| /// |
|
| Search : Kkec Uitm News | Page 1 |
|
UiTM diminta bantu keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry - Mygazette - 6/09 5:15 pm # UiTM diminta bantu keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry KUALA LUMPUR Pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM) diminta memberikan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang meninggal dunia, semalam |
|
UiTM KKEC: 7 pelajar masih dirawat, aktiviti luar dibatalkan UiTM KKEC: 7 .. - Mygazette - 6/09 5:15 pm # UiTM KKEC: 7 pelajar masih dirawat, aktiviti luar dibatalkan KUALA LUMPUR - Tujuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) dilaporkan masih menerima rawatan serta pemantauan perubatan berikutan insiden berkaitan haba ketika menyertai acara jalan lasak pada program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Kampus Jengka, Pahang |
|
Mahasiswa UiTM meninggal dunia ketika KKEC alami sesak nafas, paras .. - Mygazette - 6/09 5:15 pm # Mahasiswa UiTM meninggal dunia ketika KKEC alami sesak nafas, paras oksigen turun KUANTAN - Mahasiswa yang maut semasa menyertai kejohanan Duathlon Komander Kesatria _Endurance Challenge_ (KKEC) 2026 di UiTM Jengka, Maran kelmarin, dilaporkan mengalami sesak nafas sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HosHAS) Temerloh |
|
KKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICU - Sinarharian - 6/09 4:58 pm MARAN - Dua peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, kedua-dua mangsa yang mengalami penurunan oksigen bagaimanapun dilaporkan dalam keadaan stabil.Menurutnya, enam lagi peserta yang dirawat di Hospital Jengka juga stabil namun masih dalam perhatian."Seorang lagi peserta, Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang tenat disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan wad ICU HoSHAS jam 2.08 petang pada Sabtu."Proses bedah siasat telah dijalankan dan masih menunggu keputusan laporan siasatan makmal bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diriPeserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKim Wai berkata, pihaknya dimaklumkan, program tersebut melibatkan 521 peserta dari seluruh cawangan UiTM kecuali Sarawak dengan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka di sini sebagai tuan rumah.Katanya, acara dianjurkan melibatkan larian lapan kilometer (km), berbasikal 20km dan mara lasak, 10 km."Semasa berlangsung acara mara lasak, sembilan peserta termasuk empat wanita mengalami sesak nafas dan dihantar ke Hospital Jengka untuk rawatan."Tiga peserta dirujuk ke HoSHAS dan dirawat di wad ICU sebelum salah seorang disahkan meninggal dunia," ujarnya.Menurutnya lagi, kes itu masih dalam siasatan justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih khususnya melalui media sosial sehingga menganggu siasatan."Siasatan dijalankan secara menyeluruh dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan."Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa," ujarnya. |
|
KKEC UiTM: Polis masih tunggu laporan bedah siasat pelajar maut - Kosmo - 6/09 4:51 pm Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, bedah siasat yang dilakukan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) ... Read more The post KKEC UiTM: Polis masih tunggu laporan bedah siasat pelajar maut appeared first on Kosmo Digital . |
|
KKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry - Sinarharian - 6/09 4:48 pm SHAH ALAM - Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) diminta memberikan segala bantuan diperlukan keluarga pelajar yang dilapor meninggal dunia ketika menyertai Program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) UiTM Se-Malaysia 2026di UiTM Kampus Jengka.Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, permintaan itu dibuat demi memastikan kebajikan semua peserta yang terlibat terus diberikan perhatian."Menerima perkhabaran dukacita mengenai pemergian Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal."Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman serta beramal soleh," ujarnya menerusi Facebook pada Ahad.Sebelum ini, seorang pelajar UiTM dilaporkan meninggal duniamanakala lapan orang lagi mengalami sawan dan tidak sedarkan diri ketika menyertai Program KKEC UiTM Se-Malaysia 2026 di UiTM Kampus Jengka, Maran.ARTIKEL BERKAITAN:Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diriPeserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICUKKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - ZambryZambry turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, sahabat-sahabat dan seluruh warga UiTM."Semoga mereka diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat sukar ini," ujarnya. |
|
UPM juara keseluruhan SUKIPT 2026 - Sinarharian - 6/09 4:11 pm UNIVERSITIPutra Malaysia (UPM) muncul juara keseluruhan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 yang melabuhkan tirainya di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaya (UM) di sini pada Ahad.Kontinjen UPM mengumpul 35 pingat emas, 20 perak dan 15 gangsa untuk mengulangi kejayaan muncul juara pada edisi SUKIPT 2022.Juara bertahan edisi 2024, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menduduki tempat kedua dengan 29 emas, 21 perak dan 32 gangsa, manakala tuan rumah UM di tempat ketiga selepas mengumpul 28 emas, 18 perak dan 17 gangsa.Timbalan Ketua Kontinjen UPM, Muhamad Malik Ahmad Tobias berkata, kejayaan itu di luar jangkaan, memandangkan pihaknya pada awalnya tidak meletakkan sasaran untuk muncul juara keseluruhan."Alhamdulillah, untuk kali keempat UPM menjadi juara SUKIPT |
|
'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia - Sinarharian - 6/09 3:41 pm TEMERLOH - "Saya dimaklumkan dia kelihatan lemah dan rebah ketika menghampiri garisan penamat dalam acara larian sebelum dihantar ke fasiliti perubatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka untuk rawatan, Jumaat lalu."Kira-kira jam 11 malam, saya menerima panggilan daripada pegawai UiTM memaklumkan anak saya dibawa ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerlohdipercayai akibat strok haba."Demikian kata Mohamad Fellimal Mohd Sulanah, 50 bapa kepada Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana, 21, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 yang meninggal dunia selepas menyertai acara yang berlangsung di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka.Pelajar dari UiTM Kampus Seremban itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) kira-kira jam 2 petang pada Sabtu.Mohamad Fellimal berkata, anaknya yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi dilaporkan berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai acara itu.Katanya, anaknya juga pernah menyertai cabaran itu dalam dua edisi terdahulu malah pasukannya menjadi antara pemenang"Dia memang minat acara sukan dan membuat persiapan mencukupi sebelum menyertai acara ini."Sebelum itu, saya sempat pesan supaya dia minum banyak air memandangkan cuaca panas dan beberapa kawasan agak berjerebu ketika ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Unit Forensik HOSHAS pada Ahad.Mohamad Fellimal berkata, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya menerusi WhatsApp pada jam 6.55 petang, 4 September lalu."Terkejut bila menerima panggilan daripada pegawai UiTM memaklumkan dia dibawa ke hospital.ARTIKEL BERKAITAN:Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diriPeserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICUKKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry"Saya dan isteri bertolak dari Shah Alam dan tiba di sini (HoSHAS)kira-kira jam 3.30 pagi sebelum dibenarkan melihat mangsa yang ketika itu berada di zon merah dari jarak jauh," katanya.Berkongsi kenangan bersama anaknya itu, Mohamad Fellimal berkata, kali terakhir mereka bertemu ketika majlis pentauliahan dan konvokesyen Leftenan Muda Kesatria di UiTM Shah Alam 29 Ogos lalu."Kami rakam banyak gambar pada majlis itu untuk kenangan, rupanya itu kenangan terakhir kami bersamanya."Anak saya baru menamatkan pengajian diploma dan merancang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, namun ini pula berlaku," katanya. |
|
Peserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikan - Sinarharian - 6/09 2:49 pm SHAH ALAM - Jenazah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Elmina di sinikira-kira jam 8.50 pagi Ahad.Jenazah anak kedua daripada empat beradik itu tiba di Masjid Raja Bendahara Tengku Badar Shah, Denai Alam pada jam 6.05 pagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk proses pengebumian.Bapanya, Mohamad Fellimal Mohd Sulanah, 50, berkata, pihak keluarga ketika ini memberi tumpuan untuk menguruskan segala urusan pengebumian anaknya terlebih dahulu."Setakat ini, niat saya memang untuk menguruskan arwah secepat mungkin dan diselesaikan serta dipermudahkan segala urusan."Selanjutnya nanti, beberapa pihak seperti UiTM dan agensi lain akan berhubung dengan saya. Buat masa ini, kami tidak ada sebarang perancangan kerana mahu selesaikan urusan ini dahulu."Insya-ALLAH, kami juga akan mengadakan majlis bacaan tahlil di surau berhampiran rumah," katanya pada Ahad.Menurutnya, keluarga reda dengan pemergian Fadhlan Fakhry meskipun kejadian itu mengejutkan ahli keluarga."Reda, tetapi kebanyakannya seperti adik-beradik dan mak saudara memang terkejut."Arwah seorang yang aktif bersukan, saya sendiri selalu memantau dia dan ada memberikan nasihat supaya tidak terlalu berlebihan atau menggunakan fizikal secara berlebihan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diriPeserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICUKKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - ZambryMedia sebelum ini melaporkan, Fadhlan Fakhry yang merupakan pelajar UiTM Kampus Seremban dilaporkan rebah ketika menyertai Cabaran Ketahanan Komander Kesatria (KKEC) di kampus UiTM Jengka, Pahang pada 4 September lalu.Beliau kemudian menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang Sabtu.Mengulas keadaan kesihatan anaknya sebelum kejadian, Mohamad Fellimal berkata, setakat pengetahuannya, Fadhlan Fakhry tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan."Setakat yang saya tahu, dia tidak pernah dimasukkan ke wad atau mempunyai sebarang masalah kesihatan khusus."Kebelakangan ini pun saya nampak dia sihat dan tidak ada masalah apa-apa," katanya. |
|
'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia - Sinarharian - 6/09 2:26 pm TEMERLOH - [DIKEMAS KINI] "Kami rakam banyak gambar pada majlis itu untuk kenangan, rupanya itu kenangan terakhir kami bersamanya."Demikian luahan Mohamad Fellimal Mohd Sulanah, 50, bapa kepada Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana, 21, peserta Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 yang meninggal dunia selepas menyertai acara yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka.Mohamad Fellimal berkata, kali terakhir mereka sekeluarga bertemu Allahyarham adalah ketika majlis pentauliahan dan konvokesyen Leftenan Muda Kesatria di UiTM Shah Alam pada 29 Ogos lalu."Anak saya baru menamatkan pengajian diploma dan merancang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, namun ini pula berlaku," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerlohpada Ahad.Pelajar UiTM Kampus Seremban yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Sukan dan Rekreasi itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HOSHAS kira-kira jam 2 petang pada Sabtu.Menurut Mohamad Fellimal, beliau dimaklumkan anaknya kelihatan lemah dan rebah ketika menghampiri garisan penamat dalam acara larian berkenaan sebelum dihantar ke fasiliti perubatan di UiTM Jengka untuk mendapatkan rawatan pada Jumaat."Kira-kira jam 11 malam, saya menerima panggilan daripada pegawai UiTM memaklumkan anak saya dibawa ke Hospital Jengka sebelum dirujuk ke HOSHAS dipercayai akibat strok haba," katanya.Beliau berkata, Allahyarham berada dalam keadaan sihat sebelum menyertai acara tersebut dan pernah mengambil bahagian dalam cabaran sama dalam dua edisi terdahulu.Katanya, minat mendalam terhadap aktiviti sukan mendorong anaknya membuat persiapan secukupnya sebelum menyertai pertandingan berkenaan malah pasukannya pernah muncul antara pemenang."Dia memang minat acara sukan dan membuat persiapan mencukupi sebelum menyertai acara ini."Sebelum itu, saya sempat berpesan supaya dia minum banyak air memandangkan cuaca panas dan beberapa kawasan agak berjerebu ketika ini," katanya.ARTIKEL BERKAITAN:Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diriPeserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICUKKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - ZambryMohamad Fellimal berkata, kali terakhir beliau berhubung dengan anaknya adalah menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 6.55 petang, 4 September lalu."Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai UiTM yang memaklumkan dia dibawa ke hospital."Saya dan isteri kemudian bertolak dari Shah Alam dan tiba di HOSHAS kira-kira jam 3.30 pagi sebelum dibenarkan melihat mangsa yang ketika itu berada di zon merah dari jarak jauh," katanya. |
|
Jerebu: Empat acara Para SUKMA Selangor ditangguh - Sinarharian - 6/09 2:19 pm KEADAAN jerebu yang semakin membimbangkan memaksa penganjur Para SUKMA Selangor 2026 menangguhkan empat acara yang dijadualkan berlangsung hari ini selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 169.Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan kesihatan atlet, pegawai serta semua pihak yang terlibat dalam pertandingan.Katanya, perkara tersebut diputuskan selepas pihak penganjur menerima nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kesihatan serta jawatankuasa khas teknikal yang memantau keadaan IPU dari semasa ke semasa."Bacaan IPU di Shah Alam dan Klang setakat pukul 12 tengah hari ini menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 169."Keadaan itu memaksa pihak penganjur menangguhkan empat acara iaitu para olahraga di Stadium UiTM, para renang di Kompleks Akuatik Selangor, para memanah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Selangor (KOMBES) serta boling padang di Bayuemas, Klang," katanya.Najwan yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKMA XXII dan Para SUKMA Selangor 2026 berkata, keputusan berkenaan akan dinilai semula berdasarkan perkembangan bacaan IPU di lokasi pertandingan."Pemakluman mengenai penangguhan dan bila acara akan dijalankan semula akan dibuat dari semasa ke semasa, bergantung kepada keadaan IPU di kawasan pertandingan," katanya.Saingan Para SUKMA Selangor 2026 bermula semalam dengan beberapa acara dipertandingkan pada sebelah pagi pada Ahad.Antara acara yang dijadualkan berlangsung ialah para olahraga, powerlifting, para memanah, para badminton, boccia, ping pong, catur dan boling padang.Penganjur turut menegaskan aspek keselamatan dan kesihatan peserta kekal menjadi keutamaan sepanjang temasya berkenaan. |
|
Pelajar UiTM Meninggal Dunia Selepas Sertai Cabaran Ketahanan Kesatria, 8 Lagi Dimasukkan Hospital - Siraplimau - 6/09 1:06 pm Seorang pelajar UiTM (Universiti Teknologi MARA) meninggal dunia selepas mengalami masalah berkaitan haba ketika menyertai satu program cabaran ketahanan di kampus UiTM Jengka, Pahang |
|
'Anak saya sihat' - Bapa penuntut UiTM rebah ketika KKEC - Hmetro - 6/09 12:52 am Temerloh: Ujian ketahanan yang sepatutnya menjadi rutin buat Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal bertukar tragedi apabila dia rebah ketika menyertai Cabaran Ketahanan Komander Kesatria (KKEC) di kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jengka di sini pada 4 September lalu, sebelum disahkan meninggal dunia |
|
SNAPSHOT UiTM halts endurance event over entrant's death; Abim rebukes PAS Youth - Mkini - 6/09 11:22 am What's going on in the news today, with updates at 11am, 2pm, and 6pm. |
|
Varsity student dies, eight in hospital after UiTM endurance challenge in Jengka - Malaymail - 6/09 11:13 am KUANTAN, Sept 6 One participant died while eight others received treatment at hospital after experiencing health... |
|
UiTM student dies, 8 hospitalised after endurance challenge - FMT - 6/09 11:10 am Police say a preliminary investigation found that the students had suffered heat-related issues, including a lack of oxygen. |
|
Pelajar UiTM maut akibat masalah berkaitan haba - FMT - 6/09 10:37 am Lapan lagi pelajar yang menyertai Komander Kesatria Endurance Challenge di kampus UiTM Jengka sedang dirawat di hospital. |
|
Seorang penuntut UiTM sertai KKEC meninggal dunia, lapan lagi terima .. - Hmetro - 6/09 10:04 am Kuantan: Seorang peserta meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyertai program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dekat Jengka, Maran |
|
Seorang peserta KKEC UiTM meninggal dunia, lapan lagi tidak sedar diri - Sinarharian - 6/09 9:57 am KUANTAN - Seorang peserta meninggal dunia, manakala lapan lagi menerima rawatan di hospital selepas mengalami masalah kesihatan ketika menyertai program Komander Kesatria Endurance Challenge (KKEC) 2026 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dekat Jengka, Maran.Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima laporan melibatkan kejadian itu pada 6.59 petang semalam."Mangsa yang meninggal dunia merupakan pelajar lelaki berusia 21 tahun dan butiran lanjut akan diberi selepas laporan bedah siasat diterima," katanya ketika dihubungi Bernama.Difahamkan, kesemua mereka tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dipercayai akibat faktor cuaca panas.Sementara itu, UiTM Cawangan Pahang dalam kenyataan menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga peserta program KKEC daripada UiTM Cawangan Negeri Sembilan Allahyarham Fadhlan Fakhry Solana Mohd Fellimal.Pihak pengurusan sentiasa mengutamakan kebajikan warganya, justeru UiTM sedang memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kebajikan keluarga Allahyarham.ARTIKEL BERKAITAN:Peserta KKEC 2026 meninggal dunia, UiTM laksana tindakan segera'Anak saya rebah ketika hampiri garisan penamat' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal dunia'Kami rakam banyak gambar, rupanya itu kenangan terakhir' - Bapa peserta KKEC UiTM meninggal duniaPeserta KKEC UiTM meninggal dunia: Jenazah Fadhlan Fakhry selamat dikebumikanKKEC UiTM: Dua peserta masih dirawat di ICUKKEC UiTM: Beri bantuan, sokongan keluarga pelajar meninggal dunia - Zambry"Pengurusan universiti telah menggerakkan bantuan komprehensif bagi memastikan segala urusan pengurusan jenazah, dokumentasi, pengangkutan dan keperluan sokongan emosi kepada keluarga mangsa berjalan dengan lancar serta dipermudah tanpa sebarang kesulitan," menurut kenyataan itu.UiTM memaklumkan sebagai bukti komitmen universiti terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, pihak penganjur telah menetapkan pertandingan melibatkan aktiviti luar KKEC 2026 yang dijadualkan pada hari ini dibatalkan.Menurut kenyataan itu, program tahunan yang menghimpunkan komander kesatria dari seluruh cawangan UiTM se-Malaysia berlangsung dari 2 hingga 8 September di UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka telah melalui pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kesihatan dan keselamatan yang ketat."Semua peserta diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum program bermula, selain saringan kesihatan berkala sebelum setiap acara bermula |
|
Seorang peserta KKEC meninggal dunia, lapan lagi terima rawatan di hospital - Astroawani - 6/09 9:50 am Mangsa yang meninggal dunia merupakan pelajar lelaki berusia 21 tahun. |
|
Tuah tukar acara, Syahida Asyiqin pahat rekod kebangsaan SUKIPT - Sinarharian - 4/09 8:03 pm PERUBAHAN acara pada saat-saat akhir tidak menghalang atlet kayak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Syahida Asyiqin Rusli daripada mencipta kejutan pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026.Lebih menarik, atlet berkenaan bukan sahaja berjaya menyesuaikan diri dengan perubahan berkenaan, malah mencipta rekod kebangsaan baharu dalam acara TK1 200 meter (m) wanita pada pusingan kelayakan, Selasa lalu.Syahida Asyiqin merekodkan 56.30 saat (s), sekali gus memperbaiki rekod terdahulu 57.29s |
|
UiTM Sarawak perkukuh jaringan antarabangsa menerusi edisi keempat program CDBK 2026 - Mypress - 4/09 12:24 am KOTA SAMARAHAN – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak terus memperkukuh jaringan pendidikan antarabangsa dengan menghimpunkan 53 delegasi dari tiga negara menerusi Program Come Discover Bumi Kenyalang 2026 (CDBK 2026)… |
|
Gagal memotong, dua penunggang motosikal maut bertembung - Sinarharian - 4/09 11:06 am JASIN - Dua penunggang motosikal maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung dalam kemalangan di Jalan Gapam berhampiran Petronas Bemban di sini pada Khamis.Mangsa, Muhammad Thoriq Thani Ahmad Azam, 21, yang merupakan pelajar UiTM Lendu, Alor Gajah dan Md Samsul Mat Halif, 41, bekerja sebagai pemandu lori disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Ketua Polis Daerah Jasin, Superitenden Lee Robert berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu sekirar jam 11.30 malam.Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang Md Samsul dari arah Ayer Keroh menghala ke Bemban dipercayai memasuki laluan bertentangan ketika memotong kenderaan di hadapannya."Pada masa sama, motosikal ditunggang Muhammad Thoriq yang datang dari arah Bemban menghala ke Ayer Keroh sedang bergerak lurus di laluannya sebelum bertembung dengan motosikal berkenaan."Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.Katanya, kedua-dua motosikal mengalami kerosakan di bahagian hadapan dan tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau kamera papan pemuka (dashcam) diperoleh di lokasi kejadian."Kenderaan yang terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan kerosakan di Puspakom Alor Gajah."Bedah siasat dijadualkan dijalankan di Forensik Hospital Jasin pada pagi ini selepas proses pengecaman mayat," katanya.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. |
|
Adik maut, abang kritikal kemalangan ketika bercuti di Indonesia, keluarga rayu bantuan RM50,000 - Sinarharian - 3/09 5:10 pm PUTRAJAYA Keluarga Ahmad Tarmizi Hazmee yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika bercuti di Indonesia Ahad lalu merayu bantuan orang ramai bagi menampung kos dan rawatan perubatan yang dianggarkan RM50,000.Abang sulungnya, Ahmad Bukhari Hazmee berkata, setakat ini, pihak keluarga telah membelanjakan RM30,000 bagi membolehkan beberapa prosedur perubatan termasuk pembedahan dilakukan ke atas Ahmad Tarmizi, 30, yang kini dirawat di Rumah Sakit Mitra Plumbon Subang, Jawa Barat.Menurutnya, keadaan Ahmad Tarmizi yang separuh sedar dan masih memerlukan bantuan alat pernafasan turut menyebabkan doktor mempertimbangkan kemungkinan memindahkannya ke hospital di Jakarta berikutan kekurangan peralatan di hospital berkenaan."Pasukan perubatan belum memaklumkan tarikh, tetapi itu bimbang jika berlaku jangkitan memandangkan adik saya memerlukan sokongan alat pernafasan."Jadi kami merayu sumbangan orang ramai untuk menampung keperluan perubatan Ahmad Tarmizi di sana," katanya kepada Sinar Harian.Beliau berkata, kecederaan dialami Ahmad Tarmizi antaranya patah tulang rahang kepada tiga bahagian, tulang pipi hancur dan hentakan yang kuat di kepala telah menyebabkan berlaku pendarahan dan bengkak otak."Pembedahan pertama telah dilakukan pada Isnin bermula jam 8 pagi hingga 5 petang."Doktor menghentikan bius buat sementara bagi melihat reaksi Ahmad Tarmizi dan mendapati dia menunjukkan pergerakan termasuk cuba mengubah posisi badannya."Bius diberikan semula bagi membolehkan dia berehat dan pulih," ujarnya.Mengulas mengenai insiden, Ahmad Bukhari berkata, adiknya bercuti bersama isteri, anak dan dua adiknya yang masing- masing mahasiswa UiTM Shah Alam."Kejadian berlaku pada awal pagi 30 Ogos sewaktu Ahmad Tarmizi, isteri, anak dan dua adik dari Yogyakarta (Jogja) menuju Jakarta untuk pulang ke Malaysia," jelas beliau.Menurut beliau, laporan pihak berkuasa tempatan menyebut kemalangan tersebut membabitkan kenderaan yang dipandu Ahmad Tarmizi, Toyota Avanza dengan sebuah lori."Semasa kejadian, semua tidur dan apabila polis sampai di lokasi, lori berkenaan telah tiada," kata Ahmad Bukhari.Ujarnya, insiden tersebut juga meragut nyawa adik bongsu mereka, Muhammad Atiqullah, 22, dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Dunguswiru, Kecamatan Subang Kota, Indonesia pada hari sama dengan bantuan pihak kedutaan."Isteri Ahmad Tarmizi, anak dan adik iaitu Adam,23, hanya mengalami kecederaan ringan."Ibu dan ayah juga telah berlepas ke sana sehari selepas kejadian," katanya.Sehubungan itu, keluarga berkenaan memohon sumbangan orang ramai bagi membantu menampung kos rawatan, pembedahan dan hospital yang dianggarkan sekitar RM50,000.Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank atas nama Ahmad Bukhari Hazmee di nombor 503051552097 dengan catatan Tarmizi.Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Ahmad Bukhari di talian 019-7617318. |
|
UiTM perkukuh jaringan strategik bersama KKB, perluas akses pendidikan tinggi - Sinarharian - 3/09 11:40 am SHAH ALAM Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memperkukuh jaringan kolaborasi strategik bersama Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) bagi memperluas akses masyarakat kepada pendidikan tinggi berkualiti.Komitmen itu dizahirkan menerusi Majlis Pemerkasaan Kolaborasi Strategik Kolej-Kolej Bersekutu (KKB) UiTM yang dirasmikan Ketua Eksekutif Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), UiTM.Majlis berkenaan menjadi platform memperkukuh hubungan antara UiTM dan KKB selain memperbaharui komitmen bersama bagi memastikan pelaksanaan program usahasama terus relevan, berkualiti dan memberikan impak kepada masyarakat.Dalam ucapan perasmian, Ketua Eksekutif iCEPS berkata, kolaborasi strategik menjadi antara instrumen penting dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi selain membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan pendidikan berkualiti.Menurutnya, kerjasama antara UiTM dan KKB bukan sekadar hubungan antara dua institusi, sebaliknya membentuk ekosistem yang menghimpunkan kepakaran akademik, keupayaan pengurusan serta jaringan pendidikan bagi melahirkan modal insan berilmu dan berdaya saing."Kelangsungan sesuatu kolaborasi tidak hanya bergantung kepada kekuatan perjanjian yang dimeterai, tetapi juga kepada keupayaan kita melaksanakan kerjasama dengan penuh integriti, amanah dan berorientasikan hasil," katanya.Beliau berkata, tadbir urus yang cekap dan pengurusan sumber secara berhemah turut penting bagi memastikan setiap kolaborasi memberikan nilai tambah kepada universiti, rakan strategik dan khususnya pelajar.Sehubungan itu, katanya, iCEPS akan terus memainkan peranan sebagai penggerak dan penyelaras bagi memastikan hubungan strategik bersama KKB terus berkembang menerusi tatakelola yang baik, pemantauan berkesan serta penekanan berterusan terhadap kualiti akademik.Majlis berkenaan turut menjadi titik tolak dalam memperkukuh kepercayaan dan memperluas jaringan kerjasama antara UiTM dan KKB bagi menyediakan lebih banyak peluang pendidikan tinggi berkualiti kepada masyarakat. |
|
Shawn pahat rekod baharu SUKIPT - Sinarharian - 2/09 6:33 pm HASRAT untuk kembali mencatat masa terbaik selepas berdepan kecederaan menjadi kenyataan buat atlet Universiti Malaya (UM), Shawn Roshan Singh apabila mencipta rekod baharu acara 1,500 meter (m) lelaki pada Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 di Arena UM pada Rabu.Shawn muncul juara dengan masa 4 minit 3.43 saat (s), sekali gus memadam rekod temasya 4:05.11s yang bertahan sejak edisi 2016 dan sebelum ini menjadi milik Kesavan Maniam, juga dari UM.Menariknya, pelari berkenaan tidak menjadikan rekod sebagai sasaran utama, sebaliknya turun dengan misi mencatat masa sepantas mungkin selepas hanya mempunyai kira-kira tujuh minggu untuk kembali membuat persiapan akibat kecederaan."Saya tahu ada peluang untuk memecahkan rekod, tetapi apa yang lebih penting adalah catatan masa |
|
Pacu kerjasama politik Pas-BN - Sinarharian - 2/09 9:20 am SHAH ALAM - Persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) serta kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) dijangka menjadi antara isu utama yang bakal mendominasi Muktamar Pas 2026.Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, kedua-dua perkara tersebut dilihat signifikan dalam usaha mengukuhkan kedudukan parti pimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang itu sebagai antara peneraju utama blok pembangkang."Saya tidak menolak kemungkinan muktamar kali ini akan mengukuhkan lagi hubungan antara Pas dan BN dan ia akan diolah dengan menggerakkan naratif penyatuan Melayu."Kedua-dua parti merasakan mereka boleh memenangi hati pengundi Melayu," katanya kepada Sinar Harian.Sebelum ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan kehadiran Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ke Muktamar Pas.Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) memaklumkan, PN turut menjemput pemimpin parti komponennya menghadiri muktamar itu, selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta tetamu luar negara.Sementara itu Pensyarah Kanan Jabatan Sains Politik dan Pengajian Madani, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Syaza Farhana Mohamad Shukri berpandangan, Pas perlu tentukan arah tuju usaha menjalin kerjasama dengan UMNO bagi mendapatkan sokongan pengundi atas pagar.Beliau berkata, ketika ini Pas harus memperlihatkan parti itu sebagai 'kerajaan menanti' dengan mengemukakan strategi dan polisi yang mampu meyakinkan rakyat."Pas perlu luaskan usaha dan menjadi lebih seperti typical party."Ia boleh jadi titik permulaan baharu hubungan Pas-UMNO dan lupakan perbezaan dahulu, namun saya tidak rasa akan ada satu bentuk kerjasama lebih rasmi menjelang PRU16."Nampak seperti kedua-dua (Pas dan UMNO) masih tidak pasti bentuk dan formula kerjasama |
|
181 anggota ATM ikuti WBL 2.0 UiTM Kohort 2 - Sinarharian - 31/08 1:23 pm SHAH ALAM - Seramai 181 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengikuti program Diploma Work-Based Learning (WBL) 2.0 Kementerian Pertahanan Kohort 2 di Universiti Teknologi MARA (UiTM).Ia sekali gus meneruskan inisiatif strategik yang menghubungkan pengalaman serta kompetensi di tempat kerja dengan pendidikan tinggi.Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan (Mindef), Datin Roszanina Wahab berkata, pelaksanaan WBL merupakan pendekatan baharu dalam memperkukuh pembangunan modal insan negara."Ini termasuk menghubungkan pengalaman kerja, kemahiran teknikal dan laluan akademik secara lebih tersusun," katanya.Roszanina merasmikan program Diploma WBL 2.0 Kementerian Pertahanan Kohort 2 di UiTM bertempat di Dewan Serbaguna Seroja UiTM Shah Alam pada 26 Ogos lalu.Turut hadir ialah Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Ts Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin; Pengarah Pendidikan ATM, Brigedier Jeneral Mohd Sharif Ishak serta Penolong Naib Canselor (Penjanaan Pendapatan), Profesor Dr Faizah Abd Majid yang menjalankan tugas Ketua Eksekutif Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM.Bagi Kohort 2, ia melibatkan tiga program iaitu Diploma Seni Kulinari, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat serta Diploma Pengajian Sukan.Inisiatif tersebut meneruskan kejayaan Kohort 1 yang dilaksanakan bersama UiTM pada 2025 dengan penyertaan seramai 231 orang melibatkan lima program diploma.Kesemua peserta Kohort 1 dijangka menerima penganugerahan diploma pada Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-105.Sementara itu, Shahrin berpandangan bahawa WBL 2.0 bukan sekadar satu program akademik, tetapi juga manifestasi komitmen bersama untuk memperkasa anggota pertahanan melalui pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan profesional.Kerjasama strategik antara UiTM melalui iCEPS, Mindef dan ATM turut mendapat sokongan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi memastikan pelaksanaan serta penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman memenuhi piawaian kualiti akademik ditetapkan.WBL 2.0 menjadi platform penting dalam mengiktiraf pengalaman, disiplin, kepimpinan dan kompetensi anggota ATM sebagai sebahagian daripada perjalanan akademik yang diiktiraf.Ini sekali gus membuka ruang kepada pembangunan kerjaya dan persediaan menghadapi kerjaya kedua selepas tamat perkhidmatan. |
|
IHH Healthcare Malaysia, UiTM angkat suara anak muda sempena Merdeka - Sinarharian - 31/08 9:30 am SHAH ALAM IHH Healthcare Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bekerjasama buat julung kalinya menerusi inisiatif Merdeka Through Our Eyes bagi memberi ruang kepada golongan muda menzahirkan erti kemerdekaan melalui filem pendek.Inisiatif berkenaan dilancarkan sempena sambutan Hari Merdeka ke-69 dan Hari Malaysia, dengan mengetengahkan perspektif pelajar UiTM mengenai Malaysia dan makna Merdeka kepada generasi mereka.Dibangunkan bersama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Merdeka Through Our Eyes meletakkan golongan muda Malaysia sebagai teras perbincangan mengenai kemerdekaan dengan memberi mereka peluang menceritakan kisah Malaysia berdasarkan pengalaman dan perspektif kreatif sendiri.Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia, Dr Kamal Amzan berkata, rangkaian hospital kumpulan berkenaan sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia selama lebih lima dekad."Sepanjang tempoh itu, kami menyaksikan pelbagai generasi mendapatkan rawatan di hospital kami, keluarga berkembang, komuniti berubah dan negara terus melalui pelbagai perkembangan."Semua ini memberikan kami tanggungjawab yang melangkaui penyediaan penjagaan apabila seseorang jatuh sakit |
|
Akta Hasutan juga tinggalan era penjajah, wajar dimansuh – Ramkarpal .. - Mygazette - 30/08 3:19 pm # Akta Hasutan juga tinggalan era penjajah, wajar dimansuh - Ramkarpal KUALA LUMPUR - Akta Hasutan 1948 yang masih berkuat kuasa sehingga ke hari ini merupakan undang-undang era penjajahan yang wajar dimansuhkan seperti saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam |
|
Sultan Selangor Mahu UiTM Terus Perkasa Melayu, Bumiputera Dengan Budaya Cemerlang - Siakapkeli - 30/08 12:12 am Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah supaya Universiti Teknologi MARA (UiTM) terus memainkan peranan dalam memperkasa pendidikan Melayu... |
|
Time to repeal draconian colonial-era laws, Ramkarpal tells govt after PM's UiTM speech - Mkini - 30/08 12:06 am DAP leader says this should be done as part of govt's reform agenda. |
|
Martabat Bahasa Melayu Tidak Bermaksud Sisih Bahasa Lain PM - Wrlr - 30/08 7:29 am Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada program Kemuncak Ambang Merdeka Sahabat MADANI di UiTM Permatang Pauh pada 29 Ogos 2026 |
|
Undang-undang warisan penjajah mesti dihapuskan – Anwar - Mygazette - 29/08 9:31 pm # Undang-undang warisan penjajah mesti dihapuskan - Anwar PERMATANG PAUH - Malaysia perlu menghapuskan undang-undang warisan penjajah bagi memaknai erti sebenar kemerdekaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim |
|
Jika terus diberi amanah, hasil banteras rasuah dipulangkan kepada rakyat .. - Mygazette - 29/08 9:31 pm # Jika terus diberi amanah, hasil banteras rasuah dipulangkan kepada rakyat - PM PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan memulangkan penjimatan hasil usaha membanteras salah guna kuasa dan rasuah kepada rakyat khususnya pelajar dan mahasiswa sekiranya terus diberi amanah memimpin negara |
|
Kebebasan minda, suara anak muda cerminan negara merdeka - Sinarharian - 29/08 5:28 pm PERMATANG PAUH- Kemerdekaan tidak hanya bermakna negara bebas daripada penjajahan sebaliknya turut menuntut kebebasan minda rakyat khususnya golongan muda untuk berani berfikir, bersuara dan menentukan masa depan negara sendiri.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, anak muda dan mahasiswa perlu diberikan ruang sewajarnya untuk mengemukakan pandangan termasuk kritikan terhadap kerajaan tanpa terus dianggap sebagai ancaman.Menurut beliau, kekangan serta undang-undang warisan penjajah yang boleh menyekat kebebasan bersuara perlu diteliti supaya semangat kemerdekaan dapat diterjemahkan dalam bentuk kebebasan berfikir."Kita mahu anak muda berani berfikir |
|
Sultan Selangor mahu UiTM terus jadi pintu mobiliti sosial anak Melayu,... - Mygazette - 29/08 8:11 am # Sultan Selangor mahu UiTM terus jadi pintu mobiliti sosial anak Melayu, Bumiputera SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Universiti Teknologi Mara (UiTM) terus memainkan peranan sebagai pintu mobiliti sosial bagi anak Melayu dan Bumiputera, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar untuk membina masa depan lebih baik menerusi pendidikan |
|
Sultan Selangor mahu UiTM terus jadi pintu mobiliti sosial Melayu, Bumiputera - FMT - 29/08 6:51 am Baginda tidak mahu apabila UiTM semakin besar dan maju golongan sasar yang menjadi sebab asal institusi itu diwujudkan dibiar tercicir. |
|
Poor Bumiputeras mustnt be left behind at UiTM, says sultan - FMT - 29/08 12:06 am Sultan Sharafuddin Idris Shah says UiTM was founded to provide social mobility for young Malays and Bumiputeras from low-income and rural families. |
|
Kemerdekaan tidak bermakna jika rasuah, perpecahan masih berakar - Anwar - Sinarharian - 29/08 12:00 am PERMATANG PAUH - Kemerdekaan negara tidak akan membawa makna sebenar sekiranya rakyat masih dibelenggu rasuah, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa serta perpecahan dalam masyarakat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, pengisian kemerdekaan bukan sekadar meraikan sambutan tahunan, sebaliknya menuntut keberanian rakyat untuk mempertahankan perpaduan, keadilan dan integriti demi masa depan negara.Menurut Anwar, Malaysia dibina hasil kerjasama masyarakat pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan yang perlu terus hidup dalam suasana saling menghormati."Negara ini dibina bersama |
|
KPT hentikan prosiding tatatertib mahasiswa berkaitan kebebasan bersuara - Mygazette - 28/08 4:07 pm # KPT hentikan prosiding tatatertib mahasiswa berkaitan kebebasan bersuara KUALA LUMPUR - Semua prosiding tatatertib berkaitan dengan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan secara aman di semua universiti awam dihentikan berkuat kuasa serta merta |
|
Sabri Yunus sambung pengajian di UPSI pada usia 65 tahun - Sinarharian - 28/08 12:26 am PELAKON, pengarah dan seniman terkenal, Sabri Yunus melakar satu lagi perjalanan bermakna dalam hidupnya apabila menyambung pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim pada usia 65 tahun.Beliau yang berkongsi kisah itu menerusi hantaran di Facebook berkata, perjalanan tersebut mengimbau kembali kenangan ketika beliau menuntut di Institut Pendidikan (IP), Kota Bharu pada 1981.Menurutnya, selepas lebih empat dekad, beliau akhirnya kembali ke dunia pengajian tinggi, namun kali ini di sebuah universiti pendidikan yang jauh berbeza daripada institusi yang pernah dilaluinya ketika muda."Alhamdulillah, dari IP bawah tangga stadium Kota Bharu ke Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, akhirnya 1981 di IP dan 2026 di UPSI," katanya.Sabri turut berkongsi cerita bahawa beliau tidak pernah melihat keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diperolehnya kerana ketika itu mempunyai tunggakan bayaran bulanan sebanyak RM180.Katanya, bayaran bulanan sebanyak RM36 yang diberikan bapanya tidak dibayar selama lima bulan kerana wang tersebut banyak dihabiskan untuk menonton wayang di beberapa pawagam di Kota Bharu termasuk Lido, Rex dan Odeon.Beliau memberitahu, apabila keputusan STPM diumumkan, bapanya memberikan RM180 untuk beliau mengambil keputusan berkenaan kerana mahu mengetahui sama ada lulus atau sebaliknya."Depan bilik guru aku berdiri tengok orang keluar masuk, aku genggam duit dalam poket seluar dan kepala fikir, nak ambil atau tidak."Kalau keputusan tak bagus, tak lulus, terbang RM180 duit ayah, jadi aku buat keputusan tak ambil,"ujarnya.Sabri berkata, beliau kemudian memulangkan wang tersebut kepada bapanya dan memberitahu bahawa beliau merasakan dirinya tidak lulus." Ayah diam, masa itu kalau dapat 3 P( Principal) sudah layak ke universiti."Bila kawan ayah tanya keputusan aku, belum sempat aku jawab, ayah jawab dulu dapat 3 P (pembohong, pemalas, pemonteng) |
|
MoHE halts disciplinary proceedings involving student freedom of expression - Sinardaily - 28/08 11:30 am PUTRAJAYA - All disciplinary proceedings at public universities involving freedom of speech, expression of views, public criticism and peaceful assembly must be halted with immediate effect, the Higher Education Ministry (MoHE) said.The ministry said the move was an immediate step to expand students freedom of expression and right to association, in line with Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahims remarks at the Malaysia MADANI Intellectuals Forum (FIM) Series 13 on the repeal of the Universities and University Colleges Act 1971 (Act 30) (AUKU).In a statement today, MoHE said it was also reviewing measures that could be implemented under the existing legal framework to give immediate effect to the Prime Ministers directive.Several provisions under AUKU and the Student Disciplinary Rules that restrict students freedom of expression and association have been identified for exemption as part of the immediate measures.These include freedom to manage student associations and clubs; freedom to organise student activities; and freedom of expression, assembly, use of communication platforms, as well as the distribution and publication of documents."At the same time, such freedoms must go hand in hand with responsibility and respect for the rule of law."Acts involving violence, vandalism, property damage, criminal offences, academic misconduct or breaches of valid disciplinary rules remain subject to the laws and regulations in force, the statement read.MoHE said a similar review would be conducted for the International Islamic University Malaysia (IIUM) and Universiti Teknologi MARA (UiTM), which are not governed by AUKU, to examine provisions relating to students and align them with the reform measures being implemented under AUKU.The ministry said it remained committed to developing an open, structured and inclusive higher education governance framework through engagement with all stakeholders, to ensure the development of a quality higher education ecosystem for the countrys future.Anwar had stressed that while the process of developing a new legal framework was underway, measures to give students greater freedom should be implemented immediately, without waiting for the entire drafting of the new Act to be completed |
|
Prosiding tatatertib berkait kebebasan bersuara di universiti awam dihentikan serta-merta - Sinarharian - 28/08 10:04 am PUTRAJAYA -Semua prosiding tatatertib berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan secara aman di semua universiti awam hendaklah dihentikan berkuat kuasa serta-merta, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).KPT memaklumkan bahawa ketetapan itu adalah langkah segera untuk memperluas kebebasan bersuara dan hak berpersatuan mahasiswa seiring denganpenegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Forum Ilmuwan Malaysia Madani (FIM) Siri 13 berkaitan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30)(AUKU).Sehubungan itu, KPT menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan pihaknya juga meneliti langkah yang boleh dilaksanakan dalam kerangka perundangan sedia ada bagi menterjemahkan penegasan tersebut dengan segera.Beberapa peruntukan dalam AUKU serta Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang mengehadkan kebebasan mahasiswa untuk bersuara dan berpersatuan telah dikenal pasti untuk dikecualikan daripada pemakaian sebagai langkah pelaksanaan segera.Antaranya kebebasan pengurusan persatuan dan kelab,kebebasan pengurusan aktiviti pelajar,dan kebebasan bersuara, berhimpun, penggunaan platform komunikasi,pengedaran serta penerbitan dokumen."Pada masa yang sama, kebebasan tersebut perlu bergerak seiring dengan tanggungjawab dan keluhuran undang-undang."Perbuatan yang melibatkan keganasan, vandalisme, kerosakan harta, kesalahan jenayah, salah laku akademik atau pelanggaran tatatertib yang sah tetap tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa," menurut kenyataan itu.KPT juga memaklumkan,bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak tertakluk kepada AUKU, penelitiansama akan dilaksanakan terhadap peruntukan masing-masing yang berkaitan mahasiswa agar selaras dengan langkah pembaharuandilaksanakan di bawah AUKU.KPT terus komited meneruskan pembangunan tatakelola pendidikan tinggi yang terbuka, tersusun dan inklusif melalui penglibatan semua pihak berkepentinganbagi memastikan penghasilan satu ekosistem pendidikan tinggi masa hadapan negara yang berkualiti.Sebelum ini, Perdana Menteri menegaskan bahawa sementara proses pembangunan kerangka perundangan baharu dilaksanakan, langkah yang boleh memberikan lebih kebebasan kepada mahasiswa perlu dilaksanakan segeratanpa perlu menunggu keseluruhan proses penggubalan akta baharu selesai |
|
Juara bertahan UiTM hadap cabaran pertahan takhta SUKIPT - Sinarharian - 27/08 9:19 pm UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) bersedia mempertahankan kejuaraan keseluruhan apabila Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2026 membuka tirai di Universiti Malaya (UM) dari 28 Ogos hingga 6 September ini.Pengarah Pusat Sukan UiTM, Ahmad Tarmizy Mohamed berkata, kontinjen itu menyasarkan 39 pingat emas, 17 perak dan enam gangsa pada edisi ketujuh temasya berkenaan.Menurutnya, sasaran tersebut bagaimanapun perlu direalisasikan dalam keadaan beberapa cabaran, termasuk pengurangan acara yang dipertandingkan pada edisi kali ini.Katanya, futsal wanita, sofbol wanita dan kayak tidak dipertandingkan, manakala ragbi wanita kekal dalam program tetapi pungutan pingatnya tidak diambil kira dalam penentuan kedudukan keseluruhan."Selain itu, cabaran turut membabitkan aspek logistik apabila pihak tuan rumah tidak dapat menyediakan penginapan yang berhampiran dengan venue pertandingan."Jarak perjalanan yang jauh serta kemungkinan kesesakan trafik menuntut pengurusan masa dan pergerakan kontinjen yang lebih tersusun bagi memastikan fokus atlet tidak terjejas," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UiTM ke SUKIPT 2026 di Kompleks Sukan UiTM Shah Alam, hari ini, yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, Prof Dr Mohd Sazili Sahibi.Sementara itu, Ahmad Tarmizy optimis pengalaman 510 atlet UiTM yang beraksi dalam 30 acara, termasuk sebahagian yang baru sahaja berentap pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, mampu menjadi kelebihan buat kontinjen berkenaan."Pendedahan di pentas kompetitif berintensiti tinggi memberikan nilai tambah dari segi mental, fizikal dan taktikal, selain membantu atlet lebih bersedia menghadapi persaingan di SUKIPT."Dengan gabungan pengalaman, kekuatan barisan atlet dan kesatuan pasukan, kami yakin sasaran yang ditetapkan mampu dicapai bagi memastikan UiTM terus mempertahankan kejuaraan keseluruhan," katanya. |
|
PRU-16: Pengundi makin kritikal, sentimen perkauman bukan lagi jaminan .. - Mygazette - 27/08 3:28 pm # PRU-16: Pengundi makin kritikal, sentimen perkauman bukan lagi jaminan kemenangan Penganalisis KUALA LUMPUR Parti politik yang masih bergantung kepada sentimen perkauman dan politik berasaskan ketakutan berdepan cabaran untuk mengekalkan sokongan pengundi yang semakin kritikal menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) |
|
PRU16: Pengundi kritikal tolak parti perkauman, pemimpin tiada integriti - Penganalisis - Sinarharian - 27/08 8:00 am KUALA LUMPUR - Naratif perkauman atau penyatuan berasaskan ketakutan tidak semestinya mencukupi untuk memenangi pengundi yang lebih kritikal walaupun ia mungkin masih mempunyai pasaran tertentu.Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, UiTM Seremban, Dr Mazlan Che Soh berkata, ini kerana pada akhirnya, mana-mana parti sama ada daripada blok kerajaan atau pembangkang tidak boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap integriti malah, kredibiliti mesti dibuktikan melalui rekod, reformasi institusi dan keupayaan menyelesaikan masalah rakyat.Beliau menjelaskan, pengundi hari ini semakin sukar dipengaruhi hanya melalui sentimen, warna parti atau slogan penyatuan politik."Pengalaman beberapa pilihan raya lalu menunjukkan bahawa pengundi sanggup mengubah sokongan apabila timbul persoalan serius mengenai integriti, tadbir urus, kos sara hidup dan keupayaan sesebuah kerajaan mengurus negara."Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) merupakan contoh penting apabila isu ekonomi, kepimpinan dan tadbir urus termasuk rasuah menjadi antara faktor yang membentuk sentimen pengundi ketika itu," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Dalam pada itu, Mazlan berkata, perkembangan mutakhir berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji juga tidak boleh dipandang ringan kerana laporan itu sendiri mengenal pasti kelemahan tadbir urus dan unsur campur tangan politik dalam beberapa keputusan yang dibuat bagi tempoh yang disiasat.Dalam konteks Felda pula, katanya, sabitan rasuah bekas Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah dipulihkan oleh Mahkamah Persekutuan dan usaha semakannya kemudian ditolak."Ini merupakan rekod institusi dan kehakiman yang boleh mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap soal integriti," ujarnya.Namun, ujar beliau, mana-mana pihak tidak boleh terus membuat kesimpulan bahawa rekod lampau sahaja akan menentukan keputusan PRU akan datang kerana pengundi juga akan menilai kerajaan yang sedang memerintah.Tinjauan Merdeka Center yang diterbitkan pada Jun lepas menunjukkan 73 peratus responden melihat isu ekonomi sebagai masalah terbesar rakyat, manakala hanya 42 peratus berpendapat negara berada di landasan yang betul."Ini menunjukkan pertarungan politik selepas ini bukan semata-mata mengenai siapa mempunyai rekod yang lebih buruk, tetapi siapa yang mampu menawarkan pentadbiran lebih bersih, ekonomi lebih baik dan kehidupan yang benar-benar dirasai rakyat," jelasnya |
|
Pendakian semarak semangat Merdeka warga FSK UiTM - Hotfm - 26/08 3:36 am Kuala Lumpur: Semangat patriotisme warga Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM) disemarakkan menerusi aktiviti pendakian apabila Kelab Kebajikan dan Sukan Rekreasi (KKSR) menganjurkan FSK Merdeka TrekFest 2026 di KL East Park, baru-baru ini. |
|
Johor raih emas sulung bola sepak lelaki Sukma - Sinarharian - 23/08 12:07 am JOHOR melakar sejarah apabila meraih pingat emas sulung bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) selepas menewaskan Selangor 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final edisi 2026 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, malam ini.Pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan dalam aksi sengit yang disaksikan kira-kira 10,000 penonton.Dalam penentuan itu, Muhammad Daniesh Amirruddin, Arayyan Hakeem Norizam, Izzuddin Arif Nazarudin dan Muhammad Naim Zainuddin tenang menyempurnakan sepakan masing-masing untuk memastikan kemenangan Johor kendalian Pedro Collado Celda.Selangor pula hanya berjaya menerusi Muhammad Danial Hqzeiry Mohd Amin dan Ahmad Zamil Zaqwan Samsulkama, manakala percubaan Hafifi Muhtadee Billah Zailani dan Muhammad Zarul Aidid Mokhtar berjaya diselamatkan penjaga gol Johor, Muhammad Danial Idraqi Mohd Asmir.Terdahulu, Muhammad Daniesh meletakkan Johor di depan pada minit ke-20 menerusi rembatan kaki kiri dari luar kotak penalti yang menewaskan penjaga gol Selangor, Muhammad Farish Farhan Mohd Zalani.Selangor yang dibimbing I |
|
CAKNA terus kukuh dalam industri pembinaan negara - Sinarharian - 22/08 9:00 am KOTA BHARU - Bermula dengan bayaran pertama hanya RM500 ketika bergelar kontraktor Kelas F, Pengarah Urusan Cakna Enterprise Sdn Bhd (CAKNA), Datuk Syed Akmal Syed Yusuf Al Bukhary kini menerajui syarikat yang berkeupayaan membida projek bernilai sehingga lebih RM1 bilion.Lebih tiga dekad membina empayar dalam bidang pembinaan, anak kelahiran Rantau Panjang itu membuktikan kejayaan tidak hadir secara mudah, sebaliknya dibina melalui disiplin, pengurusan kewangan yang ketat serta prinsip untuk menyiapkan sendiri setiap projek yang diperoleh.CAKNA yang ditubuhkan pada 1996 bermula dengan hanya empat pekerja sebelum berkembang kepada 60 kakitangan ketika ini, dengan syarikat kekal memberi tumpuan kepada bidang pembinaan.Perjalanan itu bermula selepas Syed Akmal, 57, menamatkan Diploma Kejuruteraan Elektronik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebelum bekerja selama tiga tahun dengan Telekom Malaysia dan kemudiannya memilih bidang kontraktor sebagai laluan kerjaya."Saya berhenti kerja dan masuk bidang kontraktor kerana mahu jadi usahawan |
|
UiTM Utamakan Bumiputera, Henti Ambil Pelajar Antarabangsa - Ohmedia - 21/08 10:28 am UiTM tidak lagi mengambil pelajar antarabangsa peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi memberi keutamaan kepada Bumiputera |
|
UiTM halts international undergrad intake to prioritise Bumi B40 students - FMT - 20/08 9:48 pm UiTM vice-chancellor Shahrin Sahib @ Sahibuddin says the Orang Asli community, as well as residents of Sabah and Sarawak will also get priority. |
|
Obor AUG 2026 lambang semangat Malaysia - Sinarharian - 20/08 9:26 pm 'BAWALAH obor Malaysia dan obor kemenangan" menjadi amanat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir kepada kontinjen negara menjelang Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2026 yang bakal berlangsung pada Disember ini.Amanat itu disampaikan ketika beliau menyempurnakan majlis simbolik penyerahan obor AUG 2026 sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Zaba, KPT, Putrajaya, pada Khamis.Zambry berkata, obor yang dibawa bukan sekadar simbol bermulanya perjalanan AUG 2026, sebaliknya membawa aspirasi dan semangat kemenangan atlet negara ketika bersaing di pentas sukan universiti Asia Tenggara."Bawalah obor Malaysia dan obor kemenangan itu kerana saudara juga membawa obor negara kita, Malaysia," katanya.Pada majlis berkenaan, Zambry menyerahkan obor AUG 2026 kepada Ketua Kontinjen Malaysia, Prof Dr Mohammad Ismail, yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Kelantan (UMK).Larian obor kemudiannya dibarakan empat atlet kebangsaan iaitu Andre Anura Anuar (lompat jauh - Universiti Putra Malaysia), Nani Sahirah Maryata (lontar peluru - Universiti Putra Malaysia), Thevendran Kaliana Sundram (karate - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) dan Lee Hui Yee (taekwondo - Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).Larian berkenaan bermula dari pekarangan KPT menuju ke Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sebelum kembali ke KPT, sebagai sebahagian daripada perjalanan obor ke beberapa institusi pendidikan tinggi terpilih.Larian obor itu selepas ini diteruskan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).AUG 2026 yang berlangsung dari 10 hingga 19 Disember menghimpunkan kira-kira 4,669 peserta termasuk 2,849 atlet dan pegawai daripada 11 negara, selain 700 pengadil serta pegawai pertandingan dan 920 sukarelawan.Sebanyak 19 sukan dipertandingkan dalam dua fasa di Shah Alam, Kuala Lumpur, Serdang dan Bangi dengan mengangkat tema Holistic Excellence.Temasya itu akan membuka tirai secara rasmi pada 12 Disember di Stadium UiTM, Shah Alam sebelum melabuhkan tirai pada 19 Disember di Dewan Tunku Canselor, UM. |
|
Chances of Tabung Haji recovering full Al-Rawda arbitration award balance low - Expert - Sinardaily - 18/08 10:21 am KUALA LUMPUR - The chances of Lembaga Tabung Haji (TH) recovering the entire outstanding 899 million Saudi riyal (1 Saudi riyal=RM1.09) arbitration award from Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co Ltd are slim, said an expert.Universiti Teknologi MARA (UiTM) Faculty of Management and Business senior lecturer Dr Mohd Iqbal Mohd Noor emphasised that winning an arbitration proceeding does not guarantee the recovery of the full amount awarded."Recovery depends largely on the ability to trace and enforce assets belonging to the company or its personal guarantors."The key issue at this stage is whether the parties responsible have sufficient, identifiable and enforceable assets to satisfy the award, Mohd Iqbal told Bernama.He said of the 899 million Saudi riyal ordered to be paid, only 14.9 million Saudi riyal, or about 1.7 per cent, had been paid, while the Saudi Arabia-based Al-Rawda was reportedly not financially capable of settling the full amount.Between 2015 and 2017, TH entered into lease agreements with Al-Rawda for four hotels in Makkah and Madinah, making upfront payments totalling approximately RM1.55 billion for lease terms ranging from 10 to 18 years.TH later engaged Al-Rawda to manage and operate the hotels under separate management and operating agreements, with the rental value totalling 2.49 billion Saudi riyal.As part of the security arrangements, TH obtained a promissory note backed by a personal guarantee from Al-Rawda owner Dr Mashhor Ali Omar Al-Madudi.Commenting on the financial protection structure in the Al-Rawda transaction, Mohd Iqbal said that for high-value agreements, investors would normally require asset collateral and bank guarantees to ensure strong financial protection, while promissory notes and personal guarantees would serve only as additional safeguards.He said if a transaction proceeded despite the absence of a bank guarantee and an incomplete due diligence process, it indicated a significant governance failure."When risks have been identified, but control mechanisms do not function, those mechanisms are deemed to have failed in the decision-making process."In the context of financial governance, the key issue is not whether the investment made a profit or loss, but whether the risks were identified, assessed and given due consideration before the investment decision was approved, said Mohd Iqbal.He noted that standard operating procedures for overseas investments by government-linked investment companies should stipulate a staged assessment process before approval.Mohd Iqbal said risk, legal and commercial assessments should be completed before funds are disbursed, while recipient companies should also provide guarantees from financially sound institutions or collateral backed by assets of equivalent value."Funds should be disbursed in stages based on predetermined performance targets |
|
Peluang TH pulihkan keseluruhan baki award Al-Rawda rendah - Pakar - Sinarharian - 18/08 9:03 am KUALA LUMPUR - Peluang Lembaga Tabung Haji (TH) mendapatkan semula keseluruhan award timbang tara bernilai SAR899 juta (kira-kira RM978 juta) daripada Al-Rawda Real Estates Development & Project Management Co |
|
UiTM Perak juara Liga Bola Sepak IPT Divisyen 3 - Sinarharian - 17/08 8:07 pm UiTM Cawangan Perak muncul juara Kejohanan Liga Bola Sepak IPT Divisyen 3 2026 selepas menewaskan City University 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah pada Ahad.Kejohanan yang berlangsung dari 9 hingga 16 Ogos itu menghimpunkan 14 pasukan institusi pengajian tinggi dari seluruh negara bagi merebut gelaran juara Divisyen 3.Perjalanan UiTM Cawangan Perak menuju kejuaraan berlangsung cukup meyakinkan apabila membuka kempen peringkat kumpulan dengan kemenangan 4-1 ke atas TAR UMT sebelum membenam INTEC 3-0 untuk mengesahkan kemaraan ke peringkat kalah mati.Pada suku akhir, skuad kendalian Shahreen Nizam Sharuddin terus mempamerkan aksi cemerlang apabila menewaskan KPTM Kota Bharu 4-0.Cabaran lebih getir menanti di separuh akhir apabila mereka berdepan UniMAP dalam perlawanan sengit, namun UiTM Cawangan Perak berjaya mencatat kemenangan 3-2 untuk melangkah ke pentas final.Dalam aksi penentuan kejuaraan, UiTM Cawangan Perak tampil penuh disiplin dan bertenaga sebelum Muhammad Danial Zarfan Zainal membuka jaringan.Bagaimanapun, City University bangkit menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Wafie Othman untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada masa penuh.Muhammad Khairul Fahmi kemudian muncul wira UiTM Cawangan Perak apabila menyelamatkan dua sepakan penalti lawan sebelum menyempurnakan penalti terakhir pasukannya untuk memastikan trofi kejuaraan menjadi milik UiTM Cawangan Perak.Kecemerlangan penjaga gol itu turut diiktiraf apabila beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan.Sebagai juara, UiTM Cawangan Perak membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM5,000, sekali gus mengukuhkan reputasi universiti itu sebagai antara pencabar utama dalam arena bola sepak institusi pengajian tinggi negara.Shahreen menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil semangat juang tinggi, keyakinan diri dan penerapan mentaliti juara dalam kalangan pemain sepanjang kejohanan."Semangat juang dan keyakinan diri yang tinggi, selain mentaliti juara yang diterapkan dalam pasukan, menjadi tunjang kepada kejayaan ini."Taktikal yang dirancang oleh barisan jurulatih hanyalah panduan, namun kejayaan sebenar ditentukan oleh cara pemain menterjemahkan taktikal tersebut di atas padang ketika perlawanan berlangsung," katanya.Kejayaan itu turut membuktikan komitmen berterusan UiTM Cawangan Perak dalam memperkasakan pembangunan sukan universiti, khususnya bola sepak, menerusi latihan sistematik, kepimpinan jurulatih yang berkesan serta dedikasi tinggi para atlet.Sementara itu, Pengurus Pasukan UiTM Cawangan Perak, Muhammad Farid Muhamad Ismail merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan universiti, barisan kejurulatihan, pegawai pasukan, penyokong serta semua pihak yang memberikan sokongan sehingga kejayaan tersebut direalisasikan. |
|
Apa nasib Akta 173, 174 selepas AUKU dimansuhkan? – KMUiTM - Mygazette - 17/08 7:55 am # Apa nasib Akta 173, 174 selepas AUKU dimansuhkan? - KMUiTM KUALA LUMPUR - Kolektif Mahasiswa UiTM (KMUiTM) menuntut kerajaan menjelaskan sama ada pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) turut melibatkan Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 (Akta 174) |
|
Expert urges Tabung Haji to institutionalise decision-making accountability - Sinardaily - 15/08 12:41 am KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) must shift from individual accountability to institutionalised accountability to ensure that major decisions no longer depend on the influence or will of specific individuals.Islamic finance expert Assoc Prof Dr |
|
GPMS to leave youth registrar and join RoS - Sinardaily - 15/08 11:24 am MACHANG - The Federation of Peninsular Malay Students (GPMS) has made a major decision to withdraw from the Registrar of Youth (Roy) and join the Registrar of Societies (RoS).The unanimous decision was made after a motion was agreed upon at the 72nd GPMS Annual General Meeting at Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang here on Friday.GPMS President, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi, stated that the decision was taken following the implementation of the 30-year youth age limit, which allegedly affected GPMS's ability to carry out its original function and role as an organisation advocating for the educational agenda and the interests of Malay students.He explained that GPMS was not established as a youth organisation, but rather had a history dating back to 1948 with a focus on education and Malay students.When the age limit was lowered, GPMS was no longer able to carry out its functions in accordance with its purpose of establishment under the constitution and as it was originally founded in 1948.Therefore, todays decision is to leave Roy and join RoS |
|
GPMS keluar ROY, sertai RoS - Sinarharian - 15/08 8:18 am MACHANG - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) membuat keputusan besar untuk keluar daripada Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) dan menyertai Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).Keputusan sebulat suara dibuat selepas usul dipersetujui pada Persidangan Agung Tahunan GPMS Kali Ke-72 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang di sini pada Jumaat.Presiden GPMS, Muhd Fazreen Ismadi Fauzi berkata, keputusan itu dibuat susulan pelaksanaan had umur belia 30 tahun yang didakwa menjejaskan keupayaan GPMS menjalankan fungsi serta peranan asalnya sebagai pertubuhan yang memperjuangkan agenda pendidikan dan kepentingan pelajar Melayu.Beliau berkata, GPMS bukan ditubuhkan sebagai pertubuhan belia, sebaliknya mempunyai sejarah penubuhan sejak 1948 dengan fokus terhadap pendidikan dan pelajar Melayu."Apabila had umur diturunkan, GPMS tidak lagi mampu menjalankan fungsi sebagaimana tujuan penubuhannya mengikut perlembagaan dan sebagaimana ia ditubuhkan pada 1948."Jadi, keputusan hari ini ialah keluar daripada ROY dan menyertai RoS |
|
Depositors confidence in TH as trustee to perform haj remains strong - Sinardaily - 14/08 9:18 am KUALA LUMPUR - Although Lembaga Tabung Haji (TH) has come under the spotlight again following the release of the Royal Commission of Inquiry (RCI) report on issues concerning its management and operations, depositors confidence in the institution as a trustee in helping them realise their dream of performing haj remains unwavering.For the majority of Muslims in Malaysia, TH is not merely an ordinary financial, savings and investment institution |
|
Proposed tenancy act to balance Malaysian rental market rights - Sinardaily - 12/08 6:36 pm KUALA LUMPUR - The proposed Residential Tenancy Act under the National Housing Policy (DRN) 2026-2035 could create a more transparent, safe and balanced rental market by clearly defining the rights and responsibilities of tenants and property owners.Real estate management expert from Universiti Teknologi MARA (UiTM), Assoc Prof Dr Rohayu Abdul Majid, said the proposed Standard Tenancy Agreement could provide a standard framework covering key matters such as tenancy duration, deposits, rental rates, maintenance, utility bills, termination notices and renewal terms.She said property owners should be responsible for the structure, basic systems and damage not caused by tenants, while tenants should be liable for damage resulting from misuse or negligence."A Residential Tenancy Tribunal could also provide a fast and low-cost avenue for resolving disputes, particularly over deposits and rental arrears, without requiring parties to go through lengthy court proceedings," she said.Rohayu said a Centralised Deposit (Escrow) system could further protect both parties by placing deposits in a neutral account or under regulatory supervision, preventing disputes over refunds and unpaid arrears."It could also ensure reasonable deposit amounts, allow landlords to make legitimate deductions and ensure deposits are returned to tenants within a specified period after they move out," she said.She said clear eviction procedures were also needed to prevent property owners from taking unilateral action against defaulting tenants, such as changing locks or cutting off utilities, while allowing reasonable access for inspections and repairs with prior notice, except in emergencies.On the issue of bird's nest houses modified to accommodate dozens of rooms, Rohayu said the Act could require such modifications and the use of residential units for rental purposes to comply with approvals and conditions set by local authorities (PBT).She said maximum occupancy limits and minimum room sizes based on floor area and building design could also be introduced, while approval from the PBT and Fire and Rescue Department should be mandatory for structural partitioning to ensure adequate emergency exits and ventilation.Rohayu also proposed giving PBT enforcement officers inspection powers and imposing heavier penalties on premises owners who violate the requirements.Meanwhile, real estate economics and finance expert from Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Assoc Prof Dr Muhammad Najib Razali, said the frequency of rental increases should be regulated, particularly in urban areas facing rising living costs.He said blanket rent control could provide short-term protection for tenants but might reduce property owners' incentive to offer rental units, affect maintenance and ultimately reduce rental supply."A more suitable approach is rent stabilisation and market transparency, rather than blanket rent control," he said.Najib said rental increases could be subject to reasonable advance notice and prohibited during the tenancy period, while areas experiencing extraordinary rental pressures could be subject to a mechanism that considers market rents, inflation, maintenance costs and local conditions.Najib, who is also a panel member of the Real Estate Research Fund Coordinating Committee (NAPREC), said New South Wales, Australia, provides an interesting comparative model, where the government does not set a single maximum rental rate for all homes but instead regulates the frequency of rent increases.He said rental rates cannot be increased during the first 12 months of a tenancy or within 12 months of a previous increase, and landlords must provide at least 60 days' written notice.He said a similar approach could be considered in Malaysia, with the government regulating how rents are reviewed rather than determining the rental rate for every property."I also see an important role for registered valuers and rental transaction data |
|
Bebas percaturan politik kunci utama kembalikan keyakinan awam kepada TH - Penganalisis - Sinarharian - 12/08 5:26 pm KUALA LUMPUR - Membebaskan Lembaga Tabung Haji (TH) daripada sebarang percaturan politik menjadi satu lagi asas penting kepada institusi itu dalam menelusuri landasan pemulihan yang kukuh selepas kejayaan melaksanakan lebih 75 peratus daripada syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pengurusan dan operasinya.Rata-rata penganalisis berpendapat pelajaran terpenting daripada krisis yang meninggalkan titik hitam dalam sejarah panjang kejayaan TH menguruskan simpanan serta operasi terkait hal ehwal rukun Islam kelima itu ialah campur tangan serta lantikan politik yang menghakis prinsip tadbir urus korporat dan profesional.Felo Majlis Profesor Negara, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, langkah itu merupakan antara prasyarat utama dalam usaha mengembalikan kepercayaan penuh pendeposit serta umat Islam di negara ini secara keseluruhan terhadap peranan TH."Tidak dapat dinafikan hakikat ada campur tangan orang politik dalam TH, malah pada ketika ini sukar untuk kita memisahkan institusi berkenaan daripada dikaitkan dengan kepentingan politik, apa sahaja keputusan pasti dikaitkan termasuklah pembentangan RCI di Dewan Rakyat semalam."Kehadapan ini (masa akan datang) penting untuk kerajaan mempamerkan bahawa pengurusan TH adalah di luar lingkungan tekanan politik, termasuklah dalam kepimpinan organisasi harus dalam kalangan profesional yang langsung tiada kaitan dengan parti politik," kata Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) itu kepada Bernama.Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Mohd Amim Othman berkata, TH perlu mencontohi pengalaman pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bebas daripada pengaruh ahli politik."Di Malaysia ini ramai sahaja orang (profesional) berkelayakan untuk memimpin (TH), cuma orang politik ini mereka tak nak lepas kelebihan kuasa kawalan ke atas TH."Untuk perkara ini (bebas pengaruh politik) bermakna kita (perlu) mengaplikasi cadangan daripada RCI itu sendiri, termasuk (perlu) meminda kuasa menteri, ahli lembaga pengarah dan perkasa kawal selia, ini sudah mencukupi," katanya.Mohd Amim berkata, pascakrisis ini menuntut TH lebih agresif dengan pendekatan segar dan baharu dalam usaha menarik keyakinan awam untuk menambah tabungan melalui komitmen keahlian serta simpanan, terutamanya pendeposit generasi muda."Jika jumlah pencarum generasi sedia ada berkurang (susulan isu RCI TH), ia berisiko mempengaruhi dana pelaburan |
|
‘RM1 Juta Dah Tak Cukup Untuk Bersara Selesa Di Malaysia’ Pakar Ekonomi - Vocket - 12/08 11:59 am Pensyarah Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr |
|
Lantai bas sekolah reput ragut nyawa Adam, ibu tunggu tujuh tahun tuntut keadilan - Sinarharian - 10/08 1:25 pm KOTA BHARU [DIKEMAS KINI] Penantian seorang ibu selama tujuh tahun demi keadilan kematian anaknya yang terjatuh akibat lantai bas yang reput sehingga berlubang, berakhir apabila Mahkamah Tinggi di sini pada 20 April lalu memerintahkan lima pihak termasuk pemandu bas dan guru besar membayar ganti rugi berjumlah RM17,573.Allahyarham Wan Mohammed Adam Mohd Suria ketika kejadian baru berusia 12 tahun, dalam perjalanan menaiki kenderaan itu untuk menyertai program pendidikan di Besut, Terengganu bersama 30 murid lain.Wan Mohammed Adam dari sebuah sekolah kebangsaan di Machang mengikuti program English Booster Week UPSR 2019 di bawah Program Empower ECER Academic Training yang dianjurkan Institut Pendidikan Neo (iNED), Universiti Teknologi MARA (UiTM).Tragedi berlaku pada jam 11.40 pagi pada 4 Julai 2019 lalu apabila arwah didapati terjerlus dari lantai bas yang reput sebelum terjatuh atas jalan di Kilometer 12, Jalan Pasir Puteh-Machang-Grik.Malangnya, nyawa kanak-kanak itu tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ibu mangsa, Nik Hasmani Mohamed, 51, selaku plaintif mengambil tindakan undang-undang terhadap lima pihak iaitu pemandu bas, Shalahudin Ibrahim, 53; pemilik bas, Mohamad Che Su, 71; Guru Besar, Ahmad Sanusi Ramlee, 63, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Kerajaan Malaysia selaku defendan pertama hingga kelima.Plaintif turut menamakan Pengarah Institut Neo (Ined) Universiti Teknologi Mara (Uitm) dan universiti itu sebagai pihak ketiga.Berdasarkan alasan penghakiman bertarikh 20 April lalu yang dimuat naik pada Ahad, Hakim, Mohd Rosli Yusoff membenarkan ganti rugi khas RM7,573 serta ganti rugi kesedihan dan kedukacitaan RM10,000 kepada plaintif.Mahkamah mendapati Nik Hasmani berjaya membuktikan tuntutannya dan menetapkan liabiliti keseluruhan sebanyak 100 peratus terhadap pihak yang dipertanggungjawabkan.Mohd Rosli berkata, tragedi itu mungkin dapat dielakkan sekiranya pemandu bas bertindak tegas dengan melarang murid berjalan atau bergerak ke sana sini ketika perjalanan.Menurutnya, pemandu juga mempunyai kuasa untuk menghentikan kenderaan jika terdapat murid yang enggan mematuhi arahannya."Mahkamah ini mendapati bahawa kemalangan dalam kes ini mungkin boleh dielakkan jika pemandu bas tersebut, bertindak tegas dengan melarang kanak-kanak daripada berjalan-jalan atau merayau ke sana sini semasa dalam perjalanan tersebut."Defendan pertama juga boleh menghentikan bas tersebut jika terdapat mana-mana kanak-kanak yang degil dan gagal mendengar arahannya," katanya.Mahkamah berkata, perkara itu tidak dilakukan walaupun pemandu berkenaan merupakan satu-satunya orang dewasa di dalam bas dan mempunyai kuasa serta kawalan penuh terhadap perjalanan serta keselamatan murid.Mahkamah turut mendapati kemalangan berkenaan boleh dielakkan sekiranya pemilik bas menyediakan kenderaan yang kukuh dan selamat untuk digunakan.Mohd Rosli berkata, mahkamah berpuas hati bahagian lantai hadapan bas, tempat mangsa terjerlus dan terjatuh, sememangnya telah reput serta tidak kukuh."Jika pemilik bas menggantikan keseluruhan lantai kenderaan dengan lantai yang baharu dan kukuh, kejadian ini tidak akan berlaku walaupun kanak-kanak berkeliaran dan melompat-lompat," katanya.Bukan itu sahaja, mahkamah mendapati guru besar ketika kejadian cuai dalam melaksanakan tanggungjawabnya memastikan keselamatan murid.Menurut mahkamah, guru besar berkenaan menyerahkan urusan pelepasan murid yang menyertai program itu kepada penolong kanan sekolah, pada pagi kejadian kerana beliau perlu melayan tetamu.Mahkamah berpandangan tindakan itu menunjukkan kegagalan mengambil berat terhadap tugas hakiki sebagai guru besar dan memastikan keselamatan murid, sebaliknya memberi lebih tumpuan kepada urusan peribadi.Katanya, guru besar berkenaan juga bukan sahaja gagal menyediakan guru pengiring, malah tidak memastikan kehadiran pegawai pengiring yang dikatakan akan disediakan oleh pihak penganjur, iaitu Pengarah iNED."Guru besar sepatutnya tidak membenarkan bas tersebut bergerak ke destinasi sehinggalah pegawai pengiring tersebut telah berada di atas bas tersebut."Kegagalan itu turut dipikul defendan keempat dan kelima selaku pegawai atasan serta majikan guru besar berkenaan secara vikarius," katanya.Dalam pada itu, mahkamah tidak mengenakan sebarang liabiliti walaupun terdapat keterangan bahawa mangsa berjalan di dalam bas.Mohd Rosli berkata, perbuatan sedemikian merupakan perkara yang boleh dijangkakan berlaku apabila kanak-kanak berada dalam rombongan bersama rakan sebaya tanpa pengawasan orang dewasa.Berdasarkan keseluruhan fakta, mahkamah memutuskan defendan-defendan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kematian mangsa.Pembahagian liabiliti ditetapkan dengan defendan pertama dan kedua masing-masing merangkumi keseluruhan 50 peratus tanggungan, manakala defendan ketiga hingga kelima 25 peratus dan pihak ketiga pertama serta kedua turut 25 peratus.Nik Hasmani sebelum itu turut menuntut RM1 juta masing-masing bagi ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.Bagaimanapun, mahkamah menolak kedua-dua tuntutan berkenaan kerana ganti rugi teruk hanya diberikan sekiranya perbuatan defendan tergolong dalam kategori berniat jahat, menyinggung perasaan secara melampau, menyebabkan tekanan fikiran atau emosi, penghinaan serta menjejaskan maruah plaintif."Mahkamah mengakui kehilangan dan kematian ahli keluarga yang disayangi merupakan satu kejadian tragis, tanpa mengira keadaan atau cara kematian berlaku."Saya simpati kepada keluarga mangsa atas kehilangan tersebut namun mahkamah tidak boleh membuat keputusan atau memberikan jumlah ganti rugi berdasarkan emosi semata-mata," katanya.Beliau berkata, ini kerana mahkamah terikat kepada fakta, undang-undang dan keputusan terdahulu oleh mahkamah lebih tinggi.Dalam prosiding berkenaan, plaintif diwakili peguam, Wan Mohd Zuhdi Wan Abdullah bersama Norazham Yahaya.Defendan pertama dan kedua pula diwakili peguam, Khazan Bakhtiah Muhamad Asrinani bersama Aidi Haizorin Abdullah, manakala defendan ketiga hingga kelima diwakili Peguam Persekutuan, Ahmad Armi Najamuddin Azmi.Pihak ketiga pertama dan kedua diwakili peguam, Nor Shahirah Azmin. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |