| /// |
|
| Search : Besar Selangor News | Page 1 |
|
Pandan up for grabs after Rafizi quits PKR - Sinchew - 25/05 7:43 am KUALA LUMPUR: Elections may still be far away but the Pandan parliamentary seat is warming up after Datuk Seri Rafizi Ramli left PKR and resigned as Pandan member of parliament |
|
‘Cuaca’ minggu lalu di Johor lebih panas dari minggu ini .. - Mygazette - 25/05 7:43 am # 'Cuaca' minggu lalu di Johor lebih panas dari minggu ini -Pemuda UMNO Johor ISKANDAR PUTERI - Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menyifatkan cuaca minggu ini di Johor panas namun 'panas' minggu lalu lebih berbeza dipercayai merujuk kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan 'pemimpin budak' |
|
Peluru berpandu: MINDEF teliti tawaran beberapa negara - Mygazette - 25/05 7:43 am # Peluru berpandu: MINDEF teliti tawaran beberapa negara ISTANBUL - Kementerian Pertahanan sedang menilai tawaran daripada beberapa negara untuk mencari penyelesaian terbaik menggantikan sistem peluru berpandu antikapal (NSM) yang dibatalkan pembekalannya oleh syarikat pertahanan dari Norway |
|
PH N. Sembilan ada kekuatan hadapi PRN tanpa bergantung pihak lain – .. - Mygazette - 25/05 7:43 am # PH N |
|
Suhu politik Johor semakin panas -Onn Hafiz Suhu politik Johor semakin .. - Mygazette - 25/05 7:43 am ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan suhu politik di Johor semakin 'panas', dipercayai merujuk kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang semakin hampir |
|
Bedah siasat 3 mangsa kejadian bot penyelamat jatuh di pelantar minyak .. - Mygazette - 25/05 7:43 am # Bedah siasat 3 mangsa kejadian bot penyelamat jatuh di pelantar minyak pagi ini - Polis KUALA TERENGGANU - Polis mengesahkan tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah, selepas bot penyelamat yang dinaiki mereka terjatuh ke laut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan, tengah hari semalam |
|
Bersatu jawab dakwaan Hadi, sedia bersemuka pertahan hubungan PN - Mygazette - 25/05 7:43 am # Bersatu jawab dakwaan Hadi, sedia bersemuka pertahan hubungan PN KUALA LUMPUR Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sepatutnya menyelesaikan tiga isu utama yang menjadi pertimbangan parti itu untuk mengkaji semula hubungan dengan Bersatu melalui meja rundingan dan bukannya secara terbuka |
|
Malaysia tidak akan berdiam diri isu Gaza - Amirudin - Sinarharian - 25/05 7:39 am SEPANG - Kerajaan Malaysia akan terus memperhebat tekanan diplomatik dan tindakan perundangan antarabangsa bagi mempertahankan rakyat Palestin serta membongkar kekejaman rejim Zionis di Gaza.Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perjuangan untuk membebaskan Gaza tidak akan terhenti meskipun Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 telah selesai."GSF 2.O bukan hanya dengan menghantar kapten pasukan aktivis di laut, kita turut suarakan melalui persidangan di Brussels, baru- baru ini."Selepas ini, kita akan turut menilai dan ingin membawa persidangan itu di Malaysia pada masa depan kerana kita mahu setiap segi dan sendi perjuangan ini dapat dikembangkan, dapat diperkasakan dan membawa kepada pembebasan Gaza yang telah diimpikan sekian lama," katanya ketika berucap pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Kemanusiaan GSF 2.0 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Ahad.Amirudin berkata, rakyat Malaysia wajar berbangga dengan keberanian aktivis tempatan daripada pelbagai kaum dan latar belakang yang sanggup mempertaruhkan masa, tenaga serta nyawa demi memperjuangkan isu kemanusiaan di Gaza.Menurutnya, para aktivis terbabit bukan sahaja berdepan tekanan psikologi dan ancaman ketakutan, malah turut menerima serangan fizikal daripada pihak Zionis."Malaysia tidak akan berdiam diri, Parlimen tidak akan berdiam diri dan rakyat Malaysia juga tidak akan berdiam diri kerana mereka telah mencerca kedaulatan serta warga kita demi mempertahankan kemanusiaan."Satu usul berkaitan Gaza akan dibawa ke Parlimen dan yakin mendapat sokongan penuh daripada semua ahli Parlimen tanpa mengira latar belakang politik," katanya lagi.Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan peguam kini sedang mengumpul dokumen dan bukti pelanggaran undang-undang antarabangsa melibatkan aktivis kemanusiaan yang didakwa diculik dan diseksa."Kita juga akan membawa perkara ini ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selain meneruskan tekanan diplomatik."Pasukan ini, aktivis kita juga akan menjelajah seluruh negara, bercakap dan membawa hati Malaysia ke pentas dunia, kita akan turun di semua tempat sampaikan kerana ini adalah lambang kemanusiaan dunia abad ini yang harus kita selesaikan," ujarnya.Amirudin berkata, terdapat juga cubaan untuk menggagalkan misi solidariti tersebut melalui penyebaran maklumat palsu, serangan fizikal terhadap delegasi Malaysia dan tekanan terhadap ahli keluarga aktivis.Bagaimanapun katanya, delegasi Malaysia telah membuktikan kesungguhan luar biasa dalam mempertahankan perjuangan Palestin."Hari ini terbukti negara dan rakyatnya sanggup mempertaruhkan apa pun demi kemanusiaan abad ini untuk membebaskan Gaza dan juga menghapuskan kejaman Zionis yang telah berlaku puluhan tahun," katanya. |
|
'Kalau papa tak kembali jangan risau, selepas 10 tahun saya akan pergi ke Gaza' - Anak Kapten Siva - Sinarharian - 25/05 7:35 am Itulah semangat yang saya pegang dan akan terus memperlahankannya," katanya.Beliau berkata demikian pada Himpunan Solidariti Kepulangan Aktivis Global Sumud Flotilla 2.0 di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Ahad.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana sentiasa mendoakan aktivis GSF sepanjang misi ini."Saya bangga jadi warga Malaysia berbangsa India. Terima kasih kerana sudi mendoakan kami."Selepas ini saya dan keluarga lebih bertekad untuk bebaskan Palestin," ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: 28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIAGSF 2.0: Aktivis Razman teruskan rawatan di Istanbul, paru-paru bocor ditumbuk tentera IsraelGSF 3.0 diteruskan, tarikh akan dikongsi- Nadir Al- NuriSeramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum bertemu dengan ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak jam 8 malam.Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra; Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.Terdahulu, kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.Seorang lagi rakyat Malaysia, Razman Mat Ali, 38, perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.Terdahulu, kesemua 29 aktivis terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan 50 kapal yang belayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza. |
|
GSF 3.0 diteruskan, tarikh akan dikongsi- Nadir Al- Nuri - Sinarharian - 25/05 7:25 am SEPANG- Misi kemanusiaan ke Gaza menerusi Global Sumud Flotilla (GSF) akan terus dilaksanakan bagi meroboh dan menghancurkan Israel.Chef de Mission Sumud Nusantara Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman berkata, tarikh untuk misi kali ketiga itu akan dikongsikan kelak."Kita akan menggerakkan apa yang disebut sebagai We Rise iaitu membabitkan baki negara-negara yang tidak terlibat dalam GSF pada kali ini."Hampir 100 tahun perjuangan Palestin, kalau ada rezeki dan umur, Palestin akan dibebaskan saat kita masih lagi bernyawa |
|
Tiga pekerja pelantar minyak maut, bot penyelamat terjatuh ke dalam laut - Sinarharian - 25/05 12:30 am KUALA TERENGGANU Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala seorang lagi cedera parah selepas bot penyelamat (life boat) yang dinaiki mereka terjatuh ke dalam laut di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan pada Ahad.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.50 tengah hari itu, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan sedang menaiki bot berkenaan untuk turun ke laut bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform tersebut.Menurut beliau, insiden itu dipercayai berpunca apabila tali atau cangkuk (hook) yang dipasang pada bot penyelamat berkenaan tiba-tiba tercabut, menyebabkan kesemua mangsa bersama bot tersebut terjatuh ke dalam laut."Pasukan penyelamat digerakkan segera untuk menaikkan mereka semula ke atas platform."Kesemua mangsa kemudiannya telah dibawa menaiki helikopter pada jam 4 petang untuk diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bagi mendapatkan rawatan kecemasan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.Azli berkata, mangsa tiba di LTSM pada jam 5 petang dan terus dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), namun tiga daripada mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 5.25 petang."Mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Ahmad Fiqri Zakaria, 38, yang beralamat di Batu Berendam, Melaka; Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustamam, 28, dari Kuantan, Pahang; dan Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid, 37, dari Bandar Indera Mahkota, Pahang."Sementara itu, seorang lagi mangsa iaitu Mohd Taufik Mohd Ruslan, 37, yang berasal dari Banting, Selangor dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat patah tulang dan kini masih dirawat di Unit Kecemasan HSNZ," ujarnya.Beliau menambah, ketiga-tiga jenazah mangsa yang maut telah dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ pada jam 7.40 malam untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.Bagaimanapun katanya, setakat lewat malam tadi pihak jabatan berkenaan dilaporkan masih belum menjalankan prosedur tersebut. |
|
Selangor Halts Shoplot Worship Ban After Public Outcry - Rakyatpost - 25/05 12:18 am Selangor's state government approved planning guidelines in November 2025 that would ban non-Muslim places of worship from operating in commercial shoplots but the rules went unnoticed for six months until Petaling Jaya MP Lee Chean Chung flagged them publicly. |
|
28 Malaysian GSF 2.0 activists return home safely - FMT - 25/05 12:13 am The flotilla participants were welcomed by Selangor menteri besar Amirudin Shari and more than 100 relatives and supporters. |
|
28 aktivis GSF 2.0 selamat tiba di KLIA - Sinarharian - 25/05 12:06 am SEPANG - Seramai 28 aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Ahad.Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum bertemu dengan ahli keluarga dan penyokong yang mula berkumpul sejak jam 8 malam.Turut hadir, Duta Besar Palestin ke Malaysia, Jehad Fouad Alqdra; Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh dan Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby.Terdahulu, kesemua aktivis itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye dan meneruskan perjalanan pulang ke tanah air.Bagaimanapun, kelibat pempengaruh, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) sekali lagi tidak kelihatan pada himpunan solidariti kepulangan aktivis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA 1) di sini.Seorang lagi rakyat Malaysia, Razman Mat Ali, 38, perlu meneruskan rawatan kira-kira dua minggu lagi di Istanbul, Turkiye selepas disahkan menghidap paru-paru bocor ekoran ditumbuk tentera Israel.Terdahulu, kesemua 29 aktivis terbabit adalah sebahagian daripada kumpulan 50 kapal yang belayar dari selatan Turkiye pada 14 Mei lalu dalam usaha memecahkan sekatan Israel ke atas Gaza.Pengusiran mereka berlaku sehari selepas rakaman penghinaan terhadap aktivis ketika berada dalam tahanan, yang dikongsi secara dalam talian oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, sehingga mencetuskan kemarahan antarabangsa. |
|
Bangunan runtuh di Manila: Dua rakyat Malaysia terkesan - Sinarharian - 24/05 11:16 pm PUTRAJAYA - Kementerian Luar mengesahkan dua rakyat Malaysia terkesandalam insiden bangunan runtuh di Bandar Angeles, utara ibu negara Manila, Filipina pada Ahad.Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan, seorang mangsa disahkan selamat, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang giat mendapatkan maklumat sahih bagi memastikan status seorang lagi rakyat Malaysia."Kedutaan Besar Malaysia berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk memantau keadaan rakyat Malaysia yang disahkan selamat serta mengesahkan status dan lokasi seorang lagi rakyat Malaysia."Pada masa sama, segala usaha sedang dijalankan untuk menghubungi dan mengesan waris terdekat kedua-dua individu terbabit," menurut kenyataan itu.Menurut kementerian itu, operasi menyelamat sedang dijalankan bagi mencari individu yang dikhuatiri terperangkap.Katanya, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular segera atau mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia lain yang mungkin berada di kawasan terjejas diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila menerusi talian umum +63 286628200, nombor kecemasan (selepas waktu pejabat) +63 961 0778113 atau e-mel dimwmanila@kln.gov.my."Kementerian menzahirkan rasa simpati yang mendalam kepada semua pihak yang terkesanakibat insiden ini," katanya.Media melaporkan, seramai 26 individu berjaya diselamatkan selepas sebuah bangunan sembilan tingkat yang sedang dalam pembinaan runtuh awal Ahad di Bandar Angeles.Sebanyak 24 mangsa dikeluarkan dari struktur bangunan yang runtuh itu, manakala dua lagi diselamatkan dari hotel apartmen berhampiran yang turut terjejas akibat insiden berkenaan.- Bernama |
|
Bersama Rafizi bakal senasib dengan Pejuang Tun Dr Mahathir - MAPAN - Sinarharian - 24/05 10:17 pm KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan Datuk Seri Rafizi Ramli hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin.Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menegaskan, situasi berkenaan berlaku kerana politik Malaysia tidak pernah memihak kepada parti yang hanya bersandarkan satu individu tertentu."Bandingkan sahaja rekod Rafizi dengan rekod Dr Mahathir yang memerintah negara selama 22 tahun, membangunkan Langkawi, membina Putrajaya dan KLIA, tetapi tetap hilang deposit di kubu sendiri pada PRU15."Calon-calon Parti Pejuang yang beliau tubuhkan pula hilang deposit di hampir semua tempat |
|
Kementah nilai tawaran negara lain ganti peluru berpandu Norway, kata Khaled - FMT - 24/05 9:21 pm Menteri pertahanan berkata antara perkara utama dinilai sama ada penggantian sistem misil itu memerlukan rombakan besar terhadap struktur kapal siap dibina. |
|
Nur Izzati Humaira masih hilang, lokasi pencarian seluas 0.43km persegi - Sinarharian - 24/05 8:54 pm KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat remaja perempuan,Nur Izzati Humaira Azizulyang dilaporkan hilang semasa melakukan aktiviti pendakian di Bukit Changkat Asa dekat TanjongMalim semalam,meliputi kawasan seluas 0.436 kilometer (KM) persegi pada Ahad.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, 76 anggota bomba,sukarelawan dan ahlipertubuhan bukan kerajaan terlibat dengan operasi yang bermulabermula pada 9 pagi.Beliau berkata, pihaknya turut menggunakan khidmat dua anjing pengesan bagi membantu mengesan mangsa."Mangsa belum ditemukan |
|
Shi Feng kekal Raja Malaysia Masters - Sinarharian - 24/05 8:35 pm PEMAIN perseorangan lelaki China, Li Shi Feng mempertahankan kejuaraan Kejohanan Malaysia Masters 2026 selepas menewaskan Panitchaphon Teeraratsakul dari Thailand pada aksi final hari ini.Pada perlawanan berlangsung di Arena Unifi, Bukit Jalil hari ini, pilihan kelima kejohanan itu menepati ramalan selepas menundukkan lawannya 21-16, 21-17 dalam tempoh 50 minit.Kejayaan itu menyaksikan Li Shi Feng muncul pemain perseorangan lelaki kedua selepas legenda badminton negara Datuk Seri Lee Chong Wei yang berjaya mempertahankan gelaran berkenaan pada 2009 hingga 2012 semasa kejohanan itu berstatus Grand Prix Emas."Ia motivasi besar untuk saya menghadapi kejohanan akan datang kerana sudah agak lama saya tidak memenangi sebarang gelaran |
|
Anglican Diocese of Kuching Bishop Danald Jute elected Bible Society of Malaysia president - BorneoPost - 24/05 7:50 pm KUCHING (May 24): Bishop of the Anglican Diocese of Kuching Datuk Danald Jute has been elected as Bible Society of Malaysia president during its 41st annual general meeting in Petaling Jaya, Selangor on Saturday |
|
Bersatu jawab enam dakwaan Abdul Hadi - Sinarharian - 24/05 7:46 pm SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesal terhadap tuduhan yang dilemparkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung beberapa isu termasuk pertukaran Menteri Besar Perlis, krisis politik Negeri Sembilan serta dakwaan kelemahan jentera pilihan raya Bersatu yang dikatakan menjadi asas Pas mengkaji semula hubungan dengan parti itu.Menurut kenyataan Biro Politik Bersatu, semua isu berbangkit sepatutnya diselesaikan secara musyawarah dalam Perikatan Nasional dan bukannya diperdebat secara terbuka kerana boleh menimbulkan salah faham serta persepsi negatif terhadap parti dan gabungan berkenaan.Berikut kenyataan penuh Biro Politik Bersatu:Biro Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah meneliti kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, dalam sidang media beliau di Rusila pada 22 Mei 2026.Dalam sidang media tersebut, beliau telah mengemukakan beberapa asas yang akan dipertimbangkan oleh parti Pas untuk mengkaji semula hubungan dengan Bersatu |
|
DAP also sees dissolving assembly as best way to resolve Negeri Sembilan crisis - FMT - 24/05 6:55 pm DAP secretary-general Loke Siew Fook says the party has conveyed its view to menteri besar Aminuddin Harun. |
|
Krisis politik Negeri Sembilan: DAP setuju cadangan Tok Mat bubar DUN - Sinarharian - 24/05 6:11 pm SEREMBAN - DAP bersetuju bahawa langkah terbaik bagi menyelesaikan krisis politik di Negeri Sembilan ialah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook, berkata langkah berkenaan dilihat dapat meredakan keadaan yang sedang berlaku, selain memastikan kerajaan negeri ditadbir dengan mandat yang lebih jelas."Sekurang-kurangnya ada satu mandat yang lebih jelas kerana sukar untuk ada lagi kepercayaan dalam Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan kerana mereka, iaitu ADUN UMNO-BN, telah pun menarik sokongan."Sekarang ini, sudah tentu apabila pilihan raya diadakan, kita akan bertanding antara satu sama lain |
|
Unity Government heading down Perikatan Nasional???s path - Sinchew - 24/05 6:04 pm Unity Government heading down Perikatan Nasionals path At the Pakatan Harapan convention, Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim criticised Johor Barisan Nasionals intention to go solo in the coming state election, saying this could even lead to an early dissolution of Parliament and a general election |
|
Rugi lebih RM2.7b: Kerajaan sedia nota Jemaah Menteri gempur scam dan... - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Rugi lebih RM2.7b: Kerajaan sedia nota Jemaah Menteri gempur scam dan judi dalam talian KUALA LUMPUR Kementerian Komunikasi akan menyediakan satu nota khas kepada Jemaah Menteri bagi membentangkan hasil resolusi daripada Pemukiman Membanteras Penipuan Dalam Talian, Jun ini |
|
Kerjaya keselamatan kini setanding profesional lain, graduan digalak .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Kerjaya keselamatan kini setanding profesional lain, graduan digalak ceburinya GEORGE TOWN - Kerjaya dalam bidang keselamatan tidak wajar dipandang rendah atau dijadikan pilihan terakhir kerana profesion itu kini mampu menawarkan pendapatan mencecah RM15,000 sebulan kepada pengurus keselamatan berpengalaman |
|
Usul tidak percaya: Jangan jejas institusi Diraja Perlis – Shahbudin .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Usul tidak percaya: Jangan jejas institusi Diraja Perlis - Shahbudin KUALA LUMPUR Cadangan untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Perlis perlu ditangani secara berhati-hati agar tidak menjejaskan kedudukan institusi Raja Berperlembagaan di negeri itu |
|
Hajat emak tercapai, 10 anak tunai haji bersama - Mygazette - 24/05 6:04 pm Dia merupakan jemaah bertuah kerana berpeluang mengerjakan rukun Islam kelima bersama-sama sembilan adik-beradiknya dan enam ipar |
|
Peruntukan hampir RM6 juta untuk bilik guru di Johor – MB - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Peruntukan hampir RM6 juta untuk bilik guru di Johor - MB JOHOR BAHRU - Johor memperuntuk RM5.975 juta dalam Belanjawan Johor 2026 bagi Bantuan Bilik Guru untuk tahun keempat pelaksanaannya |
|
PM label pemimpin ‘budak’ bukan satu isu- Mohd Muzhaffar - Mygazette - 24/05 6:04 pm # PM label pemimpin 'budak' bukan satu isu- Mohd Muzhaffar ISKANDAR PUTERI - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melabel pemimpin muda sebagai 'budak-budak' disifatkan tidak wajar dikeluarkan seorang pemimpin tertinggi negara |
|
Rafizi bakal hilang Pandan seperti Azmin tewas di Gombak – Zakwan - Mygazette - 24/05 6:04 pm Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, senario itu dilihat tidak mustahil berlaku berdasarkan nasib menimpa Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang gagal mempertahankan Parlimen Gombak pada PRU15 lalu. Menurutnya, Mohamed Azmin yang pernah menguasai Gombak selama tiga penggal atas tiket Pakatan Harapan (PH) akhirnya tewas kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari |
|
Parti Bersama diramal senasib dengan Pejuang – Penganalisis - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Parti Bersama diramal senasib dengan Pejuang - Penganalisis KUALA LUMPUR Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang diasaskan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli diramal berdepan nasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang pernah dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad apabila gagal menambat sokongan pengundi pada pilihan raya |
|
Komited perkukuh PKR, Zafrul pastikan Anwar kekal PM penggal kedua - Mygazette - 24/05 6:04 pm Selain itu Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri itu mahu memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diberi mandat sebagai Perdana Menteri bagi penggal kedua. Beliau berkata, kehadirannya di kawasan itu adalah bagi menjalankan amanah Perdana Menteri dengan sokongan penuh kepada Menteri Besar Selangor, sekali gus membantu memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi |
|
Nak tinggalkan PKR, silakan – Danish Hairudin - Mygazette - 24/05 6:04 pm SHAH ALAM - Sesiapa sahaja dalam PKR yang mahu meninggalkan parti itu dialu-alukan untuk bertindak demikian, kata Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin |
|
PKR Johor kekal tenang, tak terheret dalam politik dendam – Dr .. - Mygazette - 24/05 6:04 pm # PKR Johor kekal tenang, tak terheret dalam politik dendam - Dr Zaliha JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor perlu kekal tenang kerana parti tidak berada dalam keadaan rapuh hanya kerana segelintir bekas pemimpin dan ahlinya keluar dan menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) |
|
Pemimpin PKR hadir majlis Parti Bersama perlu beri penjelasan - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Pemimpin PKR hadir majlis Parti Bersama perlu beri penjelasan PADANG RENGAS - Pemimpin PKR yang hadir pada majlis pengumuman Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) baru-baru ini, perlu tampil memberikan penjelasan berhubung kehadiran mereka pada majlis berkenaan |
|
Jangan mudah terpukau retorik politik Rafizi ??? Yaakob Sapari - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Jangan mudah terpukau retorik politik Rafizi Yaakob Sapari KUALA LUMPUR Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya anak muda diingatkan tidak mudah terpesona dengan retorik politik dibawa Datuk Seri Rafizi Ramli |
|
Zafrul pantau pengurusan Parlimen Pandan, Ampang – Amirudin - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Zafrul pantau pengurusan Parlimen Pandan, Ampang - Amirudin AMPANG Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR akan mengambil alih sementara pentadbiran Cabang Pandan dan Ampang selama satu hingga tiga bulan susulan perkembangan terbaharu melibatkan kepimpinan cabang berkenaan, kata Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari |
|
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa kebanyakan negeri hingga malam ini - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Ribut petir, hujan lebat dijangka landa kebanyakan negeri hingga malam ini KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 7 malam ini |
|
Politik perkauman tidak akan bawa Selangor ke depan – Preakas - Mygazette - 24/05 6:04 pm # Politik perkauman tidak akan bawa Selangor ke depan - Preakas SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning, Preakas Sampunathan mengingatkan rakyat supaya tidak terus terperangkap dengan politik perkauman yang menurutnya hanya memecah-belahkan masyarakat dan menghalang pembangunan negara |
|
PRN Johor: Parti Bersama hasrat tanding semua 56 kerusi DUN - Mygazette - 24/05 6:04 pm # PRN Johor: Parti Bersama hasrat tanding semua 56 kerusi DUN JOHOR BAHRU Parti Bersama Malaysia (Bersama) Johor menyasarkan untuk bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti |
|
Guan Eng tidak setuju syarat 50 peratus ekuiti Bumiputera dalam lupus tanah - Sinarharian - 24/05 5:40 pm SHAH ALAM - Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk meningkatkan pegangan ekuiti Bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).Menurut Penasihat DAP itu, peningkatan syarat daripada 30 peratus kepada 50 peratus dilihat sebagai satu perubahan dasar yang perlu diteliti semula.Sehubungan itu, beliau menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, membatalkan peningkatan syarat tersebut kerana dikhuatiri boleh memberi kesan kepada ekosistem pelaburan serta amalan urus niaga hartanah berskala besar di negara ini."Dasar-dasar dalam Garis Panduan Pemerolehan Hartanah (PAG) ini telah dilaksanakan dan dikuatkuasakan oleh kerajaan terdahulu tanpa sebarang pindaan."Peningkatan pemilikan ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 50 peratus oleh kerajaan semasa bukan sahaja menimbulkan kekecewaan dalam kalangan penyokong PH."Tetapi juga menimbulkan kebimbangan bahawa kerajaan ini mungkin akan melakukan perkara yang sama terhadap instrumen dasar dan pengaturan pentadbiran lain," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Guan Eng dalam masa sama turut menegaskan bahawa pendekatan berasaskan pasaran perlu diberi perhatian agar urus niaga komersial tidak terlalu dibebankan dengan syarat yang terlalu ketat sehingga boleh memberi implikasi terhadap kelancaran transaksi.Beliau juga menzahirkan kebimbangan bahawa perubahan dasar secara mendadak tanpa kajian menyeluruh boleh menimbulkan persepsi tidak konsisten dalam dasar ekonomi negara, sekali gus memberi kesan kepada keyakinan pihak berkepentingan. |
|
Wet and stormy weather for Selangor, Johor, Sabah, Sarawak and peninsular east coast tonight - Malaymail - 24/05 5:36 pm KUALA LUMPUR, May 24 The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) today issued a thunderstorm warning f... |
|
Amaran ribut petir, angin kencang landa 9 negeri, Labuan - MetMalaysia - Sinarharian - 24/05 5:32 pm KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkanWilayah Persekutuan Labuan serta sembilan negeri hingga 7 malam ini.MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keadaan cuaca buruk itu, dijangka melanda seluruh negeri Terenganu; Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim) dan Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh).Di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin manakala di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.Sementara itu, di Negeri Sembilan, kawasan terlibat ialah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.Menurut kenyataan itu, amaran sama dikeluarkan bagi beberapa daerah di Sarawak termasuk Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit (Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.Di Sabah, kawasan diramal terjejas ialah Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat |
|
Presiden Gerakan bongkar 'kelebihan tersembunyi' Dr Sam - Sinarharian - 24/05 4:54 pm SHAH ALAM - Di sebalik gaya kepimpinan teknokrat yang cukup tersusun, Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau membongkarsatu lagi kelebihan tersembunyi dimiliki Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurut Dominic, Naib Presiden Pas itu bukan sahaja mempengerusikan mesyuarat dengan ringkas dan padat tetapi turut memiliki sikap mesra rakyat dan tidak kekok bergaul."Semalam baru saya sedar, Dr Sam bukan sahaja mempunyai gaya kepimpinan teknokrat yang cukup tersusun, mempengerusikan mesyuarat dengan ringkas, tepat dan terus kepada isi penting, rupanya beliau juga ada satu lagi 'kelebihan tersembunyi'."Setiap kali ahli Gerakan mahu selfie dengannya, Dr Sam tidak kekok langsung |
|
Mat rempit kena 'pukat', motosikal diangkat lintas pembahagi jalan - Sinarharian - 24/05 4:39 pm SHAH ALAM - Motosikal diangkat melintasi pembahagi jalan lebuh raya dan longkang antara cubaan segelintir mat rempit melarikan diri selepas menyedari laluan di Plaza Tol Bukit Raja, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini ditutup polis pada Ahad.Operasi Bersepadu Samseng Jalanan itu digerakkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.Tindakan dijalankan dengan bantuan JSPT Bukit Aman, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).Penutupan jalan dijalankan kira-kira jam 3 pagi selepas pemantauan dan risikan beberapa jam di lokasi operasi mengesan aktiviti samseng jalanan.Difahamkan, lokasi itu menjadi litar bagi menguji kelajuan motosikal yang telah diubah suai.Polis Selangor dalam kenyataan memaklumkan bahawa sebanyak 103 kenderaan dan 120 individu berusia lingkungan 14 hingga 32 tahun telah diperiksa."Hasil operasi turut menyaksikan 200 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik, manakala 41 motosikal telah disita bagi tindakan lanjut."Selain itu, pihak AADK telah melaksanakan 50 pemeriksaan saringan rambang dan berjaya merekodkan lapan tangkapan melibatkan individu positif, iaitu tujuh positif ketum dan seorang positif ganja," katanya pada Ahad.Tambahnya, operasi itu dilaksanakan secara berterusan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan, selain memastikan keselamatan, ketenteraman serta pematuhan undang-undang jalan raya sentiasa berada pada tahap terbaik.Kesemua tangkapan dan sitaan motosikal telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk tindakan lanjut.Operasi itu turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan dan Ketua JSPT Selangor, Superintenden Edward Kondokor. |
|
'Parti Bersama akan senasib dengan Pejuang' - Penganalisis politik - Sinarharian - 24/05 4:09 pm KUALA LUMPUR - Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang ditubuhkan oleh Datuk Seri Rafizi Ramli hampir pasti akan bernasib sama seperti Parti Pejuang Tanah Air yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad.Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mashitah Mohd Udin berkata, hal ini kerana politik Malaysia tidak pernah memihak kepada parti yang hanya bersandarkan satu individu tertentu.Jelasnya, pengundi biasanya menilai sesebuah parti berdasarkan ideologi, jentera akar umbi dan kerja nyata di kawasan, bukan kerana populariti tokoh di media sosial."Bandingkan sahaja rekod Rafizi dengan rekod Dr Mahathir yang memerintah negara selama 22 tahun, membangunkan Langkawi, membina Putrajaya dan KLIA, tetapi tetap hilang deposit di kubu sendiri pada PRU15."Calon-calon Parti Pejuang yang beliau tubuhkan pula hilang deposit di hampir semua tempat |
|
'Lebih 80 peratus calon UEC ambil SPM, atas asas apa perlu iktiraf?' - Pakar - Sinarharian - 24/05 2:37 pm SHAH ALAM - Pakar pendidikan sekali lagi mempersoalkan kewajaran kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diterima masuk di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad berkata, ia kerana isu itu membabitkan segelintir kecil murid berbanding lebih 400,000 pelajar seluruh negara yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Menurut Felo Bersekutu MINDA-UKM itu, pelajar boleh sahaja menggunakan sijil SPM dan kemudiannya memilih untuk menduduki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) jika mahu memohon kemasukan ke IPTA."Jika berhajat memohon masuk ke universiti luar negara termasuk Taiwan walaupun STPM juga diiktiraf di kebanyakan universiti luar negara, maka ambillah UEC."Mengapa hanya kerana sekitar 2,000 pelajar yang tidak berminat menduduki SPM, jadi riuh satu negara? Berbaloikah disebabkan 0.5 peratus murid ini yang sebahagiannya merancang belajar di luar negara, kita sanggup 'langgar' Dasar Pendidikan Kebangsaan dan membelakangkan anak-anak bukan Melayu di peringkat STPM?"Bukankah sepatutnya dinasihatkan, lebih baik pelajar UEC ini ambil SPM dan STPM untuk memohon ke IPTA?" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Anuar berpandangan, isu UEC memang kecil dari segi data murid yang terlibat kerana hanya melibatkan sekitar 2,000 pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) yang tidak mengambil peperiksaan SPM setiap tahun.Bagaimanapun, baginya, isu yang lebih besar adalah cabaran pembinaan negara bangsa, perpaduan kaum dan ketegasan dalam melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.Menurutnya, satu aliran persekolahan yang menggunakan kurikulum, bahasa pengantar dan sistem peperiksaan awam sangat penting bagi menyatukan kehidupan masyarakat berbilang kaum."Malaysia negara majmuk |
|
Budak 11 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dalam sungai - Sinarharian - 24/05 12:44 am SUNGAI BULOH - Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE)) berdekatan Menara FINAS, Damansara Damai di sini pada Sabtu.Mayat mangsa, Paulus Amsal Jimri, 11, itu ditemukan kira-kira 1.9 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan lebih 18 jam oleh pasukan penyelamat.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.30 petang.Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh bersama bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam digerakkan ke lokasi kejadian."Komander operasi menerima laporan awal daripada pihak polis memaklumkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun dipercayai lemas di sungai terbabit."Operasi pencarian segera dijalankan oleh anggota bomba menggunakan teknik surface searching di sepanjang kawasan sungai," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Katanya, pencarian pada hari pertama dilakukan sejauh dua kilometer melalui kaedah pencarian permukaan dari darat, namun mangsa gagal ditemukan."Operasi ditangguhkan pada jam 9 malam selepas mengambil kira faktor keselamatan serta keadaan gelap yang menyukarkan pencarian."Operasi kemudian disambung semula pada jam 7.30 pagi Ahad dengan anggota melakukan pencarian menyusuri tebing sungai dari Jambatan Paya Jaras Hilir hingga Jambatan Merbau Sempak," katanya.Menurutnya, pada jam 10 pagi, pihaknya menerima maklumat terdapat mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemukan di tepi sungai di Jalan Welfare Kampung Baru Sungai Buloh."Pasukan PPDA berjaya membawa naik mangsa pada jam 10.47 pagi sebelum disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada jam 11 pagi."Pengecaman mayat kemudian dibuat oleh ahli keluarga sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. |
|
Victims in online sexual harassment cases urged to prioritise safety, preserve digital evidence, says former Selangor Bar chief - Malaymail - 24/05 12:38 am KUALA LUMPUR, May 24 Online sexual harassment is becoming an increasingly serious concern, with victims urged to... |
|
Analysis: The necessity of reining in social media companies - Sinardaily - 24/05 12:00 am KUALA LUMPUR - Children under 16 in Malaysia will likely not be able to make social media accounts in the near future, when the provision under the Online Safety Act (ONSA) 2025 restricting underage access to social media takes effect.Years of research have shown social medias deleterious effects on youth mental health, fueling anxiety, depression, self-harm and even suicide |
|
Simpan RM10 sejak kecil, 16 ahli keluarga tunai haji bersama - Sinarharian - 24/05 11:48 am MAKKAH Hanya bermula dengan simpanan Tabung Haji (TH) serendah RM10 sebulan yang dimulakan ibunya sejak kecil, Muhammad Huzair Zakhal, 39, kini berjaya menunaikan ibadah haji bersama 15 lagi ahli keluarganya di Tanah Suci.Menurutnya, perjalanan itu bukan sekadar memenuhi panggilan haji, tetapi menjadi bukti pengorbanan dan didikan seorang ibu yang sanggup mengorbankan masa serta kerjayanya demi masa depan anak-anak.Muhammad Huzair berkata, kejayaan mereka berkumpul menunaikan haji tahun ini hasil disiplin dan pengorbanan ibunya, Azizah Ibrahim, 68, yang sejak awal menitikberatkan pendidikan agama serta simpanan TH anak-anak.Katanya, beliau bersama sembilan adik-beradik lain serta pasangan masing-masing berangkat di bawah KT37 menjadikan keseluruhan 16 ahli keluarga berada bersama di bumi Makkah."Mak sebelum ini pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) tetapi berhenti kerja untuk membesarkan dan mendidik kami sepenuh masa di rumah," katanya ketika ditemui di sini.Beliau berkata, sistem pendidikan keluarga mereka menggabungkan akademik dan tahfiz sebelum meneruskan pengajian kitab selepas khatam 30 juzuk al-Quran.Jelasnya, tiga adik-beradiknya turut menyambung pengajian di Indonesia termasuk adik lelaki bongsu yang akan kembali ke negara itu selepas selesai menunaikan haji.Menurutnya, legasi pendidikan itu kini diteruskan menerusi penubuhan Maahad Tahfiz Baitul Hamd di Bandar Universiti, Seri Iskandar.Muhammad Huzair berkata, ibunya memulakan simpanan TH sebanyak RM10 sebulan bagi setiap seorang daripada 12 anak yang masih kecil ketika itu sebelum dinaikkan kepada RM20 seorang."Mak potong daripada pendapatan sendiri |
|
AMK gesa wakil rakyat hadir program Rafizi beri penjelasan - Sinarharian - 24/05 11:42 am PADANG RENGAS - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa mana-mana wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menghadiri program pengumuman Parti Bersama Malaysia (Bersama) baru-baru ini supaya tampil memberikan penjelasan kepada parti bagi mengelakkan polemik berterusan.Ketuanya, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu wajar sebagai tanda tanggungjawab kepada parti susulan kehadiran beberapa Ahli Parlimen pada majlis pengenalan parti baharu pimpinan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli.Menurutnya, kegagalan berbuat demikian hanya akan membuka ruang kepada lebih banyak persoalan dan kritikan daripada anggota parti sendiri."Bagi saya mudah, mereka ini muncul dengan platform di parti lain dan mereka harus tampil serta memberikan penjelasan yang sewajarnya."Kalau mereka tidak mengambil sikap sedemikian, maka biarlah perkara ini berterusan dan jangan marah kalau ada pihak terus menyerang."Adalah adil untuk anggota parti mempertikaikan perkara ini, tetapi menjadi tanggungjawab mereka juga untuk memberikan penerangan dan saya yakin parti akan meminta sebahagian daripada mereka tampil memberikan penjelasan secara tuntas," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Hari Keluarga Padang Rengas sempena Program Fun Run Untukmu Ibu 2026 anjuran Pusat Komuniti Rakyat Padang Rengas di Surau Al-Khairiah, Kampung Labu Kubong di sini pada Ahad.Mengulas penubuhan parti baharu itu, Muhammad Kamil menegaskan bahawa gerakan itu tidak memberi kesan besar terhadap kekuatan PKR di peringkat akar umbi.Katanya, PKR, khususnya AMK, kekal fokus memperkukuh jentera parti sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk pilihan raya negeri dan pilihan raya umum."Kita tidak nampak gerakan ini mempunyai signifikan besar |
|
Tiada cawangan terbubar, hanya satu kes di Tanjung Malim - Pengerusi PKR Perak - Sinarharian - 24/05 11:19 am IPOH - Tiada cawangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak yang terbubar susulan beberapa siri peletakan jawatan dan tindakan keluar parti baru-baru ini.Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, perkembangan di negeri ini hanya melibatkan satu cawangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Tanjung Malim dan tidak menjejaskan keseluruhan struktur organisasi parti.Menurutnya, hanya enam individu daripada barisan kepimpinan AMK cawangan berkenaan yang meletakkan jawatan, manakala majoriti ahli jawatankuasa masih kekal dan meneruskan fungsi seperti biasa."Daripada 18 ahli jawatankuasa yang dilantik, 12 orang masih bersama parti |
|
Rafizi berdepan risiko hilang Pandan seperti Azmin tewas di Gombak - AMK Pulau Pinang - Sinarharian - 24/05 10:14 am KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli berdepan risiko kehilangan kerusi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sekiranya PKR menampilkan calon berpengaruh untuk menentang beliau.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, situasi itu dilihat tidak mustahil berlaku sebagaimana nasib Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang gagal mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.Menurutnya, meskipun Rafizi mempunyai pengaruh tersendiri, parti baharunya iaitu Bersama Malaysia masih terlalu awal untuk dinilai dari segi kekuatan akar umbi dan jentera parti."Buat masa ini, terlalu awal untuk saya katakan beliau akan tewas di Pandan kerana partinya masih baharu dan belum teruji dari segi kekuatan akar umbi serta jentera."Bagaimanapun, jika PKR meletakkan seorang tokoh yang kuat di kawasan tersebut, saya yakin Rafizi boleh tewas dengan majoriti tipis," katanya pada Ahad.Pada PRU15, Mohamed Azmin yang juga bekas Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri tewas di Parlimen Gombak kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, selepas menyandang kerusi itu selama tiga penggal atas tiket Pakatan Harapan (PH).Sementara itu, Muhammad Zakwan berkata, faktor lokaliti Pandan sebagai kawasan bandar turut memainkan peranan penting dalam menentukan sokongan pengundi.Katanya, pengundi di kawasan itu lazimnya cenderung memilih parti yang stabil serta mempunyai kekuatan untuk membentuk kerajaan."Jika dilihat dari sudut pengaruh politik, Azmin dan Rafizi mempunyai kekuatan yang hampir sama," ujarnya. |
|
PKR Perak harap Anwar kekal pertahan kerusi Tambun - Sinarharian - 24/05 9:57 am IPOH - Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak menyuarakan harapan agar Presiden parti itu yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terus mempertahankan kerusi Parlimen Tambun pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.Pengerusi PKR Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri berkata, kehadiran Anwar di negeri itu amat penting bagi memperkukuh momentum parti, khususnya dalam usaha menambah kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN)."Sudah semestinya kami di Perak sangat memerlukan kehadiran Presiden di sini (bertanding PRU) untuk mendapatkan momentum dan sokongan."Setakat ini belum ada sebarang perubahan (kerusi), namun berdasarkan pengalaman kita, beliau akan membuat keputusan dalam tempoh dua hingga tiga bulan sebelum PRU dan tidak terlalu memikirkan pun sama ada sesuatu kerusi itu selamat atau sebaliknya," katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab media selepas Majlis Hi-Tea Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Perak bersama pengamal media di Wisma Keadilan Negeri Perak di Meru Raya di sini pada Sabtu.Majlis yang disertai hampir 50 pengamal media pelbagai agensi itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi PKR Perak merangkap Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing.Hadir sama Naib Pengerusi, Baldip Singh Santokh Singh, Muzaffar Shah Khairuddin dan Sandrea Ng; Ketua Wanita Keadilan Perak, Zuraidah Zakaria serta Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Ashraf Kahasani.Pada PRU15, Anwar memenangi kerusi Parlimen Tambun dengan majoriti 3,735 undi dalam pertembungan sengit menentang Timbalan Presiden Parti Primbumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.Mengulas laporan pengelasan kerusi mengikut kategori Tier 1, Tier 2A dan 2B, Mohamad Hairul Amir mengakui tiada kerusi Parlimen di Perak diklasifikasikan sebagai kerusi selamat.Beliau berkata, realiti politik di negeri ini menunjukkan kebanyakan kerusi adalah bersifat campuran dan sukar dijangka, termasuk Tambun yang diklasifikasikan sebagai kawasan Tier 2B atau kerusi marginal."Kita perlu realistik |
|
No restrictions yet on nonIslamic houses of worship in commercial areas, says Selangor exco - Malaymail - 24/05 9:54 am SHAH ALAM, May 24 The Selangor State Government has not enforced nor implemented planning guidelines that... |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |