///
See Also: NewsKini Shutterstock | Join Now

Search : Yusoff Rawther News   Page 1    





Kes Yusoff Rawther, tiada keperluan tubuh RCI - Pakar Perlembagaan - Astroawani - 15/06 8:15 am

Pakar berkata, proses siasatan tidak semestinya bergantung kepada RCI seolah-olah rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kewibawaan PDRM.



Apa yang Yusuf Rawther alami hanya satu peratus kezaliman di Palestin – Dr Akmal - Mgazette - 15/06 7:43 am





Kes Yusoff Rawther, tiada keperluan tubuh RCI - Pakar Perlembagaan - Sinarharian - 15/06 7:00 am

SHAH ALAM - Tiada keperluan mendesak untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa dalam kes membabitkan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.Pakar Perlembagaan, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, proses siasatan tidak semestinya bergantung kepada RCI seolah-olah rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kewibawaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menurutnya, ini kerana proses mahkamah sedang berlaku serta amalan semak dan imbang masih berjalan dengan baik."Ia dibuktikan dengan keputusan mahkamah yang melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff daripada pertuduhan jenayah tanpa perlu membela diri."Saya tidak nampak ada keperluan (tubuh RCI untuk siasat isu Yusoff Rawther) buat masa ini."Undang-undang menetapkan tahap pembuktian yang sama terpakai kepada semua orang," katanya kepada Sinar Ahad.Pada Jumaat lalu, kerajaan digesa menubuhkan RCI bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penipuan dan salah guna kuasa dalam siasatan serta pendakwaan terhadap Yusoff Rawther.Gesaan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff tanpa perlu membela diri daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan pada tahun lalu.Wan Ahmad Fauzi menjelaskan, keterangan didapati mahkamah semasa perbicaraan boleh dijadikan asas siasatan lanjut kerana objektifnya ialah melihat aspek pendakwaan terhadap orang kena tuduh (OKT) mengikut tuduhan tertentu sahaja.Jelas beliau, keterangan diterima tidak cukup menyokong pembuktian pendakwaan membebaskan OKT."Lantaran aduan belum disiasat secara objektif masih belum boleh dijadikan satu keterangan konklusif untuk membuat satu rumusan lain sehinggalah proses siasatan terhadap sebarang aduan disempurnakan," ujarnya.Sehubungan itu, beliau menegaskan, setiap aduan perlu ditangani dengan telus dan sebarang bentuk spekulasi tidak wajar dibuat secara terburu-buru."Lebih baik tidak membuat sebarang kesimpulan kerana tuduhan dilemparkan boleh menjadi siasatan dalaman oleh pengurusan tertinggi PDRM."Dalam kes pendakwaan jenayah, tahap pembuktian juga ketat





Isu Yusoff Rawther: Simpati bukan bererti sokong, kata Akmal Saleh - Sinarharian - 14/06 7:45 pm

KUALA LUMPUR Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan beliau bersimpati terhadap nasib yang menimpa Muhammed Yusoff Rawther, namun menegaskan tidak berminat untuk memberikan sokongan.Beliau berkata, Muhammed Yusoff merupakan individu yang pernah menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Israel, sedangkan ramai lagi individu lain yang lebih layak menerima perhatian."Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz tanya, ini jawapan saya, simpati tetap simpati, tetapi saya bukan penunggang macam kamu dan kawan-kawan kamu dan sejujurnya, orang yang menyokong negara Israel ini saya tidak berminat untuk komen dan sokong."Sebab beliau tidak layak mendapat perhatian saya





'Sebelum tanya Ketua Pemuda UMNO, tanya dulu suara Ketua Armada' - Wan Ahmad Fayhsal - Sinarharian - 14/06 11:13 am

SHAH ALAM Hantaran Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal di laman Facebook miliknya sekali lagi mencetuskan persoalan apabila dilihat menembak parti sendiri.Terbaharu, Ahli Parlimen Machang itu menempelak kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berhubung isu membabitkan bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther.Tun Faisal menerusi hantaran di media sosialnya sebelum itu mempersoalkan pendirian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh susulan tiada kenyataan dikeluarkan selepas Muhammed Yusoff dilepas dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis."Sebelum tanya Ketua Pemuda UMNO, tanyalah dulu mana suara Ketua Armada Nasional dalam hal ini



IGP says no need to question Anwar after court clears Yusoff Rawther of drug, firearms charges, vows internal review - Malaymail - 14/06 8:49 am

KUALA LUMPUR, June 14 The Royal Malaysia Police (PDRM) is awaiting the full written judgment in the Yusoff Rawther cas...





Jangan halang orang awam komen pembebasan Yusoff Rawther – Firma .. - Mgazette - 14/06 8:05 am

# Jangan halang orang awam komen pembebasan Yusoff Rawther - Firma guaman KUALA LUMPUR - Firma guaman yang mewakili bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther berpendirian, masyarakat tidak sepatutnya dihalang mengeluarkan komen berhubung pembebasan anak guamnya yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi semalam





Kes Yusoff Rawter: Laporan disiasat dengan adil - KPN - Sinarharian - 13/06 11:33 pm

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat setiap laporan dengan adil dan tidak prejudis tanpa mengira latar belakang termasuk kes berprofil tinggi membabitkan Muhammed Yusoff Rawther.Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis dibuat Yusoff Rawther pada 12 September disiasat selari dengan dua kertas siasatan yang dibuka berkaitan penemuan dadah serta pistol.Menurutnya, pihak polis menghormati dan mengalu-alukan reaksi serta pandangan yang dikemukakan oleh semua pihak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Yusoff Rawther."Pandangan itu mencerminkan satu hasrat murni untuk memastikan sistem keadilan jenayah negara terus menjunjung prinsip keadilan dan hak asasi manusia."Justeru, PDRM masih menunggu dan akan meneliti penghakiman penuh perbicaraan tersebut untuk melihat jika terdapat sebarang kelompongan atau kelemahan ketika siasatan dijalankan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, PDRM bersedia melakukan penambahbaikan melalui penilaian dalaman dan semakan semula terhadap prosedur operasi standard (SOP) penyiasatan.Tambahnya, keputusan pertuduhan itu dilaksanakan selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara.Katanya, tiada keperluan untuk mengambil kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes berkenaan memandangkan tindakan diambil semasa aduan dibuat oleh Yusoff Rawther di peringkat awal."Pada peringkat itu PDRM sudah mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) dengan cadangan pertuduhan bagi kedua-dua kes."AGC berpuas hati bahawa berdasarkan keterangan yang ada pada masa itu, ia adalah mencukupi untuk menuduh Yusoff Rawther tanpa perlu memanggil mana-mana pihak lain untuk melengkapkan siasatan," katanya.Katanya lagi, sepertimana juga kes-kes lain yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini, PDRM sentiasa cakna terhadap keputusan-keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada PDRM."PDRM akan terus mengambil tindakan proaktif dalam meningkatkan kualiti siasatan serta mengoptimumkan proses pendakwaan," ujarnya.Pada Khamis, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik ahli politik Yusoff Rawther tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, tahun lalu.Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan.





Kes Yusoff Rawther: PDRM akan teliti penghakiman, sedia tambah baik SOP siasatan - KPN - Astroawani - 13/06 11:08 pm

Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya bersedia menambah baik SOP penyiasatan melalui penilaian dalaman dan semakan semula.





Kes Yusoff Rawther: PDRM akan teliti penghakiman, sedia tambah baik SOP siasatan - KPN - SUN - 13/06 10:20 pm

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu dan akan meneliti penghakiman penuh perbicaraan kes Yusoff Rawther untuk melihat jika ada kelompangan serta kelemahan ketika siasatan dijalankan





Yusoff Rawther case: Police to review judgment, ready to improve investigation SOPs IGP - SUN - 13/06 9:23 pm

KUALA LUMPUR: The Royal Malaysia Police (PDRM) is awaiting the full written judgment in the Yusoff Rawther case to identify any gaps or shortcomings in the investigation process





Keputusan kes Yusoff Rawther bukti badan kehakiman bebas AMK Tangga Batu - Sinarharian - 13/06 8:16 pm

SHAH ALAM - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther daripada pertuduhan jenayah membuktikan badan kehakiman negara ini kekal bebas dan profesional.Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tangga Batu, Farzana Hayani Mohd Nasir berkata, keputusan tersebut menunjukkan institusi kehakiman tidak tunduk kepada sebarang tekanan luar, termasuk campur tangan politik.Menurutnya, dakwaan wujud campur campur tangan atau konspirasi politik hanyalah cubaan terdesak untuk mencetus persepsi dan menutup kelemahan sendiri."Adalah tidak bertanggungjawab bagi sesetengah pihak menjadikan keputusan mahkamah sebagai pentas politik menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara semberono, sedangkan tiada sebarang bukti kukuh mengaitkan beliau dengan pendakwaan ini





AGC urges public to refrain from speculating on Yusoff Rawther's acquittal - Sinardaily - 13/06 4:27 pm

KUALA LUMPUR - The Attorney Generals Chambers (AGC) today urged the public to refrain from making speculative or defamatory statements regarding the High Courts acquittal of Muhammed Yusoff Rawther on charges of cannabis trafficking and possession of imitation firearms.In a statement, the AGC acknowledged that the case involving the former political aide had garnered widespread attention and affirmed that, throughout the proceedings, it acted strictly within the bounds of prosecutorial discretion and due legal process.The prosecution, it said, was undertaken following a careful and independent review of the available evidence, free from external influence."The AGC urges members of the public to avoid making speculative or defamatory remarks concerning the courts decision, particularly where such comments fall beyond the scope of the courts stated grounds of judgment."The administration of justice must not be compromised by trial-by-media, public insinuation, status or perception, the statement read.The AGC acknowledged the High Courts decision to acquit Yusoff at the close of the prosecutions case yesterday."The AGC respects the High Courts decision and takes note of the reasons provided





Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja siasat kes Yusoff Rawther - Muhyiddin - Sinarharian - 13/06 4:01 pm

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kerajaan digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kemungkinan berlakunya penipuan dan salah guna kuasa dalam siasatan serta pendakwaan, terutama kes melibatkan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther.Gesaan itu dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff daripada pertuduhan jenayah tanpa perlu membela diri.Menurut Muhyiddin, sekiranya terbukti, semua individu yang terlibat termasuk dalang utama perlu dikenakan tindakan undang-undang yang setimpal.Katanya, beliau bimbang Malaysia berkemungkinan menjadi negara gestapo dengan kewujudan individu tidak bertanggungjawab dalam agensi penguat kuasa yang terlibat dengan penguasa politik secara membuta tuli."Untuk mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara hukum, adalah penting agensi-agensi penguat kuasa yang tugasnya adalah semata-mata untuk menegakkan undang-undang dan keadilan dibersihkan daripada anasir-anasir jahat ini."Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga," katanya dalam kenyataan di Facebook pada Jumaat.Sebelum ini, Muhammed Yusoff dilepas dan dibebaskan (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, di Mahkamah Tinggi pada Khamis.Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammed Yusoff, 32, di akhir kes pendakwaan.Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, susulan pembebasan Muhammed Yusoff oleh mahkamah, pihak berkuasa perlu memberi jaminan bahawa keselamatannya akan dilindungi.Beliau turut mengulas berkenaan bukti-bukti yang dikemukakan di mahkamah oleh pihak pendakwaan untuk menyabitkan kesalahan jenayah yang kononnya dilakukan oleh Muhammed Yusoff, disifatkan amat diragui."Bukti-bukti yang dikemukakan di mahkamah oleh pihak pendakwaan untuk menyabitkan kesalahan jenayah yang kononnya dilakukan oleh Muhammed Yusoff ialah amat diragui."Ini menimbulkan persepsi awam bahawa pendakwaan ini adalah satu konspirasi jahat pihak-pihak tertentu untuk menutup mulut Muhammed Yusoff berkait saman sivilnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Muhammad Jamil yang melepas dan membebaskan Muhammed Yusoff tanpa perlu membela diri mengesahkan keraguan ini."Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie berkemungkinan besar kerana bukti yang dikemukakan adalah direka untuk menyabitkan kesalahan...ini bukti jelas kebobrokan kuasa," ujarnya.Tambah beliau lagi, keadaan yang berlaku juga memperlihatkan bagaimana institusi negara dan undang-undang digunakan secara rakus tanpa rasa malu serta belas ihsan untuk menganiaya seorang rakyat yang tidak bersalah semata-mata bagi melindungi sang penguasa.Lebih mengecewakan, ulasnya, tuduhan jenayah berat yang membawa hukuman penjara seumur hidup turut digunakan."Undang-undang dan institusi negara yang sepatutnya menjadi pelindung rakyat dan penegak keadilan telah ditukar menjadi alat kezaliman oleh rejim Madani."Janji reformasi dan keadilan untuk semua adalah hipokrasi terbesar rejim ini," dakwa beliau





Kes Yusoff Rawther: AGC gesa orang awam tidak buat penyataan bersifat spekulatif - Astroawani - 13/06 3:31 pm

Jabatan Peguam Negara menggesa orang awam agar tidak membuat penyataan bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung kes Yusoff Rawther.





Elak buat kenyataan spekulatif, fitnah berhubung kes Yusoff Rawther -AGC - Mgazette - 13/06 3:25 pm

# Elak buat kenyataan spekulatif, fitnah berhubung kes Yusoff Rawther -AGC KUALA LUMPUR Jabatan Peguam Negara (AGC) menggesa orang awam mengelak daripada membuat penyataan yang bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung dengan keputusan kes melibatkan Muhammed Yusoff Rawther





Kes Yusoff Rawther bukti kebobrokan kuasa – Muhyiddin - Mgazette - 13/06 3:25 pm

# Kes Yusoff Rawther bukti kebobrokan kuasa - Muhyiddin KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) menggesa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat kemungkinan penipuan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam siasatan dan pendakwaan ke atas Muhammed Yusoff Rawther





PN ingatkan Anwar jangan cari alasan tangguh bicara kes libatkan Yusoff .. - Mgazette - 13/06 3:25 pm

# PN ingatkan Anwar jangan cari alasan tangguh bicara kes libatkan Yusoff Rawther KUALA LUMPUR Perikatan Nasional (PN) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati proses mahkamah dengan tidak terus mencari alasan menangguhkan perbicaraan kes sivil melibatkan dakwaan serangan seksual terhadap Muhammad Yusoff Rawther yang dihadapi beliau





Peguam Yusoff Rawther beri `kata dua’ pada polis - Mgazette - 13/06 3:25 pm

KUALA LUMPUR - Pasukan peguam yang mewakili bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther memberi `kata dua' kepada polis sama ada mengemas kini laporan yang dibuatnya dalam tempoh seminggu atau menghadapi tindakan undang-undang





Kes Yusoff Rawther akan disiasat ke akar umbi apabila Kerajaan Perpaduan .. - Mgazette - 13/06 3:25 pm

# Kes Yusoff Rawther akan disiasat ke akar umbi apabila Kerajaan Perpaduan jatuh KUALA LUMPUR Pas memberi jaminan kes melibatkan Muhammed Yusoff Rawther akan disiasat sehingga ke akar umbi apabila Kerajaan Perpaduan hari ini jatuh suatu hari nanti





AGC urges restraint after Yusoff Rawther acquittal, warns against trial by .. - Malaymail - 13/06 3:23 pm

KUALA LUMPUR, June 13 The Attorney Generals Chambers (AGC) has urged the public to avoid speculation or defamatory co...





Kes Yusoff Rawther: AGC gesa orang awam tidak buat penyataan bersifat spekulatif - SUN - 13/06 3:20 pm

KUALA LUMPUR : Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menggesa orang awam agar tidak membuat penyataan bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan





Isu diperangkap, Yusoff Rawther beri kata dua kepada KPN - Sinarharian - 13/06 1:29 pm

KUALA LUMPUR Muhammed Yusoff Rawther memberi kata dua kepada pihak polis untuk memaklumkan perkembangan laporan yang dibuat bekas pembantu penyelidik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, atau berdepan tindakan undang-undang.Berdasarkan surat yang dihantar oleh Law Practice of Rafique, Yusoff, 32, memberi masa tujuh hari kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain untuk menjawab perkembangan laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 12 September tahun lalu.Jika tiada jawapan atau ia tidak memenuhi isu-isu yang dibangkitkan, pihaknya akan mengheret perkara itu ke muka pengadilan.Menurut surat itu, laporan polis berkenaan menyentuh mengenai penafian Yusoff, yang dituduh atas dua kes mengedar dadah dan memiliki dua pistol tiruan.Menurutnya, ia turut melibatkan dakwaan Yusoff menjadi mangsa penganiayaan dan diperangkap Anwar, 78, dan bekas Setiausaha Politik Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.Selepas ditahan di Penjara Sungai Buloh selama sembilan bulan 10 hari sehingga dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas tuduhan berkenaan, anak guamnya masih belum mendapat jawapan mengenai status siasatan laporan itu."Kami menulis untuk memperoleh jawapan rasmi dari pihak KPN dan Polis Diraja Malaysia sama ada Anwar dan Farhash Wafa Salvador telah dipanggil untuk siasatan."Sila maklumkan kepada kami status dan langkah-langkah yang telah diambil oleh pasukan PDRM mengenai laporan ini," katanya.Pada Khamis, Yusoff dilepaskan dan dibebaskan (DNA) tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, di Mahkamah Tinggi di sini.Yusoff yang juga cucu kepada aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang, Allahyarham SM Mohamed Idris itu.Semasa membaca keputusan penghakiman, Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memberitahu bahawa kegagalan pihak polis menyiasat dakwaan Yusoff telah diperangkap, sama ada bersifat benar atau palsu, telah memprejudiskan haknya untuk mendapat perbicaraan yang adil.Hakim itu berkata, dakwaan berkenaan dibuat ketika dua rakaman percakapan diambil pada 8 dan 10 September 2024.





Acquitted ex-aide Yusoff Rawther gives police seven days to respond over .. - Malaymail - 13/06 10:55 am

KUALA LUMPUR, June 13 Former research assistant Muhammad Yusoff Rawther has given the Inspector-General Of Police Tan...





Rakyat perlu bangkit, elak sejarah penyalahgunaan kuasa berulang - Hamzah - Sinarharian - 12/06 8:00 pm

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengucapkan tahniah kepada barisan peguam bela bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther berhubung kes pertuduhan membabitkan pengedaran dadah jenis kanabis serta pemilikan dua pistol tiruan pada Khamis.Hamzah berkata, dirinya yakin bahawa wujud konspirasi dan penganiayaan dalam pertuduhan berkenaan sehingga dipenjara untuk tempoh sembilan bulan tanpa ikat jamin."Muhammed Yusoff ditempatkan di blok banduan akhir, walhal beliau anak muda yang mempunyai masa depan





Pendakwaan gagal bukti Yusoff Rawther ada kawalan, pemilikan dadah, pistol tiruan - Hakim - Astroawani - 12/06 7:05 pm

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan Muhammed Yusoff Rawther mempunyai kawalan, jagaan dan pemilikan terhadap dua pucuk pistol tiruan dan dadah.





Polis gagal ambil keterangan Yusoff Rawther dakwaan diperangkap - Hakim - Sinarharian - 12/06 5:03 pm

KUALA LUMPUR [DIKEMAS KINI] Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memberitahu bahawa, kegagalan pihak polis menyiasat dakwaan bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther telah diperangkap, sama ada bersifat benar atau palsu, telah memprejudiskan haknya untuk mendapat perbicaraan yang adil.Ketika membaca keputusan penghakiman, Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata, dakwaan itu dibuat ketika rakaman percakapan Yusoff, 32, pada 8 September 2024 iaitu dua hari selepas ditangkap.Katanya, pemuda itu turut membuat rakaman kedua pada 10 September tahun sama, iaitu empat hari kemudian.Beliau berkata, tertuduh menyatakan versinya bahawa dia telah dijebak, maka pihak polis mempunyai masa yang mencukupi untuk menyemak perkara tersebut."Beban terletak pada pihak pendakwaan untuk menyemak sama ada dakwaan pada dua rakaman itu benar atau palsu tetapi kegagalan dua polis membuat siasatan bagi mengesahkan versi itu memprejudiskan hak tertuduh," katanya.Selain itu hakim ini berkata, tidak dinafikan senjata dan dadah tersebut ditemui dalam kereta yang didaftarkan atas nama Yusoff, kunci dan alat kawalan jauh kenderaan itu berada dalam milikannya serta kad pengenalannya berada dalam kereta jenis Nissan Teana itu.Bagaimanapun beliau berkata, keterangan itu tidak boleh membawa kepada kesimpulan yang munasabah bahawa tertuduh mempunyai kawalan eksklusif ke atas kereta termasuk dua pistol dan dadah tersebut.Katanya, ia termasuk isu bahawa tertuduh telah ditahan di luar kenderaan, alat kawalan jauh dan kunci manual kenderaan berkenaan tidak boleh membuka pintu pemandu Nissan Teana tersebut."Berdasarkan faktor itu dan ketiadaan keterangan lain, maka saya mendapati tertuduh tidak mempunyai kawalan eksklusif ke atas semua barang larangan berkenaan," katanya.Pada Khamis, Yusoff dilepaskan dan dibebaskan (DNA) tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, di Mahkamah Tinggi di sini.Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap pemuda tersebut.Pada 12 September 2024, Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram.Kesalahan itu didakwa dilakukan dalam kenderaan dinaikinya di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Dia juga didakwa atas satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September tahun sama.Dia didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pada 12 November tahun sama, Mahkamah Majistret membenarkan kes mengedar dadah jenis kanabis membabitkan Yusoff dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Dalam kes berkenaan, tertuduh diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman





Saman sivil: Yusoff Rawther mahu terus berjuang cari keadilan - Mgazette - 12/06 4:29 pm

# Saman sivil: Yusoff Rawther mahu terus berjuang cari keadilan KUALA LUMPUR - Muhammed Yusoff Rawther menegaskan tidak akan berganjak daripada saman sivil yang dikemukakannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim





Keputusan kes Yusoff Rawther bukti mahkamah benteng keadilan rakyat .. - Mgazette - 12/06 4:29 pm

# Keputusan kes Yusoff Rawther bukti mahkamah benteng keadilan rakyat - Peguam KUALA LUMPUR - Keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammed Yusoff Rawther sama ada diperintah membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan membuktikan institusi tersebut benteng keadilan untuk rakyat





Yusoff Rawther dilepas dan dibebaskan pertuduhan edar dadah, miliki pistol .. - Mgazette - 12/06 4:29 pm

# Yusoff Rawther dilepas dan dibebaskan pertuduhan edar dadah, miliki pistol tiruan KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther tanpa perlu membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan





Tak logik kanabis itu turun dari langit ??? Ahmad Fadhli - Mgazette - 12/06 4:28 pm

# Tak logik kanabis itu turun dari langit Ahmad Fadhli KUALA LUMPUR Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyarankan Yusoff Rawther Mohamed menyaman pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) susulan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang melepas dan membebaskan beliau daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan





Yusoff Rawther bebas tuduhan edar dadah, miliki pistol tiruan - SUN - 12/06 3:15 pm

KUALA LUMPUR: Bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther hari ini dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan





Pembebasan Yusoff Rawther: Setiap individu berhak dapat keadilan - Saifuddin - Sinarharian - 12/06 2:59 pm

SHAH ALAM Pembebasan bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther mengingatkan semua pihak tentang prinsip asas dalam sebuah negara demokrasi.Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setiap individu berhak mendapat keadilan dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan."Saya bersyukur dan menyambut baik berita tentang pembebasan Yusoff Rawther pada hari ini





Saya dianiaya, tapi akan terus berjuang - Yusoff Rawther - Astroawani - 12/06 2:40 pm

Muhamed Yusoff menyifatkan pengalaman dalam penjara sebagai ujian besar dan menzahirkan rasa syukur atas sokongan rakyat serta keluarganya.





Yusoff Rawther acquitted and discharged of drug trafficking, possession of imitation pistols - Sinardaily - 12/06 2:39 pm

KUALA LUMPUR - A former research assistant to a politician, Muhammed Yusoff Rawther, was today acquitted and discharged by the High Court here on charges of drug trafficking and possession of imitation firearms.Judge Datuk Muhammad Jamil Hussin made the order after finding that the prosecution failed to establish a prima facie case against Muhammed Yusoff, 32, at the end of the prosecution's case.The judge said that based on the testimony of the prosecution witnesses, the court found that the prosecution failed to prove that the accused had control, custody and possession of the two pistols and the drugs."Based on the testimony of the prosecution witnesses as well, the court found that it was not safe for this court to convict the accused of the offences charged against him."Therefore, the accused is acquitted and discharged of the charges without having to be called to enter his defence, said the judge.Muhammed Yusoff was charged with trafficking 305 grams of cannabis in a vehicle he was riding in front of the Kuala Lumpur Police Contingent Headquarters (IPK) surau at 10.15 am on Sept 6 last year.The charge was framed under Section 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952, which provides for life imprisonment and whipping of not less than 12 strokes if convicted.He was also charged with possessing two imitation pistols on the roadside near a condominium in Jalan Bukit Kiara here at 9.25 am on the same day.The charge, under Section 36(1) of the Arms Act 1960, provides a maximum imprisonment of one year or a fine not exceeding RM5,000 or both, if convicted.Judge Muhammad Jamil, in his summary judgment, said it was not disputed that during the inspection of Muhammed Yusoff's Nissan Teana car, the first prosecution witness (SP1), Insp Wan Muhammad Wan Ali, found a black bag containing two pistols in the front seat of the vehicle.The judge said further inspection of the vehicle at the Kuala Lumpur police station by SP6, Corporal Amirul Azwa Zahari, found a black plastic package containing drugs in the back seat of the car."It is true that the car was registered in the accused's name and belonged to the accused, and the car keys and remote control were in the accused's possession





Saya dianiayai, akan terus berjuang demi keadilan - Yusoff Rawther - Sinarharian - 12/06 2:33 pm

KUALA LUMPUR "Saya akan berjuang untuk mencari keadilan kerana saya telah disalahi, dianiayai dan diperlakukan macam-macam."Demikian luahan Muhammed Yusoff Rawther, bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik, sejurus Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis melepaskan dan membebaskannya (DNA) atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan.Yusoff, 32, berkata, pengalaman ditahan di Penjara Sungai Buloh sementara menunggu perbicaraan merupakan satu fasa yang penuh pengajaran, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jenayah.Namun begitu, cucu kepada aktivis pengguna terkenal Pulau Pinang, Allahyarham SM Mohamed Idris, tetap memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas keputusan mahkamah tersebut."Pembebasan ini merupakan kemenangan untuk semua rakyat Malaysia."Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pegawai penjara yang sangat profesional kerana menjaga keselamatan dan kebajikan saya sepanjang berada di penjara," katanya dalam sidang akhbar di luar mahkamah.Pada Khamis, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Yusoff tanpa perlu dipanggil membela diri selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, yang menegaskan bahawa keadaan dalam kes berkenaan menimbulkan keraguan sama ada tertuduh mempunyai kawalan eksklusif ke atas barang kes.Pada 12 September 2024, Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan mengedar 305 gram dadah jenis kanabis dalam sebuah kenderaan di hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, kira-kira jam 10.15 pagi, 6 September 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.Yusoff turut didakwa atas satu lagi pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara, pada jam 9.25 pagi, hari yang sama.Kesalahan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pada 12 November 2024, Mahkamah Majistret membenarkan kes berkaitan pengedaran dadah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh.Dalam kes ini, tertuduh diwakili oleh peguam Muhammad Rafique Rashid Ali, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman.





Yusoff Rawther acquitted by High Court of drug, firearm possession charges - SUN - 12/06 1:41 pm

PETALING JAYA : A former research assistant to a politician, Muhammed Yusoff Rawther, was today acquitted and discharged by the High Court here on charges of drug trafficking and possession of imitation firearms





Yusoff Rawther acquitted and discharged of drug trafficking, fake firearm .. - Malaymail - 12/06 12:43 am

KUALA LUMPUR, June 12 Former political aide Muhammed Yusoff Rawther was today acquitted and discharged by the High Cou...





Yusoff Rawther dibebaskan serta-merta kes dadah, miliki dua pistol tiruan - Sinarharian - 12/06 12:23 am

KUALA LUMPUR Bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther, dilepaskan dan dibebaskan (DNA) oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis daripada dua pertuduhan membabitkan pengedaran dadah jenis kanabis dan pemilikan dua pistol tiruan.Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusoff, 32.Ketika membacakan keputusan, beliau menyatakan bahawa adalah tidak selamat untuk memanggil tertuduh membela diri."Keadaan tertentu dalam kes ini menimbulkan persoalan sama ada tertuduh mempunyai kawalan eksklusif terhadap senjata dan dadah tersebut."Syak wasangka semata-mata tidak mencukupi untuk membuktikan kawalan tertuduh terhadap barangan berkenaan





[TERKINI] Yusoff Rawther dilepas dan dibebaskan - Astroawani - 12/06 12:20 am

Muhammed Yusoff Rawther, dilepaskan dan dibebaskan tanpa membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada dua pertuduhan iaitu mengedar dadah dan memiliki pistol tiruan, tahun lalu.





Bebas atau bela diri, nasib Yusoff Rawther ditentukan esok - Mgazette - 12/06 7:46 am

# Bebas atau bela diri, nasib Yusoff Rawther ditentukan esok KUALA LUMPUR - Keputusan sama ada bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi esok





Keputusan kes dadah Yusoff Rawther, bebas atau bela diri diketahui esok - Astroawani - 11/06 6:55 pm

Mahkamah Tinggi akan memutuskan pada Khamis sama ada Yusoff perlu membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pistol tiruan.





Keputusan kes dadah Yusoff Rawther, bebas atau bela diri diketahui esok - Sinarharian - 11/06 12:00 am

KUALA LUMPUR - Keputusan bekas pembantu penyelidik seorang ahli politik, Muhammed Yusoff Rawther sama ada diperintah membela diri atau dibebaskan atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pistol tiruan, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin akan membuat keputusan berkenaan pada jam 9 pagi, sama ada pihak pendakwaan berjaya atau gagal membuktikan kes prima facie terhadap Yusoff, 32.Pada 28 April lalu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman memaklumkan bahawa pihak pendakwaan menutup kes itu selepas memanggil 13 saksi dalam perbicaraan yang bermula pada 7 April.Antara saksi tersebut ialah saksi pendakwaan (SP) pertama, Ketua Serbuan Ops Laras, pegawai polis di Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Inspektor Wan Muhammad Wan Ali, 37.Saksi lain ialah SP13, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Inspektor Muhammad Zuhairi Md Zuhir, 36, dan ahli kimia, Harlisa Haidhir Harminder daripada Jabatan Kimia Malaysia.Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan turut menawarkan tujuh saksi kepada pasukan pembelaan sekiranya tertuduh diperintah membela diri.Pada 12 September 2024, Yusoff didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dalam kenderaan yang dinaikinya, di hadapan Surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada jam 10.15 pagi, 6 September 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.Dia juga didakwa atas satu pertuduhan memiliki dua pistol tiruan di tepi jalan berhampiran sebuah kondominium di Jalan Bukit Kiara di sini, pada jam 9.25 pagi, 6 September 2024, mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.Pada 12 November tahun sama, Mahkamah Majistret membenarkan kes mengedar dadah jenis kanabis membabitkan Yusoff dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.Dalam kes berkenaan, tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.





(KEMAS KINI) Mahkamah Rayuan benar tangguh sementara saman Yusoff Rawther .. - Mgazette - 10/06 4:07 pm

# (KEMAS KINI) Mahkamah Rayuan benar tangguh sementara saman Yusoff Rawther terhadap Anwar PUTRAJAYA - Perbicaraan kes saman bekas pembantu penyelidik, Muhammed Yusoff Rawther terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan serangan seksual yang dijadual didengar Isnin depan, ditangguhkan sementara oleh Mahkamah Rayuan hingga bulan depan



Bebas atau bela diri, nasib Yusoff Rawther ditentukan 12 Jun ini - Mgazette - 9/06 7:49 am





Anwar sudah fail notis rayuan semalam - Mgazette - 6/06 7:37 am

Menurut notis itu, Perdana Menteri merayu terhadap keseluruhan keputusan Hakim Roz Mawar Rozain yang menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan undang-undang ke mahkamah tertinggi negara. Persoalan itu menyentuh isu kekebalan terhadap saman yang difailkan oleh bekas pembantu penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther atas dakwaan serangan seksual



Yusoff Rawther saksi pertama bicara saman terhadap Anwar - Mgazette - 5/06 7:30 am





Mahkamah tolak permohonan Anwar rujuk persoalan PM kebal daripada saman - Astroawani - 4/06 4:30 pm

Rujukan persoalan undang-undang itu berkaitan saman sivil yang difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther.





PM immunity: High Court denies Anwars request to refer legal questions to Apex Court - SUN - 4/06 4:04 pm

KUALA LUMPUR : The High Court here today dismissed Datuk Seri Anwar Ibrahims application to refer eight legal questions to the Federal Court, including whether the Prime Minister enjoys immunity from lawsuits. The legal questions relate to a lawsuit filed by Anwars former research assistant, Muhammed Yusoff Rawther, concerning an alleged sexual assault seven years ago





PM immunity: High Court denies Anwar’s request to refer legal questions to Apex Court - BorneoPost - 4/06 3:53 pm

KUALA LUMPUR (June 4): The High Court here today dismissed Datuk Seri Anwar Ibrahim’s application to refer eight legal questions to the Federal Court, including whether the Prime Minister enjoys immunity from lawsuits. The legal questions relate to a lawsuit filed by Anwar’s former research assistant, Muhammed Yusoff Rawther, concerning an alleged sexual assault seven [...] The post PM immunity: High Court denies Anwar’s request to refer legal questions to Apex Court appeared first on Borneo Post Online .





Keputusan permohonan Anwar rujuk lapan persoalan termasuk imuniti diketahui Rabu - Sinarharian - 3/06 6:09 pm

KUALA LUMPUR Keputusan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini untuk merujuk lapan persoalan undang-undang termasuk sama ada Perdana Menteri itu mempunyai imuniti daripada saman sivil difailkan bekas penyelidiknya, Muhammed Yusoff Rawther ke Mahkamah Persekutuan, akan diputuskan pada Rabu





PM tidak minta kekebalan, hanya mahu tafsiran perlembagaan – Shamsul .. - Mgazette - 31/05 7:36 am

# PM tidak minta kekebalan, hanya mahu tafsiran perlembagaan - Shamsul Iskandar KUALA LUMPUR - Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri menafikan dakwaan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba mendapatkan kekebalan undang-undang daripada tindakan sivil. Menurut Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, permohonan yang difailkan ke Mahkamah Persekutuan adalah proses sah di sisi undang-undang untuk mendapatkan tafsiran Perlembagaan dalam isu saman sivil Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa Anwar melakukan serangan seksual terhadapnya





Kes Yusoff Rawther: PM Anwar tidak mohon kekebalan mutlak - Shamsul Iskandar - Astroawani - 30/05 7:03 pm

Permohonan yang difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Persekutuan berhubung kes sivil berkaitan Yusoff Rawther adalah proses sah di sisi undang-undang.





Kes Yusoff Rawther: PM tidak mohon kekebalan mutlak - Shamsul Iskandar - Sinarharian - 30/05 5:48 pm

SHAH ALAM - Permohonan yang difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Persekutuan berhubung kes sivil berkaitan Yusoff Rawther adalah proses sah di sisi undang-undang bagi mendapatkan tafsiran terhadap persoalan perundangan yang kompleks dan signifikan





Permohonan imuniti Perdana Menteri ganjil, mengejutkan - Rais Yatim - Sinarharian - 30/05 5:36 pm

Hairan, dari mana nas perundangan yang digunakan oleh peguam beliau? Perdana Menteri tidak mempunyai imuniti daripada saman sivil atau jenayah, katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat. Rais merujuk kepada kes saman sivil melibatkan Muhammed Yusoff Rawther terhadap Anwar berhubung dakwaan serangan seksual pada 2018



Permohonan PM tangguh bicara Yusoff Rawther akan didengar 3 Jun - Mgazette - 29/05 7:43 am

# Permohonan PM tangguh bicara Yusoff Rawther akan didengar 3 Jun KUALA LUMPUR - Mahkamah Tingi di sini menetapkan 3 Jun ini bagi mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan perbicaraan saman Muhammad Yusoff Rawther yang mendakwa dirinya diserang secara seksual oleh perdana menteri



Ezam desak Anwar tarik balik permohonan imuniti - Mgazette - 28/05 5:19 pm

KUALA LUMPUR Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Nor menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik permohonan imuniti daripada saman sivil yang difailkan oleh bekas penyelidiknya, Yusoff Rawther



Anwar tukar peguam kes saman sivil Yusoff Rawther - Astroawani - 28/05 4:45 pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi di sini, minggu lalu.



Anwar tukar peguam kes saman seksual Yusoff Rawther - Sinarharian - 28/05 3:00 pm

KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim menukar peguam yang mewakilinya dalam kes saman sivil difailkan oleh Muhammed Yusoff Rawther terhadap Perdana Menteri itu di Mahkamah Tinggi di sini, minggu lalu




Reformasi     >>



Riyadh percaya Israel cuba heret AS dalam konflik .. - Mkini
GLOBAL Kata Presiden Iran, pandangan itu disuarakan Mohammed semasa mereka bercakap melalui telefon semalam
Kroni     >>



Peluru berpandu Iran berjaya tembus Iron Dome - Utusan
TEL AVIV: Iran ‘menghantar’ puluhan peluru berpandu ke atas Israel awal pagi semalam, sebagai tindak balas terhadap serangan besar-besaran yang menyasarkan kemudahan nuklear dan ketenteraan di negara republik Islam itu. Siren amaran serangan udara dan letupan kedengaran di seluruh Israel, ..
Tabloid     >>



Reformasi menyeluruh jawapan kepada tragedi - Hmetro
Nahas bas meragut 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik Isnin lalu membuka mata banyak pihak yang memberikan pandangan mengenai penambahbaikan yang perlu dilakukan. New Straits Times Press (M) Bhd
Tech     >>



Weekly poll: iOS 26 and Liquid Glass, love them or .. - Gsmarena
iOS 26 is billed as the biggest overhaul of Apples smartphone operating system in a long while. Its also part of an effort to create a unified UI across all Apple platforms. What do you think about it? The new UI, called Liquid Glass, was inspired by visionOS (for Apples XR headset) and it has ..
World     >>



Israel-Iran conflict set to dominate G7 summit - BBC
Instead of Ukraine and Donald Trump's tariff war, the main subject of discussion for world leaders will be the Middle East.
Motor Trend     >>



Kia Bakal Lancar Varian Trak Elektrik untuk PV5? - Careta
PBV Kia dibina menggunakan platform EV ultra fleksibel E-GMP.S milik Hyundai, yang boleh disesuaikan untuk pelbagai kegunaan. Model pertama yang dilancarkan atas platform ini, PV5, mula ditawarkan di UK awal tahun ini dalam dua variasiCargo dan Passenger. Model Passengeradalah van harian