![]() |
/// |
|
Search : Mahkamah Persekutuan News | Page 1 |
Kemuka tuntutan palsu RM5 juta, dua pemilik syarikat direman - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Kemuka tuntutan palsu RM5 juta, dua pemilik syarikat direman KUALA LUMPUR - Empat individu termasuk dua pemilik syarikat direman kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berkaitan perolehan percetakan dokumen Permit To Work (PTW) bernilai kira-kira RM5 juta |
Amaran ribut petir sehingga petang ini - Mgazette - 2/07 3:56 pm KUALA LUMPUR - Ribut petir dan cuaca lebat diramal berlaku di lapan negeri termasuk Wilayah Persekutuan sehingga lima petang ini |
Bapa didakwa tampar pipi anak 4 tahun hingga cedera kerana sebut .. - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Bapa didakwa tampar pipi anak 4 tahun hingga cedera kerana sebut 'bodoh' MELAKA - Tindakan seorang lelaki menampar pipi anak perempuannya berusia 4 tahun sehingga cedera kerana menggunakan perkataan bodoh tiga bulan lalu membawa padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini |
Ejen pelaburan didakwa simpan dan sebar gambar lucah cikgu - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Ejen pelaburan didakwa simpan dan sebar gambar lucah cikgu MELAKA - Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dan menyebarkan gambar lucah serta membuat ugutan jenayah terhadap madunya yang juga seorang guru, Mac lalu |
Hajiji tak perlu tunduk desakan Rosman – Zulkarnain - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Hajiji tak perlu tunduk desakan Rosman - Zulkarnain KUALA LUMPUR Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor melayani dan tunduk dengan desakan pembangkang agar merehatkan beberapa wakil rakyat Sabah yang terpalit dengan skandal rasuah ketika ini |
MUDA desak Exco jelas pelancongan P.Pinang merudum - Mgazette - 2/07 3:56 pm # MUDA desak Exco jelas pelancongan P.Pinang merudum GEORGE TOWN - Di manakah Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang ketika prestasi pelancongan domestik negeri jatuh merudum? Itu persoalan yang dibangkitkan parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Pulau Pinang susulan pendedahan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang menunjukkan negeri ini hanya menerima 4.8 juta pelawat domestik sepanjang 2024, angka yang jauh di belakang beberapa negeri lain |
Apa terma perjanjian pembangunan Ambalat? – Muhyiddin - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Apa terma perjanjian pembangunan Ambalat? - Muhyiddin KUALA LUMPUR - Sebarang bentuk perjanjian pembangunan bersama di wilayah yang masih menjadi pertikaian maritim seperti Ambalat hanya boleh dilaksanakan dengan syarat-syarat yang tegas |
Himpunan `Turun Anwar??? tak gambar suara sebenar rakyat – Mahfuz - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Himpunan `Turun Anwar tak gambar suara sebenar rakyat - Mahfuz KUALA LUMPUR Himpunan aman `Turun Anwar yang dirancang Pas pada 26 Julai ini, tidak mengambarkan suara rakyat sebenar, sebaliknya penggemblengan ahli parti yang taksub kepada pemimpin |
Kenapa jawatan tertinggi badan kehakiman tidak diisi segera? - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Kenapa jawatan tertinggi badan kehakiman tidak diisi segera? KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan tindakan kerajaan membiarkan kekosongan jawatan penting dalam badan kehakiman hingga ke saat akhir tanpa diisi segera sebagai amat tidak bertanggungjawab dan menampakkan kelemahan pentadbiran negara |
Keputusan Mahkamah Persekutuan kemenangan kepada kebebasan asasi, demokrasi - Mgazette - 2/07 3:56 pm # Keputusan Mahkamah Persekutuan kemenangan kepada kebebasan asasi, demokrasi KUALA LUMPUR Pas menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu perhimpunan aman semalam bukan sahaja penegasan terhadap supremasi Perlembagaan, tetapi juga mesej jelas bahawa hak asasi rakyat tidak boleh digugat oleh peruntukan undang-undang yang menindas atau berlebihan |
Suami isteri didakwa edar, miliki dadah - Sinarharian - 2/07 3:25 pm SIBU - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lepas.Tie Teck Hock, 52, didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1,030.80 gram (g) di kaki lima sebuah premis makanan di Jalan Pedada, kira-kira 10 malam, 12 Jun lepas.Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Oon Kork Chern.Selain itu, Teck Hock dan isterinya Lee Chee Fei, 45, didakwa secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 6,055.90g yang ditemukan di bilik stor bawah tangga sebuah rumah di Jalan Permai Jaya 9D1B1 pada 10.45 malam hari sama.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Pasangan berkenaan turut didakwa secara bersama memiliki dadah jenis ketamin seberat 2,078.90g dan 2,022.15 nimetazepam di tempat, waktu dan tarikh yang sama.Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3), dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.Sebelum ini, Teck Hock dibebaskan dengan jaminan polis pada 26 Jun selepas tamat tempoh reman tujuh hari, tetapi telah ditahan semula di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.Chee Fei juga dibebaskan dengan jaminan polis pada 24 Jun selepas tamat tempoh reman empat hari tetapi turut ditahan semula di bawah akta sama.Mahkamah menetapkan 22 Ogos untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia dan tiada jaminan diberikan kepada kedua-dua tertuduh.Timbalan Pendakwa Raya Nuralisa Natasha Nazrulzam mewakili pihak pendakwaan manakala pasangan terbabit diwakili Peguam Reena Chong |
Eksekutif IT didenda RM20,000 tipu jual beli Rolex RM140,000 - Sinarharian - 2/07 3:10 pm KUALA LUMPUR Seorang eksekutif teknologi maklumat (IT) warga China didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menipu dalam urusan jual beli tiga utas jam Rolex mencecah lebih RM140,000, bulan lalu.Wu Zhiwei, 27, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan dibaca dalam bahasa Mandarin, di hadapan Hakim, Azrul Darus.Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara selama 12 bulan, sekiranya gagal membayar denda tersebut.Mengikut pertuduhan, lelaki bujang itu didakwa menipu seorang lelaki yang juga jurujual jam tangan mewah berusia 25 tahun, dalam urusan jual beli tiga jam tangan jenama Rolex menyebabkan mangsa menyerahkan hartanya iaitu dua model Rolex Datejust 41 dan satu Black Submariner berharga RM146,657.Mangsa tidak akan menyerahkan jam tangan tersebut jika tidak diperdayakan dalam kejadian di sebuah restoran di Jalan Khoo Teik Ee, Dang Wangi di sini pada 4 hingga 16 Jun lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, peguam, Tan Cheng Yee yang mewakili tertuduh berkata, anak guamnya tidak pernah mempunyai rekod jenayah lampau."Dia perlu menanggung ibu bapa yang tua, mengaku insaf dan memohon mahkamah mengurangkan hukuman tersebut," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran."Mahkamah perlu mengambil kira kepentingan awam terutama mangsa mengalami kerugian lebih RM100,000," katanya |
Insiden bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis rakam keterangan tiga saksi - SUN - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu telah merakam keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian Sabtu lepas yang mengorbankan tiga nyawa |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Polis sudah rakam keterangan tiga saksi - Sinarharian - 2/07 3:01 pm KUALA TERENGGANU - Polis telah mengambil keterangan daripada tiga saksi berhubung insiden Sabtu lepas yang menyaksikan tiga maut selepas sebuah bot penumpang terbalik di perairan Pulau Perhentian.Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, mereka terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 39 tahun, yang merupakan pemandu bot itu bersama abangnya, dan seorang mangsa kejadian.Beliau berkata, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan berhubung kes terbabit, yang dijangka selesai dalam tempoh kira-kira seminggu."Siasatan polis memfokus kepada kejadian Sama ada terdapat wujud unsur jenayah.. |
Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya PERKESO - Sinarharian - 2/07 2:57 pm KUALA LUMPUR Seorang ahli perniagaan yang memperdayakan kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) berhubung kursus dan latihan tidak wujud berjumlah RM496,000 lima tahun lalu didenda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.P Sathia Seelan, 52, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan pilihan yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.Mahkamah memerintahkan bapa kepada dua anak itu dipenjara 10 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.Mengikut semua pertuduhan, lelaki itu didakwa memperdaya dua pegawai PERKESO untuk mempercayai bahawa dokumen bertarikh 4 Disember 2020 dan 22 Julai 2021 mengandungi senarai nama kehadiran dan tandatangan peserta bagi tiga kursus.Sedangkan latihan itu tidak pernah dijalankan atas nama lima syarikat pada tarikh tersebut.Perbuatan itu mendorong PERKESO membuat bayaran RM496,000 kepada Syarikat Global Education Network Sdn Bhd milik tertuduh yang mana pertubuhan itu tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.Kesalahan didakwa dilakukan di Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan, Menara Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan, Perkeso di Putrajaya antara 23 Disember 2020 dan 12 Ogos 2021.Dia dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Sementara itu, rakannya, pekerja sembilan, R Nanthagopal, 43, turut didenda RM300,000 selepas mengaku bersalah atas 10 pertuduhan pilihan bersubahat dengan Sathia Seelan di tempat dan masa sama.Mahkamah memerintahkan dia dipenjara 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar denda terbabit.Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran supaya mereka tidak mengulangi kesalahan sama di masa depan.Bagaimanapun, peguam, R Babu Naidu yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu mereka dikenakan hukuman ringan kerana mengaku insaf. |
Madu mengaku tidak bersalah ugut, simpan gambar lucah guru - Astroawani - 2/07 2:45 pm Seorang ejen pelaburan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas tiga pertuduhan mengugut dan memiliki gambar lucah madunya yang merupakan seorang guru. |
Jangan salah guna tauliah mengajar MAIS - Exco agama peringat pendakwah - SUN - 2/07 2:16 pm SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi mengingatkan pemegang tauliah mengajar Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya tidak menyalahgunakan kelebihan berkenaan untuk kepentingan peribadi termasuk politik kepartian |
Empat individu termasuk pemilik syarikat ditahan SPRM atas dokumen palsu - SUN - 2/07 2:14 pm KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan empat individu, termasuk dua pemilik syarikat, atas tuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu berkaitan perolehan percetakan dokumen Permit To Work (PTW) bernilai kira-kira RM5 juta |
Acara SCORE Marathon tarik 33,000 pelari dari 48 buah negara - Sinarharian - 2/07 2:00 pm PENGANJURAN acara SCORE Marathon 2025 yang dipacu oleh AIA Vitality di Putrajaya hujung minggu depan bakal melakar sejarah baharu apabila berjaya menarik penyertaan 33,000 pelari dari 48 buah negara.Jumlah penyertaan yang meningkat sebanyak 36 peratus berbanding 24,253 bagi edisi tahun lalu menjadikan pertandingan tersebut sebagai salah satu kejohanan larian terbesar di Malaysia.Malah, lebih menarik acara yang akan berlangsung di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada 13 Julai itu turut mendapat pengiktirafan daripada Olahraga Dunia (WA) dengan Label Road Race.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Score Sports Management, Patricia Tan berkata, tema pada tahun ini dapat memberikan inspirasi kepada para peserta untuk tidak mudah berputus asa dan mengerah segala kudrat hingga ke garisan penamat."Sejak mula dianjurkan pada 2014 dengan seramai 3,674 peserta, SCORE Marathon menunjukkan perkembangan yang cukup baik setiap tahun |
Petani mengaku tidak bersalah buat komen jelik di media sosial - Sinarharian - 2/07 1:55 pm SEPANG - Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik sifatnya menerusi laman media sosial Facebook pada Februari lepas.Mohammad Faisal Mohd Yusof, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.Mengikut pertuduhan, Mohammad Faisal secara sedar telah membuat dan memulakan hantaran komen yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, menggunakan akaun Facebook 'Mohd Faisal Yusop'.Hantaran tersebut didakwa dilakukan pada 12.40 pagi, 9 Februari lepas dan telah dilihat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada kira-kira 1.40 tengah hari yang sama di MCMC Tower 1, Jalan Impact, Cyber 6, Cyberjaya.Lelaki berkenaan didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.Timbalan Pendakwa Raya MCMC, Fadhli Ab Wahab mencadangkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin tempatan, memandangkan tertuduh pernah tidak menghadiri sebutan kes pada 30 April lepas hingga waran tangkap dikeluarkan.Bagaimanapun, bapa tunggal yang tidak diwakili peguam itu merayu jumlah jaminan dikurangkan kerana dia tidak mempunyai pendapatan tetap serta menanggung tiga anak serta ibu bapanya.Ahmad Fuad memerintahkan Mohammad Faisal dikenakan jaminan RM7,000 dan menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes.Bagaimanapun, Mohammad Faisal gagal membayar wang jaminan itu |
Buruh Indonesia didakwa edar 20kg syabu di Taman Melawati - SUN - 2/07 1:52 pm KUALA LUMPUR: Seorang buruh warga Indonesia, Munzir Abdurrahman, 50, didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini atas kesalahan mengedar lebih 20 kilogram methamphetamine (syabu) |
Petani mengaku tidak bersalah atas komen jelik di media sosial - SUN - 2/07 1:44 pm SEPANG : Seorang petani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komen yang jelik di laman media sosial Facebook pada Februari lalu |
Johor catat KDNK tertinggi 2024, pemacu ekonomi baharu Malaysia - SUN - 2/07 1:40 pm JOHOR BAHRU: Johor mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tertinggi di Malaysia bagi tahun 2024 dengan kadar 6.4 peratus, mengatasi purata nasional 5.1 peratus |
Keadilan ditegakkan dalam kes pembunuhan Kevin Morais - JALSOA - SUN - 2/07 1:37 pm KUALA LUMPUR: Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman ke atas individu terlibat dalam pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais disambut baik oleh Persatuan Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (JALSOA) |
Buruh warga Indonesia dituduh edar dadah lebih 20 kilogram - Sinarharian - 2/07 1:30 pm AMPANG - Seorang buruh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine lebih 20 kilogram, bulan lalu.Munzir Abdurrahman, 50, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Normaizan Rahim.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, Munzir didakwa mengedar dadah berbahaya jenis methamphetamine anggaran berat 20,850 gram di parkir sebuah pusat beli-belah di Taman Melawati di sini pada jam 12.38 tengah hari, 22 Jun.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama.Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dikenakan maksimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Kirthana sementara tertuduh tidak diwakili peguam.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 3 Oktober depan.Pada 25 Jun lepas, media melaporkan lelaki terbabit ditahan di pusat beli-belah terbabit ketika sedang berjalan kaki sambil menjinjit satu beg kanvas.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, hasil pemeriksaan terhadap beg itu menjumpai bungkusan plastik hitam yang di dalamnya mengandungi 20 paket plastik bertulisan dan dalam setiap bungkusan terdapat satu plastik lut sinar berisi syabu dengan keseluruhannya dianggarkan bernilai RM80,000.Pada 25 Jun lalu, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditahan polis kerana memiliki dadah itu, ketika sedang berjalan kaki sambil menjinjit satu beg kanvas dengan tangan kanannya. |
Petani dijel 45 tahun, 15 sebatan rogol anak kandung lembam - Sinarharian - 2/07 1:24 pm KENINGAU - Seorang petani dijatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah kerana merogol anak kandungnya yang juga remaja perempuan lembam.Tertuduh berusia 40 tahun membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puji.Mengikut pertuduhan pertama, kira-kira jam 5 petang pada Jun 2023, tertuduh merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 13 tahun di tepi kebun getah di sebuah kampung di Tambunan.Pertuduhan kedua menyatakan, pada bulan sama, tertuduh turut melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di sebuah rumah di kampung lain dalam daerah sama.Bagi pertuduhan ketiga, kira-kira jam 5.30 petang pada 21 Ogos 2024, tertuduh sekali lagi merogol mangsa di bilik sebuah rumah di kampung sama.Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ling Guong Zhin, manakala tertuduh diwakili peguam, Timothy Daut.Dalam prosiding tersebut, Guong Zhin memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada masyarakat.Bagaimanapun, tertuduh merayu agar hukuman diringankan kerana telah menyesal dengan perbuatan yang dilakukan, manakala Timothy turut membuat rayuan kerana tertuduh memahami kesalahannya, telah bertaubat selain menekankan bahawa tertuduh tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan bersedia serta sanggup untuk melalui proses pemulihan.Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan bagi setiap pertuduhan dan semua hukuman diperintahkan berjalan secara berasingan, menjadikan jumlah keseluruhan 45 tahun penjara dan 15 sebatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Keningau, Superintenden Yampil Anak Garai berkata, tangkapan terhadap tertuduh dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada Klinik Kesihatan Tambunan yang mendakwa mangsa telah dirogol berulang kali."Mangsa merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan tinggal bersama suspek selepas ibu bapanya bercerai |
Tragedi bot pelancong: Reman pemandu bot disambung sehari - SUN - 2/07 1:24 pm JERTIH : Reman terhadap pemandu bot yang terlibat dalam tragedi maut di Pulau Perhentian pada Sabtu lepas disambung sehari lagi hingga esok |
SPRM tahan 4 individu, bongkar tuntutan palsu bernilai RM5 juta - Sinarharian - 2/07 1:10 pm KOTA KINABALU - Empat individu termasuk dua pemilik syarikat ditahan reman kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu berkaitan perolehan percetakan dokumen Permit To Work (PTW) bernilai kira-kira RM5 juta.Perintah reman selama empat hari bermula 1 hingga 5 Julai dikeluarkan oleh Majistret Dzul Elmy Yunus terhadap tiga suspek lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an hingga 50-an, selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pada Selasa.Menurut sumber, kesemua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah antara jam 6 petang hingga 7 malam Isnin lalu.Keempat-empat suspek, dua daripadanya merupakan bekas Pengurus Tadbir dan bekas Pembantu Tadbir sebuah syarikat minyak tempatan, dipercayai melakukan perbuatan itu sejak tahun 2019 hingga 2023.Kedua-dua suspek tersebut juga disyaki bersubahat dengan dua pemilik syarikat berkenaan dengan mengemukakan tuntutan palsu berkaitan perolehan percetakan dokumen PTW bernilai kira-kira RM5 juta.Menurut sumber, tangkapan terhadap kesemua suspek ini adalah susulan Op Effingo yang dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK), SPRM.Pada 30 Jun 2025, BOK telah mengeledah 10 lokasi berbeza termasuk kediaman suspek, pejabat dan beberapa syarikat di sekitar Kota Kinabalu dan Lembah Klang.Melalui operasi tersebut, SPRM telah menyita 22 akaun bank termasuk akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dengan nilai kira-kira RM2 juta serta pelbagai mata wang asing berjumlah kira-kira RM14,000.Selain itu, SPRM turut menyita tiga unit kereta mewah bernilai kira-kira RM1.3 juta dan tiga unit telefon bimbit.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut."Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan kesalahan lain di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) berkaitan aliran wang melibatkan aktiviti pengubahan wang haram," katanya. |
Pengarah jabatan MPAJ didakwa rasuah RM30,000 - Astroawani - 2/07 1:00 pm Pengarah Jabatan Bangunan dan Seni Bina, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM30,000. |
Bot terbalik di Pulau Perhentian: Reman pemandu bot disambung sehari - Sinarharian - 2/07 12:30 am JERTIH - Reman terhadap pemandu bot terlibat dalam tragedi yang mengorbankan tiga penumpang di Pulau Perhentian pada Sabtu lepasdisambung sehari lagi hingga esok.Perintah sambung remah terhadap lelaki berusia 22 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurliyana Md Zukri di Mahkamah Majistret Besut hari ini bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Terdahulu, pemandu bot berkenaan direman tiga hari bermula Isnin lepas setelah ditahan pada Sabtu keranadidapati positif dadah selepas kejadian bot pelancong terbalik di Pulau Perhentian yang menyebabkan tiga terkorban.Dalam kejadian 10.30 malam itu, S Arumugam, 40, dan anaknya A Sarrvihka, 3, serta seorang lagi kanak-kanak perempuan V Vennpani, 10, maut manakala dua mangsa masih dirawat di hospital termasuk seorang kritikal dan 10 lagi terselamat.Kesemua penumpang bot berusia tiga hingga 40 tahun itu dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar selepas selesai makan malam, sebelum bot dinaiki terbalik akibat dipukul ombak besar.Ketua Polis Daerah Besut Supt Azamuddin Ahmad@Abu mengesahkan pemandu bot berkenaan positif dadah selain mempunyai lima rekod lampau berkaitan bahan terlarang itu |
Skandal rasuah: Pendakwaan dua ADUN Sabah di mahkamah bersifat peribadi - Sinarharian - 2/07 11:24 am KOTA KINABALU - Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berpandangan bahawa tindakan pendakwaan terhadap dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di mahkamah pada Isnin lalu adalah bersifat peribadi dan tidak wajar dijadikan alasan untuk mendesak kerajaan membuat keputusan tergesa-gesa.Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa proses undang-undang terhadap kedua-dua ADUN terbabit harus dibiarkan berjalan secara telus dan adil tanpa sebarang campur tangan politik."Isu pendakwaan terhadap dua ADUN baru-baru ini adalah bersifat peribadi dan biarlah proses undang-undang berjalan, dan mahkamah yang menentukan benar atau salah."Seperti yang ditegaskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, kerajaan negeri akan meneliti kedudukan kedua-dua ADUN tersebut setelah semua maklumat dan laporan lengkap diterima, bukannya membuat keputusan terburu-buru mengikut desakan politik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Tegas Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah itu lagi, kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak pernah menutup kesalahan atau melindungi mana-mana individu yang terlibat dengan salah laku."Tetapi pada masa sama, kita juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan kes ini sebagai alat untuk melemahkan kerajaan negeri yang sah, stabil dan sedang bekerja keras untuk rakyat."Malah, saya menyambut baik dan menyokong sepenuhnya pendirian Hajiji yang juga merangkap Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan sesekali mencampuri sebarang siasatan atau pendakwaan yang sedang dijalankan terhadap mana-mana ADUN."Prinsip ini adalah bukti jelas bahawa kerajaan Sabah hari ini ditadbir berasaskan integriti, kebertanggungjawaban dan penghormatan terhadap undang-undang, bukan berdasarkan sentimen, tekanan politik atau kepentingan individu," katanya.Katanya lagi, setiap individu berhak mempertahankan diri dan perlu berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang."Kita wajib berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah."Dalam masa sama, kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa |
Pengarah jabatan MPAJ didakwa terima suapan RM30,000 - Sinarharian - 2/07 11:18 am IPOH Seorang pengarah jabatan di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM30,000, dua tahun lalu.Tertuduh, Ahmad Alhairi Mohamed Yusuf, 47, yang merupakan Pengarah Jabatan Bangunan dan Senibina MPAJ, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada dua anak itu didakwa menerima wang tunai berjumlah RM20,000 melalui akaun Maybank miliknya tanpa sebarang balasan daripada seorang lelaki bernama Nazman Puteh, sedangkan beliau mengetahui bahawa individu tersebut mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai penjawat awam.Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Taiping, Jalan Chung Thye Phin dalam daerah Larut, Matang dan Selama pada 2 November 2023.Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima RM10,000 ke dalam akaun sama tanpa sebarang balasan daripada Nazman Puteh melalui dua individu, iaitu Song Teik Sun dan Wong Huey Peng, pada tarikh dan lokasi yang sama.Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Asmaa' Zamri dan Muaz Ahmad Khairuddin.Pihak pendakwaan menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan bersama syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran setiap awal bulan.Tertuduh yang diwakili Peguam Khairul Nizam Abd Razak memohon jumlah jaminan yang rendah dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung tunggal keluarga, mempunyai dua anak masing-masing berusia lapan dan 11 tahun yang masih bersekolah, serta isteri tidak bekerja."Anak guam saya juga masih berkhidmat dan sepanjang siasatan selama setahun sejak Jun tahun lalu, beliau telah memberikan kerjasama penuh tanpa gagal kepada pihak SPRM dengan melapor diri seperti diarahkan," katanya.Hakim Meor Sulaiman kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan syarat tertuduh melapor diri ke pejabat SPRM Selangor pada Sabtu pertama setiap bulan.Beliau turut mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta-merta untuk disimpan sehingga kes selesai.Mahkamah menetapkan 19 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. |
Skandal rasuah ADUN Sabah: Tiada keperluan desak rehatkan wakil rakyat -Zulkarnain - Sinarharian - 2/07 11:06 am KOTA KINABALU - Tiada keperluan untuk mendesak Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor merehatkan wakil rakyat yang dikaitkan dengan dakwaan skandal rasuah, memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah semakin hampir.Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar menyifatkan desakan yang datang daripada Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman itu sepatutnya ditujukan kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang diketahui umum sedang berdepan tiga pertuduhan rasuah."Datu Rosman dilihat semakin keliru memandangkan saranan untuk berehat daripada tugasan penting sepatutnya ditujukan khusus kepada Bung Moktar yang secara jelas telah diarah membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta."Umum mengetahui Bung Moktar masih meneruskan tugasan sebagai Ketua UMNO Sabah malah bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri Sabah, dan dalam masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu sudah tentu akan sibuk turun naik mahkamah berhadapan dengan kes rasuah selepas cubaan mencabar keputusan Mahkamah Rayuan digugurkan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Zulkarnain, yang juga aktivis politik, turut mengingatkan bahawa ketika ini masih banyak kes rasuah membabitkan pimpinan UMNO Sabah belum terungkai dan masih dalam siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Sehubungan itu, beliau melihat Datu Rosman seolah-olah cuba membutakan mata dan memekakkan telinga, sukar menerima hakikat bahawa rakyat di negeri ini sebenarnya telah menolak UMNO di Sabah.Menurutnya, pertuduhan rasuah terhadap dua wakil rakyat pada Isnin lalu masih di peringkat awal dan mereka berpeluang untuk membersihkan nama di mahkamah tanpa perlu membela diri setakat ini."Beliau sepatutnya tidak mencampuri urusan wakil-wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah (GRS)Pakatan Harapan (PH) Sabah."Desakan supaya Ketua Menteri merehatkan wakil rakyat yang dikaitkan dengan skandal rasuah juga tidak perlu memandangkan PRN-17 semakin hampir."Saya percaya desakan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menyebabkan kesombongan pemimpin UMNO akan dilenyapkan oleh rakyat Sabah pada PRN-17 ini," ujarnya. |
Kerajaan digesa semak semula Akta Perhimpunan Aman 2012 - Pas - Sinarharian - 2/07 10:31 am SHAH ALAM - Kerajaan digesa menyemak semula Akta Perhimpunan Aman 2012 secara menyeluruh supaya ia mencerminkan semangat Perlembagaan dan prinsip hak asasi manusia sejagat di negara ini.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, langkah itu selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 pada Selasa.Ujar beliau, kerajaan juga perlu dengan serius menyemak semula dan memansuhkan peruntukan akta yang boleh disalah guna untuk menyekat kebebasan bersuara, termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984."Perkara ini juga selaras dengan janji pilihan raya Pakatan Harapan sebagaimana yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 mereka," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman, yang berkaitan dengan keperluan memberikan notis untuk himpunan aman, adalah tidak berperlembagaan.Keputusan tersebut dibuat oleh panel hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.Ujar Takiyuddin, keputusan berkenaan merupakan suatu penegasan terhadap supremasi Perlembagaan dan merupakan satu mesej jelas bahawa hak asasi rakyat tidak boleh digugat oleh peruntukan undang-undang yang menindas atau berlebihan.Menurutnya, parti juga percaya keputusan tersebut akan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kebebasan bersuara dan berhimpun sebagai sebahagian daripada ciri-ciri penting dalam sistem demokrasi."Seksyen 9(5), yang memperuntukkan penalti jenayah terhadap penganjur perhimpunan yang gagal memberikan notis kepada pihak polis dalam tempoh lima hari sebelum tarikh perhimpunan, telah lama dianggap sebagai satu bentuk sekatan tidak munasabah terhadap hak dan kebebasan berhimpun."Kini, dengan keputusan ini, pasti rakyat Malaysia lebih yakin bahawa pandangan mereka boleh disuarakan tanpa ancaman pendakwaan yang tidak berasas," ujarnya. |
Ekonomi digital komponen penting bangunkan Perak - Sinarharian - 2/07 9:25 am IPOH - Ekonomi digital dikenal pasti sebagai salah satu komponen penting dalam menjayakan Pelan Perak Sejahtera 2030 bagi memastikan pembangunan negeri yang mampan, sejahtera dan inklusif.Ketua Pegawai Eksekutif Digital Perak, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir berkata, Pelan Tindakan Ekonomi Digital 2030 yang dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad pada 4 Jun lalu merupakan pelengkap kepada pelan induk pembangunan sosioekonomi negeri itu.Menurutnya, pelan itu berteraskan empat komponen utama yang menyokong ekosistem ekonomi digital negeri merangkumi infrastruktur, pentadbiran, perniagaan dan masyarakat."Teras pertama memberi penekanan kepada penyediaan akses kepada infrastruktur digital yang berkualiti seperti rangkaian 4G, 5G dan jalur lebar, khususnya di kawasan luar bandar yang masih berdepan liputan lemah."Kerajaan negeri turut melihat kepada alternatif seperti penggunaan teknologi satelit untuk mengatasi kekangan menara telekomunikasi dan gentian optik," katanya ketika ditemui di Pejabat Digital Perak, baru-baru ini.Mohamad Suhaimi berkata, inisiatif itu dilaksanakan secara berperingkat menerusi kerjasama bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta agensi berkaitan.Menurutnya, teras kedua pula menumpukan kepada pentadbiran awam yang cekap dan digital melalui pelaksanaan e-Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat secara berkesan.Jelasnya, pendigitalan sektor awam termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah keutamaan untuk menjadikan konsep Bandar Pintar atau smart city satu kenyataan.Sementara itu, teras ketiga pula memberi tumpuan kepada usaha memperkasa ekosistem perniagaan yang rancak dipacu pendigitalan terutama dalam kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS)."PMKS merupakan penyumbang besar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan peluang pekerjaan, namun masih ramai yang belum melaksanakan transformasi digital secara menyeluruh."Kita bantu mereka bermula dengan sistem pembayaran tanpa tunai, kemudian beralih kepada sistem jualan (point of sale) dan seterusnya ke platform e-dagang agar produk mereka mampu menembusi pasaran serantau dan antarabangsa," katanya.Mohamad Suhaimi berkata, teras keempat pula memberi penekanan kepada pemerkasaan masyarakat melalui pendigitalan khususnya dalam meningkatkan literasi digital dan membentuk gaya hidup digital yang selamat |
KDN akan teliti keputusan mahkamah isytihar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan .. - Mgazette - 2/07 7:57 am # KDN akan teliti keputusan mahkamah isytihar Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman tidak sah KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan |
Sebutan kes lucut hak Menara Ilham 6 Ogos ini - Mgazette - 2/07 7:57 am KUALA LUMPUR - Pendengaran dan sebutan kes permohonan Lucut Hak Menara Ilham di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 ditetapkan jam 9 pagi, 6 Ogos depan oleh Pendaftar Kanan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Neethiya Nair a/p Vijaya Kumar |
Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen - Mgazette - 2/07 7:57 am # Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen SHAH ALAM - Lima individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen sah dan pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit antara 2021 hingga 2024 |
Polis tahan guru silat disyaki cabul anak murid 12 tahun - Mgazette - 2/07 7:57 am # Polis tahan guru silat disyaki cabul anak murid 12 tahun ALOR GAJAH - Polis menahan seorang guru silat selepas disyaki memeluk dan mencium murid perempuan berusia 12 tahun selepas insiden itu terbongkar Ahad lalu |
Khidmat Tengku Maimun, Abang Iskandar wajar disambung 6 bulan lagi .. - Mgazette - 2/07 7:57 am Situasi itu, ujarnya, susulan penekanan kepada pengiktirafan terhadap merit sebagai kriteria utama dalam pelantikan hakim serta lanjutan tempoh perkhidmatan mereka. Dalam masa sama DAP turut mengambil maklum akan berlaku banyak kekosongan dalam Mahkamah Persekutuan susulan persaraan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang telah dan bakal berlaku |
Bantahan awal Najib ditolak, rayuan Peguam Negara didengar esok - Mgazette - 2/07 7:57 am # Bantahan awal Najib ditolak, rayuan Peguam Negara didengar esok PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak untuk mengetepikan rayuan Peguam Negara terhadap keputusan terdahulu berkaitan titah adendum |
Pembatalan sebahagian undang-undang perhimpunan aman perkasakan hak berhimpun - Pejuang - Sinarharian - 2/07 12:36 am SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan kewajipan notis lima hari bagi perhimpunan aman sebagai tidak berperlembagaan disifatkan langkah memperkasakan hak rakyat untuk berhimpun secara aman.Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, keputusan itu juga memberi isyarat jelas bahawa hak kebebasan berhimpun yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(b) dan (2)(b) Perlembagaan Persekutuan terus dipertahankan."Pejuang sebagai sebuah parti yang berpaksikan hak-hak kebebasan sepertimana Perlembagaan Persekutuan menerima baik keputusan tersebut kerana ia telah menyelesaikan kemelut yang selama ini timbul akibat dua keputusan Mahkamah Rayuan yang berselisih pendapat sebelum ini."Mahkamah dan hakim-hakim merupakan benteng rakyat daripada penyalahgunaan kuasa eksekutif," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Terdahulu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tindakan menghukum individu yang gagal memaklumkan kepada polis lima hari lebih awal sebelum mengadakan perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Tambah Muhammad Rafique Rashid, keputusan yang dibuat pada saat-saat akhir tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat itu turut menjadikan kedaulatan undang-undang dan ketertinggian perlembagaan terus menjadi tumpuan.Sehubungan itu katanya, Pejuang merakamkan penghargaan kepada Tengku Maimun atas jasa beliau yang mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman dan perundangan negara.Muhammad Rafique Rashid turut menyeru rakyat agar terus mempertahankan sistem kehakiman dan keluhuran perlembagaan negara bagi memastikan prinsip asas keadilan dan perundangan tidak dicabul oleh mana-mana pihak. |
Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit tanpa lesen - Astroawani - 1/07 11:04 pm Lima individu didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen sah dan pengubahan wang haram. |
Mahkamah Persekutuan putuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak berperlembagaan - Astroawani - 1/07 9:47 pm Seksyen 9(5) PAA adalah tidak berperlembagaan, kerana tidak konsisten dengan Perkara 10(2)(b) yang dibaca bersama Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan. |
Dr Zaliha gesa henti EOT tanpa alasan munasabah untuk projek lewat - SUN - 1/07 9:31 pm LABUAN : Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menyeru semua agensi pelaksana di Wilayah Persekutuan menghentikan amalan tidak sihat memberikan had lanjutan masa (EOT) tanpa alasan kukuh kepada projek pembangunan yang lewat siap |
KDN bentang pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 di Parlimen Julai ini - SUN - 1/07 9:27 pm Sebagai langkah awal, Kabinet telah melaksanakan moratorium terhadap pendakwaan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012. Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta tersebut sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan |
KDN sedia pinda Akta Perhimpunan Aman susulan keputusan Mahkamah Persekutuan - Menteri - Sinarharian - 1/07 9:21 pm SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meneliti keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) termasuklah bersedia mempertimbangkan cadangan pindaan terhadap peruntukan undang-undang terkesan.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pertimbangan itu dibuat bagi memastikan ia selari dengan kehendak Perlembagaan selepas Mahkamah Persekutuan menetapkan seksyen itu sebagai tidak berperlembagaan.Menurutnya, kabinet sebelum ini melaksanakan moratorium terhadap sebarang pendakwaan di bawah seksyen sama."Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai langkah awal ke arah pembaharuan menyeluruh terhadap undang-undang berkaitan hak berhimpun."Sejajar dengan komitmen tersebut, KDN juga akan membentangkan pindaan terhadap Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman dalam sidang Parlimen akan datang," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Terdahulu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tindakan menghukum individu yang gagal memaklumkan kepada polis lima hari lebih awal sebelum mengadakan perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Keputusan penting itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.Saifuddin memaklumkan, kerajaan sentiasa menjunjung tinggi prinsip demokrasi dan keluhuran Perlembagaan dengan memastikan hak rakyat untuk berhimpun secara aman terus dipelihara."Sejak 2023, lebih 10,000 perhimpunan telah diadakan dan 98 peratus daripadanya berlangsung tanpa sebarang sekatan |
Wanita bergelar Datuk antara lima didakwa gubah wang haram jutaan ringgit - Sinarharian - 1/07 8:44 pm SHAH ALAM - Lima individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen sah dan pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit antara 2021 hingga 2024.Kesemua tertuduh iaitu Datuk Suhaila Semaru, 41; adiknya, Suraya, 37; Muhammad Wahbah Az-Zuhaili Mohd Ariffin, 33, dan adiknya Muhammad Syaabil Ajwad, 26, serta Mohamad Noor Syauqi Shafiee, 30, didakwa terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi syarikat XFOX Market Sdn Bhd.Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.Suhaila selaku pengarah syarikat itu berdepan 22 pertuduhan didakwa menerima, memperoleh serta memiliki wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya dianggarkan RM13 juta.Sementara itu, Suraya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu didakwa dengan 10 pertuduhan memperoleh, memiliki dan memindahkan wang dengan nilai keseluruhan kira-kira RM11.1 juta.Mohamad Noor Syauqi didakwa memperoleh dan memiliki wang berjumlah keseluruhan RM2.5 juta hasil aktiviti haram manakala Muhammad Wahbah Az-Zuhaili berdepan tujuh pertuduhan menerima, memperoleh serta menggunakan wang keseluruhan berjumlah RM10.3 juta.Muhammad Syaabil Ajwad pula didakwa tujuh pertuduhan menerima dan satu pertuduhan melupus wang hasil aktiviti haram keseluruhan bernilai RM58 juta.Kesemua perbuatan didakwa dilakukan di pelbagai cawangan bank di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya antara November 2021 hingga Julai tahun lepas.Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4 (1) akta yang sama.Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan, atau RM5 juta, mana lebih tinggi.Pada prosiding sama, Suhaila, Suraya dan Mohamad Noor Syauqi secara berasingan turut mengaku tidak bersalah atas satu lagi pertuduhan menyetujui terima deposit daripada orang awam tanpa suatu lesen sah.Kesalahan di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 itu dilakukan di Pejabat XFOX di Subang Bestari antara 12 Nov 2021 hingga 30 Julai 2024.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di bawah subseksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dibaca bersama subseksyen 249(1)(a) dan boleh dihukum di bawah seksyen 137(2) akta yang sama yang memperuntukan penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya.Timbalan Pendakwa Raya Bank Negara Malaysia (BNM) Nurdeenie Abd Rashid dan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mencadangkan kesemua tertuduh diikat jamin RM1 juta berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.Peguam Mohd Haziq Dhiyaudin Razali memohon jaminan dikurangkan mengambil kira faktor semua anak guamnya memberi kerjasama penuh kepada BNM dan polis sepanjang proses siasatan, malah tiada risiko untuk melarikan diri.Muhamad Anas membenarkan jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin berserta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 6 Ogos ini untuk sebutan semula kes |
Lima termasuk Datuk didakwa terima deposit haram jutaan ringgit - SUN - 1/07 8:42 pm SHAH ALAM : Lima individu termasuk seorang wanita bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima deposit tanpa lesen dan pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit antara 2021 hingga 2024 |
Mahkamah Persekutuan putuskan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman tidak berperlembagaan - SUN - 1/07 8:41 pm PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) yang mewajibkan penganjur perhimpunan memberi notis lima hari lebih awal kepada polis adalah tidak berperlembagaan |
Mahkamah Persekutuan tolak bantahan Najib dalam kes dokumen tambahan - SUN - 1/07 8:22 pm PUTRAJAYA : Mahkamah Persekutuan hari ini menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung rayuan Peguam Negara mengenai dokumen tambahan yang didakwa membolehkannya menjalani hukuman penjara di rumah |
Keputusan notis perhimpunan aman kemenangan buat rakyat Malaysia - Bersih - Sinarharian - 1/07 8:19 pm SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan disifatkan satu kemenangan penting bagi rakyat Malaysia.Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berkata, keputusan itu juga satu pengiktirafan bahawa undang-undang tersebut tidak seharusnya digunakan untuk mengekang suara rakyat atau menghukum mereka yang ingin menyatakan pendirian secara aman di ruang awam."Kes itu berpunca daripada cabaran undang-undang oleh aktivis Amir Abdul Hadi yang telah didakwa di bawah Seksyen 9(5) kerana didakwa gagal memberikan notis kepada pihak berkuasa sebelum menganjurkan protes terhadap isu kapal tempur pesisir (LCS) di hadapan Kompleks Sogo pada tahun 2022."Tahniah kami ucapkan kepada saudara Amir dan pasukan guamannya atas keberanian dan kecekalan mereka dalam memperjuangkan hak asasi rakyat Malaysia," katanya dalam dalam kenyataan pada Selasa.Terdahulu, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa tindakan menghukum individu yang gagal memaklumkan kepada polis lima hari lebih awal sebelum mengadakan perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.Keputusan penting itu dibuat secara sebulat suara oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.Bersih menegaskan bahawa kemenangan tersebut tidak seharusnya berakhir di mahkamah sahaja, sebaliknya mesti menjadi pemangkin kepada reformasi menyeluruh terhadap Akta Perhimpunan Aman."Undang-undang itu perlu dikaji semula dan dipinda agar ia benar-benar mencerminkan semangat Perlembagaan serta memenuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa," ujarnya.Tambah Bersih, lebih mustahak, proses pindaan tersebut mesti dilakukan dengan penglibatan menyeluruh dan bermakna daripada pemegang taruh seperti masyarakat sivil, pengamal undang-undang dan pihak berkepentingan lain.Menurutnya, penglibatan itu tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa pada saat akhir atau sekadar sebagai satu ritual tanda semak yang tidak membawa sebarang makna substantif."Bersih berpandangan suara rakyat mesti didengar dan dihormati sejak awal proses perundangan dan bukan selepas segalanya telah diputuskan."Sering kali, keputusan rakyat untuk turun berhimpun disambut dengan gesaan supaya mereka menggunakan saluran betul," ujarnya.Menurut Bersih, perhimpunan aman bukan langkah terakhir ataupun ancaman, sebaliknya ekspresi langsung suara rakyat yang harus dihormati dan dilindungi dan bukannya disekat atau dipersoalkan kesahihannya.Justeru, Bersih menyeru Kerajaan Madani untuk membuktikan komitmen terhadap janji reformasi dengan memastikan bahawa pindaan kepada Akta Perhimpunan Aman dilakukan secara telus, inklusif dan selari dengan semangat keputusan Mahkamah Persekutuan.Ini kerana katanya, sebahagian daripada mereka yang kini berada di tampuk kuasa juga pernah merasai sendiri keperitan disekat daripada berhimpun dan ditekan kerana bersuara."Kepada rakyat Malaysia pula, jangan tunduk, jangan bisu, jangan takut! Suara anda adalah senjata paling ampuh dalam menuntut perubahan."Setiap perubahan besar bermula dengan keberanian orang biasa yang enggan berdiam diri," kata kenyataan itu lagi. |
PDRM rampas 5,051 senjata tiruan bernilai RM4.16 juta - Sinarharian - 1/07 7:12 pm KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 5,051 laras senjata api tiruan bernilai RM4.16 juta dalam serbuan ke atas tujuh premis di ibu negara, Selangor dan Johor pada Isnin.Menerusi Op Taring Bravo 3 (Senjata Tiruan) yang dilaksanakan oleh Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), enam individu telah ditahan.Kesemua yang ditahan terdiri daripada dua lelaki warga tempatan dan empat warga asing berusia antara 28 hingga 40 tahun.Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, operasi pertama melibatkan dua premis di sekitar Kepong, Kuala Lumpur, yang menyaksikan empat lelaki warga asing ditahan."Hasil serbuan itu, sebanyak 4,983 laras senjata tiruan berjaya dirampas dengan nilai keseluruhan RM4.11 juta."Pemeriksaan lanjut turut menemukan 1,400 kotak mengandungi pelbagai jenis makanan ringan yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan di bawah Akta Makanan 1983," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Mengulas lanjut, Azmi berkata, dalam operasi kedua, dua premis perniagaan di Bandar Baru Bangi, Selangor telah diserbu dan seorang lelaki ditahan bersama rampasan 53 laras senjata api tiruan bernilai RM31,520."Serbuan turut dilakukan di sebuah kediaman di Batu Pahat, Johor, yang membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan serta rampasan 15 laras senjata tiruan bernilai RM15,000."Siasatan awal mendapati kesemua senjata api tiruan tersebut disimpan bagi tujuan jualan kepada orang awam," katanya.Tambah beliau, premis-premis perniagaan yang diserbu tidak memiliki lesen sah daripada pihak berkuasa tempatan."Siasatan juga mendapati modus operandi sindiket adalah menjalankan jualan senjata api tiruan melalui platform dalam talian sejak beberapa bulan lalu," katanya.Azmi menjelaskan, operasi ini dilancarkan susulan beberapa kejadian jenayah melibatkan penggunaan senjata api tiruan oleh suspek."Operasi ini juga bertujuan mengelakkan penyalahgunaan senjata tiruan yang boleh menimbulkan ketakutan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat," katanya.Beliau turut memberi amaran kepada pengendali platform media sosial dan dagangan agar tidak menjual barangan yang menyalahi undang-undang."Orang awam juga dinasihatkan agar tidak terlibat dalam pembelian atau penyimpanan senjata api tiruan dan segera melaporkan kepada polis sekiranya mengetahui aktiviti penjualan senjata tersebut," ujarnya.Kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1969, Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Seksyen 26(1)(a) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, dan Peraturan 32B Peraturan-Peraturan Makanan 2007.Dalam pada itu, Azmi memaklumkan bahawa sebanyak 153 serbuan telah dilancarkan oleh WCB/PSK Bukit Aman di seluruh negara dengan 233 individu ditahan atas pelbagai kesalahan melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penjualan senjata tiruan, penyeludupan hidupan liar dan sisa elektronik (e-waste) sepanjang tempoh Januari hingga Isnin lalu."Sepanjang tempoh itu, rampasan bernilai RM433.35 juta telah dilakukan |
Tempoh perkhidmatan Tengku Maimun wajar dilanjutkan - DAP - Sinarharian - 1/07 6:44 pm SHAH ALAM - Tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang dijadualkan bersara masing-masing pada Selasa dan Rabu wajar disambung selama enam bulan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Parti Tindakan Demokratik (DAP) menerusi laman Facebook berkata, ini kerana mereka telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dan penuh integriti.Menurutnya, walaupun lanjutan seperti ini bukan satu hak yang automatik namun terdapat lanjutan diberikan kepada hakim-hakim kanan terdahulu selepas persaraan wajib mereka."Kami mengambil maklum perkara tersebut dan tidak melihat sebarang sebab mengapa perkara sama tidak boleh diterapkan kepada Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan pada masa ini."Harus ditekankan bahawa sokongan DAP terhadap lanjutan perkhidmatan hakim-hakim tersebut bukanlah bertujuan untuk mempolitikkan isu ini sebaliknya ia merupakan satu pengiktirafan tulen terhadap sumbangan mereka dalam pembangunan dan pembaharuan institusi Kehakiman yang merupakan salah satu keutamaan kerajaan Madani," katanya pada Selasa.Tambah kenyataan itu, lanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan memperkukuh komitmen kerajaan terhadap penambahbaikan pentadbiran keadilan dan institusi Kehakiman."Ia dilihat berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka dengan penekanan kepada pengiktirafan terhadap merit sebagai kriteria utama dalam pelantikan hakim serta lanjutan tempoh perkhidmatan," ujarnya.CWC DAP turut mengambil maklum akan berlaku banyak kekosongan dalam Mahkamah Persekutuan susulan persaraan hakim-hakim yang telah dan bakal berlaku."Oleh sebab itu, menjadikan satu keperluan untuk mengekalkan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan sedia ada sebagai langkah penting bagi memastikan proses peralihan pelantikan baharu ke Mahkamah Persekutuan berjalan dengan lancar."Keyakinan orang ramai terhadap institusi Kehakiman adalah amat penting dan kami sekali lagi menegaskan bahawa lanjutan tempoh perkhidmatan hakim-hakim tersebut adalah selaras dengan agenda reformasi kerajaan Madani," ulasnya. |
Suami isteri didakwa palsukan dokumen tuntut insurans - Sinarharian - 1/07 6:05 pm KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas satu pertuduhan memalsukan dokumen yang kononnya dikeluarkan sebuah pusat pakar mata bagi menuntut insurans.Pengurus operasi sebuah syarikat swasta, M Prabagaran, 42, dan isterinya B Parimala, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.Mengikut pertuduhan, mereka masing-masing didakwa memalsukan resit, invois dan 'hospitalisation claim form' yang kononnya dikeluarkan sebuah pusat pakar mata dengan menggunakan dokumen itu dalam sistem sebuah syarikat insurans bagi tujuan tuntutan.Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat insurans terbabit di Jalan Ampang di sini, antara 18 November 2020 hingga 25 Januari lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Shakira Aliana Alias memohon Prabagaran diikat jamin RM10,000 sementara isterinya RM15,000."Ia termasuk syarat tambahan, menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai," katanya.Bagaimanapun, peguam, Selvaakumaran Subramaniam yang mewakili pasangan itu merayu kadar jaminan dikurangkan kerana kedua-dua tertuduh mempunyai seorang anak berumur tiga tahun serta ibu bapa yang uzur."Mereka memberi kerjasama baik sepanjang siasatan dijalankan," katanya.Selepas mendengar permohonan terbabit, Hakim Azrul membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 20 Ogos. |
Tahanan di rumah: Mahkamah Persekutuan tolak bantahan Najib terhadap rayuan Peguam Negara - Astroawani - 1/07 6:00 pm Mahkamah Persekutuan menolak bantahan awal dikemukakan Najib terhadap rayuan Peguam Negara berhubung kewujudan satu dokumen tambahan yang didakwa membolehkan belia jalani tahanan di rumah. |
Sebutan permohonan lucut hak Menara Ilham 6 Ogos depan - Sinarharian - 1/07 4:59 pm PUTRAJAYA - Sebutan kes permohonan Lucut Hak Menara Ilham di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 telah ditetapkan pada 6 Ogos ini.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa, memaklumkan pendengaran dan sebutan kes itu akan berlangsung pada jam 9 pagi oleh Pendaftar Kanan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur V K Neethiya Nair."SPRM pada 25 Mei lalu telah memohon untuk Lucut Hak Tanpa Pendakwaan Menara Ilham di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 dan telah dibenarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ahmad Akram Gharib."Pada tarikh yang sama, proses pemfailan kes baharu Permohonan Lucut Hak Menara Ilham di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga telah diluluskan," katanya.Sementara itu, SPRM akan bekerjasama dengan agensi luar negara di Amerika Syarikat untuk mendapatkan bantuan bagi pemfailan kes terhadap aset-aset kepunyaan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, isterinya Toh Puan Nai'mah Abdul Khalid dan proksinya di sana.Menara Ilham itu didakwa milik bekas Menteri Kewangan, Tun Daim.Juga dikenali sebagai Menara IB (Ilham Baru), bangunan yang mempunyai 60 tingkat itu siap dibina pada 2015.Ia menempatkan hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata.Sebanyak 33 tingkat untuk kegunaan pejabat manakala selebihnya pula merupakan apartmen. |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |