///
See Also: Shopee Pay Promo

Search : Anwar Ibrahim News   Page 1    





Remaja maut motosikal bertembung kereta polis - Mygazette - 9/11 3:20 pm

BANDAR PERMAISURI - Seorang remaja maut selepas motosikalnya bertembung dengan kereta rasmi polis di Kilometer 63, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, di sini awal pagi tadi





Kesilapan itu amat ketara – Peguam Negara - Mygazette - 9/11 3:20 pm

KUALA LUMPUR Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mempersoalkan ketelitian pihak terlibat dalam penyediaan dokumen rasmi kehakiman berhubung pelaksanaan perintah tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak





Kerajaan Madani wajib siasat sumber dana pembayaran denda RM50 juta Najib - Kadir Jasin - Sinarharian - 9/11 1:26 pm

SHAH ALAM - Pihak berkuasa digesa supaya menyiasat jejak wang RM50 juta yang digunakan untuk membayar denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengenal pasti sumber dana itu diperoleh.Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) wajar menyiasat perkara tersebut.Menurut beliau, siasatan berkenaan penting memandangkan wujud dakwaan wang digunakan untuk membayar denda tersebut dikaitkan dengan pemberian seorang ahli perniagaan yang mempunyai kaitan dengan bekas Presiden UMNO itu."Dalam konteks inilah, Kerajaan Madani yang antisakau wajib melakukan siasatan bagi memastikan sumber duit denda RM50 juta itu."Boleh jadi ia bukan daripada seorang ahli perniagaan yang didakwa tapi tauke-tauke lain yang juga mendapat kontrak dan konsesi berbilion-bilion ringgit daripada Mohd Najib," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Istana Negara dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan, sebarang hujah mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib disifatkan menjurus kepada tindakan mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong.Jelas kenyataan itu, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu sudah dipenuhi dan pelaksanaannya tidak sepatutnya menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.Pada Jumaat, media melaporkan UMNO mengesahkan proses pembayaran denda RM50 juta sudah diselesaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai syarat untuk Najib menjalani tahanan di rumah.Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian dilapor menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenankan Sultan Ibrahim.AGC dipetik berkata, penangguhan dibuat susulan timbul persoalan perundangan bagi tafsiran perintah itu, terutama mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Pada 18 September lalu, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sudah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.





“Muadz nak sangat jumpa Tok Anwar…” – Surat murid pra sekolah ini buat ramai terharu - Mydateline - 9/11 10:00 am

Tindakan comel seorang kanak-kanak lelaki tekun menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendadak tular di media sosial selepas ibunya memuat naik ..





'Pulangkan mandat kepada rakyat' - Sinarharian - 9/11 8:30 am

SHAH ALAM Pakatan Harapan (PH) disaran menyerahkan semula mandat kepada rakyat sekiranya tidak lagi selesa bekerjasama dengan mana-mana menteri Barisan Nasional (BN) dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, langkah itu lebih berprinsip berbanding mencipta persepsi negatif terhadap rakan-rakan sendiri dalam kerajaan."Saya rasa seeloknya kalau dia (PH) rasa sudah tidak boleh bersama dengan mana-mana menteri dan tak suka dengan mana-mana parti, serahkan (semula) mandat ini kepada rakyat."Itu lebih berprinsip daripada dia mencipta persepsi dan tikam belakang rakan-rakan dia di dalam kerajaan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Pada Sabtu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan berkata, menteri yang tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar mengundurkan diri secara sukarela dan bukannya menunggu sehingga dipecat.Muhammad Kamil berpandangan, tindakan itu lebih mencerminkan prinsip dan pendirian seseorang pemimpin berbanding terus berada dalam Kabinet, tetapi pada masa sama bertindak memburukkan kerajaan.Mengulas lanjut, Mohd Razlan menegaskan, PH bukan pihak dominan dalam Kerajaan Perpaduan kerana pentadbiran sedia ada dibentuk menerusi kerjasama dan perjanjian bersama BN."Ketika kita menubuhkan kerajaan ini, ia dibentuk bersama dengan perjanjian dan berjalan bersama





Niat asal nak elak mak asyik main telefon, sekali PMX pula komen nak order tudung saji! - Mydateline - 9/11 8:00 am

Siapa sangka hobi seorang ibu berusia 70 tahun menghasilkan tudung saji menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehingga beliau sendiri menawarkan untuk membelinya





Unlocking the untapped economic potential of the Islamic world - Sinchew - 8/11 10:24 pm

Malaysia's own economic experience reinforces this lesson. Over the past four years, under Prime Minister Dato Seri Anwar Ibrahim's leadership, greater policy consistency, clarity and institutional reform have strengthened investor confidence





Penjara Kajang tenang, tiada pergerakan Najib dibawa pulang ke Langgak Duta - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Penjara Kajang tenang, tiada pergerakan Najib dibawa pulang ke Langgak Duta KAJANG Tiada sebarang pergerakan atau persiapan dikesan di pintu masuk Penjara Kajang bagi membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keluar ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur, setakat Sabtu





PM arah Peguam Negara menghadap Agong - Mygazette - 8/11 10:24 pm

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd





Kediaman Najib di Langgak Duta lengang - Mygazette - 8/11 10:24 pm

KUALA LUMPUR - Pekarangan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, di sini, dilihat lengang setakat ini ketika perhatian tertumpu kepada perkembangan terbaharu berhubung pelaksanaan tahanan rumah terhadap beliau





Isu Najib: KJ gesa Peguam Negara bercuti serta-merta - Mygazette - 8/11 10:24 pm

Maka Peguam Negara, kalau ikut apa yang saya rasa bahawa satu proses yang telus, yang pegang kepada nilai integriti, mesti mengambil cuti serta-merta sehingga siasatan ini selesai, katanya. Beliau menegaskan gesaan itu tidak bermaksud Peguam Negara perlu dipecat kerana perkara berkenaan tertakluk kepada hak dan prerogatif Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Tiada mahkamah, AG boleh buka semula cara YDPA laksana kuasa –... - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Tiada mahkamah, AG boleh buka semula cara YDPA laksana kuasa - Peguam Najib KUALA LUMPUR - Pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak mendesak Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik 'penangguhan sementara' sekali gus melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong berhubung tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri hari ini





Pengampunan diraja bukan bahan pertikaian berpanjangan – MIC - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Pengampunan diraja bukan bahan pertikaian berpanjangan - MIC KUALA LUMPUR - MIC menggesa semua pihak termasuk institusi kerajaan dan pihak yang terlibat dalam proses perundangan supaya menghormati serta menjunjung tinggi titah dan keputusan pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak





Anwar mohon rakyat Melaka beri kepercayaan kepada pasukan `HARAPAN??? - Mygazette - 8/11 10:24 pm

# Anwar mohon rakyat Melaka beri kepercayaan kepada pasukan `HARAPAN KUALA LUMPUR Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh rasa insaf dan rendah hati, saya memohon agar rakyat Melaka memberikan kepercayaan kepada pasukan `HARAPAN





PM serikan rumah terbuka Deepavali MIC-MIED - FMT - 8/11 3:53 pm

Ketibaan Anwar Ibrahim meriahkan sambutan Pesta Cahaya yang dihadiri hampir 3,000 tetamu pelbagai kaum hari ini.





Abang Johari yakin 4 penyandang akan dipilih rakyat - FMT - 8/11 3:36 pm

Penyandang yang dimaksudkan ialah Adun Stakan iaitu Hamzah Ibrahim, Ibrahim Baki (Satok), Fazzrudin Abdul Rahman (Tupong) serta Martin Ben (Kedup).





Nearly 3,000 guests, one cake: Anwar joins MICs Deepavali celebration in Shah Alam - Malaymail - 8/11 3:29 pm

SHAH ALAM, Nov 8 Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today attended the Deepavali open house organised by MI...





PM shares festive cheer at MIC-MIED Deepavali open house - FMT - 8/11 3:28 pm

Anwar Ibrahim was welcomed by MIC president and MIED chairman SA Vigneswaran at the event attended by nearly 3,000 guests.





Tak puas hati kerajaan boleh keluar Kabinet, Amanah beritahu BN - FMT - 8/11 3:06 pm

Pengarah komunikasi Amanah berkata pemimpin BN sepatutnya menunjukkan prinsip dan pendirian jelas, jika tidak lagi boleh menerima kepimpinan Anwar Ibrahim.





'Mengapa Peguam Negara berubah-ubah pendirian, ini tak munasabah' - Apandi Ali - Sinarharian - 8/11 3:03 pm

SHAH ALAM - Keputusan Lembaga Pengampunan yang memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah amat jelas dan tidak boleh disalah tafsir.Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, keputusan tersebut perlu dilaksanakan mengikut apa yang sudah diputuskan tanpa sebarang penyimpangan.Menurut beliau, Perkara 42(9) Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahawa sebelum memberikan nasihat mengenai apa-apa perkara, Lembaga Pengampunan dikehendaki mempertimbangkan pendapat bertulis yang mungkin sudah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenainya."Sudah tentu pandangan Peguam Negara bagi tujuan pengampunan itu mestilah memihak kepada pemberian pengampunan berkenaan."Jadi, mengapa Peguam Negara kini seolah-olah berubah-ubah pendirian berhubung perkara pengampunan? Keadaan ini amat tidak munasabah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau dalam masa sama bersetuju dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bahawa tiada sebarang ambiguiti dalam keputusan Lembaga Pengampunan.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraMohamed Apandi menambah, di bawah Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi, sementara Perkara 5 pula memperuntukkan hak berkenaan kebebasan diri."Undang-undang terpakai kepada semua pihak, rujuk Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan," ujar beliau.Untuk rekod, Perkara 8(1) antara lain menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan.Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) dalam kenyataan pada September lalu memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong berkenan memberi pengampunan bersyarat kepada Najib untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028 sekiranya beliau membayar denda RM50 juta.Pada Jumaat lalu, peguam Najib iaitu Muhammad Farhan Shafee mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu selesai melunaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada Julai 2020, Najib yang disabitkan atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC didenda RM210 juta dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun yang kemudian dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada Ogos 2022.Bagaimanapun pada 2 Februari 2024, Urus Setia Lembaga Pengampunan mengumumkan Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara iaitu dari 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan dari RM210 juta kepada RM50 juta.





'Lebih afdal guna 'transfer' berbanding 'discharge' dalam surat perintah mahkamah Najib' - Liyana - Sinarharian - 8/11 2:36 pm

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur perlu memberikan penjelasan lanjut berhubung penggunaan perkataan 'discharge' dan makna di sebaliknya dalam dokumen Perintah Mahkamah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Aktivis politik yang juga bekas Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Marzuki berkata, timbul pertikaian apabila perkataan 'discharge' dan 'forthwith' digunakan di mana menurut istilah perundangan, ia bermaksud 'dilepaskan serta-merta'.Hal ini menurutnya, ia seolah-olah memberi makna bahawa Najib mesti dilepaskan serta-merta dan terus bebas setelah membayar denda RM50 juta pada Jumaat lalu."Walhal Perintah Pengampunan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hanya memberikan pengampunan secara tahanan di rumah, bukannya pengampunan penuh."Baginda betul dengan mengatakan tiada keraguan dalam Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut





PRN Melaka: Saya cadang nama Farzana kepada Anwar Kamil Munim - Sinarharian - 8/11 1:26 pm

TANGGA BATU - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim mendedahkan beliau sendiri mencadangkan nama Farzana Hayani Mohd Nasir kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diketengahkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.Beliau berkata, cadangan itu dibuat berdasarkan rekod khidmat dan komitmen Farzana atau lebih mesra disapa Nana bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klebang kerana aktif membantu masyarakat serta turun padang mendekati penduduk di kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu.Menurutnya, rekod kerja yang baik menjadi antara kriteria penting sebelum seseorang individu diketengahkan sebagai calon pilihan raya."Bukan saya pilih, saya cuma cadangkan kepada Perdana Menteri





Pas, UMNO Shah Alam buat laporan polis terhadap Peguam Negara - Sinarharian - 8/11 1:25 pm

SHAH ALAM - Pas dan UMNO Bahagian Shah Alam membuat laporan polis terhadap Peguam Negara berhubung penangguhan pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya percaya Peguam Negara tidak mempunyai sebarang kuasa di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk menangguhkan perlaksanaan kepada titah pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong tersebut."Kita lihat kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara menunjukkan bahawa tindakan tersebut boleh dikira sebagai pengingkaran terhadap titah Yang Dipertuan Agong."Jadi hari ini kita hadir bagi kita (menyatakan) bahawa tindakan penangguhan tersebut adalah pengingkaran dan laporan polis ini kita minta supaya pihak polis menyiasat sepenuhnya terhadap Peguam Negara dan kenyataan media (oleh AGC) yang menangguhkan titah pengampunan tersebut," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di sini pada Ahad.Kelmarin, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan sementara terhadap pelaksanaan tahanan rumah Najib bagi meneliti tafsiran undang-undang berkaitan Perintah Pengampunan Bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Kenyataan itu dibuat selepas denda sebanyak RM50 juta yang dikenakan sebagai syarat utama telah dibayar sepenuhnya selepas Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September mencapai sasaran ditetapkan.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraSementara itu Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, penangguhan sementara perintah tahanan rumah terhadap Najib adalah sesuatu yang mengejutkan dan dianggap sebagai keputusan yang luar biasa dibuat oleh AGC."Pada asalnya kita gembira (dengan perintah tahanan rumah Najib) namun gembira itu sekejap sahaja dan kita dukacita apabila dapat keputusan tidak dijangka (oleh AGC) boleh berlaku."Ia seolah menjadi satu 'precedent' atau duluan kes untuk akan datang yang mana titah (baginda Yang Dipertuan Agong) boleh dicabar atau boleh disemak semula," katanya.





“PMX datang tanpa jadual, duduk sampai abis” – CEO YADIM puji kerajinan PM Anwar - Mydateline - 8/11 1:00 pm

“Belum pernah ada Perdana Menteri yang serajin dan serendah diri seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang pengamatan saya”





Pemuda UMNO Johor gesa Peguam Negara berundur - Sinarharian - 8/11 11:04 am

JOHOR BAHRU Pemuda UMNO Johor menggesa Peguam Negara berundur secara terhormat susulan dakwaan ketidakcermatan dan kelalaian dalam menguruskan pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Ketuanya, Noor Azleen Ambros melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan cara Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengendalikan pelaksanaan keputusan berkenaan yang didakwa memberi gambaran seolah-olah wujud usaha mengetepikan keputusan Lembaga Pengampunan."Kenyataan Istana Negara pada 7 November lalu membuktikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab baginda mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan."Pemuda UMNO Johor menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kenyataan Yang di-Pertuan Agong yang teguh dan berpendirian terhadap keputusan Lembaga Pengampunan pada 18 September berhubung pengurangan hukuman ke atas Najib," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, ketidakcermatan dalam pengendalian perkara itu turut menyebabkan Istana Negara dan Pejabat Perdana Menteri terpaksa mengeluarkan kenyataan masing-masing pada 7 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar.Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara mengambil tanggungjawab dengan melepaskan jawatannya.Katanya, laporan polis juga sudah dibuat terhadap Peguam Negara dan pengunduran itu dilihat lebih wajar bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara telus serta berintegriti.Isu pelaksanaan tahanan rumah Najib menjadi perhatian selepas timbul persoalan berhubung pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan bertarikh 18 September.Pada 7 November lalu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan itu, manakala Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi menjelaskan perkara berkenaan.Perkembangan itu menyusul selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini memaklumkan pelaksanaan tahanan rumah Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kedudukan undang-undang perintah berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segera





Pelajar UPNM bawa bapa hidap kanser tinggal di kampus - Sinarharian - 8/11 7:30 am

SHAH ALAM Demi memastikan bapanya yang menghidap kanser paru-paru tahap empat mendapat penjagaan sewajarnya, seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mengambil keputusan membawa lelaki itu tinggal bersama di kawasan kampus.Siti Nurdiana Mohamad Bistawi yang merupakan anak tunggal, memilih untuk meneruskan pengajian sambil menjaga bapanya selepas kehilangan ibu sejak 2009.Keadaan itu bagaimanapun tidak mematahkan semangatnya untuk memastikan kebajikan dan kesihatan bapanya terus terpelihara, meskipun perlu membahagikan masa antara tanggungjawab sebagai pelajar dan anak.Menurut kenyataan UPNM pada 5 November lalu, pihak universiti membantu menyediakan kemudahan penginapan bagi membolehkan Siti Nurdiana dan bapanya tinggal bersama di kampus sejak 25 Oktober lalu.Universiti itu turut membantu menguruskan perpindahan mereka dari Alor Setar, Kedah bagi membolehkan pelajar itu meneruskan pengajian tanpa perlu berjauhan dengan bapanya."Selain kemudahan penginapan, UPNM turut menyelaraskan urusan akademik dan kebajikan pelajar berkenaan bagi memastikan tanggungjawab menjaga bapanya tidak menjejaskan pengajiannya."Pusat Kesihatan UPNM turut membantu menguruskan rujukan perubatan serta rawatan susulan bapanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL)," menurutnya.Kisah dua beranak itu turut mendapat perhatian Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Ahmad yang menziarahi mereka pada 5 November lalu.Beliau difahamkan pernah bertemu keluarga berkenaan di Gunung Keriang, Kedah sebelum mengambil inisiatif memastikan kebajikan mereka mendapat perhatian sewajarnya.Lebih menyentuh hati, keprihatinan terhadap nasib Siti Nurdiana turut ditunjukkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang berkenan mengurniakan sumbangan bagi membantu meringankan beban pelajar berkenaan.





Building a great nation begins with happy families, says Anwar - FMT - 7/11 11:55 pm

The prime minister says the future depends on the development of people who are civilised, possess good character and hold noble human values.





Tahanan rumah Najib: Laksana titah Agong atau letak jawatan - Wan Saiful - Sinarharian - 7/11 10:23 pm

Kalau dia rasa keliru, kalau dia rasa tidak pasti ada kekeliruan atau ambiguiti yang perlu diperjelaskan, tanyalah dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan."Kenapa lambat sangat, habis mesyuarat baru fikir? Dia tak boleh jadi afterthought macam ini dan bagi saya, ini hanyalah satu perkara yang dilakukan untuk melengahkan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Perikatan Nasional (PN) DUN Kesidang, di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraBeliau memaklumkan, laporan polis telah dibuat calon PN bagi DUN Kesidang, Albert Kok dan Pengarah Media PN DUN Kesidang, Albert Tei berhubung dakwaan penghinaan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong dalam isu titah tahanan rumah Najib.Mengulas lanjut, Wan Saiful turut mendakwa tindakan itu bukan pertama kali berlaku dan menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai satu lagi tindakan yang tidak sepatutnya terhadap institusi diraja.Sehubungan itu, beliau menggesa Peguam Negara supaya melepaskan jawatan sekiranya berpendirian bahawa titah Yang di-Pertuan Agong boleh diketepikan."Kalau sekiranya Agong pun dia nak lawan, lebih baik dia letak jawatan. Jangan terus memegang jawatan itu dan menjadi boneka kepada mana-mana pihak yang mempergunakan institusi tersebut untuk kepentingan mereka," jelas beliau.Dalam pada itu, Wan Saiful membandingkan isu berkenaan dengan pengampunan yang diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, yang menurutnya tidak menimbulkan sebarang persoalan atau kelewatan dalam pelaksanaannya.Beliau mempersoalkan mengapa perkara berbeza dibangkitkan apabila ia melibatkan Najib, sedangkan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong sepatutnya dihormati tanpa mengira individu yang menerima manfaat daripadanya."Kalau sekiranya Datuk Seri Anwar sekarang tiba-tiba boleh kata dia tidak setuju pula dengan kuasa Agong untuk mengampunkan, memberi pengampunan atau memberikan arahan supaya dilakukan tahanan di rumah, maka sepatutnya masa dia keluar penjara dulu pun dia persoalkan juga."Ini bila berlaku kepada dia, dia ucap Alhamdulillah





Pembinaan negara hebat bermula dengan keluarga bahagia - Anwar - Sinarharian - 7/11 10:03 pm

KUALA LUMPUR - Pembangunan negara tidak seharusnya diukur semata-mata berdasarkan kemegahan bangunan pencakar langit, kemajuan teknologi atau limpahan pelaburan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, sebaliknya ia perlu turut berpaksikan pembentukan insan yang beradab, berakhlak dan memiliki nilai kemanusiaan yang luhur.Sehubungan dengan itu, Anwar berkata, usaha membina sebuah negara yang hebat harus bermula dengan pembentukan institusi keluarga yang bahagia."Keluarga merupakan asas pembentukan masyarakat dan tunjang kekuatan negara, justeru gagasan Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi, perlu dijadikan pedoman dalam mendidik generasi muda supaya mampu menguasai teknologi dan ilmu baharu tanpa mengabaikan nilai, adab, kasih sayang serta sahsiah mulia."Saya yakin bahawa usaha membina negara yang hebat harus bermula dengan membina keluarga yang bahagia, kerana daripada institusi keluargalah lahirnya generasi yang bakal menentukan wajah dan masa depan negara," kata Anwar menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Perdana Menteri berkata, Kerajaan Madani akan terus memperkukuh dasar dan inisiatif yang mengutamakan kesejahteraan keluarga termasuk kebajikan ibu dan anak, kemudahan penjagaan, sokongan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) serta pengiktirafan terhadap peranan penjaga.Terdahulu, Anwar merasmikan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di Shah Alam, Selangor hari ini yang turut dihadiri isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.Dalam masa sama, Perdana Menteri turut memuji Nancy dan kementerian atas kejayaan menganjurkan sambutan berkenaan serta komitmen berterusan dalam memperjuangkan kesejahteraan wanita dan memperkukuh institusi keluarga sebagai tunjang pembangunan masyarakat dan negara





Peguam gesa Komisioner Jeneral Penjara segera pindahkan Najib ke Langgak Duta - Sinarharian - 7/11 7:49 pm

SHAH ALAM Firma guaman Tetuan Shafee & Co yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Komisioner Jeneral Penjara memindahkan anak guamnya ke kediamannya di No





AG seeks audience with King over Najib's conditional pardon - Sinardaily - 7/11 7:42 pm

PUTRAJAYA: The Attorney General (AG) Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar has sought an audience with His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, to seek forgiveness and express his position on complying with His Majesty's decree concerning Datuk Seri Najib Razak's conditional pardon in the SRC International case.The Prime Minister's Office said the AG had made the request to seek an audience with His Majesty to affirm his intention to comply with the royal decree."The AG would also explain the legal questions arising from the High Court's release order following the payment of the RM50mil fine."These legal issues would need to be determined by the court as they have implications on the commencement date of Najib's prison sentence in the 1MDB case," it said in a statement on Saturday (Nov 7)





Barisan Nasional urges govt to immediately implement Najib's house arrest order - Sinardaily - 7/11 7:23 pm

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) has urged the government to immediately implement the royal decree allowing former prime minister Datuk Seri Najib Razak to serve the remainder of his prison sentence under house arrest.BN secretary-general Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir said the coalition viewed seriously the developments surrounding the postponement of the implementation of His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia's decree on the matter.He said the issue should not be treated merely as an administrative matter or a difference in legal interpretation, as it involved greater questions concerning respect for the constitutional monarchy, the authority of His Majesty's decree and the rule of law."These are fundamental principles that form the foundation of the country's system of governance," he said in a statement on Saturday (Nov 7).Zambry also said the statement issued by Istana Negara on Saturday should be given serious attention.He noted that the Palace had reaffirmed that the conditional pardon order was clear, explicit and contained no ambiguity, adding that all the stipulated conditions had been fulfilled.More importantly, he said, the Palace's warning that any arguments disputing the order would amount to disobeying His Majesty's decree should serve as a serious reminder to all parties."This is particularly important for those entrusted with the responsibility of implementing the decisions and decrees," he said.Zambry urged the government, particularly the relevant authorities, to take the Palace's statement seriously and ensure that the order was implemented immediately, in an orderly manner and in accordance with the Federal Constitution.He stressed that the matter required the authorities to uphold their responsibilities in respecting and implementing the royal decree





Isu pengampunan Najib: Peguam Negara mohon perkenan menghadap Agong - Sinarharian - 7/11 6:41 pm

SHAH ALAM - Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar pada Sabtu memohon perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Menurut kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, ia bagi memohon ampun dan menzahirkan pendiriannya untuk mematuhi titah Seri Paduka Baginda berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes SRC International."Peguam Negara juga akan menjelaskan persoalan perundangan yang timbul daripada Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi susulan pembayaran denda RM50 juta dan perlu diputuskan oleh mahkamah kerana ia memberi kesan kepada tarikh permulaan hukuman penjara dalam kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB)," katanya.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.





Prisons Dept will comply with any court order involving Najib's house arrest, says Home Minister - Sinardaily - 7/11 6:32 pm

KUALA LUMPUR: The Prisons Department will comply with any court order on former prime minister Datuk Seri Najib Razak's house arrest.Home Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail said Najib had the right to seek a royal pardon, adding that under the Federal Constitution, the power to grant a pardon rests with His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia."The department's role is to implement any decision in accordance with established legal procedures."Following the payment (of the RM50mil fine) made yesterday, we referred the matter to the Attorney General, particularly because the order of discharge issued by the court registrar had created a slightly different interpretation from a legal standpoint."We sought the Attorney General's advice to obtain clarity on how the matter should be implemented," he told reporters after an event in Kulim, Kedah.He added the department was bound by the Attorney General's legal advice as the government's legal adviser."All necessary steps had been taken to implement any decision, whether made by the Pardons Board or through court directives."The Attorney General had provided a legal opinion, which was subsequently met with a response from Najib's lawyers."Where there are differences in interpretation, as advised by the Attorney General, the best avenue is for the matter to be determined by the court."Whatever the decision, the Home Ministry, particularly the Prisons Department, will carry it out in accordance with the law," he said





PM arah Peguam Negara menghadap Agong perjelas perintah pengampunan bersyarat Najib - Sinarharian - 7/11 6:26 pm

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar supaya segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bagi memperjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata langkah itu perlu, bagi menjelaskan kekangan undang-undang terhadap baki hukuman penjara dalam kes SRC International, serta implikasinya terhadap satu lagi kes membabitkan Najib, iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB)."Saya telah minta supaya Peguam Negara segera menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong memohon ampun dan menjelaskan mengapa keputusan itu diterima untuk kes SRC, tetapi ada masalah kerana melibatkan kes kedua iaitu kes 1MDB," kata beliau selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 di sini hari ini.Turut hadir, isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan timbalannya Lim Hui Ying serta Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari di Selangor International Trade Centre (SITC), di sini.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraSultan Ibrahim hari ini bertitah pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib, yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah hendaklah dihormati, selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.Seri Paduka Baginda bertitah keputusan yang diperkenankan menerusi kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan itu, perlu dilaksanakan sebagaimana yang telah diputuskan tanpa menimbulkan kekeliruan atau ketidakpastian berpanjangan.Anwar menegaskan bahawa kuasa dan keputusan Yang di-Pertuan Agong tidak pernah dipertikaikan, sebaliknya isu yang perlu diperjelaskan ialah berkaitan pelaksanaan titah berkenaan dalam konteks kes kedua yang membabitkan Najib.Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara, sehingga selesai penelitian dan penjelasan lanjut mengenai interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat, serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi di sini semalam, selepas bayaran denda RM50 juta dilunaskan.AGC memaklumkan penangguhan sementara itu bukan bertujuan mempertikaikan atau mengetepikan titah Yang di-Pertuan Agong, sebaliknya merupakan langkah bagi memastikan titah tersebut dan perintah mahkamah berkaitan dilaksanakan dengan tepat, teratur dan selaras dengan kedudukan undang-undang sebenar.Sepanjang tempoh penangguhan, Najib dikekalkan di tempat tahanan sedia ada, tertakluk kepada kuasa serta arahan pihak berkuasa yang berkenaan, selain memaklumkan tindakan selanjutnya akan diambil selepas proses penelitian dan penjelasan berhubung penangguhan sementara itu selesai.Najib dilaporkan selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi, di sini semalam.Pegawai khas kepada Najib, Ahmad Lutfi Azhar hadir di mahkamah pada 11.30 pagi bagi menyelesaikan urusan pembayaran dan melengkapkan prosedur pentadbiran yang diperlukan sebelum pembayaran dimuktamadkan





UMNO, Pas Terengganu lapor polis isu penangguhan titah pengampunan Najib - Sinarharian - 7/11 6:22 pm

HULU TERENGGANU UMNO dan Pas Terengganu menyatakan kebersamaan dalam isu penangguhan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Setakat ini, tiga laporan polis telah dibuat di Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Laporan di daerah ini diketuai Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam, bersama Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Baharu Abd Ghani, Timbalan Yang Dipertua Pas Hulu Terengganu, Hilmi Harun serta Ahli Jawatankuasa Pas Hulu Terengganu, Kamaruzzaman Abdullah.Menurut Yusof, laporan yang dibuat di Balai Polis Kuala Berang pada jam 3.41 petang, Sabtu itu merujuk kepada kenyataan media Jabatan Peguam Negara bertarikh 6 November 2026."Kenyataan tersebut menyentuh penangguhan sementara pelaksanaan pengampunan yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan rumah sekiranya denda RM50 juta dijelaskan."Syarat denda berkenaan telah dipenuhi dan dijelaskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, manakala Mahkamah Tinggi turut mengeluarkan perintah termeterai kepada Penjara Kajang supaya melepaskan Datuk Seri Najib dengan serta-merta bagi menjalani baki hukuman tersebut di rumah," katanya.Yusof mendakwa Peguam Negara tidak mempunyai kuasa di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk menangguhkan pelaksanaan titah pengampunan dan perintah mahkamah berkenaan."Tindakan itu disifatkan sebagai ultra vires dan dilakukan secara sewenang-wenangnya."Justeru, laporan polis dibuat agar pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan subahat melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong di bawah Seksyen 121C Kanun Keseksaan, kesalahan di bawah Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 serta isu penghinaan mahkamah kerana didakwa menghalang pelaksanaan perintah mahkamah tanpa kuasa yang sah," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraTahanan rumah Najib: KDN laksana keputusan mengikut undang-undangSebelum ini, Jabatan Peguam Negara menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Menurut AGC, terdapat dua kemungkinan tafsiran terhadap perintah berkenaan yang memerlukan penelitian lanjut sebelum tindakan pelaksanaan seterusnya diambil.





Tahanan rumah Najib: KDN laksana keputusan mengikut undang-undang - Sinarharian - 7/11 6:21 pm

KULIM Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan sebarang keputusan mahkamah mengikut lunas undang-undang berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah merujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Menurut beliau, kuasa pengampunan terletak di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong, manakala tanggungjawab KDN dan Jabatan Penjara Malaysia adalah melaksanakan keputusan berkenaan mengikut tertib perundangan."Semalam apabila pembayaran denda RM50 juta dibuat, kami kemudiannya merujuk kepada Peguam Negara kerana arahan pembebasan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah menunjukkan satu tafsiran yang sedikit berbeza dari sudut undang-undang."Apa yang kami lakukan ialah mendapatkan pandangan Peguam Negara supaya terdapat kepastian dari segi pelaksanaannya," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Semarak Kebudayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kompleks Sukan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) di sini pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongBN gesa laksana titah perintah Agong segeraPada Jumaat, AGC memaklumkan bahawa pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.Saifuddin berkata, kementeriannya tertakluk kepada nasihat perundangan yang diberikan oleh Peguam Negara sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan.Menurutnya, kementerian juga telah mengambil langkah sewajarnya untuk melaksanakan apa jua keputusan sama ada yang diputuskan di peringkat Lembaga Pengampunan atau melalui arahan mahkamah."Seperti yang kita sedia maklum, terdapat satu pandangan undang-undang yang diberikan oleh Peguam Negara, kemudian ada respons balas daripada peguam Datuk Seri Najib."Jika wujud perbezaan seperti itu, sebagaimana nasihat Peguam Negara, pentafsiran yang terbaik hendaklah dibuat oleh mahkamah," katanya.





Anwar directs AG to seek Kings audience over Najibs conditional pardon order - Sinardaily - 7/11 6:15 pm

SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim has instructed Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar to seek an audience with His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, immediately to clarify issues surrounding the implementation of the Conditional Pardon Order involving former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.The Prime Minister said the move was necessary to explain the legal constraints concerning the remainder of Najibs prison sentence in the SRC International case, as well as the implications for another case involving him, namely the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) case."I have asked the Attorney-General to seek an audience with His Majesty the Yang di-Pertuan Agong immediately, to respectfully explain why the decision was accepted in the SRC case, but there are complications because it also involves a second case, the 1MDB case, Anwar said.He was speaking to reporters after launching the 2026 National Family Month celebration in November at the Selangor International Trade Centre (SITC) here today.Also present were the Prime Ministers wife, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who is also Bandar Tun Razak MP, Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri, her deputy Lim Hui Ying, and Selangor Womens Development and Social Welfare Committee chairman, Anfaal Saari.Sultan Ibrahim today decreed that the implementation of the conditional pardon granted to Najib, which allows him to serve the remainder of his prison sentence under house arrest, must be respected in keeping with the principles of Constitutional Monarchy and the Rule of Law.His Majesty said the decision, granted under the royal prerogative of pardon provided for in Article 42 of the Federal Constitution, must be implemented as decreed, without giving rise to prolonged confusion or uncertainty.Anwar said the authority and decision of the King had never been questioned





BN gesa laksana titah perintah Agong segera - Sinarharian - 7/11 5:37 pm

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) menggesa kerajaan, khususnya pihak berkuasa yang bertanggungjawab supaya mengambil perhatian serius kenyataan Istana Negara dan memastikan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dilaksanakan dengan segera serta penuh tertib selaras kehendak Perlembagaan Persekutuan.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, pihaknya memandang serius tindakan menangguhkan pelaksanaan titah perintah Yang di-Pertuan Agong berkaitan keputusan membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman pemenjaraannya secara tahanan di rumah.Menurut Zambry, perkara tersebut tidak boleh dilihat sebagai persoalan pentadbiran atau perbezaan tafsiran undang-undang semata-mata."Ia menyentuh persoalan yang jauh lebih besar, iaitu penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, kewibawaan titah Yang di-Pertuan Agong serta prinsip kedaulatan undang-undang yang menjadi asas sistem pemerintahan negara."Kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan hari ini hendaklah diberikan perhatian dan diambil dengan penuh keseriusan."Penegasan Istana Negara bahawa perintah pengampunan bersyarat tersebut adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan, malah semua syarat ditetapkan telah dipenuhi tidak seharusnya dipandang ringan," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Sabtu.Zambry menambah, penegasan Istana Negara bahawa 'sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong' merupakan peringatan yang amat serius kepada semua pihak.ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah NajibPeguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNOPemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah AgongUMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan NajibKeputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka SiongSinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.





Keputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang Ka Siong - Sinarharian - 7/11 5:23 pm

KUALA LUMPUR Pihak berkuasa yang berkaitan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keputusan pengampunan bersyarat yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dihormati dan dilaksanakan mengikut undang-undang.Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penghormatan terhadap kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong tidak seharusnya sekadar dizahirkan melalui kata-kata, sebaliknya perlu dibuktikan menerusi tindakan.Menurutnya, Seri Paduka Baginda telah memperjelaskan bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat berkenaan adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan selain semua syarat yang ditetapkan juga telah dipenuhi."Seri Paduka Baginda juga telah mengingatkan bahawa kuasa pengampunan merupakan prerogatif diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan mesti dihormati."Memandangkan keputusan tersebut telah dibuat oleh Seri Paduka Baginda menurut kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan susulan nasihat yang dikemukakan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan, maka pihak berkuasa yang berkaitan mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keputusan itu dihormati dan dilaksanakan mengikut undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Dalam perkembangan berkaitan, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Baginda turut bertitah bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat itu tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain yang melibatkan bekas Perdana Menteri berkenaan.Menurut Ka Siong, satu fakta penting yang tidak boleh diketepikan ialah Peguam Negara sendiri menghadiri mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 18 September lalu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dan memberikan nasihat sewajarnya kepada Yang di-Pertuan Agong.Beliau berkata, sebarang persoalan undang-undang berkaitan pelaksanaan keputusan tersebut perlu dijelaskan segera melalui saluran perundangan yang sah dan bukannya dijadikan alasan untuk melengahkan pelaksanaannya."Sama ada seseorang bersetuju atau tidak dengan keputusan berkenaan merupakan soal pendapat peribadi, namun menghormati kedudukan perlembagaan Yang di-Pertuan Agong dan sistem Raja Berperlembagaan bukanlah satu pilihan."Memartabatkan kedaulatan undang-undang dan menjunjung kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong bukan sesuatu yang saling bercanggah."Penghormatan sebenar tidak diukur daripada betapa lantangnya seseorang melaungkan taat setia, tetapi sama ada tindakannya secara konsisten menjunjung kuasa perlembagaan Yang di-Pertuan Agong serta kemuliaan sistem Raja Berperlembagaan," katanya.Beliau menegaskan bahawa keputusan yang dibuat mengikut Perlembagaan Persekutuan mesti dilaksanakan berdasarkan undang-undang, manakala sebarang persoalan yang memerlukan penjelasan hendaklah diselesaikan tanpa penangguhan yang tidak wajar.





Pelepasan Najib: PM minta AG menghadap Agong jelaskan permasalahan - FMT - 7/11 5:20 pm

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan memperakui titah dan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.





UMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan Najib - Sinarharian - 7/11 4:53 pm

MACHANG UMNO Bahagian Machang bersama Pemuda UMNO dan Pas Kawasan Machang mengambil tindakan membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berhubung keputusan menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Naib Ketua UMNO Bahagian Machang, Mohd Fakaaruddin Ismail berkata, laporan itu dibuat susulan kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) yang memutuskan pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta implikasi perintah mahkamah berkaitan.Menurut beliau, pihaknya berpandangan tindakan tersebut perlu disiasat kerana didakwa mempunyai unsur kesalahan di bawah Seksyen 121C Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948."Kami percaya tindakan Peguam Negara itu merupakan satu perkara yang perlu disiasat kerana didakwa melanggar kuasa Yang di-Pertuan Agong."Kami juga percaya tindakan berkenaan boleh menjurus kepada penghinaan mahkamah kerana didakwa menghalang pelaksanaan perintah mahkamah berhubung tahanan rumah Najib selepas beliau menjelaskan denda RM50 juta," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.Terdahulu, beliau bersama Ahli Jawatankuasa Pas Machang, Muhammad Firdaus Radzulan dan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO, Ibnu Hijram Ibnu Hajar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang untuk membuat laporan berkenaan kira-kira jam 3.20 petang.Seramai 25 ahli UMNO dan Pas turut hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan tersebut.Mohd Fakaaruddin turut mempersoalkan tindakan menangguhkan pelaksanaan perintah berkenaan yang menurutnya tidak seharusnya berlaku tanpa asas kuasa yang sah dari sudut perundangan.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan Perintah Pengampunan Bersyarat yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan rumah boleh ditafsirkan sebagai mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Baginda bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan dalam mentafsir perintah tersebut kerana keputusan yang diperkenankan adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, AGC menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan pada September lalu.AGC memaklumkan keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.Dalam masa sama, Sultan Ibrahim turut bertitah bahawa Perintah Pengampunan Bersyarat tersebut adalah jelas, nyata dan tidak terkait dengan mana-mana prosiding atau kes lain yang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri itu.





'Anthony Loke biadab, semua pemimpin DAP patut letak jawatan jika berprinsip' - Noh Omar - Sinarharian - 7/11 4:41 pm

SHAH ALAM - Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan yang bakal berkuat kuasa sebaik Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki di rumahnya disifatkan sebagai biadab.Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, kenyataan sedemikian bukan sahaja tidak menghormati keputusan Lembaga Pengampunan, tetapi juga mengingkari titah perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Menurut Noh, jika menteri dan timbalan menteri dalam kalangan DAP mempunyai prinsip, kesemuanya patut meletak jawatan yang disandang dalam Kabinet, menarik sokongan serta keluar daripada Kerajaan Madani."Sewajarnya beliau (Anthony) mengetahui bahawa wakil DAP juga ada di dalam Lembaga Pengampunan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh."Terbukti jelas pemimpin DAP ini biadab dan hendak menjadi hero tidak bersetuju dengan pelaksanaan titah Yang di-Pertuan Agong sehingga sanggup meletak jawatan sebagai Menteri bagi Kerajaan Madani."Saya amat menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan agar pelaksanaan baki hukuman secara tahanan di rumah kepada Najib diteruskan setelah bayaran RM50 juta dilunaskan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.UMNO pada Jumaat mengumumkan kutipan Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September lalu sudah mencapai sasaran dan mencukupi.Parti itu turut mengesahkan semua proses pembayaran kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selesai dilakukan.usulan itu, Anthony dalam sidang akhbar tergempar menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri itu menjejakkan kaki ke kediamannya di Langgak Duta.Menurut Anthony, pendiriannya untuk meletak jawatan tidak berubah meskipun pembayaran denda RM50 juta oleh bekas Parlimen Pekan itu telah diselesaikan di Mahkamah Tinggi.Terkini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Tidak lama kemudian, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada Najib.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.





Menteri tidak sehaluan kerajaan Madani wajar undur diri, usah tunggu dipecat - Kamil Munim - Sinarharian - 7/11 3:35 pm

MASJID TANAH - Menteri yang tidak lagi sehaluan dengan kerajaan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, wajar mengundurkan diri secara sukarela dan bukannya menunggu sehingga dipecat.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan itu lebih mencerminkan prinsip dan pendirian seseorang pemimpin berbanding terus berada dalam Kabinet, tetapi pada masa sama bertindak memburukkan kerajaan.Menurutnya, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan kestabilan politik terus terpelihara bagi menjamin kestabilan ekonomi negara."Mana-mana menteri daripada mana-mana blok yang tidak lagi sehaluan atau tidak mampu menyokong kepimpinan Perdana Menteri, maka mereka sewajarnya mengundurkan diri."Tidak perlu menunggu sehingga dipecat





Kerajaan perlu dedah siapa arah hentikan pemindahan Najib - Sinarharian - 7/11 3:29 pm

KUALA LUMPUR Kerajaan perlu mendedahkan kepada rakyat pihak bertanggungjawab mengarahkan penghentian proses pemindahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke kediamannya di Jalan Langgak Duta untuk menjalani tahanan rumah pada Jumaat.Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kerajaan perlu memberikan penjelasan berhubung keputusan berpatah balik itu selepas jentera kerajaan didakwa sudah bergerak untuk melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong.Menurutnya, titah Sultan Ibrahim bertarikh 7 November 2026 jelas dan tidak memberi ruang untuk sebarang tafsiran yang bercanggah.Beliau berkata, Baginda turut menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat itu tidak mempunyai sebarang kekaburan, selain semua syarat ditetapkan telah dipenuhi."Fakta-faktanya terang





Kalau saya PM, saya dah pecat, Muhyiddin cadang rombak Kabinet - FMT - 7/11 3:21 pm

Bekas perdana menteri lihat keberadaan menteri BN akan gagalkan dasar kerajaan dan mahu pentadbiran Anwar Ibrahim tumbang.





Najib's lawyer urges immediate transfer to house arrest following King's decree - Sinardaily - 7/11 3:03 pm

SHAH ALAM: Former prime minister Datuk Seri Najib Razak's lawyer, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, has urged the authorities to immediately transfer his client from Kajang Prison to his residence at Jalan Langgak Duta to serve the remainder of his sentence under house arrest.In a statement, Farhan said His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, had made it clear through Istana Negara that the conditional pardon granted to Najib under Article 42 of the Federal Constitution was unambiguous, unrelated to any other case and that all its conditions had been fulfilled.He also expressed gratitude to His Majesty, stressing that the royal decree should be implemented in accordance with its terms."We humbly thank His Majesty





Pemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah Agong - Sinarharian - 7/11 2:55 pm

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dilaksanakan segera bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sebagaimana diperkenankan.Ketua Pemudanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebarang proses lanjut termasuk rujukan mahkamah tidak wajar dijadikan alasan untuk menangguhkan pelaksanaan titah yang dinyatakan oleh Baginda sebagai 'jelas dan tanpa ambiguiti'.Atas dasar itu, Dr Muhamad Akmal memaklumkan bahawa Pemuda UMNO di peringkat negeri dan bahagian akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.Tegasnya, ia bagi membolehkan pihak berkuasa meneliti sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang dalam pelaksanaan titah dan perintah mahkamah itu."Seperti yang dititahkan, kuasa pengampunan merupakan prerogatif diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan pelaksanaannya 'hendaklah dihormati selaras kedudukan Raja Berperlembagaan serta prinsip kedaulatan undang-undang'."Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan terus menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan kedaulatan undang-undang serta keluhuran Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintahnya.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Susulan itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan sambil menegaskan tidak pernah mempertikai, mengetepikan atau berhasrat menggantung Perintah Pengampunan Bersyarat diperkenan Yang di-Pertuan Agong kepada bekas ahli Parlimen Pekan terbabit.Jelas AGC, pihaknya sentiasa menjunjung kedaulatan undang-undang, menghormati kedudukan institusi Yang di-Pertuan Agong serta mengiktiraf prerogatif pengampunan baginda sebagaimana diperuntukkan mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.





King: Najibs house arrest order is clear and must be respected - Sinardaily - 7/11 2:43 pm

KUALA LUMPUR - The implementation of the conditional pardon granted to Datuk Seri Najib Tun Razak, allowing the former Prime Minister to serve the remainder of his prison sentence under house arrest, must be respected in keeping with the principles of Constitutional Monarchy and the Rule of Law.His Majesty Sultan Ibrahim, King of Malaysia, said the decision granted under the royal prerogative of pardon provided for in Article 42 of the Federal Constitution must be implemented as decreed, without giving rise to prolonged confusion or uncertainty.The royal decree was contained in a statement issued by Istana Negara and shared on Sultan Ibrahim Sultan Iskandar's Facebook page today.His Majesty said he had ordered Najib to serve the remainder of his prison sentence under house arrest, subject to the condition that the RM50 million fine be paid.The order was granted after His Majesty received due advice from Minister in the Prime Minister's Department (Federal Territories) Hannah Yeoh and Attorney-General Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar at the Pardons Board meeting for the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya on Sept 18."The royal prerogative of pardon is provided for under Article 42 of the Federal Constitution





Titah Agong mesti dihormati, kedaulatan undang-undang ditegakkan - Nurul Syazwani - Sinarharian - 7/11 2:39 pm

SHAH ALAM Jabatan Peguam Negara (AGC) wajar menjelaskan asas perundangan penangguhan pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, termasuk kuasa yang digunakan dan sebab isu tafsiran tidak diselesaikan lebih awal.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, persoalan itu timbul susulan tindakan AGC membangkitkan isu tafsiran hampir 50 hari selepas keputusan berkenaan diperkenankan.Beliau berkata, perkara itu lebih membimbangkan apabila kekeliruan berkenaan timbul daripada institusi yang sepatutnya menjadi rujukan tertinggi kerajaan dalam soal perundangan."Saya menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertarikh 7 November 2026 berhubung Perintah Pengampunan Bersyarat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak."Titah tersebut mengukuhkan persoalan yang telah saya bangkitkan sebelum ini: Bagaimana Jabatan Peguam Negara yang turut terlibat dalam proses Lembaga Pengampunan boleh membangkitkan persoalan tafsiran hampir 50 hari selepas keputusan diperkenankan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Nurul Syazwani yang juga seorang peguam dan penggubal undang-undang berkata, prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara, manakala prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-Undang.Menurutnya, kedua-dua prinsip itu tidak boleh dipisahkan kerana kesetiaan kepada Raja bukan sekadar lafazan dalam majlis rasmi, sebaliknya perlu diterjemahkan melalui penghormatan terhadap kuasa dan keputusan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan.Beliau turut mengingatkan prinsip perundangan 'Ignorantia juris non excusat' yang membawa maksud kejahilan undang-undang bukan suatu alasan."Amat memalukan sekiranya institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menasihati kerajaan mengenai undang-undang dilihat seolah-olah berlindung di sebalik kekeliruan tafsiran terhadap keputusan yang turut melalui proses nasihat perundangannya sendiri."Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam perkara yang berkenaan."Sebarang persoalan pelaksanaan hendaklah ditangani melalui proses undang-undang yang sah, telus dan tanpa kelewatan yang tidak munasabah," katanya.Beliau berkata, isu berkenaan bukan semata-mata berkaitan Najib, sebaliknya membabitkan penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan, integriti institusi perundangan dan keyakinan rakyat terhadap kedaulatan undang-undang.Menurutnya, rakyat tidak seharusnya diajar untuk setia kepada Raja dan menjunjung Perlembagaan, sedangkan institusi yang sepatutnya mempertahankan prinsip berkenaan sendiri menimbulkan persoalan mengenai pelaksanaannya."Kesetiaan kepada Raja mesti dibuktikan melalui tindakan, bukan sekadar pengakuan," tambahnya.





Peguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNO - Sinarharian - 7/11 2:35 pm

KUALA LUMPUR - Veteran UMNO mendesak Peguam Negara menarik balik surat arahan penangguhan pelaksanaan hukuman tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa sebarang alasan.Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tindakan menangguhkan pelaksanaan hukuman berkenaan selepas denda RM50 juta dibayar disifatkan sebagai tidak berperlembagaan.Beliau mendakwa, tindakan itu turut dipengaruhi unsur ketakutan politik pihak tertentu selain disifatkan sebagai disengajakan menggunakan alasan yang direka-reka."Malah paling biadab dan kurang ajar apabila sanggup ingkar dan derhaka kepada titah serta kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong."Keputusan Yang di-Pertuan Agong adalah muktamad setelah syarat yang ditetapkan dilaksanakan, tidak ada kuasa yang lebih tinggi daripada Agong dalam soal pengampunan Najib," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Titah baginda, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Titah baginda lagi, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.Sehubungan itu, Mustapha menegaskan Veteran UMNO mahu Peguam Negara menarik balik surat arahan penangguhan berkenaan tanpa sebarang alasan lagi.





Penjara Kajang lengang, tiada pergerakan bawa Najib keluar - Sinarharian - 7/11 2:22 pm

KAJANG - Keadaan di sekitar pintu masuk Penjara Kajang pada Sabtu masih lenggang tanpa sebarang pergerakan yang menunjukkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan dibawa keluar ke kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur.Tinjauan mendapati, keadaan di kawasan berkenaan masih tenang dengan kenderaan awam dan persendirian dilihat keluar masuk seperti biasa.Setakat ini, belum kelihatan sebarang pergerakan atau persiapan berkaitan kemungkinan Najib dibawa keluar dari penjara susulan perkembangan pengampunan bersyarat yang membolehkannya menjalani baki hukuman menerusi kaedah tahanan di rumah.Pengamal media mula berkumpul di sekitar Penjara Kajang sejak jam 11.30 pagi bagi mengikuti sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara itu.Terdahulu, peguam Najib mengesahkan bekas Perdana Menteri itu selesai melunaskan denda RM50 juta pada Jumaat sebagai sebahagian daripada syarat pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lalu.Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Jumaat memaklumkan pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib ditangguhkan sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran perintah pengampunan bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan (Order of Discharge).ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiTerbaharu, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa tidak sepatutnya timbul sebarang kekeliruan berhubung pelaksanaan perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara menerusi kaedah tahanan di rumah.Seri Paduka Baginda turut menegaskan perintah berkenaan jelas, nyata dan tanpa sebarang kekaburan selain tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain membabitkan bekas Perdana Menteri itu.Baginda juga bertitah semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi.





Anwar patut pecat menteri BN tak sehaluan - Muhyiddin - Sinarharian - 7/11 1:47 pm

HANG TUAH JAYA - Menteri daripada Barisan Nasional (BN) yang didakwa tidak sehaluan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya dipecat bagi memastikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Perpaduan.Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu wajar dipertimbangkan susulan perbalahan terbuka antara pemimpin BN dengan Perdana Menteri yang disifatkan boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaan dasar kerajaan.Menurutnya, pemimpin yang menjadi sebahagian daripada kerajaan seharusnya menghormati prinsip pentadbiran dengan tidak mengkritik kerajaan sendiri secara terbuka sehingga menimbulkan gambaran seolah-olah berlaku keretakan dalam kerajaan."Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya dah pecat mereka





Anthony Loke tidak hadir program di Sarawak, status letak jawatan jadi tanda tanya - Sinarharian - 7/11 1:41 pm

KOTA SAMARAHAN - Status peletakan jawatan Anthony Loke sebagai Menteri Pengangkutan masih menjadi tanda tanya selepas beliau tidak menghadiri satu program kementerian di Kota Samarahan, Sarawak pada Sabtu.Ketidakhadiran Setiausaha Agung DAP itu menyebabkan media yang hadir ke lokasi berkenaan tidak berpeluang mendapatkan pengesahan lanjut berhubung status peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan.Perkembangan terbaharu itu susulan kenyataan Istana Negara pada Sabtu yang menegaskan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan.Istana Negara turut menegaskan semua syarat yang ditetapkan dalam titah pengampunan berkenaan telah dipenuhi, manakala sebarang usaha untuk mempertikaikan keputusan itu boleh dianggap sebagai ingkar terhadap titah Seri Paduka Baginda.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiPada Jumaat Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan di rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan Mahkamah Tinggi selepas pembayaran denda RM50 juta diselesaikan.Sementara itu, Loke pada Jumaat menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Najib tiba di kediamannya untuk menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah.Beliau sebelum ini memaklumkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 September lalu, susulan pendirian DAP berhubung isu pengampunan bersyarat Najib





Suasana di kediaman Najib di Langgak Duta lengang - Sinarharian - 7/11 1:38 pm

KUALA LUMPUR - Suasana di hadapan kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta di sini, dilihat lengang setakat ini dengan hanya sekumpulan pengamal media berkumpul bagi mengikuti perkembangan terbaharu membabitkan beliau.Keadaan di sekitar kediaman itu dilihat tenang tanpa kehadiran orang ramai, manakala pengamal media masih menunggu sebarang perkembangan lanjut berhubung kemungkinan Najib dibawa pulang ke kediaman berkenaan untuk menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.Sebelum ini, kediaman berkenaan menjadi tumpuan susulan perkembangan mengenai kemungkinan pembebasan Najib dari Penjara Kajang selepas beliau dilaporkan telah menjelaskan denda RM50 juta seperti ditetapkan dalam perintah pengampunan bersyarat.Bagaimanapun, pelaksanaan tahanan di rumah itu ditangguhkan sementara oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran perintah berkenaan.Perkembangan terbaharu menyusul apabila Istana Negara menerusi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertarikh 7 November menegaskan bahawa perintah pengampunan bersyarat terhadap Najib adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan tafsiran.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiTitah itu turut menjelaskan bahawa pada 18 September 2026, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya telah meneliti petisyen Najib di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Baginda turut menegaskan bahawa perintah berkenaan menetapkan Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.Menurut titah itu, semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi dan sebarang hujah yang mempertikaikannya menjurus kepada keingkaran terhadap perintah Yang di-Pertuan Agong.





UMNO tuntut keputusan tahanan rumah Najib dilaksana serta-merta - Sinarharian - 7/11 1:32 pm

KUALA LUMPUR UMNO menuntut pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah dilaksanakan serta-merta.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tuntutan itu dibuat susulan titah tegas Yang di-Pertuan Agong berhubung pelaksanaan keputusan berkenaan yang tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.Menurutnya, UMNO menjunjung kasih atas titah Seri Paduka Baginda dan berpandangan bahawa sebarang tindakan mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat itu menjurus kepada perbuatan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong."Seperti titah Tuanku, memandangkan semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Asyraf Wajdi berkata, UMNO berpendirian titah tegas berkenaan boleh membawa maksud wujudnya tindakan penderhakaan terhadap institusi diraja.Tambahnya, Malaysia tidak boleh dibiarkan ditadbir dan diurus oleh pihak yang jelas membelakangi peruntukan termaktub dalam Perlembagaan Negara."UMNO menuntut pelaksanaan keputusan Lembaga Pengampunan dibuat serta-merta dan pihak yang mengingkari perintah ini perlu dikenakan tindakan tegas berdasarkan undang-undang," katanya.Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO bersama seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh menjunjung kedaulatan institusi Yang di-Pertuan Agong.Beliau turut berharap agar Allah SWT sentiasa memelihara kemuliaan Seri Paduka Baginda serta menyelamatkan Malaysia daripada pihak yang cuba merobek kedaulatan institusi payung negara.





Najib perlu segera dipindahkan ke kediaman di Langgak Duta - Peguam - Sinarharian - 7/11 1:23 pm

KUALA LUMPUR Pihak berkuasa mesti memindahkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan segera ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi menjalani tahanan di rumah, sebagaimana yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Peguam yang mewakili bekas Perdana Menteri itu, Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata, perintah pengampunan berkenaan merupakan titah Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.Menurutnya, Istana Negara juga telah menjelaskan bahawa perintah berkenaan adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan."Seri Paduka Baginda kini telah menjelaskan melalui Istana Negara bahawa perintah itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, tidak terkait dengan mana-mana kes lain, dan semua syaratnya telah dipenuhi."Oleh itu, tiada sebarang asas bagi pihak berkuasa berkenaan untuk terus menahan Datuk Seri Najib di Kajang walau sesaat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSeri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.Sehubungan itu, beliau menegaskan pihak berkuasa perlu melaksanakan pemindahan Najib ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi membolehkan bekas Presiden UMNO itu menjalani baki hukuman menerusi tahanan di rumah seperti yang dititahkan.Dalam kenyataan sama, pihaknya turut menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda atas penjelasan berhubung perintah pengampunan berkenaan."Daulat Tuanku," katanya.





Ingkar titah Agong satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Sinarharian - 7/11 1:07 pm

KUALA LUMPUR - Sebarang perlakuan ingkar, menafikan atau cuba meremehkan mana-mana titah Yang di-Pertuan Agong merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara.Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua rakyat Malaysia mempunyai kewajipan menjunjung tinggi serta memartabatkan Institusi Yang di-Pertuan Agong dan institusi beraja sebagai lambang kedaulatan negara.Menurutnya, perkara itu jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara yang perlu dihormati oleh semua pihak."Kerajaan atau mana-mana pihak juga mempunyai obligasi untuk menyempurnakan titah Yang di-Pertuan Agong yang dibuat mengikut lunas perundangan negara, termasuk perkara berkaitan pengampunan diraja, penangguhan atau peringanan hukuman di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Perlu ditegaskan, apa-apa perlakuan ingkar, menafikan atau cuba meremehkan mana-mana titah yang dizahirkan oleh Institusi Yang di-Pertuan Agong oleh mana-mana pihak adalah merupakan satu penderhakaan besar kepada Raja dan Negara," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSinar Harian sebelum ini melaporkan sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Seri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti.Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026.Sementara itu, Hamzah turut membangkitkan kontroversi Titah Adendum yang dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu dan mendakwa isu berkenaan seolah-olah berulang kembali.Dalam pada itu, beliau berkata, prinsip berkaitan prerogatif pengampunan diraja turut diputuskan Mahkamah Persekutuan dalam kes berkaitan pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Katanya, keputusan Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan prerogatif pengampunan diraja bersifat non-justiciable, iaitu tidak boleh dipersoalkan atau disemak oleh mana-mana pihak termasuk mahkamah.Beliau turut mempersoalkan kenyataan Anwar yang menyatakan tidak bersetuju secara peribadi berhubung perkara berkenaan."Sebagai pihak yang mendapat pengampunan diraja di bawah Perkara 42 selepas disabitkan kesalahan jenayah dan dihukum penjara, Anwar sepatutnya lebih memahami obligasi kerajaan untuk menyempurnakan titah Institusi Yang di-Pertuan Agong," katanya.Hamzah menegaskan kerajaan tidak boleh bersikap selektif dalam menghormati titah Yang di-Pertuan Agong kerana institusi itu merupakan tonggak kedaulatan negara.Jelasnya, usaha memelihara kewibawaan dan kedaulatan Institusi Yang di-Pertuan Agong bukanlah pilihan politik, sebaliknya tanggungjawab Perlembagaan yang perlu dilaksanakan oleh setiap kerajaan.





Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah Najib - Sinarharian - 7/11 12:12 am

SHAH ALAM [DIKEMAS KINI] Sebarang hujah yang mempertikaikan perintah pengampunan bersyarat membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Seri Paduka Baginda bertitah, tidak sepatutnya timbul kekeliruan dalam mentafsir perintah berkenaan kerana keputusan yang diperkenankan itu jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti."Kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan."Pelaksanaan kuasa tersebut hendaklah dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang," titahnya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tidak dimaklumkan- Rosmah kata tidak tahu dua wakil bayar denda RM50 juta NajibDenda RM50 juta Najib: Pegawai khas, pemimpin UMNO muncul di kaunter bayaran mahkamahNajib sudah bayar RM50 juta - PeguamDana sudah mencukupi, UMNO tutup Tabung Solidariti Najib[VIDEO] Peguam ke Penjara Kajang serah perintah tahanan rumah NajibDua kenderaan Jabatan Penjara memasuki kediaman NajibKronologi keputusan tahanan rumah NajibAnwar tidak setuju UMNO bayar denda RM50 juta bagi pihak Najib, rasuah tidak boleh dikompromiAGC tangguh sementara pelaksanaan tahanan rumah NajibIsu tahanan rumah Najib: Razlan dakwa wujud muslihatTangguh tahanan rumah Najib satu bentuk penderhakaan - Asyraf WajdiSebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) menangguhkan sementara pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung tafsiran Perintah Pengampunan Bersyarat yang diperkenankan September lalu.AGC dalam kenyataan pada Jumaat memaklumkan, keputusan itu dibuat susulan timbul persoalan perundangan mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib bagi kes SRC International.Dalam pada itu Sultan Ibrahim bertitah, perintah pengampunan bersyarat ini adalah jelas, nyata dan tanpa sebarang ambiguiti, serta tidak terkait dengan mana-mana kes lain terhadap beliau.Titah baginda, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran dan tidak sepatutnya menyebabkan ketidakpastian berpanjangan terhadap pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.Baginda bertitah, keputusan membenarkan Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta, dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen beliau pada 18 September 2026."Mesyuarat Lembaga Pengampunan itu yang turut dihadiri oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara, telah memberikan nasihat yang sewajarnya kepada Sultan Ibrahim."Selanjutnya, Seri Paduka Baginda telah memerintahkan bahawa Najib menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat iaitu sekiranya membayar denda RM50 juta."Memandangkan semua syarat di dalam perintah pengampunan bersyarat itu telah dipenuhi, sebarang hujah mempertikaikan perintah tersebut adalah menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong," titahnya.





AGC: Najib???s house arrest postponed pending legal review - Sinchew - 7/11 7:51 am

AGC: Najibs house arrest postponed pending legal review PUTRAJAYA: Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razaks house arrest arrangement has been put on hold, according to the Attorney-Generals Chambers (AGC)





Akmal persoal kelewatan AGC jelaskan interpretasi Perintah Pengampunan .. - Mygazette - 7/11 7:51 am

# Akmal persoal kelewatan AGC jelaskan interpretasi Perintah Pengampunan Najib JASIN Pemuda UMNO mempersoalkan kelewatan Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapatkan penelitian dan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan sebagai tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak





PRN Melaka: Pengundi boleh nilai rekod Kerajaan Madani - Mygazette - 7/11 7:51 am

"Ini semua bukan propaganda politik. Ini adalah fakta yang rakyat Melaka dan Malaysia boleh menilai sendiri hasil kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani pimpinannya dalam usaha untuk menjana pekerjaan kepada rakyat Malaysia," ujar beliau





Anthony letak jawatan, berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib tiba di .. - Mygazette - 7/11 7:51 am

# Anthony letak jawatan, berkuat kuasa serta-merta sejurus Najib tiba di rumah KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Datuk Seri Najib Razak menjejakkan kaki ke rumah. Menurut beliau, surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, Namun atas nasihat Anwar, Anthony berkata, beliau meneruskan tugas seperti biasa sehingga isu pembayaran RM50 juta diselesaikan oleh Najib





Anthony Loke perlu tunaikan janji letak jawatan – Zahid - Mygazette - 7/11 7:51 am

Petang tadi dalam sidang media, Loke memberitahu, peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Pengangkutan akan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja Najib menjejakkan kaki ke rumah. Menurut beliau, surat peletakan jawatannya telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini





Peguam Najib tuntut tahanan rumah dilaksana serta-merta, desak AGC tarik .. - Mygazette - 7/11 7:51 am

# Peguam Najib tuntut tahanan rumah dilaksana serta-merta, desak AGC tarik balik kenyataan KUALA LUMPUR - Pasukan peguam Datuk Seri Najib Razak menuntut bekas Perdana Menteri itu dibenarkan menjalani baki hukumannya secara tahanan rumah serta-merta selepas denda RM50 juta yang menjadi antara syarat pengampunan bersyarat selesai dibayar hari ini





Rasionalisasi subsidi tidak boleh jejas golongan miskin - Anwar - Astroawani - 7/11 7:10 am

Walaupun langkah rasionalisasi seperti penyasaran subsidi petrol RON95 penting bagi meringankan beban fiskal kerajaan serta mengekang pembaziran, pelaksanaannya wajib mengambil kira realiti kehidupan rakyat terbanyak yang masih bergelut memenuhi keperluan asas harian.





Serangan siber: Negara perlu pendekatan proaktif - PM Anwar - Astroawani - 7/11 7:00 am

Pendekatan proaktif perlu diutamakan berbanding tindakan reaktif, bagi memastikan negara bersedia menghadapi ancaman yang boleh menyasarkan pelbagai sektor, termasuk perbankan dan institusi penting.





Serangan siber: Negara perlu pendekatan proaktif - Anwar - Sinarharian - 7/11 12:12 am

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan siber negara dengan memberi tumpuan kepada keupayaan menjangka dan mencegah serangan, susulan ancaman siber yang semakin kompleks serta canggih.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan proaktif perlu diutamakan berbanding tindakan reaktif, bagi memastikan negara bersedia menghadapi ancaman yang boleh menyasarkan pelbagai sektor, termasuk perbankan dan institusi penting."Kita mesti bina kekuatan untuk menjangka serangan



Kelulusan kemasukan pekerja asing boleh dipercepatkan dengan syarat - PM Anwar - Astroawani - 6/11 11:33 pm

Kerajaan bersedia mempertimbangkan permohonan pekerja asing sektor perladangan berdasarkan keperluan sebenar industri, dengan syarat syarikat memperkukuh mekanisasi bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.





Kerjasama syarikat perladangan, pekebun kecil sawit dibangkitkan di kabinet minggu depan - Anwar - Sinarharian - 6/11 11:21 pm

KUALA LUMPUR - Kerjasama antara syarikat perladangan dengan pekebun kecil sawit bagi meningkatkan hasil dan pendapatan kedua-dua pihak akan dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, cadangan khusus perlu dirangka bagi membolehkan syarikat perladangan membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti dan mutu hasil, sekali gus memperoleh pulangan lebih baik."Sektor perladangan memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara, namun jurang antara syarikat perladangan yang berjaya dengan pekebun kecil berpendapatan rendah masih perlu ditangani," kata beliau.Perdana Menteri berkata demikian ketika menjadi moderator Forum Ilmuwan Malaysia MADANI Siri Ke-14 bertemakan "Daya Tahan Negara dalam Keterjaminan Makanan bagi Mendepani Ketidaktentuan Global" di sini malam ini.Forum anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bersama-sama SD Guthrie Bhd itu turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB Research Institute Dr Sarena Che Omar sebagai ahli panel.Sementara itu, Anwar berkata, beliau pernah menyarankan supaya syarikat perladangan bekerjasama dengan pekebun kecil ketika bertemu wakil sektor itu di Taiping, Perak kira-kira dua hingga tiga tahun lepas."Saya turut menyentuh masalah kekurangan modal, produktiviti rendah dan kelemahan sistem pemasaran yang sekian lama menjejaskan petani kecil serta nelayan," kata beliau.Sementara itu, Presiden dan CEO kumpulan SD Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad berkata, hasil minyak sawit pekebun kecil bebas adalah sekitar dua tan sehektar berbanding empat tan sehektar yang direkodkan syarikat itu."Pokok yang semakin tua serta kekurangan sokongan untuk pembajaan dan penanaman semula antara faktor yang menyumbang kepada jurang produktiviti itu."Satu model yang boleh dicontohi ialah kerjasama di Indonesia, dengan syarikat perladangan menanggung kos penanaman semula dan pekebun kecil kemudian menjual hasil sawit kepada syarikat berkenaan," katanya




Reformasi     >>



Aktivis kesan kekeliruan lain dalam perintah tahanan .. - Harapandaily
Kandungan perintah mahkamah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Najib Razak, terus menjadi perhatian apabila seorang aktivis mendakwa terdapat beberapa kekeliruan lain dalam dokumen berkenaan, termasuk klausa yang menimbulkan persoalan mengenai tindakan sekiranya syarat ..
Kroni     >>



Krakow mass shooting assailant died in hospital, .. - NST
WARSAW: A young gunman who killed six people in central Krakow on Saturday in Polands unprecedented mass shooting has died in hospital, police said early on Monday.
Tabloid     >>



Isu tahanan rumah Najib tak halang pengundi PH keluar .. - Hotfm
Pengerusi PH Melaka berkata gabungan itu tidak boleh bergantung kepada undi ahli dan penyokong saja untuk memenangi PRN.
Tech     >>



Nvidia CEO Jensen Huang admits to having an affair .. - Tomshardware
Nvidia's board of directors is investigating a report about Jensen Huang's alleged affair with a client, claims it is still confident in Jensen and leadership team.
World     >>



Democrats amp up Trump investigation threats, Blanche .. - Cnbc
Democrats have vowed to investigate both President Donald Trump's White House and businesses that have worked with the administration.
Motor Trend     >>



Motosikal Yamaha Rw700, Rw350 Sah Masuk Malaysia 2027 .. - Mekanika
**Baru-baru ini Yamaha antara yang menjadi tumpuan di pameran motosikal terbesar dunia, EICMA 2026 menerusi pelancaran dua skuter adventure, RW700 dan RW350.** Kami turut berpeluang untuk menyaksikan kedua-dua model serba baharu itu dengan lebih dekat di EICMA. Senario itu pastinya ..