![]() |
/// |
|
Search : Azam Baki News | Page 1 |
Rasuah: Negara rugi RM277 bilion - Utusan - 11/09 7:25 am PUTRAJAYA: Ketirisan hasil negara RM277 bilion dalam tempoh enam tahun ini bukan sahaja akibat rasuah bentuk fizikal tetapi juga ketika kerjasama pihak berkuasa dan mereka yang memohon untuk mendapatkan tender-tender projek kerajaan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, salah satu isu ketirisan adalah berkaitan dengan perolehan dana kerajaan yang .. |
KL City Gateway nafi tuduhan penduduk Kg. Sungai Baru, pengusiran esok .. - Mgazette - 11/09 7:21 am # KL City Gateway nafi tuduhan penduduk Kg |
Telefon awam asrama Zara Qairina ditutup 2 hari selepas kejadian - Mgazette - 11/09 7:21 am # Telefon awam asrama Zara Qairina ditutup 2 hari selepas kejadian KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner hari ini diberitahu telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, telah ditutup selama dua hari bermula 16 Julai lepas, iaitu selepas insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir |
Jumlah kes cerai tertunggak di Mahkamah Syariah menurun - Sinarharian - 10/09 5:57 pm IPOH - Jumlah kes tertunggak melibatkan penceraian di Mahkamah Syariah di Perak menyaksikan penurunan setiap tahun biarpun jumlah pendaftaran kes sentiasa meningkat saban tahun.Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pada tahun 2023, jumlah pendaftaran kes semasa yang diterima sebanyak 10,084 manakala baki kes dari tahun 2022 dan tahun-tahun sebelumnya sebanyak 2,417 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 12,501 kes.Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 10,135 kes telah berjaya diselesaikan dengan peratus prestasi penyelesaian keseluruhan 81 peratus dan baki yang dibawa ke tahun 2024 berjumlah 2,366 kes."Pada tahun 2024 berbekalkan baki sebanyak 2,366 kes dan jumlah pendaftaran kes semasa sebanyak 11,013 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam prosiding sebanyak 13,373 kes."Daripada jumlah tersebut prestasi penyelesaian kes meningkat kepada 85 peratus dengan jumlah penyelesaian keseluruhan kes meningkat kepada 11,361 kes |
Inkues Zara Qairina: Telefon awam asrama ditutup dua hari - Sinarharian - 10/09 4:36 pm KOTA KINABALU - Mahkamah Koroner pada Rabu diberitahu bahawa telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, telah ditutup selama dua hari bermula 16 Julai lepas, iaitu selepas insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.Perkara itu didedahkan oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri, pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja tersebut.Shahlan: Puan, boleh saya tahu bagaimana pelajar-pelajar di sana menghubungi ibu bapa mereka?Linah: Mereka guna telefon awam...ada juga yang pinjam telefon saya".Shahlan: Mereka guna duit syiling?Linah: "Tidakmereka guna kad |
Salah guna kuasa, rasuah nak dapatkan tender punca negara rugi RM227 bilion - Harapandaily - 10/09 4:17 pm Amalan rasuah dan salah guna kuasa dalam urusan kewangan negara telah menyebabkan Malaysia menanggung kerugian kira-kira RM227 bilion dalam tempoh lima tahun. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata jenayah itu berlaku apabila wujud kerjasama antara pihak berkuasa dengan mereka yang mahu mendapatkan projek kerajaan, sekali gus membuka ruang berlakunya ketirisan |
Sindiket seludup rokok, arak tumpas dalam Op Lung - Sinarharian - 10/09 3:45 pm PUTRAJAYA - Sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras yang dikesan memanipulasi borang pengisytiharan barangan import dan eksport tumpas dalam operasi khas sekitar Lembah Klang pada Selasa.Operasi dikenali Ops Lung itu dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) turut menahan dua individu termasuk seorang pengarah syarikat berusia 30-an dan pengurus berusia 40-an.Dua suspek terbabit ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM sebelum direman tiga hari bermula dari Rabu hingga 12 September oleh Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin.Susulan itu, serbuan turut dijalankan di 15 syarikat serta lima premis perniagaan yang dikenal pasti menjadi gudang simpanan haram.Hasil serbuan menemui sejumlah besar minuman keras pelbagai jenama dipercayai diseludup tanpa pengisytiharan cukai kepada kerajaan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, nilai cukai yang tidak diisytiharkan setakat ini dianggarkan kira-kira RM500,000 dan angka itu dijangka meningkat selepas siasatan terhadap beberapa lagi premis dijalankan."SPRM turut membekukan 14 akaun syarikat serta empat akaun individu di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA), membabitkan jumlah keseluruhan RM2.4 juta."Jumlah ini dijangka meningkat susulan pengesanan penglibatan beberapa lagi syarikat dan individu yang dipercayai bersubahat dengan sindiket berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, siasatan kini memberi tumpuan kepada elemen rasuah, penipuan melalui perisytiharan palsu serta aktiviti pengubahan wang haram termasuk pengesanan aset berkaitan.Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan lebih banyak tangkapan dilakukan dalam masa terdekat bagi membongkar keseluruhan rangkaian sindiket itu. |
MACC tracing Muhyiddin's son-in-law believed to be hiding in Middle East - Sinardaily - 10/09 3:40 pm PETALING JAYA - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is actively seeking information on the whereabouts of businessman Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, the son-in-law of former prime minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, who is believed to be residing in the Middle East.MACC chief commissioner Tan Sri Azam Baki confirmed that efforts are ongoing to determine Muhammad Adlan's exact location, with several actions already taken as of yesterday.He said that the commission has also submitted a request to the Home Ministry (KDN) to cancel Muhammad Adlans passport to facilitate investigations into alleged corruption and misappropriation linked to a ministry project."I heard that he is in a Middle Eastern country |
Azam Baki sahkan menantu Muhyiddin lari ke negara Timur Tengah - Mdateline - 10/09 2:49 pm Menantu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang disiasat kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja .. |
MACC believes Muhyiddin's wanted son-in-law in Middle East - Mkini - 10/09 2:17 pm Azam says Malaysia does not have an extradition treaty with the country. |
Menantu Muhyiddin dipercayai berada di Timur Tengah - SPRM - Astroawani - 10/09 1:50 pm Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, namun negara terbabit tidak dapat didedahkan. |
MACC asks govt to cancel passport of Muhyiddins son-in-law - FMT - 10/09 1:47 pm MACC chief Azam Baki says Adlan Berhan is currently said to be in a West Asian country with which Malaysia has no extradition agreement. |
SPRM mohon batal pasport menantu Muhyiddin - FMT - 10/09 1:34 pm Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata usaha mengesan Muhammad Adlan Berhan masih diteruskan |
Menantu Muhyiddin dipercayai berada di Timur Tengah - SPRM - Sinarharian - 10/09 1:31 pm PETALING JAYA - Menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang disiasat kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing dipercayai berada di sebuah negara Timur Tengah.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, namun negara terbabit tidak dapat didedahkan."Negara itu tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Malaysia."Usaha mengesan beliau (Adlan) masih dijalankan dan kita (SPRM) sudah membuat satu tindakan semalam dan berharap Kementerian Dalam Negeri akan bersetuju permohonan membatalkan pasportnya."Kita juga masih berbincang dengan negara terbabit bagaimana cara untuk membawanya pulang semula ke negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara SPRM dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini pada Rabu.Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.Mereka ialah Muhammad Adlan dan peguam, Mansoor Saat dengan kedua-duanya dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.Pada Oktober 2023, Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Razarudin Husain dilapor mengesahkan permohonan notis merah ke atas Muhammad Adlan dan Mansoor sudah diserahkan kepada Polis Antarabangsa (Interpol).Dalam kes berlainan, berhubung siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Incorporated (MBI) berkaitan rasuah konsesi perlombongan pasir, Azam memaklumkan SPRM telah mengambil tindakan baharu berkaitan siasatan kes tersebut.Ini berikutan khabar angin mendedahkan beberapa individu terkait dengan skandal rasuah tersebut telah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya minggu lepas."Ini saya tidak boleh dedahkan lagi siapa individu itu, tapi saya mengesahkan bahawa SPRM ada mengambil tindakan baharu berkaitan dengan MBI," katanya.Tambahnya, siasatan dijalankan membabitkan kes rasuah dan pengubahan wang haram. |
Kartel monopoli diesel: SPRM sahkan ada tangkapan - Azam - Sinarharian - 10/09 1:10 pm PETALING JAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan terdapat penahanan individu melibatkan kartel tender serta membekal diesel dengan cara mencurigakan di Sarawak.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, maklumat lanjut kes ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat."Terdapat satu kes penyeludupan diesel di Sibu."Ada tangkapan, tapi saya tidak boleh dedahkan jumlahnya |
SPRM perkenal blueprint KMC sempena ulang tahun ke-58 - Mgazette - 10/09 11:13 am Program KMC yang dirangka dengan kerjasama Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) itu dijangka dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tarikh tersebut. Menjelaskan lebih lanjut, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, KMC bertujuan meningkatkan kesedaran dan pendidikan awam mengenai kepentingan menjadikan Malaysia bebas amalan rasuah |
ASEAN PAC 21 kukuh kerjasama serantau perangi rasuah - Utusan - 10/09 10:44 am Objektif ASEAN PAC yang dianjurkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah mengukuhkan kerjasama serantau melalui perkongsian pintar antara sektor awam-swasta dalam memerangi rasuah. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, mesyuarat .. |
Probe into Mahathirs alleged foreign assets still ongoing, with anti-corruption council seeking assistance from UK - Indept - 10/09 9:34 am MALAYSIA: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has confirmed that its investigation into whether former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad owns assets overseas is still ongoing, with the probe now entering the stage of seeking assistance from British authorities. According to Bernama, MACC chairman Tan Sri Azam Baki said the commission is currently obtaining relevant […] |
Tycoon to face new charges over highway scandal - SUN - 10/09 9:30 am PUTRAJAYA : The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is preparing to press fresh charges against business tycoon Tan Sri Abu Sahid Mohamed and several others over the multi-billion ringgit MEX II scandal. Its chief commissioner Tan Sri Azam Baki said Abu Sahid, his wife Puan Sri Noor Azrina Mohd Azmi and former Mex II Sdn Bhd director Datuk Yap Wee Leong had been charged |
Super Four tertutup, Tigress bidik lima terbaik Asia - Sinarharian - 10/09 9:20 am SKUAD hoki wanita negara kini menumpukan misi menamatkan kempen Piala Asia 2025 dalam kelompok lima terbaik selepas langkah mereka ke saingan Super Four tersekat apabila tewas kepada Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Gongshu Canal Sports Park, Hangzhou, China.Pengendali Malaysian Tigress, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menegaskan barisan pemainnya perlu segera bangkit dan menebus kekecewaan itu apabila membuka saingan klasifikasi menentang Singapura hari ini."Berdepan Singapura, saya mahu pemain memberikan segalanya seperti ketika bertemu Taiwan |
MACC unveils latest prominent cases - SUN - 10/09 9:00 am PUTRAJAYA : The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has lifted the lid on a string of high-profile probes, detailing millions of ringgit in seized assets, looming prosecutions and investigations reaching into the highest levels of politics, business and the civil service. Its chief commissioner Tan Sri Azam Baki said the latest operations underscored progress in asset recovery but also the difficulty of translating investigations into criminal prosecutions, with several cases still awaiting decisions from the Attorney-Generals Chambers (AGC) and DPP |
SPRM, Angkasa meterai MoU perkukuh sektor koperasi - Sinarharian - 10/09 12:00 am PETALING JAYA - Memorandum Persefahaman (MoU) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memperkukuh sektor koperasi dalam pencegahan rasuah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, MoU ini akan berkuat kuasa selama lima tahun dari tarikh ia ditandatangani.Menurutnya, objektif MoU ini ialah mewujudkan kerjasama dua hala yang stabil dan berpanjangan dalam memupuk budaya antirasuah dalam sektor koperasi selain memelihara serta memperkukuh sokongan sektor koperasi terhadap usaha pencegahan rasuah oleh SPRM dan Kerajaan Malaysia."Ini juga bagi memastikan koperasi dan organisasi berkaitan mematuhi peraturan antirasuah dan amalan tatakelakuan yang baik."MoU ini juga memberi peluang besar kepada SPRM untuk memperluas capaian dan keberkesanan usaha pencegahan rasuah ke dalam sektor koperasi," katanya dalam Majlis Perasmian dan Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara SPRM dengan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini pada Rabu.Turut hadir Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.Tambah Azam, sepanjang tahun 2020 hingga 2025, SPRM telah membuka 356 kertas siasatan melibatkan koperasi dengan 76 tangkapan, 42 pertuduhan dan tujuh sabitan.Jelasnya, angka ini memberi isyarat bahawa masih banyak yang perlu dilakukan dalam memerangi salah guna kuasa dan ketirisan dalam sektor ini.Sementara itu, Abdul Fattah berkata, kerjasama strategik ini penting bagi memastikan koperasi seluruh negara bebas daripada salah guna kuasa dan penyelewengan.Katanya, selain kerjasama dengan SPRM, Angkasa turut melaksanakan langkah-langkah dalaman untuk memperkukuh integriti termasuk menubuhkan Unit Integriti sejak 2016."Adanya kerjasama ini, saya percaya budaya sifar toleransi terhadap rasuah dalam setiap lapisan koperasi dapat diwujudkan," ujarnya. |
SPRM kerjasama dengan pihak berkuasa UK siasat aset Tun M, keluarga dan sekutu - Sinarharian - 9/09 11:07 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa United Kingdom bagi menyiasat aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli keluarga serta sekutunya.Kerjasama itu dilaksanakan menerusi Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance, MLA) dengan National Crime Agency (NCA) United Kingdom yang dimeterai pada Disember tahun lalu.Sumber berkata, SPRM sebelum ini mengadakan beberapa siri pertemuan dengan International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC), unit khas di bawah NCA berpusat di London bagi membincangkan siasatan berkenaan."SPRM kini menunggu senarai rasmi aset daripada pihak berkuasa United Kingdom melibatkan beberapa negara termasuk Kanada, Switzerland, Jepun dan United Kingdom sendiri."Sebaik maklumat lengkap diperoleh, SPRM akan memulakan proses perundangan untuk tindakan sitaan serta pelucuthakan aset yang dikenal pasti, sebagaimana dilakukan dalam kes membabitkan Tun Daim Zainuddin sebelum ini," katanya pada Selasa.Sumber itu menegaskan, usaha mengesan dan memulangkan aset yang dipercayai diseleweng bukan perkara mudah."Hal ini kerana melibatkan instrumen perundangan antarabangsa selain memerlukan kerjasama pelbagai pihak luar negara."Namun siasatan tetap diteruskan secara telus bagi memastikan semua aset haram dapat dipulangkan kepada negara," katanya.Difahamkan, siasatan dijalankan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan serta Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).Setakat ini, SPRM sudah memanggil dua anak kepada Dr Mahathir untuk mengisytiharkan aset yang dimiliki di dalam dan luar negara.Terdahulu, media melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih diteruskan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat daripada agensi penguat kuasa luar negara berhubung perkara itu. |
Azam's silence on 'threat' unacceptable, Muda tells police - Mkini - 9/09 6:34 pm UPDATED 6.31PM Muda leader says MACC chief could be violating his statutory duties. |
Skandal Sabah: Amira Aisya beri keterangan kepada polis - Mkini - 9/09 4:53 pm Muda mohon polis siasat, ambil tindakan sekiranya terbukti Azam melanggar undang-undang |
Probe on Dr Mahathir still ongoing - Azam Baki - Sinardaily - 9/09 2:52 pm PUTRAJAYA -The investigation into former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad is still ongoing, with current focus on assets believed to be owned by him in the United Kingdom (UK), Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner Tan Sri Azam Baki said.He said the MACC is in the process of obtaining detailed information from the UK authorities regarding the matter."The investigation involving Dr Mahathir is still ongoing, and we are obtaining detailed information from external parties, particularly the UK authorities, regarding assets believed to be owned by him."If such information is obtained, we will announce it later, he told a press conference here today.In April 2024, Azam was reported as saying that the former prime minister was among individuals under investigation in relation to an asset declaration issue.Following the investigation, both his sons have also been served notices to declare their assets within the stipulated period under Section 36 of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Act 2009.On Jan 21, it was reported that, according to their asset declarations submitted to the MACC, Tan Sri Mokhzani Mahathir owned assets worth about RM1 billion, while Mirzan Mahathir declared RM246.2 million.Ona viral claim by a lawyer who alleged intimidation by MACC investigating officers during questioning on Sept 2, Azam said he had personally sought clarification from his officers, and their version of events differed from what was shared on social media."Yes, that was his version, andafter he made it viral on social media, I asked my officer directly for clarification, and his version was different."So I would say, the best way is to bring this matter to court for certainty |
SPRM tumpu siasatan aset Dr M di UK - FMT - 9/09 1:34 pm Azam Baki berkata SPRM dalam proses mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa UK berhubung perkara itu. |
Siasatan terhadap Tun Mahathir masih berjalan, tumpu aset dipercayai dimiliki di UK - Azam Baki - Astroawani - 9/09 1:30 pm Siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan dengan tumpuan kini diberikan kepada aset yang dipercayai dimiliki beliau di United Kingdom (UK). |
Dr M probe ongoing, says MACC chief - FMT - 9/09 1:19 pm Azam Baki says MACC is obtaining detailed information from external parties, including UK authorities. |
Siasatan Op Sky, Op Sohor selesai, beberapa individu akan didakwa - Azam Baki - Astroawani - 9/09 1:10 pm SPRM hampir lengkapkan siasatan Op DBKL, dengan rampasan aset mewah dan cadangan pertuduhan sedang dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya. |
SPRM pulih wang RM12 juta kes Sapura Energy - Sinarharian - 9/09 1:08 pm PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulihkan wang berjumlah kira-kira RM12 juta yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan Timbalan Pendakwa Raya."Tindakan pemulihan ini turut dipersetujui pihak peguam dan wang berkenaan akan dilucuthak serta dikembalikan kepada kerajaan dalam masa terdekat."Selain itu, pihak Timbalan Pendakwa Raya juga akan mempertimbangkan sama ada terdapat pertuduhan atau tidak terhadap mana-mana pihak," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Selasa.Menurutnya, terdapat dua kes disiasat SPRM membabitkan Sapura Energy Berhad pada 2018, manakala satu lagi kes berkaitan aset di luar negara masih berjalan.Media sebelum ini pada Mac lalu melaporkan SPRM membuka dua kertas siasatan berhubung dakwaan pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan Sapura Energy.Siasatan tersebut dijalankan berdasarkan hasil maklumat awal pada penghujung 2023 berkaitan beberapa tuntutan syarikat terbabit.SPRM memaklumkan, kedua-dua kertas siasatan dibuka bagi meneliti dakwaan pengubahan wang haram serta penyelewengan sekitar tahun 2018.Setakat ini, seramai 15 saksi telah dirakam keterangan namun tiada sebarang tangkapan dibuat sepanjang tempoh siasatan. |
4 pegawai kanan tentera jadi tokan dadah akan didakwa di mahkamah, kata Azam - FMT - 9/09 12:56 am Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata seorang lagi pegawai kanan tentera yang ditahan akan dikemukakan laporan tatatertib kepada Kementerian Pertahanan. |
Op Sky: 20 pegawai bank akan didakwa - Sinarharian - 9/09 12:55 am PUTRAJAYA - Seramai 20 pegawai bank bakal didakwa di mahkamah pada hujung September atau awal Oktober ini selepas dipercayai meluluskan pinjaman berjumlah RM700 juta kepada penjawat awam.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pendakwaan akan dibuat mengikut Akta SPRM."SPRM turut melaksanakan proses pemulihan (recovery) wang tunai berjumlah RM250 juta yang dipercayai hasil kegiatan berkenaan."Sekiranya pemulihan gagal dicapai, mereka akan dituduh di mahkamah kerana enggan bersetuju membuat pemulihan mengikut Akta SPRM 2009 atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Selasa.Sebelum ini, SPRM merampas kira-kira 4,000 dokumen bagi membantu siasatan berhubung kelulusan pinjaman tersebut yang dipercayai membabitkan kegiatan sindiket rasuah dan pengubahan wang haram.Kes terbabit dikesan selepas pihaknya berjaya menumpaskan sindiket perunding kewangan dan institusi perbankan yang aktif sejak tahun 2020.Azam berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan menawarkan khidmat perunding kewangan kepada penjawat awam melalui media sosial selain menganjurkan jelajah ke beberapa jabatan dan kementerian.Terdahulu, SPRM dalam Ops Sky menahan 12 individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an dalam serbuan di 24 lokasi sekitar Lembah Klang pada 13 Januari lalu.Individu terbabit yang ditahan terdiri daripada dua pengarah syarikat perunding kewangan, seorang pengarah yayasan, pengurus serta bekas pengurus jualan institusi kewangan. |
SPRM beku lebih RM17 juta berkait kes rasuah pegawai kanan DBKL - FMT - 9/09 12:38 am Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata ia babitkan 11 akaun bank individu, 23 akaun syarikat dan tiga akaun saham. |
Azam Baki: Nine more to face charges over MEX II corruption - Malaymail - 9/09 12:35 am PUTRAJAYA, Sept 9 The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today said nine more individuals will be... |
Pegawai kanan DBKL ditahan, SPRM beku wang RM17.5 juta babit 37 akaun bank - Sinarharian - 9/09 12:33 am PUTRAJAYA - Sebanyak 37 akaun bank membabitkan jumlah keseluruhan kira-kira RM17.5 juta dibekukan susulan penahanan empat individu termasuk seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bergred Jusa B baru-baru ini.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pembekuan itu melibatkan 11 akaun peribadi, 23 akaun syarikat dan tiga akaun saham."SPRM turut merampas wang tunai bernilai RM1.15 juta, 12,300 dan S$24,280 selain dua kereta mewah berjumlah RM650,000 serta koleksi beg tangan dan kasut berjenama dianggarkan bernilai RM100,000."Setakat ini, SPRM sudah merakam keterangan 16 individu termasuk empat yang ditahan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Selasa.Media sebelum ini melaporkan siasatan SPRM melibatkan pembelian beberapa hartanah membabitkan pegawai kanan DBKL berkenaan yang pertama kali direman pada 26 Ogos lalu.Azam berkata, pegawai itu merupakan antara pengarah tertinggi di bawah pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur dan siasatan turut menumpukan kepada pembelian hartanah, termasuk sebuah kondominium yang dikaitkan dengannya.Difahamkan, aktiviti rasuah berkenaan dipercayai berlaku sejak tahun 2014.Siasatan awal turut mengesyaki seorang pemilik syarikat memberi rasuah kepada pegawai DBKL tersebut sebagai habuan untuk mendapatkan projek di agensi berkenaan |
Op Sohor: Empat pegawai kanan ATM akan didakwa - Sinarharian - 9/09 12:22 am PUTRAJAYA Empat pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan susulan pembongkaran sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan cerut menerusi Op Sohor baru-baru ini akan didakwa di mahkamah.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan lengkap sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan keputusan dibuat supaya empat daripada mereka dituduh."Seorang lagi pegawai kanan akan dikemukakan laporan tatatertib kepada Kementerian Pertahanan (Mindef) untuk tindakan lanjut, sama ada dikenakan tindakan tatatertib atau mahkamah tentera."Manakala enam orang awam yang turut ditahan, kes mereka masih dalam penelitian TPR sama ada boleh dituduh atau tidak," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Selasa.Menurut Azam, Op Sohor membabitkan 11 tangkapan iaitu lima pegawai kanan tentera dan enam orang awam.Katanya, SPRM turut mengadakan perbincangan bersama Menteri Pertahanan serta Panglima ATM berhubung isu kebocoran maklumat keselamatan."Sebarang isu kebocoran maklumat adalah prerogatif kami, namun, memang ada perbincangan dengan pihak ATM dan kementerian juga memberi kerjasama baik dalam hal ini."Perkara ini perlu ditangani oleh Mindef supaya pada masa hadapan kebocoran tidak lagi berlaku," katanya.Media sebelum ini melaporkan SPRM membongkar sindiket penyeludupan barangan larangan seperti dadah, rokok serta barang lain yang dipercayai didalangi pegawai kanan ATM.Seramai 10 individu termasuk lima pegawai kanan tentera ditahan SPRM di sekitar Lembah Klang dengan kerjasama Bahagian Perisikan SPRM dan pasukan Anti-Corruption Tactical Squad (ACTS).Turut ditahan seorang lelaki warga Indonesia berusia antara 30 hingga 55 tahun.Sindiket berkenaan dipercayai beroperasi di selatan tanah air dan dianggotai pegawai kanan bahagian perisikan ATM termasuk dua bekas anggota daripada bahagian sama.Difahamkan, kumpulan itu yang sepatutnya memantau serta mengekang aktiviti penyeludupan, sebaliknya bersekongkol dengan sindiket sejak lima tahun lalu.Mereka turut dipercayai mengumpul hasil rasuah lebih RM3 juta sepanjang tempoh penglibatan.Siasatan awal mendapati suspek utama membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan membantu sindiket membawa masuk barangan larangan dari negara jiran ke Malaysia.Nilai keseluruhan barangan yang dibawa masuk dianggarkan mencecah kira-kira RM5 juta sebulan dan setiap trip penyeludupan dipercayai memberi keuntungan rasuah antara RM30,000 hingga RM50,000 kepada suspek yang terbabit. |
SPRM tutup siasatan firma dikait Farhash berkait lesen cari gali mineral - FMT - 9/09 12:21 am Ketua Pesuruhjaya Azam Baki berkata Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memutuskan tiada kes jenayah boleh dikenakan kepada mana-mana pihak. |
Siasatan terhadap Farhash ditutup - SPRM - Sinarharian - 9/09 12:17 am PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menutup siasatan berkaitan dakwaan syarikat milik bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Farhash Wafa Salvador, yang sebelum ini dikaitkan dengan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan selesai selepas Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada sebarang kesalahan jenayah dapat dikenakan terhadap mana-mana pihak."Kita telah memanggil semua pihak yang berkaitan dan merekodkan keterangan, termasuk daripada Sabah Mineral Management dan kerajaan negeri."Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya mendapati tiada kesalahan jenayah di bawah Akta SPRM 2009 atau Kanun Keseksaan, dan tiada isu tadbir urus, maka kes ini ditutup,"katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM, di sini pada Selasa.Menurut Azam, siasatan berhubung isu berkenaan timbul selepas terdapat dakwaan bahawa syarikat berkaitan Farhash mendapat kelulusan kerajaan negeri untuk meneroka mineral di Sabah.Jelas beliau, ia bukanlah kelulusan daripada kerajaan negeri atau EXCO, sebaliknya hanya permohonan penerokaan mineral yang dibuat kepada Sabah Mineral Management."Sabah Mineral Management telah memberi kelulusan bersyarat kepada syarikat berkenaan pada Mac 2023, dengan syarat dokumen tertentu perlu dikemukakan."Namun, syarikat itu gagal memenuhi keperluan berkenaan dan akhirnya permohonan dibatalkan pada 21 Mac lalu," katanya.Azam menegaskan, tiada aktiviti penerokaan dijalankan kerana syarikat terbabit tidak menyerahkan dokumen diperlukan."Ini bukan permohonan tanah seperti yang didakwa, tetapi permohonan penerokaan mineral melalui Sabah Mineral Management, dan ia tidak melibatkan kelulusan kerajaan negeri," katanya.Terdahulu, nama Farhash Wafa Salvador menjadi perhatian susulan gesaan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli, agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan terhadapnya.Gesaan itu dikemukakan selepas timbul dakwaan bahawa sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Farhash Wafa Salvador telah menerima kelulusan lesen cari gali arang batu seluas 70,000 hektar di Sabah.Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berpendapat SPRM mempunyai asas yang mencukupi untuk menyiasat perkara berkenaan.Menurut beliau, maklumat yang telah tular di media sosial menunjukkan kewujudan unsur yang wajar disiasat bagi memastikan ketelusan serta mengelakkan persepsi negatif terhadap kerajaan. |
SPRM sahkan siasatan aset Tun M diteruskan - Sinarharian - 9/09 12:16 am KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan berhubung aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih diteruskan.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan maklumat daripada agensi penguat kuasa luar negara berhubung perkara itu."Siasatan terhadap Dr Mahathir masih lagi dijalankan dan SPRM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak luar, terutamanya daripada pihak berkuasa di United Kingdom (UK) berhubung aset-aset yang dimilikinya."Sekiranya maklumat berkenaan diperoleh, kita akan maklumkan," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pada Selasa.Siasatan terhadap Dr Mahathir sebelum ini menarik perhatian umum selepas beliau antara individu yang diminta membuat pengisytiharan aset kepada SPRM tahun lalu.Bekas Perdana Menteri sebelum ini menegaskan beliau tidak memiliki kekayaan luar biasa seperti yang didakwa sesetengah pihak dan menyifatkan tuduhan berkenaan bermotifkan politik.Azam berkata, SPRM memberi keutamaan untuk mendapatkan kerjasama pihak berkuasa luar negara kerana kebanyakan maklumat aset yang dikaitkan dengan Dr Mahathir melibatkan aset di luar Malaysia. |
No mineral exploration by Farhash-linked company in Sabah, case is closed - MACC - Sinardaily - 9/09 12:07 am PUTRAJAYA - The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today confirmed that no mineral exploration activities have been carried out in Sabah by the company linked to Datuk Seri Farhash Wafa Salvador, contrary to recent allegations.MACC Chief Commissioner Tan Sri Azam Baki said that investigations found that the company never applied for land from the Sabah state government |
Skandal Lebuh Raya MEX II: Sembilan lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah - Sinarharian - 9/09 11:56 am PUTRAJAYA Sembilan lagi individu akan dihadapkan ke mahkamah susulan siasatan kes pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Lebuhraya MEX II hujung September ini.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua individu ini dipercayai terbabit dengan transaksi dana melibatkan Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed."Kami jangka semua mereka akan dituduh sebelum hujung bulan ini," katanya di Ibu Pejabat SPRM pada Isnin.Media sebelum ini melaporkan Abu Sahid Mohamed mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Putrajaya pada Isnin atas empat pertuduhan pecah amanah lebih RM313 juta dan 13 pertuduhan ubah wang haram RM139.2 juta, berkaitan projek Lebuhraya MEX II.Ia membabitkan projek sambungan MEX II yang menghubungkan Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Abu Sahid juga bakal berdepan tujuh lagi pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Shah Alam tidak lama lagi.Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib berkata, Abu Sahid akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109, melibatkan jumlah keseluruhan RM145 juta.Sementara itu, bekas pengarah syarikat pembinaan, Datuk Yap Wee Leong, turut berdepan 18 pertuduhan membabitkan dana ratusan juta ringgit.Jelas beliau, daripada jumlah itu, sembilan pertuduhan adalah di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 membabitkan RM209 juta, manakala sembilan lagi di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 melibatkan RM387 juta.Menurutnya, pada hari sama, Abu Sahid turut dituduh dengan empat pertuduhan pecah amanah melibatkan RM313 juta serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM139.2 juta.Tambahnya, Yap pula berdepan dakwaan menggunakan 17 dokumen tuntutan palsu antara Jun 2017 hingga April 2018.Kes berkenaan ditetapkan untuk sebutan semula pada 3 November depan.Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita pelbagai aset bernilai kira-kira RM32 juta milik individu berkenaan termasuk beg tangan berjenama, barang kemas, kenderaan mewah, jam tangan dan wang tunai.Dalam operasi itu juga, SPRM menemui sebuah stor di salah sebuah kediaman yang digunakan untuk menyimpan pelbagai minuman keras mewah dianggarkan bernilai RM3 juta, dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti pengubahan wang haram.Bahagian Komunikasi Strategik SPRM dalam kenyataan memaklumkan, semua barang dan aset berkenaan disita bagi siasatan lanjut mengikut Akta SPRM 2009 serta AMLATFPUAA 2001 |
Kes RM169 juta babitkan Ismail Sabri, belum ada keputusan tuduh sesiapa - SPRM - Sinarharian - 9/09 11:30 am PUTRAJAYA - Timbalan Pendakwa Raya (TPR) masih belum membuat keputusan sama ada untuk mendakwa mana-mana individu berhubung kes pengisytiharan aset melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan telah selesai dan pihaknya menyerahkan kepada TPR untuk menentukan tindakan lanjut."Siasatan telah lengkap dan kita serahkan kepada TPR sama ada untuk mendakwa atau tidak mana-mana individu."Selepas keputusan tidak mencabar pelucuthakan dibuat, proses itu bermula hari ini dan wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam hasil kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian dalam pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini pada Selasa.Mahkamah Sesyen pada Isnin diberitahu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus tidak berhasrat untuk mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mahadi Abdul Jumaat memaklumkan perkara itu semasa prosiding sebutan kes di hadapan Hakim Suzana Hussin.Hakim Suzana Hussin kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga yang berkepentingan terhadap wang berkenaan dan menetapkan 1 Oktober ini untuk sebutan semula kes.Pada 7 Julai lalu, SPRM memohon melucuthak wang tunai lebih RM169 juta dalam pelbagai mata wang asing yang disimpan Mohammad Anuar dan didakwa milik Ismail Sabri untuk diserahkan kepada kerajaan.Turut disita dalam siasatan sama ialah wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta 16 kilogram jongkong emas dianggarkan bernilai RM7 juta. |
Kes Ismail Sabri: RM170 juta sah hak milik kerajaan - Azam Baki - Astroawani - 9/09 11:20 am SPRM mengesahkan wang berjumlah kira-kira RM170 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri kini sah menjadi hak milik kerajaan. |
Rashid Hussain terima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 1447H - Mgazette - 5/09 4:14 pm # Rashid Hussain terima Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul 1447H KUALA LUMPUR Sambutan Maulidur Rasul 1447H hari ini menyaksikan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain dianugerahkan Tokoh Perdana Maulidur Rasul 1447 |
Najib tak dibenar mula prosiding hina mahkamah terhadap Terrirudin - Mgazette - 5/09 8:03 am # Najib tak dibenar mula prosiding hina mahkamah terhadap Terrirudin KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak tidak dibenar oleh Mahkamah Tinggi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd |
Petronas perlu akui Petros sebagai pengagregat gas tunggal: JC Fong - Sinarharian - 4/09 4:20 pm KUCHING Petroliam Nasional Berhad (Petronas) perlu menghormati undang-undang Sarawak dan mengiktiraf Petroleum Sarawak Berhad (Petros) sebagai pengagregat gas tunggal di negeri ini, tegas Penasihat Undang-undang Sarawak, Datuk Seri JC Fong.Beliau berkata, kedudukan itu sudah termaktub di bawah Ordinan Agihan Gas (DGO) Sarawak yang dipinda pada tahun 2023 dan Petronas tidak boleh mengetepikan kuasa undang-undang negeri."Dari tahun 1975 hingga 2024, Sarawak hanya menerima kira-kira RM49 bilion dalam bentuk bayaran tunai daripada Petronas |
200 schools with hostels to have CCTV cameras installed soon - Education DG - Sinardaily - 4/09 3:57 pm KOTA BHARU - A total of 200 schools with hostels under the Education Ministry (MOE) nationwide will soon be equipped with closed-circuit television (CCTV) cameras through an allocation of RM3 million, said Education director-general Dr Mohd Azam Ahmad.According to him, the move was aimed at enhancing student safety in school areas, particularly in hostels.Mohd Azam said the CCTV cameras would be installed in stages according to the needs and the number of students in each school."The installation will depend on the level of need and the number of students |
KPM pantau aduan guru terbeban, pengetua diminta lebih peka - Sinarharian - 4/09 3:31 pm KOTA BHARU Dakwaan bahawa guru terbeban dengan tugas akibat arahan pengetua diambil perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, susulan dakwaan tersebut, KPM mengingatkan semua pengetua agar mengambil maklum perkara berkenaan selain melihatnya dari sudut yang positif."Ada segelintir guru yang membuat surat layang dan sebagainya, mendakwa terbeban dengan tugas di sekolah disebabkan pengetua."Walaupun ia hanya aduan menerusi surat layang dan bukannya laporan rasmi, namun kita sentiasa mengambil serius isu berkenaan," katanya ketika sidang akhbar pada Khamis.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Kali Ke-63 di Grand River View, di sini.Pada masa sama, menurut beliau, isu antara guru dan pengetua boleh diselesaikan melalui perbincangan serta komunikasi yang baik. |
CCTV cameras to be installed at 200 boarding schools, says education DG - FMT - 4/09 2:57 pm Azam Ahmad says the RM3 million project is aimed at boosting student safety at hostels. |
200 sekolah berasrama di bawah KPM akan dilengkapi CCTV - Astroawani - 4/09 2:55 pm Mohd Azam berkata langkah itu bagi meningkatkan tahap keselamatan pelajar di sekolah, khususnya di asrama. |
Bekerja, pengaruh rakan punca murid, pelajar tercicir pelajaran-KPM - Utusan - 4/09 2:50 pm KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) mengakui sudah bekerja dan pengaruh rakan menjadi salah satu punca murid serta pelajar tercicir dalam pelajaranya |
Tiada keperluan lantik pesara tentera, polis sebagai warden asrama - KPM - Sinarharian - 4/09 2:50 pm KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan (KPM) melihat tiada keperluan untuk mengambil pesara tentera atau polis sebagai warden asrama sekolah pada masa ini.Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, peranan warden amat penting kerana asrama bukan sekadar tempat tinggal pelajar, sebaliknya berfungsi sebagai sebahagian daripada institusi pendidikan."Asrama perlu dilihat sebagai tempat anak-anak bukan sahaja menetap, tetapi juga mengikuti aktiviti sokongan pendidikan yang disusun khas untuk membentuk sahsiah mereka."Sebab itu warden dalam kalangan guru amat penting kerana mereka boleh merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan di asrama," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Kali ke-63 di Grand River View di sini.Menurutnya, KPM sedang meneliti beberapa cadangan termasuk menambah jumlah warden serta memberi insentif sewajarnya bagi mengurangkan bebanan tugas sedia ada.Ujarnya, ada juga cadangan melibatkan guru luar norma, iaitu guru yang hanya mengajar empat atau lima waktu seminggu."Manakala selebihnya mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan aktiviti pendidikan dan kebajikan pelajar di asrama," kata Mohd Azam. |
Bekerja, terpengaruh rakan punca murid tercicir pelajaran - Kosmo - 4/09 2:47 pm KOTA BHARU – Sudah bekerja selain terpengaruh dengan rakan-rakan merupakan antara alasan yang diberikan oleh murid dan pelajar selepas disahkan mengalami keciciran pembelajaran |
200 buah asrama sekolah akan dipasang dengan CCTV - Utusan - 4/09 2:43 pm KOTA BHARU: Sebanyak 200 buah asrama sekolah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan dipasang dengan kamera televisyen tertutup (CCTV) dalam masa terdekat sebagai usaha memperketat tahap keselamatan pelajar |
KPM cadang pasang CCTV di 200 buah asrama sekolah cegah buli - Sinarharian - 4/09 2:24 pm KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyegerakan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di asrama sekolah terpilih di seluruh negara menggunakan peruntukan berjumlah RM3 juta dalam usaha memperketat keselamatan pelajar sekali gus menghindar perbuatan buli.Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, sebagai permulaan sebanyak 200 buah sekolah terpilih akan dilengkapkan dengan kemudahan tersebut termasuk Sabah dan Sarawak."KPM sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan pelajar di asrama |
Speedy Tigers mula garang, baham China - Sinarharian - 3/09 11:12 pm MISI memburu enam mata menyala garang apabila skuad hoki lelaki negara, The Speedy Tigers, memulakan kempen Super Four Piala Asia dengan kemenangan 2-0 ke atas China di Stadium Hoki Rajgir, India, pada Rabu.Separuh masa pertama berlangsung seimbang apabila kedua-dua pasukan saling menguji namun gagal menembusi gawang lawan untuk menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan kekal 0-0.Segalanya berubah di suku keempat |
KPM laksanakan audit keselamatan di sekolah berasrama seluruh negara - SUN - 3/09 9:35 pm KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan audit keselamatan di semua sekolah berasrama di seluruh negara |
Warga emas rugi RM563,560 jadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian - SUN - 3/09 9:32 pm BATU PAHAT : Seorang lelaki warga emas mengalami kerugian berjumlah RM563,560 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud yang diiklankan secara dalam talian |
Langkah kiri Harimau Muda, laluan ke Arab Saudi berliku - Sinarharian - 3/09 7:41 pm SKUAD Bawah 23 Tahun (B-23) negara memulakan kempen Kelayakan Piala Asia B-23 dengan langkah kiri apabila tunduk 0-1 kepada Lubnan dalam aksi Kumpulan F di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Rabu.Keputusan itu sekali gus menyaksikan laluan getir buat skuad kendalian Nafuzi Zain yang kini wajib meraih kemenangan dalam baki dua perlawanan jika mahu menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Arab Saudi, Januari depan.Dalam perlawanan tersebut, Harimau Muda yang mendominasi permainan jelas berdepan masalah penyudah apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang terhidang yang sepatutnya boleh diterjemahkan dengan jaringan.Sebaliknya, kealpaan barisan pertahanan negara pada minit ke-83 dihukum apabila Ali El Fadl menjaringkan gol kemenangan, sekali gus menjadi gol tunggal buat skuad dari Asia Barat itu.Nafuzi kini berdepan tugas berat untuk merencana strategi lebih mantap menjelang aksi menentang Mongolia pada Sabtu, sebelum berdepan tuan rumah Thailand pada 9 September.Mengikut format kelayakan, hanya 11 juara kumpulan dan empat naib juara terbaik akan mara ke pusingan akhir. |
KPM giat laksana audit keselamatan sekolah berasrama - Sinarharian - 3/09 5:47 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) sedang giat melaksanakan audit keselamatan di semua sekolah berasrama, kata Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad.Menerusi perkongsian di laman Facebook KPM, beliau berkata, audit keselamatan telah dilaksanakan di 54 sekolah berasrama dari 24 hingga 29 Ogos lepas, dengan sekolah yang diperiksa terbahagi kepada sekolah berasrama penuh, asrama pusat, asrama desa dan asrama sekolah harian."Antara aspek keselamatan yang diberi tumpuan adalah jadual bertugas warden, pemantauan rekod aduan, bilangan warden, pencahayaan waktu malam dan kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.Menurut Mohd Azam, kesemua sekolah berasrama yang diperiksa mematuhi jadual bertugas warden dan melakukan pemantauan rekod aduan.Selain itu, beliau berkata, sebanyak 49 daripada 54 sekolah berasrama mempunyai bilangan warden mencukupi dan pencahayaan waktu malam yang baik, manakala 24 sekolah berasrama mempunyai CCTV yang berfungsi dengan baik.Mohd Azam berkata, program intervensi salah laku buli turut dilaksanakan di semua sekolah berasrama yang diperiksa merangkumi intervensi pencegahan, pemulihan, perkembangan dan krisis."KPM menegaskan bahawa tambah baik kepada pematuhan aspek keselamatan sekolah perlu diberi perhatian |
5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad - Murai - 3/09 3:00 pm Dalam kalangan pembaca, MURAI percaya ada yang sudah gunakan kredit RM100 Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula pada 31 Ogos baru-baru ini |
Tiada jenayah salah guna kuasa dikesan dalam projek MyKiosk KPKT - SUN - 3/09 2:23 pm KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menegaskan tiada sebarang elemen jenayah atau salah guna kuasa dikesan dalam pelaksanaan Program MyKiosk berdasarkan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia |
Tiada elemen jenayah, salah guna kuasa dikesan dalam projek MyKiosk - KPKT - Sinarharian - 3/09 1:05 pm KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menegaskan tiada sebarang elemen jenayah atau salah guna kuasa dikesan dalam pelaksanaan Program MyKiosk, berdasarkan hasil siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, siasatan SPRM itu dilakukan susulan aduan yang diterima sebelum ini dan KPKT telah menyerahkan semua dokumen berkaitan kepada SPRM pada 22 Mei lepas sebagai tanda ketelusan dan integriti kementerian."Hasil siasatan SPRM yang diumumkan pada 3 Julai mendapati tiada sebarang elemen jenayah atau salah guna kuasa dikesan, sebaliknya hanya mencadangkan beberapa penambahbaikan dari aspek tadbir urus," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman yang ingin tahu hasil siasatan SPRM terhadap tatakelola pengurusan inisiatif MyKiosk serta soalan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Senator Husin Ismail yang menyentuh pelaksanaan MyKiosk.Menurut Aiman Athirah, pada 2023, sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan MyKiosk 1.0 melibatkan 3,189 unit kios dengan kos RM48.18 juta manakala bagi 2024 pula, RM100 juta diperuntukkan untuk MyKiosk 2.0 melibatkan pembinaan 4,054 unit kios bernilai RM98.75 juta."Hingga kini, kadar pengisian unit untuk MyKiosk 1.0 mencapai 94.39 peratus manakala MyKiosk 2.0 berada pada tahap 89.07 peratus |
Cemburu punca peniaga wanita maki hamun pengusaha pusat kecantikan - Sinarharian - 2/09 6:55 pm AMPANG Rasa cemburu dan masalah peribadi dipercayai menjadi punca seorang peniaga wanita bertindak memarahi serta mengeluarkan kata kesat terhadap seorang pengusaha pusat kecantikan di Taman Dagang di sini pada 26 Ogos lalu.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengadu berusia 58 tahun mendakwa suspek telah datang ke premisnya kira-kira jam 9.45 malam."Suspek yang merupakan peniaga di aras sama telah memarahi pengadu sambil menjerit dan mengeluarkan kata kesat hingga menimbulkan ketakutan kepada pelanggan yang berada di dalam kedainya, selain orang awam sekitar lokasi," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Mohd Azam berkata, susulan laporan dibuat, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya berjaya menahan suspek berusia 46 tahun di kawasan Ampang pada jam 5 petang, Khamis lalu."Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau."Motif kejadian adalah masalah peribadi suspek dengan pengadu, suspek didakwa sering bercerita perkara buruk pada keluarga peniaga pusat kecantikan itu dan cemburu berkenaan perniagaan masing-masing," katanya.Beliau berkata, suspek direman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis."Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955."Kertas siasatan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut," ujarnya. |
Ten Hag terkejut dipecat, dakwa tidak diberi kepercayaan oleh Leverkusen - Sinarharian - 2/09 10:08 am BEKAS pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mendakwa dia tidak pernah mendapat kepercayaan sewajarnya daripada Bayer Leverkusen selepas dipecat secara mengejut pada Isnin.Jurulatih dari Belanda itu ditamatkan kontrak hanya selepas tiga perlawanan bersama kelab Bundesliga tersebut walaupun baru sahaja menandatangani kontrak dua tahun bagi menggantikan Xabi Alonso yang kini membimbing Real Madrid.Leverkusen membuka musim dengan kemenangan 4-0 ke atas pasukan divisyen empat, Sonnenhof Grossaspach dalam aksi DFB Pokal sebelum tewas 1-2 kepada Hoffenheim dalam Bundesliga |
Johor selesaikan 99.2 peratus hak milik tanah peneroka Felda – Exco - Mgazette - 31/08 2:53 pm # Johor selesaikan 99.2 peratus hak milik tanah peneroka Felda - Exco JOHOR BAHRU Kerajaan negeri berjaya menyelesaikan sebanyak 27,429 atau 99.2 peratus penyerahan geran hak milik tanah melibatkan lot utama peneroka Felda di seluruh negeri ini sehingga Ogos lalu |
Azam Sarawak, Youth Corps Singapore strengthen cross-border ties - BorneoPost - 31/08 7:00 am KUCHING (Aug 31): A delegation from Youth Corps Singapore (YCS) paid a courtesy visit on Angkatan Zaman Mansang Sarawak (Azam Sarawak) recently, further deepening cross-border ties in youth empowerment and volunteerism |
PPZ-MAIWP perlukan RM387 juta untuk siapkan 35 projek wakaf khas - Mgazette - 30/08 4:40 pm # PPZ-MAIWP perlukan RM387 juta untuk siapkan 35 projek wakaf khas KUALA LUMPUR - Orang ramai serta syarikat korporat diseru membantu Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengumpulkan baki RM387 juta bagi menyiapkan 35 projek wakaf khas yang sedang dibangunkan |
Kes rasuah DBKL: Tiga individu termasuk pegawai kanan disambung reman - Sinarharian - 30/08 4:05 pm KUALA LUMPUR Tiga individu termasuk seorang pegawai kanan Jusa B Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) disambung reman sehingga Ahad bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan perolehan projek teknologi maklumat (IT).Menurut sumber, tempoh reman ketiga-tiga suspek yang tamat pada Jumaat dilanjutkan sehari lagi bagi membolehkan siasatan diteruskan."Setakat ini, seramai 10 individu telah dirakam percakapan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah ini."Reman ke atas ketiga-tiga individu selama empat hari yang tamat semalam dilanjutkan sehingga esok bagi memberi ruang kepada SPRM meneruskan siasatan lanjut," katanya pada Sabtu.Pada Rabu lalu, media melaporkan siasatan SPRM kini turut menjurus kepada urusan pembelian hartanah membabitkan seorang pegawai kanan DBKL yang direman selama empat hari pada 26 Ogos lalu.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata, individu berkenaan merupakan pegawai gred Jusa B yang memegang jawatan tertinggi di bawah Pejabat Datuk Bandar Kuala Lumpur.Pegawai terbabit adalah antara pengarah kanan di bawah pentadbiran Datuk Bandar |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |