///
See Also: Shopee Pay | Shutterstock

Search : Universiti News   Page 1    



???Isu pelarian Rohingya perlu pendekatan menyeluruh pelbagai agensi .. - Mygazette - 11/06 4:26 pm

"Berdasarkan statistik Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) setakat April lepas, terdapat 219,472 pemegang kad itu di Malaysia dengan 128,200 daripadanya ialah etnik Rohingya," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, hari ini





Tunku Zain Al-???Abidin dimasyhur Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan .. - Mygazette - 11/06 4:26 pm

Baginda kemudian mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith Kuala Lumpur, Marlborough College di United Kingdom dan London School of Economics and Political Science serta memperoleh Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam Politik Perbandingan. Tunku ZainAl-'Abidinkini berkhidmat sebagai Canselor Universiti UCSI, Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Presiden Kolej ICAN serta Felo Diraja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Felo Bersekutu di Universiti Teknologi MARA (UiTM)





PRN: Pas ada kuasa serah watikah calon kepada kumpulan `Reset??? guna... - Mygazette - 11/06 4:26 pm

# PRN: Pas ada kuasa serah watikah calon kepada kumpulan `Reset guna logo PN - Pemerhati KUALA LUMPUR Pas mempunyai kuasa untuk memberi watikah yang membolehkan calon-calon `Reset daripada kem Datuk Seri Hamzah Zainudin bertanding menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan. Menurut pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim, ini memandangkan Pas kini memegang jawatan Pengerusi dan Setiausaha Agung PN yang lazimnya mempunyai autoriti menandatangani watikah calon





Kemunculan dadah ‘Piu Piu’ bukti vape wajar diharamkan segera .. - Mygazette - 11/06 4:26 pm

Banyak negara luar telah pun mengharamkannya, oleh itu Malaysia juga perlu mempunyai kehendak politik (political will) untuk membanterasnya," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini





Siapakah pewaris ilmu Adat Perpatih? - Mygazette - 11/06 4:26 pm

Oleh itu, usaha memelihara Adat Perpatih perlu bergerak melangkaui pendekatan dokumentasi semata-mata. Institusi pendidikan, universiti, organisasi masyarakat dan komuniti setempat boleh memainkan peranan yang lebih aktif melalui program pendidikan, penyelidikan, penerbitan, seminar dan aktiviti pembelajaran sepanjang hayat





Emergence of 'Piu Piu' drug proves vapes should be banned immediately - Deputy IGP - Sinardaily - 11/06 4:06 pm

KUALA LUMPUR - The emergence of "Piu Piu", a new type of synthetic drug in the market which has been detected being mixed into electronic cigarette liquids, proves that the devices should be completely banned in the country.Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay said the drug, a mixture of fentanyl and psychoactive chemicals, could cause severe intoxication effects, leaving users in a zombie-like state.He said the Royal Malaysia Police (PDRM) viewed vape usage as having deviated from its original purpose and being widely abused by drug trafficking syndicates as a modus operandi to evade detection by the authorities."The main issue at present is not whether vaping presents a business opportunity for certain groups, but that the device is being dangerously misused by mixing it with new drugs or New Psychoactive Substances (NPS)."Vaping has now become a source of pride among teenagers, so we need to curb this problem at an early stage. Many countries have already banned it, and Malaysia must also have the political will to eradicate it," he told a press conference here today.Earlier Ayob Khan officiated a hospital visit programme held in conjunction with the 219th Police Day celebration at Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, the Universiti Kebangsaan Malaysia Specialist Children's Hospital (HPKK UKM), here.Elaborating further, he said the police did not have the absolute authority to directly ban the use of the devices as the matter also falls under the jurisdiction of other ministries, including the Ministry of Health.He said PDRMs Narcotics Criminal Investigation Department would continue carrying out monitoring and large-scale operations on an ongoing basis, including at vape retail outlets, to curb the spread of the latest drug





Isu Rohingya jadi 'barah', perlu tindakan menyeluruh semua pihak - Ayob Khan - Sinarharian - 11/06 3:19 pm

KUALA LUMPUR Isu penempatan haram etnik Rohingya yang semakin membarah di negara ini memerlukan pendekatan menyeluruh melibatkan pelbagai agensi dan negara berkaitan, bukannya diletakkan di bahu pihak berkuasa seperti polis semata-mata.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, masalah yang telah berlarutan sejak sekian lama itu perlu ditangani secara terancang memandangkan ia melibatkan pelbagai aspek termasuk kemasukan pendatang tanpa izin (PATI), keselamatan serta isu kemanusiaan.Menurutnya, berdasarkan statistik sehingga April lalu, terdapat seramai 219,472 pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia."Daripada jumlah itu, seramai 197,591 ialah warga Myanmar dan 128,200 daripadanya merupakan etnik Rohingya."Ini bukan isu baharu dan ia memerlukan penyelesaian yang lebih komprehensif kerana melibatkan pelbagai pihak," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Lawatan Sempena Hari Polis di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini pada Khamis.Ayob Khan berkata, usaha menangani kemasukan dan penempatan Rohingya tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Jabatan Imigresen Malaysia semata-mata.Menurutnya, kemasukan PATI melibatkan beberapa lapisan penguatkuasaan bermula di perairan sebelum mereka mendarat dan berada di negara ini."Polis merupakan pihak terakhir dalam rantaian ini





Kemunculan dadah 'Piu Piu', bukti vape wajar diharamkan segera - Ayob Khan - Sinarharian - 11/06 3:04 pm

KUALA LUMPUR - Kemunculan dadah sintetik baharu dikenali sebagai 'Piu Piu' di pasaran yang dikesan dicampurkan dalam cecair rokok elektronik membuktikan peranti itu wajar diharamkan.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, ini kerana dadah mengandungi campuran Fentanyl dan bahan kimia psikoaktif itu boleh memberikan kesan khayal teruk seumpama "zombi" kepada penggunanya.Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melihat penggunaan vape kini sudah tersasar dan disalahgunakan secara meluas oleh sindiket pengedaran dadah sebagai modus operandi bagi mengaburi mata pihak berkuasa."Isu utama pada masa ini bukanlah sama ada vape itu satu peluang perniagaan untuk golongan tertentu atau tidak, tetapi isunya alat itu disalahgunakan secara berbahaya dengan dicampurkan bersama dadah baharu atau New Psychoactive Substances (NPS)."Vape kini sudah menjadi satu kebanggaan kepada golongan remaja, jadi kita perlu sekat gejala ini dari awal. Banyak negara luar telah pun mengharamkannya, oleh itu Malaysia juga perlu mempunyai kehendak politik (political will) untuk membanterasnya," katanya di sini pada Khamis.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Lawatan Hospital sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, PDRM bagaimanapun tidak mempunyai kuasa mutlak untuk terus mengharamkan penggunaan peranti berkenaan kerana ia turut melibatkan bidang kuasa kementerian lain seperti Kementerian Kesihatan (KKM).Beliau berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan terus melaksanakan pemantauan dan operasi berskala besar secara berterusan, termasuk ke atas premis jualan vape bagi menyekat penularan dadah terbaharu berkenaan





Muhammad Azeem bantu kuartet Universiti Auburn pecah rekod NCAA - Sinarharian - 11/06 2:00 pm

PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi membantu kuartet Universiti Auburn memecahkan rekod kolej NCAA acara lari berganti-ganti 4x100 meter (m) lelaki pada Kejohanan Olahraga NCAA di Eugene, Oregon, Amerika Syarikat pada Rabu.Kuartet dibarisi Muhammad Azeem bersama Kayinsola Ajayi, Austin Kresley dan Tyler Davis itu mencatat masa 37.75 saat (s) dalam saingan separuh akhir, sekali gus memperbaharui rekod sebelum ini iaitu 37.90s yang dilakukan Universiti Louisiana State (LSU) pada Mei 2023.Keputusan itu sekali gus menempatkan Auburn di pentas final.Terdahulu, Muhammad Azeem diberi tanggungjawab sebagai pelari pertama sebelum larian mantap rakan sepasukannya memastikan pasukan itu menamatkan saingan dengan catatan rekod baharu NCAA.Selain Auburn, beberapa pasukan pilihan lain turut mengesahkan tempat ke final acara 4x100m lelaki itu.University of Arkansas mencatat masa 38.32s diikuti University of Houston (38.34s), LSU (38.40s), University of Tennessee (38.47s), North Carolina A&T State University (38.53s), University of Oregon (38.54s), Ohio State University (38.64s) dan Mississippi State University (38.73s)





PN perlu agenda nasional tangani jurang pendidikan, kerja graduan, kata pemimpin PAS - FMT - 11/06 12:31 am

Haim Hilman Abdullah berkata gabungan itu wajar tampil dengan tawaran dasar meliputi sekolah, TVET, universiti, kesihatan awam dan penguatkuasaan ekonomi.





Tunku Zain proclaimed as Tunku Panglima Besar of Negeri Sembilan - Sinardaily - 11/06 12:01 am

He has worked with the UK Parliament, the World Bank, and the United Nations, and is an Eisenhower Fellow.He is especially dedicated to education and to developing the potential of young Malaysians. He also serves as Chancellor of UCSI University, Pro-Chancellor of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), and President of ICAN College.As a Trustee of the Jeffrey Cheah Foundation and Patron of the Negeri Sembilan Schools Arts and Culture Programme, Tunku Zain Al-'Abidin actively champions greater access to quality education, holistic learning, and the nurturing of well-rounded future leaders.Through these important roles and various education-focused foundations, he works tirelessly to strengthen Malaysia's education system and open doors of opportunity for the next generation





Tunku Zain kini Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan - Sinarharian - 11/06 11:27 am

KUALA PILAH - Putera kedua Yang di-Pertuan Besar (YDPB) Negeri Sembilan, Tunku Zain Al- 'Abidin Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Tunku Panglima Besar yang baharu bagi menggantikan Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja'afar berkuat kuasa serta-merta.Majlis pemasyuharan dibuat dalam satu majlis istiadat yang diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini pada Khamis.YDPBNegeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berangkat mencemar duli memasyhurkan putera kedua baginda itu.Turut berangkat sama, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan diiringi Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin.Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan barisan Exco.Tunku Zain yang berusia 44 tahun mendapat pendidikan di Sekolah Alice Smith Kuala Lumpur, Marlborough College di United Kingdom dan London School of Economics and Political Science, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sains (MSc) dalam Politik Perbandingan.Beliau kini berkhidmat sebagai Canselor Universiti UCSI, Pro-Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Presiden Kolej ICAN,Felo Diraja di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Felo Bersekutu di Universiti Teknologi MARA (UiTM).Beliau juga merupakan Presiden Pengasas Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) iaitu sebuah badan pemikir yang mencari penyelesaian dasar awam yang praktikal berdasarkan prinsip kedaulatan undang-undang, kebebasan, dan keadilan.Melalui IDEAS, Tunku Zain turut mengasaskan IDEAS Autism Centre yang kini mengendalikan tiga pusat di Rawang, Nilai dan Port Dickson serta IDEAS International Secondary School yang mempunyai kampus di Kuala Lumpur selain Pulau Pinang.Dalam dunia korporat pula, beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Omesti Berhad, Excelerate Malaysia dan Enotech Pictures selain merupakan Ahli Lembaga Deutsche Bank Malaysia, Prima Gading Corporation dan Uni Enrol, serta Penasihat kepada Kumpulan UCSI.Tunku Zain juga merupakan Pemegang Amanah bagi beberapa yayasan termasuk Yayasan Chow Kit, Yayasan Munarah, Yayasan IDEAS, Yayasan Genovasi, dan Yayasan Tinggi, yang kebanyakannya menyokong pendidikan, pembangunan belia dan pemerkasaan komuniti.Sebagai Pemegang Amanah Yayasan Jeffrey Cheah dan Penaung Program Seni dan Kebudayaan Sekolah-Sekolah Negeri Sembilan, beliau secara aktif memperjuangkan akses yang lebih luas kepada pendidikan berkualiti, pembelajaran holistik, dan pembentukan pemimpin masa depan yang seimbang.Menurut kenyataan istana, pemasyhuran tersebut dibuat bagi mengisi kekosongan gelaran berkenaan."Ke bawah duli Tuanku menzahirkan keyakinan bahawa yang amat mulia Tunku Zain, selaku Tunku Panglima Besar, akan terus memainkan peranan penting dalam menjunjung kedaulatan Institusi Diraja Negeri Sembilan serta memelihara kepentingan rakyat dan negeri," katanya.Sebelum ini media melaporkan, Tunku Nadzaruddin tidak lagi memegang gelaran tersebut berikutan cubaannya menerima gelaran YDPB dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lalu.Bagaimanapun majlis yang dikatakan 'istiadat pemasyuharan' itu adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.





Govts Industry Academy fixing graduate skills gap - Sinardaily - 11/06 10:08 am

This helps narrow the skills gap that often affects fresh graduates, she said.The urgency of the issue is reflected in the Department of Statistics Malaysias (DOSM) 2024 Annual Labour Force Statistics, which showed that 2.06 million tertiary-educated individuals were employed in jobs that did not match their academic qualifications.The figures highlight the growing challenge of job and skills mismatches among graduates, raising concerns about the underutilisation of highly educated talent in the workforce.Noor Azlina stressed that academic education and skills training should not be viewed as competing pathways but as complementary components in developing a knowledgeable, competent and highly skilled workforce."Malaysia needs more highly skilled talent, particularly among university graduates. They are among the countrys most valuable assets in strengthening industrial competitiveness and driving sustainable economic growth, she said.Meanwhile, Head of the Department of Technical and Vocational Education at Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Azita Ali, said ADI serves as an important platform for strengthening Technical and Vocational Education and Training (TVET) through industry-focused training that reflects current workplace needs.She said the approach provides participants with direct exposure to the latest technologies, work processes and industry practices, thereby improving their employability upon completing training.The initiative also aligns with the nations TVET aspirations of producing highly skilled human capital capable of driving economic growth."Through active industry involvement in curriculum development, the learning model has shifted towards a demand-driven approach."The effectiveness of ADI not only has the potential to significantly boost graduate employability but also offers a strategic solution to gradually reduce Malaysias dependence on foreign labour, she said.Azita added that direct access to industry technologies enables participants, particularly fresh graduates, to sharpen their practical skills using the latest equipment and systems.Such exposure not only strengthens their confidence but also prepares them to enter the workforce more effectively.She noted that UTHM has been among the pioneers in implementing ADI and remains committed to advancing the national TVET agenda.The university does this through its Work-Based Learning (WBL) programme, where students spend three years studying at the university to build theoretical and laboratory competencies before undergoing a year of intensive industrial training with participating companies.The approach allows students to apply classroom knowledge in real workplace settings, enhancing their technical competencies, industry experience and employability upon graduation.Unlike conventional industrial training, which is typically a supplementary component of academic programmes, WBL places industry at the centre of the learning experience, with participants undergoing training and learning directly in the workplace from the start of the programme."We see this process strengthened through exclusive mentorship from industry experts, where practical knowledge transfer occurs through the resolution of complex technical challenges."As a result, ADI produces graduates who are not only theoretically competent but also skilled in industrial technologies and agile enough to adapt to evolving industry demands, she said - BERNAMA





Lumba hingga 5 maut: Pelajar universiti Singapura bebas dengan jaminan .. - Mygazette - 11/06 7:35 am

# Lumba hingga 5 maut: Pelajar universiti Singapura bebas dengan jaminan polis KLUANG Seorang pelajar universiti Singapura yang berlumba hingga meragut nyawa empat sekeluarga dan abangnya di Jalan Renggam-Simpang Renggam di sini minggu lalu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini





PTPTN tawar wang pendahuluan pinjaman kepada lebih 40, 000 pelajar .. - Mygazette - 11/06 7:35 am

# PTPTN tawar wang pendahuluan pinjaman kepada lebih 40, 000 pelajar diploma sesi Jun 2026 KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh komitmennya menyokong agenda pemerkasaan pendidikan tinggi negara menerusi pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sebanyak RM1,500 kepada setiap pelajar baharu yang layak. Kemudahan disediakan bagi membantu menampung sebahagian kos persediaan awal kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik sekali gus meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh keluarga





PRN Johor, Negeri Sembilan: Tiada pertindihan kerusi antara komponen BN - Zambry - Sinarharian - 10/06 7:04 pm

PUTRAJAYA - Proses agihan kerusi Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan berjalan lancar tanpa sebarang pertindihan antara parti komponen.Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, walaupun terdapat perbincangan awal berhubung calon di beberapa kawasan, semangat musyawarah yang menjadi amalan gabungan politik itu memastikan keputusan akhir dicapai secara bersama."Pada dasarnya, kita tidak mendapati sebarang masalah untuk proses agihan itu dilakukan kerana perbincangan-perbincangan awal telah pun diadakan cuma di peringkat ini, kita hanya perlu memperkukuhlagi dari segi mungkin calonnya."Dari segi letak pembahagian kerusi antara komponen, kita pada dasarnya tidakada masalah yang besar," katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Syarahan Umum oleh Pengarah Centre on Contemporary China and the World di Universiti Hong Kong Profesor Li Cheng di sini pada Rabu.Beliau berkata, pemilihan calon bagi PRN kali ini diserahkan kepada Pengerusi Perhubungan BN negeri untuk mencadangkan nama individu yang layak bertanding."Kita memberikan kuasaitu kepada pihak Pengerusi Perhubungan BN negeri untuk bekerjasama dengan kita untuk mencadangkan calon-calon kerana mereka lebih mengetahui, dan dibincangkan di peringkat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang akan memberikan kelulusanitu."Walaupun di peringkat awal mungkin ada calon ini nak tempat itu, calon itu nak tempat initetapi akhirnya atas semangat BN, (kita) akan duduk dan membuat keputusan bersama untuk meletakkan calon-calon pada kerusiyang telah dipersetujui," katanya.Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (DUN) Johor dan Negeri Sembilan pada Jumaat inibagi membincangkan segala urusan berkaitan PRN.DUNNegeri Sembilan, yang mempunyai 36 kerusi, dibubarkan pada Jumaat lepasmanakala Johor yang memiliki 56 kerusi puladibubarkan pada 1 Jun lepas





Suara rakyat kini di kain rentang, di mana tindakan Kerajaan Terengganu? - Wrlr - 10/06 6:33 pm

Harapandaily June 10, 2026 Sebuah kain rentang yang memaparkan mesej mengenai isu Rohingya dan gesaan supaya Menteri Besar serta wakil rakyat bertindak kini tular di media sosial, sekali gus mencerminkan kebimbangan sebahagian masyarakat terhadap cara isu pendatang asing dan warga asing ditangani di Terengganu. Kain rentang yang didakwa dipasang di laluan menuju asrama Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus itu membawa mesej yang menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan segera





Anwar, Takaichi adakan rundingan mengenai tenaga keselamatan, kerjasama ekonomi - Sinarharian - 10/06 5:33 pm

TOKYO - Malaysia dan Jepun bersetuju memperkukuh kerjasama dalam bidang tenaga, industri strategik dan daya tahan rantaian bekalan semasa rundingan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Sanae Takaichi.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, isu-isu lain dibincangkan termasuk keselamatan pertahanan dan maritim, industri strategik, peralihan tenaga, kerjasama kewangan, pembangunan modal insan serta isu-isu serantau dan antarabangsa.Mengenai kerjasama tenaga, beliau berkata, Malaysia dan Jepun telah memuktamadkan perjanjian jual beli gas asli cecair (LNG) jangka panjang antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan JERA Co Inc dari Jepun untuk bekalan dua juta tan setahun untuk tempoh 20 tahun bermula pada 2028."Ini merupakan satu pencapaian luar biasa dan kejayaan dari segi kepercayaan serta kerjasama antara kedua-dua negara sahabat yang hebat ini," katanya dalam sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala hari ini, menandakan lawatan rasmi pertama beliau ke Jepun sejak memegang jawatan.Mengenai pertahanan dan keselamatan maritim, Anwar berkata, Malaysiasebagai sebuah negara maritim akan terus memperkukuh kerjasama dengan Jepun di bawah rangka kerja Bantuan Keselamatan Rasmi (OSA).Beliau berkata, usaha berkenaanakan diteruskan tahun ini untuk memuktamadkan Memorandum Kerjasama mengenai keselamatan dan sekuriti maritim yang akan disokong oleh Malaysia.Anwar berkata, kedua-dua negara juga membincangkan kerjasama dalam kecerdasan buatan, semikonduktor, teknologi digital, mineral kritikal dan rantaian bekalan yang berdaya tahan.Beliau berkata, Malaysia mengikuti inisiatif POWERR Asia(Partnership on Wide Energy and Resources Resilience Asia) di bawah kepimpinan Takaichi.Mengenai kerjasama kewangan, beliau berkata, kedua-dua negara telah memperluaskan pengaturan pertukaran mata wang dua hala untuk memudahkan urus niagadalam ringgit dan yen.Menurut Anwar, Malaysia dan Jepun telah bersetuju untuk melanjutkan empat Memorandum Kerjasama yang meliputi keselamatan dan sekuriti maritim, alam sekitar dan kemampanan, pengurusan sisa pepejal dan rangka kerja kawal selia peranti perubatan.Kedua-dua negara juga bersetuju dengan dua Surat Hasrat merangkumi keselamatan tenaga dan peralihan tenaga serta pertukaran akademik antara Universiti of Tokyo dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)





Bekas Pelajar Tahfiz Cemerlang Akademik Di Universiti Amerika, Raih Pelbagai Pengiktirafan & Aktif Latihan Army ROTC! - Siraplimau - 10/06 4:36 pm

Siapa sangka seorang pelajar tahfiz dari Selangor ini bukan saja berjaya menamatkan pengajian di Amerika Syarikat dengan keputusan cemerlang, malah turut meraih pelbagai pengiktirafan akademik serta kepimpinan sepanjang berada di sana. Kisah inspirasi ini dikongsikan oleh MARA USA menerusi Facebook mereka apabila mengetengahkan kejayaan Muhammad Izzahan Isman, graduan Bachelor of Economics dan pelajar tajaan MARA […] The post Bekas Pelajar Tahfiz Cemerlang Akademik Di Universiti Amerika, Raih Pelbagai Pengiktirafan & Aktif Latihan Army ROTC! first appeared on SirapLimau.com .





Who really owns PN? - Sinardaily - 10/06 4:24 pm

Bersatu may see itself as having the moral right to continue leading the coalition," he said.PN brand still carries significant valueCommenting on PN's political value, Zuhdi said the coalition still enjoys considerable influence among voters, particularly following its performance in the 15th Malaysian General Election.He said the PN brand is now more recognisable than any new coalition that could potentially emerge."PN has significant political value. One of the reasons Pas and Bersatu won many seats in GE15 was that voters accepted PN as a political brand in its own right."If they abandon that brand and form a new coalition, it would carry substantial risks," he said.He also warned that signs of cracks within a political coalition often lead to bigger political changes.Meanwhile, political analyst Dr Malike Brahim from Universiti Utara Malaysia said if Pas genuinely intends to move independently, it should take the gentlemanly approach of leaving PN and building a new platform."The problem now is that neither side wants to leave PN





UTM rancang satu lagi misi takluk Gunung Everest - Mygazette - 10/06 3:02 pm

KUALA LUMPUR - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merancang melaksanakan satu lagi misi menakluk Gunung Everest dalam tempoh dua tahun lagi bagi meneruskan legasi kecemerlangan universiti itu di peringkat global





PN milik mutlak siapa? - Sinarharian - 10/06 12:37 am

Tidak mustahil Bersatu melihat mereka mempunyai hak moral untuk meneruskan kepimpinan gabungan tersebut," katanya.Nilai jenama PN masih besarMengulas nilai politik PN, Zuhdi berpandangan, gabungan itu masih mempunyai pengaruh besar dalam kalangan pengundi khususnya selepas kejayaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).Menurutnya, jenama PN kini lebih dikenali berbanding mana-mana gabungan baharu yang mungkin diwujudkan selepas ini."PN mempunyai nilai politik yang besar. Antara faktor Pas dan Bersatu memenangi banyak kerusi pada PRU15 adalah kerana rakyat menerima PN sebagai satu jenama politik yang tersendiri."Jika meninggalkan jenama itu dan membentuk gabungan baharu, ia membawa risiko besar," katanya.Beliau turut mengingatkan bahawa tanda-tanda keretakan dalam gabungan politik lazimnya membawa kepada perubahan yang lebih besar.Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Malike Brahim berkata, jika Pas benar-benar mahu bergerak berasingan, parti itu perlu bersikap gentleman dan keluar daripada PN untuk membina wadah baharu."Masalah sekarang ialah kedua-dua pihak tidak mahu keluar daripada PN





Polls: Pas-Bersatu split expected to benefit unity govt parties - Analysts - Sinardaily - 10/06 11:29 am

KUALA LUMPUR - The split between Pas and Bersatu is expected to significantly weaken the opposition ahead of the Johor and Negeri Sembilan state elections, according to political analysts.Universiti Malaya political analyst Datuk Prof Dr Awang Azman Awang Pawi said if Pas and Bersatu contest separately, they would lose the strategic coordination and cooperation that had previously been among the blocs main strengths.He said the situation would benefit parties in the unity government, as opposition Malay votes could be split among Pas, Bersatu, independent candidates or new political blocs."In the Johor and Negeri Sembilan polls, the opposition will be weaker if Pas and Bersatu contest separately





Pas may leave or be expelled from PN after split with Bersatu - Analysts - Sinardaily - 10/06 8:34 am

KUALA LUMPUR - Pas may either leave or be expelled from the Perikatan Nasional (PN) coalition, after deciding to end its political cooperation with Bersatu, according to a political analyst.Director of the Faculty of Social Sciences and Humanities at Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur Campus, Associate Professor Dr Mazlan Ali said Pas could not determine PNs direction on its own, as the coalition also comprises Bersatu, Gerakan and the Malaysian Indian People's Party (MIPP)."Pas represents only one voice





Insiden tampar: Cucu Nik Aziz, Azhar Ahmad berdamai Insiden tampar: Cucu .. - Mygazette - 10/06 7:28 am

Kedua-duanya juga saling bermaafan dan menerimanya dengan hati yang terbuka atas semangat ukhuwah, perdamaian, saling menghormati dan demi kepentingan semua pihak. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama susulan insiden Nik Aliff Aiman yang mendakwa telah ditampar oleh bekas senator berkenaan semasa program anjuran sebuah universiti di Pahang, 20 Mei lalu





'Demi keluarga saya bertahan' - Hmetro - 10/06 7:00 am

Ipoh: Semangat juang yang tinggi untuk menjadi insan harapan keluarga menjadi motivasi buat Nurul Nadia Abdul Zamid, 22, untuk hidup ketika berdepan situasi cemas kemalangan meragut nyawa 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 9 Jun 2025





KPT bantu Sarawak naik taraf i-CATS jadi universiti penuh - Zambry - Sinarharian - 9/06 11:41 pm

SAMARAHAN - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memberi komitmen untuk mencari jalan penyelesaian isu membabitkan empat penuntut Malaysia yang terjejas susulan masalah pengiktirafan program farmasi yang diikuti di Universiti Alexandria, Mesir.Menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, perkara itu timbul berpunca daripada keputusanuniversiti terbabit yang menukar nama program farmasi kepada Doctor of Pharmacy (PharmD)."Apabila pihak Universiti Alexandria menukar nama program itu daripada program farmasi kepada Pharm-D, itu yang menjadi masalah kepada pengiktirafan program kerana tiada makluman kepada pihak sepatutnya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Program MySiswa@Job On Campus Universiti Awam Peringkat Kebangsaandi Universiti Malaysia Sarawak di sini pada Selasa.Beliau berkata, pertukaran nama program itu menimbulkan kekeliruan kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM)manakala pihak universiti juga tidak membuat pemakluman terkini kepada pihak berkaitan."Isu berkenaan tidak membabitkan Agensi Kelayakan Malaysia kerana pengiktirafan profesion farmasi terletak dalam bidang kuasa LFM di bawah Kementerian Kesihatan," katanya sambil menambah pihaknya akan bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk mencari jalan penyelesaian.Sebelum ini, empat penuntut Malaysia yang mengikuti pengajian farmasi di Universiti Alexandria berdepan masalah apabila program PharmD tidak diiktiraf oleh LFM bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan Poison Law, iaitu antara syarat yang perlu dipenuhi sebelum berkhidmat sebagai ahli farmasi di tanah air.Sebelum ini, pengajian yang ditawarkan kepada mereka melalui surat rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi ialah farmasi, namun program itu dinaik taraf kepada PharmD pada 2019.Dalam perkembangan lain, Zambry berkata, KPT bersedia membantu Kerajaan Negeri Sarawak dalam proses naik taraf Kolej Universitii-CATS (ICATS) kepada sebuah universiti penuh.Beliau berkata, hal ini kerana pihaknya menghargai usaha berterusankerajaan negeri berkenaan dalam memperkasakan bidang pendidikan dan institusi pendidikan tinggi miliknya.Baru-baru ini, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa ICATS telah diiktiraf secara rasmi sebagai universiti penuh selepas menerima keputusan Kerajaan Persekutuan berhubung status institusi pengajian tinggi itu.Abang Johari berkata, pengiktirafan itu menjadikan Sarawak kini memiliki dua universiti penuh milik negeri termasuk Universiti Teknologi Sarawak di Sibu.-Bernama





Anwar tarik pelaburan Jepun dalam semikonduktor, AI, teknologi kuantum - Sinarharian - 9/06 11:11 pm

TOKYO - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa syarikat Jepun untuk terus memperluas pelaburan mereka di Malaysia terutamanya dalam sektor teknologi tinggi seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan industri digital.Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia telah berkembang daripada ekonomi berasaskan getah dan timah kepada minyak serta gas selain sedang memperkukuh kedudukannya sebagai hab serantau untuk industri elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor."Kami telah menjadi hab semikonduktor di rantau ini dan sektor itu berkembang dengan amat pesat. Kita telah menyaksikan eksport yang sangat besar daripada sektor E&E."Saya percaya ramai daripada anda, mungkin tujuh atau lapan syarikat turut terlibat dalam bidang pengkomputeran kripto," kata beliau dalam ucapan pembukaan pada sesi meja bulat bersama 29 tokoh perniagaan terpilih dari Jepun di sini pada Selasa.Beliau berkata, Malaysia memberi keutamaan kepada teknologi baharu seperti AI, industri digital dan pengkomputeran kuantum selain terus menyokong sektor tradisional termasuk minyak serta gas.Anwar menekankan, inisiatif kesalinghubungan tenaga serantau, termasuk projek kabel dasar laut yang menghubungkan Asia Tenggara dan potensi kerjasama melibatkan Sarawak Energy serta Malaysia serta berharap dapat memanfaatkan kepakaran Jepun.Beliau turut menzahirkan penghargaan atas peranan industri Jepun yang telah lama wujud dalam pembangunan ekonomi Malaysia."Ramai dalam kalangan anda sudah biasa dengan Malaysia, pernah ke Malaysia dan saya datang ke sini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua, peneraju industri Jepun, atas sokongan anda," kata beliau.Beliau berkata, syarikat Jepun merupakan antara pelabur terawal di Malaysia selepas kemerdekaan, membantu memacu perjalanan perindustriannya.Beliau menekankan, kerjasama erat antara universiti dan institusi penyelidikan Malaysia-Jepun, termasuk lawatan beliau ke Universiti Tokyo pagi ini apabila Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Lanjutannya akan bekerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam penyelidikan peringkat tinggi tidak lama lagi.Terdahulu, Anwar bertemu dengan eksekutif daripada enam syarikat Jepun, iaitu IBM, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy, DENSO Corporation dan Marubeni Corporation untuk membincangkan peluang pelaburan dalam sektor seperti tenaga, industri halal, AI serta pengkomputeran termaju.Anwar dalam lawatan rasmi tiga hari ke Jepun diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong.Mesyuarat hari ini merupakan sebahagian daripada usaha Malaysia untuk menarik pelaburan, memperkukuh sektor teknologi tinggi dan meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Jepun.Turut hadir, Tan Sri Mohd Hassan Marican yang merupakan Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).Anwar dijadualkan menyampaikan ucaptama bertajuk Navigating Strategic Uncertainty di Forum Nikkei ke-31 esok di bawah tema Working Together for a More Resilient and Prosperous Asia.Kemudian, beliau akan diberikan majlis sambutan rasmi di Pejabat Perdana Menteri Jepun, diikuti pertemuan dua hala dengan rakan sejawatan sebelum kembali ke Kuala Lumpur.- Bernama





Insiden ditampar: Cucu Tok Guru Nik Aziz berdamai dengan senator - Sinarharian - 9/06 10:43 pm

KOTA BHARU Cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Alif Aiman Abdul Ariffahmi dan Senator, Datuk Azhar Ahmad memilih untuk berdamai secara baik pada Selasa.Kontroversi mereka berakhir secara damai apabila kedua-dua pihak saling bermaafan dan mencapai penyelesaian secara baik dalam satu pertemuan yang berlangsung di sebuah hotel di sini.Menerusi kenyataan bersama dikeluarkan pada Selasa, kedua-dua mereka memohon maaf antara satu sama lain berhubung salah faham yang timbul susulan insiden didakwa berlaku dalam satu program di Janda Baik, Bentong, Pahang pada 20 Mei lalu.Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak turut menerima permohonan maaf berkenaan dengan hati terbuka atas semangat ukhuwah, perdamaian dan saling menghormati."Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara mesra dan mencapai persetujuan untuk menyelesaikan perkara ini secara baik tanpa meneruskan sebarang pertikaian yang berpanjangan."Perbincangan tersebut turut dihadiri beberapa individu lain termasuk Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz," kata kenyataan itu.Dalam masa sama, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan, komen atau tindakan yang boleh memburukkan, mengaibkan atau menjejaskan nama baik mana-mana pihak berkaitan insiden berkenaan.Mereka turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu memudahkan proses penyelesaian tersebut."Kami berharap hubungan sesama masyarakat terus dipelihara dalam suasana saling menghormati serta berlandaskan nilai kesopanan dan keharmonian," menurut kenyataan itu.Kedua-dua pihak turut menegaskan bahawa isu berkenaan dianggap selesai secara muktamad dan meminta semua pihak menghormati privasi serta keputusan yang telah dicapai.Sinar Harian pada 1 Jun lalu melaporkan, cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ditampar seorang senator ketika menghadiri program rasmi sebuah universiti di Janda Baik, Pahang pada 20 Mei lalu.Nik Alif Aiman berkata, kejadian itu didakwa berlaku kira-kira jam 6 petang selepas tamat sesi ceramah sempena Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 yang diadakan di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU).Bagaimanapun, Azhar meneliti kemungkinan mengambil tindakan undang-undang susulan dakwaan mengaitkannya dengan insiden menampar seorang pelajar dalam satu program di Janda Baik, Pahang bulan lalu.Katanya, tindakan tersebut bagi menentukan kesahihan fakta serta implikasi undang-undang yang berkaitan.





KPT sokong penuh hasrat Sarawak naik taraf iCATS jadi universiti - Mypress - 9/06 9:20 pm

KOTA SAMARAHAN – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyatakan kesediaan untuk merealisasikan hasrat kerajaan negeri Sarawak bagi menaik taraf Kolej Universiti iCATS kepada sebuah universiti penuh





Tamat kerjasama dengan Bersatu: Pas mungkin keluar atau dikeluarkan dari PN - Penganalisis - Sinarharian - 9/06 5:57 pm

KUALA LUMPUR - Pasberkemungkinan keluar atau dikeluarkan daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) selepas membuat keputusan menamatkan kerjasama dengan Bersatu, demikian menurut penganalisis politik.Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur, Profesor Madya Dr Mazlan Ali berkata, Pastidak boleh menentukan hala tuju PN secara bersendirian kerana gabungan politik itu turut dianggotai Bersatu, Gerakan serta Parti Rakyat India Malaysia (MIPP)."Pashanya mewakili satu suara sahaja..





Mahasiswa nafi paksa pelajar kolej buat onani?? - Mygazette - 9/06 4:22 pm

ALOR GAJAH - Seorang mahasiswa universiti di sini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Alor Gajah hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan mengaibkan kehormatan seorang gadis, awal bulan ini





Vape ibarat bom jangka, jadi medium penyalahgunaan dadah – USM - Mygazette - 9/06 4:22 pm

# Vape ibarat bom jangka, jadi medium penyalahgunaan dadah - USM GEORGE TOWN - Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia (USM) menyuarakan kebimbangan terhadap trend penggunaan vape yang semakin meluas kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan malah membuka ruang kepada penyalahgunaan dadah yang lebih sukar dikesan





Lelaki tular curi beg tangan jemaah masjid direman 4 hari - Mygazette - 9/06 4:22 pm

Semalam, MalaysiaGazette melaporkan polis memburu lelaki yang tular videonya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) masjid memaparkannya memakai berbaju T dan berseluar pendek melarikan beg tangan seorang jemaah wanita. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pukul 6.24 petang hari sama daripada mangsa, penuntut universiti berusia 19 tahun





Kemajuan AI mesti berteraskan etika, nilai kemanusiaan - PM - Sinarharian - 9/06 1:14 pm

TOKYO - [DIKEMAS KINI] Pembangunan kecerdasan buatan (AI) mesti berpaksikan etika, nilai kemanusiaan dan pemahaman mendalam masyarakat bagi memastikan kemajuan teknologi kekal inklusif serta mampan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Beliau berkata, AI tidak seharusnya dilihat semata-mata suatu bidang khusus, sebaliknya sebagai faktor merentas disiplin yang mempengaruhi ekonomi, teknologi dan hampir setiap bidang ilmu."Masa depan terletak pada penguasaan ilmu pelbagai disiplin yang berteraskan etika dan nilai kemanusiaan," katanya ketika menyampaikan syarahan khas bertajuk Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin di Universiti Tokyo di sini pada Selasa.Anwar berkata, agenda pembangunan Malaysia di bawah kerangka Madani memberi penekanan yang kukuh kepada nilai murni dan kemajuan yang berfokuskan insan dalam menghadapi perkembangan teknologi yang pesat.Beliau turut menegaskan bahawa masa depan akan dikuasai oleh mereka yang mampu menggabungkan kemajuan teknologi dengan kefahaman mendalam mengenai masyarakat serta nilai-nilai kemanusiaan.Perdana Menteri berkata, AI perlu berfungsi untuk memenuhi keperluan pembangunan sebenar, termasuk menambah baik perkhidmatan awam, meningkatkan produktiviti serta menyokong sektor utama seperti pendidikan, kesihatan, pertanian dan kejuruteraan.Beliau berkata, AI juga boleh membantu menangani cabaran struktur seperti masyarakat menua, namun perkara itu memerlukan pengukuhan kapasiti negara dalam pembangunan bakat, infrastruktur dan tadbir urus data bagi memastikan penggunaan teknologi yang bertanggungjawab."Keutamaan yang lebih baik ialah keupayaan untuk menentukan di mana AI harus digunakan, di mana ia perlu dihadkan dan di mana pertimbangan manusia mesti kekal diutamakan," katanya.Anwar menegaskan AI tidak mempunyai matlamat yang ditetapkan sejak awal, tetapi terbentuk melalui keputusan manusia berasaskan undang-undang, institusi dan tanggungjawab moral.Walaupun Malaysia menerima sepenuhnya kemajuan teknologi, beliau berkata AI mesti berkhidmat kepada manusia dan memperkukuh nilai kemanusiaan, bukannya melemahkannya, dengan masyarakat mengekalkan nilai seperti kesedaran, tanggungjawab, integriti dan keprihatinan."Kita mesti membina sistem berkhidmat untuk manusia dan memperkayakan nilai kemanusiaan, bukan merendahkannya; institusi kekal bertanggungjawab kepada mereka; serta masyarakat mengingati apa tidak boleh diwarisi oleh mesin bagi pihak kita iaitu kesedaran, tanggungjawab, integriti dan keprihatinan antara satu sama lain," katanya.Menjawab soalan seorang pelajar Malaysia di Jepun mengenai bagaimana graduan dari Jepun boleh menyumbang kepada agenda AI Malaysia, Anwar berkata pelajar Malaysia di Jepun mesti memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi AI negara menjelang 2030.Beliau berkata, peranan mereka tidak terhad kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya turut membawa tanggungjawab lebih luas yang dibentuk melalui pendedahan mereka kepada masyarakat dan budaya Jepun."Itulah sebabnya kamu dihantar ke sini," katanya, sambil menyatakan bahawa pengajian di Jepun menawarkan gabungan unik antara disiplin akademik yang tinggi dan pemahaman mendalam tentang masyarakat.Pada sesi itu, Perdana Menteri turut menceriakan suasana dengan berseloroh bahawa singkatan "AI" bukan sahaja merujuk kepada kecerdasan buatan, tetapi juga kepada "Anwar Ibrahim", yang mengundang gelak ketawa dalam kalangan hadirin.Sesi syarahan tersebut berlangsung dengan kehadiran penuh, apabila dewan universiti yang memuatkan 500 orang dipenuhi pelajar dan ahli akademik.Anwar, yang kini dalam lawatan rasmi tiga hari ke Jepun, memulakan program hari ini di Universiti Tokyo, dengan beliau turut menerima kunjungan hormat daripada Presiden Universiti Tokyo Prof Teruo Fujii sebelum menyampaikan syarahan khas tersebut.Pada masa ini, lebih 2,000 pelajar tajaan kerajaan Malaysia sedang menuntut di Jepun





Vape kini bom jangka, ancam generasi muda terjerumus dadah - Sinarharian - 9/06 1:01 pm

GEORGE TOWN Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia (USM) menyifatkan penggunaan vape yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja dan kanak-kanak sebagai satu bom jangka yang berpotensi mencetuskan impak kesihatan awam lebih besar sekiranya tidak ditangani segera.Pengarahnya, Dr Nur Azzalia Kamaruzaman berkata, kebimbangan itu bukan sahaja berpunca daripada peningkatan penggunaan vape malah disebabkan evolusi pantas produk berkenaan yang menjadikannya semakin sukar dipantau, dikawal dan dirawat apabila berlaku keracunan serta penyalahgunaan.Menurutnya, vape kini tidak lagi sekadar digunakan untuk pengambilan nikotin sebaliknya semakin jelas disalahgunakan sebagai medium pengambilan dadah dan bahan terlarang."Pelbagai bahan digunakan secara silih berganti termasuk dadah sintetik seperti kanabis sintetik, fentanyl dan etomidate yang mempunyai kesan sangat kuat serta sering kali sukar dirawat menggunakan pendekatan klinikal biasa."Bukti penyalahgunaan vape kini semakin ketara





Hati Nurani Tak Boleh Diwarisi Mesin- Anwar Beri Peringatan Tentang AI - Murai - 9/06 11:56 am

Dalam dunia yang semakin dikuasai teknologi, khususnya kecerdasan buatan (AI), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kemajuan teknologi tidak seharusnya menghakis nilai kemanusiaan yang menjadi teras kehidupan masyarakat. Ketika menyampaikan syarahan khas bertajuk Nilai Kemanusiaan Dalam Peradaban Manusia-Mesin di Universiti Tokyo, Jepun, Anwar menegaskan pembangunan AI perlu berpaksikan integriti, tanggungjawab moral dan nilai […] The post Hati Nurani Tak Boleh Diwarisi Mesin- Anwar Beri Peringatan Tentang AI appeared first on Murai MY .





Calls renewed for stronger Rohingya refugee controls as population continues to rise - Sinardaily - 9/06 11:25 am

SHAH ALAM The growing Rohingya population in Malaysia is increasingly being viewed as a long-term national challenge, with the presence of second and third generation refugees highlighting how the issue has evolved beyond a temporary humanitarian concern.As of February this year, 126,144 Rohingya refugees were registered with the United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) in Malaysia, a significant increase from an estimated 10,000 three decades ago.Some observers believed the actual figure could be considerably higher due to the presence of unregistered individuals.The rapid growth has reignited concerns over the country's capacity to accommodate refugees, including access to public services, employment opportunities, security considerations and the long-term future of the Rohingya community itself.According to Universiti Kebangsaan Malaysia international law expert Professor Dr Salawati Mat Basir, the university had proposed a refugee management mechanism to the government some 20 years ago to prevent the issue from reaching its current scale.She said the proposal involved creating a special settlement for Rohingya refugees equipped with essential facilities and security measures."The special settlement would include clinics, skills centres, schools and high-level security controls





JKOM bakal jelajah kampus seluruh negara, Syam Ghaz umum siri dialog bersama Menteri - Harapandaily - 8/06 10:32 pm

Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) bakal memperluaskan program libat urus dengan mahasiswa menerusi siri jelajah kampus yang melibatkan penyertaan menteri dan timbalan menteri Kerajaan MADANI di institusi pengajian tinggi seluruh negara. Ketua Pengarah JKOM yang baharu, Mohd Hisyamuddin Ghazali, berkata pihaknya sedang merangka pelaksanaan program townhall dan dialog secara langsung bersama mahasiswa di universiti awam, universiti..





Trust, not ideology, biggest hurdle to Muafakat Nasional revival - Sinardaily - 8/06 7:13 pm

SHAH ALAM The idea of Malay-Muslim political cooperation continues to resonate with a segment of voters, but past political baggage and competing coalition interests make any return to Muafakat Nasional politically challenging.Political observers say the core question is no longer whether Umno and PAS share common objectives, but whether sufficient trust remains for both parties to cooperate again after years of shifting alliances and electoral competition.Universiti Utara Malaysia senior lecturer and political analyst Kamarul Zaman Yusoff said the appeal of Muafakat Nasional remains intact, given the deep grassroots networks and overlapping Malay support bases of both Umno and PAS.However, he said the collapse of trust remains the central obstacle.The key issue is trust





Pas and Bersatu at a crossroads as tensions test PN unity - Sinardaily - 8/06 6:09 pm

SHAH ALAM - At the heart of the current tensions within Perikatan Nasional (PN) lies a growing divergence between Pas and Bersatu over the coalition's future direction, leadership structure and potential expansion.While both parties remain formally committed to PN, recent public disagreements have fuelled speculation about whether the opposition pact is entering a period of internal recalibration, with Pas increasingly seeking greater strategic flexibility and Bersatu determined to protect its position within the coalition.Universiti Utara Malaysia (UUM) College of Law, Government and International Studies (CoLGIS), senior lecturer and political analyst Dr Kamarul Zaman Yusoff said recent exchanges between PN leaders should be viewed as symptoms of deeper coordination challenges rather than isolated disagreements."On one level, exchanges of letters and public statements are not unusual in coalition politics, especially when parties are negotiating seat allocations, electoral strategy, leadership authority and the admission of new partners."However, when such matters are no longer confined to internal meetings and instead have to be expressed publicly or through formal correspondence, it suggests a communication problem within the coalition."In that sense, this is not merely routine negotiation





'Selepas hampir empat tahun, Anwar terbukti mampu kekalkan kestabilan negara' - Penganalisis - Sinarharian - 8/06 3:09 pm

KUALA LUMPUR Keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengekalkan kestabilan Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada November 2022 membuktikan beliau mempunyai kepimpinan yang mampu mengurus pelbagai parti dalam satu gabungan kerajaan.Pensyarah Kanan Jabatan Bahasa dan Pengajian Umum, Fakulti Perniagaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Dr Norhudiin Danu berkata, bukan sesuatu yang mudah untuk memastikan keharmonian dalam kerajaan yang dianggotai pelbagai parti, termasuk Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini merupakan seteru politik utama Pakatan Harapan (PH).Menurut beliau, demi memastikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara terus terpelihara, Anwar berusaha mengimbangi kepentingan setiap parti komponen dalam Kerajaan Madani sehingga berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sehingga kini."Sejarah membuktikan negara pernah menyaksikan pertukaran tiga Perdana Menteri dalam tempoh satu penggal Parlimen susulan ketidaktentuan politik dan pembentukan kerajaan campuran."Jika dilihat daripada perspektif itu, Anwar merupakan satu-satunya pemimpin yang berjaya mengekalkan kestabilan kerajaan tanpa berdepan ancaman serius terhadap kedudukannya sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 2022," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Sebelum ini, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban, Dr Mazlan Che Soh berpandangan bahawa ketahanan politik Anwar mencerminkan kematangan institusi politik negara apabila beliau berjaya mengurus perbezaan pandangan, membina konsensus dan mengekalkan keyakinan institusi utama negara.Mengulas lanjut, Norhudiin berkata, pembentukan Kerajaan Perpaduan yang lebih inklusif menerusi kerangka Malaysia Madani turut membantu memperkukuhkan imej Malaysia di mata masyarakat antarabangsa.Katanya, perkembangan itu disokong oleh prestasi ekonomi yang memberangsangkan, termasuk pertumbuhan ekonomi sebanyak 5.4 peratus pada suku pertama 2026, selain pengukuhan nilai ringgit dan peningkatan pelaburan asing."Ketidakstabilan geopolitik dunia memberi kesan kepada banyak negara, namun ekonomi Malaysia masih berada dalam keadaan stabil dan terkawal."Keadaan ini membantu rakyat berasa lebih yakin, namun mereka tetap perlu mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah serta sentiasa bersedia menghadapi sebarang ketidaktentuan ekonomi," katanya.Beliau berkata, seluruh rakyat juga perlu memainkan peranan dalam mengekalkan kestabilan ekonomi, keharmonian masyarakat dan kemakmuran negara."Jauhilah sikap ekstrem walaupun berbeza fahaman politik kerana kesejahteraan dan keharmonian masyarakat merupakan asas penting kepada kemakmuran yang telah dibina sejak sekian lama."Nilai itu perlu terus dipelihara agar kekal menjadi teras kepada kehidupan setiap rakyat Malaysia," katanya.





Polis buru suspek curi beg penuntut ketika solat di masjid - Sinarharian - 8/06 1:55 pm

ALOR GAJAH - Polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki mencuri beg milik seorang penuntut universiti ketika mangsa sedang menunaikan solat Asar di sebuah masjid di Kampung Jelatang di sini pada Sabtu.Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, kejadian berlaku sekitar jam 4.45 petang di ruang solat wanita Masjid Ar-Rasyidin.Menurutnya, mangsa berusia 19 tahun ketika itu sedang solat bersendirian dan meletakkan beg yang mengandungi dokumen serta barangan peribadi di hadapan sejadah."Ketika bangun daripada sujud, mangsa ternampak seorang lelaki tidak dikenali memakai baju-T berwarna biru dan berseluar pendek hitam berada di hadapannya sebelum bertindak mengambil beg berkenaan."Suspek kemudian melarikan diri melalui pintu belakang ruang solat tersebut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Beliau berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada mangsa pada jam 6.24 petang hari yang sama."Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan."Identiti suspek telah dikenal pasti dan polis kini sedang giat mengesan serta memburunya bagi membantu siasatan," katanya.Katanya, orang ramai dinasihat supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut dan menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu siasatan.Sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi talian 06-556 2222 di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah atau mana-mana balai polis berhampiran.





Kelantan has potential to become country's green energy hub - Academic - Sinardaily - 7/06 8:00 pm

KOTA BHARU - Despite its significant geographical and climatic potential to become the nation's renewable energy (RE) hub or economic hotspot, Kelantan has seen slow adoption of renewable energy technology at the household and small and medium enterprise (SME) levels.Associate Professor Dr Hasyiya Karimah Adli of the Faculty of Data Science and Computing, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), said that although large-scale solar projects have begun to emerge in the state, public awareness and uptake of private solar systems remain low due to the high upfront capital costs.The academic, who is also a researcher, said the cost of installing a domestic solar panel system is currently estimated at between RM15,000 and RM30,000 for a typical house."Kelantan's relatively flat terrain, coupled with consistent sunlight exposure and high solar radiation levels ranging from 4.21 to 5.56 kWh/m per day, makes the state highly suitable for the solar industry."However, adoption at the household level remains slow





Perluas AI ke semua peringkat termasuk universiti - Anwar - Sinarharian - 7/06 2:37 pm

SUNGAI PETANI - Pendedahan kepada bidang kecerdasan buatan (AI) perlu diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar universiti bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam menghadapi perubahan teknologi masa depan.Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan telah memulakan pelbagai inisiatif bagi memperkenalkan teknologi tersebut, termasuk di peringkat sekolah dan komuniti.Menurutnya, usaha itu dilaksanakan melalui pengenalan pendidikan digital dan AI di sekolah selain diperluaskan ke peringkat universiti."Sekarang, kita minta semua universiti ada jabatan AI termasuk di Universiti AIMST ini





'Ketahanan politik Anwar cerminkan kematangan institusi politik negara' - Penganalisis - Sinarharian - 7/06 12:36 am

KUALA LUMPUR Ketahanan politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai manifestasi kematangan institusi politik Malaysia apabila beliau berjaya mengurus perbezaan, membina konsensus serta mengekalkan keyakinan institusi utama negara.Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seremban, Dr Mazlan Che Soh berkata, pengalaman politik negara sejak 2022 menunjukkan kerajaan campuran mampu berfungsi dengan lebih stabil berbanding persepsi sebelum ini yang sering mengaitkan perubahan kerajaan dengan krisis dan ketidakstabilan.Menurutnya, dari sudut pentadbiran awam, kejayaan seseorang Perdana Menteri tidak hanya diukur berdasarkan keupayaannya mengekalkan kuasa, sebaliknya sejauh mana kestabilan politik yang dicapai dapat diterjemahkan kepada reformasi institusi yang berkekalan."Dalam konteks ini, Anwar boleh dikatakan berjaya melepasi fasa pertama iaitu menstabilkan kerajaan pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)."Namun, fasa kedua yang lebih mencabar adalah untuk memastikan kestabilan tersebut diterjemahkan kepada perubahan struktur yang dapat dirasai rakyat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas PRU15 berjaya mengelakkan ketidaktentuan politik berpanjangan, namun pada masa sama memerlukan pelbagai kompromi politik bagi memastikan kestabilan pentadbiran dapat dikekalkan."Persoalan yang wajar ditimbulkan ialah sama ada kompromi tersebut memperkukuh agenda reformasi atau sebaliknya memperlahankan beberapa pembaharuan yang pernah dijanjikan sebelum ini," ujarnya.Mengulas lanjut, Mazlan berkata, cabaran terbesar Anwar ketika ini bukan lagi untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, tetapi memastikan legasi pentadbirannya dinilai berdasarkan kejayaan melaksanakan reformasi institusi.Katanya, aspek seperti peningkatan produktiviti ekonomi, pengukuhan integriti tadbir urus dan pembinaan kapasiti negara dalam menghadapi cabaran masa depan perlu menjadi keutamaan."Sejarah lazimnya tidak menilai pemimpin berdasarkan tempoh mereka memegang jawatan, tetapi berdasarkan perubahan yang berjaya mereka tinggalkan kepada negara," katanya.Menurut beliau, selepas hampir empat tahun mentadbir, persoalan utama bukan lagi sama ada Anwar mampu terus bertahan sebagai Perdana Menteri.Sebaliknya, katanya, persoalan yang lebih penting ialah sama ada kestabilan politik yang berjaya dibina itu dapat diterjemahkan kepada reformasi institusi yang mampu bertahan walaupun selepas beliau tidak lagi berada di Putrajaya."Di situlah terletaknya ukuran sebenar kejayaan seorang negarawan," katanya.





Cadangan pemimpin pelajar tanding PRU16 idea progresif - Akmal Zharif - Sinarharian - 7/06 7:55 am

IPOH Cadangan supaya pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti awam (UA) diketengahkan sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dianggap sebagai satu idea menarik dan progresif yang wajar diperhalusi.Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Tinggi, Akmal Zharif Ahmad Kamal berkata, cadangan yang dikemukakan tokoh akademik, Tan Sri Nordin Kardi itu mampu memberi peluang kepada golongan muda mendepani dinamika politik semasa.Menurutnya, kelompok belia kini merupakan sebahagian besar daripada pengundi negara justeru penglibatan mereka dalam arena politik perlu diberi perhatian."Saya ada terbaca cetusan idea daripada Tan Sri Nordin Kardi yang cukup menarik dan luar kotak.di mana beliau mencadangkan agar pemimpin muda MPP atau Yang Dipertua MPP universiti diketengahkan sebagai calon pilihan raya."Ini satu cadangan yang begitu progresif kerana kita memberi peluang kepada anak muda mendepani dinamik politik pada hari ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Gotong-Royong Perdana Taman Meru Perdana 2 di sini pada Sabtu.Beliau mengulas cadangan Nordin menerusi hantaran Facebook pada 3 Jun lalu yang mencadangkan parti politik mempertimbangkan Presiden MPP, pemimpin kanan MPP atau pensyarah muda universiti sebagai calon Parlimen di kawasan yang menempatkan universiti awam.Bagaimanapun, Akmal Zharif berkata, cadangan tersebut perlu diperhalusi kerana aspek pengalaman turut penting dalam melahirkan pemimpin yang berkesan."Anak muda memang bagus, agresif, banyak tenaga dan pantas bekerja





Faisal Tehrani dakwa kuasa Ibu Soko tidak boleh diketepikan - Harapandaily - 6/06 8:00 pm

Ketika Negeri Sembilan berdepan kemelut politik yang akhirnya membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri lebih awal, Pensyarah Felo Penyelidik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr





ICATS milik kerajaan Sarawak kini bertaraf universiti penuh - FMT - 6/06 7:35 pm

Premier Abang Johari Openg berkata pengiktirafan itu menjadikan institusi pendidikan tinggi itu yang kedua seumpamanya selepas Universiti Teknologi Sarawak (UTS).





New plant species discovered in Tawau Hills Park - Sinardaily - 6/06 1:00 pm

TAWAU - A plant specimen first discovered in Tawau Hills Park in 2014 has been confirmed as a new species, now known as Ardisia condensiflora, after remaining unidentified in a herbarium for more than a decade.In a statement, the Institute for Tropical Biology and Conservation (ITBC) of Universiti Malaysia Sabah (UMS) said the species was identified by its researcher Dr Avelinah Julius in collaboration with Dr Timothy M.A





Semua 7 anak berjaya ke universiti, ini rahsia Saad dan isteri - Hmetro - 6/06 12:30 am

Pontian : Kami dan isteri akui kesemua tujuh anak lelaki berjaya melanjutkan pengajiannya ke menara gading berkat patuh kepada ibu bapa dan agama, kata Saad Haron, 70





Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan segera - Sinarharian - 6/06 9:00 am

SHAH ALAM - Kemelut di Negeri Sembilan mesti diselesaikan mengikut lunas undang-undang tubuh negeri dan adat yang diterima pakai di negeri berkenaan.Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, meskipun krisis hanya berlaku di dalam Negeri Sembilan, rakyat akan menilai ia sebagai perkara besar kerana melibatkan institusi diraja itu sendiri."Rakyat memandang dan menilai yang krisis ini besar sebab melibatkan masalah dalaman institusi diraja."Jadi, saya harap krisis dalaman ini cepat berakhir dan diselesaikan dengan tenang berdasarkan perlembagaan serta undang-undang tubuh kerajaan negeri," katanya ringkas kepada Sinar Harian.Media melaporkan, kurang 12 jam selepas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), suasana di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin pada pagi Jumaat bertukar kecoh.Ia selepas beberapa pembesar adat negeri itu tidak dibenarkan memasuki kawasan balai untuk menghadiri Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU).ARTIKEL BERKAITAN -Undang Yang Empat masyhurkan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12Tunku Nadzaruddin dihalang meninggalkan hotel di MelakaMesyuarat DKU selesai, ada acara besar menanti -PeguamKecoh, pembesar adat persoal tidak dibenar masuk Balai Kediaman Tunku Besar Tampin untuk Sidang Khas DKUSebelum itu, Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang diperoleh dalam sesi menghadap di Istana Besar Seri Menanti.Pembubaran tersebut membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat bagi memilih kerajaan negeri baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.





KPT, KKM diarah segera selesaikan isu pengiktirafan graduan farmasi .. - Mygazette - 6/06 7:32 am

# KPT, KKM diarah segera selesaikan isu pengiktirafan graduan farmasi Universiti Alexandria KUALA LUMPUR - Perdana Menteri telah mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya memberikan perhatian serta memuktamadkan penyelesaian terhadap isu aduan dikemukakan pelajar bidang farmasi di Universiti Alexandria, Mesir berhubung pengiktirafan kelayakan program Doktor Farmasi (PharmD) untuk tujuan pendaftaran dan amalan profesional di Malaysia





UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah - Mypress - 5/06 9:45 pm

KANGAR Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) terus mengharumkan nama negara apabila dipilih menyertai konsortium penyelidikan antarabangsa melibatkan institusi dari Eropah dan Asia menerusi projek Concrete Innovation for Recycled Content and…





Kelulusan Doktor Farmasi tak diiktiraf, Anwar arah KPT, KKM selesai segera - Mygazette - 5/06 3:24 pm

Justeru, KPT dan KKM perlu menyelesaikan isu ini secara tuntas selaras dengan gagasan MADANI yang menuntut keadilan, ihsan dan kebijaksanaan dalam setiap keputusan yang menyentuh masa depan rakyat, tanpa menjejaskan standard profesional yang ditetapkan bagi bidang farmasi, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Media sebelum ini melaporkan rayuan empat pelajar Malaysia di Universiti Alexandria, Mesir yang berdepan kebuntuan menjalani peperiksaan wajib, latihan praktikal serta meneruskan kerjaya sebagai ahli farmasi di negara ini





Aktivis siswa disiasat polis lepas bangkit isu 'rasuah' di universiti - Mkini - 5/06 2:49 pm

Pengerusi Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram) Brendon Gan sifatkan siasatan terhadapnya cubaan menakut-nakutkan pengkritik.





KPT, KKM diarah selesai segera isu graduan farmasi Universiti Alexandria - Harapandaily - 5/06 12:21 am

Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya mempercepatkan penyelesaian isu pengiktirafan graduan program Doktor Farmasi (PharmD) dari Universiti Alexandria, Mesir yang berlarutan sejak sekian lama





PM arah isu kelayakan PharmD lulusan Universiti Alexandria diselesai segera - FMT - 5/06 12:13 am

Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan diarahkan menyegerakan penyelesaian berhubung isu pengiktirafan kelayakan program berkenaan.





PM arah KPT, KKM selesaikan isu pengiktirafan program Doktor Farmasi - Mkini - 5/06 11:57 am

Selepas isu itu dibangkitkan penuntut Universiti Alexandria, Mesir.





AI no match for journalists' on-the-ground experience - Expert - Sinardaily - 5/06 10:04 am

KOTA BHARU - Mastering artificial intelligence (AI) in newsrooms is no longer seen as an option but a critical necessity in navigating an increasingly challenging and competitive media landscape.As digital transformation accelerates, failure by media organisations to integrate AI technology into their operations may undermine efficiency and productivity, while increasing the risk of falling behind in an increasingly competitive environment to remain relevant to audience needs.However, despite the benefits of the technology in speeding up news production, concerns have emerged over excessive reliance on AI and digital sources, which are feared to erode core journalistic values, including on-the-ground reporting, long regarded as central to quality journalism.These concerns stem from ongoing debates about a growing tendency in some reporting to rely heavily on social media or online sources, with information then processed using AI without direct verification at the scene.According to Senior Lecturer at the Faculty of Modern Languages and Communication, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Shekh Alsagoff, AI can be an effective tool in boosting newsroom productivity; however, it cannot replace the experience and editorial judgement of journalists in the field.He said the strength of journalism in producing high-impact reporting continues to lie in journalists seeing situations first-hand, engaging with communities, and verifying information through multiple sources before publication."If journalists become too reliant on AI and digital sources, the culture of field reporting could gradually diminish





Peminjam Culas Diheret Ke Mahkamah Dipertikai, Ini Respon ‘Pedas’ Pengerusi MARA - Vocket - 5/06 9:19 am

Tindakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengheret seorang peminjam yang gagal melunaskan pinjaman pengajian Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Cambridge ke mahkamah baru-baru ini telah mencetuskan..





Kampus Monash University selamat daripada ancaman bom - FMT - 5/06 9:09 am

Pihak universiti berkata polis mengesahkan keadaan selamat untuk kampus di Subang Jaya itu kembali beroperasi.





Apabila mereka tidak pulang - Mygazette - 5/06 7:50 am

Dan sebesar mana pun ujian yang menimpa, rahmat Allah sentiasa lebih luas daripada segala ketakutan dan kesedihan yang dirasai manusia. **Pensyarah Kanan Psikologi dan Psikospiritual Islam di Jabatan Kesihatan Komuniti,** **Pusat Kanser Tun Abdullah Ahmad Badawi (PKTAAB), Universiti Sains Malaysia (USM).** "Kereta itu dipercayai dipandu laju dan melulu bersama-sama sebuah Mercedes-Benz A250





Empat siswi rayu PM bantu iktiraf doktor farmasi universiti Mesir - Mkini - 4/06 4:40 pm

Mereka meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim campur tangan selesaikan isu pengiktirafan kelayakan PharmD dari Universiti Alexandria.





Cucu Tok Guru Nik Aziz dakwa ditampar senator: Bapa sedia bawa kes ke mahkamah - Sinarharian - 4/06 4:26 pm

KOTA BHARU - Bapa kepada Nik Alif Aiman iaitu Ir Ariffahmi Ab Rahman tampil menegaskan beliau percaya anaknya bercakap benar dan bersedia membawa kes itu ke mahkamah bagi menuntut keadilan selepas cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mendakwa ditampar seorang senator.Beliau terpaksa bersuara selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri bagi memberi ruang kepada proses keadilan berjalan dengan baik.Menurutnya, keyakinan terhadap anaknya tidak pernah berbelah bahagi kerana Nik Alif Aiman merupakan seorang pemimpin pelajar yang berwibawa dan tidak pernah berbohong terutama dalam perkara serius.ARTIKEL BERKAITAN:Cucu Tok Guru Nik Aziz dakwa ditampar senatorDakwaan tampar cucu Tok Guru Nik Aziz: Azhar pertimbang tindakan undang-undang'Bukan tampar, sekadar sentuh pipi'"Saya percaya kepada anak saya. Dia telah bercakap benar dan saya yakin dengan integritinya sebagai seorang pemimpin pelajar," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Ariffahmi turut menjelaskan tempoh masa yang agak lama sebelum laporan polis dibuat bukan disebabkan faktor politik atau berkaitan Pilihan Raya Kecil (PRK) Johor seperti didakwa sesetengah pihak.Sebaliknya, beliau berkata, keluarga mereka memberi peluang kepada pihak universiti untuk menyelesaikan isu tersebut secara baik tanpa melibatkan laporan polis.Bagaimanapun, beliau mendakwa pihak universiti sejak awal kelihatan memihak kepada individu yang didakwa terlibat dan cuba membuat kesimpulan tanpa bukti kukuh selain mengharapkan perkara itu tidak diperbesarkan.Menurutnya, tindakan tersebut menyebabkan isu berkenaan menjadi semakin besar kerana pihak universiti gagal berperanan sebagai orang tengah yang adil dalam menyelesaikan pertikaian berkenaan."Pihak universiti sepatutnya bertanggungjawab sebagai penganjur program di Janda Baik untuk melindungi maruah dan keselamatan pemimpin pelajar yang terlibat," katanya.Beliau memberitahu, keluarganya kini bersedia untuk membawa kes itu ke mahkamah dan akan mendapatkan khidmat peguam terbaik bagi mendedahkan segala fakta yang didakwa masih belum diketahui umum."Kami yakin kebenaran akhirnya akan terserlah dan akan terus memperjuangkannya melalui saluran yang betul," katanya.Sinar Harian pada Isnin melaporkan cucu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa ditampar seorang senator ketika menghadiri program rasmi sebuah universiti di Janda Baik, Pahang pada 20 Mei lalu.Nik Alif Aiman berkata, kejadian itu didakwa berlaku kira-kira jam 6 petang selepas tamat sesi ceramah sempena Program Pemerkasaan Bangsa 2.0 yang diadakan di Institut Latihan Memperkasa Ummah (ILMU).Menurut beliau, penceramah jemputan ketika program berkenaan ialah senator yang juga diperkenalkan sebagai Ahli Lembaga Pengarah sebuah universiti.




Reformasi     >>



Marzuki dakwa MN 2.0, penceraian PAS-Bersatu permainan .. - Mkini
Bekas setiausaha sulit kanan kMuhyiddin itu mendedahkan bahawa punca sebenar adalah isu pembahagian kerusi menjelang PRU16.
Kroni     >>



P. Pinang lancar pakej pelancongan durian di Hong Kong - Utusan
GEORGE TOWN: Keenakan durian Pulau Pinang kini dijadikan produk pelancongan antarabangsa apabila kerajaan negeri melancarkan pakej pelancongan durian rasmi pertama di Hong Kong untuk menarik lebih ramai pelancong asing ke negeri itu. Pelancaran pakej pelancongan durian Pulau Pinang itu ..
Tabloid     >>



Tular ‘Flat Uzur’ Dikaitkan Dengan .. - Siraplimau
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kewujudan sebuah kawasan penempatan yang menyerupai bangunan flat dan perkampungan Rohingya Hulu Langat, Selangor. Penempatan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai apabila dikaitkan dengan komuniti Rohingya yang didakwa menetap ..
Tech     >>



OnePlus 15 Menerima Sokongan AirDrop Menerusi Quick .. - Amanz
OnePlus 15 menjadi sebuah lagi peranti Android yang menyokong AirDrop menerusi Quick Share. Kemas kini telah diterima pengguna di India beberapa hari lalu. OnePlus 15 menyertai siri Xiaomi 17T Pro, Google Pixel, Samsung Galaxy S26, Samsung Galaxy S25, Z Fold7, Z Flip 7, Oppo Find X9 Ultra dan ..
World     >>



Trump vows to 'hit Iran hard' as he pivots from .. - Middleeasteye
Trump vows to 'hit Iran hard' as he pivots from de-escalation Submitted by Sean Mathews on Wed, 06/10/2026 - 18:14 The US president said Iran is playing the US for 'suckers' as he laments inability to reach Iran deal on his terms US President Donald Trump speaks during a 'Secure America Act' ..
Motor Trend     >>



Dari RM 278k, 2026 Honda Prelude Dilancarkan Di .. - Piston
Honda Malaysia secara rasmi melancarkan Honda Prelude 2026 baharu. Prelude tiba di Malaysia sebagai model import sepenuhnya (CBU), berharga RM 278,000 atas jalan tanpa insurans. Honda Prelude 2026 berkongsi sebahagian asas binaan dan komponen casis dengan FL5 Civic Type R. Ini termasuk suspensi ..