| /// |
|
| Search : Dun News | Page 1 |
|
Pendakwaan tutup kes rasuah Guan Eng lepas enam tahun bicara Pendakwaan .. - Mygazette - 28/10 8:17 am Penasihat DAP tersebut yang didakwa pada Ogos 2020, mula dibicarakan pada 13 Julai 2021 terhadap empat pertuduhan sepanjang perbicaraan yang berlangsung selama 110 hari. Antara yang memberi keterangan termasuk saksi pendakwaan ketiga (SP3), bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Datuk Lim Hock Seng, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus (SP9) dan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (SP14) |
|
Kes kematian Noorizwan diklasifikasi semula bawah Seksyen 331 KK - Mygazette - 28/10 8:17 am Peruntukan berkenaan masing-masing berkaitan kesalahan dadah, pecah rumah atau pencerobohan dengan niat melakukan kesalahan serta kesalahan mencuri. Pada 30 September lalu, Noorizwan dirujuk ke HCTM di Cheras untuk mendapatkan rawatan perubatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi, 1 Oktober lalu |
|
Politeknik RM400 juta bakal jadi Hub Pendidikan Kuala Linggi, KLIP pacu .. - Mygazette - 28/10 8:17 am Pelancaran jentera tersebut disempurnakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka dan calon DUN Tanjung Bidara, pemilihan Kuala Linggi sebagai lokasi baharu politeknik itu bertepatan dengan kekuatan sedia ada kawasan tersebut sebagai pusat pendidikan maritim dan pengajian tinggi |
|
Sokong Rosli jika mahu pembangunan berterusan di Kuala Linggi, Masjid .. - Mygazette - 28/10 8:17 am Pelancaran jentera disempurnakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut Ab Rauf yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN( Tanjung Bidara, pembangunan di Masjid Tanah tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian sebaliknya memerlukan kerjasama erat antara semua wakil rakyat di tiga DUN dalam parlimen tersebut iaitu Kuala Linggi, Tanjung Bidara dan Ayer Limau |
|
Motosikal Kawasaki Kle650 Se 2027 Diumumkan – Dengan Quickshifter, .. - Mekanika - 28/10 8:17 am Seperti KLE500, KLE650 ini juga didatangkan dengan rim 21-inci depan dan 17-inci belakang. Model ini juga dipadankan dengan tayar Dunlop Trailmax Mixtour secara standard |
|
Restoran sunyi, peniaga terpaksa merayu - Kosmo - 28/10 8:15 am Ada yang sentiasa membuat live, malah meminta tolong pempengaruh datang untuk memperkenalkan restoran. Situasi ini menggambarkan betapa mencabarnya dunia perniagaan makanan |
|
Impian Kane akhirnya tertunai - Kosmo - 28/10 8:00 am LONDON – Penantian panjang Harry Kane untuk berada di puncak bola sepak dunia akhirnya berbaloi apabila penyerang England itu dinobatkan sebagai pemenang Ballon dOr, sekali gus menjadi pemain England pertama dalam tempoh 25 tahun merangkul anugerah individu berprestij itu |
|
Mengapa Perhilitan, Zoo Taiping tidak urus DAK di Jepun? - Sinarharian - 27/10 9:35 pm SHAH ALAM Pemilihan perunding luar untuk menguruskan tiga ekor gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK), di Zoo Tennoji, Jepun, dipersoalkan aktivis haiwan yang mahu pihak berkuasa menjelaskan asas pemilihan itu serta peranan kepakaran tempatan dalam menentukan kebajikan haiwan berkenaan.Pegawai Perhubungan DaraAmoiKelat 24434, Sharifah Muhammad berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Zoo Taiping & Night Safari sewajarnya diberikan peranan penting dalam menentukan pendekatan pengurusan ketiga-tiga gajah itu selepas pemindahan mereka.Menurutnya, Perhilitan mempunyai tanggungjawab dalam pengurusan hidupan liar negara, manakala Zoo Taiping merupakan institusi yang mempunyai pengalaman menjaga DAK sebelum mereka dipindahkan ke Jepun.Beliau mempersoalkan mengapa perbandingan antara kepakaran pasukan tempatan dengan Elephant Business Inc tidak dibentangkan kepada umum sebelum keputusan dibuat."Kami bukan mengatakan pakar luar tidak diperlukan kerana kerjasama antarabangsa boleh membawa manfaat."Namun, apakah asas pemilihan perunding itu dan apakah bukti pendekatan berkenaan lebih sesuai untuk DAK berbanding kaedah alternatif?" katanya dalam satu kenyataan.DAK adalah tiga ekor gajah Asia dari Zoo Taiping & Night Safari yang dipindahkan ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun pada Mac 2026Sharifah berkata, pihak berkuasa dan pengurusan zoo perlu menjelaskan pihak yang bertanggungjawab membuat keputusan, asas saintifik yang digunakan serta mekanisme penilaian kebajikan setiap gajah secara bebas.Beliau berkata demikian bagi pihak aktivis yang bergerak atas nama DaraAmoiKelat 24434 bersama PERKAM, Pertubuhan Ihsan dan SR Raws.Rekod pengendalian gajah perlu dinilaiDalam pada itu, Sharifah turut membangkitkan kontroversi pengendalian seekor gajah Afrika betina bernama Dunda pada 1988 ketika Alan Roocroft bertugas sebagai penyelia gajah di San Diego Wild Animal Park.Menurutnya, rekod sejarah berkenaan wajar diteliti secara menyeluruh, termasuk laporan yang merekodkan dapatan serius Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA).Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa tiada pendakwaan jenayah dibuat dalam kes berkenaan dan rekod itu tidak semestinya membuktikan setiap kaedah pengurusan Roocroft atau Elephant Business Inc pada masa kini tidak sesuai.Sebaliknya, katanya, sejarah tersebut menjadi alasan untuk menilai secara kritis falsafah, protokol dan kaedah pengendalian gajah yang digunakan ketika ini."Pihak yang memilih perunding dengan rekod sejarah sedemikian perlu menjelaskan prinsip pengurusan yang digunakan sekarang, perubahan yang dilakukan sejak dahulu dan bukti keberkesanannya," katanya.Kebajikan DAK perlu diutamakanSharifah berkata, Dara, Amoi dan Kelat bukan gajah liar yang baru ditangkap, sebaliknya mempunyai pengalaman hidup dalam jagaan manusia serta hubungan dengan penjaga mereka di Malaysia.Justeru, katanya, faktor pengalaman hidup, hubungan sosial dan tindak balas setiap gajah perlu diambil kira dalam proses penyesuaian terhadap persekitaran baharu.Menurutnya, pengalaman mengendalikan atau mengawal gajah tidak semestinya membuktikan seseorang itu paling sesuai untuk memenuhi keseluruhan keperluan biologi, sosial dan tingkah laku haiwan berkenaan.Beliau berkata, penilaian kebajikan gajah tidak seharusnya terhad kepada pemberian makanan, rawatan veterinar dan penyediaan kandang yang selamat.Sebaliknya, ia perlu merangkumi peluang untuk bergerak, meneroka, mencari makanan, berinteraksi secara sesuai, berehat dan membuat pilihan tanpa tekanan yang tidak perlu.Antara persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada pendekatan pengurusan DAK mengutamakan latihan berasaskan ganjaran dan kerjasama, bagaimana tekanan mereka dinilai sepanjang proses penyesuaian serta apakah protokol khusus bagi mengurus Kelat ketika melalui fasa musth.Sharifah turut meminta penjelasan sama ada penilaian bebas dilaksanakan bagi mengukur perubahan tingkah laku, tahap tekanan dan kesejahteraan psikologi setiap gajah sebelum serta selepas pemindahan.Kejayaan konservasi bukan sekadar pembiakanDalam perkembangan sama, beliau menegaskan bahawa kejayaan program konservasi tidak sepatutnya diukur berdasarkan kelahiran anak gajah semata-mata.Sebaliknya, program berkenaan perlu menunjukkan bagaimana pendekatan pengurusan yang digunakan dapat menyokong kesihatan, tingkah laku semula jadi dan kesejahteraan setiap haiwan.Beliau berkata, pihak pengurusan juga perlu menjelaskan petunjuk prestasi yang ditetapkan untuk DAK, termasuk sama ada laporan pemantauan kebajikan mereka boleh dinilai pakar bebas."Jika Elephant Business Inc dipilih kerana kepakarannya, buktikan melalui rekod yang boleh dinilai, protokol pengurusan yang telus dan hasil kebajikan yang boleh disahkan secara bebas."Jika Perhilitan dan Zoo Taiping mempunyai pengalaman serta pengetahuan mengenai DAK, jelaskan mengapa kepakaran mereka tidak dijadikan asas yang lebih utama dalam menentukan pengurusan selepas pemindahan," katanya.Menurutnya, pihak pengurusan Zoo Tennoji juga perlu bersedia mempertimbangkan kaedah alternatif sekiranya pendekatan semasa didapati tidak memenuhi keperluan kebajikan ketiga-tiga gajah berkenaan.Sharifah menegaskan bahawa tuntutan itu bukan bertujuan menolak kerjasama antarabangsa, sebaliknya memastikan setiap keputusan berkaitan DAK dibuat berdasarkan bukti, ketelusan dan penilaian kebajikan yang boleh disahkan secara bebas. |
|
ANALISIS Dari Merotai ke dunia, JENDELA buka peluang digital untuk 1,200 penduduk - Harapandaily - 27/10 9:10 pm Menara berkenaan... The post ANALISIS Dari Merotai ke dunia, JENDELA buka peluang digital untuk 1,200 penduduk appeared first on Harapan Daily . |
|
Kematian anggota Maritim: 'Ambil tindakan tegas, jangan biarkan pengorbanan ini sia-sia' Anwar - Sinarharian - 27/10 6:18 pm SHAH ALAM Seluruh pasukan penguatkuasaan negara mesti bertindak tegas tanpa kompromi terhadap sebarang cubaan menceroboh sempadan negara bagi memastikan pengorbanan anggota Unit Perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Allahyarham Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, tidak menjadi sia-sia.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keselamatan anggota penguat kuasa dan kedaulatan negara tidak boleh dipertaruhkan demi memberi ruang kepada kegiatan penyeludupan warga asing serta pencerobohan sempadan.Menurutnya, beliau amat terkesan dengan pemergian Allahyarham yang terkorban ketika menjalankan tugas menghalang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini."Kita tidak boleh membiarkan pengorbanan ini menjadi sia-sia. Seluruh pasukan penguatkuasaan mesti bertindak tegas tanpa kompromi terhadap cubaan menceroboh sempadan negara."Saya dan seluruh pasukan bertekad untuk bertindak tegas terhadap dalang dan sindiket penyeludupan warga asing serta mana-mana pihak yang melindungi atau bersubahat dengan mereka," katanya dalam satu hantaran Facebook pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan Mohd Roshaimi, 41, disahkan meninggal dunia selepas bot yang dinaikinya bersama tiga anggota lain dipercayai melanggar tembok di pesisir pantai kawasan berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah malam.Dalam kejadian itu, tiga lagi anggota dilaporkan cedera selepas bot peronda mereka melanggar tembok ketika mengejar sebuah bot yang dipercayai membawa PATI.Anwar turut menegaskan pihak yang membiarkan atau membantu pencerobohan kedaulatan negara juga perlu diheret ke muka pengadilan."Petualang yang mengizinkan kedaulatan negara kita dicabul juga mesti diheret ke muka pengadilan |
|
Saman fitnah RM150 juta Mahathir, Anwar dimaklumkan pada 4 Disember - Sinarharian - 27/10 5:24 pm SHAH ALAM Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi antara pertimbangan dalam menentukan hala tuju saman fitnah RM150 juta yang difailkannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.Peguam mewakili bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata demikian ketika dihubungi pada Selasa.Beliau berkata, permohonan dibuat kepada mahkamah supaya dapat memberikan masa kepada anak guamnya untuk mempertimbangkan langkah seterusnya berhubung kes berkenaan.Menurutnya, perkembangan terbaharu saman itu akan dimaklumkan kepada mahkamah semasa pengurusan kes 4 Disember depan."Kita semua sedia maklum mengenai keadaan Dr Mahathir, yang mana saya telah memohon kepada mahkamah untuk memberinya masa dan ruang bagi menentukan langkah seterusnya."Kami akan kembali ke mahkamah pada 4 Disember untuk pengurusan kes bagi memaklumkan mahkamah mengenai langkah beliau yang seterusnya," katanya.Pengurusan kes itu akan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Donald Joseph Franklin, yang mengendalikan perbicaraan berkenaan.Muhammad Rafique turut mempertimbangkan permohonan supaya prosiding dijalankan secara dalam talian, dengan skop pemeriksaan balas yang terhad.Perbicaraan saman itu ditangguhkan pada Januari lalu selepas Dr Mahathir terjatuh.Bekas Ahli Parlimen Langkawi berusia 101 tahun itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 6 Januari lalu untuk pemantauan dan rawatan.Sebelum ini, mahkamah menetapkan perbicaraan kes saman RM150 juta berhubung ucapan Perdana Menteri ke-10 itu dalam Kongres Nasional Khas Malaysia Madani: 'Perlaksanaan Sebuah Idealisme', diteruskan pada 13 Januari lalu.Dalam dokumen yang difailkan pada 3 Mei 2023, Dr Mahathir memfailkan saman fitnah terhadap Anwar dengan menuntut ganti rugi RM150 juta berhubung ucapan berkenaan.Dr Mahathir sebagai plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Law Practice of Rafique di Mahkamah Tinggi dengan menamakan Anwar selaku defendan tunggal.Dalam pernyataan tuntutan, Dr Mahathir mendakwa Anwar telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang berbaur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan reputasinya.Menurut beliau, ia termasuk kenyataan kononnya plaintif membolot harta untuk anak-anak dan keluarganya selain memberikan layanan khas atau mengutamakan individu-individu yang berpangkat tinggi.Sedangkan katanya, kenyataan berkenaan tidak benar dan menjatuhkan imejnya sebagai seorang negarawan dan bekas Perdana Menteri.Dalam pada itu, Anwar yang merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam penyataan pembelaan pada 14 Jun tahun sama mendakwa saman Dr Mahathir sebagai melemahkan kredibilitinya selaku Perdana Menteri selain mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.Anwar berkata, berdasarkan Sijil Perakuan Segera yang difailkan plaintif, ia menyatakan tindakan saman mesti dilupuskan dengan segera kerana (ketika itu) enam negeri akan membubarkan sidang DUN bagi memberi laluan kepada PRN.Enam negeri itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.Selain itu, beliau turut membangkitkan isu pemberian kontrak secara langsung kepada Opcom Sdn Bhd yang mana anak ketiga Dr Mahathir iaitu Datuk Seri Mukhriz adalah pengarah syarikat tersebut pada 30 Mac 1994 hingga 14 Oktober 2009. |
|
Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri - Sinarharian - 27/10 5:10 pm SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan tujuh negeri sehingga jam 7 malam pada Selasa.MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 3.45 petang memaklumkan, negeri terlibat ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah.Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kerian, Kampar, Kuala Kangsar dan Hulu Perak, manakala di Kelantan melibatkan seluruh negeri.Bagi Terengganu, amaran dikeluarkan untuk kawasan Marang, Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.Di Pahang pula, kawasan terlibat ialah Rompin, Bera, Bentong, Raub, Temerloh, Maran, Cameron Highlands, Lipis, Kuantan dan Pekan.Sementara itu, di Selangor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk ialah Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang.Amaran sama turut melibatkan Seremban, Port Dickson, Jelebu, Rembau, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan.Di Sabah, kawasan terjejas melibatkan Pantai Barat, Sandakan dan Tawau. |
|
Kerajaan sekat stesen minyak disyaki salah guna subsidi Budi Madani guna MyKad pihak lain - Sinarharian - 27/10 4:54 pm SHAH ALAM - Sebuah stesen minyak di Sungai Buaya, Nibong Tebal, Pulau Pinang dikenakan tindakan sekatan selepas dikesan melakukan transaksi mencurigakan yang disyaki melibatkan penyalahgunaan subsidi petrol di bawah inisiatif Budi Madani.Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan, tindakan itu dibuat susulan beberapa aduan daripada penerima bantuan tersebut yang mendapati maklumat MyKad mereka digunakan tanpa pengetahuan untuk membuat pembelian petrol bersubsidi.Jelas kementerian itu, kesemua pengadu berkenaan telah membuat laporan polis berhubung penggunaan maklumat MyKad masing-masing."Semakan mendapati lebih 1,000 transaksi yang menggunakan kaedah pintasan manual (manual bypass) telah direkodkan."Transaksi ini melibatkan lebih 100,000 liter petrol dengan nilai subsidi kerajaan berjumlah lebih RM270,000," kata kenyataan itu pada Selasa.Susulan penemuan tersebut, MoF mengambil tindakan menyekat stesen minyak berkenaan daripada menjual petrol RON95 dan diesel bersubsidi di bawah Budi Madani.Selain itu, bayaran subsidi kepada stesen minyak tersebut turut ditahan dengan jumlah awal lebih RM270,000, tertakluk kepada penyelarasan lanjut."Sembilan individu, termasuk pemilik stesen minyak dan ahli keluarga mereka juga turut disekat daripada menggunakan kemudahan subsidi Budi Madani, sementara tindakan susulan dilaksanakan," katanya.Dalam pada itu, MoF memaklumkan pihaknya turut mengenal pasti beberapa individu lain yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan dan sedang meneliti rekod transaksi mereka.Menurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap individu terbabit sekiranya mereka didapati terlibat dalam penyalahgunaan subsidi.MoF menegaskan Budi Madani dirangka bagi memastikan subsidi produk petroleum disasarkan khusus kepada rakyat Malaysia mengikut tujuan dan kegunaan yang ditetapkan."Subsidi ini merupakan keistimewaan untuk rakyat dan tidak boleh disalahgunakan untuk mengaut keuntungan peribadi."Sebarang penyelewengan subsidi merupakan pengkhianatan terhadap matlamat penyasaran subsidi, apatah lagi ketika konflik di Asia Barat terus mengganggu bekalan tenaga dunia dan memberi tekanan kepada harga bahan api," katanya. |
|
Lokasi kamera penguatkuasaan?? HALA TUJU TAK TENTU HALA. - OutSyed - 27/10 4:32 pm Bila sudah lepas kamera dia akan laju balik. Kenapa lah dungu sangat? Habis apa guna belanja juta Ringgit duit rakyat untuk pasang kamera penguatkuasaan kalau awak bocor rahsia lokasi semua kamera itu? bukan dibangun untuk jadi seperti W@ze OSTB: kalau bukan bangun maksudnya tidur lagi lah |
|
Suspek tetak peneroka ditahan bersembunyi dalam kebun kelapa sawit - Sinarharian - 27/10 4:30 pm KOTA TINGGI Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang peneroka berusia 68 tahun di Felda Lok Heng Selatan, di sini, pada Isnin.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada jam 10.26 pagi, Selasa.Menurutnya, suspek ditahan di dalam sebuah kebun kelapa sawit di Kota Tinggi."Polis turut merampas sebilah kapak dan sebuah motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu."Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7.56 malam, Isnin, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan seorang lelaki tempatan dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan di Felda Lok Heng Selatan.Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kedua-dua belah lengan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Waha, Kota Tinggi.Ab Rahaman berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pengerang pada Rabu bagi mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan, jika tidak dijatuhi hukuman mati, sebatan tidak kurang daripada 12 kali, jika sabit kesalahan.Beliau berkata, punca sebenar dan motif kejadian masih dalam siasatan.Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi talian Hotline Polis Johor di 019-279 2095 dan Bilik Gerakan Polis Kontinjen Johor di 07-221 2999. |
|
PRU DUN Sarawak: SPR bermesyuarat pada 6 November - Sinarharian - 27/10 4:21 pm PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat minggu depan bagi membincangkan tarikh penting Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Sarawak ke-13.Setiausaha SPR, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, mesyuarat yang akan dipengerusikan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun akan membincangkan tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian, daftar pemilih yang akan digunakan serta persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya berkenaan."Satu sidang media turut akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut selesai," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau menambah, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak, Tan Sr Mohamad Asfia Awang Nasar berhubung pembubaran DUN Sarawak ke-19 yang berkuat kuasa pada 26 Oktober."Berdasarkan Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri Sarawak, pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN," jelas beliau.Jumaat lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan pembubaran DUN berkuatkuasa Isnin setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.Mandat semasa DUN Sarawak yang ketika ini mempunyai 82 kerusi, berakhir pada Februari 2027.Pada PRN ke-12 yang diadakan 18 Disember 2021, GPS mendapat mandat selepas memenangi 76 daripada 82 kerusi dipertandingkan, manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh empat kerusi dan DAP (dua).Bagaimanapun, dinamik politik negeri menyaksikan perubahan selepas PSB dibubarkan pada 2024, yang membawa kepada penyertaan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ke dalam Parti Demokratik Progresif (PDP), iaitu satu daripada komponen GPS.Seorang lagi bekas ADUN PSB, See Chee How yang mewakili Batu Lintang, keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.GPS dianggotai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan PDP. |
|
IKRAM sedia ganding bahu gerakkan #Malaysia100, bina legasi berteraskan perpaduan, integriti - Sinarharian - 27/10 4:13 pm Persoalannya, apakah warisan yang ingin kita tinggalkan untuk negara ini?" katanya kepada Rasuah Busters pada Isnin.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sambutan Hari Kebangsaan bukan sekadar mengenang perjalanan negara sejak merdeka, bahkan menjadi titik mula kepada tempoh 31 tahun menuju Malaysia berusia 100 tahun.Atas semangat itu, Pengerusi Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters) yang juga Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Hussamuddin Yaacub melancarkan gerakan Legasi #Malaysia100 untuk mengajak generasi hari ini yang memegang 'baton' negara menyerahkan 'baton' itu dalam keadaan lebih baik kepada anak cucu kita pada 2057 nanti.Untuk menyahut gagasan #Malaysia100 itu, Hussamuddin mengajak rakyat Malaysia sepanjang setahun sehingga 31 Ogos 2027 bersama-sama berdialog dan mengemukakan idea bagi membentuk Malaysia yang mahu diwariskan pada 2057.Badlishah Sham berkata, IKRAM sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dekat dengan masyarakat akar umbi mahu memainkan peranan dalam menyumbang kepada pembentukan legasi negara yang lebih baik menerusi prinsip Amar Makruf Nahi Mungkar, iaitu menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.Katanya, kerjasama antara pertubuhan masyarakat sivil, media, NGO dan masyarakat secara keseluruhan penting bagi memastikan #Malaysia100 berkembang sebagai gerakan yang digerakkan oleh rakyat bukan sekadar satu gagasan di peringkat organisasi."Rakyatlah yang perlu mendambakan masa depan yang ingin kita lihat untuk Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang."Rakyat juga memainkan peranan dalam mencorakkan kehidupan sosial dan ekonomi serta menentukan arah pembangunan negara," katanya.Badlishah berkata, IKRAM turut bersedia menyumbang melalui pengalaman organisasi itu dalam membina hubungan dan kerjasama antara masyarakat Muslim dan bukan Muslim yang telah diusahakan selama beberapa dekad.Beliau berkata, perpaduan dan kerjasama antara agama merupakan antara agenda penting IKRAM termasuk melalui pelbagai platform dan gabungan masyarakat sivil yang menghimpunkan pertubuhan daripada latar belakang berbeza.Antara usaha yang dilaksanakan termasuk kerjasama dengan pertubuhan bukan Muslim dan penglibatan dalam platform seperti Harmony of Nations dan Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)."Pengalaman itu boleh dimanfaatkan untuk memperluas gagasan #Malaysia100 sekali gus menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan kaum."Untuk membina Malaysia yang bersatu padu pada masa hadapan, semua pihak perlu bekerjasama membentuk masyarakat yang harmoni dan bersama-sama membangunkan negara ke arah yang lebih baik," katanya.Beliau berkata, pendekatan yang mengutamakan persefahaman, kerjasama dan rasa tanggungjawab mampu membantu melahirkan masyarakat yang bukan sahaja hidup dalam kepelbagaian, malah turut berkongsi aspirasi untuk melihat Malaysia terus maju.Selain penglibatan masyarakat sivil, IKRAM turut melihat sektor pendidikan sebagai ruang penting untuk menyemai nilai dan membentuk generasi yang mampu menjadi penggerak perubahan negara."IKRAM bersama Musleh Berhad menguruskan 62 sekolah dengan lebih 20,000 pelajar, selain mempunyai 54 institusi pendidikan lain."Secara keseluruhan, IKRAM mempunyai lebih 100 institusi pendidikan yang merangkumi sekolah rendah dan menengah serta institusi pendidikan lain."Jaringan pendidikan ini merupakan peluang besar untuk menyemai nilai murni, memperkukuh semangat perpaduan dan membentuk pelajar sebagai individu yang mampu menyumbang kepada masyarakat," katanya.Menurut beliau, institusi berkenaan mengguna pakai sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan (KPM) di samping kurikulum Islam yang diluluskan IKRAM, sekali gus menyediakan ruang untuk pembangunan ilmu dan pembentukan nilai secara seimbang."Insya-Allah, kita mampu menjadikan pelajar ini sebagai ejen perubahan untuk masyarakat dan negara, sekali gus membantu membangunkan gagasan #Malaysia100," katanya.Beliau berkata, penglibatan generasi muda penting kerana masa hadapan negara bergantung pada nilai, pemikiran dan tindakan yang dibentuk dalam kalangan mereka hari ini."Kami bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk bekerjasama dalam membangunkan gagasan #Malaysia100. Kami mahu berganding bahu bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai."Kami melihat kempen ini sebagai satu idea yang sangat baik, yang mampu membawa rahmat kepada Malaysia, sebuah negara yang bersatu padu, progresif dan makmur, serta mampu menjadi teladan kepada seluruh dunia," katanya. |
|
Lelaki tetak mati peneroka dengan kapak ada masalah mental – Kakak... - Mygazette - 27/10 4:00 pm As menyifatkan adiknya seorang yang baik dan bekerja melakukan kerja-kerja kampung untuk mencari duit selain tidak pernah mengganggu orang lain. Ceritanya, sejak ibu bapa mereka meninggal dunia, adiknya tinggal seorang diri di rumah orang tuanya itu |
|
JSJ ambil alih siasatan kematian Norizwan JSJ ambil alih siasatan kematian .. - Mygazette - 27/10 4:00 pm Noorizwan ditahan pada 19 September lalu bagi membantu siasatan berhubung kesalahan memiliki dadah, kecurian dan pecah rumah, sebelum ditempatkan di Ibupekabat Polis Daerah (IPD) Cheras. Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada 30 September sebelum disahkan meninggal dunia keesokannya |
|
PKR tetap main peranan semak, imbang walaupun menang satu kerusi DUN - Mygazette - 27/10 4:00 pm # PKR tetap main peranan semak, imbang walaupun menang satu kerusi DUN JOHOR BAHRU - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor menegaskan akan tetap memainkan peranan sebagai semak dan imbang terhadap Kerajaan Negeri Johor walaupun hanya ada satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) |
|
BN selesai isu penolakan calon secara dalaman, tanpa pertukaran ??? Zahid .. - Mygazette - 27/10 4:00 pm # BN selesai isu penolakan calon secara dalaman, tanpa pertukaran Zahid MELAKA Barisan Nasional (BN) akan menyelesaikan secara dalaman isu penolakan calon yang didakwa berlaku di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, namun tidak melihat keperluan untuk menukar calon yang sudah diumumkan Sabtu lalu |
|
MalaysiaGazette anjur program Debat Calon, DUN Duyong pembuka tirai - Mygazette - 27/10 4:00 pm # MalaysiaGazette anjur program Debat Calon, DUN Duyong pembuka tirai KUALA LUMPUR - Sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, MalaysiaGazette akan menganjurkan program Debat Calon bagi 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) |
|
Artikel Pilihan Pengasas Zxmoto Merempit 40.74km Atas Air Read More - Mekanika - 27/10 4:00 pm Zhang Xue yang merupakan pengasas pengeluar motosikal ZXMOTO, mencipta rekod dunia selepas berjaya menunggang sebuah motosikal yang diubahsuai sejauh 40.74 kilometer di atas permukaan air terbuka |
|
Ini Ranking Dunia Terkini Pemain Badminton Malaysia - Hotfm - 27/10 3:41 pm Kejayaan muncul juara Terbuka Perancis 2026 minggu lalu membolehkan gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun naik tiga anak tangga dalam kemas kini terbaharu ranking dunia minggu ke-44 dikeluarkan Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF). |
|
Kes bunuh peneroka Felda: Suspek ada enam rekod jenayah, polis rampas kapak - Sinarharian - 27/10 3:36 pm KOTA TINGGI Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang peneroka berusia 68 tahun di Felda Lok Heng Selatan, di sini, pada Isnin.Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, suspek ditahan sepasukan polis dari Bahagian D9, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada jam 10.26 pagi, Selasa.Menurutnya, suspek ditahan di dalam sebuah kebun kelapa sawit di Kota Tinggi."Polis turut merampas sebilah kapak dan sebuah motosikal yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu."Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod berkaitan kesalahan jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Dalam kejadian kira-kira jam 7.56 malam, Isnin, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan seorang lelaki tempatan dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan di Felda Lok Heng Selatan.Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kedua-dua belah lengan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Bukit Waha, Kota Tinggi.Ab Rahaman berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pengerang pada Rabu bagi mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Beliau berkata, punca sebenar dan motif kejadian masih dalam siasatan.Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan.Sebarang maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada balai polis berhampiran atau menghubungi talian Hotline Polis Johor di 019-279 2095 dan Bilik Gerakan Polis Kontinjen Johor di 07-221 2999. |
|
Penolakan calon: BN selesai secara dalaman, tiada pertukaran calon - Sinarharian - 27/10 3:22 pm MELAKA - Isu penolakan calon di beberapa DUN termasuk Durian Tunggal dan Pantai Kundor akan diselesaikan secara dalaman dan tidak ke arah pertukaran calon.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, isu berkenaan merupakan perkara biasa yang turut berlaku kepada parti lain setiap kali pilihan raya diadakan.Menurutnya, BN akan mengambil langkah sewajarnya bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap permasalahan yang timbul."Kita akan lakukan langkah-langkah penyelesaian secara dalaman."Dalam mana-mana Pilihan Raya Kecil, Pilihan Raya Negeri, apatah lagi Pilihan Raya Umum, memang ada permasalahan seperti ini |
|
Perginya sebutir permata dunia dakwah Mandarin - Harakahdaily - 27/10 2:45 pm KUALA LUMPUR: Dunia dakwah kehilangan sebutir permata yang banyak menyumbang kepada penyebaran Islam dalam bahasa Mandarin apabila Mohammad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad China meninggal dunia di Hospital Selayang, awal pagi tadi |
|
Pemergian anggota Maritim kehilangan besar buat negara - Saifuddin - Sinarharian - 27/10 2:25 pm SHAH ALAM Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menzahirkan ucapan takziah atas pemergian anggota Unit Perisikan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, yang maut ketika menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Sungai Padang, Perlis, awal pagi Selasa.Saifuddin berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli keluarga dan insan tersayang, malah kepada seluruh warga Maritim Malaysia, khususnya rakan seperjuangan yang pernah berkhidmat bersamanya.Menurut beliau, Allahyarham telah mencurahkan tenaga, kepakaran dan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan serta kedaulatan perairan negara sepanjang berkhidmat sebagai anggota Maritim Malaysia."Sesungguhnya, setiap jasa dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Allahyarham amat kita hargai dan akan terus dikenang."Buat seluruh ahli keluarga Allahyarham, saya dan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) merakamkan ucapan salam takziah," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan Mohd Roshaimi, 41, disahkan meninggal dunia selepas bot yang dinaikinya bersama tiga anggota lain dipercayai melanggar tembok di pesisir pantai kawasan berkenaan kira-kira jam 12.30 tengah malam.Dalam kejadian itu, tiga lagi anggota dilaporkan cedera selepas bot peronda mereka terlanggar tembok ketika mengejar sebuah bot yang dipercayai membawa pendatang asing tanpa izin (PATI).Saifuddin berharap keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan tersebut.Beliau turut mendoakan agar ALLAH SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal ibadah dan jasa baktinya serta menempatkan rohnya dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh. |
|
Pas Enggan Lepas Kerusi Parlimen Jasin, Hasrat Akmal Saleh ke Parlimen .. - Denyutreformasi - 27/10 2:21 pm Hasrat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk beralih ke kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dikatakan berdepan jalan buntu selepas Pas didakwa enggan melepaskan kerusi berkenaan kepada Umno. Sumber dalaman yang mengetahui perkembangan rundingan kerusi itu berkata, pendirian Pas mempertahankan Parlimen Jasin menyebabkan Akmal kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kali ini |
|
Semangat Dr Siti Hawa inspirasi golongan inklusif UMPSA - Sinarharian - 27/10 1:51 pm KUANTAN Kejayaan Allahyarhamah Dr Siti Hawa Apandi menamatkan pengajian hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD) meskipun menghidap spinal muscular atrophy (SMA) menjadi inspirasi kepada golongan inklusif.Allahyarhamah yang meninggal dunia pada usia 37 tahun itu berjaya menamatkan pengajian dari peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan sarjana sebelum memperoleh PhD dalam bidang Kejuruteraan Sains Komputer di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).Anak ketiga daripada lima beradik itu juga merupakan penerima Malaysia Book of Records (MBR) yang diiktiraf sebagai 'First SMA Patient to Complete Continuous Higher Education Studies From Single University'.Naib Canselor UMPSA, Prof Ts Dr Yatimah Alias berkata, pemergian Allahyarhamah merupakan kehilangan besar kepada universiti itu, namun pencapaian akademik dan semangatnya akan terus menjadi inspirasi kepada warga kampus."Semangat Allahyarhamah sebagai seorang daripada golongan inklusif menjadi ikon kepada UMPSA kerana beliau bersama kami sejak peringkat diploma, sarjana muda dan sarjana sehingga berjaya memperoleh ijazah kedoktoran."Kami sentiasa mengikuti perkembangannya dengan sokongan penyelia dan Pengarah Pusat Perkhidmatan Inklusif (PPi)/Pusat Teknologi dan Ekosistem Inklusif (iNKLUSIF) UMPSA, Dr Munirah Abdul Razak," katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Seri Mahkota Aman di sini pada Selasa.Menurut Yatimah, sokongan dan pengorbanan ibu bapa Allahyarhamah yang sentiasa berada di sisinya sepanjang pengajian di UMPSA turut menjadi antara pendorong kejayaan tersebut."Kami merasakan ini satu kehilangan yang sangat besar |
|
Siti Hawa mengadu letih sebelum meninggal dunia - Ibu - Astroawani - 27/10 1:40 pm Anak ketiga daripada lima beradik itu sebelum ini mampu duduk lama sambil menggunakan komputer riba, namun keadaan berbeza apabila dia lebih banyak mahu berbaring. |
|
Nelayan temui mayat pekerja kapal yang hilang sejak Isnin - Sinarharian - 27/10 12:37 am KUDAT Seorang pekerja kapal ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kapal yang berlabuh di Jeti Ko-Nelayan di sini.Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, mangsa lelaki warga Filipina berusia lingkungan 20-an dilaporkan terjatuh ke laut pada Isnin.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Darikson Galanang, berkata pihaknya menerima panggilan daripada Balai Polis Kudat berhubung kejadian itu pada jam 10.37 malam.Menurutnya, sepasukan anggota segera dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira satu kilometer dari BBP Kudat."Menurut laporan, seorang pekerja kapal telah terjatuh ke dalam laut dari sebuah kapal yang berlabuh di Jeti Ko-Nelayan."Rakan mangsa yang menyaksikan kejadian telah menjalankan usaha pencarian dengan menyelam di sekitar jeti dan lokasi mangsa dipercayai terjatuh, namun gagal menemukannya," katanya ketika dihubungi pada Selasa.Beliau berkata, pasukan bomba bersama polis kemudian menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar lokasi kejadian."Hasil perbincangan bersama pihak polis, operasi SAR ditangguhkan berikutan keadaan persekitaran yang gelap dan disambung semula pada keesokan pagi."Operasi disambung pada jam 9.20 pagi menggunakan bot penyelamat bomba di sekitar kawasan jeti."Pada jam 10.20 pagi, mangsa berjaya ditemui oleh seorang nelayan yang melakukan selaman di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh," katanya.Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir ke lokasi.Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Operasi ditamatkan pada jam 11 pagi selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian," katanya. |
|
Pesakit SMA pertama tamat pengajian tinggi di UMPSA meninggal dunia - Astroawani - 27/10 11:50 am Dr Siti Hawa Apandi, pesakit SMA pertama negara menamatkan semua pengajian tinggi di universiti sama dan penerima rekod MBR, meninggal dunia pada usia 37 tahun. |
|
Pas enggan lepas Parlimen Jasin, Akmal terpaksa kekal di Merlimau? - Wrlr - 27/10 11:33 am Harapandaily October 27, 2026 Hasrat Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh untuk beralih ke kerusi Parlimen Jasin pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dikatakan berdepan jalan buntu selepas Pas didakwa enggan melepaskan kerusi berkenaan kepada Umno. Sumber dalaman yang mengetahui perkembangan rundingan kerusi itu berkata, pendirian Pas mempertahankan Parlimen Jasin menyebabkan Akmal kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau kali ini |
|
Pesakit SMA pertama Malaysia tamat PhD di universiti, Dr Siti Hawa meninggal dunia - Sinarharian - 27/10 11:31 am KUANTAN - Pesakit pertama Spinal Muscular Atrophy (SMA) di negara ini yang berjaya menamatkan semua peringkat pengajian tinggi di universiti yang sama, Dr Siti Hawa Apandi meninggal dunia hari ini.Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam hantaran di Facebook menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Siti Hawa, 37, yang merupakan alumni universiti itu daripada Fakulti Komputeran.Allahyarham juga merupakan penerima Malaysia Book of Records (MBR) yang diiktiraf sebagai "First Spinal Muscular Atrophy (SMA) Patient to Complete Continuous Higher Education Studies From Single University"."Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman," menurut hantaran itu.Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham disahkan menghidap penyakit genetik jarang jumpa SMA sejak zaman kanak-kanak yang menyebabkan fungsi ototnya merosot secara progresif sehingga terpaksa bergantung sepenuhnya pada kerusi roda.Bagaimanapun, keterbatasan fizikal itu langsung tidak mematahkan semangatnya apabila Siti Hawa mula mendaftar di UMPSA pada 2007 untuk pengajian peringkat diploma dan meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Perisian, diikuti Ijazah Sarjana Sains Komputer, sebelum berjaya menggenggam Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Kepintaran Buatan (AI).Sepanjang hayatnya, kecemerlangan akademik Siti Hawa turut diiktiraf menerusi beberapa anugerah berprestij termasuk Heitech Industry Excellence Award 2013 dan Anugerah Kecemerlangan Inklusif Abdullah Bin Ummi Maktum ketika pengajian PhD.Siti Hawa dimasukkan ke hospital pada tahun lepas akibat jangkitan bakteria dan menghabiskan kira-kira 50 hari di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan, di sini.Allahyarham meninggal dunia di kediamannya, di sini hari ini |
|
PRN Melaka: Kempen PH Fokus Inisiatif Kerajaan MADANI, Elak Serang Lawan .. - Wrlr - 27/10 11:14 am Saifuddin Nasution merasmikan Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput bagi PRN Melaka di Krubong pada 26 Oktober 2026 |
|
Kepulangan Lufthansa Ke KLIA Perluas Akses Malaysia Ke Hab Eropah - Wrlr - 27/10 11:07 am KUALA LUMPUR, 26 Okt Kepulangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa berpangkalan di Frankfurt ke Kuala Lumpur selepas terputus hampir sedekad, sekali gus membuka semula laluan udara secara terus antara Malaysia dengan hab penerbangan utama Eropah itu. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kepulangan Lufthansa itu juga bertepatan dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 20262027 yang menyasarkan peningkatan ketibaan pelawat antarabangsa menerusi pengukuhan hubungan udara dan akses ke pasaran pelancongan utama dunia |
|
Keuzuran halang Razali Buyong terus aktif berlakon - Sinarharian - 27/10 9:52 am Mungkin faktor usia menjadikan ia begitu."Memang ada kawan-kawan yang sanggup memberi peranan yang sesuai dengan kesihatan saya. Saya rasa tidak mengapalah dalam keadaan saya begini," ujarnya.Mengimbas permulaan dirinya terjebak dalam dunia lakonan beliau berkata, semuanya bermula di pentas teater pada tahun 1970 yang mana beliau merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Sayembara Majlis Drama Malaysia menerusi drama pentas bertajuk Cengkaman Takdir.Katanya yang memiliki enam cahaya mata, selain berlakon drama Opah selama 15 tahun sejak 1982 beliau tetap bertugas sebagai Atendan Hospital Kuala Lumpur sebelum bersara awal usia 50an untuk meneruskan perjuangan dalam dunia lakonan. |
|
IPCC mulakan siasatan kematian Noorizwan ketika dalam tahanan polis - Sinarharian - 27/10 9:03 am PUTRAJAYA Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan salah laku berkaitan kematian Noorizwan Zulkefly ketika berada dalam tahanan atau jagaan polis.IPCC dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan tindakan itu dilaksanakan selaras dengan mandat dan tatacara yang diperuntukkan di bawah Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 (Akta 839) bagi meneliti fakta, dokumen, keterangan serta keadaan yang berkaitan dengan kejadian tersebut.Menurut suruhanjaya itu, siasatan dijalankan secara bebas, saksama dan berasaskan keterangan yang diperoleh serta disahkan melalui proses yang sewajarnya."Dapatan siasatan akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pasukan Polis mengikut peruntukan undang-undang yang terpakai," menurut kenyataan itu.IPCC berkata, pelaksanaan siasatan tersebut tidak boleh ditafsirkan sebagai satu kesimpulan awal bahawa wujud salah laku oleh mana-mana pihak."Sebarang penilaian, dapatan atau syor hanya akan dibuat berdasarkan hasil siasatan serta peruntukan undang-undang yang berkaitan."IPCC komited melaksanakan tanggungjawab pemantauan bebas secara telus, berintegriti dan profesional, dengan memastikan setiap perkara yang dirujuk diteliti sewajarnya di samping menghormati hak serta kepentingan semua pihak yang terlibat," katanya.Terdahulu, Noorizwan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berkaitan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Pada 30 September lalu, beliau dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 1.52 pagi, 1 Oktober. |
|
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan 3 kenderaan - Mygazette - 27/10 8:06 am Beliau berkata kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dalam keadaan jalan basah dan licin, sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan dua motosikal dari arah Gelang Patah. Akibat pertembungan itu, kedua-dua penunggang motosikal yang juga lelaki tempatan berusia 34 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta kaki kanan |
|
Zek Awani Pahang meninggal dunia, ceria pada Malam Media Darul Makmur... - Mygazette - 27/10 8:06 am # Zek Awani Pahang meninggal dunia, ceria pada Malam Media Darul Makmur lalu KUANTAN Wartawan senior Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, atau lebih mesra dikenali sebagai Zek, meninggal dunia selepas mengadu sakit kepala sebelum rebah di kediamannya di Kuantan, petang tadi |
|
Polis tahan 3 lelaki bantu siasatan kes anggota bomba maut kemalangan .. - Mygazette - 27/10 8:06 am Setibanya di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai membuat pusingan U menyebabkan penunggang motosikal yang berada di belakang cuba mengelak sebelum melanggar bahagian sisi kanan kereta berkenaan dan terjatuh di lorong bertentangan. Mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Port Dickson manakala pemandu kereta melarikan diri selepas kejadian, katanya dalam kenyataan di sini malam ini |
|
Azmin, mana hasil kerja sebagai Ketua Pembangkang Selangor? – Wawasan - Mygazette - 27/10 8:06 am # Azmin, mana hasil kerja sebagai Ketua Pembangkang Selangor? - Wawasan KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menjelaskan pencapaiannya sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ketika rakyat masih berdepan masalah banjir, sampah dan jalan berlubang bukan membiarkan persoalan mengenai kemungkinan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan (PH) Selangor terus berlegar |
|
IPCC siasat kematian Noorizwan dalam tahanan polis - Mygazette - 27/10 8:06 am Noorizwan ditahan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 457 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Beliau kemudian dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz pada 30 Sept untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.52 pagi keesokan harinya |
|
PRN Melaka: Isu khalwat Nik Nazmi boleh jadi beban kempen Bersama - Mygazette - 27/10 8:06 am Adalah lebih baik Bersama untuk menjalani tempoh bertenang dan cuba bermuhasabah diri mengenai apa yang diperjuangkan parti itu kerana imej pimpinan parti telah tercemar dengan teruk sehingga meningkatkan potensi calon, katanya hari ini. Terdahulu, Naib Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Shahrizan Ramli menegaskan, Nik Nazmi seharusnya berundur sepenuhnya daripada dunia politik susulan isu tangkapan khalwat yang dikaitkan dengannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) |
|
Buletin Moto Guzzi 105th Anniversary Edition, Edisi Khas Sambut Ulang .. - Mekanika - 27/10 8:06 am Warna kelabu itu menampilkan estetika perindustrian, metalik dan autentik, selaras dengan reka bentuk seni bina kompleks baharu berkenaan. Kompleks baharu Moto Guzzi merangkumi kilang baharu, Muzium Moto Guzzi serta ruang luas untuk penganjuran acara dan kunjungan orang ramai dari seluruh dunia |
|
Harry Kane dinobat pemain terbaik Ballon dOr 2026 - Sinarharian - 27/10 7:34 am PENYERANG Bayern Munich dan kapten skuad England, Harry Kane, mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemenang Ballon dOr lelaki 2026 selepas mengharungi musim cemerlang bersama kelab dan pasukan kebangsaan England.Pemain berusia 33 tahun itu mengetepikan saingan hebat daripada kapten Perancis, Kylian Mbapp, serta sensasi muda Sepanyol, Lamine Yamal, untuk merangkul anugerah paling berprestij dalam dunia bola sepak itu pada majlis yang berlangsung di London, Isnin malam.Kejayaan tersebut hadir selepas Kane mempamerkan ketajaman luar biasa sepanjang musim 2025/26 apabila meledak keseluruhan 73 gol dalam semua pertandingan bersama Bayern Munich dan England.Daripada jumlah itu, 61 gol dijaringkan bersama Bayern dalam semua kejohanan, termasuk 36 gol dalam 31 penampilan Bundesliga, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara penyerang paling berbahaya di Eropah.Kane turut menerima anugerah Penyerang Terbaik Tahun Ini selepas muncul penjaring terbanyak dalam kalangan pemain lelaki sepanjang kempen berkenaan.Dalam perkembangan sama, Yamal sekali lagi terlepas anugerah utama selepas menduduki tempat kedua pada edisi terdahulu |
|
Skuad B-15 negara teruskan aksi di Tier B Pusingan 32 - Hotfm - 27/10 12:05 am Kuala Lumpur: Skuad Bawah 15 tahun negara (B-15) terpaksa akur apabila tewas tipis 0-1 di tangan Mexico pada aksi terakhir Kumpulan H Festival dan Piala Dunia B-15 2026, sebentar tadi. |
|
Anggota bomba maut nahas, pemandu kereta ditahan selepas larikan diri - Sinarharian - 26/10 11:24 pm SEREMBAN - Polis menahan tiga lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kemalangan maut membabitkan seorang anggota bomba di Kilometer 2.6, Jalan Pantai, Port Dickson pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Ahmad Afiq Mohd Adnan berkata, tiga lelaki berkenaan terdiri daripada pemandu Toyota Vios yang berusia 32 tahun dan dua rakannya masing-masing berusia 31 dan 32 tahun, dipercayai bersubahat menyembunyikan serta menanggalkan nombor pendaftaran kereta itu di Puchong, Selangor.Beliau berkata, dalam kejadian pada jam 8.05 pagi itu, motosikal Honda ADV160 yang ditunggang mangsa berusia 46 tahun dan kereta berkenaan dipercayai bergerak dari arah Telok Kemang menghala ke Port Dickson."Setibanya di lokasi kejadian, kereta itu dipercayai membuat pusingan U menyebabkan penunggang motosikal yang berada di belakang cuba mengelak sebelum melanggar bahagian sisi kanan kereta berkenaan dan terjatuh di lorong bertentangan."Mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Wad Kecemasan Hospital Port Dickson, manakala pemandu kereta melarikan diri selepas kejadian," katanya dalam kenyataan di sini malam Isnin.Ahmad Afiq berkata, pemandu kereta itu kemudian ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang kira-kira jam 6.30 petang tadi manakala dua rakannya ditahan di Puchong.Beliau berkata, semakan mendapati pemandu kereta itu tidak mempunyai lesen memandu yang sah manakala cukai jalan dan insurans kenderaan berkenaan telah tamat tempoh.Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan permohonan reman terhadap ketiga-tiga lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Port Dickson esok |
|
Mbappe bakal menang Ballon d’Or? - Hotfm - 26/10 11:14 pm London: Real Madrid dilaporkan sudah menamatkan tindakan boikot ke atas majlis anugerah Ballon dOr sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa bintang mereka, Kylian Mbappe bakal merangkul anugerah individu paling berprestij dalam arena bola sepak dunia itu. |
|
Dua maut kemalangan tiga kenderaan - Kosmo - 26/10 10:16 pm ISKANDAR PUTERI Dua penunggang motosikal maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta yang hilang kawalan di Kilometer 24.9, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 7.20 pagi itu, kedua-dua mangsa lelaki warga Malaysia berusia 34 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah |
|
Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia - Mypress - 26/10 10:08 pm KUANTAN – Wartawan Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya di sini pada petang tadi, selepas dilaporkan demam dan mengalami kesukaran berjalan sejak beberapa… |
|
Wartawan Astro Awani Pahang meninggal dunia - Sinarharian - 26/10 9:50 pm KUANTAN - Wartawan senior Astro Awani, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia ketika sedang tidur di rumah di sini pada Petang Isnin.Perkara itu dimaklumkan isterinya, Suaibatul Aslmiah Abu Bakar, 52, ketika ditemui di Masjid Saidina Ali Bin Abi Talib di sini.Menurutnya, sebelum itu arwah dikatakan demam dan mengalami kesukaran untuk berjalan beberapa hari sebelum dijemput Ilahi."Pagi tadi, keadaan arwah agak lemah, tetapi masih boleh bersembang dengan saya dan ada selera makan."Tapi dalam dua tiga hari ini, arwah nampak biasa sahaja, tiada pesanan atau nasihat yang ditinggalkan kepada saya dan anak-anak," katanya.Suaibatul Aslmiah memberitahu, awah ada darah tinggi dan kencing manis.Arwah meninggalkan empat orang cahaya mata, tiga hasil rumah tangga bersama Suaibatul dan seorang dari perkahwinan sebelumnya."Dua anak kami sudah bekerja, masing-masing 26 dan 28 tahun."Seorang lagi masih bersekolah Tingkatan Tiga, anak perempuan bongsu," jelasnya.Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali selepas Isyak. |
|
Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan - Mypress - 26/10 9:47 pm TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya… |
|
Dua penunggang motosikal maut dirempuh kereta hilang kawalan - Sinarharian - 26/10 9:19 pm JOHOR BAHRU - Dua penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 24.9, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas di sini pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri,Asisten KomisionerRadin Ramlan Radin Taha berkata, dalam kejadian pada jam 7.20 pagi itu, sebuah kereta yang dinaiki seorang pemandu dan dua penumpang sedang dalam perjalanan menuju ke Lima Kedai.Beliau berkata, kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh dalam keadaan jalan basah dan licin, sebelum memasuki lorong bertentangan dan bertembung dengan dua motosikal dari arah Gelang Patah."Akibat pertembungan itu, kedua-dua penunggang motosikal yang juga lelaki tempatan berusia 34 dan 50 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta kaki kanan."Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk proses bedah siasat manakala pemandu serta dua penumpang kereta mengalami cedera ringan pada bahagian kepala, muka dan kaki kanan," katanya dalam kenyataan malam Isnin.Radin Ramlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan |
|
Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia - Astroawani - 26/10 8:30 pm Wartawan senior Astro AWANI, Mohd Zalani Md Atan, 66, meninggal dunia selepas mengadu sakit kepala dan kemudian rebah di kediamannya, di Kuantan, pada petang Isnin. |
|
Warga emas hilang ditemukan meninggal dunia di kebun sawit - Astroawani - 26/10 8:15 pm Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang sejak 4 Oktlepas,ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Air Puteh, Serdang, semalam. |
|
Sidang cilik Selangor cipta sejarah, gilap bakat pemimpin seawal usia enam tahun - Harapandaily - 26/10 7:43 pm FOTO BERITA: Seawal usia enam tahun, kanak-kanak di Selangor sudah diberi peluang merasai pengalaman sebagai wakil rakyat apabila tampil berbahas, membentangkan usul dan menyuarakan pandangan menerusi Sidang Cilik Selangor 2026. (Gambar: Pusat Khidmat DUN Batu Tiga) Program yang julung kali dianjurkan itu mencatat sejarah sebagai persidangan cilik pertama seumpamanya di Selangor dan Malaysia, menurut penganjur,.. |
|
Dr Kervis Soo: Membawa Filem Pulang Ke Kluang, Memperkenal Kampung Halamannya Kepada Dunia - Siakapkeli - 26/10 7:00 pm Dr Kervis Soo: Membawa Filem Pulang Ke Kluang, Memperkenal Kampung Halamannya Kepada Dunia |
|
“Sayang Aji Dunia Akhirat” – Shuib Sepahtu Hargai Nabil Ahmad, Sentiasa Ada Saat Susah Senang - Beautifulnara - 26/10 6:19 pm Menerusi perkongsian di Threads, Shuib memuat naik tangkap layar panggilan video bersama Nabil dan isterinya yang kini berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah. Advertisement View this post on Instagram Dalam perkongsian […] The post Sayang Aji Dunia Akhirat Shuib Sepahtu Hargai Nabil Ahmad, Sentiasa Ada Saat Susah Senang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi . |
|
PRN Melaka: Empat calon muda, tiga calon wanita bakal pelapis PKR - Sinarharian - 26/10 6:01 pm MELAKA Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengetengahkan empat calon muda dan tiga calon wanita dalam usaha membentuk barisan kepimpinan pelapis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 14 November ini.Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, daripada sembilan calon yang diketengahkan parti itu, tujuh orang atau 77.8 peratus merupakan muka baharu, manakala empat orang atau 44.4 peratus terdiri daripada golongan anak muda.Katanya, tiga calon wanita turut diberi kepercayaan untuk bertanding, mewakili 33.3 peratus daripada keseluruhan calon PKR pada PRN kali ini."Barisan calon berkenaan mencerminkan usaha parti melakukan pembaharuan kepimpinan dengan memberi ruang kepada generasi pelapis dan wanita untuk memainkan peranan lebih besar dalam politik."Bagi saya, pembaharuan politik bukan sekadar mengetengahkan wajah baharu, tetapi membuka ruang kepada generasi pelapis dan wanita untuk memainkan peranan lebih besar dalam kepimpinan serta membawa aspirasi rakyat," katanya dalam kenyataan.Fuziah berkata, beliau telah turun padang melawat lapan Bilik Gerakan Utama (BGU) DUN bagi meninjau persiapan, bertemu petugas dan membantu menyelaraskan gerak kerja jentera parti.Katanya, siri lawatan itu akan diteruskan sehingga esok bagi memastikan persiapan di peringkat kawasan berjalan lancar.Untuk rekod, PKR akan bertanding di sembilan kerusi DUN pada PRN Melaka kali ini sementara DAP dengan tujuh kerusi sementara Parti Amanah dengan lima kerusi. |
|
Pahang mahu perluas perkhidmatan kapal RoRo selain hantar kenderaan ke .. - Mygazette - 26/10 5:41 pm Perniagaan sepatutnya memanfaatkan Pelabuhan Kuantan untuk menghantar barangan ke Sabah dan Sarawak kerana ia berpotensi mengurangkan kos logistik serta tempoh penghantaran melalui penggunaan kemudahan yang tersedia di Pahang, katanya. Beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan pembangunan Pelabuhan Kuantan sebagai kemudahan bertaraf dunia dengan cita-cita jangka panjang untuk meletakkannya dalam kelompok 10 pelabuhan terbaik dunia |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |