| /// |
|
| Search : Akps News | Page 1 |
|
AKPS rampas bunga ganja bernilai RM1.69 juta di KLIA - Mygazette - 2/07 7:47 am # AKPS rampas bunga ganja bernilai RM1.69 juta di KLIA KUALA LUMPUR - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar dadah jenis bunga ganja dianggarkan bernilai RM1.69 juta berjaya dipatahkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Isnin lalu |
|
Bunga ganja bernilai RM1.69 juta gagal diseludup di KLIA - Kosmo - 1/07 8:23 pm PUTRAJAYA – Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis bunga ganja bernilai lebih RM1.69 juta melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam |
|
AKPS gagalkan cubaan seludup keluar bunga ganja RM1.69 juta di KLIA - Sinarharian - 1/07 7:37 pm SEPANG Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar dadah jenis bunga ganja dianggarkan bernilai RM1.69 juta menerusi pemeriksaan bagasi daftar masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Isnin.AKPS dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, rampasan itu merupakan hasil tindakan bersepadu dan kerjasama erat antara AKPS KLIA dan Aviation Security (AVSEC) dalam memperkukuh kawalan keselamatan di pintu masuk negara serta membanteras aktiviti penyeludupan rentas sempadan."Pemeriksaan terperinci menemukan sebanyak 39 bungkusan disyaki mengandungi bunga ganja atau cannabis flower dengan anggaran berat keseluruhan 21.14 kilogram."Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM1,691,200 dan kuantiti dadah berkenaan dipercayai mampu menampung penggunaan seramai 70,333 individu pada satu-satu masa," katanya.Menurut kenyataan itu, suspek bersama barang rampasan telah diserahkan kepada polis untuk siasatan serta tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa"Kejayaan itu membuktikan keberkesanan kawalan keselamatan berlapis di pintu masuk dan keluar negara selain tahap kesiapsiagaan anggota penguat kuasa dalam mengesan cubaan penyeludupan menggunakan pelbagai modus operandi," katanya.Menurut agensi itu, AKPS akan terus memperkukuh kawalan sempadan negara melalui pendekatan penguatkuasaan bersepadu, penggunaan teknologi pemeriksaan terkini serta kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa bagi membanteras aktiviti penyeludupan dadah dan jenayah rentas sempadan."AKPS tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan yang boleh mengancam keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan negara," katanya. |
|
Border Control and Protection Agency seeks Glock pistols for officers, cites durability and low maintenance - Malaymail - 1/07 5:02 pm PUTRAJAYA, July 1 The Border Control and Protection Agency (AKPS) has proposed the procurement of Glo... |
|
D-G: Malaysias border agency doubles seizure haul to RM140.9m in first five months of 2026 - Malaymail - 1/07 3:01 pm PUTRAJAYA, July 1 The Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) has recorded a total seizure value o... |
|
AKPS buang lima pegawai, 50 lagi disiasat isu integriti - Sinarharian - 1/07 1:37 pm PUTRAJAYA -Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bertekad menoktahkan budaya rasuah dan salah guna kuasa di pintu masuk negara, dengan tindakan tegas akan terus diambil terhadap pegawai serta anggota yang terbabit.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zainberkata, isu integriti masih menjadi cabaran utama agensi itu."Budaya rasuah dan salah laku di pintu masuk perlu diberikan tanda noktah."Satu isu yang merunsingkan saya ialah perihal integriti yang masih menjadi duri dalam daging |
|
'Elak budaya merajuk, ambil MC' - Shuhaily beri amaran kepada anggota AKPS - Sinarharian - 1/07 1:19 pm PUTRAJAYA - Pegawai dan anggota yang menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) perlu menekankan disiplin, elak budaya 'merajuk' dan memberi alasan sakit apabila ditegur.Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semua yang masuk dan menyertai AKPS harus keluar daripada zon selesa masing-masing.Menurutnya, budaya 'change of command' akan menjadi tunjang kepada pengoperasian AKPS."Disiplin yang mana sekiranya ditegur, tidak merajuk dan esoknya tidak memberi alasan sakit dan mengambil surat cuti sakit yang diragui."Budaya ini akan saya noktahkan dengan tindakan disiplin |
|
Satu RUU diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat - Sinarharian - 26/06 10:03 am KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 merupakan satu-satunya RUU yang diluluskan pada minggu pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Parlimen ke-15.Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dalam RUU itu, Seksyen 42A diperkenalkan bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil lebih awal terhadap kegiatan lumba haram tanpa perlu menunggu hingga berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian.Ia sekali gus menutup kelompangan undang-undang sedia ada yang menyukarkan tindakan diambil kerana pihak berkuasa sebelum ini perlu membuktikan unsur bahaya atau akibat telah berlaku.Anthonyberkata, kementeriannya akan membentangkan satu lagi pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan (Akta 333) itu pada hujung tahun ini, bagi memperkenalkan mekanisme pampasan kepada mangsa atau keluarga mangsa kemalangan yang disebabkan oleh pemandu berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah, selain hukuman denda dan penjara.Dalam pada itu, RUU Penjara (Pindaan) 2026 yang antara lain bertujuan memperuntukkan penggunaan peranti pengawasan elektronik serta pelantikan sukarelawan bagi pelaksanaan program pemulihan banduan, telah ditangguhkan dan dirujuk semula kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) untuk penelitian lanjut.Beberapa RUU turut dibentang bagi bacaan kali pertama iaitu Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026, RUU Persaingan (Pindaan) 2026, RUU Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 serta Akta Jenayah Siber 2026 yang bertujuan memansuhkan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563).Sementara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin kembali memegang jawatan Ketua Pembangkang berkuat kuasa 18 Jun.Johari turut mengesahkan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Pandan dan Setiawangsa selepas Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad melepaskan keahlian sebagai Ahli Dewan Rakyat pada 18 Mei lepas, dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Selasa dan Khamis yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijawab oleh menteri-menteri berkaitan berikutan Anwar terlibat dengan beberapa program lain.Selain itu, beberapa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) turut diperuntukkan sesi pembentangan penyata jawatankuasa masing-masing serta dibahaskan di Dewan Rakyat, seiring dengan usaha Parlimen memperkukuh peranan dan fungsi JPKP.Beberapa isu turut menjadi tumpuan dan perbincangan Ahli-Ahli Parlimen sepanjang persidangan minggu ini antaranya isu pengangguran, impak krisis bekalan tenaga, keselamatan dalam talian serta soal kawalan sempadan.Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, sebanyak 42,807 pekerja kehilangan pekerjaan antara Januari hingga 12 Jun lepas, dengan penutupan dan pengecilan syarikat dikenal pasti sebagai punca utama.Bagaimanapun, Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pasaran buruh negara kekal berdaya tahan apabila jumlah kehilangan pekerjaan pada Jun menurun 20 peratus berbanding Mei, manakala kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada paras 70.9 peratus.Dalam isu keselamatan dan pengawalan sempadan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan meluluskan peruntukan RM22 juta bagi melengkapkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) dengan senjata api dan peralatan.Di sebalik krisis bekalan global, Kementerian Perladangan dan Komoditi memaklumkan kerajaan akan menilai kesesuaian pelaksanaan biodiesel B50 berikutan keperluan menaik taraf depoh pengadunan sedia ada yang melibatkan kos tinggi.Bagi melindungi pengguna digital khususnya kanak-kanak, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Kod Perlindungan Kanak-Kanak dan Kod Pengurangan Risiko yang berkuat kuasa 1 Jun lepas menetapkan mekanisme pengesahan umur bagi akses ke platform media sosial, dan jika gagal berbuat demikian boleh dikenakan penalti hingga RM10 juta di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.Persidangan Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung selama 16 hari bermula 22 Jun hingga 16 Julai.- Bernama |
|
Sempadan negara tak boleh dikompromi, PM lulus RM22 juta untuk AKPS - Harapandaily - 23/06 6:10 pm Insiden ancaman terhadap anggota Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Bukit Kayu Hitam mendorong kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM22 juta bagi memperkukuh aspek keselamatan di pintu masuk negara |
|
PM lulus RM22 juta lengkapkan AKPS dengan senjata selepas insiden Bukit... - Mygazette - 23/06 5:35 pm # PM lulus RM22 juta lengkapkan AKPS dengan senjata selepas insiden Bukit Kayu Hitam KUALA LUMPUR - Kerajaan meluluskan peruntukan segera sebanyak RM22 juta bagi memperkukuh keupayaan keselamatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) termasuk melengkapkan anggota dengan persenjataan dan peralatan yang bersesuaian |
|
AKPS tak hakis kuasa Sabah, KDN sedia pinda akta jika perlu... - Mygazette - 23/06 5:35 pm # AKPS tak hakis kuasa Sabah, KDN sedia pinda akta jika perlu - Saifuddin KUALA LUMPUR - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) tidak akan menghakis sebarang hak istimewa Sabah dan Sarawak yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) serta Perlembagaan Persekutuan |
|
Putrajaya lulus RM22 juta untuk senjata AKPS - FMT - 23/06 2:19 pm Menteri dalam negeri berkata langkah itu diputuskan selepas surat dikemukakan kepada perdana menteri berhubung keperluan mendesak memperkukuh aspek pertahanan aset agensi tersebut. |
|
New AKPS service scheme from July 1 opens doors to existing enforcement officers - SUN - 22/06 2:44 pm The government will introduce a more competitive service scheme from July 1 to attract serving enforcement officers to join AKPS, says its director-general |
|
AKPS sita 26 tan ayam sejuk beku guna sijil halal palsu... - Mygazette - 15/06 7:43 am # AKPS sita 26 tan ayam sejuk beku guna sijil halal palsu di Bukit Kayu Hitam KUALA LUMPUR - Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam melalui pegawai MAQIS AKPS menahan dan menyita satu konsainan ayam sejuk beku yang disyaki menggunakan sijil halal palsu di Bay Pemeriksaan E3, Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam |
|
Jakim confirms fake halal cert in chicken seizure at Bukit Kayu Hitam - Malaymail - 14/06 8:09 pm BUKIT KAYU HITAM, June 14 The Malaysian Border Control and Protection Agency (AKPS) seized 26,040 kilogrammes of... |
|
26 tan ayam sejuk beku disita guna sijil halal palsu - FMT - 14/06 7:54 pm AKPS berkata semakan awal dapati sijil halal dikemukakan tidak sepadan dengan maklumat dalam sistem. |
|
26 tan ayam sejuk beku guna sijil halal palsu disita - Kosmo - 14/06 7:26 pm BUKIT KAYU HITAM – Cubaan membawa masuk 26.04 tan ayam sejuk beku yang disyaki menggunakan sijil halal palsu dipatahkan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di sini, Isnin lalu |
| Reformasi | >> |
| Kroni | >> |
| Tabloid | >> |
| Tech | >> |
| World | >> |
| Motor Trend | >> |