| /// |
|
| Search : Aidilfitri News | Page 1 |
|
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal Khairy .. - Mgazette - 11/04 7:44 am Justeru, beliau menyifatkan sebarang perbincangan mengenai kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai terlalu awal. Saya rasa terlalu awal untuk kita bincang soal nak bertanding di mana (kerana) saya baru dalam proses untuk kembali, jadi perkara itu belum sesuai dibincangkan, katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di sini malam ini |
|
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal - Sinarharian - 11/04 12:19 am KEPALA BATAS - Fokus utama bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika ini adalah terhadap proses permohonannya untuk kembali menyertai parti berkenaan.Justeru, beliau menyifatkan sebarang perbincangan mengenai kerusi yang bakal ditandingi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sebagai terlalu awal."Saya rasa terlalu awal untuk kita bincang soal nak bertanding di mana (kerana) saya baru dalam proses untuk kembali, jadi perkara itu belum sesuai dibincangkan," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di sini malam ini.Selepas tiga tahun dipecat daripada UMNO, Khairy menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO pada 15 Mac lepas.Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebelum ini berkata, permohonan beberapa bekas pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy untuk menyertai semula parti itu akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 17 April ini berteraskan semangat "Rumah Bangsa".Khairy berkata, penentuan calon dan agihan kerusi oleh Barisan Nasional (BN) adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO, justeru beliau tidak mahu mendahului sebarang keputusan parti.Dalam pada itu, beliau berkata, hasrat bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga bekas Ahli Parlimen Kepala Batas agar kerusi Parlimen berkenaan terus dipimpin oleh individu yang diyakininya, iaitu Reezal Merican yang kini Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) perlu dihormati."Ketika hayatnya, Pak Lah ada berpesan kepada kami berdua, saya sebagai menantu dan Reezal Merican sebagai anak politik beliau, supaya Kepala Batas ini biarlah Reezal yang jaga."Jadi, takkanlah saya tidak menghormati keputusan dan hajat orang tua saya |
|
Kes jenayah turun sepanjang Ops Selamat 25 dan 26 - Sinarharian - 11/04 12:14 am KUALA LUMPUR - Kes jenayah sepanjang Ops Selamat 25 dan 26 pada tahun ini merekodkan penurunan kepada 747 kes berbanding 858 kes pada 2025.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, penurunan itu dicapai hasil rondaan berkala ke atas 61,122 rumah serta pengoperasian Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).Beliau berkata, penggunaan aplikasi Peronda Telefon Pintar Sukarela (VSP) yang merekodkan lebih 1.7 juta pengguna turut menyumbang kepada pengurangan kes jenayah, dengan 16,889 pengguna menggunakan modul pemakluman balik kampung berbanding 8,036 pada tahun sebelumnya."Gabungan penggunaan VSP, rondaan MPV dan URB berjaya mengurangkan jenayah, memperkukuhkan keselamatan komuniti serta mengeratkan kerjasama antara masyarakat dan PDRM," katanya pada Majlis Apresiasi Ops Selamat 25 dan 26 di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis di sini malam ini.Dalam tempoh sama, beliau berkata, statistik menunjukkan jumlah kemalangan meningkat kepada 9,934 kes berbanding 9,859 kes sebelum ini manakala kemalangan maut meningkat kepada 90 kes daripada 77 kes."Sebanyak 144,726 saman turut dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan berbanding 107,365 saman dalam Ops Selamat 24, peningkatan sebanyak 37,361 saman atau 34.8 peratus," katanya.Mohd Khalid turut mengingatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi undang-undang, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik serta mendapatkan rehat mencukupi sebelum memulakan perjalanan.Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan anugerah kepada kontinjen dan daerah terbaik bagi kedua-dua operasi."Bagi Ops Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026, Kontinjen Selangor muncul kontinjen terbaik Kategori A, diikuti Sabah (Kategori B) dan Perlis (Kategori C) manakala bagi anugerah daerah terbaik, Miri dipilih bagi Kategori A, Kuala Krai (Kategori B) dan Jerantut (Kategori C)."Sementara itu, bagi Ops Selamat 26 sempena Aidilfitri, Kontinjen Johor diumum kontinjen terbaik Kategori A, diikuti Kedah (Kategori B) dan Melaka (Kategori C) manakala bagi kategori daerah terbaik, Johor Bahru Selatan dipilih bagi Kategori A, Seberang Perai Selatan (Kategori B) dan Bagan Datuk (Kategori C)," katanya.Majlis berkenaan turut menghimpunkan warga PDRM dan rakan strategik termasuk Telekom Malaysia serta PLUS Malaysia yang menyokong pelaksanaan Ops Selamat 25 dan 26 |
|
17% rise in road fatalities during this years CNY, Aidilfitri holidays - FMT - 11/04 12:03 am Inspector-General of Police Khalid Ismail says 90 deaths were recorded during the period compared with 77 previously. |
|
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid - Sinarharian - 10/04 10:44 pm MELAKA - Usaha pembenihan awan di selatan Semenanjung, khususnya di Melaka akan dipertingkatkan melalui beberapa siri percubaan susulan selepas hasil, awal didapati kurang memberangsangkan.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, percubaan pembenihan awan yang dilaksanakan di Melaka kurang memberi impak berikutan faktor pergerakan angin yang menyebabkan awan tidak berada tepat di kawasan sasaran.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, susulan itu pihak berkaitan akan melaksanakan percubaan kali kedua dan ketiga bagi meningkatkan jumlah taburan hujan, sekali gus membantu menambah bekalan air di Melaka."Ketua Menteri (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh) memaklumkan kepada saya bahawa percubaan kali kedua dan ketiga akan dilaksanakan sehingga situasi di empangan dapat dipertingkatkan."Maklumat yang diterima menunjukkan kemungkinan faktor angin telah mengalihkan awan dari kawasan sasaran," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri Duyong di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit di sini pada Jumaat.Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan operasi itu melibatkan kerjasama beberapa agensi termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Pengurusan Bencana Negara serta agensi pelaksana berkaitan.Beliau berkata, usaha berkenaan penting bagi membantu kerajaan Melaka mengurangkan kebergantungan kepada sumber air luar seperti Sungai Gersik di Muar, Johor, selain memastikan bekalan air tempatan lebih stabil.Dalam pada itu, beliau memaklumkan operasi pembenihan awan bukan sahaja dilaksanakan di Melaka, malah turut dimulakan di Johor susulan kejayaan di beberapa negeri lain termasuk Perlis, Kedah dan utara Perak."Di negeri-negeri itu, kami melihat peningkatan taburan hujan antara 3.5 milimeter hingga 10 milimeter di kawasan yang disasarkan dan hasilnya berlaku peningkatan paras air di empangan-empangan terlibat."Masalah ini bersifat sementara dan insya-ALLAH pada pertengahan bulan Mei nanti keadaannya akan berbeza |
|
YB Adam Adli balas kad raya murid dengan tulisan tangan, hadir sendiri raikan sambutan Aidilfitri sekolah - Harapandaily - 10/04 10:05 pm (Gambar: FB YB Adam) Kehadiran beliau pagi tadi adalah bagi meraikan... The post YB Adam Adli balas kad raya murid dengan tulisan tangan, hadir sendiri raikan sambutan Aidilfitri sekolah appeared first on Harapan Daily . |
|
Aidilfitri event brings cheer to asnaf families in Samarahan - BorneoPost - 10/04 8:28 pm KOTA SAMARAHAN (April 10): A total of 20 underprivileged families received ‘duit raya’ (festive cash aid) during the Samarahan Division’s Hari Raya Aidilfitri gathering here |
|
Kuota 6,000 liter subsidi diesel bas ekspres hanya bertahan 20 hari - Careta - 10/04 8:05 am Baki 10 hari lagi, kami terpaksa membeli diesel RM6.72 seliter. Masalah bertambah serius apabila berlaku catuan di stesen minyak memaksa bas berhenti berkali-kali bagi perjalanan jauh seperti Kota Bharu-Kuala Lumpur, katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri |
|
SEDC marks 55 years of driving Sarawaks economic growth - BorneoPost - 10/04 7:02 am KUCHING (April 10): Marking 55 years of advancing Sarawak’s socio-economic transformation, the Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) celebrated its legacy of impact at the ‘Serambi Syawal’ Open House 2026 that reflected gratitude for past achievements and commitment to future growth. Held at a leading hotel here, the Hari Raya Aidilfitri gathering brought together SEDC staff, [...] The post SEDC marks 55 years of driving Sarawaks economic growth appeared first on Borneo Post Online . |
|
Calon Ketua Pembangkang sudah ada - Mohd Amar - Sinarharian - 9/04 4:13 pm KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) sudah mempunyai calon Ketua Pembangkang dan hanya menunggu ia dimuktamadkan sebelum diumumkan secara rasmi.Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kelewatan pengumumannya tidak harus dilihat secara negatif memandangkan ia bukan keperluan mendesak pada ketika ini."Memang sudah ada dua, tiga nama calon, cuma belum dimuktamadkan."Keperluan itu tidak begitu mendesak kerana Parlimen pun belum bersidang dalam masa terdekat," katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis Aidilfitri di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kononnya kelewatan melantik Ketua Pembangkang memberi gambaran kurang baik terhadap kepimpinan negara.Mohd Amar bagaimanapun tidak memberi perincian atau mengesahkan nama yang disebut-sebut bakal mengisi jawatan berkenaan termasuk Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man."Saya tak tahu sebab bukan saya yang buat keputusan."Kita tunggu sahaja pengumuman rasmi nanti," katanya.Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menyentuh mengenai penilaian prestasi wakil rakyat Pas di Kelantan yang lazimnya dilaksanakan oleh jawatankuasa khas di peringkat perhubungan negeri.Menurutnya, penilaian tersebut kebiasaannya dilakukan selepas dua hingga tiga tahun penggal bagi menilai prestasi semasa sebelum sebarang tindakan lanjut diambil oleh kepimpinan negeri."Keputusan kajian itu akan dibentangkan kepada Pesuruhjaya dan Menteri Besar untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau. |
|
`Okay??? tokong buat rumah terbuka Aidilfitri jika syarat dipatuhi – .. - Mgazette - 9/04 4:09 pm # `Okay tokong buat rumah terbuka Aidilfitri jika syarat dipatuhi - Sheikh Umar KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berpandangan penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh mana-mana pihak termasuk bukan Islam adalah harus dengan syarat-syarat yang dipatuhi secara jelas |
|
Temple says Aidilfitri open house is off, disputes Penang DCMs replacement claim - Malaymail - 9/04 3:10 pm KUALA LUMPUR, April 9 A Penang temple has flatly denied that any event will take place on April 11, pushing back... |
|
Zainul Rijal sokong larangan rumah terbuka Aidilfitri di tokong - Sinarharian - 9/04 3:07 pm SHAH ALAM - Tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang melarang sebuah persatuan tokong daripada menganjurkan majlis rumah terbuka Aidilfitri adalah tepat.Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, ini kerana penganjuran majlis berkaitan agama Islam oleh persatuan agama bukan Islam disifatkan sebagai sesuatu yang pelik dan tidak sesuai."Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Mufti Pulau Pinang yang melarang program tersebut |
|
Rumah terbuka Aidilfitri oleh bukan Islam harus dengan syarat - DAP Johor - Sinarharian - 9/04 3:03 pm SHAH ALAM - Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri oleh mana-mana pihak termasuk bukan Islam adalah harus dengan syarat yang dipatuhi secara jelas.Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menjelaskan, tiada halangan sekiranya tidak diadakan di premis ibadat seperti kawasan sembahan tokong serta tiada penglibatan ritual keagamaan bukan Islam dalam program tersebut.Selain itu menurutnya, ia juga harus sekiranya makanan dan minuman yang disediakan adalah halal serta diyakini bersih, di samping kekal sebagai acara sosial dan tidak bercampur aduk amalan keagamaan."Jika ada unsur ritual agama atau dibuat dalam ruang sembahan yang boleh menimbulkan kekeliruan akidah, ia boleh jatuh haram."Jika dibuat untuk memupuk perpaduan, mengerat persaudaraan, program terkawal dengan adab dan etika, ia amat digalakkan."Namun jika sesuatu perkara itu membawa manfaat tetapi pada masa sama berisiko mendatangkan mudarat yang lebih besar, maka tindakan mengelak mudarat perlu diutamakan," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.Sebelum ini Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang sebuah persatuan tokong di Butterworth untuk menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri memandangkan sambutan itu merupakan antara aktiviti keagamaan masyarakat Islam.Aduan Persatuan Anak Jati Melayu yang diterima jabatan itu pada 31 Mac lalu menyatakan acara tersebut dianjurkan Persatuan Tean Hock Keong.Dalam pada itu, Sheikh Umar menegaskan, Islam tidak menolak interaksi sosial dan hubungan baik antara penganut agama berbeza dari sudut syariah, namun pendekatan hukum masih perlu untuk menilai keseimbangan antara penjagaan agama dan maslahah sosial."Meski ada kebimbangan salah faham dikalangan masyarakat awam, ia bukan alasan untuk kita menjadi taboo, sebaliknya perlu diwacana secara sihat dalam latar kemajmukan Malaysia."Saya mengajak semua pihak untuk melihat isu ini dengan hikmah, berasaskan ilmu dan prinsip syariah yang seimbang agar kita dapat terus membina masyarakat dan negara Malaysia yang bersatu padu," ujarnya. |
|
Tidak perlu rumah ibadat lain anjur sambutan Aidilfitri, Aidiladha - Firdaus Wong - Sinarharian - 9/04 2:37 pm SHAH ALAM - Tiada keperluan bagi mana-mana rumah ibadat agama lain menganjurkan sambutan Aidilfitri atau Aidiladha termasuk oleh pertubuhan agama lain, apatah lagi jika diadakan di perkarangan rumah ibadat tersebut.Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung berkata, perayaan berkenaan merupakan perayaan agama Islam."Tidak perlulah memberikan alasan atas perkataan keharmonian untuk menganjurkannya |
|
Driver fined RM6,000 for hoarding fireworks ahead of Aidilfitri - FMT - 9/04 12:43 am Court orders that 70 boxes of firecrackers and fireworks seized during a police raid be forfeited to the government. |
|
Bukan Islam boleh anjur rumah terbuka Aidilfitri jika ikut syarat, kata pemimpin DAP - FMT - 9/04 12:22 am Sheikh Umar Bagharib Ali kata acara itu boleh diadakan jika tak libat ritual agama lain dan tak diadakan di rumah ibadat lain. |
|
Larangan rumah terbuka Aidilfitri di tokong wajar, kata Zainul Rijal - Mkini - 9/04 11:37 am Presiden Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam berkata penganjuran majlis itu oleh persatuan agama bukan Islam adalah sesuatu yang "pelik". |
|
Lelaki Ini Kongsi Gambar Raya Keluarga Di Media Sosial, Terima Reaksi Negatif Kerana Berkulit Gelap! - Siraplimau - 9/04 7:55 am Perkongsian seorang lelaki berkulit gelap yang memuat naik gambar sambutan Aidilfitri bersama keluarga di media sosial mendapat perhatian ramai apabila menerima pelbagai reaksi, termasuk komen berbaur sindiran terhadap rupa parasnya |
|
JHEAIPP batalkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Persatuan Zhao Zi Long - Mgazette - 9/04 7:38 am # JHEAIPP batalkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Persatuan Zhao Zi Long BUTTERWORTH - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan pembatalan cadangan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 di kawasan tanah lapang hadapan Thean Hock Keong, Bagan Ajam di sini susulan aduan yang diterima |
|
Rumah terbuka Aidilfitri persatuan tokong diganti jamuan perpaduan - Mkini - 8/04 6:48 pm Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohamad Abdul Hamid, berkata JHEAIPP telah mengeluarkan arahan pembatalan dan pihak penganjur telah akur. |
|
Majlis Aidilfitri tokong dilarang kerana isu sensitiviti, kata mufti - Mkini - 8/04 6:44 pm Antaranya ada kebimbangan melibatkan identiti dan simbol keagamaan, kata Mohd Sukki. |
|
Majlis jamuan perpaduan ganti rumah terbuka Aidilfitri persatuan kuil - FMT - 8/04 5:53 pm Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohamad Abdul Hamid berkata Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Zhao Zi Long akan anjur bersama acara itu bersama penduduk Bagan Ajam pada 11 April. |
|
Unity banquet to replace cancelled Aidilfitri open house in Butterworth - Malaymail - 8/04 4:06 pm GEORGE TOWN, April 8 A unity banquet will be held in Bagan Ajam on April 11, replacing a cancelled Hari Raya Aid... |
|
Persatuan tokong mahu buat rumah terbuka Aidilfitri, jabatan agama larang - Mkini - 8/04 3:00 pm Demi memupuk perpaduan, mengeratkan hubungan persahabatan, dan memperkukuh keharmonian masyarakat, kata Persatuan Tokong Thean Hock Keong. |
|
Imam sambilan rakam adik ipar mandi didenda RM8,000 - Sinarharian - 8/04 1:47 pm KOTA BHARU - Seorang imam sambilan di sebuah surau dijatuhi denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah merakam adik iparnya yang sedang mandi pada hari keempat Aidilfitri atau 24 Mac lalu.Tertuduh berusia 36 tahun membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.Mengikut pertuduhan, lelaki itu dengan sengaja merakam seorang wanita berusia 27 tahun dengan niat mengaibkan kehormatan serta mengganggu kesantunannya.Kejadian berlaku pada 24 Mac sekitar jam 6.30 petang di sebuah rumah di Kok Lanas, Ketereh.Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nadzir Abdullah, memohon hukuman setimpal memandangkan mangsa adalah adik ipar tertuduh dan kejadian berlaku ketika keluarga besar berkumpul sempena Hari Raya Aidilfitri."Sebagai imam sambilan di surau, tertuduh sepatutnya menjadi contoh dan bukannya mencemar maruah ahli keluarga sendiri," katanya.Sementara itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Najwa Fahima Mohamad Fadzil, merayu agar hukuman minimum dikenakan kerana tertuduh sudah insaf serta menanggung isteri, dua anak termasuk seorang yang menghidap penyakit jantung berlubang, serta ibu yang menghidap diabetes.Majistret Rais Imran menegur tindakan tertuduh sebagai mencemarkan maruah keluarga, dengan berkata:"Sebagai individu berpendidikan undang-undang dan imam, tertuduh sepatutnya melindungi maruah keluarga, bukan mengambil kesempatan |
|
JHEAIPP tak benar persatuan tokong anjur rumah terbuka Hari Raya - FMT - 8/04 1:41 pm Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang kata sambutan Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu aktiviti keagamaan masyarakat Islam. |
|
Penang Islamic dept bars temple association from holding Hari Raya open house - FMT - 8/04 1:09 pm The department says the Tean Hock Keong Association cannot organise the open house as Hari Raya Aidilfitri is a Muslim celebration. |
|
