///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Agong News   Page 1    

12/07 4:36 pm
Agong tegur longkang tersumbat, sampah-sarap dibuang di tepi jalan - Mgazette





Agong berjalan 3.2km tinjau Jalan Gallagher, tegur masalah sampah dan longkang tersumbat - Sinarharian - 12/07 4:26 pm

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berkenan meninjau tahap kebersihan kawasan sekitar Jalan Gallagher di ibu kota dengan berjalan kaki sejauh 3.2 kilometer (km).Berdasarkan hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, baginda turut menegur keadaan longkang yang tersumbat dan sampah sarap yang dibuang merata-rata di pinggir jalan.Menerusi tinjauan mengejut itu juga, baginda bertitah agar pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan serta-merta bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan selamat."Pembuangan sampah sarap di tepi jalan bukan sahaja menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, tetapi juga boleh menjejaskan kesihatan penghuni di kawasan sekitarnya."Begitu juga saya melihat terdapat dahan pokok besar di atas jalan raya yang boleh mengundang bahaya kepada orang ramai, khususnya penunggang motosikal pada waktu malam," titah baginda.Turut mengiringi Sultan Ibrahim ketika sesi berjalan kaki tersebut ialah Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Azmi Rohani; Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; dan beberapa kakitangan.





Pemuda UMNO Pahang desak Titah Adendum terhadap Najib dilaksana segera - Sinarharian - 12/07 3:30 pm

KUANTAN - Pemuda UMNO Pahang berpandangan adalah wajar segala perintah dalam Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak dilaksanakan segera selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan kewujudan dokumen tersebut.Ketua Pemudanya, Mohd Kamil Ibrahim berkata, pengakuan ini sekali gus mengesahkan bahawa titah tersebut benar-benar wujud dan bukan sekadar hear say."Sejak hari pertama lagi, kita konsisten dan lantang memperjuangkan agar Titah Adendum ini tidak dinafikan serta menuntut supaya keadilan terhadap Najib ditegakkan sepenuhnya."Perjuangan ini berteraskan prinsip kebenaran dan penghormatan terhadap Institusi Diraja yang menjadi lambang kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan satu kenyataan pada Sabtu.Mohd Kamil berkata, pihaknya menyokong penuh kenyataan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang menggesa agar keadilan diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu tanpa sebarang lengah.Jelasnya, pendirian tegas itu selaras dengan usaha menjunjung kedaulatan undang-undang serta menghormati Institusi Diraja.Mohd Kamil menambah, pihak mahu semua pihak termasuk AGC dan mahkamah."Kerajaan juga perlu menjunjung prinsip pengasingan kuasa dan menghormati kuasa, kedudukan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Kami akan terus istiqamah memperjuangkan keadilan dan menyeru seluruh rakyat Malaysia bersama mempertahankan prinsip keadilan serta institusi Raja Berperlembagaan yang menjadi tiang seri negara," katanya.





Ambil tindakan segera masalah sampah dan longkang tersumbat di Jalan Gallagher - Agong - Astroawani - 12/07 2:45 pm

Selain itu Baginda juga menegur, dahan-dahan pokok besar di atas jalan raya yang dilihat membahayakan keselamatan ramai.





Majlis Raja-Raja Melayu disaran tolak pencalonan hakim berdepan isu integriti - Peguam - Sinarharian - 12/07 12:26 am

Tetapi bukan sekarang," katanya menerusi satu video yang dimuat naik di saluran YouTube beliau pada malam Jumaat.Haniff turut menegaskan bahawa sebarang kelulusan terhadap calon sedemikian akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap badan kehakiman negara dan membuka ruang kepada krisis keyakinan awam."Bukankah satu tamparan hebat kepada sistem kehakiman sekiranya seorang hakim kanan apatah lagi yang memegang jawatan tertinggi kelak didapati melakukan kesalahan jenayah atau menghina mahkamah?"Ini bukan sekadar isu konflik kepentingan pihak eksekutif, tetapi lebih mendalam daripada itu. Ini soal integriti calon yang dicadangkan," tambah beliau lagi.Untuk rekod, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said sebelum ini memaklumkan bahawa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 akan berlangsung dari 15 hingga 17 Julai ini.Mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).Isu ini timbul susulan laporan polis yang difailkan oleh pegawai kepada seorang hakim kanan selepas beliau dihubungi wartawan portal Malaysiakini pada 12 Jun lalu bagi mendapatkan reaksi terhadap dakwaan campur tangan kehakiman yang timbul dalam satu mesyuarat JAC.Laporan tersebut kemudiannya bocor dan tersebar dalam kalangan komuniti guaman serta media sosial.Perkara itu sekali gus mencetuskan reaksi pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam yang kini berusaha mendapatkan minit mesyuarat JAC untuk menilai kesahihan tuduhan.Sekretariat Pertahan Kehakiman turut menyuarakan kebimbangan dan menggesa agar hakim terbabit menarik diri daripada mendengar sebarang kes sementara siasatan dijalankan.Bekas Timbalan Menteri Undang-Undang, Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menyokong gesaan agar siasatan bebas, menyeluruh dan telus dilakukan, selaras dengan prinsip keadilan dan ketelusan dalam pentadbiran kehakiman negara.





Titah Adendum: Afidavit saya adalah benar, bukan 'hear say' Wan Rosdy - Sinarharian - 12/07 10:17 am

KUANTAN - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersyukur apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) mengakui kewujudan Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.Beliau berkata, pengakuan tersebut membuktikan bahawa afidavit yang dikemukakannya kepada mahkamah sebelum ini adalah benar."Ini sekali lagi mengesahkan afidavit yang saya kemukakan kepada pihak mahkamah bahawa saya mengetahui kewujudan titah ini adalah benar dan bukan bersifat hear say."Memandangkan pihak Peguam Negara secara langsung atau tidak langsung mengakui keabsahan Titah Adendum ini, adalah wajar prosiding ini dihentikan dan titah tersebut dilaksanakan," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada malam Jumaat.Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang menegaskan bahawa AGC, mahkamah dan semua pihak yang terlibat khususnya kerajaan perlu menjunjung prinsip pengasingan kuasa.Katanya, ini termasuk menghormati kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan."Saya secara peribadi dan juga mewakili rakyat Negeri Pahang berdoa agar Datuk Sri Najib mendapat keadilan seperti yang terkandung dalam Titah Adendum tersebut."Kepada ALLAH kami berserah," katanya.Pada Rabu, AGC memaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang didakwa membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya, Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC hanya mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian titah itu wujud, namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi





Krisis kehakiman: Pembangkang tak sokong cadangan Rafizi tubuh RCI - Mgazette - 12/07 8:04 am

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pembangkang mempunyai pandangan berbeza berhubung cadangan itu atas alasan ia bukan satu mekanisme yang cukup berkesan. Jelas beliau, ia memandangkan cadangan RCI itu masih berada di bawah kawalan dan budi bicara penuh Perdana Menteri yang bertindak memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong





Rujuk Majlis Raja-Raja jika isu pelantikan kehakiman terus berlarutan - Sinarharian - 11/07 6:41 pm

