///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Mesyuarat Perwakilan News   Page 1    



Kemasukan Timor-Leste titik perubahan ASEAN - Utusan - 15/07 8:00 am

MESYUARAT Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai, lalu menandakan titik perubahan bersejarah dalam landskap serantau Asia Tenggara dengan mempercepatkan fasa akhir kemasukan Timor-Leste ke dalam ASEAN





Lebih 1,000 peguam sertai perarakan bela kebebasan kehakiman - Mgazette - 15/07 7:58 am

# Lebih 1,000 peguam sertai perarakan bela kebebasan kehakiman PUTRAJAYA - Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman anjuran Majlis Peguam bermula sekitar pukul 2.30 petang di perkarangan Istana Kehakiman di sini dihadiri lebih 1,000 peserta dari seluruh negara





Pertemuan sangat baik – Anwar - Mgazette - 15/07 7:58 am

PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pertemuan tertutup bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sebagai satu sesi yang sangat positif dan membina





Wan Saiful harap Nurul Izzah bawa mesej perarakan peguam kepada PM - Mgazette - 15/07 7:58 am

# Wan Saiful harap Nurul Izzah bawa mesej perarakan peguam kepada PM KUALA LUMPUR Memandangkan Nurul Izzah Anwar turut menyertai _Walk to Safeguard Judicial Independence_, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diharapkan dapat menyampaikan mesej penting kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perjumpaan bersama ahli Parlimen kerajaan petang ini





DAPSY bantah polis siasat pihak bocorkan minit mesyuarat JAC - Mgazette - 15/07 7:58 am

# DAPSY bantah polis siasat pihak bocorkan minit mesyuarat JAC KUALA LUMPUR - Pemuda SosialisDAP (DAPSY) menolak sebarang usaha pihak berkuasa menyiasat pihak yang membocorkan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)kepada awam





Sertai perarakan bersama peguam, PKR patut gantung Nurul Izzah ??? Zaid - Mgazette - 15/07 7:58 am

# Sertai perarakan bersama peguam, PKR patut gantung Nurul Izzah Zaid KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahimberpandangan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar juga patut digantung daripada parti itu susulan menyertai perarakan berkait kebebasan kehakiman hari ini





Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini jadi tumpuan - Sinarharian - 15/07 7:20 am

SHAH ALAM - Isu kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dijangka menjadi tumpuan dalam perbincangan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang akan bersidang hari ini hingga 17 Julai.Kedua-dua jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara itu kini menjadi perhatian selepas penyandangnya, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, masing-masing telah mencapai usia persaraan wajib 66 tahun pada 2 dan 3 Julai lalu.Dalam konteks ini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja memainkan peranan penting bagi memberi perkenan terhadap pelantikan individu yang layak ke jawatan tersebut.Di bawah Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melantik Ketua Hakim Negara atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.Perkara sama terpakai bagi pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.Proses ini menandakan bahawa Majlis Raja-Raja bukan sahaja berperanan sebagai simbol perpaduan negara, malah turut menjadi elemen semak dan imbang dalam pelantikan jawatan tinggi kehakiman.Pada masa yang sama, pemilihan calon yang berintegriti juga menjadi antara persoalan penting bagi isu berkenaan.Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, peranan Majlis Raja-Raja Melayu berbalik kepada Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan, di mana keputusan pelantikan berkenaan hanya boleh dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan kepada nasihat Perdana Menteri.Ujarnya, sudah pasti Yang di-Pertuan Agong mengambil kira semua pandangan dari pelbagai sudut sebelum membuat sesuatu keputusan."Apabila dikatakan (perbincangan) dibawa kepada Majlis Raja-Raja, Mesyuarat Majlis Raja-Raja mungkin akan membincangkan isu-isu semasa termasuk soal integriti."Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, (semasa rundingan) Majlis Raja-Raja boleh memberikan pandangan dan maklum balas, sebelum keputusan dibuat."Pada saya, apa sahaja keputusan perlu dibuat berteraskan kepada Perlembagaan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, perundingan Majlis Raja-Raja dan maklum balas orang awam secara umum," katanya kepada Sinar Harian.





Parlimen Belia Malaysia perkasakan sistem baharu sasar kepimpinan berwawasan - SUN - 14/07 8:54 pm

SEREMBAN : Parlimen Belia Malaysia (PBMy) akan diperkukuh dengan pembaharuan dasar dan sistem bagi melahirkan pemimpin muda yang lebih berwawasan dan berdaya tahan





Rafizi, Nik Nazmi tidak hadir pertemuan dengan PM - Sinarharian - 14/07 7:47 pm

SHAH ALAM - Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tidak menghadiri pertemuan melibatkan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Seri Perdan, Putrajaya pada Isnin.Memetik laporan Malaysiakini, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi berkata, beliau sudah sedia maklum mengenai perkara yang akan dijelaskan oleh Anwar dalam mesyuarat sama sebelum ini."Saya telah pun mendapat penjelasan berhubung perkara itu sejak beberapa bulan lalu





Isu skuad berbasikal lebuh raya tak patut timbul - Jefri - Sinarharian - 14/07 7:33 pm