Bilal The Movie 'Viral' Di Threads, Rebut Akses Durioo+ Percuma Sempena Aidilfitri - Siakapkeli - 8/04 10:23 am Bilal The Movie 'Viral' Di Threads, Rebut Akses Durioo+ Percuma Sempena AidilfitriPerbincangan mengenai kepentingan filem animasi bercorak sirah dan sejarah Isl... |
|
Penduduk, pemaju sepakat selesaikan isu pencemaran habuk - Mgazette - 8/04 8:13 am # Penduduk, pemaju sepakat selesaikan isu pencemaran habuk ISKANDAR PUTERI -Isu pencemaran habuk akibat kerja pembinaan di beberapa kawasan perumahan sekitar daerah ini kini menunjukkan perkembangan positif apabila kesepakatan berperingkat berjaya dicapai antara penduduk dan pihak pemaju. Perbincangan melibatkan penduduk Taman Nusantara Prima, Taman Nusa Bayu dan Pangsapuri Bayu Angkasa bersama-sama pemaju, Tropicana Firstwide Sdn Bhd, memasuki fasa akhir hasil penganjuran sesi townhall dan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena Aidilfitri |
|
Anak Daim tidak lari, sambung belajar di luar negara - Peguam - Sinarharian - 7/04 10:39 pm KUALA LUMPUR Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin memberitahu Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bahawa dua anak lelaki bekas Menteri Kewangan itu tidak melarikan diri ke luar negara.Sebaliknya peguam, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid memberitahu, Muhammed Amir Zainuddin, 31, dan Muhammed Amin Zainuddin, 28, berada di United Kingdom (UK) bagi persiapan peperiksaan kelayakan peguam dan perakaunan.Semasa membantah permohonan pendakwaan yang meminta waran tangkap dikeluarkan, peguam itu berkata, ahli perniagaan, Josephine Premla, 65, yang juga kenalan kepada keluarga Daim tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menerima rawatan di luar negara.Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubungi pihak pembelaan pada 13 Februari lalu, supaya meminta dua beradik itu hadir ke ibu pejabat bagi memberi keterangan sebagai saksi, keesokan hari.Menurutnya, SPRM telah memberikan notis yang singkat kepada anak guamnya sehingga mereka tidak sempat untuk memberi maklum balas."Dua anak guam saya merupakan pelajar dan Josephine warga emas, jadi tiada sebab mereka mahu melarikan diri."Selain itu, kami tidak menerima sebarang makluman atau dokumen yang menyatakan mereka akan didakwa di mahkamah hari ini," katanya.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat mengesahkan bahawa SPRM telah mengeluarkan notis pertama kepada dua anak lelaki bekas pemimpin kanan UMNO tersebut pada 13 Februari.Selepas dimaklumkan mereka tidak dapat hadir pada tarikh tersebut, beliau berkata, SPRM membenarkan permohonan lanjutan masa dan memberikan tarikh lain kepada dua beradik berkenaan untuk hadir memberi keterangan.Susulan itu katanya, peguam kemudian menghantar surat dengan menyatakan mereka tidak boleh hadir atas beberapa alasan lain antaranya masih berada di luar negara, mahu menguruskan rawatan ibu dan mahu menyambut Aidilfitri."SPRM kemudian memaklumkan tiada lagi permohonan penangguhan akan dilayan dan memberi lanjutan masa akhir pada 6 April."Dua hari sebelum tarikh itu, Muhammed Amir Zainuddin memaklumkan baru mendaftar kelas peperiksaan di London, sementara Muhammed Amin Zainuddin pula belum habis belajar di luar negara."Josephine hanya memaklumkan ketidakhadirannya pada Selasa," katanya.Selepas mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, Majistret, Illi Marisqa Khalizan mengeluarkan waran tangkap kepada ketiga-tiga individu tersebut kerana gagal mematuhi notis SPRM bagi menjawab pertuduhan kes."Mahkamah berpendapat, ada sebab untuk mempercayai tiga penama itu melarikan diri biarpun mengetahui notis telah dikeluarkan," katanya.Selain itu beliau berkata, tiada dokumen sokongan mengaitkan alasan melanjutkan pelajaran di universiti luar negara atau bukti rawatan hospital dilampirkan kepada mahkamah.Justeru mahkamah berpendapat, permohonan pihak pendakwaan sebagai bermerit dan waran tangkap bagi ketiga-tiga penama dibenarkan.Susulan itu, Mahadi memaklumkan bahawa, pihak pendakwaan akan meneruskan permohonan untuk mendapatkan Notis Merah bagi membolehkan waran tangkap tersebut dilaksanakan di luar negara.Muhammad Nizamuddin kemudiannya memohon supaya pelaksanaan waran tangkap itu ditangguhkan sementara permohonan untuk mengetepikan perintah berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi pada Rabu.Katanya, kesan waran tangkap itu terlalu besar lebih-lebih lagi kepada dua anak guam yang berstatus penuntut universiti.Selepas mendengar hujahan berhubung perkara berkenaan, mahkamah membenarkan penangguhkan sementara, pelaksanaan waran tangkap tersebut.Pada Isnin, anak perempuan Daim iaitu Asnida hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.50 pagi bersama peguamnya sebelum diambil keterangan hampir lima jam, bermula 10 pagi.Bagaimanapun, tiga lagi anak Allahyarham Daim iaitu Md Wira Dani, Muhammed Amir dan Muhammed Amin tidak hadir untuk memberi keterangan seperti dijadualkan.Difahamkan, mereka dipercayai masih berada di luar negara.Pada pagi Selasa, anak perempuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas satu pertuduhan gagal mengisytiharkan harta, membabitkan pegangan saham di lima syarikat, tiga tahun lalu. |
|
Ayam, babi sejuk beku RM2.2 juta dirampas - Sinarharian - 7/04 1:57 pm PELABUHAN KLANG Daging ayam dan babi sejuk beku seberat 112.8 tan bernilai lebih RM2.2 juta yang dibawa masuk tanpa permit import sah melalui Zon Bebas Pelabuhan Utara di sini dirampas baru-baru ini.Daging yang dimuatkan dalam empat kontena itu dipercayai bagi pasaran musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri lalu.Pengarah Kastam Selangor, Mohamad Azhar Ahmad Paharazi berkata, rampasan dibuat menerusi Op Petasan pada 6 Februari lalu."Hasil pemeriksaan mendapati tiga buah kontena mengandungi daging ayam sejuk beku seberat 84,000 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM1.3 juta termasuk duti dan cukai."Sebuah lagi kontena melibatkan 28,880 kg daging babi sejuk beku yang dianggarkan bernilai RM924,160," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.Beliau berkata, siasatan mendapati kontena-kontena tersebut tiba di Pelabuhan Klang pada 16 dan 20 Januari lalu.Katanya, dagangan itu berasal dari sebuah negara di Asia dan dibawa masuk tanpa permit import yang tertakluk di bawah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS).Jelasnya, kontena-kontena yang mengandungi barangan dagangan itu diikrar secara tidak benar sebagai barangan makanan sejuk beku.Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(a) dan 133(1)(a) Akta Kastam 1967. |
|
Nak bentuk kwrajaan macamana ? Muhyiddin tolak Hamzah, Gerakan pula kata .. - Wrlr - 7/04 11:29 am Kerjasama antara komponen PN telah terjalin lama. Jadi tiada isu untuk bekerjasama, katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur sempena majlis Aidilfitri |
|
Duit Habis Beraya, Cuba Pula Tips Self Reward Ni Untuk Shopping Pasca-Aidilfitri - Siakapkeli - 7/04 9:33 am Duit Habis Beraya, Cuba Pula Tips Self Reward Ni Untuk Shopping Pasca-AidilfitriShopping untuk raya memang susah nak rasa puas, lagi-lagi bila ada... |
|
UMNO-PAS perlu elak bertembung dalam PRU16 jika mahu kembalikan kuasa .. - Mgazette - 7/04 7:37 am PH letak calon, BN letak calon, PN letak calon, kalau ini berlaku khususnya di Selangor, saya nampak PH dan DAP akan menang. Untuk pastikan kembali kuasa Melayu, PAS dengan UMNO jangan bertembung, jika tidak, undi Melayu akan berpecah dan PH akan menang dalam pilihan raya ini, katanya ketika ditemui _MalaysiaGazette_ dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Tanjong Karang, baru-baru ini |
|
Gerakan alu-alukan parti Hamzah sertai PN selagi kongsi ideologi sama - Mgazette - 7/04 7:37 am "Memanglah mana-mana parti-parti yang mahu menyertai PN kita alu-alukan, tetapi mesti ikut prosedur dan perlembagaan PN," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Makan Malam Sempena Aidilfitri anjuran Gerakan di sini, malam ini |
|
Dari jauh datang jamu selera sambil bersilaturahim - Harakahdaily - 6/04 10:45 pm ROMPIN: “Alhamdulillah, Jamuan Rakyat Aidilfitri DUN Bukit Ibam 1447 berlangsung dengan meriahnya,” kata Ahli Dewan Negeri Bukit Ibam, Ustaz Nazri Ahmad |
|
Malaysia perhebat komunikasi strategi patahkan propaganda konflik Gaza - Sinarharian - 6/04 7:58 pm SEPANG - Malaysia memperhebat usaha komunikasi strategik bagi mematahkan propaganda berkaitan konflik di Gaza dengan mengangkat peranan media sebagai teras utama dalam kempen nasional berskala besarmelibatkan pelbagai platform penyiaran dan komunikasi.Ketua Pengarah Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Ahmad Sani Araby Abdul Alim Arabyberkata, pendekatan itu penting memandangkan konflik semasa bukan sahaja melibatkan peperangan fizikal, malah turut merangkumi perang psikologi dan propaganda yang mempengaruhi persepsi masyarakat, khususnya golongan muda.Beliau berkata, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bersetuju menjadi penaung Sumud Nusantara kerana percaya bahawa naratif dan propaganda itu perlu dipatahkan dengan fakta."Bagi saya yang cukup mengharukan (ialah) beliau (Fahmi) bukan sahaja bersetuju untuk menjadi menteri penaung, tetapi lebih daripada itu. Seluruh Kementerian Komunikasi akan bersama dengan usaha ini untuk menyebar luas apa sahaja fakta termasuk mengadakan dua sidang media yang menggunakan air time (masa siaran)khas untuk disiarkan secara menyeluruh di seluruh Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis pelancaran Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza melalui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0di sini hari ini, yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor merangkap ketua misi Datuk Seri Amirudin Shari.Ahmad Sani berkata, usaha sedang giat dijalankan untuk menyediakan siaran langsung bagi membolehkan rakyat Malaysia mengikuti perkembangan misi kemanusiaan ke Gaza secara masa nyata, termasuk dari lokasi strategik seperti pintu sempadan Rafah.Beliau berkata, perbincangan telah diadakan dengan Kementerian Komunikasi bagi melaksanakan siaran langsung majlis pelepasan misi berkenaan, selain meneliti kemungkinan untuk menyiarkan perkembangan dari pintu sempadan sekiranya mendapat kebenaran pihak berkuasa Mesir.Inisiatif siaran langsung itu penting bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menyaksikan sendiri perjalanan misi kemanusiaan, serta merasai semangat solidariti bersama rakyat Palestin."Setelah berbincang dengan Kementerian Komunikasi, kita sedang usahakan untuk buat siaran langsung daripada majlis pelepasan, dan insya-Allah jika dibenarkan oleh kerajaan Mesir, kita juga akan buat siaran langsung dari pintu sempadan Rafah," katanya.Ahmad Sani berkata, pengamal media memainkan peranan penting dalam usaha itu, khususnya dalam menyampaikan maklumat sahih kepada masyarakat dunia walaupun berdepan risiko keselamatan, seperti yang berlaku kepada wartawan di Gaza yang terkorban ketika melaporkan situasi sebenar konflik.Beliau berkata, Malaysia mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani cabaran komunikasi berkaitan konflik kemanusiaan dan berhasrat menjadi contoh kepada negara lain walaupun negara ini tidak memiliki keupayaan ketenteraan seperti kuasa besar dunia.Perkembangan terkini menunjukkan rakan-rakan serantau telah menghubungi Malaysia untuk berkampung di SNCC, dan menjadikan pusat operasi komunikasi negara sebagai hab bagi menyelaras agenda global berkaitan Gaza.Beliau berkata, situasi itu menjadi indikator bahawa Malaysia semakin dilihat sebagai pusat rujukan dalam usaha kemanusiaan antarabangsa, selain berpotensi memainkan peranan lebih besar sebagai mediator bukan sahaja padaperingkat diplomasi, malah dalam diplomasi media pada masa hadapan.Sehubungan denganitu, Ahmad Sani berharap semangat Aidilfitri tahun ini dapat menjadi pemangkin kepada penyatuan rakyat Malaysia dalam menyokong perjuangan kemanusiaan untuk Gaza, di samping terus mengikuti perkembangan misi dari semasa ke semasa |
|
Ini 5 Cara Bijak Urus Bajet Raya Supaya Tak ‘Sakit’ Lepas Syawal - Thevocket - 6/04 5:32 pm Setiap kali menjelang Aidilfitri, suasana memang meriah |
|
PN jangan berlengah, lantik segera Ketua Pembangkang – Muhyiddin - Mgazette - 6/04 7:57 am Bila ada keputusan, ia perlu dilaksanakan tanpa berlengah. Setiausaha Agung PN boleh menulis kepada Speaker untuk memaklumkan kekosongan jawatan serta mencadangkan calon yang dipersetujui, katanya pada majlis Aidilfitri Parlimen Pagoh di Johor hari ini |
|
Bersatu Perak makin kuat selepas pemecatan ADUN, Ahli Parlimen - Sinarharian - 6/04 7:37 am SUNGAI SIPUT Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak kini berada dalam keadaan lebih kukuh selepas berdepan pelbagai cabaran termasuk tindakan segelintir pimpinan yang meninggalkan parti sebelum ini.Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, keadaan semasa menunjukkan parti berkenaan bukan sahaja kekal stabil malah semakin kuat hasil kesetiaan majoriti ahli di peringkat akar umbi.Menurutnya, kesemua 24 bahagian Bersatu di negeri ini masih beroperasi seperti biasa walaupun terdapat beberapa pimpinan bahagian sebelum ini meletakkan jawatan."Majoriti besar ahli dan cawangan di bahagian terlibat masih kekal setia kepada parti."Malah saya dapati Bersatu Perak bukan sahaja tidak lemah, tetapi bertambah kuat daripada sebelum ini," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Negeri Perak bersama Bersatu Bahagian Sungai Siput di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di sini pada malam Ahad.Hadir sama Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad serta pimpinan parti komponen Perikatan Nasional termasuk wakil Pas dan Gerakan.Mengulas dakwaan kononnya Bersatu Perak semakin lemah susulan pelantikan beberapa ketua bahagian baharu, Ahmad Faizal menjelaskan situasi sebenar adalah sebaliknya.Katanya, mereka yang meninggalkan parti sebelum ini merupakan individu yang menyertai Bersatu ketika parti itu berada dalam kerajaan manakala ahli asal kini kembali menerajui kepimpinan."Mereka yang telah meletakkan jawatan adalah mereka yang baru datang berhijrah menumpang sewaktu Bersatu mempunyai kuasa."Apabila mereka ini tidak setia, ahli-ahli asal kembali mengambil alih dan hari ini parti dipimpin oleh majoriti daripada kumpulan asal," ujarnya.Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan pengunduran beberapa pemimpin termasuk bekas Timbalan Presiden parti tidak menjejaskan kekuatan Bersatu, sebaliknya menyaksikan pertambahan cawangan di beberapa bahagian.Sebelum ini pemimpin Bersatu Perak antara yang paling ramai dipecat dan melepaskan jawatan termasuklah wakil rakyat.Antara mereka termasuklah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.Bagi pimpinan bahagian pula, mereka yang dipecat termasuklah, Ketua Bersatu Bahagian Teluk Intan, Kamaruddin Majid; Ketua Bersatu Bahagian Gopeng, Ahmad Ishak; Ketua Bersatu Bahagian Larut, Mohd Hassundi Hamzah dan Ketua Bersatu Bahagian Tapah, Mhod Yunus Mhd Yusop |
|
'Rakyat mahu PN kembali mentadbir' - Peja - Sinarharian - 6/04 7:35 am SUNGAI SIPUT Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak mendakwa sentimen rakyat di Perak ketika ini menunjukkan kecenderungan untuk melakukan perubahan kerajaan pada pilihan raya akan datang.Pengerusinya, Ahmad Faizal Azumu berkata, keadaan semasa itu bukan sahaja berlaku di negeri ini malah turut dirasai di seluruh negara yang mahukan Perikatan Nasional (PN) kembali mentadbir.Menurutnya, rasa tidak puas hati rakyat didorong beberapa faktor termasuk kerjasama antara parti dalam kerajaan sedia ada yang didakwa tidak disenangi sebahagian pengundi."Saya mendapati bahawa golongan rakyat begitu bersedia untuk menukar kerajaan lebih-lebih lagi di negeri Perak ini kerana amat tidak bersetuju terutamanya sekali dengan hubungan rapat di antara UMNO dan DAP dan perkara-perkara yang mereka lakukan melukakan hati terutamanya sekali golongan pengundi Melayu."Malah apabila mereka tidak begitu business friendly menyebabkan pengundi-pengundi daripada golongan Tionghua juga telah beralih arah," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Negeri Perak bersama Bersatu Bahagian Sungai Siput di Pusat Konvensyen Tun Samy Vellu di sini pada Ahad.Hadir sama, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Idris Ahmad serta pimpinan parti komponen Perikatan Nasional termasuk wakil Pas dan Gerakan.Ahmad Faizal berkata, PN berpotensi mencipta kejutan sekiranya kerjasama antara parti komponennya terus diperkukuh menjelang pilihan raya umum akan datang.Katanya, kekuatan jentera parti serta sokongan akar umbi akan menjadi penentu penting dalam usaha menawan semula Perak.Menurutnya, tumpuan kini terarah kepada usaha memastikan hubungan antara parti-parti dalam PN rapat dan utuh |
|
Chief Minister celebrates Hari Raya Aidilfitri with Sabah media fraternity - BorneoPost - 5/04 8:37 pm KOTA KINABALU (April 5): Chief Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor celebrated Hari Raya Aidilfitri with members of the Sabah media at Magellan Sutera Resort last Saturday |
|
Jamuan Aidilfitri jadi platform dekati rakyat, dengar suara akar umbi - Harapandaily - 5/04 7:17 pm FOTO BERITA: MajlisJamuan Rakyat Sempena Aidilfitri 2026 bersama YB Haji Azli Yusof Ahli Parlimen Shah Alam dan YB Danial Al Rashid Haron ADUN Batu Tiga di Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor |
|
700 peserta meriahkan Permatang Lebarun - Sinarharian - 5/04 3:43 pm PROGRAM Permatang Lebarun 2026 berlangsung meriah di Sawah Sempadan, Tanjong Karang dengan penyertaan lebih 700 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat pada Sabtu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berkata, program berkenaan bukan sahaja berjaya menghimpunkan komuniti setempat malah turut menyemarakkan semangat gaya hidup sihat dalam suasana penuh keceriaan Aidilfitri."Lebih menarik, ramai peserta tampil kreatif dengan mengenakan busana hari raya lengkap dengan solekan serta prop, sekali gus menjadikan suasana program lebih warna-warni dan meriah," katanya dalam satu kenyataan.Bagaimanapun, di sebalik kemeriahan itu, Nurul Syazwani menegaskan bahawa lokasi larian tersebut merupakan nadi kehidupan pesawah yang kini sedang berdepan dengan pelbagai cabaran getir.Menurutnya, beliau tidak mahu masyarakat menutup mata terhadap realiti golongan pesawah yang semakin tertekan ekoran peningkatan kos operasi, ketidaktentuan cuaca serta isu akses bantuan dan subsidi yang adakalanya tidak sampai kepada golongan sasar."Sebagai pemimpin muda, saya tidak melihat program ini sebagai acara riadah semata-mata |
|
'Jangan kata orang bebal, itu bahasa tidak elok' - Muhyiddin - Sinarharian - 5/04 3:34 pm Jadi, dalam keadaan krisis, apa saja pandangan setiap pihak, itu bermakna pihak berkenaan lebih tahu daripada mereka."Mereka menyuarakan pandangan tertentu dan kerajaan harus prihatin. Jadi kita kena sikap terbuka dan apa yang disuarakan itu adalah ikhlas dalam membantu menyelesaikan masalah," katanya.Beliau ditemui pada sidang akhbar selepas Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong di Kompleks Sukan Pagoh pada Ahad.Muhyiddin menegaskan sebagai Perdana Menteri, sikap terbuka dalam menerima kritikan perlu dijadikan cabaran, bukannya menempelak dengan kata-kata kurang elok."Setiap pihak yang menyuarakan pandangan memiliki pengalaman dan maklumat tertentu, yang seharusnya dijadikan rujukan kerajaan dalam menyelesaikan masalah."Dalam keadaan krisis sekarang, sektor pengangkutan, pertanian dan perindustrian terkesan |
|
Amanah Muar batal penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Muar batal .. - Mgazette - 5/04 3:08 pm # Amanah Muar batal penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri MUAR - Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Muar membatalkan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun ini walaupun persiapan sudah dibuat |
|
Andansura persoal modal dari mana buka Madani Mart - Mgazette - 5/04 3:08 pm Adakah ia melibatkan syarikat korporat atau sumber lain, perkara ini perlu dijelaskan supaya rakyat tidak membuat perbandingan, katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelancaran premis berkenaan yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga lebih rendah ketika sambutan Majlis Aidilfitri Pas dan Perikatan Nasional Indera Mahkota di Seberang Balok semalam |
|
Orang ramai diingatkan kawal pemakanan, minum banyak air - Thempress - 5/04 2:47 pm MUKAH Orang ramai yang menghadiri majlis rumah terbuka sempena musim perayaan Aidilfitri diingatkan supaya tidak ‘alpa’ dengan kepelbagaian juadah, sebaliknya sentiasa mengamalkan kawalan pemakanan yang seimbang |
|
'Individu tidak layak masih berlegar-legar guna jawatan Ketua Pembangkang' - Muhyiddin - Sinarharian - 5/04 2:45 pm MUAR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyuarakan kekecewaan terhadap Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) kerana pelantikan Ketua Pembangkang masih belum dibuat, sementara individu yang telah dipecat parti terus menggunakan jawatan itu.Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sudah menghantar surat mencadangkan pelantikan itu perlu dibuat segera, tetapi sehingga kini tiada tindakan diambil."Sudah tentu tidak wajar orang yang tidak layak masih berlegar-legar menggunakan kedudukan sebagai Ketua Pembangkang."Kalau sudah kosong, isi...tak kan tak ada (calon). Jika sudah ada calon, tidak perlu menunggu Parlimen bersidang."Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan boleh menulis surat kepada Speaker untuk mencadangkan calon yang dipilih," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Belia dan Sukan Pagoh di sini, pada Ahad.Muhyiddin menambah, kelewatan pelantikan Ketua Pembangkang boleh menjejaskan maruah dan imej Perikatan Nasional di mata rakyat."Ini bukan hak Bersatu, bukan hak Pas, bukan hak Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), bukan hak Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) |
|
'PN tiada masalah bincang tapi jangan sekadar ajak-ajak ayam' - Muhyiddin - Sinarharian - 5/04 2:13 pm MUAR Sebarang usaha perbincangan bersama pembangkang bagi menangani isu tenaga global ketika ini perlu dilakukan kerajaan secara ikhlas dan serius.Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendekatan terbuka kerajaan untuk melibatkan pembangkang dalam sebarang pasukan petugas disambut baik, namun ia mesti dilakukan dengan komitmen sebenar."Kita mengalu-alukan jika Perdana Menteri bersikap terbuka dalam hal ini, tetapi tidak boleh sekadar ajak-ajak ayam."Kita boleh duduk bersama berbincang kerana masalah ini melibatkan semua pihak dan membabitkan rakyat yang akan terkesan," katanya pada sidang akhbar Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Kompleks Belia dan Sukan Pagoh pada Ahad.Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan membuka ruang seluas-luasnya kepada pembangkang serta mana-mana pihak yang berhasrat untuk berbincang bagi membantu kerajaan mencari jalan penyelesaian menangani krisis tenaga global.Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri menolak pelantikan Tan Sri Mohd Hassan Marican sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) bagi menyelaras usaha kerajaan menangani krisis tenaga global berikutan konflik di Asia Barat.Ujar Ahli Parlimen Pagoh itu, jawatan tertinggi dalam sebuah jawatankuasa penting itu sepatutnya digalas oleh Perdana Menteri sebagaimana beliau melakukannya ketika dunia dilanda pandemik Covid-19."Urusan seperti ini yang paling kritikal seharusnya dipimpin oleh Perdana Menteri sendiri |
|
Jangan melupakan puasa enam dalam sibuk berhari raya - Utusan - 5/04 2:00 pm SELESAI sahaja memuliakan bulan Ramadan dan kini menyambut Hari Raya Aidilfitri, sebilangan daripada kita menjalani kehidupan seperti biasa, iaitu ada yang tidak lagi bersungguh-sungguh dalam menunaikan ibadah termasuk melupai berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal |
|
'Anwar jangan emosi dengan kritikan' - Pas - Sinarharian - 5/04 12:34 am KAMPAR Pas menasihati Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak bersikap emosi dalam menangani kritikan pembangkang berhubung isu semasa negara.Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata, kenyataan pemimpin kerajaan perlu konsisten dan tidak bercanggah dengan pendirian terdahulu, khususnya berkaitan isu ekonomi dan pengurusan negara.Menurutnya, pembangkang sebelum ini telah lebih awal menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dalam mendepani krisis melibatkan ekonomi, keselamatan dan kesihatan."Ini isu bersama, bukan isu politik semata-mata. Tetapi yang menjadi persoalan apabila kenyataan yang dibuat sekarang berbeza dengan apa yang pernah disebut sebelum ini."Jadi, dia (Anwar) ini janganlah emosi kan, nampak macam emosi, steady-lah kan," katanya kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika Jamuan Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pas Perak di Kompleks Pendidikan Islam Darul Muttaqin, Malim Nawar di sini pada Ahad.Idris yang juga Pesuruhjaya Pas Perak berkata, ketika kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis Covid-19, Anwar antara paling lantang mengkritik usaha kerajaan."Isu ini samalah macam isu Covid-19 dulu |
|
Sambutan Aidil Fitri DUN Taman Templer meriah, kerajaan negeri komited pelihara kesejahteraan rakyat - Harapandaily - 5/04 9:24 am FOTO BERITA: Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Taman Templer 2026 bersama YB Anfaal Saari ADUN Taman Templer merangkap EXCO EXCO Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat |
|
Saya kritik PKR libatkan isu negara yang perlu dijawab – Rafizi - Mgazette - 5/04 8:02 am Jadi, ini adalah pertembungan antara kehendak rakyat dan bagaimana parti-parti politik yang ada kuasa itu menangani perkara-perkara yang dibawa, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Ampang di sini hari ini |
|
Anwar jangan mudah koyak, tersinggung ditegur isu kenaikan harga diesel .. - Mgazette - 5/04 8:02 am Pada saya, kenyataan sebegitu seolah-olah kerajaan menghina rakyat, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Pas dan Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota di Seberang Balok, di sini, hari ini |
|
Mesyuarat mingguan MTEN cari penyelesaian kesan konflik Asia Barat - Mgazette - 5/04 8:02 am Ia termasuk memanggil peneraju-peneraju industri untuk memberi taklimat dan pandangan dengan pandangan mereka diambil kira sebagai langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan, katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke Majlis Hari Raya Aidilfitri 2026 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Dewan Dato Lope Hashim di sini, pada Sabtu |
|
Krisis tenaga global: Kerajaan beri perhatian serius, cari jalan penyelesaian - Ahmad Zahid - Sinarharian - 4/04 11:12 pm BAGAN DATUK - Kerajaan memberikan perhatian dan fokus serius terhadap usaha penyelesaian krisis tenaga global bagi mengelak kesannya terus membebankan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Beliau berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) memainkan peranan penting dalam perkara itu dengan mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi merangka langkah terbaik menangani situasi berkenaan.Menurutnya, kerajaan turut mendapatkan pandangan daripada pemain industri mengikut sektor bagi memastikan setiap keputusan yang diambil bersifat holistik dan praktikal."MTEN bermesyuarat setiap minggu dan memanggil peneraju industri untuk memberikan taklimat serta pandangan. Semua input ini diambil kira dalam merangka langkah penyelesaian yang akan dilaksanakan kerajaan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Hari Raya Aidilfitri 1447H/2026 Parlimen Bagan Datuk di Dewan Dato' Lope Hashim di sini pada Sabtu.Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi; Naib Presiden MIC, Tan Sri M Ramasamy serta beberapa pemimpin lain.Selain mesyuarat berkala, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, kerajaan turut mengadakan taklimat harian bagi memastikan maklumat terkini dapat disalurkan kepada rakyat secara tepat dan berterusan.Dalam pada itu, beliau menasihatkan semua pihak agar tidak saling menyalahkan, sebaliknya bersama-sama menghadapi situasi tersebut dengan kesiapsiagaan tinggi."Kita tidak boleh berada dalam zon selesa kerana ini adalah krisis sebenar yang memerlukan tindakan bersama," katanya.Terdahulu, majlis sambutan Aidilfitri berkenaan dihadiri kira-kira 14,000 pengunjung yang mula hadir seawal jam 6.30 petang. |
|
Konflik Asia Barat: Pelajar SPM masih berpeluang sambung pengajian - Marhamah - Sinarharian - 4/04 3:48 pm Jangan rasa tiada harapan atau menghapuskan impian untuk menyambung pengajian di Timur Tengah... belum lagi," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Tautan Rahmah Madanni Bersama Masyarakat Orang Asli 2026 di Kampung Belihoi di sini pada Sabtu.Menurutnya, Wisma Putra serta kementerian berkaitan akan sentiasa memantau perkembangan semasa di rantau tersebut.Sementara itu, berkenaan program terbabit, beliau berkata, penganjurannya bertujuan memberi keceriaan kepada masyarakat Orang Asli sempena Aidilfitri."Difahamkan di kampung ini terdapat lebih 200 penduduk dan hanya terdapat 11 keluarga Islam."Namun, Kerajaan Madani melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menunjukkan keseriusan dalam meneruskan bantuan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa untuk sama-sama merasai inisiatif kerajaan," katanya. |
|
Selangor teliti kawalan perbelanjaan, persiapan SUKMA dan bantuan usahawan terjejas - Harapandaily - 4/04 2:03 pm FOTO BERITA: Majlis Santunan Aidilfitri bersama YB Najwan Halimi EXCO Kerajaan Negeri Selangor & ADUN Kota Anggerik di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor |
|
Wang berniaga RM50,000 dalam almari, bawah tilam hangus - Sinarharian - 4/04 8:01 am KOTA BHARU Seorang peniaga gas memasak kerugian kira-kira RM50,000 selepas wang tunai hasil perniagaannya hangus dalam kebakaran yang membabitkan lapan rumah di Chabang Tiga, Kedai Buloh di sini pada Jumaat.Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.45 malam itu, Syawal Anuar Ariffin, 40, bersama isteri dan anak-anak keluar bersiar-siar pada hujung minggu sebelum dihubungi sepupunya yang memaklumkan kejadian itu.Menurut Syawal Anuar, dia menyimpan wang perniagaan termasuk modal pusingan dalam almari serta di bawah tilam di rumah pusaka ibu bapanya itu."Rasa lemah apabila sampai dan lihat api marak serta tak dapat berbuat apa-apa."Duit berniaga sekitar RM50,000, habis semuanya. Sepatutnya bercadang nak bayar hutang gas keesokan hari, tapi semuanya hangus," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.Syawal Anuar yang sudah 16 tahun berniaga gas berkata, kebakaran rumah berkenaan menyebabkan tong gas yang disimpan di bahagian bawah rumah jiran yang terletak bersebelahan rumahnya turut terbakar dan meletup."Kesemua kira-kira 30 tong gas yang tidak berisi ini musnah dalam kebakaran."Mercun yang turut meletup semasa kejadian itu pula bukan untuk dijual, tetapi baki yang tidak habis digunakan semasa sambutan Aidilfitri baru-baru ini," katanya.Beliau menambah, kebakaran berlaku terlalu cepat sehingga tiada peluang untuk menyelamatkan harta benda.Sementara itu, jirannya yang juga pengawal keselamatan, Mohd Faizul Mohd Nor, 40, berkata, dia yang bertugas di sebuah sekolah tidak jauh dari rumah bergegas pulang selepas mengetahui kejadian melalui kumpulan WhatsApp."Masa sampai, saya nampak api sedang membakar dua rumah sebelum merebak dengan cepat dari satu rumah ke satu rumah lain hingga yang kelapan."Bunyi letupan kuat tong gas lebih lima kali dan bomba yang tiba memadam api serta sempat menyelamatkan rumah keluarga saya daripada hangus walaupun terletak hanya bersebelahan dengan rumah terbakar," katanya.Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan. |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |