///
See Also: Shopee Pay Promo

Headlines : Amanz News   Page 1    



Ulasan DJI Mic Mini 2S Kecil, Hebat, Profesional - 20/10 3:19 pm

DJI sekali lagi menunjukkan komitmen terhadap kualiti audio dengan memperkenalkan Mic Mini 2S. Ia bukan sekadar tambahan kecil tetapi peningkatan menyeluruh yang memberi nilai kepada pengguna. Bagi mereka yang pernah menggunakan Mic Mini 2, versi baharu ini jelas memperlihatkan hala tuju DJI yang semakin matang dan relevan. Sebagai pengguna Mic Mini 2, saya dapat melihat []





Redmi K100 Bakal Hadir Dengan Bateri 10,000mAh Dan Pengecasan 100W - 20/10 3:10 pm

Redmi K100 akan menjadi model ketiga dalam siri Redmi K100 dan dijadualkan dilancarkan di China pada hujung bulan ini. Menjelang pelancaran, beberapa ciri reka bentuk telah didedahkan termasuk panel belakang rata dengan modul kamera mendatar, mirip siri Redmi K100 Pro. Telefon ini juga akan hadir dengan sekurang-kurangnya satu pilihan warna baharu iaitu hijau. Selain itu, []





Kesatuan Sekerja Micron Di Taoyuan Akan Mogok Minggu Ini Sebagai .. - 20/10 2:58 pm

Seperti yang sedia maklum, para pekerja syarikat pengeluar cip memori dan storan Micron di Taiwan sedia menerima habuan bonus bernilai NT$1 juta, tetapi perbincangan masih lagi sedang berjalan bersama dua kesatuan sekerja syarikat tersebut untuk menambahkan habuan perkongsian keuntungan masa panjang juga. Terkini, ia dilaporkan bahawa kesatuan sekerja Micron di kilang Taoyuan akan mula mogok []





Penggantian MyKad Kini Boleh Dilakukan Melalui Aplikasi MyGOV - 20/10 1:58 pm

Penggantian kad pengenalan kini boleh dilakukan dengan lebih mudah melalui aplikasi MyGOV di telefon pintar. Dengan ini, orang ramai boleh mengemukakan permohonan tanpa perlu hadir ke kaunter sekali gus menjimatkan masa dan mempercepatkan urusan. Bagaimanapun, setiap permohonan masih tertakluk sepenuhnya kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Proses permohonan gantian MyKad []





Amerika Haramkan Penggunaan AI DeepSeek Oleh Agensi Kerajaan - 20/10 1:47 pm

Perang teknologi antara Amerika Syarikat dan China kini merebak ke arena kecerdasan buatan (AI) pula. Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) telah mengharamkan penggunaan model AI DeepSeek oleh agensi-agensi kerajaan sejak Julai cuma baru semalam diumumkan secara terbuka. Agensi kerajaan diarahkan membuang sebarang sistem DeepSeek pada sistem yang digunakan degan segera. Model DeepSeek menjadi pilihan kerana []





Shopee Instant Mart Kini Menjanjikan Penghantaran Dalam Masa Kurang 1 Jam - 20/10 1:41 pm

Shopee sedia menawarkan pilihan penghantaran segera daripada sejumlah pekedai dibawah program Instant Mart pada platform edagang mereka. Sebelum ini, penghantaran dijanjikan dalam masa 4 jam sejak membuat tempahan dan pembayaran, tetapi melalui kemaskini baharu ini, Shopee menjanjikan penghantaran dalam masa kurang 1 jam. Dengan langkah ini, para pembeli boleh mendapatkan barangan dengan lebih cepat dan []





Amazfit T-Rex Dual Solar Kini Di Malaysia Dengan Harga RM2799 - 20/10 12:21 am

Jam tangan baharu Amazfit T-Rex Dual Solar kini rasmi memasuki pasaran Malaysia. Direka khusus untuk aktiviti luar, model ini hadir dengan ketahanan lebih baik, sokongan tenaga solar dan ciri pintar yang sesuai untuk gaya hidup aktif serta sukan ekstrem. Sorotan utama jam tangan ini ialah teknologi Dual- Sided Solar Charging pertama di dunia untuk jam tangan []





Robot Penghantaran Barang Zelos Kini Diuji Di Jalan Raya Cyberjaya – .. - 20/10 12:18 am

Awal tahun ini syarikat Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd dengan kerjasama Pos Malaysia telah memulakan penggunaan robot penghantaran Zelos, yang mampu menghantarkan barangan secara pukal, dan bersaiz besar, namun digunakan di kawasan terhad iaitu di Pusat Mel Nasional. Hari ini mereka mengumumkan robot Zelos akan digunakan di jalan raya sekitar Cyberjaya, menandakan kemasukan robot penghantaran []





Meta Membina Kabel Bawah Laut Dengan Kapasiti 1 Petabyte Pertama Dunia - 20/10 12:16 am

Keperluan untuk data internet semakin bertambah kerana saiz fail semakin besar dan pelanggan mahu ianya menjadi semakin pantas. Dengan keperluan internet pantas dijangka semakin meningkat bagi menampung sistem ejen kecerdasan buatan (AI), Meta mengumumkan Petal, projek kabel bawah laut pertama dunia dengan kapasiti 1 Petabyte sesaat. Dengan kapasiti ini, ia adalah dua kali ganda kapasiti []





Pelanggan Spotify Family Kini Perlu Mengesahkan Mereka Tinggal Serumah - 20/10 11:49 am

Pelan Spotify Family membolehkan satu akaun dikongsi oleh empat pengguna yang merupakan ahli keluarga. Tetapi ia kerap digunakan oleh rakan sepejabat atau dijual menerusi forum untuk mengurangkan kos bayaran bulanan berbanding akaun individu. Spotify kini mula meminta pengguna Spotify Family mengesahkan mereka tinggal serumah. Pemegang akaun utama akan diberikan kod QR yang perlu di imbas []





Sekurang-Kurangnya 50% Lebuh Raya Utama Malaysia Disasarkan Dilengkapi .. - 20/10 11:19 am

Malaysia dilihat semakin serius dalam usaha membentuk masa depan perjalanan yang lebih selamat dan lestari. Melalui inisiatif baharu, separuh (50%) daripada 34 laluan utama disasarkan menerima naik taraf moden dalam beberapa tahun mendatang. Langkah ini dijangka membuka jalan kepada sistem pengangkutan yang lebih cekap serta mesra alam. Antara elemen yang bakal dilaksanakan termasuk kamera pemantauan []





Bekas CEO Google Dilaporkan Mempunyai Pegangan Hampir 1% Pada Anthropic - 20/10 10:51 am

Eric Schmidt, bekas CEO Google kini dilaporkan mempunyai pegangan sekitar 1% pada syarikat kecerdasan buatan Anthropic. Ini sekaligus membuatkan Eric Schmidt dijangka menerima pulangan tinggi berkali ganda apabila ia disenaraikan pada bursa kelak. Eric Schmidt melabur pada Anthropic sebanyak beberapa puluh juta, ketika pelaburan dalam Series A. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama []





Apple Menjadualkan Pengenalan Produk Baru Pada 29 Oktober – MacBook .. - 20/10 12:42 am

Apple kini secara rasminya mengumumkan sebuah acara yang dijadualkan pada 29 Oktober, 1 pagi (waktu Malaysia). Buat masa ini, Apple tidak memberitahu secara rasminya apakah yang bakal dilancarkan mereka. Namun, mengikut desas- desus, Apple dijangka perkenal kemaskini kepada keluarga MacBook Pro dan juga iPad pada acara berkenaan. Salah satu produk baharu yang dijangka mencuri perhatian pada []





Kerajaan Akan Menilai Keperluan Pengesahan Identiti eKYC Untuk Permainan .. - 20/10 12:20 am

Menteri Komunikasi kini menyatakan kerajaan akan menilai keperluan untuk mengimplementasi pengesahan identiti atau eKYC untuk mengakses platform permainan atas-talian, sebagai contoh Roblox. Buat masa ini, perkara ini masih pada peringkat sangat awal. Sejumlah aspek akan diambil kira sebelum mengimplementasi sebarang perkara, termasuk masalah melibatkan pengguna bawah umur, dan adakah terdapat kemungkinan platform berkenaan disalah guna. []





Elon Musk Ingin Beri Satu Saham SpaceX Kepada Setiap Kanak-Kanak Di .. - 19/10 10:50 pm

Elon Musk kini melalui X mengumumkan akan memberikan satu saham SpaceX kepada setiap kanak-kanak di Amerika Syarikat, pada 2027. Elon Musk turut menyatakan ini sekadar permulaan, dan mungkin akan melakukan sejumlah perkara lain pada masa akan datang. Elon Musk pada hari ini mempunyai sekitar 4.8 bilion saham SpaceX, dan angka berkenaan mungkin meningkat kepada 6.4 []





Razer Barracuda V2 Pro Kini Ditawarkan Pada Harga RM969 - 19/10 4:44 pm

Razer, jenama perkakasan gaming terkemuka baru-baru ini telah memperkenalkan fon kepala gaming nirwayar premium terbaru mereka, iaitu Razer Barracuda V2 Pro untuk pasaran tempatan. Jika anda mahukan sebuah fon kepala gaming nirwayar yang tampil dengan kualiti pendengaran audio yang terbaik untuk gaming dan lain-lain, mungkin ini adalah fon kepala untuk anda. Razer Barracuda V2 Pro []





Enam Cip Semikonduktor Buatan Tempatan Diperkenalkan Di AiSEM 2026 - 19/10 3:05 pm

Acara AiSEM 2026 berlangsung pada minggu lepas memperlihatkan pembangunan syarikat-syarikat tempatan dan global dalam sektor perisian, kecerdasan buatan, robotik, aeronautik, cip semikonduktor dan sebagainya, dan salah satu pengumuman terbesar hadir berkaitan pengenalan enam cip semikonduktor yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat tempatan. Cip-cip semikonduktor ini dibangunkan di Malaysia Semiconductor IC Design Park dan diumumkan oleh Menteri Besar []





MOF Dakwaan Tular Berkaitan Caj Transaksi Kod QR Adalah Tidak Benar Sama .. - 19/10 3:02 pm

Terdapat dakwaan bahawa caj transaksi kod QR akan mula dikenakan pada 1 November 2026 namun dakwaan itu adalah tidak benar. Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) telah menolak sepenuhnya perkara tersebut dengan menegaskan bahawa poster yang tular berkenaan adalah palsu dan tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan caj QR. Sebagai langkah pencegahan terhadap kekeliruan, MOF turut bertindak []





Tiket Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Bermula RM60 Sehala - 19/10 1:57 pm

Hara tiket untuk perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diumumkan oleh Malaysia Rail Link (MRL) hari ini dengan perjalanan sehala hujung-ke-hujung dari Gombak-Selangor ke Kota Bharu-Kelantan adalah bermula RM125 bagi kelas ekonomi. Selain itu turut diumumkan juga tambang untuk beberapa destinasi lain seperti KotaSAS, Pahang dan Kuala Terengganu. Transit Ekspres Gombak ke KotaSAS, Pahang RM60 []





Honor Berkongsi Jadual Kemas Kini MagicOS 11 Untuk Peranti Global - 19/10 11:43 am

Honor telah mengumumkan jadual kemas kini sistem operasi terbaharu, MagicOS 11 berasaskan Android 17 yang bakal diedarkan ke seluruh peranti global. Menurut Honor UK, semua peranti yang tersenarai akan menerima kemas kini ini secara berperingkat bermula Oktober 2026 hingga Mac 2027. Honor turut menegaskan bahawa jadual edaran ini tidak dipecahkan mengikut model tertentu. Sebaliknya, ia []





CMF Clip Pro dan CMF Buds Neo Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM129 - 19/10 9:41 am

CMF, sub-jenama kepada Nothing, kini telah mula menawarkan dua produk baharu mereka untuk pasaran tempatan, iaitu CMF Clip Pro dan juga CMF Buds Neo. Kedua-duanya sudah boleh di beli di pasaran tempatan bermula hari ini. CMF Clip Pro merupakan fon telinga yang hadir dengan rekaan boleh-klip pada telinga, menyertakan sokongan LDAC, sokongan kawalan pintar, dan []





Kos Menggantikan Skrin iPhone Duo Lebih Mahal Daripada Sebuah iPhone 17 .. - 19/10 9:33 am

Dengan pratempahan iPhone Duo dibuka pada Jumaat lalu, saya pasti ramai peminat tegar telahpun melakukan pembayaran untuk memiliki telefon lipat pertama Apple. Serentak dengan tempahan yang dibuka, Apple turut telah menyenaraikan kos untuk mengganti beberapa komponen utama telefon ini dan kos menggantikan skrin lipat di bahagian dalam adalah lebih tinggi berbanding sebuah iPhone 17. Apple []





Tempoh Menanti Untuk Apple iPhone Duo Kini Sehingga Penghujung Januari 2027 - 19/10 8:46 am

Jika anda tidak sempat melakukan pratemapahan untuk membeli iPhone Duo minggu lalu, anda bernasib malang kerana tempoh menanti untuk telefon lipat pertama Apple ini kini adalah amat lama. Dalam pengamatan kami semalam, jika tempahan dilakukan hari ini peranti hanya akan tiba ke tangan pembeli pada 27 Januari 2027. Penantian lebih tiga bulan ini adalah untuk []





Apple Sedangkan Bangunkan HomeView Baru Yang Boleh Berpaling Memfokuskan .. - 18/10 11:53 pm

Apple baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah peranti berbentuk hab di rumah, dinamakan HomeView. Melaluinya, ia menawarkan sebuah skrin pintar yang turut disokong Siri AI, membolehkan sehingga enam orang berinteraksi dengannya, termasuk menggunakannya dalam menyemak jadual, melakukan panggilan video, menggunakannya untuk bertanyakan informasi, mahupun untuk memainkan lagu. Buat masa ini, skrin berkenaan perlu digerakkan secara manual []





Samsung Dijangka Membawa Perubahan Besar Melalui One UI 10 - 17/10 9:22 pm

Samsung sedia mula menawarkan One UI 9 kepada pengguna beberapa peranti mereka, dan untuk tahun 2027, Samsung bakal hadir dengan One UI 10. Selari dengan pengenalan versi ke sepuluh atau selepas sekitar satu dekad, kini Samsung dilihat menyediakan perubahan besar pada penawaran antaramuka sistem operasi Android mereka. Sejak kebelakangan ini, One UI sekadar membawa perubahan []





Xperia 10 VI Tidak Akan Menerima Kemaskini Android 17 Yang Dijanjikan - 16/10 9:01 pm

Sony ketika pelancaran Xperia 10 VI pada 2024 yang lepas, mereka menjanjikan kemaskini Android sebanyak tiga versi. Ini bermakna peranti berkenaan akan menerima kemaskini sekurang-kurangnya sehingga Android 17. Namun, perkara berkenaan tidak dapat direalisasikan Sony. Sony meminta maaf berkaitan perkara ini, mengatakan kemaskini Android 17 tidak dapat ditawarkan untuk Sony Xperia 10 VI disebabkan oleh []





Apple iPhone Duo Kini Boleh Dipra-tempah Di Malaysia – Harga Bermula .. - 16/10 8:00 pm

Apple kini telah membuka pra-tempahan untuk iPhone Duo di Malaysia, iaitu telefon pintar boleh-lipat pertama oleh Apple. Telefon boleh-lipat ini akan dijual secara rasminya bermula 23 Oktober 2026, iaitu minggu hadapan, tetapi anda sudah boleh melakukan pra-tempahan melalui laman rasmi Apple hari ini. Apple iPhone Duo hadir dengan rekaan boleh-lipat dan dibuka seumpama buku, dengan []





Top Tech Innovation Awards 2026 Menerima Sokongan TIME Sebagai Rakan .. - 16/10 6:28 pm

Beberapa hari lalu kami telah melaporkan tentang acara Top Tech Innovation Awards 2026 (TTIA 2026), yang merupakan sebuah acara penganugerahan pelbagai produk, perkhidmatan dan startup berasaskan teknologi dalam membawa inovasi dan memacu transformasi di Malaysia. Terkini, syarikat pembekal rangkaian internet tempatan Time telah disahkan sebagai rakan pendigitalan acara tersebut, sebagai tanda sokongan untuk platform yang []





Samsung Berkongsi Visi Bank dan Hospital Moden Menggunakan Ekosistem Semasa - 16/10 6:10 pm

Di Hanoi Rabu lalu, saya dijemput untuk melihat beberapa produk mesin dobi B2B baharu serta ciri yang diterima peti sejuk pintar menerusi kemas kini Tizen. Di rung pameran yang sama, saya turut diberikan akses kepada visi ruang bank serta hospital moden yang menggunakan teknologi semasa Samsung. Teknologi Samsung jarang sekali dikaitkan dengan ruang komersial memandangkan []





TikTok Shop Malaysia Meningkatkan Caj Yuran Komisen Untuk Sejumlah Besar .. - 16/10 4:56 pm

TikTok Shop Malaysia kini memaklumkan para penjual tempatan berkenaan kadar pengiraan caj yuran komisen yang dikemasmini, berkuat-kuasa 31 Oktober 2026. Melalui pengamatan kami, 5 kategori barangan dikurangkan kadar komisen, 5 kategori dikekalkan kadar komisen, sementara yang lain ditingkatkan kadar komisen masing-masing. 5 kategori yang dikurangkan caj yuran komisennya di TikTok Shop adalah untuk barangan penjagaan []





Pelancaran Siri Vivo X500 Di Malaysia Dijadualkan Pada 27 Oktober 2026 - 16/10 2:49 pm

Tiada lagi teka teki apabila vivo mengesahkan pelancaran rasmi siri X500 di Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 27 Oktober 2026. Pelancaran ini bukan sekadar memperkenalkan telefon baharu tetapi menunjukkan komitmen vivo dalam segmen premium sambil membawa inovasi terkini kepada pengguna Malaysia. Tempahan awal peranti kini dibuka dengan ganjaran eksklusif bernilai sehingga RM4,300. Antara tawaran menarik []





Sony Lancarkan Sistem Mikrofon Nirwayar Untuk Bersaing Dengan DJI dan Rode .. - 16/10 2:21 pm

Sony ECM-W5 Wireless Mic System dilancarkan sebagai pesaing DJI, Rode dan Insta360 dalam pasaran mikrofon nirwayar untuk kegunaan rakaman video. Ia terdiri daripada dua pemancar mikrofon ECM-W5T dan satu penerima isyarat nirwayar ECM-W5R. Sony mengatakan ECM-W5 dibangunkan berdasarkan kajian terhadap keperluan pencipta kandungan moden dan pasukan produksi kecil. Fokusnya bukan sekadar kualiti bunyi, tetapi juga []





Sony Lancar 3 Walkman Premium Disadur Emas dan Menggunakan Android - 16/10 2:20 pm

Walkman pertama dilancarkan pada tahun 1979 dan sekaligus menjadi Sony kuasa besar dalam dunia audio sehingga ke hari ini. Hari ini mereka. melancarkan tiga model Walkman baharu untuk memainkan fail audio berdefinisi tinggi atau menstrim audio yang dikuasakan Android. NW-WM1ZM3 ialah model paling mercu dengan skrin 5.5 TFT sesentuh, storan 256GB (dengan sokongan kad micro []





Edits Kini Sokong Fungsi ‘Audio Links’ Untuk Kandungan Lebih .. - 16/10 2:17 pm

Meta menambah baik aplikasi suntingan Edits dengan ciri baharu yang memberi pengguna lebih kebebasan menghasilkan video kreatif. Penambahbaikan ini juga bukan sekadar soal memperluaskan pilihan, tetapi turut menjadikan pengalaman mencipta kandungan lebih menyeluruh. Antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuk fungsi Audio Link, yang membolehkan pencipta menambah pautan audio terus daripada pustaka Instagram untuk membawa penonton ke []





Tune Protect Perkenalkan TPXtra Insurans Dan Kemudahan Perjalanan Dalam .. - 16/10 1:50 pm

Tune Protect memperkenalkan TPXtra, iaitu sebuah platform insurans pintar baharu yang menyatukan perlindungan dengan perkhidmatan gaya hidup dalam satu ekosistem menyeluruh. Melaluinya, pelanggan bukan sahaja mendapat akses kepada insurans perjalanan, malah turut menikmati pelbagai kemudahan tambahan termasuk eSIM, lounge lapangan terbang, Delay Pass dan pemindahan lapangan terbang. Kesemua perkhidmatan ini diuruskan melalui satu akaun pelanggan []





Muse Spark Open Ialah Model AI Yang Boleh Digerakkan Menggunakan Mac .. - 16/10 1:03 pm

Meta baru-baru ini telah memperkenalkan model kecerdasan buatan terbaru mereka yang dinamakan Muse Spark Open, iaitu sebuah model AI multimodal yang hadir dengan sokongan untuk 816 bilion parameter dan juga kebolehan memproses konteks input dan output sebanyak 1 juta token sekaligus. Muse Spark Open hadir dengan sokongan multimodal (sokongan untuk memproses data dari pelbagai sumber, []





Teknologi Pengiklan Firma Israel Memasang Perisian Hasad Pada Peranti .. - 16/10 12:23 am

Kurang sebulan lalu, Benjamin Netanyahu mengeluarkan amaran Israel boleh melakukan serangan siber pada telefon pintar selepas dengan angkuhnya mengaku melakukan serangan bom menggunakan mesin kelui dan radio di Lubnan dua tahun lalu. Ada yang mengatakan ini sekadar amaran kosong tetapi laporan daripada Citizen Lab mendapati ini sebenarnya sudah berlaku melibatkan jutaan peranti. Penyelidik dari Citizen []





JomCharge, WHB Jalin Kerjasama Strategik Sasar Pembangunan 1000 Stesen .. - 16/10 11:33 am

Selangor semakin giat membina ekosistem kenderaan elektrik (EV) melalui persetujuan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Worldwide Holdings Berhad (WHB) dan JomCharge. Perjanjian ini bukan sekadar dokumen rasmi tetapi menjadi pemangkin dalam mempercepatkan pembangunan rangkaian stesen pengecas kenderaan EV di seluruh negeri. Melaluinya, WHB berperanan sebagai pengurus strategik negeri dengan tanggungjawab menyelaras pelabur serta rakan industri. Peranan []





Tesla Roadster Dilancarkan Dengan Kemampuan Melekap Pada Jalan dan .. - 16/10 11:11 am

Selepas sembilan tahun mendiamkan diri tanpa sebarang berita, Tesla Roadster dilancarkan secara rasmi pagi ini dengan demo menunjukkan ia boleh melekap pada permukaan jalan raya dan terapung sebelum mendarat ke permukaan jalan. Dalam skala 1-10, demo yang dilakukan oleh Tesla Roaster pagi tadi mungkin boleh diberikan 20 markah kerana sangat melampau dan cukup tidak disangka. []





Valve Dikatakan Sedang Membangunkan Steam Frame Dengan Skrin OLED - 15/10 10:06 pm

Pada tahun lepas, Valve telah memperkenalkan tiga buah perkakasan gaming baharu seperti generasi baru alat kawalan Steam Controller, konsol permainan bersaiz kecil Steam Machine dan perkakasan realiti maya Steam Frame. Kesemua perkakasan-perkakasan gaming tersebut telah dilancarkan, dengan permintaan untuknya sangat tinggi sekali sehingga orang ramai perlu menunggu berminggu hingga berbulan untuk membelinya sendiri. Walaupun begtitu, []




Reformasi     >>



Malaysias Anwar promises full disclosure as corporate .. - Scmp
Malaysias government will publicly release the findings of a special task force on corporate malfeasance in three months, Prime Minister Anwar Ibrahim said on Tuesday, as his administration seeks to appease public anger over its perceived failure to clamp down on corruption. Anwar is facing a ..
Kroni     >>



Ammar Aiman rangkul perak - Utusan
PETALING JAYA: Atlet para negara, Ammar Aiman Nor Azmi terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas gagal mempertahankan emas dalam acara 400 meter (m) lelaki T20 pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini. Ammar Aiman, 24, yang membuat penampilan kedua pada temasya itu, mencatat masa 48.34 saat (s) untuk ..
Tabloid     >>



Anwar Ibrahim Dedah Sebab Sebenar Hadir Konsert Siti .. - Ohmedia
Anwar Ibrahim dedah sebab hadir Konsert Gema Bumantara Siti Nurhaliza dan menjawab teguran pihak yang mempersoalkan kehadirannya. The post Anwar Ibrahim Dedah Sebab Sebenar Hadir Konsert Siti Nurhaliza appeared first on Oh! Media .
Tech     >>



Apple is already working on a larger and better .. - Gsmarena
Last week, Apple launched the HomeView, its first smart home screen thing, which is affixed to a speaker and rather obviously meant to compete with Amazon's Echo Show and Google's Nest Hub. The HomeView is basically Apple realizing it needs to be in this space and not cede it to its competitors ..
World     >>



Saudi Arabia postpones big investor conference to 2027 .. - Cnbc
Iran-backed Houthi militants have launched repeated volleys of missiles and drones at Saudi Arabia since a deadly airport attack earlier this month.
Motor Trend     >>



Motosikal Aveta Nova 200 Limited Edition Diperkenal .. - Mekanika
# AVETA NOVA 200 LIMITED EDITION DIPERKENAL - HANYA 1,688 UNIT, RM8,788 Bagi meraikan pengguna motosikal Aveta di Malaysia, Aveta Malaysia telah memperkenalkan Nova 200 Limited Edition (LE) ketika Aveta Mega Gathering 2026. Menurut Aveta, Nova 200 LE itu hanya terhad kepada 1,688 unit sahaja ..