| /// |
|
| Search : Lembaga Pengampunan News | Page 1 |
|
Kesilapan itu amat ketara – Peguam Negara - Mygazette - 9/11 3:20 pm Beliau kemudian mula menjalani hukuman di Penjara Kajang pada hari sama. Najib mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 2 September 2022 sebelum permohonannya dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 29 Januari 2024 |
|
Pendaftar mahkamah boleh keluarkan perintah pelepasan baharu secara `Slip .. - Mygazette - 9/11 3:20 pm # Pendaftar mahkamah boleh keluarkan perintah pelepasan baharu secara `Slip Rule' - peguam KUALA LUMPUR - Seorang peguam berpandangan, Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur boleh mengeluarkan perintah pelepasan baharu bagi meleraikan kekeliruan terhadap isu pelepasan tahanan rumah melibatkan Datuk Seri Najib Razak |
|
Kerajaan Madani wajib siasat sumber dana pembayaran denda RM50 juta Najib - Kadir Jasin - Sinarharian - 9/11 1:26 pm SHAH ALAM - Pihak berkuasa digesa supaya menyiasat jejak wang RM50 juta yang digunakan untuk membayar denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengenal pasti sumber dana itu diperoleh.Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) wajar menyiasat perkara tersebut.Menurut beliau, siasatan berkenaan penting memandangkan wujud dakwaan wang digunakan untuk membayar denda tersebut dikaitkan dengan pemberian seorang ahli perniagaan yang mempunyai kaitan dengan bekas Presiden UMNO itu."Dalam konteks inilah, Kerajaan Madani yang antisakau wajib melakukan siasatan bagi memastikan sumber duit denda RM50 juta itu."Boleh jadi ia bukan daripada seorang ahli perniagaan yang didakwa tapi tauke-tauke lain yang juga mendapat kontrak dan konsesi berbilion-bilion ringgit daripada Mohd Najib," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Istana Negara dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, sebarang hujah mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib disifatkan menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.Jelas kenyataan itu, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu sudah dipenuhi dan pelaksanaannya tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.Pada Jumaat, media melaporkan UMNO mengesahkan proses pembayaran denda RM50 juta sudah diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian dilapor menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenankan Sultan Ibrahim.AGC dipetik berkata, penangguhan dibuat susulan timbul persoalan perundangan bagi tafsiran perintah itu, terutama mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Pada 18 September lalu, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sudah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. |
|
CEO Nvidia Mengaku Curang, Terpalit Dakwaan Jerat ‘Cinta’ Risikan China - Vocket - 9/11 11:30 am Lembaga pengarah gergasi semikonduktor, NVIDIA, pada Ahad mengumumkan pelancaran siasatan bebas terhadap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) merangkap pengasas bersama syarikat itu, Jensen Huang, susulan pendedahan.. |
|
Peguam Negara didesak letak jawatan – Mutalif Peguam Negara didesak .. - Mygazette - 9/11 8:06 am MASJID TANAH - UMNO Bahagian Petaling Jaya mendesak Peguam Negara meletakkan jawatan serta-merta bagi membolehkan siasatan berhubung kontroversi pelaksanaan titah tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak dijalankan tanpa sebarang halangan |
|
Pengampunan diraja: Tafsiran, Perlembagaan dan undang-undang - Utusan - 9/11 8:00 am PERINTAH pengampunan diraja yang dilaporkan melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan persoalan mengenai kuasa perlembagaan, tafsiran undang-undang dan akauntabiliti pentadbiran |
|
Asiah sifatkan kesilapan dalam perintah pelepasan Najib sangat dahsyat - Wrlr - 9/11 7:43 am Asiah sifatkan kesilapan dalam perintah pelepasan Najib sangat dahsyat Bahasa 'rojak', tiga versi nama Najib dalam satu dokumen Oleh Harris Nasril Peguam Asiah Abd Jalil menyifatkan satu kesilapan yang ditemuinya dalam salinan perintah pelepasan Datuk Seri Najib Razak sebagai sangat dahsyat |
|
Konflik kepentingan: Peguam Negara perlu letak jawatan - Harakahdaily - 8/11 11:28 pm KUALA LUMPUR: Kontroversi berhubung titah pengampunan membabitkan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak mencetuskan isu konflik kepentingan apabila puluhan laporan polis dibuat terhadap Peguam Negara |
|
AG disiasat, siapa berkuasa tentukan pertuduhan? - Harakahdaily - 8/11 10:46 pm KUALA LUMPUR: Laporan polis besar-besaran terhadap Peguam Negara (AG) berhubung isu Perintah Pengampunan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak menjelaskan keperluan pengasingan kuasa dalam proses siasatan dan pendakwaan bagi mengelakkan berlakunya konflik kepentingan |
|
Siasatan terhadap Peguam Negara boleh dikendalikan SG – Peguam - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Siasatan terhadap Peguam Negara boleh dikendalikan SG - Peguam KUALA LUMPUR - Penilaian kertas siasatan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berhubung isu pelaksanaan perintah pengampunan Datuk Seri Najib Razak wajar dikendalikan oleh Peguam Cara Negara (SG) bagi mengelakkan konflik kepentingan |
|
Kediaman Najib di Langgak Duta lengang - Mygazette - 8/11 10:24 pm KUALA LUMPUR - Pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, di sini, dilihat lengang setakat ini ketika perhatian tertumpu kepada perkembangan terbaharu berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap beliau |
|
Perbezaan pendirian parti tidak jejas pentadbiran Kerajaan Perpaduan .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Perbezaan pendirian parti tidak jejas pentadbiran Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid ISTANBUL - Perbezaan pandangan dan pendirian politik antara parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak menjejaskan kelancaran pentadbiran kerajaan, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi |
|
AG tidak wajar cipta tafsiran perlembagaan baharu yang bercanggah dgn YDPA .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm # AG tidak wajar cipta tafsiran perlembagaan baharu yang bercanggah dgn YDPA KUALA LUMPUR - Peguam Negara (AG) bertanggungjawab melaksana dan memudahcara keputusan yang telah dibuat mengikut Perlembagaan, bukan untuk mencipta tafsiran baharu yang bercanggah dengan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) |
|
PM arah Peguam Negara menghadap Agong - Mygazette - 8/11 10:24 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd |
|
Penjara Kajang tenang, tiada pergerakan Najib dibawa pulang ke Langgak Duta - Mygazette - 8/11 10:24 pm Hari ini, Istana Negara menerusi kenyataan memaklumkan, titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau. Menurut Istana Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya pada 18 September 2026 telah meneliti petisyen Najib mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan |
|
KDN laksana apa jua keputusan, tertakluk nasihat AGC -Saifuddin - Mygazette - 8/11 10:24 pm "Jadi, kami tertakluk kepada nasihat perundangan Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang kerajaan. "Di peringkat kami, kami telah melakukan semua perkara untuk melaksanakan apa juga keputusan, baik di peringkat Lembaga Pengampunan ataupun di peringkat arahan mahkamah," katanya semasa sidang media di Kulim, Kedah, hari ini |
|
Tak salah bantu permudahkan urusan Najib selagi dibenar syarak – .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Tak salah bantu permudahkan urusan Najib selagi dibenar syarak - Nik Abduh KUALA LUMPUR - Sebarang tindakan dan usaha membantu memudahkan kesukaran Datuk Seri Najib Tun Razak mendapatkan hak yang dibenarkan juga dianggap sebagai satu amalan berpahala selain sumbangan wang ringgit |
|
Tiada mahkamah, AG boleh buka semula cara YDPA laksana kuasa –... - Mygazette - 8/11 10:24 pm "Perkara Kuasa itu milik Seri Paduka Baginda semata-mata. Tiada mana-mana mahkamah, apatah lagi Peguam Negara, yang berhak membuka semula cara Seri Paduka Baginda melaksanakan kuasa itu setelah Baginda menerima nasihat Lembaga Pengampunan, yang turut disertai secara aktif oleh Peguam Negara sendiri," katanya |
|
Isu Najib: KJ gesa Peguam Negara bercuti serta-merta - Mygazette - 8/11 10:24 pm Khairy berkata, beliau turut menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang dikeluarkan melalui kenyataan Istana Negara berhubung isu berkenaan. Katanya, beliau menghormati hak perlembagaan Yang di-Pertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan untuk memberikan pengampunan |
|
Penjelasan mahkamah perlu, bukan cabar titah Agong – AGC - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Penjelasan mahkamah perlu, bukan cabar titah Agong - AGC KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius dakwaan bahawa Peguam Negara bertindak melampaui bidang kuasa, mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong, mengetepikan perintah mahkamah serta menyebabkan penahanan Datuk Seri Najib Razak secara tidak sah berhubung penangguhan sementara pelaksanaan tahanan di rumah |
|
UMNO Selayang khuatir wujud `tangan ghaib’ campur urusan tahanan .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm # UMNO Selayang khuatir wujud `tangan ghaib' campur urusan tahanan rumah Najib KUALA LUMPUR - UMNO Bahagian Selayang berharap tidak wujud `tangan-tangan ghaib' yang mencampuri urusan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga menghalang pelaksanaannya disegerakan meskipun denda RM50 juta telah dibayar |
|
Siasat Peguam Negara, kertas siasatan akhirnya kembali ke AGC Siasat .. - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Siasat Peguam Negara, kertas siasatan akhirnya kembali ke AGC KUALA LUMPUR - Seorang peguam mempersoal hala tuju siasatan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohd |
|
Pengampunan diraja bukan bahan pertikaian berpanjangan – MIC - Mygazette - 8/11 10:24 pm # Pengampunan diraja bukan bahan pertikaian berpanjangan - MIC KUALA LUMPUR - MIC menggesa semua pihak termasuk institusi kerajaan dan pihak yang terlibat dalam proses perundangan supaya menghormati serta menjunjung tinggi titah dan keputusan pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak |
|
Najib: UMNO PJ desak siasatan menyeluruh, buat laporan polis terhadap AG - Mygazette - 8/11 10:24 pm Mereka turut membangkitkan persoalan mengenai peranan dan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) selepas pelaksanaan tahanan di rumah Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat. Abdul Mutalif berkata, laporan berkenaan bertujuan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti kesahihan dokumen asal pengampunan, syarat yang ditetapkan serta asas perundangan yang digunakan oleh pihak berkaitan dalam melaksanakan keputusan Lembaga Pengampunan |
|
Sokong pengampunan Najib bukan bermakna sokong rasuah - Harakahdaily - 8/11 10:21 pm KUALA LUMPUR: Sokongan terhadap pengampunan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd Razak tidak bermakna menyokong rasuah, sebaliknya ia perlu dilihat dari sudut empati serta penghormatan terhadap undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan |
|
Wan Ahmad Fayhsal jangan lebih sudu daripada kuah - Ketua Penerangan Armada - Sinarharian - 8/11 8:38 pm KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diingatkan tidak lebih sudu daripada kuah dalam memperjuangkan agenda tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, pendirian Wan Ahmad Fayhsal berhubung isu berkenaan dilihat bercanggah dengan kritikan lantang beliau terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini.Menurutnya, terdapat ironi apabila Wan Ahmad Fayhsal yang sebelum ini lantang mengkritik isu 1MDB kini dilihat memperjuangkan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri itu."Negara dan generasi muda tidak lupa rekod penulisan beliau sebelum ini yang sangat ekstensif, tajam dan lantang di media sosial serta portal analitis."Kupasan beliau yang secara khusus membongkar struktur hutang 1MDB, isu bon Goldman Sachs dan peranan syarikat cengkerang untuk menyeleweng dana rakyat adalah manifestasi idealisme anak muda yang tidak sepatutnya dicairkan, diubah hala atau dikompromikan hari ini demi sebarang perkiraan politik jangka pendek," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini menyatakan kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat pihak bertanggungjawab mengarahkan penghentian proses pemindahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kediamannya di Jalan Langgak Duta untuk menjalani tahanan rumah.Ujar beliau, kerajaan perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan berpatah balik itu selepas jentera kerajaan didakwa sudah bergerak untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong.Sehubungan itu, Ahli Parlimen Machang itu turut mengemukakan beberapa persoalan yang perlu dijawab kerajaan, termasuk pihak yang mengarahkan Ketua Pengarah Penjara menghentikan proses pemindahan yang sedang berjalan.Selain itu, beliau mempersoalkan peruntukan undang-undang yang membolehkan AGC menangguhkan pelaksanaan perintah pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut meminta penjelasan sama ada Perdana Menteri atau mana-mana Menteri terlibat atau dimaklumkan terlebih dahulu sebelum keputusan berkenaan dibuat.Harris berkata demikian ketika mengulas kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendesak kerajaan memberikan penjelasan berhubung isu penangguhan pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap Najib."Wan Ahmad Fayhsal juga perlu mengelakkan diri daripada dilihat lebih cenderung daripada UMNO sendiri dalam memperjuangkan agenda membabitkan individu yang dikaitkan dengan krisis integriti terbesar negara."Fokus perjuangan dan jati diri politik anak muda seharusnya jelas dengan berpaksikan penolakan terhadap sebarang bentuk salah laku rasuah serta penyelewengan dana awam," katanya.Bagaimanapun, beliau menegaskan ARMADA tetap menghormati keputusan Lembaga Pengampunan dan pelaksanaannya mengikut ketetapan serta prosedur yang sah."ARMADA menegaskan bahawa kritikan dan pembuktian ketidakselarasan pendirian terhadap Wan Ahmad Fayhsal sama sekali tidak mempertikaikan kuasa mutlak institusi Yang di-Pertuan Agong."Sebaliknya, kami kekal menjunjung tinggi kedaulatan Perlembagaan serta institusi beraja negara," katanya. |
|
Islam mengajar umatnya menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Wrlr - 8/11 7:11 pm Islam mengajar umatnya menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa |
|
Perbezaan pendirian parti tak jejas pentadbiran kerajaan perpaduan, kata Zahid - FMT - 8/11 6:34 pm TPM berkata, hubungan kerja BN-PH dalam kerajaan kekal baik, susulan isu pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak. |
|
'Mengapa Peguam Negara berubah-ubah pendirian, ini tak munasabah' - Apandi Ali - Sinarharian - 8/11 3:03 pm SHAH ALAM - Keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah amat jelas dan tidak boleh disalah tafsir.Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keputusan tersebut perlu dilaksanakan mengikut apa yang sudah diputuskan tanpa sebarang penyimpangan.Menurut beliau, Perkara 42(9) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa sebelum memberikan nasihat mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan dikehendaki mempertimbangkan pendapat bertulis yang mungkin sudah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenainya."Sudah tentu pandangan Peguam Negara bagi tujuan pengampunan itu mestilah memihak kepada pemberian pengampunan berkenaan."Jadi, mengapa Peguam Negara kini seolah-olah berubah-ubah pendirian berhubung perkara pengampunan? Keadaan ini amat tidak munasabah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau dalam masa sama bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bahawa tiada sebarang ambiguiti dalam keputusan Lembaga Pengampunan.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraMohamed Apandi menambah, di bawah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi, sementara Perkara 5 pula memperuntukkan hak berkenaan kebebasan diri."Undang-undang terpakai kepada semua pihak, rujuk Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan," ujar beliau.Untuk rekod, Perkara 8(1) antara lain menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan pada September lalu memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Pada Jumaat lalu, peguam Najib iaitu Muhammad Farhan Shafee mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu selesai melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada Julai 2020, Najib yang disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun yang kemudian dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.Bagaimanapun pada 2 Februari 2024, Urus Setia Lembaga Pengampunan mengumumkan Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara iaitu dari 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta. |
|
'Lebih afdal guna 'transfer' berbanding 'discharge' dalam surat perintah mahkamah Najib' - Liyana - Sinarharian - 8/11 2:36 pm SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perlu memberikan penjelasan lanjut berhubung penggunaan perkataan 'discharge' dan makna di sebaliknya dalam dokumen Perintah Mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Aktivis politik yang juga bekas Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Marzuki berkata, timbul pertikaian apabila perkataan 'discharge' dan 'forthwith' digunakan di mana menurut istilah perundangan, ia bermaksud 'dilepaskan serta-merta'.Hal ini menurutnya, ia seolah-olah memberi makna bahawa Najib mesti dilepaskan serta-merta dan terus bebas setelah membayar denda RM50 juta pada Jumaat lalu."Walhal Perintah Pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hanya memberikan pengampunan secara tahanan di rumah, bukannya pengampunan penuh."Baginda betul dengan mengatakan tiada keraguan dalam Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut |
|
Tahanan rumah Najib perlu penjelasan kehakiman - Sinarharian - 8/11 2:20 pm SHAH ALAM - Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Projek SAMA), Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) serta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa semua pihak memberi ruang kepada proses perundangan sewajarnya.Gesaan itu bagi menyelesaikan segala kekaburan undang-undang berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Dalam satu kenyataan bersama, ketiga-tiga organisasi itu berkata, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilihat sudah mengenal pasti secara teliti satu kekaburan serius, jika bukan kesilapan, dalam Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 6 November yang boleh menyebabkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International dilepaskan.Menurut kenyataan itu, sama ada kekaburan atau kesilapan berkenaan disengajakan atau sebaliknya, ia sudah melangkaui pemahaman umum mengenai keputusan Lembaga Pengampunan berhubung tahanan rumah Najib."Malah, secara ironinya, jika Najib dilepaskan secara tidak sah daripada hukuman dalam kes SRC, hukuman penjara 15 tahun terhadapnya dalam kes 1MDB-Tanore sepatutnya bermula serta-merta," menurut kenyataan itu pada Ahad.Kenyataan itu turut menegaskan bahawa sebarang usaha menjadikan kekaburan atau kesilapan berkenaan tidak boleh dicabar di mahkamah akan menjejaskan prinsip kedaulatan undang-undang serta mengubah asas Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan berteraskan demokrasi berparlimen.Menurut mereka, perbezaan tafsiran terhadap peruntukan perlembagaan dan undang-undang antara institusi adalah perkara biasa, justeru badan kehakiman diperlukan untuk mentafsir dan menjadi penimbang tara."Menafikan peluang AGC mendapatkan penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan serta membolehkan kekaburan itu diperbetulkan oleh mahkamah akan menjejaskan kedaulatan undang-undang," menurut kenyataan.Keadaan itu juga, menurut kenyataan berkenaan, boleh menghakis keyakinan masyarakat dan antarabangsa terhadap tadbir urus serta ekonomi Malaysia."Tiada individu atau institusi yang bertindak dengan niat baik sepatutnya takut kepada ketelusan dan kejelasan yang dibawa melalui perbicaraan kehakiman," menurut kenyataan itu.Mereka berkata, sekiranya tahanan rumah Najib adalah berperlembagaan dan mempunyai asas kehakiman yang kukuh, tempoh menunggu yang singkat akhirnya akan memberi manfaat kepadanya dari sudut pandangan masyarakat.Kenyataan itu turut menyebut Najib sudah menyebabkan negara menanggung kerugian RM2.32 bilion menerusi kes SRC dan 1MDB-Tanore, justeru beliau perlu mengelak daripada mendesak proses berkenaan dipercepatkan sehingga menjejaskan lagi kedaulatan undang-undang serta keyakinan awam terhadap demokrasi berparlimen.Menurut mereka, tiada tekanan politik atau kempen awam sepatutnya digunakan untuk mempercepatkan pelaksanaan sesuatu perintah yang status perundangannya masih belum dimuktamadkan."Kepercayaan awam menuntut supaya setiap kekaburan diselesaikan secara telus dan mengikut undang-undang sebelum tahanan rumah Najib dilaksanakan," kata mereka.DALAM pada itu, Projek SAMA, C4 Center dan Bersih berkata, AGC sepatutnya mendedahkan kepada umum pendapat bertulis Peguam Negara berhubung permohonan tahanan rumah Najib.Mereka berpandangan masyarakat berhak mengetahui bagaimana tahanan rumah Najib dikawal selia dan asas perundangan yang membolehkannya dilaksanakan."Walaupun agak lewat, tindakan AGC mengenal pasti kekaburan atau kesilapan berkaitan istilah 'pelepasan' itu wajar dipuji |
|
Pas, UMNO Shah Alam buat laporan polis terhadap Peguam Negara - Sinarharian - 8/11 1:25 pm SHAH ALAM - Pas dan UMNO Bahagian Shah Alam membuat laporan polis terhadap Peguam Negara berhubung penangguhan pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya percaya Peguam Negara tidak mempunyai sebarang kuasa di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk menangguhkan perlaksanaan kepada titah pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong tersebut."Kita lihat kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara menunjukkan bahawa tindakan tersebut boleh dikira sebagai pengingkaran terhadap titah Yang Dipertuan Agong."Jadi hari ini kita hadir bagi kita (menyatakan) bahawa tindakan penangguhan tersebut adalah pengingkaran dan laporan polis ini kita minta supaya pihak polis menyiasat sepenuhnya terhadap Peguam Negara dan kenyataan media (oleh AGC) yang menangguhkan titah pengampunan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di sini pada Ahad.Kelmarin, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan sementara terhadap pelaksanaan tahanan rumah Najib bagi meneliti tafsiran undang-undang berkaitan Perintah Pengampunan Bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Kenyataan itu dibuat selepas denda sebanyak RM50 juta yang dikenakan sebagai syarat utama telah dibayar sepenuhnya selepas Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September mencapai sasaran ditetapkan.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraSementara itu Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, penangguhan sementara perintah tahanan rumah terhadap Najib adalah sesuatu yang mengejutkan dan dianggap sebagai keputusan yang luar biasa dibuat oleh AGC."Pada asalnya kita gembira (dengan perintah tahanan rumah Najib) namun gembira itu sekejap sahaja dan kita dukacita apabila dapat keputusan tidak dijangka (oleh AGC) boleh berlaku."Ia seolah menjadi satu 'precedent' atau duluan kes untuk akan datang yang mana titah (baginda Yang Dipertuan Agong) boleh dicabar atau boleh disemak semula," katanya. |
|
Pilihan raya Melaka: Unik dan Mendebarkan - Msomelayu - 8/11 12:37 am RENCANA KHAS TANGGAL 14 November, Sabtu depan, seramai 687,697 orang yang berdaftar sebagai pemilih di Melaka akan membuat pilihan bagi membolehkan kerajaan baharu Melaka untuk lima tahun akan datang dibentuk |
|
Pemuda UMNO Johor gesa Peguam Negara berundur - Sinarharian - 8/11 11:04 am JOHOR BAHRU Pemuda UMNO Johor menggesa Peguam Negara berundur secara terhormat susulan dakwaan ketidakcermatan dan kelalaian dalam menguruskan pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketuanya, Noor Azleen Ambros melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan cara Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengendalikan pelaksanaan keputusan berkenaan yang didakwa memberi gambaran seolah-olah wujud usaha mengetepikan keputusan Lembaga Pengampunan."Kenyataan Istana Negara pada 7 November lalu membuktikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab baginda mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan."Pemuda UMNO Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang teguh dan berpendirian terhadap keputusan Lembaga Pengampunan pada 18 September berhubung pengurangan hukuman ke atas Najib," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, ketidakcermatan dalam pengendalian perkara itu turut menyebabkan Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan masing-masing pada 7 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar.Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara mengambil tanggungjawab dengan melepaskan jawatannya.Katanya, laporan polis juga sudah dibuat terhadap Peguam Negara dan pengunduran itu dilihat lebih wajar bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus serta berintegriti.Isu pelaksanaan tahanan rumah Najib menjadi perhatian selepas timbul persoalan berhubung pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan bertarikh 18 September.Pada 7 November lalu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan itu, manakala Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menjelaskan perkara berkenaan.Perkembangan itu menyusul selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini memaklumkan pelaksanaan tahanan rumah Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kedudukan undang-undang perintah berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segera |
|
Tahanan Rumah Najib: Kenapa AGC Baru Bersuara Selepas Perintah Mahkamah Dikeluarkan? - Rotikaya - 8/11 9:53 am Kenapa Jabatan Peguam Negara (AGC) tiba-tiba mahu menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah Datuk Seri Najib Tun Razak, sedangkan Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pengampunan bersyarat sejak 18 September lalu? Itu antara.. |
|
Tiada keperluan AG diarah menghadap Agong, kata Asyraf - FMT - 7/11 11:08 pm Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, kata Perlembagaan memperuntukkan kuasa pengampunan terletak pada Agong dan dilaksanakan menerusi lembaga pengampunan. |
|
Tiada keperluan AG diarah menghadap Agong, kata Asyraf - Hotfm - 7/11 11:08 pm Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, kata Perlembagaan memperuntukkan kuasa pengampunan terletak pada Agong dan dilaksanakan menerusi lembaga pengampunan. |
|
Tahanan rumah Najib: Laksana titah Agong atau letak jawatan - Wan Saiful - Sinarharian - 7/11 10:23 pm KOTA MELAKA - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar perlu melepaskan jawatan sekiranya tidak bersedia melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Presiden Parti Wawasan Negara (Wawasan), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, tindakan mempersoalkan titah berkenaan atas alasan terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan tidak munasabah, malah disifatkan sebagai usaha melengahkan pelaksanaannya.Beliau berkata, Peguam Negara yang juga anggota Lembaga Pengampunan sepatutnya mengemukakan sebarang kekeliruan ketika mesyuarat lembaga itu berlangsung dan bukannya membangkitkannya selepas keputusan dibuat.Menurut Pengarah Pilihan Raya Wawasan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka itu, perkembangan berkenaan menimbulkan persoalan mengenai kesediaan Peguam Negara untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong."Kenapa tak logik? Sebab Peguam Negara duduk dalam Lembaga Pengampunan |
|
Peguam gesa Komisioner Jeneral Penjara segera pindahkan Najib ke Langgak Duta - Sinarharian - 7/11 7:49 pm SHAH ALAM Firma guaman Tetuan Shafee & Co yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Komisioner Jeneral Penjara memindahkan anak guamnya ke kediamannya di No. 11, Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur dengan segera sebagaimana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Peguamnya, Muhammad Farhan Shafee berkata, pihaknya turut menggesa Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik keputusan penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah berkenaan serta-merta."Perintah Seri Paduka Baginda mesti dilaksanakan hari ini."Pendirian anak guam kami berhubung kesan undang-undang Perintah Pengampunan Bersyarat secara keseluruhannya dan berkaitan hukuman yang dikenakan ke atas beliau kekal terpelihara, begitu juga semua hak beliau," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Dalam masa sama, Muhammad Farhan memaklumkan bahawa beliau mewakili anak guamnya merafak sembah menjunjung kasih atas titah yang dikeluarkan oleh Istana Negara pada jam 11.45 pagi.Menurutnya, titah tersebut menjelaskan bahawa mesyuarat Lembaga Pengampunan yang mempersembahkan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan Perintah Pengampunan Bersyarat turut dihadiri oleh Peguam Negara.Selain itu, katanya, titah berkenaan menegaskan bahawa perintah tersebut adalah "jelas, nyata dan tanpa sebarang kekaburan" serta tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain yang melibatkan Najib.Muhammad Farhan berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menegaskan bahawa tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran yang menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan."Semua syarat dalam Perintah Pengampunan Bersyarat telah dipenuhi dan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong."Titah tersebut menjawab setiap persoalan yang telah dibangkitkan oleh AGC," katanya.Beliau berkata, AGC kini dilihat bersandarkan kepada Perintah Pelepasan Atas Pembayaran Denda yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.Menurutnya, perintah tersebut perlu dibaca secara keseluruhan bermula daripada tajuk dokumen itu sendiri."Ia merupakan perintah yang dibuat susulan pembayaran denda dan pelepasan yang dibenarkan terbit daripada pembayaran tersebut sebagaimana direkodkan dalam perintah itu."Di sisi undang-undang, pembayaran denda melepaskan liabiliti untuk membayar denda berkenaan."Bagaimanapun, pembayaran itu dengan sendirinya tidak menamatkan hukuman pemenjaraan |
|
Kuasa Agong berhubung pengampunan Najib tidak boleh dipertikaikan - Anwar - Hmetro - 7/11 7:01 pm Shah Alam: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung isu pengampunan bersyarat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipertikaikan |
|
Isu pengampunan Najib: Peguam Negara mohon perkenan menghadap Agong - Sinarharian - 7/11 6:41 pm SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pada Sabtu memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, ia bagi memohon ampun dan menzahirkan pendiriannya untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International."Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB)," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. |
|
PM arah Peguam Negara menghadap Agong perjelas perintah pengampunan bersyarat Najib - Sinarharian - 7/11 6:26 pm SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bagi memperjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata langkah itu perlu, bagi menjelaskan kekangan undang-undang terhadap baki hukuman penjara dalam kes SRC International, serta implikasinya terhadap satu lagi kes membabitkan Najib, iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."Saya telah minta supaya Peguam Negara segera menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong memohon ampun dan menjelaskan mengapa keputusan itu diterima untuk kes SRC, tetapi ada masalah kerana melibatkan kes kedua iaitu kes 1MDB," kata beliau selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di sini hari ini.Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Lim Hui Ying serta Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraSultan Ibrahim hari ini bertitah pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib, yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah hendaklah dihormati, selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.Seri Paduka Baginda bertitah keputusan yang diperkenankan menerusi kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan itu, perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah diputuskan tanpa menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.Anwar menegaskan bahawa kuasa dan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak pernah dipertikaikan, sebaliknya isu yang perlu diperjelaskan ialah berkaitan pelaksanaan titah berkenaan dalam konteks kes kedua yang membabitkan Najib.Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara, sehingga selesai penelitian dan penjelasan lanjut mengenai interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat, serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas bayaran denda RM50 juta dilunaskan.AGC memaklumkan penangguhan sementara itu bukan bertujuan mempertikaikan atau mengetepikan titah Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya merupakan langkah bagi memastikan titah tersebut dan perintah mahkamah berkaitan dilaksanakan dengan tepat, teratur dan selaras dengan kedudukan undang-undang sebenar.Sepanjang tempoh penangguhan, Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa serta arahan pihak berkuasa yang berkenaan, selain memaklumkan tindakan selanjutnya akan diambil selepas proses penelitian dan penjelasan berhubung penangguhan sementara itu selesai.Najib dilaporkan selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, di sini semalam.Pegawai khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar hadir di mahkamah pada 11.30 pagi bagi menyelesaikan urusan pembayaran dan melengkapkan prosedur pentadbiran yang diperlukan sebelum pembayaran dimuktamadkan |
|
UMNO, Pas Terengganu lapor polis isu penangguhan titah pengampunan Najib - Sinarharian - 7/11 6:22 pm HULU TERENGGANU UMNO dan Pas Terengganu menyatakan kebersamaan dalam isu penangguhan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setakat ini, tiga laporan polis telah dibuat di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Laporan di daerah ini diketuai Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam, bersama Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Baharu Abd Ghani, Timbalan Yang Dipertua Pas Hulu Terengganu, Hilmi Harun serta Ahli Jawatankuasa Pas Hulu Terengganu, Kamaruzzaman Abdullah.Menurut Yusof, laporan yang dibuat di Balai Polis Kuala Berang pada jam 3.41 petang, Sabtu itu merujuk kepada kenyataan media Jabatan Peguam Negara bertarikh 6 November 2026."Kenyataan tersebut menyentuh penangguhan sementara pelaksanaan pengampunan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan rumah sekiranya denda RM50 juta dijelaskan."Syarat denda berkenaan telah dipenuhi dan dijelaskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, manakala Mahkamah Tinggi turut mengeluarkan perintah termeterai kepada Penjara Kajang supaya melepaskan Datuk Seri Najib dengan serta-merta bagi menjalani baki hukuman tersebut di rumah," katanya.Yusof mendakwa Peguam Negara tidak mempunyai kuasa di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan titah pengampunan dan perintah mahkamah berkenaan."Tindakan itu disifatkan sebagai ultra vires dan dilakukan secara sewenang-wenangnya."Justeru, laporan polis dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan subahat melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 121C Kanun Keseksaan, kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 serta isu penghinaan mahkamah kerana didakwa menghalang pelaksanaan perintah mahkamah tanpa kuasa yang sah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraTahanan rumah Najib: KDN laksana keputusan mengikut undang-undangSebelum ini, Jabatan Peguam Negara menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Menurut AGC, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum tindakan pelaksanaan seterusnya diambil. |
|
Tahanan rumah Najib: KDN laksana keputusan mengikut undang-undang - Sinarharian - 7/11 6:21 pm KULIM Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan sebarang keputusan mahkamah mengikut lunas undang-undang berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Menurut beliau, kuasa pengampunan terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, manakala tanggungjawab KDN dan Jabatan Penjara Malaysia adalah melaksanakan keputusan berkenaan mengikut tertib perundangan."Semalam apabila pembayaran denda RM50 juta dibuat, kami kemudiannya merujuk kepada Peguam Negara kerana arahan pembebasan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah menunjukkan satu tafsiran yang sedikit berbeza dari sudut undang-undang."Apa yang kami lakukan ialah mendapatkan pandangan Peguam Negara supaya terdapat kepastian dari segi pelaksanaannya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Semarak Kebudayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraPada Jumaat, AGC memaklumkan bahawa pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.Saifuddin berkata, kementeriannya tertakluk kepada nasihat perundangan yang diberikan oleh Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan.Menurutnya, kementerian juga telah mengambil langkah sewajarnya untuk melaksanakan apa jua keputusan sama ada yang diputuskan di peringkat Lembaga Pengampunan atau melalui arahan mahkamah."Seperti yang kita sedia maklum, terdapat satu pandangan undang-undang yang diberikan oleh Peguam Negara, kemudian ada respons balas daripada peguam Datuk Seri Najib."Jika wujud perbezaan seperti itu, sebagaimana nasihat Peguam Negara, pentafsiran yang terbaik hendaklah dibuat oleh mahkamah," katanya. |
|
Pengampunan Najib: Peguam Negara mohon menghadap Agong - Hmetro - 7/11 6:10 pm Kuala Lumpur: Peguam Negara memohon perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung perintah pengampunan bersyarat untuk Datuk Seri Najib Razak |
|
BN gesa laksana titah perintah Agong segera - Sinarharian - 7/11 5:37 pm SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan, khususnya pihak berkuasa yang bertanggungjawab supaya mengambil perhatian serius kenyataan Istana Negara dan memastikan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaksanakan dengan segera serta penuh tertib selaras kehendak Perlembagaan Persekutuan.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya memandang serius tindakan menangguhkan pelaksanaan titah perintah Yang di-Pertuan Agong berkaitan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman pemenjaraannya secara tahanan di rumah.Menurut Zambry, perkara tersebut tidak boleh dilihat sebagai persoalan pentadbiran atau perbezaan tafsiran undang-undang semata-mata."Ia menyentuh persoalan yang jauh lebih besar, iaitu penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, kewibawaan titah Yang di-Pertuan Agong serta prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi asas sistem pemerintahan negara."Kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan hari ini hendaklah diberikan perhatian dan diambil dengan penuh keseriusan."Penegasan Istana Negara bahawa perintah pengampunan bersyarat tersebut adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan, malah semua syarat ditetapkan telah dipenuhi tidak seharusnya dipandang ringan," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Sabtu.Zambry menambah, penegasan Istana Negara bahawa 'sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong' merupakan peringatan yang amat serius kepada semua pihak.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongSinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. |
|
Keputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka Siong - Sinarharian - 7/11 5:23 pm KUALA LUMPUR Pihak berkuasa yang berkaitan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keputusan pengampunan bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dihormati dan dilaksanakan mengikut undang-undang.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penghormatan terhadap kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong tidak seharusnya sekadar dizahirkan melalui kata-kata, sebaliknya perlu dibuktikan menerusi tindakan.Menurutnya, Seri Paduka Baginda telah memperjelaskan bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat berkenaan adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan selain semua syarat yang ditetapkan juga telah dipenuhi."Seri Paduka Baginda juga telah mengingatkan bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan mesti dihormati."Memandangkan keputusan tersebut telah dibuat oleh Seri Paduka Baginda menurut kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan susulan nasihat yang dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, maka pihak berkuasa yang berkaitan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keputusan itu dihormati dan dilaksanakan mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Dalam perkembangan berkaitan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Baginda turut bertitah bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat itu tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain yang melibatkan bekas Perdana Menteri berkenaan.Menurut Ka Siong, satu fakta penting yang tidak boleh diketepikan ialah Peguam Negara sendiri menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 18 September lalu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan memberikan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong.Beliau berkata, sebarang persoalan undang-undang berkaitan pelaksanaan keputusan tersebut perlu dijelaskan segera melalui saluran perundangan yang sah dan bukannya dijadikan alasan untuk melengahkan pelaksanaannya."Sama ada seseorang bersetuju atau tidak dengan keputusan berkenaan merupakan soal pendapat peribadi, namun menghormati kedudukan perlembagaan Yang di-Pertuan Agong dan sistem Raja Berperlembagaan bukanlah satu pilihan."Memartabatkan kedaulatan undang-undang dan menjunjung kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong bukan sesuatu yang saling bercanggah."Penghormatan sebenar tidak diukur daripada betapa lantangnya seseorang melaungkan taat setia, tetapi sama ada tindakannya secara konsisten menjunjung kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong serta kemuliaan sistem Raja Berperlembagaan," katanya.Beliau menegaskan bahawa keputusan yang dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan mesti dilaksanakan berdasarkan undang-undang, manakala sebarang persoalan yang memerlukan penjelasan hendaklah diselesaikan tanpa penangguhan yang tidak wajar. |
|
UMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan Najib - Sinarharian - 7/11 4:53 pm MACHANG UMNO Bahagian Machang bersama Pemuda UMNO dan Pas Kawasan Machang mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berhubung keputusan menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Ketua UMNO Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Ismail berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memutuskan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta implikasi perintah mahkamah berkaitan.Menurut beliau, pihaknya berpandangan tindakan tersebut perlu disiasat kerana didakwa mempunyai unsur kesalahan di bawah Seksyen 121C Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948."Kami percaya tindakan Peguam Negara itu merupakan satu perkara yang perlu disiasat kerana didakwa melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong."Kami juga percaya tindakan berkenaan boleh menjurus kepada penghinaan mahkamah kerana didakwa menghalang pelaksanaan perintah mahkamah berhubung tahanan rumah Najib selepas beliau menjelaskan denda RM50 juta," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.Terdahulu, beliau bersama Ahli Jawatankuasa Pas Machang, Muhammad Firdaus Radzulan dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Ibnu Hijram Ibnu Hajar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang untuk membuat laporan berkenaan kira-kira jam 3.20 petang.Seramai 25 ahli UMNO dan Pas turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan tersebut.Mohd Fakaaruddin turut mempersoalkan tindakan menangguhkan pelaksanaan perintah berkenaan yang menurutnya tidak seharusnya berlaku tanpa asas kuasa yang sah dari sudut perundangan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan Perintah Pengampunan Bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan rumah boleh ditafsirkan sebagai mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Baginda bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan dalam mentafsir perintah tersebut kerana keputusan yang diperkenankan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, AGC menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Dalam masa sama, Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut adalah jelas, nyata dan tidak terkait dengan mana-mana prosiding atau kes lain yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri itu. |
|
'Anthony Loke biadab, semua pemimpin DAP patut letak jawatan jika berprinsip' - Noh Omar - Sinarharian - 7/11 4:41 pm SHAH ALAM - Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan yang bakal berkuat kuasa sebaik Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki di rumahnya disifatkan sebagai biadab.Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, kenyataan sedemikian bukan sahaja tidak menghormati keputusan Lembaga Pengampunan, tetapi juga mengingkari titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Menurut Noh, jika menteri dan timbalan menteri dalam kalangan DAP mempunyai prinsip, kesemuanya patut meletak jawatan yang disandang dalam Kabinet, menarik sokongan serta keluar daripada Kerajaan Madani."Sewajarnya beliau (Anthony) mengetahui bahawa wakil DAP juga ada di dalam Lembaga Pengampunan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh."Terbukti jelas pemimpin DAP ini biadab dan hendak menjadi hero tidak bersetuju dengan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong sehingga sanggup meletak jawatan sebagai Menteri bagi Kerajaan Madani."Saya amat menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar pelaksanaan baki hukuman secara tahanan di rumah kepada Najib diteruskan setelah bayaran RM50 juta dilunaskan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.UMNO pada Jumaat mengumumkan kutipan Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu sudah mencapai sasaran dan mencukupi.Parti itu turut mengesahkan semua proses pembayaran kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selesai dilakukan.usulan itu, Anthony dalam sidang akhbar tergempar menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri itu menjejakkan kaki ke kediamannya di Langgak Duta.Menurut Anthony, pendiriannya untuk meletak jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Parlimen Pekan itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi.Terkini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Tidak lama kemudian, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada Najib.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. |
|
Kerajaan perlu dedah siapa arah hentikan pemindahan Najib - Sinarharian - 7/11 3:29 pm KUALA LUMPUR Kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat pihak bertanggungjawab mengarahkan penghentian proses pemindahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kediamannya di Jalan Langgak Duta untuk menjalani tahanan rumah pada Jumaat.Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan berpatah balik itu selepas jentera kerajaan didakwa sudah bergerak untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong.Menurutnya, titah Sultan Ibrahim bertarikh 7 November 2026 jelas dan tidak memberi ruang untuk sebarang tafsiran yang bercanggah.Beliau berkata, Baginda turut menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat itu tidak mempunyai sebarang kekaburan, selain semua syarat ditetapkan telah dipenuhi."Fakta-faktanya terang |
|
Pemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah Agong - Sinarharian - 7/11 2:55 pm SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan segera bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sebagaimana diperkenankan.Ketua Pemudanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebarang proses lanjut termasuk rujukan mahkamah tidak wajar dijadikan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan titah yang dinyatakan oleh Baginda sebagai 'jelas dan tanpa ambiguiti'.Atas dasar itu, Dr Muhamad Akmal memaklumkan bahawa Pemuda UMNO di peringkat negeri dan bahagian akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.Tegasnya, ia bagi membolehkan pihak berkuasa meneliti sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang dalam pelaksanaan titah dan perintah mahkamah itu."Seperti yang dititahkan, kuasa pengampunan merupakan prerogatif diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan pelaksanaannya 'hendaklah dihormati selaras kedudukan Raja Berperlembagaan serta prinsip kedaulatan undang-undang'."Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan kedaulatan undang-undang serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. |
|
Titah Agong mesti dihormati, kedaulatan undang-undang ditegakkan - Nurul Syazwani - Sinarharian - 7/11 2:39 pm SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara (AGC) wajar menjelaskan asas perundangan penangguhan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk kuasa yang digunakan dan sebab isu tafsiran tidak diselesaikan lebih awal.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, persoalan itu timbul susulan tindakan AGC membangkitkan isu tafsiran hampir 50 hari selepas keputusan berkenaan diperkenankan.Beliau berkata, perkara itu lebih membimbangkan apabila kekeliruan berkenaan timbul daripada institusi yang sepatutnya menjadi rujukan tertinggi kerajaan dalam soal perundangan."Saya menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertarikh 7 November 2026 berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak."Titah tersebut mengukuhkan persoalan yang telah saya bangkitkan sebelum ini: Bagaimana Jabatan Peguam Negara yang turut terlibat dalam proses Lembaga Pengampunan boleh membangkitkan persoalan tafsiran hampir 50 hari selepas keputusan diperkenankan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Nurul Syazwani yang juga seorang peguam dan penggubal undang-undang berkata, prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara, manakala prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-Undang.Menurutnya, kedua-dua prinsip itu tidak boleh dipisahkan kerana kesetiaan kepada Raja bukan sekadar lafazan dalam majlis rasmi, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penghormatan terhadap kuasa dan keputusan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut mengingatkan prinsip perundangan 'Ignorantia juris non excusat' yang membawa maksud kejahilan undang-undang bukan suatu alasan."Amat memalukan sekiranya institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menasihati kerajaan mengenai undang-undang dilihat seolah-olah berlindung di sebalik kekeliruan tafsiran terhadap keputusan yang turut melalui proses nasihat perundangannya sendiri."Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam perkara yang berkenaan."Sebarang persoalan pelaksanaan hendaklah ditangani melalui proses undang-undang yang sah, telus dan tanpa kelewatan yang tidak munasabah," katanya.Beliau berkata, isu berkenaan bukan semata-mata berkaitan Najib, sebaliknya membabitkan penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, integriti institusi perundangan dan keyakinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang.Menurutnya, rakyat tidak seharusnya diajar untuk setia kepada Raja dan menjunjung Perlembagaan, sedangkan institusi yang sepatutnya mempertahankan prinsip berkenaan sendiri menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaannya."Kesetiaan kepada Raja mesti dibuktikan melalui tindakan, bukan sekadar pengakuan," tambahnya. |
|
Peguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNO - Sinarharian - 7/11 2:35 pm KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak Peguam Negara menarik balik surat arahan penangguhan pelaksanaan hukuman tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa sebarang alasan.Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan selepas denda RM50 juta dibayar disifatkan sebagai tidak berperlembagaan.Beliau mendakwa, tindakan itu turut dipengaruhi unsur ketakutan politik pihak tertentu selain disifatkan sebagai disengajakan menggunakan alasan yang direka-reka."Malah paling biadab dan kurang ajar apabila sanggup ingkar dan derhaka kepada titah serta kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong."Keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad setelah syarat yang ditetapkan dilaksanakan, tidak ada kuasa yang lebih tinggi daripada Agong dalam soal pengampunan Najib," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Titah baginda, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Titah baginda lagi, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.Sehubungan itu, Mustapha menegaskan Veteran UMNO mahu Peguam Negara menarik balik surat arahan penangguhan berkenaan tanpa sebarang alasan lagi. |
|
Penjara Kajang lengang, tiada pergerakan bawa Najib keluar - Sinarharian - 7/11 2:22 pm KAJANG - Keadaan di sekitar pintu masuk Penjara Kajang pada Sabtu masih lenggang tanpa sebarang pergerakan yang menunjukkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibawa keluar ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur.Tinjauan mendapati, keadaan di kawasan berkenaan masih tenang dengan kenderaan awam dan persendirian dilihat keluar masuk seperti biasa.Setakat ini, belum kelihatan sebarang pergerakan atau persiapan berkaitan kemungkinan Najib dibawa keluar dari penjara susulan perkembangan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman menerusi kaedah tahanan di rumah.Pengamal media mula berkumpul di sekitar Penjara Kajang sejak jam 11.30 pagi bagi mengikuti sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara itu.Terdahulu, peguam Najib mengesahkan bekas Perdana Menteri itu selesai melunaskan denda RM50 juta pada Jumaat sebagai sebahagian daripada syarat pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu.Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Jumaat memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran perintah pengampunan bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge).ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiTerbaharu, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah.Seri Paduka Baginda turut menegaskan perintah berkenaan jelas, nyata dan tanpa sebarang kekaburan selain tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain membabitkan bekas Perdana Menteri itu.Baginda juga bertitah semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi. |
|
AGC tegaskan tidak pernah pertikai, gantung pengampunan bersyarat Najib - Sinarharian - 7/11 2:07 pm SHAH ALAM - Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak pernah mempertikai, mengetepi atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.AGC dalam satu kenyataan menegaskan, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Persoalan yang dibangkitkan oleh AGC bukanlah mengenai keesahan atau kewibawaan Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut."Sebaliknya, persoalan yang memerlukan penentuan adalah berhubung kesan undang-undang Perintah Pelepasan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 6November 2026 terhadap baki hukuman penjara dalam kes SRC International, serta implikasinya terhadap tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1MDB," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.AGC menjelaskan, persoalan timbul susulan pembayaran denda sebanyak RM50 juta pada 6 November 2026 dan pengeluaran Order of Discharge on Payment of Fine oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tarikh sama.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiMenurutnya, perintah tersebut turut menyatakan bahawa Najib hendaklah menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028 berdasarkan Perintah Pengampunan Bersyarat."Justeru, timbul persoalan undang-undang mengenai skop dan kesan arahan pelepasan tersebut, khususnya sama ada pelepasan yang diperintahkan hanya berkaitan dengan pembayaran denda dan membolehkan baki hukuman penjara SRC International diteruskan melalui tahanan di rumah, atau sama ada perintah tersebut membawa kesan bahawa hukuman dalam kes SRC International telah selesai."Persoalan ini mempunyai kaitan langsung dengan perintah hukuman Mahkamah Tinggi dalam kes 1MDB, yang menetapkan bahawa hukuman penjara dalam kes tersebut hendaklah bermula selepas hukuman dalam kes SRC International selesai dijalani."Tambahan pula, permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman bagi kes 1MDB telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 14 Oktober 2026," jelasnya.Dalam masa sama AGC turut menolak gambaran bahawa tindakan mendapatkan penjelasan undang-undang merupakan suatu percubaan untuk mengambil alih atau melaksanakan kuasa pengampunan Seri Paduka Baginda.Malah menegaskan, kuasa pengampunan dan kuasa mahkamah untuk mentafsir serta menentukan kesan undang-undang sesuatu perintah adalah dua perkara yang berbeza."Mendapatkan keputusan Mahkamah mengenai pelaksanaan sesuatu perintah tidak sama sekali bermaksud mempersoalkan kewibawaan pihak yang mengeluarkan perintah tersebut."Sehubungan itu, adalah tidak tepat untuk menyamakan pendirian AGC bahawa sesuatu persoalan undang-undang memerlukan penentuan Mahkamah dengan dakwaan bahawa Peguam Negara telah mengambil alih prerogatif pengampunan Seri Paduka Baginda."AGC berpandangan bahawa saluran yang sewajarnya untuk menyelesaikan persoalan ini ialah melalui Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa, supaya keputusan dan arahan pelaksanaan yang jelas dapat diperoleh tanpa menjejaskan kedudukan mana-mana institusi," ujarnya. |
|
AGC Tegaskan Tidak Pernah Pertikai Titah Pengampunan Najib Razak, Isu Sebenar Berkaitan Kesan Undang-Undang - Ohmedia - 7/11 2:00 pm AGC tegaskan tidak pernah mempertikai pengampunan Najib Razak |
|
Anthony Loke tidak hadir program di Sarawak, status letak jawatan jadi tanda tanya - Sinarharian - 7/11 1:41 pm KOTA SAMARAHAN - Status peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan masih menjadi tanda tanya selepas beliau tidak menghadiri satu program kementerian di Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu.Ketidakhadiran Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan media yang hadir ke lokasi berkenaan tidak berpeluang mendapatkan pengesahan lanjut berhubung status peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.Perkembangan terbaharu itu susulan kenyataan Istana Negara pada Sabtu yang menegaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.Istana Negara turut menegaskan semua syarat yang ditetapkan dalam titah pengampunan berkenaan telah dipenuhi, manakala sebarang usaha untuk mempertikaikan keputusan itu boleh dianggap sebagai ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiPada Jumaat Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi selepas pembayaran denda RM50 juta diselesaikan.Sementara itu, Loke pada Jumaat menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Najib tiba di kediamannya untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.Beliau sebelum ini memaklumkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu, susulan pendirian DAP berhubung isu pengampunan bersyarat Najib |
|
Suasana di kediaman Najib di Langgak Duta lengang - Sinarharian - 7/11 1:38 pm KUALA LUMPUR - Suasana di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta di sini, dilihat lengang setakat ini dengan hanya sekumpulan pengamal media berkumpul bagi mengikuti perkembangan terbaharu membabitkan beliau.Keadaan di sekitar kediaman itu dilihat tenang tanpa kehadiran orang ramai, manakala pengamal media masih menunggu sebarang perkembangan lanjut berhubung kemungkinan Najib dibawa pulang ke kediaman berkenaan untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Sebelum ini, kediaman berkenaan menjadi tumpuan susulan perkembangan mengenai kemungkinan pembebasan Najib dari Penjara Kajang selepas beliau dilaporkan telah menjelaskan denda RM50 juta seperti ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat.Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan di rumah itu ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran perintah berkenaan.Perkembangan terbaharu menyusul apabila Istana Negara menerusi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertarikh 7 November menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan tafsiran.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiTitah itu turut menjelaskan bahawa pada 18 September 2026, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Baginda turut menegaskan bahawa perintah berkenaan menetapkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.Menurut titah itu, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi dan sebarang hujah yang mempertikaikannya menjurus kepada keingkaran terhadap perintah Yang di-Pertuan Agong. |
|
UMNO tuntut keputusan tahanan rumah Najib dilaksana serta-merta - Sinarharian - 7/11 1:32 pm KUALA LUMPUR UMNO menuntut pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah dilaksanakan serta-merta.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tuntutan itu dibuat susulan titah tegas Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan keputusan berkenaan yang tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.Menurutnya, UMNO menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda dan berpandangan bahawa sebarang tindakan mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat itu menjurus kepada perbuatan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong."Seperti titah Tuanku, memandangkan semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Asyraf Wajdi berkata, UMNO berpendirian titah tegas berkenaan boleh membawa maksud wujudnya tindakan penderhakaan terhadap institusi diraja.Tambahnya, Malaysia tidak boleh dibiarkan ditadbir dan diurus oleh pihak yang jelas membelakangi peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Negara."UMNO menuntut pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan dibuat serta-merta dan pihak yang mengingkari perintah ini perlu dikenakan tindakan tegas berdasarkan undang-undang," katanya.Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO bersama seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh menjunjung kedaulatan institusi Yang di-Pertuan Agong.Beliau turut berharap agar Allah SWT sentiasa memelihara kemuliaan Seri Paduka Baginda serta menyelamatkan Malaysia daripada pihak yang cuba merobek kedaulatan institusi payung negara. |
|
Najib perlu segera dipindahkan ke kediaman di Langgak Duta - Peguam - Sinarharian - 7/11 1:23 pm KUALA LUMPUR Pihak berkuasa mesti memindahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan segera ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi menjalani tahanan di rumah, sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, perintah pengampunan berkenaan merupakan titah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, Istana Negara juga telah menjelaskan bahawa perintah berkenaan adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan."Seri Paduka Baginda kini telah menjelaskan melalui Istana Negara bahawa perintah itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, tidak terkait dengan mana-mana kes lain, dan semua syaratnya telah dipenuhi."Oleh itu, tiada sebarang asas bagi pihak berkuasa berkenaan untuk terus menahan Datuk Seri Najib di Kajang walau sesaat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSeri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.Sehubungan itu, beliau menegaskan pihak berkuasa perlu melaksanakan pemindahan Najib ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah seperti yang dititahkan.Dalam kenyataan sama, pihaknya turut menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda atas penjelasan berhubung perintah pengampunan berkenaan."Daulat Tuanku," katanya. |
|
Ingkar titah Agong satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Sinarharian - 7/11 1:07 pm KUALA LUMPUR - Sebarang perlakuan ingkar, menafikan atau cuba meremehkan mana-mana titah Yang di-Pertuan Agong merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua rakyat Malaysia mempunyai kewajipan menjunjung tinggi serta memartabatkan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan institusi beraja sebagai lambang kedaulatan negara.Menurutnya, perkara itu jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang perlu dihormati oleh semua pihak."Kerajaan atau mana-mana pihak juga mempunyai obligasi untuk menyempurnakan titah Yang di-Pertuan Agong yang dibuat mengikut lunas perundangan negara, termasuk perkara berkaitan pengampunan diraja, penangguhan atau peringanan hukuman di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Perlu ditegaskan, apa-apa perlakuan ingkar, menafikan atau cuba meremehkan mana-mana titah yang dizahirkan oleh Institusi Yang di-Pertuan Agong oleh mana-mana pihak adalah merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Seri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.Sementara itu, Hamzah turut membangkitkan kontroversi Titah Adendum yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu dan mendakwa isu berkenaan seolah-olah berulang kembali.Dalam pada itu, beliau berkata, prinsip berkaitan prerogatif pengampunan diraja turut diputuskan Mahkamah Persekutuan dalam kes berkaitan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya, keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan prerogatif pengampunan diraja bersifat non-justiciable, iaitu tidak boleh dipersoalkan atau disemak oleh mana-mana pihak termasuk mahkamah.Beliau turut mempersoalkan kenyataan Anwar yang menyatakan tidak bersetuju secara peribadi berhubung perkara berkenaan."Sebagai pihak yang mendapat pengampunan diraja di bawah Perkara 42 selepas disabitkan kesalahan jenayah dan dihukum penjara, Anwar sepatutnya lebih memahami obligasi kerajaan untuk menyempurnakan titah Institusi Yang di-Pertuan Agong," katanya.Hamzah menegaskan kerajaan tidak boleh bersikap selektif dalam menghormati titah Yang di-Pertuan Agong kerana institusi itu merupakan tonggak kedaulatan negara.Jelasnya, usaha memelihara kewibawaan dan kedaulatan Institusi Yang di-Pertuan Agong bukanlah pilihan politik, sebaliknya tanggungjawab Perlembagaan yang perlu dilaksanakan oleh setiap kerajaan. |
|
“Menjurus Kepada Ingkar Perintah YDPA” – Sultan Ibrahim Bersuara Mengenai Pertikaian Pengampunan Najib - Beautifulnara - 7/11 1:02 pm Sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim |
|
Pertikai perintah pengampunan Najib boleh dianggap ingkari titah Agong - .. - Hmetro - 7/11 12:16 am Kuala Lumpur: Sebarang hujah mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak disifatkan menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim |
|
Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah Najib - Sinarharian - 7/11 12:12 am SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Seri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti."Kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Pelaksanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang," titahnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026."Mesyuarat Lembaga Pengampunan itu yang turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara, telah memberikan nasihat yang sewajarnya kepada Sultan Ibrahim."Selanjutnya, Seri Paduka Baginda telah memerintahkan bahawa Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat iaitu sekiranya membayar denda RM50 juta."Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong," titahnya. |
|
Siapa jaga portfolio Menteri Wilayah Persekutuan ketika permohonan Pardon terawal? DWIBAHASA - OutSyed - 7/11 12:00 am 8 Disember 2023 Masih tiada Menteri Wilayah Persekutuan. Cuba teka siapa yang mewakili Kementerian Wilayah Persekutuan, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan dan membentangkan permohonan pengampunan? 29 Januari 2024 Lembaga Pengampunan membuat keputusan mengenai permohonan pengampunan |
|
Trafik mula sesak menjelang Deepavali, LLM nasihat pengguna rancang perjalanan - Sinarharian - 7/11 11:05 am KUALA LUMPUR - Perjalanan pulang ke kampung sempena cuti sambutan Deepavali esok menyebabkan trafik di beberapa lokasi lebuh raya utama meningkat dan perlahan setakat jam 10 pagi ini.Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, antara laluan yang sesak ialah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dengan trafik menghala ke Pantai Timur sesak dari Plaza Tol Gombak hingga ke Lentang."Untuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2, trafik masih lancar," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.Beliau berkata, di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) E1 arah utara, trafik perlahan dari Sungai Buloh hingga ke Tanjong Malim, Trolak ke Tapah, Gopeng ke Simpang Pulai, Alor Pongsu ke Bandar Baharu serta Permatang Pauh ke Plaza Tol Sungai Dua.Bagi PLUS E2 arah selatan, trafik sesak dari Sungai Besi ke Pusat Bandar termasuk menghala ke Bukit Jalil dan dilaporkan perlahan dari Southville City ke Bandar Ainsdale dan Seremban ke Senawang.Di Johor, trafik arah utara menuju Kuala Lumpur dilaporkan perlahan dari Machap ke Ayer Hitam serta Skudai menghala ke Kulai manakala arah selatan melibatkan dari Dato Onn ke Pasir Gudang.Beliau berkata, trafik di Tambak Johor juga agak sesak di kedua-dua arah terutama berhampiran Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) namun aliran trafik di jambatan masih lancar."Di Lebuhraya ELITE berlaku sedikit kelewatan susulan aliran trafik yang bersambung dengan Nilai Utara selain perlahan dari Bandar Serenia ke Nilai Utara terutama menuju ke Seremban," katanya.Beliau berkata, satu kemalangan berlaku di Kilometer 388.5 arah utara antara Sungai Buloh dan Tanjong Malim menyebabkan lorong kiri dan kecemasan terhalang.Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan sempena cuti perayaan Deepavali dengan mengambil kira keadaan trafik bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan di laluan utama |
|
Implikasi kebenaran Najib jalani penjara di rumah - Msomelayu - 7/11 10:41 am PANDANGAN APAKAH kebenaran kepada Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah, berasaskan perkenan pengampunan Yang di-Pertuan Agong, akan memberi kesan negatif kepada pelaksanaan undang-undang dan keadilan di negara ini? Perkenan berkenaan, walaupun bersandarkan Perlembagaan Persekutuan dan kuasa yang ada pada Yang di-Pertuan Agong, bukan sesuatu yang mudah ditelan dari konteks kesejatian dan keadilan sejagat |
|
UMNO JB bantah pendirian AGC, desak pelaksanaan segera - Mygazette - 7/11 7:51 am # UMNO JB bantah pendirian AGC, desak pelaksanaan segera JOHOR BAHRU - UMNO Bahagian Johor Bahru membantah pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC) bahawa pelaksanaan tahanan rumah Datik Seri Najib Razak wajar ditangguhkan sementara |
|
Hormatilah titah YDPA, kenapa tangguh selepas RM50 juta dibayar? - Mygazette - 7/11 7:51 am # Hormatilah titah YDPA, kenapa tangguh selepas RM50 juta dibayar? KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Dusuki mempersoalkan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang berpendirian bahawa pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib, wajar ditangguhkan. Dalam hantaran di media sosial, Asyraf menegaskan semua syarat yang ditetapkan Lembaga Pengampunan telah pun dipenuhi |
|
Apa Peguam Negara, AGC buat sejak 18 Sept lalu? – Rafique - Mygazette - 7/11 7:51 am # Apa Peguam Negara, AGC buat sejak 18 Sept lalu? - Rafique KUALA LUMPUR - Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali menzahirkan beberapa persoalan berhubung kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana perkara tersebut telah diputuskan sejak 18 September lalu. Tambahan pula katanya, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar selaku ahli Lembaga Pengampunan turut hadir semasa lembaga tersebut bersidang 18 September lalu |
|
Akmal persoal kelewatan AGC jelaskan interpretasi Perintah Pengampunan .. - Mygazette - 7/11 7:51 am # Akmal persoal kelewatan AGC jelaskan interpretasi Perintah Pengampunan Najib JASIN Pemuda UMNO mempersoalkan kelewatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapatkan penelitian dan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan sebagai tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak. Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, AGC sepatutnya sudah meneliti perkara itu dari sudut perundangan sejurus selepas Lembaga Pengampunan membuat keputusan pada 18 September lalu, memandangkan tempoh agak lama sudah berlalu |
|
Peguam Najib tuntut tahanan rumah dilaksana serta-merta, desak AGC tarik .. - Mygazette - 7/11 7:51 am # Peguam Najib tuntut tahanan rumah dilaksana serta-merta, desak AGC tarik balik kenyataan KUALA LUMPUR - Pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak menuntut bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menjalani baki hukumannya secara tahanan rumah serta-merta selepas denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat selesai dibayar hari ini |
|
Status terkini Najib tidak jejas kempen di Melaka – Takiyuddin - Mygazette - 7/11 7:51 am # Status terkini Najib tidak jejas kempen di Melaka - Takiyuddin AYER KEROH - Pelaksanaan hukuman penjara di bawah tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak menjejaskan kempen Perikatan Nasional (PN) yang menjalin sefahaman dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |