| /// |
|
| Search : Jalaluddin Alias News | Page 1 |
|
The Negeri Sembilan power grab: Umno gently slides the knife into PH - Sinchew - 29/04 1:57 pm The palace dispute must be resolved through proper constitutional procedure. Could Aminuddin resign and hand the Menteri Besar's post to Negeri Sembilan Umno chairman Datuk Seri Jalaluddin Alias? There is a case for it |
|
Krisis N. Sembilan: Beberapa ADUN UMNO disebut pengganti Exco? - Mygazette - 29/04 1:57 pm Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan laporan bahawa beliau sudah melantik barisan Exco baharu bagi mengisi kekosongan empat jawatan yang ditinggalkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) selepas 14 ADUN parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinannya. Dalam perkembangan sama, Datuk Seri Jalaluddin Alias turut menafikan dakwaan bahawa beliau berminat untuk dilantik sebagai Menteri Besar susulan perkembangan tersebut |
|
UMNO N. Sembilan gesa sidang khas DUN diadakan segera - Mygazette - 29/04 1:57 pm Sembilan gesa sidang khas DUN diadakan segera KUALA LUMPUR UMNO Negeri Sembilan menggesa Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri diadakan segera bagi menangani krisis politik yang berlaku di negeri itu ketika ini. Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata, pihaknya bimbang wujud ketidaktentuan dalam pentadbiran kerajaan negeri sekiranya sidang DUN ditangguhkan dalam tempoh enam bulan seperti dimaklumkan |
|
Konflik N. Sembilan: Tak adil hukum, ambil keputusan terburu-buru ??? PM - Mygazette - 29/04 1:57 pm Semalam, 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun berkuat kuasa serta-merta. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara susulan krisis yang disifatkan boleh menjejaskan pentadbiran negeri |
|
Kemelut politik: UMNO Negeri Sembilan mohon menghadap Tuanku Muhriz - Mygazette - 29/04 1:57 pm # Kemelut politik: UMNO Negeri Sembilan mohon menghadap Tuanku Muhriz SEREMBAN - UMNO Negeri Sembilan telah menghantar permohonan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan keputusan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, semalam. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata permohonan itu dibuat bagi memaklumkan secara rasmi pendirian parti itu berhubung perubahan sokongan politik melibatkan pentadbiran negeri |
|
Umno N Sembilan nafi Adun kembali dalam exco - FMT - 29/04 1:44 pm Ketuanya Jalaluddin Alias berkata semua 14 Adun Umno kekal dengan pendirian mereka. |
|
Jalaluddin nak persembah majoriti kepada siapa? Ini kuasa sebenar Dato Undang dalam krisis N9 - Harapandaily - 29/04 1:00 pm Oleh NORMAN DAUD Berdasarkan Jadual Perbelanjaan 2024, Dato’ Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin menerima peruntukan kira-kira RM1.6 juta setahun, dengan perbelanjaan sebenar sekitar RM1.3 juta |
|
Krisis NS: Umno tolak penangguhan 6 bulan, tuntut sidang khas DUN - Mkini - 29/04 11:25 am Jalaluddin, berkata akan wujud ketidaktentuan dalam pentadbiran kerajaan negeri jika sidang DUN ditangguh dalam tempoh enam bulan. |
|
Krisis Negeri Sembilan: ADUN UMNO lain buat 'u-turn' isi kekosongan jawatan Exco? - Sinarharian - 29/04 10:46 am SEREMBAN Baru semalam empat Exco kerajaan Negeri Sembilan daripada UMNO memulangkan segala aset dan kenderaan rasmi, kini muncul pula dakwaan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO lain yang akan mengisi kekosongan tersebut.Antara nama yang menjadi sebutan ialah ADUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Mohd Amin yang juga memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.Bagaimanapun Mohd Asna dihubungi Sinar Harian enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan terbabit.Namun, beliau menegaskan akan terus mematuhi segala arahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi."Apa-apa pun, saya sebagai ahli parti akan tetap setia dengan segala arahan daripada Presiden," katanya ringkas.Selain Mohd Asna, ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dan ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi turut disebut-disebut.Muhammad Sufian bagaimanapun menafikan perkara itu dan menegaskan akan akur dengan apa jua keputusan parti.Dalam pada itu, usaha mendapatkan reaksi Mohd Zaidy tidak berhasil apabila beliau gagal dihubungi.Untuk rekod sebelum ini, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang merupakan ADUN Pertang, menggalas portfolio Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi serta Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, selain berperanan sebagai Exco Kanan.ADUN Senaling, Datuk Ismail Lasim (Exco Bertindak Pendidikan dan Modal Insan) dan ADUN Palong, Mustapha Nagoor (Exco Pembangunan Belia dan Sukan).ADUN Linggi, Datuk Mohd Faizal Ramli pula memegang portfolio Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital.Pada Pilihan Raya Negeri(PRN) Negeri Sembilan, Barisan Nasional(BN) memang di 14 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) daripada 17 kerusi yang ditandingi yang mana kesemuanya ditandingi oleh UMNO.Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 17 kerusi, yang mana DAP 11 kerusi, PKR lima kerusi dan satu kerusi Parti Amanah Negara (Amanah).PN memang di lima kerusi iaitu DUN Paroi, Serting, Gemas, Bagan Pinang dan Labu. |
|
Teruk warga nogori serang Jalaludin, label Umno Negeri Sembilan gila kuasa - Harapandaily - 29/04 7:00 am Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berterusan menjadi sasaran kecaman rakyat Negeri Sembilan ekoran tindakan tebuk atap 14 Adun Umno yang dianggap cuba mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri |
|
Tidak timbul isu UMNO ingin jadi Menteri Besar, tebuk atap di Negeri Sembilan - MKT UMNO - Sinarharian - 28/04 9:50 pm Kita kena lihat perkara yang terjadi hari ini adalah perkara di antara pertembungan adat dan institusi raja yang tak diurus dengan baik. Kalau kita urus dengan baik, perkara ini tak timbul," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu Program Interviu 'Lapan Dekad UMNO: Bertahan Atau Berubah yang disiar secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Selasa.Program yang dikendalikan Haizir Othman itu turut menampilkan Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd Raqib Abu Hassan.Krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan undang luak mengisytihar menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong.Sebelum ini Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungei Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra luak berkenaan.Berikutan krisis berkenaan juga, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.Bagaimanapun, pada Isnin, UMNO Negeri Sembilan membuat kejutan apabila mengisytiharkan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddun.Keputusan dibuat berikutan ADUN terbabit yang semuanya mewakili UMNO tidak selari dengan tindakan Aminuddin dalam menyelesaikan kemelut membabitkan adat dan perlembagaan negeri.Malah, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam satu kenyataan media memaklumkan bahawa mereka sudah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri apabila mendapat sokongan lima ADUN Perikatan Nasional (PN).Mengulas lanjut, Mohd Razlan berkata, 14 ADUN BN Negeri Sembilan tidak akan bertindak sedemikian sekiranya syarat yang diberikan sebelum membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan dipatuhi.Menurutnya, antara syarat diberikan ialah tidak menyentuh institusi raja, perlembagaan dan orang Islam yang sememangnya menjadi pegangan parti itu."Bagi pandangan saya hendak menuduh UMNO menebuk atap, UMNO hendak mencari peluang untuk menjadi Menteri Besar ini tidak timbul, kalau hendak dari dulu lagi kita boleh buat."Tetapi kita tidak buat kerana tidak ada keperluan |
