Beluran).- Bernama |
|
Himpunan Daulat Tuanku bukan sekat suara Adun DAP, kata Pemuda PAS Selangor - FMT - 15/05 4:54 pm Ketuanya Sukri Omar berkata kebebasan bersuara bukan lesen abai adab terhadap institusi raja Melayu. |
|
MetMalaysia issues severe weather warning for KL, Selangor and parts of Johor, Sabah till 6pm - Malaymail - 15/05 4:05 pm KUALA LUMPUR, May 15 The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a thunderstorm, heav... |
|
UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain .. - Mygazette - 15/05 3:06 pm # UEC: Jangan gunakan nama aliran tahfiz untuk halalkan agenda lain - Sukri KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh berselindung di sebalik permainan persepsi dengan menggunakan aliran tahfiz untuk membenarkan pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) |
|
Wujudkan konsep rumah mampu milik, dua kunci di bandar – Iskandar - Mygazette - 15/05 3:06 pm # Wujudkan konsep rumah mampu milik, dua kunci di bandar - Iskandar KUALA LUMPUR - Di sebalik tekanan harga hartanah yang kian menghimpit, Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) mencadangkan satu revolusi dalam pemilikan kediaman melalui model Pangsapuri Dua Kunci sebagai solusi realistik bagi rakyat bandar |
|
Pemuda UMNO Selangor nekad sertai Himpunan Mega Daulat Tuanku, Sabtu ini - Mygazette - 15/05 3:06 pm # Pemuda UMNO Selangor nekad sertai Himpunan Mega Daulat Tuanku, Sabtu ini SHAH ALAM Badan Perhubungan Pemuda UMNO Selangor bersama 22 Bahagian akan menyertai Himpunan Mega Daulat Tuanku sebagai tanda solidariti kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini, pada Sabtu |
|
Kos binaan meningkat, KPKT giat intervensi projek sakit, syor PBT turun sewa premis - Sinarharian - 15/05 2:43 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil langkah intervensi segera bagi mengelakkan lebih banyak projek perumahan berstatus sakit dan terbengkalai, susulan peningkatan kos pembinaan hingga 30 peratus akibat krisis rantaian bekalan global.Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Dr M Noor Azman Taib berkata, krisis tidak dijangka itu memberikan kesan langsung kepada industri perumahan negara yang melibatkan lebih 200 rantaian pembekalan bahan binaan bernilai berbilion ringgit."Dari segi peningkatan kos, dalam kita mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan ia meningkat antara 20 hingga 40 peratus, dan puratanya berlaku 30 peratus peningkatan kos," katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV di Wisma Bernama, di sini malam tadi.Beliau berkata, bagi menangani isu itu, Pasukan Petugas Projek Perumahan Sakit dan Terbengkalai Swasta (TFST) KPKT yang diwujudkan sejak 2023 kini giat mencari penyelesaian, memandangkan terdapat 99 projek perumahan terbengkalai berskala besar direkodkan setakat ini."Kita kenal pasti projek sakit dan terbengkalai ini untuk kita buat mitigasi |
|
'Tahfiz dijadikan wayang politik lindung isu UEC' - Mohamed Sukri - Sinarharian - 15/05 12:23 am SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor mendakwa pengumuman kerajaan mengenai peluang lepasan tahfiz memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) hanyalah wayang politik persepsi bagi mengurangkan sensitiviti isu berkaitan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).Ketua Pemudanya, Mohamed Sukri Omar berkata, aliran tahfiz tidak pernah berdepan masalah besar untuk melanjutkan pengajian ke IPTA kerana pelajar tahfiz turut menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seperti pelajar lain.Menurutnya, ramai lepasan tahfiz sebelum ini berjaya menyambung pengajian ke IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) melalui saluran biasa serta menjadi profesional dalam pelbagai bidang."Jadi kenapa tiba-tiba perlu keluar kenyataan khas kononnya lepasan tahfiz kini berpeluang masuk ke IPTA?"Rakyat boleh membaca apa yang sedang berlaku |
|
'Banyak kelab berminat sambar Moraes' Johan - Sinarharian - 15/05 11:35 am KETAJAMAN penyerang import Selangor FC, Chrigor Moraes, yang mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim ini telah menarik minat banyak kelab luar untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Brazil itu.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengakui pihaknya kini sudah memulakan perbincangan memastikan penyerang sensasi itu kekal menyarung jersi The Red Giants bagi saingan musim depan."Kami sudah memulakan perbincangan |
|
MetMalaysia warns of thunderstorms in northern peninsula, parts of Selangor, Johor and Sarawak until noon - Malaymail - 15/05 10:26 am KUALA LUMPUR, May 15 Thunderstorms, heavy rain and strong winds are expected to prevail until noon today in six... |
|
Sultan Nazrin honours teachers with special Friday sermon role across Perak mosques - Malaymail - 15/05 10:24 am IPOH, May 15 The Sultan of Perak, Sultan Nazrin Shah, has consented to 625 educators and teachers in the state d... |
|
Ribut petir, hujan lebat landa enam negeri - Sinarharian - 15/05 10:03 am KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di enam negeri hingga 12 tengah hari ini.MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, cuaca buruk itu melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda) serta Pulau Pinang.Keadaan sama dijangka melanda Selangor (Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).Di Sarawak, amaran turut dikeluarkan bagi kawasan Sibu, Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) dan Miri (Subis) |
|
GE16: Who will lead PN? Coalition yet to settle PM candidate ahead of possible early polls - Sinardaily - 15/05 7:51 am SHAH ALAM - As speculation grows that the 16th General Election (GE16) could be called as early as September, questions are mounting over whether Perikatan Nasional (PN) is fully prepared to face the polls, particularly on the issue of leadership and who will emerge as the coalitions Prime Minister candidate.Political analyst Anis Anwar Suhaimi said PN has yet to formally settle on a clear Prime Minister candidate due to the coalitions internal political calculations involving both Bersatu and Pas.He said Bersatu would naturally still want to reclaim the prime ministerial position, especially after producing two Prime Ministers in recent Malaysian political history, Tun Dr Mahathir Mohamad after GE14 and Tan Sri Muhyiddin Yassin during the PN administration.At the same time, he said Pas also has strategic reasons for keeping the leadership question open, particularly as the party currently possesses the strongest electoral machinery within PN through its grassroots network and dominance in several Malay-majority states.However, Pas may also understand that naming a Prime Minister candidate too early could reduce PNs flexibility, especially if the coalition later needs to negotiate post-election arrangements with other parties or blocs, he told Sinar Daily.Despite the lack of an official announcement, Anis said Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar is increasingly being viewed by observers as the coalitions emerging figurehead heading into GE16.That said, if we look from the perspective of public perception, Samsuri is clearly being read by many observers as the intended or emerging candidate being projected by Pas and PN, he said.He added that Samsuris appointment as PN chairman has elevated his national profile while strengthening his image as a more technocratic opposition leader.On PNs recent internal disputes and resignations, Anis acknowledged that the situation has affected public confidence to some extent, especially among fence-sitters and moderate voters seeking a stable alternative government.To a certain extent, the internal issues within PN have affected public confidence, especially among fence-sitters, moderate voters and those who are looking for a stable alternative government.Leadership disputes, resignations and public disagreements inevitably create an impression that the coalition is still struggling to settle its internal hierarchy, he said.Still, he said many voters today are less focused on elite-level political infighting and more concerned about economic pressures and whether a coalitions values align with their social and ideological worldview.For some voters, especially within the Malay-Muslim electorate, PN may still remain attractive despite its internal problems because it is seen as ideologically familiar and culturally close, he added.On the coalitions overall preparedness if GE16 is held earlier than expected, Anis described PNs readiness as "uneven."It is not accurate to say PN is completely unprepared, but it is also not accurate to say the coalition is fully settled across all fronts, he said.He noted that Pas remains PNs strongest electoral machinery, particularly in Malay-majority constituencies where the party has long-established grassroots structures and disciplined campaign operations.However, Anis said PNs readiness becomes less convincing in mixed and non-Malay constituencies where component parties outside Pas need to play a stronger role.Meanwhile, Bersatu Supreme Council member Dr Afif Bahardin said PN is still actively preparing its election machinery and refining its strategy ahead of the next polls.I wouldn't say that we are ready 100 per cent but the effort and also the work that need to be carried out for election or to prepare the machinery to prepare the ground is ongoing at the moment intensely, he said.Afif said PN is currently focused on developing policy offers to the rakyat and preparing for the upcoming Ikatan Prihatin Rakyat (IPR) convention, which will serve as a platform for opposition parties to present their vision and governance plans.These are the things that we are focusing on |
|
King of Malaysia receives Chinese superstar Fan Bingbing and Mother Bhumi .. - Sinchew - 15/05 7:48 am King of Malaysia receives Chinese superstar Fan Bingbing and Mother Bhumi team (JOHOR BAHRU: His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, receives Chinese superstar Datuk Fan Bingbing and the Mother Bhumi team, a film which has just won several awards in the 62nd Golden Horse Awards in Taiwan |
|
Cuaca panas Tahap 1 di tiga lokasi di Kelantan – MetMalaysia - Mygazette - 15/05 7:48 am # Cuaca panas Tahap 1 di tiga lokasi di Kelantan - MetMalaysia KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi kawasan Machang, Kuala Krai dan Pasir Mas di Kelantan |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |