| /// |
|
| Search : Subang News | Page 1 |
|
Pemandu e-panggilan mengaku tidak bersalah sebabkan kematian penuntut IPTS - Sinarharian - 8/10 4:02 pm SHAH ALAM - Seorang pemandu e-panggilan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Khamisatas tiga pertuduhan termasuk menyebabkan kematian seorang penuntut Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) warga Maldives dalam satu kemalangan, Ahad lepas.Muhamad Syafiq Ibrahim, 37, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.Mengikut pertuduhan,bapa kepada dua cahaya mataitudidakwa memandu sebuah kereta Perodua Ativa di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine sehingga menyebabkan kematian penumpangnya, Aamina Imeely Nazim, 22.Dia turut didakwa memandu kenderaan sama di bawah pengaruh dadah yang sama sehingga menyebabkan kecederaan terhadap seorang lagi penumpang warga Maldives, Aishath Sara Nizam, 22.Lelaki itu juga didakwa memandu kenderaan itutanpa cermatdan perhatian yang sepatutnya sehingga menyebabkan kemalangan dengan sebuah kenderaan lain serta kecederaan terhadap Aishath Sara.Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)berhampiran Plaza Tol PJS,kira-kira jam 8.40 malam Ahad lepas.Pertuduhan pertama dikemukakan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika sabit kesalahan.Pertuduhan kedua pula dikemukakan mengikut Seksyen 44(1A)(a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan denda antara RM30,000 hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.Sementara itu, pertuduhan ketiga mengikut Seksyen 43(1) APJ 1987 memperuntukkan hukuman penjara hingga 12 bulan dan denda antara RM5,000 hingga RM10,000, jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya Alia Anisa Khairus Masnan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan, namun peguam Rohan Singh memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya hanya berpendapatan kira-kira RM2,000 sebulan sebagai pemandu e-panggilanselain isterinya seorang suri rumah.Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM9,000 dengan seorang penjamin,menggantung lesen memandunya sehingga kes selesai sertamenetapkan 4 Disember ini untuk sebutan semula kes.Sebelum ini, media melaporkan seorang pemandu e-panggilandireman bagi membantu siasatan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh dadah sehingga mengakibatkan penuntut wanita warga Maldives yang juga penumpang kenderaannya maut dalam kemalangan berhampiran Plaza Tol Petaling Jaya,Subang Jaya.-Bernama |
|
Drug bust in Laos: Private jet owner arrested - Sinardaily - 8/10 4:00 pm KUALA LUMPUR - Police arrested a man who is also the owner of a private jet linked to the seizure of 521 kilogrammes (kg) of drugs in Laos during a raid at Sultan Abdul Aziz Shah International Airport in Subang yesterday.Bukit Aman Narcotics Crime Investigation Department (JSJN) director Datuk Hussein Omar Khan said the owner of the private airline company was arrested at noon.He said the investigation found that the airline owned two aircraft that also offered private jet rental services."In this case, the aircraft in question was rented at a rate of USD49,500 |
|
Dadah 521kg dalam jet peribadi: Pemilik syarikat penerbangan ditahan -JSJN - Sinarharian - 8/10 2:18 pm KUALA LUMPUR - Seorang pemilik syarikat penerbangan persendirian ditahan pada Rabu, bagi membantu siasatan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Lapangan Terbang Luang Prabang Laos.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki tempatan berusia 49 tahun itu ditahan pihaknya kira-kira jam 12 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.Menurutnya, siasatan mendapati syarikat penerbangan suspek menawarkan perkhidmatan penerbangan di Malaysia."Individu ini juga merupakan pemilik pesawat yang ditahan pihak berkuasa di Laos."Hasil siasatan mendapati syarikat penerbangan ini mempunyai dua pesawat seumpamanya yang turut menawarkan perkhidmatan sewaan pesawat persendirian (private jet) kepada sesiapa sahaja yang membuat tempahan untuk menggunakan perkhidmatan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, bagi kes ini pesawat disewakan dengan bayaran AS$49,500.Tambahnya, JSJN Bukit Aman sedang mengenal pasti individu yang membuat tempahan penyewaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut.Dalam pada itu, Hussein memaklumkan tiga lagi individu turut ditahan pada hari yang sama untuk siasatan lanjut."Kesemua tangkapan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun tidak mempunyai rekod jenayah lampau," ujarnya.Tegasnya, dadah ialah musuh nombor satu negara dan orang ramai boleh menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN di talian 012-2087222.1 Oktober lalu, Polis Laos merampas 521 kg dadah jenis kristal disyaki methamphetamine dalam sebuah jet persendirian yang tiba dari Subang.Siasatan kemudian mendapati pesawat itu berlepas dari Subang tanpa membawa muatan sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos kira-kira jam 11.30 pagi.Kira-kira jam 1.30 petang, dua kenderaan tiba membawa 23 beg yang kemudiannya dipindahkan ke dalam pesawat terbabit.Susulan kejadian itu, seramai 13 individu termasuk seorang warganegara Malaysia, rakyat Singapura dan Filipina, telah ditahan oleh pihak berkuasa Laos bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah rentas negara berkenaan. |
|
Nothing wrong with questioning govt, Wong Chen says on Hassans plea - FMT - 8/10 12:58 am Former Subang MP says he will not follow Hassan Karim's 'suggestion' to refrain from criticising the prime minister. |
|
Wong Chen tolak gesaan Hassan, tetap mahu kritik Anwar - FMT - 8/10 12:50 am Bekas Ahli Parlimen Subang itu menegaskan pemimpin kerajaan perlu dipertanggungjawabkan atas keputusan mereka, termasuk dalam isu dasar luar negara. |
|
CGT Asia confirms Philippine passenger boarded Subang-Laos flight without carry-on baggage - Malaymail - 8/10 10:12 am KUALA LUMPUR, Oct 8 CGT Asia Limited has confirmed that only one Philippine national was on board its aircraft w... |
|
Penumpang warga Filipina naiki penerbangan Subang-Laos tanpa bagasi kabin .. - Mygazette - 8/10 8:13 am # Penumpang warga Filipina naiki penerbangan Subang-Laos tanpa bagasi kabin CGT Asia KUALA LUMPUR - CGT Asia Limited mengesahkan hanya seorang warga Filipina berada di dalam pesawatnya ketika ia berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (WMSA), Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos, pada 1 Oktdan penumpang itu menaiki pesawat tanpa membawa sebarang bagasi kabin |
|
Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di Subang, tahan 4... - Mygazette - 8/10 8:13 am # Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di Subang, tahan 4 individu KUALA LUMPUR - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan telah menyerbu sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Laos pada minggu lepas |
|
Pemandu Honda CR-V ditahan ekori konvoi polis di Kesas - FMT - 8/10 12:06 am Kejadian libat konvoi polis iringi timbalan perdana menteri menuju Subang Jaya. |
|
Pemandu Honda CR-V ditahan ekori konvoi polis di Kesas - Hotfm - 8/10 12:06 am Kejadian libat konvoi polis iringi timbalan perdana menteri menuju Subang Jaya. |
|
Plane did not leave with bags of drugs from Subang, says flight operator - FMT - 8/10 12:04 am Company says a Filipino passenger told them he intended to pick up luggage containing vapes in Laos before continuing to Manila. |
|
Pemandu degil ekori konvoi TPM ditahan - Sinarharian - 7/10 11:17 pm KUALA LUMPUR Kedegilan seorang pemandu yang telah diberikan amaran supaya tidak mengekori konvoi Timbalan Perdana Menteri mengundang padah apabila ditahan di Kilometer 48.5 Lebuhraya Shah Alam (KESAS) di sini pada Rabu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.32 pagi ketika konvoi polis berkenaan mengiringi pergerakan Timbalan Perdana Menteri dari Kajang menuju ke Sunway Medical Centre, Subang Jaya.Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 27 tahun yang memandu sebuah Honda CR-V itu telah mengekori konvoi polis berkenaan."Seorang anggota polis yang bertugas sebagai 'rider' dalam konvoi berkenaan telah memberi amaran kepada pemandu supaya tidak mengekori konvoi."Bagaimanapun, pemandu terbabit dipercayai masih enggan mematuhi arahan dan terus mengekori konvoi dengan cara yang boleh membahayakan keselamatan konvoi serta pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan anggota polis trafik bertindak mengarahkan sebuah kenderaan supaya tidak mengekori konvoi yang diiringi pihak polis.Bagaimanapun, kenderaan itu kemudian dilihat terus mengekori konvoi terbabit.Mohd Zamzuri berkata, bertindak atas maklumat, Unit Penguatkuasaan JSPT Kuala Lumpur kemudian menahan pemandu berkenaan bersama kenderaan terbabit untuk tindakan lanjut."Kejadian itu tidak melibatkan sebarang perlanggaran atau kemalangan jalan raya."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 21(1) Akta Polis 1967," katanya.Tambahnya, orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S |
|
Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di Subang, tahan empat individu - Astroawani - 7/10 9:45 pm Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan telah menyerbu sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Laos pada minggu lepas. |
|
Seludup dadah ke Laos: AKPS sahkan serbuan di lapangan terbang Subang, empat individu ditahan - Harapandaily - 7/10 8:00 pm Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan telah menyerbu sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang hari ini, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan 521 kilogram (kg) dadah di Laos pada minggu lepas |
|
Laos meth bust: Four arrested in Subang Airport hangar raid over 521kg found in Learjet - Malaymail - 7/10 7:49 pm KUALA LUMPUR, Oct 7 The Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) today raided a hangar at Sultan Ab... |
|
Manila-bound private jet intercepted at Subang Airport, four nabbed in Laos-linked drug bust - Mkini - 7/10 7:23 pm Aircraft configured for medical evacuation operations, report says. |
|
Seludup Dadah Ke Laos: AKPS Sahkan Serbuan Di Subang, Tahan Empat Individu - Siakapkeli - 7/10 7:23 pm KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) mengesahkan telah menyerbu sebuah hangar di Lapangan Terbang Sultan Ab... |
|
'Kantoi' dalam 'live' TikTok, rumah simpan stok air ketum diserbu polis - Sinarharian - 7/10 6:05 pm SUBANG JAYA - [DIKEMAS KINI] Sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sri Langkas Tambahan, Puchong di sini diserbu sebelum menemui puluhan botol disyaki berisi air ketum pada Selasa.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menerima maklumat daripada orang awam kira-kira jam 8.45 malam yang memaklumkan menjumpai beberapa botol disyaki berisi air ketum ketika sedang membuat siaran langsung di TikTok.Menurutnya, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 9 malam, sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Subang Jaya bersama Balai Bukit Puchong telah memeriksa rumah terbabit."Semasa polis tiba, tiada orang dalam rumah tersebut."Pemeriksaan menemui satu bekas yang di dalamnya mengandungi 21 botol plastik berisi disyaki cecair ketum dengan anggaran 10,500 mililiter," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, kes masih dalam siasatan.Jelasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras aktiviti pengedaran bahan terlarang."Orang ramai diminta terus salurkan maklumat bagi membantu usaha membanteras jenayah," ujarnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.Sebelum itu beberapa rakaman video daripada kumpulan aktivis berkaitan isu warga asing di sekitar lokasi tersebut tular di media sosial. |
|
Juruterbang antara 4 ditahan di Subang berkait kes seludup dadah ke Laos - FMT - 7/10 4:40 pm Juruterbang itu adalah pemilik syarikat yang kendali jet peribadi yang tiba di lapangan terbang Laos bawa 521kg methamphetamine. |
|
Malaysian Co-Pilot Among 13 Arrested in Laos Meth Bust Third Such Case Since July - Rakyatpost - 7/10 4:12 pm A Learjet carrying 521kg of crystal methamphetamine landed at Luang Prabang International Airport after flying empty from Subang, where authorities say seven airport workers helped load the drugs, and a Malaysian second officer now becomes the third pilot from the country arrested in a drug case in under three months. |
|
[UPDATED] Four held at Subang Airport as Laos drug-jet probe widens - NST - 7/10 3:24 pm SUBANG JAYA: Four people, including a pilot linked to the company that owns a private jet implicated in the attempted smuggling of 521kg of crystal methamphetamine from Laos, were detained at Subang Airport today. |
|
Dadah dalam jet peribadi: Pihak berkuasa serbu hangar, tahan juruterbang .. - Hmetro - 7/10 3:16 pm Subang Jaya: Seorang juruterbang yang dikaitkan dengan syarikat pemilik jet peribadi yang terbabit dalam cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) syabu dari Laos, antara empat individu yang ditahan sebelum sebuah lagi pesawat dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Subang ke Manila hari ini |
|
PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan kes dadah di Laos - Mygazette - 7/10 7:58 am # PDRM sahkan rakyat Malaysia antara 13 ditahan kes dadah di Laos KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia antara 13 yang ditahan pihak berkuasa Laos susulan penemuan 521 kilogram (kg) dadah jenis_ crystal methamphetamine_ di dalam sebuah jet peribadi di negara itu, minggu lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal mendapati, pesawat persendirian jenis Learjet terbabit berlepas dari Subang, Selangor menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos |
|
521kg syabu dalam jet dari Subang! Rakyat Malaysia abtara 13 ditahan di Laos - Harapandaily - 7/10 7:36 am Sebanyak 521 kilogram (kg) methamphetamine dirampas pihak berkuasa Laos daripada sebuah jet persendirian yang berlepas dari Subang sebelum mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Oktober lalu |
|
521kg meth seized on private jet in Laos did not come from Malaysia, says police - Sinardaily - 7/10 7:20 am KUALA LUMPUR - The seizure of 521 kilogrammes (kg) of methamphetamine aboard a private jet in Laos on Oct 1 did not originate from Malaysia, but was instead suspected to be smuggled from that country to the Philippines.Bukit Aman Narcotics Crime Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan said based on information from Laotian authorities, the chartered aircraft departed from Sultan Abdul Aziz Shah Airport in Subang to Luang Prabang without carrying any cargo.He said the flight from Subang carried only three individuals comprising a Singaporean pilot, a Malaysian co-pilot, and a Filipino passenger."The seized drugs were meant for the Manila market in the Philippines and not the Malaysian market |
|
521 kg dadah dalam jet persendirian bukan dari Malaysia - PDRM - Astroawani - 7/10 6:00 am Berdasarkan maklumat pihak berkuasa Laos, pesawat sewaan khas itu berlepas dari Subang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Okt lepas. |
|
521kg dadah dalam jet persendirian bukan dari Malaysia - PDRM - Sinarharian - 7/10 12:34 am KUALA LUMPUR - Pesawat jet persendirian yang dikaitkan dengan cubaan menyeludup 521 kilogram (kg) methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah, Subang tanpa membawa sebarang muatan dadah sebelum mengambil bekalan itu di Laos.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan maklumat pihak berkuasa Laos, pesawat sewaan khas itu berlepas dari Subang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos pada 1 Oktober lepas.Beliau berkata, penerbangan berkenaan hanya dinaiki tiga individu, terdiri daripada seorang juruterbang warga Singapura, pembantu juruterbang rakyat Malaysia dan seorang penumpang warga Filipina."Dadah yang dirampas adalah untuk pasaran Manila, Filipina dan bukannya pasaran Malaysia."Pesawat berkenaan dipercayai digunakan untuk membawa muatan dadah tersebut dari Laos ke Manila," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.Mengulas kronologi kejadian berdasarkan maklumat dikongsi pihak berkuasa Laos, Hussein berkata, pesawat itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan.Beliau berkata, kira-kira 1.30 tengah hari, dua kenderaan tiba di kawasan lapangan terbang sebelum beberapa kakitangan di situ membantu memindahkan 23 beg dari kenderaan berkenaan untuk dibawa ke pesawat."Pemeriksaan ke atas kesemua 23 beg berkenaan menemukan 500 bungkusan dadah disyaki jenis methamphetamine seberat 521 kg," katanya.Susulan operasi pihak berkuasa Laos itu, seramai 13 individu ditahan termasuk tiga individu yang menaiki pesawat berkenaan dari Subang.Turut ditahan ialah 10 warga Laos terdiri daripada tiga kakitangan syarikat perkhidmatan darat lapangan terbang dan tujuh kakitangan yang mengendalikan mesin pengimbas sinar-X.Kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut pihak berkuasa negara berkenaan.Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut memulakan siasatan menyeluruh dan akan menghantar pegawai JSJN ke Laos dalam masa terdekat bagi merakam percakapan suspek."Langkah ini bertujuan mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan sindiket dadah yang terlibat, terutama (kemungkinan pembabitan anggota sindiket) di Malaysia," katanya.Kenyataan terbaharu itu sekali gus memperjelas bahawa pesawat berkenaan dipercayai tidak membawa dadah ketika berlepas dari Subang, susulan laporan awal yang mengaitkan penerbangan dari Malaysia itu dengan penemuan dadah bernilai jutaan ringgit di Laos.- Bernama |
|
Jet berlepas dari Subang tanpa muatan, dadah 521kg diambil di Laos - Kosmo - 6/10 11:06 pm PETALING JAYA Pesawat jet persendirian yang digunakan dalam cubaan penyeludupan 521 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine ke Filipina dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Subang tanpa sebarang muatan sebelum mengambil bekalan dadah di Laos |
|
521kg meth seized from jet that flew from Subang to Laos, M'sian among 13 nabbed - Mkini - 6/10 10:07 pm Local authorities acted on a tip-off and caught the suspects red-handed. |
|
Malaysian among 13 detained in Laos drug bust involving jet from Subang - Sinardaily - 6/10 9:42 pm SHAH ALAM A Malaysian is among 13 people detained by Lao authorities after 521 kilogrammes of crystal methamphetamine were seized from a private jet that reportedly arrived from Malaysia at Luang Prabang International Airport.The Star, quoting Bukit Aman Narcotics Crime Investigation Department (NCID) director Datuk Hussein Omar Khan, reported that preliminary investigations found that the aircraft, a Learjet, had departed from Subang for Luang Prabang International Airport.However, Hussein clarified that the Malaysian suspect did not travel on the flight.So far, we have not received detailed information from the Laotian drug enforcement authorities |
|
Malaysian among 13 nabbed over 521kg of meth seized in Laos - FMT - 6/10 8:55 pm Bukit Aman says the Malaysian was not on the private plane carrying the drugs which departed from Subang airport on Oct 1 for Laos. |
|
Rampasan 521kg dadah di Laos, satu rakyat Malaysia antara 13 ditahan - FMT - 6/10 8:15 pm Dadah jenis crystal methamphetamine itu ditemui dalam jet peribadi yang berlepas dari Subang, minggu lalu. |
|
Rakyat Malaysia ditahan di Laos, 521kg methamphetamine dirampas - Sinarharian - 6/10 6:57 pm KUALA LUMPUR Seorang rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa Laos selepas 521 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine dirampas daripada sebuah jet peribadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, Laos.Penahanan rakyat Malaysia itu adalah sebahagian daripada 13 individu yang ditahan pihak berkuasa Laos kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima maklumat terperinci daripada pihak berkuasa Laos berhubung kes tersebut."Setakat ini, kita belum menerima maklumat atau butiran daripada pihak berkuasa dadah Laos."Maklumat yang kita ada ketika ini ialah seorang daripada 13 individu yang ditahan merupakan warga Malaysia. Bagaimanapun, dia bukan individu yang menaiki penerbangan dari Subang ke Laos," katanya pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan polis Laos merampas 521kg dadah jenis kristal methamphetamine daripada sebuah jet peribadi yang dilaporkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.Menurut laporan Vientiane Times yang memetik Lao Security Newspaper, operasi keselamatan dijalankan pada 1 Oktober lalu susulan maklumat yang diterima polis wilayah pada 21 September mengenai sindiket pengedaran dadah yang dipercayai merancang menyeludup narkotik merentasi sempadan melalui udara menggunakan pesawat peribadi.Laporan itu menyebut polis kemudian menerima maklumat mengenai perubahan jadual penerbangan sebelum pesawat peribadi berkenaan dijadualkan tiba dari Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang pada jam 1.30 tengah hari, 1 Oktober lalu.Dalam operasi tersebut, polis menahan 13 individu termasuk juruterbang, pembantu juruterbang, beberapa pelancong asing, tiga pekerja syarikat dan tujuh kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang.Menurut laporan itu, siasatan mendapati jet peribadi berkenaan melakukan penerbangan dari Subang ke Laos, namun pesawat tersebut diterbangkan oleh juruterbang dan pembantu juruterbang yang bukan warganegara Malaysia.Hussein berkata, pihaknya turut menyiasat sama ada kes berkenaan mempunyai kaitan dengan penahanan seorang juruterbang di Indonesia sebelum ini."Dalam siasatan, terlalu awal untuk kita membuat sebarang kesimpulan sama ada terdapat kaitan atau sebaliknya," katanya. |
|
E-hailing driver tests positive for meth after crash kills 22-year-old Maldivian student near PJS toll - Malaymail - 6/10 5:09 pm SUBANG JAYA, Oct 6 An e-hailing driver tested positive for methamphetamine in a urine screening test after a cra... |
|
[UPDATED] Maldivian student killed in PJS toll crash, e-hailing driver tests positive for meth - NST - 6/10 4:09 pm SUBANG JAYA: An e-hailing driver tested positive for methamphetamine following a crash at the PJS toll plaza that killed a 22-year-old Maldivian student. |
|
Tiada pilihan raya kecil bagi Parlimen Petaling Jaya - SPR - Sinarharian - 5/10 4:46 pm PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan tiada pilihan raya kecil (PRK) dijalankan bagi kerusi Parlimen Petaling Jaya susulan peletakan jawatan penyandangnya, Lee Chean Chung, Jumaat lalu.Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, pihaknya menerima pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul melalui surat bertarikh 2 Oktober 2026 berhubung status kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya."Berdasarkan kepada Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan kepada SPR bahawa tiada keperluan bagi mengisi kekosongan luar jangka tersebut."Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil Bahagian Pilihan Raya Parlimen P 105 Petaling Jaya akan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Keputusan itu menjadikan Petaling Jaya sebagai kerusi Parlimen keempat dalam penggal semasa yang dikosongkan tanpa disusuli PRK, selepas Pandan, Setiawangsa dan Subang.Sebelum ini, SPR pada 20 Mei mengesahkan tiada PRK bagi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas kedua-dua penyandangnya, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengosongkan kerusi masing-masing.Pada Ogos lalu pula, SPR mengesahkan tiada PRK bagi Parlimen Subang susulan peletakan jawatan penyandangnya, Wong Chen.Sementara itu, Chean Chung, 45, melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya tanpa syarat susulan penggantungan keahliannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga tahun yang diterimanya pada 30 September 2026.Beliau sebelum ini mendakwa akses terhadap peruntukan kawasan Petaling Jaya telah disekat, selain pengurusannya diambil alih menerusi proses yang didakwa tidak telus. |
|
Sultan of Brunei arrives as Sepang hosts surprise F1 GP - Malaymail - 3/10 5:39 pm SUBANG JAYA, Oct 3 The Sultan of Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, arrived in Malaysia today for a special visit... |
|
Chean Chung Letak Jawatan: Dia Sudah Berhenti Lama, Baru Tahu? PM Anwar - Wrlr - 2/10 5:12 pm Chean Chung yang memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili KEADILAN, mengumumkan keputusan itu pada sidang media di pejabatnya, hari ini. Ini menjadikan beliau ahli parlimen keempat berbuat demikian setelah Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang) juga meletak jawatan susulan pelancaran parti kancil pertengahan Mei lalu |
|
Chean Chung umum letak jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya - Sinarharian - 2/10 12:21 am SHAH ALAM - Lee Chean Chung mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya berkuat kuasa serta-merta, susulan keputusan penggantungan keahliannya dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama tiga tahun.Beliau berkata, tindakan itu dibuat selepas menerima keputusan penggantungan pada 30 September lalu, selain mendakwa akses terhadap peruntukan RM3 juta bagi kawasan Petaling Jaya sebelum ini telah disekat dan digunakan wakil parti.Menurutnya, keadaan menjadi lebih serius apabila beliau tidak lagi dibenarkan berbahas atau menyatakan pendirian dalam parti, manakala pengurusan peruntukan kawasan pula diambil alih melalui proses yang didakwa tidak telus."Selama ini saya bersuara mengenai pelbagai isu rakyat (dan) jangkaannya, ini antara sebab-sebab yang mengakibatkan saya digantung."Namun, masalah rakyat tidak akan berhenti hanya kerana saya diarahkan untuk diam."Adakah saya patut terus menerima gaji sebagai ahli Parlimen tetapi hanya duduk senyap seperti tunggul? Tidak," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat.Beliau menjadi ahli Parlimen keempat daripada PKR yang meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat selepas Datuk Seri Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang).Chean Chung menegaskan semakin keliru dengan hala tuju Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, meskipun sebelum ini berstatus ahli Parlimen penyokong kerajaan.Malah beliau mendakwa, terdapat perubahan standard dalam isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan reformasi institusi berbanding ketika Pakatan Harapan (PH) berada sebagai pembangkang.Beliau turut membangkitkan isu dakwaan pemilikan saham berlebihan melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dakwaan RM9.5 juta diberikan kepada seorang ahli Parlimen PKR serta gesaan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan berkaitan mafia korporat.Selain itu beliau turut mempersoalkan isu kes berprofil tinggi yang berakhir dengan keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) serta kelewatan reformasi untuk memisahkan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya."Rakyat berhak bertanya, mengapa dahulu kita begitu marah terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kerosakan institusi, tetapi apabila peluang memegang kerajaan, standardnya berubah?"Ada yang berkata Anwar masih pilihan terbaik, bahawa kerajaan perlu berkompromi kerana ini Kerajaan Perpaduan," ujarnya.Sementara itu mengenai kedudukannya dalam parti, Chean Chung menjelaskan, PKR merupakan parti politik pertama yang disertainya dan meninggalkan kerjaya korporat untuk memberi sebahagian besar usia mudanya kepada perjuangan politik.Menurutnya, sepanjang tempoh 2008 hingga 2022, beliau telah melalui pelbagai tekanan politik termasuk turun ke jalan raya berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman dan berulang kali hadir ke mahkamah."Saya tidak pernah menyesal |
|
Ikut Jejak, Chean Chung Letak Jawatan MP Petaling Jaya - Wrlr - 2/10 12:09 am Chean Chung yang memenangi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket Pakatan Harapan (PH) mewakili KEADILAN, mengumumkan keputusan itu pada sidang media di pejabatnya, hari ini. Ini menjadikan beliau ahli parlimen keempat berbuat demikian setelah Rafizi Ramli (Pandan), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa) dan Wong Chen (Subang) juga meletak jawatan susulan pelancaran parti kancil pertengahan Mei lalu |
|
Lunar Seputeh, definisi sebenar kediaman premium - Sinarharian - 2/10 9:30 am Dalam landskap hartanah bandar yang semakin padat, kediaman berkonsepkan low-density living kini menjadi pilihan pembeli yang mengutamakan privasi, keselesaan dan kualiti hidup.Berlandaskan pendekatan tersebut, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) memperkenalkan Lunar Seputeh, fasa ketiga dan pembangunan terakhir berstatus kediaman sepenuhnya dalam pelan induk bersepadu 9 Seputeh seluas 17.4 ekar, dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM472 juta.Dibina di atas tanah seluas 2.32 ekar, Lunar Seputeh terdiri daripada menara setinggi 50 tingkat dengan 483 unit, sekali gus melengkapkan pembangunan yang sebelum ini dimulakan menerusi VIVO dan TRIA Seputeh.Ketua Pegawai Eksekutif MRCB Property, Wong Hong Yeong berkata, Lunar Seputeh menawarkan pilihan kediaman baharu yang membawa pengalaman hidup bandar lebih eksklusif penekanan kepada kesejahteraan, kesalinghubungan dan komuniti.Menurutnya, projek tersebut mendapat manfaat daripada infrastruktur yang telah siap dibangunkan bagi keseluruhan pelan induk, termasuk pelaburan MRCB berjumlah kira-kira RM115 juta bagi Jambatan Penghubung Jalan Klang Lama Lebuhraya Jalan Klang Lama Lebuhraya Pantai Baru (NPE), yang mengukuhkan kesalinghubungan antara Jalan Klang Lama dan Lembah Klang."Pembangunan ini direka untuk menawarkan pengalaman kediaman yang lebih premium, dengan berkepadatan rendah."Aspek praktikal kehidupan harian turut diterapkan dalam reka bentuk, termasuk sistem parkir dengan laluan cerun ekspres yang membolehkan penduduk sampai ke aras parkir masing-masing dengan lebih pantas," katanya kepada Sinar Bisnes."Kami melihat bagaimana untuk mempelbagaikan perniagaan dari segi geografi dan segmen pembangunan baharu yang boleh memanfaatkan keupayaan sedia ada.- Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MRCB, Datuk Kwan Joon HoeKelebihan Utama Lunar SeputehMengulas lanjut, Hong Yeong berkata, status residential title menjadi kelebihan utama yang membezakannya Lunar Seputeh dengan pembangunan lain di Jalan Klang Lama.Katanya, kelebihan tersebut membolehkan pemilik menikmati tarif utiliti domestik selain kadar cukai taksiran dan cukai tanah yang lebih rendah berbanding pembangunan bertaraf komersial sekali gus memberi penjimatan berterusan kepada pemilik kediaman sepanjang tempoh pemilikan."Lunar Seputeh sesuai untuk golongan profesional, pasangan, keluarga yang sedang berkembang, isi rumah pelbagai generasi yang mahukan akses mudah ke Mid Valley, Bangsar South, KL Sentral dan kawasan Kuala Lumpur yang lebih luas."Kepelbagaian jenis unit, daripada 683 kaki persegi dengan 1+1 bilik tidur hingga 1,646 kaki persegi dengan 4+1 bilik tidur, membolehkan pembangunan ini memenuhi keperluan pembeli pada pelbagai peringkat kehidupan," katanya.Dari sudut lokasi, Lunar Seputeh terletak dalam lingkungan kira-kira 700 meter dari Mid Valley City dan The Gardens Mall, selain hanya sekitar 2 kilometer dari KL Sentral serta Bangsar South yang merupakan antara hab komersial dan pekerjaan terbesar di Kuala Lumpur.Kesalinghubungan jalan raya diperkukuhkan menerusi Jambatan Penghubung Jalan Klang Lama - NPE yang menyediakan akses terus ke Lebuhraya NPE serta sambungan ke Petaling Jaya, Subang dan Sunway.Konsep Tsuki lahirkan kediaman berteraskan kesejahteraanLunar Seputeh dibangunkan berasaskan falsafah 'Tsuki', iaitu perkataan Jepun yang membawa maksud bulan.Hong Yeong berkata, Tsuki menjadi inspirasi reka bentuk Lunar Seputeh dengan penekanan terhadap kesederhanaan, keseimbangan dan mewujudkan suasana ketenangan di tengah persekitaran bandar."Konsep ini turut merangkumi kesejahteraan sosial |
|
Lima ditahan, lebih RM1 juta barangan makanan dan cecair dipercayai .. - Mygazette - 2/10 8:14 am # Lima ditahan, lebih RM1 juta barangan makanan dan cecair dipercayai alkohol dirampas KUALA LUMPUR - Lima individu ditahan manakala pelbagai jenis barangan makanan buatan China dan cecair dipercayai alkohol yang keseluruhan bernilai lebih RM1 juta dirampas dalam operasi bersepadu Ops Taring Alpha 5 di di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, Selangor, pagi tadi |
|
Business : BMCC Honours 23 Outstanding Nominees At 7th Business Excellence Awards 2026 - Bernama - 2/10 8:14 am SUBANG JAYA, Oct 1 (Bernama) -- The British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC) today recognised 23 outstanding nominees at the 7th BMCC Business Excellence Awards (BEA) for their performance, innovation and impact on the United Kingdom (UK)-Malaysia business landscape |
|
Lima ditahan, lebih RM1 juta barangan makanan dan cecair dipercayai alkohol dirampas - Astroawani - 2/10 5:50 am Lima ditahan, barangan makanan buatan China dan cecair dipercayai alkohol bernilai lebih RM1 juta dirampas dalam Op Taring Alpha 5 di Subang Jaya. |
|
Lebih RM1 juta barang makanan, cecair dipercayai alkohol dirampas - Sinarharian - 1/10 11:37 pm KUALA LUMPUR - Lima individu ditahan manakala pelbagai jenis barangan makanan buatan China dan cecair dipercayai alkohol yang keseluruhan bernilai lebih RM1 juta dirampas dalam operasi bersepadu Ops Taring Alpha 5 di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya, pada Khamis.Komander Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, serbuan dilakukan jam 11.30 pagi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).Beliau berkata, dalam operasi berkenaan pihaknya telah merampas 118 jenis barangan makanan buatan China serta 23 kotak mengandungi pelbagai cecair dipercayai alkohol yang disyaki tidak bercukai kastam, dengan nilai keseluruhan rampasan RM1,022,635."Seorang warga tempatan dan empat warga Myanmar yang berperanan sebagai penyelia, pekerja serta pengurus premis ditahan."Hasil pemeriksaan terhadap premis berkenaan mendapati terdapat ketidakpatuhan undang-undang antaranya melibatkan kesalahan di bawah Akta Makanan 1983, Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.Mohd Zaki berkata, kejayaan operasi berkenaan memperlihatkan kepentingan kerjasama dan penyelarasan antara agensi dalam menangani aktiviti pengedaran barangan yang tidak mematuhi peraturan, khususnya apabil melibatkan pelbagai kesalahan di bawah bidang kuasa agensi yang berbeza.Beliau berkata, pendekatan operasi secara bersepadu membolehkan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara menyeluruh, bukan sahaja dari aspek jenayah dan penyeludupan malah keselamatan makanan, pematuhan perlesenan premis serta penguatkuasaan kastam dan imigresen."WCB/PSK akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan melalui perkongsian maklumat, tindakan risikan dan operasi bersepadu bagi membanteras kegiatan yang boleh menjejaskan kepentingan serta keselamatan masyarakat dan negara," katanya |
|
Five detained after RM1mil food, alcohol seizure in Subang Jaya - NST - 1/10 10:38 pm KUALA LUMPUR: Five people, including four Myanmar nationals, were detained after food and alcoholic beverage products worth more than RM1 million were seized in a raid in Subang Jaya. |
|
17 premis jual vape diserbu, kompaun dan rampasan RM73,000 - Sinarharian - 1/10 5:40 pm SUBANG JAYA Operasi penguatkuasaan ke atas 17 premis penjualan rokok elektronik (vape) di sini merekodkan kompaun dan rampasan berjumlah RM73,000 pada Rabu.Tindakan itu diambil serentak oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerusi Operasi Berseadu bermula jam 2.30 petang.Pengarah KPDN Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, nilai keseluruhan kompaun oleh tiga agensi terbabit ialah RM35,000, manakala direkodkan berjumlah RM38,000.Menurutnya, sebanyak 17 premis telah diperiksa bagi memastikan pematuhan terhadap peruntukan perundangan yang berkuat kuasa."Hasil pemeriksaan, KPDN Selangor mengambil tiga tindakan kes di bawah Perenggan 6, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Peranti Rokok Elektronik) 2022 iaitu atas kegagalan mematuhi subperenggan 4(2)(b) berhubung peranti rokok elektronik atau alat ganti yang tidak ditandakan dengan tanda sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual."Selain itu, lima kompaun turut dikeluarkan di bawah Akta Timbang Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, MBSJ pula mengeluarkan 14 kompaun di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBSJ serta Undang-Undang Kecil Iklan MBSJ.Sementara itu, SSM merekodkan lima kompaun di bawah akta-akta yang dikuatkuasakan oleh SSM.Tambahnya, dua notis di bawah Seksyen 18(1)(a) atas kesalahan gagal mempamerkan tanda amaran larangan merokok dikeluarkan KKM."Secara keseluruhannya, sebanyak 28 tindakan penguatkuasaan telah diambil oleh agensi-agensi terlibat sepanjang operasi bersepadu ini," ujarnya.Kata beliau, operasi bersepadu ini dilaksanakan bagi memastikan premis yang menjalankan aktiviti penjualan rokok elektronik mematuhi perundangan yang berkaitan, termasuk aspek perdagangan, kesihatan, pendaftaran perniagaan dan pelesenan premis.Tegasnya, langkah proaktif ini diambil bagi memastikan pematuhan undang-undang yang menyeluruh, sekali gus melindungi kepentingan pengguna serta memelihara kesejahteraan kesihatan awam di negara ini."KPDN mengingatkan semua peniaga yang menjalankan aktiviti penjualan rokok elektronik agar sentiasa mematuhi sepenuhnya keperluan perakuan dan penandaan peranti rokok elektronik yang ditetapkan di bawah perundangan berkaitan," ujarnya. |
|
Selangor Sultan marks silver jubilee with joyride flight for 149 orphans - Malaymail - 1/10 3:25 pm SUBANG, Oct 1 Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah and Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri... |
|
Selangor Royals treat 149 orphans to Jubilee Joyride flight - Sinardaily - 1/10 2:36 pm SUBANG - Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah and Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin today treated 149 orphans to a special joyride flight to mark the Sultans 25th anniversary on the throne.Their Royal Highnesses, accompanied by Raja Muda of Selangor Tengku Amir Shah, were welcomed at Subang SkyPark by Selangor Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.Istana Alam Shah, in a statement, said that the Kembara Semenanjung Joyride Flight, involving children from 29 orphanages, officially kicked off the month-long Selangor Sultan Silver Jubilee celebrations in October.The children boarded a Batik Air Boeing 737 MAX 8 for a one-hour flight from Subang, flying through Penang airspace towards Langkawi before returning to Subang SkyPark.The palace said the programme, organised by Tourism Malaysia and coordinated by Selangor Youth Community (SAY) and Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), was intended to give the children a travel and flying experience they might otherwise rarely have the opportunity to enjoy."Exposure to new experiences, social interaction and outdoor activities is also hoped to boost their confidence and motivate them to continue moving forward, it said.The programme also sought to foster compassion, togetherness and greater public awareness of the welfare and well-being of orphans, while strengthening ties among participants, organisers, volunteers, agencies and the local community.The palace said the programme also gave the children an opportunity to appreciate patriotism and develop a deeper understanding of the Selangor royal institution."The presence of Their Royal Highnesses and the Raja Muda Selangor reflects the royal institutions continued concern for the welfare of orphans, ensuring they are also included and celebrated during this historic occasion, it said.For 13-year-old Amirul Mukminin Tahir, the flight was his first time on a plane."I felt a little dizzy, but it was fun, and I also got to meet new friends, said Amirul, who is under the care of Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah.Another participant, Adam Adliemie Haziq Abdullah, 14, said he was thrilled to meet the Sultan in person."Before this, I only saw His Royal Highness in books or pictures |
|
Rekaan Fon Telinga Subang Samsung Galaxy Buds On Tertiris - Amanz - 1/10 10:47 am Semalam Samsung Galaxy Tab S12 Ultra, Tab S12+ dan Galaxy SmartTag3 dilancarkan secara rasmi. Aneh sekali fon telinga berbentuk subang Samsung Galaxy Buds On tidak dilancarkan sekali |
|
'Transporter' held with RM739,200 worth of smuggled cigarettes - NST - 30/09 10:57 pm KUALA LUMPUR: A 54-year-old local man who worked as a transporter for a Bangladeshi man was arrested with 1,350 cartons of smuggled cigarettes worth RM739,200 in Kampung Subang Baru. |
|
Rokok tidak bercukai bernilai RM739,200 dirampas, lelaki tempatan ditahan - Sinarharian - 30/09 8:05 pm SHAH ALAM Aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai terbongkar selepas seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun ditahan dalam serbuan di Kampung Subang Baru di sini pada Rabu.Serbuan kira-kira jam 8 pagi itu dijalankan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman menerusi Op Taring Alpha 1.Komander WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, operasi terbabit hasil risikan dan pemantauan berterusan terhadap kegiatan pengedaran rokok tidak bercukai."Pemeriksaan di lokasi membawa kepada penahanan lelaki berkenaan yang dipercayai berperanan sebagai penghantar rokok bagi membantu siasatan."Hasil pemeriksaan lanjut, pasukan operasi merampas 1,350 karton rokok tidak bercukai."Turut dirampas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard, telefon bimbit Vivo Y28s serta satu kunci kenderaan Toyota," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mohd Zaki berkata, nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM820,200, termasuk rokok bernilai RM739,200."Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.Beliau berkata, soal siasat awal mendapati suspek mendakwa telah terlibat sebagai penghantar rokok selama kira-kira dua tahun dan menerima bayaran RM5,000 sebulan bagi menjalankan aktiviti pengedaran rokok tidak bercukai."Suspek turut mendakwa menerima arahan daripada seorang lelaki warga Bangladesh," katanya.Menurutnya, suspek bersama barangan rampasan kemudian diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan dan siasatan lanjut.Dalam pada itu, Mohd Zaki berkata, tindakan penguatkuasaan berkenaan adalah sebahagian daripada usaha berterusan WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman membanteras aktiviti penyeludupan dan pengedaran barangan tidak bercukai yang boleh menyebabkan ketirisan hasil negara."Sepanjang tempoh 1 Januari hingga Rabu, WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman telah melaksanakan 268 serbuan di seluruh negara."Daripada jumlah itu, seramai 455 individu ditahan atas pelbagai kesalahan membabitkan penyeludupan barangan tidak bercukai, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar serta operasi berkaitan e-waste," katanya.Beliau berkata, jumlah keseluruhan nilai rampasan yang direkodkan bagi tempoh sama dianggarkan RM330,695,346.76.Katanya, kejayaan Op Taring Alpha 1 menunjukkan komitmen WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman memperkukuhkan tindakan penguatkuasaan menerusi pendekatan risikan, siasatan dan operasi bersepadu."WCB/PSK JKDNKA Bukit Aman akan mempergiatkan tindakan penguatkuasaan serta risikan bagi mengenal pasti dan memutuskan rangkaian penyeludupan, termasuk menjejaki pihak yang membekalkan, menyimpan, mengangkut dan mengedar barangan tidak bercukai."Kerjasama daripada masyarakat turut dialu-alukan dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dan pengedaran barangan tidak bercukai kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya," katanya. |
|
Di mana Nur Athilah menghilang? - Mygazette - 30/09 8:12 am KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan, Nur Athilah Mohd Zulkefli dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Pangsapuri Cempaka, Jalan Prima 7/1, Taman Puchong Prima, Puchong pada 25 September lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berusia 14 tahun itu daripada ahli keluarganya sekitar jam 10.20 pagi tadi |
|
Nur Athilah hilang, kali terakhir dilihat di Puchong - Kosmo - 29/09 9:53 pm PUCHONG Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Taman Puchong Prima, di sini pada Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja berkenaan daripada ahli .. |
|
Toyota Malaysia Pickle Tour 2026 Wraps Up Five-City Stop, Bringing Malaysians Together Through Pickleball - Rakyatpost - 29/09 7:16 pm The five-stop tour travelled through Kuching, Kota Kinabalu, Johor Bahru, George Town and Subang Jaya. |
|
Pemandu bas Rapid KL ditahan bantu siasatan kemalangan maut - Utusan - 29/09 2:54 pm PETALING JAYA: Polis menahan seorang pemandu bas Rapid KL bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Subang Jaya dekat sini, Isnin lalu |
|
Rapid KL bus driver nabbed over fatal crash in Subang Jaya - FMT - 29/09 2:47 pm Police to probe whether the crash was caused by technical issues with the bus or the driver's negligence. |
|
Lelaki maut dilanggar bas Rapid KL, pemandu direman sehari - Sinarharian - 29/09 2:07 pm SUBANG JAYA - Pemandu bas Rapid KL ditahan polis untuk siasatan kes kemalangan menyebabkan seorang maut di sini pada Isnin.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, keterangan pemandu bas berusia 29 tahun itu diambil bagi mendapatkan punca sebenar kejadian."Pemandu tersebut direman sehari dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan."Ujian alkohol dan saringan air kencing didapati negatif," katanya pada Selasa.Dalam kejadian pada jam 6.19 pagi, seorang lelaki berusia 19 tahun dilaporkan maut, manakala seorang lagi cedera selepas dilanggar sebuah bas Rapid KL yang dalam perjalanan ke Subang Mewah.Rapid KL dalam kenyataan berkata, ketika melalui Persiaran Subang Permai, bas berkenaan melanggar beberapa kenderaan yang diletakkan di bahu jalan.Rapid KL juga komited untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan berhubung kejadian itu.Pada masa yang sama, Rapid KL akan terus memberikan perhatian terhadap aspek keselamatan penumpang, kakitangan dan semua pengguna jalan raya. |
|
Seorang maut, seorang cedera nahas bas Rapid KL di Subang Permai - Careta - 29/09 8:13 am Kejadian pada jam 6.19 pagi itu melibatkan bas laluan T776 yang menghubungkan Stesen USJ 7 dengan Subang Mewah |
|
Polis Kesan Remaja Lelaki Hilang Di Subang Jaya - Siakapkeli - 28/09 9:49 pm Polis sedang mengesan Muhammad Haziq Zikry Roslan, 16, yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16, Subang Jaya, sejak Jumaat lepas. |
|
Hanya 44 Ahli Parlimen sokong RCI Mafia Korporat??? Wong Chen Hanya 44 .. - Mygazette - 28/09 8:39 am # Hanya 44 Ahli Parlimen sokong RCI Mafia Korporat Wong Chen KUALA LUMPUR Hanya 44 dari 222 Ahli Parlimen didakwa menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan mafia korporat dan isu berkaitan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. Bekas Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata, jumlah itu bersamaan kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan Ahli Parlimen, sekali gus mempersoalkan kesungguhan wakil rakyat dalam memperjuangkan agenda reformasi dan memerangi rasuah |
|
Amanah sets sights on 18 seats for GE16, but concedes it could lose all but one - Malaymail - 27/09 5:26 pm SUBANG JAYA, Sept 27 Parti Amanah Negara (Amanah) will identify its general election candidates early to allow t... |
|
Amanah kenal pasti calon lebih awal, perkukuh jentera hadapi PRU16 - Mujahid - Sinarharian - 27/09 3:38 pm SUBANG JAYA - Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengenal pasti calon pilihan raya umum lebih awal bagi membolehkan mereka memperkenalkan diri kepada pengundi, selain memberi ruang kepada parti membuat persiapan lebih sistematik.Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, langkah itu disertai pengukuhan jentera dan naratif parti penting bagi membolehkan Amanah mempertahankan kedudukan sedia ada serta mencapai sasaran menambah kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Beliau berkata, Amanah menyasarkan sekurang-kurangnya memenangi 18 kerusi Parlimen pada PRU16 bagi membolehkan parti itu memainkan peranan lebih besar dalam memperjuangkan kepentingan ummah."PRU16 perlu dilihat sebagai cabaran getir dan anggota parti tidak boleh berada dalam keadaan selesa, sebaliknya perlu kembali memperkukuh kekuatan akar umbi termasuk menambah cawangan, keahlian serta memperkemas jentera di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM)," katanya ketika berucap pada pelancaran jentera pilihan raya Amanah Selangor di sini hari ini.Mujahid berkata Amanah berdepan risiko hanya mampu mempertahankan satu kerusi Parlimen pada PRU16 jika gagal memperkukuh kekuatan jentera dan sokongan pengundi.Beliau berkata, berdasarkan kajian dan simulasi dalaman parti dalam senario tertentu, hanya kerusi Parlimen Kota Raja yang disandang Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dilihat mampu dipertahankan manakala kerusi lain bakal berdepan cabaran besar.Mujahid berkata, Amanah juga perlu memperkukuh naratif Islam Rahmatan Lil Alamin sebagai teras perjuangan parti, termasuk meyakinkan pengundi Melayu dan Islam bahawa parti itu mampu memberi perlindungan serta memperjuangkan kepentingan mereka tanpa mengetepikan hak masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu.Beliau berkata, sokongan pengundi boleh berubah apabila mereka merasakan keselamatan, masa depan ekonomi dan kepentingan keluarga mereka lebih terjamin di bawah sesuatu parti.Selain itu, Mujahid menggesa pimpinan Amanah memberi perhatian lebih serius terhadap anggota akar umbi bagi mengelakkan mereka meninggalkan parti, termasuk dengan menghargai pengorbanan serta kebajikan |
|
Bersama parti spoiler hanya kacau undi, itu cerita karut - Utusan - 27/09 7:37 am MUKADIMAH Bekas Ahli Parlimen Subang, WONG CHEN menepis naratif pihak tertentu yang melabel Parti Bersama Malaysia (Bersama) sekadar parti spoiler atau pemecah undi |
|
Pemansuhan syarat ekuiti Bumiputera IPS bawah kementerian berkaitan – Akmal Nasrullah - Mypress - 26/09 8:09 pm SUBANG JAYA – Sebarang keputusan berhubung syarat pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi institusi pendidikan swasta (IPS) tertakluk kepada kementerian yang mempunyai bidang kuasa, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd… |
|
'Contohi Pengerusi MARA, you touch you go kepada pembuli' - Sinarharian - 26/09 5:22 pm KUALA PILAH Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disaran mencontohi ketegasan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam menangani kes buli di institusi pendidikan dengan mengamalkan prinsip You Touch, You Go.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Za'idy Abdul Kadir berkata, pendirian tegas itu penting bagi memastikan isu buli tidak lagi dianggap sebagai kenakalan biasa, gurauan atau sebahagian daripada budaya senioriti dalam kalangan pelajar.Menurutnya, tragedi membabitkan Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14, pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba, Kuala Pilah, yang ditemukan tidak sedarkan diri di kawasan asrama sebelum disahkan meninggal dunia, menuntut penjelasan serius berhubung aspek pencegahan dan keselamatan pelajar."Persoalannya bukan hanya apa yang berlaku selepas seorang pelajar kehilangan nyawa."Persoalan lebih besar ialah adakah sistem pencegahan buli, pemantauan asrama dan penguatkuasaan disiplin di sekolah kita benar-benar cukup tegas untuk mengesan dan menghentikan buli sebelum ia menjadi tragedi?" katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, pihaknya menghormati siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kejadian itu, termasuk penahanan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan.Selain itu, beliau menyeru semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi sehingga fakta sebenar dikenal pasti.Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengesahkan seorang pelajar ditahan bagi membantu siasatan, manakala KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.ARTIKL BERKAITAN: Pelajar lelaki ditemui meninggal dunia di asrama sekolah dipercayai dibuliPelajar meninggal dunia di asrama: Pemimpin politik desak siasatan segera dakwaan buliPelajar meninggal dunia di asrama: Fadhlina sahkan seorang pelajar ditahanPelajar meninggal dunia di asrama: Polis siasat kes bunuh, tahan remaja 16 tahunMohd Zaidy berkata, KPM perlu menjelaskan tahap pemantauan dan pengawasan di asrama SMK Zaba sebelum kejadian, termasuk sama ada terdapat aduan atau tanda awal berkaitan buli yang pernah diterima pihak sekolah.Katanya, kementerian juga perlu memastikan sebarang tindakan disiplin terhadap pelajar yang terbukti terlibat dilaksanakan selaras dengan peraturan dan garis panduan sedia ada."Dalam soal membanteras buli, saya berpandangan KPM boleh mencontohi ketegasan Pengerusi MARA dalam menangani kes buli di institusi pendidikan di bawah seliaan MARA."Asyraf Wajdi secara terbuka menegaskan prinsip You Touch, You Go sebagai mesej jelas bahawa tiada kompromi terhadap perbuatan buli di MRSM dan institusi pendidikan MARA," katanya.Pada Jun lalu, enam pelajar MRSM di Johor yang ditahan bagi membantu siasatan kes buli diarahkan berdepan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.Pada 30 Jun, MARA mengesahkan empat daripada enam pelajar terbabit disingkirkan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) bersidang, manakala dua lagi digantung sementara menunggu pengesahan polis berhubung penglibatan mereka dalam sentuhan fizikal terhadap mangsa.Sebelum keputusan itu dibuat, Asyraf Wajdi dilaporkan mengarahkan mesyuarat JDM diadakan dalam tempoh 24 jam bagi menjalankan siasatan dan mengambil tindakan paling tegas terhadap pelajar yang didapati terlibat.Mohd Zaidy berkata, pendekatan tersebut menunjukkan bahawa tindakan terhadap buli bukan semata-mata berkaitan hukuman selepas kejadian, sebaliknya turut melibatkan aspek pencegahan, pemantauan dan keupayaan institusi mengenal pasti tanda awal salah laku."Bila ada aduan, siasatan mesti segera."Bila ada bukti, tindakan mesti diambil. Bila terbukti bersalah, tindakan mesti tegas."Bila ada risiko kepada keselamatan pelajar, jangan tunggu sehingga berlaku tragedi," katanya.Dalam pada itu, beliau menggesa KPM memperkukuh pemantauan warden, sistem aduan pelajar, perlindungan kepada mangsa dan pemberi maklumat serta pengawasan di lokasi yang dikenal pasti berisiko berlaku buli di sekolah berasrama.Beliau turut menegaskan bahawa sekiranya sesuatu perbuatan mempunyai unsur jenayah, proses undang-undang hendaklah berjalan sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang dengan mengambil kira umur suspek serta proses keadilan yang terpakai."Nyawa dan keselamatan anak-anak tidak boleh dikompromikan demi menjaga nama baik mana-mana sekolah atau institusi."Kita mahu satu mesej yang jelas kepada seluruh warga sekolah: buli bukan budaya, buli bukan gurauan dan pembuli tidak boleh diberi ruang," katanya.Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Pahang, Daniel Khoo berkata, isu buli dan salah laku pelajar juga perlu ditangani tanpa mengira latar belakang pihak yang membuat aduan.Beliau mendakwa pernah berdepan pengalaman apabila aduan berkaitan seorang ahli keluarganya yang bersekolah di Subang tidak diberikan perhatian sewajarnya ketika beliau hadir sebagai orang awam."Kalau seorang ibu atau bapa datang mengadu, jangan tengok siapa dia |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |