| /// |
|
| Search : Biru News | Page 1 |
|
???Malaysia Biru??? akan diterjemah dalam manifesto BN – Zambry - Mygazette - 13/09 7:02 am # Malaysia Biru akan diterjemah dalam manifesto BN - Zambry KUALA LUMPUR Gagasan Malaysia Biru yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan diterjemahkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi pilihan raya akan datang |
|
Anak murid pandai tak perlu guru ??? Zahid - Mygazette - 13/09 7:02 am Sebelum ini pada Ucapan Dasar Presiden pada PAU 2026 semalam, Zahid menyindir seorang individu yang didakwanya enggan mendengar keluhan dan kebimbangan rakyat. Merujuk individu yang tidak dinamakan itu sebagai "guru", Zahid ketika menggariskan Agenda Malaysia Biru, menyorot impak dasar-dasar ekonomi terhadap rakyat marhaen |
|
UMNO perlu bersedia hadapi PRU bila-bila masa – Azman Azeez UMNO .. - Mygazette - 13/09 7:02 am Dalam ucapan penangguhan itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menggesa supaya PRU-16 disegerakan. Azman berkata, Agenda Malaysia Biru dan lapan ikhtiar yang dibawa Presiden perlu diterjemahkan kepada dasar serta penyelesaian sebenar kepada rakyat, sambil menegaskan UMNO tidak boleh menunggu pilihan raya diumumkan untuk mula bekerja |
|
Gelombang Biru UMNO-Pas kini lebih jelas, Melaka jadi medan seterusnya .. - Mygazette - 13/09 7:02 am # Gelombang Biru UMNO-Pas kini lebih jelas, Melaka jadi medan seterusnya Fariz KUALA LUMPUR Penyatuan Melayu-Islam antara UMNO dan Pas kini bukan lagi sekadar slogan politik apabila kedua-dua parti dilihat semakin terbuka untuk meneroka bentuk kerjasama baharu, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail |
|
Agenda Malaysia Biru jadi elemen utama manifesto BN - Ahmad Zahid - Sinarharian - 12/09 8:20 pm KUALA LUMPUR Agenda Malaysia Biru akan dijadikan landasan utama untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia, selain menjadi elemen utama dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda berkenaan yang dibentangkan ketika ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 akan menjadi sandaran pelaksanaan parti."Saya ingin mengabsahkan bahawa Agenda Malaysia Biru yang telah saya bentangkan ketika ucapan dasar itu, kita jadikan ini sebagai landasan utama untuk kita tawarkan kepada bukan hanya ahli-ahli tetapi kepada rakyat Malaysia keseluruhannya untuk kami berazam bagi jadikan sandaran pelaksanaannya."Untuk manifesto BN, kita akan masukkan ini sebagai elemen utama dan ia akan menjadi manifesto rasmi setelah kita berbincang dengan kepimpinan rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas ucapan penggulungan PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.Pada Jumaat, UMNO menggariskan lapan ikhtiar utama menerusi Agenda Malaysia Biru sebagai tawaran baharu sekiranya parti itu bersama Barisan Nasional (BN) kembali menerajui Putrajaya.Lapan ikhtiar itu merangkumi Malaysia sebagai Negara Pencipta, Negara Berkemahiran, Negara Pemilik, Negara Sejahtera, Negara Berdaya Tahan, Negara Peduli, Negara Beramanah dan Negara Berdaulat.Menurut Ahmad Zahid, perkara berkenaan akan disahkan selepas proses penyediaan manifesto terbabit dilakukan sepenuhnya.Justeru, beliau menegaskan, pendirian UMNO terhadap Agenda Malaysia Biru itu jelas dan tidak seharusnya menjadi bahan polemik di luar parti."Saya fikir ia tidak harus dijadikan sebagai satu polemik di luar oleh mana-mana para penganalisis sebab itu adalah dasar kami dan tawaran kami yang kami garis melalui lapan agenda besar di dalam Agenda Malaysia Biru yang telah saya sebutkan itu," katanya.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO boleh menghormati perbezaan pandangan yang dikemukakan ketika kongres atau konvensyen parti lain, justeru perkara sama perlu diberikan terhadap pandangan yang disuarakan dalam perbahasan UMNO."Bagi kita pendiriannya ialah, jika kita boleh menghormati perbezaan pandangan ketika kongres dan konvensyen itu diadakan, maka mereka juga pasti boleh menghormati perbezaan pandangan," ujarnya. |
|
Umno makes fresh push for Najibs full pardon - Sinardaily - 12/09 7:10 pm But Umno continues to hold hope that Najib's pardon can be given the best possible consideration."With humility, we of the Umno General Assembly seek His Majesty's grace that a full pardon be granted to Najib. Umno leaves this entirely to the wisdom of the Agong and the sanctity of the Constitution," he said.During the speech, Zahid also instructed his security personnel not to stop a supporter from coming up onto the stage, before asking him to stand in the middle holding a placard that read "Solidarity for Najib Razak".The Pardons Board's 63rd meeting, chaired by Sultan Ibrahim, was held on Friday.The Prime Minister's Department confirmed afterwards that Najib's application had been deferred to a later sitting, while His Majesty separately consented to the release of 65 prisoners, with non-citizens among them required to leave the country within six months of release.Najib, 73, is currently serving a 12-year sentence over the misappropriation of RM42 million in SRC International funds, a term the Pardons Board halved to six years in 2024 alongside a reduced RM50 million fine.He is separately appealing a 15-year sentence and RM11.38 billion fine handed down in December 2025 over abuse of power and money laundering linked to 1 Malaysia Development Bhd (1MDB).An earlier bid to serve the remainder of his reduced sentence under house arrest was dismissed by the High Court last December, an appeal he later withdrew.Zahid also used his speech to declare that the party's Malaysia Biru agenda must be "grounded" and adopted as Barisan Nasional's official manifesto for GE16.Noting that the workshop was being held in Melaka, he said Umno did not want to disappoint the people of the state and had agreed to fully finance Melaka."Rauf, let me know the moment Melaka is dissolved |
|
PAU 2026: Gerakkan Agenda Malaysia Biru jadi tsunami biru seluruh negara Wan Rosdy - Sinarharian - 12/09 6:39 pm KUALA LUMPUR - UMNO perlu menggerakkan Agenda Malaysia Biru yang dibawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sehingga menjadi tsunami biru di seluruh negara bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau menyokong kuat Agenda Malaysia Biru yang dibawa oleh Ahmad Zahid.Bagaimanapun, beliau menegaskan, agenda berkenaan perlu diterjemahkan kepada tindakan dan dibawa turun ke akar umbi, selain digerakkan secara bersama oleh seluruh kekuatan parti."Agenda sebesar ini tidak akan bergerak dengan sendirinya |
|
PAU 2026: Agenda Malaysia Biru akan diterjemah dalam manifesto BN - Sinarharian - 12/09 5:11 pm KUALA LUMPUR - Agenda Malaysia Biru UMNO diketengahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan diterjemahkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, antara perkara penting digariskan menerusi ucapan Presiden adalah lapan usaha bagi mewujudkan satu kerangka baharu pembangunan negara.Menurutnya, agenda berkenaan penting bagi memastikan Malaysia terus berada dalam keadaan aman dan stabil, selain mampu menghadapi cabaran semasa yang semakin kompleks."Ya, sudah pasti |
|
PRU16 lebih awal: September 2026 jadi persimpangan strategi PMX, UMNO - Sinarharian - 12/09 4:29 pm KUALA TERENGGANU Isyarat desakan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal yang timbul selepas Perhimpunan Agung UMNO 2026 (PAU 2026) dilihat menjadikan September 2026 sebagai persimpangan strategi politik, bukannya petunjuk bahawa Parlimen akan dibubarkan secara automatik dalam masa terdekat.Penganalisis politik, Dr Azrie Azeh berkata, penentuan tarikh PRU16 tidak hanya bergantung kepada tekanan politik, sebaliknya berkait rapat dengan pertimbangan pengurusan risiko dan keupayaan pentadbiran kerajaan semasa."PRU16 bukan sekadar persoalan kalendar, sebaliknya merupakan persoalan pengurusan risiko politik antara keupayaan kerajaan membuktikan prestasi dan kesiapsiagaan parti-parti politik untuk menuntut semula mandat rakyat," katanya.Menurut beliau, persoalan itu menjadi semakin relevan selepas PAU 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 9 hingga 12 September lalu, yang menyaksikan pelbagai perbahasan berkaitan hala tuju politik negara.Dr Azrie berkata, Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, secara terbuka menyuarakan pandangan bahawa PRU16 perlu disegerakan bagi mengembalikan mandat kepimpinan negara kepada rakyat.Bagaimanapun, beliau menjelaskan bahawa seruan politik tersebut perlu dibezakan daripada kedudukan sebenar dari sudut perlembagaan."Parlimen Ke-15 yang mula bersidang pada 19 Disember 2022 hanya akan terbubar secara automatik pada 19 Disember 2027."Jika Parlimen dibiarkan mencapai tempoh maksimum lima tahun, pilihan raya umum masih boleh diadakan sehingga awal 2028 berdasarkan tempoh 60 hari selepas pembubaran," katanya.Dalam masa sama, beliau berpandangan UMNO sedang memperlihatkan tahap kesiapsiagaan organisasi yang lebih tersusun menerusi perbahasan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri yang memberi tumpuan kepada isu pemulihan kepercayaan rakyat, integriti, generasi muda dan kos sara hidup.Menurutnya, keyakinan tersebut turut dipengaruhi oleh prestasi Barisan Nasional (BN) dalam beberapa pilihan raya negeri sebelum ini, termasuk kemenangan besar di Johor dan Negeri Sembilan."Bagaimanapun, kemenangan di peringkat negeri hanyalah indikator momentum politik dan bukannya jaminan kejayaan pada peringkat nasional," jelasnya.Dr Azrie berkata, Ahmad Zahid turut mengetengahkan beberapa gagasan politik dan ekonomi termasuk Agenda Malaysia Biru, yang antara lain menyentuh soal penstrukturan percukaian serta kerangka kerjasama politik lebih luas menerusi konsep Tafahum Siyasi dan Kolaborasi Agung bagi mengelakkan pertembungan kerusi pilihan raya.Beliau berpandangan perkembangan tersebut meletakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam situasi yang memerlukan pertimbangan strategik yang teliti."Pilihan raya lebih awal membolehkan kerajaan menguji mandat ketika keadaan politik relatif stabil, tetapi ia juga bermakna masa pentadbiran perlu dipendekkan."Sebaliknya, jika pilihan raya ditangguhkan, kerajaan mempunyai lebih banyak masa untuk membuktikan prestasi ekonomi dan pentadbiran, namun berdepan risiko munculnya isu-isu baharu yang boleh mempengaruhi sentimen rakyat," katanya.Menurut beliau, kuasa untuk membubarkan Parlimen tetap tertakluk kepada ketetapan Perlembagaan Persekutuan dan bukan keputusan politik semata-mata."Apa pun keadaan, kuasa pembubaran Parlimen tertakluk di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong."Ini bermakna Perdana Menteri tidak membuat keputusan secara unilateral dalam perkara tersebut," katanya.Justeru, Dr Azrie berpendapat bahawa perdebatan pasca PAU 2026 tidak seharusnya hanya tertumpu kepada persoalan bila PRU16 akan diadakan."Pada akhirnya, persoalan yang lebih penting bukan sekadar tarikh pilihan raya, tetapi siapa yang paling berjaya menukar tempoh masa yang ada kepada kepercayaan rakyat dan seterusnya diterjemahkan dalam bentuk mandat pemerintahan," ujarnya. |
|
Umno says GE16 iddah reached, mandate must come from people - Sinardaily - 12/09 3:42 pm This was seen during the Johor state election, when the state had reached its iddah at four years and one month.At that time, the Johor government proposed the Maju Johor plan, which contained a wide range of agendas for the following 10 years. Such a plan could not be decided by the government alone and required a clear mandate from the people, he said in a press conference at Umno General Assembly 2026 here today.He said the same principle applied to the Gagasan Malaysia Biru proposed by party president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, describing it as a major offer that should ultimately be presented to the people for their consideration.This is also what our representatives want to see in relation to the Gagasan Malaysia Biru mentioned by the president |
|
Kekuatan UMNO bukan pada usia atau sejarahnya – Onn Hafiz - Mygazette - 12/09 3:24 pm Beliau turut berharap ahli parti menghayati Ucapan Dasar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid yang menngajak seluruh keluarga UMNO membaca realiti politik dengan lebih matang serta kembali menawarkan penyelesaian kepada rakyat. "Agenda Malaysia Biru turut digariskan sebagai aspirasi membina negara yang lebih berdaulat, maju, makmur dan sejahtera demi generasi akan datang," katanya |
|
UMNO, BN perlu tawaran baharu bina semula keyakinan rakyat – Azalina - Mygazette - 12/09 3:24 pm Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, walaupun parti itu mempunyai rekod sejarah yang panjang dalam pembangunan negara, faktor berkenaan tidak lagi memadai untuk menjamin kepercayaan rakyat pada masa kini. Sehubungan itu, Penerangan UMNO Malaysia menyokong penuh pelancaran Agenda Malaysia Biru yang digariskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr |
|
Terengganu Umno ready to go solo or negotiate, says division chief - Sinardaily - 12/09 1:01 pm KUALA LUMPUR: Kuala Nerus Umno division chief Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman has described Terengganu voters as unpredictable, capable of switching allegiance overnight."Voters in Terengganu are unique, one day they may support you, and the next day they can turn away," said the former Terengganu Menteri Besar at the Umno General Assembly (PAU) 2026 here today.Addressing the press, he outlined the party's readiness to navigate an unpredictable political environment."Terengganu Umno is fully prepared. If we need to go solo, we will go solo, but if there is room to negotiate, we can negotiate," he said, emphasising that the party remains strategically agile.He said national initiatives such as the Agenda Malaysia Biru, a vision championed by Umno president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, must move past mere high-level rhetoric."This agenda should not just stop there," he said."It must instil confidence in voters and the general public that Umno remains fully relevant and capable of leading the nation once again |
|
PAU 2026: Anak Malaysia di luar negara mahu ilmu dibawa pulang,... - Mygazette - 12/09 7:57 am Mengakhiri perbahasannya, Muhammad Amir berkata, anak muda di luar negara tetap dekat dengan perjuangan UMNO dan bersedia menjadi penghubung antara parti dengan komuniti Malaysia di seluruh dunia. Kami sudah melihat gelombang biru |
|
UMNO jangan lagi dikhianati, perlu ada akad rundingan – Fathul Bari - Mygazette - 12/09 7:57 am Tetapi jangan sesekali guna organisasi, ujarnya. Beliau berharap apabila agenda Malaysia Biru tercapai kelak, UMNO tidak mengulangi perkara yang didakwa dilakukan terhadap parti itu ketika ini |
|
Trend `cukup-cukuplah guru’ cerminan keresahan rakyat – Razlan - Mygazette - 12/09 7:57 am Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat membuat penilaian berdasarkan prestasi sebenar kerajaan dan bukan hanya berdasarkan retorik politik. Undilah parti yang membawa gelombang biru dan mahu menjadikan agenda Malaysia Biru bersama-sama dengan rakan-rakan baharu, termasuk Pas, katanya lagi |
|
Agenda Malaysia Biru garis lapan ikhtiar bentuk hala tuju negara - Utusan - 12/09 6:50 am KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memperkenalkan Agenda Malaysia Biru dengan lapan ikhtiar utama yang akan membentuk hala tuju negara apabila menerajui Putrajaya kelak |
|
Agenda Malaysia Biru persiap Malaysia menuju 100 tahun kemerdekaan - Penerangan UMNO - Sinarharian - 11/09 5:53 pm SHAH ALAM - Agenda Malaysia Biru yang digariskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai kerangka parti itu dan Barisan Nasional (BN) bertujuan membina keyakinan rakyat serta mempersiapkan Malaysia menuju 100 tahun kemerdekaan.Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, agenda itu membawa UMNO melangkaui politik pilihan raya."Persoalannya bukan sekadar bagaimana kita mahu menang, tetapi apakah Malaysia yang mahu kita bina sekiranya rakyat sekali lagi memberikan kepercayaan kepada UMNO dan BN untuk memimpin negara."Matlamat kita jelas iaitu mahukan sebuah Malaysia yang berdaulat dan bersatu, inovatif dan berpendapatan tinggi, rakyat makmur dan saksama serta unggul dan disegani dunia," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Ahmad Zahid menggariskan Agenda Malaysia Biru menjelang 100 tahun kemerdekaan negara sekiranya BN kembali menerajui Putrajaya.Kata Timbalan Perdana Menteri itu, agenda berkenaan membawa maksud Malaysia berdaulat dan bersatu, mewujudkan negara berpendapatan tinggi, makmur, saksama dan disegani di seluruh dunia.Tambah Azalina, UMNO mempunyai sejarah panjang membina negara, tetapi sejarah sahaja tidak menjamin kepercayaan rakyat.Jelasnya, kepercayaan mesti diperoleh melalui tawaran masa hadapan iaitu dasar yang lebih baik, penyelesaian realistik dan kepimpinan yang mampu menjawab cabaran generasi akan datang."Menjelang satu abad kemerdekaan, kita mesti jelas tentang negara yang mahu diwariskan kepada generasi seterusnya."Mandat bukan ganjaran kepada sebuah parti dan kuasa bukan matlamat perjuangan |
|
Pelabur mahu peraturan, penjawat awam mahu sistem bebas ugutan – .. - Mygazette - 11/09 4:07 pm # Pelabur mahu peraturan, penjawat awam mahu sistem bebas ugutan - Zahid KUALA LUMPUR Keyakinan pelabur terhadap peraturan dan penjawat awam terhadap sistem pentadbiran negara menjadi antara asas yang diketengahkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam menghuraikan Agenda Malaysia Biru |
|
Zahid sebak kenang lapan tahun terajui UMNO - Mygazette - 11/09 4:07 pm Beliau berkata, biar pun berdepan pelbagai cabaran, bahtera UMNO masih belayar dengan panji parti terus berkibar dan ahlinya kekal tegar untuk membelah samudera perjuangan menuju Putrajaya. Katanya, perjuangan itu bukan didorong kemaruk kuasa, ghanimah atau harta sebaliknya demi sebuah cita-cita menerusi Agenda Malaysia Biru agar rakyat dan negara memperoleh kesejahteraan |
|
Agenda Malaysia Biru selari WINS digagaskan Pas - Idris Ahmad - Sinarharian - 11/09 4:07 pm KUALA LUMPUR Agenda Malaysia Biru yang digagaskan UMNO dilihat selari dengan Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) 2051 yang dibawa Pas, sekali gus membuka ruang lebih luas kepada kerjasama politik kedua-dua parti.Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, kedua-dua gagasan berkenaan mempunyai persamaan dari segi wawasan dan matlamat yang ingin dibawa untuk negara."Sebenarnya, itulah juga agenda yang kita ada pada WINS 2051 |
|
Tafahum Siyasi dan Agenda Malaysia Biru: Dua paksi strategik ucapan dasar Presiden UMNO - Sinarharian - 11/09 2:33 pm UCAPAN Dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 memperlihatkan usaha yang jelas untuk mengalihkan wacana parti daripada nostalgia politik kepada persoalan strategi, kerjasama dan tawaran dasar.Daripada keseluruhan ucapan bertemakan "Melakar Masa Depan Bangsa", dua gagasan paling menonjol ialah Tafahum Siyasi sebagai kerangka persefahaman politik dan Agenda Malaysia Biru sebagai tawaran dasar jangka panjang sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) kembali menerajui kerajaan Persekutuan.Kedua-duanya saling melengkapi |
|
Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah - Sinarharian - 11/09 2:10 pm SHAH ALAM - Seorang bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan memiliki gambar bogel dan video lucah dalam dua telefon bimbitnya, tahun lalu.Faridul Firdaus Zaulkapli, 40, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Farid Abu Auliya membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Cynthia Noor Haizean Sulaiman.Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa kepada 11 anak yang memakai baju kemeja berwarna putih dan biru itu, didakwa ada dalam milikannya telefon bimbit jenis Galaxy S23 Ultra dan Honor X9C yang mengandungi gambar bogel dan video lucah.Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat D9, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini pada jam 6.15 petang, 1 Julai 2025.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Alya Zaphfirah Al Zaphni mencadangkan jaminan ditetapkan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.Bagaimanapun, peguam, A Naveenthiran yang mewakili Faridul Firdaus merayu agar kadar jaminan dikurangkan kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dan mengharapkan sumbangan awam."Dia perlu menyara dua isteri dan 11 anak berusia dua bulan hingga 15 tahun, termasuk ibu bapa yang sudah tua."Dia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sejak siasatan dibuat tahun lalu, malah tiada risiko melarikan diri atau mengganggu saksi," katanya.Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Cynthia Noor Haizean membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Oktober depan.Pada 5 Julai 2025, media melaporkan polis menyiasat seorang penceramah bebas berhubung kes berkenaan.Dalam pada itu, lelaki berkenaan didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 16 Julai 2025 atas satu pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah pada 2024. |
|
'Ini kehendak rakyat' - Ahmad Zahid gesa PRU16 disegerakan - Sinarharian - 11/09 1:16 pm Di Johor ia membangkitkan keyakinan. Negeri Sembilan pula menunjukkan bahawa persefahaman boleh menjadi kekuatan."Manakala Melaka insya-ALLAH akan menjadi medan seterusnya yang menguji sejauh mana Gelombang Biru benar-benar dapat diterjemahkan |
|
UMNO sedia gariskan Agenda Malaysia Biru jika kembali terajui Putrajaya - Sinarharian - 11/09 12:16 am KUALA LUMPUR UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersama rakan-rakan politik yang sehaluan akan menggariskan Agenda Malaysia Biru sebagai kerangka baharu pembangunan negara menjelang 100 tahun kemerdekaan Malaysia, sekiranya kembali menerajui Putrajaya.Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agenda berkenaan bukan sekadar membawa maksud gelombang politik berwarna biru, sebaliknya mencerminkan aspirasi untuk membentuk sebuah negara yang berdaulat, bersatu, inovatif serta berpendapatan tinggi."Dengan agenda ini, kita mahu mencipta kekayaan negara, membina semula modal insan, memperluaskan pemilikan, menjaga kesejahteraan, menghadapi krisis, memelihara rakyat, membina kepercayaan dan mempertahankan kepentingan nasional."Menjadikan Malaysia negara pencipta, kita bermula sebagai neagra pertanian, itu dahulu, kemudian laksanakan lonjakan perindustrian, kini kita mesti melakukan lonjakan seterusnya, malaysia mesti menjadi negara pencipta," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Jumaat.AKAN MENYUSUL |
|
Ahmad Zahid beri bayangan kerjasama 'biru' dan 'hijau' - Hmetro - 11/09 11:10 am Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan Barisan Nasional (BN) akan berdepan evolusi, mengambil kira kemungkinan kerjasama strategik dengan parti tertentu |
|
PAU 2026: ???Gelombang Biru??? kembali, Wanita UMNO Melaka mahu pertahan .. - Mygazette - 11/09 7:54 am # PAU 2026: Gelombang Biru kembali, Wanita UMNO Melaka mahu pertahan 21 kerusi KUALA LUMPUR - Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor dan Negeri Sembilan menyemarakkan semula Gelombang Biru, namun Wanita UMNO Melaka mahu momentum itu diterjemahkan kepada gerak kerja bagi mempertahankan 21 kerusi dimenangi pada pilihan raya negeri lalu |
|
Undang Yang Empat's lawyer denies MB was forced to sign proclamation - Sinardaily - 11/09 7:43 am SEREMBAN The lawyer representing the Undang Yang Empat, including the disputed Undang, has insisted there was no element of coercion against Menteri Besar Datuk Ismail Lasim in getting him to sign the proclamation document dismissing Tuanku Muhriz Tuanku Munawir as Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan on Aug 3.Mohd Khairul Azam Abdul Aziz said that before signing the document, Ismail had first been briefed on the need for him to sign it under Article 10(1)(b) of the Negeri Sembilan Laws of the Constitution 1959.He said the proceedings were also conducted in a relaxed atmosphere, with no pressure whatsoever placed on the Menteri Besar."On Aug 3, 2026, at around 8pm, all the Dato' Undang of Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau, Tunku Besar Tampin and Dato' Shahbandar Sungei Ujong, representing Dato' Klana Undang Luak Sungai Ujong, were present at Istana Laguna Biru, Port Dickson for a dinner with Tunku Nazruddin Tuanku Jaafar."Then at 10pm, the Menteri Besar arrived with his lawyer, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, after which the Dato'-Dato' Undang explained their decision to dismiss Tuanku Muhriz and briefed him on the proclamation instrument requiring his signature," he said at a press conference at the Tuanku Jaafar Royal Gallery to lay out the chronology of events that took place at Istana Laguna Biru on Aug 3.He said Ismail then indicated his agreement to sign the proclamation, which was also witnessed by his lawyer.Khairul therefore suggested it was possible other parties had pressured the Menteri Besar into claiming he had been forced to do so."We wish to state that the Menteri Besar acted to sign the proclamation voluntarily and without coercion, and in the presence of his own lawyer."His statement that he was forced to sign the proclamation is therefore an afterthought and nothing occurred that night that could point to any element of duress in his decision," he said.He added that under the law, coercion under Section 506 of the Penal Code involves threats to a person's life or threats of injury or loss of property.Khairul said the Menteri Besar therefore needed to prove such elements existed to the extent that he was forced to sign the proclamation.He also confirmed that the gathering was not attended by other Umno leaders, including Umno President Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Sinar previously reported that the palace crisis in Negeri Sembilan was expected to worsen after the Undang Yang Empat, including the disputed Undang, produced a document alleged to be the proclamation dismissing Tuanku Muhriz as Yang di-Pertuan Besar of Negeri Sembilan, said to have been signed by Ismail.However, Ismail has claimed he was forced to sign the proclamation instrument dismissing Tuanku Muhriz.He said a police report on the matter had been lodged to allow the authorities to carry out further investigation.He said the proclamation instrument was signed without his consent and under duress."I lodged a police report at around 6pm on Sept 8 to allow investigations to be carried out by the authorities," he said. |
|
MB signed document to remove Tuanku Muhriz voluntarily, lawyer claims, recounts timeline - Mkini - 10/09 9:51 pm Khairul recounts meeting at Istana Laguna Biru last month. |
|
Wanita UMNO sedia gerak gelombang biru ke Melaka - Sinarharian - 10/09 8:00 pm KUALA LUMPUR - Wanita UMNO sedia menjadi penggerak utama untuk memastikan momentum Barisan Nasional (BN) diteruskan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang semakin hampir.Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kemenangan BN di Johor membuktikan rakyat masih memberikan ruang kepada parti itu, manakala keputusan di Negeri Sembilan menunjukkan ruang berkenaan boleh diperluaskan menerusi strategi tepat dan jentera yang bersatu."Kita dah lihat apa yang berlaku apabila rakyat kembali memberi keyakinan kepada BN. Kita dah nampak gelombang biru."Sekarang tugas kita adalah untuk pastikan gelombang biru ini tidak terhenti, kita bawa ke Melaka, kita besarkan, kita kuatkan," katanya ketika berucap sesi penggulungan Perhimpunan Agung Wanita UMNO di Pusat Perdagangan Dunia di sini pada Khamis.Beliau menegaskan warna biru semata-mata tidak memadai untuk memastikan kemenangan kerana BN perlu mendapatkan semula kepercayaan rakyat."Gelombang biru mesti dikuatkan dengan gelombang kepercayaan |
|
Peguam Undang Yang Empat nafi MB dipaksa tandatangan proklamasi - Sinarharian - 10/09 7:16 pm SEREMBAN Peguam yang mewakili Undang Yang Empat, termasuk Undang yang tidak diiktiraf, menegaskan bahawa tiada sebarang unsur paksaan terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim untuk menandatangani dokumen proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 3 Ogos lalu.Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, sebelum menandatangani dokumen tersebut, Ismail telah diberikan penerangan terlebih dahulu mengenai keperluan beliau menandatanganinya menurut Perkara 10(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.Menurutnya, majlis berkenaan juga berlangsung dalam suasana santai, malah tiada sebarang tekanan terhadap Menteri Besar."Pada 3 Ogos 2026, kira-kira jam 8 malam, kesemua Dato Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau, Tunku Besar Tampin dan Dato Shahbandar Sungei Ujong yang mewakili Dato Klana Undang Luak Sungai Ujong telah hadir ke Istana Laguna Biru, Port Dickson untuk majlis makan malam bersama Tunku Nazruddin Tuanku Jaafar."Kemudian pada jam 10 malam, Menteri Besar tiba bersama peguam beliau, iaitu Datuk Abu Bakar Isa Ramat dan kemudiannya Dato-Dato Undang telah menerangkan keputusan mereka memecat Tuanku Muhriz serta memberi penerangan mengenai instrumen proklamasi yang memerlukan tandatangan beliau," katanya dalam sidang media di Galeri Diraja Tuanku Jaafar bagi menerangkan kronologi kejadian yang berlaku di Istana Laguna Biru pada 3 Ogos lalu.Ujarnya, selepas itu Ismail telah menyatakan persetujuannya untuk menandatangani proklamasi terbabit yang turut disaksikan oleh peguam beliau.Justeru, Mohd Khairul berpendapat, kemungkinan terdapat pihak lain yang memaksa Menteri Besar berkenaan mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah dipaksa berbuat demikian."Kami ingin menyatakan bahawa Menteri Besar telah bertindak menandatangani proklamasi berkenaan secara rela hati dan tanpa paksaan, malah dengan kehadiran peguam beliau sendiri."Oleh itu, kenyataan beliau bahawa dipaksa menandatangani proklamasi tersebut adalah satu pemikiran terkemudian (afterthought) dan tiada keadaan yang berlaku pada malam tersebut yang mendorong ke arah wujudnya elemen paksaan untuk beliau membuat keputusan," katanya.Selain itu jelasnya, di bawah undang- undang, unsur paksaan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan ialah paksaan yang melibatkan ancaman terhadap nyawa seseorang, ugutan kecederaan atau kehilangan harta benda.Justeru, kata Mohd Khairul Azam, Menteri Besar perlu membuktikan adanya unsur-unsur tersebut sehingga beliau terpaksa menandatangani proklamasi terbabit.Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa majlis tersebut tidak dihadiri oleh pemimpin UMNO lain termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Sebelum ini Sinar Harian melaporkan krisis istana di Negeri Sembilan dijangka lebih meruncing apabila Undang Yang Empat termasuk Undang yang dipertikai menunjukkan dokumen didakwa proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang dikatakan telah ditandatangani oleh Ismail.Bagaimanapun, Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani surat cara proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz.Beliau berkata, laporan polis berhubung perkara itu telah dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan pihak berkuasa.Menurutnya, surat cara proklamasi berkenaan ditandatangani tanpa kerelaannya dan dalam keadaan paksaan (duress)."Saya telah membuat laporan polis sekitar jam 6 petang pada 8 September bagi membolehkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa," katanya. |
|
Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan gesa MB segera selesai krisis adat - Sinarharian - 10/09 6:48 pm Yang saya faham rakyat Negeri Sembilan hendak itulah," katanya.Bibi Sharliza pada masa sama mengingatkan UMNO supaya berhati-hati agar isu adat berkenaan tidak terus dipolemikkan sehingga mengganggu fokus parti untuk menghadapi pilihan raya akan datang."Kita tidak mahu isu di Negeri Sembilan tersangkut sehingga menimbulkan masalah ketika menghadapi Melaka. Kita mahu gelombang biru berterusan dari Johor, Negeri Sembilan hingga Melaka," katanya.Beliau berpandangan rakyat Negeri Sembilan sudah memberikan kepercayaan kepada UMNO dan tidak mahu kemelut berkenaan berlarutan sehingga menjejaskan keyakinan mereka terhadap parti.Justeru, katanya, penyelesaian segera penting bagi memastikan isu adat tidak terus menjadi polemik yang boleh mengganggu tumpuan UMNO serta keyakinan rakyat terhadap parti.Beliau berharap kepimpinan negeri dapat melakukan yang terbaik bagi memastikan kemelut berkenaan diselesaikan dengan baik demi kepentingan Negeri Sembilan. |
|
Penunggang motosikal maut, pembonceng cedera dalam nahas di Cyberjaya - Mygazette - 10/09 4:41 pm Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kemalangan maut itu kira-kira jam 7.32 pagi. Siasatan awal mendapati penunggang dan pembonceng motosikal Yamaha 135LC berwarna biru ketika itu dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke Putrajaya |
|
Bina semula kepercayaan, jangan menang kerana rakyat marah kepada lawan - Noraini - Sinarharian - 10/09 12:57 am KUALA LUMPUR - Wanita UMNO mahu parti itu membina semula kepercayaan rakyat sebagai asas untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kemenangan di Johor dan Negeri Sembilan membuktikan bahawa perpaduan, kerja keras dan keyakinan terhadap perjuangan mampu menghasilkan kejayaan.Menurut beliau, UMNO kini berdepan cabaran lebih besar untuk memenangi sesuatu yang lebih sukar daripada sekadar Gelombang Biru."Tetapi kemenangan bukan taruhan untuk kita berasa selesa |
|
Pakat elok-elok, runding jangan selisih??? ??? Tok Mat pesan Rauf - Mygazette - 10/09 8:08 am Beliau berkata, sebarang perbezaan pandangan perlu diselesaikan melalui rundingan dan muafakat, bukannya menjadi punca kepada perpecahan ketika parti berdepan pilihan raya. Dalam pada itu, Mohamad menyeru UMNO dan BN mengekalkan momentum kejayaan di beberapa negeri serta membawa semangat dan gelombang biru ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang |
|
Penunggang motosikal maut terbabas di Jalan Cyberjaya-Putrajaya - Polis - Sinarharian - 9/09 5:15 pm PUTRAJAYA - Seorang lelaki tempatan maut, manakala pembonceng yang merupakan seorang wanita warga asing cedera selepas motosikal dinaiki mereka terbabas dan bergesel dengan besi penghadang jalan di Kilometer 47.1 Jalan Cyberjaya-Putrajaya, pagi tadi.Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang menerima makluman tentang kemalangan itu pada 7.32 pagi."Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha 135LC berwarna biru itu dinaiki seorang lelaki tempatan berusia 30-an bersama dengan seorang wanita warga asing berusia 40-an, yang dalam perjalanan dari arah Dengkil menghala ke Putrajaya."Apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai penunggang motosikal telah hilang kawalan lalu terbabas dan bergeser dengan besi penghadang jalan yang berada di sebelah kiri lorong kecemasan sebelum kedua-duanya terjatuh di atas permukaan jalan," katanya dalam kenyataan, hari ini.Norhizam berkata, penunggang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan hospital."Pembonceng pula mengalami kecederaan luka di bahagian muka dan leher serta mendapat rawatan di hospital," katanya.Menurutnya, mangsa lelaki yang bekerja di sebuah pusat jagaan warga emas swasta itu mempunyai lesen memandu yang masih sah tempoh, manakala pembonceng wanita warga asing itu turut bekerja di pusat jagaan warga emas swasta.Beliau berkata kes disiasat dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.Norhizam turut menasihati orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan polis."Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat kes Inspektor Mohamad Fadzil Zainol Abidin menerusi talian 019-5588221 atau 03-87774264," katanya |
|
Pen merah, pen biru, kita pilih biru - Utusan - 9/09 7:12 am ALOR GAJAH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh memberi bayangan mengenai pendirian politiknya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka apabila mengajak rakyat memilih warna biru pada pilihan raya nanti |
|
Ab Rauf bayangkan PRN ‘2 Jumaat’ lagi - Mygazette - 8/09 7:58 am Ini Melaka bila nak pilihan raya. "Bila nak ni, esok? Apa pun bila pun, tak kira masa bila pun kita mesti pen merah pen biru, Jangan pilih merah kita pilih biru," katanya berseloroh |
|
Bapa Zara Qairina diberitahu anak kritikal, koma selamanya jika hidup - Sinarharian - 7/09 11:44 am Saya tidak ingat sama ada ibu Zara ada memberitahu saya atau tidak."Saya terus bergegas ke HQE I selepas mengetahui bahawa Zara berada di hospital tersebut. Setibanya saya di unit kecemasan HQE I lebih kurang jam 1 hingga 3 petang pada 16 Julai 2025, saya nampak ibu Zara berada di luar unit kecemasan lalu saya bertanya ibu Zara tentang keberadaan Zara," katanya.Katanya, selepas dimaklumkan oleh ibu Zara Qairina, dia terus mendapatkan anaknya yang berada di katil selepas mendapat kebenaran daripada jururawat di unit kecemasan."Setibanya di katil Zara, saya melihat dua wanita memakai baju seragam berwarna biru gelap iaitu doktor-doktor berada bersama-sama Zara |
|
Pengangguran Melaka 1.6 peratus, antara terendah negara ??? Zahid - Mygazette - 7/09 7:46 am Beliau berkata, rakyat Melaka akan menentukan masa depan negeri pada pilihan raya akan datang dan berharap gelombang sokongan kepada BN terus diperkukuhkan. Jangan lupa, bawa gelombang biru yang pernah berlaku di Johor, berlaku di Negeri Sembilan, insya-Allah gelombang biru itu akan berada di negeri Melaka juga, katanya |
|
PRN Melaka: ???Musuh you, jangan paksa jadi musuh kita??? ??? Zahid - Mygazette - 7/09 7:46 am Insya-Allah Kerajaan Melaka yang sekarang dan akan memberikan kesinambungan akan menyantuni seluruh golongan Melaka yang pelbagai. Dalam pada itu, Ahmad Zahid menyeru rakyat Melaka membawa kembali gelombang biru seperti yang menurutnya berlaku pada pilihan raya di Johor dan Negeri Sembilan |
|
‘Jangan risau Dr Akmal, abang tahu apa abang buat??? ??? Zahid .. - Mygazette - 7/09 7:46 am Dalam pada itu, Ahmad Zahid meminta Ab Rauf mengadakan rundingan secara teliti dalam menentukan rakan kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka, termasuk dalam soal pembahagian kerusi. Kalau dulu kita telah membuktikan dengan solo kita membuat keputusan, dan rakyat Melaka bersama-sama dengan gelombang biru ketika itu |
|
PRN Melaka: Cepatlah umum, jangan lewat, lebih cepat lebih baik - Ahmad Zahid - Sinarharian - 6/09 7:42 pm MELAKA - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu keputusan mengenai kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diumumkan segera.Ahmad Zahid berkata, langkah itu penting bagi membolehkan jentera parti, khususnya golongan anak muda, membuat persiapan menghadapi PRN berkenaan.Beliau turut memberi mandat kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh untuk berunding dan memilih rakan kerjasama yang mampu membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan."Datuk Rauf, gunakanlah sokongan daripada anak-anak muda ini untuk terus menstabilkan politik Melaka."Berikanlah peluang kepada mereka. Cepat-cepatlah umum! Jangan tunggu lewat! Lebih cepat, lebih baik! Anak-anak muda telah bersedia! Semua sedia gelombong biru, geng biru," katanya berucap pada Majlis Penutup Konvoi Bermotor Karnival Anak Muda di MITC di sini pada Ahad.Ahmad Zahid berkata, rakan kerjasama yang dipilih perlu mempunyai kesetiaan serta keikhlasan dalam memastikan kemenangan BN."Datuk Rauf, saya beri mandat, berunding elok-elok |
|
Lamborghini Temerario 907 HP Jadi Kereta Polis Itali, Khas Untuk Hantar Organ - Careta - 6/09 5:21 pm Temerario Polizia menerima liveri biru dan putih Polis Negara Itali dengan tulisan "Polizia" pada bahagian sisi, grafik tiga warna bendera Itali dan lampu kecemasan yang dipasang pada bumbung |
|
Kerajaan Negeri Sembilan zahir sokongan penuh, taat setia kepada Tuanku .. - Mygazette - 6/09 5:15 pm Fokus saya kini adalah menjalankan amanah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan demi kepentingan rakyat dan negeri," ujar beliau. Semalam, Sekretariat Undang Yang Empat dalam kenyataan menuntut pentadbiran kerajaan negeri, terutama Setiausaha Kerajaan Negeri mematuhi proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz yang didakwa ditandatangani oleh Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lepas |
|
Artikel Pilihan Polis Itali Guna Lamborghini, Kejar Masa Hantar Organ Read .. - Mekanika - 6/09 5:15 pm # POLIS ITALI GUNA LAMBORGHINI, KEJAR MASA HANTAR ORGAN Kalau anda ternampak sebuah Lamborghini Temerario dengan lampu biru dan warna rasmi kereta polis di jalan raya Itali, jangan menggelabah |
|
Ab Rauf ajak anak muda, warga p-hailing ???birukan Melaka??? - Mygazette - 5/09 7:51 am # Ab Rauf ajak anak muda, warga p-hailing birukan Melaka MELAKA Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengajak semua anak muda warga penghantaran makanan (p-hailing) di negeri ini untuk bersama-sama birukan Melaka' |
|
Aktivis direman bantu siasatan hantaran TikTok berunsur hasutan - Sinarharian - 4/09 3:14 pm KANGAR - Seorang aktivis direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di TikTok yang berunsur hasutan berkaitan isu perobohan sebuah kuil Hindu di Bukit Lagi, di sini pada 20 Ogos lalu.Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, lelaki berusia 55 tahun itu direman bermula 4 hingga 5 September selepas mendapat perintah Mahkamah Kangar bagi membantu siasatan.Menurutnya, polis menerima sebanyak 15 laporan berkaitan hantaran tersebut, iaitu satu laporan utama dan 14 laporan bersangkut antara 22 hingga 27 Ogos lalu."Laporan pertama diterima pada 22 Ogos jam 10.46 malam selepas pengadu mendakwa melihat satu hantaran di aplikasi TikTok mengenai penganjuran Perhimpunan Merah Maha Kali pada 30 Ogos dari jam 9 pagi hingga 11 pagi di Tapak Sri Veera Maha Kaliamman Kovil, Bukit Lagi, Kangar," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Yusharifuddin berkata, hasil pemprofilan yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan pemilik akaun TikTok berkenaan ialah lelaki itu yang juga seorang jururunding."Susulan itu, polis menjalankan tindakan lanjut sebelum menahan suspek di Petaling Jaya jam 10 pagi pada Khamis," ujarnya.Katanya, siasatan terhadap hantaran berkenaan mendapati ia mengajak masyarakat menyertai perhimpunan bagi mempertahankan hak dan tempat ibadat agama Hindu.Menurutnya, hantaran itu turut mengajak masyarakat berhimpun dengan doa, keamanan dan solidariti.Bagaimanapun, berdasarkan keterangan pengadu, penganjuran perhimpunan berkenaan didakwa sebagai tindak balas terhadap perobohan kuil Hindu di tapak berkenaan pada 20 Ogos lalu mengikut lunas undang-undang.Pengadu turut mendakwa penganjuran perhimpunan itu berpotensi mencetuskan ketegangan agama dan kaum serta menyifatkannya sebagai satu bentuk hasutan.Dalam perkembangan sama, polis merampas sebuah telefon bimbit Honor X9C berwarna biru gelap dan satu simkad daripada suspek untuk membantu siasatan.Yusharifuddin berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. |
|
Sabah sasar pelaburan Ekonomi Biru, pelabur antarabangsa dipelawa teroka potensi laut - Mypress - 4/09 12:14 am KOTA KINABALU – Pelabur dan pemimpin perniagaan antarabangsa yang menyertai Sabah International Expo (SIE2026) digesa meneroka peluang besar dalam sektor Ekonomi Biru Sabah yang berpotensi menjadi pemacu baharu pertumbuhan ekonomi… |
|
Jangan Lama-Lama Tau, Nanti Tutup Balik Okay – Netizen - Rotikaya - 3/09 3:07 am Perkongsian pelakon Norreen Iman menjadi perhatian apabila memuat naik video bersama anak sulungnya, Ellen di akaun TikTok. Menerusi video itu, Norreen mengenakan baju berwarna biru membuat tarian trend bersama anaknya... |
|
Redmi Headphones Neo Kini Ditawarkan Dalam Warna Biru Harga RM239 - Amanz - 2/09 8:38 pm Pilihan warna baharu ini tidak mengubah spesifikasi asal sebaliknya memberi sentuhan reka bentuk lebih model. Rona biru lembut ini memberikan imej kasual sesuai untuk pengguna muda, serta menjadi alternatif menarik selain hitam atau putih klasik |
|
Bekas pekerja pecah masuk gudang pembekal eletrik ditahan - Mygazette - 1/09 3:58 pm "Bertindak atas maklumat dan risikan, kita telah melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Persiaran Prima Utama, Puchong sekitar jam 11.24 malam pada 25 Ogos dan menahan lelaki berusia pertengahan 30-an dipercayai bekas pekerja premis itu. "Dalam serbuan, turut dirampas barang kes termasuk sebuah cash box berwarna biru, satu unit telefon bimbit serta sehelai baju dan topi hitam dipercayai digunakan suspek ketika kejadian," ujarnya |
|
Kes gaduh bersenjata depan sekolah libatkan Geng 04 - Polis - Sinarharian - 1/09 2:20 pm GEORGE TOWN Pergaduhan bersenjata di hadapan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di Air Itam di sini pada 30 Ogos lalu dipercayai tercetus akibat salah faham berkaitan isu hutang dan melibatkan kumpulan menggunakan nama Geng 04.Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim berkata, siasatan mendapati hutang berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen.Menurutnya, kumpulan terbabit dipercayai cuba membantu pihak tertentu mendapatkan semula hutang sebelum berlaku perselisihan yang akhirnya membawa kepada pergaduhan."Kes ini disebabkan salah faham berkaitan hutang. Bukan hutang along, sebaliknya mereka membantu mengutip semula hutang."Mereka kemudian berbincang tetapi berlaku pergaduhan," katanya ketika ditemui di Ibupejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini pada Selasa.Dalam kejadian pada 30 Ogos lalu, polis menahan 13 lelaki tempatan termasuk tiga remaja bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan menggunakan senjata yang berlaku di hadapan sebuah sekolah di Air Itam di sini.Semua mereka berusia 16 hingga 33 tahun itu ditahan dalam lima serbuan di sekitar negeri ini.Serbuan itu melibatkan Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut dan bantuan Balai Polis Central.Dalam pada itu, Dennis berkata, dua lelaki yang cedera ditetak dalam kejadian itu pula sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan terbabit.Sebaliknya, beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai menjadi sasaran selepas disalah anggap sebagai ahli kumpulan berkenaan."Mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri upacara keagamaan dan dipercayai memakai pakaian berwarna biru yang hampir sama dengan kumpulan terbabit."Suspek menyangka mereka adalah daripada kumpulan berkenaan lalu menyerang dan menetak kedua-duanya," katanya.Beliau berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah namun keadaan mereka dilaporkan stabil.Tambahnya, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan bersenjatakan senjata. |
|
Kereta berhias PERKESO LINDUNG Semua tampil sempena Hari Kebangsaan ke-69 - Sinarharian - 31/08 9:18 pm SHAH ALAM - Bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat julung kalinya tampil menerusi kereta berhias bertemakan "PERKESO LINDUNG Semua", yang mengetengahkan keseluruhan ekosistem perlindungan sosial kepada masyarakat.Ketua Penjenamaan, Media dan Perhubungan Awam PERKESO, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, kereta berhias berasaskan trak casis itu berukuran 44 kaki panjang, 14 kaki tinggi dan antara 10 hingga 12 kaki lebar.Jelas beliau, rekaannya membawa konsep perkasa, melindungi dan harmoni, merentasi kaum, lapisan masyarakat serta pelbagai sektor pekerjaan."Reka bentuk futuristik, moden dan dinamik itu menggabungkan empat warna utama LINDUNG, iaitu hijau, oren, biru gelap dan merah jambu."Jalur Gemilang diletakkan tinggi dan jelas, manakala bunga raya sebagai bunga kebangsaan menghiasi sepanjang sisi kenderaan."Setiap elemen membentuk hubungan simbolik antara kemerdekaan negara, perlindungan sosial dan keupayaan rakyat untuk terus bekerja, membina kerjaya serta hidup berdikari," katanya dalam satu kenyataan.Tambah Tengku Khalidah, kereta berhias itu bukan sekadar menggambarkan PERKESO sebagai institusi yang membayar faedah, sebaliknya membawa mesej bahawa setiap pekerja berhak dilindungi.Jelasnya, selain itu setiap keluarga wajar mempunyai jaringan keselamatan apabila berhadapan dengan perkara yang tidak diduga."Caruman yang dibayar hari ini merupakan perlindungan untuk diri pekerja, keluarga dan masa hadapan."Prinsip itu selari dengan objektif penubuhan PERKESO untuk melindungi pekerja, memelihara kebajikan serta membantu mereka meneruskan kehidupan dengan bermaruah," ujarnya.Mengulas lanjut beliau berkata, teknologi rehabilitasi lambang harapan baharu adaptasi teknologi dan kecerdasan buatan menjadi antara tarikan utama kereta berhias PERKESO menerusi paparan skrin LED."Antara teknologi yang diketengahkan ialah perkhidmatan Rehabilitasi Neuro-Robotik menerusi penggunaan Robot Suit iaitu teknologi robotik yang membantu memulihkan, menyokong dan meningkatkan tahap kefungsian serta mobiliti kaki pesakit."Dalam masa sama, PERKESO memastikan apabila musibah datang, pekerja dan keluarga mereka tidak perlu menghadapinya sendirian."Daripada perlindungan pendapatan dan rawatan perubatan kepada rehabilitasi serta sokongan kembali bekerja, PERKESO hadir sepanjang perjalanan pemulihan seseorang pekerja |
|
20 Warna Cat Bilik Tidur Yang Boleh Ubah Suasana Jadi Lebih Tenang Dan Menarik - Siakapkeli - 30/08 2:37 pm Artikel ini menyenaraikan 20 pilihan warna cat bilik tidur, daripada rona lembut seperti biru dan hijau sage hingga warna dramatik seperti hitam, merah gelap dan ungu. |
|
Maaf sahaja tidak cukup, Jalur Gemilang perlu dihormati - Sinarharian - 30/08 8:30 am HANYA tinggal satu hari sebelum seluruh rakyat Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-69.Di sana sini, Jalur Gemilang mula menghiasi bangunan, premis perniagaan, kenderaan, kediaman dan pelbagai lokasi sebagai tanda semangat cintakan negara.Ada yang berlumba-lumba memasang bendera, malah ada yang memilih untuk mengenakan pakaian bertemakan Jalur Gemilang sebagai simbol patriotisme.Bagaimanapun, dalam keghairahan menyemarakkan sambutan kemerdekaan, timbul pula beberapa insiden yang sepatutnya menjadi peringatan kepada semua iaitu bendera dipasang terbalik dan terbaharu, kesilapan cetakan bintang tidak lengkap.Lebih membimbangkan, beberapa insiden bukan sekadar ditegur atau dikesali, sebaliknya membawa kepada siasatan polis, penahanan individu, tindakan penutupan sementara premis dan peletakan jawatan.Misalnya, kes pemasangan Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik di sebuah premis di Johor membawa kepada penahanan individu bagi membantu siasatan.Di Kulai, sebuah premis turut diarahkan tutup sementara susulan pemasangan bendera secara terbalik, manakala kesalahan pemasangan bendera seterusnya dikesan pula ibu pejabat MCA di Perak.Kemudian muncul pula isu pakaian bercetak Jalur Gemilang yang dipakai pada satu program di Kedah apabila bintang pada cetakan didapati tidak mempunyai 14 bucu seperti spesifikasi rasmi.Sememangnya kita boleh menerima hakikat bahawa kesilapan boleh berlaku.Tetapi apabila kesilapan itu melibatkan simbol negara, kita perlu bertanya adakah perkataan maaf sahaja sudah memadai?Bukan kerana kita mahu menghukum sesiapa secara melulu, tetapi kerana Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain yang boleh dipasang, dicetak atau diubah mengikut kesesuaian dan kreativiti sendiri.Ia membawa identiti sebuah negara.Jikalau mahu memakai baju dengan warna asas bendera, iaitu merah, putih, biru dan kuning, silakan untuk menyemarakkan suasana Merdeka.Bagaimanapun, jangan sesekali mengubah suai bendera Jalur Gemilang, mengubah bilangan bucu bintang ataupun menterbalikkan kedudukan bendera.Jangan juga menganggap perkara itu remeh hanya kerana ia dilakukan atas alasan suka-suka atau mahu kelihatan patriotik.Peringatan ini penting kerana insiden yang berlaku saban tahun menunjukkan masih ada sebahagian masyarakat yang kurang memahami bahawa simbol kebangsaan perlu dihormati.Jangan sampai semangat mahu menunjukkan cinta kepada Malaysia bertukar menjadi kecuaian yang mencetuskan kemarahan orang ramai.Jangan sampai maaf, saya tidak sengaja menjadi alasan yang sentiasa diulang setiap kali kesilapan sama berlaku.Menjelang Hari Kebangsaan esok, biarlah seluruh Malaysia dihiasi Jalur Gemilang yang dikibarkan dengan penuh bangga, tetapi pada masa sama penuh tertib dan rasa hormat. |
|
PRN: Melaka sudah bersedia – Ab Rauf - Mygazette - 29/08 9:31 pm Menurut Ab Rauf, UMNO mesti terus menjadi parti yang dekat dengan rakyat, kuat di akar umbi dan teguh membawa suara Melayu serta kepentingan semua rakyat. "Kita belajar daripada pengalaman, kita perkemas gerak kerja, kita satukan saf kepimpinan dan akar umbi untuk memastikan 'gelombang biru' pada PRN Johor dan Negeri Sembilan akan turut melanda di negeri Melaka |
|
Tiada kompromi lombong langgar peraturan - Sinarharian - 29/08 9:30 am Air itu perlu digunakan semula dan jika atas sebab tertentu hendak dilepaskan, ia mesti dirawat terlebih dahulu mengikut peraturan yang ditetapkan."Pihak lombong tidak boleh melepaskan air jika tidak memenuhi syarat," katanya ketika taklimat kepada media baru-baru ini.Rekod JMG menunjukkan Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd (RHT), MCRE Resources dan Nalidah Tin Mine pernah dikenakan penggantungan operasi selama tiga minggu pada November 2025 berserta syarat mitigasi kawalan pencemaran.Bagi MCRE Resources, penggantungan itu dilanjutkan pada Disember susulan ketidakpatuhan syarat Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan Perintah Berhenti Kerja (PBK) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebelum operasi dibenarkan semula pada Januari lalu selepas PBK ditarik balik.RHT digantung lagiTerbaharu, JMG mengarahkan operasi RHT digantung sementara pada 12 Ogos lalu selepas pelepasan air berasid dengan bacaan pH antara 2.29 hingga 2.33 dikesan dari Detention Pond 4 dan 5.Tindakan itu dibuat susulan pemeriksaan selepas hujan lebat pada 3 Ogos lalu apabila kira-kira 60 milimeter hujan direkodkan dalam tempoh sejam, melebihi intensiti maksimum reka bentuk 50 milimeter bagi sistem saliran dan kolam tadahan sedia ada RHT."Apabila JMG membuat lawatan ke sana, didapati ada pelepasan air ke dalam sungai yang tidak dirawat. Jadi kami hentikan sementara operasi mereka sehingga mereka membentangkan cadangan mitigasi."Apabila kami berpuas hati, barulah akan dipertimbangkan semula," kata Nizarulikram.JMG sebelum itu turut mengeluarkan beberapa arahan kepada RHT berkaitan pengurusan air larian, kawalan hakisan, penyelenggaraan kolam hampas serta penambahan parameter pepejal terampai (TSS) dan konduktiviti dalam laporan harian.Dalam pada itu, kaedah lime dosing secara terus di sungai turut diarahkan dilakukan di luar sungai supaya air dapat dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan sekiranya diperlukan.Nizarulikram bagaimanapun menegaskan, tindakan terhadap RHT dibuat atas ketidakpatuhan yang dikesan dan tidak dengan sendirinya membuktikan operasi berkenaan menjadi punca fenomena air Sungai Perak bertukar kebiruan.Menurutnya, punca fenomena itu perlu ditentukan berdasarkan keseluruhan bukti termasuk lokasi dan masa kejadian, corak aliran, persampelan serta analisis kualiti air.Audit menyeluruh, pemantauan masa nyata perkukuh kawal selia lombongIPOH - Pemantauan terhadap aktiviti perlombongan di Hulu Perak perlu diperkukuhkan melalui audit menyeluruh dan penggunaan sistem pemantauan masa nyata bagi membolehkan sebarang perubahan kualiti air atau ketidakpatuhan dikesan lebih awal.Ketua Pegawai Eksekutif Pakar Scieno TW Sdn Bhd, Dr Abdul Rani Abdullah mencadangkan audit menyeluruh dilaksanakan terhadap premis terbabit bagi mengenal pasti kelemahan sistem pengurusan air dan pelepasan.Menurutnya, audit itu perlu membabitkan analisis jurang bagi menentukan sama ada sistem pengurusan yang sepatutnya diwujudkan benar-benar dilaksanakan dan berfungsi sebagaimana ditetapkan."Jelas bahawa kedua-dua tapak mempunyai pelepasan |
|
IKA Sungai Perak baik, berada dalam Kelas II, selamat digunakan - Mygazette - 29/08 8:11 am Menurutnya, sekiranya terdapat parameter lain yang tidak termasuk dalam enam parameter IKA, ia perlu diambil kira secara berasingan bagi mendapatkan gambaran lebih menyeluruh mengenai keadaan kualiti air sungai. Beliau berkata, keadaan itu antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kes Sungai Rui dan Sungai Perak, khususnya berkaitan kemunculan warna biru pada segmen tertentu sungai |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |