![]() |
/// |
|
Search : Amerika Syarikat News | Page 1 |
Lyles balas dendam kalahkan juara Olimpik - Kosmo - 12/07 3:54 pm MONACO Bintang pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles membuktikan keunggulannya apabila menewaskan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Letsile Tebogo dalam perlumbaan penuh dramatik acara 200 meter (m) saingan Liga Berlian Monaco 2025 awal pagi tadi |
Lyles tundukkan Tebogo di Monaco - Utusan - 12/07 3:49 pm MONACO: Pelari pecut sensasi Amerika Syarikat, Noah Lyles membuktikan kehebatannya apabila menewaskan juara Olimpik, Letsile Tebogo dalam acara 200 meter pada Kejohanan Liga Berlian Monaco awal pagi tadi |
Karamjit cari dana RM160,000 - Sinarharian - 12/07 3:42 pm LEGENDA sukan permotoran negara, Karamjit Singh berdepan kekangan masa dalam usaha mencari dana RM160,000 bagi untuk bersaing dalam Kejohanan Rali Malaysia (MRC) musim ini.Juara kebangsaan sebanyak 17 kali itu mengintai gelaran ke-18, namun bebanan kewangan menjadi halangan utama untuk merealisasikan impian tersebut.Karamjit yang terkenal dengan julukan 'The Flying Sikh' berkata, MRC 2025 akan melibatkan empat pusingan dengan kos kira-kira RM40,000 bagi setiap pusingan.Pusingan pertama dijadualkan berlangsung awal bulan depan dengan tempoh kurang sebulan untuk mendapatkan tajaan yang diperlukan."Lazimnya saya guna wang sendiri, tetapi kali ini memang susah sikit sebab kosnya agak tinggi |
Presiden Filipina akan lawat as selepas tarif 20 peratus diumumkan - Kementerian Luar - SUN - 12/07 2:47 pm MOSCOW: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. akan mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) susulan pengumuman Presiden AS Donald Trump mengenai tarif 20 peratus ke atas semua import dari negara itu, menurut Kementerian Luar Filipina pada Jumaat, lapor Sputnik/RIA Novosti |
Kerajaan tegas pertahan doktor tempatan elak berhijrah ke Singapura - Sinarharian - 12/07 2:37 pm KULAI - Kerajaan akan terus mempertahankan pegawai perubatan tempatan daripada berhijrah ke luar negara dengan menambah baik sistem perjawatan dan kebajikan petugas kesihatan.Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kementeriannya akan memastikan keseimbangan kerja dan kehidupan yang lebih baik dapat dinikmati doktor tempatan.Jelas beliau, langkah itu penting memandangkan negara kini menjadi sasaran hospital dan syarikat perubatan dari Singapura yang memberikan tawaran gaji lumayan."Saya melihat isu mengenai kedatangan syarikat ataupun hospital-hospital Singapura ke Malaysia untuk menarik doktor-doktor tempatan merupakan cabaran dalam pasaran terbuka."Kerajaan tetap mempertahankan mereka kerana untuk menghasilkan pegawai perubatan ataupun graduan perubatan ini bukan percuma |
Tarif AS jadi perbicangan utama dalam kalangan pemimpin serantau di AMM KE-58 - SUN - 12/07 1:51 pm KUALA LUMPUR: Ketika ketegangan perdagangan global terus meningkat, Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan mengakhiri rundingan empat harinya di Kuala Lumpur pada Jumaat, 11 Julai dengan kenaikan tarif dikenakan Amerika Syarikat (AS) menjadi perbincangan utama dalam kalangan pemimpin serantau |
HHFS, Hab Hidrogen Hijau di Terengganu mampu tarik pelabur serantau, antarabangsa - PM Anwar - SUN - 12/07 1:28 pm KUALA BERANG: Projek Solar Terapung Hibrid Hidro (HHFS) dan Hab Hidrogen Hijau di Terengganu yang dilancarkan hari ini, mampu menarik pelabur daripada negara serantau dan antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
Anak El chapo mengaku bersalah atas pertuduhan edar dadah di Mahkamah AS - SUN - 12/07 11:56 am WASHINGTON: Ovidio Guzmn Lpez, anak kepada ketua kartel dadah Mexico Joaqun El Chapo Guzmn mengaku bersalah atas empat pertuduhan berkaitan pengedaran dadah dan jenayah terancang di sebuah mahkamah persekutuan Amerika Syarikat (AS), lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa) |
Munajjim: Sekutu Iblis bongkar realiti ilmu hitam - Sinarharian - 12/07 9:50 am FILEM bergenre seram sememangnya sentiasa mempunyai tempat dalam kalangan penonton tempatan.Terbaharu, sebuah lagi karya seram tempatan bertajuk Munajjim: Sekutu Iblis bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 31 Julai ini.Diterbitkan oleh Yusrych Global Sdn Bhd, filem arahan Faizul A |