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffry Ngadirin menegaskan isu yang dicetuskan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) mengenai persiapan skuad lebuh raya ke Sukan SEA Thailand akhir tahun ini tidak sepatutnya timbul.Beliau berkata, ini kerana perbincangan sudah dibuat bersama badan induk itu pada mesyuarat persiapan atlet ke temasya tersebut Januari lepas.Malah tambahnya persetujuan dicapai bahawa pasukan bagi acara lebuh raya akan dibarisi pelumba profesional sama ada Terengganu Cycling Team (TSG) dan Malaysia Pro Cycling (MPC)"Sebahagian peruntukan RM300,000 yang diluluskan sudah pun disalurkan kepada PKBM bagi tujuan persiapan ke Sukan SEA."Terpulang kepada PKBM untuk memilih pasukan mana, sama ada TSG atau MPC untuk ke Sukan SEA nanti."Jadi saya rasa tidak sepatutnya timbul isu persiapan tidak dibuat dengan baik kerana ia menjadi tanggungjawab PKBM untuk memilih pasukan terbaik mewakili negara,"Beliau ditemui media selepas majlis Anugerah Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2024 di Petaling Jaya pada Isnin.Media sebelum ini melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Lebuh Raya PKBM, Azman Abu Samah memaklumkan Malaysia berisiko kehilangan pingat emas dalam acara itu jika pelumba daripada TSG dan MPC menarik diri akibat kekangan bajet.Beliau mendedahkan kedua-dua pasukan tersebut memberi bayangan tidak akan menyertai temasya berkenaan sekiranya PKBM gagal memenuhi tuntutan kewangan yang dikemukakan.Jeffry menjelaskan bahawa jika PKBM memilih TSG, keperluan berkaitan peralatan tidak menjadi masalah kerana pasukan tersebut sudah memiliki kelengkapan diperlukan."Jadi keperluan itu bergantung kepada siapa yang PKBM akan pilih nanti," katanya.Justeru beliau sentiasa terbuka untuk berbincang dengan PKBM sekiranya badan induk itu mempunyai perancangan lain bagi memastikan persiapan ke Sukan SEA berjalan lancar."Kita sudah berbincang beberapa kali dengan PKBM sebelum ini





Saya duduk di belakang, ramai yang datang - Fahmi - Sinarharian - 14/07 7:19 pm

PUTRAJAYA- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan beliau tidak mempunyai senarai kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam pertemuan tertutup bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurutnya, ramai ahli Parlimen hadir pada mesyuarat yang bermula jam 4.30 petang."Saya tidak ada senarai





Nurul Izzah sertai perarakan peguam bela kebebasan kehakiman - Sinarharian - 14/07 4:51 pm

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyatakan sokongan terhadap usaha mempertahankan kebebasan badan kehakiman apabila turun menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman anjuran Majlis Peguam Malaysia, di sini pada Isnin.Beliau menegaskan bahawa hak berhimpun secara aman adalah jaminan Perlembagaan Persekutuan dan turut didukung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Saya turut bersama-sama Majlis Peguam Malaysia berarak bagi mempertahankan kebebasan badan kehakiman





PM Anwar pengerusikan mesyuarat MB dan KM, fokus penyelarasan pembangunan negara - Astroawani - 14/07 4:30 pm

Perdana Menteri berkata mesyuarat ini merupakan ruang penting untuk memperkukuh kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.





Penyediaan RMK13 antara fokus mesyuarat MBKM ke-146 - Shamsul Azri - Astroawani - 14/07 4:10 pm

Penyediaan RMK13 yang dijangka dibentangkan di Parlimen hujung bulan ini, antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri.





Majlis Peguam berhimpun pertahan kebebasan kehakiman - Sinarharian - 14/07 2:29 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Sebahagian besar ahli Majlis Peguam Malaysia berhimpun di hadapan Istana Kehakiman pada Isnin bagi menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman (Walk to Safeguard Judicial Independence) yang bermula sekitar jam 2 petang.Perarakan tersebut bertujuan menyerahkan memorandum empat tuntutan kepada Pejabat Perdana Menteri melibatkan isu kebebasan dan integriti badan kehakiman negara.Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab berkata, tuntutan itu merangkumi gesaan supaya kerajaan mengisi kekosongan jawatan tertinggi kehakiman, mendedahkan minit mesyuarat terkini Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) serta menangani kekosongan jawatan secara menyeluruh.Peserta perarakan hadir dengan pakaian hitam sebagai simbol solidariti dan membawa plakad menuntut ketelusan dalam pelantikan kehakiman serta mendesak kerajaan mengambil tindakan segera terhadap krisis keyakinan terhadap institusi kehakiman negara.Mohamad Ezri dalam sidang medianya berkata, memorandum itu diserahkan kepada Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri Datuk Zamri Misman"Kami berpuas hati dengan penerimaan memorandum ini dan berterima kasih kepada pihak polis yang memberi kerjasama penuh sepanjang perarakan berlangsung secara aman," katanya.Beliau berkata, Majlis Peguam tidak menetapkan sebarang tempoh masa kepada kerajaan untuk bertindak balas terhadap tuntutan tersebut, namun mengharapkan tindakan segera diambil bagi mengembalikan keyakinan terhadap institusi kehakiman."Kami juga mendesak supaya minit mesyuarat terkini Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) didedahkan, dan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam sistem kehakiman negara," katanya."Kekosongan jawatan menyebabkan banyak kes tertangguh sehingga tahun 2030





PM Anwar pengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-146 - Astroawani - 14/07 1:10 pm

Mesyuarat berkenaan menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.





Lantikan hakim mesti dalam kalangan berintegriti - Muhyiddin - Sinarharian - 14/07 12:26 am

SHAH ALAM Pelantikan hakim mestilah dalam kalangan individu yang berintegriti kerana tugas dan tanggungjawab mereka amat berat malah keputusan yang dibuat boleh menentukan kebebasan atau hidup mati seseorang.Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seorang hakim yang berintegriti akan membuat keputusan berlandaskan undang-undang dan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih (without fear or favour).Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, keadilan hanya akan tertegak apabila mahkamah bebas dan hakim memiliki nilai integriti dalam diri."Seksyen 23(2)(a) Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 menetapkan integriti, kompetensi dan pengalaman sebagai kriteria utama dalam pelantikan seorang hakim





Dakwaan Pemuda UMNO Negeri Sembilan akan diteliti - Jalaluddin - Sinarharian - 14/07 12:02 am

SEREMBAN Dakwaan Pemuda UMNO Negeri Sembilan yang mengatakan parti itu tidak mendapat layanan sewajarnya daripada Kerajaan Perpaduan akan diteliti, kata Exco Kanan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.Menurutnya, beliau tidak pasti mengapa dakwaan terbabit timbul kerana sebarang keputusan berkaitan soal pentadbiran dibuat secara bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)."Saya difahamkan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin telah menyuarakan perkara itu dalam mesyuarat Persidangan Pemuda UMNO Seremban baru-baru ini."Kemungkinan apa yang disuarakan itu adalah pandangan peribadi beliau atau suara-suara daripada peringkat akar umbi yang disampaikan dan saya akan menelitinya," katanya ketika mengulas dakwaan tersebut yang dilaporkan Sinar Harian sebelum ini.Berhubung jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) yang turut dibangkitkan, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan itu berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan tersebut.Ini kerana, katanya, Yang Dipertua DUN, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman dilihat mampu mempengerusikan DUN dengan baik setelah hampir dua tahun diberi tanggungjawab itu.Selain itu, mengenai jawatan Ahli Lembaga Pelawat Hospital pula, Jalaluddin berkata, ia belum dimuktamadkan kerana masih terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti, dan dijangka akan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan yang akan datang."Menjadi amalan Kerajaan Perpaduan di negeri ini untuk memastikan pengagihan jawatan secara sama rata antara BN dan Pakatan Harapan."Jadi saya tidak nampak tiada pencalonan daripada wakil UMNO





Kerajaan tak boleh ‘taichi’ isu minit mesyuarat JAC bocor - Mgazette - 14/07 8:08 am

# Kerajaan tak boleh 'taichi' isu minit mesyuarat JAC bocor KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu memberi penjelasan berhubung pendedahan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tular ketika ini





Majlis Peguam Malaysia ada hak untuk berarak-Azalina - Mgazette - 14/07 8:08 am

"Namun saya pasti selaku peguam yang kebanyakannya profesional, mereka maklum tentang Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan dan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009. "Akta JAC 2009 ini lebih kepada satu akta yang menepis, menilai serta mengatur nama-nama (kekosongan jawatan badan kehakiman) "Akta ini lebih kepada cadangan-cadangan nama (hakim), dan bukan 'finalization' (kata pemutus)," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang di Lotus Desaru Beach Resort, di sini hari ini





Apabila kebebasan badan kehakiman rapuh, seluruh negara tanggung akibat .. - Mgazette - 14/07 8:08 am

# Apabila kebebasan badan kehakiman rapuh, seluruh negara tanggung akibat KUALA LUMPUR - Kurang 24 jam, ahli-ahli yang menganggotai Badan Peguam Malaysia akan menyertai Perarakan Membela Kebebasan Kehakiman bermula dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Pejabat Perdana Menteri





Saya tak boleh sahkan sama ada dokumen itu sahih atau tidak... - Mgazette - 14/07 8:08 am

# Saya tak boleh sahkan sama ada dokumen itu sahih atau tidak - Fahmi KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil tidak boleh mengesahkan kesahihan petikan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tersebar sejak semalam





Akta JAC tidak menentukan pelantikan hakim -Azalina - Mgazette - 14/07 8:08 am

# Akta JAC tidak menentukan pelantikan hakim -Azalina KOTA TINGGI Pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi tertakhluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan





Tak mustahil PRU-16 diadakan lebih awal – Saarani - Mgazette - 14/07 8:08 am

Walau bagaimanapun ia bukan kuasa saya, katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tapah dan Majlis Kesyukuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Tapah di Dewan Merdeka, dekat sini, pada Ahad





UMNO jangan berada dalam mimpi, berangan menang pilihan raya - Mgazette - 14/07 8:08 am

Satu negara percaya, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang di Lotus Desaru Beach Resort, di sini hari ini





PM perlu perjelaskan kandungan minit mesyuarat bocor - Mgazette - 14/07 8:08 am

# PM perlu perjelaskan kandungan minit mesyuarat bocor KUALA LUMPUR - Pas mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tampil memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat berhubung kandungan dokumen Minit Mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) kali ke-5 tahun 2025 yang tular di media social





DAP nak Duyong? Helmy, selagi hidup saya takkan serahkan – Tok... - Mgazette - 14/07 8:08 am

"Jadi jangan risaulah Helmy (ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem)tak tahulah sebab saya bukan pengarah pilihan raya tapi selagi hidup, saya tak akan serahkan," katanya disusuli tepukan gemuruh perwakilan yang hadir. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka di Telok Mas di sini semalam





UMNO teruskan politik khidmat meskipun tewas di kawasan bandar – .. - Mgazette - 14/07 8:08 am

Meskipun ada kawasan-kawasan dalam Wilayah Persekutuan kita bertanding, mungkin kita tidak menang, tetapi politik khidmat itu mesti diteruskan, katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini. Terdahulu beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa 2025 di UTM Hotel & Residence





Bukit Aman siasat penyebaran minit mesyuarat JAC - Mgazette - 14/07 8:08 am

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung pendedahan dan penyebaran dokumen disyaki minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tersebar di media sosial





Pelantikan kekosongan hakim, tunggu Majlis Raja-Raja bersidang?? - Mgazette - 14/07 8:08 am

"Jadi kita tunggu minggu depan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai bersidang," katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang di Lotus Desaru Beach Resort di sini hari ini





Ahli perlu aktif jawab tohaman terhadap UMNO dalam media sosial - Mgazette - 14/07 8:08 am

# Ahli perlu aktif jawab tohaman terhadap UMNO dalam media sosial KOTA TINGGI Ahli UMNO ketika ini masih lemah dan belum benar-benar teguh menghadapi isu-isu yang dibangkitkan dalam media sosial





Beri peluang UMNO tanding salah satu kerusi di Parlimen Tambun - Sinarharian - 14/07 12:00 am

IPOH - UMNO wajar diberi peluang oleh rakan parti di dalam kerajaan Perpaduan untuk bertanding salah satu kerusi di Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya mereka bertanding sebagai satu pasukan.Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal berkata, Barisan Nasional (BN) memang tidak memenangi sebarang kerusi sama ada Parlimen Tambun atau Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan DUN Hulu Kinta pada PRU lalu.Menurutnya, namun realiti politik sentiasa berubah dan sebarang agihan kerusi tidak seharusnya hanya berdasarkan keputusan pilihan raya yang lepas semata-mata."Secara peribadi saya berfikiran bahawa UMNO perlu diberi ruang di Parlimen Tambun. Kalau ikut atas kertas apa yang berlaku sekarang realiti dalam Parlimen Tambun ini, UMNO tidak ada satu kerusi pun."Sebab semua kerusi kita kalah tempat ketiga dan persefahaman kita dengan parti dalam kerajaan Perpaduan, siapa yang nombor dua dia lah yang akan menjadi calon lepas ini."Tetapi persefahaman itu tidak boleh diguna pakai untuk semua bahagian ataupun semua DUN," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tambun di sebuah hotel di sini pada Ahad.Majlis tersebut disempurnakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie dan turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Dr Aminuddin Md Hanafiah.Akmal Zharif berkata, UMNO mempunyai kekuatan jentera yang terbukti sejak sekian lama dan kerusi untuk ditandingi penting bagi menyuntik semangat jentera.Mengulas lanjut, beliau berkata, pendekatan berbeza perlu diguna pakai dan formula sedia ada tidak boleh diguna pakai secara menyeluruh memandangkan landskap politik di setiap kawasan berbeza."Contoh di Tambun, UMNO langsung tiada kerusi





Kesetiaan dan perpaduan kunci UMNO hadapi PRU16 - Mohamed Khaled - SUN - 13/07 8:37 pm

Beliau berkata, UMNO perlu kekal bersatu dan setia kepada parti bagi memastikan kestabilan dalaman sebelum menghadapi pertandingan besar pada PRU16. Kita perlu pastikan kita sentiasa dalam keadaan yang mengekalkan perpaduan yang baik dan tinggi, serta memastikan kesejahteraan parti kita, katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gelugor





Bukit Aman siasat kebocoran dokumen didakwa minit mesyuarat JAC - SUN - 13/07 8:31 pm

KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan sedang menyiasat kebocoran dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) selepas ia tular di media sosial





Akta JAC tidak mengikat pelantikan hakim menurut Azalina - SUN - 13/07 8:29 pm

Nama yang disaring JAC tetap perlu melalui prosedur di bawah Perkara 122B. Jika mahu proses JAC mengikat, Perlembagaan perlu dipinda, jelas Azalina kepada media sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang





Dakwaan minit mesyuarat JAC bocor: Siasatan terarah kepada pendedahan, penyebaran - KPN - Astroawani - 13/07 7:04 pm

Tumpuan siasatan terarah kepada pendedahan serta penyebaran maklumat, sama ada berlaku di peringkat dalaman mahupun menerusi media sosial.





Politik bebudak tidak perlu dilayan - Msomelayu - 13/07 6:58 pm

PANDANGAN Nampaknya pejabat setiausaha agung parti Keadilan tidak berdiam diri dengan tingkah laku sumbang sembilan orang ahli parlimen parti itu yang mengadakan sidang akhbar ala ala pasar malam baru baru ini yang bertindak seperti cuba menguji kesabaran parti itu





'UMNO jangan syok sendiri mahu menang pilihan raya' Mahdzir - Sinarharian - 13/07 6:50 pm

Kita harus belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini."Contohnya (beberapa fitnah terhadap) (Datuk Seri) Najib Razak semasa menjadi Perdana Menteri. Satu negara percaya," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang di Desaru pada Ahad.Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.Sementara itu, beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) perlu faham perasaan pihak dalam Barisan Nasional (BN) dalam isu tertentu."Kita faham dia tapi jangan selalu tak faham perasaan kita," katanya lagi





Perarakan badan kehakiman, hak Majlis Peguam - Azalina - Sinarharian - 13/07 6:36 pm

KOTA TINGGI Perarakan anjuran Majlis Peguam Malaysia bagi mempertahankan kebebasan badan kehakiman yang dijadual pada Isnin disifatkan sebagai hak badan itu dalam sistem demokrasi negara.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, semua rakyat Malaysia berhak berhimpun atau berarak mengikut peruntukan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan."Bagi saya, itulah demokrasi





Pelantikan isi kekosongan hakim tunggu Mesyuarat Majlis Raja-Raja - Sinarharian - 13/07 6:21 pm

KOTA TINGGI - Semua pihak diminta bersabar menunggu Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-269 yang akan bersidang pada 15 hingga 17 Julai ini sebelum mendesak pelantikan pengganti bagi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara disegerakan.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pelantikan tersebut tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan."Perkara 122B memperuntukkan bahawa pelantikan jawatan dalam badan kehakiman dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja."Jadi kita tunggu minggu depan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai bersidang," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Pengerang, di Desaru pada Ahad.Majlis Raja-Raja dilaporkan akan bersidang bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 pada 15 hingga 17 Julai ini bagi membincangkan mengenai kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.Rabu lalu, Azalina dilaporkan berkata, Jemaah Menteri memberi jaminan pengisian kekosongan jawatan akan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.Pada Sabtu, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dilaporkan menggesa pelantikan pengganti bagi jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara perlu disegerakan berikutan beberapa hakim kanan sudah dan bakal bersara dalam tempoh terdekat.Pengerusi Pembela, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, dilaporkan berkata meskipun proses pelantikan perlu mematuhi lunas undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, kerajaan sepatutnya sudah lama mengambil tindakan sewajarnya memandangkan persaraan beberapa hakim kanan sudah diketahui awal.Pembela turut menuntut penjelasan beberapa isu antaranya mengenai ketiadaan lanjutan tempoh bagi Ketua Hakim dan Presiden Mahkamah Persekutuan.





Akta JAC tidak mengikat dalam pelantikan hakim - Azalina - Sinarharian - 13/07 6:08 pm

Cadangan itu tidak mengikat."Nama-nama yang disaring JAC tetap perlu melalui prosedur di bawah Perkara 122B. Kalau mahu proses JAC itu mengikat, maka Perlembagaan perlu dipinda," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengerang di sini hari ini.Azalina turut merujuk penjelasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menerusi hansard di Dewan Rakyat yang menjelaskan bahawa Akta JAC adalah satu peruntukan pentadbiran dan tidak mempunyai kuasa mengikat.Mengenai perarakan Badan Peguam Malaysia esok, Azalina menyifatkannya sebagai hak demokrasi selagi ia dilakukan secara profesional dan mengikut lunas undang-undang."Kalau hendak berarak, itu hak mereka





Seorang rakyat Malaysia maut dalam tragedi feri di Bali - SUN - 13/07 5:59 pm

Jenazah mangsa yang terkorban itu telah selamat dikebumikan. Setakat ini tiada lagi (mangsa baharu melibatkan warga Malaysia), tetapi usaha mencari masih dilaksanakan, katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat di Dewan Sri Jugra





Polis siasat dakwaan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bocor - Sinarharian - 13/07 5:54 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat laporan berkaitan pendedahan dan penyebaran disyaki minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.Menurutnya, tumpuan siasatan adalah terhadap pendedahan dan penyebaran maklumat di peringkat dalaman dan juga di media sosial."PDRM akan memanggil semua saksi kompeten bagi membantu siasatan kes ini."Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Tambah beliau, PDRM menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan apa-apa dokumen atau maklumat yang diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat.Tegasnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam mendedahkan dan menyebarkan maklumat tersebut.Petikan minit mesyuarat JAC yang didakwa berlangsung pada Mei lalu tersebar di media sosial sejak Sabtu, dipercayai bermula dari laman Reddit sebelum tular di Facebook dan aplikasi X.Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dilaporkan berkata pihak berkuasa perlu menyiasat kesahihan dokumen minit mesyuarat JAC yang tular di media sosial.Fahmi berkata, sekiranya dokumen tersebut disahkan sahih dan diklasifikasikan sebagai rahsia, penyiaran atau pengedarannya boleh membawa implikasi undang-undang, khususnya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.





Seorang rakyat Malaysia terkorban tragedi feri karam di Bali - Sinarharian - 13/07 4:55 pm

BANTING - Hanya seorang rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi feri karam di Selat Bali, Indonesia lewat malam 2 Julai lepas, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.Beliau berkata, tidak ada mangsa lain melibatkan warganegara ini dilaporkan dengan rakyat Malaysia yang terkorban itu juga sudah selamat dikebumikan."Setakat ini tiada lagi (mangsa baharu libatkan warga Malaysia), tetapi usaha mencari masih dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat yang dihadiri 460 perwakilan daripada 90 cawangan di Dewan Sri Jugra di sini hari ini.Sementara itu, Mohamad berkata, mana-mana pihak boleh menyalurkan bantuan berkaitan bagi memudahkan urusan keluarga mangsa.Pada 11 Julai lepas, media melaporkan seorang rakyat Malaysia, Fauzey Awang, 55, disahkan antara tiga mangsa yang ditemukan maut di perairan Pantai Perancak, Bali susulan tragedi feri Tunu Pratama Jaya yang karam 2 Julai lepas.Jenazah Allahyarham yang berasal dari Terengganu selamat dikebumikan di Jawa Timur pada malam Jumaat, memenuhi hasrat terakhirnya untuk disemadikan berhampiran makam gurunya dan berdekatan dengan isterinya di Indonesia.Fauzey yang bekerja di Malaysia dilaporkan sering berulang-alik ke Indonesia setiap tiga bulan untuk bertemu isterinya.Feri yang dinaikinya membawa 65 penumpang dan 22 kenderaan sebelum karam di perairan Selat Bali pada malam 2 Julai, kira-kira 30 minit selepas berlepas dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi menuju ke Bali.Setakat Jumaat, seramai 47 orang telah dikenal pasti, membabitkan 30 mangsa terselamat dan 17 terkorban.Beberapa orang lagi masih hilang, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan





BN tidak akan ulang silap lama - Saarani - Sinarharian - 13/07 4:20 pm

TAPAH - Barisan Nasional (BN) tidak akan mengulangi kesilapan silam dengan bertanding secara solo dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pihaknya yakin BN akan meneruskan kerjasama strategik dengan Pakatan Harapan (PH) seperti yang dipersetujui di peringkat nasional."Kita ada pengalaman silam yang sangat menyedihkan. Kekuatan BN hanya di kawasan majoriti Melayu luar bandar, tetapi di sana sudah ada Perikatan Nasional (PN) yang kebanyakan pengundinya adalah Melayu."Sejarah sudah tersurat, apabila kita pergi solo akan berlaku tiga penjuru yang menyebabkan sebahagian daripada orang Melayu menyokong BN, sebahagian lagi PN dan PH."Jika ini berlaku, maka kita akan ulang sejarah PRU15 lalu dan yang menjadi mangsa adalah BN," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tapah di Dewan Merdeka Tapah di sini pada Ahad.Menurut beliau, keputusan untuk bertanding menggunakan lambang BN tidak bermaksud gabungan itu bergerak secara bersendirian, tetapi mengikut pemahaman sedia ada antara BN dan PH yang terbukti berjaya dalam beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini."Kita pergi atas lambang BN





PRU16 lebih awal bukan perkara mustahil - Saarani - Sinarharian - 13/07 3:35 pm

TAPAH - Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bukan sesuatu yang mustahil untuk diadakan lebih awal, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.Beliau yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata, beberapa indikator politik semasa seperti keperluan menghadapi tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Sabah, Melaka dan Johor memberi bayangan bahawa PRU mungkin diselaraskan lebih awal demi menjimatkan kos dan tenaga."Saya jangka PRU16 mungkin akan dibuat lebih awal daripada sepatutnya."Tempoh Parlimen sekarang sepatutnya tamat pada November 2027, tetapi jika ia dibubarkan pada Jun misalnya, ia akan hampir dengan PRN Johor yang perlu dibuat sekitar awal 2027," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tapah di Dewan Merdeka Tapah di sini pada Ahad.Menurut Saarani, rentetan siri pilihan raya negeri tersebut perlu diambil kira dalam percaturan politik nasional memandangkan setiap satu daripadanya akan sampai tempoh matang masing-masing dalam tempoh dua tahun akan datang.Jelas beliau, sebaik selesai PRN Sabah tahun ini, negara berdepan dengan pilihan raya sama di Melaka pada 2026 dan Johor pula menyusul pada awal 2027."Kalau tunggu hujung 2027 pula ada PRU16





PKR teliti gesaan gantung keahlian 9 MP - Sinarharian - 13/07 3:17 pm

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini sedang meneliti gesaan untuk menyiasat sembilan ahli parlimennya secara tatatertib berikutan tindakan mereka mengadakan sidang media terbuka yang mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu badan kehakiman.Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, parti tersebut juga sedang mempertimbangkan gesaan daripada ahli parti agar sembilan ahli parlimen itu digantung keahlian sementara susulan insiden tersebut.Beliau berkata, laporan rasmi berhubung desakan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh dua minggu lagi."Gesaan tersebut sudah pun sampai kepada saya, dan saya telah dimaklumkan mengenainya





Tuduhan PM campur tangan lantikan hakim bersifat persepsi politik - Thempress - 13/07 3:15 pm

KEKECOHAN tercetus semalam apabila tersebar satu dokumen yang didakwa sebagai minit mesyuarat Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC) berkaitan pencalonan Tan Sri Ahmad Terrirudin sebagai Hakim Besar Malaya





UMNO perjuangkan hak yang sepatutnya diterima Najib - Abdul Rahman - Sinarharian - 13/07 3:07 pm

JERANTUT - UMNO menegaskan perjuangan parti itu bukan bersifat peribadi membabitkan individu seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, sebaliknya demi memastikan hak bekas Perdana Menteri itu yang sepatutnya diterima diberi perhatian sewajarnya.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, pendirian tersebut diambil susulan pengesahan Jabatan Peguam Negara mengenai kewujudan Titah Adendum berkaitan Najib yang didedahkan baru-baru ini."Ikrar kita UMNO tidak akan berhenti dari memperjuangkan nasib Najib selagi beliau tidak mendapat hak-hak yang sepatutnya diterima dan kita akan teruskan perjuangan."Kita nak supaya rakyat faham bahawa UMNO bukan memperjuangkan individu tetapi kita memperjuangkan hak beliau (Najib) yang sepatutnya mesti kita berikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut di sini pada Ahad.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Haris Salleh Hamzah.Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pendirian itu seiring kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mahu keadilan ditegakkan buat Najib, termasuk membawanya ke perhatian perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) dari 26 hingga 29 November ini.Menurutnya lagi, kewujudan adendum itu sepatutnya dimaklumkan lebih awal kepada umum."Kita faham benda ini dalam mahkamah, tidak mahu sentuh sangat isu ini tetapi saya anggap diri sebagai rakyat yang melihat lebih daripada 500 hari, adendum itu disimpan sahaja."Sepatutnya dari awal lagi dinyatakan wujudnya adendum itu





Hasrat BN mahu tanding solo bukan isu besar - Pemuda UMNO - Sinarharian - 13/07 2:54 pm

Malah ketika bersama Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN), UMNO tetap bertanding sendiri di Melaka."Jadi untuk pilihan raya akan datang, sekiranya perlu bergerak secara solo, maka kita akan teruskan. Ini bukan satu perkara mengejutkan dan bukan isu besar pun bagi parti," katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Tambun di sebuah hotel di sini pada Ahad.Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Dr Aminuddin Md Hanafiah dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun, Akmal Zharif Ahmad Kamal.Pada Sabtu, media melaporkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka memaklumkan bahawa BN bersedia untuk bertanding secara solo.Katanya, tindakan tersebut diambil sekiranya tiada keputusan muktamad mengenai kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Mengulas lanjut, Mohammad Sollehin berkata, sebarang rundingan atau perbincangan kerjasama politik dengan parti lain mesti dilakukan tanpa merugikan UMNO dan BN."Apa yang penting adalah semua keputusan perlu dibuat secara bijak dan tidak melemahkan kedudukan parti."Kalau perlu bergerak solo, maka kita tiada masalah," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Menyentuh kenyataan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berhubung Titah Adendum terhadap hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohammad Sollehin menegaskan bahawa Pemuda UMNO memandang serius perkara itu.Menurutnya, Titah Adendum merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seharusnya dihormati semua pihak."Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung prinsip Rukun Negara, khususnya kesetiaan kepada Raja dan negara, sudah tentu kita menghormati dan menyokong titah tersebut."Apabila Peguam Negara sendiri mengesahkan kewujudan titah itu, maka menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan untuk melaksanakannya





Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan minit mesyuarat JAC yang tular - Fahmi - SUN - 13/07 2:52 pm

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu menyiasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tular di media semalam, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil





KPT sedia laluan khas lulusan baharu Kolej Komuniti sambung pengajian - Sinarharian - 13/07 2:18 pm

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyediakan laluan khas kepada lulusan baharu Kolej Komuniti untuk melanjutkan pengajian ke peringkat politeknik dan universiti dalam bidang teknikal.Menteri berkenaan, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, ia bagi menyediakan laluan kerjaya lebih baik kepada lulusan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selepas menamatkan pengajian di Kolej Komuniti."Kalau dulu mungkin mereka terpaksa memohon masuk hanya ke universiti teknikal tetapi hari ini kita mempunyai ruang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi (di universiti dan politeknik lain) berdasarkan kelulusan, kelayakan dan kursus yang mereka ikuti," katanya.Zambry yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa Tahun 2025 di sini hari ini.KPT juga memperkenalkan dasar baharu untuk melihat semula keberkesanan Kolej Komuniti dalam melatih tenaga mahir tempatan dengan memastikan kursus yang ditawarkan memenuhi keperluan semasa.Beliau berkata, KPT juga sedang menilai keperluan untuk mewujudkan Kolej Komuniti di kawasan bandar.Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Seri Dr Izudin Ishak dalam ucapan aluan memohon supaya institusi pendidikan diwujudkan di kawasan Setiawangsa, sekurang-kurangnya sebuah Kolej Komuniti untuk menjadi pemangkin pembangunan modal insan, khususnya untuk golongan belia





Pihak berkuasa perlu siasat kesahihan minit mesyuarat JAC tular - Fahmi - Sinarharian - 13/07 2:06 pm

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa perlu menyiasat kesahihan dokumen minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tular di media semalam, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.Beliau berkata, sekiranya dokumen tersebut disahkan sahih dan diklasifikasikan sebagai rahsia, penyiaran atau pengedarannya boleh membawa implikasi undang-undang, khususnya di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972."Saya difahamkan ada laporan polis telah dibuat





KPWKM akan beri kaunseling kepada peserta program motivasi - Sinarharian - 13/07 1:50 pm

TAIPING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memberikan khidmat kaunseling kepada peserta yang terbabit dengan program motivasi rumah tangga yang mencetuskan kontroversi, baru-baru ini.Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, bagaimanapun pihaknya masih belum menerima laporan terperinci berhubung isu penganjuran program terbabit."Selalunya kalau ada kes-kes sebegini apabila ada laporan kepada kementerian, kita akan gerakkan kaunselor sama ada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), JPW (Jabatan Pembangunan Wanita) atau Yayasan Kebajikan Negara supaya berjumpa dengan mereka," katanya.Noraini yang juga Ketua Wanita UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Taiping yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Taiping, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie di sini hari ini.Dalam pada itu, Noraini turut menasihatkan golongan wanita supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum menyertai sebarang program motivasi berkaitan wanita atau rumah tangga.Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pendedahan seorang bekas peserta berhubung program berkenaan yang didakwa songsang apabila diselitkan dengan acara yang mencolok mata di sebuah pusat konvensyen di sini pada September tahun lepas.Program itu diadakan secara tertutup hanya untuk peserta





Akta Rahsia Rasmi terpakai jika dokumen minit mesyuarat JAC bocor disahkan sahih - Fahmi - Astroawani - 13/07 1:10 pm

Menteri Komunikasi ingatkan mana-mana dokumen kerajaan yang diklasifikasikan sebagai rahsia, termasuk minit mesyuarat JAC, tertakluk kepada OSA.





KPT pantau aktiviti gerakan militan di IPT - Zambry - Sinarharian - 13/07 12:48 am

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi sebarang aktiviti berkaitan gerakan militan berasaskan fahaman ekstremis Islamic State (IS) dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, langkah itu susulan penahanan beberapa individu dalam kalangan 36 warga Bangladesh yang disyaki terlibat dengan fahaman tersebut, di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), baru-baru ini."Kita sentiasa menjalankan pemantauan dengan kerjasama pihak keselamatan, khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM), bagi memastikan fahaman-fahaman ekstrem seperti ini tidak menular, sama ada dari dalam atau luar negara."Kerjasama antara KPT dan agensi keselamatan sentiasa berada pada tahap yang baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Setiawangsa Tahun 2025 di sini hari ini.Pada 30 Jun lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, sebahagian daripada individu yang ditahan telah dihantar pulang ke negara asal.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang direkrut dalam rangkaian militan melibatkan warga Bangladesh seperti yang didedahkan baru-baru ini.Beliau berkata, hasil siasatan oleh Pasukan Cawangan Khas PDRM mendapati kumpulan yang menyebarkan fahaman ekstrem berasaskan ideologi IS ke Malaysia hanya melibatkan warga Bangladesh.Saifuddin Nasution juga dilaporkan berkata penahanan 36 warga Bangladesh itu dilakukan menerusi tiga fasa operasi keselamatan terancang di Selangor dan Johor, bermula 24 April lepas





Puteri UMNO Beluran bawa dua usul ke PAU - Sinarharian - 13/07 12:36 am

BELURAN Puteri UMNO Bahagian Beluran bakal membawa dua usul penting ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ogos depan membabitkan cadangan menaikkan had umur keahlian sayap itu serta desakan terhadap kekejaman rejim Israel.Ketua Puteri UMNO Beluran, Nur Dzerra Areesha Norkhidzal berkata, usul pertama mencadangkan supaya had umur keahlian Puteri dinaikkan daripada 35 tahun bagi membolehkan lebih ramai pemimpin muda membina kematangan, pengalaman serta kekuatan dari segi fizikal, mental dan kewangan sebelum melangkah ke peringkat kepimpinan parti yang lebih tinggi."Puteri memerlukan lebih masa untuk digilap sebagai pelapis parti. Kita mahu pemimpin muda yang bukan sahaja bersemangat, tetapi juga matang serta benar-benar bersedia dari semua aspek," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Beluran di sini pada Sabtu.Menurutnya, usul kedua pula menyentuh isu kemanusiaan antarabangsa, di mana Puteri UMNO Beluran mendesak agar kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dihentikan serta-merta."Kita mengecam pembunuhan kanak-kanak dan wanita yang tidak berdosa





PN tuntut PM beri penjelasan dakwaan minit mesyuarat JAC bocor - Sinarharian - 13/07 11:52 am

SHAH ALAM Perikatan Nasional (PN) menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan berhubung dakwaan kebocoran minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tular baru-baru ini.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika dakwaan tersebut terbukti benar dan tidak dapat disangkal, ia boleh memberi kesan kepada integriti institusi kehakiman serta kedudukan Perdana Menteri itu sendiri."Perdana Menteri didesak untuk segera tampil memberikan penjelasan terbuka kepada rakyat," katanya dalam siaran di Facebook pada Ahad.Terdahulu, satu dokumen yang dikatakan petikan minit mesyuarat JAC bertarikh Mei lalu dilaporkan tular di media sosial, mencetuskan persoalan mengenai ketelusan serta kebebasan institusi kehakiman.Ahmad Fadhli turut menegaskan bahawa mana-mana pihak yang terlibat dalam usaha mencemarkan institusi kehakiman perlu diadili tanpa sebarang prejudis."Amaran turut diberikan kepada seluruh warga institusi kehakiman, khususnya para hakim utama agar tidak bersekongkol dengan sebarang usaha untuk merosakkan sistem keadilan."Keadilan apabila ditegakkan kelak, tidak akan mengenal darjat atau kedudukan sesiapa," ujarnya.Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dalam hantaran di Facebook berkata, dakwaan tersebut juga menyebabkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri menjadi semakin parah.Ulas beliau, ia termasuk dalam aspek pentadbiran, pengurusan kewangan, ekonomi, penguatkuasaan serta perundangan dalam negara."Anwar telah gagal mempertahankan kebebasan institusi dan kini menjadi punca kepada krisis keyakinan rakyat terhadap seluruh sistem negara," katanya.Ujar Tun Faisal, satu siasatan bebas dan telus perlu dilakukan terhadap dakwaan kebocoran kandungan minit mesyuarat JAC itu."Kebangkitan rakyat harus dilipatgandakan





Semakin PMX Mendonia, Pembangkang Makin Tersakiti - Wrlr - 13/07 11:40 am

Kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sekadar kunjungan selaku Pengerusi ASEAN 2025, malah turut menyebabkan pembangkang makin tersakiti di mana sahaja





PRN Melaka: Hasrat BN tanding solo boleh jejas semangat kerjasama Kerajaan Perpaduan - Kar Hing - Sinarharian - 13/07 10:51 am

Adakah hanya di Kelantan dan Terengganu sahaja Perpaduan boleh bekerjasama sebab rata-ratanya kalah teruk?" katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Sabtu.Kar Hing yang juga Ketua PKR Cabang Gopeng berkata, biarpun kenyataan itu dibuat atas kepentingan strategi dalaman UMNO atau rundingan bersama PH-BN, beliau menegaskan bahawa ia boleh mencalarkan hubungan sesama komponen kerajaan.Jelas beliau, rundingan kerusi seharusnya dibuat secara tertutup dan penuh hikmah tanpa mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati rakan dalam Kerajaan Perpaduan."Jika rundingan masih berlangsung, sebaiknya kita tunggu dengan penuh kesabaran bagi mengelakkan persepsi yang negatif dan natijah buruk ke atas kestabilan politik negara."Saya nyatakan pandangan ini bukan untuk bermusuh dengan kepimpinan UMNO, tetapi kerana saya percaya rakyat sedang menilai setiap langkah kita. Kepercayaan rakyat jauh lebih penting," katanya.Media pada Sabtu melaporkan, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka memaklumkan bahawa BN bersedia untuk bertanding secara solo sekiranya tiada keputusan muktamad mengenai kerjasama dengan PH bagi menghadapi PRN Melaka.





Malaysia tak boleh jadi negara dua darjat, kedaulatan mesti ditegakkan - Wrlr - 13/07 8:59 am

K PRAGALATHJuly 13, 2025 Membenarkan bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani hukuman tahanan rumah sebagai baki hukuman penjaranyanya memberi petanda bahawa Malaysia adalah negara dua darjat





Minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tular - Mgazette - 13/07 7:56 am

# Minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman tular KUALA LUMPUR - Tangkap layar minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang dikatakan berlangsung pada bulan Mei lalu didakwa bocor di Facebook dan platform X





UMNO tidak akan tinggalkan rakan komponen BN – Ahmad Zahid - Mgazette - 13/07 7:56 am

Dalam sama susah ini UMNO tidak akan meninggalkan MCA atau MIC atau PBRS atau rakan_Friends of BN_. Ini cara kita, jangan masa susah nak ugut keluar, katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Selayang, di sini, hari ini





Rakyat harap UMNO kembali jadi parti dominan, teraju kerajaan ??? .. - Mgazette - 13/07 7:56 am

Kumpulan ini memperlihatkan perubahan pemikiran yang kritis, kritikal serta mempunyai tahap pendidikan tinggi dan kepelbagaian golongan ini menyebabkan kita memerlukan strategi khusus bagaimana untuk kita mendapatkan sokongan mereka, katanya. Shamsul Anuar yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri ditemui _MalaysiaGazette_ selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Setiawangsa, di sini, hari ini





Lawatan ke Brazil sempena Sidang Kemuncak BRICS bukan untuk bersiar-siar .. - Mgazette - 13/07 7:56 am

# Lawatan ke Brazil sempena Sidang Kemuncak BRICS bukan untuk bersiar-siar - PM KUALA TERENGGANU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan lawatan beliau ke Brazil untuk menghadiri Sidang Kemuncak BRICS baru-baru ini, sekadar untuk bersiar-siar, sebaliknya sebagai usaha penting menjalinkan kerjasama ekonomi global





UMNO Kelantan perlu buang pemikiran kalah walaupun lama jadi pembangkang .. - Mgazette - 13/07 7:56 am

Ada yang selepas kalah terus mengaku kalah dan melompat ke pihak lain dengan harapan diterima. Itu satu kesilapan dan (jika) mereka boleh berbuat begitu kepada parti mereka sendiri, apa jaminan mereka tidak akan melakukan perkara yang sama lagi?, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, di sini, hari ini





Pertemuan PM, Ahli Parlimen BN bincang dasar, isu semasa – Zambry - Mgazette - 13/07 7:56 am

Oleh kerana BN menjadi sebahagian Kerajaan Perpaduan, maka hubungan yang begini sering kali diadakan, termasuk mesyuarat secara berkala dengan pimpinan utama bukan sahaja dengan BN tapi dengan parti komponen yang lain juga. Kita berbincang dan Perdana Menteri sampaikan perjelasan dasar kerajaan dan lain-lain lagi, katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Bukit Nangka, di sini hari ini




Reformasi     >>



'Extraordinary tribute' on the horizon, says PM as .. - Mkini
Anwar, multiple ministries post cryptic 'Bersama Malaysiaku' graphics sparking intrigue.
Kroni     >>



King joins Istana Negara staff in 2.5km brisk walk - NST
KUALA LUMPUR: His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, took part in a brisk walk with members of Istana Negara yesterday. New Straits Times Press (M) Bhd
Tabloid     >>



Tebatan banjir Sungai Damai lindung 17,500 penduduk - Kosmo
PETALING JAYA Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof semalam mengadakan tinjauan ke tapak Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Damai, Kota Kinabalu sempena siri jelajah PETRA Skuad Zon Sabah. Kerajaan Persekutuan ..
Tech     >>



Apple struggles in China while Samsung dominates the .. - Phonearena
Samsung is still the leader in smartphone shipments while Apple grows thanks to emerging markets.
World     >>



Trump threatens Russia with tariffs while unveiling .. - BBC
Under the new plan, the US will sell weapons to Nato countries who will send them to Ukraine.
Motor Trend     >>



Motosikal Modenas Kongsi ‘teaser’ .. - Mekanika
# MODENAS KONGSI 'TEASER' SUPERMOPED BUAT JULUNG KALINYA **MODENAS secara langsung telah memuat naik 'teaser' pertama bagi supermoped yang ditunggu-tunggu menerusi perkongsian terbaru di media sosial.** Video tersebut memaparkan Kriss 125 Fi terbaru yang ketika ini telah pun ditawarkan di pasaran ..