SHAH ALAM Majlis Raja-Raja wajar dirujuk sekiranya kemelut pelantikan kehakiman yang mencetuskan kegemparan baru-baru ini terus berlarutan.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, cadangan tersebut patut dipertimbangkan meskipun Majlis Raja-Raja tidak terlibat secara langsung dalam hal ehwal politik negara."Raja-raja tidak terlibat dalam politik, sama ada politik berparti atau seumpamanya, tetapi apabila timbul satu masalah di mana ahli politik berpecah sehingga tidak dapat berbuat apa-apa, sampaikan tidak boleh ada persidangan dewan untuk menentukan keputusan, apa yang kita hendak buat? Kita kena rujuk Majlis Raja-Raja walaupun ia tidak disebut dalam Perlembagaan."Kalau tidak rujuk Raja-raja, kita hendak rujuk siapa? Keadaan ini luar biasa. Raja-raja, walaupun tidak diperuntukkan kuasa sebegitu secara langsung, perlulah mengambil berat tentang masalah dihadapi negara dan rakyat," katanya dalam sesi sidang akhbar yang disiarkan secara langsung pada Jumaat.Sementara itu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, yang mewakili Sekretariat Pertahan Sistem Kehakiman turut membentangkan dua resolusi iaitu meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan serta-merta atas dakwaan konflik kepentingan dalam proses pelantikan hakim yang gagal dipertahankannya.Kedua, sekretariat memohon agar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menurut budi bicara Baginda di bawah Perkara 40(2)(c) Perlembagaan Persekutuan untuk memanggil serta mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja berkenaan keistimewaan, kedudukan dan kebesaran Raja-raja Melayu serta tindakan yang wajar diambil.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan bahawa sembilan ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli berpandangan bahawa kemelut pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera, memandangkan situasinya dilihat mirip skandal video VK Lingam pada 2007, yang membabitkan cubaan mempengaruhi pelantikan Ketua Hakim Negara ketika itu.Beliau berkata, beberapa maklumat yang kini tular dalam pengetahuan awam mesti dijelaskan segera bagi mengelakkan krisis kepercayaan terhadap kerajaan dan institusi kehakiman.Sidang media tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan; Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik; dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.Dua lagi Ahli Parlimen PKR yang tidak hadir tetapi menyokong pendirian berhubung reformasi institusi kehakiman tersebut ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, S





Govt respects views on addendum issue but stresses judicial process - SUN - 11/07 6:22 pm

Everyone is entitled to their opinion; we respect that, but (we) must follow due process, he told reporters after performing Friday prayers at Surau Ar-Rahim here today. Anwar was responding to Umnos statement urging for the implementation of the house arrest order for former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, in line with the absolute powers of the Yang di-Pertuan Agong under Article 42(1) of the Federal Constitution





Hormati proses pelantikan badan kehakiman selaras perlembagaan - Anwar - Sinarharian - 11/07 5:19 pm

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah mencampuri urusan institusi kehakiman, termasuk soal pelantikan hakim mahupun sebarang keputusan mahkamah sejak mengambil alih pentadbiran negara.Beliau berkata, dalam proses pelantikan badan kehakiman, perkara itu perlu dilaksanakan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta bidang kuasa yang ditetapkan."Saya lebih dua tahun setengah (menjadi Perdana Menteri) tidak pernah campur dalam urusan (pelantikan badan kehakiman) atau keputusan mahkamah."Apa yang penting adalah kita patuh pada proses yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim di sini pada Jumaat.Dalam pada itu, mengulas hasrat Badan Peguam Malaysia untuk menganjurkan perhimpunan dan perarakan aman pada Isnin ini, Anwar berkata perkara itu merupakan keputusan pihak penganjur.Bagaimanapun, katanya isu mengenai kebebasan kehakiman yang dibangkitkan telah dijelaskan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said malah Yang di-Pertuan Agong sendiri.Perdana Menteri berkata, sekiranya terdapat cadangan untuk mengubah mekanisme pelantikan kehakiman, ia perlu dilakukan melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan."Bidang ini (pelantikan badan kehakiman) kita ikut proses yang diamalkan selama ini (Perlembagaan Persekutuan)," katanya.Badan Peguam Malaysia sebelum ini dilaporkan berhasrat menganjurkan perhimpunan dan perarakan aman yang dijadualkan bermula dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri di sini bagi menyerahkan memorandum berhubung pelantikan badan kehakiman





Jika mahu pinda proses lantikan kehakiman, bawa cadangan kepada kerajaan .. - Mgazette - 11/07 5:05 pm

Sementara itu, ditanya berkenaan hasrat Badan Peguam Malaysia untuk menganjurkan Perhimpunan dan Perarakan Aman bermula dari Istana Kehakiman dan berakhir di Pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya, Isnin ini, bagi mempertahankan kebebasan kehakiman, Anwar hanya berkata: Itu keputusan mereka. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, persoalan mengenai kebebasan kehakiman yang dibangkitkan itu sudah pun diperjelas oleh Jabatan Peguam Negara (AGC); Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, malah oleh Yang di-Pertuan Agong





Titah Adendum: PM hormati pandangan UMNO namun terserah mahkamah Titah .. - Mgazette - 11/07 5:05 pm

Beliau ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim, Presint 15, Putrajaya, di sini hari ini. Awal hari ini, UMNO memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim supaya titah tahanan rumah terhadap Najib dapat dilaksanakan susulan pengesahan kewujudan titah berkenaan yang dibuat Peguam Negara, kelmarin





UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan - Mgazette - 11/07 5:05 pm

# UMNO mohon titah adendum dilaksana ikut Perlembagaan KUALA LUMPUR - UMNO memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar titah tahanan rumah terhadap Datuk Seri Najib Razak dapat dilaksanakan susulan pengesahan kewujudan titah berkenaan yang dibuat Peguam Negara, kelmarin





G25 desak reformasi segera Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman - Sinarharian - 11/07 5:02 pm

SHAH ALAM Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) secara konsisten memperjuangkan kebebasan badan kehakiman sebagai tunjang kepada tadbir urus yang baik.Kumpulan itu dalam kenyataannya memaklumkan, pihaknya percaya kebebasan berkenaan hanya dapat dijamin sekiranya pelantikan dan kenaikan pangkat hakim diselia oleh satu badan bebas daripada pengaruh eksekutif.Menurutnya, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang diperkenalkan pada tahun 2009 melalui Akta JAC sepatutnya memainkan peranan tersebut."Walaupun ia pada awalnya berjaya meningkatkan persepsi awam terhadap integriti kehakiman, kebimbangan terus wujud sejak itu."Ini sebahagiannya berpunca daripada kuasa budi bicara Perdana Menteri untuk melantik lima daripada sembilan anggota JAC, yang bertentangan dengan prinsip kebebasan badan kehakiman," katanya pada Jumaat.Ujarnya, G25 berpendapat bahawa bagi menegakkan prinsip kebebasan kehakiman, Perdana Menteri tidak sepatutnya terlibat langsung dalam proses pelantikan hakim mahkamah atasan."Cadangan daripada JAC harus dikemukakan terus kepada Yang di-Pertuan Agong selepas rundingan dengan Majlis Raja-Raja dan Seri Paduka Baginda hendaklah bertindak berdasarkan cadangan suruhanjaya tersebut."Sehubungan itu, reformasi segera terhadap struktur JAC amat diperlukan





Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM - Sinarharian - 11/07 4:06 pm

(Biar) urusan mahkamah. Pandangan masing-masing, kita hormati tapi (harus) ikut proses," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Ar-Rahim di sini pada Jumaat.Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan UMNO yang memohon titah tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dapat dilaksanakan selaras kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata ia susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum berkenaan oleh Peguam Negara pada Khamis.Rabu lepas, media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta





Pelantikan hakim: Ahli Parlimen PN tidak dapat sokong gesaan Rafizi tubuh RCI - Sinarharian - 11/07 4:05 pm

SHAH ALAM - Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) menyatakan pendirian tidak dapat menyokong gesaan bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berikutan kemelut badan kehakiman.Ketua Whip Ahli Parlimen PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, perkara berkenaan selaras dengan kenyataan Pengerusi gabungan parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membenarkan suruhanjaya tersebut ditubuhkan bagi menyiasat dirinya sendiri di samping memerlukan keputusan kabinet yang dipengerusikan beliau sendiri."Saya mengesahkan sebahagian Ahli-Ahli Parlimen PN telah menerima sepucuk surat bertarikh 9 Julai 2025 daripada Rafizi yang bertajuk Sokongan Terhadap Tuntutan Menegakkan Integriti Kehakiman Negara."Ini termasuklah soal peranan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan kuasa eksklusif Perdana Menteri dalam soal pelantikan hakim-hakim di mahkamah tertinggi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Baru-baru ini Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan bersama lapan lagi Ahli Parlimen PKR termasuk dirinya telah menghantar surat rasmi kepada semua ahli Parlimen bagi mendapatkan sokongan terhadap cadangan penubuhan RCI berkenaan.Jelasnya, langkah itu dibuat bagi mengenal pasti pihak yang benar-benar bersetuju atau tidak bersetuju dengan usaha menegakkan integriti institusi kehakiman melalui satu siasatan yang bebas dan berwibawa.Takiyuddin bagaimanapun berkata, Ahli Parlimen PN mempunyai pandangan berbeza atas alasan ia bukanlah suatu mekanisme mencukupi dan berkesan memandangkan masih berada di bawah kawalan serta budi bicara penuh Perdana Menteri yang bertindak memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong."Justeru Ahli Parlimen PN tidak dapat menyatakan sokongan kepada cadangan dan gesaan Rafizi dalam hal tersebut."Bagaimanapun kami akan menilai apa-apa perkara berkaitan yang mungkin dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pandan itu dalam sidang Parlimen yang bermula 21 Julai ini," jelasnya.





Tiada siapa boleh jadi PM kecuali Haji Hadi, sebabnya - Wrlr - 11/07 3:05 pm

Menurutnya, cadangan Hamzah itu tidak sama dengan tempoh semasa Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan dan sementara Perdana Menteri kelapan, Tan Sri Mahiaddin Yassin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong





Umno rayu ihsan Agong untuk Najib ditahan di rumah - Mkini - 11/07 11:27 am

Kata Umno, sudah sah titah tambahan itu wujud melalui pengakuan peguam pada 9 Julai lalu





Royal addendum decree valid, Umno seeks house arrest for Najib to be enforced - Sinardaily - 11/07 11:08 am

SHAH ALAM Umno expresses gratitude to Allah SWT following the confirmation of the existence of the royal addendum decree by the Attorney General's Chambers (AGC).Umno secretary-general Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki said the confirmation reaffirmed the royal decree for former prime minister Datuk Seri Najib Razak to be placed under house arrest.Umno humbly seeks the pardon and grace of His Majesty the Yang di-Pertuan Agong, asking that the house arrest decree be carried out in accordance with the absolute powers of the Yang di-Pertuan Agong under Article 42(1) of the Federal Constitution.I appeal to the benevolence of His Majesty to grant Najib leniency, which has been delayed for more than a year, he said in a statement on Friday.On Wednesday, the AGC informed the Federal Court that it did not dispute the existence of the royal decree, which allows Najib to serve the remainder of his prison sentence under house arrest.Senior Federal Counsel Shamsul Bolhassan said the AGC only questioned the procedure for submitting the decree as new evidence in the judicial review application at the High Court.





[VIDEO] Titah Adendum sah, UMNO mohon tahanan rumah Najib dilaksana - Sinarharian - 11/07 9:56 am

SHAH ALAM UMNO merakamkan rasa syukur kepada ALLAH SWT susulan pengesahan kewujudan Titah Adendum oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu sekali gus memperakui titah bagi penahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak."UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan selaras dengan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong berpandukan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan."Semoga dengan limpah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Najib dapat menikmati keringanan hukuman yang telah tertunda lebih setahun lalu





UMNO mohon titah tahanan rumah Najib dilaksana ikut Perlembagaan - Asyraf Wajdi - Astroawani - 11/07 9:10 am

UMNO merafak sembah memohon ampun dan ihsan kepada Yang di-Pertuan Agong agar titah tahanan rumah tersebut dapat dilaksanakan.





Isu pelantikan hakim: PN saran Anwar ambil cuti, lantik PM interim - Mgazette - 11/07 7:48 am

Terdahulu, dalam kenyataannya, Hamzah berkata, PN menjunjung kasih ke atas titah Istana Negara yang mahukan isu pelantikan hakim ditangani dengan cermat dan berintegiriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Memang jelas Perkara 122B menyebut bahawa pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja





ABIM gesa semua pihak junjung titah Istana Negara - Sinarharian - 10/07 8:15 pm

SHAH ALAM - Semua pihak digesa menjunjung kasih titah Istana Negara dan semangat Perlembagaan dengan memastikan pelantikan hakim dilaksanakan secara profesional serta bebas daripada tekanan politik.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, titah berkenaan amat bertepatan dengan suasana semasa yang menyaksikan kegusaran masyarakat terhadap kemungkinan berlakunya campur tangan politik dalam sistem perundangan negara."Penegasan terhadap prinsip semak dan imbang merupakan lambang ketegasan institusi Raja Berperlembagaan dalam menjamin kebebasan badan kehakiman."ABIM percaya pemimpin yang memahami Perlembagaan dengan mendalam akan sentiasa menjunjung prinsip pemisahan kuasa dan menjauhi campur tangan politik dalam urusan badan kehakiman serta memastikan semua proses pelantikan dilaksanakan secara telus dan berintegriti," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataannya berkata, pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Tambah kenyataan itu, mengikut Perkara 1228 Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.Ahmad Fahmi turut mengulangi pendirian bahawa sebarang pelantikan terutamanya bagi jawatan tertinggi kehakiman mestilah menepati kehendak Perlembagaan, mengutamakan merit dan kekananan serta mengelakkan sebarang bentuk konflik kepentingan."Sebarang usaha untuk mempolitikkan pelantikan hakim bukan sahaja mencemar keluhuran Perlembagaan, malah merosakkan keyakinan umum terhadap institusi keadilan," menurutnya.Kata beliau, dalam semangat tersebut, ABIM menyambut baik titah Istana Negara yang menekankan agar pelantikan hakim tidak dipolitikkan dan hendaklah ditangani secara cermat serta berintegriti.Beliau memberitahu, titah itu merupakan garis panduan moral dan perlembagaan amat penting dalam memastikan kebebasan dan integriti institusi kehakiman negara terus terpelihara.Dalam pada itu, Ahmad Fahmi turut menggesa supaya kerajaan terus komited kepada prinsip reformasi institusi, termasuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC)."Antara lain, institusi Parlimen digerakkan untuk meneliti semula mekanisme pelantikan hakim, agar lebih telus, demokratik dan selari dengan prinsip pemisahan kuasa dalam sistem Raja Berperlembagaan," ujarnya lagi.Beliau menambah, semua pelantikan hakim dibuat berasaskan integriti, kekananan serta kelayakan profesional demi menegakkan keadilan dan mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman negara.