Isan Nikah angkat isu kahwin campur - Sinarharian - 12/07 9:40 am SELEPAS kejayaan filem seram Islamik Khong Khaek tahun lalu, syarikat produksi Thailand, Monwichit Entertainment kembali dengan naskhah terbaharu, Isan Nikah.Bagaimanapun kali ini, produksi itu menampilkan genre yang lebih ringan dan menghiburkan, namun tetap sarat dengan mesej.Filem yang bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 17 Julai itu membawakan kisah unik dan jarang dipaparkan perkahwinan campur antara seorang gadis Muslim dan jejaka Buddha.Menurut pengarahnya, Kriangkrai Monwichit, Isan Nikah menawarkan kelainan dengan mengangkat tema sensitif berkaitan perbezaan agama dan budaya, namun diolah dalam bentuk komedi yang mencuit hati."Isan Nikah adalah sebuah filem yang sangat menarik untuk ditonton apabila menampilkan kisah perkahwinan membabitkan perbezaan agama serta budaya, lalu diolah untuk menjadi sebuah kisah komedi yang lucu dan mencuit hati."Selain itu, saya turut mengetengahkan kehidupan di kampung halaman sendiri yang mencerminkan budaya masyarakat tempatan di selatan Thailand, termasuk sejarah, tempat pelancongan, makanan dan bahasa," jelasnya.Filem ini mengisahkan pasangan kekasih iaitu gadis Muslim dan jejaka Buddha yang akhirnya memeluk Islam demi cinta |
Pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM200,000 - Mgazette - 12/07 8:04 am KUALA LUMPUR - Seorang pengarah syarikat pengeluaran makanan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan melakukan pecah amanah wang syarikat itu melebihi RM200,000 |
Program lelong arak di sekolah: Pemuda Pas tempelak ADUN Pekan Nanas - Mgazette - 12/07 8:04 am # Program lelong arak di sekolah: Pemuda Pas tempelak ADUN Pekan Nanas JOHOR BAHRU - Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (DPPNJ) menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nanas, Tan Eng Meng yang seolah-olah membela insiden lelongan arak di sebuah sekolah rendah di Pontian baru-baru ini |
SPRM ambil tindakan sita, lucut hak aset Daim, sekutu lebih RM3 bilion - Mgazette - 12/07 8:04 am # SPRM ambil tindakan sita, lucut hak aset Daim, sekutu lebih RM3 bilion KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Bahagian Operasi Khas (BOK) sedang giat melaksanakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan memfokuskan kepada penyitaan dan pelucuthakan aset-aset luar biasa berkaitan Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan isteri, Toh Puan Naimah Khalid, ahli keluarga dan rangkaian sekutunya bernilai lebih RM3 bilion. SPRM dalam kenyataan memaklumkan, pemilikan aset-aset luar biasa bernilai tinggi itu dikesan di 11 buah negara iaitu United Kingdom (UK): Amerika Syarikat; Switzerland; Singapura; British Virgin Islands; Kepulauan Cayman; Jersey; Itali; Jepun; Indonesia dan beberapa negara di benua Afrika |
Pekerja syarikat telekomunikasi disyaki rogol anak saudara diberkas - Mgazette - 12/07 8:04 am # Pekerja syarikat telekomunikasi disyaki rogol anak saudara diberkas KLUANG - Dakwaan perbuatan terkutuk seorang pekerja syarikat telekomunikasi merogol anak saudara perempuannya di Taman Matahari di sini terbongkar selepas mangsa membuat pengakuan kepada polis |
Buletin Land Rover Defender Urban Widetrack Heritage Series Soft-top .. - Mekanika - 12/07 8:04 am # LAND ROVER DEFENDER URBAN WIDETRACK HERITAGE SERIES SOFT-TOP - POTONG BUMBUNG, BADAN LEBAR! **Land Rover Defender Urban Widetrack Heritage Series Soft-Top adalah kereta berhud (convertible) pertama dari Urban Automotive.** Dibina berasaskan Land Rover Defender 90, model ini merupakan salah satu daripada tiga model baharu yang diperkenalkan di Goodwood Festival of Speed |
Tarif bukan titik lemah, Malaysia tidak bergantung kepada AS sahaja - Utusan - 12/07 8:00 am SEKIRANYA Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif 25 peratus terhadap Malaysia, persoalan utama yang timbul ialah berkaitan tahap kerentanan ekonomi negara |
A1 A.K Koh Group catat IPO kekal, 25 sen sesaham di Pasaran ACE - Utusan - 12/07 7:58 am KUALA LUMPUR: Pengeluar makanan dan minuman (F&B), A1 A.K |
Pengarah syarikat didenda pecah amanah wang lebih RM200,000 - Astroawani - 11/07 11:15 pm Seorang pengarah syarikat pengeluaran makanan dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang syarikat berjumlah lebih RM200,000. |
Tanggungjawab sosial teras utama SADA - Harakahdaily - 11/07 10:37 pm ALOR SETAR: Syarikat Air Darul Aman (SADA) Sdn Bhd, komited perkukuhkan sistem perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat Kedah |
Pengurus syarikat didenda RM30,000 subahat guna invois palsu mohon AP sisa plastik - Astroawani - 11/07 10:15 pm Seorang pengurus syarikat kitar semula didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan adiknya menggunakan invois palsu. |
AS gambarkan forum ASEAN sebagai 'luar biasa', ulangi komitmen hubungan serantau - Rubio - Astroawani - 11/07 8:45 pm Amerika Syarikat (AS) menggambarkan penglibatannya dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) yang diketuai ASEAN sebagai "luar biasa". |
Pekerja syarikat telekomunikasi ditahan rogol anak saudara - Sinarharian - 11/07 7:11 pm KLUANG Seorang pekerja syarikat telekomunikasi ditahan polis selepas disyaki merogol anak saudaranya dalam kejadian yang berlaku dua tahun lalu di Taman Matahari di sini.Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, perbuatan suspek itu terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis pada Sabtu lalu sebelum suspek yang berusia 37 tahun diberkas pada Khamis.Jelas beliau, kejadian itu berlaku pada tahun 2023 ketika mangsa berusia 15 tahun semasa bermalam di rumah suspek."Hasil siasatan mendapati suspek merupakan bapa saudara mangsa |
RM195.35m approved for Sabah infrastructure projects under KPKT - SUN - 11/07 6:56 pm INANAM : The federal government has approved RM195.35 million for the implementation of 48 infrastructure development and repair projects across Sabah under the Housing and Local Government Ministrys (KPKT) Development Programme through the Fifth Rolling Plan of the 12th Malaysia Plan |
AS tegaskan tarif import tidak sasarkan ASEAN, langkah global tangani defisit perdagangan - Astroawani - 11/07 6:45 pm Amerika Syarikat (AS) menegaskan bahawa langkah mengenakan tarif import terhadap pelbagai produk import bukan bertujuan memencilkan mana-mana negara termasuk ASEAN. |
Kes Tun Daim: SPRM sita, lucut hak aset RM3 bilion - Sinarharian - 11/07 6:31 pm SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dan melucut hak aset yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, isteri, ahli keluarga serta sekutunya bernilai lebih RM3 bilion.SPRM dalam kenyataan berkata, suruhanjaya telah mengenal pasti pemilikan aset-aset luar biasa di 11 buah negara iaitu United Kingdom, Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Jersey, Itali, Jepun, Indonesia dan beberapa negara di benua Afrika dengan anggaran nilai melebihi RM3 bilion.Menurutnya, ini merupakan kerjasama strategik SPRM dengan agensi penguatkuasa di United Kingdom iaitu National Crime Agency (NCA) dan International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC)."SPRM telah memperoleh Perintah Halangan (Restraining Order) di bawah Seksyen 53 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Jun lalu terhadap tujuh aset tak alih dan alih yang terletak di United Kingdom yang dianggarkan bernilai RM758 juta."Permohonan Bantuan Perundangan Bersama (Mutual Legal Assistance - MLA) kepada pihak berkuasa United Kingdom sedang diproses menerusi Pejabat Peguam Negara, manakala perbincangan lanjut bersama IACCC sedang diselaraskan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara teratur dan berkesan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Tambah SPRM, permohonan perintah halangan terhadap aset di Singapura dan Jersey juga telah difailkan melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu dengan pendengaran permohonan berlangsung pada 23 dan 25 Jun 2025.Jelasnya, antara aset yang terlibat ialah empat akaun bank dan pelaburan bernilai RM1.15 bilion di Jersey serta 12 akaun bank dan pelaburan bernilai RM540 juta di Singapura.Kata kenyataan itu lagi, selain itu, permohonan maklumat lanjut berkaitan aset di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Switzerland, British Virgin Islands, Kepulauan Cayman, Itali dan Jepun sedang dikemukakan menerusi kerjasama dengan Bank Negara Malaysia, IACCC dan permohonan MLA melalui Pejabat Peguam Negara, bagi membolehkan tindakan lanjut penyitaan dan pelucuthakan aset dilaksanakan secara sah dan menyeluruh.Ujar SPRM, di peringkat domestik, pihaknya telah memperoleh perintah penyitaan ke atas Menara Ilham pada 4 Jun 2025 dan tindakan sitaan dilaksanakan pada 5 Jun 2025."Permohonan pelucuthakan tanpa pendakwaan di bawah Seksyen 56 AMLATFPUAA 2001 telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Jun lepas," katanya.Menurut SPRM, pihaknya menerusi Bahagian Operasi Khas (BOK) sedang giat melaksanakan tindakan siasatan dan penguatkuasaan dalam kes berprofil tinggi memfokuskan kepada penyitaan dan pelucuthakan aset-aset luar biasa yang berkaitan kes ini. |
Pemilikan aset tidak diisytihar: SPRM rakam keterangan isteri Tun Daim, anak - Sinarharian - 11/07 6:07 pm SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merakam keterangan isteri kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin, iaitu Toh Puan Naimah Khalid dan anaknya, Muhammed Amir Zainuddin Daim berkaitan pemilikan aset luar biasa yang tidak diisytiharkan.Keterangan kedua-dua individu tersebut diambil pada 14 Jun lalu.SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa keterangan anak kedua Daim, Muhammed Amin Zainuddin Daim yang kini berada di United Kingdom juga akan diambil."Ketiga-tiga individu ini merupakan pemegang saham utama Ilham Baru Sdn Bhd, iaitu syarikat yang memiliki majoriti saham dalam Ilham Tower Sdn Bhd dan dikenal pasti sebagai pemilik manfaat kepada Menara Ilham."Selaras dengan Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009, Notis Pengisytiharan Harta telah diserahkan bermula 10 Julai 2025 kepada seramai 22 individu yang dikenal pasti sebagai saudara dan sekutu rapat kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan Toh Puan Naimah Khalid, bagi tujuan pengesanan dan pengesahan pemilikan aset," katanya pada Jumaat.Jelas SPRM, tindakan-tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada fungsi dan peranan suruhanjaya untuk memastikan tiada unsur amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pengurusan kekayaan negara.Menurut kenyataan itu, SPRM komited untuk menjalankan siasatan secara bebas, telus dan berlandaskan undang-undang tanpa sebarang campur tangan atau kepentingan politik. |
Pemuda Pas Johor kecam penglibatan syarikat arak di sekolah - Astroawani - 11/07 5:35 pm Dewan Pemuda Pas Negeri Johor (DPPNJ) melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan insiden syarikat arak menganjurkan aktiviti lelongan arak di sebuah dewan sekolah rendah di Johor, baru-baru ini. |
Touch n Go Lancar Touch n Go Shop Kini Anda Boleh Beli Kad, RFID & Charms Eksklusif Secara Online - Careta - 11/07 5:12 pm Langkah ini selaras dengan usaha berterusan syarikat untuk menambah baik akses pengguna kepada produk mereka dan menjadikan pengalaman pembelian lebih mudah dan lancar dari kaunter tol ke hujung jari anda |
PAC akan panggil semula saksi, bekas pengarah bebas MAHB - Mgazette - 11/07 5:05 pm # PAC akan panggil semula saksi, bekas pengarah bebas MAHB KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula beberapa saksi termasuk mantan pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu penjualan saham dan penswastaan syarikat itu |
Pengurus syarikat didenda RM30,000 bersubahat guna invois palsu - Mgazette - 11/07 5:05 pm Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 dan 465 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah membantu sebuah syarikat kitar semula yang lain milik rakannya untuk memohon keputusan permit import (AP) dengan menggunakan invois palsu sedangkan syarikat yang diuruskan tertuduh hanya mempunyai kelulusan untuk membawa sisa plastik dari Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong dan United Kingdom sahaja |
MATTA nafi semua kemalangan babitkan bas ada kaitan dengan agensi .. - Mgazette - 11/07 5:05 pm # MATTA nafi semua kemalangan babitkan bas ada kaitan dengan agensi pelancongan KUALA LUMPUR - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menafikan semua insiden kemalangan membabitkan bas yang berlaku berkaitan dengan agensi pelancongan berlesen |
Artikel Pilihan Subaru: Cesi Ladder Frame Dalam Monocoque Read More - Mekanika - 11/07 5:05 pm Bila sebut tentang struktur casis, ramai pembaca kenal dua kategori utama samaada ladder frame atau monocoque sahaja |
Pengurus syarikat didenda guna invois palsu mohon AP - Utusan - 11/07 4:48 pm KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap seorang pengurus syarikat kitar semula yang mengaku bersalah menggunakan invois palsu untuk memohon Lesen Import Permit (AP), tiga tahun lalu |
Trump dikritik bersikap sinis terhadap penguasaan bahasa Inggeris Presiden Liberia - Utusan - 11/07 4:30 pm MONROVIA: Kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang memuji kemahiran berbahasa Inggeris Presiden Liberia, Joseph Boakai, ketika pertemuan rasmi di White House telah mencetuskan kemarahan dan kekeliruan rakyat Liberia, yang menganggap ucapan tersebut sebagai sinis dan merendahkan maruah negara Afrika itu |
AMM-58 perkukuh hubungan strategik Malaysia – AS - Kosmo - 11/07 4:23 pm PETALING JAYA – Pertemuan bersejarah antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Senator Marco Rubio, sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM-58) telah membuka lembaran baharu dalam hubungan strategik dua hala antara Malaysia dan Washington |
Arsenal pecah rekod beli pemain Liverpool - Kosmo - 11/07 4:15 pm LONDON Arsenal mencipta kejutan dalam jendela perpindahan musim panas apabila bersetuju membayar 1 juta (RM5.77 juta) kepada Liverpool untuk mendapatkan khidmat penyerang muda Kanada, Olivia Smith sekali gus memecahkan rekod dunia perpindahan pemain wanita. Nilai itu mengatasi rekod terdahulu sebanyak 900,000 (RM4.91 juta) yang dibayar Chelsea bagi mendapatkan pemain pertahanan Amerika Syarikat, Naomi Girma .. |
PAC akan panggil semula saksi, bekas pengarah bebas MAHB - Utusan - 11/07 4:12 pm PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula beberapa saksi termasuk bekas pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi memberi penjelasan lanjut berhubung isu pengurusan lapangan terbang awam dan penswastaan syarikat tersebut |
AS Guna Cyborg Coyote halau haiwan liar di pangkalan tentera - Utusan - 11/07 4:05 pm WASHINGTON: Jika dahulunya anjing diguna untuk mengawal kem keselamatan, kini pangkalan udara tentera Amerika Syarikat (AS) pula mengadaptasi teknologi moden dengan menggunakan cyborg coyote bagi menakutkan haiwan liar yang mengancam operasi ketenteraan |
Pengurus syarikat kitar semula didenda RM30,000 guna invois palsu mohon lesen import - Sinarharian - 11/07 3:55 pm KUALA LUMPUR - Seorang pengurus syarikat kitar semula didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tiga pertuduhan bersubahat dengan adiknya menggunakan invois palsu untuk memohon Lesen Import Permit pada tiga tahun lalu.Ch'ng Wilson, 33, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Azura Alwi.Mahkamah memerintahkan lelaki itu dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.Mengikut semua pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa bersubahat dengan adiknya yang berusia 26 tahun, dengan menggunakan tiga invois palsu sebagai dokumen sokongan bagi permohonan lesen itu melalui sistem Dagang Net.Kesalahan didakwa dilakukan di Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Putrajaya pada 7 Februari 2022.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 dan 465 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Berdasarkan fakta kes, tertuduh telah membantu sebuah syarikat kitar semula yang lain milik rakannya untuk memohon keputusan permit import (AP), menggunakan invois palsu.Sedangkan syarikat yang diuruskan tertuduh hanya mempunyai kelulusan untuk membawa sisa plastik dari Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong dan United Kingdom.Tertuduh bersubahat dengan mengarahkan adiknya untuk memohon tiga AP menggunakan tiga invois palsu bagi membawa masuk empat kontena menggunakan pemilik dagangan didaftar atas nama seorang lagi adik tertuduh.Semasa prosiding, lelaki yang tidak diwakili peguam, merayu dikenakan hukuman denda yang rendah kerana perlu menyara anak yang masih kecil."Ini merupakan kesalahan pertama dan berharap mahkamah memberi saya peluang untuk berubah," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Hazel Tan Jia Qi mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran agar tidak melakukan kesalahan sama."Sekiranya mahkamah mengenakan hukuman denda, saya mohon denda berjumlah RM30,000 bagi semua pertuduhan," katanya. |
Lavrov, Rubio bertemu di luar sidang kemuncak Asia Timur di KL - SUN - 11/07 2:59 pm KUALA LUMPUR: Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio mengadakan pertemuan ringkas di sela-sela Sidang Kemuncak Asia Timur di Kuala Lumpur, lapor agensi berita Rusia, TASS |
SPRM mula siasat jabatan kerajaan dikaitkan kes kartel susu tepung - Sinarharian - 11/07 2:43 pm SHAH ALAM Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan terhadap sebuah jabatan kerajaan yang dikaitkan dengan kes kartel susu tepung.Menurut sumber, syarikat yang terlibat dalam kes ini telah membekalkan susu tepung tanpa mematuhi piawaian standard SIRIM Berhad (SIRIM) dengan nilai pembekalan dianggarkan kira-kira RM120 juta kepada jabatan berkenaan."Empat beranak terdiri daripada suami isteri serta dua anak masing-masing yang disyaki sebagai pemilik dan pengarah syarikat telah disiasat."Sehingga hari ini (Jumaat), seramai 12 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan," katanya.Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi memaklumkan bahawa kes ini masih dalam peringkat siasatan.Jelasnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 yang melibatkan aktiviti pengubahan wang haram, serta Akta Cukai Pendapatan 1967.Sebelum ini, SPRM telah menyita akaun berjumlah RM174.6 juta melibatkan 24 akaun individu serta 51 akaun syarikat.Sinar Harian menerusi laporan pada Rabu melaporkan bahawa SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah membongkar kartel berkenaan susulan penahanan tiga beranak berusia lingkungan 40 hingga 70-an, yang terdiri daripada dua pemilik dan seorang pengarah syarikat.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata bahawa syarikat milik pasangan suami isteri itu dipercayai telah memonopoli tender pembekalan susu tepung sejak 20 tahun lalu.Kesemua suspek melalui syarikat mereka disyaki membekalkan susu tepung ke sebuah jabatan kerajaan di seluruh Semenanjung Malaysia yang tidak memenuhi piawaian keselamatan makanan dari tahun 2021 hingga 2024.Susulan itu, SPRM telah menyerbu sebuah kilang pemprosesan susu serta dua buah syarikat di sekitar Lembah Klang.Siasatan awal turut mendapati kebanyakan syarikat yang memperoleh tender pembekalan susu tepung ke jabatan kerajaan tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dalam bidang pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran makanan serta minuman.Latar belakang syarikat-syarikat ini terdiri daripada syarikat perabot, elektrik, kontraktor, hartanah, pengangkutan dan kejuruteraan awam |
PAC akan panggil semula saksi, bekas pengarah bebas MAHB - Mas Ermieyati - Sinarharian - 11/07 2:26 pm KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula beberapa saksi termasuk mantan pengarah bebas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu penjualan saham dan penswastaan syarikat itu.Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, keputusan itu dibuat selepas penelitian terhadap hansard prosiding terdahulu mendapati masih terdapat beberapa persoalan belum terjawab."PAC telah mengadakan 16 mesyuarat prosiding setakat ini dan akan diteruskan dengan memanggil beberapa lagi saksi yang berkepentingan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Mas Ermieyati turut menegaskan bahawa kenyataan Naib Pengerusi PAC, Teresa Kok dan Ahli PAC, Sim Tze Tzin semalam adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian rasmi jawatankuasa.Pada Khamis, Teresa dan Tze Tzin dilapor berkata, prosiding mengenai isu itu semalam berjalan lancar dengan kerjasama baik diberikan Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan.Tze Tzin juga dipetik berkata, kebanyakan ahli PAC gembira serta berpuas hati melalui prosiding itu selain berpandangan tiada apa yang perlu disiasat memandangkan tiada isu tatakelola.Selain itu, Mas Ermieyati mengingatkan bahawa segala dapatan, perbincangan dan dokumen yang dikemukakan dalam prosiding tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 85 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan tidak seharusnya didedahkan kepada media oleh mana-mana pihak."PAC menghargai kerjasama baik yang telah diberikan oleh semua saksi yang dipanggil dalam prosiding berhubung isu Pengurusan Lapangan Terbang Awam, namun masih belum memuktamadkan sebarang rumusan atau syor berhubung prosiding berkenaan," katanya.Beliau berkata, laporan lengkap akan disediakan selepas semua prosiding selesai, sebelum dikemukakan kepada kerajaan dan dibentangkan di Dewan Rakyat |
MG IM5 dan IM6: Simbol Revolusi Elektrik Baharu yang Penuh Inovasi dan Gaya - Piston - 11/07 2:25 pm MG kini melangkah berani ke hadapan dengan memperkenalkan barisan kenderaan elektrik generasi terbaharu di bawah jenama IM, menandakan satu perubahan besar dalam hala tuju strategik dan estetik syarikat |
Siapa Sebenarnya Nick Adams Yang Trump Pilih Jadi Duta Amerika Ke Malaysia? Pernah Sindir Taylor Swift? - Murai - 11/07 1:08 pm Beberapa hari lepas, bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, umum siapa calon pilihannya untuk jadi Duta Amerika ke Malaysia |
Turkiye-Malaysia sasar tingkat kerjasama perdagangan, pertahanan, teknologi - Sinarharian - 11/07 12:56 am KUALA LUMPUR - Turkiye sedang berusaha untuk mengukuhkan kerjasama pelbagai aspek dengan Malaysia terutamanya dalam perdagangan, pertahanan dan teknologi.Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan berkata, jumlah dagangan semasa antara kedua-dua negara telah melepasi AS$5 bilion dan Turkiye menyasarkan untuk mempertingkatkannya."Jumlah dagangan kita (Turkiye dan Malaysia) sebenarnya tidak menggambarkan tahap persahabatan |
Rubio dijadual bertemu Menteri Luar China Wang Yi di KL - SUN - 11/07 12:21 am WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China Wang Yi di Kuala Lumpur pada Jumaat, di sela-sela Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-58 dan mesyuarat berkaitan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik jadual rasmi Jabatan Negara AS |
AS runding dengan negara ASEAN mengenai tarif, peluang pelarasan kadar masih terbuka - SUN - 11/07 12:09 am KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) sedang giat mengadakan rundingan dengan beberapa negara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) bagi mendorong kemajuan selanjutnya mengenai tarif timbal balik AS |
Tarif baharu AS: Produk tempatan tidak terjejas – MITI - Thempress - 11/07 11:27 am PUTRAJAYA – Keputusan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif timbal balik sebanyak 25 peratus terhadap Malaysia tidak akan menjejaskan harga barang tempatan di negara ini Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan) Kementerian Pelaburan,… |
Seorang kanak-kanak maut, empat cedera dihempap dahan pokok di selatan California - SUN - 11/07 10:28 am LOS ANGELES : Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun maut manakala empat lagi cedera pada petang Rabu selepas dihempap dahan pokok tumbang di sebuah kem musim panas di bandar Calabasas, 40 kilometer (km) barat pusat bandar Los Angeles, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan |
Riot Games, Easy Onair lancar League Of Legends Titans Cup MY & SG - Sinarharian - 11/07 9:30 am KUALA LUMPUR- Riot Games, peneraju global dalam permainan dan esport, telah mengumumkan kerjasama selama dua tahun dengan syarikat produksi Malaysia, Easy Onair Sdn Bhd, untuk melancarkan League of Legends Titans Cup MY & SG (LTC), sebuah kejohanan nasional baharu untuk Malaysia dan Singapura.Perjanjian ini, yang merupakan inisiatif berasaskan komuniti bertujuan untuk membina semula senario kompetitif League of Legends dengan pendaftaran terbuka, peluang yang inklusif, dan liputan siaran penuh.LTC akan berfungsi sebagai pusingan kelayakan rasmi untuk League of Legends Championship Pacific (LCP) Wildcard Playoffs, laluan utama bagi pasukan yang menyasarkan tempat dalam liga tertinggi rantau ini.Pasukan yang menjuarai LTC akan mara ke LCP Wildcard Playoffs, di mana mereka akan bersaing dengan juara serantau dari India, Asia Selatan, Indonesia, Filipina, Thailand, dan Singapura/Malaysia.Peringkat ini merupakan laluan rasmi bagi pasukan untuk menyertai kejohanan Promosi dan Penyingkiran LCP, di mana mereka akan bersaing untuk merebut tempat dalam LCP.Pengurus Negara (Country Manager) bagi Riot Games Indonesia & Malaysia, Resha Pradipta berkata, pihaknyaberbangga dapat bekerjasama dengan Easy Onair bagi penganjuran League of Legends Titans Cup MYSG."Kerjasama jangka panjang ini mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi rantau MYSG |
Pasaran hartanah dijangka meningkat 12 peratus - Sinarharian - 11/07 8:30 am SHAH ALAM - Aktiviti permintaan pasaran hartanah dijangka meningkat sekitar lapan hingga 12 peratus susulan pengumuman penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Rabu.Perunding hartanah dari syarikat IQI Realty, Firdzaus Syah berkata, peningkatan tersebut dianggarkan berlaku dalam tempoh enam hingga sembilan bulan akan datang bergantung kepada lokasi dan jenis hartanah."Keadaan itu dijangka memberi manfaat kepada masyarakat terutama dalam kalangan pembeli rumah pertama yang sebelum ini menunggu kadar pinjaman lebih rendah dan golongan pelabur yang mencari peluang strategik dalam pasaran yang sedang stabil."Dengan kos pinjaman yang lebih rendah, kemampuan pembeli akan meningkat |
Op Fibre : SPRM sita hartanah lebih RM620 juta - Mgazette - 11/07 7:48 am KUALA LUMPUR - Beberapa hartanah dianggarkan bernilai lebih RM620 juta telah disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan Op Fibre melibatkan kelulusan pinjaman institusi perbankan |
Trump mungkin hadir Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini ??? Marco Rubio - Mgazette - 11/07 7:48 am # Trump mungkin hadir Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini Marco Rubio KUALA LUMPUR - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkemungkinan besar akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadual berlangsung di Malaysia pada Oktober ini |
Tuntutan insurans kemalangan naik 2.1 peratus suku pertama 2025 - Utusan - 11/07 7:20 am PETALING JAYA: Jumlah tuntutan pampasan yang dibayar oleh syarikat insurans akibat kemalangan jalan raya meningkat sebanyak 2.1 peratus kepada RM1.65 bilion pada suku pertama tahun ini, berbanding RM1.61 bilion pada suku sama 2024 |
Tarif: AS runding dengan negara ASEAN, peluang pelarasan kadar masih terbuka - Sinarharian - 11/07 7:18 am KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) sedang giat mengadakan rundingan dengan beberapa negara semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) bagi mendorong kemajuan selanjutnya mengenai tarif timbal balik AS.Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, peluang masih terbuka kepada pelarasan kadar tarif, dan AS sedang aktif berunding dengan pelbagai negara untuk menyeimbangkan semula perdagangan."Bagaimanapun, pasaran mahukan kepastian |
Tiga beranak monopoli harga pembekalan susu tepung - Utusan - 11/07 7:15 am PETALING JAYA: Tiga beranak yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mendalangi kartel pembekalan susu tepung ke sebuah jabatan kerajaan dipercayai memanipulasi harga antara 10 hingga 50 peratus dalam pembekalan tender terbabit |
Trump dijangka hadir ke Malaysia Oktober ini - Mdateline - 11/07 7:00 am Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung pada Oktober ini |
AMM ke-58: ASEAN kekalkan keseimbangan strategik melalui penglibatan China dan AS - Astroawani - 11/07 5:50 am ASEAN ambil langkah bijak dengan melibatkan China, Amerika Syarikat serta kuasa besar lain dalam siri perbincangan peringkat tinggi. |
ASEAN kekal sebagai mekanisme utama penglibatan AS di Indo-Pasifik Rubio - SUN - 10/07 11:14 pm KUALA LUMPUR : Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio menegaskan komitmen berterusan Washington terhadap ASEAN dan menyifatkan blok serantau itu sebagai mekanisme utama dalam penglibatan AS di rantau Indo-Pasifik |
Malaysia masih ada tempoh sebulan berunding isu tarif dengan AS - PM Anwar - SUN - 10/07 10:41 pm KUALA LUMPUR : Malaysia masih mempunyai tempoh sebulan untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung pengenaan tarif timbal balik baharu yang diumumkan oleh Presiden AS Donald Trump, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim |
AS gerakan usaha diplomatik kehadiran Trump di Sidang Kemuncak ASEAN Oktober ini - Sinarharian - 10/07 10:29 pm KUALA LUMPUR - Amerika Syarikat (AS) telah menggerakkan usaha diplomatik bagi membolehkan Presiden Donald Trump menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober ini.Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berkata, pentadbiran AS sedang berusaha untuk memuktamadkan tarikh yang sesuai bagi penglibatan Trump dalam mesyuarat peringkat tinggi yang akan diadakan di Kuala Lumpur."Kami sedang berusaha menetapkan tarikh untuk perkara itu (kehadiran Trump), sudah tentu," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pada Khamis ketika ditanya kemungkinan Trump akan bersama pemimpin serantau pada Sidang Kemuncak ASEAN.Rubio kini berada di ibu negara untuk menghadiri mesyuarat peringkat tinggi ASEAN bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 (AMM) yang dihoskan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025.Sidang Kemuncak ASEAN-AS ke-13 juga dijadualkan berlangsung sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 pada Oktober.Kali terakhir Presiden AS menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS di Kuala Lumpur adalah Barack Obama pada November 2015 |
Anwar jemput Trump hadiri sidang kemuncak ASEAN-AS di Kuala Lumpur - SUN - 10/07 10:22 pm KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan jemputan rasmi kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-AS dan Sidang Kemuncak Asia Timur di sini pada Oktober depan |
Messi cipta sejarah baharu - Sinarharian - 10/07 10:04 pm Ramai mungkin tidak menyangka dia masih mampu beraksi di tahap tertinggi seperti ini. Kami sangat bertuah memilikinya dalam pasukan ini," kata pengendali Miami, Javier Mascherano.Messi membuka tirai jaringan seawal minit ke-27 dan menggandakan kelebihan 11 minit kemudian hasil penyudah cantik selepas menerima hantaran Sergio Busquets.New England Revolution merapatkan jurang menerusi jaringan Carles Gil pada minit ke-79, namun Inter Miami kekal bertahan untuk membawa pulang tiga mata penting, sekali gus melonjak ke kedudukan kelima liga.Rekod demi rekod terus dicatat Messi sejak menyertai saingan bola sepak Amerika Syarikat itu.Selain mencipta rekod jaringan berganda dalam empat perlawanan berturut-turut, Messi turut memegang rekod MLS untuk jumlah bantuan gol terbanyak dalam satu perlawanan (lima) dan sumbangan jaringan terbanyak dalam satu perlawanan (enam), kedua-duanya dicapai ketika menentang New York Red Bulls dalam kemenangan 6-2, Mei lalu.Messi juga memegang rekod sebagai penyumbang gol terbanyak dalam sejarah Miami dengan 58 sumbangan gol keseluruhan. |
Anwar jemput Trump hadir Sidang Kemuncak Asean-AS - Mkini - 10/07 9:56 pm Jemputan itu disampaikan menerusi Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio yang melakukan kunjungan hormat hari ini |
Reformasi | >> |
![]() |
Kroni | >> |
![]() |
Tabloid | >> |
![]() |
Tech | >> |
![]() |
World | >> |
![]() |
Motor Trend | >> |
![]() |