///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Apad News   Page 1    



Dua gerabak LRT tergelincir dipercayai akibat masalah sistem pertukaran .. - Mygazette - 29/05 3:58 pm

"Punca sebenar termasuk sama ada sistem pertukaran landasan itu berfungsi dengan baik atau sebaliknya perlu disiasat secara menyeluruh," katanya. Terdahulu, beliau meninjau lokasi kejadian di Stesen LRT Chan Sow Lin bersama pasukan petugas khas dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi mendapatkan gambaran sebenar insiden tersebut





LRT tergelincir: APAD arah Prasarana kemuka laporan segera, kertas .. - Mygazette - 29/05 3:57 pm

# LRT tergelincir: APAD arah Prasarana kemuka laporan segera, kertas siasatan dibuka KUALA LUMPUR - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengarahkan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) mengemukakan laporan lengkap secepat mungkin berhubung insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin di sini, semalam





Laporan siasatan tren LRT tergelincir siap dalam 30 hari – Anthony - Mygazette - 29/05 3:57 pm

"Laporan akhir akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri dan turut dihebahkan kepada umum sebagai langkah ketelusan," katanya. Dalam pada itu, Anthony memaklumkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) turut akan membuka kertas siasatan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010





LRT tergelincir: APAD arah pengendali kemuka laporan lengkap insiden - Sinarharian - 29/05 9:43 am

SHAH ALAM - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengarahkan pihak pengendali mengemukakan laporan lengkap berhubung insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin secepat mungkin.APAD berkata, laporan itu akan diteliti secara terperinci sebelum proses temu siasat dan penelitian lanjut dilaksanakan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian.Agensi itu memaklumkan, langkah terbabit juga diambil bagi menentukan sama ada wujud sebarang unsur ketidakpatuhan, kecuaian atau pelanggaran syarat lesen pengendalian."Sekiranya didapati berlaku pelanggaran syarat lesen oleh pihak pengendali, tindakan penguatkuasaan boleh diambil di bawah Seksyen 101 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715)."Selain itu, siasatan turut merangkumi aspek kecuaian di bawah Seksyen 202 dan Seksyen 128 Akta 715 termasuk terhadap mana-mana individu yang didapati gagal melaksanakan tanggungjawab atau cuai semasa menjalankan tugas sehingga menjejaskan keselamatan operasi rel," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Pada awal pagi Khamis, sebuah tren Laluan Ampang/Sri Petaling tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin sehingga menjejaskan jadual perkhidmatan laluan berkenaan.Susulan itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan satu pasukan petugas khas dengan kadar segera untuk menyiasat secara menyeluruh punca kejadian tren LRT tergelincir daripada landasannya berdekatan Stesen Chan Sow Lin.APAD memberitahu, agensi itu memandang serius insiden tren LRT tergelincir landasan yang berlaku berhampiran stesen berkenaan pada pagi Khamis.Justeru, menurutnya, pemeriksaan tapak telah dijalankan sejurus kejadian berlaku bagi menilai keadaan awal insiden dan memastikan tindakan segera diambil oleh pihak pengendali."Pemeriksaan tapak pertama telah diketuai oleh Ketua Pengarah APAD bersama wakil Bahagian Penguatkuasaan Rel serta Bahagian Perancangan Rel," ujarnya.Tambah kenyataan itu, sesi pemeriksaan tapak kedua turut diadakan pada jam 3 petang melibatkan wakil MOT bagi meneliti perkembangan awal siasatan, tahap keselamatan operasi dan langkah-langkah susulan perlu dilaksanakan pihak pengendali.APAD berkata, selaras dengan arahan Menteri Pengangkutan, pihaknya telah membuka kertas siasatan serta-merta bagi menyiasat insiden itu secara menyeluruh."Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk meneliti aspek pematuhan prosedur operasi standard, penyelenggaraan aset, sistem keselamatan serta pengoperasian tren," tambahnya.APAD turut menegaskan keselamatan pengguna, kebolehpercayaan sistem rel serta integriti perkhidmatan pengangkutan awam merupakan perkara yang tidak boleh dikompromikan dalam apa jua keadaan.Kongsinya, siasatan akan dijalankan secara bebas, telus, profesional dan menyeluruh serta segala tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa."APAD akan terus bekerjasama rapat dengan MOT serta agensi berkaitan bagi memastikan tahap keselamatan dan keyakinan orang awam terhadap sistem pengangkutan awam rel sentiasa terpelihara," tambah kenyataan berkenaan.





SNAPSHOT Sort staff crisis first: Ex-MOH doctor pans PJ hospital plan; Apad probes LRT derailment - Mkini - 29/05 9:09 am

What's going on in the news today, with updates at 9am, 2pm, 6pm and 9pm.





APAD probes LRT derailment near Chan Sow Lin, demands full report from Rapid KL - Malaymail - 29/05 8:42 am

KUALA LUMPUR, May 29 The Land Public Transport Agency (APAD) has launched a thorough investigation into the Ligh...





Apad siasat insiden tren LRT tergelincir landasan - FMT - 29/05 8:31 am

Ia berkata siasatan sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk meneliti aspek pematuhan prosedur operasi standard.





Apad probing cause of LRT train derailment - FMT - 29/05 8:30 am

The agency has instructed the rail operator to submit a full report on the incident as soon as possible.





JPJ Pahang keluarkan 5,183 notis kenderaan perdagangan dalam tempoh 5 bulan - Mygazette - 28/05 6:07 pm

Sebanyak 1,218 kenderaan turut diarahkan untuk ditimbang manakala 721 saman berkaitan lebih muatan dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya pada sidang media di sini hari ini. Beliau berkata, sebanyak 35 buah kenderaan turut disita di atas pelbagai kesalahan dan 12 lagi disita di bawah Seksyen 80 APAD yang melibatkan proses lucut hak





LRT tergelincir: Anthony arah APAD ambil tindakan maksimum terhadap .. - Mygazette - 28/05 6:07 pm

# LRT tergelincir: Anthony arah APAD ambil tindakan maksimum terhadap Prasarana KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan (MOT) mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengenakan hukuman maksimum terhadap Prasarana Malaysia Bhd susulan insiden tren LRT tergelincir landasan yang berlaku berdekatan Stesen Chan Sow Lin, pagi tadi





APAD diarah ambil tindakan maksimum terhadap Prasarana - Utusan - 28/05 5:52 pm

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan mengarahkan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengenakan hukuman maksimum terhadap Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) susulan insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) tergelincir berhampiran Stesen Chan Sow Lin, Kuala Lumpur pagi tadi





Insiden tren LRT tergelincir: Tindakan serius termasuk pemecatan perlu diambil - Anthony Loke - Sinarharian - 28/05 5:23 pm

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan satu pasukan petugas khas dengan kadar segera untuk menyiasat secara menyeluruh punca kejadian tren LRT tergelincir daripada landasannya berdekatan Stesen Chan Sow Lin.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya telah mengarahkan dapatan siasatan dikemukakan kepada Jemaah Menteri secepat mungkin dan laporan tersebut dihebahkan secara umum.Menurut beliau, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga diarahkan untuk mengambil tindakan hukuman yang paling maksimum terhadap Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) berhubung insiden tersebut."Pihak APAD telah membuka kertas siasatan terhadap insiden ini serta-merta





Public transport terminals see surge in festive travellers - Sinardaily - 22/05 4:24 pm

KUALA LUMPUR - Major public transport terminals around the capital are seeing a surge in travellers heading back to their hometowns ahead of the long holiday and upcoming Hari Raya Aidiladha celebration.A Bernama survey found increasing crowds at key terminals, including Terminal Bersepadu Gombak (TBG), Terminal Bersepadu Selatan (TBS) and KL Sentral, as passengers began making early travel preparations to avoid last-minute congestion.A TBG representative, Mohd Raimi Jusoh, said ticket sales for the festive season opened two months ago to give passengers more time to plan their journeys.He said daily ticket sales at TBG, which usually average about 1,000, have surged to around 7,000 during the long holiday and Aidiladha period."There has been a sharp increase in ticket sales and bus trips as Aidiladha coincides with the long school holidays."TBG is widely known as a gateway to the East Coast, with 70 to 80 per cent of bus operations serving destinations there, although the terminal also caters to other routes, he told Bernama today.To cope with the increased demand, Mohd Raimi said daily bus trips had been raised to between 200 and 210 from about 150 on normal days, following approval from the Land Public Transport Agency (APAD).He said the two-week school holidays had also allowed travellers to spread out their journeys and avoid the usual last-minute rush seen during festive periods.TBG management has also provided 14 special buses in collaboration with several boarding schools in Pahang, Melaka and Negeri Sembilan to facilitate students travel.Meanwhile, passenger Muhammad Aiman Nor Hakim, 25, said he purchased his ticket two weeks earlier through a bus booking application to avoid ticket shortages and higher fares."I live in Setapak and will return to Bachok, Kelantan for Aidiladha with my family





APAD disyor wajibkan semakan lesen GDL, PSV sebelum ambil pemandu - Careta - 22/05 7:57 am

Menurut kenyataan itu, semakan berkenaan melibatkan rekod lesen Kenderaan Barangan (GDL) dan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pemandu bagi memastikan hanya individu layak dibenarkan mengendalikan kenderaan perdagangan





SPRM syor 3 cadangan kepada APAD perketat pengurusan kenderaan perdagangan - Mygazette - 22/05 7:52 am

# SPRM syor 3 cadangan kepada APAD perketat pengurusan kenderaan perdagangan KUALA LUMPUR - Sebanyak tiga cadangan penambahbaikan tatakelola dibentangkan berkaitan amalan, sistem dan tatacara kerja pengurusan kenderaan perdagangan oleh Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)





APAD disyor wajibkan semakan lesen GDL, PSV sebelum ambil pemandu - Sinarharian - 21/05 8:06 pm

KUALA LUMPUR Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) disyor mengeluarkan arahan mandatori mewajibkan syarikat pengendali kenderaan perdagangan membuat semakan rekod lesen vokasional pemandu melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebagai prasyarat pengambilan pekerja.Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan memaklumkan, cadangan itu antara tiga syor penambahbaikan tatakelola yang dibentangkan Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) SPRM kepada APAD berhubung amalan, sistem dan tatacara kerja pengurusan kenderaan perdagangan.Menurut kenyataan itu, semakan berkenaan melibatkan rekod lesen Kenderaan Barangan (GDL) dan Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pemandu bagi memastikan hanya individu layak dibenarkan mengendalikan kenderaan perdagangan."Cadangan kedua membabitkan pembangunan sistem pangkalan data pemandu bersepadu melibatkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi berkaitan."Ia bagi merekod serta menjejak sejarah lesen GDL dan PSV pemandu termasuk jenis kesalahan, status penggantungan dan kelayakan untuk tujuan tapisan pengambilan kerja, pemantauan serta penguatkuasaan," menurut kenyataan itu pada Khamis.SPRM berkata, cadangan ketiga pula ialah mewujudkan aplikasi pengisytiharan kendiri oleh pemandu kenderaan perdagangan sebelum dan selepas pemanduan yang menekankan konsep fit to work.Menurut kenyataan itu, aplikasi itu turut merangkumi pengurusan risiko sebelum tugas serta pengesahan pematuhan keselamatan secara digital.Tambah kenyataan itu, cadangan penambahbaikan itu dibuat susulan beberapa insiden kemalangan maut melibatkan lori dan bas yang mencetuskan kebimbangan masyarakat serta menjadi isu nasional."Kajian berkenaan bertujuan mengenal pasti ruang penambahbaikan dalam amalan, sistem dan tatacara kerja sedia ada bagi memperkukuh aspek keselamatan serta keberkesanan pelaksanaan fungsi kawal selia oleh APAD."Ini mencerminkan komitmen berterusan SPRM dalam memperkasakan tadbir urus sektor awam melalui pendekatan pencegahan dan penambahbaikan tatakelola," kata kenyataan itu.Kesemua syor berkenaan disampaikan Ketua Cawangan D BPT SPRM, Penolong Pesuruhjaya Nik Nor Azleen Mohammed dalam sesi pembentangan di Ibu Pejabat APAD di sini pada Rabu.Dalam pada itu, Ketua Pengarah APAD, Ahmad Radhi Maarof menyambut baik cadangan yang dikemukakan dan menyatakan komitmen untuk meneliti syor-syor tersebut bagi memperkukuh aspek keselamatan serta tadbir urus pengurusan kenderaan perdagangan.Komitmen itu turut dizahirkan melalui Majlis Menandatangani Laporan Penambahbaikan Tatakelola yang disempurnakan Ahmad Radhi dan disaksikan Timbalan Pengarah II BPT SPRM, Ahmad Shukri Mohamad Taib.





N9 JPJ has seized 291 goods vehicles since last year - Paultan - 20/05 10:40 am

From last year until April this year, the Negeri Sembilan road transport department (JPJ) has seized a total of 291 goods vehicles for various offences, Bernama reports. “A total of 562 cases were taken action under the APAD Act 2010, while another 153 cases were recorded from January to April, […] The post N9 JPJ has seized 291 goods vehicles since last year appeared first on Paul Tan's Automotive News .





31 syarikat pengangkutan dikenakan tindakan mahkamah, denda RM463,000 - Sinarharian - 18/05 4:04 pm

KUALA LUMPUR Sebanyak 31 syarikat pengangkutan telah dikenakan tindakan mahkamah dengan jumlah denda RM463,000 atas pelbagai kesalahan setakat 11 Mei lalu.Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam berkata, sebuah syarikat yang disabitkan kesalahan membawa muatan berlebihan turut dikenakan denda sebanyak RM85,000."Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha dan syarikat pengangkutan yang mementingkan laba perniagaan semata-mata sehingga merisikokan nyawa pengguna jalan raya yang lain."JPJ WPKL ingin memberi peringatan tegas kepada semua pengusaha dan syarikat pengangkutan bahawa keuntungan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengabaikan undang-undang dan keselamatan awam," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.Hamidi berkata, syarikat yang didapati terus melakukan pelanggaran undang-undang secara berulang boleh berdepan tindakan lebih keras termasuk sitaan kenderaan, perintah lucut hak oleh mahkamah serta tindakan terhadap permit dan lesen operasi syarikat.Terdahulu, JPJ WPKL melalui Bahagian Penguat Kuasa melaksanakan Operasi Khas Lebih Muatan di sekitar ibu negara yang bermula pada 15 Mei hingga 18 Mei ini.Fokus utama operasi disasarkan kepada laluan utama keluar masuk kenderaan perdagangan, kawasan pembinaan, tapak projek pembangunan serta kawasan perindustrian yang berisiko tinggi berlaku pelanggaran syarat teknikal dan kesalahan lebih muatan.Mengulas lanjut mengenai statistik penguatkuasaan dari Januari hingga pertengahan Mei, Hamidi berkata, sebanyak 65,016 kenderaan perdagangan telah diperiksa di sekitar ibu kota."Daripada jumlah itu, 3,082 kenderaan telah diambil tindakan manakala 5,329 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan serta pelanggaran syarat Lesen Kenderaan Motor dan Keperluan Tahap Perkhidmatan."Dalam operasi ini juga, JPJ WPKL turut menahan 22 kenderaan yang didapati melakukan kesalahan serius, termasuk melibatkan lapan pemandu warga asing dan 14 pemandu tempatan," katanya.Beliau berkata, selain tindakan saman dan pendakwaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), JPJ WPKL tidak akan teragak-agak memohon perintah lucut hak terhadap kenderaan yang mengulangi kesalahan berat."Kesalahan lebih muatan bukan sahaja merosakkan jalan raya, malah meningkatkan risiko kemalangan





Bawa penumpang ke upacara pengebumian, bas sekolah disita - Sinarharian - 17/05 6:12 pm

Jadi, itu merupakan salah satu kesalahan sebab permit asalnya adalah untuk membawa pelajar sekolah tapi digunakan bagi tujuan lain...Alasan diberikan kurang permintaan untuk membawa pelajar sekolah."Salah guna permit... kalau kita bagi permit untuk bawa pelajar sekolah sebagai contoh, (tetapi) dia gunakan untuk tujuan lain (menjadi satu kesalahan)," katanya kepada media di Stesen Penguatkuasa JPJ di Kuala Ketil di sini.Beliau berkata, bas tersebut disita mengikut Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 kerana disyaki melakukan kesalahan bawah Seksyen 22 (3) APAD 2010 iaitu Melanggar Syarat Lesen Pengendali.Sementara itu, beliau berkata, JPJ Kedah akan mengadakan Operasi Khas Sempena Perayaan Hari Raya Aidil Adha (HRAA) bermula 24 hingga 31 Mei 2026 bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.Katanya, selain Ops HRAA 2026, JPJ Kedah turut melaksanakan Ops Luxury yang telah bermula sejak 1 Julai 2025 sehingga kini."Sehingga kini, sebanyak 23 buah kenderaan mewah disita hasil pelaksanaan Ops Luxury di Kedah...atara kenderaan yang telah diambil tindakan ialah Porsche Cayenne (LKM tamat tempoh), Mini Countryman (LKM tamat tempoh dan tiada insurans) dan Mercedes Benz A250 Sport (LKM tamat tempoh dan tiada insurans, melibatkan tempoh lebih setahun tidak aktif)."Tindakan tegas ini membuktikan bahawa JPJ Negeri Kedah tidak memilih bulu dalam melaksanakan penguatkuasaan walaupun melibatkan pemilik kenderaan mewah," katanya.Menurutnya, dalam masa sama, JPJ Kedah turut memperhebat pelaksanaan Ops Overloading dan Ops Perang yang bermula Julai tahun lalu.Operasi ini memberi fokus kepada kenderaan perdagangan dan kenderaan berat yang melakukan kesalahan lebih muatan, kesalahan teknikal serta ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat permit dan keselamatan jalan raya.





Ops Lebih Muatan - JPJ Selangor sita 41 lori lebih muatan - Careta - 17/05 8:08 am

Daripada jumlah itu, 41 buah kenderaan telah disita mengikut Seksyen 80 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010





Alasan kejar untung, 41 lori lebih muatan disita - Sinarharian - 16/05 5:58 pm

SEPANG -Degil membawa muatan berlebihan, 41 lori disita hasil pemeriksaan terhadap 194,318 kenderaan menerusi operasi khas kenderaan berat di seluruh Selangor sejak Januari lalu.Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Datuk Ahmad Kamarunzaman Menhat berkata,statistik setakat Jumaat menunjukkan tindakan turut diambil ke atas 11,431 lori, manakala 1,595 daripadanya dikenakan arahan timbang.Menurutnya, tindakan sitaan ke atas 41 lori diambil mengikut Seksyen 80 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010."Antara kesalahan yang direkodkan ialah membawa lebih muatan, membawa muatan yang tidak dibenarkan serta kesalahan-kesalahan lain yang melanggar syarat lesen pengendali."Selain itu, tidak menyelenggara kenderaan dengan baik, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada insurans serta tiada Lesen Vokasional dan Lesen Memandu Kompeten (CDL)," katanya kepada pemberita ketika Op Lebih Muatan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Dengkil di sini pada Sabtu.Beliau berkata, fokus utama operasi itu adalah terhadap kenderaan yang melanggar had muatan dibenarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 57(1) APAD serta Kaedah 89 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959.Menurut beliau, kebiasaan pemandu lori yang membawa lebihan muatan akan memberi alasan mahu mendapatkan untung lebih.Selain itu, katanya, JPJ turut mengesan penglibatan tonto dalam isu lebih muatan ini.Dalam operasi pada Sabtu, sebanyak 132 kenderaan berat diperiksa dan 30 kenderaan dikenakan tindakan, termasuk 10 kes tiada lesen memandu, 10 tiada lesen GDL, 52 kesalahan teknikal, tiga lebih muatan dan lima kesalahan lain.Notis yang dikeluarkan termasuk 81 Notis P22, 50 Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1), dan 52 Notis Arah Periksa Kenderaan di bawah Seksyen 61.Ahmad Kamarunzaman menegaskan tiada kompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, dan tindakan penguatkuasaan di bawah Op Lebih Muatan akan terus diperkasa secara berterusan demi keselamatan jalan raya, kesejahteraan orang awam dan kelestarian sistem pengangkutan negara."Orang ramai turut diseru agar menyalurkan aduan berkaitan kesalahan melibatkan kenderaan perdagangan secara terus atau masa nyata (realtime) melalui aplikasi MyJPJ: e-Aduan@JPJ atau e-mel ke aduantrafik@jpj.gov.my berserta butiran lengkap aduan bagi tindakan lanjut pihak jabatan," ujarnya.



Aerotrain KLIA T1 Akan Kembali Beroperasi 24 Jam Penghujung Bulan Ini - Amanz - 6/05 9:50 am

PerkhidmatanAerotraindi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 akan kembali beroperasi selama 24 jam pada penghujung bulan ini menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke semalam.Menurut beliau Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah melengkapkan semua ujian Aerotrain dengan laporan sedang dilengkapkan untuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)



Aerotrain KLIA Dijangka Kembali Beroperasi 24 Jam Hujung Bulan Ini - Careta - 5/05 10:09 pm

Menurut laporan BERNAMA, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata semua ujian teknikal telah dilaksanakan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), dan laporan penuh kini sedang dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tujuan penilaian serta pengesahan akhir



Aerotrain KLIA dijangka kembali beroperasi 24 jam hujung bulan ini - Sinarharian - 5/05 4:39 pm

SEPANG - Perkhidmatan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka kembali beroperasi selama 24 jam menjelang hujung bulan ini selepas menerima pengesahan daripada pihak berkuasa berkaitan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.Beliau berkata, semua ujian teknikal telah dilaksanakan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan ketika ini laporan penuh ujian berkenaan sedang dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tujuan penilaian serta pengesahan aspek keselamatan."Dijangkakan selepas pengesahan oleh APAD, menjelang akhir bulan ini, aerotrain akan beroperasi semula selama 24 jam," katanya pada sidang media selepas melancarkan kempen MyKLIA dan MyPutrajaya Monthly TravelCard (MTC) di KLIA Terminal 2 (T2), pada Selasa.Mengulas lanjut, Anthony berkata, perkhidmatan aerotrain ketika ini masih beroperasi, namun dihentikan sementara selama beberapa jam pada waktu malam bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan serta pemeriksaan trek.Sebelum ini, MAHB pada 14 November lepas mengulangi komitmen untuk memperkukuh kebolehpercayaan sistem aerotrain di KLIA menerusi Pelan Tindakan Komprehensif (CAP) bagi menangani sepenuhnya isu teknikal yang timbul sejak perkhidmatan itu disambung semula pada Julai 2025.Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah pada 13 Oktober dilaporkan berkata, aerotrain di Terminal 1 (T1) KLIA mencatat 19 insiden antara 2 Julai hingga 30 September, berpunca daripada pelbagai isu termasuk masalah isyarat serta faktor manusia seperti tindakan penumpang yang memaksa membuka pintu tren.Sejak kembali beroperasi pada 1 Julai lepas, sistem aerotrain di T1 KLIA telah mengangkut kira-kira tujuh juta penumpang serta melengkapkan lebih 53,000 perjalanan pergi balik dengan mencatatkan kadar kebolehsediaan operasi (OSA) sebanyak 98.41 peratus



Aerotrain KLIA kembali operasi 24 jam akhir bulan ini, kata Loke - FMT - 5/05 4:13 pm

Menteri pengangkutan berkata laporan ujian teknikal sedang dikemukakan kepada Apad untuk penilaian serta pengesahan aspek keselamatan.



Drivers give thumbs up to the new Malaysia???Singapore cross-border taxi .. - Sinchew - 4/05 10:16 pm

Mohd Suhaimi Saidi, chairman of the Johor Bahru-Singapore Cross-Border Taxi Association told _Sin Chew Daily_ that following an agreement between the transport ministries of both countries, passenger pick-up rules were relaxed under the CBTS. He said the association had been advocating for door-to-door services since 2014, holding numerous discussions with Singapores Land Transport Authority (LTA), Malaysias Ministry of Transport (MOT), the Land Public Transport Agency (APAD), and public transport unit in Johor



Kes lebih muatan: Mahkamah Tinggi kekal perintah lucut hak lori balak - Sinarharian - 4/05 8:23 pm

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu melakar sejarah tersendiri apabila Mahkamah Tinggi Terengganu mengekalkan sabitan dan hukuman lucut hak ke atas sebuah lori milik sebuah syarikat ekoran kesalahan membawa lebih muatan.Pengarah JPJ Negeri, Zamri Samion berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah menolak rayuan syarikat berkenaan, sekali gus mengekalkan keputusan asal Mahkamah Majistret Kuala Berang.Menurutnya, sebelum ini pihak syarikat telah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM11,000 serta Perintah Lucut Hak kenderaan kepada Ketua Pengarah JPJ Malaysia."Kes ini melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(a) dan (b)(vi) yang dibaca bersama Seksyen 80(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010)."Syarikat terbabit didapati melanggar Syarat Lesen Pengendali apabila membawa muatan balak dengan lebihan berat mencecah 95.88 peratus daripada had yang dibenarkan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.Beliau menjelaskan, perbicaraan kes tersebut telah memakan masa selama setahun bermula September 2024 hingga September 2025 dengan melibatkan keterangan daripada sembilan orang saksi.Mengulas lanjut, Zamri berkata, keputusan tersebut merupakan kes pertama dalam sejarah JPJ Terengganu yang melalui proses perbicaraan penuh sehingga ke peringkat Mahkamah Tinggi dan berjaya mengekalkan perintah pelucuthakan kenderaan.Beliau berkata, keputusan itu dijangka memberi impak besar kepada industri pengangkutan komersial, terutama dalam mengubah persepsi negatif sesetengah pihak terhadap undang-undang jalan raya."Kita mahu ubah persepsi bahawa kesalahan lebih muatan ini bukan sekadar 'kos operasi' biasa yang boleh dibayar dengan denda sahaja."Tindakan pelucuthakan aset fizikal ini membuktikan bahawa pelanggaran serius boleh mengakibatkan syarikat kehilangan terus aset mereka, sekali gus menjadi langkah pencegahan yang lebih berkesan,"ujar beliau.Dalam pada itu, JPJ menegaskan bahawa penguatkuasaan terhadap kesalahan lebih muatan akan terus diperkukuh dari semasa ke semasa.Katanya, langkah itu penting bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya serta mengelakkan kerosakan berterusan terhadap infrastruktur awam yang menelan kos baik pulih yang tinggi."Semua pengendali kenderaan komersial diingatkan agar sentiasa mematuhi had muatan yang ditetapkan bagi mengelak tindakan tegas, termasuk berdepan risiko kehilangan hak milik kenderaan mereka," katanya lagi.



Malaysia, Singapore Cross-Border Taxi Locations Expanded; Grab Pilot Begins 4 May - Lowyat - 2/05 11:16 am

Cross-border taxi services between Malaysia and Singapore are set for a notable update, with both governments agreeing to expand the number of designated pick-up and drop-off points. The enhancement takes effect on 4 May 2026, following coordination between Malaysia’s and Singapore’s Ministries of Transport, as well as the Land Public Transport Agency (APAD)



Singapura, Malaysia perluas perkhidmatan teksi rentas sempadan bermula 4 Mei - Sinarharian - 30/04 5:58 pm

SINGAPURA - Perkhidmatan teksi rentas sempadan antara Singapura dan Malaysia akan diperluas bermula 4 Mei ini, membolehkan teksi berlesen beroperasi dengan lebih fleksibel di kedua-dua negara dalam usaha memudahkan perjalanan selain memastikan persaingan adil dan penguatkuasaan berkesan.Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, kementerian pengangkutan Singapura dan Malaysia berkata, langkah itu menekankan komitmen bersama terhadap perjalanan rentas sempadan yang selamat dan boleh dipercayai, di samping melindungi pemandu tempatan daripada perkhidmatan haram."Penambahbaikan ini akan memberi manfaat kepada hubungan perniagaan yang kukuh serta hubungan sesama rakyat antara Singapura dan Malaysia," menurut kenyataan itu.Langkah berkenaan adalah susulan daripada hasil Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-12 pada Disember tahun lepas.Kedua-dua kementerian, bersama-sama PenguasaPengangkutan Darat (LTA) Singapura dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Malaysia, telah bekerjasama rapat untuk memuktamadkan dan melaksanakan langkah perkhidmatan teksi rentas sempadan itu."LTA dan APAD akan melaksanakan langkah-langkah berikut di bawah Skim Teksi Rentas Sempadan bermula 4 Mei 2026," menurut kenyataan itu lagi.Di bawah langkah baharu itu, teksi berlesen akan dibenarkan menurunkan penumpang di mana-mana sahaja di Singapura dan di kawasan yang ditetapkan di Malaysia, iaitu Johor Bahru, Iskandar Puteri, Forest City, Kulai dan Senai.Setiap negara akan menyediakan kuota tambahan sebanyak 100 teksi, meningkat daripada 200 teksi sedia ada; manakala teksi berlesen juga mestilah boleh dikenal pasti dengan jelas melalui hiasan,awalan khas pada plat kenderaan yang ditetapkan dan papan tanda teksi di atas bumbung semasa beroperasi di negara asing."Teksi juga perlu memasang peranti, seperti yang dikehendaki oleh negara asing, bagi membolehkan penguatkuasaan dilakukan apabila memasuki negara berkenaan," katanya.Ketua Eksekutif LTA, Ng Lang berkata, penambahbaikan itu akan memberikan kemudahan yang lebih besar dan kesalinghubungan yang lebih baik bagi pengembara antara Singapura dan Malaysia.Sementara itu, Ketua Pengarah APAD, Ahmad Radhi Maarof berkata, penambahbaikan itu menandakan langkah penting ke hadapan dalam memperkukuh kesalinghubungan pengangkutan antara Malaysia dan Singapura."Pergerakan orang ramai merentasi Tambak merupakan jalinan penting dalam hubungan dua hala kita, dan kami bertekad untuk menjadikan pengalaman itu selancar dan semudah mungkin."Kami berharap dapat memperdalam kerjasama ini lagi dengan meneliti lebih banyak cara untuk memudahkan aliran pengembara pada masa hadapan," katanya




Reformasi     >>



Anwar mahu media terus jadi suara rakyat, pengimbang .. - Harapandaily
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peranan wartawan dan pengamal media kekal penting sebagai suara rakyat serta antara institusi utama dalam memperkukuh demokrasi negara. Bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA), beliau merakamkan penghargaan kepada warga media ..
Kroni     >>



Tentera Darat korban 18 ekor lembu sempena Aidiladha - Utusan
KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 ekor lembu dikorbankan sempena Majlis Ibadah Korban Perdana Tentera Darat Malaysia (TDM) 2026 yang berlangsung di Kem Perdana Sungai Besi, di sini semalam. Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad berkata, daripada jumlah itu, tujuh ekor lembu ..
Tabloid     >>



Tragedi Berasingan Aidiladha Di Johor Bahru, Lelaki .. - Siraplimau
Suasana persiapan ibadah korban di Kampung Tenang, Ulu Tiram bertukar tragedi apabila seorang lelaki maut selepas ditanduk seekor kerbau korban yang tiba-tiba mengamuk pada Rabu lalu. Baca juga: Kesian Kalau Bayi Kena Budak Disyaki Chicken Pox Mandi Kolam Kanak-Kanak, Cetus Kebimbangan Ramai! ..
Tech     >>



Amazon to acquire Apple's 20% stake in Globalstar, .. - Gsmarena
Amazon and Globalstar finalized an acquisition deal worth $11 billion. But by purchasing Globalstar, Amazon also had to buy out Apple's 20% stake in the company. Apple and Globalstar signed a $1.1 billion commitment back in 2024, which included a $400 million share purchase. Amazon is looking to ..
World     >>



Iran war live: Tehran, Trump yet to comment on 60-day .. - Aljazeera
Lebanese PM Nawaf Salam says 'nothing can justify' Israel's military onslaught against 'peaceful people' in Lebanon.
Motor Trend     >>



Ferrari Pertahan Luce EV, Dakwa Tempahan Awal Sudah .. - Careta
Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Benedetto Vigna berkata sambutan terhadap Luce sebenarnya jauh lebih positif daripada yang digambarkan di media sosial, malah syarikat itu sudah menerima pembayaran awal daripada pelanggan yang mahu menempah model berkenaan. Benedetto Vigna Menurut beliau,