Hamzah saran Anwar ambil cuti - Sinarharian - 10/07 7:56 pm

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil cuti bagi menghilangkan prejudis terhadap proses pelantikan hakim baharu.Hamzah yang juga Timbalan Presiden Bersatu berkata, dalam masa sama langkah itu dapat menepis persepsi umum yang mengaitkan beliau terlibat dalam menentukan kumpulan hakim berkenaan.Menurutnya, dalam tempoh cuti Anwar, seorang Perdana Menteri Interim boleh dilantik bagi menjalankan tanggungjawab menguruskan negara, khususnya di bawah Perkara 122B."Tindakan ini perlu dilakukan demi menjaga integriti, kebebasan dan kemuliaan institusi kehakiman negara."Perikatan Nasional (PN) menjunjung kasih ke atas titah Istana Negara yang mahukan isu pelantikan hakim ditangani dengan cermat dan berintegiriti, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.Sebelum ini, Istana Negara menegaskan pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Katanya dalam satu kenyataan, mengikut Perkara 1228 Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja.Tambah Hamzah, memang jelas Perkara 122B menyebut bahawa pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja."Pun begitu, dalam keadaan Perdana Menteri hari ini mempunyai konflik kepentingan peribadi adalah munasabah serta wajar untuk pelbagai pihak merasa curiga tentang wujudnya campur tangan politik dalam soal pelantikan hakim."Selain itu, beliau sendiri berdepan dengan beberapa saman sivil di mahkamah," ujarnya.





PM dijangka beri penerangan lantikan Ketua Hakim Negara pada ahli Parlimen minggu hadapan - Anthony - Sinarharian - 10/07 5:21 pm

SEREMBAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan memberi penerangan berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara kepada semua Ahli Parlimen pada minggu hadapan.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua ahli Parlimen mempunyai ruang untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara berkenaan."Perdana Menteri akan buat penerangan kepada ahli Parlimen pada minggu depan dan ada sesi bersama dengan beliau."Ahli-ahli Parlimen ada ruang untuk mendapat penjelasan daripada Perdana Menteri dan Kabinet telah pun membincangkan mengenai perkara itu," katanya ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen(B2) Peringkat Negeri Sembilan di sini pada Khamis.Ahli Parlimen Seremban itu berkata, semua pihak seharusnya memahami bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara mempunyai prosesnya.Malah jelas beliau, bukannya menjadi satu kesalahan sekiranya jawatan itu belum diisi kerana Hakim Besar Malaya telah pun dipertanggungjawabkan untuk menanggung tugas tersebut buat sementara waktu."Jawatan itu belum diisi bukan sesuatu yang salah sebabnya dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan, apabila adanya kekosongan, Hakim Besar Malaya akan menanggung kerja itu."Proses pelantikan Ketua Hakim Negara perlu melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas dinasihati oleh Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja," katanya.Menurut Anthony, mesyuarat Majlis Raja-Raja pula dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan dan tidak sepatutnya ia didahului.Ditanya sama ada beliau ada menerima surat daripada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang dilaporkan meminta supaya menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan berkaitan pelantikan kehakiman, Anthony berkata, beliau tidak menerimanya."Saya tak tahu sama ada mereka (ahli Parlimen) telah terima atau tidak





Video palsu guna AI papar wajah, suara Sultan Ibrahim - Mgazette - 10/07 4:00 pm

# Video palsu guna AI papar wajah, suara Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR - Satu akaun video palsu di dalam Facebook yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) memaparkan wajah serta suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim





Pelantikan hakim mahkamah atasan mesti ditangani secara cermat, elak .. - Mgazette - 10/07 4:00 pm

# Pelantikan hakim mahkamah atasan mesti ditangani secara cermat, elak dipolitikkan KUALA LUMPUR - Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Istana Negara dalam kenyataannya berkata, mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja





Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu ditangani secara cermat - Thempress - 10/07 2:56 pm

PUTRAJAYA – Pelantikanhakim mahkamah atasandi Malaysia perlu ditangani dengan cermat dan secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan





Desakan tolak peranan PM dalam pelantikan Ketua Hakim Negara bertentangan Perlembagaan - Sinarharian - 10/07 2:29 pm

IPOH - Desakan agar Perdana Menteri tidak terlibat dalam proses pelantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan adalah tidak benar dan bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kampar, Baldip Singh berkata, perkara itu boleh disifatkan sebagai satu bentuk spekulasi tidak berasas yang perlu ditepis segera oleh rakyat yang memahami undang-undang tertinggi negara ini."Perdana Menteri memang berperanan secara langsung dalam proses pelantikan hakim-hakim tertinggi berdasarkan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.Beliau bertindak memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja."Jadi jika timbul spekulasi mengatakan Perdana Menteri tidak harusnya terlibat, itu sama sekali tidak tepat dan perlu diperbetulkan," katanya dalam satu sidang media di Pejabat PKR Perak di sini pada Khamis.Hadir sama, Ketua Cabang Sungai Siput, K Novinthen; Ketua Cabang Larut, Mohd Fairuz Mohd Saari dan Timbalan Ketua Cabang Ipoh Barat, SK Ramesh.Sebagai seorang Peguam, Baldip berkata, semua pihak diminta agar tidak mempertikaikan kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk peranan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja."Ini adalah undang-undang tertinggi negara





Istana Negara warns against politicising judicial appointments - SUN - 10/07 1:41 pm

PETALING JAYA: Istana Negara has issued a strong reminder to all parties regarding the constitutional process for appointing appelate court judges, emphasising that such appointments must be handled with integrity. In a statement, today, Istana Negara warned against any attempts to politicise the Yang di-Pertuan Agongs constitutional role





Pelantikan hakim mahkamah atasan mesti ditangani secara cermat elak dipolitikkan - Istana Negara - Sinarharian - 10/07 1:33 pm

SHAH ALAM - Pelantikan hakim-hakim mahkamah atasan adalah urusan kenegaraan yang penting serta perlu ditangani secara cermat dan integriti selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.Istana Negara dalam kenyataannya berkata, mengikut Perkara 1228 Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja."Perkara ini secara jelasnya menzahirkan prinsip semak dan imbang dalam sistem kehakiman negara."Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 (Akta 695] merupakan undang-undang yang memperuntukkan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati YDPA adalah terletak kepada Perdana Menteri," katanya pada Khamis.Tambah kenyataan itu, hal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditangani secara sah supaya perjalanan kuasa oleh YDPA tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.





Istana beri amaran jangan politikkan isu pelantikan hakim tertinggi - Mkini - 10/07 1:20 pm

Hal pelantikan di bawah Perlembagaan Persekutuan hendaklah ditangani secara sah supaya perjalanan kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.





Pelantikan hakim mahkamah atasan perlu cermat, elak dipolitikkan - Istana Negara - Astroawani - 10/07 1:15 pm

Pelantikan hakim dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.





Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan RPO - SUN - 10/07 11:24 am

KUALA LUMPUR : Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (RPO) melaporkan pengesanan satu akaun video palsu di Facebook yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meniru wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim





Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan - RPO - Mkini - 10/07 10:48 am

Video berkenaan disebarkan menerusi Facebook, kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.





Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan - RPO - Sinarharian - 10/07 10:31 am

JOHOR BAHRU Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) mengesan terdapat akaun video palsu di Facebook yang dihasilkan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), memaparkan wajah serta suara Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.Video berkenaan disebarkan melalui Facebook dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan kepada orang ramai.Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh scammer untuk tujuan penipuan di Facebook serta platform media sosial lain.Royal Press Office juga ingin menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.





Akaun palsu guna AI papar wajah, suara Agong dikesan - RPO - Astroawani - 10/07 10:10 am

Video berkenaan disebarkan menerusi platform Facebook dengan menampilkan suara Seri Paduka Baginda, kononnya berkaitan tawaran pelaburan.





Reimagining separation of powers - SUN - 10/07 9:31 am

They are actually interdependent. Take the current case as an example according to Article 122B of the Federal Constitution, the chief justice is appointed by the Yang di-Pertuan Agong based on the advice of the prime minister, after consultation with the Conference of Rulers





Jika Najib pun dinafikan, apalah nasib rakyat biasa - Ketua Pemuda UMNO Pahang - Sinarharian - 10/07 9:30 am

KUANTAN "Jika hak seorang pemimpin negara pun boleh dinafikan, tidak mustahil rakyat marhaen akan terus dipinggirkan dan dizalimi tanpa pembelaan."Demikian kata Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim yang mengecam tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) kerana dikatakan lambat mengakui kewujudan Titah Adendum berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak.Menurutnya, tindakan AGC menafikan dan gagal mengakui lebih awal kewujudan titah itu bukan sahaja mengecewakan, malah mencerminkan kegagalan besar sebagai penjaga utama undang-undang negara."Perkara sepenting ini tidak seharusnya mengambil masa setahun untuk diakui, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan titah daripada Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara yang institusinya wajib dihormati dan dipelihara dalam kerangka Raja Berperlembagaan."Sikap mendiamkan diri, berdolak-dalik dan berlindung di sebalik alasan teknikal hanyalah cubaan untuk mengelak daripada menjunjung kebenaran," katanya dalam satu kenyataan pada malam Rabu.Beliau menjelaskan ini bukan kesilapan biasa tetapi satu bentuk pengkhianatan terhadap kedaulatan undang-undang dan penghinaan terhadap institusi diraja.Tegasnya, AGC sepatutnya menjadi lambang keadilan dan bukan menjadi alat untuk melengahkan atau menyembunyikan kebenaran."Kelewatan dan sikap tidak telus ini menghakis kepercayaan rakyat terhadap sistem kehakiman dan membuka ruang kepada pelbagai persepsi negatif bahawa undang-undang hanya ditegakkan apabila ia menguntungkan pihak tertentu," katanya.Menurut Kamil, keadaan itu menimbulkan kebimbangan jika perkara sebegini boleh berlaku terhadap seorang bekas Perdana Menteri, maka apalah nasib rakyat biasa.Tambah beliau, kesan daripada kegagalan ini amat serius kerana institusi undang-undang dan kehakiman dilihat berat sebelah dan tidak lagi bebas."Kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan semakin terhakis."Malah kedaulatan Raja-Raja Melayu tercabar akibat kegagalan penjawat awam menjunjung titah dan negara berisiko berdepan krisis perlembagaan yang lebih besar pada masa hadapan," katanya.Beliau menegaskan tindakan AGC ini adalah satu amaran bahawa sistem sedang pincang dan mereka tidak boleh terus bersembunyi di sebalik alasan teknikal apabila maruah institusi dan kepercayaan rakyat menjadi taruhan."Kami menuntut AGC tampil memberi penjelasan secara terbuka kepada rakyat dan mengambil tanggungjawab penuh atas kegagalan ini."Sekiranya mereka tidak mampu menjunjung Perlembagaan dan menghormati titah Raja, maka mereka yang ada dalam AGC ini tidak layak memegang jawatan setinggi itu."Jangan biarkan negara ini rosak hanya kerana segelintir yang memilih untuk tunduk kepada tekanan, bukan kepada kebenaran," katanya.Pada Rabu, AGC memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi





Azalina: Kekosongan jawatan hakim akan diisi mengikut Perlembagaan - Wrlr - 10/07 8:49 am

K PRAGALATH July 10, 2025 Kabinet telah membincangkan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan dan memberi jaminan bahawa pelantikan akan dibuat selaras dengan peruntukan yang sedia ada di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan juga ingin menegaskan bahawa pengisian kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, yang memperuntukkan bahawa pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, kata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam satu kenyataan malam tadi





Kabinet bincang kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah .. - Mgazette - 10/07 7:42 am

Menurut Azalina, kerajaan juga menegaskan bahawa pengisian kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan. Ujarnya, Perkara 122B memperuntukkan bahawa pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja





Kebimbangan PN selari desakan 9 ahli Parlimen PKR - Sinarharian - 10/07 12:07 am

KUALA LUMPUR Desakan sembilan Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pelantikan kehakiman selari dengan kebimbangan yang dibangkitkan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, gesaan daripada kalangan Ahli Parlimen kerajaan sendiri menunjukkan wujud kebimbangan munasabah terhadap tahap kebebasan badan kehakiman ketika ini.Kata Muhyiddin lagi, beliau percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan membenarkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) seperti yang didesak oleh banyak pihak.Katanya, hal ini kerana penubuhan RCI memerlukan keputusan Kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri."Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengeluarkan kenyataan menolak kemungkinan penubuhan sebuah RCI bagi menyiasat kemelut pelantikan kehakiman dan campur tangan dalam keputusan mahkamah yang melibatkan Perdana Menteri."AGC juga menolak peranan Jawatankuasa Pilihan Parlimen sebagai badan yang wajar terlibat dalam proses pelantikan hakim-hakim."Kenyataan ini mewakili pendirian rasmi kerajaan. Ia adalah penolakan secara mentah-mentah terhadap desakan sembilan Ahli Parlimen penyokong kerajaan sendiri dari parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menuntut kedua-dua perkara ini dilakukan bagi menjamin kebebasan badan kehakiman," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.Sebelum ini, tindakan sembilan Ahli Parlimen PKR yang diketuai Datuk Seri Rafizi Ramli mendesak penubuhan RCI berhubung isu kehakiman terutamanya kekosongan kerusi Ketua Hakim Negara yang kini terpaksa dipangku oleh Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim.Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim pula berkata, jika RCI itu dibentuk kelak, Anwar selaku Perdana Menteri yang mempunyai kuasa perlembagaan dalam pelantikan hakim tidak dapat mengelak daripada disiasat.Tambah Muhyiddin, kenyataan beberapa peguam terkemuka baru-baru ini mengesahkan kebebasan institusi kehakiman di bawah beberapa kerajaan termasuk PN sebelum ini lebih terjamin."Semasa saya menjadi Perdana Menteri, saya juga menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam pelantikan hakim-hakim selari dengan kehendak perlembagaan





Proses lantikan Ketua Hakim Negara patuhi Perlembagaan Persekutuan - Azalina - Sinarharian - 9/07 11:18 pm

SHAH ALAM - Pengisian kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan akan dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, perkara itu selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi negara yang wajib dipatuhi oleh semua pihak.Menurutnya, ia juga mencerminkan prinsip Raja Berperlembagaan yang menjadi tunjang pentadbiran negara."Dalam hal ini, Majlis Raja-Raja akan bersidang bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Julai 2025."Jemaah Menteri turut memberi jaminan bahawa pengisian kekosongan jawatan akan dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang yang berkaitan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dianggap sekadar 'konduit' yang menerima syor daripada mana-mana pihak berhubung pelantikan dalam badan kehakiman termasuk jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.Sebaliknya, kata Jabatan Peguam Negara (AGC), Anwar memegang tanggungjawab yang jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dengan tujuan memelihara kebebasan, kredibiliti dan integriti institusi kehakiman negara.Menurut jabatan itu, dakwaan terdapat kelewatan dalam proses pelantikan dan kegagalan mengambil tindakan terhadap pencalonan terdahulu hendaklah dilihat dari sudut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.Tambah Azalina, Jemaah Menteri pada Rabu telah membincangkan isu kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan serta mengambil maklum sepenuhnya akan perhatian dan kebimbangan orang ramai mengenai perkara berkenaan.Ujarnya, kerajaan amat memahami keprihatinan rakyat tentang pentingnya memelihara kelangsungan dan integriti institusi kehakiman sebagai tunjang kedaulatan undang-undang."Pada masa yang sama, berikutan kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara, Hakim Besar Malaya, Yang Amat Arif Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, menjalankan kuasa atau melaksanakan tugas jawatan Ketua Hakim Negara (termasuk fungsinya di bawah Perlembagaan Persekutuan) sehingga jawatan tersebut diisi."Ini selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan dan perenggan 9(1)(b) serta subseksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91]





Institusi kehakiman dalam peralihan, bukan satu krisis - Sinarharian - 9/07 6:09 pm

Terbaik lagi apabila seorang (Ketua Hakim Negara) yang baharu akan dilantik tetapi siapa orang itu saya tidak tahu.Bagi mengisi kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara ini, adakah bergantung kepada siapa yang mengisi jawatan tersebut atau lebih penting adalah proses untuk membolehkan sesiapa sahaja mengisinya mengikut prosedur operasi standard (SOP)?Saya ingat dalam keadaan semasa, kedua-dua itu berlaku. Mungkin kerajaan tidak dapat pastikan siapa yang boleh dilantik dan juga proses seperti mana yang diberitahu kepada ramai bahawa mestilah ada Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), lepas itu Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong





Titah adendum: Rayuan Peguam Negara disambung hari ini - Mgazette - 9/07 3:13 pm

Dusuki, bagaimanapun, titah tersebut hanya diperoleh selepas Mahkamah Tinggi memutuskan menolak kebenaran semakan kehakiman bekas Perdana Menteri. Menurut Peguam Negara, Najib sudah memperolehi maklumat kredibel seawal 12 Februari 2024 bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 mengeluarkan titah tambahan bertarikh 29 Januari 2024 yang menyatakan beliau boleh menjalani baki hukuman penjara di rumah





AGC tidak pertikai Titah Adendum, hanya pertikai cara dokumen dikemukakan - Sinarharian - 9/07 3:02 pm

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Peguam Negara (AGC) memberitahu Mahkamah Persekutuan di sini pada Rabu bahawa mereka tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah.Sebaliknya Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berkata, AGC mempersoalkan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi."Kami berpendirian, titah itu wujud namun prosedur untuk mengemukakannya melalui bukti tambahan perlu dipatuhi, maka kami bersandarkan kepada hujahan bertulis yang telah difailkan sebelum ini dan menyerahkan kepada mahkamah untuk tindakan lanjut," katanya.Sementara itu peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, 72, berkata, AGC tidak boleh menyatakan titah berkenaan sebagai spekulatif ketika di peringkat kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman."Kami ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, ia sesungguhnya tragedi terhadap kami kerana tanggungjawab untuk bersikap jujur, terbuka dan telus, bukan di pihak kami kerana kami sentiasa berterus terang selama ini."Sudah menjadi tanggungjawab Peguam Negara untuk mengesahkan atau menafikan kewujudan Titah Adendum itu pada peringkat permohonan mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman, jika mereka membantah kewujudannya," katanyaBeliau berkata, persoalan sama ada Titah Adendum tidak diperoleh dengan usaha wajar yang munasabah ketika prosiding di Mahkamah Tinggi tidak relevan kerana pembuat afidavit bagi pihak responden jelas mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mendapatkan salinan titah terbabit kerana kerahsiaannya pada masa itu.Sebelum itu, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim meminta kepastian mengenai pendirian AGC kerana agensi itu tidak mempertikai kewujudan titah tersebut.Beliau yang bersidang bersama Hakim-hakim, Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah berkata, sekiranya mahkamah mengetahui berpendirian AGC, panel tidak perlu menjawab persoalan undang-undang yang dikemukakan untuk memasukkan titah itu sebagai bukti tambahan dalam pendengaran semakan kehakiman.Selepas dimaklumkan mengenai pendirian AGC dalam prosiding rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, beliau memaklumkan tarikh bagi keputusan permohonan itu akan dimaklumkan pada tarikh lain.Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab serta mengesahkan kewujudan Titah Adendum bertarikh Januari tahun lalu.Dalam semakan kehakiman itu, Najib menamakan Menteri Dalam Negeri; Komisioner Jeneral Penjara; Peguam Negara; Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpurm, Labuan dan Putrajaya; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.Antara relif yang dipohon dalam semakan kehakiman itu ialah supaya semua atau seorang daripada responden memberikan salinan titah utama oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 berhubung pengurangan hukuman penjara dan denda terhadapnya.Najib juga memohon perintah jika titah itu wujud, semua responden atau seorang daripada mereka perlu melaksanakannya dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur serta merta untuk menjalani baki hukuman penjara di rumah.Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, sebelum beliau merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib, termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail adalah khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti.





Pelantikan Ketua Hakim Negara hak mutlak Agong, elak persepsi tidak wajar – Mujahid - Thempress - 9/07 12:11 am

AHLI Dewan Negara, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan sebarang dakwaan bahawa pelantikan Ketua Hakim Negara baru-baru ini dicemari unsur campur tangan politik atau penyelewengan, sebaliknya menegaskan bahawa proses…





Kenyataan AGC kuatkan spekulasi eksekutif mahu pengaruhi lantikan hakim .. - Mgazette - 9/07 7:35 am

AGC memaklumkan, dakwaan terdapat kelewatan dalam proses pelantikan dan kegagalan mengambil tindakan terhadap pencalonan terdahulu perlu dilihat daripada sudut peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Jelasnya, Perdana Menteri tidak boleh dianggap sekadar 'konduit' yang menerima syor daripada mana-mana pihak, sebaliknya mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi maksud melindungi kebebasan, kredibiliti dan integriti badan kehakiman





Kenyataan AGC seolah-olah sahkan cubaan pengaruh lantikan hakim telah dibincangkan - Sinarharian - 8/07 6:11 pm

SHAH ALAM - Kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) pada Selasa seolah-olah mengesahkan bahawa dakwaan cubaan mempengaruhi pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan telah dibincangkan dalam mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC).Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, kenyataan tersebut juga memberi pengesahan secara tidak langsung bahawa terdapat kelewatan dalam proses pelantikan dan ada pencalonan dari JAC yang tidak dipertimbangkan atau tidak diambil tindakan."Ia juga secara tidak langsung mengesahkan mesyuarat JAC yang terkini dipanggil tanpa mematuhi notis 10 hari seperti kehendak pentadbiran."Sementara saya sedia maklum peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawatanggungjawab menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa Perdana Menteri dan kuasa JAC ialah mengemukakan senarai calon yang telah dipertimbangkan serta ditapis kepada Perdana Menteri."Keadaan bila mana ada kekosongan mendesak dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan akibat kelewatan pelantikan membayangkan Perdana Menteri tidak bersetuju dengan calon-calon yang telah dikemukakan JAC," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Pada Isnin, sembilan Ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang kini mencetuskan kebimbangan terhadap kebebasan institusi kehakiman negara.Rafizi berkata, kemelut berhubung pelantikan jawatan tertinggi badan kehakiman perlu diberi perhatian segera kerana situasinya kini dilihat mirip skandal video VK Lingam pada 2007 yang membabitkan cubaan mempengaruhi lantikan Ketua Hakim Negara ketika itu.Ujar Ahli Parlimen Pandan itu, dari sudut pandangan umum, ia menguatkan spekulasi bahawa cabang eksekutif mahu mempengaruhi pelantikan hakim-hakim yang dirasakan lebih serasi dengan pandangan kerajaan."Jika tanggungjawab Perdana Menteri di bawah Perlembagaan adalah melindungi kebebasan, kredibiliti dan integriti badan kehakiman seperti kenyataan AGC, makaperkara yang boleh mengundang spekulasi seperti cubaan mempengaruhipelantikan hakim itu perlu dielakkan, walaupun ia tidak melanggar tatacara prosedur."Bukanlah tempat atau hak AGC untuk menilai dan menentukan sama ada itu satu dakwaan pra-matang atau bersifat spekulatif semata-mata."AGC sendiri mengakui bahawa pertimbangan dalam mesyuarat JAC adalah bersifat rahsia, jadi bagaimana AGC boleh membuat kesimpulan dakwaan-dakwaan itu tidak ada merit?" soalnya.





Pelantikan badan kehakiman ada formaliti, PM tidak boleh dianggap sekadar .. - Mgazette - 8/07 3:51 pm

# Pelantikan badan kehakiman ada formaliti, PM tidak boleh dianggap sekadar 'konduit' KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dianggap sekadar "konduit" yang menerima syor daripada mana-mana pihak berhubung pelantikan dalam badan kehakiman termasuk jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan Ia kerana, perdana menteri mempunyai tanggungjawab di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi maksud melindungi kebebasan, kredibiliti dan integriti badan kehakiman, kata Jabatan Peguam Negara (AGC)





Agong berkenan terima menghadap SUK Johor baharu - Astroawani - 8/07 2:49 pm

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Setiausaha Kerajaan Johor yang baharu Datuk Asman Shah Abd Rahman.





Kabinet dijangka bincang tarif 25 peratus AS esok - Sinarharian - 8/07 2:15 pm

SHAH ALAM - Kabinet dijangka akan membincangkan mengenai tarif import 25 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap Malaysia pada Rabu ini.Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, Malaysia bagaimanapun masih boleh berunding dengan AS berhubung tarif itu sehingga 1 Ogos."(Selama) 90 hari Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berunding, nampaknya mereka beri hingga 1 Ogos untuk lanjutkan (rundingan) tetapi dia sudah naikkan (tarif) daripada 24 kepada 25 peratus."Kita tunggu. Saya rasa Kabinet akan bincangkan perkara ini esok," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Transformasi Kampus Taylors International School Kuala Lumpur (TISKL) di Kuala Lumpur pada Selasa.Sebelum ini, AS dilapor mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.Angka itu adalah satu peratus lebih tinggi berbanding dengan tarif yang diumumkan pada April.Dalam dua pucuk surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang dimuat naik di akaun Truth Social pada Isnin, Presiden AS, Donald Trump berkata, angka 25 peratus itu jauh lebih rendah daripada perkara yang diperlukan untuk menghapuskan ketidakseimbangan defisit perdagangan yang AS alami dengan Malaysia.Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, jumlah eksport komoditi negara ke AS hanyalah kira-kira RM20 bilion daripada jumlah keseluruhan RM186 bilion.Ujarnya, daripada jumlah RM20 bilion itu, Malaysia bukanlah pembekal eksklusif."Minyak kelapa sawit, produk oleokimia (dan) sarung tangan getah dia tak hasilkan, tetapi kita kena bersaing dengan negara lain," katanya.Sementara itu, Johari turut menolak risiko penyertaan Malaysia dalam BRICS akan menyebabkan AS menaikkan lagi tarif import dikenakan kepada negara.Menurutnya, Malaysia juga perlu mencari pasaran baharu selain dari AS."Dalam dunia ini, kita ada lebih 190 negara





Proses pelantikan badan kehakiman ikut Perlembagaan - AGC - SUN - 8/07 1:22 pm

Menurut kenyataan AGC, proses pelantikan tersebut melibatkan pertimbangan menyeluruh termasuk perundingan dan pelaksanaan kuasa budi bicara mengikut kerangka perlembagaan. Jabatan itu juga memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan beberapa pelantikan hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bulan lepas, namun formaliti tertentu masih perlu diselesaikan





Trump utus surat tarif 25 peratus kepada Agong, Anwar - Sinarharian - 8/07 12:19 am

SHAH ALAM - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengutus dua pucuk surat rasmi kepada pimpinan tertinggi Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi memaklumkan pelaksanaan tarif baharu terhadap semua produk negara ini.Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik ke platform Truth Social, Trump berkata, pihaknya mengenakan kadar tarif 25 peratus produk Malaysia yang dieksport ke AS bermula 1 Ogos ini.Kedua-dua surat bertarikh 7 Julai 2025 itu disiarkan secara terbuka oleh Trump melalui akaun berkenaan.Menurut Trump, langkah tersebut diambil berikutan jurang perdagangan yang ketara antara kedua-dua negara serta dasar perdagangan Malaysia yang disifatkan tidak seimbang."Bermula 1 Ogos 2025, kami akan mengenakan tarif sebanyak 25 peratus ke atas semua produk dari Malaysia yang dihantar ke AS."Ini adalah kadar yang berasingan daripada tarif sektoral lain yang mungkin dikenakan."Sekiranya terdapat barang yang dihantar melalui negara ketiga untuk mengelakkan tarif lebih tinggi, maka barang itu akan tetap dikenakan tarif yang lebih tinggi tersebut," katanya.Beliau turut memaklumkan, kadar tarif 25 peratus itu sebenarnya masih jauh lebih rendah daripada apa yang diperlukan untuk menghapuskan jurang defisit dagangan dialami dengan Malaysia.Jelasnya, syarikat dari Malaysia boleh dikecualikan daripada tarif berkenaan sekiranya memilih untuk membina kilang atau menghasilkan produk terus dari dalam AS."Jika Malaysia bersedia untuk membuka pasaran dagangan yang selama ini tertutup kepada produk AS, serta menghapuskan dasar tarif dan bukan tarif serta halangan perdagangan sedia ada, maka kami mungkin bersedia untuk menimbang semula kandungan surat ini."Kadar tarif ini boleh diubah, sama ada dinaikkan atau diturunkan, bergantung kepada perkembangan hubungan antara kedua-dua negara kita," katanya.Ujarnya lagi, sebarang tindak balas dari Malaysia boleh meningkatkan kadar tarif sedia ada.Beliau turut menyatakan, dasar tersebut penting bagi menangani isu ketidakseimbangan yang telah lama wujud."Jika atas apa-apa sebab sekalipun Malaysia memilih untuk menaikkan tarifnya, maka kadar kenaikan tersebut akan ditambah kepada tarif 25 peratus yang kami kenakan."Harap difahami tindakan ini perlu diambil sebagai langkah untuk membetulkan ketidakseimbangan hubungan perdagangan yang telah berlaku sekian lama disebabkan dasar-dasar perdagangan Malaysia yang tidak adil kepada kami."Defisit ini merupakan ancaman besar kepada ekonomi kami dan juga keselamatan negara kami," ujarnya.





PM bukan sekadar 'konduit' dalam pelantikan Ketua Hakim Negara - AGC - Sinarharian - 8/07 10:43 am

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dianggap sekadar 'konduit' yang menerima syor daripada mana-mana pihak berhubung pelantikan dalam badan kehakiman termasuk jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.Sebaliknya, kata Jabatan Peguam Negara (AGC), Anwar memegang tanggungjawab yang jelas di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dengan tujuan memelihara kebebasan, kredibiliti dan integriti institusi kehakiman negara.Menurut jabatan itu, dakwaan terdapat kelewatan dalam proses pelantikan dan kegagalan mengambil tindakan terhadap pencalonan terdahulu hendaklah dilihat dari sudut peruntukan Perlembagaan Persekutuan."Jabatan ini dimaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah memperkenan pelantikan beberapa hakim mahkamah tinggi dan rayuan pada bulan lalu dan pelantikan tersebut masih perlu melalui beberapa formaliti."Justeru, pelantikan sedemikian wajar dilakukan dengan tertib dan teratur," katanya dalam kenyataan pada Selasa.AGC berkata, tindakan sebagai maklum balas terhadap gesaan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan sembilan lagi ahli Parlimen PKR yang mahukan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi menyemak proses pelantikan kehakiman, khususnya yang melibatkan jawatan tertinggi dalam institusi tersebut.Menurut jabatan itu, pelantikan hakim mahkamah atasan diperuntukkan di bawah Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, yang menetapkan pelantikan dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja."Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 [Akta 695] memperincikan proses pemilihan calon hakim, namun kuasa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong adalah terletak secara eksklusif kepada Perdana Menteri," katanya.AGC menegaskan bahawa tempoh masa dan proses memuktamadkan pelantikan, khususnya bagi jawatan seperti Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan tertakluk kepada tatacara ditetapkan Perlembagaan dan bukan berdasarkan tekanan luar."Ia hendaklah mengambil kira segala aspek termasuk keperluan berunding dan penjalanan kuasa budi bicara mengikut kerangka perlembagaan sedia ada," jelasnya.Dalam pada itu, jabatan berkenaan turut menjawab tuduhan bahawa mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dijalankan tanpa notis yang mencukupi seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 13(2) Akta 695.Menurutnya, JAC mempunyai kuasa untuk mengawalselia prosedurnya sendiri dan lazimnya jika wujud keadaan mendesak, mesyuarat boleh diteruskan dengan notis pendek asalkan mendapat persetujuan semua ahli."Perkara bersifat prosedural tidak seharusnya menjejaskan kesahan pertimbangan JAC melainkan wujud unsur mala fide atau prejudis yang jelas," tegas jabatan itu.Turut disentuh ialah dakwaan berhubung penglibatan seorang hakim Mahkamah Persekutuan dalam mempengaruhi keputusan mahkamah dan penugasan semula hakim merupakan dakwaan yang serius.Walau bagaimanapun, pertimbangan dalam mesyuarat JAC adalah berstatus rahsia dan dilindungi undang-undang."Tuduhan tersebut tidak boleh disamakan dengan kesalahan yang telah dibuktikan atau menjejaskan kebebasan kehakiman dan ia kekal sebagai dakwaan spekulatif semata-mata," jelas kenyataan itu.Dalam hal ini, jabatan tersebut turut menolak perbandingan yang dibuat dengan kes VK Lingam pada tahun 2007 kerana menurutnya, kes itu melibatkan bukti kukuh campur tangan dalam pelantikan hakim yang akhirnya membawa kepada penubuhan suruhanjaya siasatan."Keadaan semasa adalah berbeza kerana tuduhan atau dakwaan hanya bersandarkan kepada ketidakaturan prosedur dan anggapan yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh," kata jabatan itu.Tambahnya lagi, meskipun Parlimen mempunyai kuasa untuk menubuhkan jawatankuasa bagi meneliti isu tatakelola institusi, urusan pelantikan kehakiman perlu ditangani secara cermat bagi memastikan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri tidak dijadikan polemik politik."Kedua-dua institusi ini hendaklah menjalankan kuasa secara bebas sebagaimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan," tegasnya.Dalam kenyataan sama, AGC berkata, pihaknya akan terus menasihati kerajaan dalam urusan pentadbiran keadilan sekiranya terdapat keterangan yang berasas."Dalam ketiadaan keterangan sedemikian, semua pihak yang diberi kuasa menurut undang-undang perlu diberi ruang untuk melunaskan tanggungjawab mereka tanpa sebarang tekanan, spekulasi atau kempen awam."Situasi pada masa ini hendaklah diawasi dan diharap tiada pihak yang akan bertindak terburu-buru," katanya.Menurut AGC, percanggahan tempoh masa atau prosedur dalam hal pelantikan tidak semestinya merupakan suatu krisis perlembagaan."Sistem pelantikan hendaklah dilaksanakan melalui prosedur yang sah, menghormati peranan institusi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan," katanya.Sehubungan itu, AGC berharap semua pihak hendaklah sentiasa bertanggungjawab untuk menegakkan keluhuran undang-undang dan prinsip pemisahan kuasa sera tanggungjawab tersebut boleh dilaksanakan sebaik-baiknya dengan memperkukuhkan kematangan institusi dan bukan dengan hanya membuat spekulasi yang tidak berasas.





Lantikan hakim patuhi Perlembagaan, desakan tubuh RCI dianggap spekulatif - Jabatan Peguam Negara - Astroawani - 8/07 10:30 am

"Pelantikan adalah atas nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja





Trump sends letter to PM, Agong, imposes 25pct tariff on all M'sian products - Mkini - 8/07 8:58 am

This is one percentage point higher than before.




Reformasi     >>



M'sia to assist Bangladesh in IS-linked militancy probe - Mkini
Matter discussed during bilateral meeting between Touhid and Mohamad.
Kroni     >>



Mohamad: Asean gains trust, recognised as a peaceful .. - NST
KUALA LUMPUR: The successful organisation of the 58th Asean Foreign Ministers Meeting (AMM) and related meetings proves that the regional bloc is respected and continues to gain the trust of major global powers. New Straits Times Press (M) Bhd
Tabloid     >>



Shila Amzah Gembira Jumpa Jaclyn, Ella & Awie Selesai .. - Murai
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila penyanyi popular tanah air, Shila Amzah, mendakwa dirinya telah diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda ketika sesi latihan menjelang sebuah konsert yang dijadual berlangsung pada Jumaat. Serangan Secara Terbuka Menerusi hantaran yang ..
Tech     >>



Samsung Galaxy S26 Ultra could get a massive camera .. - Gsmarena
Samsung's Galaxy S26 Ultra is supposedly coming in January, and according to a new rumor from China today, it might bring with it a massive camera upgrade. Namely, the main sensor is said to be Sony's upcoming 1/1.1" type with 200 MP resolution, the Japanese company's first with so many pixels. ..
World     >>



US has resumed military supplies to Ukraine, Zelensky .. - BBC
It comes after US President Donald Trump announced a new deal to supply air defence systems via Nato.
Motor Trend     >>



Corvette E-Ray electrifies Goodwood FOS - Carsifu
LONDON: The 2025 Chevrolet Corvette E-Ray recently made its UK debut at the Goodwood Festival of Speed. It is Chevrolets first-ever electrified, all-wheel-drive Corvette. Featuring the striking mid-engine design of the eighth-generation Corvette, the E-Ray is available in both removeable roof coupe and ..