|
Apa sebenarnya Jalal mahu?, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan ini teruk kena .. - Wrlr - 28/04 9:42 pm Apa sebenarnya Jalal mahu?, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan ini teruk kena kecam netizen Harapandaily April 28, 2026 Tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun terus mengundang kecaman di media sosial |
|
Usaha singkir Menteri Besar N Sembilan hadapi jalan buntu - Wrlr - 28/04 9:41 pm Semalam, BN Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Aminuddin kerana didakwa gagal menguruskan isu berkenaan. Pengerusinya, Jalaluddin Alias, turut menegaskan bahawa mereka menyokong sepenuhnya dan mempertahankan institusi adat, perlembagaan serta undang-undang yang mengawal pentadbiran negeri |
|
PH kekal sokong kepimpinan Aminuddin, tolak pengkhianatan UMNO-BN Negeri Sembilan - Fahmi - Sinarharian - 28/04 7:40 pm SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) akan kekal memberi kerjasama kepada kepimpinan kerajaan Negeri Sembilan di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun demi kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat di negeri itu.Pengarah Komunikasinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pakatan berkenaan juga akan terus mempertahan peranan dan fungsi institusi Raja-Raja Melayu.Menurutnya, PH juga menzahirkan rasa kesal dengan tindakan yang dibuat 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan tersebut kerana jelas tidak menghayati semangat Kerajaan Perpaduan."Pakatan Harapan menolak keras langkah pengkhianatan yang dilakukan UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan untuk cuba menebuk atap dan mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, apatah lagi alasan tindakan 14 ADUN berkenaan tidak terkait sama sekali dengan prestasi Menteri Besar."Tindakan UMNO Barisan Nasional Negeri Sembilan ini telah dilakukan tanpa mempedulikan kebajikan rakyat, malah dilakukan pada ketika Kerajaan Perpaduan dan negara berdepan dengan krisis bekalan global, dan berusaha menguruskan ekonomi serta mengurangkan beban yang dihadapi rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada Isnin mengumumkan 14 ADUN UMNO-BN sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Jelasnya, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Perkembangan terbaharu itu turut mencetuskan konflik politik memandangkan Negeri Sembilan dibentuk melalui kerjasama Kerajaan Perpaduan. |
|
Negeri Sembilan Umno seeks audience with Tuanku Muhriz - Sinardaily - 28/04 7:18 pm SEREMBAN - The Negeri Sembilan Umno is seeking an audience with the Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, following its decision to withdraw support for the Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, yesterday.State Umno chief Datuk Seri Jalaluddin Alias said the request was made to formally convey the partys position on the shift in political support affecting the state administration."We have submitted a request for an audience to formally inform His Royal Highness of our withdrawal of support for the Menteri Besar |
|
Persatuan Rangkaian Peniaga Malaysia kecam tindakan 14 ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/04 6:47 pm SHAH ALAM - Persatuan Rangkaian Peniaga Malaysia mengecam tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun di saat dunia termasuk Malaysia sedang berhadapan tekanan ekonomi akibat konflik global.Presidennya, Balamurugan Sinnathamby berkata, perbuatan itu tindakan politik tidak bertanggungjawab dan mengancam kestabilan serta kemajuan ekonomi negeri ketika rakyat amat memerlukan kepimpinan yang bersatu dan berhemah.Beliau berkata, ketika dunia sedang berhadapan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga bahan api, inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, pemimpin politik sepatutnya bekerjasama memperkukuhkan keyakinan rakyat serta memastikan kestabilan ekonomi negeri terus terpelihara."Malangnya, terdapat pihak yang memilih untuk mewujudkan ketidaktentuan politik demi kepentingan tertentu."Rakyat dan komuniti perniagaan Negeri Sembilan akan terus berdiri teguh mempertahankan kestabilan, tadbir urus yang bertanggungjawab dan kesinambungan pembangunan."Sebarang tindakan yang mengancam pencapaian ini akan dinilai oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada Isnin mengumumkan 14 ADUN UMNO -BN sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Jelasnya, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Mengulas lanjut, Balamurugan berkata, rakyat negeri berkenaan tidak seharusnya menjadi mangsa kepada percaturan politik yang didorong oleh kepentingan peribadi atau kepentingan parti.Ujarnya, sebarang cubaan menggunakan isu sensitif untuk menukar kerajaan melalui jalan belakang hanya akan merosakkan keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi serta mewujudkan ketidakstabilan yang tidak perlu."Perkara ini amat membimbangkan kerana pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan ketika ini telah menunjukkan peningkatan yang jelas dan ketara dari segi pengurusan kewangan serta prestasi ekonomi sejak tahun 2018 |
|
Pertemuan pemimpin parti cetus tanda tanya, bincang krisis Negeri Sembilan? - Sinarharian - 28/04 5:56 pm SHAH ALAM - Sekeping gambar yang dikongsikan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mencuri perhatian dan menimbulkan tanda tanya apabila ia memaparkan pertemuan melibatkan beberapa pemimpin parti dalam kerajaan.Bagaimanapun, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Madani tidak memperincikan butiran pertemuan berkenaan, sebaliknya hanya menulis kapsyen ringkas 'pertemuan berlangsung'.Antara pemimpin kelihatan dalam gambar itu termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Hadir sama, Setiausaha Agung DAP yang juga ADUN Chennah, Anthony Loke dan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Ahmad Zahid dijangka mengadakan pertemuan bersama Anwar bagi membincangkan krisis politik di Negeri Sembilan.Bagaimanapun Ahmad Zahid enggan mengulas lanjut pertemuan tersebut ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini pada Selasa.Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri. |
|
'Kami bukan lembu yang nak diarah untuk berdiam diri'- Akmal Saleh - Sinarharian - 28/04 5:46 pm SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, menegaskan pihaknya tidak akan berdiam diri sekiranya terdapat sebarang kesalahan, termasuk yang melibatkan rakan politik.Menurutnya, UMNO terbuka untuk berkawan dengan sesiapa sahaja, namun tidak akan hanya mengikut arahan tanpa menegur perkara yang tidak betul."Bro Kamil Munim, kami boleh berkawan dengan sesiapa sahaja, tapi jika ada kawan yang buat salah, kami tidak akan berdiam."Kami bukan lembu yang nak diarah untuk berdiam diri jika ada perkara yang perlu diperbetulkan," katanya menerusi hantaran balas susulan kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim, berhubung krisis di Negeri Sembilan pada Selasa.Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa amaran yang dikeluarkan Muhammad Kamil itu sepatutnya ditujukan kepada ahli parti sendiri, khususnya yang dilihat terbuka mengkritik kepimpinan tertinggi."Sepatutnya amaran kamu ini kena bagi pada ahli PKR sendiri yang hari ini menghentam presiden parti kamu. Itu sebenarnya 'tebuk kapal' atau kamu takut bila ada Perikatan Nasional (PN) boleh sokong Barisan Nasional (BN)?"Tapi kalau kamu nak lawan, then bring it on bro! Sedikit pun kami tidak gentar," katanya.Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan politik di Negeri Sembilan, beliau berkata, sekiranya kedudukan kerajaan negeri tidak lagi kukuh, pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) wajar dipertimbangkan."Teruskanlah Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias sudah mengumumkan menarik sokongan dan boleh jadi pembangkang |
|
UMNO Negeri Sembilan mohon menghadap Tuanku Muhriz - Sinarharian - 28/04 4:50 pm SEREMBAN - UMNO Negeri Sembilan telah menghantar permohonan menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir susulan keputusan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada Isnin. Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, permohonan itu dibuat bagi memaklumkan secara rasmi pendirian parti itu berhubung perubahan sokongan politik melibatkan pentadbiran negeri."Kita sudah membuat permohonan untuk menghadap Tuanku (Tuanku Muhriz), untuk menyatakan tentang pemakluman penarikan sokongan kita kepada menteri besar dan saya belum lagi dititah dan bersedia pada bila-bila masa untuk menghadap Tuanku," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa |
|
PN tak letak syarat bergabung dengan BN di Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/04 3:24 pm Ketika UMNO lemas, 22 bulan, siapa yang hulurkan tangan? Pas."Kita tak pernah mengungkit cerita-cerita lama yang berlaku. Kita bersedia untuk bekerjasama demi kepentingan yang lebih besar," katanya dalam sidang media pada Selasa.Beliau berkata demikian selepas membuat kunjungan hormat bersama pimpinan Pas Perak ke atas Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) di Rumah Media Perak di sini pada Selasa.Hadir sama Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria; Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri dan Pengerusi PPMP, Sayed Mohd Hesham Sayed Idris.Mengulas lanjut, Idris menjelaskan bahawa keutamaan PN ketika ini adalah mengelakkan berlakunya pilihan raya mengejut yang boleh membebankan rakyat.Katanya, selain itu PN juga mahu memastikan wujud kepimpinan negeri yang mampu menjamin kestabilan politik."Kita tak mahu ada snap election, rakyat pun susah."Kita nak kepimpinan yang boleh mewujudkan kestabilan di peringkat negeri," jelas Ahli Majlis Tertinggi PN Pusat itu.Dalam masa sama, beliau menegaskan bahawa PN tidak akan campur tangan dalam hal berkaitan adat atau urusan dalaman negeri, sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat Negeri Sembilan.Ditanya mengenai kemungkinan kerjasama itu menjadi realiti memandangkan gabungan politik di peringkat Persekutuan berbeza, Idris berkata, perkara tersebut bergantung kepada kebijaksanaan wakil rakyat di negeri berkenaan.Menurutnya, pihak PN di Negeri Sembilan termasuk wakil rakyat Pas dan Bersatu telah menunjukkan kesediaan untuk menyokong usaha tersebut.Dalam pada itu, Idris tidak menolak kemungkinan model kerjasama seumpama itu boleh diperluaskan ke negeri lain seperti Perak dan Pahang sekiranya mendapat persetujuan pimpinan.Pada Isnin, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan menarik sokongan terhadap Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dilaporkan berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan semua 14 ADUN BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini.Sejurus itu, lima ADUN PN Negeri Sembilan mengumumkan sedia bekerjasama dengan BN bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.Bagaimanapun, Aminuddin pada sidang medianya memaklumkan, beliau akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negeri biarpun 14 ADUN BN menarik sokongan kepadanya.Beliau berkata, sudah menyembah maklum mengenai kedudukan semasa ADUN yang menyokongnya kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir |
|
UMNO-BN gesa Sidang Khas DUN Negeri Sembilan - Jalaluddin - Sinarharian - 28/04 3:00 pm SEREMBAN - Sidang Khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan perlu diadakan segera bagi menangani krisis politik yang sedang berlaku di negeri berkenaan.Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaludin Alias berpendapat sekiranya sidang DUN ditangguh dalam tempoh enam bulan seperti dimaklumkan, ia dikhuatiri akan mewujudkan ketidaktentuan dalam pentadbiran kerajaan negeri serta membuka ruang kepada pelbagai masalah baharu."Jika mereka bertahan sehingga enam bulan, kerajaan akan diurus dalam keadaan tidak stabil dan pelbagai masalah akan timbul."Sidang DUN khas mesti dipanggil untuk memutuskan segala krisis politik yang berlaku demi kestabilan dan kepentingan kerajaan negeri," katanya dalam sidang media di Wisma UMNO Negeri Sembilan pada Selasa.Tambahnya, sekiranya persidangan DUN tidak diadakan dalam masa terdekat, ia boleh menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri serta memberi kesan kepada kelancaran urusan dasar kerajaan.Justeru ujarnya, Yang di-Pertua DUN perlu mengambil tindakan segera mengadakan sidang DUN khas bagi membincangkan serta memutuskan langkah penyelesaian terhadap krisis politik yang sedang berlaku."Langkah itu dilihat sebagai satu-satunya pilihan bagi mengembalikan keadaan kepada landasan biasa serta memastikan pentadbiran negeri dapat berjalan dengan lebih stabil."Pada pandangan saya, sidang khas dewan mesti dipanggil dalam masa terdekat, kita tiada pilihan kedua," katanya. |
|
N Sembilan Umno seeks audience with Tuanku Muhriz - Mkini - 28/04 2:02 pm UPDATED 3.26PM It's to defend state's traditional institutions, says Jalaluddin. |
|
UMNO Negeri Sembilan nafi 'tebuk atap' berpakat dengan PN - Sinarharian - 28/04 1:49 pm SERMBAN - UMNO Negeri Sembilan menafikan dakwaan yang ada pakatan awal bersama lima Ahli Dewan Undangan(ADUN) Perikatan Nasional(PN) untuk menjatuhkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun apabila mengumumkan hilang kepercayaan terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pengerusi Pakatan Harapan(PH) Negeri Sembilan itu.Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, jika adanya perancangan awal ke arah itu, semestinya sejak awal lagi ia telah pun dibuat, bukannya hanya pada waktu sekarang."Kita tidak ada niat untuk menjatuhkan Menteri Besar dan kita tidak jadikan penangguhan persidangan DUN sebagai sebab untuk kita tarik sokongan."Jangan 'pusing' ke situ |
|
Ahmad Zahid jumpa Anwar bincang krisis Negeri Sembilan - Sinarharian - 28/04 1:24 pm Tak ada... Tak akan dapat masuk ya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini pada Selasa.Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan undang luak mengisytihar menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong.Sebelum itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungei Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato' Klana Petra luak berkenaan.Berikutan krisis berkenaan juga, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz pada Khamis lalu. |
|
Jalaluddin Alias Tarik Sokongan MB Negeri Sembilan, Lepaskan Jawatan EXCO - Ohmedia - 28/04 1:21 pm Jalaluddin Alias sah lepaskan jawatan Exco Negeri Sembilan selepas tarik sokongan kepada MB Aminuddin Harun |
|
PH langgar prinsip, beri kesan pada parti- Pas - Sinarharian - 28/04 12:46 am SHAH ALAM - Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat melanggar prinsip mereka satu demi satu akan memberi kesan kepada parti tersebut.Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ia sepertimana kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke PH berhubung Barisan Nasional di Negeri Sembilan mendapat undi dalam Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN2023) atas mandat pengundi yang mana mereka berkempen bersama.Menurutnya, apabila UMNO Negeri Sembilan menarik balik sokongan daripada Menteri Besar PKR, ia melanggar mandat rakyat."Saya nak tanya, ketika enam ahli Parlimen (MP) Bersatu isytihar sokong PMX, ia langgar mandat pengundi tak?"Kenapa DAP turut sama menyokong tindakan Speaker yang tidak isytihar kekosongan enam kerusi tersebut yang jelas langgar mandat pengundi mereka di Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)?"Setidak-tidaknya UMNO Negeri Sembilan buat keputusan 'en bloc' bukan melompat secara peribadi seperti MP Bersatu," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.Sebelum ini, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Tambah Ahmad Fadhli, lagipun tiada sebarang halangan seperti Akta Anti Lompat parti yang mengekang keputusan UMNO Negeri Sembilan berbanding akta yang sama-sama dipersetujui oleh semua ahli Parlimen sebelum PRU15."Tetapi kemudiannya dilanggar oleh enam MP Bersatu."Sebenarnya satu demi satu prinsip yang dilanggar oleh PH akan berbalik implikasinya kepada mereka."Ia termasuklah peruntukkan ahli Parlimen yang mereka juga akan tuntut apabila jadi pembangkang kelak |
|
Kemelut Negeri Sembilan akan diselesaikan secara politik - Sinarharian - 28/04 12:20 am CYBERJAYA [DIKEMAS KINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan kemelut pentadbiran Negeri Sembilan yang hangat ketika ini akan diselesaikan secara politik.Beliau berkata, parti tidak pernah mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri ataupun undang-undang adat Negeri Sembilan."Kita akan mencari penyelesaian terbaik bagi memastikan sebuah kerajaan yang kukuh di Negeri Sembilan dapat terus melayani dan mendepani permasalahan rakyat," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), di sini pada Selasa.Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Luak mengisytiharkan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Balai Undang Luak Sungai Ujong.Sebelum itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungai Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato' Klana Petra di luak berkenaan.Berikutan krisis tersebut, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh, yang menolak sebarang usaha menubuhkan kerajaan melalui kaedah tebuk atap, Ahmad Zahid berpandangan perbincangan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perlu diadakan."Itulah sebabnya perbincangan dengan Perdana Menteri itu penting."Masalah politik harus diselesaikan secara politik, bukan dengan cara lain," jelas beliau.Ketika diasak mengenai maklumat perbincangan bersama Anwar, Ahmad Zahid bagaimanapun enggan mengulas lanjut.Mengulas mengenai kemungkinan wujud kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu, beliau menegaskan undang-undang Negeri Sembilan tidak semudah itu."Saya harap kita ikuti undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan juga peraturan Dewan Undangan Negeri, khususnya di Negeri Sembilan."Pada hemat saya, tidak semudah itu dan yang paling baik ialah mengikuti semua peraturan serta prosedur bagi memastikan ia dipatuhi terlebih dahulu," jelasnya. |
|
Exco UMNO-BN kosongkan pejabat, pulang kenderaan hari ini - Sinarharian - 28/04 12:07 am SEREMBAN UMNO Negeri Sembilan telah mengarahkan kesemua ahli exconya mengemas pejabat di Wisma Negeri serta memulangkan kenderaan rasmi termasuk aset kerajaan kepada setiausaha kerajaan negeri pada Selasa.Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan tindakan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun."Apabila saya mengumumkan tidak lagi memberi kepercayaan kepada Menteri Besar serta menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, secara automatik jawatan saya sebagai ahli exco gugur."Hari ini, saya telah pun mengarahkan semua Exco UMNO menyerahkan segala kemudahan termasuk kenderaan rasmi kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita pada Selasa.Untuk rekod, Jalaluddin yang merupakan ADUN Pertang, menggalas portfolio Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi dan Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, selain berperanan sebagai Exco Kanan.ADUN Seri Menanti, Datuk Ismail Lasim (Exco Bertindak Pendidikan dan Modal Insan) dan ADUN Palong Mustapha Nagoor (Exco Pembangunan Belia dan Sukan).ADUN Linggi Datuk Mohd Faizal Ramli pula memegang portfolio Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital |
|
Jahat adalah sifat Umno - Msomelayu - 28/04 12:02 am RENCANA Setiakawan PENARIKAN sokongan 14 Adun Umno terhadap MB Datuk Seri Aminuddin Harun yang berlaku semalam bertujuan untuk menjatuhkan MB dan mengambil alih kekuasan di Negeri Sembilan, ianya bukan perkara baru dalam politik negara ini |
|
Krisis N. Sembilan: Berjasa seru BN, PN kerjasama demi kepentingan rakyat - Mygazette - 28/04 7:57 am Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara menarik sokongan serta menyatakan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, sekali gus mencetuskan krisis politik di negeri itu. Perkara berkenaan diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dalam satu sidang media khas pagi tadi |
|
Krisis N. Sembilan: Tok Min orang baik, semua yang berlaku ada... - Mygazette - 28/04 7:57 am Awal hari ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Aminudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat. Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini |
|
PN cuba ‘rangkul’ peluang??? daripada kemelut N. Sembilan .. - Mygazette - 28/04 7:57 am Terdahulu, Adun pembangkang negeri itu daripada PN yang mempunyai lima kerusi mengumumkan kesediaan bekerjasama dengan BN bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri yang kini berdepan krisis kepimpinan. Tindakan itu susulan daripada kenyataan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias Bersama 14 ADUN UMNO daripada BN mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin berkuat kuasa serta-merta |
|
Kemelut Negeri Sembilan: Kita akan umum kemudian – PM - Mygazette - 28/04 7:57 am Penarikan sokongan itu mencetuskan krisis politik di negeri itu. Perkara berkenaan diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Adun BN, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dalam satu sidang media khas |
|
Kemelut Negeri Sembilan: ???Zahid akan bertemu Anwar - Mygazette - 28/04 7:57 am "Perkara ini akan dirujuk dan kita akan memutuskan apabila perkara ini dibawa ke Biro Politik dan Majlis Tertinggi UMNO," katanya. Terdahulu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias Bersama 14 ADUN UMNO daripada Barisan Nasional mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin berkuat kuasa serta-merta. |
|
UMNO/BN NS ada majoriti mudah bentuk kerajaan - Sinarharian - 27/04 8:41 pm SEREMBAN - UMNO/Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan kini mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama.Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ADUN UMNO Negeri Sembilan, mereka menyambut baik kesediaan barisan ADUN PN terbabit demi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan."UMNO dan BN Negeri Sembilan mengambil maklum akan kenyataan media yang dikeluarkan oleh ADUN PN Negeri Sembilan bertarikh hari ini, 27 April."Pihak kami menghargai keprihatinan yang dizahirkan oleh mereka berhubung kemelut yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri pada saat ini," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.Dalam kenyataan itu, mereka memaklumkan bahawa dalam situasi luar biasa ini, kepentingan rakyat Negeri Sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian.Ujarnya, mereka berjiwa besar untuk mengetepikan perbezaan ideologi demi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan segera."UMNO BN sentiasa bersikap pragmatik dan inklusif. Kami percaya bahawa penyatuan suara majoriti ADUN mampu memberikan naratif baharu yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negeri dan mempertahankan adat di negeri ini."Maka dengan itu, melalui kenyataan sokongan daripada lima ADUN PN, UMNO/BN telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri," katanya.Sementara itu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ketika dihubungi Sinar Harian berkata beliau mempunyai bukti kukuh sokongan majoriti daripada Ahli Dewan bagi membolehkan parti terbabit menubuhkan kerajaan.Malah, katanya, kesediaan PN untuk bekerjasama secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa mereka kini mempunyai 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) sebanyak 17 kerusi.Untuk rekod, pada PRN Negeri Sembilan, PN memenangi lima kerusi iaitu DUN Paroi, Serting, Gemas, Bagan Pinang dan Labu daripada keseluruhan 36 kerusi DUN.BN memenangi 14 kerusi DUN daripada 17 kerusi yang ditandingi, yang mana kesemuanya ditandingi oleh UMNO.PH pula memenangi 17 kerusi, iaitu DAP sebanyak 11 kerusi, PKR lima kerusi dan satu kerusi Parti Amanah Negara (Amanah). |
|
UMNO-BN NS ada majoriti mudah bentuk kerajaan - Sinarharian - 27/04 8:41 pm SEREMBAN - UMNO/Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan kini mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri selepas lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama.Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ADUN UMNO Negeri Sembilan, mereka menyambut baik kesediaan barisan ADUN PN terbabit demi menjamin kelangsungan pentadbiran kerajaan."UMNO dan BN Negeri Sembilan mengambil maklum akan kenyataan media yang dikeluarkan oleh ADUN PN Negeri Sembilan bertarikh hari ini, 27 April."Pihak kami menghargai keprihatinan yang dizahirkan oleh mereka berhubung kemelut yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri pada saat ini," katanya dalam kenyataan media pada Isnin.Dalam kenyataan itu, mereka memaklumkan bahawa dalam situasi luar biasa ini, kepentingan rakyat Negeri Sembilan mengatasi segala kepentingan kepartian.Ujarnya, mereka berjiwa besar untuk mengetepikan perbezaan ideologi demi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk dengan segera."UMNO BN sentiasa bersikap pragmatik dan inklusif. Kami percaya bahawa penyatuan suara majoriti ADUN mampu memberikan naratif baharu yang lebih kukuh untuk memacu pembangunan negeri dan mempertahankan adat di negeri ini."Maka dengan itu, melalui kenyataan sokongan daripada lima ADUN PN, UMNO/BN telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri," katanya.Sementara itu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, ketika dihubungi Sinar Harian berkata beliau mempunyai bukti kukuh sokongan majoriti daripada Ahli Dewan bagi membolehkan parti terbabit menubuhkan kerajaan.Malah, katanya, kesediaan PN untuk bekerjasama secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa mereka kini mempunyai 19 kerusi berbanding Pakatan Harapan (PH) sebanyak 17 kerusi.Untuk rekod, pada PRN Negeri Sembilan, PN memenangi lima kerusi iaitu DUN Paroi, Serting, Gemas, Bagan Pinang dan Labu daripada keseluruhan 36 kerusi DUN.BN memenangi 14 kerusi DUN daripada 17 kerusi yang ditandingi, yang mana kesemuanya ditandingi oleh UMNO.PH pula memenangi 17 kerusi, iaitu DAP sebanyak 11 kerusi, PKR lima kerusi dan satu kerusi Parti Amanah Negara (Amanah). |
|
Krisis Negeri Sembilan: MB, PH akan umum kemudian - PM - Sinarharian - 27/04 7:17 pm KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan perkembangan terhadap krisis pentadbiran di Negeri Sembilan.Beliau ketika ditemui bagaimanapun enggan mengulas lanjut terhadap isu tersebut."MB (menteri besar) dan PH, kita akan umumkan kemudian," katanya ringkas kepada pemberita selepas melancarkan Makmal Kecerdasan Buatan (AI) dan Pusat Inovasi di The Exchange 106 di sini pada Isnin.Terdahulu, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri. |
|
Tahniah Jalal MB baru NS, kata Shahidan Kassim - Wrlr - 27/04 4:46 pm Tahniah Jalal MB baru NS, kata Shahidan Kassim Diterbitkan: Apr 27, 2026 4:31 PM Dikemaskini: 4:31 PM ADS Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang menurutnya dijangka mendapat sokongan parti itu dalam kemelut politik menteri besar negeri tersebut. |
|
Tze Tzin ingatkan BN hormati perjanjian tubuh Kerajaan Perpaduan - Sinarharian - 27/04 4:05 pm SHAH ALAM - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sim Tze Tzin mengingatkan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan untuk menghormati perjanjian penubuhan Kerajaan Perpaduan bagi mewujudkan kerajaan stabil sehingga tamat penggal.Beliau yang juga Ahli Parlimen Bayan Baharu menjelaskan, kerajaan Pusat dan negeri ditubuhkan susulan tiada gabungan politik menguasai majoriti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Persetujuan Kerajaan Perpaduan adalah mewujudkan kerajaan stabil sehingga tamat penggal."Semoga BN Negeri Sembilan menghormati perjanjian tersebut sehingga tamat penggal. Kestabilan dan kesejahteraan rakyat harus diutamakan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.Kenyataan tersebut susulan tindakan semua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Susulan perkembangan itu, lima ADUN Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan tampil menyatakan kesediaan bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO.Pengumuman tersebut dibuat Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dalam sidang akhbar khas selepas tiga jam pengumuman dibuat oleh UMNO Negeri Sembilan. |
|
Krisis politik N. Sembilan: `Saya akan rujuk Pengerusi BN dulu’... - Mygazette - 27/04 3:06 pm Sembilan: `Saya akan rujuk Pengerusi BN dulu' - Zambry KUALA LUMPUR - Saya akan merujuk perkara ini kepada Pengerusi Barisan Nasional terlebih dahulu dan mendapatkan perincian lanjut mengenainya." Itu kenyataan ringkas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhubung isu 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada Barisan Nasional (BN) yang mengumumkan menarik sokongan serta hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkuat kuasa serta-merta. MalaysiaGazette sebelum ini melaporkan, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara susulan krisis yang disifatkan mampu menjejaskan pentadbiran negeri |
|
Konflik N. Sembilan: PN tawar kerjasama dengan BN, krisis kepimpinan .. - Mygazette - 27/04 3:06 pm Pagi tadi, seramai 14 ADUN BN menarik sokongan terhadap Aminuddin yang juga ADUN PKR Sikamat. Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini |
|
14 ADUN UMNO tarik sokongan, hilang kepercayaan terhadap MB N. Sembilan - Mygazette - 27/04 3:06 pm Sembilan SEREMBAN - Seramai 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun berkuat kuasa serta-merta. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat secara sebulat suara susulan krisis yang disifatkan boleh menjejaskan pentadbiran negeri |
|
MB baharu atau PRN: Yang di-Pertuan Besar penentu tamatkan kemelut N. .. - Mygazette - 27/04 3:06 pm "Keputusan sama ada mahu melantik Menteri Besar baharu atau membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu diputuskan segera, katanya kepada MalaysiaGazette hari ini. Beliau berkata demikian susulan tindakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias bersama ADUN UMNO daripada BN mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Aminuddin Harun berkuat kuasa serta-merta |
|
Dakwa UMNO N. Sembilan mula langkah tolak PH, Fadhli Shaari ucap tahniah - Mygazette - 27/04 3:06 pm Awal hari ini, UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini |
|
Kemelut N. Sembilan: Pertemuan MB, ADUN PH petang ini - Mygazette - 27/04 3:06 pm Pertemuan petang ini juga dijangka akan memberi bayangan hala tuju politik negeri dalam menghadapi cabaran pentadbiran bagi baki penggal ini. Terdahulu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias Bersama 14 ADUN UMNO daripada Barisan Nasional (BN) mengumumkan menarik sokongan dan hilang kepercayaan terhadap Aminuddin berkuat kuasa serta-merta |
|
Krisis Negeri Sembilan : ADUN, pemimpin DAP Negeri Sembilan adakan mesyuarat tergempar - Sinarharian - 27/04 3:02 pm SEREMBAN - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin DAP Negeri Sembilan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini dipercayai bagi membincangkan isu pentadbiran kerajaan negeri.Ia susulan pengumuman 14 ADUN Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Sekitar jam 2 petang, ibu pejabat DAP di Kemayan Square dihadiri beberapa pemimpin parti itu diketuai Setiausaha Agung DAP yang juga ADUN Chennah, Anthony Loke.Anthony ketika ditemui memaklumkan pihaknya akan bertemu dengan Aminuddin di kediaman rasmi Menteri Besar petang ini sejurus selesai mesyuarat parti.Dijangka satu sidang akhbar akan dibuat selepas pertemuan dengan Aminuddin.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 kerusi membabitkan DAP (11), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (5) dan Parti Amanah Negara (Amanah) (1), manakala BN memperoleh 14 kerusi, sementara Pas (3) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) (2).Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias pada pagi Isnin mengadakan sidang akhbar bagi memaklumkan BN Negeri Sembilan sebulat suara hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Aminuddin.Keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Rentetan daripada itu, lima ADUN Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan 14 ADUN BN.Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dalam sidang akhbar khas di sebuah hotel di sini, selepas tiga jam pengumuman dibuat oleh BN Negeri Sembilan. |
|
Krisis Negeri Sembilan: Ingatlah pengajaran Langkah Sheraton - Harapandaily - 27/04 2:56 pm Perkara ini sepatutnya tidak mengejutkan sesiapa, namun para pengatur gerakan ini wajar mengingati nasib mereka yang merancang berlakunya Langkah Sheraton. Pagi ini, Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri Umno/Barisan Nasional di negeri itu.. |
|
“Tahniah Jalal MB baru” – Shahidan - Mydateline - 27/04 2:52 pm Ahli Parlimen Arau, Dato Seri Shahidan Kassim mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Umno negeri Sembilan Jalaluddin Alias sebagai bakal Menteri Besar yang baru |
|
Negeri Sembilan plotters should remember Sheraton Move - Harapandaily - 27/04 2:46 pm This should surprise no one, but the plotters should remember the fate of those who schemed to make the Sheraton Move happen. This morning Negeri Sembilan Umno chairman Jalaluddin Alias said all 14 Umno/Barisan Nasional.. |
|
'Tahniah UMNO Negeri Sembilan, langkah penyatuan tolak PH' - Ahmad Fadhli - Sinarharian - 27/04 2:33 pm SHAH ALAM - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun disifatkan sebagai langkah awal menolak Pakatan Harapan (PH).Pandangan tersebut dikongsikan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebook pada Isnin."Tahniah UMNO Negeri Sembilan memulakan langkah penyatuan tolak PH!" katanya.Terdahulu, kesemua 14 ADUN Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Menurut Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Yang Empat mengisytiharkan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungai Ujong.Sebelum itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungai Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato' Klana Petra luak berkenaan.Berikutan krisis tersebut, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, PH memenangi 17 kerusi membabitkan DAP (11), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (5) dan Amanah (1), manakala BN menyumbang 14 kerusi serta Pas (3) dan Bersatu (2).UMNO/BN kemudian membentuk kerajaan negeri bersama PH dengan keseluruhan 31 kerusi. |
|
MB Negeri Sembilan ‘Ditendang’, 14 Adun BN Tarik Balik Sokongan - Beautifulnara - 27/04 2:09 pm UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan hari ini mengumumkan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar, Aminuddin Harun yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Sikamat. Pengerusinya, Jalaluddin Alias berkata, keputusan tersebut dibuat secara sebulat suara melibatkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN negeri susulan krisis adat yang sedang berlaku ketika ini, seperti memetik Kosmo Online |
|
Krisis Negeri Sembilan: ADUN PN umum sedia bekerjasama dengan ADUN UMNO - Sinarharian - 27/04 2:01 pm SEREMBAN - Lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan 14 ADUN UMNO susulan pengumuman hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Pengumuman tersebut dibuat oleh Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dalam sidang media khas di sebuah hotel di sini selepas tiga jam pengumuman dibuat oleh UMNO Negeri Sembilan.Beliau berkata, kesediaan bekerjasama itu bagi menjamin kestabilan dan kelangsungan kerajaan negeri bagi membangunkan Negeri Sembilan dan menjamin kesejahteraan rakyat."Kami ADUN PN mengikuti perkembangan krisis kepimpinan krajaan Negeri Sembilan semenjak beberapa minggu yang lalu."Mewakili rakyat Negeri Sembilan, kami kesal kerana krisis ini terus berlarutan dan menjejaskan keberkesanan pentadbiran kerajaan negeri sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) terpaksa ditangguhkan tanpa sebarang tarikh baharu," katanya.Jelas beliau, keadaan itu membuktikan bahawa Aminuddin gagal menangani krisis secara bertanggungjawab demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan.Tambah beliau, krisis berkenaan bertambah serius apabila 14 ADUN UMNO negeri itu sebulat suara menyatakan hilang kepercayaan kepada Aminuddin selaku Menteri Besar sekali gus menarik sokongan terhadap kerajaan negeri."ADUN PN sentiasa meletakkan kepentingan negeri dan rakyat sebagai agenda perjuangan kami," katanya.Dalam sidang media sama, Mohamad Hanifah turut menyerahkan surat kesediaan bekerjasama tersebut kepada wakil UMNO yang diwakili Setiausaha UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor.Mustapha yang ditemui pemberita memberitahu, hasrat PN berkenaan akan disampaikan kepada Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.Untuk rekod pada PRN Negeri Sembilan yang lalu, PN memang di lima kerusi iaitu DUN Paroi, Serting, Gemas, Bagan Pinang dan Labu daripada 36 kerusi DUN.BN memang di 14 kerusi DUN daripada 17 kerusi yang ditandingi yang mana kesemuanya ditandingi oleh UMNO.Pakatan Harapan (PH) pula memenangi 17 kerusi, yang mana DAP 11 kerusi, PKR lima kerusi dan satu kerusi Parti Amanah Negara (Amanah).Terdahulu, Jalaluddin mengumumkan bahawa kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Aminuddin.Beliau berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.Krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan undang luak mengisytihar menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungei Ujong.Sebelum itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan, Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungei Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato' Klana Petra luak berkenaan.Berikutan krisis berkenaan juga, persidangan DUN Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lalu terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan oleh Tuanku Muhriz pada Khamis lalu. |
|
Isu politik Negeri Sembilan: Saya akan rujuk kepada Pengerusi BN - Zambry - Sinarharian - 27/04 1:38 pm KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau akan merujuk kepada kepimpinan tertinggi BN susulan tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan BN Negeri Sembilan yang menarik sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.Zambryberkata, beliau juga perlu mendapatkan maklumat terperinci dan berbincang dengan pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung perkara tersebutsebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi."Saya akan merujuk perkara ini kepada Pengerusi Barisan Nasional (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) terlebih dahulu," katanya ringkas kepada pemberita selepas Taklimat Media Menteri Pendidikan Tinggi bagi Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Bersama (JC) antara Malaysia dan Turkiye serta Kongres Pendidikan Bumiputera di Menara Dato Onn di sini pada Isnin.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kesemua 14 ADUN UMNO dan BN di Negeri Sembilan yang menyatakan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Aminuddin.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pemakluman rasmi berhubung perkara itu akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Setiausaha DUN hari ini |
|
Semua ADUN BN Negeri Sembilan Tarik Sokongan Kepada MB - Wrlr - 27/04 12:54 am Pengerusi Umno Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata beliau bersama 13 lagi Adun mewakili BN menarik sokongan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH) |
|
Gempar! 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap MB, ini .. - Wrlr - 27/04 12:53 am Harapandaily April 27, 2026 UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini. Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini |
|
N. Sembilan Umno bloc withdraws support for MB Aminuddin Harun, claims loss of confidence - BorneoPost - 27/04 12:27 am KUALA LUMPUR (April 27): Negeri Sembilan Umno chairman Datuk Seri Jalaluddin Alias said all 14 Umno/Barisan Nasional assemblymen in Negeri Sembilan have lost confidence in Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun and withdrawn their support for the state government under his leadership |
|
Negeri Sembilan crisis: 14 BN assemblymen withdraw support for Aminuddin - Sinardaily - 27/04 12:04 am SEREMBAN - All 14 Umno and Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan State Assemblymen today unanimously expressed losing confidence and withdrew support for the state government led by Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.Negeri Sembilan Umno Liaison Committee chairman Datuk Seri Jalaluddin Alias said an official notification regarding the matter would be sent to the Speaker and Secretary of the State Legislative Assembly today."We want a stable government so that it can play the best possible role in the state administration and at the same time be able to focus on the objective of making the people and the state economy prosperous," he said during a press conference here today.Jalaluddin, who is also the Member of Parliament for Jelebu and the Pertang assemblyman, said his party fully supports and defends the Customary Institutions and the Negeri Sembilan State Constitution (UUTKNS) 1959.He said that the state Umno and BN had taken note of the crisis involving Customary Institutions and the Constitution in Negeri Sembilan and expressed their disappointment with the crisis that had occurred.Jalaluddin said that as a party that greatly respects Customary Institutions and the Constitution, Umno/BN would never take a stand to interfere in related matters."However, we, the exco from Umno BN, were never informed in any discussions at the state government level and only learned of this crisis when the situation had reached a critical level and became a public debate," he said.He said Aminuddin should have played his role and used his wisdom as Menteri Besar in the crisis.Jalaluddin said the crisis was seen to affect the administration of the Negeri Sembilan government and indirectly have a profound impact on the stability of the government and the harmony of the people.In the 15th State Election, BN Negeri Sembilan won 14 seats, Pakatan Harapan won 17 seats while Perikatan Nasional won five seats |
|
Gempar! 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan terhadap MB, ini alasannya - Harapandaily - 27/04 11:47 am UMNO dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan menarik sokongan terhadap Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun hari ini. Pengerusinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan dibuat secara sebulat suara membabitkan kesemua 14 ADUN UMNO/BN Negeri Sembilan susulan krisis adat yang berlaku ketika ini |
|
Kronologi krisis di Negeri Sembilan - Sinarharian - 27/04 11:44 am SHAH ALAM - Krisis membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri di Negeri Sembilan mencetuskan ketegangan politik yang belum pernah berlaku sebelum ini apabila pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong pada 17 April lalu mencetuskan siri peristiwa yang menggugat kestabilan kerajaan negeri.Berikut kronologi krisis tersebut:17 April 2026Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) di Istana Besar Seri Menanti menasihatkan supaya pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai Undang Luak Sungai Ujong diterima.Disokong atas alasan pelanggaran adat (33 sebab dikemukakan).19 April 2026Empat Undang mengadakan sidang media mengumumkan pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan mengisytiharkan Tunku Nadzaruddin Tuanku Jaafar sebagai Yang di-Pertuan Besar baharu berkuat kuasa serta-merta.Namun isu besar timbul kerana pengisytiharan itu dibacakan Mubarak yang ketika itu sudah dipecat sebagai Undang.20 April 2026Tuanku Mukhriz dan DKU secara rasmi menerima pemberhentian Mubarak sebagai Undang Luak Sungai Ujong. Keputusan dibuat dalam sidang khas pada jam 10 pagi.Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan tindakan memecat Tuanku Muhriz tidak sah dan tidak diiktiraf kerana individu yang membuat pengisytiharan tiada kuasa sah sebagai Undang.21 April 2026Tiga ahli Dewan DKU yang mendakwa hadir dalam Mesyuarat Khas 17 April lalu mengeluarkan kenyataan bersama menjelaskan situasi yang berlaku pada tarikh berkenaan.Menerusi kenyataan itu, mereka mendakwa Aminuddin mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pemecatan Mubarak.Undang Yang Empat bersama Tunku Besar Tampin dalam sepucut surat menggesa Aminuddin dipecat daripada jawatannya.23 April 2026Tuanku Muhriz ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 mengingatkan pemegang jawatan dan kedudukan tinggi supaya memastikan setiap tindakan, keputusan dibuat berasaskan penelitian menyeluruh terhadap segala fakta serta maklumat berkaitan.Baginda bertitah, setiap tindakan dan keputusan diambil mestilah berlandaskan garis panduan serta undang-undang ditetapkan.26 April 2026Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menggesa satu jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan bagi menyelesaikan krisis adat dan perlembagaan Negeri Sembilan yang sedang berlaku ketika ini.Menurutnya, jawatankuasa tersebut perlu dianggotai individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959.27 April 2026Susulan krisi yang tidak berkesudahan, kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan sebulat suara mengumumkankan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.Jalaluddin yang juga Pengerusi BN negeri berkata, pemakluman rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) dan juga Setiausaha Dewan Undangan Negeri selepas selesai sidang media hari ini.Info Jumlah Kerusi DUN Negeri Sembilan: Jumlah keseluruhan kerusi: 36 1: Pakatan Harapan (PH) 17 kerusi: DAP (11), PKR (5) dan Amanah (1) 2: UMNO BN: 14 kerusi3: Pas: 3 kerusi4: Bersatu: 2 kerusi |
|
Umno NS tarik balik sokongan terhadap MB - Mkini - 27/04 10:39 am Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh semua 14 Adun, kata Pengerusi Umno negeri Jalaluddin Alias. |
|
N. Sembilan Umno bloc withdraws support for MB Aminuddin Harun, claims loss of confidence - Malaymail - 27/04 10:34 am KUALA LUMPUR, April 27 Negeri Sembilan Umno chairman Datuk Seri Jalaluddin Alias said all 14 Umno/Barisan Nasion... |
|
Pengasas taska berdepan 3 lagi tuduhan - Mygazette - 24/04 5:05 pm KUALA LUMPUR - Pengasas rangkaian taman asuhan kanak-kanak (taska), Datin Nor Fadilah Alias, 36, berhadapan tiga lagi tuduhan menjalankan operasi taska yang tidak didaftarkan di Mahkamah Majistret, hari ini |
|
Trio charged over unregistered childcare centres - FMT - 24/04 5:05 pm Owner Nor Fadilah Alias and two operators plead not guilty in three separate magistrates' courts. |
|
Pengasas rangkaian taska didakwa beroperasi tanpa akuan pendaftaran - Utusan - 24/04 4:53 pm KUALA LUMPUR: Pengasas rangkaian taman asuhan kanak-kanak (taska) dihadapkan ke tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjalankan operasi tanpa perakuan pendaftaran yang sah, awal tahun ini |
|
Pengurus, pengasas taska didakwa kes cuai jaga kanak-kanak - Mygazette - 22/04 4:11 pm # Pengurus, pengasas taska didakwa kes cuai jaga kanak-kanak SHAH ALAM - Seorang pengurus sebuah taska didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan cuai sehingga membahayakan nyawa seorang kanak-kanak yang terkurung di sebuah bilik pada Oktober tahun lalu |
|
Datin, pengurus taska bahayakan anak asuhan dihadapkan ke mahkamah - Utusan - 22/04 3:57 pm SHAH ALAM: Seorang wanita bergelar Datin dan pengurus rangkaian sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menjalankan operasi tanpa lesen selain membahayakan anak asuhan |
|
Childcare centre founder, manager charged with operating without licence - Sinardaily - 22/04 3:56 pm SHAH ALAM - The founder and manager of a childcare centre pleaded not guilty in the Magistrates Court here today to charges of operating without valid registration approval.The founder, Datin Nor Fadilah Alias, 36, and its manager, Nurrul Farhana Ramlee, 33, pleaded not guilty after the charge was read out before Magistrate Muhammad Syafiq Sulaiman.According to the charge, they were jointly accused of operating a childcare centre without valid registration approval from the DirectorGeneral of the Social Welfare Department (JKM), in Section 3 here, at 3.54pm on Jan 21 last year.Both accused were charged under Section 6 of the Childcare Centre Act 1984, read together with Section 34 of the Penal Code, and if found guilty, could face a maximum fine of RM10,000, up to two years in jail, or both.In addition, Nor Fadilah and Nurrul Farhana each face a separate charge of operating an unregistered childcare centre in Kota Kemuning here at 12.30 pm on Jan 19 last year under Section 6(1) of the Childcare Centre Act 1984, which carries a penalty under Section 6(2) of the same Act of a maximum fine of RM10,000, up to two years in jail, or both.Nurrul Farhana also faces another charge of negligence for endangering the life of a child in her care by leaving the child locked in a room at a childcare centre in Section 3 here at 4.32pm on Oct 6, 2025, framed under Section 336 of the Penal Code, which carries a maximum sentence of three months imprisonment or a fine of up to RM500.Earlier, Deputy Public Prosecutor Muaz Khawarizmi Azfar offered bail of RM6,000 for each charge, but defence lawyer Anwar Ezzad Zainal, representing both accused, asked that the amount be reduced to RM2,000 for each charge.Anwar Ezzad said the sum was too high and stressed that bail is not a punishment, but is meant to ensure his clients turn up in court.Muhammad Syafiq then granted both accused bail of RM3,000 for each charge, with one surety, and set May 25 for the re-mention of the case.Earlier, a video went viral on social media showing an autistic child locked in a storeroom and crying uncontrollably at a childcare centre in Shah Alam, before JKM confirmed the centre was unregistered |
|
ADUN Sekong gadai nyawa roboh rumah elak api merebak - Sinarharian - 19/04 8:37 pm KOTA KINABALU - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Alias Sani, membantu merobohkan sebuah rumah bagi mengelakkan api terus merebak dalam kebakaran di Kampung Bahagia, Batu Sapi, Sandakan, mendapat perhatian warga maya.Rata-rata netizen memuji sikap beliau yang sanggup bergadai nyawa membantu pasukan keselamatan mengurangkan risiko kebakaran daripada memusnahkan keseluruhan rumah di kampung berkenaan.Menerusi video berdurasi dua minit enam saat yang tular, Alias, yang juga wakil rakyat Parti Warisan (Warisan), dilihat bertungkus-lumus memecahkan dinding rumah penduduk ketika api sedang marak di kawasan berhampiran.Walaupun berdepan bahang panas kebakaran, beliau tidak berhenti dan terus berganding bahu bersama beberapa penduduk merobohkan dinding rumah terbabit.Untuk rekod, Kampung Bahagia terletak di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong.Sebelum itu, Sinar Harian melaporkan kira-kira 1,000 rumah di perkampungan atas air tersebut musnah dalam kebakaran yang berlaku pada jam 1.10 pagi, Ahad. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |