| /// |
|
| Search : Exco News | Page 1 |
|
Jambatan Burung Unta di Jalan Kuantan-Segamat siap sepenuhnya 31 Julai - Mygazette - 15/07 2:43 pm # Jambatan Burung Unta di Jalan Kuantan-Segamat siap sepenuhnya 31 Julai KUANTAN - Kerja-kerja pembinaan Jambatan Burung Unta di Jalan Kuantan-Segamat (Lebuhraya Tun Razak) kini di peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya pada 31 Julai ini. Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Ir |
|
Adly masih sokong Rauf, PH Melaka bermesyuarat esok - Mygazette - 15/07 2:43 pm Empat ADUN DAP berkenaan ialah Allex Seah Shoo Chin (PH-Kesidang), Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana), Leng Chau Yen (PH-Banda Hilir) dan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) Adly yang ADUN Bukit Katil menegaskan, pendirian PH semalam hanyalah menolak pindaan perlembagaan berhubung pelantikan ADUN lantikan atas faktor demokrasi, kos dan jumlah maksimum tujuh ADUN lantikan yang disifatkan terlalu tinggi. Mengulas tindakan empat ADUN DAP melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri, beliau berkata ia melibatkan pemegang jawatan seperti Exco, Timbalan Exco dan Timbalan Speaker, manakala beliau sendiri tidak memegang sebarang jawatan dalam pentadbiran negeri |
|
Anwar belum terima maklum balas DAP Melaka - Sinarharian - 15/07 2:20 pm KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada DAP Melaka berhubung keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan negeri.Anwar yang juga Perdana Menteri berkata, perkara itu akan disusuli dalam masa terdekat bersama kepimpinan tertinggi parti berkenaan."Itu mereka akan buat tindakan susulan tidak lama lagi."Belum, belum (berbincang). Saya pagi tadi di Parlimen," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis A Celebration of Life and Peace anjuran ERM Foundation di sini pada Rabu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan DAP Melaka mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan pada Selasa.Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, keputusan itu selaras dengan pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkenaan kerana didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi dan pilihan raya.Menurutnya, semua wakil rakyat DAP yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri akan melepaskan jawatan masing-masing, termasuk seorang Exco, dua Timbalan Exco serta Timbalan Speaker DUN.Rentetan itu, Anwar ketika ditemui selepas merasmikan Pelabuhan Midport Pelabuhan Kontena Pintar berkuasa Kecerdasan Buatan (AI) di Port Dickson pada Selasa, memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri bagi memberikan tumpuan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat. |
|
Adly masih sokong Ab Rauf, kerjasama PH-BN Melaka ditentukan esok - Sinarharian - 15/07 2:06 pm MELAKA - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menegaskan beliau masih menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh buat masa ini walaupun empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP telah menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.ADUN Bukit Katil itu berkata, sebarang keputusan berkaitan kedudukan PH dalam pentadbiran kerajaan negeri akan diputuskan selepas Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Melaka yang dijadualkan berlangsung pada Khamis.Menurutnya, PH mempunyai mekanisme tersendiri dalam menyelesaikan setiap isu yang timbul dan perkara itu akan dibincangkan secara menyeluruh bersama parti-parti komponen."Esok PH Melaka akan berbincang. Pandangan ADUN-ADUN dan parti-parti dalam PH akan diambil kira."Paling utama, kita juga akan mengambil kira pandangan Perdana Menteri sebelum memaklumkan keputusan hasil perbincangan tersebut," katanya di Seri Negeri di sini pada Rabu.Mengulas tindakan sebahagian ADUN meninggalkan kerajaan negeri, Adly berkata, tiada sebarang perjanjian khusus yang dimeterai ketika PH menyertai pentadbiran Kerajaan Perpaduan di Melaka.Katanya, sebarang keputusan untuk menamatkan perkhidmatan dalam kerajaan bukan sahaja melibatkan jawatan Exco, Timbalan Speaker atau lantikan di peringkat Japerun, malah turut membabitkan lantikan politik seperti ahli majlis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)."Bagi saya, semua perkara ini perlu dibincangkan secara khusus bagi memastikan urusan rakyat tidak terjejas."Seperti yang diungkapkan Perdana Menteri, keutamaan kita adalah rakyat |
|
'Tak patut pindah ADUN DAP ke blok pembangkang ketika sidang berbaki sehari' - Adly - Sinarharian - 15/07 1:47 pm Sepatutnya boleh ditangguh kerana sidang kita tinggal satu hari saja lagi," katanya di Seri Negeri pada Rabu.Pada Selasa, DAP Melaka mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri serta-merta selepas DUN Melaka meluluskan pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan pelantikan ADUN pada hari yang sama.Susulan itu, pada Rabu, keempat-empat ADUN DAP iaitu ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin; ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong; dan ADUN Banda Hilir, Leng Chau Yen mengambil tempat di blok pembangkang pada hari ketiga Persidangan DUN Melaka.Sementara kedudukan Adly Zahari dilihat masih kekal mengambil tempat di blok kerajaan.Mengulas dakwaan beliau tidak senada dengan tindakan empat ADUN DAP yang berpindah ke blok pembangkang, Adly menegaskan pendirian PH kekal sepakat dalam menolak pindaan Perlembagaan Negeri berkaitan pelantikan ADUN."Perkara paling asas ialah penolakan kita terhadap pindaan Perlembagaan dan tidak timbul soal ketidaksepakatan."Mekanisme dalam Pakatan Harapan itu kita sepakat. Cuma bagaimana kita hendak bertindak, kebanyakan ADUN terbabit perlu meletakkan jawatan kerana mereka memegang jawatan Exco, Timbalan Exco dan Timbalan Speaker."Saya pula tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri, jadi perkara itu antara yang dibincangkan dan kita akan kemaskan mekanisme tersebut supaya tidak mengganggu urusan dengan rakyat," katanya. |
|
Teng cabar Akmal tunjuk 'anak jantan', serah semula surat letak jawatan - Mkini - 15/07 1:37 pm Justeru, Akmal sama ada tidak faham undang-undang, salah tafsir undang-undang atau membohong," kata bekas exco Selangor itu. |
|
ADUN DAP Melaka pindah blok pembangkang, kedudukan Adly kekal blok kerajaan - Sinarharian - 15/07 10:45 am MELAKA Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mengambil tempat di blok pembangkang pada hari ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas mengumumkan keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri pada Selasa lalu.Mereka terdiri daripada ADUN Kesidang, Allex Seah Shoo Chin; ADUN Ayer Keroh, Kerk Chee Yee; ADUN Kota Laksamana, Low Chee Leong; dan ADUN Banda Hilir, Leng Chau Yen.Sementara itu, kedudukan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka yang juga ADUN Bukit Katil, Adly Zahari daripada Parti Amanah Negara (Amanah) masih dilihat kekal mengambil tempat di blok kerajaan.Perkembangan itu menyaksikan jumlah ADUN di blok pembangkang meningkat kepada enam orang berbanding hanya dua sebelum ini.Blok pembangkang kini dianggotai Ketua Pembangkang, Dr Mohd Yadzil Yaakub (Bemban), yang kini berstatus Bebas; ADUN Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusoh daripada Perikatan Nasional (PN); serta empat ADUN DAP berkenaan.Pada Selasa, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, mengumumkan parti itu keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri berkuat kuasa serta-merta selepas DUN Melaka meluluskan usul berkaitan ADUN lantikan.Menurutnya, keputusan itu selaras dengan pendirian parti yang menolak rang undang-undang berkenaan kerana didakwa bercanggah dengan prinsip demokrasi dan pilihan raya.Beliau berkata, semua wakil rakyat DAP yang memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri turut melepaskan jawatan masing-masing, termasuk Exco Negeri, Allex Seah; Timbalan Exco, Low Chee Leong dan Leng Chau Yen; serta Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee.Sebelum ini, DAP membantah pindaan Perlembagaan Negeri tersebut kerana disifatkan bercanggah dengan prinsip demokrasi serta tidak menghormati mandat dan pilihan yang telah dibuat oleh rakyat Melaka menerusi pilihan raya.Keputusan itu turut mendapat maklum balas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memohon DAP Melaka menangguhkan keputusan untuk keluar daripada pentadbiran kerajaan negeri bagi memberi tumpuan kepada pembangunan dan kebajikan rakyat. |
|
Tak letak jawatan - Akmal beri alasan TYT Melaka tak perkenan - Mkini - 15/07 10:32 am Tapi undang-undang negeri peruntukkan exco boleh letak jawatan tanpa perlu persetujuan TYT pada bila-bila masa. |
|
Akmal claims state constitution bars him from quitting after governor said 'no', but it doesn't - Mkini - 15/07 9:45 am Legal provisions show that any Malacca exco can step down at any time. |
|
Sihat AI bantu rakyat berjimat, cegah penyakit - Sinarharian - 15/07 9:30 am IPOH Pengenalan Kios Kesihatan Pintar Sihat AI (Sihat AI) pertama di Perak bertujuan membantu rakyat mengesan masalah kesihatan lebih awal seterusnya mengurangkan kos rawatan serta mengubah pendekatan penjagaan kesihatan.Inisiatif itu dilaksanakan Kerajaan Negeri Perak bagi memperkukuh kesiapsiagaan kesihatan rakyat melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI), analitik data dan infrastruktur digital kesihatan, khususnya dalam membantu pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi.Disediakan secara percuma, kios yang terletak di Bangunan Perak Techno Trade Centre (PTTC) itu turut membantu syarikat memantau tahap kesihatan pekerja secara efektif.Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Datuk Redza Rafiq Abdul Razak berkata, penggunaan kios tersebut dijangka membantu organisasi beralih daripada pendekatan rawatan kepada pencegahan sekali gus berpotensi mengurangkan kos penjagaan kesihatan dalam jangka panjang."Sebagai majikan kita mahu melihat perubahan daripada pendekatan corrective kepada preventive. Apabila penyakit atau simptom dikenal pasti lebih awal melalui pemeriksaan berkala, rawatan lebih mudah, lebih cepat dan lebih murah berbanding apabila staf mendapatkan rawatan selepas penyakit berada pada tahap serius."Sepanjang tempoh enam bulan projek rintis ini, kita juga akan menilai impaknya terhadap kos penjagaan kesihatan selain mengenal pasti kawasan yang sesuai untuk penempatan kios pada masa depan," katanya selepas Majlis Pelancaran Sihat AI dan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) di PTTC di sini baru-baru ini.Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dengan turut dihadiri Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Azlan Helmi.Penyediaan inisiatif canggih itu dijayakan oleh Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) dengan kerjasama Centre of Excellence for Extended Reality Technology Sdn Bhd (COEXRT AI).Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif COEXRT AI, Navinderan Mageswaran berkata, kios berkenaan direka sebagai pusat saringan kesihatan kendiri yang menggabungkan teknologi pintar dan kepakaran perubatan bagi memudahkan orang awam mendapatkan penilaian kesihatan secara lebih mudah dan pantas.Antara ciri utamanya ialah saringan kesihatan asas meliputi tekanan darah, kadar denyutan jantung, paras oksigen darah, suhu badan, glukosa darah, kolesterol, asid urik dan berat badan.Kerajaan negeri turut bercadang memperluaskan inisiatif ini ke seluruh daerah di lokasi strategik sekali gus memperkukuh penggunaan data dan teknologi dalam merangka program kesihatan awam yang lebih tepat, berkesan dan berpaksikan keperluan rakyat.Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 yang memberi penekanan kepada pencegahan, pengesanan awal dan akses kesihatan yang lebih inklusif kepada masyarakat bandar, luar bandar serta golongan rentan. |
|
Melaka Pakatan Harapan exits Unity Government ??? Four DAP and one Amanah .. - Sinchew - 15/07 7:51 am The four DAP lawmakersAllex Seah (Kesidang), Leng Chau Yen (Bandar Hilir), Low Chee Leong (Kota Laksamana), and Kerk Chee Yee (Ayer Keroh)have collectively resigned from all their official positions. Seah served as a State Executive Councillor (Exco), Leng and Low as Deputy Excos, and Kerk as the Deputy Speaker of the Melaka State Legislative Assembly |
|
PH umum keluar daripada kerajaan Melaka, kini jadi blok pembangkang - Mygazette - 15/07 7:51 am Keputusan itu diumumkan Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong pada sidang media khas susulan kelulusan pindaan Perlembagaan Negeri Melaka berkaitan pelantikan ADUN lantikan selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. Susulan pengumuman itu, semua ADUN DAP, Allex Seah Shoo Chin (Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna), dua Timbalan Exco iaitu Low Chee Leong dan Leng Chau Yen, selain Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee |
|
Rafizi gagal sebagai menteri, parti baharu pula hilang deposit - Exco AMK - Sinarharian - 14/07 4:37 pm KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli terus dikritik selepas didakwa menjadi antara faktor penyusutan sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amira Alias mendakwa, imej Rafizi sebagai menteri gagal terus menjejaskan kedudukannya apabila semua calon Parti Bersama yang dipimpinnya hilang deposit pada PRN tersebut.Menurutnya, kegagalan itu membuktikan perjuangan politik Rafizi tidak mendapat sokongan rakyat."Ketika menjadi menteri, beliau tidak melakukan apa-apa seperti yang dijanjikan sebelum PRU15 sehingga melekat label menteri gagal |
|
Melaka DAP announces withdrawal from state government, resignation from all positions held in BN-led administration - Sinardaily - 14/07 4:33 pm MELAKA - Melaka DAP announced its immediate withdrawal from the state government after the Melaka State Legislative Assembly (DUN) passed an amendment to the State Constitution enabling the appointment of appointed state assemblymenon Tuesday.Its chairman Khoo Poay Tiong said the decision is in line with the party's stance rejecting the bill, which it claimed contravenes democratic and electoral principles.He said all DAP elected representatives holding posts in the state government administration will relinquish their respective positions, including one Exco member, two deputy Exco members as well as the DUN deputy speaker."We rejected the motion and as a responsible party, we cannot at the same time, reject a government motion while remaining in the government and continuing to use all government facilities."On the principle of electoral democracy, we will withdraw from the Melaka state government immediately," he said at a press conference at Seri Negeri here on Tuesday.Khoo, who is also Kota Melaka Member of Parliament, said DAP is of the view that state assemblymenshould be chosen through elections and not appointed, as an appointed individual holds voting rights in the state assemblymen.He said if the government requires the services of professionals or experts, they could be appointed as advisers without needing to be given state assemblymenstatus.He stressed that the appointed state assemblymen mechanism contravenes democratic principles as elected representatives should be chosen by the people, not appointed.Meanwhile, he said the resignations only involve posts in the state government administration and do not affect their standing as state assemblymen."The four DAP state assemblymen remain as elected representatives but will relinquish their posts as Exco member, deputy Exco members and deputy speaker."They will also move from the government bloc to the opposition bloc at the next state assemblymen sitting," he said.He said all DAP political appointees within the state government, including councillors, will also relinquish their respective posts in the near future.He said letters of resignation have been prepared and will be submitted to the relevant parties on the same day. |
|
DAP Melaka dijangka umum keluar kerajaan negeri 2 petang ini DAP Melaka .. - Mygazette - 14/07 3:49 pm Difahamkan, DAP akan mengumumkan peletakan jawatan semua wakilnya dalam pentadbiran negeri sebagai tanda bantahan terhadap pindaan Perlembagaan Negeri bagi membolehkan pelantikan ADUN lantikan. Antara yang dijangka melepaskan jawatan ialah Allex Seah Shoo Chin (Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna), dua Timbalan Exco iaitu Low Chee Leong dan Leng Chau Yen, selain Timbalan Speaker DUN, Kerk Chee Yee |
|
62 beg pasir dipasang bendung hakisan kritikal di Batu Ferringhi - Mygazette - 14/07 3:49 pm # 62 beg pasir dipasang bendung hakisan kritikal di Batu Ferringhi GEORGE TOWN - Kerja mitigasi hakisan pantai di kawasan berhadapan Hotel Lone Pine, Batu Ferringhi di sini, menggunakan beg pasir dijangka mampu mengawal hakisan pantai bagi tempoh antara dua hingga tiga tahun, sementara menunggu pelaksanaan projek perlindungan pantai jangka panjang. Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, langkah mitigasi jangka sederhana yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu bertujuan mengurangkan impak ombak terhadap garis pantai, mengawal kadar hakisan serta melindungi kawasan yang dikenal pasti mengalami hakisan paling kritikal |
|
Kekalahan Bersama bukti pendekatan politik Rafizi tidak diterima rakyat .. - Mygazette - 14/07 3:49 pm # Kekalahan Bersama bukti pendekatan politik Rafizi tidak diterima rakyat - AMK KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai tamparan hebat kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli selepas semua calon parti baharunya, Bersama, gagal memperoleh sokongan sehingga hilang deposit. Exco AMK, Amira Alias berkata, kegagalan itu membuktikan Rafizi perlu menerima hakikat bahawa tidak semua keputusan politik yang dibuatnya mendapat sokongan rakyat |
|
DUN Melaka lulus usul ADUN lantikan DUN Melaka lulus usul ADUN lantikan - Mygazette - 14/07 3:49 pm Usul berkenaan mendapat undian sebanyak 23 menyokong dan lima tidak menyokong daripada keseluruhan 28 ADUNpada Persidangan Kedua, Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri, di Seri Negeri di sini, hari ini. Terdahulu, usul berkaitan perkara berkenaan dikemukakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan disokong oleh Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin |
|
DUN Melaka lulus undang-undang ADUN lantikan - Utusan - 14/07 3:27 pm Rang undang-undang berkenaan diluluskan selepas memperoleh sokongan 23 ADUN, manakala lima lagi tidak menyokong. Terdahulu, usul bagi pindaan itu dibentangkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan disokong EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim .. |
|
DAP keluar kerajaan Melaka selepas DUN lulus pindaan berkait Adun dilantik - FMT - 14/07 3:26 pm Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong berkata dua exco, dua timbalan exco dan timbalan speaker daripada parti itu akan meletakkan jawatan. |
|
Mangsa kes tikam pelajar makin pulih, dijangka keluar hospital esok - Sinarharian - 14/07 11:51 am SHAH ALAM - Pelajar yang cedera dalam insiden tikaman di sebuah sekolah menengah di Banting dijangka dibenarkan keluar dari hospital seawal Rabu.Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, perkara itu dimaklumkan oleh doktor ketika beliau menziarahi mangsa di hospital pada Khamis lalu.Menurutnya, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dalam proses pemulihan selepas menerima rawatan susulan akibat kecederaan yang dialaminya."Setakat saya menziarahi mangsa pada Khamis lalu, doktor memaklumkan dia memerlukan kira-kira seminggu sebelum dibenarkan keluar dari hospital dan berkemungkinan pada Rabu," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar perempuan kena tikam di sekolahKes tikam pelajar: Mangsa diberi rawatan, suspek pula ditahan polis-JPNRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polis'Anak saya ditikam 14 hingga 16 kali' - Bapa pelajar ditikam di sekolahRemaja perempuan tikam pelajar di sekolah ditahan polisPelajar ditikam ketika waktu rehat, selepas beli roti di kantinKes tikam di sekolah: Suspek pelajar perempuan disiasat cubaan bunuhSuspek kes tikam pelajar direman empat hariBeliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Usahanita Digital 2026 dan Bengkel Latihan Asas di sini pada Selasa.Mengulas perkembangan siasatan, Anfaal berkata, beliau belum menerima sebarang maklumat baharu kerana kes berkenaan masih dalam siasatan polis.Menurutnya, insiden itu perlu dilihat dari sudut kemanusiaan kerana membabitkan dua remaja yang masing-masing berusia bawah 18 tahun."Kita perlu menangani kes ini dengan penuh ihsan terhadap kedua-dua pihak sama ada mangsa mahupun suspek kerana mereka masih kanak-kanak."Apa yang lebih penting ialah mengambil pengajaran daripada kes ini supaya tragedi sama tidak berulang," katanya.Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bagi memperkukuh usaha pencegahan menerusi Program Advokasi Lindung Kasih.Katanya, antara fokus yang diberikan ialah memperkasakan pembimbing rakan sebaya supaya mampu mengenal pasti lebih awal tanda-tanda buli, pelajar yang menjadi mangsa buli serta mereka yang berdepan masalah kesihatan mental sebelum dirujuk kepada kaunselor sekolah."Kita mahu mencegah, bukannya bertindak selepas berlaku insiden yang meragut nyawa atau menyebabkan kecederaan."Sebab itu program advokasi akan diteruskan secara berterusan bersama semua agensi berkaitan," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Kes tikam pelajar: Peguam sahkan suspek OKUKes tikam di sekolah: Suspek dakwa tidak puas hati dengan beberapa individu kerana dibuli - PolisKes tikam pelajar: Suspek beli pisau secara dalam talian, datang sekolah naik e-hailingKes tikam di sekolah: 10 nama pelajar tular dipanggil beri keteranganKes tikam: Remaja perempuan dibawa ke mahkamah pagi iniMenurut Anfaal, JKM Daerah Kuala Langat turut menawarkan khidmat kaunseling bukan sahaja kepada mangsa dan bapanya, malah kepada rakan sekolah yang berada di lokasi kejadian kerana dipercayai mengalami trauma akibat insiden tersebut.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan langkah lebih tegas dalam mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak susulan insiden tikaman membabitkan pelajar berkenaan.Beliau menegaskan bahawa kanak-kanak bawah usia 16 tahun tidak sepatutnya dibenarkan memiliki akaun media sosial dan penguatkuasaan terhadap perkara itu perlu diperkasakan bagi melindungi mereka daripada pengaruh negatif."Tindakan pencegahan perlu diberi keutamaan bagi memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada kandungan atau pengaruh yang boleh menjejaskan perkembangan emosi, tingkah laku dan keselamatan mereka," katanya. |
|
DAP Melaka dijangka umum keluar kerajaan negeri, letak jawatan exco hari ini - Sinarharian - 14/07 11:27 am MELAKA - DAP Melaka difahamkan bakal membuat keputusan besar dengan mengumumkan keluar daripada kerajaan negeri petang ini dan meletakkan jawatan daripada semua jawatan yang disandang dalam pentadbiran pimpinan BN.Memetik laporan MalaysiaKini, tindakan itu diambil sebagai protes terhadap pindaan perlembagaan yang dicadangkan untuk memperkenalkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan.Menurut laporan itu, difahamkan wakil DAP akan membuat pengumuman berkenaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka selepas kerajaan negeri meneruskan pindaan perlembagaan berkenaan tengah hari ini."DAP akan meletakkan jawatan daripada semua jawatan kerajaan yang disandang sekarang, termasuk seorang exco negeri, dua timbalan exco, seorang timbalan speaker serta semua ketua kampung dan ahli majlis tempatan yang dilantik di bawah pentadbiran negeri."Mereka yang meletakkan jawatan daripada jawatan eksekutif ialah Exco Negeri, Allex Seah; Timbalan Exco, Low Chee Leong dan Leng Chau Yen serta Timbalan Speaker, Kerk Chee Yee," memetik laporan tersebut.Menurut laporan yang diperoleh dari sumber itu juga memberitahu, Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong telah memberi taklimat kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu mengenai keputusan berkenaan Isnin malam itu dan mendapat sokongan CEC.11 Julai lalu, Seah berkata menerusi hantaran di Facebook menyatakan pendirian bahawa DAP Melaka menentang pengenalan ADUN Lantikan.Beliau berikrar akan meletak jawatan Exco Melaka serta-merta sekiranya Sidang DUN pada Selasa tetap meluluskan pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan dengan majoriti dua pertiga. |
|
Lapan murid sekolah lelaki dipercayai dicabul, suspek ditahan ketika bawa .. - Mygazette - 14/07 8:11 am # Lapan murid sekolah lelaki dipercayai dicabul, suspek ditahan ketika bawa mangsa kesembilan- Noor Helmy MELAKA Sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak lelaki dipercayai menjadi mangsa perbuatan cabul seorang lelaki sebelum suspek berjaya diberkas polis ketika sedang membawa mangsanya yang kesembilan di Duyong di sini. Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, suspek berasal dari luar Duyong itu ditahan hasil tindakan pantas polis selepas menerima maklumat daripada penduduk dan mangsa |
|
PRN Johor: Pertempuran epik Anwar-Onn Hafiz, bentang laluan ke PRU-16 - Mygazette - 14/07 8:11 am Bersatu tewas termasuk di Bukit Kepong selepas dua penggal memenanginya menerusi Datuk Dr Sahruddin Jamal yang juga bekas Menteri Besar Johor, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri (BPN) Johor dan Pengerusi PN Johor. Begitu juga bekas Exco Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim (DUN Layang Layang) dan bekas Pengerusi Bersatu Johor serta bekas Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Kebudayaan Johor, Mazlan Bujang (DUN Kahang) yang bertanding atas tiket Pas kalah dengan calon UMNO walaupun bertanding di kerusi majoriti Melayu |
|
Sabarlah rakyat Kelantan, Exco kata dua tahun lagi masalah air .. - Wrlr - 13/07 5:31 pm Harapandaily July 13, 2026 Kerajaan Kelantan berkata, negeri itu akan menyelesaikan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat mereka selama berpuluh tahun, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) nanti iaitu dalam tempoh dua tahun akan datang. Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Izani Husin, meminta rakyat Kelantan untuk terus bersabar kerana beberapa projek utama sudah pun hampir siap |
|
Rakyat Melaka boleh ‘kepung’ lembu berkeliaran, bantu PBT .. - Mygazette - 13/07 3:41 pm # Rakyat Melaka boleh 'kepung' lembu berkeliaran, bantu PBT - Exco MELAKA Rakyat di Melaka selepas ini boleh "mengepung" lembu berkeliaran sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan lanjut |
|
Misi balas dendam Parti Bersama hanya untungkan BN – AMK - Mygazette - 13/07 3:41 pm # Misi balas dendam Parti Bersama hanya untungkan BN - AMK KUALA LUMPUR Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan bekas pemimpin PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli didakwa gagal mencapai matlamat politiknya, sebaliknya hanya membantu kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu. Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dzul Hilmi Zainol berkata, tindakan parti berkenaan mahu membalas dendam terhadap Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR, akhirnya memberi kelebihan kepada BN selepas undi penyokong reformasi berpecah |
|
Jangan sembanglah - Akmal Saleh sekolahkan Nga cara letak jawatan - Mkini - 13/07 1:24 pm Ketua Pemuda Umno itu berkongsi salinan surat peletakan jawatan dirinya sebagai exco sebagai rujukan pemimpin DAP tersebut. |
|
Melaka considers flood mitigation project to end 20-year crisis - Sinardaily - 13/07 1:12 pm MELAKA - The Melaka government will consider a proposal for a new flood mitigation project in Tanjung Minyak to address flooding that has plagued the area for more than 20 years.Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh said he had instructed the relevant state executive councillor to hold discussions with the Department of Irrigation and Drainage (DID) and other agencies to prepare a proposal for consideration by the State Executive Council."I have asked the relevant exco member to submit a proposal and discuss it with the DID so that a new flood mitigation project for Tanjung Minyak can be presented to the state government for consideration,he told reporters outside the Melaka State Legislative Assembly sitting at the Seri Negeri Complex today.Ab Rauf said more than 200 families in the area were affected by flooding following exceptionally heavy rainfall last Saturday.He said the state government understood the hardships faced by residents and remained committed to finding a long-term solution, noting that the area had been prone to floods for more than two decades.Ab Rauf said the unusually heavy rainfall that hit Melaka also overwhelmed the pumping systems installed by the DID at several locations in Masjid Tanah."Under normal rainfall conditions, these pumps can reduce flood risk by up to 70 per cent |
|
Isu Logo ‘Visit Truly Terengganu 2027’, Exco Tampil Jawab Dakwaan Netizen - Vocket - 13/07 11:50 am Terdapat pelbagai reaksi dan rungutan daripada orang awam,... The post Isu Logo ‘Visit Truly Terengganu 2027’, Exco Tampil Jawab Dakwaan Netizen appeared first on VOCKET . |
|
'Bersama parti gagal, dendam terbalas lepas bantu BN Johor menang' - Exco AMK - Sinarharian - 13/07 11:33 am KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor turut dipengaruhi tindakan Parti Bersama yang didakwa memecahkan undi Pakatan Harapan (PH) demi membalas dendam terhadap PKR.Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol berkata, tindakan parti pimpinan Datuk Seri Rafizi Ramli itu bukan sahaja gagal memberi saingan kepada BN, malah menguntungkan gabungan tersebut apabila memecahkan undi penyokong reformasi."Saya harap mereka sudah boleh tutup kedai selepas ini apabila misi membalas dendam kepada PH, khususnya di Johor, telah berjaya."Saya juga berharap Rafizi berpuas hati dengan pencapaian itu walaupun berhabis puluhan ribu ringgit untuk bertanding tetapi akhirnya kehilangan deposit," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Beliau turut berharap penyokong PH tidak lagi bersimpati terhadap Rafizi kerana mendakwa tindakannya hanya akan menguntungkan pihak lawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dan Melaka selepas ini.Sebelum ini, pemimpin DAP, Tony Pua dilaporkan berkata, antara kerusi PH yang didakwa terkesan akibat pertandingan Parti Bersama ialah Perling, Stulang dan Bukit Batu.Mengulas lanjut, Dzul Hilmi berkata, keputusan PRN Johor membuktikan bahawa strategi Parti Bersama tidak melemahkan BN, sebaliknya menyebabkan undi penyokong PH berpecah."Keputusan pilihan raya jelas menunjukkan siapa yang paling mendapat manfaat daripada perpecahan ini |
|
Sabarlah rakyat Kelantan, Exco kata dua tahun lagi masalah air selesai - Harapandaily - 13/07 9:31 am Kerajaan Kelantan berkata, negeri itu akan menyelesaikan masalah bekalan air yang membelenggu rakyat mereka selama berpuluh tahun, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) nanti iaitu dalam tempoh dua tahun akan datang. Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Izani Husin, meminta rakyat Kelantan untuk terus bersabar kerana beberapa projek utama sudah pun hampir siap... |
|
Kalau surat pun tak berani hantar, jangan sembanglah! – Akmal .. - Mygazette - 13/07 7:36 am # Kalau surat pun tak berani hantar, jangan sembanglah! - Akmal kepada Kor Ming KUALA LUMPUR -Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berkongsi surat peletakan jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan sumber rujukan kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming |
|
Warga Felda ingat asal usul pilih ???Biru???, beri mandat BN bela nasib .. - Mygazette - 12/07 7:15 pm # Warga Felda ingat asal usul pilih Biru, beri mandat BN bela nasib peneroka SEGAMAT Kesetiaan dan semangat padu masyarakat FELDA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan sebagai bukti keyakinan berterusan terhadap Barisan Nasional (BN) dalam menerajui pembangunan negeri dan menjaga kebajikan warga peneroka. Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata keputusan yang diterjemahkan melalui peti undi bukan sekadar kemenangan politik, sebaliknya cerminan penghargaan rakyat terhadap rekod perkhidmatan serta komitmen berterusan dalam membela nasib peneroka dan generasi baharu Felda |
|
Kelantans water woes to be solved in 2 years, says exco man - FMT - 12/07 3:36 pm Izani Husin says three water treatment plants will be ready by 2028, but wider improvements are only expected by 2030. |
|
Puting Beliung Di Sekinchan, Tiada Kecederaan Atau Kerosakan - Exco - Siakapkeli - 11/07 4:23 pm Puting Beliung Di Sekinchan, Tiada Kecederaan Atau Kerosakan - ExcoSHAH ALAM, 11 Julai (Bernama) -- Satu puting beliung dipercayai membadai di kawasan sawah pad... |
|
Puting beliung badai kawasan sawah di Sekinchan - Sinarharian - 11/07 3:57 pm SHAH ALAM - Satu puting beliung dipercayai membadai di kawasan sawah di Jalan Tali Air 4, Sekinchan, pagi tadi.Exco Pelancongan dan Kerajaan Tempatan Selangor Datuk Ng Sue Lim berkata, berdasarkan maklumat awal kejadian berlaku antara tiga hingga empat minit, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan."Kejadian berlaku pada 11.40 pagi di tengah-tengah sawah padi dan berdekatan Terminal Sekinchan."Kita bersyukur kerana tiada kerosakan berlaku," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan semasa dihubungi hari ini.Terdahulu, satu video berdurasi 57 saat yang memaparkan kejadian puting beliung di tengah sawah padi yang dipercayai dirakam oleh penduduk di sekitar Jalan Tali Air 4 tular di media sosial |
|
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang dibuka kepada orang awam sebulan .. - Mygazette - 11/07 8:09 am Dalam majlis sama, baginda turut berkenaan menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) peringkat negeri Pahang dan Anugerah Khas Belia kerajaan negeri Pahang2026. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Nazri Abu Bakar; Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal dan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah |
|
Lagi MPT Bersatu letak jawatan, 150 ahli umum keluar parti hari sama - Sinarharian - 10/07 6:59 pm SHAH ALAM - Seorang lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Aziman Hadi Nazri mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pada Jumaat.Pada masa sama, beliau juga memutuskan untuk meletakkan jawatannya sebagai Exco Armada Nasional."Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh kepimpinan parti, rakan-rakan seperjuangan serta semua ahli yang telah memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama sepanjang saya menggalas amanah dalam parti.ARTIKEL BERKAITAN:Setiausaha Bersatu Perlis umum keluar parti"Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan dan ahli Armada di semua peringkat yang telah bersama berjuang demi memperkukuhkan parti dan membawa suara anak muda," katanya dalam hantaran Facebook pada Jumaat.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah melepaskan jawatan sebagai Ahli MPT Bersatu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri yang berbaki kira-kira setahun sebelum tamat penggal.Selain Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena yang juga Exco kerajaan negeri, Marzita Mansor turut mengambil keputusan sama apabila menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli MPT pada minggu lalu.Bagaimanapun, Aziman Hadi yang turut mengisytiharkan keluar parti tidak menyatakan sebab peletakan jawatan berkenaan dalam satu surat kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada hari sama, Ketua Bersatu Bahagian Bukit Bintang, Rosman Mohd Nordin bersama barisan kepimpinan bahagian dan kira-kira 150 ahli menamatkan keahlian dalam parti.Menurut kenyataan media dikeluarkan bahagian itu, keputusan berkenaan dibuat secara sukarela selepas melalui pertimbangan sewajarnya.Bagaimanapun, seorang Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Bahagian hanya meletakkan jawatan disandang, namun memilih untuk kekal sebagai ahli Bersatu.Dalam masa sama, Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bukit Bintang turut meletakkan jawatan dan menamatkan keahlian dalam parti.Naib Ketua Srikandi bersama barisan AJK sayap berkenaan turut mengambil keputusan sama dengan melepaskan jawatan serta menamatkan keahlian masing-masing.Selain barisan kepimpinan bahagian, kira-kira 150 ahli Bersatu Bahagian Bukit Bintang turut mengambil keputusan menamatkan keahlian dalam parti berkuat kuasa pada tarikh sama.Keputusan ini menyusuli tindakan terdahulu apabila seramai 150 orang Ahli Bersekutu Bersatu Bahagian Bukit Bintang telah mengumumkan keputusan untuk menamatkan keahlian dan keluar daripada Bersatu pada pertengahan Februari 2026.Dalam surat dikemukakan Rosman kepada Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mereka menjelaskan keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa, hala tuju perjuangan serta kepimpinan parti."Setelah mengambil kira pandangan dan hasrat ahli-ahli di peringkat akar umbi, kami berpendapat bahawa keputusan ini adalah yang terbaik demi meneruskan perjuangan mengikut prinsip dan keyakinan kami," menurut surat berkenaan. |
|
DAP pilih pegawai penyelidik Exco calon DUN Seremban Jaya - Sinarharian - 10/07 2:16 pm SEREMBAN Pegawai Penyelidik kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, S |
|
Ex-Bukit Aman internal security chief joins Wawasan leadership - FMT - 10/07 1:01 pm Kedah exco man Dzowahir Ab Ghani and senator Azahar Hassan, both formerly of Bersatu, also join Hamzah Zainudin's party. |
|
Karnival bubur asyura hidupkan semula adat resam masyarakat Melayu - Mypress - 10/07 11:40 am TEMERLOH – Karnival Asyura Peringkat Negeri Pahang menjadi platform penting dalam menghidupkan semula adat resam dan budaya masyarakat Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa… |
|
Calon BN tampil agenda pembangunan, ekonomi dan belia - Sinarharian - 10/07 9:30 am JOHOR BAHRU - Kesinambungan pembangunan, pemerkasaan golongan belia, peluang pekerjaan dan penambahbaikan kemudahan asas menjadi antara teras utama yang diketengahkan calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Semerah dan Senai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.Ketiga-tiga calon tampil dengan visi dan manifesto yang memberi penekanan kepada keperluan setempat, termasuk pembangunan infrastruktur, pengukuhan ekonomi rakyat, peningkatan peluang pekerjaan serta kebajikan masyarakat.Bagi calon BN DUN Benut, Datuk Mohd Sumali Reduan keutamaan akan diberikan kepada usaha meneruskan kesinambungan pembangunan yang telah dirancang sebelum ini agar manfaatnya dapat dinikmati seluruh penduduk."Perancangan pembangunan ini sebenarnya telah dimulakan oleh pemimpin terdahulu dan saya akan meneruskan usaha yang telah dirancang demi manfaat penduduk," katanya.Beliau yang juga Setiausaha Kerja UMNO berkata, pembinaan kolej komuniti yang diumumkan sebelum ini diyakini mampu membuka lebih banyak peluang pendidikan.ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PMAlbert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan"Ramai anak muda di Benut menceburi perniagaan kecil, perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) serta pertanian."Mereka perlu dibantu supaya dapat mengembangkan lagi perusahaan masing-masing," katanya yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).Beliau turut berpandangan pembangunan pesat Johor, khususnya di Johor Bahru, mampu memberi limpahan ekonomi kepada Benut melalui peluang pekerjaan, perniagaan dan pelaburan.Katanya, sebagai anak jati Benut yang dilahirkan, dibesarkan dan mendapat pendidikan di kawasan itu, beliau memahami keperluan sebenar masyarakat setempat."Saya mengenali masyarakat di sini dan mereka juga mengenali saya. Sebab itu saya mahu terus berkhidmat dan meneruskan agenda pembangunan untuk Benut," katanya.Mohd Fared mahu rakyat Semerah nikmati kemajuan JohorSementara itu, calon BN DUN Semerah, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, beliau bertekad menjadikan Semerah sebagai kawasan yang lebih maju, sejahtera dan inklusif selaras dengan agenda Maju Johor.Menurut bekas Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, keutamaan akan diberikan kepada usaha meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan rakyat selain menambah baik kemudahan asas seperti jalan raya, sistem perparitan, bekalan air, internet dan lampu jalan."Keutamaan saya ialah memperkasa ekonomi rakyat dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, membantu usahawan tempatan serta memajukan sektor, perikanan dan pelancongan," katanya.Beliau berkata, kemudahan awam termasuk kawasan rekreasi turut akan dipertingkatkan bagi memastikan keselesaan penduduk terus terpelihara.ARTIKEL BERKAITAN: 'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - AmirudinPKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - AminuddinNak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahuluMohd Fared berkata, pembangunan pesat Johor perlu diterjemah kepada manfaat yang benar-benar dirasai rakyat di Semerah."Kemasukan pelaburan baharu mampu buka lebih banyak peluang pekerjaan, tingkat pendapatan rakyat serta merancakkan aktiviti perniagaan tempatan," katanya.Beliau berkata, usaha memperkasa ekonomi tempatan akan dilaksanakan menerusi pembangunan usahawan, peluang pekerjaan kepada belia serta pemerkasaan sektor pertanian dan perikanan.Selain itu katanya, pembangunan belia akan terus diberi perhatian melalui penyediaan lebih banyak peluang latihan kemahiran, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), keusahawanan, sukan serta pembangunan kepimpinan."Bagi keluarga muda pula, fokus saya ialah memastikan pendidikan anak-anak terus diberi perhatian, menyediakan lebih banyak rumah mampu milik, membuka peluang pekerjaan dan membantu mengurangkan beban kos sara hidup," katanya.Kiki Tai mahu suara rakyat Senai terus didengariDalam pada itu, calon BN DUN Senai, Tai Chee Chee atau lebih dikenali sebagai Kiki Tai menampilkan tiga manifesto utama yang disifatkan realistik dan mampu dilaksanakan jika diberi mandat oleh pengundi.Beliau berkata, visinya adalah menjadikan Senai sebagai kawasan lebih maju, selamat dan dekat dengan rakyat supaya pembangunan kerajaan negeri dapat dirasai secara langsung oleh penduduk."Saya mahu pembangunan Johor beri manfaat kepada rakyat Senai melalui peluang pekerjaan lebih baik, ekonomi tempatan berkembang serta penyelesaian isu harian seperti banjir dan penyampaian perkhidmatan lebih pantas," katanya.Menurutnya, manifesto pertama ialah merancakkan ekonomi tempatan melalui penubuhan Jawatankuasa Ekonomi dan Pelaburan Senai, penyediaan lebih banyak peluang pekerjaan serta Portal Kerjaya Senai bagi padanan pekerjaan dan latihan."Manifesto kedua memberi fokus kepada Pelan Pencegahan Banjir Lima Tahun yang melibatkan tindakan mengenal pasti kawasan hotspot banjir, pelaksanaan pelan jangka pendek, sederhana dan panjang serta pemantauan lebih tegas terhadap projek pembangunan."Saya tidak janjikan perkara mustahil |
|
Abu Bakar nafi mahu tinggalkan Bersatu - Utusan - 10/07 7:32 am KANGAR: Perkembangan politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kembali menarik perhatian susulan Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah dan seorang Exco kerajaan negeri meletak jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) |
|
Bangkit isu Najib, 1MDB: Sivaraj selar Papparaidu?? - Mygazette - 10/07 7:31 am Saya menasihatkan anda supaya lebih matang dan menggunakan apa yang anda (PH) ada untuk ditawarkan kepada rakyat Johor dalam berdepan pilihan raya ketika ini, katanya menerusi Facebook hari ini. Kenyataan Sivaraj itu sebagai reaksi kepada hantaran di Facebook Papparaidu yang juga Exco Selangor yang memuat naik hantaran: Rakyat Jangan Lupa |
|
Pelajar asing tidak rampas peluang pelajar tempatan - Zambry - Sinarharian - 9/07 6:24 pm ISU kemasukan pelajar antarabangsa ke institusi pengajian tinggi (IPT) negara kembali menjadi polemik apabila terdapat pihak yang mendakwa kehadiran mereka menjejaskan peluang pelajar tempatan untuk melanjutkan pengajian, khususnya di universiti awam.Bagi menjelaskan perkara sebenar, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tampil mengupas isu tersebut secara menyeluruh dengan bersandarkan fakta, data rasmi dan dasar pengantarabangsaan pendidikan tinggi yang telah dilaksanakan sejak lebih dua dekad lalu.Beliau turut menjawab pelbagai persoalan termasuk dakwaan pelajar antarabangsa merampas tempat pelajar tempatan, kebanjiran pelajar dari China, manfaat ekonomi kepada negara serta hala tuju Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi bertaraf antarabangsa.Mengapa isu pelajar antarabangsa kembali dibangkitkan ketika ini?ZAMBRY: Sebelum saya menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan mengenai isu pelajar antarabangsa, izinkan saya menyatakan pendirian saya terlebih dahulu.Saya sentiasa mengambil pendekatan untuk tidak bertembung atau berbalas kenyataan di khalayak, lebih-lebih lagi ketika musim kempen pilihan raya, mengenai isu-isu pendidikan tinggi yang bersifat teknikal, kompleks dan memerlukan penelitian yang mendalam.Malah baru-baru ini, saya telah menjemput semua exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap pendidikan tinggi, termasuk daripada negeri-negeri yang ditadbir pembangkang untuk menghadiri mesyuarat bersama Kementerian Pendidikan Tinggi bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan pendidikan tinggi.Ada yang hadir dan memberikan pandangan yang membina dan ada juga yang memilih untuk tidak hadir |
|
Johor polls: No nominated Pas assemblymen if BN returns to power, says Onn Hafiz - Sinardaily - 9/07 5:16 pm JOHOR BARU - No Pas members will be appointed as Johor assemblymen should Barisan Nasional return to power, says the coalition's state chief Datuk Onn Hafiz Ghazi.The caretaker Menteri Besar stressed that he was consistent in his stand that there would be no Pas or other Perikatan Nasional members, nor anyone from Pakatan Harapan, in the state government if Barisan gets the mandate to lead once again."This has been done before and I will do it again if I am still the Menteri Besar. That is why I need the support of all Bangsa Johor to come and support us so that we can form a strong government," he said during a media interview session at his official residence Saujana here on Thursday (July 9).He had been asked to comment on talk that Pas members could come in as appointed assemblymen.On claims that those who lose in the election can become state executive councillors, he said that under the law, appointed assemblymen cannot be part of the exco."I need both (caretaker exco members) Ling Tian Soon and Lee Ting Han in my government," he said, adding that this was among the reasons he could not work with DAP because its politics was about spreading hate, confusion and false promises.He reiterated that this was not a racial issue but a refusal to accept DAP's style of politics in the state administration.Onn Hafiz said some Federal Government policies were also not popular in Johor, and urged Bangsa Johor to use the ballot box to send a strong message to Putrajaya over these "bread and butter issues".He cited e-invoicing, EPFs two per cent contribution for foreigners, sales and service tax (SST) issues, high diesel prices and capped fuel subsidies as examples of such issues."This will also contribute to higher inflation."Yes, I know the outcome of the Johor election will not change the Federal Government but Johoreans can send the message to our Prime Minister about the policies that they will not accept," he added.Johor goes to the polls on Saturday (July 11) |
|
Senator BERSATU keluar parti, lepas semua jawatan - Wrlr - 9/07 4:47 pm Azahar mengangkat sumpah sebagai Senator di Dewan Negara pada 10 Oktober 2024 bagi tempoh perkhidmatan sehingga 9 September 2027. Terdahulu, Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Marzita Mansor turut mengumumkan peletakan jawatan mereka sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU bagi memberi tumpuan penuh kepada urusan pentadbiran kerajaan negeri |
|
Guru, tiga pelajar terlibat nahas: Kemalangan luar jangka, prosedur semua dipatuhi - Exco Melaka - Sinarharian - 9/07 3:13 pm MELAKA - "Benda dah jadi, nak buat macam mana? Jadi yang perlu kita buat sekarang adalah memberikan rawatan terbaik kepada mereka yang terlibat.Demikian kata Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman berhubung insiden seorang guru bersama tiga pelajar sebuah sekolah menengah Masjid Tanah terlibat kemalangan di Solok Duku ketika dalam perjalanan pulang selepas menyertai kejohanan ping pong pada Rabu lalu.Rahmad berkata, kesemua mereka yang terlibat kini menerima rawatan di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU), manakala dua lagi dirawat di zon kuning berada dalam keadaan stabil."Daripada dua mangsa di CCU itu, seorang telah sedar manakala seorang lagi masih ditidurkan bagi tujuan rawatan."Apa pun, pihak hospital sedang memberikan rawatan yang terbaik bagi memastikan keempat-empat mangsa ini pulih," katanya selepas mengadakan lawatan ke Hospital Melaka bagi meninjau keadaan mangsa pada Khamis.Menurutnya, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bersama kerajaan negeri turut menghulurkan sumbangan sagu hati sebanyak RM3,000 kepada setiap mangsa bagi membantu meringankan beban keluarga sepanjang tempoh rawatan.Beliau berharap kesemua mangsa segera sembuh dan dapat kembali meneruskan sesi persekolahan seperti biasa.Dalam pada itu, Rahmad berkata, semakan yang dilakukan mendapati semua prosedur bagi membawa pelajar menyertai kejohanan berkenaan telah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak sekolah.Menurutnya, setiap pelajar telah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sebelum menyertai program sukan tersebut."Daripada segi proses dan prosedur, semuanya telah dipatuhi termasuk mendapatkan persetujuan ibu bapa |
|
Ahli politik jaga adab, jangan hina warga Felda – Amizar - Mygazette - 9/07 2:55 pm # Ahli politik jaga adab, jangan hina warga Felda - Amizar KUANTAN Bahang politik tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memperlekeh atau melabel warga FELDA secara semberono. Itu amaran tegas Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam susulan dakwaan tular berbaur penghinaan kepada segelintir warga Felda selepas insiden ketika Sambutan Hari Peneroka Felda Ke-70 di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka pada Selasa lalu |
|
PRN Johor: Seruan ahli Pas undi calon BN dari hati ke... - Mygazette - 9/07 2:55 pm # PRN Johor: Seruan ahli Pas undi calon BN dari hati ke hati - Hadi Awang MUAR Pas sedia bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan negeri sekiranya parti itu tidak memperoleh majoriti mudah pada Pilihan Raya Negeri (Johor) ke-16, Sabtu ini. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, kesediaan itu termasuk menyokong calon Menteri Besar serta barisan Exco negeri daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) |
|
MB Perlis, Exco letak jawatan MPT Bersatu? MB Perlis, Exco letak jawatan .. - Mygazette - 9/07 2:55 pm KUALA LUMPUR Menteri Besar Perlis, Datuk Abu Bakar Hamzah bersama seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Datin Marzita Mansor, dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) |
|
Backdoor Seats, Bangladeshi Grads, China Students: Why This PAS Exco Keeps Making Headlines With Unverified Claims - Rakyatpost - 9/07 2:43 pm A Kedah state executive councillor's pattern of unverified claims about university admissions and foreign students from Chinese nationals allegedly "taking local seats" to universities supposedly "selling places" has drawn repeated ministerial rebuttals, a criminal charge, and scrutiny of his own record as a former university vice-chancellor. |
|
Perlis Menteri Besar, Exco resign from Bersatu's supreme council - Sinardaily - 9/07 2:21 pm KUALA PERLIS Perlis Menteri Besar Abu Bakar Hamzah has relinquished his position as a member of Bersatu's Supreme Leadership Council (MPT) in order to focus fully on administering the state government, which has about a year remaining before the end of its term.He said the decision was made due to time constraints in attending meetings at the central level, besides wanting to give full commitment to carrying out the development agenda and public welfare in Perlis.According to him, the resignation will not affect his position as menteri besar of the state."I gave up that post because I could not give full commitment to the MPT amid the current busy schedule and issues in Perlis," he said on Thursday.He said this when met after a reception for tourists arriving from Thailand in conjunction with the reopening of the Kuala Perlis-Satun waterway route in Kuala Perlis.Abu Bakar explained that Sena assemblyman, who is also a state Exco member, Marzita Mansor had also made a similar decision after submitting her resignation letter as an MPT member last week.He said he and Marzita held in-depth discussions on the matter and decided to give way to others to continue serving at the central level while they focused on service at the state level."This resignation does not affect her position in the party as she remains a Bersatu member, Bersatu Perlis leadership chief and Bersatu Kangar division chief with the permission of Bersatu president Tan Sri Muhyiddin Yassin," he said.He also denied that the decision had any connection to political pressure or speculation that he would be leaving the party.He added that the decision had no connection to the political turmoil at the central level nor any intention of joining another party, as he remains bound by the Anti-Party Hopping Act."We have always received the best treatment from the president and the party without any issues," he said, adding that he wanted to strengthen the reorganisation of Bersatu's three divisions in Perlis following recent changes to several committees.Meanwhile, Abu Bakar said he is striving to continue his responsibilities as menteri besar until the end of the State Legislative Assembly term, as decreed by the Raja of Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.He said the state government is now prioritising efforts to attract more investment and ensure its set Key Performance Indicators are achieved within the coming months."InsyaAllah, there are several new plans that will be implemented in the near future to improve the wellbeing of the people and drive Perlis' development," he said. |
|
Menteri Besar Perlis, Exco letak jawatan MPT Bersatu - Sinarharian - 9/07 2:09 pm KUALA PERLIS Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada pentadbiran kerajaan negeri yang berbaki kira-kira setahun sebelum tamat penggal.Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana kekangan masa untuk menghadiri mesyuarat di peringkat pusat selain mahu memberi komitmen penuh dalam melaksanakan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat di Perlis.Menurutnya, peletakan jawatan ini tidak akan menjejaskan kedudukannya sebagai Menteri Besar di negeri ini."Saya melepaskan jawatan itu kerana tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada MPT dalam keadaan kesibukan dan masalah di Perlis ketika ini," katanya pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sambutan ketibaan pelancong dari Thailand sempena pembukaan semula laluan air Jeti Kuala Perlis-Satun di Kuala Perlis di sini.Jelas Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena yang juga Exco kerajaan negeri, Marzita Mansor turut mengambil keputusan sama apabila menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli MPT pada minggu lalu.Menurutnya, beliau dan Marzita berbincang secara mendalam mengenai perkara berkenaan dan membuat keputusan memberi laluan kepada orang lain untuk terus berkhidmat di peringkat pusat, sementara mereka memfokuskan perkhidmatan di negeri."Peletakan jawatan ini tidak menjejaskan kedudukannya dalam parti kerana saya masih kekal sebagai ahli Bersatu, Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis dan Ketua Bersatu Bahagian Kangar dengan kebenaran Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menafikan keputusan itu mempunyai kaitan dengan sebarang tekanan politik atau spekulasi bahawa beliau akan meninggalkan parti.Tambahnya, keputusan tersebut tiada kaitan dengan kemelut politik di peringkat pusat mahupun niat untuk menyertai parti lain kerana masih terikat dengan Akta Antilompat Parti."Kami sentiasa mendapat layanan terbaik daripada Presiden dan parti tanpa sebarang masalah," katanya yang mahu memperkukuhkan semula organisasi tiga bahagian Bersatu di Perlis susulan perubahan beberapa jawatankuasa sebelum ini.Dalam pada itu, Abu Bakar berkata, beliau berusaha meneruskan tanggungjawab sebagai Menteri Besar sehingga tamat penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti yang dititahkan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.Katanya, kerajaan negeri kini memberi keutamaan kepada usaha menarik lebih banyak pelaburan serta memastikan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan dapat dicapai dalam tempoh beberapa bulan akan datang."Insya-ALLAH, ada beberapa perancangan baharu yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memacu pembangunan Perlis," katanya. |
|
MB dan exco Perlis letak jawatan MPT Bersatu - Hotfm - 9/07 1:05 pm Namun Menteri Besar Abu Bakar Hamzah kekal ketua Bersatu Perlis. |
|
MB dan exco Perlis letak jawatan MPT Bersatu - FMT - 9/07 1:05 pm Namun Menteri Besar Abu Bakar Hamzah kekal ketua Bersatu Perlis. |
|
Perlis MB, exco member quit Bersatu Supreme Council - FMT - 9/07 12:52 am Now-former Perlis Bersatu secretary Azahar Hassan tells of turmoil in the state chapter with grassroots losing confidence in the partys direction. |
|
Kempen kita mudah, jangan janji lihat bukti – Asyraf Wajdi - Mygazette - 9/07 8:08 am "Pergilah mana-mana pun fenomena 'Onn Tak Onn' ini sebenarnya fenomena yang _real_. Maknanya, orang tahu bahawa Menteri Besar dengan barisan Exco yang rata-ratanya dua pertiga adalah di bawah 45 tahun |
|
Pengundi bukan bahan ujikaji politik parti Kancil - Mygazette - 9/07 8:08 am # Pengundi bukan bahan ujikaji politik parti Kancil KUALA LUMPUR Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa pengundi Johor menolak Parti Kancil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu ini dengan memberi mesej jelas bahawa rakyat bukan 'bahan uji kaji' kepada parti politik yang baharu ditubuhkan. Exco AMK, Amira Alias berkata, rakyat kini mahukan kestabilan politik, dasar yang konsisten serta kerajaan yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah mereka, bukannya menjadi medan percaturan parti yang belum terbukti kemampuannya |
|
Pas mahu Johor ditadbir pemimpin Melayu-Islam, bukan Melayu tidak ekstrem - Sinarharian - 9/07 7:44 am MUAR Pas tanpa berselindung mendedahkan strategi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah untuk memastikan pentadbiran kerajaan negeri terus diterajui pemimpin Melayu.Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu sedia bantu dan tampung kerajaan demi kekalkan kepimpinan Melayu-Islam di negeri berkenaan."Kalau menang di Johor, UMNO jadi Menteri Besar, terpulang kepada mereka hendak melantik siapa sebagai Exco."Kalau ada kelemahan, Pas boleh tampung kelemahan itu tetapi bergantung kepada jumlah kerusi yang Pas menang."Jika BN tak menang majoriti mudah atau tak cukup majoriti, boleh campur kerusi Pas untuk tampung bentuk kerajaan negeri," katanya pada sidang akhbar selepas Grand Finale PN-Pas di Laman Muafakat, Bakri pada Rabu.Abdul Hadi berkata, pihaknya juga tiada masalah dengan memberi sokongan kepada MIC dan MCA asalkan tidak menjejaskan kedudukan kerajaan yang diterajui orang Melayu."Yang penting ialah kekuasaan politik Melayu-Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem seperti MCA dan MIC."Tapi kalau BN dah cukup kerusi, Pas tidak ada masalah," katanya. |
|
PAS sedia bantu BN bentuk kerajaan Johor, sokong jadi MB - Hotfm - 9/07 7:12 am Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu juga tidak akan menuntut sebarang jawatan exco. |
|
PAS sedia bantu BN bentuk kerajaan Johor, sokong jadi MB - FMT - 9/07 7:12 am Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu juga tidak akan menuntut sebarang jawatan exco. |
|
MoU pemindahan Dara, Amoi, Kelat perlu didedahkan kepada umum - Sinarharian - 8/07 6:55 pm SHAH ALAM - Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dengan Zoo Tennoji, Jepun berhubung pemindahan tiga ekor gajah dikenali sebagai Dara, Amoi dan Kelat (DAK) perlu didedahkan kepada umum bagi memastikan ketelusan urusan berkenaan.Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, kandungan MoU itu wajar didedahkan kerana rakyat berhak mengetahui sama ada proses pemindahan ketiga-tiga gajah berkenaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan tatacara yang sewajarnya.Beliau yang juga Sekretariat Solidariti Bersama DAK berkata, tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat urusan pemindahan DAK dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ke Zoo Tennoji wajar dipuji kerana mampu merungkai pelbagai persoalan berhubung dakwaan ketirisan membabitkan jutaan ringgit.Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini status MoU yang menjadi asas kepada urusan pemindahan DAK masih menjadi tanda tanya."Alasan bahawa MoU adalah dokumen sulit tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menyembunyikan fakta atau melindungi mana-mana individu atau pihak yang berkepentingan."Budaya kerahsiaan yang tidak munasabah perlu dihentikan, rakyat berhak mengetahui bentuk pulangan atau manfaat sebenar yang diperoleh Malaysia daripada urusan pemindahan hidupan liar ini," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Choo Seong turut mempersoalkan bagaimana tiga ekor gajah yang berasal dari habitat liar boleh dihantar ke Jepun atas alasan konservasi sedangkan perkara itu didakwa bercanggah dengan piawaian Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Terancam Fauna dan Flora Liar (CITES).Sehubungan itu, beliau sekali lagi menggesa MoU antara MPT dan Zoo Tennoji didedahkan kepada umum secara telus.Beliau turut menyeru semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, sama ada daripada blok kerajaan mahupun pembangkang, supaya membawa usul khas berhubung perkara itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan berlangsung September depan.Katanya, Exco berkaitan, Sandrea Ng Shy Ching perlu tampil menjelaskan kandungan MoU tersebut serta memperincikan peranan setiap pihak yang terlibat dalam urusan pemindahan berkenaan.Di peringkat Persekutuan pula, Choo Seong berkata, isu itu perlu dibangkitkan pada sidang Parlimen dengan memberi tumpuan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memandangkan Zoo Taiping berada di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan, dan bukannya hanya tertumpu kepada Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES)."Rakyat tidak akan berpuas hati selagi segala dokumen transaksi dan perjanjian pemindahan hidupan liar ini tidak didedahkan secara terbuka."Jangan biarkan nasib Dara, Amoi dan Kelat menjadi mangsa pemerdagangan serta ketirisan pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |