| /// |
|
| Search : Sekolah News | Page 1 |
|
Pelajar Tingkatan Dua cedera dipukul di asrama sekolah di Kuala Pilah - Mygazette - 9/10 7:25 am # Pelajar Tingkatan Dua cedera dipukul di asrama sekolah di Kuala Pilah KUALA PILAH - Seorang pelajar lelaki tingkatan dua cedera selepas dipercayai dipukul pelajar tingkatan empat di sebuah asrama sekolah menengah di daerah ini pada 27 Sept lepas |
|
Jerebu: Semua sekolah di Selangor ditutup mulai esok hingga diberitahu .. - Mygazette - 9/10 7:25 am # Jerebu: Semua sekolah di Selangor ditutup mulai esok hingga diberitahu kelak KUALA LUMPUR - Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor diarahkan tutup sepenuhnya mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri ini |
|
MCMC siasat isu gambar, video AI libat pelajar dan guru di... - Mygazette - 9/10 7:25 am # MCMC siasat isu gambar, video AI libat pelajar dan guru di Kedah KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di media sosial untuk menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa melibatkan pelajar dan guru di sebuah sekolah di Kedah |
|
Jerebu: Semua sekolah di Melaka tutup esok, dilanjut hingga Isnin jika... - Mygazette - 9/10 7:25 am # Jerebu: Semua sekolah di Melaka tutup esok, dilanjut hingga Isnin jika IPU tinggi MELAKA Semua sekolah di seluruh Melaka ditutup esok berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan utama melepasi 150, sekali gus mencapai tahap tidak sihat |
|
Polis tahan 14 pelajar lelaki disyaki bergaduh guna senjata di Tawau - Mygazette - 9/10 7:25 am Rosdi berkata siasatan sedang dijalankan bagi menentukan penglibatan dan peranan setiap individu yang ditahan selainmendapatkan rakaman video asal serta merakam percakapan mereka yang terlibat termasuk saksi. Selain itu, polis juga menunggu laporan perubatan mangsa sertabekerjasama dengan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dalam kes ini, katanya |
|
Jerebu: Sekolah di 6 negeri, daerah Rompin ditutup esok ??? Fadhlina .. - Mygazette - 9/10 7:25 am # Jerebu: Sekolah di 6 negeri, daerah Rompin ditutup esok Fadhlina KUALA LUMPUR Sekolah di enam buah negeri iatu Johor; Melaka; Negeri Sembilan; Selangor; Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup sepenuhnya esok, susulan bencana jerebu |
|
3 beradik tahu sekolah ditutup tapi berkeras mahu pergi – Ibu mangsa - Mygazette - 9/10 7:25 am # 3 beradik tahu sekolah ditutup tapi berkeras mahu pergi - Ibu mangsa PONTIAN - Ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, di sini, pagi tadi sudah melarang mereka pergi ke sekolah kerana ditutup akibat jerebu |
|
Jerebu: Insititusi pendidikan KPM di kawasan IPU lebih 180 diarah tutup .. - Mygazette - 9/10 7:25 am Selain itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azman Ahmad berkata, bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut hendaklah ditutup bermula Isnin depan (12 Oktober). Ujarnya, sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas dikehendaki melaksanakan sesi pengajaran dan pembelaja dan dari rumah (PdPR) |
|
3 beradik disemadikan dalam satu liang lahad 3 beradik disemadikan dalam .. - Mygazette - 9/10 7:25 am Sementara itu, ayah mangsa, Norlizan Khamis, 43, berterima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan dan membantu keluarganya sepanjang urusan pengurusan jenazah tiga beradik berkenaan. Dia turut menghargai keprihatinan pelbagai pihak selain berterima kasih kepada pihak sekolah, agensi berkaitan serta penduduk setempat yang membantu |
|
Dua pelajar tingkatan empat didakwa membunuh Muhammad Idlan - Utusan - 9/10 7:10 am KUALA PILAH: Dua pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zaba didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Pilah semalam atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan dua sekolah berkenaan, pada 25 September lalu |
|
KPM : Jerebu makin teruk: 7 negeri, Putrajaya dan KL tutup sekolah hari ini - Harapandaily - 9/10 7:02 am Sekolah di seluruh Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah Rompin, Pahang akan ditutup esok, 9 Oktober 2026, susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk |
|
Agong titah tutup sekolah di kawasan terjejas jerebu - Utusan - 9/10 6:50 am PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya sekolah di kawasan-kawasan yang terjejas akibat jerebu ditutup bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin |
|
Saya sudah beritahu sekolah tutup – Ibu - Utusan - 9/10 6:40 am PONTIAN: Ibu kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Parit Haji Siraj, di sini, sudah memaklumkan sesi persekolahan semalam ditutup, namun dua anaknya berkeras mahu ke sekolah sebelum maut dalam kemalangan |
|
Sekolah agama JAIS ditutup mulai hari ini susulan jerebu - Astroawani - 9/10 5:00 am Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penutupan itu berkuat kuasa mulai 9 Oktober sehingga dimaklumkan semula oleh JAIS. |
|
Jerebu: Sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya ditutup esok - Sinarharian - 8/10 11:53 pm KUALA LUMPUR - Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajayaserta daerah Rompin di Pahang diarah tutup esok berikutan situasi jerebu.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, sekolah di negeri lain iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Labuan pula beroperasiseperti biasa."Saya telah meminta semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk terus memantau keadaan jerebu dan mengambil tindakan segera sekiranya keadaan memerlukan," katanya menerusi hantaran Facebookmalam ini.Beliau turut menzahirkan rasa prihatin mengenaikesulitan dihadapi ibu bapa susulan pengumuman penutupan sekolah berkenaan yang memberi kesan kepada urusan harian."Kita akan memastikan sebarang keputusan penutupan sekolah dimaklumkan lebih awal supaya ibu bapa mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan," katanya sambil menambah keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah sentiasa menjadi keutamaan kementerian.Sehubungan dengan itu, Fadhlinamenasihati ibu bapa agar sentiasa mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada pihak sekolah, JPN dan PPDmasing-masing bagi mendapatkan maklumat terkini.Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) memaklumkan penutupan semua sekolah di negeri itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai setakat 5 petang.JPN Melaka pula memaklumkan keputusan penutupan diambil susulan pemantauan berterusan pihaknya dan laporan rasmi Jabatan Alam Sekitar yang menunjukkan IPU di kawasan utama negeri itu melepasi paras 150 iaitu pada tahap tidak sihat.Sementara itu, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dalam kenyataan memaklumkan penutupan sekolah dibuat berasaskan bacaanIPUdi stesen pemantauan setakat 5 petang tadi, manakala penutupan sekolah di ibu negara berdasarkan IPU di Stesen Cheras dan Batu Muda setakat 2 petang.Di Selangor, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad memaklumkan semua sekolah agama negeri di bawah jabatan itu ditutup sepenuhnya mulai esok, selain menyarankan sekolah Islam persendirian yang berdaftar dengan jabatan berkenaan mengikuti ketetapan berkenaan.Berikutan penutupan itu, semua institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, para guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan berkenaan, manakala ibu bapa dinasihatkan sentiasa merujuk maklumat daripada saluran rasmi.- Bernama |
|
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu - Mypress - 8/10 11:50 pm SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu |
|
Bergaduh guna senjata: Polis tahan 14 pelajar lelaki - Sinarharian - 8/10 11:47 pm TAWAU - Polis menahan 14 pelajarlelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan sekumpulan pelajar menggunakan senjata di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara di sini pada Isnin lepas.Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, suspek berusia 12 hingga 14 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau semalam."Polis menerima laporan berkaitan pergaduhan itu pada 6 petangIsnin lepas dansiasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara dua pelajar sebelum berlaku pergaduhan yang melibatkan beberapa pelajar lain."Rakaman video yang tular membantu polis mengenal pasti individu serta peranan masing-masing dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Rosdi berkata, polis turut merampas satu unit telefon bimbit dan sebuah basikal berwarna hitam dipercayai berkaitandengan siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan danSeksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.Rosdi berkata, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan penglibatan dan peranan setiap individu yang ditahan selainmendapatkan rakaman video asal serta merakam percakapan mereka yang terlibat termasuk saksi."Selain itu, polis juga menunggu laporan perubatan mangsa sertabekerjasama dengan pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau dalam kes ini," katanya.Rosdi berkata, saksi atau mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itudiminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat jenayah Inspektor Robiatul Adawiyah Japri menerusitalian 016-918 9402 atau hadir ke balai polis berhampiran.Dalam pada itu, Rosdimengingatkan bahawasebarang tindakan merusuh, menyerang individu lain atau menggunakan apa-apa objek sebagai senjata adalah satu kesalahan serius."Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan supaya memantau pergaulan dan tingkah laku anak manakala pelajar diingatkan agar tidak terlibat dalam pergaduhan, melakukan provokasi atau menyertai kumpulan yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah,"katanya.- Bernama |
|
Dewan Rakyat luluskan RUU Makanan (Pindaan) 2026, penalti kesalahan dinaikkan - Sinarharian - 8/10 11:38 pm KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Makanan (Pindaan) 2026 bagi memperkukuh kawalan keselamatan dan kualiti makanan serta memberikan perlindungan lebih komprehensif kepada pengguna di seluruh negara.Pindaan Akta Makanan 1983 (Akta 281)yang pertama kali dibuat secara menyeluruh itu antaranya melibatkan peningkatan kadar penalti, kawalan terhadap sampel bahan bersentuhan makanan (BBM), pemantauan aktiviti penjualan makanan dalam talian serta pemantauan tahap racun perosak dalam hasil pertanian.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, peningkatan kadar penalti dalam RUU berkenaan bukan bertujuan membebankan pihak pengusaha makanan atau peniaga kecil, sebaliknya berfungsi sebagai langkah pencegahan demi melindungi kesihatan awam."Hukuman sedia ada tidak lagi setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, terutamanya melibatkan kes keracunan makanan sehingga meragut nyawa seperti kes keracunan di Sekolah Menengah Sains Teluk Intan yang menjejaskan 60 pelajar tetapi denda dikenakan hanya RM3,000, serta kes laksa kebok di Kedah yang melibatkan dua kematian namun hanya didenda RM1,500 pada 2018."Tiada nilai kewangan dalam hal nyawa |
|
IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok - Mypress - 8/10 11:08 pm PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan kendalianya, yang terletak di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 diarahkan tutup mulai esok |
|
Jerebu: JAIS ikut jejak langkah KPM, semua sekolah tutup mulai esok - Kosmo - 8/10 11:07 pm SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengikuti jejak dengan menutup semua sekolah dibawah kawalannya mulai esok susulan keadaan jerebu |
|
Sekolah tutup sebab jerebu, bukan tiket sesakkan jalan balik kampung - Kosmo - 8/10 11:06 pm PETALING JAYA Penutupan sekolah susulan keadaan jerebu di beberapa negeri esok membuka peluang kepada murid dan keluarga menikmati cuti hujung minggu yang lebih panjang, namun orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung |
|
Jerebu: Giliran KL pula tutup semua sekolah esok - Kosmo - 8/10 10:56 pm Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) memaklumkan, ketetapan itu dibuat berdasarkan catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua stesen pemantauan iaitu Cheras dan Batu Muda setakat pukul ... Read more The post Jerebu: Giliran KL pula tutup semua sekolah esok appeared first on Kosmo Online . |
|
Jerebu: Sekolah di empat negeri, KL, Putrajaya dan daerah Rompin ditutup .. - Hmetro - 8/10 10:49 pm Kuala Lumpur: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta daerah Rompin di Pahang diarah tutup esok, susulan situasi jerebu yang melanda negara |
|
Jerebu: Semua sekolah di 4 negeri, KL dan Putrajaya tutup - Hotfm - 8/10 10:48 pm Sebarang keputusan penutupan sekolah akan dimaklumkan lebih awal pada masa akan datang. |
|
Jerebu: Semua sekolah di 4 negeri, KL dan Putrajaya tutup - FMT - 8/10 10:48 pm Sebarang keputusan penutupan sekolah akan dimaklumkan lebih awal pada masa akan datang. |
|
Pelajar tingkatan dua cedera dipukul di asrama sekolah di Kuala Pilah - Astroawani - 8/10 10:45 pm Seorang pelajar lelaki tingkatan dua cedera selepas dipercayai dipukul pelajar tingkatan empat di sebuah asrama sekolah menengah di daerah ini pada 27 Sept lepas. |
|
[TERKINI] Jerebu: Sekolah di empat negeri, KL dan Putrajaya ditutup pada Jumaat, 9 Oktober - Astroawani - 8/10 10:35 pm Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ditutup pada Jumaat, 9 Oktober, susulan keadaan jerebu bertambah buruk. |
|
Jerebu: Sekolah Di Enam Negeri, KL Dan Putrajaya Ditutup Esok - Fadhlina - Siakapkeli - 8/10 10:33 pm Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan ditutup esok susulan jerebu, manakala di Pahang hanya daerah Rompin terlibat. |
|
Pelajar Tingkatan Dua cedera dipukul di asrama sekolah di Kuala Pilah - SUN - 8/10 10:25 pm Seorang pelajar tingkatan dua mengalami kecederaan tisu lembut selepas dipukul pelajar tingkatan empat di sebuah asrama sekolah menengah di Kuala Pilah. |
|
Jerebu: Sekolah di Putrajaya ditutup esok - Kosmo - 8/10 10:23 pm Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan catatan bacaan IPU di stesen pemantauan setakat pukul 5 petang tadi JPWPP menjunjung kasih ... Read more The post Jerebu: Sekolah di Putrajaya ditutup esok appeared first on Kosmo Online . |
|
Jerebu: Semua institusi pendidikan bawah KPM di Selangor tutup esok - FMT - 8/10 10:21 pm Sekolah hendaklah melaksanakan PdPR bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, kata Jabatan Pendidikan Selangor. |
|
[TERKINI] Sekolah di Melaka ditutup esok berikutan jerebu - Astroawani - 8/10 10:06 pm Langkah penutupan ini dibuat demi memastikan kesihatan, keselamatandan kesejahteraan murid, guruserta seluruh warga sekolah sentiasa terjamin. |
|
Keselamatan makanan: Pelajar sekolah perlu diberi perhatian - Harakahdaily - 8/10 10:02 pm KUALA LUMPUR: Pelajar sekolah antara kumpulan yang perlu diberi perhatian berkaitan keselamatan makanan kerana isu tersebut berlarutan agak lama |
|
Jerebu: Sekolah, institusi pendidikan KPM di Selangor tutup mulai esok - Hmetro - 8/10 9:54 pm Shah Alam: Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Selangor diarahkan tutup sepenuhnya mulai esok susulan jerebu teruk yang melanda |
|
MCMC terima aduan salah guna AI hasilkan video berunsur seksual - Astroawani - 8/10 9:45 pm Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima aduan berhubung penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) di media sosial untuk menghasilkan dan menyebarkan gambar serta video berunsur seksual yang didakwa melibatkan pelajar dan guru sebuah sekolah di Kedah. |
|
Semua sekolah di Negeri Sembilan tutup esok - FMT - 8/10 9:23 pm Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan terus memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa selain mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan perkembangan serta ketetapan KPM. |
|
Sekolah ditutup jika IPU lebih 180, lebih 150 selama tiga hari - Mkini - 8/10 9:22 pm Paras ambang baru itu lebih rendah berbanding paras IPU 200 yang digunakan ketika ini untuk menutup sekolah. |
|
Agong nasihat tutup sekolah di kawasan terjejas jerebu - Mkini - 8/10 8:59 pm Sultan Ibrahim titah utamakan kesihatan murid. |
|
Polis sahkan insiden tembakan berhampiran Zoo Johor, seorang cedera - Sinarharian - 8/10 8:51 pm JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Kejadian tembakan membabitkan anggota polis dan orang awam berlaku di Jalan Gertak Merah berhampiran Zoo Johor, di sini pada Khamis.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.Beliau turut memaklumkan, seorang orang awam cedera dalam kejadian berkenaan."Saya sahkan berlaku tembakan membabitkan anggota polis dan mangsa orang awam yang cedera."Saya akan buat sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, jam 11 pagi, Jumaat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Selain itu, beliau berkata sidang akhbar itu juga akan memaklumkan perkembangan baharu siasatan kes kematian pelajar tingkatan empat Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di Yong Peng, Batu Pahat.Pada 3 Oktober, Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sebuah sekolah di Yong Peng sebelum disahkan meninggal dunia.Susulan kejadian itu, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun direman enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
|
Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok - Sinarharian - 8/10 8:32 pm SEREMBAN - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan ditutup mulai Jumaat.Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, ketetapan itu dibuat berdasarkan catatan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan di Negeri Sembilan, iaitu Port Dickson, Seremban dan Nilai, setakat jam 5.00 petang Khamis.Menurutnya, ia juga selaras dengan kenyataan dikeluarkan KPM pada Khamis berhubung situasi jerebu."Ketetapan ini dibuat berdasarkan Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru."Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan," menurut kenyataan itu.Jelasnya, pihaknya menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Yang di-Pertuan Agong, berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.JPNS bersama Pejabat Pendidikan Daerah dan institusi pendidikan akan terus memantau bacaan IPU dari masa ke masa serta mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan perkembangan dan ketetapan yang ditetapkan oleh KPM.JPNS turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa peka terhadap perkembangan. |
|
Tiga beradik selamat dikebumikan dalam satu liang lahad - Sinarharian - 8/10 8:13 pm PONTIAN - Tiga beradik yang maut dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori pagi tadi, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Haji Siraj dekat sini pada Khamis.Jenazah Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisha Norlizan, 8, dikebumikan pada jam 7.30 malam selepas disolatkan di Masjid Jamek Kampung Parit Haji Siraj.Bapa mereka, Norlizan Khamis, 42, berterima kasih kepada semua pihak yang hadir memberikan sokongan dan membantu keluarga mereka sepanjang urusan pengurusan jenazah tiga beradik berkenaan.Beliau turut menghargai keprihatinan pelbagai pihak berterima kasih pihak sekolah, agensi berkaitan serta penduduk setempat yang membantu.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolahTiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - IbuTiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balikKetiga-tiga beradik itu maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori kira-kira jam 7.20 pagi tadi di Jalan Kampung Parit Haji Siraj.Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa merupakan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sapran.Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Nor Daniel Aiman meninggal dunia ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Pontian.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussein Mion Hussain berkata, siasatan awal mendapati motosikal berkenaan dipercayai bertembung dengan lori dari arah bertentangan.Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kemalangan.Sebelum kejadian, ibu mangsa, Julaiha Munaji, 44, sudah memaklumkan kepada dua anaknya yang bersekolah rendah bahawa sekolah ditutup susulan keadaan jerebu.Bagaimanapun, Nor Daniel Fikri dan Puteri Naufa tetap berkeras mahu ke sekolah, menyebabkan abang mereka membawa kedua-duanya sebelum mereka berpatah balik selepas dimaklumkan sekolah ditutup. |
|
Three siblings killed in Pontian crash laid to rest in single grave - Sinardaily - 8/10 8:09 pm PONTIAN - The three siblings who were killed in an accident at Jalan Kampung Parit Haji Siraj, Kayu Ara Pasong, here, this morning, were laid to rest in the same grave at the Parit Haji Siraj Muslim Cemetery, at 6.55pm today.Earlier, the remains of Nor Daniel Aiman Norlizan, 18, Nor Daniel Fikri, 11, and Puteri Naufa Raisha, eight, were taken to the family home, after the post-mortem process at Pontian Hospital was completed.More than 200 family members, relatives, teachers, and local residents accompanied the remains to the cemetery, to pay their final respects.Earlier, the funeral prayers were performed at Masjid Parit Haji Siraj.In the incident, at about 7.20am, Nor Daniel Aiman was taking his two younger siblings to Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sapran on a motorcycle when they were involved in an accident with a lorry at Jalan Kampung Parit Haji Siraj.According to their mother, Julaiha Munaji, 44, her two school-going children insisted on going to school despite being informed that the school had been closed due to the haze today.Pontian police chief Supt Hadzrat Hussein Mion Hussain said that the two pillion riders were pronounced dead at the scene, while the motorcycle rider died on the way to Pontian Hospital.The 69-year-old lorry driver sustained injuries to his hands and knees |
|
Tiga keluarga di Segambut tinggal dalam kontena, tuntut janji rumah PPR - Mkini - 8/10 8:00 pm Dari jauh, kawasan itu kelihatan seperti premis besi buruk atau penempatan setinggan warga asing.Namun, apabila menghampiri deretan kontena bersebelahan sebuah sekolah memandu di Segambut, barulah jel |
|
Sekolah, institusi pendidikan di lokasi catat IPU lebih 180 ditutup mulai esok - Sinarharian - 8/10 7:53 pm KUALA LUMPUR - Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup bermula Jumaat.Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata, keputusan itu juga selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan aspek keselamatan dan kesihatan murid."Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah ditutup bermula Jumaat."Bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut hendaklah ditutup bermula Isnin," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Azam berkata, sekolah dan institusi pendidikan KPM yang terjejas dikehendaki melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) sepanjang tempoh penutupan."Pihak sekolah hendaklah memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran murid melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru," ujarnya lagi.Beliau menambah, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan.Dalam pada itu, menurutnya, KPM mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan di bawahnya membuat pemantauan secara berterusan serta mengambil tindakan sewajarnya sekiranya bacaan IPU melebihi paras ditetapkan."KPM turut akan terus memantau perkembangan jerebu dari semasa ke semasa dan mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)serta agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan sentiasa terpelihara sebagaimana titah Yang di-Pertuan Agong," tambahnya. |
|
Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok - FMT - 8/10 7:52 pm Keputusan itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong supaya keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan diberi keutamaan berikutan jerebu. |
|
[TERKINI] KPM Umum Sekolah Tutup Esok Untuk IPU Lebih 180 & Isnin Jika Cecah 150 Selama 3 Hari - Siraplimau - 8/10 7:47 pm Keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini bukan sahaja membuatkan orang ramai lebih berhati-hati ketika berada di luar, malah turut memberi kesan kepada sesi persekolahan |
|
IPU Lebih 180: Institusi Pendidikan KPM Di Kawasan Terjejas Ditutup Mulai Esok - Siakapkeli - 8/10 7:19 pm Semua institusi pendidikan KPM di kawasan dengan bacaan IPU melebihi 180 akan ditutup mulai esok, manakala PdPR dilaksanakan bagi sekolah dan institusi terjejas. |
|
Semua sekolah di kawasan catat IPU melebihi 180 ditutup - KPM - Hmetro - 8/10 7:05 pm Kuala Lumpur: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup bermula esok |
|
Guru maut, tiga pelajar cedera kemalangan - Sinarharian - 8/10 6:56 pm BELURAN - [DIKEMAS KINI] Seorang guru maut manakala tiga lagi pelajar bersamanya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pamol, Sapi Nangohdi sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang belum diketahui identiti sebelum itu dilaporkan cedera parah sebelum dikatakan telah meninggal dunia.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, NurAzlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.23 tengah hari.Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 104 kilometer dari BBP Beluran."Sebaik tiba di lokasi, kemalangan melibatkan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan dan kenderaan utiliti lasak (SUV) jenis Perodua Aruz."Mangsa seramai empat orang di dalam Toyota Hilux dilaporkan mengalami cedera ringan dan tidak memerlukan rawatan lanjut."Namun pemandu Perodua Aruz yang merupakanseorang guru berusia 25 tahun dilaporkanparah manakala tiga lagi penumpang iaitu pelajar mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Nangoh untuk rawatan lanjut."Tiada operasi penyelamatan dijalankan oleh pasukan bomba di lokasi kerana kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota tiba."Pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan serta mendapatkan maklumat berkaitan kejadian."Setelah memastikan keadaan di lokasi adalah selamat dan terkawal, operasi ditamatkan," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Hasan Majid mengesahkan mangsa meninggal dunia di Klinik Kesihatan Nangoh."Mangsa yang maut merupakan guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai, Paitandan ketika kejadian dia bersama tiga murid dari sekolah yang sama."Mereka dalam perjalanan dari arah Paitan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda tersebut," katanya.Katanya, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Dah Pesan Sekolah Tutup- Wanita Kehilangan Tiga Anak Sekelip Mata, Selepas Patah Balik Dari Sekolah - Siraplimau - 8/10 6:26 pm Ibu sudah berpesan sekolah ditutup akibat jerebu, namun dua daripada tiga beradik itu tetap mahu ke sekolah |
|
Pelajar Tingkatan 2 dikejarkan ke hospital selepas dipukul 'senior' di asrama sekolah - Sinarharian - 8/10 5:58 pm KUALA PILAH - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua cedera selepas dipercayai dipukul oleh pelajar senior di sebuah asrama sekolah menengah di sini pada 27 September lalu.Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku selepas mangsa dipanggil ke sebuah dorm."Polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu kejadian melibatkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang dipercayai mengalami kecederaan selepas dipukul oleh seorang pelajar lain di asrama terbabit."Siasatan awal mendapati, mangsa telah dipanggil ke sebuah dorm oleh seorang pelajar berusia 16 tahun susulan berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suspek," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Menurutnya, mangsa dipercayai telah dipukul oleh suspek di dorm tersebut dan telah di hantar ke Hospital Tuanku Najihah di sini akibat mengalami kecederaan.Beliau berkata, pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan 'soft tissue injury'."Polis telah mengenal pasti suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan."Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan serta menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan," katanya. |
|
Belum reda kes maut, asrama sekolah di Kuala Pilah dicemari lagi kes .. - Hmetro - 8/10 5:57 pm Kuala Pilah: Seorang pelajar tingkatan dua cedera dipercayai dipukul pelajar senior di bilik asrama sebuah sekolah di daerah ini, 27 September lalu |
|
Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi - Sinarharian - 8/10 5:24 pm KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini pada Khamis mengemukakan pernyataan saksi tambahan berhubung beberapa hantaran WhatsApp yang dikirimkan kepadanya berkaitan kes anaknya sebelum inkues bermula.Noraidah Lamat, 46, berkata, pernyataan yang mempunyai 28 muka surat itu disediakan sendiri berhubung beberapa hantaran yang didakwanya disebarkan secara meluas sehingga memberi tekanan emosi terhadap dirinya."Saya juga ingin menarik perhatian mahkamah pada beberapa hantaran WhatsApp yang telah dikirimkan kepada saya berkaitan kes Zara Qairina semenjak ia bermula."Hantaran WhatsApp ini telah disebarkan secara meluas sehingga memberi tekanan emosi kepada saya dan tujuan penyebaran ini adalah untuk mempengaruhi orang ramai dengan menyebarkan naratif awal," katanya ketika membacakan pernyataan tambahan tersebut,Dalam pernyataan itu, Noraidah yang juga saksi ke-82 antara lain memaklumkan mengenai dakwaan penyebaran kandungan WhatsApp oleh seorang guru, maklumat yang diterima daripada anak tirinya berhubung panggilan seorang pegawai polis serta tangkap layar kumpulan WhatsApp keluarga Ketua Warden.Beliau turut menyatakan mengenai maklumat yang diterimanya berhubung kewujudan 'One Page Report' daripada unit Bimbingan dan Kaunseling atau disiplin sekolah yang didakwa telah disebarkan kepada warga sekolah dan orang awam.Dalam keterangannya semasa disoal peguam Shahlan Jufri, Noraidah berkata, dua individu yang memperkenalkan diri sebagai sepupu Ketua Warden sekolah tersebut datang menemuinya di rumahnya di Sipitang bagi menyerahkan beberapa dokumen dan tangkap layar tersebut."Mereka beritahu sebaik sahaja bercerita dalam kumpulan WhatsApp keluarga, mereka terus disingkirkan dari kumpulan WhatsApp tersebut."Saya perhatikan emak Ketua Warden ini mula aktif di Facebook menjawab naratif-naratif dan saya pernah melihat dia membuat komen seorang doktor yang bernama Dr Naim," dakwanya.Peguam kemudian bertanyakan lebih lanjut mengenai Dr Naim yang disebut dalam keterangan Noraidah."Saya tidak mengenalinya secara langsung tapi ada ramai yang memberitahu saya maklumat mengenainya |
|
Kaji minda jenayah pesalah muda, cegah tragedi berulang - Peguam - Sinarharian - 8/10 4:29 pm ALOR SETAR - Kerajaan disaran menjalankan kajian menyeluruh terhadap pembentukan minda jenayah dalam kalangan pesalah muda bagi mengenal pasti pola yang sama dan membantu mencegah tragedi berulang melibatkan pelajar sekolah.Peguam, Mardhiyyah Johari berkata, kajian berkenaan perlu meneliti latar kehidupan pesalah muda sejak kanak-kanak sehingga mereka melakukan jenayah bagi memahami faktor yang membentuk dorongan melakukan keganasan.Menurutnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, kejadian jenayah melibatkan pelajar sekolah bukan perkara baharu, namun perkembangan beberapa tragedi kebelakangan ini menimbulkan persoalan sama ada pendekatan sedia ada masih mencukupi untuk menangani jenayah remaja."Persoalannya, sejauh mana perjalanan yang membentuk minda jenayah seorang remaja sehingga mampu mencederakan dan membunuh pelajar lain dikaji."Adakah ada satu pasukan khusus yang mengkaji latar kehidupan setiap pesalah muda ini dari usia kanak-kanak sehingga tarikh mereka melakukan jenayah" katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, minda jenayah dan dorongan kuat untuk melakukan jenayah tidak terbentuk dalam tempoh sehari, justeru penelitian perlu dilakukan secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada pencetus sesuatu kejadian.Katanya, kompilasi kajian dan analisis membabitkan kes buli yang membawa kepada kematian perlu dilakukan bagi mengenal pasti pola yang sama dalam kalangan pesalah muda."Jika kita dapat mengenal pasti pattern yang sama dalam kalangan semua pesalah muda, ia boleh memberikan asas yang lebih jelas untuk mendapatkan solusi yang tepat."Kalau tidak, semua pihak hanya meneka dalam kesamaran dan respons pihak berwajib sekadar mahu menenangkan netizen, sedangkan masalah sebenar belum dirawat," ujarnya.Mardhiyyah berkata, hasil siasatan polis berhubung pencetus sesuatu kes seperti cinta ditolak, junior melanggar arahan atau rakan sebilik dituduh mencuri hanya penting bagi proses keadilan di mahkamah.Namun katanya, faktor tersebut belum memadai untuk dijadikan asas tunggal dalam merangka dasar dan polisi pendidikan baharu bagi mencegah kitaran jenayah sama daripada berulang.Dalam pada itu, beliau mencadangkan kajian berkenaan membabitkan kerjasama kerajaan serta agensi berkaitan dan hasilnya dibentangkan di Parlimen serta jawatankuasa yang melibatkan pemegang taruh berkaitan kanak-kanak dan sektor pendidikan.Menurutnya, pelaksanaan dasar berkenaan tidak seharusnya hanya dipikul Kementerian Pendidikan, sebaliknya memerlukan pendekatan rentas kementerian."Antaranya Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Komunikasi serta Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.Beliau turut mencadangkan Kanun Keseksaan dan Akta Kanak-Kanak dikaji semula sekiranya perlu bagi disesuaikan dengan dasar dan polisi baharu berkaitan pencegahan jenayah melibatkan golongan muda.Mardhiyyah berkata, isu kanak-kanak dan jenayah dekat dengan perhatian beliau kerana penyelesaian terhadap masalah berkenaan bukan sahaja memberi kesan kepada pesalah, malah membabitkan keselamatan generasi akan datang."Kita perlu menyelesaikan isu mereka kerana ia bermaksud menyelamatkan jutaan anak-anak yang lain, memberikan ketenteraman kepada jutaan keluarga dan melindungi generasi beberapa dekad akan datang," katanya. |
|
Jalan Berjerebu Punca Tiga beradik Maut - Careta - 8/10 4:28 pm Mangsa terdiri daripada seorang abang berusia 18 tahun yang menunggang motosikal bersama adik lelaki berusia 11 tahun dan adik perempuan berusia lapan tahun. Kesemua mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Sarpan di Kayu Ara Pasong sebelum berpatah balik selepas |
|
Jerebu: KPM jangan bertangguh lagi, buat keputusan segera - Mygazette - 8/10 4:23 pm # Jerebu: KPM jangan bertangguh lagi, buat keputusan segera KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) digesa segera bermesyuarat dan membuat keputusan berhubung status sesi persekolahan susulan keadaan berjerebu yang semakin serius |
|
Usul jerebu perlu diperlu dibahas secara menyeluruh – MP Kota Melaka - Mygazette - 8/10 4:23 pm Katanya, keadaan jerebu juga boleh berubah dengan pantas mengikut keadaan cuaca, arah angin dan aktiviti pembakaran, sekali gus memerlukan perhatian segera. Beliau turut menyentuh kesan jerebu terhadap persekolahan apabila sekolah di Johor diarahkan ditutup susulan keadaan pencemaran udara yang berlaku ketika ini |
|
Tiga beradik termasuk dua murid maut dalam perjalanan ke sekolah dalam... - Mygazette - 8/10 4:23 pm # Tiga beradik termasuk dua murid maut dalam perjalanan ke sekolah dalam keadaan jerebu PONTIAN - Tiga beradik termasuk dua murid sekolah rendah maut dalam perjalanan ke sekolah akibat kemalangan dengan lori di Jalan Parit Haji Sirat di sini hari ini |
|
Dua remaja lelaki didakwa atas kematian pelajar tingkatan dua di Kuala .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm # Dua remaja lelaki didakwa atas kematian pelajar tingkatan dua di Kuala Pilah KUALA PILAH - Dua remaja lelaki berumur 16 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di asrama sebuah sekolah menengah di sini, bulan lepas |
|
Jerebu: Agong titah utamakan kesihatan murid, nasihat tutup sekolah di .. - Mygazette - 8/10 4:23 pm # Jerebu: Agong titah utamakan kesihatan murid, nasihat tutup sekolah di kawasan terjejas KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini bertitah agar keselamatan dan kesihatan murid diutamakan dalam menghadapi situasi jerebu yang melanda negara ketika ini |
|
Jerebu: Ambil tindakan lebih tegas terhadap Indonesia ??? Fadhli Shaari - Mygazette - 8/10 4:23 pm Bukan rakyat negara jiran yang terpaksa menanggung akibatnya, katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini. Situasi jerebu di negara ini dilaporkan semakin memburuk dengan keseluruhan sekolah di Johor terpaksa ditutup selama dua hari berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang mencecah tahap sangat tidak sihat |
|
Buletin Borong 196 Parkir Kereta, Seorang Wanita China Kini Kaut Untung .. - Mekanika - 8/10 4:23 pm # BORONG 196 PARKIR KERETA, SEORANG WANITA CHINA KINI KAUT UNTUNG BERGANDA **Seorang wanita di China mencetuskan perdebatan hangat selepas tindakannya membeli 196 petak parkir dalam sebuah kompleks pangsapuri sebelum menyewakan dan menjual semula petak berkenaan pada harga jauh lebih tinggi, sehingga membawa kepada tindakan undang-undang oleh penduduk setempat.** Menurut laporan media tempatan, kes itu berlaku di Changsha, wilayah Hunan. Ketika projek pangsapuri tersebut siap dibina pada tahun 2018, kawasan sekitarnya masih kurang membangun dan tidak mempunyai banyak kemudahan seperti sekolah, kedai serta rangkaian pengangkutan awam yang mencukupi |
|
Tiga beradik maut: 'Saya nampak jasad bergelimpangan, abang paling parah'- Ibu saudara - Sinarharian - 8/10 4:14 pm PONTIAN- "Bila tiba di lokasi, saya nampak jasad bergelimpangan. Abang mereka pula memang parah."Demikian kata Norimah Khamis,40, ibu saudara kepada tiga beradik yang maut dalam nahas membabitkan motosikal dan lori di Jalan Parit Haji Siraj di sini pada Khamis.Norimah antara yang terawal tiba di lokasi sebaik dimaklumkan mereka terbabit kemalangan.ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berdarah: Tidak tahu sekolah tutup, tiga beradik maut dalam perjalanan ke sekolahTiga beradik maut: 'Saya dah beritahu tak payah pergi sekolah, tetapi mereka beria-ia mahu ke sekolah' - IbuTiga beradik maut: CCTV rakam mereka tiba di sekolah dan berpatah balikTiga beradik maut: Dua adik maut di lokasi, abang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital"Adik saya telefon dia beritahu Echa (Puteri Naufal Raisya Norlizan, 8), sudah tiada, abang dia (Nor Daniel Aiman, 18) pula kritikal"Saya terus ke lokasi dimaklumkan dan apabila tiba, saya nampak seorang kat sana, seorang di sini (atas jalan).. |
|
Yang di-Pertuan Agong nasihatkan tutup sekolah di kawasan terjejas jerebu - Utusan - 8/10 4:10 pm PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya sekolah di kawasan-kawasan yang terjejas akibat jerebu ditutup bagi memastikan keselamatan dan kesihatan murid terjamin |
|
Jerebu: Selangor adakan pertemuan dengan JPNS esok - SUN - 8/10 4:03 pm Kerajaan Negeri Selangor akan bertemu dengan JPNS esok bagi membincangkan langkah susulan dan operasi sekolah berikutan situasi jerebu terkini. |
|
“Dah beritahu tak payah pergi, tapi mereka berdua beria-ia nak pergi juga” – Ibu 3 Beradik M*ut Kemalangan - Lobakmerah - 8/10 3:59 pm Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah . Pagi yang sepatutnya bermula ceria bertukar menjadi hari paling memilukan buat sebuah keluarga ini apabila tiga beradik dilaporkan maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah |
|
Agong titah sekolah ditutup jika IPU lebih 150 hingga 180 - FMT - 8/10 3:48 pm Sultan Ibrahim mahu keselamatan dan kesihatan murid diutamakan ketika jerebu melanda Malaysia ketika ini. |
|
Tragedi perjalanan sekolah: Tiga beradik maut rempuhan lori di Pontian - Mkini - 8/10 3:47 pm Mangsa yang maut ialah Nor Daniel Fikri Norlizan, 11, dan Puteri Naufa Raisya, 8, serta abang mereka Nor Daniel Aiman, 18. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |